Monday, April 29, 2013

Akhirnya Kita Sendirilah Yang Kena Putuskan


 A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
 
DISEMASAKAN dan DIROMBAK

SEORANG pelawat blog ini yang berupa seorang usahawan/kapitalis Melayu yang berjaya bertanya saya, mengapa lama tidak menampalkan rencana baru. 

Saya katakan kepada beliau, fikiran saya buntu. Buntu bukan kerana ketiadaan idea, tetapi kerana lambakan maklumat yang berlebihan. Susah memilih yang mana satu hendak didahulukan.

Kalau kita membaca, mendengar dan menonton media arus perdana (MAP), semuanya baik dan lancar bagi Barisan Nasional (BN) dan semuanya buruk dan buntu bagi Pakatan Rakyat (PR). BN akan menang besar dan PR kalah teruk.

Kalau baca Rocket, Suara Keadilan, Harakah dan Selangor Times tentulah semua yang berkaitan PR baik dan harum; semua mengenai BN buruk dan busuk. Akhbar percuma The Sun dan akhbar-akhbar Cina lebih seimbang.

Portal berita utama memberi liputan yang lebih saksama walaupun pengulas dan pembaca mereka mirip kepada PR.

Di kalangan blogger pula, kurang sekali yang bebas dan tidak memihak. Hampir sama dengan dikotomi dalam MAP – pro atau anti - tidak ada laluan tengah. Maki hamun menjadi hidangan utama oleh pemblog dan pembahas mereka. Demokrasi alam siber bertukar menjadi anarki.

Maka tidak hairanlah kalau banyak pembaca, pendengar, penonton, pengulas dan pembahas tidak ketahuan lagi apa yang hendak dihujahkan sehingga pilihan raya nampak seolah-olah ibu kepada segala matlamat dan bukan lagi cara untuk mencapai matlamat, iaitu pemerintahan yang unggul.

Apa Isunya?

Saya pun tidak pasti lagi apakah yang dikehendaki pengundi atau apa yang ditawarkan kepada mereka oleh parti-parti yang bertanding. Terlalu banyak dan bercelaru.

Jadi saya tidak berani dan berasa sangat tidak layak untuk bercakap bagi pihak orang lain. Justeru itu, saya hanya berani bercakap bagi pihak diri saya sendiri kerana akhirnya setiap orang daripada kita terpaksa putuskan sendiri apakah isu dan perkara yang akan mempengaruhi cara kita membuat pilihan.

Bagi saya, berikut adalah isu, hal dan ketetapan yang akan mempengaruhi pilihan saya:

1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.

2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that breaks the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah. (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen).

4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan – busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat. (Kerajaan Pusat dan negeri).

5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM – selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (Kerajaan Pusat).

6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat).

7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur. (Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor).

8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata. (Kerajaan Pusat).

9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.

Sekatan dan Imbangan Penting

Zaman kerajaan kuat dan monopolistik sudah berlalu. Semakin maju negara, semakin kita memerlukan sistem sekatan dan imbangan (checks and balances) yang kuat bermula dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei. Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada. Nombor siri saya ialah Ee Say Say (244). Kalau nak tikam ekor bolehlah cuba. Tapi orang Islam tak boleh, berdosa.

Saya mengundi di Selangor di mana kerusi DUN ditandingi BN (Umno) dan PAS. Dalam PRU 2008, PAS menang. Bagi Parlimen, BN (MCA) bertemu DAP. Pada 2008, DAP menang. Siapa akan menang kali ini? Wallahualam.

Tuesday, April 23, 2013

GELANG PATAH AND OTHER MORTAL 'KOMBATS'


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

WHILE almost all political big guns are sticking to their safe domains, a few Barisan Nasional and Pakatan Rakyat leaders are testing their worth in unfamiliar territories. They are either extremely brave and confident or are suicidal.

The biggest risk taker has to be the DAP’s supremo, Lim Kit Siang who moved from his Ipoh Timur sanctuary in Perak to Gelang Patah in the Barisan Nasional stronghold, Johor.

The next is PAS’s vice-president, Salahudin Ayub, who left his adopted Kubang Krian fortress in Kelantan for Pulai parliamentary seat in his home state of Johor. Tipped to be the PR Menteri Besar should the BN is ousted, he also contests the Nusa Jaya state seat, one of the two in Gelang Patah.

The two BN risk takers are Abdul Ghani Othman, who is taking on Lim in the Gelang Patah and Mukhriz Mahathir who shifted from his “marginal” parliamentary seat of Jerlun to the state seat of Ayer Hitam, one of the two in Jerlun. Ayer Hitam was won by PAS in 2008.

How Would They Fair?

Lim is gambling whatever is left of his four decades plus political career. Gelang Patah could be his Little Bighorn where, like the US Cavalry Commander George Armstrong Custer 136 years ago, he is making his last stand.

Gelah Patah is a BN stronghold. It was only in the 2008 that the BN’s supremacy was challenged. In 2004, Tan Ah Eng (BN/MCA) garnered 78% of votes while his PKR challenger, Song Sin Kwee 18%. In 2008, however, Tan’s take fell drastically in concert with overall trend to 55% and the PKR’s haul via Dr Zaliha Mustafa rose to 41%.

Lim is hoping to improve significantly on the PKR’s 2008 performance. So far he has not failed in his venture into a new seat. Since the 1969 general election  – his first - Lim had won parliamentary seats in four states namely Malacca, Selangor, Penang and Perak. He has also been a member of the State Legislative Assembly in Malacca and Penang.

