Thursday, January 31, 2019

Hutang ECRL dan Opera China


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Najib merasmikan pecah tanah projek ECRL di Pahang tahun 2017
MALAYSIA adalah negara pertengahan dari segi keluasan wilayah, bilangan penduduk dan ukuran ekonomi.

Tetapi dalam beberapa hal dan sudut, ia boleh dikatakan besar.
Misalnya, sebagai negara yang ditakrif sebagai negara Islam kita adalah antara yang termaju.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Dalam banyak hal kita jauh lebih maju dan progresif daripada negara-negara Islam yang lebih besar dan kaya.

Tetapi yang benar-benar membezakan Malaysia daripada negara Islam yang lain sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah keberanian kita mengambil pendirian dalam isu-isu utama dunia.

Di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mulai awal tahun 1980-an, keberanian kita berhujah dan menawarkan kepemimpinan dalam forum antarabangsa telah mendapat pengiktirafan global.

Inilah antara punca yang menyebabkan negera-negara raksasa seperti China dan Amerika berhati-hati dalam perhubungan dengan Malaysia, khususnya apabila Dr Mahathir kembali menerajuinya.

Macam mana marah pun mereka kepada beliau kerana dianggap “recalcitrant” – dalam bahasa yang mudah keras kepala – namun mereka mengakui bahawa suara beliau mempunyai pengaruh ke atas pendapat antarabangsa.

Dalam konteks projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang masih hangat dibincangkan walaupun di peringkat rasmi telah dikunci mulut, kita terpaksa mengambil tindakan tegas dan bijaksana walaupun tujuan kita bukan sekali-kali menghukum atau memalukan China.

Kita sekadar mengatakan dengan ikhlas bahawa kita tidak mampu menanggung beban hutang membina landasan itu dan membiayai penyelenggaraannya selepas itu.

Sebelum ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, kerajaan BN telah membuat komitmen kepada kerajaan China untuk berhutang RM55 bilion untuk membina ECRL dan memberikan kontrak pembinaan kepada syarikat milik kerajaan China.

Sekarang sudah pun diketahui umum bahawa pinjaman RM55 bilion itu bukan semata-mata untuk membiayai ECRL tetapi juga untuk menolong menampung hutang dan penipuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Segala beban hutang, penipuan dan pembaziran zaman bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak,kini menjadi beban dan tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Masalah ECRL

Walaupun bukan sekali-kali tujuan kita bermusuh dengan China atau juga mana-mana negara namun kepentingan negara dan rakyat jelata adalah lebih utama.

Matlamat kerajaan PH dalam isu ECRL ini adalah untuk meringankan beban hutang negara sebanyak yang mungkin.

Maka dalam perkiraan kerajaan PH adalah lebih baik menamatkan projek itu dan membayar ganti rugi kepada China atau kalau terpaksa dilaksanakan juga ialah hendaklah dengan kos dan syarat yang lebih ringan.

Ada sumber berkata, walaupun hutang projek itu sekarang RM55 bilion tetapi apabila diambil kira kos dan tanggungan jangka panjang ia mungkin mencapai RM100 bilion atau lebih.

Masalahnya sekarang kita sudah disedut masuk ke dalam geopolitik China. Kita dalam dilema ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Kita memerlukan pasaran China untuk barang-barang dan perkhidmatan kita manakala China pula takut pembatalan ECRL akan berjangkit kepada negara-negara lain yang mempunyai perjanjian yang sama dengannya.

Rasanya dunia lebih mengambil berat perhubungan dengan kita sejak Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.

Selain rundingan di belakang tabir, China baru-baru ini melancarkan apa yang saya istilahkan sebagai “diplomasi opera”.

China terkenal dengan opera atau di negara kita disebut  wayang Cina.

Kedutaan China di Malaysia dilaporkan telah merakam dan mengedarkan sebuah lagu bagi memperingati 45 tahun perhubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.

(Boleh Tonton Di Sini).

Di dalam dunia di mana diplomasi dan ekonomi tidak dapat dibezakan serta dipisahkan, kita tidak ada pilihan selain mencari jalan keluar terbaik tanpa menjejaskan air muka, menoda kedaulatan dan membebankan kewangan negara.

