Monday, February 29, 2016

Dr M Keluar "Parti Najib"


A Kadir Jasin

PENGUMUMAN penarikan diri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno hari ini adalah kerana parti itu bukan Umno sebenarnya tetapi yang bertujuan semata-mata untuk melindungi Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Turut meninggalkan Umno adalah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir mengambil langkah yang sama pada tahun 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Apabila Mohd Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada tahun 2009, Dr Mahathir masuk semula, bergiat cergas dan dikreditkan dengan kejayaan Barisan Nasional merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Ada orang berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mengundurkan diri. Mereka berkata adalah lebih dramatik beliau menunggu sehingga dipecat.

Pengunduran diri Dr Mahathir adalah tendangan celah kangkang (a kick to the groin) kepada Umno.

Tetapi Mohd Najib dan penggilap epal serta pemakan dedak beliau mungkin berasa amat lega kerana duri yang menjadi selumbar di punggung mereka luruh dengan sendirinya.

Walaupun terlalu awal untuk meramalkan berapa ramai ahli Umno yang akan menurut jejak langkah beliau namun ia cukup untuk melemahkan lagi semangat ahli parti yang sudah pun merudum.

Elok juga beliau keluar Umno daripada kekal di dalamnya dan dihujani pelbagai cemuhan, maki-hamun dan perbuatan kurang ajar kerana mengkritik Mohd Najib dan konco-konconya.

Ia akan memudahkan beliau menjadi obor bagi setiap warganegara yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan kuasa Mohd Najib.

NOTA kaki: Saya sendiri menarik diri secara rasmi daripada Umno – parti ayah saya – kuatkuasa 29 Jun tahun lalu kerana saya berasa tidak lagi boleh menyumbang kepadanya atau bersetuju dengan tindak-tanduk para pembesarnya. Pembatalan keahlian saya itu disahkan oleh Setiausaha Kerja Umno, (Datuk) Ab Rauf bin Yusoh, melalui surat bertarik 4 Ogos 2015.
Terima kasih kepada Umno dahulu. Ayah saya menyertai Umno pada tahun 1946. Setiap pilihan raya, sehingga Pilihan Raya Umum 2004, dia mewajibkan anak-anaknya balik mengundi. Tapi pada PRU 2008 dia tidak mengeluarkan “petua” itu. Sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2009, dia berkata, “Umno bukan parti aku lagi” dan berhenti membaca Utusan Malaysia, akhbar sanjungannya. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Wallahuaklam.

Friday, February 26, 2016

Bank Negara: Politik Lwn Profesionalisme


A Kadir Jasin

SEBUAH lagi institusi teras negara sedang dalam ujian. Siapa yang akan dilantik menggantikan (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara akan menentukan sama ada ia terus menjadi institusi yang berwibawa dan dihormati atau menjadi sebuah lagi institusi pemakan dedak.

[MOHON kerjasama para pembahas. Minta berhati-hati agar blog kita tidak di”block”. Kita tidak tahu apa dalam kepala (Datuk Seri PANGLIMA) Salleh Said Keruak dan (Datuk) Jailani Johari. PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Premisnya seperti berikut:

1. Logik konvensyen: negara didahulukan. Mengikut landasan ini, pengganti Zeti haruslah sama kaliber dengan beliau atau berpotensi menjadi sehebat beliau. Lebih-lebih lagi sekarang apabila situasi ekonomi dan pengurusan mata wang (monetary management) negara memerlukan seorang Gabenor yang berwibawa dan diyakini.

Maka pengganti Zeti wajarlah seorang ahli profesional yang pakar dalam bidang mata wang, ekonomi dan perakaunan. Seorang tidak dicemari oleh sebarang bentuk skandal atau konspirasi.

Atas landasan itu nama yang datang ke fikiran kita adalah (Datuk) Muhammad bin Ibrahim, Timbalan Gabenor. Walaupun berprofil rendah, dia dikatakan berintegriti dan dihormati.

Muhammad Ibrahim: Berpengalaman dan dihormati
2. Logik politik: Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, diutamakan. Pengganti Zeti wajiblah seorang yang telah termakan dedak atau boleh disuapkan dedak. Ciri-ciri integriti, kewibawaan dan kemerdekaan minda bukan syarat.

Seelok-eloknya orang itu adalah dalam acuan yang sama seperti pelantikan  (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara menggantikan (Tan Sri) Abdul Gani Patail – seorang profesional yang menganggotai Umno dan cergas dalam politik. Apandi adalah peguam Umno, pemegang jawatan Umno Kelantan dan bekas calon pilihan raya Barisan Nasional.

