A Kadir
Jasin
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam
tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya
sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang
mungkin saya pegang.
PH tidak gagal: Dalam 16 bulan 101 inisiatif terlaksana |
NOTA: Rencana berikut
adalah daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Terima kasih.
SAYA telah beberapa kali
menulis di sana sini mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak
gagal.
Malah, jika dibandingkan
dengan kerosakan besar yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),
kejayaan kerajaan PH memulihkan keadaan adalah amat menggalakkan.
Cuma banyak orang kita
tidak tahu kerana mereka tidak lagi membaca, menonton dan mendengar maklumat
daripada saluran formal seperti surat khabar, televisyen dan radio.
Mereka tersalah tafsir
atau sengaja tidak mahu menggunakan saluran maklumat formal apabila berpindah
dan bergantung kepada saluran media sosial untuk mendapatkan berita.
Daripada pengamatan saya,
berdasarkan pengalaman bekerja dalam media sejak 1969 dan bergiat dalam media
sosial dari 2006, saluran maklumat yang lengkap dan bertanggungjawab masih
berupa surat khabar, televisyen dan radio atau laman-laman web rasmi organisasi
media.
Jadi, saya rayulah kepada
orang ramai supaya mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran-saluran ini
sama ada secara langsung atau melalui versi atas talian mereka.
Dalam bahasa yang mudah,
dunia tanpa pengarang adalah memesongkan, jahil dan berbahaya.
Berbalik kepada pencapaian
PH, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ulang tahun
pertama pemerintahan PH pada 9 Mei lalu bahawa bagi tempoh 10 Mei 2018 hingga
30 April 2019, sebanyak 39 peratus janji 'membina negara dan memenuhi harapan'
telah ditunaikan.
Beliau berkata, pencapaian
itu diukur melalui status kemajuan sebanyak 464 inisiatif yang berupa dasar dan
tindakan-tindakan khusus seperti yang dinyatakan dalam setiap janji.
Setakat itu sebanyak 53
daripada 128 inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan. Sebanyak 283
inisiatif atau 60.99 peratus lagi berada di peringkat perancangan.
Sejak itu kejayaan yang
dicapai telah berlipat ganda. Maklumat mutakhir sehingga 30 September lalu
menunjukkan sebanyak 101 inisiatif atau 21.77 peratus telah berjaya ditunaikan.
Sebanyak 239 inisiatif
atau 51.51 peratus lagi sedang dalam pelaksanaan.
Ia menjadikan pencapaian
keseluruhan janji kerajaan sebanyak 73.28 peratus, manakala 124 inisitif atau
26.72 peratus lagi adalah di peringkat perancangan atau belum dimulakan lagi.
Ia adalah prestasi yang
cukup baik bagi sebuah kerajaan yang baru mengambil alih selama 17 bulan
daripada sebuah kerajaan yang memerintah lebih 60 tahun dan meninggalkan banyak
masalah serta kerosakan.
Kita kena ingat bahawa PH
tidak berkata semua janji akan ditunaikan serentak.
Ada tiga tempoh masa
bergantung kepada jenis janji. Ada yang akan ditunaikan dalam masa 100 hari
hingga satu tahun, satu tahun hingga tiga tahun dan tiga tahun hingga lima
tahun.
Kalau kita masih ingat,
Buku Harapan yang berupa manifesto PH mengandungi lima teras dan lima iltizam
khusus, 107 janji dan 464 inisiatif.
Lima teras tersebut adalah
meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan
politik, merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan
status Sabah dan Sarawak berteraskan
Perjanjian Malaysia 1963 dan membina
Malaysia yang iklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.
Lima iltizam khusus pula
adalah untuk warga Felda, masyarakat India, wanita, anak muda dan warga emas.
Bagi teras pertama,
sebanyak 25 peratus telah ditunaikan, teras kedua (23.81 peratus), teras ketiga
(21.43 peratus), teras keempat (31.71 peratus) dan teras kelima (16.42
peratus).
Di sinilah peranan media
Malaysia Baharu yang telah dibebaskan daripada belenggu kerajaan kleptokrasi dan
'wahyu Putrajaya' membuat penyiasatan dan pendedahan.
Atau adakah mereka masih
takut dan tidak berdaya? Atau menteri PH pun sama juga dengan menteri BN yang
tidak toleransi dan manganggap media sebagai orang suruhan?
Saya harap tidak tetapi
kalau ada wajib didedahkan. Wallahuaklam.