Abdul Ghani, on the other hand, is banking on his long service as the Menteri Besar and the hype about the popularity of the Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak.

Gelang Patah is a mixed constituency, which is made up of 52.4% Chinese voters, 34.3% Malays and 12.5% Indians 12.5%. Assuming that the bulk of the Chinese votes and a significant percentage of Indians’ side with Lim, he may not have to rely too heavily on Malay votes to win. The pro-PR Malays are unlikely to sway towards Abdul Ghani. They will stay with the PR and vote for Lim.

The BN has to work hard to convert the fence sitters among the Malays. The results of the 2008 general election indicated a widespread protest among the traditional BN supporters. Out of 60,653 ballot papers returned, 2,244 were rejected, indicating a high level of protest votes. Exponential increase in voters could work in Lim’s favour. There has been an increase of 28,188 voters to 106,684 from the last general election.

The battle is tougher for the amiable Salahuddin who is facing BN incumbent Nur Jazlan Mohamed in Pulai. In 2008, Nur Jazlan defeated his PAS rival by a whopping majority 20,449 after obtaining 38,036 votes. Salahuddin may fair better in the state seat of Nusa Jaya, one of two in the Gelang Patah. Salahuddin and the entire PR pact need not a tsunami but a rouge wave to wrest Johor from the BN.

Mukhriz too is facing an uphill battle. Unlike in the 2008 when he was a novice and enjoyed the status of being (Tun) Dr Mahathir’s son, this time around he is fighting his own battle.

In the 2008 election, Dr Mahathir enjoyed a considerable sympathy and goodwill from PAS because he was seen as a victim of a vendetta by Abdullah’s camp. Dr Mahathir’s open criticism of Abdullah benefited the oppositions and PAS in particular was lenient towards him.

So, while Mukhriz won the Jerlun Parliamentary seat with a moderate majority, the two state seats went to PAS. BN won only four out of 15 parliamentary seats and 14 out of 36 state seats in the state in 2008.

This time around, the Mahathir’s son factor could even be a minus point for him. With Dr Mahathir championing the BN and actively campaigning for Mohd Najib, and even calling for the return of Kedah to the BN, there would not be such a thing as sympathy and horse-trading for Mukhriz.

The Safety Seekers

THEN there are those who ran for cover. The notable ones being the PAS Deputy President, Mohamad Sabu, in Pendang, Kedah and Malaysian Indian Congress (MIC) President, Palanivel Govindasamy in Cameron Higlands, Pahang.
                              Mohamad Sabu Sheltering In Pendang


Pendang is a PAS stronghold. Since the 1959 genetral election, PAS had won the area, which was previously known as Kota Star Selatan, six times. In the 1974 general election, when PAS was in the BN, the seat was also assigned to PAS. So in all it held the seat seven times in total.
                                     Othman A Four-Time Winner

But the Penang-born Mohamad Sabu is facing a formidable challenge from a BN veteran, Othman Abdul, who won the seat thrice – 1986, 1990 and 1995 – and once in a by-election in 2002. If there is anybody in Kedah BN who can outtalk Mohamad Sabu, it has to be Man Tok Doi as Othman is popularly known in the area.
                                       Running For High Ground

Palanivel, who famously shot down the “offer” by his predecessor and mentor, Samy Vellu, to re-contest in Sungai Siput and gave the undertaking that he would recapture the seat he lost in 2008, is not himself contesting in the MIC’s traditional perch.

Instead he opted for the safer Camaron Highlands seat and shuttled the incumbent, S. K. Devasamy, to Sungai Siput to do battle with the incumbent, Dr Michael Jeyakumar Devaraj of the Malaysian Socialist Party (PSM) who is using the PKR logo. So Sungai Siput is seeing the battle of two Devas.
                                  A Celebrity Shot For Bung

And on a rare occasion you come across a lucky guy like the BN incumbent candidate for Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin. He has a beautiful actress wife a safe seat. Media reports say her presence on the campaign trail is a hit with voters. So who dare say that a spouse is not an asset? And don’t read too much into the picture of Bung and the wife. She was just horsing around with her man.

Saturday, April 20, 2013

Pencalonan Previu Kehangatan PRU Ke-13


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE 23 April

1. PKR bersetuju “menarik diri” daripada bersaingan dengan PAS di kerusi DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera, Terengganu sementara PAS akan melakukan yang sama di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi DUN Sungai Acheh, Pulai Pinang dan Panti, Johor.

2. Umno mengemukakan saman terhadap Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali, dan dua yang lain berikutan kenyataan menuduh Umno di belakang penyebaran sebuah video seks. Peguam Umno, Hafarizam Harun memberitahu pemberita, mengemukakan saman tersebut kerana tuduhan itu bohong dan bertujuan memburuk-burukkan Umno dan menimbulkan kebencian umum.



MUTAKHIR 22 April

1. Umno dilaporkan telah memecat 61 ahli kerana bertanding sebagai calon bebas dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga yang lain kerana menjadi pencadang calon bebas dan kerana tidak mengemukakan kertas pencalonan.

2. PAS pun mengambil tindakan yang serupa ke atas ahli yang bertanding bebas, menjadi pencadang dan penyokong calon bebas. Tiada butir lanjut diberikan.