Pelantikan Politik

Dalam kaitan inilah nama (Datuk) Awang Adek bin Hussin disebut-sebut sebagai calon pilihan. Bukan sahaja dia orang Kelantan macam Apandi tetapi dia juga cergas dalam politik Kelantan seperti Apandi.

Macam Apandi, dia pernah bertanding pilihan raya di Kelantan. Tapi tidak seperti Apandi, Awang Adek pernah menang dan jadi Timbalan Menteri.

Awang Adek: Pernah Jadi Penolong Gabenor
Kalau Apandi pernah menjadi peguam Umno dan hakim, Awang Adek pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah pertama Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pantai Labuan (Lofsa).
 
Dia menang kerusi Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pada tahun 2006 dia menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Dalam PRU 2008 dia bertanding Parlimen dan DUN tetapi kalah kedua-duanya. Kononnya kalau Umno/Barisan Nasional rampas Kelantan tahun itu, dia akan dilantik Menteri Besar.

Pada tahun 2009 dia dilantik Senator dan diberikan semula jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Dia dilantik duta ke Amerika Syarikat pada tahun 2014.

Kalau tidak kerana pembabitannya dalam politik atau sekiranya tidak ada skandal kewangan membabitkan Perdana Menteri, dia sesuai dipertimbangkan sebagai pengganti Zeti.

Namun seandainya dia dilantik juga menggantikan Zeti maka secara semula jadi dia akan membawa imej yang sama seperti Apandi iaitu melindungi Mohd Najib daripada tindakan undang-undang.

Adalah amat memeranjatkan (mind boggling) kalau Awang Adek yang dilantik oleh Mohd Najib tiba-tiba melawan tauke dengan meneruskan siasatan dan memberi kerjasama telus kepada agensi-agensi luar negara yang kini menyiasat 1MDB dan Mohd Najib.

Soalnya apakah Awang Adek bersedia atau akan mengorbankan segala idealisme dan kecendekiawanan yang diwarisinya daripada dua institusi ilmu terkemuka di Amerika iaitu Drew University dan University of Pennsylvania?

Awang Adek adalah antara teknokrat era Dasar Ekonomi Baru yang cemerlang setelah memperoleh ijazah matematik dan ekonomi, dan doktor falsafah dari Amerika Syarikat.

Dark Horse

Turut disebut-sebut adalah (Tan Sri) Ismee Ismail. Dia orang kepercayaan Mohd Najib yang kini menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji serta ahli lembaga pengarah 1MDB.

Tabung Haji turut terseret ke dalam kontroversi 1MDB  kerana memberi pinjaman bilion ringgit kepada 1MDB dan membeli tanah TRX daripada 1MDB.

Gabungan jawatan dalam Tahung Haji dan 1MDB menjadikan Ismee kontroversial dan boleh membawa lumpur Tabung Haji dan 1MDB ke Bank Negara. Jadi dia bukanlah calon yang kuat atau sesuai.

Ismee: Terlibat dengan Tabung Haji dan 1MDB
Seorang lagi yang datang ke fikiran saya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar.

Pandangan saya dari dulu lagi menjurus kepada Abdul Wahid. Di kalangan calon luar dia adalah terbaik cuma dia menyerah kepada godaan dengan menyertai Kabinet – sesuatu yang saya secara terang-terang beritahu beliau adalah kesilapan.

Abdul Wahid: Masih boleh dipertimbangkan
Namun berbanding Awang Adek dan Ismee, dia lebih layak dan dengan itu mungkin juga lebih mudah diterima oleh pasaran.

Tetapi kalau kerajaan mahu mengelakkan kontroversi dan menangkis tuduhan mempolitikkan jawatan Gabenor maka calon semula jadi adalah Muhammad kerana dia orang dalam yang berpengalaman dan dihormati.

Wallahuaklam.

Wednesday, February 24, 2016

We Are A Decade Old Today


A Kadir Jasin

TODAY, 24th February 2016 is the 10th anniversary of our blog. Praise be to Allah and a big thank to debaters and visitors for your support, understanding and camaraderie.

[REMINDER: No anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Be respectful. No swearing. Thank you]

A lot of water has passed under the bridge since we started this blog. Our blog is probably the earliest (oldest) by a journalist although I read somewhere another journalist had claimed that his blog had reached the 10-year mark although I remember that he started his blog after mine.

No matter. What counts is we are still here. We have not changed our independent stance. We have not been offered dedak and, God willing, we will not accept it even if we are offered by the lorry-loads.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kerana kita juga diberikan keselamatan dan perlindungan oleh Yang Maha Esa.

