Monday, December 31, 2012

Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

KALAU kita dengar dan percaya kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) kita tahun ini dianggarkan 5% berbanding AS sebanyak 1.5% dan Zon Euro dalam 0.3%. Tapi pertumbuhan ekonomi kita lebih rendah daripada China, India, Indonesia dan banyak lagi negara di rantau ini.

Bukan sahaja pertumbuhan ekonomi kita tidak lagi sepesat sebelum Krisis Kewangan Asia 1997/98, malah telah mengalami beberapa krisis kecil selepas itu. Sejak krisis 1997/98, KDNK kita berkembang di bawah paras 5% sedangkan kita memerlukan pertumbuhan purata 7% setahun dari awal 1990-an hingga tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
  
Jurang Ekonomi Melebar Semula

Seperti saya nyatakan dalam ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.

Walaupun jurang pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.

Pada 1990, bagi setiap RM1 pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini meluas menjadi dua kali ganda.

Ambil contoh simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) pula. Orang Cina menyimpan 2.4 kali lebih banyak daripada Bumiputera. Orang Cina miliki 5.6 kali lebih banyak bangunan. Pada 2005, hanya 7.4 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia milik Bumiputera berbanding 58.6 peratus oleh orang Cina. Jumlah ekuiti Bumiputera hanya 18 peratus berbanding 35.8 peratus oleh orang Cina.

Dalam pasaran buruh pula, pekerja Cina peroleh gaji purata 1.77 kali lebih tinggi daripada Bumiputera. Ini tidak menghairankan kerana majoriti Bumiputera bekerja dengan Kerajaan yang lebih rendah gajinya manakala majoriti Cina bekerja dalam sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Bumiputera.

Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga

Kalau diukur mengikut pekali Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan Bumiputera dari segi pendapatan.

Saya tidak menolak ada orang Cina dan India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera. Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.

Kerana ekonomi negara kini tidak berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.

Manifestasi kemunduran ekonomi Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India (yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu berpakaian seragam biru.

Kasihan pula melihat dia berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan oleh majikannya.

Boleh kata semua orang India dan Cina kaya yang ada pesaing perniagaan dan takut diculik, apatah lagi yang ada musuh akan mengambil orang Melayu, khususnya bekas anggota Unit Tindakan Khas polis sebagai pengawal peribadi.

Ada sesetengahnya sampai berbelas-belas orang. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan bergerak dalam konvoi tiga atau empat buah kereta. Cermin kereta mereka tentulah gelap gelemat. Kadang-kadang mereka tidak pun ada di dalam kenderaan. Sekadar helah mengelak daripada ancaman.

Kerana Melayu Taat

Alhamdulillah, kerana ramai orang Cina dan India kaya di negara kita ini dan kerap berlaku keganasan yang melibatkan mereka maka ramailah bekas anggota polis dan tentera Melayu dapat kerja jadi pengawal keselamatan.

Lagi-lagilah sekarang apabila jenayah bunuh, culik, peras ugut dan rompakan makin menjadi-jadi. Bukan tauke saja yang ketakutan, sengkeh pun ketakutan juga. 

Saya perhatikan tauke Cina dan India yang saya kenali jarang sekali mengambil orang Cina atau orang India jadi pengawal peribadi mereka. Ramai orang India jadi pemandu. Lagipun tidak ramai orang Cina yang mahu jadi pengawal keselamatan – berbahaya dan gaji tidaklah besar mana. Lebih baik buat kerja lain.

Tetapi orang Melayu dan India yang rendah pelajaran dan tidak pandai berniaga terpaksalah buat apa saja yang mereka layak untuk mencari rezeki halal. Itu pun sudah ramai orang Melayu dan India yang menjadi penjenayah, khasnya bekas tahanan Ordinan Darurat yang dimansuhkan. Dalam hal ini, saya salahkan Kerajaan dan Parlimen yang memansuhkannya. 

Tapi dalam jenayah pun, Melayu kalah kepada kaum-kaum lain. Ramai Melayu diambil menjadi pegawai keselamatan dan pengawal peribadi tauke Cina dan India kerana orang Melayu taat serta setia hasil pembabitan mereka dalam pasukan bersenjata. Lagipun, jarang sekali Melayu terbabit dengan jenayah seperti culik dan peras ugut. Kalau terbabit pun cepat kena tangkap.

Wallahualam, saya pun tidak tahu sama ada orang Melayu dan Bumiputera seronok atau tidak menjadi warga ekonomi kelas tiga serta mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melindungi nyawa dan kekayaan orang lain.

Friday, December 21, 2012

Silap Pilih Kawan Hidup Tak Keruan


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

ALTANTUYA, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya? Dalam Malaysia macam-macam ada.

Altantuya, wanita jelita dari Mongolia. Matinya ngeri di bumi Malaya. Dua mata-mata meringkuk di dalam penjara. “Kekasih” Altantuya hidup senang di luar negara. Mentornya di Malaya menghadapi bala.

Ayah Pin dah lama tak dengar cerita. Mungkin di bumi, mungkin juga di angkasa raya. Tapi boleh jadi ada di Terengganu kita.

Abu Ya sudah di alam baqa, tetapi pengaruhnya, mengikut tiong yang pandai berkata-kata, masih ada. Alahai, di Malaysia macam-macam cerita ada.

Altantuya, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya. Kita semua dah kenal mereka. Tapi Deepak Jaikishan ni siapa pula? Yang kita dengar, dia ni peniaga. Jual permaidani itu kerjanya.

Tapi, macam mana tiba-tiba nampak macam dia tahu banyak berkenaan para pembesar kita? Adakah dia terkenal di Putrajaya atau mudah keluar masuk Seri Perdana?

Tiba-tiba timbul semula cerita PI Bala dan Altantuya. Adakah kebetulan saja atau kerana kencangnya tiupan angin pilihan raya? Atau kerana berebut harta pusaka dan projek berjuta-juta?

Altantuya, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya. Datuk nenek kita ada berkata, buat baik berpada-pada, pilih kawan biarlah kena. Kawan baik bawa bahagia, kawan jahat bawa bencana.

Kawan ada bermacam-macam kawan. Ada kawan sehidup semati. Ada kawan sekadar bersenang hati, pergi makan dan pergi joli. Tak kiralah di Siam atau Itali. Bila dapat kitalah sahabat, bila tak dapat kitalah yang jahat. Masa baik semua jalan. Bila bergaduh, keluarlah dokumen, filem dan rakaman.

Altantuya, Altantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Pilih kawan biarlah kena. Serapah jampi jangan percaya. Kemenyan dan mantera membawa dosa. Silap berkawan bawa bencana, hidup susah, jiwa merana.

Bila orang tuduh jangan diam saja. Takut-takut ada orang yang percaya. Apatah lagilah kalau kita orang berkuasa. Nama baik kena jaga. Jawablah mereka jangan tiada atau saman berjuta-juta.

Ingatlah kata datuk nenek kita. Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah. Fitnah akan membawa celaka, kalau tidak dinafi dan disanggah.

Bila berkawan biar berpadan. Ada batas ada sempadan. Kawan dalam kesusahan, itulah yang sebenarnya kawan. Bukan kawan ketika matahari terang kerana bila gelap menjelang, mereka akan lari lintang-pukang. Silap-silap, mereka tikam pula depan dan belakang. Wallahualam.

