بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
NOTA KEPALA: Rencana ini dipadankan daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang bertajuk “Menteri Berhenti Perkara Biasa”.
Menteri dilantik, menteri dipecat dan menteri letak jawatan, sepatutnya semua itu perkara biasa tetapi di Malaysia perkara biasa boleh jadi aneh dan sensasi.
Lantik menteri adalah hak Perdana Menteri. Nasihat supaya menteri letak jawatan pun hak beliau. Kalau menteri enggan, Perdana Menteri boleh pecat. Menteri pula ada hak letak jawatan secara sukarela.
Lain halnya dengan kakitangan awam yang berjawatan tetap, mereka tidak boleh diberhentikan sesuka hati sampailah mereka bersara. Kalau hendak diberhentikan atau dipecat pun perlu alasan yang kuat dan proses yang rapi.
Menteri bukan jawatan tetap, ia jawatan politik. Menteri boleh diberhentikan oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa.
Perdana Menteri tidak pun perlu bagi alasan. Kalau diminta pun Perdana Menteri tidak tertakluk memberikannya apatah lagi kalau kesannya mengeruhkan lagi keadaan atau mengaibkan seseorang.
Menteri boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan tidak perlu bagi notis dan berhenti serta-merta.
Di negara maju atauu negara yang politiknya tidak stabil, bukan sahaja menteri yang dipecat atau letak jawatan, Perdana Menteri pun sering meletakkan jawatan.
Ada Perdana Menteri atau Presiden yang letak jawatan kerana hilang sokongan parti sendiri, kalah dalam undi di Parlimen atau melalui proses perbicaraan (impeachment) macam yang sedang berlaku ke atas Presiden Amerika, Donald Trump.
Sepanjang mengenai perletakan jawatan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, pada 3 Januari lepas, tidaklah ada apa-apa yang istimewa. Maszlee dinasihatkan letak jawatan. Dia akur. Maka dia pun telak jawatan.
Selalunya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak pecat atau gugurkan menteri. Sebaliknya beliau beri peluang kepada mereka meletakkan jawatan secara sukarela. Kalau enggan barulah dipecat.
Lazimnya tindakan beliau menasihatkan seseorang Menteri meletakkan jawatan bukan berdasarkan kepada prestasi semata-mata. Beliau ada sebab lain atau alasan temabahan. Maklumlah beliau mempunyai sumber maklumat dan risikan yang banyak.
Keistimewaan Demokrasi
Berbalik kepada cerita mengenai sistem demokrasi, walaupun ia tidak sempurna tetapi berbanding sistem komunis dan raja berkuasa mutlak ia jauh lebih baik dan terjamin.
Dalam sistem komunis, parti berkuasa mutlak. Parti dan kerajaan adalah sama. Semua urusan politik dan dasar pemerintahan ditentukan oleh biro politik parti. Kongres parti diadakan hanya sekali setahun dengan perwakilan lantik oleh parti.
Sistem komunis mula runtuh pada tahun 1989 dengan berakhirnya Kesatuan Soviet. Hari ini, hanya tinggal China, Vietnam, Laos dan Cuba yang masih mengamalkan sistem komunis.
Demikian juga dengan sistem raja berkuasa mutlak. Segala kuasa dan kekayaan negara di tangan raja atau keluarga mereka. Rakyat tidak ada kuasa dalam pemerintahan dan penentuan dasar.
Seperti komunisme, sistem raja berkuasa mutlak juga semakin tidak berpengaruh. Hari ini, tinggal tidak sampai 10 buah negara seperti itu, iaitu Arab Saudi, Oman, Brunei, Eswatini (Swaziland), negara-negara dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vatican.
Sistem beraja yang serasi dengan demokrasi dan mungkin kekal jika diamalkan dengan betul ialah Sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan.
Sistem Raja Berperlembagaan kita adalah antara dua yang paling unik di dunia di mana raja tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong dilantik melalui pengundian oleh Raja-raja Melayu. Sebuah lagi adalah Kemboja.
Ada 23 buah negara Raja Berperlembagaan di mana raja mempunyai kuasa dan peranan berbeza – daripada yang menjalankan tugas adat istiadat semata-mata kepada yang hampir berkuasa mutlak dan tidak boleh disentuh macam di Thailand.
Negara Raja Berperlembagaan terbaru yang menamatkan institusi raja dan berubah menjadi republik adalah Nepal iaitu pada tahun 2008.