Maharajalawak
ReplyDeleteJenis makhluk bermata satu sahaja yang kabur penglihatannya terhadap kebaikan.
ReplyDeleteDi pihak diri saya, saya royat 1 perkara sahaja kepada para ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan
ReplyDelete2. Sudah LEBIH SETENGAH ABAD kita diperkuda Barisan Nasional, berilah peluang kepada Pasukan Handalan ini
3. Ya, betul PM4 dulu adalah PM7 sekarang namun PM7 dikelilingi orang seperti Mohamad Sabu, Dzul Kuala Selangor, Anthony Transport, Gobind anak Karpal, Kula Segaran dan Baru Bian.
4. Berlaku ADIL terhadap Pasukan Handalan (PH) ini dan in next GE, just practice Your Right.
KESIMPULAN:
as simple as that
-HERMAN ADNAN-
Ex-boss saya pernah berkata "jangan disebut apa yang kamu telah buat tapi ingatlah apa yg kamu belum buat".
ReplyDeleteSalam sejahtera DAKJ dan terima kasih di atas perkongsian.
ReplyDeleteKesimpulannya ialah Malaysia di bawah PH pimpinan Tun sedang berada di tangan yang betul untuk pemulihan selepas ia dirosakkan dengan begitu teruk oleh Najib dan konco-konconya.
Oleh yang demikian marilah kita semua yang mencintai bangsa kita bangsa Mim, negara kita negara Mim, dan umat kita umat Mim, kekal berjalan terus ke hadapan bersama-sama PM kita, Tun Mim bin Mim.
Pedulikan golongan Mereka Yang Tertewas itu yang masih mahu membuat kacau walaupun ketika sejarah telah membuktikan dengan sebenar-benarnya bahawa mereka semua tidak pernah dan tidak mampu menang ke atas Tun, walau siapapun mereka dan walau siapapun yang berada di dalam pasukan mereka.
Tahun 2020, tahun wawasan Tun M hanya tinggal dua purnama lagi. Selepas itu tahun 2020 akan berlangsung selama 12 purnama. In shaa Allah Tun akan berjaya mencapai wawasannya di dalam tempoh 12 purnama tersebut.
Que sera sera; W2020M. Aisyalam Malaysia.
Wallahu a'lam.
Datuk,
ReplyDeletewe all understand and expect that PH cannot fulfil everything that is in their election manifesto immediately.
To be able to do so makes superheroes of the PH parties, and it would be frightening.
So we are truly reassured that 101 initiatives have been fulfilled already, and this is at supersonic speed. And the progress is still onging.
This is the message to take to the ground, that a great deal of progress has been carried out and more to come, that so many targets have been achieved. The rakyat are always forgiving provided the govt is honest and sincere in its dealings and explanations.
Stupid bickering among the parties, stupid statements by wannabe heroes, all these must STOP if you want the rakyat's support. Consistency, reassurance, sincerity and honesty go a long way.
Unfortunately the media and naysayers keep highlighting that PH has failed to keep their promises, they put a different nuance to how they write their reports and of course the public lap it all up. People tend to believe in bad news and ignore the good news in front of their faces. The media should be censured for this fake news.
Separately, Mohd Najib is so "shocked" the High Court ruled against him that he has decided to make a sworn statement and give his defence from the dock. The court and learned judge must avoid the circus Najib's team is expected to provide, delays, delays, submissions, appeals and absences, and all kinds of nonsense. If one is a believer in fate and karma, the end is near for him irrespective how many spells are cast.
Rasa2 nya amat perlu dan sudah sampai masanya PH buat 1 laman web dimana semua janji2 PH ni disenaraikan mengikut 3 kategori yg dato sebut. 1. sudah ditunai 2. dlm perlaksanaan 3. belum mula atau dlm perancangan. Tak perlu terlalu terperinci. Tapi perlu di update mungkin 3 bulan sekali. Ni bagi menangkis dakwaan yg PH hanya menipu dan kencing rakyat.
ReplyDeleteKerosakan sebenarnya bermula bila Datuk? Kalau kita serkap jarang berkata sejak 60 tahun dahulu, bermakna kita telah mengandaikan zaman Tunku, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn dan termasuk idola Datuk, Tun M juga telah gagal? Rasanya ini statement yang agak longgar dan hanya untuk menyedapkan cerita bagi pertahankan kerajaan sedia ada. Kita sebagai orang Melayu harus berfikir lebih kritis lagi.
ReplyDelete