Monday, December 28, 2009

Hak Melayu: Umno dan Pas Sama Koro?



A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SUKA atau tidak, kita terpaksa akui bahawa sebenarnya wujud banyak persamaan antara Umno dan Pas. Bukan sahaja kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, tetapi pemikiran dan tindak-tanduk mereka juga banyak yang sama.

Daripada sudut sejarah, ini tidaklah menghairankan kerana Pas adalah serpihan Umno dan sejak berpisah pada awal tahun 1950an mereka berkongsi pengundi atas pagar yang ada masa mengundi Umno dan ada masa mengundi Pas.

Namun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang kedua-duanya sudah menjadi “peminta maaf” (apologist) dalam perhubungan kaum dan agama di negara ini.

Mereka nampaknya berasa begitu bimbang dan bersalah mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

Keadaan ini menjadi semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian Barisan Nasional merudum dan Pakatan Rakyat melambung.

Sejak itu, adalah mustahil bercakap mengenai orang Melayu dan agama Islam tanpa dituduh cauvinis dan pelampau.

Seperti kata bekas seorang pembesar PKR yang kini bekerja dengan kerajaan BN, apabila Melayu bercakap mengenai hak, mereka dituduh perkauman.Tetapi apabila kaum-kaum lain bercakap mengenai hal yang sama, ia adalah hak mereka.

Sebaliknya orang bukan Melayu dan bukan Islam semakin berani sehingga ada yang mempersoalkan bantuan kerajaan dalam pembinaan masjid dan surau dan mahu semua rumah ibadat diberi layanan yang serupa.

Bahaya Pertahan Melayu/Islam

Sekarang mempertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam boleh membawa bencana.
Pada bulan September 2008, Majlis Tertinggi Umno melucutkan hak dan menggantung keahlian

Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail, selama tiga tahun atas tuduhan menyentuh sensitiviti kaum.

Dosa Ahmad Ismail ialah dia bercakap mengenai asal usul kaum Cina dan India sebagai keturunan pendatang. Walaupun dia mendapat sokongan kuat ahli Umno dan orang Melayu kerana pendiriannya, Umno di bawah kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi tetap menggantung keahliannya. Dia diampunkan dan diberikan kembali hak awal bulan ini.

Sebelum itu, bekas Ketua Pemuda Umno yang kini salah seorang Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein Onn, memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris ketika menjadi Ketua Pemuda.



Beberapa minggu kebelakangan ini pula, apologist Umno berlumba-lumba mengiakan dakwaan pembangkang kononnya Biro Tatanegara menjalankan program yang berbau perkauman.

Nampak sangat yang semakin ramai pembesar Umno dan Pas takut memperkatakan hal-hal seperti Perlembagaan dan Kontrak Sosial apatah lagi mempertahankannya.

Mereka takut mempertahankan hak biasiswa, perjawatan dan pelesenan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang semuanya termaktub dalam Perlembagaan.

Sebaliknya, seperti tiung yang dikikis lidahnya, mereka mengulangi mantera kapitalisme dan liberalisme Barat seperti globalisasi, persamaan, meritokrasi, padang permainan sama rata dan hak asasi manusia yang menjadi panggilan nafiri DAP dan PKR.

Semakin jarang mereka bercakap mengenai kemiskinan dan kemelaratan orang Melayu dan Bumiputera.

Mengenai gadis Melayu dari pedalaman Kelantan, Perak dan Kedah yang semakin ramai menjadi GRO di dewan-dewan karaoke kelas internasional yang kita tahu siapa pemilik dan pelanggannya. Tidak hairanlah kalau dewan-dewan karaoke kelas internasional ini jarang diserbu polis dan Jabatan Agama Islam.

Dan mengenai jurang kemiskinan dan pendapatan yang semakin ternganga antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara bandar dan luar bandar.

Dr Hassan Ali Lwn Pas

Sekarang Pas pula dilaporkan akan mengambil tindakan disiplin ke atas pembesarnya yang mahu penjualan arak dan kegiatan mungkar diharamkan di kawasan majoriti Melayu di Selangor.

Media massa arus perdana dan alternatif sejak beberapa hari kebelakangan ini melaporkan yang Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Adun Gombak, Dr Hassan Ali, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, akan dikenakan tindakan disiplin.

Dr Hassan Ali dan Khalid Abdul Samad...bakal berdepan tindakan disiplin.

Menurut portal berita Malaysian Insider, mereka sedang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana dituduh mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti.

Antara bukti ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperkecilkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan PKR.

Adalah diketahui umum bahawa Dr Hassan pernah bertikam lidah dengan Exco DAP bagi Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu, mengenai penjualan arak di kedai-kedai runcit, termasuk Seven Eleven, di kawasan majoriti Islam. Dr Hassan mahu ia diharamkan.

Walaupun Dr Hassan dilaporkan mendapat sokongan Pas Selangor, tetapi jelas pendiriannya tidak mendapat restu dan sokongan kepemimpinan nasional Pas yang lebih mengutamakan pakatan dengan DAP dan PKR.

Laporan media mengatakan yang Jawatankuasa Disiplin Pas telah mengesahkan ada kes yang kukuh terhadap Dr Hassan dan Khalid. Mereka mungkin dipanggil menghadapi jawatankuasa itu antara 7 dan 9 Januari ini.

Pada 9 Oktober saya menulis dalam blog ini mengenai tindakan Dr Hassan. Antara lain saya berkata: “Tidak menghairankan jika gimmick Hassan itu mendapat sokongan luas ahli Pas Selangor yang termakan propagandanya, tetapi ditentang oleh PKR, DAP dan sesetengah anasir dalam Pas sendiri.”

Khalid Abdul Samad pernah dilaporkan menggesa Dr Hassan supaya mengikut dasar parti atau keluar dari Pakatan Rakyat.

Seperti dijangkakan, Dr Hassan sendiri sudah lama tidak bercakap mengenai hak kawasan majoriti Islam bebas daripada arak dan kegiatan mungkar.

