بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Makan malam yang mengkhianati mandat rakyat jelata |
PERDANA Menteri, Muhyiddin
Mohd Yassin, orang Johor. Dr Maszlee Malik pun orang Johor. Nor
Jazlan Mohamed orang Johor. Dan Khalid Nordin pun orang Johor. Semuanya orang Johor.
Muhyiddin yang menang
pilihan raya umum 9 Mei 2018 atas tiket Pakatan Harapan (PH) mengetuai rampasan
kuasa yang menumbangkan kerajaan PH.
Maszlee yang digugurkan
oleh Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri PH) daripada jawatan Menteri
Pendidikan terus menyokong bekas Perdana Menteri itu dalam Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu).
Nur Jazlan adalah Timbalan
Pengerusi Umno Johor dan bekas Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) zaman
Mohd Najib Abdul Razak.
Khalid Nordin, salah
seorang Naib Presiden Umno adalah juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.
Muhyiddin kata, langkah
membawa Bersatu keluar PH adalah untuk mengukuhkan parti itu dan menjadikannya
parti Malayu nombor satu.
Maszlee tidak pasti jika
ada masa depan untuk Bersatu dalam suasana sekarang. Nur Jazlan kata, Umno
tidak berhasrat menjalin kerjasama kekal dengan Perikatan Nasional (PN) ciptaan
Muhyiddin.
Katanya, Memorandum
Persefahaman PN 17 Mei adalah semata-mata untuk memperjelaskan sokongan bagi persidangan Parlimen 18 Mei sahaja. Untuk jangka masa panjang yang membawa
kepada PRU ke-15 Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersama Pas dalam
Muafakat Nasional (MN). Penyertaan dalam kerajaan PN adalah sementara saja
sehingga PRU ke-15.
Khalid pula menyertai
beberapa orang panglima perang Umno lain mengalu-alukan Muhyiddin membawa Bersatu
masuk Umno.
Cakap-cakap seumpama ini tidak
boleh dipandang remeh dalam keadaan di mana pemerintahan kerajaan PN semakin
berkecamuk dan usaha sedang dibuat bagi mendisiplinkan kumpulan yang tidak
sebulu dengan Muhyiddin di dalam Bersatu.
Jadi, apa akan berlaku kepada
Bersatu dari sekarang hingga PRU ke-15?
Pengerusi Bersatu, Dr
Mahathir Mohamad bersama empat orang Ahli Dewan Rakyat Bersatu duduk di sebelah
pembangkang manakala Presidennya, Muhyiddin dan konco-konco beliau duduk di sebelah kerajaan.
Kalau diukur semata-mata
daripada tindak-tanduk Muhyiddin dan konco-konconya sejak mesyuarat tergempar
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari lalu maka adalah tidak mustahil
lambat-laun Bersatu akan terkubur.
Pertimbangan
Pertimbangan
Muhyiddin mengenepikan
keputusan MPT memberi masa dan tidak mamaksa Dr Mahathir mengorbankan prinsip
dan janjinya. Dr Mahathir akan kekal Perdana Menteri sehingga selepas Persidangan Kemuncak APEC November ini.
Malam itu juga dia membawa
Bersatu keluar PH dan menubuhkan PN melalui persekongkolan dengan feksyen
Mohamed Azmin Ali dari PKR, Umno/Barisan Nasional, Pas, Gabungan Parti-parti
Sawarak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS).
Perlu ditekankan di sini
bahawa kuasa penentu dalam penubuhan kerajaan PN adalah Umno bukan Bersatu. Kalau
Umno tidak setuju, PN tidak akan tertubuh dan Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana
Menteri.
Maka tidak hairanlah kalau
yang mendapat habuan paling besar dan ketara dalam kerajaan PN bukan Bersatu tetapi
Umno. Umno yang kalah PRU 2018 kembali memerintah.
Umno begitu yakin dengan
kedudukannya dalam PN sehingga ia boleh berkata berulang kali dan secara
terbuka bahawa PN adalah sementara sahaja sehingga PRU ke-15. Perkongsiannya yang
kekal adalah dengan Pas dalam MN.
Ketua de facto Umno, Mohd
Najib Abdul Razak memperlekeh PN sebagai pakatan yang tidak sah dan tidak
berdaftar.
Jadi dalam PRU Ke-15
nanti, Bersatu akan berpakat dengan siapa? Atau Muhyiddin dan konco-konconya
begitu yakin bahawa mereka mampu bersendirian menentang MN dan PH?
Senario
Berlatarbelakangkan
analisis di atas, ahli-ahli Bersatu, khususnya yang masih percaya dan berpegang
kepada perjuangan asal, iaitu menjatuhkan kerajaan kleptokrasi BN dan menyelamatkan Malaysia, terpaksa memikirkan dan membuat pilihan seperti
berikut:
1. Kembali kepada PH;
1. Kembali kepada PH;
2. Menyertai MN jika diterima Umno dan Pas;
3. Menubuhkan pakatan baru; atau
4. Bersendirian menghadapi
PRU akan datang.
Dalam rakaman video mesyuarat MPT 23 Februari itu, Muhyiddin berjanji bahawa "walaupun Bersatu keluar daripada PH, ia akan terus memerintah dan mengetuai kerajaan."
Dalam rakaman video mesyuarat MPT 23 Februari itu, Muhyiddin berjanji bahawa "walaupun Bersatu keluar daripada PH, ia akan terus memerintah dan mengetuai kerajaan."
Umno dan Pas kini menguasai kerajaan PN |
Ya, betul Muhyiddin mengetuai kerajaan, tetapi Bersatu tidak lagi mengetuai
atau menentukan agenda kerajaan. Kerajaan PN telah jatuh ke tangan Umno dan Pas.
Jadi amat penting bagi ahli-ahli Bersatu yang percaya kepada idealisme perjuangan menentang kleptrokasi dan menyelamatkan negara berusaha mengambil balik Bersatu daripada mereka yang khianat dan mabuk kuasa.
Jadi amat penting bagi ahli-ahli Bersatu yang percaya kepada idealisme perjuangan menentang kleptrokasi dan menyelamatkan negara berusaha mengambil balik Bersatu daripada mereka yang khianat dan mabuk kuasa.
Kita jangan hairan dan
terperanjat jika Muhyiddin sedang memikirkan satu lagi opsyen, iaitu balik semula kepada Umno.
