بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Memperkenalkan Anwar pada tahun 1982: Cabaran mutakhir 38 tahun bersama |
PADA 2 Disember tahun lalu, saya menulis dan
menyiarkan dalam Blog ini sebuah rencana dalam bahasa Inggeris bertajuk “Succession
Issue: Best Left to PM and Anwar”.
Dalam bahasa Melayu berbunyi lebih kurang “Isu Peralihan Kuasa: Elok Diserahkan kepada PM dan Anwar”.
Malangnya tidak sampai tiga bulan selepas itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dalam rampasan kuasa oleh feksyen Muhyiddin Mohd Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan feksyen Mohamed Azmin Ali dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Antara sebab saya menulis rencana itu adalah kerana timbulnya gesaan oleh sekumpulan penyokong Anwar yang menggelar diri mereka “Otai Reformasi” yang mahu Dr Mahathir Mohamad segera menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Sama ada secara kebetulan atau dirancang, salah satu alasan yang digunakan oleh Muhyiddin dan penyokongnya dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk keluar PH adalah tekanan oleh penyokong Anwar supaya Dr Mahathir bersara.
Dua alasan lain adalah mereka tidak mahu Anwar naik menjadi Perdana Menteri dan kerjasama dengan DAP menyebabkan Melayu tidak sokong Bersatu.
Rampasan kuasa Muhyiddin-Azmin dengan sokongan opotunistik dan predatori Muafakat Nasional (Umno dan Pas) itu bukan sahaja mengkhianati mandat rakyat jelata malah mula mengembalikan negara ke zaman gelap kleptokrasi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dalam situasi itu, keperluan untuk PH berkumpul semula dan bangkit sekali lagi menyelamatkan negara menjadi amat mendesak.
Dan sekali lagi isu kepimpinan menjadi faktor penentu sama ada PH berpeluang mengambil kembali hak rakyat jelata yang dilarikan atau kerosakan negara akan menjadi semakin teruk.
Saya difahamkan yang Majlis Presiden PH bersama Bersatu Dr Mahathir dan Warisan (Sabah) telah mencadangkan jalan penyelesaian kepada isu kepimpinan dan “timeline” di antara Dr Mahathir dengan Anwar.
Kenyataan PH selepas pertemuan dengan Dr Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal pada 9 Jun mengatakan hasil pertemuan itu akan dimuktamadkan minggu ini.
Dalam bahasa Melayu berbunyi lebih kurang “Isu Peralihan Kuasa: Elok Diserahkan kepada PM dan Anwar”.
Malangnya tidak sampai tiga bulan selepas itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dalam rampasan kuasa oleh feksyen Muhyiddin Mohd Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan feksyen Mohamed Azmin Ali dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Antara sebab saya menulis rencana itu adalah kerana timbulnya gesaan oleh sekumpulan penyokong Anwar yang menggelar diri mereka “Otai Reformasi” yang mahu Dr Mahathir Mohamad segera menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Sama ada secara kebetulan atau dirancang, salah satu alasan yang digunakan oleh Muhyiddin dan penyokongnya dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk keluar PH adalah tekanan oleh penyokong Anwar supaya Dr Mahathir bersara.
Dua alasan lain adalah mereka tidak mahu Anwar naik menjadi Perdana Menteri dan kerjasama dengan DAP menyebabkan Melayu tidak sokong Bersatu.
Rampasan kuasa Muhyiddin-Azmin dengan sokongan opotunistik dan predatori Muafakat Nasional (Umno dan Pas) itu bukan sahaja mengkhianati mandat rakyat jelata malah mula mengembalikan negara ke zaman gelap kleptokrasi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dalam situasi itu, keperluan untuk PH berkumpul semula dan bangkit sekali lagi menyelamatkan negara menjadi amat mendesak.
Dan sekali lagi isu kepimpinan menjadi faktor penentu sama ada PH berpeluang mengambil kembali hak rakyat jelata yang dilarikan atau kerosakan negara akan menjadi semakin teruk.
Saya difahamkan yang Majlis Presiden PH bersama Bersatu Dr Mahathir dan Warisan (Sabah) telah mencadangkan jalan penyelesaian kepada isu kepimpinan dan “timeline” di antara Dr Mahathir dengan Anwar.
