Unsur Agama dan Kaum Dalam Tindakan Hindraf
A Kadir Jasin
[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TUNJUK perasaan tanpa permit anjuran Pasukan Bertindak Hak Asasi Hindu atau Hindu Rights Action Force (Hindraf) pada 25 November di Kuala Lumpur adalah satu lagi cabaran kepada kerajaan “saya pantang dicabar” Abdullah Ahmad Badawi.
Tetapi tidak seperti tunjuk perasaan Bersih bagi menuntut sistem dan proses pilihan raya yang bersih dan telus pada 10 November lalu, tunjuk perasaan Hindraf berunsur perkauman dan agama.
Malah ia lebih mirip kepada gerakan agama kerana dianjurkan oleh dan atas nama pakatan agama Hindu.
Menurut sebuah rencana dalam kamus Internet Wikipedia, Hindraf adalah gabungan 30 badan bukan kerajaan yang berasaskan agama Hindu.
Dalam rencana itu, matlamat Hindraf disebut sebagai “mengekalkan hak dan warisan masyarakat Hindu di Malaysia yang sekular.”
Pada 30 Ogos lalu, Hindraf mengemukakan saman AS$4 trilion (empat ribu ribu juta) terhadap kerajaan Inggeris di Mahkamah Keadilan Di Raja, di London kerana “membawa orang India sebagai buruh terikat (indentured labourers) ke Malaya dan “memperalatkan” mereka selama 50 tahun dan gagal mempertahankan hak mereka dalam perlembagaan apabila memberikan kemerdekaan kepada Malaya.
Hindraf mendakwa tindakan Inggeris itu pada asasnya “menjadikan orang India Malaysia sebagai masyarakat yang terjajah sehingga ke hari ini.”
Daripada aspek perang saraf, kegagalan penunjuk perasaan menyampaikan petisyen kepada Suruhanjaya British di Kuala Lumpur kerana disekat oleh polis tidak relevan lagi.
Sebaliknya, tembakan gas pemedih mata dan air berkimia serta sekatan jalan raya oleh polis yang hampir-hampir melumpuhkan ibu negara buat beberapa hari memberikan penunjuk perasaan liputan media antarabangsa yang tidak termimpikan. Satu strategi yang hebat jika itu strategi mereka.
Saya rasa itu adalah antara strategi mereka kerana kepala kepada gerakan itu, peguam P.Uthayakumar adalah seorang aktivis yang licik dan lincah menggunakan media massa untuk perang sarafnya.
Bagi PDRM, kejayaan menghalang penunjuk perasaan daripada sampai ke Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang masih belum boleh “menebus malu” setelah gagal menghalang penunjuk perasaan Bersih, yang juga tidak berlesen, daripada sampai ke Istana Negara.
Soalnya apakah Suruhanjaya Tinggi British tidak mahu menerima petisyen Hindraf itu atau kerana polis menyekat pembawa petisyen daripada mendekati berbuat demikian?
Saman terhadap kerajaan Inggeris Hindraf mungkin nampak remeh-temeh bagi sesetengah orang dan mungkin tidak akan dilayan oleh Inggeris, tetapi pihak penganjur protes itu telah berjaya mencapai matlamat-matlamat tersembunyi mereka.
Pertama, mengaibkan pertubuhan-pertubuhan arus perdana India/Hindu, khasnya MIC, dan kerajaan yang dianggotai oleh MIC.
Kedua, liputan media antarabangsa mungkin mempengaruhi pendapat umum di Britain untuk bersimpati dengan masyarakat India Malaysia yang kononnya tertindas.
Ini pula mungkin menyebabkan mereka lebih bersedia memberikan permit kerja, taraf pemastautin malah kewarganegaraan kepada rakyat Malaysia keturunan India yang berangan-angan ke negara itu.
Soalnya mengapa sekarang? Mengapa tidak 60 tahun, 50 tahun atau lima tahun lalu? Apakah protes ini sekadar sambungan kepada protes Bersih dan protes-protes setempat yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini?