Kita kena ingat, Muhyiddin
tidak keluar daripada Umno. Dia dipecat oleh Najib. Sedangkan Dr Mahathir
keluar Umno secara sukarela. Maka adalah tidak mustahil atau memeranjatkan
sekiranya Muhyiddin melakukan perjalanan pulang ke pangkuan Umno.
Seperti yang pernah saya
tulis, alasan Muhyiddin dan konco-konconya beria-ia hendak membawa Bersatu
keluar daripada PH adalah orang Melayu menolak Bersatu kerana bersama
dengan DAP dan tidak setuju Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Perdana Menteri.
Persoalannya sekarang, adakah lebih ramai orang Melayu menyokong Bersatu kerana tidak lagi
bersama DAP dan adakah penubuhan kerajaan PN mengukuhkan kedudukan Bersatu?
Kita mesti selalu ingat
janji Muhyiddin iaitu “...walaupun Bersatu keluar daripada PH, ia akan terus
memerintah dan mengetuai kerajaan.”
Serah Negeri
Tapi adakah itu yang
berlaku? Adakah dengan menyerahkan Johor kepada Umno, Kedah kepada Pas dan menjadi
melukut di tepi gantang di Perak, Melaka dan negeri-negeri lain bukti bahawa Bersatu memerintah
dan menguasai kerajaan?
Muhyiddin bermurah hati serahkan Johor kepada Umno dan Kedah kepada Pas, tetapi apakah
balasan yang Umno dan Pas berikan kepada Bersatu di negeri-negeri yang mereka perintah?
Adakah ini faedah dan manfaat yang Muhyiddin janjikan dengan membawa Bersatu
keluar daripada PH?
Jelas daripada
tindak-tanduk Umno, sama ada sebagai sebuah parti atau individu, bahawa
tujuannya sekadar memperalatkan PN untuk mengukuhkan kedudukannya dan dan kembali
berkuasa.
Umno mabuk kuasa. Ia tidak boleh hidup tanpa kuasa dan Muhyiddin
memberikan candu yang ia perlukan. Apabila mabuk, siapa yang dibelasah? Jawabnya, Bersatu.
Bagi Umno dan Pas mereka
tidak rugi apa-apa. Mereka kalah PRU ke-14 tetapi kembali berkuasa dengan ihsan
Muhyiddin dan konco-konconya. Umno dan Pas sekadar menjadikan kerajaan PN batu loncatan untuk MN.
Malah mereka boleh mencetuskan
krisis, seperti undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, supaya kerajaan PN jatuh
dan dengan itu memaksa pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU lebih awal.
Kalau Umno boleh dengan
mudah membuang Muhyiddin pada tahun 2016, sedangkan ketika itu dia Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, kita jangan hairan atau terperanjat
kalau dia sekali lagi dipermainkan oleh Umno.
Jadi ahli-ahli Bersatu yang masih berpegang kepada prinsip perjuangan kena faham mainan politik Muhyiddin dan konco-konconya yang merugikan Bersatu.
Wallahuaklam. Terima
kasih.
Datuk AKJ yang saya hormati dan sanjungi,
ReplyDeleteJangan kita sesekali bersikap apologetik.
Saya maklumkan undang-undangnya di sini, walupun saya sudahpun berhenti amalan undang-undang.
AGENDA & TINDAKAN SUBVERSIF PIHAK GILA KUASA
Apabila tiada rundingan dibuat dengan Pengerusi untuk melantik jawatan Setiausaha Agung, 7 Ahli MPT dan sebagainya, jelaslah ini suatu tindakan yang menolak kebertanggungjawaban menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti yang jelas termaktub di bawah Fasal 15.2.1 Perlembagaan parti politik tertentu.
Sudah jelas ini agenda dan tindakan pihak GILA KUASA!
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/03/667260/marzuki-dipecat-sebagai-setiausaha-agung-bersatu
Terima kasih, Tuan atas pencerahan sedikit kucar-kacir besar dalam PPBM.
DeleteAdakah ini bermakna telah melanggar 'Party Constitution' sendiri?
Apakah ini boleh diertikan PPBM parti haram?
Sekiranya semua pertadbiran mustahak dan wajib parti menyalahi perlemabagaan maka MP PPBM semuanya pada hakikatnya MP bebas tak berparti?
Apak ini bermakna gomen PN adalah gomen haram dan Muhyiddin bukan PM yang sah?
Apakah YADP tertipu?
Ataupun Mahathir laknatullAh dan penyembah setan ini masih ahli PPBM walaupun PPBM dah mati tetapi tunggu diisytiharkan RoS?
Bubar Parlimen
(Mahathir lAuh telah lakukan economic sabotage dan treason. You good lawyer atau lawyer caca marba?)
Salaam Syawal
Salam Dato Kadir Jasin
ReplyDeleteGambar menceritakan seribu fakta, tetapi audio mendedahkan segala-galanya.
Selamat hari raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada Dato’ dan seluruh pembaca dan pembahas blog Dato’ ni. Berbalik kpd artikel terbaru Dato’ni, izinkan saya beri beberapa pendapat. Harap saya menjadi orang pertama komen ye.
Video berdurasi kurang 2 minit yg berlegar baru-baru ni bunynya macam suara Tun Mahathir yg kata tak suka DAP dan tak suka Anwar dan setuju Bersatu keluar dari PH tu kenapa Dato’ tak nak ulas. Sebab Dato’ terkedu kan. Bukan mudah nak menipu seluruh rakyat Malaysia. Sekarang DAP dah tahu, sampai Ronnie pun dah komen tentang Tun Mahathir, Anwar pun dah tahu sampai tak nak join ‘press conf’ lepas parlimen bersidang dulu. Dan ahli Bersatu akar umbi pun dah tahu yg apa yg terjadi sebenarnya dlm meeting tu. So, Dato’ tak payahlah nak kelentong orang Melayu lagi.
Tun Mahathir pun macam biasalah buat video menangis konon-kononnya masih Bersama PH tapi beliau sendiri yang letak jawatan hingga menyebabkan tumbangnnya PH dan tergoleknya semua menteri-menteri beliau. Ini pun Dato’ tak nak cerita. Sekali sekala Tun buat video sedih dan nangis- nangis, orang percaya. Tapi kalau dah selalu sangat buat drama air mata, video sedih dan menangis, orang dah meluatlah pulak. Buatlah idea lain, drama masuk hospital ke, demam ke atau apa apa jelah……..
