Friday, April 30, 2010

Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak

A kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

Wednesday, April 28, 2010

Lessons And Pointers From Hulu Selangor

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

THERE was no single factor that determined the outcome of the April 25 Hulu Selangor parliamentary by-election. It was the combination of many.

So let us go through some statistics and established facts to understand what had happened.

For all the resources and tactics employed by both sides, the result was not spectacular. The seat went back to the Barisan Nasional, but the majority it received was nothing to shout about.

Yes, a victory is a victory. But with a mere difference of 3.57 per cent in the popular votes -- 51.78 per cent for BN and 48.21 per cent for PKR – Hulu Selangor remains a marginal seat.

The BN might have recovered sufficiently from the March 8, 2008 general elections debacle to wrest the seat from the PKR, which stole it with an even smaller majority – 198 votes, but the margin was still too narrow to suggest that the grand old coalition has return to its former glory.

Simply put, while the PKR lost the seat at the time when it needed the victory the most, the BN is yet to recover its former strength.

Price of Over-Confidence

In fact, had the PKR put up a strong local candidate, the outcome could have been different. But its over-confidence and miscalculation was a blessing for the BN.

Clearly, when deciding on which candidate to choose, the voters decided to take chances with an untainted BN novice over the PKR’s better-known former BN minister.

It could be said that the PKR made a serious tactical oversight. Having suffered a series of resignations by its elected representatives, some of whom were former Umno leaders, choosing a recently defected Umno minister as its candidate could not be considered a coherent decision.

But did the PKR really have a choice? Mohd Zaid Ibrahim was an important catch for the PKR. He was a former Minister, a confidant of the former Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi and above he’s seen as the future hope of the Pakatan Rakyat.

He’s the pro-tem chairman of the PR organising committee and is leading the formal registration of the opposition alliance.

Above all, he enjoy the confidence of the DAP. This is important because the DAP is the leading party of the Pakatan.
Mohd Zaid may even enjoy wider acceptable of Pas leaders after he openly declared his "taubat” (repentance) for his past sins.

He declared the “taubat” in response to allegations that he was a drinker and a gambler. He admitted to drinking and acknowledged that he owns several successful racehorses.

The Victory of A Dark Horse

Kamalanathan was a dark horse. The odds were stacked against him. He was never anybody’s the first choice.

To begin with, there was a strong clamour by Umno and the local Malays, who make up almost 54 per cent of registered electors, for the seat to be returned to Umno. Hulu Selangor used to be an Umno seat.

He comes from the MIC, a junior partner of the BN, and most importantly, he was not the preferred choice of his party.

The MIC leadership wanted the deputy president and the vanquished BN 2008 candidate, G. Palanivel, but was not agreed to by the BN leadership after being sufficiently convinced that Palanivel was going to be hard to sell.

His closeness to party president, S Samy Vellu, was seen as a liability and his service record as MP was questioned.

Kamalanathan, a public relations officer with a Bernas company, and hailed from nearby Rawang, proved be a good choice. His command of the Malay language is superb and his personality is pleasant.

Accordingly, a sufficient number of Malay and Indian voters who sided with the PKR in the 2008 general elections, mostly for the dislike of Palanivel, returned to the BN’s fold, but the majority of Chinese voters remained locked to the opposition via the DAP.

This proved once again that the Malays and Indian voters were more malleable while the Chinese were single-minded in their rejection of the BN.

The BN Chinese Parties Are Weak

The Chinese-based BN parties -- the MCA and Gerakan –are clearly a poor second fiddle to the DAP. The recent changes in the MCA have clearly affected the readiness of the party’s local machinery.

More pictures of the defeated former president, Ong Tee Keat, were on display while his successor, Dr Chua Soi Lek, looked awkward during the campaigning. He has a lot of catching up to do.

The voting pattern of the Chinese merits deeper scrutiny as on-the-spot financial grants and promises of development for their communities did not translate into votes for the BN.

It may even suggest that the Chinese are yet to be convinced by Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak’s 1Malaysia and his economic packages announced so far.

Also it’s not yet the time to shout about the acceptance of 1Malaysia when a whopping 48-per cent of the voters did side with the BN.

Clearly too, the Malays and Indians are more closely tied to the government due partly to their inferior economic status compared to the Chinese.

Perhaps future policy and programmes to uplift the standard of living of the people should be targeted towards the Bumiputeras and the minority Indians since the Chinese, via their voting pattern, had sent a strong signal to the BN that they are not in dire need of the government.

In any case, members of the Chinese mercantile community will be able to fend for themselves and will continue to be in the position to suck up the bulk of government expenditure through their extensive control of the supply chain.

Finally, the future is not about parties and policies alone. The choice of candidates could prove to be the linchpin. The people have had enough of the same tired old faces and the “recycled” politicians.

