A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan.
Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
HUJUNG minggu di Pulau
Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak melapangkan dada seolah-olah lebih jauh
dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.
Terima kasih kepada (Tan Sri)
Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli
akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau
Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.
Hujung minggu yang baru
berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri
serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding
bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011.
Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.
Harapan Kepada Generasi Muda
HATTA ucapan dari lubuk hati Exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.
Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.
Kalau pemilihan kepemimpinan
parti-parti politik, khasnya Umno pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak
pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata
bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.
Generasi lama yang idealistik
dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal.
Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan
kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.
Terima kasih kepada
penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”.
Dengan izin, I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower
premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers
became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks
of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious
water catchment areas. Something
is not right here!
Dan kepada yang lain juga kerana
menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya adalah berkongsi
dengan khalayak dalam bahasa yang mereka boleh fahami agar mereka juga komited
melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.
Hantu Lapar dan "Hantu"
Altantuya
KITA boleh lari secara
fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari
daripada khabar beritanya.
Seorang lagi wartawan tua
berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”
Kita semu sudah baca, tengok
dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan
membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal
Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu.
Peguam Negara, Abdul Ghani
Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah
Persekutuan.
Kalau Mahkamah Persekutuan
setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah
Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan
pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus
menghantui banyak orang.
Kalau Mahkamah Persekutuan
setuju dengan Mahkamah rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada
tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu
kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang
tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.
“Who Killed Altantuya?” Tanya
akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang Tanya: Did the butler do it?
If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?
Ah, if only Sherlock Holmes
and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to
solve the crime as we now do with so many local and international advisors,
consultants and special officers.
Alas Holmes and Watson were
fictional although Antantuya’s murder was as sensational and having all the
conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.
Kes ini belumlah selesai.
Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan
Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang
berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab
ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur
menghina mahkamah atau subjudice.
NOTA Kaki: Syabas Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri baru Ahmad
Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru, Abdul Khalid Abu Bakar kerana ada
tulang belakang dan tidak asyik minta maaf. Cantas 1% penjenayah, penjahat dan
penyangak demi kesejahteraan 99% rakyat jelata yang patuhi undang-undang. Tapi
cantas juga anggota polis kambing hitam yang sama jahat dengan
penjenayah, penjahat dan penyangak. Insya-Allah rakyat sokong.