3. Sim Tong Him, calon DAP bagi kerusi Parlimen Kota Melaka, telah menarik diri daripada bertanding bebas di kerusi DUN Kota Laksamana.

4. PKR Terengganu mengarahkan calonnya yang bertanding menentang PAS di tiga Kerusi DUN - Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi – supaya menarik diri dan menggesa penyokongnya mengundi PAS.

5.Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, nama calon-calon yang menarik diri tetap akan dicetak dalam kertas undi.

6. Bekas Menteri Besar Selangor dan bekas Naib Presiden Umno, Muhammad Muhammad Taib dengan rasminya menyertai PAS dan berikrar berkempen untuk cara hidup Islam.. 

POS ASAL

BERDASARKAN
penamaan calon hari ini, Pilihan Raya Umum ke-13 bukan sahaja sengit tetapi sangat menarik kerana banyak kerusi menyaksikan pertandingan banyak penjuru dan tidak sebuah pun dimenangi tanpa pertandingan. Ada kerusi yang menyaksikan pertandingan tujuh hala.

Perangkaan mutakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 579 calon akan bertanding merebut 222 kerusi Parlimen, termasuk 79 calon bebas dan 1,320 berebut 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 buah negeri, kecuali Sarawak.

Inilah kali pertama sejak PRU 1959 tidak ada kerusi dimenangi tanpa pertandingan. Dalam PRU 2008, BN menang lapan kerusi Parlimen dan tiga DUN tanpa pertandingan manakala PAS menang sebuah kerusi DUN pada hari penamaan calon. [Klik Di sini]

Dalam pilihan raya Parlimen, BN meletakkan 221 orang calon, PKR (99), PAS (73), DAP (51), bebas (79), State Reform Party (STAR) (28), Berjasa (9), Sabah Progressive Party (SAPP) (8), Sarawak Workers Party (SWP) (6), Kita (2), Parti Cinta Malaysia (PCM) (2), dan Bersama (1). Penama BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan.

Bagi pilihan raya DUN, BN meletakkan 505 calon, PAS (236), PKR (172), DAP (102), bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3), dan Socialist Party of Malaysia (PSM) (2).

[Senarai Penuh Di sini]

Ketidakpuasan Punca Banyak Calon Bebas

Sedikit sebanyak, bilangan calon yang lebih ramai itu membayangkan wujudnya ketidaksepaduan di kalangan parti-parti yang bertanding dan di dalam parti akibat pilihan calon.

Tetapi hal ini tidaklah memeranjatkan sangat kerana boleh dikatakan semua parti cuba membuat pembaharuan dengan meletakkan banyak orang baru. Dalam proses itu, tentulah ada penyandang dan orang yang bercita-cita menjadi calon tetapi tidak terpilih akan berasa hampa dan bertindak melawan parti.

Hal ini juga berlaku akibat limpahan politik parti ke dalam pilihan raya seperti pengguguran Ahli Parlimen popular Pandan, Ong Tee Keat yang berupa musuh ketat Presiden MCA Dr Chua Sooi Lek.

Bergantung kepada siapa calon bebas itu, kesan kepada calon-calon parti mungkin negatif. Kalau calon bebas itu bekas ahli parti-parti yang bertanding, kesannya kepada calon rasmi mereka mungkin lebih buruk.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, kegagalan mencapai kata sepakat di kalangan parti anggota menyaksikan calon mereka berlawan antara satu sama lain di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Selangor; Sungai Acheh, Pulau Pinang; Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir, Terengganu; Panti, Johor dan Labuan yang tentunya memberi “advantage” kepada calon Barisan Nasional.

Di mana calon bebas adalah dari BN, khasnya calon yang kuat dan ternama, “advantage” akan berada di pihak PR. Calon-calon bebas sukar untuk menang. Dalam PRU 2008, hanya dua orang menang kerusi DUN daripada 66 yang bertanding dan tidak seorang pun daripada 36 yang bertanding Parlimen, menang. Majoriti hilang deposit.

Pemberontakan Dalam Parti

BN pula mengalami pemberontakan di beberapa buah kerusi di mana ahlinya bertanding sebagai calon bebas seperti Parlimen Kuala Kangsar, Perak; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Pandan, Selangor.

Cabaran dalaman yang paling mengaibkan bagi BN adalah keputusan Timbalan Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim, keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.

Tidak sukar memahami tindakan Kamilia menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon bebas Parlimen. Beliau adalah antara pemimpin atasan Wanita Umno yang berotak, berprinsip dan tidak pandai mengampu.

Ketidakpandaian atau ketidakrelaan beliau mengampu dianggap kesombongan oleh pengkritik beliau. Tetapi yang sebenarnya menjadi masalah adalah pemikiran beliau yang lebih superior daripada banyak pemimpin tertinggi BN. Ada pemimpin atasan BN berasa terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani dalam parti.

Turut memberontak adalah bekas Timbalan Menteri Pertanian, Mohd Shariff Omar, di Tasik Gelugor. Beliau kini bertanding bebas melawan calon BN dan PAS. Calon PAS, Abdul Rahman Maidin adalah juga bekas ahli Umno.

Kalau calon berontak BN di Tasik Gelugor, Kuala Kangsar dan Pandan berjaya memperoleh undi yang cukup besar, harapan BN mengekalkan tiga kerusi itu akan terjejas kerana kemenangan BN pada PRU 2008 tidaklah terlalu besar.

