بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan
peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia
tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Dengan bos: Johari terlibat dalam banyak keputusan Najib |
BUAT beberapa waktu, saya
menahan diri daripada menulis mengenai watak Umno ini dan tindak-tanduknya walaupun
kami telah bertukar-tukar mesej melalui WhatsApp.
Daripada bahas kecil WhatsApp
itu, saya sudah memperoleh cukup bahan dan butir untuk melakarkan sesuatu
tetapi tidak melakukannya.
Saya mahu
memberi ruang kepadanya untuk mengotakan apa yang dia kata walaupun saya sedar
bahawa dari awal lagi dia cuba menggula-gulakan saya dengan merendahkan diri, bercakap
tentang pengorbanan dan altruisme.
Tetapi apabila dia
dilaporkan mengkritik dan menyalahkan kerajaan secara terbuka di media massa, saya
terpaksa bertindak.
Watak yang saya maksudkan
itu ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, bekas Menteri Kewangan II zaman
pemerintahan kleptokrasi Mohd Najib Abdul Razak.
Dia kalah pilihan raya
umum 2018 kepada Pakatan Harapan tetapi masih menjadi ahli Majlis Tinggi Umno dan Pengerusi
Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.
Dalam laporan portal
berita bebas Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 21 Disember yang memetik
akhbar ekonomi The Edge Weekly, Johari, antara lain, menyalahkan kerajaan
Pakatan Harapan (PH) atas tiga perkara yang kononnya menyebabkan ekonomi
negara tertekan. (Baca lanjut DI SINI).
“Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berumur 94 tahun, dan orang ramai tidak tahu siapa ketua seterusnya. Orang yang dikatakan Perdana Menteri menanti, Anwar Ibrahim pun tak pasti,” katanya.
Johari berselindung di sebalik alasan pasaran modal untuk memburukkan kerajaan PH supaya dia boleh menangguk di air keruh.
Kita pun tahu banyak pemimpin Umno berangan-angan kembali berkuasa melalui pintu belakang dengan memecahbelahkan PH.
Kedua, Johari mendakwa wujud ketidaktentuan dasar, misalnya mengenai konsesi lebuh raya yang mungkin menyebabkan hutang kerajaan meningkat. Ini, katanya, tidak selari dengan agenda kerajaan mengurangkan hutang.
Soalnya siapakah yang menyebabkan kerajaan berhutang dengan begitu banyak kalau bukan bosnya Najib dan dia sendiri?
Ketiga, proses membuat keputusan yang tidak jelas. Dia dipetik sebagai berkata bahawa maklum balas yang diterimanya daripada masyarakat perniagaan menunjukkan mereka keliru mengenai siapa yang membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan.
“Adakah menteri hal ehwal ekonomi, menteri kewangan, Pejabat Perdana Menteri atau Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)?” tanya Johari.
Johari Vs CEP
Isu ketiga ini mendedahkan tujuan sebenar Johari, iaitu ketidakpuasan hatinya dengan cara kerajaan PH membuat keputusan melalui konsensus.
Boleh jadi Johari tidak selesa dengan proses konsensus kerana di bawah Barisan Nasional (BN) semua kuasa di tangan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Atau (saya ulang, atau) kerana Johari kini dipercayai terlibat dengan beberapa urusan dan percubaan pengambilalihan korporat yang melibatkan syarikat dan agensi berkaitan kerajaan?
Maklumat yang saya peroleh menjurus ke arah meletakkan Johari sebagai pemain belakang tabir yang penting dalam beberapa urusan besar korporat.
Antaranya, penjualan saham Umno dalam Media Prima Berhad, rombakan aset melibatkan Felda dan FGV, tawaran “membeli” UEM Sunrise Berhad dan penyusuan semula pemilikan sebuah hotel mewah di Langkawi.
Dia dikatakan mempunyai peranan besar dalam penyusunan semula perniagaan Media Prima di mana dia bertindak sebagai pakar pemulihan (turnaround expert).
Beberapa orang wartawan Media Prima mengesahkan bahawa ada di kalangan mereka telah dipanggil berbincang dengan Johari mengenai masa depan dan hala tuju kumpulan itu termasuklah pengecilan bilangan kakitangan.
