Friday, June 05, 2020

Demokrasi Pseudo: Bersatu Pecah Umno Mencelah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.

Gambar hiasan: Burung hering (vultures) menunggu lembu mati

CERITANYA mudah saja. Pemimpin yang mengepalai gerakan tidak demoktratik menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata, tidak akan mampu bersikap demokratik terhadap parti mereka sendiri.

Itulalah yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh sebahagian besar kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Mereka telah merancang kejatuhan kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dengan menarik Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu.

Untuk mempertahankan rampasan kuasa mereka itu, mereka terpaksa bersikap tegas dan keras ke atas pemimpin Bersatu yang tidak sebulu dengan mereka.

Yang telah, sedang dan akan mereka hukum dengan sewenang-wenangnya adalah ahli Bersatu. Manakala yang ditimang dan ditatang adalah ahli Umno dan Pas.

Umno dan Pas diutamakan kerana menyertai mereka dalam kerajaan pintu belakang atau, mengikut takrifan Presiden Pas Abdul Hadi Awang, kerajaan tebuk atap.

Justeru itu, tidak hairanlah kalau Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat orang lagi pemimpin kanan Bersatu telah disingkirkan pada 28 Mei lalu hanya menerusi surat yang ditandatangani oleh Kapt. (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Bagi menghalalkan tindakan tidak berpekerti itu, sidang Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah dipanggil semalam untuk mengesahkan pemecatan Dr Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Turut dikenakan tindakan ialah Datuk Marzuki Yahaya yang dipecat daripada jawatan Ketua Badan Perhubungan Pulau Pinang dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi yang digugurkan daripada MPT. Tetapi Akhramsyah berkata, tindakan itu ditarik balik semalam.

Adalah tidak mustahil ramai lagi akan dikenakan tindakan kerana menentang hegemoni Muhyiddin dan feksyennya dalam Bersatu.

Muhyiddin juga boleh menggunakan kuasa eksekutif beliau bagi mempengaruhi Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memberikan “cop getah” kepada apa saja tindakan Bersatu.

Apatah lagi Menteri yang bertanggungjawab ke atas ROS, Datuk Hamzah Zainuddin, adalah penyokong kuat Muhyiddin dan antara arkitek utama Perikatan Nasional.

Kuasa Eksekutif

Tetapi kuasa eksekutif sahaja tidak akan membantu menyelesaikan kekusutan yang sedang berlaku di dalam Bersatu.

Rasanya majoriti ahli dan penyokong asal Bersatu tidak menyetujui pemecatan Dr Mahathir. Sebaliknya mereka terus mengiktiraf beliau sebagai Pengerusi parti.

Di sini patut diulang sebut bahawa Dr Mahathir telah pun dipilih semula sebagai Pengerusi tanpa dicabar sementara di pihak lain pula, Muhyiddin yang mengaku memangku jawatan Pengerusi sedang dicabar oleh Mukhriz untuk jawatan Presiden.

Cabaran oleh Mukhriz ini adalah antara sebab Muhyiddin dan konco-konconya dalam MPT mahu feksyen yang menyokong Dr Mahathir ditendang keluar.

Jadi, adalah tidak mengejutkan kalau umum berkata bahawa buat masa ini Bersatu berpecah dua. Yang satu menyokong Dr Mahathir dan satu lagi bersama Muhyiddin.

Tetapi saya rasa kita jangan lupa kemungkinan wujud dua “sub-faction” yang tidak semestinya menyokong salah seorang daripada dua watak ini.

Besar kemungkinan Hamzah dan konco-konconya yang melompat masuk Bersatu daripada Umno selepas PRU ke-14 lalu dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan geng PKRnya sedang bermain “watching game” – tunggu dan tengok.

Untuk mereka terus relevan dalam Bersatu, mereka wajib bersama “the winning side” – pihak yang menang – dan buat masa ini tidak semestinya feksyen Muhyiddin.

