Friday, March 29, 2019

Old Dogs and Fat Cats Corporate Shenanigans


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

PM asked profitable companies to pay their employees better
OLD habits die hard and old dogs are said to be unable to learn new tricks.

Some dog owners are themselves unwilling or unable to learn new tricks that can be taught to their younger dogs and puppies.

So even thought the Barisan Nasional (BN) government had been ousted and replaced by the Pakatan Harapan (PH) more than 10 months ago, old bad habits are still very much alive.

Reforms and new ways of doing things seem not to have the desired effects on everybody.
 
[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

So we still hear stories of chief executive officer of a government linked company (GLC) nonchalantly said he could not remember his remuneration package when asked by the Council of Eminent Persons (CEP).

It turns out that he was paid something like quarter a million ringgit a month and his annual package was in excess RM7 million.

He had since left the company and a new man was appointed to the post apparently with a more modest remuneration package but still unimaginably generous.

More recently the chairman of another GLC has had his contract cut short and his peers on the board recommended that he be paid compensation in excess of RM4 million.

This is in spite of him having amassed shares worth nearly RM140 million in companies belonging to the group he chaired, presumably through share option and other reward schemes.

His remuneration last year was in excess of RM5 million.

It is not at all surprising because almost all the board members are his peers. They have been on the board together like forever. One of them had been a board member for nearly 30 years.

So I don’t know if the government should or would agree with the board’s proposal to offer this person such a generous compensation.

Corporate Incest

Sometime before the fall of the kleptocratic government of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, I wrote about the incestuous relationship involving several GLCs implicated in the 1MDB, FGV and Tabung Haji scandals.

That was during the Tabung Haji-TRX land deals controversy.

I noticed that these companies shared board members and were seen to be doing Najib’s bidding in concert.

Many of them had since been removed and some are even facing criminal and civil actions. Those who remain should also be terminated in due course.

It would appear that during the kleptocratic “Cash is King” days, many GLC heads and board members joined their political masters in a get-rich-quick scheme of sorts.

They happily rewarded themselves with huge salaries and fat performance bonuses when their companies are actually monopolies and oligopolies, and are not actually doing that well.

Recently, a middle-ranking officer of a large GLC bank complained to me that while the big bosses rewarded themselves with fat bonuses, the middle and lower management and ordinary staff were given pittance.

At the Invest Malaysia Capital Market Forum in Kuala Lumpur on March 19 last, the Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, urged profitable companies to pay their workers better.

The government has no direct control on private sector companies but it has a wide say in the GLCs. As such the proposal for a better and more equitable remuneration package should start with the GLCs.

Additionally, in line with government’s commitment to raise governance, integrity and anti-corruption bar, action must be taken against GLC executives and board members – past and present - who are involved in corporate legal breaches like money laundering, insider trading, non-disclosure of mandated information and failure to perform fiduciary duties.

Generous rewards must be accompanied by harsh punishments for wrongdoing.

Wallahuaklam.

Saturday, March 23, 2019

Banyak Kejayaan Kerajaan Tetapi Tidak Diceritakan


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Transformasi: ini adalah sebahagian daripada kejayaan kerajaan
BUKAN semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik.

Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai.

Itu pun silap kerajaan dan jeteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan?

Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan Menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul.

Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Komunikasi Korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya.

Jadi untuk tampalan kali ini izinkan saya bercerita panjang sikit mengenai apa yang saya tahu berkenaan apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Kerajaan telah dan sedang lakukan banyak perkara, projek, program, dasar dan agenda.

Misalnya kerajaan telah dan sedang bertidak ke atas pihak-pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir-hampir memufliskan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tetapi kita kena faham. Kalau bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, masih lepas bebas itu bukan salah kerajaan.

Kerajaan sudah siasat dan dakwa dia di mahkamah. Jadi sekarang tanggungjawab kehakiman (judiciary) lah. Kalau Najib lambat dijatuhkan hukuman, itu bukan salah kerajaan.

Itu tugas dan tanggungjawab kehakiman. Tugas hakimlah. Kita tidak boleh campur tangan. Cuma kita harap para Yang Arif ambil kira perasaan kata rakyat jelata.

Bukan Najib seorang saja yang kerajaan serahkan kepada kehakiman. Banyak lagi. Antaranya bekas FLOM Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Presiden Umno yang bercuti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, penari kasut merah Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ketua peguam Najib yang cedera bermain dengan anjing Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas pegawai khas Rosmah yang kata saya pungut berita di tepi jalan  Rizal Mansor (bukan adik atau abang Rosmah) dan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Azrul Kanda Kandasamy.

Nasib dan masa depan mereka bukan di tangan kerajaan lagi. Mereka adalah di dalam jagaan (custody) mahkamah.

Tapi rakyat jelata kenalah faham yang mereka akan buat sebiru macam tipu helah untuk lambatkan perbicaraan kerana mereka tahu apa yang telah mereka lakukan sehingga diseret ke muka pengadilan.

Bantu Rakyat

Walaupun BN meninggalkan kewangan kerajaan dalam keadaan yang lemah dan kucar-kacir, kerajaan PH telah berjaya memulihkan sebahagian daripadanya.

