Monday, April 28, 2014

Obama Kata Minoriti dan Bukan Islam Dianaktirikan


Obamakata


[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PRESIDEN Amerika, Barrack Hussein Obama telah mengenakan “sumpah” ke atas negara kita.

Kata tetamu Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak itu: "Malaysia tidak akan menjadi  negara maju sekiranya masih mendistriminasikan  golongan bukan Islam dan monoriti."

Obama dan Mohd Najib: Saat "Magical"
Kalau ini bukan campur tangan dan provokasi, saya tidak tahulah apa. Lagipun saya hanya membaca laporan mengenainya dari media bebas atas talian.

Berita itu hanya menjadi arus perdana bila Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, menyangkalnya. Malaysian Insider memetik beliau sebagai menyelar Barack Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.

"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.

"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. (Baca di sini).

Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai Naib Presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu. Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro.

Portal berita Malaysiakini, antara lain, memetik Obama berkata:

"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.

"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.

"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain."

Saya kurang pasti apa “treatment” media arus perdana kepada berita campur tangan Obama itu.

Kalau Naib Presiden Al Gore, pada tahun 1998, sekadar memuji Anwar Ibrahim dan reformasi, Obama kali ini menuduh Malaysia menganaktirikan kaum minoriti dan orang bukan Islam.

Kalaulah benar apa yang dilaporkan itu, tidakkah tindakan Obama itu berupa satu bentuk provokasi halus yang sangat mendalam dan meluas implikasi tersiratnya?

Siapakah yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka kotak pandora dengan menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna kalimah Allah?

Apakah kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan beribadat dan hidup papa kedana?

Apa ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan Gasing dan Sentul? Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan, bawah pokok besar dan gua itu? Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam, Gundwara Sikh dan tokong Cina di merata pelosok tanah air? Dan siapa yang menguasai ekonomi?

Soalnya, adakah orang Melayu dan Islam hendak berdiam diri terhadap campur tangan Obama itu semata-mata kerana ada orang yang sangat “gumbira” dapat berkereta dengan beliau atau beliau membisikkan puji-pujian ke telinga orang itu?

Secara tidak langsung, Obama telah melantik diri beliau sebagai jurucakap rakyat Malaysia yang “mengacum” kepada beliau kononnya mereka dengan dahsyat sekali didiskriminasikan oleh orang Melayu dan orang Islam.

Wallahuaklam.

Saturday, April 26, 2014

Apa Agaknya Pengabadian Untuk Obama


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SETAKAT bertanya.

Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysia diabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?

Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.

Presiden Johnson Lawat Rumah Melayu
Berikut adalah “entry” dalam ensiklopedia atas talian, Wikipedia mengenai perkara itu: “FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B. Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Lyndon B. Johnson, yang melawat kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.”

Dengar khabar, ramai ibu bapa di Sarawak dan Sabah masa itu memberikan nama Johnson kepada anak lelaki mereka yang baru lahir mengambil sempena nama Presiden Amerika itu.

Dengan hubungan yang diuar-uarkan sebagai sangat akrab dan intim antara pemerintah negara kita sekarang dengan Pentadbiran Obama, tentulah satu bentuk pengabadian yang istimewa akan diberikan. Saya terkejut sekiranya tidak. Tetapi tentulah bukan TPPA kerana kerajaan kita berjanji lawatan Obama bukan untuk menandatangani perjanjian itu.

Oleh sebab tidak ada lagi rancangan baru Felda maka sukarlah menamakan sebuah rancangan Felda mengikut nama Obama melainkan menukar nama salah sebuah rancangan Felda yang sedia ada.

Beriramalah kalau sebuah perkampungan Felda dinamakan mengikut nama Presiden Amerika itu. Contohnya, Rancangan Felda Obama.