Sebaliknya, dia dipetik oleh media pada 26 Disember sebagai berkata dia dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim.
Dia juga menyangkal spekulasi yang dia telah memutuskan untuk keluar kerajaan PR dan menjadi Adun bebas.

Islam, Melayu Jadi “Taboo

Jelas bahawa sejak menyertai DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak lagi lantang bercakap tentang kepentingan Melayu dan Islam.

Malah seperti yang dimanifestasikan oleh kes Dr Hassan dan isu rumah sembelihan babi serta kubur Hindu di Kedah, bercakap mengenai Islam pun mesti berhati-hati apatah lagi bertindak dalam hal yang menyentuh hak kaum dan agama lain.

Soalnya, siapakah yang akan bercakap secara berani dan lantang mengenai hak, kepentingan dan keluh-kesah orang Melayu dan Islam di negara ini?

Adakah Umno dan Pas tidak lagi menganggap hak, kepentingan dan keluh-kesah orang Melayu dan Islam sebagai keutamaan kerana mereka kini berlumba-lumba mengambil hati bukan Melayu dan bukan Islam?

Adakah mempertahankan hak dan memperbaiki kebajikan kaum majoriti tanpa membelakangkan kaum minoriti satu tindakan perkauman, cauvinis dan melampau?

Kalau tuntutan hak oleh orang Melayu dianggap perkauman, apa halnya dengan tuntutan hak oleh orang bukan Melayu?

Kesimpulannya, parti majoriti Melayu dan Islam wajib membuat pendirian dan menentukan keutamaan mengenai apa yang mereka perjuangkan dan untuk siapa.

Kalau mereka takut berjuang untuk bangsa Melayu dan agama Islam, eloklah mereka berhenti daripada bertopengkan Melayu dan Islam.

Lebih baik mereka menukar nama dan dasar parti mereka menjadi parti liberal atau pseudo-liberal yang berdasarkan liberalisme Barat.

Tetapi ingatlah, apa pun dasar dan ideologi mereka, satu hakikat yang wajib diterima ialah, tidak ada negara pelbagai kaum dan agama akan selamat dan sejahtera jika kepentingan kaum dan agama majoriti diabaikan.

Nota Kaki: Kalau nak tahu mengenai koro, sila baca rencana berjudul “Would Koro Victims Like To Speak Up?” keluaran 17 Jun, 2008.

Saturday, December 26, 2009

Are We Friendly? Yes And No

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

MALAYSIA is ranked 5th in the world as the friendliest country in a survey commissioned by HSBC Bank International.

The top spot went to Bahrain followed by Canada, Australia and Thailand.

Called the Expat Explorer Survey, it was conducted by the research company FreshMinds. More than 3,100 expatriates were surveyed between February and April 2009.

The respondents were asked to rate 23 factors related to their quality of life, including food, entertainment, transportation, health care, finances, education and their ability to make friends.

Other 10 countries in ranking order are South Africa, Hong Kong, Singapore, Spain and the USA.

Malaysia scored well in areas like making friends among expatriates, organizing schooling, finances, healthcare and place to live, but poorly in making local friends and joining local groups (we’re not all that friendly after all hah?)

Thursday, December 24, 2009

Cabinet: Parliament Sitting A Priority

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[MUTAKHIR, 26 Disember] -- UTUSAN Malayasia melaporkan: Nazri dicabar letak jawatan Ketua Whip BN

KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.

''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara.

''Dalam keadaan politik sekarang, semua wakil rakyat dan Datuk Seri Mohamed Nazri perlu berada di dalam negara dan tak perlu cuti, tumpukan kepada kerja. Saya sangat kecewa, bayangkan kalau bajet tak lulus," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program lman 'Remaja Bebas Dadah' di Sekolah Kebangsaan Sayong dekat sini semalam.

[Original posting]

THE
New Straits Times today headlined: “Parliament meeting a priority – drop everything to attend, Barisan Nasional PMs told.”

The paper quoted a directive, which it said, was issued on Dec. 23 in response to the Dec. 14 near defeat of the 2010 Budget when 82 BN MPs were absent.

The Supply Bill was passed by a majority of there. Only 66 BN MPs were in the House against 63 from the opposition.

Quoting unnamed Ministers, the NST said the Cabinet at its weekly meeting yesterday “had discussed the matter at greath (sic) length and with great concern.”

The Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, who is also Finance Minister, had been reported as having expressed regret and disappointment over the close call.

The report appeared in the online edition of the paper in the morning but was later removed. When asked, a senior member of the staff responded: “Was told they did.” Asked if there was an outside inference, he said: “Tak.” (No).

I have published the list of the absent BN MPs, which included 18 Ministers, in the posting of Dec. 18 entitled “KPI, Undi Belanjawan dan Akhlak Wakil Rakyat.”

I hope the Pakatan Rakyat has the courage to reveal the identities of their absent MPs. I dare not reproduce the list available in the cyberspace because the PR politicians are prone to suing journalists, writers and bloggers.

So when PAS vice-president Salahuddin Ayub called for the replacement of the Official Secrets Act with the Freedom of Information Act I was delighted.

This, said the Pas leader, would assure full freedom to the media and bloggers. Let’s hope that he and his freedom-loving colleagues walk the talk.

Salahuddin made the call at the inaugural convention of the opposition alliance in Shah Alam on Dec. 19. As it stands, the PR leaders top the list of politicians taking journalists, writers and bloggers to court.

In this sense, the BN politicians appear more tolerant to criticisms and negative reports by the mass media.

Monday, December 21, 2009

Missing Fighter Engines - A Fishy Explanation

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, Dec. 25] - THE story becomes more fishy. It smells conspiracy and cover-up. This is what The Star reports today.

"PETALING JAYA: The 41 Royal Malaysian Air Force (RMAF) personnel including a brigadier-general were not sacked due to the theft of two RM50mil turbojet engines.

"In a statement released yesterday, the RMAF said the 41 were sacked due to incompetency issues and poor working performances.

