Tuesday, August 27, 2013

Kedamaian Rimba dan "Hantu" Altantuya


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

HUJUNG minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.

Terima kasih kepada (Tan Sri) Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.

Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.

Harapan Kepada Generasi Muda

HATTA ucapan dari lubuk hati Exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.

Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.

Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.

Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

Terima kasih kepada penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”. Dengan izin, I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious water catchment areas. Something is not right here!

Dan kepada yang lain juga kerana menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya adalah berkongsi dengan khalayak dalam bahasa yang mereka boleh fahami agar mereka juga komited melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.

Hantu Lapar dan "Hantu" Altantuya

KITA boleh lari secara fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari daripada khabar beritanya.

Seorang lagi wartawan tua berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”

Kita semu sudah baca, tengok dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu.

Peguam Negara, Abdul Ghani Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus menghantui banyak orang.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.

“Who Killed Altantuya?” Tanya akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang Tanya: Did the butler do it? If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?

Ah, if only Sherlock Holmes and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to solve the crime as we now do with so many local and international advisors, consultants and special officers.

Alas Holmes and Watson were fictional although Antantuya’s murder was as sensational and having all the conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.

Kes ini belumlah selesai. Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur menghina mahkamah atau subjudice.

NOTA Kaki: Syabas Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri baru Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru, Abdul Khalid Abu Bakar kerana ada tulang belakang dan tidak asyik minta maaf. Cantas 1% penjenayah, penjahat dan penyangak demi kesejahteraan 99% rakyat jelata yang patuhi undang-undang. Tapi cantas juga anggota polis kambing hitam yang sama jahat dengan penjenayah, penjahat dan penyangak. Insya-Allah rakyat sokong.

Wednesday, August 21, 2013

Call Me A Fool, I Am Worried


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

FOR the Muslims, the holy months of Ramadan and Syawal are a time for reflection. Time that they pause to remember the blessings of Allah and to be grateful for His bounty. For the older ones, it’s time to recall the time that had gone by.

Parents are hopeful that their children will be thankful for the sacrifices they had made and to cherish their legacies.

It was on this note and premise that the late Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia’s second Prime Minister (1971-76), laid the foundation for the Internal Security Act (ISA).

In his speech to the Dewan Rakyat, when debating the bill on June 22, 1960, Tun Abdul Razak, among other things, said:

“Sir, no one can predict the future, history alone can tell; but I am of the firm conviction that if we pass this Bill today our children and grandchildren will be very thankful for our foresight, our forethought, for taking measures to protect our young nation and our new State and for taking measures to make democracy safe in this country and taking measures to make this country a healthy place for them to live in the years to come.” (Read more)

Tun Abdul Razak: Great Foresight and Forethought
Yes, I am very thankful to Tun Razak’s foresight and forethought. The ISA made democracy safe and Malaysia a healthier place to live in.

But not everybody shares Tun Abdul Razak’s hope and aspiration. Not every child and grandchild is thankful to his foresight and forethought.

Or maybe he or she does not even know what this great man had said and done for him and her. Malaysians don’t particularly care about history, heritage and legacy. Sad.
Mohd Najib: He has a different idea
Just a thought and a reminder that there are so many things the successors to the past leaders don’t know or don’t care about.

I wonder what role the Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri plays these days since preventive detention laws have all been done away with and as Malaysia becomes increasingly unsafe and unhealthy.

Yes, there is an advisory board at the Prime Minister Department on these matters. But all of us know that the current PM has the largest number of advisors, special and not so special.

Advisors vs Hangers-On

IT will not surprise me a bit if more will be appointed, not so much for the value of their contribution, but to keep them happy, to neutralise them and to empower the PM by having one advisor cancelling the other. A brilliant strategy, if indeed it is one.

The many million ringgit question is, who are paying these men and women their “taraf menteri” salaries and do they really contribute?

No wonder our budget deficits under the PM as Finance Minister is growing bigger and are attracting negative international ratings.

And we should all be worried about the spectre of the 1997/98 Asian Financial Crises staring at us once again.