Lepas tu, hanya 5+1 orang Bersatu je yg sokong PH dlm parlimen tu (+1 tu Dato’ Kadirlah ye, Hehehe….). Jadi ikut undang-undang parti mana sekalipun, automatic akan dipecat jika ahli menyokong parti lawan secara terang-terangan. Ini bukan sahaja secara terang-terangan malah mencabar TSMY dan MPT Bersatu sendiri. Saya rasa TSMY dan majlis tertinggi Bersatu dah tiada pilihan lain selain memecat serta merta keenam-enam pesalah tersebut. Ini menunjukkan ketegasan TSMY sbg PM dan Presiden parti. Jika tidak, TSMY akan dilihat lemah dan lembik dan tidak layak menjawat jawatan tertinggi di Malaysia. Dan macam mana UMNO, PAS dan Gabungan Sarawak nak respect ketua penakut macam ni. TSMY dah tiada pilihan kecuali pecat Tun dan koncu-koncunya termasuk Dato’ Kadir. Tunjukkan kejantanan TSMY please.
Kesilapan Pak Lah dan Najib dulu adalah kerana terlalu menghormati Tun tetapi sebaliknya Tun langsung tidak menghormati kedua mereka dgn kata-kata hina dan nista dilemparkan secara terang dan nyata oleh Tun ke atas mereka berpuluh-puluh kali. Jadinya, saya harap TSMY tidak melakukan kesalahan yg sama. Macam saya selalu kata, buat baik mestilah berpada-pada, jangan sampai dipijak kepala. Ikutlah petua Tun dalam bukunya “Doctor in the house”, jika kaki pesakit dah buruk, kita kena potong kaki itu cepat supaya tak menjangkiti ke seluruh badan.
Akhir kata, saya harap TSMY perlu menunjukkan tetokohan beliau sebagai PM dan Presiden Bersatu dgn memecat 6 ahlinya serta merta. Sekian TQ.
Orang jahat dan aib seperti Dr Mahathir memang la suka orang jahat dan aib seperti Kadir Jasin ni untuk jadi penyokong dia.
DeleteSetuju sangat.
DeleteDAKJ pon bias penulisan. "Tun dan 4 ahli dewan.." Muhyidin dan konco2.." Nmpk sgt.
Sudah2la datok.
Apa akan jadi dgn "CultDet" selepas ketiadaan Tun?
Kadiaq.....
ReplyDelete1.PBBM akan berkubur..percayalah...Majority ahli akan kembali kepada UMNO.
2.Tun M bukan lagi Pengerusi PBBM...Ini disahkan oleh ROS
3.Tun M dan 4 MP yg menderhaka kerana duduk dikerusi pembangkang, bakal dipecat.
4.Kerajaan PN dikuasai oleh org melayu Islam dan Bumiputra...Percayalah, bila melayu Islam memerintah, semua kaum akan terbela.....
5.Kadiaq, bila nak join DAP atau PKR atau Amanah??...
6.Nak tubuh satu lagi parti tak akan berjaya dan pasti kecundang..PBBM sendiri pun tak ada kekuatan akar umbi...parti yg sgt lemah dan tak berwibawa...ketandusan pemimpin yg bagus..
7.Perancangan Tun M semuanya GAGAL
8.Pada PRU 15, BN/Muafakat Nasional akan menang besar...percayalah!!!
Muhyidin tak peduli samada BERSATU lingkup, Najib jual negara bila dia naik jadi PM balik atau PAS nak bersihkan semua hutan, satu Malaysia dgn menjual balak kpd tokey-tokey kaya DAP.
ReplyDeleteYang penting, namanya sudah tercatat sebagai PERDANA MENTERI ke 8. Dia mati dgn matanya tertutup rapat, tak perlu letak duit siling sebab takda apa yg nak dikesalinya lagi.
Dapat pulak bersemadi di kubur Pahlawan, tercatat sebgai PM ke 8. Inilah impiannya selama ini.
Lepas pru15, kalau dia masih hidup, dia dapat pencen Perdana Menteri dan mungkin diangkat jadi PENGERUSI PETRONAS, kalau Petronas Najib tak juallah. Sebagai PM pencen , dia duduk diam macam PakLah, dipuja dan dipuji orang sebagai Perdana Menteri terbaik yg dapat melindungi negara dari kuman COVID dan tidak ambil tahu urusan negara, nak lingkup orang Melayu dan Islamnya, dia tak kisah. Biarkan Perdana Menteri lain tanggong. Anak-cucu-cicitnya akan berbangga dgn kejayaan atok mereka sebagai PM ke8.
Aminnn.....
The Scribe
ReplyDeleteSalaam
Scribling hebat yang merangsang banyak pertanyaan mengenai nasib PPBM.
Namun, selesa serupa inikah bau fahaman yang akan resap dalam minda segelintir kecil ahli PPBM? Bagaimana pulak nak diisi kepala Mahathir laknatullAh yang penuh padat najis DAP dan Soros itu yang sekejapa tak waras sekejap lagi tak waras?
Mungkinkah sebilangan manusia autistik fikir dan kekawan @RD akan percaya kepada cerita-cerita U-Turn PPBM dan mahu Muhyiddin kekal PM? Apakah dalam gawat ekonomi sekarang PM kehabisan dedak?
Dan begitu jugakah Mahathir laknatullAh pembawa sial kepada negara lalu diperkudanya si arab melayu kaya yang berhutang sekeliling pinggang untuk bersedekah dedak bagi pihaknya atau bagaimana cerita sebenarnya, Scribe?
Kesian kita tengok bagaimana ada ramai dari puak Baalawi senang-senang disesatkan dan dipermainkan oleh Mahathir laknatullah dijanjikannya mereka kekuasaan dan kekayaan dunia.
Anak kecil PPBM bermain api sudah hampir terbakar rentung dikipas DAP. Kuasa apa yang ada pada sahabat, waris dan keluarga si anak kecil mampus terbakar hanya Menteri KDN saja yang boleh cerita. Agaknya DAP terlebih dalam ilmu sosioekonomi berbanding kawan-kawannya dalam Pakatan Hancing?
Hanya Scribe yang arif boleh lakar Wawasan2020: adakah Mahathir celaka membawa durjana kepada kaum Baalawi, negara kucar-kacir kerajaannya dan Muhyiddin berjaya juga perbodohkan Mahathir laknatullAh akhirnya.