Ini membolehkan kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat jelata yang memerlukan. Mungkin tidak semua tetapi mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan kumpulan sasaran.

Sasaran bantuan kewangan kerajaan adalah kumpulan B40 iaitu 40 peratus isi rumah paling bawah dalam susunan pendapatan.

Rakyat Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu 20 peratus teratas (T20), 40 peratus menengah (M40) dan 40 peratus terkebawah (B40).

Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan T20 adalah yang pendapatan median isi rumah (household) tidak kurang daripada RM13,148 sebulan, M40 RM6,275 dan B40 RM3,000.

Dalam kumpulan 40% terkebawah itu, lebih daripada 70% adalah Bumiputera. Selebihnya adalah Cina dan India. Maksudnya bukan Bumiputera saja yang miskin dan memerlukan bantuan.

Dalam tempoh lima tahun akan datang kerajaan bercadang membelanjakan RM10 bilion setahun bagi tujuan mewujudkan pekerjaan dan menyokong pendapatan kumpulan B40.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu lagi skim bantuan berjumlah RM338 juta khas untuk pekebun kecil getah di bawah Risda.

Cuma mungkin akan berlaku kekangan dan masalah di sana sini kerana serentak dengan memberi bantuan kerajaan juga sedang membersihkan senarai penerima kerana didapati banyak juga yang tidak layak atau yang memberi maklumat palsu.

Reformasi Institusi

Bagi memulih dan mengukuhkan sistem pentadbiran negara yang dirosakkan oleh BN, kerajaan telah dan sedang melakukan reformasi ke atas institusi utama negara (rujuk carta di atas). Antaranya:-

1.Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah;

2.Melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.

3. Memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam.

4.Menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

5.Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH.

6.Tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak.

7.Memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees).

8.Memulakan langkah reformasi sistem pilihan raya termasuk cadangan merendahkan umur mengundi kepada 18 tahun dan pembiayaan politik.

Dasar Ekonomi

Kerajaan PH mengambil alih negara pada ketika ekonomi antarabangsa dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Di dalam negara, kita mengalami masalah kurang keyakinan yang teruk akibat pelbagai bentuk penipuan dan manipulasi oleh kerajaan lama, khususnya oleh Najib yang bertindak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apabila Najib mengamalkan kleptokrasi (mencuri wang negara), BN diam membisu malah ramai pemimpinnya bersekongkol dengan beliau. Sesiapa yang menegur atau melawan disingkirkan atau dipenjarakan.

Maka sampai hari ini pun – selepas 10 bulan – kita masih menemui perbuatan salah dan rasuah oleh kerajaan BN dan agensinya.

Di arena antarabangsa pula, perang dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China serta penarikan diri United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (UE) menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

Dalam keadaan yang sukar dan mencabar ini pun kerajaan PH terus merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memulih dan memperkuatkan semula ekonomi negara.

Pertama kita mahu kembali menjadi ekonomi Harimau Asia (Asian Tiger) dengan memperkasakan semula ekonomi negara dan dengan kekayaan yang bertambah itu kita akan memperbaiki perkongsiannya melalui konsep “kemakmuran bersama” (shared prosperity).

Matlamat kita adalah merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan perniagaan supaya dengan itu lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat dibahagikan secara lebih adil dan saksama.

Seperti kata Perdana Menteri, hasil daripada kemenangan PH dan pelaksanaan reformasi, Malaysia bukan sebuah negara kleptokrasi lagi.

Jadi adalah amat penting, pada ketika perhatian ditujukan kepada kerajaan menjelang setahun usia kerajaan PH, bagi Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan mengambil tugas mereka dengan lebih serius.

Jangan hampakan rakyat jelata yang semakin gundah gulana dan tidak sabar.

Jangan hampakan Perdana Menteri yang memberikan kepercayaan kepada mereka.

Alasan mereka baru semakin tidak laku. Mereka tidak boleh membuat rakyat jelata tunggu sampai bila-bila kerana pembangkang juga ada rancangan dan agenda.

Wallahuaklam.

Sunday, March 17, 2019

PH Kalau Nak Lama Memerintah Belajar Daripada PM


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Ikut cara PM: Luangkan masa untuk orang ramai
SEKIRANYA kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersungguh-sungguh tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal maka anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan menteri wajiblah segera melaksanakan nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya rasa adalah tidak adil dan sia-sia beliau mempertahankan mereka apabila dikritik atau ditanya oleh media massa kalau mereka sendiri tidak berusaha memperbaiki diri.

Seelok-eloknya mereka secara kolektif dan berkesan mempertahankan kerajaan bukan memaksa Perdana Menteri mempertahankan mereka.

Janganlah terlalu seronok, gembira, selesa dan mendabik dada apabila beliau memberi pelbagai alasan mempertahan dan melindungi mereka.

Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh membuktikan bahawa mereka bukan badut dan watak jenaka dengan laksanakan nasihat beliau.

Yang terbaru Dr Mahathir menasihatkan mereka belajar mengurus secara mikro (micro-manage) dengan turun sendiri ke padang untuk melawat dan memantau projek.