Bagi DAP, antara pemberontaknya adalah Jenice Lee, penyandang DUN Teratai, Selangor dan Sim Tong Him penyandang Kota Melaka. Lee bertanding bebas di Teratai manakala Sim mempertahankan Kota Melaka dan bertanding juga di kerusi DUN Kota Laksamana.

DAP dilihat sebagai bertindak tegas terhadap penyandang yang dianggap tidak berprestasi, bermasalah dan tidak sekata dengan kepemimpinan atasan parti.

Tindakan Taktikal Pasir Mas?

Perkembangan di Pasir Mas sangat luar biasa apabila penama BN, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan dengan itu memberi laluan kepada penyandang, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon bebas, berlawan satu dengan satu menentang PAS.

Ini boleh dilihat sebagai tindakan taktikal yang sangat luar biasa dan mengukuhkan dakwaan bahawa Perkasa yang didukung oleh Ibrahim adalah gerakan bayangan Umno.

Dalam PRU 2008, Ibrahim bertanding dan menang atas tiket PAS dengan majoriti yang besar. Beliau menjadi renggang dengan PAS akibat sokongan PAS kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Semenanjung Malaysia dan isu-isu lain berkaitan Melayu.

Ibrahim mendapat kuasa baru apabila beliau menubuhkan Perkasa bagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam ketika Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mempopularkan 1Malaysia, meritokrasi, transformasi dan keterangkuman.

Dengan menjadikan bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad sebagai “mentor” Perkasa, Ibrahim mendekatkan gerakan itu dengan Umno. Tidak memeranjatkan sekiranya “Faktor Mahathir” menjadi talian hayat kepada Ibrahim ketika pencalonan siang tadi.

Dalam banyak hal, keupayaan Ibrahim memanjangkan hayat politiknya dan kekal relevan boleh dikatakan setaraf dengan Anwar Ibrahim yang kebetulan kontemporari beliau dalam revolusi kampus pada akhir 1960-an dan awal 1970-an. Anwar berpangkalan di Universiti Malaya manakala Ibrahim di UiTM. Ibrahim akan dicabar oleh calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dengan Ibrahim muncul sebagai calon “proksi” BN, Perkasa mempunyai dua orang wakil dalam senarai BN. Seorang lagi ialah bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang bertanding melawan calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam.

Apa pun, kita bersyukur dan gembira kerana proses penamaan calon berjalan lancar dan tanpa kejadian yang merugikan. Kita harap keadaan seperti itu kekal sehingga dan selepas pengundian pada 5 Mei. Pengekalan keamanan dan keselamatan adalah penanda aras kematangan kita berpolitik. Insya-Allah.

Wednesday, April 17, 2013

Mohd Najib Pinning Hopes on New Faces


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

CORRECTION and APOLOGY - I have been informed by debaters "orgkt" and "awangbatuburuk" that Zubir Embong, the proposed BN candidate for Kuala Terengganu parliamentary seat, is not the same Zubir Embong that won in 1986.

"Awangbatuburuk", among other things said: "Sebenarnya Zubir Embong yang dicalunkan oleh BN untuk PRU2013 ini adalah bekas Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu bukannya Zubir Embong (Peguam) yang bertanding dlm PRU 1986 dan PRU1990."

 

I stand corrected and apologise, including to Bernama.


UPDATE – UPON closer scrutiny, I find that women are not significantly represented in the Barisan Nasional's list of candidates despite their growing prominence in the party and despite the BN's leadership promising to have more women contesting the election.

Based on the list published by Utusan Malaysia today (April 17), there are just over 70 female candidates among BN’s 727 parliamentary and state nominees or less than 10%.

As for the so-called new faces, I found out after scrutinising media reports, that some are not new at all, but have been erroneously represented as one.

For instance, Bernama identified the proposed Kuala Terengganu parliamentary candidate, Mohd Zubir Embong as a new face when in fact he had been an MP before. He won the same seat in 1986 but lost it to Semangat 46 in 1990. 

The presence of recycled candidates is pretty prominence in Mohd Najib’s “transformation team”. Whether they are winnable and transformational is for the voters to decide comes May 5.

ORIGINAL POST


IN the April 8 post entitled “BN lwn Pembangkang: Jarak Makin Dekat” I wrote, among other things that “BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.”

In my Other Thots column in the April 16-30 issue of the Malaysian Business magazine, I said the BN could not consider itself regenerating if it fails to nominate at least 40% new faces comprising young people, women and professionals.

The Star online reported that the BN is fielding new faces for a third of the 222 parliamentary seats and almost half the 505 state constituencies in the General Election.

Although the Pakatan Rakyat parties had stolen the thunder from the BN by putting up young candidates as early as the 2004 GE, the catching up game by the BN is applauded. Whether in the BN or the PR, the process of leadership regeneration is welcomed.

Dubbing his younger team “Barisan Nasional’s Transformation Team”, the BN chairman, Mohd Najib Abdul Razak, said the line-up could meet the rakyat's expectations and (if elected) could deliver the coalition’s manifesto pledges.

Although these new faces are young and untested, Mohd Najib said 91% of them have at least diploma-level qualification and among them are lawyers, medical doctors, ulama, university professors and administrative and diplomatic officers.

Some Old Faces Are Back

However, while dropping a handful of senior MPs and State Assemblymen, including ministers, former ministers and Menteris Besar – a few at their own requests – he also brought back or promoted several older members, notably the Felda Chairman and former Negeri Sembilan Menteri Besar, Mohd Isa Samad.