Lima puluh tahun lalu majoriti orang India mengambil keputusan kekal di Malaya. Malah mereka begitu yakin dan tekun sehingga mereka menubuhkan parti mereka sendiri iaitu MIC pada tahun 1946. Dalam banyak hal, MIC membayangi Indian Congress Party, India.
Apa yang berlaku pada 25 November tidak boleh dipandang remeh. Tunjuk perasaan dan dakwaan penindasan ke atas kaum India dan agama Hindu boleh bertukar menjadi isu keagamaan dan perkauman yang sensitif dan rumit.
Bagi pemerintah, ia sekali gus mencetuskan satu lagi masalah yang pastinya menghantui Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum akan datang.
Jika tindakan Hindraf itu boleh dianggap taktik, maka ia adalah suatu muslihat yang bijak untuk membuat tuntutan tambahan sebagai menokok tambah tuntutan yang telah pun dibuat oleh MIC dan badan-badan bukan kerajaan masyarakat India/Hindu yang lain.
Soalnya, kalau orang keturunan India boleh membuat tuntutan kepada Inggeris dan mendakwa diri mereka terpinggir dan tertindas, apa halnya dengan orang Melayu dan Cina?
Orang Melayu juga boleh mendakwa mereka dipinggirkan oleh Inggeris yang jelas memberi keutamaan kepada kaum-kaum pendatang dalam kegiatan ekonomi moden yang secara langsung memaksa orang Melayu berpaut kepada ekonomi cukup makan (subsistence economy) di sawah, huma, kebun kelapa dan kebun getah.
Orang Melayu juga boleh mengemukakan petisyen kepada Inggeris kerana membawa masuk orang asing secara besar-besaran ke Tanah Melayu tanpa terlebih dahulu berunding dengan mereka.
Orang Cina juga boleh mengemukakan saman kerana Inggeris membawa nenek moyang mereka ke Tanah Melayu sebagai buruh terikat untuk bekerja di lombong emas dan timah dengan dibayar menggunakan candu.
Untuk berlaku adil kepada orang keturunan India dan rakyat Malaysia yang lain, kita wajib mengakui hakikat bahawa ada orang India yang miskin dan melarat seperti ada orang Melayu dan Cina yang miskin dan melarat.
Tetapi kita juga wajib menerima hakikat bahawa secara puratanya, masyarakat India Malaysia adalah lebih beruntung daripada rakyat jelata India. Malah pendapatan per kapita mereka, menurut Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah lebih tinggi daripada pendapatan per kapita orang Melayu.
Lagipun, bukan semua orang India Malaysia hari ini keturunan buruh terikat. Ramai daripada mereka yang datuk neneknya datang ke Tanah Melayu secara sukarela. Mereka datang kerana kehidupan di Tanah Melayu lebih baik daripada di India pada ketika itu.
Bukan sahaja ke Tanah Melayu, malah mereka juga mengekori penjajah Inggeris ke Fiji, Mauritius, Guyana, Trinidad, Surinam, Afrika Selatan dan Sri Lanka sebagai pedagang, guru, doktor, pembantu hospital, mandor dan pentadbir.
Sekadar maklumat, kerajaan India membahagikan orang India yang bermastautin di luar negara kepada dua kumpulan iaitu non-resident Indians (NRIs) atau orang India yang tidak tinggal di dalam negara dan Persons of Indian Origin (PIOs) atau orang keturunan India.
Kerajaan India mengakui seseorang itu sebagai PIO untuk jangka waktu empat keturunan. Adalah dianggarkan ada 25 juta NRI dan PIO di seluruh dunia hari ini.
Apa pun tuntutan rakyat keturunan India, khas yang dibuat oleh Hindraf, ia tidak seharusnya membelakangkan kepentingan negara khasnya dan kaum-kaum lain amnya, apatah lagi menghina dan memalukan Malaysia.
