بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan
peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia
tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Ladang Felda: penyusunan semula FGV wajib telus dan lengkap |
RENCANA ini saya padankan
daripada tulisan saya dalam edisi Ahad Sinar Harian 29 Disember dengan
memasukkan beberapa fakta dan hujah baru.
Seperti saya katakan
sebelum ini, apa juga usaha menambah baik Felda atau mana-mana juga agensi
serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hendaklah selaras dengan dasar dan
janji kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Selain Felda, Tabung Haji
dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah menjalani
proses pemulihan, ada beberapa buah lagi agensi, GLC dan projek kerajaan yang
sedang menjalani proses serupa.
Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), lebuh raya bertol dan Malaysia
Airlines Berhad (MAS).
Kemudian ada pula
percubaan atau cadangan sukarela oleh pihak swasta untuk mengambil alih GLC yang
tidak ditawarkan untuk dijual seperti UEM Sunrise Berhad.
Walaupun jual-beli aset
adalah urusan biasa agensi-agensi pelaburan berkaitan kerajaan, namun begitu ia wajiblah dilakukan dengan niat yang baik, cara yang betul dan
melibatkan orang yang bersih.
Kita tidak sekali-kali
mahu konco-konco Barisan Nasional (BN) yang terlibat rosakkan agensi terbabit
menjadi agen komisen (commission agents) dalam urusan menyusun semula agensi
yang mereka jahanamkan!
Kita tidak mahu manipulasi
era kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak berulang. Sebab itu kita pertikai
pembabitan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (JAG) dalam
cadangan pengambilan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Walaupun kerajaan PH telah
peruntukkan RM6.3 bilion untuk mengatasi masalah kewangan Felda namun begitu banyak lagi
yang perlu dibuat untuk kembalikan agensi itu kepada keadaan asal setelah
dirogol beramai-ramai oleh Najib dan konco-konconya.
Ada beberapa usaha besar
sedang dilakukan. Pertama, kembalikan aset strategik Felda yang kerajaan BN
pajak kepada FGV pada tahun 2012. Dua aset paling besar yang
digadai adalah ladang seluas 350,000 hektar (kira-kira 864,868 ekar) dan 65
buah kilang perahan kelapa sawit.
Kedua, meminta usahawan
Indonesia Tan Sri (Kehormat) Peter Sondakh laksanakan “put option” dengan membeli
balik 37 peratus saham Eagle High Plantations (EHP) yang dia jual kepada Felda pada harga hampir 100 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.
Peter Sondakh adalah
sahabat karib Najib. Saya difahamkan rundingan ke arah itu sedang berjalan. Hal ini perlu segera diselesaikan kerana Sondakh juga banyak berhutang dengan Bank Pembangunan.
Ketiga,
menyusun semula FGV supaya lebih lestari dan mampu membuat keuntungan.
Dokumen dan surat berkaitan
pembelian saham EHP oleh Felda saya lihat dengan jelas membabitkan Johari ketika
dia menjadi Menteri Kewangan II. Johari masih menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.
Kurang Ketelusan
Yang jadi masalah dengan
cadangan susun semula Felda dan FGV adalah kurangnya butir tentang apa yang
hendak dilakukan dengan FGV setelah ladang dan kilang diberi balik kepada
Felda.
Kita kena ingat, walaupun
ladang dan kilang dibagi balik, pembabitan Felda dengan FGV tidak
berakhir malah dijangka menjadi lebih besar.
Ikut apa yang saya tahu
setakat ini, pemilikan saham oleh Felda dan Koperasi Pelaburan Felda Berhad
(KPF) dalam FGV akan jadi lebih besar setelah FGV diambil alih oleh pelabur
swasta dan dirombak.
Sekarang Felda memegang 33.67
peratus saham dalam FGV dan Koperasi Pelaburan Felda (KPF) 5.25 peratus menjadikan jumlah
besarnya 38.92 peratus.
Saya difahamkan apabila
disusun semula, pegangan Felda dan KPF akan naik kepada 49 peratus. Maksudnya
peluang, cabaran dan risiko kepada Felda lebih besar.
Jadi kita hendak tahu apa
rancangan pihak swasta untuk pulihkan FGV supaya Felda dan KPF tidak rugi sekali
lagi. Yang ini saya minta peneroka Felda dan wakil-wakil mereka faham
betul-betul. Jangan main tembak dalam gelap saja.
Baguslah kalau Felda dapat
balik ladang dan kilang. Tapi kita nak tahu juga, dapat balik dengan percuma
atau kena bayar pampasan. Kalau kena bayar pampasan, jumlahnya mungkin sampai
beratus juta ringgit. Mana Felda nak cari duit? Saya harap Felda cari
jalan supaya dapat balik dengan percuma.