China has slowed down. Thailand has gone into recession. The ringgit is weakening against major currencies.

But do the advisors to the PM care that the rupiah had slid to its lowest in four years on Aug. 19 and Indonesia’s share prices fell the most in 22 months and government bonds slumped on concerns over a much wider current-account deficits?

Here in Southeast Asia, the crisis of 1997/98 started in Thailand and Indonesia. Are we not worried? Are we prepaared? Do we have a contingency plan?

The PM was a junior minister when the recession hit in 1997/98. Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Daim Zainuddin worked hard to rescue the economy. Are they the PM’s penasihat bertaraf menteri? I have not heard of it.

Maybe I am deaf. Wallahualam.

Tuesday, August 20, 2013

Apa Bezanya Arab Sekarang Dengan Arab Dulu?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

Inilah bunga Arab Spring
ADA pembahas meminta pandangan saya mengenai pergolakan berdarah di Mesir. Saya sengaja tidak mengulas sebab saya rasa tidak cukup memahami minda dan tabiat orang Arab.

Saya dilahirkan dalam suasana yang mengajar saya menghormati orang Arab “atas sebab-sebab agama”. Antaranya kerana mereka lebih awal Islam daripada kita.

Al-Quran dan Hadis banyak menceritakan mengenai akhlak orang Arab. Saya tidak perlu mengulangi atau mengulasnya.

Secara ringkas dan rambang, berikut adalah pendapat dan pemerhatian saya berkaitan krisis di Mesir, khasnya, dan dunia Arab amnya:

1. Pemerintahan demokrasi bukanlah kekuatan orang Arab. Dua sistem pemerintahan yang lazim di dunia Arab adalah sistem raja dan republik. Persamaan kedua-dua sistem itu adalah mereka bergantung kepada angkatan tentera yang kuat sebagai kunci kuasa.

2. Angkatan tentera di majoriti negara Arab adalah sebahagian daripada sistem politik. Kebanyakan pemimpin dunia Arab yang berjaya membawa ketenteraman dan kemajuan kepada negara adalah daripada kalangan tentera atau yang mendapat sokongan tentera.

3. Sistem raja dan tentera kukuh dan kuat dalam era Perang Dingin apabila Blok Barat dan Komunis memecahkan dunia Arab ke dalam sfera pengaruh masing-masing. Negara-negara beraja mirip kepada Barat manakala republik mirip kepada Kesatuan Soviet.

4. Keruntuhan empayar komunis dan dominasi oleh Barat membawa idea baru ke dunia Arab, iaitu demokrasi yang asing bagi majoriti orang Arab.

5. Barat mahu mendemokrasikan dunia Arab, tetapi majoriti gerakan politik yang bergiat secara haram atau dengan dikawal ketat pemerintah adalah anti-Barat. Kebanyakan mereka berpaksikan ideologi agama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau atas landasan puak seperti di Iraq, Syria dan Lebanon.

6. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1928 - sejak zaman Mesir di bawah pemerintahan raja lagi – dan berkembang ke banyak negara Arab walaupun ditekan dan dimusuhi. Banyak pemimpinnya dibunuh, dipenjarakan dan dibuang negeri. Ia kekal sebagai gerakan politik dan sosial dunia Arab sampai ke hari ini.

7. Apabila pemerintahan Hosni Mubarak yang disokong tentera jatuh akibat tunjuk perasaan raksasa rakyat jelata, tentera hilang pengaruh kerana bersekongkol dengan Mubarak, seorang bekas jeneral. Lagipun tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan pada peringkat awal kebangkitan.

8. Pilihan raya adalah jalan keluar bagi tentera untuk terus berkuasa. Tetapi tentera tidak ada boneka yang kuat bagi menentang Ikhwanul Muslimin. Selepas kejatuhan Mubarak, tentera dan Ikhwanul Muslim sokong pungutan suara, tetapi golongan liberal menolaknya. Golongan liberal secara natural adalah pilihan Barat.