Apahtah AKadirJ cuba tiup api perjuangan yang dah telah padam dalam jiwanya sendiri? Kekecewaannya dengan PPBM dan Wan Fayhsal sungguh nyata atau tidak?
Jangan khuatir, Scribe. Switzerland is only a great place for the local as you will soon learn.
(Kalau FSNajib cerdik dia dan sahabatnya akan undi tak percaya kepada Muhyiddin. Betul tak, Scribe dan baru mampus Mahathir laknatullAh kena gastrik)
Salam Sunat Syawal
Allahu.. melaknat saudara sesama islam. Bwk beristighfar byk2. Benci pn biarlah berpada2. Takut terkena pada diri sendiri.
DeleteTerlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Dato.
ReplyDeleteDalam tulisan diatas Dato gariskan empat pilihan untuk pemimpin dan ahli2 Bersatu memikir dan membuat pilihan.
Secara tidak langsung nya Dato telah memecahkan pemimpin2 dan ahli2 Bersatu kepada empat kumpulan sebab TIDAK mungkin kesemua pemimpin dan ahli akan bersetuju dengan satu pilihan yang sama. Masing2 akan menengahkan pilihan masing2 dengan hujah2 mereka. Sebenar dalam keadaan ini, "there is no right or wrong in choosing either one of the four.
Maka dalam menegakkan pilihan masing2, akan berlakulah perbalahan dalaman yang akhirnya meletak Bersatu dalam keadaan terhoyong hayang saperti keadaan cemas diatas jabatan gantung dengan tali pengikatnya sudah hampir putus.
Perlu di ingat bila jambatan gantung berkenaan terlalu kuat di goyang oleh ahli2 Bersatu sehingga putus tali pengikatnya maka telah bersedia lah TSMY, PH, PN dan lain2 dengan tongkang masing2 di bawah jambatan untuk menyelamat mereka yang jatuh.
Adakah empat pilihan yang di gariskan tersebut pilihan2 yang terbaik. Mengapa Dato tidak memberi pilihan yang ke lima iaitu....bubarkan Bersatu.
Sekian.
Dear dato,
ReplyDeleteConsider the following scenario, if i am to swap body with muhidin, yes i would be unhappy with ph. Would tht make me among the stupid and oblivious malay tht you would have indicated in many of your posts ? I dont believe u r superior to me intellectually. Lets leave it at tht.
Would i pull myself from ph ? Yes i would. Would anwar be a huge factor for me ? Yes it is. Would dap ? Yes without doubt.
Do i know it is dangerous to collude with umno ? Yes i do. It is the lesser of two evil. Would i struggle for power like I am now. No doubt. But would i hope for support from fellow bersatu member ? Yes i would.
Is this decision based on the interest of agama bangsa and negara? Yes it is. Do i made the best decision i know i can make ? InsyAllah.
Heres where i think i would differ from muhidin.
Would i sacrifice my value to share the power with umno like giving them positions in glcs ? No i would not. Does it mean i would be in trouble with umno ? Yes.
What should i do next ? Let it be known to people tht umno is only interested in power in an open statement before calling for a snap election. Nothing has changed with umno. They are completely obnoxious forgetting not too long ago people has kicked them out. I would come clean with the people and let them choose. I would contest for all seats with umno and leave pas to decide who it would like to work with. Corrupt umno or bersatu. Call for snap election and let people or specifically the bumi once again slap umno hard in the face. This time bersatu seat will increase. But it is never about power. It is about the fight. The perjuangan.
Frankly speaking i was never happy with ph aside tht it kicked najib out. I am unhappy with umno now and quite frankly all of the parties affiliated with bumi. U guys seemed to be arrogant enough to dictate to us wht is good for us. None of u are earnest in the perjuangan. One merajuk x kesudah thinking he is bigger than bangsa. One is too corrupt to even be trusted anymore. One riding on the faith to get support but has done nothing otherwise. One is about anwar. One party consists of anwars lackey.
Perhaps it is time that the bumi get to chart their own direction. If the parties think they can arrogantly force us to choose among them in pru maybe we wont have to anymore. Our very own dilemma is tht we never have a good choice to vote for.
Well maybe we should support our very own calon bebas. Funded by us. If every bumi can spend 1 ringgit and sponsor all their calon bebas we wont need these useless parties anymore. We fund the calon and we dictate the narrative. Tht way our calon wont be apologist racist chauvinist libertards or corrupt.
All of u politicians can go fly kites.
Calon bebas....????
DeleteHahaha.... would u trust the guy not to lompat to umno or PAS after he is elected.... ????
For me Melayu Hampa, the best thing to do is, just stay at home. Tak perlu mengundi. Show those arrogent bulls, we have our own choice. What's use of voting when the katak is free to lompat from one pond to another for their own gain....????
Much agreed sir...but I reckon comes the big recession and shit hits the fan, all the goons of parliments will no their fate. None of them & their parties will survive. Its the end of politics only those rascals don't see it coming !!
DeleteDatuk AKJ,
ReplyDeleteBAHAYANYA PIHAK GILA KUASA & HALOBA HARTA DALAM PENTADBIRAN POLITIK & PENTADBIRAN NEGARA
Apabila jelas seorang Pengerusi parti politik yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti sepertimana yang jelas termaktub dalam Fasal 15.2.1 Perlembagaan PPBM/Bersatu disisih daripada menjalankan tugas-tugasnya, amat jelaslah tugas-tugas dan tanggungjawab Pengerusi di bawah Perlembagaan parti sengaja diperlekehkan dan aturan-aturan & batasan-batasan yang ditetapkan Perlembagaan parti dilanggar dengan sengaja tanpa menghiraukan akibatnya kepada perundangan & hal-ehwal parti.
Apatah lagi, sekiranya Pihak Gila Kuasa & Haloba Harta sedemikian mencengkam pentadbiran negara dan kerajaan Persekutuan, sudah tentu aturan-aturan & batasan-batasan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang sedia ada dilanggar demi kegilaan kuasa dan haloba harta!