Banyak orang bertanya, adakah saya tidak berasa takut? Saya ada “bodyguard”? Bawa senjata api? Jawabnya tidak ada. Allah pelindung kita.

Apakah saya tidak berasa takut? Takut apa? Kita bukan melakukan jenayah. Kita tidak merompak dan mencuri. Bukan itu saja. Apa yang kita lakukan, kita lakukan secara terang-terangan.

Tidak seperti sesetengah blogger pemakan dedak yang baling najis sembunyi tangan, blog kita adalah blog bernama. We put our hands on the table!

Khairy Jamaluddin pernah memanggil blogger beruk
Banyak orang tahu siapa saya. Di mana saya tinggal. Di kedai kopi mana saya menulis. Siapa kawan saya dan siapa lawan saya.

Kita tidak tuduh orang itu dan ini bunuh dan letupkan sesiapa kemudian lari ke luar negara, tarik balik surat sumpah dan jadi pemakan dedak.

Fear Is Our Worse Enemy

The biggest enemy of men and the ultimate betrayal of a democracy is fear. I was born timid and sickly. My late father, Haji Jasin bin Tahir, taught me never to give up, never succumb to fear and never put the authority of men over the authority of God.

He forced me to cycle alone for five kilometres from our home to the bus station at 5am to catch a bus to school in Alor Star when I was 11 years old.

My father was a simple padi farmer, village trader and a grass root Umno leader but his worldview would easily surpass that of those who today call themselves leaders.

He introduced me to Gamal Abdel Nesser, Soekarno and Mohammad Hatta, Marshall Broz Tito, Mao Zedong, Xhou Enlai, Fidel Castro and to the Hikayat Seribu Satu Malam. May Allah bless his soul.

Sticks and Stones Don’t Break My Bones

I would like also to thank those who disagree with us or become the targets of our criticisms for leaving us alone.

Recently, one of them asked a friend of mine “why is Kadir so angry.” He was either pretending not to know the reasons for our rage or he had gone totally mad. 

I have always welcomed their response although that seldom happens. The right of reply is an inherent part of my journalistic practice and this is guaranteed in this blog.

Instead they decide to stay away. They do not want anything to do with me. For a long time now my SMS and Whatsapp messages have gone unanswered. Instead they choose to answer us in other sites and forums.

That’s fine. They can call me names. They can instruct their dedak-eating bloggers to malign and belittle me. But for as long as they fail to out-argue us, their howling will not bring down the hill.

Anjing menyalak, bukit tidak akan runtuh!

At least I can say that they know who I am and I am not about to run away to some faraway places for safety. This is my country and its here that I will stay and fight my battle with your help, insya-Allah.

The Burden of Knowledge

It is hard for me to give unqualified support to public figures or oppose them out right because I know more about them than I dare to publish or can publish without consequences.

The benefit of history is not always beneficial. It colours your opinion about a person. For example, I know who among the current Cabinet and Umno Supreme Council Members have Anti-Corruption Agency/Malaysian Anti-Corruption Commission records.

I know who were supposed to be charged and when but were not. Instead the “files” were used to extract their loyalty and enslave them. Today, some of them are howling like rabid dogs.

I know who had sexual scandals and indiscretions. I know what past Prime Ministers said about their ministers in private.

There were several reasons why I started this blog. One of which was the freedom and ease the information and telecommunication technology (ICT) offers to a writer like me.

NST's disrespect for the Prophet (PBUH) provoked me
The provocation was the New Straits Times’ publication of a cartoon mocking the Prophet Mohammed (PBUH). The NST editors, led by (Datuk Seri) Kalimullah Masheerul Hassan was initially unrepentant.

Only after a swift global and domestic outcry that the government of (Tun) Abdullah Ahmad Badawi took step to suspend SarawakTribune but spared the NST of a similar punishment. Kalimullah was Abdullah’s appointee at the NST group.

My first article in this blog was in bahasa Malaysia entitled “Tanda tanya di sebalik mohon maaf NST” published on February 24th, 2006. Since that date, 10 years ago, I had posted 1,082 articles, logged 9.4 million pageviews, 8.6 million visitors and attracted 1,357 followers. Topping pageviews are Singapore, Malaysia, the USA, Norway and Indonesia. Our articles are regularly quoted by news portals and newspapers.

For all these, I have you readers and debaters to thank. Your support gives us strength and purpose. Thank you a million.

Wallahuaklam.



Monday, February 22, 2016

More Image Makers for Mohd Najib


A Kadir Jasin

IF you have the bad luck of being in a leaking boat, you should try to stay calm. Being born and raised in a riverside village, I can say one or two things about surviving a leaking boat.