Bagi rakyat jelata kita, khususnya yang ditimpa pelbagai musibah (kehilangan misteri MH370, catuan bekalan air (termasuk penulis), tekan inflasi, pengangguran dan sebagainya), lawatan Obama mungkin tidak akan membawa kegembiraan.

Sebaliknya orang yang tinggal, bekerja atau lalu-lalang berhampiran tempat kediaman dan lawatan Obama akan mengalami tapisan keselamatan yang ketat.

Bagi pencinta Obama dan Amerika, mereka tentulah sangat kagum dan teruja. Maklumlah selama 22 tahun pemerintahan (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Amerika tidak dapat mempamerkan kasih sayang kepada kita kerana Dr Mahathir sering mengkritik negara raksasa itu.

Selepas era Mahathir dan selaras dengan falsafah baru para pengganti beliau seperti keterangkuman, kesederhanaan dan liberalisme, kita tidak lagi kritikal terhadap isu-isu antarabangsa, khususnya yang dipelopori dan diterajui oleh Amerika.

Berapa kerat rakyat Malaysia yang peduli bahawa beribu orang awam Islam terbunuh dan cedera akibat operasi pengecut serangan “drone” Pentadbiran Obama?

Jadi tidaklah menghairankan kalau lawatan Obama akan diabadikan dalam satu bentuk yang istimewa. Namun kita harus akui bahawa dalam geopolitik, kita perlu mempunyai perhubungan yang bertamadun dengan semua negara, khususnya negara-negara kuasa besar seperti China, Amerika dan Rusia.

Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun. 

Wallahuaklam.

Tuesday, April 22, 2014

Persepsi lwn Realiti Dalam Era Internet


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


MUTAKHIR - KETUA Umum PKR Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. – Malaysiakini.

Berita di atas adalah contoh mutakhir keamaturan, keakuan dan keterdesakan pemuka politik kita, tanpa mengira parti dan afiliasi, dalam usaha membentuk persepsi massa mengenai kewibawaan, kematangan dan ketelusan politik mereka.

Sahih bahawa tujuan Anwar mengemukakan pencalonannya tidak lain dan tidak bukan kecuali bagi menyekat orang lain mencabar Dr Wan Azizah.

Peristiwa ini memperkukuhkan lagi bukti bahawa politik kita bukan semakin matang malah semakin kebudak-budakan, semakin dinastik dan suku-sakat.

Ada yang telus amalan dinastinya seperti keluarga Anwar, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh tetapi ada juga yang tersembunyi dan tidak rasmi namun kesannya kepada politik tanah air dan negara tetap hebat.

Ini semestinya tidak sihat dalam usaha kita mewujudkan masyarakat maju, bertamadun dan sama rata sedangkan politik arus semasa kita di kedua-dua belah pihak semakin dinastik dan feudalistik.

POSTING ASAL


SEMALAM (21 April) saya dijemput oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk “bersembang” mengenai isu semasa, khususnya yang berkaitan dengan peranan media massa.

IDR adalah badan pemikir yang ditubuhkan oleh Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir bagi menyemarakkan semula tradisi berfikir serta membantu menyelidik hal-hal berkaitan siasah dan pentadbiran negeri.

Dua majlis diadakan. Satu membabitkan kalangan politik Barisan Nasional bertempat di kediaman rasmi MB dan satu lagi melibatkan kakitangan kerajaan awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kita berbincang mengenai peranan media baru dan lama, khususnya media sosial dalam pembentukan persepsi dan persoalan sama ada media massa turut menjadi mangsa tragedi MH370.

Saya kata, dalam bidang maklumat dan propaganda, persepsi sama penting dan dalam hal-hal tertentu lebih penting daripada fakta dan realiti. Kita tidak boleh lari lagi daripada mengakui peranan media sosial dan kewartawanan jelata dalam pembentukan persepsi – buruk atau baik.

Pemerintah dan parti-parti politik perlu memahami penghijrahan audiens daripada media tradisional/media arus perdana kepada media atas talian, khususnya media sosial dalam usaha mereka merancang strategi komunikasi masing-masing.