Burung Hering

Permainan ini sedang diperhatikan oleh Umno seperti burung hering bercangkung di atas pokok kelapa menunggu lembu nazak mati.

Rasa saya inilah faktor yang menjadi pemangkin kepada deklarasi Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada 3 Jun lalu bahawa “kami sudah siapa siaga untuk PRU15”.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan bossnya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, di rumah beliau pada hari tersebut.

Umno mempunyai kepentingan langsung dalam apa yang sedang berlaku dengan Bersatu. Ia akan menyokong Bersatu selagi Bersatu boleh memberikannya kebaikan – termasuk jawatan Menteri dan lantikan GLC.

Kita kena ingat, Muhyiddin telah memberikan Umno (dan Pas) talian hayat setelah kalah PRU 9 Mei 2018. Daripada pembangkang, Umno balik menjadi kerajaan.

Bagi ahli dan penyokong Umno ini adalah rahmat. Mereka tidak peduli tentang prinsip, maruah dan perjuangan. Bangsa, agama dan negara hanyalah tebu di pinggir bibir. Yang mereka fikirkan adalah habuan. Jadi dengan ihsan Muhyiddin, Umno kembali relevan.

Najib dan Ahmad Zahid memerlukan pihak yang berkuasa memandangkan nasib mereka umpama telur dihujung tanduk dalam kes-kes mahkamah yang sedang mereka hadapi. Buat masa ini, Muhyiddin adalah pilihan lebih baik bagi mereka berdua.

Tetapi seandainya mereka nampak bahawa sampan Muhyiddin akan tersadai di tengah sungai atau karam terus, mereka akan terjun menyelamatkan diri.

Jika mereka terjun dan sebuah kerajaan baru tidak dapat dibentuk maka besar kemungkinan Dewan Rakyat terpaksa dibubarkan dan PRU diadakan seperti yang diuar-uarkan oleh Ahmad Zahid.

Akhir kalam, izinkan saya menyatakan tanpa keraguan bahawa dalam semua ini, saya adalah di sebelah MPT Bersatu yang, pada mesyuarat 23 Februari lalu, tidak menyokong penarikan diri daripada PH.

Saya berpegang kepada rayuan Dr Mahathir agar beliau tidak dipaksa mengorbankan prinsip dan janji beliau kepada PH dan persetujuan MPT memberi masa kepada beliau untuk berfikir dan bertindak. Itu prinsip saya.

Wallahuaklam. Terima kasih.

16 comments:

  1. Pak Kadir, asas jelas dalam perpecahan ini adalah kerana ketidakpastian Mahathir sendiri untuk menunaikan janji pilihanraya.

    Apa janji pilihanraya itu? Mewariskan jawatan Perdana Menteri. Mahathir ber'kluk-klek' dan akhirnya memakan Pakatan Harapan.

    Kalau Mahathir dari awal lagi jelas menyebut, dia tidak mahu memberi laluan kepada Anwar, semua episod ini selesai. Anwar boleh mengambil posisi lain, Azmin ambil strategi lain, Muhyidin cari jalan lain. Najib boleh tawar-menawar dan sebagainya.

    Tetapi Mahathir ber'kluk-klek' sampai ke sudah.

    Apa pilihan yang ada? Azmin berpakat dengan Muhyidin untuk mengisi ke'kluk-klek'an Mahathir. Anwar terus dengan cita-citanya.

    Siapa yang rugi? Kita semua, perubahan struktural yang sepatutnya berjalan, mati ditengah jalan. Kelompongan urustadbir dahulu akan berterusan, dan generasi cucu-cicit kalian akan terpaksa melalui zaman panjang untuk membina ini sekali lagi.

    Puncanya apa? Mahathir ber'kluk-klek'.