Kenyataan PH selepas pertemuan dengan Dr Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal pada 9 Jun mengatakan hasil pertemuan itu akan dimuktamadkan minggu ini.
Manakala menghormati dan menyanjung usaha gigih ahli Majlis Presiden PH dan
wakil-wakil Bersatu serta Warisan, saya tetap dengan pendirian bahawa yang
akhirnya akan menentukan usaha ini berjaya atau gagal adalah Dr Mahathir dan
Anwar.
Untuk memahami keunikan perhubungan Mahathir-Anwar ini, izinkan saya menterjemah dan menyiarkan semula rencana 2 Disember itu. Ia mungkin panjang tetapi tidak ada cara singkat untuk memahami perhubungan yang terjalin begitu lama - 38 tahun.
Untuk memahami keunikan perhubungan Mahathir-Anwar ini, izinkan saya menterjemah dan menyiarkan semula rencana 2 Disember itu. Ia mungkin panjang tetapi tidak ada cara singkat untuk memahami perhubungan yang terjalin begitu lama - 38 tahun.
Berikut terjemahannya:
“BAGI seorang berusia 72 tahun yang mempunyai jadual yang sibuk dan, mungkin juga mencabar sepanjang hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim penuh bertenaga apabila muncul sebentar di majlis ulang tahun ke-20 Malaysiakini di Bangsar pada 23 November (2019).
"Ini tidak menghairankan kerana dia adalah maestro dalam hal perhubungan awam dan dikenali oleh kawan dan lawan dengan nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, AI, Brother Anwar, Saudara Anwar dan Pak Sheikh.
"Apabila saya mengucapkan selamat petang kepadanya, reaksi spontan beliau adalah mengulas tentang betapa serupanya baju yang kami pakai.
"Anwar adalah seorang yang sangat mengutamakan apa yang beliau pakai serta pakar dalam hal melega dan mententeramkan penentang tetapi tidak sehebat Dr Mahathir dalam menangani musuh.
"Saya rasa itulah juga sebab mengapa dua insan itu secara suka atau tidak mengakui kekuatan dan kelemahan masing-masing.
"Saya sekali gus bernasib baik dan tidak bernasib baik mengenali mereka secara agak rapat untuk satu jangka masa yang agak lama - Dr Mahathir sejak 1964 dan Anwar sejak 1982 – dan ada harga yang terpaksa saya bayar.
"Seperti telah saya sebutkan beberapa kali, kali pertama saya menemui Dr Mahathir adalah apabila beliau datang ke kampung saya di Kedah pada tahun 1964 untuk bertanding dalam pilihan raya umum tahun itu. Almarhum ayah saya adalah pemimpin Umno bahagian.
"Saya bersemuka dengan Anwar pada awal tahun 1982 apabila Dr Mahathir memperkenalkan beliau sebagai ahli terbaru Umno di Pejabat Perdana Menteri lama di Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur.
"Pada masa itu, Dr Mahathir baru memasuki tahun pertama sebagai Perdana Menteri dan akan mengadakan pilihan raya umum yang pertama sebagai Perdana Menteri. Anwar pula baru saja meletakkan jawatan Presiden Pergerakan Belia Islam Malaysia (ABIM). Waktu itu saya Pengarang Bersekutu akhbar Business Times.
"Sebagai wartawan di Bernama dan kemudian di New Straits Times Press (NSTP), saya tidak mempunyai pandangan yang positif terhadap Anwar. Apabila saya menyertai Bernama pada tahun 1969 sebagai pemberita kadet, Anwar sedang memberontak dan menghasut di Universiti Malaya.
"Adalah biasa bagi kami di media arus perdana menggambarkan beliau sebagai “musuh negara” kerana kegiatan politiknya. Pada tahun 1974, kerajaan Almarhum Tun Abdul Razak Hussein menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas penglibatannya dalam tunjuk perasaan pekebun kecil getah di Baling. Beliau ditahan selama 22 bulan.
"Di sidang akhbar berikutnya, saya meminta beliau membuktikan keahliannya dalam Umno dengan menyatakan nombor keahlian. Setiap ahli Umno ada nombor keahlian.