Apa pun kesudahan kepada episod ini, pengajaran dan iktibarnya amat jelas, iaitu di tangan sebuah kerajaan, sebuah parti politik dan seorang pemimpin yang korup, negara boleh menjadi muflis, tergadai dan terjajah.

Maka di bahu siapa pun terpikul tanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut ECRL ini, diharapkan bahawa penyudahnya biarlah negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah.

Wallahuaklam.

Tuesday, January 29, 2019

Clear and Present Danger For PH


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold

 
The BN retained Cameron Highlands with larger majority
SEMANTICALLY speaking, the Pakatan Harapan (PH) did not lose the Cameron Highlands parliamentary seat in the January 26 by-election.

The seat did not belong to it in the first place. The results were a status quo. The Barisan Nasional (BN) retained the seat.
[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

What is significant is the ruling PH lost to the opposition BN with a larger majority.

In the last May 9 General Elections the PH candidate, Manogaran Marimuthu (from the DAP), lost to BN’s Sivarraajh Chandran (MIC) by 597 votes (2.45%) in a 79-per cent voter turnout and a 5-way fight.

Sivarraajh subsequently lost the seat after an election court on last November 30 found him guilty of vote-buying.

On January 26, Manogaran, who was contesting the Pahang seat for the third time, was unequivocally defeated by the BN’s novice candidate, retired police officer Ramli Mohd Nor, 61.

Ramli is "first" on at least three counts. He is an Orang Asli. He does not belong to any political party. He successfully contested on behalf of the BN.

He polled 12,038 votes against Manogaran’s 8,800 to earn a majority of 3,238 votes or 15.11 per cent on a turnout of 68.79 per cent.

There are several factors that contributed to BN’s larger victory.

Choice of candidates

The BN’s high stake poker game paid off. Taking away the traditionally MIC seat and giving it to an independent Orang Asli had minimised acrimony between Umno and the MIC.

Being an Orang Asli, it was easier for Ramli to garner the support of his community that makes up 21.56 per cent of the electors.

No one ethnic group is in majority in Cameron Highland. Apart from the Orang Asli, there are the Malays (33.5 per cent), Chinese (29.48 per cent) and Indians (14.91 per cent).

Ramli, being a Muslim Orang Asli, was naturally favoured by the Malays as well. Since Pas opted out, he also benefited from the party’s votes.

In the nutshell, the BN got a boost from three sources namely the Orang Asli, the Felda Malays and the Pas supporters.

Post-Cameron Highlands

It is wise for the PH strategies and planners to take note of the readiness of Umno to innovate and its growing friendship with Pas.

Taking away the seat from the MIC and giving it to an independent Orang Asli candidate was a master stroke. In so doing it reduced the disenchantment among its minority Indian supporters.

The PH, on the other hand, started the race with a disadvantage. For a start Cameron Highlands was not its seat and its candidate wasn’t exactly everybody’s first love. Twice defeated he wasn’t also a fresh face.

The highland seat has always been a BN stronghold dedicated to the MIC. It is said that whenever an MIC leader felt unsafe he would run up the mountain to seek refuge in Cameron Highlands.

Additionally, the PH suffered what all government parties went through after a successful general election – the honeymoon ended and the dissatisfaction set in.

The PH record in the last eight months has fallen short of the expectation of even its most realistic and  loyal supporters.

Granted that it took over from the kleptocratic BN government a crippled economy and a corruption-riddled administration, the people are yet to feel the real fruits of their labour.

They had expected former Prime Minister, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, to be jailed months ago.

They were upset seeing him behaving as if he is still the Prime Minister. His supporters are regaining their confidence and are urging him on – the latest being with the “apa malu bosku” campaign.

Without depriving him and his co-conspirators justice, the people will be happier if they are assigned to the prison for their offenses as soon as possible.

Underperforming

Then there are the more fundamental things like the prices of goods and services, unemployment and affordable homes.

The complaints are familiar. Ministers, deputy ministers and their political aides are not as friendly and as hardworking as when they were in the opposition.

Now that they are in the government, they are bureaucratic, distant and unfriendly. Some even picked up fights with their own supporters. This is suicidal.

After promises upon promises being broken, the people don’t anymore buy the “akan kaji” (will study) excuses and blaming the last government.

I am forced to give poor marks to minsters responsible for food production, supplies, transportation, pricing, monitoring and enforcement. Affordable food is becoming an issue. Old people had been reported dead fighting for free food!