“The decision to sack them was taken before the engines were discovered missing,” said the RMAF.

So it appears that somebody lied about the sacking and now it's harder to believe that no cover-up had taken place.

[Original Posting]

SHOULD we be happy and jump with joy at the news that a brigadier-general and 40 other armed forces personnel were sacked for alleged involvement in missing RMAF jet engines incident?

The New Straits Times headlined today that they were given the boot late last year after Air Force jet engines worth RM50 million went missing.

Why alleged? What then is the “real” truth behind this dastardly, shameful, treacherous act?

Why only an internal inquiry? Why not a full-blown investigation and trial by a civil or military authority?

Why not a court martial? If these people could steal and sell their own equipment, what is there to stop them from surrendering to the enemies when their lives are at stake?

Something is amiss. Where was the Minister in-charge when this alleged crime was committed? Where were the generals, the secretary-general and the internal auditors? Sleeping?

Something is fishy. Why just an internal inquiry? Why just gave them the boot?
This is an act of treason. Why were they not court-martialed?

I have no answer. It’s too mind-boggling. It defies logics.

Here, I strongly feel that there’s a very strong reason to call for the setting up of an independent royal commission.

Satu Malaysia malu dan terancam akibat perbuatan khianat ini atau adakah ia ibarat kata pepatah, kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Friday, December 18, 2009

KPI, Undi Belanjawan dan Akhlak Wakil Rakyat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 24 Disember] - MENURUT portal berita Malaysian Mirror, berikut adalah kalian BN yang tidak hadir ketika pengundian Belanjawan 2010 dibuat pada malam 14 Disember lalu:-

Husni Hanadzlah (Finance II), Nor Yackop (Minister in PM’s Department), Bernard Dompok (Plantation Industries and Commodities), Hishamuddin Hussein (Home), Ahmad Zahid Hamidi (Defence), Shafie Apdal (Rural and Regional Development), Maximus Ongkili (Science, Technology and Innovation), Douglas Uggah (Natural Resources and Environment).

Khaled Nordin (Higher Education), Dr Rais Yatim (Information, Culture and Communications), Mustapa Mohamed (International Trade and Industry), Kong Cho Ha (Housing and Local Government), Shabery Cheek (Youth and Sports), Shaziman Mansor (Works), Noh Omar (Agiculture and Agro-based Industry), S Subramaniam (Human Resources), Ng Yen Yen (Tourism) and Anifah Aman (Foreign Affairs)

The Deputy Ministers who were absent:

Jacob Dungau (Internatiional Trade and Industry), Puad Zarkashi (Education),Lajim Ukim (Transport), SK Devamany (Prime Minister’s Department), Mukhriz Mahathir (International Trade and Industry), Lee Chee Leong (Foreign Affairs), Hou Kok Chung (Higher Education), Hamzah Zainuddin (Plantation Industries and Commodities), Razali Ibrahim (Youth and Sports), Rosnah Shirlin (Health), Ahmad Maslan(Prime Minister’s Department) and Noriah Kasnon (Energy, Green Technology and Water).


MPs (non-Cabinet members) who were absent:

Fong Chang Onn (Alor Gajah), Tiong King Sing (Bintulu), Mohamed Sirat (Bukit Katil), Edmond Chong (Bukit Sapai), Nancy Shukri (Batang Sadong), Tan Ah Eng (Gelang Patah), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Billy Abit (Hulu Rajang), Abdul Wahab (Igan), Tengku Azlan (Jerantut), Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas), Rafidah Aziz ( Kuala Kangsar), Ghapur Salleh (Kalabakan), Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), Joseph Pairin (Keningau), Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Ong Ka Ting (Kulai), Tiong Thai King (Lanang), Henry Sum Agong (Lawas).

Juslie Ajirol (Libaran), James Dawos (Mamboing), Tiki Lafe (Mas Gading), Leo Michael Toyad (Mukah), Tajuddin Ramli ( Pasir Salak), Azmi Khalid (Padang Besar), Azalina Othman ( Pengerang), Nurjazlan Mohamed ( Pulai), Makus Mojigoh (Putatan), Tengku Adnan (Putrajaya), Khairy Jamaludin (Remnbau), Jamaluddin Jarjis (Rompin), Richard Riot (Seria), Zulhasnan (Setiawangsa), Ahmad Lai Bujang (Sibuti), Teng Boon Soon (Tebrau), Idris Haron (Tanjung Batu), Ong Ka Chuan (Tanjung Malim), Norah Rahman (Tanjung Manis)and Mujilip Bumburing (Tuaran). - Malaysian Mirror

NB: Jamaluddin Jarjis, Duta Besar Malaysia di Washington DC. YB yang hadir tetapi tersenarai dimohon maklumkan blog ini dan saya dahulukan dengan permintaan maaf. Tapi jangan bohong. Tak baik. Dosa.

[MUTAKHIR, 20 Disember – UNTUK renungan. Komen pembahas Pakbelalang mengenai kecurian enjin jet TUDM.

[Malaysian fighter jet engine stolen from airbase(AFP) – KUALA LUMPUR — Malaysia will take action against air force personnel involved in the theft of a 14.5-million-dollar fighter jet engine sold to a South American company, according to reports Sunday.

Comment:REALLY, IT IS BEYOND MY IMAGINATION THIS THING COULD HAPPEN. Syabas !! Syabas !! MALAYSIA BOLEH !!

The Minister of Defence, the Chief of Armed Forces and the Chief of Air Force must take full responsibility and resign immediately. But unfortunately it won't happen in Malaysia.

The greatest joke of the year! If this can happen I wonder what's next? Perhaps our newly bought Submarine.]

Madi pula berkata:

[Apa nak heran datuk....enjin jet tudm pun boleh hilang inikan pula mp-mp ponteng/hilangmalaysia boleh.]

Saya sendiri nak sangat tahu, pada zaman Menteri Pertanahan mana enjin-enjin itu dicuri dan dijual?