The move to allow the former Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi and Minister in the Prime Minister’s Department, Nor Mohamed Yackop, to retire is perhaps one of Mohd Najib’s bravest.

But it is clear that Mohd Najib has also become the victim of the wily moves and internal bickering in the BN component parties. The exclusion by the MCA of its hugely popular ex-president and Pandan MP Ong Tee Keat is a case in point.

Mohd Najib also appears to have some problems with naming Umno candidates, especially for the state seats, in the states where the Rulers are particular about the choice of candidates and want a say in the choice of Menteris Besar.

While the fresh faces are welcomed, there is the downside to naming too many highly qualified and, conversely, highly paid, candidates from the private and quasi-government sectors.

Unless these candidates, upon being elected, are willing to live modestly on government salary and perks, there is a danger that, instead of serving the rakyat, they would be serving themselves to government projects and appointments to the board of government companies and agencies. This won’t do!

If Mohd Najib gets the big victory he is wishing for - which many observers, including the pro-BN ones, say is not very likely - he has to act decisively against corruption and abuse of power, and keep his Wakil Rakyat on a short leash.

Mohd Najib has also fallen victim to the prolonged talk about the GE. It alerted the oppositions and kept them on their toes.

Although the mainstream media has for months been dishing out stories of quarrels and disagreements among the PR component parties, the reality is they have checkmated the BN in the choice and positioning of candidates.

Many key BN candidates are facing strong and determined opponents. Also the BN parties are more prone to rebellion over the choice of candidates than their PR rivals – a point that has not missed Mohd Najib’s attention when he called for total acceptance, sacrifice and unity.

Whatever the case may be, the rule of the thumb is, the party-biased electors have already made up their minds. For good or evil, come rain or shine, they will vote their parties. The linchpins are the fence sitters and the first time electors, the majority of who are young and urban-based. Their votes can go either way.

Monday, April 15, 2013

PRU: Ledakan Media Tidak Semestinya Membantu


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PADA 27 Feb lalu, Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan berkata bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 adalah “pilihan raya media sosial”.

Ia dan tidak. Kegunaan media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan yang terbaru sistem perkongsian gambar atas talian Instagram tidak syak lagi semakin meluas.

Melalui media sosial ini, sesiapa pun boleh menyatakan pandangan, berkongsi maklumat, berbahas dan menyebarkan diayah. Ia bebas, pantas, spontan dan umumnya percuma.

Namun begitu sebahagian khalayak masih terikat dan bergantung kepada media tradisional seperti akhbar, majalah, televisyen dan radio untuk mendapatkan maklumat.

Tetapi dengan bilangan pemilih baru dan muda yang besar pada PRU kali ini, peranan media sosial, media alternatif dan media atas talian akan menjadi lebih penting apatah lagi apabila pengedaran dan pembacaan akhbar arus perdana telah merosot dengan teruk selepas  PRU 2004.

Hanya akhbar-akhbar ringan dan sensasi seperti Harian Metro, Metro Ahad, Kosmo dan Kosmo Ahad serta beberapa buah akhbar berbahasa Cina terus mencatatkan perkembangan. Yang lain ada yang telah merosot sehingga lebih 40 peratus.

Tidak kira saluran atau medium mana yang khalayak gunakan dalam membuat keputusan mengenai siapa mereka akan sokong dan tidak sokong, isu kewibawaan media sangat penting. Ia boleh menjadi penentu.

Dalam “breakfast talk” saya di UiTM pada 3 April lalu, saya, antara lain, berkata:

i. Kalau media ada kewibawaan, berita yang disiarkannya akan berwibawa dan diyakini;.

ii. Sebaliknya kalau media tidak ada kredibiliti, berita yang disiarkannya mungkin dicurigai, walaupun sumber berita berwibawa. Media massa yang kerap menyalah laporkan berita atau memutarbelitkan fakta akan dicurigai;

iii. Kalau media ada kewibawaan, tetapi sumber berita tidak ada kredibiliti, khalayak mungkin tidak mempercayainya;

iv. Sebaliknya media akan hilang kredibiliti kalau ia memihak apatah lagi tunduk kepada pihak-pihak atau sumber-sumber berita yang tidak berwibawa;

v. Sumber berita yang berkredibiliti boleh menaikkan kredibiliti media massa; dan

vi. Gabungan media yang tidak ada kredibiliti dengan sumber berita yang tidak berwibawa akan menjadi berita atau maklumat yang disiarkan bahan lawak jenaka dan ketawa khalayak.

Medium Is the Message

Dalam ilmu dan amalan komunikasi massa, medium atau perantara adalah sangat penting, malah sama penting atau mungkin juga lebih penting daripada sumber berita. Dalam bentuk teori ia disebut sebagai “medium is the message”.

Frasa "medium is the message" dicipta oleh pemikir, ahli falsafah dan guru kewartawanan Kanada, Marshall McLuhan dalam bukunya “Understanding Media: The Extension of Man” yang diterbitkan pada tahun 1964.

Ertinya, medium atau perantara membenamkan (embedded) dirinya dalam mesej yang dibawakannya bagi mewujudkan pertalian simbiotik di mana medium mempengaruhi bagaimana mesej diterima.

Kalau medium berwibawa, mesej yang dibawakannya akan diyakini. Jikalau medium tidak berwibawa, mesej yang dibawakannya mungkin tidak diyakini.