Kita di Malaysia, tidak kira Melayu, Iban, Kadazan, Cina atau India mempunyai isu dengan pemerintah. Sebab itulah tidak semua orang mengundi parti pemerintah.
Kita semua mempunyai ketidakpuasan dan tuntutan, tetapi biar apa pun sungutan kita, imej dan kewibawaan negara janganlah kita korbankan. Akibatnya buruk buat semua.
Tuesday, November 27, 2007
Friday, November 23, 2007
Pulau Batu Puteh: Siapa Lebih Bersedia?
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEKIRANYA Malaysia menang perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di bandar raya The Hague, Belanda, bagi mendapatkan Pulau Batu Puteh, puji-pujian yang melimpah luah pastinyalah akan diberikan kepada perwakilan negara.
Tetapi seandainya Malaysia gagal, pasti ada orang dan pihak yang akan berkata ia adalah kehendak takdir maka kita terima sahajalah. Menyalahkan takdir sudah menjadi amalan ramai pembesar di Malaysia. Tanah runtuh, salahkan takdir, bangunan runtuh, salahkan takdir, mayat bergelimpangan di jalan raya, salahkan takdir.
Menurut laporan terbaru Bernama dari The Hague, perwakilan Malaysia sudah bersedia untuk mengemukakan pusingan terakhir penghujahan lisannya bagi mematahkan hujah-hujan Singapura. Kita berdoa dan berharap mereka tidak menghampakan nagara.
Di seberang Tambak Johor pula, jika mereka menang, mereka akan mendabik dada mengatakan kemenangan itu memang sudah dijangkakan kerana mereka mengemukakan perwakilan yang cekap dan berwibawa.
Tetapi seandainya mereka kalah, sesuatu yang tidak menyenangkan pasti akan berlaku kepada anggota perwakilan itu, sama ada secara terbuka atau diam-diam. Takdir bukan suatu alasan yang kuat bagi melindungi kegagalan bagi pemerintah negara pulau itu.
Kalau Malaysia menang dan kemenangan itu disebabkan pencapaian perwakilannya, maka pastilah ada orang akan mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan minda yang hebat dan superior.
Mengapa saya berkata begitu? Kerana dari sudut perwakilan, Singapura jelas mengemukakan sebuah pasukan peringkat tinggi yang cukup hebat. Manakala kita hanya menghantar perwakilan peringkat pegawai.
Pasukan Singapura, mengikut laporan media, diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh.
Mereka disokong pula oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.
Manakala pasukan Malaysia dikepalai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura.
Umum tentu tahu apa yang terjadi kepada rundingan berkenaan – projek di wilayah Malaysia sendiri terpaksa dibatalkan kerana kononnya ditentang dan diancam oleh Singapura!
Abdul Kadir dibantu oleh Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin dan Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan disokong oleh panel perundangan antarabangsa terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.
Hakim-hakim perbicaraan adalah Raymond Ranjeva, (Madagascar), Shi Jiuyong (China), Abdul G. Koroma (Sierra Leone), Gonzalo Parra Aranguren (Venezuela), Thomas Buergenthal (Amerika Syarikat), Hisashi Owada (Jepun), Bruno Simma (Jerman), Peter Tomka (Slovakia), Ronny Abraham (Perancis), Kenneth Keith (New Zealand), Bernardo Sepulveda Amor (Mexico), Mohamed Bennouna (Maghribi) dan Leonid Skotnikov (Rusia).
Pembabitan peringkat menteri bagi Malaysia, menurut sebuah laporan Bernama, hanyalah kehadiran Menteri Luar Syed Hamid Albar di The Hague pada 12 November “untuk menunjukkan sokongan” kepada pasukan Malaysia.
Kita berdoa bahawa menjelang Jun tahun hadapan, apabila mahkamah membuat keputusan, Pulau Batu Puteh dan dua pulau kecil berdekatannya menjadi milik kita yang sah.