[Posting Asal]

KALAU pun Yang Berhormat (sic) Barisan Nasional tidak takut dan tidak hormat kepada bos-bos mereka tetapi takutlah kepada pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata.

Tak takut dan tidak hormat kepada bos-bos mereka tak mengapa.

Apalah sangat dengan bos. Bos hanya lantik mereka jadi calon. Kalau hari ini bos marah, esok hantar bunga, hantar coklat, kirim salam dan ampu bos dalam media massa selesailah.

Lagipun, bos-bos itu pun di atas fasal disokong di cawangan, bahagian dan negeri oleh para YB. Jadi, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau. Sama-sama garu dan ampulah.

Tapi dengan pengundi jangan buat macam itu. Dengan pengundi kena takut oleh sebab pengundilah yang pangkah para YB sehingga boleh jadi MP, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Ketua Pembangkang dan Whip dan macam-macam lagi.

Jangan kurang ajar dengan pengundi nanti pengundi ajar YB semua. Ingatlah, ahli dan penyokong parti YB sendiri ramai yang dah meluat dengan akhlak buruk YB semua. Fasal itulah parti YB hampir tersingkir dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Tapi nampaknya YB tak belajar juga. Tidak kiralah sama ada YB laung atau tidak laung cogan kata Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan sama ada YB sokong atau tidak KPI dan NKRA, perangai sebahagian YB nampaknya tetap tidak berubah.

Kalau pengundian belanjawan negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (kerana dia jaga Menteri Kewangan) pun YB buat main-main, apa halnya dengan agenda, rancangan dan aspirasi rakyat jelata?

Kerana akhlak buruk dan sikap tidak bertanggungjawab para YB yang curi tulang, Kerajaan BN hampir-hampir tumbang akibat “undi tidak percaya” terhadap Belanjawan 2010.

Dilaporkan oleh media massa – besar-besaran oleh media alternatif dan kecil-kecilan oleh arus perdana – Belanjawan 2010 diluluskan malam Isnin lalu (14 Disember) dengan tiga kelebihan suara sahaja.

Menurut laporan The Star, daripada 140 YB BN dalam Dewan Rakyat, hanya 66 hadir untuk mengundi menyokong manakala daripada 82 YB pembangkang, 63 hadir untuk menentang.

Nampaknya ramai sekali kaki tuang dan kaki curi tulang di kalangan MP BN – 74 orang. MP pembangkang pun sudah terikut-ikut akhlak buruk ini. Sembilan belas tidak hadir. Kalau lebih ramai MP pembangkang hadir, Belanjawan 2010 Kerajaan BN sudah masuk longkang.

Bagilah apa pun alasan – lewat malam ka, ada kerja lain ka atau balik kawasan ka, tak jadi hal. Yang jadi hal adalah betapa tidak hormatnya kalian-kalian itu kepada tugas dan tanggungjawab pokok iaitu membuat undang-undang.

Adakah kalian yang ponteng itu tidak mendapati Belanjawan Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan penting dan utama?

Kalau inilah akhlak, sikap, sifat dan komitmen begitu ramai wakil rakyat BN, bagaimanakah rakyat jelata, khasnya pengundi, diharapkan akan mengembalikan sokongan kepada BN?

Kalaupun mereka tidak peduli kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, setidak-tidaknya pedulilah kepada pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata. Inilah kontrak kalian dengan pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata.

Saya sengaja panggil anda semua kalian kerana dalam konteks ini, gelaran Yang Berhormat, mengikut ungkapan Inggeris, adalah hogwash.

Terlalu tidak sedap maksud ungkapan itu maka saya tidak akan memberi maksudnya dalam bahasa kebangsaan. Carilah sendiri.

Jelas kalian telah gagal mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian yang berupa inti pati KPI dan NKRA yang sedang diuar-uarkan oleh bos nombor satu kalian.

Saya tutup kes saya. Sumpahlah saya kalau kalian mahu. Saya bayar cukai dan saya tidak pernah tidak mengundi. Kata ungkapan, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Nota Kaki: Untuk laporan PKI/NKRA yang diumumkan semalam, silalah baca dari media massa. Teruskan berbincang isu ini dalam posting terawal.

Monday, December 14, 2009

KPI: PM Puas Hati Tetapi Bagaimana Kita?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BEBERAPA orang pembahas blog ini dan orang luar, termasuk seorang bekas menteri pusat, bertanya mengapa saya belum mengKPIkan Perdana Menteri dan kerajaan walaupun November telah datang dan berlalu.

Mereka mengingatkan saya (atau mengungkit) bahawa saya pernah menulis dalam blog ini mengatakan saya akan KPIkan Mohd Najib Abdul Razak pada bulan November iaitu enam bulan selepas beliau mengumumkan pelaksanaan KPI dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Bagi mencari petunjuk, saya melayari laman web Jabatan Perdana Menteri dan menemui sebuah laporan bertarikh 4 Mei mengenai KPI yang bertajuk “Rakyat Penanda Aras Utama KPI, Kata Najib.”

Saya petik perenggan berkenaan:

“Kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan justeru (itu) KPI merupakan medium peringatan yang paling relevan...penanda aras utamanya ialah rakyat. Secara keseluruhannya kita mesti memuaskan (hati) rakyat," katanya.

"Beliau berkata KPI yang mula diguna pakai selepas pertukaran kepimpinan Mac lepas bukan sekadar berkisar kepada prestasi pekerjaan semata-mata sebaliknya terletak kepada kecekapan dalam memenuhi dan memuaskan kehendak rakyat.”

Pada 13 Disember, Bernama menyiarkan berita bertajuk “Najib Puas Hati Pencapaian Keseluruhan NKRA”

Saya petik perenggan berkenaan:

“KUALA LUMPUR, 13 Dis. (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Perdana Menteri berkata bagaimanapun masyarakat umum boleh membuat penelitian mengenai laporan itu yang akan dibentangkan kepada wakil badan bukan kerajaan pada Khamis ini, dan kepada orang ramai Jumaat ini di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.”