Konspirasi Media Asing

Menjawab hujah dan pertanyaan peserta, saya berkata yang saya tidak nampak ada konspirasi (persekongkolan) oleh media massa luar untuk membusukkan nama Malaysia, khususnya dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370 MAS pada 8 Mac lalu.

Daripada pemerhatian saya, selain beberapa berita yang sedikit disensasikan dan disuntik dengan unsur-unsur nasionalisme serta emosi, khususnya oleh media massa China, laporan mengenai tragedi itu umumnya faktual.

Saya maklumkan kepada audiens bahawa selagi pesawat itu tidak ditemui, selagi itulah media massa akan melaporkannya dan mengisi ruang yang tidak terjawab dengan teori dan spekulasi. Selepas itu, sekiranya pesawat berkenaan ditemui, siasatan mengenainya pula akan menjadi tumpuan pemberitaan.

Saya katakan kepada audiens yang kita perlu terlebih dulu melihat ke dalam diri kita sebelum menyalahkan media massa dan pihak luar jika imej antarabangsa kita rosak.

Saya sebutkan berkenaan orang kita yang tidak berhati perut (tapi ada duit) yang mendera pekerja asing mereka sehingga luka parah atau mati. Patutlah kalau negara kita dicaci cerca oleh media massa luar. Kita sendiri mengutuk kedurjanaan seperti itu.

Kemudian, dalam kita hangat membincangkan kecekapan TUDM mengawal ruang udara kita berkaitan kehilangan MH370, kita dikejutkan dengan berita seorang pegawainya ditangkap di Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata.

Ini selepas seorang warganegara kita bernama Leonard Francis atau Fat Leonard (Leonard Gemuk) yang berpangkalan di Singapura ditangkap dan didakwa di Amerika atas tuduhan menipu Tentera Laut Amerika.

Jadi bolehkah kita menuduh media massa asing memburukkan imej negara kita dengan melaporkan kejadian-kejadian seumpama itu sedangkan media massa kita pun melakukan yang sama?

Sebaliknya kita wajib mengutuk dan, di mana yang boleh, menghukum rakyat kita yang melakukan jenayah dan kesalahan undang-undang di luar negara sehingga membusukkan imej negara.

Orang macam inilah yang boleh dituduh tidak patriotik, bukan orang yang menegur pemerintah demi memperbetulkan kesalahan untuk kebaikan dan kelangsungan negara dan bangsa.

Saya ulangi mesej bahawa kita mengundi memilih wakil untuk memerintah. Kita tidak memilih anak, bini, menantu dan kawan rakan mereka. Adalah menjadi kewajipan ahli parti, pengundi, pembayar cukai dan warganegara menegur wakil yang mereka pilih. Inilah inti pati demokrasi – kerajaan rakyat, dipilih oleh rakyat untuk rakyat.

Membunuh pembawa berita (killing the messenger) tidak akan menyelesaikan masalah kalau apa yang dikatakan itu benar.

Seorang pembawa khabar buruk dilenyapkan, berpuluh yang lain akan muncul. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan setiap orang yang memiliki komputer dan telefon pintar menjadi wartawan jelata jika mereka mahu.

Kuasa membentuk persepsi dan mengawal pengaliran maklumat bukan lagi hak mutlak pemerintah dan parti-parti politik. Monopoli penjanaan persepsi dan penyaluran maklumat sudah dipecahkan oleh ledakan ICT. Wallahuaklam.

Nota Kaki: Terima kasih Saudara YAB Zambry atas hidangan gulai lemak udang buah janggus (gajus). Masakan orang kampung di Utara.

Sunday, April 20, 2014

A Melodic Journey Continues


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

BLESSED are those who have a rose to love.

“Rose Rose I Love You” sang the late Datuk Zainal Alam of the Radio Malaya Pulau Pinang fame. [Listen here].