Tuesday, December 18, 2012

AES: Bahana Tidak Berfikir Dalam-Dalam


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

PADA mulanya, saya terfikir untuk memuji pemerintah dan mengucapkan terima kasih kerana memerintahkan Pejabat Peguam Negara membekukan semua kes mahkamah berkaitan saman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kononnya bagi membolehkan kajian dibuat ke atas isu undang-undang yang dibangkitkan.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara dikaitkan dengan rungutan pelbagai pihak terhadap saman AES yang sudah berjumlah hampir 300,000 sejak sistem swasta itu dikuatkuasakan pada 23 September lalu.

“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah AES adalah sah.

Kenyataan itu menambah yang Pejabat Peguam Negara mengambil berat beberapa isu undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan oleh orang ramai.

“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, setelah memikirkan semula apa yang telah berlaku sejak sistem itu dikuatkuasakan, khasnya cakap besar para pembesar dan pegawai pemerintah yang ia akan tetap diteruskan dan diperluaskan walaupun mendapat tentangan hebat daripada pengguna jalan raya, saya rasa yang lebih tepat ialah “mentertawakan” saja keputusan itu. Dalam bahasa Inggeris “just humour it”.

Kalau tidak kerana bantahan umum, khasnya oleh pembangkang, dan ancaman akan meneruskan protes melalui peti undi, saya rasa pemerintah akan terus memihak kepada pemegang konsesi.

Sekiranya pemerintah berfikir panjang, mendalami sentimen pengguna jalan raya dan menghalusi aspek teknikal sistem itu, saya yakin penswastaan penguasaan undang-undang lalu lintas itu tidak akan melaksanakan –setidak-tidaknya pun ketika angin pilihan raya sedang bertiup kencang.

Tetapi nampaknya ada perkiraan lain yang menyebabkan pemerintah seolah-olah tergesa-gesa menswastakan AES dan menguatkuasakannya.

Kalau benarlah dalam kerajaan ada ramai penasihat, perunding dan pegawai khas yang hebat-hebat, saya hairan apakah tidak terlintas di fikiran mereka bahawa rancangan seperti AES mempunyai kesan perang saraf yang negatif menjelang PRU?

Itu pun belum tentu lagi sistem itu dibatalkan atau tertuduh dibebaskan. Kalau bukan dalam masa dua, tiga hari ini, mungkin selepas PRU akan berlaku wal hasil balik asal dan AES dikuatkuasakan semula seperti sedia kala.

Seperkara lagi, apa halnya dengan Mamat-Mamat yang patuh kepada undang-undang dan telah membayar denda mereka? Tentu ada antara Mamat-Mamat yang tidak ikut saranan pembangkang itu pemilih yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Saya tetap mengatakan bahawa penswastaan undang-undang, hatta undang-undang lalu lintas, adalah tidak bijak apatah lagi apabila wujud unsur-unsur jaminan keuntungan kepada pemegang konsesi. Ia adalah “immoral”. Tidak perlulah saya menterjemahkannya ke bahasa Melayu.

Wallahualam.

Friday, December 14, 2012

Dr M Okay With PM's Performance and Rosmah's Profile


A Kadir Jasin

[ATTENTION, anonymous comments will not be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]

I WOULD NOT dare claim that I am right all a long, but I have repeatedly said in this blog that the Prime Minister’s wife can have as high a profile as she likes if she ventures into politics and wins a sit.

Now the former Prime Minister, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, had said about the same thing. The media quoted him as saying that Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak 's wife, Rosmah Mansor, has the right to have as high a profile as she likes.

"There is no standard format to fill in if you become the wife of the prime minister. You can be as prominent as you like," he said, adding that Rosmah also had the right to rebut allegations made against her in her biography.

Dr Mahathir was asked on whether he thinks Rosmah's profile is too high compared to former prime ministers' wives.

On the same day that he made the comment on Rosmah, he was also quoted as saying that he was not practising double standard by supporting Mohd Najib now and opposing (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, when the latter was Prime Minister.

"(There's) no double standard. If somebody doesn't perform, I will campaign, against anybody," Dr Mahathir was quoted as saying.

"Whether he's my nominee or somebody else, I will campaign if somebody does not perform and in my view, Pak Lah didn't perform," Dr Mahathir said.

Asked whether his answer meant that he was satisfied with Najib's performance, he responded, "Yes, I'm satisfied."


So, in one go, Dr Mahathir reaffirmed his endorsement of the Najib-Rosmah partnership, which, I am sure, will be read differently by different quarters.

Take for instance, what a debater in Malaysiakini’s Yoursay forum, who goes by the pseudonym “Little Giant” had to say:

“Going by protocol, the prime minister's wife has the right to have a high profile. But it is not right of Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to say that Rosmah Mansor can enjoy as high a profile "as she likes".

Being the prime minister's wife already provides her enough prominence. It is not necessary to seek more prominence and definitely not at the expense of the taxpayers' funds.”


As for me, I still feel that my argument in the posting entitled “Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?” on Jan. 16, 2011 is valid and I think the Barisan Nasional should seriously consider putting her up as a candidate in the coming general election.

I am not being cynical. Going by reports and pictures in the media, Rosmah is popular and has her own followers and following. When elected, she has every right to decide and assume whatever profile she desires as long it is within the limit of law and propriety.

As for Dr Mahathir endorsing Mohd Najib, I am not surprised that he is doing it openly and publicly. But what also matters is what he says privately.

If Dr Mahathir does to Mohd Najib what he did to Abdullah in the run-up to the 2008 general election, the consequences would be dire for the Prime Minister, the BN and Umno.

Granted that Mohd Najib is a lot stronger and more capable than Abdullah, he does not, however, enjoy Abdullah’s image as “Mr Clean” and “Mr Nice Guy”. Mohd Najib is more controversial than Abdullah.

Meanwhile, in the eyes of many, including those in the opposition camp, Dr Mahathir is as influential today as he was during the 2008 general election. 

He could still move votes. So Mohd Najib and his retinue of advisers and special officers must be careful not to offend the patriarch and his sympathisers.

It may not be all about altruism though. Dr Mahathir nurtured and protected Mohd Najib because Mohd Najib’s father, (Tun) Abdul Razak Hussein, nurtured and protected him. Now Dr Mahathir has a son, Mukhriz, who is in the political arena and, as the saying goes, one good deed deserves another. Wallahualam.

Monday, December 10, 2012

AES: Kesinisan Saya Mungkin Serius


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

MENGULAS dalam tampalan bertajuk “Truly Asia Growingly Crime Ridden” pembahas yang menggunakan nama samaran “TOOLBOX” (kotak peralatan), menulis:

“Patek Kuat. Sangat sinikal! Sekali-sekala Datuk buat lawak bersembur nescafe yang saya minum. Syukur tak kena keyboard!”

Kalau ada orang guna nama Beta Tegap Sdn Bhd dan dapat konsesi lumayan, apa salahnya kalau saya namakan syarikat khayalan (imaginary) saya Patek Kuat. Ada sejenis jam tangan berprestij bernama “Patek Philippe” buatan Swiss.