Mohd Najib berharap rakyat dapat memberi maklum balas mengenainya kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas mendengar pembentangan mengenai pencapaian enam NKRA di ibu negara.Turut hadir, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang tanggungjawab terhadap pengurusan KPI dan prestasi NKRA Senator Dr Koh Tsu Koon dan Senator Idris Jala.

Walaupun Perdana Menteri secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan enam NKRA di bawah KPI tetapi adakah rakyat jelata merasa kesan yang sama?

Mohd Najib mahu rakyat jelata memberi maklum balas. Justeru itu adalah wajar kita menyatakan pendapat kita.

Berpaksikan tajuk berita 4 Mei yang berbunyi “Rakyat Penanda Aras Utama KPI, Kata Najib”, saya sarankan kita buat satu kajian persepsi (perception survey) di kalangan pembaca blog ini sementara menunggu pembentangan lengkap KPI/NKRA.

Pembentangan kepada wakil badan-badan bukan kerajaan akan diadakan Khamis ini (17 Disember) manakala kepada orang ramai pada hari berikutnya.

Selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, kajian persepsi kita ini akan bertanya satu soalan sahaja iaitu:-

Adakah anda puas hati dengan pencapaian Kerajaan sejak KPI/NKRA diperkenalkan Mei lalu?

Anda boleh jawab:

1. Ya/Yes
2. Tidak/No dan
3. Tidak Pasti/Not Sure.

Pengundian boleh dibuat dalam ruang khas yang disediakan. Ini adalah kajian persepsi. Selepas NKRA dibentangkan kepada umum, mungkin kita boleh buat satu lagi kajian yang lebih terperinci.

Sambil itu Saudara/Saudari bebas berbahas seperti biasa.

Sunday, December 13, 2009

Jangan KPI Naik Tapi Sokongan Merudum

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

APABILA pengurangan peruntukan belanjawan (budget) menjejas perbelanjaan makan pelajar asrama sekolah kerajaan, saya rasa kita perlu mula berasa bimbang.

Bukan apa, tetapi yang selalu kita dengar dilaungkan ialah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Jadi apabila yuran makan asrama dinaikkan atas alasan kerajaan mengurangkan peruntukan pelajaran dalam Belanjawan 2010, saya jadi bingung.

Yang mana satu diutamakan -- rakyat jelata atau pencapaian kewangan kerajaan?

Bukan kerana jumlah sebenar iaitu daripada RM1 kepada RM3 sehari, tetapi daripada sudut kuantum dan prinsip. Daripada aspek kuantum, ia adalah besar – dua kali ganda. Daripada sudut prinsip pula, ia macam terbalik. Kerajaan kurangkan peruntukan dan rakyat jelata kena tanggung beban.

Soal hanya ibu bapa dan penjaga berpendapatan lebih RM5,000 sebulan saja yang kena bayar kadar baru itu bukan isu pokok. Mungkin RM3 sehari tidak besar bagi mereka tetapi kita kena ingat, mereka juga dikenakan cukai pendapatan yang lebih tinggi.

Inilah yang saya fahami apabila membaca laporan Bernama yang memetik Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan Zulkurnain Awang sebagai berkata langkah kementerian menaikkan yuran makan bagi pelajar asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari mulai tahun depan merupakan antara strategi untuk mengurangkan bajet bagi tahun depan.

Katanya, "Melalui cara ini kita dapat mengurangkan perbelanjaan memandangkan peruntukan bajet dalam bidang pendidikan dikurangkan tahun depan.”

Dalam bahasa yang mudah, oleh kerana kerajaan kurangkan peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2010, maka bebannya dipindahkan kepada ibu bapa dan penjaga.

Kemudian dia berkata: “Bahkan banyak lagi perkara lain yang boleh diteliti untuk dikurangkan di masa depan seperti berjimat pada benda-benda yang tidak memberi kesan tinggi dalam bidang pendidikan."

Tidak tahulah saya, tetapi bukankah lebih elok diteliti dulu benda-benda lain yang boleh dijimatkan sebelum memindahkan beban pengurangan peruntukan kepada ibu bapa dan penjaga?

Maaf cakaplah, kadang-kadang saya mendapati sukar memahami dan menrasionalisasikan antara ikrar pemerintah dan para pesuruhnya dengan apa yang dilakukan.

Saya kurang pasti masa ada mereka tidak komited kepada apa yang mereka ikrarkan atau mereka tidak tahu bagaimana melaksanakannya. Atau mereka tidak tahu berhujah.

Bertambah lagi kebimbangan saya apabila membaca kenyataan Zulkurnain Awang seterusnya iaitu pengurangan peruntukan tahun depan “tidak akan menjejaskan keseluruhan kualiti dan perkhidmatan oleh kementerian dalam bidang pendidikan.”

Maksudnya kualiti dan perkhidmatan bidang pendidikan akan terjejas cuma tidak keseluruhannya.

Zulkurnain berkata demikian ketika diminta oleh wartawan mengulas kenaikan yuran makan asrama yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Alimuddin Mohd Dom sebelum itu.

Saya rasa lebih baik pemerintah mengutamakan pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial yang lain daripada bercakap hendak mengganti pesawat perang, mengubahsuai kediaman rasmi dan seumpamanya.

Berapa banyak sangatlah pendapatan dengan menaikkan yuran makan itu berbanding kesan psikologi dan perhubungan awam?

Bukan apa, takut-takut KPI menteri dan pegawai naik tapi sokongan rakyat merudum.

Kalau boleh, fikir balik la kot!

Saturday, December 12, 2009

Jangan Sampai Dituduh Berniat Serong

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TERIMA KASIH Anon (Hasnul), Affendi Hussain, Juan Carlos, Mohsein Shariff, Anon (Hafsha), Parti Satu Malaysia, Pakbelalang, Hellioz, Thibbs_Kid, Habib RAK, Aziang Mazuwang Sapuwang, Mustaqim Abdul Rahman, Anon (notoktok), MANTOL, Alisuratman, Buyong, Orangutan Penang, Mat Cendana, Anon (Sinbad), Arif Omar, Bawal, Saji, Wanbaki, Hanez, Kelab Pemuda Jiwa Luka, Anon (Faizal) dan RB.