Zainal Alam: Radio Presenter, Singer,Comedian
According to Wikipedia, it is the “English title of the 1940 Chinese popular song "Méigui méigui wǒ ài nǐ" (玫瑰玫瑰我愛你). [Listen here].

“Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi” said Alleycats, who are also hailed from Tanjung. [Listen here].

As poet Alfred Lord Tennyson said “..‘T is better to have loved and lost than never to have loved at all.”

So let us continue this journey down the memory lane.

There’s nothing wrong or shameful in being nostalgic and sentimental.

We too want to be in love – with our beloved Malaysia.

Songs and poems help us remember from where we came. Only by knowing where came from will we know where we are now and where we are heading.

For those in need of a dose of “gumbira” – happiness, maybe this song by the Zaharah Agus will help. [Listen here].

Enjoy and think!

Thursday, April 17, 2014

Kesan Kematian Karpal Kepada Landskap Politik Malaysia


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

KEMATIAN ahli politik veteran pembangkang Karpal Singh a/l Ram Singh hari ini mengosongkan ruang yang luas dalam landskap politik negara.

Pengerusi Nasional DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Karpal Singh 1940-2014
Juga terkorban dalam adalah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez, manakala anak beliau, Ram Karpal, dilaporkan cedera parah.

Turut merasakan kekosongan adalah masyarakat guaman yang nampaknya semakin hari semakin ketandusan pengamal yang gigih, berkaliber dan kontroversial seperti Karpal.

Sejarah akan menilai dan memberi kata putus yang sama kontroversial dengan tindak-tanduk beliau yang secara mutakhir dan terang-terangan mencampuradukkan kerjaya guaman dengan politik.

Walaupun beliau seorang peguam jenayah yang hebat – yang berjaya menyelamatkan ramai penjenayah berat daripada tali gantung – namun umum akan mengingati beliau sebagai peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama pada tahun 1998.

Karpal berubah daripada menjadi musuh ketat Anwar ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan kepada pembela dan pengikut sehinggalah ke penghujung hayatnya.

Dalam perhubungan simbiotik dengan Anwar itu, mendiang Karpal memanifestasikan secara jelas dan mutakhir bahawa tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Yang kekal adalah kepentingan bersama.
Walaupun jawatan Pengerusi Nasional adalah jawatan “figurehead” dalam DAP, tetapi kerana perwatakan beliau dan hakikat beliau bukan Cina telah memberikan beliau kuasa dan kedudukan yang istimewa.

Dalam hierarki DAP, jawatan yang berkuasa adalah Setiausaha Agung yang disandang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Karpal juga akan dikenang sebagai pemimpin pembangkang yang paling kuat menentang Hukum Hudud yang diilhamkan oleh PAS.

Sebelum DAP dan PAS bersekedudukan dalam Pakatan Rakyat, Karpal pernah berkata PAS perlu melangkah mayatnya dulu sebelum boleh melaksanakan Hudud.

Beliau meninggal di saat-saat PAS, melalui Kerajaan PAS Kelantan, sedang menghidupkan semula aspirasi Hudud dan khabarnya akan mendapat sokongan Umno.



Monday, April 14, 2014

Ala Baladi: Kembali Teringat Zaman Dolu-Dolu


A Kadir Jasin

KHUSUS untuk warganegara kanan (senior citizens), terutama kaki ghazal party Utara tahun 1950-an dan 1960-an, sila hayati “lagu mengaji” ala baladi elmahboub dari You Tube.

Generasi hip-hop turut dijemput menghayati muzik zaman dolu kala - zaman Radio Malaya raja gelombang udara.

Saya turunmuatkan versi penyanyi agung Mesir, Allahyarhamah Umi Oum Kalsoum (Umi Kalsom).

Versi Malaysia yang saya gemari oleh Abdul Rahman Mohammad, aka Abdul Rahman Alabaladi yang cacat penglihatan tetapi sangat berbakat, boleh diakses di sini.