Semua hal yang saya sebut ini sudah pun dibincangkan dengan meluas oleh media ekonomi dan portal-portal berita bebas tetapi kurang dalam media arus perdana, khususnya media bahasa Melayu.
Siapa Johari?
Sepanjang mengenai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dipengerusikan oleh Tun Daim Zainuddin, tempoh tugasnya hanya 100 hari dan dibubarkan sebaik saja laporan penyiasatannya diserahkan kepada kerajaan tahun lalu.
Tetapi adakah satu kesalahan kalau Perdana Menteri atau kerajaan terus mendapatkan nasihat daripada bekas anggota CEP?
Saya hendak tanya, siapakah Johari berbanding Daim, Robert Kuok Hock Nien, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Profesor Jomo Kwame Sundaram?
Saya tidak ada masalah dengan mana-mana pakar dan pengurus “turnaround” (atau yang mengaku pakar) mempamerkan kehebatan mereka tetapi janganlah perkecilkan kepakaran dan sumbangan orang lain, terutamanya yang berkhidmat secara sukarela.
Saya tidak sekat sesiapa pun mencari nama dan komisen. Cuma tolong beringat-ingat bahawa kerana tamak haloba “commission agents” inilah maka hari ini negara dan rakyat jelata terbeban dengan skandal 1MDB, SRC International, Felda/FGV, Tabung Haji dan banyak lagi.
Maaflah kalau saya kata, saya terbaca nama Johari yang disebut senada dengan Najib dalam laporan audit mengenai paksaan ke atas Felda supaya membeli saham Eagle High Plantations milik Peter Sondakh dengan harga berganda lebih tinggi daripada harga pasaran. (Boleh baca lanjut DISINI).
Saya tidak gembira menulis tentang Johari kerana saya mengenalinya lama dalam kapasitinya sebagai “backroom boy” kepada beberapa orang kenalan dunia korporat, sama ada masih hidup atau telah mati, khususnya dari kumpulan KFC.
Tetapi apabila beliau mengkritik kerajaan secara terbuka saya terpaksa membalasnya.
Wallahuaklam.
Datuk,
ReplyDeleteAs a PH voter I regret to inform that Johari Abdul Ghani's comments are 100% correct.
This is the kind of well-argued case that we never see from the current govt.
Please inform Tun Dr Mahathir that the rakyat are very clear that he is power-crazy and using all kinds of underhand tactics to cling on.
This is not the 70s and 80s, we are not fools.
He should step down immediately - can he read the Tg Piai results?
It will be repeated in PRU15.
Please leave immediately and let someone try to salvage the govt before we see UMNO-PAS return to power.
Of course Tun Dr Mahathir would be very willing to collaborate with them, but they can see clearly that Mahathir is damaged goods in the eyes of the rakyat.
They will NOT hold hands with Bersatu.
They don't need to.
Agree. Zaman Tun dah berlalu. Sedarlah dng penolakan rakyat pd PRK Tg Piai. Sya terlibat secara Lansung dan berkamoung Di Bilik Gerakan Utama (BGU) lebih 1 bulan. Semua saya berubah Dari Putih dan Kelabu kepada HITAM. Kita Kalai semua PETI UNDI. faktor TUN dah tak dapat membantu akibat banyak sangat Janji yang tak tertunai
DeleteAsk najib to recover the money for felda. This johari just play tai chi. You are in the highest level of govt. You are morally responsible. Shame on you talking about what others should do while you are just deaf and mute while in power. Shame on you.
ReplyDeleteBeliau ni orang kuat dari pentadbiran lalu yang diberi kepercayaan oleh rakyat dan kaum melayu mengurus negara tetapi sayang telah melakukan kerosakan kepada negara dan bangsa sendiri. Mereka masih lagi dengan naratif lama berkhidmat untuk kepentingan sendiri. Lihat lah tidak ramai golongan pertanian/perindustrian bumiputera profesional yang telah diujudkan sembilan tahun lepas. Di peringkat rantau kita lebih terbelakang dari Vietnam yang dulunya kita jauh lebih hebat apatah lagi kalau kita sebut Singapura atau China.