Seandainya tidak, janganlah kita salahkan takdir bulat-bulat. Mesti ada orang yang memikul bertanggungjawab kegagalan itu!
Bukankah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sering mengingatkan bahawa "failure is not a choice" -- kegagalan bukan suatu pilihan?

Sunday, November 18, 2007
Is EC Chairman Mocking the Public?
A Kadir Jasin
[Anonymous comments will not be posted. Please use your real name or a suitable pseudonym. Please avoid seditious, defamatory and libellous statements. And, if possible, don’t call anybody bodoh (stupid). Unrelated comments will not be given priority.]
WHILE still on the subject of general elections, which on Nov. 10 brought tens of thousand protestors to the streets of Kuala Lumpur to demand for fairer election, I must say that I find the Election Commission chairman, Abdul Rashid Abdul Rahman’s Nov. 15 statement intriguing.
His “I knew when the general election would be held but I won’t tell” statement to the Press was in bad taste and out of place. It amounted to mocking the public and made the status of the commission undignified.
His statement can be read as an indication that the commission is in collusion with the government because only the government or, to be precise, the Prime Minister determines the date of the election.
Abdul Rashid’s statement has the effect of confirming the Bersih movement’s claim that the government parties have an unfair advantage over the oppositions and that the electoral process lacks transparency.
No less significant is the fact that the EC chairman’s statement contradicted the stance of the Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. When asked during the recent Umno General Assembly, Abdullah said he was yet to receive an inspiration on the date of the election.
For the record, “belum dapat ihlam” or haven’t yet received the inspiration has been Abdullah’s standard response to many urgent and difficult questions.
So who is lying? Or to be more palatable, who is not telling the truth – the PM who is still waiting for inspiration or the talkative EC chairman who said he knows the date but will not tell?
Bad information management and loose talks by a high official like Abdul Rashid can only lead to one thing – giving the Bersih campaigners more ammunitions to shot at the government.
Although Abdul Rashid had seen it fit to “tease” the public with his inappropriate statement, the general indications suggest that the general elections will be held after Jan. 29, 2008 when the EC is expected to complete its briefings and courses for returning officers and assistant returning officers throughout the country.
The first of the series started in Malacca on Nov. 15. The last, according to Abdul Rashid, would be held at the EC headquarters in Kuala Lumpur on Jan. 29, 2008.

Tuesday, November 13, 2007
Tun Dr M Mula Bertugas
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kembali bertugas hari ini setelah menjalani pembedahan jantung kali kedua 4 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Pembedahan pertama pada tahun 1989.
Beliau kelihatan sihat walaupun belum pulih sepenuhnya ketika ditemui di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Saya dan blogger Pahit Manis (Ahmad A Talib) mengunjunginya pada jam 11 pagi ini dan kami berbual-bual lebih sejam – separuh daripadanya disertai “doktor peribadi” beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau.
“Saya ingin berjumpa lebih ramai pengunjung tapi belum cukup kuat. Semua kesan pembedahan sudah sembuh. Saya sudah dua kali ke IJN jumpa doktor. Saya tak perlu lagi jumpa mereka sehingga tiga bulan,” katanya.
Kata Dr Mahathir beliau masih belum pulih sepenuhnya tetapi berasa semakin lega dan kuat, tanpa masalah pernafasan dan kepenatan.
Ditanya apa yang perlu beliau dilakukan, Dr Mahathir menjawab sambil tersenyum: “Doktor suruh saya makan banyak-banyak. Tapi ada masalah. Saya sukan makan sikit-sikit. Tak ada pantang. Kena makan banyak daging untuk dapat protein. Nasi lemah, roti canai semua boleh makan.
“Saya kena naikkan berat badan kepada berat sebelum pembedahan iaitu 62 kg. Sekarang saya 58 kg.
“Saya kena banyak senaman. Sekarang saya jalan kaki dua kilometer sehari, di rumah dan di tepi Tasik Putrajaya.”