 
Ini jugalah lagu yang kita nyanyikan tengah malam bulan mengambil ketika menjadi padi di bendang pada musim mengerat (menuai) – saling sahut menyahut dibawa jauh oleh angin timur yang dingin.

Terima kasih




Friday, April 11, 2014

No “Bala” Please for Fengyi and Fuwa


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

WITH Malaysia suffering a series of bad luck or, as the Muslims say, “bala” we should not be over enthusiastic in welcoming Fengyi and Fuwa.

I am, therefore, delighted to read in today’s Star that the Chinese Government has postponed sending them to Malaysia until further notice. No reasons were given.

Handle with care: Cuddly Fengyi and Fuwa
Earlier, the Hong Kong-based South China Morning Post newspaper had reported that the two giant pandas were scheduled to leave China for Malaysia on a Malaysia Airlines flight soon despite a public outcry over the missing MH370 a month ago with 154 Chinese nationals on board.

It reported: “MASkargo, the airliner's cargo carrier, will fly pandas Fengyi and Fuwa to the country’s capital Kuala Lumpur sometime in mid-April on board a cargo aircraft, Muhammad Aniz Mohd Azmi, a spokesman for the airline, told the South China Morning Post.”

I am sure MASkargo would do all it can to ensure that Fengyi and Fuwa arrive safely in Malaysia, including making sure that every ping, pong, ding and dong on its aircraft is in working order.

On our part, instead of being thrilled by the prospect of seeing the cuddly creatures, we should be mortally fearful of the unknown and the unpredictable.

Just imagine if Fengyi and Fuwa contract dengue hemorrhagic fever while in our care or, in the worse case scenario, are molested by a randy Orang Utan.

We know that a male Orang Utan is a solitary animal and is not normally predisposed to violence when looking for a mate.

But with all these mysterious “bala” things happening in our country, we cannot discount the remote possibility of a normally peaceful Orang Utan becoming crazy and, when its keeper is dozing off, escapes from its enclosure and molests the Chinese giant pandas.

You and I may love pandas. They look so cuddly. But there are many devious and dubious people out there who may have a different idea about enjoying the pandas.

Say like some sex crazed male Malaysians, of which there are many. They may decide to kidnap Fengyi and Fuwa not for ransom but for their bile, which is said to have the effect of enhancing sexual prowess.

Others may even kidnap them for ransom. Imagine our predicament if such a heinous act is perpetrated? We are against yielding to blackmail and paying ransom. If anything bad befalls Fengyi and Fuwa, we can kiss goodbye to our special relations with China.

Already as a result of the disappearance of MH370 and the anger it generated among the Chinese, even panda’s poop smells better than our name among the Chinese people.

Panda's poop
As if that’s not bad enough, the Filipino criminals had to pick a Chinese tourist to kidnap off the coast of Sabah. Since they know that we are desperate to be on good terms with China, they upped the ransom demand. They are asking for 500 million Philippine pesos (US$11.3) for her release.

What a miserable luck we have. Maybe some of us have done or are still doing some really bad things – like believing in the bomoh, the mantras and the supernatural – that Allah is punishing us.

Islam forbids the believe in supernatural
Bearing that possibility in mind, let us urge our people first-government to form an ESSCOM-type battle group to guard Fengyi and Fuwa during their stay in Malaysia as our honoured guests.

Finally, while we are allowed to go ga-ga over Fengyi and Fuwa as there’s no law to say that we can’t, I would like to appeal to the country’s collective conscience not to forget the Orang Utan, the humble beruk and kera, siamang and ungka.

We don’t want the case of “panda dari Negeri Cina disusukan, Orang Utan, beruk, kera, siamang dan ungka mati kelaparan” happening.