[REMINDER: No anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Be respectful. No swearing. Thank you]

Start by knowing your boat (or sampan). Even if your sampan is leaky, you can still safely make a journey to your destination if you know how. First, determine the location and size of the leaks. Second, gather materials that you can use to plug the leaks. Coconut husk, old cloth and mud are useful.

The mud can be used as temporary sealant. But you must know the type of mud to collect.

Last but not least, have one or two coconut shells or tin cans to scoop the water out.

The Umno pinisi (Bugis sailing ship) under its captain, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, is leaking and listing.

A stranded Bugis pinisi
Many things have been done to keep it afloat and steady. The latest being the removal of its Information Chief, (Datuk) Ahmad Maslan and, in his place, the appointment of (Tan Sri Datuk Seri Panglima) Annuar Musa. Ahmad was given a new job – the head of Umno’s cyber troopers.

As Information Chief, the 49-year old Ahmad was intended to be the fresh face of Umno and its NEP-poster boy. He is the son of a Felda settler and, by his own admission, was a high-achiever.

Ahmah Maslan cooking up storm
 He did his undergraduate studies at New Zealand’s Victoria University and scoring CGPA of 3.85 when doing an MBA at the National University of Malaysia (UKM).

But he proved to be too clever for his own good. His unflinching support for the Prime Minister and his penchant for lecturing of the public have made him a favourite target of lampooning by the online media.

So his latest job of promoting Umno in the cyberspace looks like trying to fit a square peg into a round hole.

How he is going to fit into the party’s ongoing plan to acquire and control the independent online media has to be seen.

Apart from Annuar, he has other propaganda operators to compete with – among them the Cabinet’s chief communication strategist, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan and PMO’s media handlers like (Datuk Seri) Farid Ridzuan, Habibul Rahman Kadir, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad and Encik Rizal Mansor. He also has to contend with outside operators at home and abroad.

The Lover of Rome

The appointment of Annuar as Information Chief is the reflection of the growing desperation of the party.

In recent years, this 59-year old Kelantanese is better known for his involvement in football than politics.

He is the Kelantan Football Association President and recently stole the limelight when his team received the sponsorship of celebrity businesswoman, (Datuk Seri) Hasmiza Othman aka Vida.

Smitten, Annuar went pink for Datuk Vida
It does not surprise me if his sharing of the limelight with the voluptuous businesswoman has raised his profile in Umno and, thereby attracted Mohd Najib’s attention.

In it current sad state of affairs, Umno needs every bit of a boost no matter how insignificant or absurd. Thus Mohd Najib’s 40th anniversary in politics was celebrated on grand scale by the mainstream media. Some said the 40th anniversary was Annuar’s handiwork.

Annuar wasted no time in going full throttle praising his boss. He was reported as saying that Mohd Najib’s stewardship of the party had been the most peaceful, adding that there was no shake-up until after six years, unlike during Tun Dr Mahathir Mohamad’s era.

That sideswipe of Dr Mahathir is no accident. He has an axe to grind with his former boss. Annuar rose during Dr Mahathir’s era.

He was widely recognised for his “I love Rome more” speech at an Umno General Assembly at the height of the Anwar Ibrahim crisis in late 1990’s.

Dr Mahathir made him Minister of Youth and Sports Minister in 1990 and in 1993 promoted him to the post of Rural Development Minister where he served until 1999. In 2002, while no longer a minister, he was investigated by the Anti-Corruption Agency, the forerunner to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), in relations to the alleged misappropriation of RM36.5 million fund for the hardcore poor (PPRT) in his home state Kelantan.

Poverty is widespread in Kelantan
He was not charged. Instead the ministry’s Secretary General, (Datuk) Dr Abdul Aziz Muhammad, was tried, found guilty and jailed for five years but was later acquitted by the Appeal Court. Abdul Aziz was widely seen as a scapegoat in the case.

Having seen the record of Umno’s information and propaganda campaign in recent years, especially after the 2013 general election, the task ahead for Annuar and Ahmad Maslan would be monumental.

It is hard to expect the Annuar-Ahmad Maslan partnership to do wonder for Umno and its beleaguered President.

Wallahuaklam.

Thursday, February 18, 2016

Gerakan Massa Selamatkan Negara


A Kadir Jasin
 
ALTRUISME adalah komoditi mahal dalam tindak-tanduk manusia, lagi-lagilah bagi manusia dalam arena politik.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Segala-galanya dengan tujuan dan matlamat tersurat dan tersirat. Keikhlasan dan kebetulan lebih kerap di bibir saja.