9. Tentera tidak dapat menerima hakikat bahawa musuhnya selama ini, iaitu Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya presiden. Walaupun Mohamed Morsi dianggap terbuka dan tidak fanatik namun beliau tidak diterima oleh tentera dan golongan liberal pro-Barat. Ikhwanul Muslim ada pengalaman politik, tetapi lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Ekonomi Mesir yang sudah pun lemah menjadi kaku. Rakyat jelata yang pada mulanya menyokong beliau mula tawar hati dan marah. Kekacauan melumpuhkan industri pelancongan yang berupa penyumbang utama kepada ekonomi Mesir.

10. Setelah gagal menggunakan jalan demokrasi untuk mengekalkan pengaruh dan kuasanya, tentera kini kembali ke jalan raya menyokong penunjuk perasaan yang menentang Morsi dan menggunakan polis untuk bertindak kejam terhadap penyokong Morsi.

Kesimpulannya, Musim Bunga Arab (Arab Spring) adalah musim berdarah bagi banyak negara Arab dan  rakyat jelata mereka. Imej Islam turut terjejas. Pengaruh tentera dan pemerintahan kuasa mutlak semakin dipertikaikan, tetapi dunia Arab tidak mempunyai institusi demokrasi yang kuat dan menyeluruh. Akibatnya, angan-angan demokrasi berubah menjadi anarki. Arab berbunuhan sesama sendiri. Yahudi senang hati. Barat terus menanam tebu di tepi bibir.

Dan selagi dunia Arab tidak boleh menerima kepelbagaian suara dan membawa berunding gerakan politik seperti Ikhwanul Muslimin, selagi itulah dunia mereka akan bergolak dan sistem pemerintahan rakyat tidak akan menjadi realiti.

Harap-harap kita di Malaysia tidak akan jadi macam orang Arab kerana perbezaan politik atau kerana berbahas mengenai masjid dan surau yang tak betul arah kiblatnya. Wallahualam.

Friday, August 16, 2013

Kes Surau: Elok Jangan Terlebih "Emo"


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 17 Ogos - (1) Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini. SOKONG! (Baca di sini).

 

(2) Status penduduk tetap (PR) pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan, telah ditarik balik dan berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan kajian mendalam terhadap status PR yang diberikan kepada pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu. Hmmmmm.(Baca di sini).


POSTING ASAL

ADA juga baiknya jadi binatang purba (dinosaur) yang tidak pupus macam saya. Banyak yang telah dilihat, didengar dan dicakapkan.

Jadi saya tidaklah “emo” berlebih-lebih sangat sampai mendedahkan diri kepada serangan jantung dan strok.

Bagi dinosaur macam saya, soal kiblat tak betul atau orang bukan Islam “sembahyang” di dalam surau atau masjid bukanlah perkara baru.

Tapi bagi orang muda, orang kurang baca, orang yang umpama katak bawah tempurung dan orang yang pandai menangguk di air keruh, khasnya di kalangan generasi Internet, ia adalah isu emosional kelas dunia.

Soal surau, masjid dan orang solat tak ikut kiblat atau kurang tepat kiblat bukanlah perkara baru atau asing. Puncanya banyak orang Islam tidak saintifik, malas belajar dan malas berfikir.

Surau kontroversial di Sedili Besar, Johor
Banyak lagi orang Islam Malaysia, bila kita tanya mana arah kiblat, mereka kata, matahari turun atau matahari jatuh. Bukan Kaabah tetapi matahari jatuh. Mereka tidak tahu kalau mereka pergi ke Eropah mereka kena sembahyang menghala matahari naik.

Mungkin mereka tidak sedar atau tidak ambil peduli bahawa bila sembahyang di depan Kaabah ada kala mereka menghadap ke arah matahari naik, ada masa menghadap ke arah matahari turun, ada masa ke arah utara dan ada masa ke arah selatan.

Sampai hari ini pun ada lagi orang Islam Malaysia yang ubah kiblat ikut pergerakan matahari. Inilah akibat kita diajar sembahyang menghala matahari turun dan guna bayang untuk tentukan masuk waktu sembahyang.