Ministers responsible for national unity, rural development, education and tourism too must roll up their sleeves or continue to face the call for their removal.

During the Cameron Highlands campaign I saw Ministers and their deputies crowding around the VIP’s tables instead of mixing with the people.

PH leaders must be seen mixing with the rakyat more often if they want to continue to stay in power.

As a government, they must be united and act decisively against racism and extremism being openly instigated by the oppositions.

The people who took the risk voting for the PH during the last general elections deserve better than what is currently being offered.

As I put it in my Facebook posting on January 27, the Cameron Highlands results suggest that there is a clear and present danger for the PH. So be forewarned.

If the people could vote the PH in, they could also vote the PH out.

Wallahuaklam.

Thursday, January 24, 2019

An Unlikely WhatsApp Message


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

AS a writer, I received a fair bit of untypical and unsolicited messages though the telephone, via this blog and in the email.

[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

With the proliferation of social media platforms like WhatsApp, Facebook, Twitter and Instagram, messaging becomes as commonplace as the “keloi”, the beating of the drums and the smoke signal of the bygone era.

But one WhatsApp message I received on January 21 from an unrecorded number took me by surprise.

It was from a person who could be described as well-known in the sense that his exploits have become the media staple.

He was once believed to be a member of the inner circle of the former Prime Minister, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.

Their association became quite a sensation because, according to media accounts, it involved all the elements of a hot story - money, power, projects and many more.

But some time ago news broke out about an acrimonious break-up between this man and Najib.

For the above reasons I decided not to respond to the man’s WhatsApp. He was being presumptuous when he wrote: “I would like to discuss an important matter which is of mutual interest.”

I can’t image what “mutual interest” I could possibly have with him. We have never met or communicated in whatever manner.

Then I received a phone call from an unlisted number and the caller turned out to be him.

So I was forced to respond. I told in not so many words that I do not want to get involved in whatever that he is doing and as such no further communication is unnecessary.

I wasn't being rude or "unjournalistic". As a reporter I should have jump at the opportunity to listen to the inside story about Najib and his gang.

But there are people and things that even a hungry news hound are well advised to keep away from.

My reason for posting this cryptic news is to avoid the two brief exchanges from being used to implicate me in whatever that is happening between this man and Najib.

As for the friend who gave my telephone number to him, I must say that I am upset. He should have asked me first.

Tuesday, January 22, 2019

Kes 1MDB: Adakah Najib Telah Mengaku Salah?


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Hadir mahkamah:Kenyataan terbaru boleh dijadikan bukti
Najib: 1MDB bukan silap saya seorang, seluruh sistem gagal (Malaysiakini).

Najib: 1MDB not one man's fault, it's a systemic failure (Malaysiakini).

Skandal 1MDB: Jangan salahkan saya, ia kegagalan sistem, kata Najib (Free Malaysia Today).

Najib Blames ‘systemic failure’ in 1MDB (Malaysian Insight).

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Di atas adalah beberapa tajuk berita berkaitan jawapan bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, kepada wartawan di Cameron Highlands 18 Januari lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang bertanya jika Najib juga akan meminta maaf selepas bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs, menyatakan rasa kesal dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas peranan bekas pegawai tingginya, Tim Leissner, dalam skandal 1MDB.

"Kami telah meletakkan sistem termasuk Goldman Sachs dan semua juru audit, mereka sepatutnya memberitahu kami jika ada sebarang perkara yang tidak dijangka berlaku. Kami juga ada lembaga pengarah, pengurusan dan lain-lain lagi.

"Jadi ia kegagalan seluruh sistem. Ia (kesilapan) tidak boleh hanya diletakkan kepada hanya seorang saja, ia kegagalan seluruh sistem," kata Najib.

Saya menunggu lama sikit untuk mengulas kerana saya kurang pasti kalau Najib benar-benar membuat kenyataan itu atau media massa tersilap lapor.

Tetapi sehingga sekarang tidak terbaca penjelasan atau penafian daripada bekas “Malaysian Official One” atau Pegawai Nombor Satu Malaysia itu, maka kesimpulannya benarlah dia membuat kenyataan tersebut.

Dalam bahasa paling mudah, dia mengaku terbabit dengan skandal 1MDB cuma bukan bersendirian tetapi bersama dengan orang lain.