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/556634/dr-mahathir-tak-setuju-marzuki-dipecat
https://www.malaysiakini.com/news/527679
Apa sudah jadi dengan politik tanah air tercinta Malaysia kita ini? Apakah kesudahannya nanti? Tak sanggup saya melihat Tun diperlakukan sedemikian rupa oleh orang sendiri Parti yang diasaskannya. Kenapakah TSMY begitu terdesak sekali untuk memecat dan menyingkirkan bos sendiri? Nampak jelas sekali dia tiada keyakinan kerana kekurangan angka sahih yang diperlukan. Sudahkah dia lupa jasa-jasa Tun yang bersusah-payah mengetuai barisan pembangkang berkempen siang malam ketika PRU14 dalam usia yang begitu lanjut untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Keptokrasi yang pernah menyingkirkannya suatu ketika dahulu? Di manakah letaknya hati perut PM8 kita ini? Agaknya dia dah dirasuk syaitan gila kuasa atau sememangnya dia nak berbalas dendam terhadap Tun atas kisah-kisah silam antara mereka berdua? Melihat keadaan politik yang semakin runcing dan kritikal ini, yang paling terasa dan terkena tempias ialah rakyat jelata, sedangkan TSMY menggunakan kesempatan masa kuarantin diri di rumah sambil bersenang-senang bermain politik. Adilkah? Diharapkan Allah dapat membuka pintu hati dan menyedarkannya daripada terus terjerat dan terjerumus ke dalam lubuk-pusar yang akhirnya hanya akan membawa kehancuran dirinya dan ekonomi negara.
ReplyDeleteHari ini tanggal 29 Mei 2020. Semakan dan pengesahan menunjukkan saya masih AHLI AKTIF Parti PPBM/Bersatu, Sudah tentu, saya tetap mendokong usahasama dan koalisi Pakatan Harapan-Warisan sepertimana yang dinyatakan Setiausaha Agung PPBM/Bersatu bahawa parti tidak pernah keluar PH. Saya AHLI AKTIF SEUMUR HIDUP tetap menolak Pihak Gila Kuasa dan Haloba Harta dalam PPBM/Bersatu dan kerajaan TIADA MANDAT RAKYAT Perikatan Nasional!
ReplyDeleteMana keahlian Azmin Haziq Sarawak dalam Bersatu? Pihak Gila Kuasa dan Haloba Harta menunjukkan kegilaan kuasa memecat ahli-ahli pelopor Bersatu yang bersama PH! Kamu bukan Setiausaha Agung parti yang absah lantikannya!
https://twitter.com/hakimi_jabar/status/1266096105923571712
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/05/686413/marzuki-dakwa-mpt-bersatu-tidak-keluar-ph
https://www.malaysiakini.com/news/527699
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/23/marzuki-azmin-and-crew-yet-to-submit-formal-applications-to-join-bersatu/1868909
Blame Farking Stupid Najib.
DeleteIt's the economy as TSriKamal if MIER is most well aware but helpless to do anything until the illegitimacy of PN gomen is settled.
Penang is kicking out two ADUN which means the DAP is aware of the constitutional crisis kept underwraps by the Pribumis.
UMNO and PAS don't give a damn as Muhyiddin has committed crimes if vote buying. Unless, all photos and tapes of MEETINGS before Sheraton Move are denied. Keahlian Muhyiddin and gang terlucut dengan sendirinya bukan Mahathir laknatullAh and gang.
Mampuslah Ekonomi Melayu.
Bubar Parlimen
Datuk,
ReplyDeleteBersatu has gone amok. This is the public's greatest concern.
The recent sacking of Tun and 4 others are in the words of Bersatu member Akhramsyah “incorrect and incoherent”.
“Menyertai means join, meaning to be part of another party, not sitting as an independent in Parliament. Three of the five sitting as independents are founders of the party, and four out of five are MPT members. They are not ignorant.
“In addition, Bersatu has not formally agreed to join Perikatan Nasional (PN), which isn't even a legal entity yet. So, when Muhyiddin joined the 'PN' government without agreement from the Bersatu MPT or the party AGM, didn’t he also 'menyertai' parti lain? Does that mean his membership of Bersatu is also nullified?
“Like I said, the arguments presented by Wan Saiful and his ilk are incoherent, inconsistent and senseless. He should just keep quiet rather than feed fuel to the fire. Alternatively, he is welcomed to re-join PAS or join Umno if he dislikes Tun Dr M and the rest of us so much, assuming they want him,” said Akhramsyah.
So the big question now is the current PM and other Bersatu members when they aligned in the Perikatan Nasional . Wan Saiful has turned the sword inwards, as he himself and the others by his own words are automatically dropped from Bersatu and membership nullified.
What is happening in Bersatu is tragic and sad.
Dato AKJ,
ReplyDeleteBe strong in your struggle.
The Bersatu opportunists of course will crawl out to whack you.
They will grab whatever $$$$$$$ they can.
Frogs, traitors and the unprincipled always will.
Time is running out, and they know it.
UMNO at least has some with principles.
They despise the Muhyiddin-Azmin "leadership" and their collaborators.
Azmin has always been 100% useless. The only thing he is good at is plotting.
Muhyiddin? 97% useless. The track record does not lie.
Both of them will be chewed up by UMNO, and there will be zero sympathy from the raykat.
Good riddance.
Saya ingatkan OKJ cerdik... rupa-rupanya... tak cerdik langsung.
ReplyDelete"Video berdurasi kurang 2 minit yg berlegar baru-baru ni bunynya macam suara Tun Mahathir yg kata tak suka DAP dan tak suka Anwar dan setuju Bersatu keluar dari PH tu kenapa Dato’ tak nak ulas."
Sebenarnya... bukan 'video' pun, tetapi hanya audio saja. Sebab itu OKJ tulis... "bunynya macam suara Tun Mahathir".
Maklumlah, mesyuarat diadakan tanpa rakaman-video. Hanya direkod perbualan... Sebab itu 'video' yang OKJ tengok itu berlatar-belakang, hitam-legam... tengok transcript dan dengar perbualan saja.
Yang pasti... petikan-audio berdurasi 2 minit itu disunting dipenghujung-rakaman... kemudian diputar-belit sebagai luahan yang keluar dari isi-hati Dr.M.
Hakikatnya... Dr.M sedang merumus atau buat-summary dari hujah-hujah, pendapat dan pandangan perwakilan dalam mesyuarat/perbincangan selama lebih dua jam sebelum itu... iaitu, ada perwakilan yang tak suka DAP. Yang tak suka Anwar pun ada, dan ada yang mahu keluar PH.