Itu cara lama. Cara sebelum ada kompas, sebelum ada peta Google dan sebelum ada takwim. Malangnya, setelah ada kompas khas Kaabah dan peta Google pun ada lagi orang kita yang tidak tahu yang matahari bergerak mengikut musim dan kedudukan Malaysia bukan bertentangan dengan Kaabah.

Kalau kita di Kuala Lumpur, arah Kaabah adalah 292.6 darjah dari utara arah ikut putaran jam (clockwise). Maksudnya kita tidak menghala barat tetapi utara barat laut (northwest). Kalau ikut kedudukan, kita berada di koordinat 3° 51' 44.5638" Utara dan 101° 59' 0.1608" Timur, iaitu atas sikit dari Khatulistiwa manakala Makkah 21° 25' 36" Utara dan 39° 49' 34" Timur.

Jadi eloklah kita jangan emosi sangat sampai nak roboh surau dan masjid kerana tidak jajar (align) dengan Kaabah. Lagipun, sejak kefahaman dan amalan Islam menjadi semakin luas di negara kita, orang bukan Islam pun banyak yang sediakan ruang untuk surau.

Perkara biasalah kalau ada surau yang atur ruangnya tidak jajar dengan kiblat. Apalah nak dihebohkan. Kita hampar sajalah sejadah agar menghala Kaabah dengan menggunakan kompas. Sekarang ada banyak kompas khas untuk pastikan kiblat. Sepatutnya kita kena bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada orang yang sediakan ruang untuk surau.

Tapi kalau bangunan yang didirikan khas sebagai masjid dan surau lain hal lah. Sepatutnya sebelum didirikan, mintalah persetujuan pihak berkuasa agama dan mintalah mereka bantu pastikan kiblat dengan tepat. Janganlah main agak-agak atau suka-suka.

Ada Tempat Ibadat Untuk Semua

Berkenaan pengusaha calet dari Singapura itu pula, saya rasa eloklah disiasat kefahamannya terhadap Islam dan pengetahuannya berkenaan hukum-hakam kita. Janganlah cepat sangat melatah sampai hendak tarik balik taraf pemastautin tetap dia.

Boleh jadi dia jahil atau terpengaruh dengan amalan di negaranya. Di Singapura, ada tempat “ibadat” yang dikongsi oleh semua agama misalnya macam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Di situ, “prayer room” (bilik sembahyang) adalah untuk kegunaan penganut semua agama atau orang yang hendak bermeditasi. Bukan Singapura saja, di banyak negara bukan Islam kemudahan bilik sembahyang adalah untuk kegunaan semua agama.

Notis Bilik Sembahyang Pelbagai Agama di Lapangan Terbang Changi, Singapuraa
Mungkin tidak di Malaysia. Lagipun tidak perlulah orang Islam Malaysia toleransi dan terbuka sangat sehingga benarkan orang bukan Islam “beribadat” di surau atau masjid sebab mereka pun ada rumah ibadat masing-masing. Malah bagi sesetengah mereka, tokong dan kuil mereka ada di merata tempat. Melawat bolehlah. Itu pun kenalah tertib dan sopan.

Di tempat-tempat di mana orang pelbagai agama berkongsi tempat ibadat asal usulnya adalah peninggalan sejarah. Misalnya di kalangan penganut Islam, Kristian dan Yahudi.

Akhir kalam, marilah kita jadi orang Islam yang bertolak ansur (bukan menyerah), berilmu dan budiman. Wallahualam.

Tuesday, August 13, 2013

Kalau Mohd Najib Masih Peduli


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MUNGKIN saya ketinggalan zaman. Mungkin saya haiwan purba (dinosaur) yang tidak pupus. Mungkin kerana itu dari awal-awal lagi saya menentang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Negeri.

Saya berpegang kepada falsafah bahawa undang-undang tahanan perlindungan terbukti berguna. Ia bukan sahaja melindungi 99% rakyat jelata yang mematuhi undang-undang dan hidup aman damai malah ia juga melindungi penjenayah, ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis daripada membunuh satu sama lain.

