Rakyat dan Kakitangan Awan Sama Penting
SEORANG penulis tak bernama (anonymous) berhujah menyokong kenaikan cukai pintu (assessment rate) dan mempertahankan mamanda Menrteri Besar Selagor Darul Ehsan merangkap Selengor Maju, Dato’ Seri Dr (gigi) Mohamad Khir Bin TOYO.
Dia menulis dengan tajuk “Cukai pintu – kenaikan dan perkhidmatan PBT (pihak berkuasa tempatan) harus seiring.”
Inilah yang saya tak seronok sikit. Semua pembaca Weblog ini, tahu siapa yang tulis blog ini. Jadi mereka boleh setuju dan boleh tak setuju. Boleh puji dan boleh caci.
No problem with that. I have always been a writer. I am used to being called names. A former Prime Minister, when he was The Man, once called me stupid for publishing a headline in the New Straits Times, which he considered favourable to the opposition parties.
Ketika saya menulis kolum “Other Thots” di dalam akhbar New Sunday Times, seorang pembaca yang memperkenalkan diri sebagai “I, the joker, the great tea drinker”, hampir setiap minggu mengutus surat, mengkritik tulisan saya.
Gelaran yang sering diberikannya ialah “toady” atau, dalam bahasa yang mudah, kaki ampu. Banyak suratnya saya siarkan di dalam kolum saya atau di dalam New Straits Times.
Tapi bila ada yang jawab tapi tak bagi nama atau guna nama samaran, nama pena, nama e-mel dan macam-macam nama lagi yang menyembunyikan identiti sebenar, rasa macam tak seronok.
Bukan apa, takut orang kata baling batu sembunyi tangan. Yalah banyak orang tak berani dedah identiti sebenar dengan alasan mereka makan gaji. Kalau kita lebih utamakan cari makan, tak payahlah susah-susah nak komen itu dan ini. Kita duduk diam-diam saja.
Kalau tak silap saya, anonymous yang menyokong kenaikan cukai pintu dan mempertahankan Khir TOYO, sama ada seorang kakitangan kerajaan, khususnya PBT, atau seorang daripada pegawai peribadi mamanda menteri sendiri.
Bekas anak buah saya pun banyak yang kerja dengan mamanda-mamanda menteri, menteri besar dan ketua menteri. Jadi apa yang dulu saya ajar mereka, sekarang mereka boleh guna belasah saya. No Problem.
Hakikat bahawa semua PBT di negeri Selangor menaikkan cukai pintu 10 peratus, tidak menjadikannya betul. Saya menyebut Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) kerana saya duduk dalam kawasan pentadbirannya. Kalau saya duduk di Kajang atau Banting atau di negeri-negeri lain pun saya akan protes juga.
Hakikatnya bukan saya seorang sahaja yang protes. Banyak lagi yang berasa kenaikan 10 peratus itu berlebihan, tidak mencerminkan keadaan sebenar inflasi dan tidak setimpal dengan mutu perkhidmatan.
Maaflah kalau saya kata hanya orang yang berasa bersalah – orang yang makan cabai -- atau yang mempunyai “persecuted mentality” saja akan buat tafsiran bahawa saya menentang kenaikan cukai pintu MPPJ kerana saya tak sukakan mamanda Khir TOYO.
(Saya mengeja nama bapa mamanda Khir dengan huruf besar kerana dalam tulisan yang dahulu saya tersilap taip jadi “Toya” dan ada pembaca membuat andaian saya begitu benci terhadap mamanda Khir sehingga mempersendakan bapanya. Tak benar, namun saya mohon maaf.)
I have no reason to be for or against Khir. I hardly know the man. I am referring to him in his capacity as the Menteri Besar of Selangor and one who presided over the proclamation of Selangor as a developed state.
Mamanda Khir tentu tidak perlu diperingatkan bahawa, dalam bahasa Arab, Selangor Darul Ehsan bermakna Negeri Selangor yang berkebajikan, berperikemanusiaan.
Soal saya kenal mamanda Khir atau tidak bukan isunya. Tak pun penting kalau mamanda Khir tak kenal saya. Yang kita persoalkan ialah peranan mamanda Khir sebagai ketua politik Selangor.
Kalau mamanda Khir dan akan buahnya tak mahu dikritik, dipertikai dan dipersoalkan, janganlah jadi orang politik. Tak siapa paksa mereka. Kalau nak hidup senang, buat banyak duit dan orang tak banyak kompelin, jadilah doktor gigi.
Tapi kalau tak salah saya, mamanda Khir sangat gembira apabila pada suatu pagi Ahad, di majlis hari keluarga sebuah kementerian, dia dibagi tahu yang dia akan dilantik jadi Menteri Besar Selangor.