Yang peliknya... petikan kata-kata Muhyiddin... supaya diserah keputusan-muktamad kepada Pengerusi... OKJ tidak sentuh langsung.... ehmm.
Satu lagi OKJ... seorang PM dipilih menerusi sokongan majority Ahli Parlimen.
Dengan kata lain... Dr.M kehilangan KUASA dan letak jawatan setelah dikhianati orang-orang yang beliau sangat percayai. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang PM yang bermaruah dan tidak tamak-KUASA... letak jawatan setelah kehilangan sokongan majoriti.
Lebih menyedihkan... orang yang sangat dipercayai itu... Pengkhianat & Semburit... telah bersubahat dengan blok-pembangkang diketuai Geng Penyamun dan Penunggang-Agama, demi menobat diri-sendiri, mengambil-alih jawatan PM dari Dr.M.
Sebab itu Muhyiddin sedar dan pernah mengakui... 'This is not the govt you voted for but we care for you.'
'care for you'... apekebenda... Penyamun yang Rakyat sudah berjaya campak kedalam longkang pada PRU14... beliau angkat-kembali ke tampuk KUASA?
OKJ sambung...
"Akhir kata, saya harap TSMY perlu menunjukkan tetokohan beliau sebagai PM dan Presiden Bersatu dgn memecat 6 ahlinya serta merta."
Ehmm... Takkan 'ketokohan' seorang PM hanya dapat di'tunjuk' dengan merampas-jawatan Pengerusi tanpa Pemilihan-Party, kemudian memecat ahli yang tidak setuju dengan beliau?
Setakat hanya buat perutusan melalui TV dan tidak berani berdepan wartawan untuk jawab-soalan... sidang-penuh Parlimen pun tak berani adakan... 'ketokohan' nak mai kot mana?
Jika OKJ nak tahu, samada Muhyiddin ada ketokohan atau tidak... tunggu la PRU15 nanti... tengok kerusi mana UMNO & PAS akan beri pada Bersatu-Muhyiddin. Maklumlah... Bersatu, UMNO & PAS berebut kerusi/undi Melayu yang sama.
Harap-harap, Bersatu tidak diberi kerusi... dimana MCA tidak pernah menang, lawan DAP, sudah.
Harus diingat... dulu... BN/UMNO akan hadiah 'kerusi-ikhsan' bermajority-Melayu kepada MCA & MIC... kita tengok PRU-15 nanti... samada UMNO akan lebih 'bermurah-hati' sesama-Melayu geng-Muhyiddin.
Oleh kerana Mika Angel-0 1:42PM... telah 'seru' nama saya... saya terpaksa la komen sikit... tapi malangnya, saya langsung tak faham mesej yang beliau mahu sampaikan... selain maki-hamun tak tentu-hala, seperti:-
ReplyDelete- Mahathir laknatullAh... 2 kali
- mampus Mahathir laknatullAh kena gastrik
- dan diakhiri dengan ucapan 'Salam Sunat Syawal'
... berkali-kali memetik Nama Allah SWT, seolah-olah Allah perkenan dan meredhoi sumpah-seranah beliau terhadap orang-tua yang pernah berjasa kepada Negara, menjadi PM dari 1981~2003 dan kali kedua, selama 22 bulan.
Saya pun tak faham... adakah beroleh pahala 'Salam Sunat Syawal' dengan memaki-hamun orang-tua yang berperinsip dan bermaruah... enggan menyertai komplot Geng Pengkhianat & Semburit, mengkhianati mandat-Rakyat, sambil bersubahat dengan Penyamun & Penunggang Agama.
Mengembalikan Penyamun ketampuk-KUASA, dengan menghadiahkan mereka dengan jawatan-lumayan dalam Kabinet & GLC.
Ehmm... patut la... orang-kapir bertambah pandang-serong pada Bangsa, Agama & Institusi Raja-Raja Melayu.
" Kata nak pecat, saya sekarang tunggu di ibu pejabat Bersatu..." Wow! Itulah Tun kita, negarawan terunggul, terbilang dan tiada tandingannya yang membuat semua kelu lidah. Mesej jelas sudah disampaikan, baik pihak yang ingin memecat itu tampil ke depan secara face to face untuk menyudahkan kemelut ini sekali gus. Tapi, si pengecut tikus kecil lari menyorok diri entah di mana. Ha..ha.. Well, our stoic Tun M3.0 is back! Don't you dare play play with him! Hidup Tun!!!
ReplyDeleteSallam Dato,
ReplyDeleteSaya rasa daripada 4 pilihan, 2 saja yang boleh. Samada pilhan Bersatu masuk Muafakat ataupun pilihan masuk PH.
Zaman 70’an dulu pun ada muafakat antara PAS dan UMNO. DAP tak ada dalam perikatan, jalan cerita pun lebih kurang sama. Orang melayu bersorak gembira kerana parti orang melayu dah bergabung. Akhirnya pecah PAS dan UMNO. Ini fakta, bukan cerita dongeng.
Sebenarnya naratif asal sudah berubah. Dari mula dulu, naratifnya adalah rasuah, kleptokrasi. Sebab itulah parti Bersatu ditubuhkan. Sekarang ini dah berubah kepada naratif perkauman.
Sekarang ini orang banyak dah lupa pasal rasuah, kleptokrasi dan pasal ekonomi. Perkara ini cuba ditenggelamkan. Tuduhan Kes berbillion, sampai beribu juta nak dibanding dengan kes 1 juta.
Saya rasa, Dato’ pun paham permainan orang politik hendak mengubah naratif yang ada, tapi ramai rakyat yang tak sedar.
Rakyat juga lebih risau juga sekarang berkenaan dengan wabak dan ekonomi.
Ada yang kata, kalau PH perintah, orang melayu akan hancur.
Sebenarnya, sekarang ini, orang melayu dah banyak di luar negara. Di Singapura, di German, Australia, New Zealand, England dan lain-lain. Orang melayu tinggal sampai berpuluh tahun di bawah kerajaan orang kapir. Tapi orang melayu tak hancur.
Hang Tuah kata, tak hilang melayu di dunia.
Kalau di dunia tak hilang macamana orang melayu boleh hancur di Malaysia.
Inilah cara untuk kaburkan satu perkara dengan perkara yang lain.