"Sebelum dia sempat menjawab, Dr Mahathir mencelah dengan berkata lebih kurang “seperti anda (merujuk kepada saya), dalam Umno jika ibu bapa ahli (Umno), anak-anak pun dianggap ahli juga.”
"Almarhum bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman adalah pemimpin kanan Umno Pulau Pinang yang pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan.
Cabaran 16 Tahun
"Di bawah didikan dan perlindungan Dr Mahathir, Anwar naik dengan pantas untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 dan bakal pengganti Dr Mahathir. Saya sering menyebut beliau sebagai Putera Mahkota Umno.
"Secara peribadi, ia adalah tempoh 16 tahun yang mencabar (1982-1998) kerana tidak sepanjang masa saya setuju dengan tindak-tanduk Anwar, khususnya bersabit dengan cara beliau membina empayar politik dan korporat.
"Namun, apabila beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, saya berpendapat harus ada had dan batasan memburuk-burukkan beliau, khususnya dalam media massa bersabit kes salah guna kuasa dan liwat. Kesalahan liwat beliau dibatalkan pada tahun 2004.
"Saya berpendapat beliau sudah cukup menderita. Lagipun Anwar pandai memperalatkan publisiti. Pendapat saya masa itu adalah lagi beliau dikutuk, lagi banyak beliau mendapat simpati dan sokongan.
"Rasanya ada lah sikit kebenaran dalam analisis saya itu. Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kelebihan dua pertiga dalam PRU 1999 namun pembangkang menang lebih banyak kerusi dan Reformasi bertapak.
"Sebenarnya itulah antara punca utama saya meletak jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP pada tahun berikutnya (2000). Saya tidak bersedia mengambil sebarang tindakan ke atas mereka yang dituduh penyokong Anwar di NSTP/TV3.
Kelahiran PH
"Dipantaskan ke hadapan ke zaman kleptokrasi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, hampir 20 tahun selepas pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno, saya menyebut kepada Dr Mahathir bahawa konsensus pembangkang mengenai PRU ke-14 tidak akan muktamad selagi beliau dan Anwar tidak bersemuka.
"Saya kata, dalam tempoh 16 tahun beliau dan Anwar berpasukan, boleh dikatakan semua perkara utama diputuskan dan dilakukan secara langsung oleh mereka berdua. Setidak-tidaknya pun itulah persepsi saya dalam berurusan dengan mereka dalam tempoh 16 tahun itu.
"Maka atas dasar yang sama, saya berpendapat adalah lebih baik isu pemindahan kuasa diserahkan kepada mereka berdua. Campur tangan luar akan hanya mengganggu gugat proses yang telah dipersetujui.
"Dan sekiranya Anwar telah mempelajari sesuatu daripada masa lampau, saya percaya beliau akan mengawal penyokong-penyokongnya yang tidak sabar.
"Setelah mengatasi keraguan dan kesukaran logistik, Dr Mahathir dan Anwar berjumpa dalam bilik Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu pada 10 Februari 2017 di mana Anwar sedang menghadiri perbicaraan kes saman malu beliau terhadap Utusan Malaysia dan TV3.
"Sebenarnya sebelum itu mereka telah berjumpa apabila Dr Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi yang sama bagi memberi sokongan moral kepada Anwar dalam cabarannya terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara.
"Pertemuan 10 Februari 2017 itu berkesudahan dengan persetujuan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Pakatan Harapan (PH). Ini diikuti oleh pertemuan-pertemuan lain yang berkesudahan dengan Dr Mahathir dilantik Pengerusi PH.
"Di Konvensyen PH pada 7 Januari 2018 di Shah Alam, Dr Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan permohonan pengampunan diraja untuk Anwar sebaik saja PH membentuk kerajaan.
"Semua yang disebutkan itu telah dipenuhi kecuali pemindahan kuasa kepada Anwar yang tarikhnya tidak dinyatakan dalam Deklarasi 7 Januari itu.
"Hal ini disahkan (sekali lagi) pada 13 Julai 2019 oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berupa penyokong kuat Anwar tetapi bekerja rapat dengan Dr Mahathir ketika saat genting pembentukan konsensus PH.