Tuesday, April 08, 2014

Guna Peruntukan Kanak-Kanak Buat Jamuan Pejabat


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

BILA pegawai kerajaan belanja peruntukan yang ditujukan kepada kanak-kanak kurang zat makanan untuk jamuan pejabat, apa lagi yang kita  boleh kata?

Apatah lagi perkara bedebah itu dilakukan oleh pegawai-pegawai kesihatan diamanahkan menjaga peruntukan tersebut. Jangan bimbang, Menteri akan beri seribu alasan. Perkara biasa kan?

Kita tahu perkhidmatan awam Malaysia bukan kelas dunia. Tetapi kita tidaklah menjangka yang ianya seteruk itu.

Apa sudah jadi dengan perkhidmatan awam Malaysia? Apa sudah jadi dengan pegawai kerajaan Malaysia?

Tetapi itulah antara pelbagai musibah dan keburukan yang didedahkan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan 2013 yang dikeluarkan semalam.

Terima kasih kepada akhbar The Star kerana memukadepankan penemuan itu.

Inilah yang menyebabkan rakyat jelata makin kritikal terhadap pentadbiran negara. Betullah kata orang dulu kala, bapa borek anak rintik.

Itu jugalah sebabnya rakyat jelata semakin keberatan membayar cukai. Sedangkan buat sekian lama rakyat jelata Malaysia adalah antara yang paling setia membayar cukai.

Yang liat bayar cukai adalah tauke-tauke, pengimport dan pengeksport. Macam-macam helah dan kaedah mereka guna untuk elak cukai, termasuk menipu dan merasuah.

Rakyat tidak bantah GST seperti mereka tidak bantah cukai jualan dan perkhidmatan. Yang mereka bantah adalah pembaziran, pemborosan, salah guna wang negara dan ketidakcekapan.

The Star turut memetik laporan Ketua Juruaudit Negara mengenai kelewatan 18 bulan menyiapkan kompleks mahkamah di Kuantan yang menyebabkan kosnya meningkat RM19 juta dan mesin roti RM1.2 juta untuk Jabatan Penjara disimpan di tempat letak kereta.

Ada Skandal Lebih Besar

Itu cerita tahi gigi kalau dibandingkan dengan salah urus pembinaan terminal penerbangan ekonomi KLIA2 yang bukan saja terlewat dua tahun, tetapi juga menelan belanja dua kali ganda - daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Kontrak utamanya diberikan kepada usaha sama UEM-Bina Puri Berhad. UEM adalah GLC milik Khazanah Nasional manakala Bina Puri adalah syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan MCA. Pengerusinya, Wong Foon Meng adalah bekas Setiausaha Agung MCA dan Speaker Dewan Negara.

Tidak hairanlah kalau pelanggan utama terminal baru itu, Air Asia Berhad mempertikaikan kesediaan dan keselamatan terminal yang dijadualkan beroperasi pada 2 Mei ini. Media massa, antara lain melaporkan keretakan landasan dan apron serta kesediaan sistem bagasi.

Dalam suasana di mana negara kita dilanda bala (ujian) demi bala – daripada kejadian alam (kemarau, jerebu dan kekurangan air) kepada kehilangan kapal terbang dan penculikan pelancong – kita wajib berhati-hati sebelum membuka KLIA2.

Ada orang kata bukan bala lagi, tapi sudah sampai peringkat pembalasan.

Bayangkan apa akan terjadi kepada imej kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau masalah teknikal besar di terminal baru itu.

Kita wajib ingat, hari ini genaplah sebulan kehilangan misteri pesawat MH370 dan kalau tidak kerana bantuan negara-negara sahabat, kita masih ternganga dan terpinga.

Wajib Siasat Kelewatan KLIA2

Kembali kepada kontroversi KLIA2, saya masih ingat betapa sukarnya memindahkan operasi dari Lapangan Terbang Subang ke KLIA pada tahun 1998.