ReplyDeleteKegagalan ini menghantui mereka sekarang dan cuba ditutupi dengan tuduhan-tuduhan palsu. Biarlah si Luncai tenggelam dengan labulabunya. Tapi yang lebih malang lagi naratif lama yang sudah basi masih dibeli oleh sebahagian masyarakat terutama yang mendapat faedah dari regim lama dan dengan kedudukan dan kekayaam mereka melalui pengaruh yang semakin lusuh. Benarlah terdapat beberapa kelemahan kerajaan sekarang tetapi ini disebabkan legasi dari pemerintah lama. Moga dalam dua tahun akan datang rakyat akan memperoleh banyak menfaat dari banyak pelbagai perancangan yang disusun sekarang.
Gerombolan penyamun terbilang ini memang masih tidak sedar diri tahap kecurangan dan kerosakan yang telah dilakukan mereka terhadap negara. Mengkritik dan menyalahkan kerajaan semasa adalah satu-satunya jalan keluar terbaik dan helah murahan mereka untuk memesongkan perhatian orang ramai demi meraih sokongan. Rakyat jelata sudah masak akan DNA UMNO yang angkuh dan penuh tipu-muslihat ini. Jadi, tidak hairan juga si Joh ini turut berperangai sebegitu. Sejujurnya, orang-orang PH sendiri pun bertalu-talu menghentam kerajaan dan Tun khususnya dalam perkara yang sama. Perasaan rakyat sudah lali dan kebas. Niat dan tujuan mereka cuma satu, iaitu mengusung seseorang itu di mana sifatnya seperti sesumpah tapi sikapnya macam iblis ke Putrajaya, destinasi terakhir kemuncak kerjayanya sebagai seorang ahli politik. Harus diingatkan bahawa kempunan yang meluap-luap ini telah dinanti-nantikan lebih daripada 2 dekad lamanya. Busuk berbau, jatuh berdebuk. Layakkah orang-orang sedemikian diberikan peluang untuk mengepalai 32 juta rakyat yang dahaga akan kemajuan dan kemakmuran serta kesejahteraan.
ReplyDeleteSalam DAKJ,
ReplyDeletePendapat saya;
1. Majoriti rakyat faham akan selingkuh yang telah berlaku zaman rejim tetapi disebabkan belum ada tindakan undang-undang menyebabkan pelaku-pelaku tersebut berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan dengan arapan kerajaan ini akan tumbang dan mereka akan selamat daripada di dakwa. Usaha siasatan dan pendakwaan terhadap semua tuduhan dalam Felda dll terlalu perlahan atau kadang-kadang dilihat seperti senyap seolah-lah tidak bergerak.
2. Saya rasa sebagai seorang yang berakhlak mulia, sebaiknya diteliti jugak lemparan yang dibuat oleh JAG tersebut mana tahu ada kebenarannya. Kita tidak mahu tahu siapa yang bercakap tetapi kita cuma mahu tahu apa yang dicakap. Salah satu sifat akhlak yang mulia adalah bercakap benar kepada orang yang berkuasa walau kita mengharapkan jasabaiknya. Persepsi negatif yang ditonjolkan itu sebaiknya dijadikan sebagai input untuk penambahbaikkan.
3. saya rasa kena asak semua yang terlibat cukup-cukup dan dapatkan setiap sen yang dicuri dengan kosnya sekali. Semua kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran dulu tidak boleh dibiarkan berlaku lagi di masa akan datang.
4. Dalam kes Altantuya, saya ingin cadangkan supaya satu RCI dibuat supaya DSN mendapat ruang seluas-luasnya untuk membersihkan nama beliau sekiranya beliau tidak terlibat walaupun jika secara logiknya tidak mungkin tidak. Kita mahu semua pihak atau individu yang terlibat dalam kes ini diberi peluang untuk membela diri termasuk mantan Hakim, Pendakwaraya, mantan AG, Mantan IGP malah mantan Perdana Menteri sendiri.