Cuba tanya, berapa banyakkah ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis yang mati atau cedera kerana saling menembak ketika dalam tahanan perlindungan?

Bandingkan pula dengan bilangan mereka yang dibunuh dan membunuh selepas Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak dan Parlimen dengan begitu gembira sekali memansuhkan undang-undang perlindungan di atas pada tahun 2011.

Saya rasa Mohd Najib, ahli Kabinet beliau dan Ahli Parlimen yang menyokong pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri wajib bertanggungjawab ke atas rakyat jelata yang menjadi mangsa tindakan mereka.

Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka yang ikhlas, peduli dan berani telah menyedari “folly” mereka dan, secara tersurat atau tersirat, mula mengakui bahawa pemansuhan undang-undang berkenaan telah membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata yang cintakan keamanan.

Ahmad Zahid Bersuara

Yang terbaru “menyalahkan” pemansuhan EO sebagai punca peningkatan mendadak jenayah adalah orang kuat Mohd Najib sendiri, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri. (Baca di sini).

Cuma saya hendak tahu, apakah yang Ahmad Zahid buat waktu cadangan pemansuhan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet?

Beliau dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, pemansuhan EO berpotensi menghasilkan 260,000 penjenayah. Mengikut unjuran beliau, tiap seorang daripada 2,600 tahanan EO yang dibebaskan mempunyai purata 10 pengikut yang apabila dicampurkan menjadi 26,000 dan mereka ini pula mencari 10 pengikut setiap seorang bagi menjadikan jumlahnya 260,000. Masuk akal.

[Mingguan Malaysia dibaca oleh ahli dan penyokong Umno, oleh anggota polis dan tentera dan oleh orang Melayu yang banyak jadi polis dan tentera.]

Laporan akhbar The Star 12 Ogos pula mengatakan kongsi gelap, kumpulan samseng dan geng jenayah mencari ahli baru ketika mereka di bangku sekolah lagi. (Baca di sini).

Seorang pemandu India yang pernah bekerja dengan saya berkata “perang kawasan” sangat sengit di kalangan bekas tahanan EO keturunan India. Katanya, yang keluar tahanan cuba mendapatkan balik kawasan operasi mereka dan yang diambil alih oleh lawan mereka. Maka berlakulah serang-menyerang, bunuh-membunuh. (Baca di sini).

Pembangkang Turut Bersekongkol

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal unjuran Ahmad Zahid.

Saya langsung tidak hairan. Pembangkang terpaksa menyembunyikan peranan mereka dalam pemansuhan ISA dan EO serta sikap negatif mereka terhadap pasukan polis.

Merekalah yang mendesak, mengasak, menekan dan mengenjut Mohd Najib sehingga beliau naik takut (takut hilang undi) dan tergesa-gesa menghapuskan akta-akta itu.

Sekarang Guan Eng sudah gelabah sebab negeri perintah beliau sendiri, Pulau Pinang adalah antara yang paling teruk dilanda jenayah. Dari dulu lagi Pulau Pinang adalah kawasan panas kongsi gelap tetapi telah berjaya dikurangkan. Kini, tanpa EO dan tangan polis pula terikat, jenayah nyawa dan harta benda meningkat semula.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari PKR (dan bekas tahanan ISA) yang mengunjungi saya untuk beraya, berkata mereka pun terkejut dengan kepantasan Mohd Najib memansuhkan ISA, EO dan Akta Buang Negeri.

Soalannya, di manakah Ahmad Zahid dan anggota Kabinet lain ketika cadangan pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri itu dibincangkan?

Jangan lepas tangan mengatakan Kabinet tidak bincang dan bahas hal itu. Habis apa tugas dan peranan Kabinet? Jangan juga beritahu bahawa itu semua kerja budak-budak liberal dan budak-budak lautan biru Tingkat Empat. Habis, masakan Kabinet “yes sir” saja? Tidak masuk akal. Mustahil.