Neither the BN nor the PR can claim to be in tune with time if at the next general election, they do not spice up their line-up with at least 30 to 40 per cent new faces.

Kamalanathan’s victory over Mohd Zaid clearly shows that the majority of the people want clean, untainted and unburdened leaders. For the BN voters, especially the majority Malays, race comes second.

Sunday, April 25, 2010

BN Tawan Semula Hulu Selangor

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEPUTUSAN RASMI, P Kamalanathan (BN/MIC) 24,997 Mohd Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 Majoriti 1,725 Undi Rosak 731. [Analisis perangkaan, BN dapat 51.78 peratus undi, PKR 48.21 peratus. Hanya 74.82 peratus pendaftar keluar mengundi.]

WALAUPUN beberapa pihak dalam media alternatif yang selalunya kritikal terhadap Barisan Nasional dan mirip kepada pembangkang meramalkan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, saya pada mulanya kurang yakin.

Salah satu sebab adalah ada juga anasir dalam media massa alternatif yang begitu yakin Parti Keadilan Rakyat akan menang besar.

Jelas daripada “slant” dalam laporan media massa alternatif ini – khasnya laman-laman berita – bahawa media alternatif semakin tidak bebas dalam laporan mereka. Sebaliknya, mereka menjadi semakin memihak dengan sebahagian besarnya mirip kepada pembangkang.

Kemenangan mudah calon BN, P Kamalanathan, sangat memeranjatkan kerana banyak laman berita dan blog memberi gambaran bahawa calon PKR, Mohd Zaid Ibrahim, sangat disukai dan dikagumi pengundi. Apatah lagi kerusi itu milik PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Poster-poster PKR menguar-uarkan Mohd Zaid (Datuk Haji) serta ketuanya Anwar Ibrahim sebagai menyelamat negara, manakala DAP bermati-matian berkempen untuk beliau, seolah-olah beliau calon parti itu.

Tetapi saya mula yakin bahawa ramalan media massa alternatif mengenai kemungkinan kemenangan BN ada asasnya apabila saya bercakap dengan pengundi Cina dan petugas-petugas BN dari pelbagai parti dan kaum.

Secara ringkasnya, mereka mengatakan ada perubahan, kalau tidak banyak, sedikit. BN pun tidak memerlukan pemulihan sokongan besar untuk merampas kembali kerusi itu daripada PKR kerana majoriti PKR sangat tipis.

Pengundi Melayu yang pada mulanya kecewa kerana BN tidak meletakkan calon Melayu sedangkan Hulu Selangor adalah kerusi majoriti Melayu (54 peratus), menjadi lebih lega apabila diperkenalkan kepada Kamalanathan.

Kalau kita memejamkan mata dan hanya mendengar beliau berucap, kita menyangka dia seorang Melayu kerana bahasa Melayunya sangat fasih dan berkualiti. Orang Melayu mudah dilembutkan hatinya.

Orang Cina yang mempunyai undi kedua terbesar, majoritinya masih menyokong PKR atas desakan DAP. DAP kuat di pekan-pekan dan kampung-kampung baru Cina. Tetapi peratusan berpindah kepada BN memadai untuk memberi kemenangan kepada Kamalanathan.

Saya menjadi lebih yakin mengenai ramalan media massa alternatif apabila pengundi Cina sendiri meramalkan “timbang” akan menang. “Timbang” adalah istilah yang mereka gunakan untuk simbol dacing BN.

Selain kempen yang meluas, BN juga memecah tradisi apabila Pengerusinya merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, sendiri turun berkempen bagi menyokong jentera yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sambutan mesra dan hangat dalam dua lawatan yang dilakukannya, termasuk berkongsi pentas dengan Mohd Najib di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, pada malam terakhir kempen.

Kemenangan ini menguatkan lagi kepercayaan bahawa BN, khasnya Umno, telah banyak pulih dan berubah sejak diambil alih oleh Mohd Najid tahun lalu.

Namun ini bukanlah alasan bagi BN untuk bermegah atau berasa terlalu yakin. Sebaliknya, BN akan lebih dihormati dan disokong jika ia bersyukur dan merendahkan diri dengan kemenangan ini.

Kesilapan dan kemerosotan PKR tidak bermula dengan Hulu Selangor. Ia bermula apabila cakap besar Anwar selepas pilihan raya umum 2008 untuk melakukan rampasan kuasa Parlimen pada 16 September 2008 terbukti satu omong kosong.

Ini diekori pula oleh tuduhan liwat kedua ke atas beliau dan peletakan jawatan pemuka-pemuka PKR, termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor dan pemilihan orang luar Mohd Zaid sebagai calon memburukkan lagi keyakinan terhadap kepemimpinan Anwar menyebabkan lebih ramai anggota kepemimpinan peringkat bahagian parti itu meletakkan jawatan, keluar parti malah menyertai Umno.