Dr Mahathir berkata ramai orang dan banyak pihak meminta mengunjungi beliau, khasnya pada tempoh mesyuarat agung Umno baru-baru ini.
“Ada yang nak datang dengan rombongan. Tapi minta maaflah saya belum bersedia lagi,” katanya.
Alhamdulliah.

Sunday, November 11, 2007
Petisyen Kepada Yang di-Pertuan Agong Cukup Istimewa
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SAMA ada 40,000 orang seperti dianggarkan oleh sesetengah pihak atau empat orang mengambil bahagian dalam perhimpunan bagi menuntut sistem pilihan raya yang lebih demokratik, adil dan telus tidak penting lagi.
Juga tidak penting ialah hakikat bahawa perhimpunan itu diadakan walaupun polis enggan memberi permit.
Juga tidak penting ialah percubaan polis menyekatnya dengan mengadakan sekatan jalan raya di dalam dan di sekitar ibu negara.
Yang penting, istimewa dan luar biasa ialah para penganjur perhimpunan itu berjaya menyerahkan petisyen mereka kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Menurut laporan laman berita bebas Malaysiakini, pada jam 4.00 petang 10 November, perwakilan Bersih yang diketuai oleh Anwar Ibrahim (Keadilan) dan diiringi Hadi Awang (Pas) dan Lim Kit Siang DAP) telah menyerahkan petisyen itu kepada Setiausaha Yang di-Pertuan Agong di pintu masuk Istana Negara.
Update, Nov. 12
This is what the PM had to say about the Saturday’s demonstration, according to The Star:
“Saturday’s street protest in Kuala Lumpur was an attempt to drag the royalty into opposition politics, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said.
“He described the illegal gathering, that also saw the involvement of five opposition parties, as a political gimmick.”
(Sambungan posting asal)
Itulah yang penting – Bersih menyerahkan petisyen kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara langsung atau tidak, Raja-Raja terbabit atau dibabitkan dalam isu yang berbentuk politik.
Soalnya sekarang, apakah akan terjadi kepada petisyen itu?
Lazimnya petisyen dihantar kepada kerajaan atau wakilnya. Tetapi dalam peristiwa ini, ia diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong – kepada Raja.
Apakah Yang di-Pertuan Agong akan menyerahkannya kepada kerajaan – maksudnya kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi – untuk tindakan?
Atau apakah Baginda akan membawanya ke pengetahuan Majlis Raja-Raja?
Buat masa ini, berdasarkan perkembangan semasa, jawapan mungkin terletak kepada soalan kedua – petisyen itu akan dibawa ke muka Majlis Raja-Raja.
Tetapi Majlis Raja-Raja dengan sendirinya tidak mempunyai kuasa atau kapasiti untuk bertindak. Namun begitu ia boleh “menitahkan” kerajaan agar bertindak ke atas petisyen itu.
Tidak boleh dinafikan yang para penganjur Bersih memilih jalan ini – iaitu merayu terus kepada Raja-Raja -- kerana mereka menyedari wujudnya suasana di mana Raja-Raja Melayu tidak lagi “menerima bulat-bulat” semangat dan pengertian “atas nasihat Perdana Menteri.”
Ini pula mungkin dicetuskan oleh persepsi bahawa wujud “perbezaan pendapat” antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan dalam pelantikan kehakiman baru-baru ini di mana tempoh jawatan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim tidak dilanjutkan dan Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dilantik pemangku Ketua Hakim Negara.
Namun begitu kita wajib ingat bahawa manakala kita taat dan setia kepada Raja-Raja kita, kontrak kita adalah dengan kerajaan.
Kitalah yang memberi mandat dan kuasa kepadanya melalui undi kita. Kerajaan wajib mempertahankan hak kita.
Berfikirlah!

Wednesday, November 07, 2007
Daripada Melayu Glokal Kepada Melayu Angkasa
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. MASIH ada pembahas yang menggunakan pengenalan “anonymous”. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
KETIKA merasmikan pembukaan bersama Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno tahun lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, menyarankan agar orang Melayu mengamalkan konsep glokal.