Kita pun tidak pasti “Beta” dalam nama syarikat konsesi AES itu merujuk kepada “beta” yang digunakan oleh Raja-Raja untuk membahasakan diri atau “beta” yang berupa huruf kedua dalam abjad Greek – alpha (a), beta (b), gamma (g), delta (d).......

Atau “beta” yang merujuk kepada ukuran potensi risiko saham (pelaburan) yang diukur mengikut nisbah turun naik saham berbanding dengan pergerakan pasaran.

Atau “beta” yang merujuk kepada prototaip yang hampir siap bagi sesuatu barangan atau perisian komputer.

Nama Adalah Segala-Galanya

Apa pun maksud nama syarikat mereka, dakwaan mereka ialah sistem yang mereka bekalkan kepada pemerintah melalui Jabatan Pengangkutan Jalan adalah “better” (lebih baik) daripada segala sistem yang serupa yang ada sekarang.

Memang betul. Sistem mereka boleh buat tangkapan siang malam tanpa henti dan boleh keluarkan lebih banyak saman berbanding pegawai JPJ atau polis yang bersembunyi dalam belukar atau bawah jejambat.

Potensi hasil pun lebih bagus. Kalau JPJ atau Polis yang keluarkan saman, kita boleh merayu atau dari semasa ke semasa diisytiharkan diskaun. Saman AES, khabarnya tak boleh merayu dan kalau tak bayar, terus naik mahkamah.

Jadi, kalau mereka boleh guna nama Beta Tegap untuk syarikat mereka, apalah salahnya saya guna nama “Patek Kuat” untuk syarikat khayalan saya?

Lagipun, adalah tidak mustahil bagi orang yang berusaha keras dan sentiasa mencari peluang untuk memaksimumkan keuntungan - seperti para kapitalis yang memodali Beta Tegap - untuk memperoleh sistem yang lebih baik.

Apa yang ditawarkan oleh syarikat khayalan Patek Kuat sangat berpotensi menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Ia bukan saja boleh mengesan pemandu yang melanggar had laju dan lampu isyarat, tapi boleh mengesan orang bawah umur memandu secara haram, memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh (lesen mati), memandu kereta curi, memandu ketika mabuk, tidak hormat pengiring (outrider) orang kenamaan, tidak beri laluan kepada kereta Proton Perdana bercermin hitam, bersiren dan dengan lampu strob biru dan, yang paling utama, orang yang memandu sambil membantah AES.

Sekarang kita kerap baca berita remaja bawah umur curi pandu kereta saudara mara kemudian mati langgar pokok, masuk gaung atau ditembak polis kerana tidak berhenti apabila diperintahkan.

Outrider, Outrider Di Mana-Mana

Pandu kereta curi, pandu tanpa lesen atau lesen mati dan mabuk perkara biasa. Kemudian karenah pengiring orang besar pula. Tak apalah kalau Raja-Raja, Gabenor, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan bekas Perdana Menteri ada pengiring.

Sekarang, kata si tiung yang pandai bercerita, menteri polis, menteri askar dan Datuk Bandar pun ada pengiring bermotosikal.

(Menyebut mengenai menteri polis, saya rasa perang mulut yang membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dengan bekas bos-bosnya perlu diberi perhatian.)

Kalau belum cukup banyak pihak yang meminta keistimewaan di jalan raya, fikirkan pula mengenai banduan atau tertuduh yang sedang dibawa ke penjara atau ke mahkamah. Mereka pun ada pengiring. Paling tidak bertimbang rasa adalah konvoi Jabatan Penjara yang guna lorong laju di lebuh raya apabila had laju kenderaan berat mereka hanya 90 kilometer sejam. Nampaknya ada juga keistimewaan jadi banduan dan tertuduh.

Kemudian, di akhir-akhir ini ada pula yang tak dapat pengiring polis tapi nak rasa istimewa di jalan raya. Mereka inilah yang saya maksudkan dengan kereta Proton Perdana bercermin hitam, bersiren dan dengan lampu strob biru. Mereka “cilok” kiri kanan seolah-olah jalan raya milik nenek moyang mereka. Alahai negaraku Malaysia.

Berkenaan yang pemandu yang memandu sambil membantah AES, maklumat mengenai mereka sangat penting sebab ketidaksukaan mereka kepada AES boleh membawa hingga ke peti undi.

Kalau mereka boleh dicam dan dikesan, bolehlah Perdana Menteri menghantar risalah 1Malaysia seperti yang beliau hantar kepada semua pemilih baru yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya agar mengundi Barisan Nasional. Saya tahu hal ini sebab anak saya ada menerimanya. Manalah tahu lembut hati mereka apabila menerima risalah daripada PM.

Apa Salahnya Kita Sinis?

Bersabit kesimpulan pembahas “Toolbox” yang saya sinis (cynical), apa kata saya sebenarnya serius?

Lagipun, apalah salahnya kita sinis. Sinis bukan hal remeh. Ia sebenarnya satu cabang falsafah Greek lama (ancient Greek).

Pengamal “cynic” berpegang kepada falsafah iaitu matlamat utama kehidupan mestilah sebati dan selari dengan hukum alam. Atas landasan itu, mereka menolak kehendak (nafsu) seperti kekayaan, kuasa, seks dan kemasyhuran. Mereka memilih untuk hidup tanpa sebarang bentuk pemilikan. Malah ada yang mengemis. Tapi sinis saya tidaklah macam itu.

Hari ini, istilah sinis digunakan bagi merujuk kepada ketidakpercayaan seseorang atau kumpulan terhadap sesuatu perkara. Maksud sinis hari ini lebih hampir kepada sindir. Wallahualam.

Saturday, December 08, 2012

An Inspiring Time at IMD

n
A Kadir Jasin

[ATTENTION, anonymous comments will not be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]


PARDON me for once again sharing with you a personal story. I am sure all of us have stories to tell, but are reluctant or are unable to. But if you have a story to tell, please do.

We are reluctant to tell personal stories for fear that we may be accused of doing the MBAS – masuk bakul angkat sendiri – self-indulging, self-aggrandizement. But if our stories are good and inspiring, we should not be too concerned about what our detractors might say.

As a father, I would like to be proud of my children. More often than not, what they say and do, make me proud, more so because I believe in giving them widest possible berth to think and act.

This year is a good year for me academically. My daughter, Amirah, completed her second year of accounting and finance undergraduate studies in Australia with flying colours (which she said "biasa je" - it's ordinary) and my son, Mohamad Azlan, received his Masters in Business Administration (MBA) from IMD in Lausanne, Switzerland on Dec 7. His first degree was BSc in Aerospace Engineering from Iowa State University in the US, which he obtained eight years ago.

But it is not his personal achievement that I want to talk about, but rather the pleasant experience I had in the brief two-day period that I was at the IMD, participating in programmes arranged for parents of the graduating students, despite the freezing winter.

First of all, I was struck by the global nature of the programme and its participants. According to IMD MBA director of marketing, admissions and career services, Claire Lecoq, the 90 international professionals of the IMD MBA Class of 2012 represent 46 nationalities with diverse backgrounds and skills and an average of seven years of work experience.

What impressed me most is the spirit of camaraderie and the sense of oneness among the participants, their eloquence and self-confidence. The camaraderie is so strong and obvious that they treated each others parents as their own no matter whether they come from – Israel, Lebanon, Malaysia, Singapore, the Philippines, China, Russia, Poland, Croatia and more.