Kesimpulannya kalau Mohd Najib, ahli Kabinet dan Ahli Parlimen - tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – telah terlanjur, silalah mengaku kesilapan dan berpatah balik.

Kalau mereka masih peduli kepada 99% rakyat jelata yang cintakan keamanan dan perlukan perlindungan, mereka WAJIB segera membuat undang-undang baru yang lebih tegas bagi menggantikan akta-akta yang mereka mansuhkan.

Tidak perlulah salah-menyalahkan, sanggah-menyanggah dan mencari “mileage” politik murah atas linangan air mata rakyat. Cukuplah buat kerja naif dan main politik.

Negara kita sudah sama teruk dengan negara-negara jiran yang dulu kita cemuh dan kita hina kerana kononnya dipenuhi jenayah.

Wallahualam.

Friday, August 09, 2013

Hari Raya at Sri Perdana


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

RAYA PUASA celebration, like most Malaysian religious festivities, is not confined to Muslims only. Of course it is paramount to the Muslims. But Malaysians and residents of other faiths too partake in the Raya festivities.

Some sent greetings to their Muslim friends or visited them. Strangers greet each other as if they are friends. Strictly from the religious point of view, the Hari Raya Puasa or Eid is “compulsory” for a day only - on the 1st day of the Muslim month of Shawal, the 10th month in the Islamic calendar.

On that day, Muslims are forbidden from fasting. But in Malaysia, the entire month of Shawal is celebrated as the Raya month. It’s cultural and only in Malaysia that the Raya open house is held in a big way.

Today’s Friday sermon at the mosque I attended applauded the Raya open house as being in line with the Quranic revelation "O Mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know each other. Verily the most honoured of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" (Quran 49:13).

So, whether visiting Raya open houses or joining their Muslim compatriots in the “balik kampung” exodus, the non-Muslims have their own ways of partaking in the Raya holidays and with that create their own memories of the event.

A Visit To The PM

AFTER a long absence from the Prime Minister’s open house (since the mid-2000s), I went to one yesterday hosted by Mohd Najib Abdul Razak, his wife Rosmah Mansor, and members of Cabinet. A handful of Ministers and Deputy Ministers were on hand to receive the guests.

After not having had any form of communication with the Prime Minister’s Office since 2009 (except for 2 meetings with the PM, each arranged by Proton and Pemandu respectively for reporting purposes), it came as quite a surprise that during the fasting month I received two invitations from the PMO – one for a media breakfasting, which I could not attend because the fax went astray, and the other for the Raya open house.

PM and Ministers receiving guests  
It was interesting to see the comings and goings of the ordinary folk and the society’s bigwigs. While I was there, many leaders of the Barisan Nasional component parties – past and present – came calling; the likes of S Samy Vellu, Tan Koon Swan and Chua Soi Lek. Then there were members of the corporate elite like Shahril Shamsuddin, Yeoh Tiong Lay, Azman Mokhtar and Kishu Tirathrai.

Also present were former Prime Minister (Tun) Dr Mahathir Mohamad and former Deputy Prime Minister (Tun) Musa Hitam and their spouses.

Memories of Old Times

SEATING beside Musa was an opportunity to relive the old times. As ever, Musa was cheery and not averse to cynicism and occasional sarcasm.

He taught me a lot about the economy, in particular about trade and commodities, back in the late 1970s when I was a reporter with the Business Times and Musa was Deputy Trade Minister and later Minister of Primary Industries.

It was in the latter job that he was faced with the challenge of mitigating the downward spiral of rubber prices. The slump in rubber prices had accorded the young rebel rousing Anwar Ibrahim the reason and opportunity to organise the 1974 Baling rubber smallholders’ protest.

Anwar was detained under the ISA and I went to Baling a couple of times with Musa to meet the smallholders. Several programmes were launched.

Among them were extending Risda’s replanting subsidy to smallholders who occupied state land “illegally”, setting up hostels in towns for rubber smallholders’ children, launching price support system and, at the international level, establishing rubber stockpile by the natural rubber producing countries. Then Malaysia was a respected negotiator and drafter of international and regional treaties and agreements.