Kebetulan saya tiba dengan penerbangan pertama Cathay Pacific dari Hong Kong di KLIA pada hari pertama operasinya.

Kita mengalami kelewatan yang panjang untuk keluar dari pesawat dan mengambil bagasi. Saya menulis mengenai pengalaman saya itu dan disindir pada hari berikutnya sebagai tidak patriotik.

Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor utama.

Mesti ada pihak yang tidak cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan.

Kita tidak memilih kerajaan, membayar cukai dan mematuhi undang-undang untuk diperkotak-katikkan oleh orang yang kita beri mandat dan kepercayaan. Barang dijauhkan malapetaka dan musibah seterusnya.

Friday, April 04, 2014

Trouble in Paradise - What Paradise?


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

INITIALLY I had not wanted to comment on the kidnapping of a China tourist from a diving resort off the eastern coast of Sabah on April 2.

With so many tourists from China now roaming the globe and kidnapping being such a common criminal activity in Sabah, I considered this latest incident as another stale news until I read in today’s Star the headline that reads: Trouble in Paradise Again.


Let me be very frank and open. I have lost confidence in our ability to defend the sovereignty of this part of the country and to protect lives and properties of its residents and visitors.

When the Filipino gunmen seized 21 foreign tourists and Malaysian resort employees from Pulau Sipadan in 2000, I went to see the rescue operations. The delegation was led by then Defence Minister, Mohd Najib Abdul Razak. He was accompanied by the Tawau MP, Shafie Apdal.

We flew in RMAF helicopters, rode the Royal Malaysian Navy’s fast commando assault boats and had a briefing on the training ship, KD Hang Tuah.

The whole exercise was to assure the Sabahans and tourists that there would not be a repeat of the incident and that they were safe.

From bad to Worse

Thirteen years had passed. Mohd Najib has become the Prime Minister but the Sabah coast is no safer. On the contrary it has become more lawless and dangerous.

Incursions, kidnapping and outright attacks have become so common that assurances mean little or nothing at all anymore.

So what paradise is The Star talking about?

To save whatever is left our reputation and credibility, we should stop giving wrong impression to tourists that the eastern seaboard of Sabah is safe.

We stop promising them safety and security, when we have clearly failed miserably to secure the area decades after it become part of our sovereign territory.

If we are still hard up for the tourist dollar, we should at least be frank with them. Tell them that they are visiting these islands and beaches at their own risk.

Yes, God has given us many heavenly places, but due to our ineptitude, incompetence and lack of leadership at all levels – down to the local police and military commanders – these places have been turned into hell by gunmen and kidnappers.

It appears that the louder our leaders speak, the more money they spend on defence and security, and the more agencies they set up, the less secure and safe the country becomes.

Maybe we have never actually learnt how to govern Sarawak and Sabah. They are too dissimilar to the Peninsula. Recognising these dissimilarities and their unique position as British colonies, they were granted considerable autonomy when they joined the Federation of Malaya to become Malaysia in 1963.

Is Sang Kelembai Responsible?


What has been happening in the country in the last few years – topped by the disappearance of MH370 almost a month ago - reminds me of the Sang Kelembai.

This mysterious supernatural being in the Malay folklore is so evil and sinister that anybody who runs into him and anything he touches turns into rock.

Are we, figuratively speaking, in the grips of Sang Kelembai? Pray to God that we are not.

I do not want to go into the Malay traditional believe of “tuah” (good luck) and “sial” (bad luck).

But during my days in the village, a man or woman suspected of suffering from the latter had to go through ritual cleansing called “mandi bunga” (flower bath).

Today, pious Muslims would tell you that such a belief and practice is “khurafat” and therefore, forbidden. So are the beliefs in ghosts, spirits, orang bunian (elves), mantras, palm reading, tangkal, keramat and magic stones.

Have a good weekend.