I am particularly impressed with the eloquence of Tony Lim, a 32-year old Singaporean, who spoke on behalf of his colleagues at the graduation ceremony and who “humbly” introduced himself as a civil servant.

I told Lim later that I had the honour of interviewing Lee Kuan Yew when he was the Prime Minister and had met a number of other past and present leaders of Singapore, and (jokingly) told him that I proclaimed him the future PM of Singapore.

Whether they are Europeans, Asians, Africans or South Americans, I find these young professionals intelligent and inspiring. Even the 26-year old Manu Jindal of India, the baby of the class, was impressive in his impromptu speech at the pre-graduation dinner.

Then there is Nigerian Edikan Ekpu, who told me that, in her exuberance, took a plunge into Lac Leman (Lake Leman), a stone throw away from IMD campus, last winter, and Nicolai Reimann who loves Malaysia. His father was for six and a half years was the Danish Ambassador to Malaysia.

Then there is the 33-year old Shweta Munshi of Kashmir, India, a mother of one, who is said to be a perfectionist. She said she is setting her sight on the world while Andrew Wee, a Filipino, who was voted the most pleasant and helpful class member, stayed true to his humbleness.

Their stories, either told in the souvenir programme, by their friends and professors or by they themselves, are stories of trials and tribulations, hopes and ambitions, camaraderie and friendship.

I am lucky to be able to enjoy that brief inspiring moment with so many of them and I wish them all the best of luck and huge success.

Thursday, December 06, 2012

Truly Asia Growingly Crime Ridden


A Kadir Jasin

[ATTENTION, anonymous comments will not be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]

WHEN, many many moons ago, the then Singapore Prime Minister, Lee Kuan Yew, allegedly described Johor Baru as a murder capital, Malaysians erupted in anger.

Today, Mr Lee is no longer the PM. But as Minister Mentor, he is still very influential. Johor Baru, however, continues to have its fair share of murder and mayhem. The distinction of being the murder capital of Malaysia has to be Kuala Lumpur. (If I am wrong, I hope Pemandu Chief, Idris Jala, or his aides will enlighten us.)

But it’s not murder and mayhem per se that I would like to talk about. Instead I would like to guess and speculate on the reasons why crime is so utterly rampant in our beloved Malaysia in these last few years.

The influx of immigrants – legal and illegal – is one. From media reports, it’s clear that criminal elements in the immigrant community are not only preying on Malaysians, they also prey on their own kind.

The other is our desperation to attract foreign tourists and students to our “Malaysia truly Asia” that we inadvertently allowed in African and Persian drug smugglers, Nigerian black money operators, Chinese prostitutes and whatever else were care to mention.

While official and private purveyors of tourism and private education are proud of their achievements, our beloved Malaysia has become the haven for international misfits and miscreants.

Add to this is the lackadaisical attitude, abuse of power and corruption among members of the law enforcement agencies and not to mention the apparent lack of leadership in the realm of law and order – too many “amaran” and not enough “tindakan” – (too many warnings and not enough actions).

The society is also to be blamed. The mata-mata (policemen and women) have to reason to shoot our teenage sons and daughters if they are at home sleeping or doing home work at 2am.

But you give the mata-mata the reason to draw his guns when your teenage sons or daughters, who are below the legal driving age, “stole” your cars, went on a joyride and drove like demons upon seeing the mata-mata in patrol cars.

Look, your failed to raise your sons and daughters to be respectful, law abiding young men and women and you want the whole world to sympathise with you when they got shot by the mata-mata.

Maybe we should all pause and asked the question: What will these lawbreaking, disrespectful teenagers become when they grow up?

Would they become doctors and engineers, teachers and philosophers if as teenagers they would rather “stole” your cars at midnight and went for the tarik with their friends when they should be at home sleeping or studying?

They are more like to end up being mata-mata (no disrespected intended), illegal racers, drug addicts, small time hoods and felons.

And finally, crime rate is on the rise because, thanks to the abolition of the Emergency Ordinance, the Banishment Act and the ISA, many true criminals have found themselves back in society to kill each other and to inflict harm on law-abiding citizens.

Bernama reported on Dec. 6 that an unidentified gunman wearing a ski mask shot dead a scrap metal trader, identified as M. Siva Murugesan, 32, at a stall in Batu Caves, Gombak.

Gombak Police deputy chief Supt Rosly Hassan said the Murugesan of Kampung Wira Damai, Jalan Sri Gombak, Selangor was having a drink with a friend when a tall dark man wearing a blue pair of jeans, a white T-shirt with blue stripes and a ski mask, walked up to him at 12.30 am and fired three shots.

So, who are we to blame for this sad, frightening state of affair? It has a lot do with our own lack of thinking power or laziness to think, our gullibility and our craze for money. So, Malaysia is not only truly Asia but is fast becoming its crime capital too. Pardon me for my desperation and exasperation. Wallahualam.


Saturday, December 01, 2012

Antara Puji, Ampu dan Janji


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

SAYA tertarik dengan ulasan pembahas Rosiah Ismail dalam posting “Gurindam Seloka Cemburu Buta” yang, antara lain berbunyi:

“..ada yang berpantun seloka baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar...ini la ragam PWTC dato..tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu...yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong....aku tidak cemburu sekadar menulis apa yang nampak.....aku nampak pinggang kerengga aku nampak peha putih..wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke...Terima kasih dato.... saya hanya pekerja kilang@kuli batak...

Sebelum itu, saya mohon maaf kerana lama tidak membuat tampalan baru dan lambat menyiarkan komen pembahas. Sebagai separa pesara yang tidak lagi relevan dalam kerangka utama kehidupan di Tanah Melayu, saya menjadikan hujung tahun sebagai waktu melawat anak cucu yang menatap atau belajar di luar negara. Istilah separa perasa itu bermaksud sudah mencapai atau melebihi umur bersara tetapi terpaksa terus bekerja kerana tidak ada pencen.

Dengan izin, saya ingin secara ringkas mengulas komen pembahas Rosiah Ismail seperti berikut:

1. “baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar...ini la ragam PWTC dato.” Kata pun persidangan. Tak kiralah persidangan parti atau badan mana, pasti bukan semua pembahas dan perwakilan serius, dan bukan semua hujah yang dibentangkan betul dan tepat. Lagipun, pembahas utama dilantik oleh ibu pejabat dan perhubungan negeri, dan isi kandungan ucapan mereka dipandu oleh parti.

2. “tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu.” Sebabnya ramai yang tak tahu. Manakala sedikit yang tahu tidak mahu mengaku. Yang berani berterus terang mungkin tidak ada can dipilih calon PRU.

3. Ekonomi Melayu hari ini jauh lebih baik daripada sebelum merdeka atau sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sudah lama berubah daripada ekonomi agraria cukup makan (subsistence farming) kepada ekonomi mata wang (monetary economy). Sebilangan orang Melayu berjaya memasuki kelas menengah (middle class) dan segelintir kelas atas (upper class).

Tetapi, kalau dibandingkan dengan orang Cina dan India secara keseluruhan, Melayu (dan Bumiputera lain) tertinggal jauh di belakang.