Mohon maaf kalau sampai hari ini pun saya belum mengerti saranan Timbalan Perdana Menteri itu.
Pertama, mungkin kerana keupayaan intelek dan minda saya tidak sampai ke tahap yang membolehkan saya memahami segala konsep dan label yang “tinggi-tinggi” dan “canggih-canggih” yang menjadi kesukaan kini.
Kedua, setelah membandingkan kupasan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai glokal dengan apa yang dibincangkan mengenai glokal (glocal dalam bahasa Inggeris) sejak beberapa dekad lalu, saya mendapati beliau memberi interpretasi yang agak berlainan.
(Pengertian umum konsep ini adalah kemampuan seseorang individu, masyarakat atau bangsa berfikir secara global dan bertindak secara tempatan.)
Namun apa pun maksud beliau, saya berasa agak gembira kerana bukan semua usaha yang dilakukan sejak 50 tahun lalu untuk menaikkan taraf (status) orang Melayu sebagai bangsa merdeka dan bangsa induk di Malaysia menemui kegagalan.
Bilangan orang Melayu semakin ramai. Orang Melayu lebih tinggi persekolahannya. (Saya sengaja tidak menggunakan ungkapan lebih tinggi ilmu kerana seseorang itu boleh bersekolah sehingga ke universiti tetapi masih tidak berilmu).
Orang Melayu juga lebih kaya daripada sebelum merdeka walaupun orang Cina dan India jauh lebih kaya. Malah jurang pendapatan antara mereka dengan kaum-kaum Cina dan India sebenarnya semakin meluas, khususnya sejak krisis ekonomi serantau 1997/98.
Malah jurang pendapatan antara orang Melayu yang tidak berada dengan orang Melayu yang berada juga semakin luas mengikut ukuran Pekala Gini (Gini co-efficient).
Orang Melayu terdedah kepada pelbagai bentuk dan saluran maklumat dan hiburan. Tetapi majoriti orang Melayu memilih telenovela Indonesia, Filipina, Argentina dan drama swasta daripada saluran maklumat dan ilmu seperti National Geographic, Animal Planet, Discovery Channel, History Channel, BBC, CCTV9 dan Al-Jazeera.
Saya tidak perlu sebut mengenai Akademi Fantasia kerana fantasi, angan-angan dan khayalan adalah sebahagian padu daripada minda Melayu.
Walaupun mereka berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia tetapi mimpi mereka adalah mimpi Bollywood, mimpi Manila, mimpi Beunos Aires dan mimpi Jakarta.
Maka saya bertanya, adakah masih bertuah bumi kita Malaysia?
Dengan minda Melayu yang sebegini atau disengajakan agar menjadi begini maka amat kenalah kalau tahun ini, di majlis yang serupa, Mohd Najib mahu “mengangkasakan” orang Melayu.
“Mengangkasakan bangsa” jerit Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Ini pastinya satu pengalihan perhatian yang bijak di saat-saat mimpi indah dan khayalan orang Melayu terbanyak semakin diganggu gugat oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan, jenayah yang semakin menjadi-jadi, ketidaktentuan mengenai siapa berkuasa -- Majlis Raja-Raja atau Kabinet? -- dan banyak lagi isu-isu pokok yang merisaukan.
(Mungkin elok kalau ketika para perwakilan memuji dan memuja idola, mentor dan “protector” masing-masing, mereka bertafakur sejenak sambil menyedekahkan Al-Fatihah dan memohon kepada Ilahi agar pembunuh Nurin dan semua penjenayah durjana dibalas dosa mereka, kita dihindarkan daripada bala dan para khalifah serta ketua kabilah kita diberi petunjuk.)
Apa yang dihujahkan oleh Mohd Najib dan diuar-uarkan oleh media massa arus perdana yang akur hanyalah sambungan kepada impian Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan “towering Malays”.