The two Chinese undergraduates who sat with Musa at the table had a lot to benefit from the old pro. They were among interns of the Perdana Leadership Programme who were invited to the open house.

Abdullah’s Awakening

THE big talking point was (Tun) Abdullah Ahmad Badawi’s new book – The Awakening” – in which, according to newspaper reports and reviews, he criticized Dr Mahathir.

Well, if Dr Mahathir could criticize Abdullah, why should we be surprised if likewise Abdullah criticizes Dr Mahathir? The Malays say “pulang paku buah keras”.

It’s funny that some people appear to be upset and start to lash out at Abdullah. I am sure Dr Mahathir is more than capable of defending himself should he decide to.

Last but not least, I thank two of PM’s “allies” who  “escorted” me to pay my respect to him. One is PM’s close friend and my colleague at the NSTP, Randhir Singh, and the other is Hardev Kaur, also a colleague at the newspaper group. Hardev has been working for the PM for some years now.

I told Randir not to read too much into my visit to the PM. This is Hari Raya not pilihan raya (general election).

Thursday, August 08, 2013

Nostalgia Hari Raya


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DULU kita beraya ke hulu hilir dengan basikal tua. Itu pun bukan semua orang mampu memilikinya. Hercules dan Raleigh adalah simbol status dan jenama pilihan.

Logo Basikal Hercules

Raleigh Antara Basikal Pilihan Ramai

Hari ini, busuk-busuk pun motosikal Honda, Modenas, Suzuki dan Yamaha. Simbol status adalah Samsung Galaxy s4.
Telefon Pintar Idaman: Di Seberang Meja Pun Hantar SMS
Anak peneroka Felda pun dah ada yang pakai Porsche Carrera. Apatah lagilah city slicker yang dapat kontrak pilihan raya.

Porsche Bukan Asing Lagi Kepada "Melayu Baru"
Tapi, kata seorang doktor muda di Hospital Daerah Hulu Selangor di KKB, penyakit kudis buta masih berleluasa. Saya sangka itu penyakit orang kampung totok zaman pra-merdeka.

Rupa-rupanya dalam kita dihidangkan dengan agenda  negara maju berpendapatan tinggi, kudis buta, kurap dan panau ada lagi. Batuk kering, kata doktor muda itu lagi, makin menjadi-jadi.

Lama Lepas Merdeka, Kudis Buta Masih Ada
Bagi orang tua (macam saya), hari raya menyemarakkan nostalgia dan kerinduan kepada masa yang sudah berlalu - zaman yang lebih mudah tanpa hipokrasi dan hidung tinggi.

Apa pun, marilah kita rayakan Aidilfitri dalam semangat kerakanan dan persaudaraan. Kita lupakan sementara perselisihan dan perbezaan. Manalah tahu, mungkin selepas ini kita menjadi manusia yang tidak memilih bulu, boleh ditegur dan tidak marah melulu.

Wallahualam.

Maaf zahir dan batin.

Friday, August 02, 2013

It's OK For Rocky To Be Angry


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

UPDATE, Aug. 3 - IN case you are still not convinced, read this.

OROGINAL POST

I AM happy that my friend Rocky gets angry. Unlike me, he’s always composed, stoic and steady. He seldom gets angry. He’s always that big, tall and steady Rocky.

It’s good to get angry sometimes. Get things out of your chest. I always believe that a person who feels the anger but can manage it is better than one who is not touch by it.

In his posting of Aug 1 headlined “Malaysia, where death is cheap and staying alive costly” (read here) Rocky is angry that a Singapore tabloid, The New Paper, had portrayed Malaysian in bad light.

So when a rookie online reporter to ask about Rocky's posting, I told him, what’s so terribly wrong about a Singapore newspaper writing negative things about Malaysia when some Malaysian newspapers and writers make running down Singapore their bread and butter.

I told the rookie that New Paper is not a new paper. It was started by the Singapore Press Holdings (SPH) – the owner of The Straits Times – way back in 1987.