Saya tidak mahu mengulas lanjut kekalahan Mohd Zaid kerana kes saman beliau terhadap saya kini di mahkamah. Memadailah disebutkan iaitu isu peribadi dan keperibadian Mohd Zaid menjadi beban yang tidak dapat diatasi oleh Pakatan Rakyat, hatta dengan campur tangan dan “fatwa politik” ulama nombor satu PR, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi BN, keputusan meletakkan calon muda yang tidak dibebani legasi ternyata tindakan yang tepat. Kalau calon veteran diletakkan, BN akan menghadapi masalah yang sama seperti PKR.

Dengan janji-janji tinggi melangit, cabaran terdekat BN adalah menunaikannya secepat mungkin dan selari dengan apa yang difahami dan diharapkan pengundi, kalau tidak ia akan menghadapi masalah dalam pilihan raya akan datang, sama ada pilihan raya kecil atau umum.

Friday, April 23, 2010

Sepasang Sliper Untuk Tony Bliar

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
  
















TUAN besar Tony Bliar,*
(Anthony Charles Lynton Blair)
Berkata: “Iran ada bom nuklear.”
Sahut Bush teman akrabnya:
“Itu senjata pemusnah massa,
Seharusnya dimusnahkan segara.”

Tuan besar Tony Bliar
bercakap bohong itulah kerjanya
45 minit saja, katanya
Iraq boleh musnah satu dunia.

Tuan besar Tony Bliar
Anjing ribaan Presiden Amerika
George W. Bush nama orangnya
Pasal belasah Islam dia cukup suka.

Maka mereka pun perang jihad
Perang Salib dan Perang Suci
Bom dan bedil Iraq sesuka hati
Tak kira Saddam Hussein
Orang tua atau seorang bayi.

Sekarang ada manusia di Malaysia
Yang gelar diri “national achievers”
Panggil ini Tuan Tony Bliar
Untuk bagi mereka semangat dan idea
Untuk jadi lebih berjaya.

Tuan Tony Bliar the murderer
Bukan kita saja yang kata
Orang bangsa dia pun kutuk juga
“Di tapak tanganmu ada darah,”
kata mereka.

Sila baca:

“FORMER PM Tony Blair was yesterday berated by a grieving dad at a memorial service for those killed in the Iraq war.

Peter Brierley, whose son Shaun was killed in March 2003 at the age of 28, snubbed Mr Blair’s handshake saying he had “blood on his hands”.

The rejection led the ex-Labour leader’s aides to usher him away.

But it didn’t stop the bereaved dad launching a scathing attack on the now Official Envoy to the Middle East.

He blasted: “I understand soldiers go to war and die but they have to go to war for a good reason and be properly equipped.

“I believe Tony Blair is a war criminal. I can’t bear to be in the same room as him. I can’t believe he’s been allowed to come to this reception.

“He’s got the blood of my son and all of the other men and women who died out there on his hands.”

And Mr Blair was then exposed to further embarrassment during the service at St Paul’s Cathedral.”

Dan inikah manusianya yang hendak dijadikan idola
Oleh orang muda Malaysia?
Teruknya pemikiran mereka!
Tuan Besar Tony Bliar
Hanya layak dilontar slipar

Tapi janganlah gempar-gempar
Berhimpunlah Sabtu (esok)
Jam 9.30 pagi lebih kurang begitu
Di Sunway Convention Center
Kita tunjuk apa yang kita rasa
Kepada Tuan Tony Bliar
Pembohong nombor satu dunia.

*Liar dalam bahasa Inggeris ertinya pembohong

Tuesday, April 20, 2010

Funny But Not So Laughable Stories

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

LET’S take a break from the stomach churning political and heart burning economic debates and talk about the lighter, funnier things in life.

Funny not in the sense that they make us laugh, but because they are out of the ordinary.

Take for instance a newspaper report today that a massive 20,000-strong funeral is being planned in Taiwan for a 73-year old underground boss Lee Chaohsiung who died of cancer. Counting among the would-be funeral criers are politicians and former diplomats.

It seems that Lee was forgiven and even revered because he made a T$60-million (RM6-million) donations to humanitarian and religious causes out of his ill-gotten wealth.

The moral of the story is, somewhere in the world, you can be a crook, a corrupt and a ruffian but if you make a fortune and share some of the loots with the suckers of the society, you are forgiven and revered.

Funny though, the same jurisdiction (Taiwan is not recognised as a sovereign nation) in 2004 imposed a life sentence and a fine of US$15.2 million on its former President Chen Shui-bian and his wife, Wu Shu-chen, for corruption.

I wonder if the leaders of the notorious Hai San and Gee Hin secret societies, who terrorised Northern Malaya in the early 19th century were given the same last farewells.