Soalnya sekarang bukanlah penting atau tidak penting media baru dan media sosial. Isu yang lebih fundamental ialah keyakinan umum terhadap mesej yang disebarkan oleh media baru dan media sosial.

Tidak seperti media tradisional yang dikendalikan oleh profesional – pemberita, wartawan dan penyampai berita – media sosial adalah media umum dan am. Sesiapa saja boleh menggunakannya.

Krisis Baru Maklumat

Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang kita kini sedang mengalami krisis baru maklumat di mana semua bentuk media dicurigai ketepatan, kesahihan dan keberkecualiannya.

Kredibiliti media arus perdana, khasnya yang dimiliki kerajaan dan parti-parti politik, termasuk parti-parti bukan Barisan Nasional, serta proksi mereka, sedang dipertikaikan dan dicabar oleh media baru da media sosial.

Kawalan oleh pemilik serta undang-undang ke atas media cetak dan media elektronik tradisional masih kuat, apatah lagi apabila hampir dengan pilihan raya umum.

Tetapi kejatuhan pengedaran akhbar bukan disebabkan semata-mata oleh cara pemberitaan mereka, tetapi juga oleh faktor ekonomi, gaya hidup dan ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).

Antara rokok dengan akbar, penagih rokok memilih rokok. Antara sarapan dengan akhbar, orang memilih sarapan. Tak baca akhbar tak gian. Tak merokok boleh hilang akal. Rokok tak boleh dikongsi. Akhbar boleh dikongsi.

Kesimpulannya, membuat keputusan siapa hendak diundi atau tidak diundi, sama ada keluar mengundi atau memulaukan pilihan raya atau keluar mengundi tetapi merosakkan kertas undi sebagai protes tidak akan menjadi lebih mudah dengan kepelbagaian media.

Kepelbagaian media, percambahan media sosial dan kecanggihan kempen tidak semestinya memudahkan pemilih membuat keputusan. Malah yang ditakuti ialah emosi dan sentimen mengatasi kewarasan dan kebijaksanaan. Wallahualam.

Monday, April 08, 2013

BN lwn Pembangkang: Jarak Makin Dekat


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

BARISAN Nasional MASIH boleh mengharapkan sokongan majoriti pengundi Malaysia. Tetapi cabaran daripada Pakatan Rakyat kali ini jauh lebih hebat.

Saya sengaja menyerlahkan (highlight) perkataan masih bagi menekankan kesementaraan sokongan kepada parti pemerintah itu.

Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilihan raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati).

Saya mohon izin untuk mengambil ruang yang lebih panjang sedikit membahaskan perkara ini, khasnya dan mengenai PRU secara umum, daripada aspek statistik.

Reality Check

1. Tanggapan bahawa BN kuat dan pembangkang lemah adalah tidak sepenuhnya tepat. Sokongan kepada pembangkang sentiasa ada, malah boleh dikira kuat. Cuma di bawah sistem perwakilan kita, iaitu sistem “plurality-majority”, pembangkang gagal memperoleh bilangan kerusi yang mencukupi untuk memerintah.

2. Di bawah sistem “kalah mati” kita, seorang calon menang dan partinya memperoleh kerusi walaupun dia mendapat kelebihan satu undi sahaja.

3. Pada PRU 2008, BN memperoleh 51.4% undi di peringkat parlimen, tetapi berjaya menguasai 140 kerusi Dewan Rakyat. Ini bermakna walaupun gabungan DAP-PKR-PAS dan parti-parti kecil lain mendapat 48.6% undi, mereka berjaya menguasai 82 kerusi sahaja.

4. Di bawah sistem perwakilan berkadar (proportional representation) seperti diamalkan di beberapa buah negara, termasuk Austria, Belgium, Cyprus, Denmark, Finland, Germany, Greece, Ireland, Luxembourg, Malta, the Netherlands, Norway, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland dan New Zealand, pembahagian kerusi dibuat mengikut peratus undi yang diperoleh.

Misalnya, kalau parti A memperoleh 10% undi dan bilangan kerusi dewan adalah 100, maka ia akan mendapat 10 kerusi. Dalam konteks PRU 2008, kalau sistem itu digunakan, BN mendapat 114 kerusi dan pembangkang 108 kerusi.

5. Sejak PRU 1959, pembangkang sentiasa memperoleh lebih daripada 34% undi popular. Prestasi paling buruk pembangkang adalah dalam PRU 1995 apabila ia memperoleh 34.9% dan paling baik pada 1969 dengan 55.1%. Pada 1964 pembangkang mendapat 41.8%, 1974 49.3% (PAS menyertai BN), 1978 42.8% (PAS dipecat daripada BN), 1982 39.5% (PRU pertama Dr Mahathir/Anwar Ibrahim masuk Umno), 1986 42.7%, 1990 46.6% (Ku Li keluar Umno), 1995 34.9%, 1999 43.5% (pemecatan Anwar), 2004 36.2% dan 2008 48.6%.

Apa Yang BN Kena Buat

1. Rekod BN (termasuk Perikatan) sebagai parti pemerintah adalah antara yang paling cemerlang di kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

2. Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

3. Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

4. Kalau atas sebab dan alasan apa jua BN tidak dapat membuat peralihan melalui PRU kali ini, ia tidak boleh menyalahkan pemilih dan pengundi kalau ia dihukum dengan lebih berat.