Dalam konteks politik negara kita, tujuan pembangkang adalah menang pilihan raya umum (PRU) dan memerintah negara. Mereka hampir-hampir berjaya dalam PRU 2013.

Logiknya, dengan skandal demi skandal dan masalah demi masalah yang melanda negara di bawah pengemudi (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, pembangkang hanya perlu mengeksploitasi kelemahan pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Mereka hanya perlu membiarkan Mohd Najib dan para pesekongkol beliau dalam Umno-BN dan pentadbiran awam terus dengan skandal, kesilapan, pembohongan dan penafian.

Biarkan mereka menggali kubur yang sedalam-dalamnya dan apabila tiba PRU, timbus mereka dalam kebencian dan penolakan pengundi.

Tetapi apa yang kita perhatikan tidak seperti itu.

Sebaliknya mereka mahu Mohd Najib berundur dan, untuk tujuan itu, sedia berpakat dengan elemen Umno-BN yang berpandangan serupa.

Mereka mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat. Mereka berpendapat menunggu sehingga PRU mungkin terlalu lama dan Malaysia tidak dapat diselamatkan lagi selepas itu walaupun mereka menang.

Gerakan Massa Selamatkan Malaysia

Saya telah menyebut mengenai perlunya dijanakan segera gerakan massa (mass movement) yang merentasi sempadan politik, ideologi, agama, bangsa dan wilayah bagi menyelamatkan Malaysia.

Kita tidak lagi boleh bergantung kepada politik kepartian, apatah lagi politik pemakan dedak yang telah melanda Umno-BN, untuk kembali menyatukan rakyat jelata dan mengembalikan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

Paling besar harapan kita kepada Umno-BN adalah masih ada beberapa kerat Ahli Dewan Rakyatnya yang ada harga diri, berhati kecil dan punyai rasa bersalah (conscience).

Saya tahu yang mereka tahu bahawa mereka tidak lagi mewakili rakyat jelata. Malah mereka tidak pun mewakili ahli Umno-BN lagi. Mereka hanya mewakili Mohd Najib dan kelompok eksklusif beliau.

Umum tahu bahawa ada usaha yang berkisar di sekitar Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Perdana Menteri melalui “undi” tidak percaya. Gerakan ini dipercayai mendapat sokongan luas Ahli Dewan Rakyat pembangkang dan segelintir Umno-BN.

Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia.

Yang kita perlukan sekarang adalah bagi setiap orang yang peduli dan sayangkan negara bangun secara aman dan sivil menyatakan bahawa perubahan wajib berlaku dan berlaku segera.

Setiap orang yang berwajah, dikenali dan dihormati tanpa mengira usia dan jantina, kerjaya dan kepakaran, bangsa dan agama wajib memberanikan diri berdiri dalam satu barisan penyelamatan negara.

Bagi yang berasa mereka berkuasa, kuat dan terlindung, ingatlah kuasa tidak akan kekal selama-lamanya. Bukan Perdana Menteri seorang saja akan dipertanggungjawabkan apabila “the chips are down”. Semua yang bersubahat, bersekongkol dan makan dedak akan diseret bersama.

Wallahuaklam.

Monday, February 15, 2016

Mencari Mat Tunjang Enterprise


A Kadir Jasin

LAMA sudah tidak berseloka
Gurindam pantun penghibur lara
Ramai pembahas tertanya-tanya
Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya pun rasa bimbang juga
Mat Tunjang lama tak bercerita
Tiada pesan, khabar dan berita
Menghilangkan diri entah ke mana.

Kita hanya boleh berdoa
Mat Tunjang sihat sejahtera
Kuat badan akal sempurna
Cari makan pelihara keluarga.

Nak tanya Mat Tunjang pasai Danok
Tempat ramai dok pi seronok-seronok
Betoi ka duit kita depa tak berapa tengok
Pasai nilainya dah banyak terperonyok?

Dulu duit kita bukan main hebat
Depa terima ringgit tolak baht
Tak kira leguh atau sakit urat
Abang mai duduk adik buat ubat.

Ada orang buat cerita
Abang seronok adik gembira
Duit kita mereka tak berapa suka
Baht dah balik jadi pilihan utama.

Teringat cerita seorang kawan
Hal berlaku di negeri Kelantan
Kepada dua orang kawan taulan
Yang sangat suka seberang sempadan.

Pergi Golok makan tomyam
Rasanya sedap tidak terkira
Tidur malam asyik meragam
Chef tomyam amatlah menggoda.

Pergi Golok waktu malam
Sembunyi sini sembunyi sana
Bila dah puas makan tomyam
Kahwin pula dengan pembuatnya.