The Hai San is said to have its origins in Southern China, was established in Penang around 1820 and was led by Low Ah Chong and Ho Ah Kow.

It was involved in the Larut Wars (1862-1873) when miners who were members of the Hai San fought miners allied to the Gee Hin society over the tin-rich fields of Kelian Pauh and Kelian Baru. They also clashed in Selangor.

Today, the Chinese underworld figures still control much of the country’s billion ringgit drug trade and smuggling, prostitution, illegal gambling, human trafficking and illegal wildlife trade. The Malays and Indians are amateurs in comparison.

A notorious international wildlife trafficker Anson Wong who was arrested in Mexico in 1998 and later extradited to the US is a Malaysian. He was extradited to the US three years later where he was charged and sentenced to 71 months’ jail.

Then there was the news of a notorious Australian gangster, Carl Williams, 39, being bashed to death in Melbourne prison by another inmate. He was serving a 35-year term after confessing to the killing of three underworld rivals.

In Malaysia we heard of trespassers being run over by trains. But in the outskirt of the Indonesian capital, Jakarta, two trespassers on a motorcycle were mowed to death by a light aircraft when they crossed the runway.

Back in the seventies, cows, buffaloes and goats still grazed freely in the compound of rural airports in Malaysia.

In Velletta, the capital of Malta, Pope Benedict the 16th reportedly wept when he met Maltese victims of the pedophile priests. This is certainly not funny because clergy is supposed to guide and protect the flock.

Pedophilia (or paedophilia) is a psychological disorder in which an adult or older adolescent experiences a sexual preference for young children.

In Wellington, New Zealand, a father who left his 18-month-old son in a car while he enjoyed a 40-minute “fulfillment” at a strip club was fined NZ$200 (RM464) by the court.

In Malaysia, there had been cases of babies being left to die in locked motorcars by their irresponsible moms or dads. Many more die being locked inside houses during fires.

Malaysia has become so unsafe or the people are feeling a mortal sense of insecurity that “ungated” open housing estates are being illegally barricaded with the local authorities looking the other way.

I appeal Home Minister to leave the comfort of his well-guarded office and venture into the housing estates in and around Kuala Lumpur to see how the terrified residents are barricading themselves (illegally) behind checkpoints and barbed wires.

I noticed that Home Minister has police outriders. So he should be safe visiting these unsafe places. Pardon me sir, if I see wrong about the outriders.

And in Singapore, Anpazhakan Raghavan, 42, was reported to have done a Mike Tyson on one Ramachandran Sitarencan, 40, by biting off part of his ear.

Not only did he chewed off Ramachandran left ear, he also dated the latter’s estranged wife, Magesh Eyamalai, 28. The court did not find his antics amusing so it sentenced him to seven years corrective training and eight strokes of the cane.

The moral of the story is, you can’t have a man’s (estranged) wife and chewed off his ear at the same time.

Thursday, April 15, 2010

Lagi Wakil Rakyat PKR Keluar Parti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 17 April] -- CALON Hulu Selangor, BN P. Kamalanathan, PKR Mohd Zaid Ibrahim, bebas V. Chandran dan Johan Md Diah.

[Posting Asal]

IMEJ dan integriti PKR menderita satu lagi tamparan di saat-saat ia menghadapi ujian genting mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Kecelakaan terakhir ini berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negerinya bagi kawasan Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu, keluar parti dan mengisytiharkan diri Adun bebas.

Laman berita Malaysian Insider memetik Tan sebagai berkata dia keluar PKR kerana kecewa dengan kepemimpinan parti yang didakwanya telah memperalatkan beliau untuk kepentingan beberapa orang individu.

Tan, seorang pengamal perubatan tradisional Cina, digugurkan daripada Majlis Kerja (Exco) kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas 10 Mac lalu dan digantikan oleh Tan Show Kang, PKR Sidam.

Peletakan jawatan dua PKR dan seorang Adun DAP awal tahun lalu menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Dengan peletakan jawatan Tan, PKR sudah kehilangan lima kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen sejak pilihan raya umum 2008, termasuk sebuah akibat pemecatan iaitu Kulim Bandar Baru apabila Zulkifli Nordin disingkirkan atas tuduhan melanggar disiplin parti.

Ini tidaklah menghairankan kalau kita sedari asal usul PKR. Ramai wakil rakyat PKR terdiri daripada pelompat parti dan mereka yang mempunyai ideologi, matlamat dan cita-cita yang berlainan dan bertentangan.

Serentak itu, bilangan pengasas asal parti itu yang terdiri daripada penyokong setia Anwar Ibrahim dan penggerak Reformasi sudah menjadi kelompok minoriti.