    ReplyDelete
  2. Salam dato. Saya berpeluang menyembang dgn kwn2 grassroot bersatu. Mind boggling alasan mereka bagi utk sokong malikul sembab. Di media,mereka bagi alasan tidak boleh lagi berkerjasama dgn DAP,tp hakikatnya bila ditanya disurvey grassroot,mereka beria2 mahukan tun disingkir kerana mereka tak dapat projek,mintak projek pada menteru tak dilayan, bahagian tak dapat duit drp MB,PM. Mereka katakan malikul sembab layan permintaan mereka,dpt duit free, dpt peluang prujek direct nego. Masa tun semua tu tak merasa, tun tak melayan permintaan mereka kerana tun mahukan perubahan supaya mereka tidak lagi bersifat umno. Ironi, sokongan kpd malikul sembab kerana senang mereka dpt prujek dan duit buta, tapi mereka hilang kuasa,jwtn penting peringkat state dan federal, terpaksa melutu od umno dan pas. Pru akan datang terpaksa merayu pd umno dan pas utk kerusi bertanding. Sukar nak percaya betapa sengetnya pemikiran kem malikul sembab, marahkan nyamuk,bukan sahaja kelambu dibakar tapi dengan rumah2 sekali hangus. Yang untung palimg besor bukan ppbm tp umno,selagi ada GLC dah kena sapj,post menteri2 kanan ppbm tak merasa, hatta pak wan kereta terbang hanya diberi jwtn menteri tugas2 khas,jwtn nie nama je sedap tp hakikatnya sama mcm post pegawai khas menteri. Kedah johor serah jwtn MB pd umno dan pas,majoriti yg control kementerian dan GLC bukan ppbm, semua MP umno pas ada jwtn GLC tp bersatu dpt serdak je. Skg tggal satu je majoriti,bila2 masa bule tumbang.saya punya pendapat,kalau amanah boleh guna kebijaksanaan,pujuk tun join amanah.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,

    Ceritanya mudah sahaja. Saya melihat ini dr perspective melayu dan bumi. Kalau mengikut nama parti ia adalah parti peribumi bersatu. Maka seharusnya parti ini mendokong dan mewakili bumi.

    Persoalannya kemelut yg berlaku kini bermula dr paralihan kerajaan adakah kemelut ini berteraskan suara bumi ? Nama kami tidak habis2 didendang.

    Katanya mandat kami berikan. Adakah mandat kami hanya boleh dirujuk setiao kali hampir pilihanraya?

    Dlm kemelut ini tiada siapa yg bother utk bertanya bumi apa mereka mahu sebenarnya. Kemelut ini kelihatan lebih syok sendiri ahli2 bersatu yang terlalu self involved bermain masak2 utk kuasa. Apakah mereka assume kami ini hanya akan ternganga menunggu berakhirnya kemelut yg x berkesudahan ini sesudah kami pada pru lepas melantik bersatu sebagai suara kami ? Adakah kami masih redha bersatu sebagai wakil kami. Barangkali Dato mungkin mahu check semula. Jgnlah tunggu pru baru nk check.

    Parti ini lebih baik diberi nama parti ahli bersatu. Tiada langsung faedah buat kami parti ini melainkan hiburan jenaka dan sitcom harian.

    Adakah kemelut ini atas dasar agama bangsa dan negara ? One must always aware of why the parti is established in the first place. Do not forget urself.

    ReplyDelete
  4. Umno tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi jika gabungan itu didaftarkan pada masa akan datang, menurut anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Dr Mohd Puad Zarkashi.

    Beliau mendakwa ia berbeza dengan hasrat Bersatu yang menurutnya ingin menjadikan PN sebagai pertubuhan rasmi.

    "Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal.

    "Umno tidak akan tandatangan. Maka apa langkah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang seterusnya?" soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

    "Writing on the wall"....

    ReplyDelete
  5. As Salam Dato,

    Mohon memula bicara.