Disebabkan tiada istilah rasmi bahasa Melayu bagi “towering Malays” -- mungkin kerana pemikir Melayu yang berkuasa hari ini selesa berfikir dalam bahasa Inggeris – maka saya menterjemahkannya sebagai “Melayu yang tinggi menjulang perwatakannya” supaya orang kampung Tanah Merah, Pendang, Kedah dan Kampong Bongek, Negeri Sembilan boleh faham.
Maaf kalau saya katakan masih ramai orang Melayu yang sukakan cogan kata dan bahasa besar sebegini. Mereka sukakan sesuatu yang abstrak yang mereka tidak faham tetapi sedap disebut dan canggih bunyinya.
Mungkin oleh kerana majoriti orang Melayu mudah dipengaruhi oleh cogan kata, konsep abstrak dan label-label yang indah inilah maka orang yang cerdik, pintar atau putar belit macam Ayah Pin boleh meyakinkan orang Melayu bahawa dia boleh menjadikan mereka tinggi mengawan dengan menubuhkan “kerajaan langit” (sky kingdom).
Atau apakah minda Melayu sebenarnya masih terperangkap dan membeku dalam cerita hikayat dan mitos – bahawa asal-usul mereka adalah dari langit, dari kayangan daripada kalangan dewa-dewa dan dewi-dewi, daripada keturunan Malim Deman dan Malim Dewa?
Mohon ampun kalau rencana kali ini, seperti yang amat saya takuti dan benci, menjadi abstrak, sinis dan skeptis (maaf juga kerana menggunakan istilah saduran bahasa Inggeris).
Antara koridor dan “towering Malays”, antara “Islam Hadhari” dan integriti, antara Melayu glokal dan Melayu angkasa, saya sesat dalam pemikiran sendiri. Mungkin minda saya yang terperangkap dalam kebekuan masa. Minta dijauhkan Allah Taala.
Nota kaki: Ketua Wanita Rafidah Abdul Aziz berkata hentikan kenyataan-kenyataan retorik dan sebaliknya tangani isu-isu pokok yang menyentuh massa.
Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein berkata ada kesan yang menguntungkan daripada saluran baru maklumat dan komunikasi termasuk blog.
UPDATE
Untuk rekod: Tahun ini, kalau saya ke PWTC untuk mengikuti MAT, saya terpaksa hadir sebagai wartawan yang tidak diberi akreditasi – unaccredited.
Sehingga petang ini, saya belum mendapat pas wartawan/media daripada Ibu Pejabat Umno (IPU).
Pertanyaan oleh pejabat saya kepada Nor Azilah Abdul Munir, Unit Media, IPU, mendapat jawapan melalui SMS seperti berikut: “Dato husainay lum luluskan. Minta maaf byk2 zla tggu arahan je. Tq.”
Dalam bahasa formal: Dato’ Husainay belum luluskan. Minta maaf banyak-banyak Zila tunggu arahan sahaja. Thank you.”
Pada kira-kira jam 5.20 petang tadi, pejabat saya sekali lagi menghubungi Nor Azilah untuk mendapatkan pengesahan dan diberitahu bahawa tiada perkembangan lanjut kepada permohonan saya itu.
Saya sendiri menghantar pesanan SMS kepada kepada Nor Azilah pada kira-kira jam 3.00 petang tetapi tiada respons. Pesanan saya berbunyi: “Sdri Nor Azilah, mohon maaf. Saya A Kadir Jasin mohon pengesahan sama ada permohonan pass saya diluluskan atau tidak. Salam dan terima kasih.”
Bagaimanapun, elok dinyatakan bahawa permohonan pas wartawan lain dari pertubuhan saya diluluskan.
Namun saya masih boleh ke PWTC sebagai seorang wartawan, ahli parti, pengunjung biasa atau sebagai pelanggan pasar lambak MAT. This is a free country.

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).