Kumpulan yang lebih menonjol dalam PKR kini adalah pelompat-pelompat dari BN, bekas tokoh-tokoh korporat naungan BN dan individu yang mempunyai agenda peribadi.

Bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, PKR dilaporkan akan meletakkan bekas pembesar Umno yang juga Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Zaid Ibrahim, manakala BN akan mencalonkan Ketua Perangan MIC, P Kamalanathan.

Nota kaki: Tolong ambil maklum sebarang ulasan yang “keterlaluan” mengenai Zaid mungkin tidak dapat saya siarkan kerana kes samannya terhadap saya akibat tulisan dalam blog ini berada di mahkamah.

Sunday, April 11, 2010

Perlembagaan Vs Pelaksanaan Menekan Bumiputera

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 3 April lalu, Persatuan Wartawan Melayu Kelantan yang di pelopori oleh wartawan dan aktivis sosial, Dr Alias Mohamed, telah menjemput saya memberi ceramah mengenai Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu.

Tujuannya adalah untuk membahaskan kekangan antara apa yang termaktub dalam Perlembagaan dengan apa yang diamalkan.

Kata alu-aluan majlis oleh Dr Alias, mukadimah oleh Profesor Dr Hashim Yaacob, Naib Canselor, International University College of Nursing dan perasmian oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Mohd Nasir Salleh.

Berikut adalah inti pati pembentangan saya itu yang saya ingin berkongsi dengan pelawat dan pembahas blog ini. Kalau ada apa-apa yang kurang, marilah sama-sama kita memperlengkapkannya.

Hak istimewa orang Melayu

1. Hak istimewa orang Melayu mendahului Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia wujud lama sebelum penjajah Eropah datang ke rantau ini.

Hatta pada zaman penjajahan pun, empayar Melayu seperti yang diwakili oleh Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah dijajah dalam erti kata yang mutlak.

Hanya pelabuhan Melaka dan sekitarnya saja yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kerajaan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu terus wujud sebagai pemerintahan berdaulat.

Istilah penjajahan adalah diayah Barat. Tetapi ia berkesan ke atas minda orang Melayu. Sampai hari ini pun, ramai orang Melayu, akibat tidak celik sejarah dan kompleks rendah diri, percaya Tanah Melayu dijajah.

2. Melayu adalah bangsa bertolak ansur dan mudah dipengaruhi. Pada tahun 1946, Melayu bangun menentang Malayan Union (Kesatuan Malaya) dan menolak kerakyatan kaum-kaum pendatang.

Sepuluh tahun kemudian, atas pujukan dan desakan Inggeris, orang Melayu bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, malah bersedia menerima lebih setuju kaum pendatang sebagai warganegara Malaya merdeka.

3. Suruhanjaya Reed memperakukan kerakyatan orang Cina dan India, tetapi mengiktiraf hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai ciri yang mendahului Perlembagaan. Perlembagaan sekadar memaktubkan keistimewaan itu.

4. Gabungan pemaktuban hak istimewa orang Melayu dan pemberian kewarganegaraan kepada kaum-kaum pendatang adalah Kontrak Sosial antara orang Melayu dengan kaum-kaum pendatang. Pakar undang-undang Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim menyifatkan Perlembagaan sebagai Perjanjian Damai.

5. Perkara 153 Perlembagaan amat jelas dan terperinci mengenai apakah yang dimaksudkan dengan hak istimewa orang Melayu dan Anak Negeri Sarawak dan Sabah.

Antaranya, Perkara 153 membuat peruntukan berikut:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”

6. Malangnya, keistimewaan orang Melayu dan peruntukan-peruntukan fundamental Perlembagaan, termasuk Perkara 153 dan peruntukan mengenai bahasa, pendidikan dan ekonomi dicabar dan dipertikai sejak awal lagi oleh parti-parti radikal bukan Melayu.

7. Cabaran ini sangat lantang dan terbuka ketika kempen pilihan raya umum 1969 – kempen terpanjang dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

8. Peristiwa berdarah 13 Mei memberikan kesedaran, sebab dan alasan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menutup jurang antara peruntukan Perlembagaan dengan pelaksanaan (amalan), menggunakan pendekatan ekonomi.

DEB Cuba Mengisi Tuntutan Perlembagaan

Berikutan Dengan itu, lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat sejagatnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat agar bangsa-bangsa di Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan kegiatan ekonomi.

Selain membasmi kemiskinan, DEB diperkenalkan untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara.

Sejak Merdeka pada tahun 1957, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran hasil peninggalan Inggeris. Dalam banyak hal, Persekutuan Tanah Melayu lebih maju daripada banyak negara baru merdeka yang lain di dunia kerana kekayaan hasil bumi serta infrastruktur ekonomi yang ditinggalkan Inggeris.