Parti Bersatu ditubuhkan semata-mata untuk menjatuhkan Najib. Najib dah jatuh. Sekarang ni parti Bersatu sudah tak ada halatuju. Akar umbi pun tak ada. Akhirnya jadilah macam Parti S46 nanti. Huhu.
ReplyDeleteAs Salam Dato,
ReplyDeleteDari dulu hingga sekarang...
Dengan Tunku Abd Rahman dia gaduh,
Dengan Tunku Razaleigh dia gaduh,
Dengan Musa Hitam dia gaduh,
Dengan Anuar dia gaduh,
Dengan Pak Lah dia gaduh,
Dengan Najib dia gaduh,
Dengan Mahyuddin dia gaduh.
Perumpamaan Melayu kata...kalau sepuluh lawan satu, yang sepuluh tu tak betul atau yang satu tu tak betul.
Fikir...fikir lah.
As Salam Dato,
ReplyDeleteSaya rasa hard core, die hard penyokong Tun M yang selalu komen kat sini tak berapa kerat pun dan tidak mewakili majoriti kat luar sana.
Silent majoriti kat luar sana sekarang ini lebih tertumpu kepada covid19 dan mencari nafkah.
Silent majoriti tersebut rasanya bukanlah memihak kepada kem Tun M pun dan tak ambil pusing pun dengan apa yg berlaku dalam Bersatu.
Dah kau sebut "silent" majoriti, so macam mana kau tahu yang "silent" tu tak memihak/menyokong Tun M. Eh!.. sudah-sudahlah tu...
DeleteJanganlah kau pulak perasan menjadi wakil majoriti kat luar sana..
A Kadir Jasin: THURSDAY, MAY 28, 2020 - Bersatu Ada Pilihan, Cuma ....
ReplyDeleteBagi ramai pemimpin politik, pendirian sentiasa berubah mengikut keadaan dan kepentingan semasa parti walaupun mempunyai prinsip perjuangan. Walau bagaimanapun, bekerjasama dengan UMNO masakini secara en bloc tidak boleh diterima serta tidak berintegriti. Cuba lihat demand dan character UMNO dalam kerajaan 3-bulan PH pimpinan TSMY. Sungguh mengecewakan. Prinsip Tun M tentang UMNO harus dihormati.
Bersatu perlu gandingan Tun M dan PM TSMY untuk terus dominan dalam kerajaan serta mendapat sokongan orang Melayu. Dalam PH ada DAP yang tidak mesra Melayu manakala dalam PN ada UMNO dengan pemimpin yang tercemar. Bersatu tidak perlu bersama PH lagi kerana pemerintahan 22-bulan banyak memberi tekanan kepada Tun M selaku PM. Seharusnya UMNO telah pun dibubarkan semasa pemerintahan PH lalu dan pemimpin UMNO yang salahlaku telah pun menerima padahnya.
Dalam senario masakini, PM TSMY perlu menarik MP UMNO yang bersih untuk masuk Bersatu. Biar UMNO yang ego dan arrogant menjalankan pembersihan pemimpin mereka kononnya dengan cara mereka tersendiri. Bersatu tidak perlu bergabung dengan UMNO untuk terus menjadi teras parti orang Melayu dan Bumiputra. Bersatu ada prinsip perjuangan yang berintegriti.
Sekiranya Bersatu perlu terus bersama PN, gabungan PN hendaklah menjadi satu entiti parti politik. Pada masa sama BN dan MN serta GPS hendaklah dibubarkan. Semua parti politik termasuk Bersatu, Umno, PAS, MCA, MIC serta parti dari Sarawak dan Sabah hendaklah menjadi komponen PN secara individu. Pemimpin DAP yang berpendirian sederhana dan tidak extreme boleh menyertai MCA. TSMY adalah Ketua PN dan boleh kekal sebagai PM.
Tun M terus relevan dalam politik Bersatu dan kerajaan PN. Tun M dan TSMY perlu pendamaian serta bekerjasama tanpa sebarang prejudis untuk pulihkan semula Bersatu. Tun M adalah aset bagi Bersatu bukan satu liabiliti. Kehadiran Tun M akan memberi satu kemenangan kepada Bersatu. Tun M perlu bertolak ansur demi kesinambungan Bersatu.
Prinsip perjuangan berintegriti diteruskan manakala pendirian sebagai parti politik perlu diubahsuai demi bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. PH tidak lagi menerima Tun M sebagai ketua dan bakal PM. Mungkin Tun M perlu bersama kerajaan PN yang diubahsuai serta sehaluan dengan pemikiran Tun M sendiri. Bersatu terus bersatu. Unity is strength.
facebook.com/nordinyunusdr
alor setar: 31052020
Salam DAKJ,
ReplyDeleteSaya boleh faham dan terima kenapa team tsmy tidak dapat dapat meneruskan kerjasama dengan pkr, dap dan amanah.
Saya boleh faham tapi tak boleh terima tsmy bekerjasama dengan umno secara en bloc apatah lagi melantik mp umno yang dah lapuk, tidak kompeten dan ada masalah moral.
Saya pengundi atas pagar yang menolak bn pada pru lepas bagi menjatuhkan pemerintahan najib yang korup dan disokong oleh umno.
Walaupun bersatu kelihatan lemah pada masa sekatang, pada pru akan datang, pilihan saya masih bersatu atau calon bebas yang bersih dan kompeten. Saya takkan pilih umno yang masih belum berubah. Saya juga takkan pilih apa-apa pakatan yang dalamnya ada pkr, dap atau amanah.
Perkara yang salah kita kata salah, yang betul kita kata betul. Walaupun orang melayu nampaknya sangat marah dengan tun m kerana diapi-apikan oleh umno.
Sekadar itu sahaja upaya saya.