Maaf cakaplah, waktu itu tak banyak orang kenal mamanda Khir Tiba-tiba saja nama dia naik. Khabarnya banyak orang dalam Umno tak setuju. Ibu Pejabat Umno pun pening kepala sebab tak kenal siapa dia. Orang Umno Selangor mahu Exco Kanan Datuk Ahmad Mokhtar Dahalan.
Tapi khabar ceritanya, Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah “diyakinkan” oleh pihak-pihak tertentu bahawa ada baiknya dia melantik seorang muda, walaupun tak terkenal, sebagai MB Selangor.
Ada dua sebab. Nombor satu, boleh dikatakan semua MB Selangor berhenti dalam kontroversi. Maka eloklah kalau orang muda yang belum tercemar dilantik MB.
Nombor dua, pengundi muda menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 1999. Bagi memujuk mereka dan bagi membuktikan yang BN menghargai orang muda, elok jika seorang muda dilantik Menteri Besar. Maka terlantiklah mamanda Khir sebagai MB Selangor.
Jadi saya tak tahulah kalau Khir telah berubah sejak itu. Yang kita tahu, dia kerap cakap fasal Tuhan dan fasal agama. Khabarnya dia boleh berdoa panjang. Eloklah. Kita disuruh sentiasa berdoa.
Tapi doa saja tak jadi. Sebab itulah Tuhan tak surah kita berdoa saja. Tuhan suruh kita berdoa dan suruh kita cari kejayaan. Ada seorang lagi orang politik Selangor yang pandai berdoa. Dia naik jadi Menteri. Tapi baru-baru ini digugurkan.
Yang kita tahu kemajuan Shah Alam dan sekitarnya cukup pesat. Bukit Cerakah dah dipecah-pecahkan dan dibahagi-bahagiakan. Shah Alam dah jadi bandar raya dan banjir besar dah melanda.
Cukai pintu naik, paras sungai pun naik. Duit keluar pintu depan, air masuk pintu belakang, kerusi meja keluar ikut tingkap. Tapi bila rakyat jelata kompelin sikit, ada orang kata mereka ada agenda terhadap mamanda Khir.
Ke mana pergi duit cukai yang rakyat bayar? Bukan untuk bayar gaji kakitangan kerajaan saja kot? Maaflah kalau saya berperasaan bahawa kerajaan sekarang terlalu memihak kepada kakitangan awam hingga ada kalanya menyisihkan rakyat terbanyak.
Kemudian ada seorang lagi pengulas “anonymous” yang minta saya memperluaskan tajuk perbincangan. Khasnya dia minta saya ulas tentang poligami, fasal dia kata ramai yang perlu belajar daripada saya.
No problem, kita boleh bincang. Tapi tolonglah bagi tahu siapa tuan atau puan, siapa saudara atau saudari. Tak elok buat andaian, sindiran dan tuduhan yang bukan-bukan. Baling batu sembunyi tangan bukan amalan baik.
Kalau amalan begini berterusan, kita mungkin tidak boleh melayan respons yang tidak bernama. Jadi minta sangat-sangatlah, kalau boleh janganlah pakai nama samaran. Terima kasih.
Welcome to the blog world Sir. Carry on with your words of wisdom :)
ReplyDeleteIn Spore when you write a letter to the press complaining about the civil service. The dept head of the particular dept has to write you a respond and they have to respond within a certain period.
ReplyDeleteIn Malaysia, like you have experienced you are lucky if the read your letter. I'm sorry to say this, the thing that is keeping this country going is the foundation that was laid by our earlier civil servants. the current bunch are bring those standards set downhill. and the Minister etc can't do much other than throw money at the civil service for votes.
bear in mind our civil service is very large yet they are unable to get things done! In 10-15 years we maybe in the same league as Philippines, not Singapore cos we are not hiring and promoting people based on performance.
Godd save this country
Selamat berblogging Tuan Tulis.
ReplyDeleteKat dunia blogging kita lah Chief Editor, kita jugalah Chief Reporter.Cumanya tak bergaji.
Hantam sajalah.
Asalkan dapat kita luahkan segala benda yang berbuku didalam dada dan menyemakkan minda:P
Sudi sudilah singgah kelaman blog hamba.
http://mahaguru58.blogspot.com
Dulu teringin nak jadi reporter tapi tak pi minta kerja.
Berangan saja.Sekarang ni dah kena penyakit rajin blogging.
Ada member saya MENJ khabarkan pada saya bahawa Tuan Tulis sudah blogging.
Gelaran Tuan Tulis ni saya panjangkan kepada tuanhamba sebab orang lama didalam bidang kewartawanan.
Sesuai ler.Selamat menulis demi kebaikan semua.
Wassalamualaikum.
mahaguru58
016-3969881
Semuraizs said....
ReplyDeletetahniah dan syabas datuk.
bongkarkan lagi kepincangan yang ada...
demi agama, bangsa dan negara.
takbir 3X