Being a Singapore paper, it is responsible to the Singaporeans. Since many Singaporeans live in Malaysia or visit our country, it’s the paper’s right and responsibility to warn its readers of the risk that they may face while in Malaysia.

Let Us Face Fact

Is it not a fact that Malaysia is becoming more and more dangerous? Don’t just blame the Singapore newspapers. Our own newspapers are replete with stories of murder and mayhem. In fact, crime stories have become the staple of our newspapers. They regularly made the front page.

I hope neither Rocky nor his followers would consider me a Singapore agent. But I am willing to be accused of being an agent provocateur.

I want to provoke Malaysians to think critically and be willing to tell their elected representatives – from the novice Yang Berhormat to the Prime Minister – what they feel and want. We want a safer Malaysia!

We want them to accept culpability for their actions – abolishing the Emergency Ordinance and the Banishment Act that overnight unleashed some 2,500 bad hats and criminal elements on all of us.

It’s fine for Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak and his liberal-minded advisors to want to appear humane and be popular with the city slickers. Or gunning after their votes. But did he get it? No. Instead the lives and limbs of the ordinary rakyat are put at risk.

I Am Not Anti-Government

A very senior civil servant asked a former deputy minister (who is friend of my friend) why I have turned from being pro-government to anti-government.

I am not anti-government. I am not a subversive element. I love my country. I am not even anti-Mohd Najib. Yes, I told him repeatedly of his burdens, his Achilles heel and what the people think of his family. Not a new thing either. I had told him these things as early as when he was Education Minister. There shouldn’t be any misunderstanding on this matter. In my simpleton way of thinking “raja dalam rumah buat kira-kira, suri dalam dapur makan roti gula.” Period.

But I am critical and I am against the wrong things he and his advisors had done or are doing. Let’s see how far they will go with the Trans-Pacific Partnership Agreement with the USA! Almost every person who dares to speak out has spoken against the agreement and the government is less than willing to share information with the people.

It’s ok for him, his Cabinet and even the MPs in the House to do away with preventive laws, including the ISA. They have bodyguards and live in walled and guarded compounds.

They don’t have to trudge through addict-infested areas of the City. They don’t shop in Chow Kit. (During Ramadan, Chow Kit is my favourite place. I love browsing and hunting for ulam kampung). They don’t have to ride crowded commuters and buses during peak hours. And they don’t face the risk of being robbed when parking cars at shopping complexes.

And for some of them, their outsiders have no qualms about forcing us off the road to make way for them and their spouses during peak hours. Don’t they know the annoyance and the danger they cause with the siren, the flashing lights and the honking?

Consider this. I do not make this up. This came from Bukit Aman and was reported by Malaysia’s own National News Agency Bernama. Serious crimes involving ex-EO detainees had increased by 100 per cent in the first six months of this year from 33 cases to 67.

And consider this too – a letter from then Federal Police CID Chief (dated Oct 13, 2011 to MyWatch chief, R Sri Sanjeevan, who was recently shot by unknown men) stated that 17,882 cases of snatch thefts and robberies without firearms and 43,792 cases of burglaries and break-ins were recorded between January and October 2011.

But the official crime index published by the government (for KPI purposes) reported only 7,324 cases and 30,200 cases respectively. Who is telling the truth? Which is more important – the welfare of the rakyat or the Ministers’ KPI? In any case, few people care about the KPI or believe in its accuracy.

And, is Idris Jala the best man in one Malaysia to lead the drafting of the law to replace those time-tested legislations done away by his boss?

If the judges, the police chief and the lawyers who set as the Royal Commission to Enhance the Operations and Administration of the Police (2004/05) were deemed to have not understood the constitution, as alleged a Minister and his deputy recently, are we to believe that Idris is better than all of them combined?

I hope I am not adding to Rocky’s anger. But if I do, I will not going to say sorry. Even the stoic, steady and ever happy Rocky must face the reality that Malaysia is not as safe as it used to be. Wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).