Perdana Menteri pula ke Southern California
Ikut cerita jumpa pelajar kita di sana
Ada sebuah lagu zaman saya muda

Bernama kata lawatan kerja
Khabarnya Obama pun ada juga
Kita harap itulah fakta
Bukan nak jumpa Arab lain pula.

PM kita ni suka jalan
Rata dunia dia pergi
Apa hasil dia dapatkan
Kita di Malaysia kurang pasti.

Dok tak dok dia dapat "derma"
Bila kita tanya dia buat macam-macam cerita
Akhir-akhir dia kata duit dah tak ada
Dia bagi balik kepada si penderma.

Itulah seloka dan itulah gurindam
Penghibur lara pengubat dendam
Meluahkan rasa apa yang terpendam
Moga-moga jiwa aman tenteram.

Wallahuaklam.

Tuesday, February 09, 2016

Elok Kenali Ular dan Lintah


A Kadir Jasin

DALAM tampalan (posting) kali ini, saya akan menulis hal yang mudah. Saya nak cerita berkenaan ular guni buruk. Ada orang panggil ular belalai gajah.
 

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil elephant trunk snake atau istilah saintifiknya Acrochordus javanicus daripada famili Acrochordidae. Ia adalah daripada kumpulan ular primitif yang tidak berbisa.

Kawasan taburan ular ini adalah Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Ular guni buruk: nampak mengancam tapi tak bisa
Sesiapa dalam generasi saya yang membesar di kawasan sawah atau paya pada tahun 1950-an dan 60-an tentu tahu ular ini.
 
Mereka sama ada pernah bertembung secara fizikal dengannya atau, setidak-tidaknya pun, melihat ular itu hidup atau mati.


Saya bertembung dengan ular ini ketika menahan taut, menyerkap atau memasang bubu. Ular ini suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan.

Menyerkap ikut jentera pembajak
Apabila menyerkap kita kerap terserkap ular ini dan menyangkanya ikan. Apabila kita menyeluk untuk menangkap “ikan”, rupa-rupanya kita tertangkap ular guni buruk.

Orang Kedah memanggilnya ular guni buruk atau ular karung guni kerana apabila terpegang, rasanya macam guni buruk yang terendam di dalam bendang.

Ular ini lebih menyerupai belalai gagah dengan kulit yang kasar. Menurut ensiklopedia atas talian Wikipedia, kulit ular ini apabila diproses dipanggil karung. Mungkin kerana teksturnya kasar macam karung guni atau mengkuang.

Sekali saya tertangkap ular guni buruk betina. Apabila saya mengangkatnya keluar dari lumpur ia melahirkan berekor-ekor anak. Ular guni buruk adalah daripada kumpulan reptilia Ovoviviparity yang mengeram telur dalam kandungan dan menetaskan anak.

Kenali Ular Anda

Di sinilah ilmu, pengetahuan dan pengalaman penting. Apabila kita hidup dalam persekitaran yang ada ular, kita kena kenal jenis-jenisnya.

Jangan kita lari lintang-pukang sampai patah kaki dan tercabut gigi kerana terserempak ular belalai gajah, ular lidi, ular tikus dan ular air yang tak bisa, tapi mati terpatuk kerana tunjuk berani dengan ular tedung selar, ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu yang sangat bisa atau dibelit oleh ular sawa.

Jangan sangka ular hanya ada di dalam hutan dan belukar di kampung, desa dan Rancangan Felda. Sekarang ini di bandar dan di padang golf pun ada ular tedung, ular sawa dan macam-macam jenis lagi. Saya tahu sebab banyak dah masuk rumah saya.

Ada orang beritahu saya, di Putrajaya pun banyak ular. Tak menghairankan. Tapak Putrajaya adalah ladang kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit banyak tikus. Di mana ada tikus, di situ ada lah ular yang makan tikus.

Jadi saya tidak terkejut kalau di Putrajaya ada banyak ular. Ini terbukti apabila seorang kawan saya – pembahas tetap blog ini – dipatuk ular tedung di Putrajaya pada suatu malam beberapa tahun lalu. Dekat-dekat mati sebab dua, tiga buah hospital yang dia minta rawatan tak ada penawar gigitan ular (antivenom).

Lain kali pembaca dan pembahas blog ini pergi Putrajaya, berhati-hatilah. Ada ular berbisa di Putrajaya. Oleh sebab Putrajaya masih ada ladang kelapa sawit dan paya “wetlands”, saya rasa ular sawa, ular tikus, ular kapak, ular air dan ular daun pun ada juga.