Akibat dasar dan sistem peninggalan Inggeris itu, pertumbuhan ekonomi selepas merdeka tidak disertai oleh pembahagian yang adil. Malah ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum dan daerah menjadi lebih buruk.

Paras kemiskinan pada permulaan DEB adalah sangat tinggi iaitu 49.3 peratus dan majoriti adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Menjelang tahun 2005, paras kemiskinan telah turun kepada kurang daripada enam peratus. Begitu juga pengangguran.

9. Pada permulaan DEB, pemilikan kekayaan korporat Bumiputera hanya 1.9 peratus berbanding orang asing 60.7 peratus dan Bukan Bumiputera 37.4 peratus. Kuota yang diperuntukkan kepada Bumiputera sangat sederhana – hanya 30 peratus daripada kekayaan korporat dan guna tenaga.

Namun, kerana kemunduran ekonomi dan pemikiran serta sifat tolak ansur yang keterlaluan, orang Melayu tidak mempertikaikan pembahagian yang sangat tidak adil ini.

Bumiputera begitu daif dan terkebelakang dalam bidang ekonomi serta pemikiran mengenai pembangunan hingga ketidakseimbangan ini sama ada tidak disedari atau tidak mampu ditentang.

Namun kita harus akui bahawa DEB tidak gagal. Sebaliknya ia berjaya mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain, walaupun ia lebih memberi faedah lebih besar kepada orang bukan Melayu. Khasnya orang Cina.

Dalam masa yang agak singkat, kemiskinan telah dapat dikurangkan dan guna tenaga, khasnya di kalangan Bumiputera, menjadi hampir penuh. Walaupun ukuran paras kemiskinan terus dipersoalkan, kemiskinan telah turun kepada 5.7 peratus menjelang Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).

Namun begitu jurang kemiskinan antara bandar dan luar bandar masih berterusan dan ketara. Pada tahun 2006, iaitu permulaan RMK9, kemiskinan luar bandar berada di paras 11.9 peratus berbanding 2.5 peratus di bandar.

Kemiskinan Bumiputera pada tahun 2004 dianggarkan 8.3 peratus berbanding 2.9 peratus bukan Bumiputera.

Malah pada beberapa tahun kebelakangan ini, jurang pendapatan antara kaum dan intra-kaum (dalam kaum yang sama) telah meluas semula.

Ini dibuktikan benar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dalam pembentangan rangka Model Ekonomi Baru (MEB) pada 30 Mac, menyatakan 40 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai pendapatan bulanan kurang RM1,500.

Manakala pemilikan korporat, termasuk oleh agensi-agensi pemegang amanah Bumiputera seperti PNB, hanya di sekitar 18-19 peratus sahaja, sedang pemilikan bukan Bumiputera telah meningkat kepada 60 peratus, melepasi matlamat DEB.

Walaupun guna tenaga Bumiputera dalam bidang profesional dan perburuhan telah meningkat, namun nisbahnya masih belum boleh mengatasi kaum minoriti Cina dan India.

Di sini berlaku satu lagi kekangan yang sangat menakutkan apabila Perdana Menteri sendiri, ketika membentangkan MEB mengatakan 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya mempunyai kelulusan SPM.

Apakah kesilapan orang Melayu?

(I) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:

(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

(VI) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

(VII) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.

(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)

Harapan Bumiputera Di Bawah MEB

Model Ekonomi Baru (MEB) ringkasnya bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi selaras dengan hasrat mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata pendapatan per kapita akan dinaikkan daripada AS$7,000 (lebih kurang RM23,000) sekarang kepada AS$15,000 (RM49,000) menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penaungan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Di masa yang sama, pemerintah berulang kali bercakap mengenai penghapusan subsidi yang menjadi payung kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi menjadi sumber kekayaan kepada kapitalis dan pemilik industri.

Kesimpulannya

(I) Kekangan antara peruntukan Perlembagaan dan amalan akan berterusan jika orang Melayu keseluruhannya tidak mengawasi saudara sebangsa dalam kelompok politik, pemerintahan dan pentadbiran agar menjadi lebih telus dan mengotakan apa yang dikata;

(II) Orang Melayu tidak boleh lagi menyerahkan bulat-bulat nasib mereka kepada parti-parti politik, pemerintahan dan pentadbiran yang diterajui oleh Melayu. Mereka wajib bertanya dan menegur kepimpinan politik, pemerintahan dan pentadbiran Melayu secara terbuka.

(III) Kepentingan bangsa wajib mengatasi afiliasi dan taat setia kepartian;

(IV) Melayu wajib mewujudkan semula kepelbagaian suara untuk mendesak dan mengawasi agar kepentingan mereka tidak diabaikan;

(V) Melayu wajib membuang sikap negatif seperti iri hati, menghina bangsa sendiri, rendah diri tetapi terlalu bertolak-ansur dengan bangsa-bangsa lain sehingga merugikan bangsa sendiri;

(VI) Orang Melayu wajib mengkaji dan memahami falsafah, ideologi dan nilai moral kaum-kaum bukan Melayu sebelum boleh bersaing secara berkesan dengan mereka.