"Dengan Dr Mahathir memutuskan untuk merombak Kabinet berikutan kekalahan yang mengejutkan dalam PRK Tanjong Piai pada November 16 (2019) adalah sesuai difikirkan (semula) peranan Anwar.
"Rombakan Kabinet amat diperlukan bukan sahaja kerana penarafan (rating) PH telah merosot dengan teruk tetapi juga kerana beberapa orang menteri jelas tidak berprestasi.
"Perdana Menteri boleh membawa Anwar masuk sebagai Menteri Tugas-tugas Khas walaupun Anwar, secara berjenaka, berkata beliau tidak memohon jawatan dengan Kabinet.
"Ini adalah respons Anwar kepada kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau tidak pasti sama ada Anwar akan menyertai Kabinet atau tidak.
"Adalah lebih bermanfaat kita kurangkan berpolitik dan menumpukan perhatian kepada menguruskan negara.”
Versi asal bahasa Inggeris boleh dibaca DI SINI.
Nota Kaki: Saya rasa analisis di atas masih terpakai malah ia menjadi lebih kritikal selepas PH kehilangan kuasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada 23 Februari lalu.
Kalau PH hendak mengambil kembali mandat yang dicuri oleh PN itu, kesepakatan Dr Mahathir dan Anwar adalah kunci azimatnya.
Hanya mereka yang boleh melakukannya kerana jalan dan pilihan sudah pun dibentangkan kepada mereka oleh Majlis Presiden PH dan mesyuarat PH Plus.
Kalau mereka gagal, harapan PH mengembalikan mandat rakyat jelata adalah tipis dan PN kekal menjadi kerajaan bukan kerana ia sah atau kuat tetapi kerana tidak ada cabaran terhadap hegemoninya.
Moga-moga yang terbaik untuk negara dan rakyat jelata akan menjelma.
Wallahuaklam. Terima kasih.
As Salam Dato,
ReplyDeleteKomen saya iaitu tidak ada satu pun pilihan yang terbaik yang boleh dibuat oleh Tun M dan Anwar sekiranya pilihan itu:
1. Samada Tun M atau Anwar sendiri. Masih lagi dlm kategori mabuk kuasa.
2. Jika yang di pilih itu Tun M sorang sahaja bermakna agenda membalas dendam keatas Najib, UMNO dan PAS akan berterusan. Juga bermakna bercakaran sesama Melayu TIDAK kesudahan. Malu lah sikit.
3. Sesiapa pun di pilih, kemudian yang di pilih masih mengambil DAP sebagai sebahagian daripada kerajaan. Maka tidak hairan jika Melayu, Islam dan mungkin juga Institusi Raja2 akan di perlekeh saperti mana mereka memerintah dlm tempoh 22 bulan.
4. Sekiranya yang di pilih dari kalangan "sixties & above", Malaysia tidak akan bergerak ke mana. Dah tua, berapa lama boleh bertahan.
5. Sekiranya yang di pilih terus memilih mereka2 yang menipu sijil akademik, yang college drop out, yang lulus setakat SRP, yang cakap Inggeris pun tunggang langgang. Malaysia akan di perlekeh oleh dunia.
6. Kalau yang di pilih memilih menteri Kewangan yang asyik cakap pasal nak berhutang, pasal tidak ada duit. Lebih baik jangan jadi menteri Kewangan.
Akhirnya mungkin tak sempat memilih, YDPA atas nasihat PM akan terlebih dahulu memilih untuk membubarkan parlimen.
Semuanya melepas.
Sekian.
Salam Dato,
ReplyDeleteIn the end you still havent told us straight if it is ok for you that tainted Anwar would be next in line for PM. Ive asked you straight without an answer so im forced to make an assumption.
I take it your answer is yes. And if so I have to question your reasonings.
U said leave it to anwar and tun m. For as long as you have seen anwar in the political stage, what makes you think that those pressuring tun to resign arent coming from his blessing first ? Thts his style isnt it ? Letting people do his dirty work and later appear innocent denying he ask them to do so.
I find it hard to believe tht u dint even know this. And im guessing u purposely left this out or your advice could be meant for anwar indirectly. Regardless for someone who couldnt even say it out straight, im having trouble taking you seriously.
I want a fresh election. It is after all about the people.