5. BN wajib mengakui kelemahan dan kegagalan sesetengah pemimpin atasannya dan bertindak tegas menggantikan mereka kalau MASIH mahu memerintah.

6. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

7. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

8. Kalau BN MASIH berhasrat untuk terus memerintah, ia perlu, melalui PRU kali ini, menyekat daripada menjadi parti haiwan purba dan menyemarakkan semula proses penggantian dan pewarisan yang sihat seperti yang berlaku pada PRU 1982 apabila begitu banyak calon baru dan muda diketengahkan.

9. LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.

10. BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.

Kesimpulannya, BN sudah sampai ke persimpangan yang sangat mencabar. Tersalah pusing, BN mungkin berubah daripada MASIH berkuasa kepada TELAH hilang kuasa. Diukur daripada undi popular, pembangkang sudah ada bilangan dan momentum. Yang mereka tidak ada adalah bilangan kerusi. Cabaran kepada BN lebih getir seandainya parti-parti Pakatan Rakyat bijak dan tepat mengatur serta membahagikan kerusi. Wallahualam.

Wednesday, April 03, 2013

Lega Dengan Ikrar Hormati Pilihan Pengundi


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PEMBUBARAN Dewan Rakyat sudah dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak pagi tadi. Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan telah bubar dengan sendirinya pada 28 Mac setelah habis tempoh laku. Pembubaran DUN negeri-negeri lain, kecuali Sarawak, akan menyusul.

Selepas sekian lama membuat spekulasi dan menunggu pembubaran Parlimen, sekarang berspekulasi pulalah kita mengenai bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan hari penamaan calon dan tarikh mengundi.

Apa-apa pun, kita harus berasa lega dengan ikrar menghormati pilihan pengundi seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sebaik saja Mohd Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat, Lim menghantar pesanan Tweet berbunyi: “Najib commitment 2 “respect democracy” n “2 respect the voice of the rakyat” deserve commendation — something I  asked him many times to do.” (Jaminan Najib bagi menghormati demokrasi dan menghormati suara rakyat patut dipuji – sesuatu yang telah saya minta daripada beliau beberapa kali.)

Sebagai balasan, beliau mengikrarkan komitmen Pakatan Rakyat (PR) bagi menghormati keputusan pilihan raya sekalipun gagal menyingkirkan BN dari Putrajaya, demikian dilaporkan oleh portal Malaysian Insider.

Beliau berkata lagi dalam Tweetnya: “Pakatan Rakyat makes similar commitment to respect the voice of ppl in 13GE n peaceful transition of power, whether Putrajaya or State.” (Pakatan Rakyat membuat komitmen yang serupa untuk menghormati suara rakyat dalam PRU13 dan melakukan peralihan kuasa secara aman, sama ada di peringkat pusat atau negeri.)

Dalam ucapan langsung televisyen ketika mengumumkan pembubaran Parlimen, Mohd Najib memberi jaminan yang peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya terjadi pemindahan kuasa di peringkat pusat selepas PRU nanti.

Kita Tidak Mahu Kecelakaan Berulang

Alhamdulillah dan sama-sama kita berdoa agar janji dan ikrar mereka bukan janji dan ikrar kosong dan semua pihak yang terbabit menghormatinya.

Kita tidak mahu kecelakaan berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang kerana apabila gajah dengan gajah berperang yang mati terpijak adalah pelanduk.

Kalau berlaku kacau-bilau, rakyat jelata yang tidak dikawal polis dan tenteralah yang susah, bukan orang besar yang dikawal dan dikepung.

Kebetulan, ketika pengumuman itu dibuat, saya sedang memberi “kuliah” kepada sekumpulan penuntut UiTM, Shah Alam.

Selepas majlis itu, beberapa orang wartawan bertanya pendapat saya mengenai PRU. Saya berkata, semua pihak yang mengambil bahagian wajib menghormati dan terima keputusannya.

Sekiranya mereka tidak puas hati atau ada masalah dengan keputusan pilihan raya, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang yang disediakan. Mereka boleh membuat petisyen pilihan raya dan boleh membawa kes mereka ke mahkamah. Apa yang mereka tidak patut lakukan adalah membawa kes mereka ke jalan raya.

Kalau mereka tidak percaya kepada sistem pilihan raya seperti yang sesetengah daripada mereka dakwa, lebih baiklah mereka tidak ambil bahagian atau boikot secara terbuka. Jangan masuk bertanding, tetapi apabila kalah tunjuk perasaan dan ganggu ketenteraman awam. Itu bukan amalan orang yang bertamadun dan demokratik. Cerita media massa arus perdana berat sebelah itu cerita lain. Wallahualam.

Monday, April 01, 2013

Ironi Rintihan Perdana Menteri


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SOALAN berikut telah banyak kali saya kemukakan dan sama-sama kita bahaskan dengan panjang lebar dalam blog ini.

Tetapi saya akan mengemukakannya sekali lagi ekoran “rintihan” Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang beliau tidak dibenarkan memandu sendiri.

Soalannya ialah: Adakah negara kita lebih tidak selamat sekarang berbanding 10 atau 20 tahun lalu atau ada sebab-sebab lain Perdana Menteri tidak dibenarkan memandu sendiri?