Monday, April 05, 2010

Hulu Selangor: Seat Allocation Quota Could Jeopardise BN Chances

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, April7] -- THE MINORITY Barisan Nasional party, the Malaysian Indian Congress MIC) of S Samy Vellu has been nominated to represent the federal ruling coalition in the Hulu Selangor Parliamentary by-election, the BN Chairman Mohd Najib Abdul Razak announced today.

The MIC lost the Malay majority seat to the opposition PKR in the 2008 general elections. Umno won two of the three state seats in the constituency and MCA one.


[Original Posting]

BY MOST reckoning, despite the much-touted recovery of Umno and the strengthening of the Chinese support for Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak, neither a Malay nor a Chinese candidate is expected to be selected to represent the grand old coalition in the upcoming Hulu Selangor parliamentary by-election.

All indications point to the seat being given once again to the smallest and weakest of BN’s federal party, the Malaysian Indian Congress, which, incidentally, narrowly lost the seat to the opposition PKR in the 2008 general elections.

This is the BN’s dilemma, which could cost the party the seat once again. Not only the MIC is the smallest of the original BN parties in the Peninsula, it also has the least number of followers in Hulu Selangor.

The constituency is dominated by the Malays, who make up nearly 54 per cent of over 63,000 registered electors followed by the Chinese (26.7 per cent) and the Indians (19 per cent).

The speculation is the vanquished BN general elections candidate, G. Palanivel, the MIC’s new deputy president, is the likely choice.

A nice bloke but his close ties with party president S. Samy Vellu, another spectacular MIC loser in the 2008 general elections, is seen as a liability.

Putting an Indian candidate in a Malay majority area with large Chinese community, where the Pakatan Rakyat, via its affiliate Parti Keadilan Rakyat (PKR), will be nominating a Malay candidate, will only weaken the BN’s chances of taking back the seat.

The seat fell vacant due to the death of the PKR’s member, Zainal Abidin Ahmad on March 26. In the 2008 general elections, Zainal Abidin defeated Palanivel by a majority of 198. He polled 23,177 against Palanivel’s 22,979.

Neither Umno nor the BN will dare to acknowledge that the BN lost the seat because of the protest by the Malay voters against the Abdullah Ahmad Badawi-led Umno and their displeasure with the Indians generally.

The huge street protest by the illegal Hindu Rights Action Front (Hindraf) claiming mistreatment and the manner the MIC reacted to it angered the Malays. The majority of MIC candidates, including Samy Vellu, were thrown out as a result.

The disaffected Malays may have gone back to supporting Umno under Mohd Najib. At least that’s what the party has been saying. But would they vote the BN in Hulu Selangor if the coalition is represented by the MIC?

The BN lost the seat in 2008 largely because of the protest by Umno supporters. They disliked (benci) Abdullah’s Administration and were offended by the Indian protest in late 2007.

The Hulu Selangor election results spoke volumes. The turnout was low – only 75.24 per cent – and the rejected votes and unreturned ballot papers were high – 1,689 – indicating a strong element of protest.

I don’t think the feeling of Umno members and supporters towards the MIC has changed for the better. They remain unconvinced of the MIC’s strength since its leadership remains largely unchanged. Samy Vellu still rules while Umno and the MCA had undergone leadership changes.

Furthermore, the loyalty of Indian voters remains fractured with so many Indian parties and political NGO jostling for their support.

The results of the 2008 general elections clearly showed that the bulk of Indian voters sided with the PR via PKR and the DAP where Indians are represented.

Then there are minor Indian-dominated parties – aligned and unaligned to the BN – like People’s Progressive Party (PPP), the Indian Progressive Front, the Malaysian Indian United Party, the Malaysia Makkal Sakti Party, the Malaysian Indian Democratic Action Front (Mindraf), the Malaysian Indian Muslim Congress and the Punjabi Party of Malaysia.

So, while putting up an MIC candidate may be in line with the BN spirit and enhances the Prime Minister’s stature among the Indians, it could prove to be an uphill battle to convince the majority Malay and the significant Chinese voters to throw their lot behind an Indian candidate who may not be able to even mobilise the full support of his own minority community.

As such, if the PR, via the PKR, retains the seat, it’s not because they are strong but because the BN is yet to fully recover and the quota system it uses to allocate seats among component parties in order to help the minority parties is proving to be a liability.

The PR, especially the PKR, have their fair share of problems. The PKR’s image has been badly tainted by the recent resignations of four of its 31 Members of Parliament. So we may see the repeat of the costly Malay protest against the BN for the wrong choice of candidate.