Di Kedah, orang yang berlagak pandai dan hebat tapi kosong di atas dipanggil ular air. Ular berbisa yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tapi ular air, panjatlah Menara Kembar Petronas pun tidak akan jadi bisa.

Lain kali kalau terjumpa ular di persisiran tasik Putrajaya dan ia lari daripada kita, itu mungkin ular air. Ular tedung pun lari juga, tapi tidaklah lintang-pukang macam ular air atau ular liar. 

Insya-Allah, kalau kita berilmu atau sedia belajar kita akan selamat daripada segala jenis ular. Malah kita boleh pelihara ular sebagai binatang kesayangan (pet) atau perah racunnya untuk diproses jadi penawar.

Pada macam zaman Firaun, mereka guna ular berbisa untuk bunuh musuh mereka. Cukup berkesan. Tak ada Peguam Negara, tak kira sepintar mana pun dia, boleh dapat 90 peratus bukti untuk tuduh si penjenayah.

Zaman dulu Wanita jelita dan ular berbahaya
Dalam agama Hindu pula, ular adalah antara haiwan yang “dipooja”. Ada tuhan orang Hindu namanya Manasa Devi atau Ratu Naga yang menyerupai ular tedung. Ia juga dikenali sebagai Vishahara – penawar segala racun. Dalam alam nyata, bertuahlah sesiapa yang ada wanita yang menjadi penawar segala penyakit dan masalah.


Tapi kalau tak berilmu dan tak berpengetahuan, ular guni buruk disangka lintah raksasa atau binatang ajaib. Itulah yang saya baca dalam Internet. Ada orang tak tahu jadi mereka sangka ular guni buruk adalah lintah besar atau binatang ajaib.

Lintah lain. Ia tak mematuk macam ular. Lintah hisap darah. Orang yang tak pernah digigit lintah atau pacat, tak sedar mereka digigit. Bila kenyang pacat dan lintah jatuh dengan sendirinya. Lepas itu barulah mangsanya sedar kerana rasa gatal dan bila diselidik, darah dah banyak keluar. Darah dari luka gigitan lintah lambat beku sebab telah disuntik kimia pencegah beku (anticoagulant) oleh haiwan itu. Jadi kita kena juga ambil tahu pasal pacat dan lintah takut habis darah kita kena hisap lintah darat.

Wallahuaklam.

Nota kaki: Terima kasih kepada pembaca blog yang menyapa saya di Restoran Ratha tengah hari tadi. Maklum balas saudara amat dihargai, khususnya berkenaan kebaikan tender terbuka. Saya ingin menekankan sekali lagi kepada beliau yang saya tidak ada kena mengena dengan TV3 sejak tahun 2000 lagi. Malah saya rasa saya tidak pun dialu-alukan di situ.

Saturday, February 06, 2016

What Now Brown Cow?


A Kadir Jasin

OH Lord the Almighty, who are we to believe now?

[REMINDER: No anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Be respectful. No swearing. Thank you]

Fine, many of us the non-dedak eaters have ceased to believe in the Prime Minister (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak a long time ago.

He told the heavens and earth that the US$681-million in his private accounts was a donation from the Saudi royal family or something like that.

His handpicked Attorney General (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali concurred and unilaterally absolved him of all wrongdoings (in relation to that donation and another “donation” from SRC International Sdn Bhd).

The British Broadcasting Corporation (BBC) corroborated the story saying the amount was donated by the Saudi royal family.

Adel al-Jubeir: Saudi has a different story
But now the Saudi Foreign Affairs Minister, Adel bin Ahmed al-Jubeir, was quoted by the New York Times newspaper as saying that he “does not think that the US$681-million which made its way into Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s bank account was from the Saudi government or that it was a political donation.”
 
Between BBC and NYT, I would give greater credence to the latter. Its series of expose on 1MDB-related shenanigans have been largely accurate - accurate enough so as to discourage Mohd Najib from suing it despite making several threats.

The NYT quoted the Saudi minister as saying the money went to an “investment in Malaysia”.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,” he said in an interview with the American newspaper.

Mohd Najib and his storytellers claimed that the money was for use during the 2013 general elections and for fighting terrorism.

So what now brown cow?

Would the hypothetical brown cow advise the Prime Minister and his number one lawyer, (Datuk) Mohd Hafarizam Harun, to issue another legal threat against the paper?

I expect Mohd Najib’s handpicked Deputy Prime Minister, (Datuk Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi to complain vigorously to the Saudi Government for making such a statement to the Press and not directly to him.

He must. Otherwise he will be accused of lying too because he had repeatedly swore that he knew the Arab donors and had met them in Saudi Arabia.