Alea iacta est ("The die has been cast") is a variation of a Latin phrase (iacta alea est)
ReplyDeleteDo you know the verses 67 and 68 of Surah Al-Ahzab, AKadirJ?
Surah Al-Ahzab, Verse 67:
ReplyDeleteوَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
And they shall say: O our Lord! surely we obeyed our leaders and our great men, so they led us astray from the path;
Surah Al-Ahzab, Verse 68:
رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا
O our Lord! give them a double punishment and curse them with a great curse.
(English - Shakir)
via iQuran
Surely Malaysia deserves better PMs than Mahathir and Anwar and much better and smarter journalists than Kadir Jasin.
DeleteGood read, thank you forsfor your thoughts.
ReplyDeleteYou are easily impressed by mediocrity.
DeleteBrother Anwar Bin Ibrahim hanyalah politikus hambawan yang MEDIOCRE.
ReplyDeleteApalah sangat diharapkan daripada budak SASTERA yang dibibirnya asyik terpacul 'hatta', 'arakian' itu.
Malaysia tanpa Brother Anwar Bin Ibrahim lebih aman, tenang, harmoni.
Agak-agaklah...
Kalau dapat diperkasakan semula bahasa melayu pun jadi lah.. setidak-tidak nya boleh mengembalikan JATIDIRI melayu yg telah dijahanamkan oleh pemimpin2 melayu yg berstatus Dr, Peguam, Ahli Ekonomi dll termasuk mereka yg berkelulusan diluar negara..
DeleteJangan lah pandang orang sebelah mata..belum dicuba lagi pun!
Pada pendapat saya, tak payahlah Tun bekerjasama sekali lagi dengan orang yang gila kuasa dan obsesif terhadap jawatan PM itu. Mana mahu dia yang termasyhur dengan jolokan "I have the numbers" mengaku diri kemaruk kedudukan dan kuasa. Nampak sangat dia mengambil kesempatan sekali lagi dengan mencalonkan diri setelah gagal pada Febuari yang lepas. Dulu juga letak bininya yang gagap dan tiada ketokohan di tempat yang tidak sepatutnya. Alahai, balik-balik suami atau isteri yang ditonjolkan hanya untuk mencipta sejarah yang kononnya pernah melalui liku ini liku itu dan segala macam kepayahan. Persoalannya, kenapakah kebanyakan orang menghalang cita-citanya termasuk Tun? Ini mesti ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Betul tak? Daripada puluhan MP dalam partinya, tak ada calon lain yang lebih layak ke? Sejujurnya, tiada siapa-siapa paling sesuai untuk memikul tanggungjawab berat ini melainkan Tun. Apakah akan jadi dengan negara apabila gerombolan penyamun kembali berkuasa dan melanun semula? Yang menggerunkan ialah mereka sedang bersiap-siap ke arah itu. Tidakkah TSMY sedar kesemua itu? Atau dia ada plan B,C,D....???
ReplyDeleteGive the state to Anwar....kena bg peluang...TunM jadi penasihat..Mukhriz jadi TPM..oklah kan..
ReplyDeleteAnwar yg perkenalkan pakaian menutup Aurat utk.budak2 sekolah..perkenalkan Bahasa Melayu..ganti bahasa Malaysia..tubuhkan Bank Islam..UIAM dll..
Kena akui kekuatan dia..jgn nafi.DAP kena kontrol sikit lepasni...
Datuk AKJ,
ReplyDeleteYou were the much-touted Media Advisor. You must have been in the position to be in possession of real facts and figures to verbalize the reported news stated below :
Staggering Results Are for 2019
This remarkably shows that Foreign Investors & Local Investors Investing Abroad HAD Confidence in the Pakatan Harapan-Warisan led Federal Government, its policies & incentives which had created the favourable economic situation and investment climate!
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-fdi-rises-31-rm317b-2019-higher-investment-japan#:~:text=KUALA%20LUMPUR%20(June%2011)%3A,the%20Department%20of%20Statistics%20Malaysia.