Kejatuhan sistem beraja Nepal bermula pada 2001 apabila Putera Mahkota waktu itu, Dipendra, mengamuk dan membunuh sembilan ahli keluarganya termasuk Raja Birendra dan Permaisuri Aishwarya.
Kesabaran dan taat setia rakyat
jelata terhadap Raja berakhir apabila Raja Gyanendra, adik kepada
Dipendra, “merampas kuasa” dan memecat kerajaan awam pada 2005 serta
mengisytiharkan darurat.
Beliau gagal
mematahkan pemberontakan bersenjata komunis menyebabkan rakyat jelata
melancarkan mogok. Apabila Gyanendra menyerahkan balik kuasa kepada Parlimen
ia sudah terlambat untuk menyelamatkan institusi raja.
Maka pada 28 Mei 2008,
Nepal diisytiharkan menjadi republik. Dengan itu berakhirlah sistem raja
berperlembagaan di negara Himalaya itu.
Jadi kita janganlah mensensasikan perletakan jawatan seorang menteri kerana dalam sistem demokrasi, kepentingan negara dan rakyat jelata mengatasi kepentingan mana-mana individu.
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan memberikan kita kuasa dan cara menukar ganti pemimpin dengan berhemah dan bertamadun.
Wallahuaklam.
Salam DAKJ
ReplyDeleteAnwar Ibrahim x mau letak jawatan so, fired n fried..
Sebab dia fighter, AnWAR...
Always ANother WAR...
PM sebaiknya MP 1
SSS MP 2
Abis citer
Pastikan Kabinet 25 cukup dah..
Salam Dato’ Kadir
ReplyDeleteAkhirnya Dr Mazlee buka mulut kata Tun Mahathir suruh berhenti atau akan diberhentikan. Bukan apa, Tun dah panik la tu sebab banyak sangat PRK kecil yg PH kalah sekarang. Terpaksalah ikut kehendak DAP terutamanya bila isu jawi timbul. So, sekarang siapa jadi bos dan siapa boneka. Rasanya habisla Tun kalau PRK Kimanis ni BN memang lagi. Hehehe……
Kalau nak ikut prestasi, menteri lain lagi teruk. Dengan ekonomi Malaysia yg makin teruk, soal semburit siap video sekali, soal menipu sijil akedemik, menipu tentang Lynas, idea terbodoh dgn kereta terbang, menteri yg menangis teresak-esak dekat petani tapi petani relax je (seperti ditegur seorang pembahas Dato’) dan sebagainya, mereka tak kena pecat pulak. Pelik betul Tun sekarang la.
Kesilapan Dr Mazlee ni sebab beliau rasanya lebih Melayu dari UMNO atau lebih UMNO dari pemimpin UMNO sendiri. Itulah kesalahan terbesarnya yg tak disukai DAP. Bila boss besar tak suka, kena tendang keluarlah. Takkan Dato’ tak boleh baca lagi kot.
Akhir kata, itulah BERSATU @ DAP Puppet termasuklah Dato’ Kadir dan Tun sekali sekarang nampaknya. Nak pertahankan jawi satu muka surat pun tak boleh. Kesian, kesian. Sekian TQ.
Saudata OKJ........... Dasar Pendidikan Negara (DPN)bukan untuk sirvival Maszlee ataupun mana-mana party politik atau Tun Mahadir. DPN ialah halatuju negara dalam menentukan masa depan bangsanya.
DeleteBayangkan anak-anak saudara berjaya dapat 15A -semua mata pelajaran agama dan AA+++ untuk tulisan jawi, ke mana A ini akan membawanya sedangkan anak-anak kaum lain dapat hanya 9A tapi semunya mata-mata pelajaran teras sprti BM, BI, Manderin, Matematik1 & matematik tambahab, fizik, kimia, biologi, akaun dan teknologi...?
Apa impian saudara untuk masa depan anak-snak saudara...?
Impian saudara inilah yg menentukan masa depan anak-anak saudara. Dalam dunia pendidikan, ia diterjemahkan nenjadi DPN.
Adakah saudara mahu anak-anak tumpu perhatian mereka hanya kepada agama dgn membuat pengkhususan dalam bidang agama di universiti...?
Bayangkan semua anak-anak Melayu seperti anak-anak saudara, apa masa depan bangsa Melayu di negara ini...?
Adakah semuanya mahu membuat perniagaan dalam bidang pendidikan TAHFIZ....?