Malah, sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98, jurang pendapatan antara Melayu kaya dengan Melayu miskin dan antara orang Melayu dengan Cina dan India, yang diukur menggunakan pekali gini (gini coefficient), semakin melebar. Hari ini, jurang antara orang kaya dengan miskin di Malaysia hampir sama buruk dengan negara-negara Afrika dan Amerika Latin.

Kalau globalisasi, level playing field (padang permainan yang sama rata) dan meritokrasi diamalkan secara literal, ekonomi orang Melayu akan menjadi lebih buruk kerana ketidakmampuan mereka bersaing akibat kekurangan modal, kelemahan penguasaan bahasa perdagangan dan pilih kasih kaum dalam pasaran buruh swasta.

Tetapi yang paling mengancam ialah sikap orang Melayu yang tidak positif dan kurang keyakinan diri. Saya harap, rujukan pembahas Rosiah kepada “saya hanya pekerja kilang@kuli batak” bukan mencerminkan sikap rendah diri dan kurang keyakinan beliau.

Kita akan jadi kuli kalau mentaliti kita mentaliti kuli. Kita masuk kerja sebagai buruh dan pencen sebagai buruh kalau sikap kita negatif, malas berusaha, tidak bangga dengan pekerjaan dan tidak belajar untuk menjadi pekerja yang profesional dan cekap. Melayu akan jadi kuli dan hamba walaupun dia doktor atau jurutera kalau mentalitinya mentaliti kuli dan hamba.

4. “yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong.”  Puji memuji adalah sebahagian daripada politik dan kelangsungan, lebih-lebih lagilah dalam politik untuk hidup, untuk selamat dan untuk senang-lenang. Puji memuji, mengangkat mengampu adalah budaya negatif dalam politik negara kita, khasnya politik Melayu. Pendirian saya, kita tidak perlu memuji pemimpin apabila mereka membuat kebaikan atau bekerja dengan betul kerana kita memang mengundi mereka untuk membuat kebaikan dan bekerja dengan betul. tetapi kita wajib beri tahu dan kritik kalau mereka buat kesilapan kerana kita tidak mengundi mereka untuk buat kesilapan dan keburukan.

5. “wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke?” Selagi kita mengamalkan demokrasi pilihan raya (electoral democracy), selagi itulah retorik akan menjadi sajian. Terpulanglah kepada kita memakan atau menolak gula dan madu yang dihidangkan. Tetapi ingatlah pesanan nenek moyang kita “mati semut kerana gula.”

Bekas ahli politik Inggeris, Kenneth Robert Livingstone menulis sebuah buku berjudul “If Voting Changed Anything, They'd Abolish It” (kalau pilihan raya mengubah sesuatu, mereka tentu telah menghapuskannya.) Betul juga, kalau pilihan raya menghasilkan sebuah pemerintahan yang unggul (perfect), mengapa perlu kita mengadakan pilihan raya lagi. Malangnya, pilihan raya dan kerajaan adalah ciptaan manusia. Ia tidak lengkap seratus peratus. Wallahualam.

Friday, November 23, 2012

Gurindam Seloka Cemburu Buta


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

LAMA juga kita tidak bergurindam seloka. Bermadah pantun bercerita lara tentang gadis jelita dan wanita menggoda. Tiba-tiba ilham menerpa, apabiIa pembahas hang_nadim2 berkata, dalam posting “Bukan Kepada Umno Orang Tak Suka”, yang dia akan pergi bertapa, di atas Gunung Ledang tempatnya kerana hendak berjumpa puteri legenda.

Katanya: “Ini mungkin kali terakhir saya menulis di Blog datuk kerana selepas ini saya hendak bertapa di Gunung Ledang kerana hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.”

Teringat saya kepada si Bunga yang menghias cantik flora dan fauna. Wanita jelita separuh usia, kawan lama yang pandai berniaga. Ada orang kata, Bunga berjaya kerana dia jelita. Pintu dan koridor mudah terbuka. Maklumlah, sifatnya sentiasa ceria. Pakaiannya sentiasa kena – made in France, bukan buatan China. Ada juga yang kata, PRnya kelas dunia. Tetapi ada pula yang bercerita, kononnya dia seorang penggoda.

Maka tercetuslah berita, tentang sang isteri yang cemburu gila. Giler, kata anak-anak generasi muda. Bukan apa, takut dia akan angkara si Bunga. Maklumlah, banyak orang buat cerita. Kononnya si Bunga itu pandai menggoda. Tak tahulah saya. Yang saya tahu, si Bunga bersuami dan anak-anaknya pula sudah dewasa.

Tetapi, sang isteri kalau dia cemburu, setiap penjuru ternampak hantu. Semua perempuan dia cemburu. Kata orang yang tahu, ibu pun dia buat seteru. Maklumlah suaminy Tok Penghulu. Ada kuasa, boleh beri ini dan itu. Tentulah ramai perempuan menanggung rindu.

Ini dunia wahai sahabat-sahabat ku. Kerana cemburu kepala jadi buntu. Otak meracau haru-biru. Lupa pesan ayah dan ibu. Lupa ajaran ustaz dan tok guru. Mulalah bakar kemenyan dan gaharu.

Cari bomoh merata tempat. Dari timur sampai ke barat. Selatan utara disoal siasat. Kiai dan sami tak diambil berat. Sebab cemburu sudah berkarat. Si pengampu pun cucuklah jarum. Dicarilah pawang dan tok nujum. Bomoh dan dukun pun ikut sama. Tak kira kaum atau agama.

Wahai kawan, wahai taulan, kalau cemburu biar berpadan. Kasih dan sayang ada sempadan. Cemburu buta merosakkan badan. Tak lalu makan kurus kering. Terlebih makan hilanglah langsing.

Kepada Hang Nadim Dua, saya ucap selamat bertapa. Makanlah bertih dan air telaga. Tapi jangan sesat akidah. Puja hantu dan buat kerja bidaah. Janganlah percaya yang bukan-bukan. Rosak akal, merana badan. Bunga ada di mana-mana. Tumbuh merata menghias maya. Ada kenanga ada seroja, ada mawar dan bunga kencana. Kalau terlebih rasa cemburu, hilang akal fikiran bercelaru. Setiap penjuru nampak hantu. Hidup merana fikiran terganggu. Hanya Allah yang maha tahu.

Sunday, November 18, 2012

IPCMC Is A Pipe Dream YAB LGE


A Kadir Jasin

[ATTENTION, anonymous comments will not be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]

IN the posting of Oct 30 under the title “KKIA Blackout: Not Much Will Change”, I said BRAVO to the Sabah Deputy Chief Minister, Yee Moh Chai for wanting heads to roll over the two-day runway blackout at the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) last month.

And I said, I was
foolish in sharing his sentiments because in Malaysia, heads do not roll, more so when the KKIA operations had gone back to normal.

Now, in the same foolish, wishful manner, I am saying BRAVO BRAVO BRAVO to Penang’s Chief Minister, YAB Lim Guan Eng, for renewing call for the formation of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) following rape allegations against three mata-mata in Butterworth.

Since the, three mata-mata - Syahiran Romli, 21, Nik Sin Mat Lazin, 33 and Remmy Anak Dana, 25 - had been charged in the Butterworth’s sessions court and, as expected, they pleaded not guilty.