    Tidak berniat untuk campur tangan dalam kemelut dalaman Bersatu. Tetapi perlu kah diseret bersama mereka2 yang di luar Bersatu dan menjadikan mereka sebagai salah satu penyebab.

    Ok, kita tinggalkan dulu kisah itu. Kita lihat sejenak kepada perancangan semua parti politik atau gabungan parti2 politik ke arah menghadapi PRU15 dan yang dah mula mencanang2 bakal PM mewakili mereka sekiranya mereka menang.

    Yang terbaik rasanya biar lah kesemua yang tergulung dalam kategori umur "sixties and above" termasuk Tun M, Anwar, Mahyuddin, Zahid, Najib, Haji Hadi dan lain2 TIDAK di ketengahkan lagi. Kalau mereka menjadi PM pun, berapa lama mereka boleh bertahan sedang kan negara perlu bergerak laju ( selepas ketinggalan di sebabkan pergeseran politik & wabak covid19) dalam tempoh 10 atau 15 tahun mendatang.

    Semua parti politik dan gabungan parti politik perlu ada keberanian mencungkil bakat2 muda yang berintegriti, bersih, berwibawa, good academic qualification ( harap jangan lah pula college dropout) dan latar belakang ilmu agama yang baik untuk di calunkan sebagai PM bagi memacu negara ini ke hadapan dan di hormati oleh dunia.

    Begitu lah juga dengan jawatan TPM. Manakala yang tergulung dalam kategori umur "sixties & above" cukup lah sekadar di tawarkan sebagai "mentor minister" untuk satu penggal.

    Contohi lah negara2 saperti Canada, Finland Austria, New Zealand, Costa Rica, Ireland dan lain2.

    Sekian

    ReplyDelete
  6. Scribe, kebencian kamu terhadap UMNO jelas sekali dibuat-buat dan di masa yang sama kamu cuba menyembunyikan kekecewaan kamu dengan Pakatan Harapan.

    AKadirJ bukan minda yang bobrok. Hanya merasa letih dengan karenah pembesar-pembesar negara termasuklah institusi Istana.

    Mahathir laknatullah atasnya berserta kuncu-kuncunya boleh tubukan parti baru atau beli parti politik saperti parti Cinta Malaysia ataupun parti Ibrahim Ali.

    Prinsip, maruah dan perjuangan seorang spin meister for hire agak rumit, tak begitu? Ini sungguh nyata dengan anologi cetek yang kamu sendiri tahu tidak tepat sama sekali. Mungkin mantan Ketua Hakim Negara Abdul Hamid akan bersetuju dengan kita amat besar jua kemungkinannya.

    AKadirJ dan Abdul Hamid dua minda hebat yang rakyat Malaysia harus berterimakasih kepada tuhan mereka.

    Apa pula ceritanya nanti selepas PRU15 keadah politik Dewan Rakyat dan DUN negeri-negeri lebih kurang apa yang sedang kita saksi sekarang.
    Cerita ekonomi bagaimana, wahai Abdul Kadir Jasin yang budiman?

    Dunia sekarang era pasca pandemik Covid-19. Apalah bezanya dengan dunia sebelum pandemik ini?

    Apa yang kita khuatiri dan sedih Scribe terlampau spin sehingga jiwanya sendiri hilang pedoman.

    Apa pulanya nanti bila ramai yang sudah tidak percaya dengan pembesar-pembesar negara dan hilang sabar dengan karenah mereka?

    Apakah semangat Hong Kong masih belum dimengerti di Hong Kong Malaysia ini, Kadir?

    Mungkin Hakim tua kita berani meluahkan buah fikirannya: kuasa politik tanpa kuasa ekonomi. Secara kasarnya.

    UMNO sudah merasa jadi pembangkang dan dalam masa yang singkat kembali berkuasa. Nafikan saja fakta ini, Scribe.

    Burung Hering itu PAS dan DAP sebenarnya.


    Tuhan lebih mengetahui.