Terima kasih kerana menghantar ulasan kepada posting bertajuk “Senator Zaid Ibrahim Saman Saya” pada 9 Desember. Minta ampun kerana tidak dapat menyiarkan komen Saudara/Saudari.

Saya baca dan ambil maklum hujah serta maklumat Saudara/Saudari sekalian. Terima kasih kepada yang simpati dan menyokong. Dan terima kasih juga kepada yang mengherdik dan tidak memihak dengan saya.

Setalah berbincang dan mendapat pandangan daripada peguam saya (orang muda) Azhar Arman Ali dari firma guaman Arman-Yunos Advocates & Solicitors dan beberapa orang rakan peguam serta bekas anggota Kehakiman saya mengambil keputusan berikut:

1. Tidak menyiarkan komen yang terlalu teruk mengkritik Senator Datuk Haji Mohamed Zaid bin Ibrahim;

2. Walaupun Zaid telah menyifatkan saya busuk hati dan penulis upahan dalam blognya, saya mahu mengelak daripada dituduh berniat serong atau tidak baik atau acting in bad faith dengan menyiarkan komen-komen yang tidak positif mengenai beliau; dan

3. Mendengar dan meneliti semua maklum balas yang saya peroleh mengenai plaintif yang mungkin berguna kepada saya dan peguam saya dalam menghadapi saman beliau.

Saya tidak akan menyekat Saudara’Saudari daripada memberi respons. Saya hanya berharap Saudara/Saudari mengehadkan komen kepada hal-hal yang meterial sahaja. Ingatlah kita tidak mahu dituduh bertindak dengan niat jahat atau acting in bad faith.

Kita kena terima hakikat bahawa apabila sesutau kes sivil di bawa ke mahkamah maka hilang atau berkuranganlah hak kebebasan kita untuk memperkatakan mengenai plaintif dan aduan kes yang dibawanya.

Terima kasih.

Wednesday, December 09, 2009

New MACC Head & RM47M Dead Police Chief

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

FOR THE sake of all Malaysians, I pray that the Malaysian Anti-Corruption Commission’s Chief Commissioner designate, Abu Kassim Mohamed, is not being premature in his proclamation.

The soon-to-be-promoted deputy head of the MACC, according to media reports, had vowed to restore the credibility of the agency when he takes over on Jan 1.

"I will introduce several plans and measures to redeem MACC's integrity and public confidence," he told reporters after opening the Integrity Conference 2009 in Penang on Dec. 5.

He said cooperation from other agencies and non-government organisations was also important in restoring the MACC's credibility.

He had earlier spoke at a one-day seminar themed 'Integrity in Development', which was opened by Penang Chief Minister Lim Guan Eng and attended by staff and officers of various government agencies

Abu Kassim is slotted to replace Ahmad Said Hamdan, who would retire at the end of the month, five months ahead of his retirement date.

Personally, I would like to express my deepest hope that Abu Kassim makes a good Chief Commissioner.

I recall that during the sitting of Royal Commission for the Enhancement of the Operations and Management of the Royal Malaysian Police in 2004 and 2005, Abu Kassim had impressed the members of the Commission.

He was then the head of the Penang Anti-Corruption Agency, the predecessor to the MACC, and had volunteered to brief members of the Commission on the inside stories of corruption. He showed the Commission video recordings of the corrupt and their corruptors in action.

It sounds to me that the same fire is still burning in his belly. So I wish him all the best and hope he’ll use his new position and the wider powers of the MACC without fear and favour to bring small and big fish to book.

He has to act on the corrupt and their corruptors with equal ferocity.

The corruptors – the chin chai and the duit kopi givers, the holiday sponsors and the “offerers” of retirement posts to civil servants and politicians -- are as evil as the corrupt themselves.

We have seen how retired senior government officers and politicians shamelessly accepted board appointments at gaming companies and conglomerates with extensive gaming operations.

Abu Kassim and his officers must not be cowed by political pressure from any quarter, be it the ruling party or the opposition.

He must come down equally hard on both because there’s nothing to stop the opposition from becoming the government and the government becoming the opposition in future.

It’s not too much to say that the MACC is our last hope of ridding our political system of corruption and abuse of power.

The MACC can offer us this glimpse of hope by being proactive i.e initiating investigations on suspected political figures without waiting for complains to be filed.

Simply put, if we are going to continue to have the BN as our government, let’s have a cleaner and more credible BN. On the other hand, if the voters feel that it’s time to replace it with the Pakatan Rakyat, let us be sure that the latter is free of corrupt and abusive leaders.

We cannot have a situation where one weak political party is replaced by another weak political party as our government simply because too many of our politicians are under the cloud of suspicion, either for corruption or other immoral activities.

Since political parties are unlikely to be able or willing to get rid themselves of corrupt but powerful warlords, only a proactive and fearless MACC can help weed out such people from all parties so that when the next general election comes, the voters are assured of better candidates to choose from.

Let’s put it this way, how can we ever put our system above suspicion when we read in the newspapers of a dead Deputy IGP leaving behind assets worth RM47 million? Unless it could be proven that he came from a very wealthy family and had inherited such a fabulous wealth, a posthumous investigation should be carried out. These days, they call it forensic investigation.

The New Straits Times reported that a bitter legal tussle is brewing between a brother and the son of a former deputy inspector-general of police Jaafar Abdul, who reportedly left behind RM47.3 million in property on his death in September.

Jaafar’s son, Jeffri Jaffar, the report said, had obtained an interim order against his uncle, Ahmad Dedol, from the Syariah High Court in Muar on Nov 4 to freeze all movable and immovable properties of his father until a decision by the court.