Dalam temu bual dari hati ke hati dengan stesen radio UFM 101.3 pada 22 Mac, Mohd Najib menyatakan kerinduan untuk memandu sendiri tetapi tidak kesampaian kerana “police restriction” (larangan polis).
Dalam berita bertajuk Najib bares his soul to listeners of radio station” (Najib dedahkan jiwanya kepada stesen radio), akhbar The Star, antara lain, melaporkan: “He also expressed his yearning to drive his own car but was unableto do so due to police restriction [pautan]. (Beliau juga menyatakan kerinduannya untuk memandu keretanya sendiri tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana larangan polis.)

Beliau memberitahu radio UFM 101.3: “Tetapi saya dibenarkan sekali memandu dari Putrajaya ke Hotel Majestic dengan keluarga saya untuk makan malam dua minggu lalu, tetapi dengan diiringi polis.”

Zaman Dr Mahathir Boleh

Dulu, ketika (Tun) Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau memandu sendiri kereta, termasuk Kancil, setiap hujung minggu beliau berada dalam negara bagi meninjau sekitar Kuala Lumpur.

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang kecelakaan ke atas beliau dan (Tun) Dr Siti Hasmah yang sentiasa mengiringinya.

Sepatutnya Dr Mahathir harus takut dan polis harus nasihati beliau agar tidak memandu sendiri kerana beliau mempunyai lebih banyak “musuh” politik daripada mana-mana pemimpin Malaysia.

Tetapi waktu itu, jenayah tidaklah menjadi-jadi macam hari ini dan kita tidak disajikan dengan indeks jenayah yang kononnya bertambah baik dan kita pun tidak ada KPI dan NKRA.

Antara sebab kurang dan terkawalnya jenayah waktu itu ialah ekonomi lebih kukuh, polis lebih tegas dan kita ada undang-undang yang mencegah orang jahat buat jahat seperti ISA, Ordinan Darurat dan Buang Daerah yang semuanya dihapuskan di bawah transformasi Mohd Najib.

Saya terus membantah pemansuhan itu.

(Tun) Daim Zaimuddin, dalam temu ramahnya yang disiarkan oleh New Sunday Times 24 Mac lalu, antara lain, berkata antara kelemahan kerajaan sekarang ialah memerangi jenayah dan rasuah. Katanya rakyat jelata tidak percaya kepada indeks jenayah yang kononnya semakin baik kerana setiap hari ada berita pembunuhan, rompakan dan rogol disiarkan oleh media massa.

Dr Mahathir Ronda, Pegawai Berjaga-jaga

Apabila Dr Mahathir meronda ibu negara, Menteri Wilayah, Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Bandar pun berjaga-jaga sebab takut ada longkang tersumbat, bau busuk dan sampah merata-rata ditemui beliau.

Hari ini mereka boleh santai asalkan laporan media arus perdana bagus dan mesra. Pokok tumbang kerana ribut tidak dibuang berminggu-minggu. Kuala Lumpur kotor dan tikus bermaharajalela. Menteri sibuk hendak bertanding pilihan raya.

Pengakuan bahawa jenayah terus menjadi masalah besar terserlah apabila Mohd Najib sendiri membuat hebahan besar mengenai tambahan 1,000 buah motosikal untuk rondaan mencegah jenayah.

Apa Halnya Rakyat Biasa?

Kalau orang kenamaan yang mendapat perlindungan polis atau yang ada pengawal peribadi pun masih dinasihatkan berjaga-jaga, apa halnya dengan orang biasa yang terdedah kepada pelbagai bentuk jenayah dan ancaman?

Tidak hairanlah banyak pemilik rumah dan kedai sanggup menggali kocek mengeluarkan wang sendiri bagi mendirikan pagar berduri, membina pondok kawalan dan memasang televisyen litar tutup serta semboyan. Kemudian mengupah pengawal tempatan dan Nepal untuk menjadi keselamatan mereka.

Taman perumahan sudah menjadi macam kampung baru waktu darurat 1948-60 yang dikelilingi pagar berduri dan dikawal oleh polis, tentera dan Home Guard.

Maaf cakaplah, tidakkah orang dan pihak yang diberi mandat dan amanah menjaga keselamatan dalam negara berasa malu atau bertanggungjawab terhadap keadaan yang serba tidak menentu dan kacau bilau seperti sekarang?

Orang kaya yang ada pengawal peribadi pun tidak bebas lagi. Seorang kaya Malaysia yang suka makan dan berjumpa dengan kawan-kawan di sebuah kedai makan merangkap hotel India Muslim di ibu negara dinasihatkan oleh polis agar tidak ke situ lagi.

Maka terpaksalah dia berpindah dari hotel yang menjadi tempat tumpangannya sejak dia masih peniaga kecil pada tahun 1970-an.

Seorang lagi dirompak oleh tiga orang penjahat Indonesia di rumahnya di kawasan perumahan kelas atas Bukit Tunku aka Kenny Hill. Tetapi dia berani. Dia menembak mati salah seorang daripada penyamun itu. Selepas kejadian itu, dia dan keluarganya trauma (dibunyikan troma) dan fobia. Mereka pun pindah ke kondominium.

Jadi apabila Mohd Najib sendiri mengaku dalam temu ramah dengan UFM 101.3 yang beliau tidak boleh memandu sendiri atas nasihat polis, maka sahlah negara kita tidak seselamat dulu lagi.

Atau adakah pembesar kita hari ini menderita sindrom “koro [pautan]” dan tidak sanggup ambil risiko seperti Dr Mahathir? Wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).