Tuesday, April 01, 2014

Fire and Steel In Anwar's Ambition And Desperation


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

                         Mary MacGregor - Torn Between Two Lovers

WHAT is happening in the People’s Justice Party (PKR) today reminds me of the song “Torn Between Two Lovers” above and the 1979 TV movie of the same name that it inspired.

The party’s Ketua Umum (General Leader), (Datuk Seri) Anwar Ibrahim is torn between his loyal wife, (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail, and his loyal aide, Mohd Azmin Ali.

Like Diane (Lee Remick), the woman in the movie, who was torn between her husband and her lover, Anwar is torn between Dr Wan Azizah and Mohd Azmin.

But whereas Diane’ s love of the two men was a private affair, Anwar’s torment is public and political.

Dr Wan Azizah is the PKR President and Mohd Azmin is her deputy. But events in the party has locked the three of them in what The Star newspaper dubbed “a game of throne” – after the TV series of the same title based on the work of US writer George R.R. Martin.

A Game of Throne - will the crown change at PKR
In this developing drama, Anwar is torn between the two of them. The antagonist in the drama is the Menteri Besar of Selangor, (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim. He is Mohd Azmin’s mortal enemy, but somebody Anwar could not conveniently get rid off.

So, to avoid Mohd Azmin challenging Dr Wan Azizah in the upcoming PKR election, he has to challenge his wife and, hopefully, win the post.

The Trio - Anwar, Wan Azizah and Mohd Azmin
This is a political drama at it’s most ridiculous – if I can put it that way. Anwar fears that if Mohd Azmin is allowed to challenge Dr Wan Azizah, he will win and with that victory he can act on Abdul Khalid.

Mohd Azmin may continue to be loyal to Anwar but with the power that the job offers, he could gradually wean himself of Anwar’s influence, more so when the latter faces the prospects of spending four years in jail for sodomy.

So to stop that possibility, Anwar has to take on Dr Wan Azizah. The latter can withdraw and give her husband a walkover victory. But that would be undemocratic and hollow.

Being a democrat that he is, Anwar has to show a semblance of democracy by having the post contested and, the chances are, being a good wife, Dr Wan Azizah will lose gracefully.

But that may not solve the war of attrition between Mohd Azmin and Abdul Khalid especially if Anwar eventually goes to jail after the Federal Court appeal.

Anwar realizes this. After being disqualified from contesting the March 23 Kajang State Legislative Assembly by-election because of the sodomy ruling, he has to win the PKR President post in order to have a legitimate claim on the party.

If he goes to jail once again, he will go as President of PKR. For a man who was quoted saying, “jail holds no fear for me,” Anwar fears being forgotten.

He knows too that he stands to lose the post of PKR President if he is committed to the prison. But that’s ok because in spirit he can claim to be the leader of choice of the party.

Abdul Khalid has a healthy war chest
Whether he can end Mohd Azmin-Abdul Khalid War or stop it from festering is another matter. Remember, as MB, Abdul Khalid has a healthy war chest to fight Mohd Azmin. He is in control of official state funds as well as party funds in Selangor.

For Mohd Azmin, not fighting Dr Wan Azizah does not, however mean that he will be reelected Deputy President. He is facing five challengers including Abdul Khalid. Others are Batu MP Tian Chua, PKR secretary-general (Datuk) Saifuddin Nasution Ismail, (Datuk) K. Ramachandran and Murali Subramaniam.

Abdul Khalid is a formidable challenger.
His sales of state land, mainly to (Tan Sri) Danny Tan’s Tropicana Corporation Berhad, had generated surpluses for the state and thereby fortifying his position in the state government and the party.

Anwar approach to solving his personal problems lacks moral latitude. He fights to stay on at all costs. In contrast, the DAP National Chairman, Karpal Singh, who faces a lesser sentence (for sedition) temporarily vacated the post while waiting for the outcome of his appeal.

Such are the plots in our political dramas. For Anwar, ambition and desperation, like fire and steel, have forged into one.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).