A Kadir Jasin
سْمِ اللهِ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MINTA maaf. Itulah tema
tampalan ringkas saya kali ini. Saya mohon maaf kerana sangat lama tidak menyiarkan
rencana baru. Malah membaca dan menyiarkan komen para pembahas pun lambat.
Sambil tolong PH dapat makan kenduri |
Saya rasa ramai pembahas
dan pembaca telah meneka sebabnya.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Dalam pilihan raya umum
(PRU) kali ini, saya terlibat terus. Satu sejarah bagi diri saya kerana inilah
kali pertama sejak saya terlibat secara langsung.
Bagi yang belum maklum,
saya terlibat dengan dua cara. Pertama, saya adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
(MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Seperti umum sudah maklum,
ketua Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati binti Ibrahim, telah bubarkan
(sementara) PPBM selama 30 hari mulai 5 April lalu.
Macam diatur, sebaik
saja ROS bubarkan PPBM, Perdana Menteri “caretaker”, (Datuk Seri I Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) aka Pendekar Bugis, Mohd
Najib Abdul Razak, pun umumkan pembubaran Parlimen.
Saya tidak tahu apa lagi
pendekar Bugis akan buat bagi menggagalkan usaha kita menyelamat dan membina
semula Malaysia.
Cuma kita kena ingat,
dia bagi amaran “jangan cari pasal dengan pendekar Bugis.” Dulu dia kata dia
pahlawan Bugis "layar dikembang, sauh dilabuh". Sekarang dia kata dia pendekar. Nampak macam turun pangkatlah.
Boleh tonton DI SINI.
Kedua, saya keluar bekerja
bagi pihak Pakatan Harapan (PH). Dalam seminggu dua ini saya telah beberapa kali
ke Pahang, Perak, Kedah dan Melaka membantu bakal calon PH dan jentera pilihan
raya mereka.
Semalam saya iring bekas
Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, melawat Langkawi bagi melihat dan memberi
semangat kepada jentera pilihan raya PH di pulau pelancongan itu.
Seperti kita tahu,
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan bertanding kerusi Parlimen Langkawi,
di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tun dan semua calon PH bertanding guna lambang PKR |
Berbalik kepada Daim, mungkin ada yang sudah lupa bahawa dia jadi
Menteri Kewangan dua kali di bawah Dr Mahathir dan pengerusi pertama
Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada).
Daim berjanji akan sumbang
ilmu dan pengalaman bantu kerajaan PH selepas PRU ini, Insya Allah.
Tun Daim (bertopi) bersama petugas pusat operasi pilihan raya Langkawi |
Saya tengok ada juga
pembahas kita macam "pompuan" yang terlibat berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN). Dalam bahasa
Inggeris, saya kata “good luck”.
Akhir kalam, saya
ucap banyak-banyak terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang
menunjukkan kerakanan dan muhibah kepada saya dalam pertemuan dengan mereka.
Marilah sama-sama kita tumbangkan
kerajaan kleptokrasi Umno/BN dan Bina Semula Negara. Isyak Allah.