Or am I, in placing my bet on the MACC chief designate, is making another futile call? I hope not. The reverse of that is the continued downgrading our corruption index and with it our global competitiveness.

At the end of the day, everybody pays a high price for the crime of the corrupt and their corrupters.

Monday, December 07, 2009

Senator Zaid Ibrahim Saman Saya

A Kadir Jasin

[PERINGATAN KHAS -- Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan (material) kepada saman Zaid itu. Dalam erti kata yang lain, hak sivil (civil liberty) kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu.]

[MUTAKHIR, 9 Disember] -- SAYA mohon banyak-banyak maaf kerana tidak dapat melayan komen Saudara/Saudari buat masa ini. Ada 40 lebih unmoderated comments mengenai isu saman ini. Saya akan bertemu peguam tengah hari ini untuk mendapatkan nasihat. Kita kena hormat mahkamah walaupun hak kebebasan kita menjadi terhad. Terima kasih.

[Posting Asal]

BUAT
makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk “ Zaid, The Hurricane Hattie Of PR” yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu.

Zaid yang juga seorang blogger mengemukakan saman itu di hadapan Yang Amat Arif Tan Sri Ariffin bin Zakaria, Hakim Besar Malaya pada 2 Disember lalu. Saman itu diserahkan kepada saya oleh peguamnya, Rueben Mathiavaranam dari firma guaman Rueben Williams Advocates & Solocitors hari ini, 7 Disember.

Zaid adalah bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kini berupa salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan (material) kepada saman Zaid itu. Dalam erti kata yang lain, hak sivil (civil liberty) kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu. Jadi berhati-hatilah.

Dalam samannya, Zaid menuntut:-

1) Ganti rugi am kerana libel yang akan ditaksir;

2) Ganti rugi teruk kerana libel yang akan ditaksir;

3) Ganti rugi teladan kerana libel yang akan ditaksir;

4) Injunksi untuk menghalang Defendan sama ada beliau sendiri, pengkhidmatnya, ejennya atau selainnya walau bagaimana sekalipun daripada terus-menerus menyiarkan/menerbitkan dan/atau menyebabkan diterbitkan/disiarkan perkataan yang diadukan yang terkandung dalam rencana yang dipertikaikan itu atau apa-apa perkataan yang serupa yang memfitnah Plaintif;

5) Perintah yang mengarahkan Defendan menyiarkan/menerbitkan permintaan maaf dalam bentuk dan dengan cara yang diluluskan oleh Plaintif atau oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan ia hendaklah disiarkan/diterbitkan sekali dalam akhbar kebangsaan pilihan Plaintif atas perbelanjaan Defendan;

6) Faedah di atas ganti rugi yang diawardkan dari tarikh penyiaran/penerbitan perkataan yang diadukan hingga ke tarikh penghakiman;

7) Faedah ke atas ganti rugi yang diawardkan dari tarikh penghakiman sehinggan ke tarikh penyelesaian penuh dan muktamad;

8) Kos; dan

9) Relief lanjut atau relief lain tertentu yang disifatkan patut dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Saya telah pun meminta peguam saya bertindak ke atas saman itu.

Untuk makluman para pembaca dan pembahas juga, Zaid telah menjawab tulisan saya itu dalam blognya pada hari yang sama iaitu 21 Oktober dengan tajuk “Kalau Hati Dah Busuk.....”

Selain menganggap saya sebagai seorang yang berhati busuk dan penulis upahan, dia juga membuat beberapa tuduhan dan andaian mengenai saya dalam blognya itu.

Namun tidak sedikit pun terlintas di fikiran saya untuk menghalang atau menyekat kebebasan Zaid, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang.

Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya. (Sekadar makluman, tulisan saya mengenai Zaid menarik 105 komen manakala blog Zaid mendapat 26 komen.)

Pada mulanya saya begitu gembira kerana daripada tulisannya, jelas Zaid tidak berasa gusar atau terancam dengan tulisan saya.

Beliau menutup rencananya dengan kenyataan berikut:

“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.”

Friday, December 04, 2009

Kena Gempar Terus Ketar

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BEBERAPA hari telah berlalu apabila pakatan pembangkang sekali lagi berjaya “gempar” sesetengah pembesar Barisan Nasional sehingga ada yang melatah.

Istilah gempar yang saya gunakan di sini merujuk kepada loghat kontemporari Utara di mana gempar membawa erti mengusik/mengacah dengan tujuan menyebabkan ketakutan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor “gempar” Kerajaan Pusat dengan mengancam tidak membenarkan pegawai negeri menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pada mulanya saya langsung tidak melihat “gempar” Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai membawa sebarang makna kerana ia di luar bidang kuasa beliau.

Mengikut pemahaman saya, semua kakitangan awam tertakluk kepada Perintah Am (General Order). Kalau GO kata mereka kena sertai kursus BTN atau apa juga kursus, maka mereka wajib menghadirinya. Ingkar adalah kesalahan dalam tata cara dan ketertiban perkhidmatan awam dan boleh dikenakan tindakan.

Oleh kerana perkhidmatan awam Selangor adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam pusat maka kuasa penentu adalah di tangan Kerajaan Pusat. Apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid adalah sekadar menguji kecerdasan pemikiran Kerajaan Pusat.

Saya yakin ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara, ia juga akan menggunakan agensi seperti BTN untuk menjalankan kursus yang selari dengan dasarnya.

Tup-tup (sekali lagi loghat Utara), kita dengar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan akan pinda kurikulum BTN.

Katakanlah memang kerajaan bercadang pinda kurikulum BTN agar serasi dengan Satu Malaysia, tetapi mengumumkannya serentak dengan asakan kerajaan PR Selangor memberi gambaran ia tunduk kepada kata dua Abdul Khalid itu. Kalau pinda untuk serasi dengan Satu Malaysia pun belum tentu PR akan terima.

Kalau tidak kerana penjelasan Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan, kekeliruan ini akan berterusan. Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berkata tindakan Kerajaan Selangor tidak menjejas kegiatan biro itu kerana bukan semua agensi di Selangor di bawah kawalan kerajaan negeri.