They were charges with raping and forcing an Indonesian woman to perform oral sex on them at Room 4, Prai police station barracks between 6.40am and 7.30am on Nov 9.

No sooner that the Butterworth mata-mata were charged, another Indonesian woman was reported raped, also by mata-mata – this time in Seremban.

I said bravo three times to GLE as against one to Yee because Lim is a Chief Minister, an opposition leader and last, but not least, because he often calls me “sifu’.

Like in Yee’s case, I will also foolishly join Lim in making the call for the formation of the IPCMC although I know it will be futile.

The IPCM proposal was the brainchild of Royal Commission to Enhance the Operation and
Management of the Royal Malaysia Police (2004/05), which in turn was the brainwave of (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, when he was Prime Minister.

Who Cares About IPCMC Anymore?

After seven year of nothing, I think it is safe to consider the IPCMC proposal dead and buried.

Consider this. If the Barisan Nasional Government under Abdullah, which formed the Commission was not interested in establishing the IPCMC, why should the BN Government under Mohd Najib Abdul Razak be bothered?

If the BN Government under Mohd Najib had swept aside Islam Hadhari, which was the corner stone of Abdullah’s administration, why should he want to bother establishing something that was proposed to Abdullah and he (Abdullah) did nothing about it?

I have this to say. If Lim and his Pakatan Rakyat collaborators are serious about establishing the IPCM, I suggest that they work extra hard to form the central government after the next general election. When they occupy Putrajaya, I hope they will walk the talk by forming the IPCMC.

In the meantime, we can only ask what is the Home Minister and IGP doing about the falling public trust in policing other than issuing worthless “amaran” and, when cornered, “minta maaf”?

Can we seriously improve law and order, and re-establish public confidence in the police by issuing a string of worthless warnings and apologizing for kissing the kris? Wallahualam.

Monday, November 12, 2012

Bukan Kepada Umno Orang Tak Suka


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

BERIKUT adalah pesanan ringkas (SMS) daripada seorang muda yang saya kenal sejak hampir sedekad hasil mempengerusikan sidang memperingati Dasar Pandang Ke Timur yang menampilkan (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan Profesor di Raja Ungku Abdul Aziz.

“Salam tok, sy rasa seronok dpt belanja dato tempohari dan kembali ikuti the scribe walaupun ‘geram’ dengan tulisan dato sejak setahun lepas tapi buku dato tetap saya beli cuma ‘tak baca’. Sejak pertemuan kita temphari saya kemabli membaca dan mengikuti. Hatta.”

Memang benar, baru-baru ini, dalam perjalanan mencari benih ikan, saya berhenti makan tengah hari di Batang Kali dengan Hatta. Dia bawa anak saudaranya kerana remaja itu tidak percaya bapa saudaranya kenal saya. Hatta belanja saya makan di restoran Melayu yang terkenal di pekan itu.

Hatta adalah aktivis muda Umno yang kembali selesa dengan partinya selepas diambil alih oleh Mohd Najib Abdul Razak. Kerana itulah dia kurang selesa dengan tulisan saya yang pada pandangannya terlalu kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan kerajaan.

Kata Hatta, dia positif terhadap harapan Barisan Nasional menawan semula Selangor. Dia orang Selangor tinggal di Serendah.

Berkenaan tanggapan beliau bahawa saya kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan negara, itu adalah pandangan beliau. Beliau berhak terhadap pendapatnya dan saya berhak terhadap penilaian saya ke atas Umno, sebuah pertubuhan yang kenali sejak budak-budak lagi.

Orang Tak Benci Kepada Umno

Sebenarnya, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidaklah terlalu benci kepada Umno. Orang Melayu yang sedar dan rasional, mengakui bahawa Umno banyak menyumbang kepada orang Melayu, negara dan agama Islam manakala orang bukan Melayu tumpang berteduh dan makmur di bawah pimpinan Umno.

Cuma, banyak orang Melayu, khasnya generasi tua dan generasi muda terkilan dengan kepemimpinan Umno yang dilihat sebagai tidak cukup Melayu dan terlalu mementingkan diri sendiri atau kelompok masing-masing.

Generasi tua yang sudah “bersara” dan tidak dipedulikan lagi oleh kepemimpinan Umno berasa Umno bukan lagi perjuangan yang mereka kenali. Malah mereka sangsi kalau perjuangan masih menjadi wadah Umno.

Mereka berasa kepemimpinan Umno telah terpesong daripada perjuangan asal – untuk agama, bangsa dan negara. Mereka melihat kepemimpinan atasan Umno sebagai terlalu tunduk kepada tuntutan dan asakan pihak-pihak di luar Umno dan orang bukan Melayu.

Generasi muda pula melihat kepemimpinan Umno sebagai elitis, mabuk kuasa, korup dan tidak telus.

Yang nampaknya terus taasub dan terasuk dengan kepemimpinan Umno adalah generasi pertengahan yang masih relevan dalam minda dan tindakan Umno. Mereka ini masih  boleh dibawa berunding dan sesetengahnya terus mendapat faedah ekonomi daripada keakraban mereka dengan kepemimpinan Umno. Mungkin Hatta dalam kelompok itu.

Punca Tanggapan Negatif

Tanggapan yang negatif terhadap kepemimpinan Umno tidak dapat dinafikan. Malah, dalam hal-hal tertentu, amat teruk.

Salah satu yang nampak jelas kepada umum ialah campur tangan ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran serta sistem pewarisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tetapi hal ini tidak terhad kepada Umno sahaja. Ia berlaku dalam semua parti politik utama di negara kita dan di dunia, di mana pembabitan cergas bapa, ibu dan anak dalam politik sudah menjadi kebiasaan.

Ini mengingatkan saya kepada temu ramah saya dengan Tsutomu Hata, reformis Liberal Democratic Party (LDP) Jepun sebelum parti itu ditumbangkan dalam pilihan raya umum 1993 setelah memerintah selama lebih 50 tahun.

LDP adalah parti tertua yang ditubuhkan pada tahun 1955 bagi “mendemokrasikan”  Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Ia menjuarai pemecahan kuasa golongan feudal dan “merakyatjelatakan”  pemerintahan Jepun. Ia mempelopori pembangunan semula Jepun sehingga menjadi kuasa industri global.

Tetapi, menjelang tahun 1990an, LDP menjadi berat di atas (top heavy), feudalistik dan korup. Kepemimpinannya terpisah dari rakyat biasa, khasnya pekerja dan generasi muda.

Bencana Politik Wang

Salah satu punca feudalisme dan keterpisahan LDP ialah proses pemilihan dan pewarisan jawatan parti di mana kebanyakan jawatan diperturunkan dari generasi ke generasi. Menjelang tahun 1990an, majoriti ketua bahagian dan Ahli Parlimen LDP adalah dari generasi ketiga.

Kawasan pilihan raya dan kerusi Parlimen diperturunkan dari datuk kepada ayah dan ayah kepada anak. Politik wang menjadi amalan. Untuk menguruskan sebuah bahagian, ketuanya memerlukan hingga AS$2 juta (kira-kira RM6.4 juta) setahun.