Bagaimana aset aset strategik kerajaan di kawal oleh pemimpin umno. Orang awam tahu pemimpin umno ini mengurus syarikat-syarikat strategik negara. Bukan sahaja media prima tetapi aset aset lain yang berkait rapat dengan kerajaan seperti DRB, MMC, Malakoff, North Port dan banyak lagi. Beliau lah yang memberi arahan pada ceo atau md syarikat2 GLC ini. Tanya lah pada ceo atau md ini mereka akan mengesah kan sejauh mana cengkaman pemimpin UMNO ini ke atas aset strategik Negara.
ReplyDeleteImho,what you did here is rather malicious. A pure malice.
ReplyDeleteInstead of addressing Johari concerns intellectually,you choose to slander him with cheap shots below the waist.
You should by all means ask the Govt to expedite the investigation on Felda.
I believe a police report has been lodged in April tis year and why there is no action being taken since?
Don't just simply pick on Johari as you deemed fit. Produce an evidence to show who signed the approval of purchase for EHP shares.Did the board of Felda approves it? Did the board get a final approval from PMO? If you can produce all these than everything you say carries no weight.
Be responsible with what you wrote sir.
I expect more from a person of you calibre.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDatuk Jo sebenar nya yang menguasai DRB, MMC, Northport, CSR, POS, Bernas. Setiap minggu ceo atau md akan di panggil ke pejabat Datuk Jo untuk menerangkan apa yang berlaku dan memberikan laporan. Semua keputusan di buat oleh Datuk Jo.
ReplyDeleteSemua nya di kuasai adalah aset strategik kerajaan. Alang alang se elok nya Datuk Jo di lantik sebagai ceo MAS, Felcra, Khazanah untuk turnaround syarikat yang bermasalah. Jadi kan dia penasihat ekonomi negara bagi memastikan ekonomi Malaysia bertambah maju atau jadi kan dia Menteri Kewangan Kedua bagi membantu Guan Eng
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteIni pandangan saya terhadap kenyataan yang diberi oleh Johari.
1. Ada betulnya apa yang diperkatakan. Pelabur-pelabur luar atau pun sedia ada menganggap ketidakstabilan politik (Perebutan kuasa siapa mahu menjadi Perdana Menteri dan desakan seseorang supaya Tun M meletak jawatan) adalah suatu kelemahan dalam pentadbiran negara Malaysia.
2. Mengenai komen proses keputusan kerajaan yang tidak jelas, ianya betul dan tidak perlulah kita menegakkan benang yang telah pun basah. Hari ini seorang timbalan menteri buat kenyataan, esok lusa menteri akan buat kenyataan lain yang bercanggah pula. Itu tidak termasuk keputusan - keputusan eksekutif kerajaan di setiap kementerian atau agensi kerajaan. Pendek kata ramai yang keliru, buntu dan have no idea at all.
3. Inisitatif kerajaan utk mencetus kemajuan ekonomi juga tidak kelihatan. Selain bon Samurai yang kita sendiri tidak pasti bagaimana ianya akan digunakan untuk membangun ekonomi negara @ membangun ekonomi kapitalis tertentu, hampir tiada inisiatif utk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
4. Dengan tabungan negara yang mampan sumber KWSP, LTAT, Tabung Haji, bahkan PTPTN yang majoriti melibatkan golongan bumiputera miskin yang menabung dan kebanyakan adalah penjawat awam atau berkaitan, malu sangatkah untuk mengaku dan mengekalkan kebaikan sistem yang terdahulu. Kalau ada pun kecabulan yg dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO, tak perlulah meletakkan kesalahan atau stereotype semua orang Melayu bersalah. Ramai yg mengundi PH pada GE2018 yang lalu juga adalah melayu.
Cetuskan inisiatif ekonomi utk membantu semua bangsa dan golongan. Contohnya kesihatan, mudahkan kelayakan utk praktis kedoktoran kepada orang tempatan dan kawal institusi pengajian tinggi dalam mengeluarkan graduan perubatan.
atau basmi oligopoli dan sistem AP yang nampaknya sedang diagih agihkan kepada golongan tertentu sahaja sejak PH memerintah. Amalan sama zaman BN dahulu.