Bayangkan berjuta para Tahfiz dan agamawan di kalangan anak-anak Melayu, semuanya menadah tangan di bank-bank dab pusat beli belah, minta bantuan nak bina sekolah, asrama dan surau Tahfiz.....???
Fikir-fikirlah, saudara. Saya tidak mahu melihat Melayu kembali ke zaman tahun 60han di mana semua fakuliti perubatan, kejuruteraan, akaun, ekonomi, undang-undang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu. Melayu hanya mampu memenuhi fakuliti pengajian Melayu dan Islam.
Dalam menenentukan DPN, seorang menteri mestilah berfikiran terbuka untuk menentukan halatuju masa depan negara. Dalam dunia pendidikan, kurikulum memainkan peranan penting. Ia bukan sahaja mata pelajaran, ia juga menghasilkan kesan sampingan kalau terlalu menumoukan kpd sesuatu bidang - inilah yg dikatakan kurikulum terselindung. Umpamanya kanak-kanak sekolah memakai kasut putih. Pengajaran terselindungnya: mahu mendidik erti kebersihan dan tanggongjawab. Kasut hitam pula: mendidik sikap malas dan mengajar mereka menyelesaikan masalah dgn menyembunyi atau menyoroknya.
Apabila guru-guru sentiasa mengeluh dgn beban kerja, ini bermakna mereka bukanlah pendidik yg baik. Mereka anggap kerja mereka satu beban. Pilih lah orang yg mencintai dunia pendidikan sebagai guru bukan yg melihatnya sebagai sumber pendapatan sahaja.
Sekian, terima kasih.
Bodoh suruh cina belajar jawi...byk lg melayu jahil jawi buat tak kisah....
DeleteAssalanualikum Datok
ReplyDeleteSiapa pun orang yang bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan kali ini, di harap orang ini benar-benar memahami apa itu Dasar Pendidikan Negara (DPN). Bahawa DPN adalah halatuju yang menentukan arah untuk semua sekolah mainstream di Malaysia menuju ke dunia global yang mencabar. Oleh yang demikian dasar ini hendaklah yang boleh diterima oleh semua bangsa yang menghantar anak-anak mereka bersekolah di situ. Dasar ini hendaklah jelas untuk mendidik anak semua bangsa menghadapi cabaran dunia global. Tumpuan hendaklah kepada mata pelajaran teras seperti matematik, sains & teknologi dan bahasa Inggris di samping mata-mata pelajaran lain seperti bahasa asing (cina, arab dll) yang dapat membantu anak-anak ini menghadapi dunia global itu. Kurikulum terselindingnya pula, hendaklah dapat membina insan yang gigih dan berani, bersatupadu sebagai bangsa Malaysia dan mempunyai daya survival yang kuat.
Di harap YB Perdana Menteri akan dapat menemui calon yang benar-benar sesuai, yang mencintai dunia pendidikan dan melihatnya sebagai alat pembangunan negara. Bukan melihatnya dari kacamata politik dan agama yang sempit. Masa depan negara bergantung pada orang ini. Semoga Perdana Menteri berjaya menemuinya.
Mazlee should be the first of many. So many incompetent ministers enjoying the salary and perks paid by the suffering rakyat. Our current PM is past his time, the next PM can only talk. Doubt he knows how to fix the economy.
ReplyDeleteMaybe it is time for us to follow USA style of democracy instead of UK. Rakyat want to directly choose the President instead of the party choosing the Prime Minister.
We want debates between presidential candidates so that we can choose the one who can fix the economy and prosper all Malaysians instead of just the few elites.
Memang Mazlee tu patut letak jawatan. Jawi 3 page pon dia tak boleh handle sampai dah jadi satu polemik satu Semenanjung.
ReplyDeleteMemang hak mutlak PM nak lantik atau pecat menteri. Tapi dalam kes Anwar dulu boleh pulak buat mesyuarat MT UMNO tengah malam minta sokongan MT. Kalau dah hak mutlak PM tak payahlah mesyauarat MT.
ReplyDeleteKes perletakan jawatan dan permecatan Musa Hitam, Ku Li dan Anwar semua dah tahu sebabnya.Tapi kes Dr Maszlee masih lagi misteri. Nampak gaya Dato sebagai penasihat media pun tak tahu apa masalahnya hanya sekadar cakap 'maklumat risikan tersendiri.