Hanya dengan melakukan lawatan mengejut tanpa diiringi oleh kakitangan yang ramai dan dikepung oleh pengawal keselamatan barulah mereka dapat melihat keadaan sebenar.

Inilah cara Dr Mahathir. Oleh sebab itulah kita sering melihat beliau memandu sendiri, khususnya pada hujung minggu, untuk melihat dan meninjau pelbagai tempat dan perkara yang menarik minat beliau atau yang memerlukan perhatian beliau.

Cerita beliau tiba-tiba muncul di tapak projek menyebabkan kakitangan awam,  eksekutif sektor swasta dan kontraktor sentiasa berjaga-jaga dan tidak curi tulang.

Inilah yang berlaku ketika pembinaan Menara Kembar Petronas, Putrajaya, KLIA dan banyak lagi projek utama.

Rungutan Rakyat

Antara sungutan dan rungutan yang sering kita dengar mengenai Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri PH ialah mereka tidak cukup kerap turun padang melawat projek dan bertemu rakyat jelata.

Malah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa kekoknya sesetengah daripada mereka apabila bersama rakyat jelata. Ada yang seolah-olah mahu dipagari oleh pegawai dan pengawal supaya boleh mengelak daripada mendengar keluh kesah rakyat jelata.

Saya kata, kalau setakat hendak disambut, dikerumuni dan diraikan oleh pegawai dan pengawal supaya nampak cantik dalam berita televisyen, surat khabar dan media sosial, tak payahlah susah-susah habiskan duit kerajaan turun padang.

Tun Razak lawat luar bandar: Dr Mahathir belajar daripada beliau
Kalau turun padang, duduklah dan bermesralah dengan rakyat jelata – dengan tok penghulu dan tok penggawa, ketua kampung, tok iman, wakil peneroka, wakil nelayan dan wakil badan-badan bukan kerajaan.

Dalam era media sosial ini, gambar sangat penting. Kalau dulu gambar menceritakan seribu perkataan, dalam zaman media sosial ini sekeping gambar boleh menceritakan sejuta perkataan.

Mohon berhentikan segera amalan menampal gambar menteri dengan pegawai peribadi dan pegawai khas dengan pelbagai lakonan “free style” yang kebudak-badakan.

Orang ramai menyampah. Malah penyokong parti sendiri marah bila Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri nampak lebih mengutamakan kakitangan peribadi daripada ahli parti, orang ramai dan kakitangan awam.

Khusus buat Setiausaha Akhbar kepada Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, terutama sekali yang tidak terlatih dalam bidang komunikasi dan kewartawanan, cubalah lebih mesra dengan media dan kalau tidak tahu belajarlah daripada yang tahu. Jangan jadi bodoh sombong.

Ingatlah kamu memainkan peranan penting menentukan sama ada bos kamu mendapat “good press” atau “bad press”, khususnya menjelang ulang tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei nanti.

Perkhidmatan Awam

Kemudian nasihat Perdana Menteri supaya Menteri, timbalan Menteri, Menteri besar, Ketua Menteri dan semua orang politik serta kakitangan mereka agar belajar bekerjasama dengan anggota perkhidmatan awam.

Tawan hati mereka dan dapatkan keyakinan mereka. Ia akan memakan sedikit masa kerana sebelum ini mereka hanya kenal dan biasa dengan satu kerajaan sahaja iaitu BN.

Perdana Menteri tidak mahu Menteri, timbalan Menteri, Menteri besar dan Ketua Menteri menubuhkan apa yang beliau sifatkan sebagai “government within the government” atau kerajaan dalam kerajaan iaitu dengan membawa masuk  kawan-kawan sendiri dan ketepikan kakitangan.

Saya pula kata, kakitangan awam pun cubalah sesuaikan diri dan kerja dengan kerajaan baru demi kebaikan rakyat jelata. Kesetiaan kakitangan awam adalah kepada kerajaan yang memerintah - the government of the day.

Tetapi kalau ditakdirkan ada kakitangan awam yang ingkar, bersekongkol dengan anggota kerajaan lama atau membentuk pakatan mereka sendiri (cabal, cartel) dengan tujuan mensabotaj kerajaan atau membuat keuntungan peribadi maka tindakan paling tegas wajib dikenakan.

Kadang-kadang benda yang kecil dan remeh menyebabkan orang ramai marah kepada kerajaan. Misalnya Menteri ke hulu hilir diiringi “outrider” polis atau polis tentera dengan bunyi siren dan lampu amaran sedangkan orang ramai tersekat dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Yang tak ada pengiring polis tu tak payahlah nyalakan lampu "strobe light" biru kamu. Menyakitkan hati orang rama saja! Lebih baik bersusah payah sikit daripada dimaki hamun oleh rakyat jelata.

Seelok-eloknya kerajaan PH ini hendaklah lebih egalitarian (sama rata) dan elak meniru sifat berkasta kerajaan dahulu. Tak payahlah bos sana bos sini. Bukankah panggilan YB lebih sedap?

Kurangkan protokol dan lebihkan bermesra dengan rakyat jelata seperti yang diamalkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).