Kita bukan hendak sekat
mana-mana pihak yang banyak duit dan banyak kepakaran untuk buat cadangan ambil alih GLC.
Yang kita tak mahu adalah
pihak-pihak terlibat guna kerajaan, agensi awam dan GLC untuk kepentingan
korporat masing-masing.
Ikut apa yang saya tahu,
apabila FGV diambil alih oleh pelabur swasta, ia akan ditukar jadi syarikat
sendirian berhad dan dikeluarkan daripada Bursa Malaysia.
Lepas itu boleh jadi
dibuat tawaran awam permulaan (IPO) sekali lagi. Inilah cara orang korporat cari
modal dan buat duit cepat.
Kalau FGV untung besar,
dividen kepada Felda pun besar tapi kalau rugi, kerugian Felda pun lebih besar
juga. Kita kena ingat, Felda telah rugi besar dalam pelaburan dengan FGV
setakat ini. Kalau tidak silap, Tabung Haji pun ada saham dalam FGV.
Maaf cakaplah kalau saya
kata, dalam masa 50 tahun saya jadi pemberita dan menulis mengenai ekonomi, saya sudah tengok banyak usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera jadi
kaya raya dalam sekelip mata kerana kontrak, projek dan konsesi kerajaan.
Saya tengok mereka naik
mencanak kerana sokongan kerajaan dan jatuh merudum apabila sokongan ditarik
balik atau apabila berlaku krisis ekonomi. Ini adalah kerana mereka
bukanlah pandai sangat berniaga, tapi nampak kuat kerana disokong oleh kerajaan.
Malangnya apabila
perniagaan mereka jatuh merudum, yang terpaksa tanggung beban adalah kerajaan
dan rakyat jelata. Mereka sendiri tetap hidup senang-lenang dengan kekayaan
peribadi yang melimpah-ruah.
Wallahuaklam.
Melayu yang berniaga nii TS Azman Hashim jrr...
ReplyDeleteYang lain bertongkat
Yang bersalah TDM TDZ
Camna Melayu X Mampus!!!
PH DAP bolehlah control sikit, namun hapraknya melekat juga Datuk...
The best of the Malay Mind probably KuLi masih X Expires...
AI berkarat
AA rotten
"Malangnya apabila perniagaan mereka jatuh merudum, yang terpaksa tanggung beban adalah kerajaan dan rakyat jelata. Mereka sendiri tetap hidup senang-lenang dengan kekayaan peribadi yang melimpah-ruah."
ReplyDeleteSangat menjijikkan. May they choke on their ill gotten wealth.
Selamat tahun baru Dato'. May our economy prosper. I'm not holding my breath though. I have lost faith in the leadership of Dr M. I used to be a fan but now I find his behaviour irrational.
He protects the elites at the expense of the majority rakyat. Our purchasing power is getting lesser and lesser while he flies all around the world using our money and making enemies with other countries.
Kadiag, السلام عليكم .
ReplyDeleteKalu betoi kepala umno wilayah pesekutuan yg jugak ahli majlih tetinggi parti tu
dapat celah masok dlm penyusunan semula harta2 Felda, memang malang habih Kadiag.
Lebih2 lagi kalu je ni jugak telibat dlm skandal Felda beli saham syarikat Eagle High milik peter sondakh
dgn harga yg jauh lebih tinggi dari harga pasaran.
Kalu bulih Kadiag, hang kena siasat macam mana je ni bulih celah masuk dlm proses penyusunan ni.
Yg ni kod dlm basa gomen orang kata “Machiavellian”. Jugak yg orang kata “deep state” kod.
Pada aku Kadiag ni satu lagi kelemahan kerajaan PH.
Macam harga bawang... India dah lama sekat ekspot bawang pasai hase tanaman depa merosot,
dan depa nak tampong pemintaan dlm negeri dulu....
Bila harga dah mencacak naik dan kedai dah mula berenti juai bawang,
baru la bunyi fama ka apa ka nak impot bawang dari China ka apa ka. Yg aku (yg dhoif maglumat)
paham, Bangladesh pon banyak hasekan bawang, tapi tak sebut pulak.
Secara makro, bidang runcitan Malaya agak haru jugak,
lepaih ‘supermarket’, ‘hypermarket’ ka apa ka semua pakat tibai kedai2 runcit,
laa ni giliag depa pulak gulong tikag, mula2 carrefour, paih tu, giant, laa ni Tesco pulak.
Anak Nasution tak pulak kata apa, yg aku dengag dia nak pasti ‘bekalan cukop’,
tapi setakat aku tau, pasai harga yg mencacak naik dia tak sentuh pulak.