Bagi mengisi tabung, mereka bersekongkol dengan pemodal dan usahawan, khasnya pemaju hartanah dan kontraktor. Banyak juga yang secara sedar atau tidak terlibat dengan Yakuza iaitu sindiket jenayah Jepun.

Saya menulis mengenai temu bual dengan Hata itu dalam akhbar New Straits Times. Hata menjadi Perdana Menteri Jepun selama sembilan minggu pada tahun 1994.

Hari ini, orang tidak lagi terlalu taasub kepada parti. Hatta parti raksasa seperti Parti Komunis China yang memonopoli kuasa pun telah secara terbuka mengakui bahawa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan elitisme akan menyebabkan rakyat jelata hilang keyakinan.

Jadi, kalau Hatta begitu kasih dan sayangkan Umno (taasub dan terasuk, kata seorang pensyarah kewartawanan), dia kenalah meyakinkan kepemimpinan partinya agar membuat perubahan besar membersihkan Umno daripada unsur-unsur yang merosakkan.

Dan, pada pilihan raya umum akan datang, bukan sekadar meletakkan calon “winnable” (boleh memang), tetapi lebih daripada itu, calon yang boleh menyatupadukan semula orang Melayu dalam satu pertubuhan kebangsaan yang utuh. Wallahualam.

Bagi saya, sebagai penulis, saya berpegang kepada falsafah “published and be damned” - saya akan terus menulis, insya-Allah, dan saya bersedia dikutuk.

Thursday, November 08, 2012

Obama Is Popular, His Party Is Not


A Kadir Jasin

[ATTENTION, anonymous comments will not be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]

BARRACK Obama’ victory over Mitt Romney for his second term as US President is better than his defeat. A Democrat president may be exporting democracy and idealism, but that’s better than a Republican president who is more likely to export wars.

In America, the victor does not claim victory. He waits for his opponent to concede defeat. In victory, the victor’s tone is conciliatory.

Obama is an example of president who is popular (if only marginally) but is leading a party that is not. But that’s fine for him because in the US presidential system, the president is voted in (or out) directly by the people.

In the British system, which we roughly follow, a prime minister is not voted in (or out) by all the voters. He is elected (or not elected) only as a Member of Parliament by the voters in his constituency.

So, even if he is popular and wins big in his constituency, he still cannot become prime minister if his party is unpopular and loses the election.

In the US presidential system, a victorious presidential candidate can get to become president even if his party loses. That’s the case with President Obama. He might have won the election twice but his Democratic party lost the House of Representatives – the equivalent of our Dewan Rakyat – and barely held on to the Senate.

It’s for that reason that he’s weak. He cannot make changes unless he gets the support of his foes in the House of Representatives and the Senate.

That’s also why in the American legislative system we hear so much about bipartisanism – of opposing sides working together on critical issues like budget, debts and wars.

Bipartisanism In Malaysia?

 IN our country, bipartisanism is difficult to achieve, partly because we are not a two-party system and, until the 2008 General Election, we were used to have a strong, absolute majority government.

Bipartisanism is more likely to happen in the case of a hung Parliament, when no party has the majority. In that situation, opposing parties may get together to form a coalition government – often dubbed the national unity government.

This was what happened in the post-1969 general election and race riot, when Umno formed a coalition government with the opposition Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Umno’s partner, the MCA, was routed in that general election. Later, PAS and several other smaller parties joined the Umno-led Alliance (Perikatan) to form the Barisan Nasional coalition.

Points From Obama's Victory Speech

Here are some key/memorable points in Obama’s victory speech in Chicago in the early morning (12.39am), Wednesday:

1. Tonight, in this election, you, the American people, reminded us that while our road has been hard, while our journey has been long, we have picked ourselves up, we have fought our way back, and we know in our hearts that for the United States of America, the best is yet to come.

2. I just spoke with Governor Romney and I congratulated him and Paul Ryan on a hard-fought campaign. (Cheers, applause.) We may have battled fiercely, but it's only because we love this country deeply and we care so strongly about its future. From George to Lenore to their son Mitt, the Romney family has chosen to give back to America through public service. And that is a legacy that we honor and applaud tonight. (Cheers, applause.) In the weeks ahead, I also look forward to sitting down with Governor Romney to talk about where we can work together to move this country forward.

3. And I wouldn't be the man I am today without the woman who agreed to marry me 20 years ago. (Cheers, applause.) Let me say this publicly. Michelle, I have never loved you more. (Cheers, applause.) I have never been prouder to watch the rest of America fall in love with you too as our nation's first lady. (Cheers, applause.)

4. Democracy in a nation of 300 million can be noisy and messy and complicated. We have our own opinions. Each of us has deeply held beliefs. And when we go through tough times, when we make big decisions as a country, it necessarily stirs passions, stirs up controversy. That won't change after tonight. And it shouldn't. These arguments we have are a mark of our liberty, and we can never forget that as we speak, people in distant nations are risking their lives right now just for a chance to argue about the issues that matter — (cheers, applause) — the chance to cast their ballots like we did today.

5. And in the coming weeks and months, I am looking forward to reaching out and working with leaders of both parties to meet the challenges we can only solve together — reducing our deficit, reforming out tax code, fixing our immigration system, freeing ourselves from foreign oil. We've got more work to do. (Cheers, applause.); and

6. I'm not talking about blind optimism, the kind of hope that just ignores the enormity of the tasks ahead or the roadblocks that stand in our path. I'm not talking about the wishful idealism that allows us to just sit on the sidelines or shirk from a fight. I have always believed that hope is that stubborn thing inside us that insists, despite all the evidence to the contrary, that something better awaits us so long as we have the courage to keep reaching, to keep working, to keep fighting.


Saturday, November 03, 2012

Perhubungan Awam: Silap Besar Sisihkan "Musuh"


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

MOHON maaf kepada pembaca. Tulisan kali ini saya tujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan dan "anak-anak buah" saya yang bekerja dengan orang politik.

Sejak terkeluar daripada lingkaran maklumat rasmi (official information loop) lebih sedekad lalu, saya sekadar mendengar, dari semasa ke semasa, daripada pihak ketiga bahawa ada antara mereka yang kurang senang dengan tulisan saya, sama ada dalam blog ini atau di tempat-tempat lain.

Saya juga mendengar bahawa bos mereka juga tidak senang, tidak selesa atau tidak gembira dengan pemikiran, penghujahan dan pendirian saya.

Malangnya, semua ini saya dengar daripada orang lain yang kenal mereka. Mereka sendiri tidak pula menyuarakan apa-apa kepada secara langsung kepada saya. Sebaliknya, apabila bertembung atau terserempak dengan saya, mereka amat sopan dan tidak mengatakan apa yang terbuku di hati.

Saya bersyukur dan berbangga bahawa ramai anak didik dan rakan-rakan seperjuangan saya dalam kewartawanan selama lebih 40 tahun kini memegang jawatan tinggi di pejabat menteri, jabatan dan syarikat. Majoritinya dalam perhubungan awam.

Kalau benarlah segala sungutan yang saya dengar daripada pihak ketiga itu, saya kecewa amat sangat kerana itu bukanlah cara yang saya ajarkan kepada mereka.

Saya mengajar mereka iaitu kalau mereka tidak puas hati atau ada keraguan mengenai sesuatu perkara atau seseorang, mereka wajib berhubung terus dengan orang itu untuk mendapatkan penjelasan bersemuka.