Between the Saudi minister and Ahmad Zahid, I would give greater credence to the former because I don’t know him and he has not said anything before that raised my suspicion.

The NYT also quoted a member of the Saudi royal family and a close associate of the family, who spoke on condition of anonymity, as saying that the money had come from a Saudi prince, but that it was not a donation. The associate also reportedly questioned the sum, but said the funds were part of a business deal.

And what would Apandi do now?

Would he stick to his gun or would he make discreet checks to see if he has been lied to?

Who knows those tonnes of papers submitted to him by the Malaysian Anti-Corruption Commission and Bank Negara may not all be works of fiction?

Just to refresh Apandi’s memory, on Jan 26 he told the Press the US$681-million deposited into Najib’s personal accounts was a donation from the Saudi royal family given without any consideration.

Footnote: Dedak is bran. It is usually used for feeding chicken, ducts and pigs.

Wallahuaklam.

Thursday, February 04, 2016

Jangan Gelak Kepada Ahmad Bashah


A Kadir Jasin

BAIKLAH, saya akui ramai yang menangis hiba dan tidak kurang yang bersorak gembira kerana anak bekas Perdana Menteri disingkir daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya dah tengok banyak drama politik macam ini sampai dah mangli. Akhirnya kita kena tolak emosi dan terima realiti.

Ada yang menangis dan ketawa itu ikhlas. Tapi mesti ada yang menangis dan ketawa dalam kapasiti mereka sebagai pemakan dedak.

Nak simpati dengan (Datuk Seri) Mukhriz Dr Mahathir sangat-sangat pun susah. Selepas 1,003 hari jadi MB tak kan tak ada seorang dua Ahli Dewan Undangan (Adun) Umno yang sokong beliau. Tak masuk akal. Mesti ada sebab. Tak tahulah kalau semua Adun Umno makan dedak atau kena tunjuk fail SPRM.

Buat masa ini, macam kata orang putih, Mukhriz “is history”. Kalau nak cergas dalam politik juga, dia kena modelkan semula diri dia. Stail merak kayangan tak jalan.

Sekarang mengenai Menteri Besar baru, (Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah. Dia ni daripada generasi dan latar belakang saya.

Ahmad Bashah jadi pilihan
Allahyarham ayah saya kenal baik ayah dia. Mereka sama-sama berniaga getah dan cergas dalam politik akar umbi Umno. Kedai ayah saya di Tanah Merah, Pendang. Kedai ayah beliau di Kubur Panjang. Jarak tak sampai 10 kilometer.

Ramai orang perli dia pasal latar belakang pendidikan dia. Tak patut. Sudah kira tumbuk perut. Tak gentleman.

Ahmad Bashah tak patut malu. Dia patut bangga. Anak peniaga getah boleh naik jadi MB dengan hanya kelulusan sekolah menengah. Ada orang kata lulus SRP dan ada kata SPM.

Ramai dalam generasi dia dan saya tak mengaji tinggi. Tak ada peluang dan sebab desakan hidup. Kena cari kerja sebaik saja cukup umur kerja. Saya pun mengaji bukan tinggi sangat. Anak-anak saya lagi tinggi belajar daripada saya.

Yang patut malu adalah Adun-Adun Umno yang ada ijazah berjela-jela tu la. Merekalah yang patut malu. Kalau mereka hebat, pasal apa tak dilantik jadi MB?

Mengaji tinggi, berkonspirasi pandai, mengampu kelas dunia, stail macam Mat Salleh tapi tak dapat jadi MB.

Katakanlah Ahmad Bashah yang jadi kepala konspirasi jatuhkan Mukhriz. Lagi terer (terror), lagi hebat. Budak kampung mengaji sekolah menengah boleh makan budak lulus universiti Amerika dan Jepun.

Bukan itu saja. Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak lebih percaya dan teruja dengan budak lulus sekolah menengah daripada segala para sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam Dun Kedah.

Atau kita boleh kata, inilah kesudahan politik dedak, cantas mencantas, konspirasi dan anti-orang pandai yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama. Lulusan sekolah menengah naik jadi MB!

Selepas 70 tahun mendakwa berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan 58 tahun menerajui Malaysia inilah agaknya penghujung jalan bagi Umno.

Pasal makan dedak, saya nak cerita sikit. Saya boleh kata pakar dalam hal dedak. Ayah saya pernah bekerja di kilang beras. Dedak adalah hasil sampingan mengilang padi jadi beras. Dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi. Sebab kurang zat kena campur dengan nasi basi dan sisa makanan lain. Silap-silap campuran ayam, itik dan babi boleh tercekik. Jadi hati-hatilah bila makan dedak.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).