Lebih korang macam tu jugak menteri petanian, musim tenkujoh ni, bekalan ikan ‘mencukopi’,
tapi pasai harga tak sebut jugak....
Kepala Majuikan (LKIM) bunyi nak bagi RM 160 juta untuk perumahan nelayan, tekejut jugak aku,
depa ni ada ka kepakaran dlm kejuteraan sivil, ‘quantity survey’, beruruih dgn pejabat2 tanah, PBT2...
Mana pi program nak korangkan manipulasi orang tengah, bekalan aih, penjualan disel besabsidi,
penagihan dadah, pencerobohan laut pantai oleh kapai yg pakai pukat rimau..... dan macam mana
projek2 ikan dlm sangkag.
Mintak maghap Kadiag no. Takut telebih ‘coret’ pulak. Aku dok pikiag ‘trejedi’ Tg. Piai,
dgn gerhana yg tetumpu disitu....depa macam tak ambik iktibag, tak nak ambik ingat ka . Terima kasih Kadiag
Aku
Dato Kadiq. Masaalah kita, tidak berapa orang kita yang jadi usahawan / peniaga jati. Ramai yg mengaji tinggi tapi jadi peniaga palsu menunggu bantuan dan suntikan kerajaan. Dengan graduan kita yg banyak melabur, sudah tiba ketikanya mereka berusaha sendiri utk berjaya. Hanya peniaga tulin sahaja yg layak diberi peluang utk memulihkan entiti yg bermasalah seperti FGv, Felda dll. Selagi yg datang membantu memulih entiti ini, peniaga palsu yg tunggu kerajaan bail out, jika mereka gagal, selagi itu kita masih ditakok lama. Pandangan saya.
ReplyDeleteSalam DAKJ
ReplyDeleteThe best option is to keep all GLCs from Politian...
Dah masuk lembaran 2020. Tak berhajat mengomeli seseorang calon perasan PM kali ini. Cuma ingin memanjatkan doa buat Tok Kadir agar tidur lena, makan kenyang, sihat walafiat dan hidup bahagia di samping keluarga tercinta. Teruskan perjuangan dan Selamat Tahun Baru!
ReplyDeleteSalam Dato Kadir Jasin
ReplyDeleteJemputan terbuka untuk Dr Mazlee Malik
Selamat tahun baru Dato’. Bolehke saya mengulas sikit tentang perletakan jawatan Dr Mazlee BERSATU ni. Ada pro dan kontranya.
Pertamanya, kalau diperhatikan, dasar-dasar beliau adalah lebih mirip kepada dasar-dasar UMNO yang amat dibenci oleh DAP. Jadinya, dasar beliau tak sama dgn dasar Dato’ Kadir sendiri dan juga dasar DAP tapi beliau memang PRU14 dulu atas bantuan DAP. Secara moralnya beliau kena resignlah. Semudah itu aje sebenarnya.
Dikesempatan ini, saya ingin menjemput Dr Mazlee Malik untuk bersama didalam saf UMNO dan tinggallah BERSATU tu yg hanya menjadi boneka DAP je. Banyak yg Dr Mazlee boleh lakukan di dalam UMNO yg kini terpecah dua kepada kroni Najib dan satu lagi anti Najib. Kalau nak tahu yang mana lebih ramai, tengok jelah berapa ramai ahli UMNO yg tunjuk muka masa perbicaraan Najib dan Zahid di court tu.
Diharap Dr Mazlee Malik sudah dapat pengajaran yang amat berguna ye. Dari gerak geri Dr Mazlee selama menjadi Menteri Pendidikan itu, saya tahu jiwa Dr Mazlee amat Melayu dan amat sayangkan Islam. Tak perlulah Dr Mazlee menipu diri sendiri ye.
Dan seterusnya diharap Dr Mazlee Malik sudi untuk mempertimbangkan jemputan ini ke dalam gabungan UMNO PAS dan kita sama sama memperbetulkan kesilapan UMNO dibawah Najib lalu dan seterusnya menyingkirkan “golongan yg diberi betis nakkan peha” ni. Sekian TQ.
p.s – Minta tolong Dato’ sampaikan jemputan ini ke Dr Mazlee Malik ye.
KUSUFIAN WRITE
ReplyDeleteThe best is PM assume MoE1 n appoint Syed Sadiq MoE 2.
BUdak Boy nii baru abis sekoah. Dia lebih tahu Adam garam n rencah ratusnya termini. Kita dah lama khatam. Biorlerrrr BB nii fikiaq untuk survival Gen X,Y n Z..
Polisi bior Tun DrM handle. Yang berani bersuara n cepat tangkas geng armada jrr...
Make him PM material, please laaa Not another MM...