Saya mengajar mereka bahawa orang yang menentang atau tidak meyakini kita adalah sama penting atau, dalam hal tertentu, lebih penting daripada orang yang menyokong dan meyakini kita.

Kalau benarlah cakap-cakap bahawa bos mereka “uncomfortable” (tidak selesa) atau “unhappy” (tidak gembira) dengan pemikiran dan pendirian saya, apatah lagi dengan tulisan saya, maka menjadi kewajipan mereka menjawab tulisan saya itu atau setidak-tidaknya pun menemui saya untuk berbincang.

Saya sentiasa mengamalkan hak menjawab (the right of reply) dalam tulisan saya. Baca sajalah perbahasan dalam blog ini. Bukan semua setuju dengan saya. Malah kerap juga saya dituduh dengan berbagai tuduhan.

Kalau mereka tidak mahu menjawab sendiri, mereka boleh mengarahkan orang suruhan mereka, termasuk soldadu siber (cyber warrior) upahan mereka, untuk menjawab melainkanlah mereka mendapati apa yang saya tulis dan bincangkan itu tidak relevan kepada mereka dan tuan-tuan mereka.

Kalau saya siarkan ulasan oleh pembaca yang mengutuk saya di dalam blog ini, tentulah saya tidak akan menolak jawapan “anak-anak buah” saya yang kini menjadi penasihat media dan setiausaha akhbar Menteri. Setidak-tidaknya pun kita boleh berjumpa minum teh tarik.

Saya berterima kasih kepada seorang anak buah saya (wanita) yang saya latih di akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd dan kini menjadi setiausaha akhbar kepada seorang anggota kanan Kabinet kerana memaklumkan hal di atas kepada saya.

Dan saya juga berterima kasih kepada seorang sahabat lama yang menggelarkan dirinya “political operator” (operator politik) kerana memberi maklum balas bahawa ada seorang besar politik yang berasa “uncomfortable” dengan pemikiran dan pendirian saya.

Saya kata kepada beliau, siapalah saya - seorang penulis bebas yang hanya menulis dalam majalah dan blog - berbanding para pembesar negara yang sahih berkuasa dan disokong pula oleh media arus perdana yang gah.

Selain setiausaha akhbar wanita dan seorang kawan lama dari era Bernama yang sekali-sekala berhubung dengan saya, boleh dikatakan tidak ada seorang pun “anak buah” dan rakan seperjuangan saya yang kini berkhidmat dengan pembesar kerajaan yang menghubungi atau menemui saya untuk apa-apa urusan pun.

Bukanlah perhubungan awam namanya kalau mereka sekadar berinteraksi dengan orang yang sependapat, tetapi tidak berani berdebat dengan orang yang tidak sehaluan. Wallahualam.

Tuesday, October 30, 2012

KKIA Blackout: Not Much Will Change


A Kadir Jasin

[ATTENTION, anonymous comments will not be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL to comment. Thank you]

I HAVE to say this to the Sabah Deputy Chief Minister, Yee Moh Chai, BRAVO. And I will foolishly join him in calling for heads to roll over the recent two-day runway blackout at the Kota Kinabalu International Airport (KKIA).

BRAVO from me is all that he is likely to get for his gallant effort. And I am foolish to join him in the call because in Malaysia, heads do not roll. More so now that the airport operations are back to normal.

It appears that heads of ministers, board chairmen, Chief Secretary to the Government, secretaries general and department heads are so securely attached to their necks and shoulders that they could not be easily chopped off.

Ministers, board chairmen, Chief Secretary to the Government, secretaries general, department heads, managing directors and chief executive officers are seldom held responsible and punished. They will always have somebody or something to blame.

So, in the case of the KKIA runway blackout or, in the terminology of Malaysia Airports Holdings Berhad, “not up to the required brightness” I dare say that no heads, big or small, will roll.

Already the MAHB had squarely blamed the fiasco on faulty transformers to leaking cables.

It Had Happened Before

Remember the blame game when the radar station at the old Kuala Lumpur International Airport in Subang caught fire in 1994 and two other fires in the two years before that?

Then Parliamentary Opposition Leader, Lim Kit Siang, had called for an emergency sitting of Parliament to debate the radar station fire and whether then Transport Minister, (Tun) Ling Liong Sik and then Department of Civil Aviation (DCA) Director-General, Zaludin Sulong, should be removed.

Ling had gone and the much of DCA’s airport roles had been taken over by MAHB. But has anything changed?

If the Subang Airport fires were old stories, what about last month’s hour-long radar failure at the KLIA in Sepang due to electricity supply problem?

And what about the more recent multi-billion ringgit losses at the enlarged Sime Darby Berhad?

Yes, several top executives were charged in court and found guilty of corruption and criminal breach of trust. But did anybody at the board level take responsibility? The answer is no.

Top civil servants, corporate executives and board members protect each other. Despite the former Prime Minister, (Tun) Dr Mahathir Mohamad’s best efforts to change the attitude of civil servants during his 22-year rule, little has changed.

Soon after the 1994 Subang Airport fire, Dr Mahathir lamented that government officers had a long way to go in shedding their bureaucratic mindset and that although the Look-East Policy was implemented 10 years ago, people do not change so easily, adding that incompetence of airport officials led to the radar breakdown despite two earlier incidents.

If anything, the improvements seemed to have peaked and the quality of public services is on the decline. Look at the ficus (jejawi) trees hanging from buildings and flyovers in Kuala Lumpur and other so-called cities in the country.

The last mayor of Kuala Lumpur that evokes any kind of positive memory was (Tan Sri) Elyas Omar. Even he was prodded by Dr Mahathir, who made a habit of driving himself around the City every weekend and passing on feedbacks to Elyas and other officials.

Today, we have many more cities and many more mayors, but we hardly remember any of them because they are just glorified “pentadbir” (administrator) without any kind of leadership or vision.

Look at how dirty and unkempt Kuala Lumpur is these days! Alor Star, Ipoh and Penang (all cities) are no better.

Even Putrajaya, apart from the continuous multi-million upgrades of Sri Perdana and Sri Satria, the Prime Minister’s and Deputy Prime Minister’s official residence respectively, the administrative centre has started to fall into a state of disrepair.

Promises Made But Many Undelivered

While I thank the new Putrajaya Corporation Berhad’s new President (Tan Sri) Aseh Che Mat for his assurance that conditions and security at Putrajaya’s numerous recreational parks would be improved, I take the promise with a pinch of salt. Civil servants and their political masters are superb at making “janji” (promises). Fulfilling them is a different matter.

The Auditor-General’s 2011 Report had complained about the less-than-satisfactory security and upkeep of the parks.

In short, Sabah Deputy Chief Miniser Yee is naïve if he seriously believes that heads will roll just because he called for it and the KKIA had seen the last of its runway blackout.

The government is not keen to punish civil servants and heads of corporations because they are powerful, more so in the run-up to the general election. Instead they are being rewarded with bonuses and better service terms.

Since (Tun) Abdullah Ahmad Badawi’s solitary “raid” on the Immigration Department in the early days of his rule in 2003, we have not heard of ministers making surprised checks on government departments and district offices. Wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).