I am with u DKJ. Luckily our up bringing doesnt made us becoming a typical malay, we still can differentiate between right and wrong,religiously and morally. I couldnt more disagree with the idea of malay/islam superior government without non malay political representative. But the idea proven to be a justifiction to a means for the penyangak and PNgkhianat conglomerate, a means to power grab. It is hard to fathom,MCA a chinese party won by election in a malay majority constituent with overwhelming vote from the malay,won by the campaign propaganda of that DAP and chinese want to take control over the malay. I dont know if they used some malay bloke face for the candidate campaign poster photoshoot that fools the malay voters,but that propaganda proved to be an easy bait for the malay so much so that they even vote for chinese candidate for their anti chinese stance. And now MCA with only 2 MP are getting 58mil for MCA's private chinese college, not even PASTI getting that kind of generousity even with 18 MP seats from PAS. But unfortunately the malay always kena kencing with Those propaganda,even the so called intelect malay.My many years of observation, until the malay manage to be berdikari berdiri atas kaki sendiri,not depending on this 'malay special treatment' then this narative wouldnt be so much effective on the hearts and mind of the malay. The likes of this so called intelectual malay, they been so much dependent on special malay quota etc for their entire life,with the culture of arse kissing deep embended within malay society, its easy to see the reason why the degrading of integrity and principals within malay intelectuals. As u can see a very good example,PN new deputy youth minister,have a cheek to demand an exodus of ppbm founders,such an ungrateful b*****d. a true muyiddin arse kisser. if not for that good arse kissing,he wouldnt land on UK soil with government sponsorship during PH admin, for some crap and useless master dgree course.what a waste of tax payer money.
ReplyDeleteYeop,
DeleteU wanna be a loser libertards and please the chauvinist and libertards pushover and waive away ur malay priviledge, by all means. But u certainly do not speak for me and i suspect many more. If u wanna insinuate tht the nons are all guillable and a victim to the current system then u must be joking. This poor nons who has been living in Malaysia !
U seems to have some problem with the malay priviledge ? Wht have u understood by it except from wht was chantes by the chauvinist and libertards such as urself ? Such an obviously smart person like u seems to lose urself u couldnt even see the historical context anymore. Or maybe u r just ignorant. Since when it is a sign of our weakness. This is a binding terms tht binds us all malaysians and by no means it is temporary. Jus soli is very clear in its intention. Smart person such as urself dont understand this ? We share, yes we the bumi choose to share and open our doors so tht the non could live together here provided tht they respect our priviledge. And to this day we are still sharing or force to share whether we like it or not cause it is binding for to all of us and is engraved in the constitution. It is not just them who are the victims of their forefather's agreement. We couldnt get rid of the nons even if we wanted too to put it into a very harsh perspective. Have u hear us complaint? Now if it is too hard for some to fathom this, i suggest tht we no longer share this land cause it really seems to me tht people are starting to be forgetful and turning more into an ingrates. Then u wouldnt have to respect our priviledge anymore and u can stop ur chauvinist racist propaganda on ur media. Maybe ur taxes can really be put to good use in some other country. Tht group of people who tear down their malaysian passport, has they become His royal majesty subjects in UK. Good luck. Diberi betis nk peha. Suddenly we are weak for defending our rights ? Sudenly it is apartheid according to the ex unity minister ? Wht the fuck ? Just because we dont say it out loud cause we dont wanna offend the non doesnt mean tht it is not true. Fact is we are still sharing until today and we dont have a choice in this because we uphold the jus soli and constituition.
So let me ask u smart alec wht are their excuse for not fulfilling their end of the bargain ? Were they ever sincere to begin with when they agree to jus soli ? Lets agree now, when we get the citizenship and when the time comes let us all ignore this ? Then how come malay priviledge is attributed to weaknesses by their media turning the likes of u into a loser who instead of defending whts urs and ur descendents right, turn on us who have done nothing wrong. So now we are the typical unintellect malay who couldnt tell whts wrong and whts morally right ? So guillable tht wed vote for mca candidates ? Whts wrong with malay unity party ? We can always works together with the other nons party if theyd like. Suddenly it is racist ? Whos paranoid now ? Wht malay islam superior gov are u talking about ? I have never seen any malay asking the nons to kow tow to them.
But since u insist on stereotyping us, i guess to me u r just tht smartass wannabe who is just a loser that simply run away instead of defending whts urs because u couldnt stand their chauvinist and liberal propaganda. U wanna be agreeable so much so tht u lose a pair be my guess. But u wanna call us weak and whtnot then ud have another thing coming.
PH masih mengguna alasan lapuk dalam usaha mengambil alih kerajaan iaitu Mahyuddin tidak patut merampas drp mereka kerana PH di beri mandat oleh rakyat dlm PRU14.
ReplyDeleteBetul telah di beri mandat oleh rakyat tetapi dalam tempoh 22 bulan memerintah, banyak menyusah daripada menyenangkan mereka. Kaum Cina pun tidak puas hati. Kalau kaum Cina puas hati, mengapa PH kalah dalam PRK2 yang diadakan.
DAP dan mereka yang berselindung di belakang DAP pula mengambil peluang dalam tempoh tersebut bagi memperlekeh Melayu, Islam dan Institusi Raja2.
Berapa orang sangat yang telah di dakwa berkaitan dengan isu ini.
AMANAH yang berperanan sebagai ekor kepada DAP pun tidak mempertahan bangsa seagama nya sendiri dalam isu ini.
Akhir kata.. mandat rakyat yang di beri kepada PH dalam PRU14 sudah tidak boleh di pakai lagi.
Adakan sahaja PRU15, biar rakyat beri mandat baru.
Masing2 sudah tua, berpengalaman dan berakal. Sepatutnya lebih banyak bersabar dan tidak bercakaran, buat malu kat budak2 sahaja.
Selepas PH tumbang, tidak kedengaran lagi suara2 yang memperlekeh Melayu, Islam dan Institusi Raja2. Ini bermakna mereka berani kerana berselindung di belakang DAP sebagai kerajaan yang memerintah.
Majoriti rakyat sekarang sudah lega, tiada lagi terkesan dengan kerenah2 terdahulu.
Rakyat malaysia dah jelik dengan politik tanahair yang diwarnai oleh Tun M, DSAI. Dah lebih 20 tahun orang Melayu di warnai dengan kekeliruan politik and perpecahan disebabkan oleh kepentingan sendiri kononnya mempertahankan prinsip politik masing-masing yang tidak membawa sebarang faedah langsung kepada orang Melayu. Di kala rakyat risau memikirkan apa nak makan setiap hari di waktu keadaan sekarang ini, ahli politik pulak sibuk berebut kuasa dan tambah beban pemikiran rakyat. Cukup-cukup la tu main politik. Fikir pasal kesusahan rakyat pulak. Kalau kita dianugerahkan Allah dengan kelebihan seperti kebolehan menulis, eloklah kalau penulisan kita membawa kepada penyatuan orang Melayu dan Islam dan Malaysia amnya. Sudah-sudah la.
ReplyDelete