Deja vu... the expected irritating howling is back to its habitual idiosyncrasy amid speculation about who will be named as PH PM. Once agian, the same old same old thing; not an iota of difference before and after the downfall. If their super-duper leader is so damn good as claimed to be the last Samurai or rather a symbol to save the nation, he would already have ascended to the throne by Agong with those legendary highest votes of 92. Shame. And if, he and his barking dogs intend to continue to fight against the same side of people again, then just forget about the whole idea of working as a team. Well, instead of demolishing and dislodging the enemies, their combined strength is actually gaining more support and power over PH stupidity. The slogan that their captain used to shout at the top of his lungs: Rakyat didahulukan, negara diutamakan, is totally bullshit to camouflage his true colours of hypocrisy. Covid19 has created much wretchedness to our livelihood, we are strongly reluctant to be forced through yet another round of political turmoil. The way of this very overbearing party and its egocentric members is just distasteful. Absolutely bodoh sombong. Well, I would say, go to hell with your PM ambition to die for, just leave us out and alone. Hush! I wonder why our history-making 1st woman ex-DPM continues to be soundless in spite of all the hapless happenings to this day. Come out and fight to earn some brownie points lah. What a hopeless and perfectly perfect stooge! Sigh...
ReplyDeleteTAKDA ORG LAIN DAH KA NAK JADI PM....MERAPU JA TU GENG ANAK BERANAK GILA KUASA
ReplyDeleteAssalamualikum Dato,
ReplyDelete1. Pertamanya, saya amat bersetuju dengan pandangan dan pendapat dato berkenaan isu peralihan kuasa diantara Tun Mahathir dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Seharusnya perkara ini diurus dan diselesaikan secara peribadi dan tertutup diantara Tun M dan DSAI tanpa ada pihak lain yg terlibat serta tanpa pengetahuan umum. Biarlah kedua-dua mereka bersemuka secara peribadi dan "in personal" didalam menyelesaikan isu ini. Biarlah hanya mereka berdua sahaja ada didalam satu tempat tanpa ada orang lain yg boleh dengar apa yg mereka mahu luahkan. Dengan itu mereka boleh berbicara dari hati ke hati serta seikhlas-ikhlasnya tanpa ada yg 'judge'kan apa yg mereka berdua luahkan. Setelah itu,penyokong dari kedua-dua pihak kena terima apa sahaja keputusan yg dibuat oleh mereka berdua dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
Tun telah memerintah negara 22 tahun plus 22 bulan. 22 bulan PH dibawah Tun jelas gagal melakukan perubahan dan gagal mengawal anggota kabinetnya. Sebaliknya usaha memburukkan DSAI termasuk memperalatkan media dan figure spt penulis artikel ini sengaja dilakukan. Kesannya PH berantakan. Tiada idea baru yg berkesan yg Tun lakukan sepanjang 22 bulan itu melainkan setakat 'window dressing' sahaja. DSAI yg berkemampuan melakukan anjakan paradigma baru dan punyai keberanian, dihodoh dan diperkecilkan oleh balaci-balaci Tun dgn sengaja spt penulis artikel ini.. sehingga sanggup memperbodohkan diri dan menyesatkan org lain. DSAI yg tak pernahpun menjadi PM dikatakan terlalu rakus utk jadi PM walhal Tun yg sudah sekian lama di jawatan itu tidak pulak digambarkan gila kuasa dan dgn umur 94 tahun masih lagi tak mahu lepaskan peluang kpd tenaga baru yg terbukti gigih mempertahanjan prinsip perjuangan yg kental. Utk PH kembali saya sarankan Tun berundur dan nasihatkan penyokongnya supaya bersatu dibawah DSAI. INSAFLAH.. TUN TIDAK MAMPU LAGI.. MASA DIA SUDAH BERLALU... BERI PELUANG KEPADA DSAI UTK LAKUKAN REFORMASI.
ReplyDeleteMASA 22 TAHUN DULUPUN TUN TANPA DSAI TELAH NENGALAMI PERIOD KEMANDULAN DLM KEPIMPINAN. UMNO LEMAH DAN TIADA LAGI KEPIMPINAN YG BERBAKAT UTK MENGAMBIL ALIH.
Atok & keluarga dah senang lenang dan mewah. Maaf cakap : ibarat kata "harta yg
ReplyDeleteada - kalau mati hidup balik pun tak habis makan. Janganlah asyik berselindung disebalik perkataan "kalau depa suka dan mau - saya sedia berkhidmat"..