Orang Melayu ramai marah kalau perletakan jawatan Dr Maszlee tidak ditangani dengan baik. Tak keterlaluan dikatakan salah satu sebab kejatuhan PH semakin teruk adalah kes Dr Maszlee ni.
Pendekartua....
DeleteMesyuarat MT UMNO itu diadakan untuk pecat Anwar dari UMNO bukan pecat dia sebagai TPM/Menteri Kewangan.Jangan pandai2 komen kalau tak tahu.
Kadiag, السلام عليكم .
ReplyDeleteAku tekejut tengok cara hang petahan PM bekait letak jawatan Maszlee.
Tak payahlah hang ulang2 kuasa ‘mutlak’ PM buang menteri, Aku ingat ramai dah maglum.
Yg tambah pelik hang pi buboh PM munkin ada maglumat yg luag pengetahuan rakyat biasa... hang nulih :
“ bukan berdasarkan kepada prestasi semata-mata. Beliau ada sebab lain atau alasan tambahan.
Maklumlah beliau mempunyai sumber maklumat dan risikan yang banyak. “
Kata orang hak spikin gomen bukan saja PM ‘pulling rank’ hang tebag pulak kemunkinan Maszlee ni
telibat dgn isu2 integriti atau seumpama.... macam nak ‘demonise’ dia pulak.
Lepaih tu, hang pi buboh pulak macam mana baguihnya sistem politik Malaya, hang nulih...
“ Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan memberikan kita kuasa dan cara menukar ganti pemimpin
dengan berhemah dan bertamadun.”
Hang macam lupa peranan sebagian kepala2 feudal betahun tahun menjadi tonggak pd MOI hampiag2 bankrupkan Malaya.
Dlm keh ni, sekali guih kesannya ungkapan hang ni bahawa tindakkan ataih Maszlee ni jugak “berhemah dan bertemadun”....
Mintak maghap Kadiag no.
Aku
Datuk,
ReplyDeleteit is incredulous that someone like Mazlee is now being regarded as someone saintly.
Even the FM Lite radio this morning carried an interview with one of his staff who resigned shortly after his resignation, and again it was disturbing to hear her praising Mazlee left and right.
Is the FM Lite radio becoming too political? Can the Minister of Communication look into this?
Notwithstanding all this, just everyone should remember that Mazlee decided to part ways with the cabinet and PH team when he struck out on his own and disregarded his PM and fellow cabinet consensus on certain matters.
If he cannot be a team player, he has either to opt out or be fired!
The writing was on the wall, and he was probably advised badly by his "advisors" that he could do no wrong. Stupid isn't it?
What's the big deal about his "withdrawing from the cabinet" ? He was not that intelligent! He was definitely not indispensable.
Stop the silly "Mazlee is a nice guy" pursuit and stop making him a martyr.
There's even Anwar trying to put his finger in the pie, complete turnaround by saying what's wrong with learning Jawi.
This kind of "betrayal" by Anwar will add ammunition to his image as an undecided leader who does not deserve to inherit the post of PM.
We hope Tun Mahathir will announce that he himself will take on the Education Minister's job. Alternatively there's Rafidah or Mustapha as the two best prospects, one for the Higher Education Minister and one for the basic Education Minister, but both just as important.
Kagum akan kesanggupan dan kesudian Maszlee berundur diri secara terhormat tanpa menimbulkan sebarang kekecohan terhadap Tun dan kerajaan. Itu harus dipuji. Apabila kemampuan diri dah sampai di panghujung jalan, baik diberikan laluan kepada sesiapa yang jauh lebih berkelayakan demi kepentingan rakyat dan negara. Bukan mudah untuk melepaskan jawatan besar dan kuasa, gaji lumayan, pelbagai elaun menarik dan macam-macam keistimewaan yang lain dalam sekelip mata. Dalam hal ini, Maszlee dah melakukannya, jadi adakah siapa-siapa menteri atau timbalan menteri yang lemah dan tak berfungsi akan mengikut jejak langkah yang sama sepertinya? Jika tiada, pasti Tun terpaksa menggugurkan kumpulan ini dalam rombakan kabinet nanti. Singkirlah mereka yang hanya pandai menerima gaji buta ini secepat mungkin. Disyorkan boneka TPM mendahului carta ini. Hanya melalui Malaysia Baru ini membolehkan rakyatnya menyaksikan babak kisah benar suami-isteri-anak mengambil tempat masing-masing dalam kerajaan, seolah-olah PH ini mereka yang punya. Memang hebat!
ReplyDelete