Jadi apakah yang sebenarnya berlaku? Saya simpulkan seperti berikut:-

1. Mohamed Nazri memang terkenal dengan tabiat lepas cakap dan celopar. Dalam bahasa Inggeris, orang macam dia digelar “loose cannon” atau meriam yang tidak boleh dikawal;

2. Media massa, termasuk media arus perdana yang pro-kerajaan tidak lagi mengamalkan konsep melindungi sumber berita (protecting the source) dan tidak mementingkan implikasi sesuatu maklumat. Mereka lapor apa saja yang diucapkan tanpa mempedulikan ketepatan dan implikasi sesuatu kenyataan. Jadi, kalau Mohamed Nazri celopar dan lepas cakap, maka celopar dan lepas cakap jugalah yang mereka laporkan.

3. Ada pemerhati media mengatakan amalan ini baik kerana laporan media menepati apa yang diucapkan (truthful);

4. Inilah yang terjadi kepada Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apabila kenyataan, hujah dan fatwa beliau yang tak masuk akal atau “outrageous” dilaporkan oleh media massa, maka terdedahlah beliau kepada pelbagai reaksi dan kesimpulan;

5. Pas yang dahulunya cekap dan padu mengawal pengaliran maklumat dengan hanya menggunakan saluran rasmi parti (Harakah dan Harakah Daily) kini menggunakan saluran umum, termasuk media massa arus perdana;

6. BN pula nampaknya terlalu bergantung kepada media massa pro-kerajaan tanpa memberi perhatian secukupnya kepada pengurusan pengaliran maklumat. Peranan pegawai media dan jurucakap rasmi yang terlatih, berpengalaman serta berwibawa semakin tidak ketara;

7. Peliknya, kelemahan pengurusan pengaliran maklumat rasmi ini berlaku di saat-saat ramai pegawai media dan pegawai khas menteri dilantik menjadi ahli lembaga pengarah pertubuhan media;

8. Ledakan maklumat dan perkembangan pesat telekomunikasi tidak lagi memungkinkan mana-mana pihak mengawal pengaliran maklumat walaupun mereka memiliki saluran maklumat sendiri;

9. Media massa arus perdana mungkin tidak menyiarkan sesuatu berita atas keputusan sendiri atau kerana arahan, tetapi sebahagian besar masyarakat akan membacanya dalam akhbar parti atau daripada Internet manakala yang lain akan mengetahuinya melalui cerita mulut;

10. Dalam era ICT, siapa yang dahulu bercerita dan lantang bersuara dialah yang akan dipercayai oleh majoriti; dan

11. Akhir sekali, tahap kemampuan berhujah dan berbahas yang semakin luntur di kalangan ahli politik dan penyebar maklumat. Ambil contoh kenyataan seorang menteri mengenai kes pergaduhan dua ahli keluarga diraja yang menyebabkan kecederaan parah. Ini adalah kes jenayah. Dalam kes jenayah, pendakwa adalah negara. Kalau ada kes, ia wajib dihadapkan ke mahkamah. Isu selesai luar mahkamah tidak timbul. Hanya dalam kes sivil, pihak yang bertelagah boleh mencari penyelesaian di luar mahkamah.

Tuesday, December 01, 2009

GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 29 November, Bernama memetik Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah sebagai berkata kerajaan telah menjalankan kajian yang “agak lama dan komprehensif” mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Saya tidak berhasrat berbahas mengenai semantik dengannya, tetapi saya rasa kurang selesa apabila dia berkata kajian itu “agak lama dan komprehensif.”

Mengapa agak lama dan agak menyeluruh? Mengapa tidak lama dan menyeluruh? Bagi cadangan yang sangat penting macam GST ini, kerajaan tidak boleh main agak-agak.

Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang Ahmad Husni janjikan.

Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.

Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.

Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.

Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

Bagaimanapun, menjelang tarikh itu Pentadbiran Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

Bercakap kepada pemberita di Gopeng, Ahmad Husni berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ini bermakna GST menjadi pilihan kerana ia adalah sistem percukaian yang paling luas asasnya dan paling produktif. Ahmad Husni berkata kerajaan menjangka pendapatan tahunan meningkat RM1 bilion dengan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Pada 21 November, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan yang rang undang-undang berhubung GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat sekarang.

Cara pemerintah dan media massa kawalannya menghebah dan memperjelaskan GST akan menentukan penerimaan atau penolakan rakyat jelata terhadapnya. Ini sangat relevan kepada Barisan Nasional kerana pelaksanaan cukai baru itu hampir dengan pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ahmad Husni, GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan. Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September, 2011.

Logiknya kadar GST lebih rendah daripada kadar Cukai Jualan (5-15 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (lima peratus). Di negara jiran Singapura kadar GST adalah tujuh peratus manakala Negeri Thai dan Indonesia 10 peratus. Ada ramalan mengatakan kadar yang akan dikenakan di Malaysia lebih rendah daripada itu – di sekitar lima peratus.

Seperti yang pernah dihujahkan oleh ketua bahagian percukaian tidak langsung firma perakaunan KPMG, Philppe Norre, cukai GST perlu dirangka dengan sebegitu rupa agar berkesan dan di masa yang sama tidak menyusahkan pembayar cukai.

Beliau berkata hanya bahan makanan asas dan perkhidmatan seperti kesihatan, perubatan dan pendidikan perlu dikenakan cukai paling rendah. Satu struktur yang mudah dengan hanya satu atau dua kadar adalah lebih berkesan dan berjaya. Tambahnya kebanyakan negara yang mengamalkan GST mengenakan satu kadar sahaja.

Kesimpulannya, pertama, tidak ada cukai yang tidak membebankan. Itulah sebabnya dalam bahasa ekonomi, kewangan dan fiskal disebut beban cukai (tax burden). Bagi GST ini, beban yang dianggarkan adalah RM1bilion yang berupa penambahan hasil kerajaan.

Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).