    ReplyDelete
  7. Salam Dato Kadir Jasin yg amat dihormati (maaf Dato’, panjang sikit)

    The Avengers

    Di sini saya ingin mengucapkan takziah kpd Tun Dr Mahathir, Dato’ Mukhriz, Dr Mazlee, Syed Saddiq dan YB Amir yg telah terlucut keahlian mereka gara-gara salah sendiri. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kpd Dato’ Kadir kerana terselamat dari tsunami yg baru membadai Bersatu. Diharap Dato’ dapat menerima keputusan ini dgn tenang hati kerana ketentuan ini hanyalah Qada dan Qadar yang telah ditetapkan utk Tun dan kawan-kawannya. Saya malas nak komen panjang-panjang supaya tiada hati yg terluka.

    Berbalik kpd PRK Chini, Pahang yg akan berlangsung tidak lama lagi, saya rasa eloklah Pakatan Harapan tidak meletakkan calonnya. Izinkan saya memberi beberapa sebab. Pertama, tak berapa elok rasanya mendedahkan rakyat Chini kpd Covid ni semata mata utk PRK yg tidak akan mengubah apa-apa dlm kerajaan Pahang. Kedua, PH sendiri berpecah diantara Anwar dan Tun Mahathir. Nampak macam Anwar dah berpatah arang berkerat rotan dgn Tun dan dah tak percaya langsung kpd Tun dah. Tak join press conference dulu, tak datang meeting dgn Tun semalam. Bukan sahaja Anwar yg tak datang, seorang wakil PKR pun tiada. Dah macam mana nak menang PRK. Ketiga, jadinya confirm PH akan kalah teruk dlm PRK ini jika diletakkan calon juga. Dari membazir masa dan tenaga, baik jangan letak calon. Keempat, bila PH kalah teruk pada PRK Chini nanti, moral ahli-ahli PH akan jatuh gebebuk dgn teruk sekali. Seterusnya ia akan merebak ke seluruh negeri dan negara terutama dikawasan Kuantan yg ditipu bertahun-tahun tentang Lynas. Kesian orang Kuantan.

    Jadinya, selagi Dato’ dalam Bersatu, saya rasa Dato’ tak perlulah baik sangat dgn orang-orang PKR tu. Mereka baik dgn Tun selama ini pun sebab ada udang disebalik batu je. Bila dah tiada kepentingan, habis madu sampah dibuanglah Dato’. Takkan Dato’ tak nampak lagi kot. Dato’ juga janganlah asyik meletakkan semua kesalahan ke atas Dato’ Najib tu. Biarlah undang-undang Malaysia yg menentukan samada beliau bersalah ke tidak. Dato Najib sekarang pun dah cukup tersiksa dgn turun naik court. Apa lagi yg kita nak. Itu urusan dia dgn tuhan lah pulak.

    Saya harap Tun dan rakan-rakan insaf dan mengisi borong keahlian Bersatu semula utk kembali menyertai Bersatu dan memperkuatkan Bersatu. TSMY dan Bersatu akan menyambut Tun, bak kata pepatah, kecil tapak tangan, nyiur mereka tadahkan. Tun tak apalah dah 95 tahun, tapi kesian yg lain-lainnya sebab terlalu mentah dlm berpolitik dan terikut-ikut sangat, konon-kononnya nak jadi Hero ala-ala The Avengers. Habislah karier politik mereka lepas ni. Saya cadangkan baiklah mereka minta maaf dan join Bersatu semula drp nak tegakkan benang basah. Politik ini berprinsipkan majority, majority will always right.

