A Kadir
Jasin
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam
tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya
sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang
mungkin saya pegang.
Liwat, dera dan kematian sinonim dengan tahfiz |
JUNJUNG kasih kepada
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan apa yang menjadi mantera
saya buat sekian lama.
Saya sering menyebut pertalian Melayu dengan Islam di Malaysia kerana rasanya hanya bangsa Melayu diwajibkan beragama Islam. Itu pun hanya di Malaysia.
Lantaran itu, jika orang Melayu tidak mengamalkan nilai-nilai murni agama mereka sebaliknya melakukan perkara yang memalukan pastilah nama baik Islam turut terpalit.
Sultan Nazrin Shah dilaporkan berkata, nilai moral di kalangan orang Islam di Malaysia merosot walaupun bilangan institusi Islam meningkat.
Titah Baginda, kes rasuah besar-besaran didedahkan baru-baru ini walaupun makin banyak orang Melayu menjadi orang profesional dan ahli akademik.
“Apabila negara mencapai kemerdekaan, masyarakat Melayu-Islam hanya mengenali Pendeta Za’ba. Tidak ada cendekiawan Melayu lain yang mempunyai ijazah doktor falsafah.
“Namun begitu negara tidak melihat rasuah diamalkan secara besar-besaran seperti hari ini,” titah Baginda di majlis Jubli Emas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
Teras kepada perbahasan semasa mengenai maruah Melayu dan kedudukan agama Islam adalah kepemimpinan Melayu-Islam di mana kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu sangat istimewa.
Peranan Raja
Maka dalam konteks itulah saya melihat titah Sultan Nazrin Shah. Raja-raja, ulama dan cendekiawan Melayu-Islam wajib menjadi contoh kepada keunggulan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing. Ulama dan cendekiawan Melayu mempunyai martabat untuk menasihati Raja-raja dan membimbing rakyat jelata.
Raja adalah pelindung agama Islam dan bangsa Melayu. Atas dasar itulah Raja-raja diberikan hak dan keistimewaan serta disediakan dengan kemudahan yang secukupnya.
Dengan itu tidak perlulah Raja-raja Melayu mencemarkan duli berniaga dan berdagang seperti raja zaman dulu.
Raja zaman dulu berniaga dan berdagang kerana tanggungjawab mereka mencari hasil untuk menguruskan negeri. Sekarang rakyat jelata yang bayar cukai untuk mengisi tabung negara.
Di bawah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan sekarang, kita letakkan Raja-raja kita di tempat yang tinggi, mulia dan bebas daripada tendang terajang manusia biasa.
Kata lagu Negaraku:
“...Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”
Dinyatakan dengan jelas bahawa tempat raja kita adalah di atas takhta di dalam istana dan bukan sekali-kali di dalam bilik lembaga, di suite eksekutif atau hotel lima bintang.
Kalau Raja-raja pun berniaga, sama ada secara langsung atau melalui proksi Melayu, Cina dan India, macam mana rakyat jelata hendak bersaing dengan mereka?
Dalam dunia “the Internet of things” ini, tidak ada lagi rahsia dan kebersendirian (privacy) mutlak.
Orang ramai akan tahu bila Raja-raja belanja mewah, berkahwin di luar negara, bercerai-berai dan menuntut harta, mengambil tanah negeri, berniaga pasir, mengutip derma sukan dan sebagainya.
Berbalik kepada titah Sultan Perak, saya setuju dan sokong seratus peratus.
Saya pun hairan, bagaimana semakin galak orang Islam Malaysia memperagakan keislaman mereka, semakin luntur pula nilai-nilai murni yang diajar dan dituntut oleh Islam.
Perdagangan Agama
Salah satu sebab martabat agama Islam jatuh adalah kerana kita membenarkannya dikomersilkan tanpa batas dan kawalan.
Hatta dalam mendirikan institusi dan kegiatan agama pun, hasrat tersiratnya adalah perniagaan dan keuntungan.
Lihat saja kemunculan pelbagai bentuk institusi, barangan dan perkhidmatan yang berjenamakan Islam. Tak salah, tetapi harus ada batas sempadannya.
Ambil contoh keghairahan semasa mendirikan sekolah hafal Quran yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan.
Ada ibu bapa amat bangga menghantar anak-anak ke pondok dan tahfiz. Asalkan label Islam, tidak perlu lagi usul periksa.
Kesudahannya anak-anak mati di dalam tanah runtuh dan kebakaran, diliwat dan didera sampai mati dan dipaksa menjadi pengemis dan peminta sedekah.
Setiap kali terjadi kecelakaan, dibuatlah amaran dan janji. Tetapi kegiatan memperdagangkan agama berleluasa kerana pihak berkuasa agama negeri dan persekutuan banyaknya hanya pandai bercakap.
Tidak perlu diingatkan bahawa sebut sahaja pihak berkuasa agama atau hal-hal berkaitan agama maka ketua mutakhirnya, tidak dapat tidak adalah Raja-raja Melayu.
Jadi demi menyelamatkan agama Islam daripada terus diperalat, diperdagang, dipolitik dan dipersendakan, Raja-raja Melayu, ulama dan cendekiawan Melayu wajib berpakat dan memikul tanggungjawab menjadikan Islam di Malaysia ini sebagai rahmat.
Wallahuaklam.
😉👍
ReplyDeletejunjungan besar dah awal awal remind us
ReplyDelete"MEMANG TERAMAT RAMAI DAN BANYAK... NAMUN HANYALAH SEUMPAMA BUIH BUIH DI LAUTAN DALAM"
Bahkan yang dititikberatkan pula berapa panjang janggut berapa ramai teman tidur KongK*k berapa kali pergi hajj dan umrah saban tahun
Ternyata Kulit dan Permukaan di canang mahsyurkan...
KESIMPULAN:
NAH terhasillah yang duk TONGGANG TONGGEK TONGGANG TONGGEK TONGGANG TONGGEK ikut ikutan dan tunjuk menunjuk
P/s: Pengertian dan Pemahaman... langsung tak berbekas pada akhlak!
-HERMAN ADNAN-
Datuk,
ReplyDeletesome isolated thoughts.
Why was the exiled Cambodian opposition leader Sam Rainsy and his comrades allowed to enter Malaysia?
Send them all back to where they came from, Malaysia is not a haven for these people.
He was blocked from boarding a Thai Airways flight from Paris to Thailand on Thursday. He and other leaders of his banned opposition party have said they want to return to Cambodia by crossing the land border with Thailand. So let them cross from other bordering countries. Do not use Malaysia, and Putrajaya must send them packing OUT !
Divine justice for Najib. His police outriders should have been withdrawn much earlier when he was charged with crimes on 1MDB and others. Bouquets to IGP and his police force for doing the right thing!
Tidak dinafikan apa yg diperkatakan oleh sultan ini benar dan langkah2 utk mengatasinya perlu dilakukan segera bagi menyelematkan keadaan dari terus jadi lebih parah.
ReplyDeleteTetapi saya tertanya-tanya di manakah suara keramat dia dan sultan2 lain ketika pendedahan skandal rompakan 1MDB berada di kemuncaknya antara tahun 2015 hingga ke PRU 14? Kenapa tiada seorang pun sultan atau raja bersuara dengan tegas terhadap Najib dan kerajaan penyamun yg memerintah pd waktu itu untuk membela nasib rakyat dan negara?