Konspirasi 1MDB

Satu dunia sudah tahu bahawa 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.

Kita tahu Jho Low terlibat. Kita tahu Goldman Sachs terlibat. Begitu juga beberapa buah firma perakaunan antarabangsa.

Juga terlibat adalah Arul (Azrul) Kanda Kandasamy, Khadem al-Qubaisi, Mohammad Al Hussaini, Ahmad Maslan dan Shahrir Samad. Malah banyak lagi.

Mereka ini terlibat menipu negara dan rakyat jelata melalui operasi 1MDB, melindungi kesalahan, menerima dan mengubah duit haram yang berasal dari operasi songsang 1MDB, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Setidak-tidaknya pun mereka menyokong Mohd Najib walaupun mempunyai bukti yang cukup bahawa berlaku penyelewengan besar dalam urus tadbir 1MDB.

Cuma yang mengejutkan adalah Mohd Najib sendiri secara terbuka mengaku kepada khalayak ramai bahawa beliau terlibat bersama beberapa orang lain dalam skandal yang menyebabkan terjadi kegagalan sistemik dalam 1MDB.

Saya sudah banyak kali menyebut dan menulis mengenai kegagalan yang sistemik dalam urus tadbir 1MDB dan kerosakan institusi yang sistematik dan meluas ketika pemerintahan Mohd Najib.

Mohd Najib dan beberapa orang yang bersubahat dengan beliau telah pun dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan melibatkan penyonglapan, pecah amanah dan pembersihan duit haram 1MDB.

Lain yang turut dituduh adalah isteri Mohd Najib, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Jho Low, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri “Kasut Merah” Irwan Serigar Abdullah, bekas pendakwa raya kes Liwat 2 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kandasamy.  

Khianati Diri

Seperti yang biasa dengan kes mahkamah, semua mereka mengaku tidak bersalah dan sedang dibicarakan. Dengan itu juga maka bermulalah drama mahkamah.

Macam dijangkakan, pasukan pembelaan Mohd Najib sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah (tricks) untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

Tipu helah mereka ini samalah dengan yang digunakan oleh ahli politik dan pembesar lain yang diseret ke mahkamah sebelum ini.

Mohd Najib sudah pun memulakannya dengan “enggan” masuk kandang orang kena tuduh dan pasukan pembelaan beliau membantah kehadiran pegawai tertentu di pihak pendakwa.

Yang nampaknya belum digunakan oleh Mohd Najib adalah berpura-pura sakit dan minta dimasukkan ke hospital. Sebaliknya kita lihat beliau segar-bugar dan cergas berpolitik, membuat tampalan media sosial dan berkempen pilihan raya kecil.

Justeru itu, kita janganlah berharap sangat untuk melihat Mohd Najib dan tertuduh lain disumbatkan ke penjara dalam masa yang singkat melainkan kes yang mudah, macam pengubahan wang haram, dibicarakan dahulu.

Kita boleh mengambil perbicaraan pembesar politik sebelum ini sebagai contoh. Kes pecah amanah dan salah guna kuasa boleh dibuktikan dengan mudah berbanding pembunuhan atau liwat.

Ada orang kata, kes pengubahan wang haram (money laundering) juga boleh dibuktikan dengan mudah.

Berbalik kepada pengakuan terbuka Mohd Najib kepada media massa di Cameron Highlands, yang menjadi persoalan adakah kenyataan itu akan memberikan kesan kepada kes mahkamah yang beliau hadapi?

Adakah beliau telah menganiaya (incriminate) diri sendiri dengan mengaku bahawa beliau terlibat dengan kes kegagalan sistemik 1MDB?

Pengakuan atau “admission” Mohd Najib itu mengukuhkan lagi pendapat umum bahawa memang beliaulah kepala skandal 1MDB dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa syarikat milik negara itu.

Soalnya adakah pengakuan beliau itu juga boleh dijadikan bukti sahih (admissible evidence) dalam perbicaraan beliau dan konco-konconya?

Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah Mohd Najib berkata memang berlaku kegagalan sistemik dalam 1MDB dan beliau terbabit. Tetapi bukan beliau seorang sebaliknya banyak orang lain turut terlibat.

Wallahuaklam.

 

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).