    Walau bagaimanapun, akhir kata, saya sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd Tun Mahathir, Dato’ Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Mazlee Malek dan juga YB Amir kerana dapat menjatuhkan kerajaan Dato’ Najib pada PRU ke 14 dulu. Juga terima kasih kpd Parti PKR, Amanah dan DAP kerana menolong kami rakyat Malaysia umumnya dan ahli UMNO khususnya menjatuhkan kerajaan Dato’ Najib dahulu. Dan seterusnya dapat memberi pengajaran yg amat berguna kpd pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak terlalu sombong dimasa akan datang. InsyaAllah, pemimpin UMNO selepas ini adalah pemimpin sejati yg tidak terpisah lagi dgn akar umbi. Masakan terlalu banyak jasa UMNO ke atas orang Melayu utk umat Melayu lupakan begitu saja. Selamat ulang tahun UMNO yg ke 74. Sekian TQ.

    P.S. Pada PRU 14 yg dulu, yg kalah tu adalah kerajaan Dato’ Najib bukannya kerajaan UMNO sebab ahli akar umbi UMNO sendiri pun pangkah pembangkang masa tu sebagai tanda protes dan bukannya sokong PH pun. Nampak tak bezanya disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x nampak org umno insaf. Saya nampak mereka semakin arrogant dan confidence kami akan vote mereka.

      Nampaknya mereka tidak belajar. Mereka kira kami semua akan telan delay demi delay kes najib zahid dan baru2 ni perlepasan riza. Mereka kira kami tidak nampak bangaimana mereka memasang jerat dan mengambil kesempatan utk merebut kuasa dr tsmy.

      Sungguhpn kami tidak bersetuju dgn tun, kami tetap tidak akan vote umno. Jadi mcm mana umno boleh perasan mereka akan menang.

      Delete
  8. Memang pun burung-burung umnopas tengah tunggu masa dan lihat keadaan nazak moo-moo sebelum melahapnya bulat-bulat tanpa kasihan. Sungguh tak faham apa ada dalam kotak mindanya. Sedih dan kecewa akan perangainya yang kian hari kian nampak perwatakan ala rejim bn-ajib. Runsingnya politik tunggang-langgang macam ini.

    ReplyDelete
  9. Tok.. they will be home run races .. for me who ever that become prime minister in Malaysia- mahathir didn’t agreed- mahathir always wrongfully Chose the rights jockey in the right weight- accepted HAMZAH in Bersatu that his biggest mistakes-
    HAMZAH duduk mana pun BERCELARU

    ReplyDelete
  10. Dah terlucut keahlian..pergilah challenge kat mahkamah.

    ReplyDelete
  11. BUBAR JA BERSATU...DAH TAK LAKU PUN..BELUM APA2 UMNO DAH TELAN.LEPAS PRU15, TINGGAL NAMA JA PARTI BUNGA

    ReplyDelete
  12. Kadiaq....dulu Bersatu tarik MP UMNO masuk Bersatu dan ugut segala macam...apa cerita??
    Yg ini boleh pulak...
    Mandat rakyat kepada MP Umno ni ialah rakyat sokong umno dan BN.....
    Bila MP ni masuk Bersatu , kau tak bising pulak...

    Bingai betul org tua kadiaq ni...

    ReplyDelete
  13. Apa yg berlaku dlm arena politik skrg adalah proses pembersihan. Ditunjukkan Ilahi supaya akhirnya yg terbersih dari yg bersih akan muncul. Akhir zaman yg bersifat dajjal akan kelihatan dgn sendirinya....perlu sedikit masa, biarkan fitrah mengambil tempatnya.

    ReplyDelete
  14. Mika Angel-0,

    sampai ke tahap laknatullah tu dah terlalu melampau...nauzubillah. Semoga Dia mengampunkan kau...

    ReplyDelete
  15. Muhyidin sebenarnya adalah 'UMNO' dan wakil 'UMNO' kerana pada awal krisis isu ini boleh diselesaikan dengan melantik Anwar sebagai Timbalan PM dan Tun sebagai gov senior advisor. Semua pengkhinat2 dinyahkan dari PH. Tetapi disebabkab pekat 'UMNO' dan BN masih menebal.....beginilah jadi nya....

    ReplyDelete