Friday, April 02, 2010

Ada Lagi Yang Guna Telaga Dan Tandas Alam Semesta

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

CERITA malang seorang anggota Askar Wataniah mati tertimbus dalam perigi di Gaal, Pasir Putih, Kelantan semalam membawa balik ingatan saya ke zaman serba kekurangan di kampung pada tahun 1950an dan 1960an dulu.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, ramai orang kampung gali semula perigi buta atau buat telaga kerana bekalan air paip selalu putus dan tarif air naik. Emak saya pun masih mengekalkan telaga di belakang rumah walaupun airnya masam.

Askar yang mati itu namanya Mohd Amirul Abdul Razak, 21. Daripada usianya, bolehlah saya andaikan yang dia bukanlah daripada generasi yang pakar hal gali dan timbus telaga.

Jadi, mungkin inilah juga sebab dia mati tertimbus ketika menolong dua orang lain iaitu Mohd Firdaus Che Ishak, 19, and Hussin Sultan, 25, menggali perigi. Generasi mereka bukan generasi penggali atau penyelenggara telaga macam generasi saya.

Generasi saya pakar gali telaga. Mandi pagi-pagi buta di telaga. Angkut air dari telaga. Waktu hendak bersunat, kita berendam dalam telaga berjam-jam lamanya supaya kecut dan kebas. Dengan itu, konon-kononnya taklah sakit sangat bila dikhatankan.

Masa saya budak-budak dan remaja, menggali dan menjaga telaga adalah tugas kolektif yang wajib dilakukan setiap tahun pada musim kemarau.

Ada dua sebab kita korek atau pulihara telaga pada musim kemarau. Pertama, tanah kering jadi lebih mudah digali. Kedua, pada musim itulah kita perlu telaga yang lebih dalam sebab aras air bumi (water table) jatuh ke bawah. Kita kena dalamkan telaga sampai berjumpa mata air.

Ini kerja sukar dan boleh bawa maut kalau tidak pakar. Telaga boleh terkambus menimbus kita. Apatah lagi telaga di kampung digali dalam tanah liat atau lumpur.

Hanya orang berada saja yang akan perkuat tebing telaga dengan kalbat (calvert) atau di Utara lebih dikenali sebagai kok.

Bagi telaga yang sedia ada dan tidak masam airnya, kita gali semula setiap tahun untuk membuang lumpur, lanyau dan sampah sarap.

Kalau di Kedah, musim kemarau memang seksa. Kering kontang. Orang Kedah kata kering kong sampai empat atau lima bulan. Kena turun ke sungai lebih empat kilometer pergi balik untuk mandi, mencuci, mengangkut air dan memberi minum kerbau, lembu dan kambing.

Silap-silap air sungai pula payau atau masin kerana dimasuki air laut waktu pasang besar. Ada tahun ikan air payau macam siakap masuk sungai. Durian runtuh. Orang Utara kata raya Hindu.
Waktu itulah nak ke tandas cukuplah susah. Nak solat susah. Nak bercucuk taman langsung tak boleh. Yang boleh hanyalah main wau (layang-layang) dan main bola dalam bendang.

Banyak kerbau lembu mati kebuluran atau terperangkap dalam yoi. Yoi, kelebur dan lanyau adakah peringkat-peringkat lumpur mengikut kepekatannya (viscosity). Yoi sama hebat dengan pasir mendap (quicksand).

Nasib baik waktu itu ada banyak burung ereng/eriang (vultures) yang makan bangkai. Sekarang burung makan bangkai tu dah tak ada sebab dah tak banyak kerbau lembu yang dipelihara. Sekarang semua guna mesin.

Masa itu tandas curah dan tandas simbah belum ada. Hanya pada tahun 1960an dan 1970an baru diperkenalkan di bawah Rancangan Kesihatan Luar Bandar. Buat tandas curah pun dapat bantuan kerajaan.

Sebelum itu kita guna tandas alam semula jadi macam di tebing sungai, atas jambatan buluh, dalam belukar atau rumpun mengkuang. Mungkin tidak bersih tapi mesra alam (eco-friendly) sebab kita berkongsi lokasi dengan kura-kura, tuntung, ikan seluang dan “temekong”, ayam dan agen-agen kitar semula yang lain.

Yang susah wanita dan anak dara sebab ramai kaki mengendap yang ambil kesempatan. Tapi bila mandi di sungai, kita tidak kisah sangat jantina. Wanita mandi atas pelantar dan tangga di tebing sungai, lelaki mandi dalam sungai, atas sampan atau bergayut di batang nipah hanyut.

Sekarang kalau kita cerita pengalaman macam ini kepada anak cucu kita, mereka ternganga atau mereka kata “boring” (membosankan). Bekalan air putus sehari macam nak kiamat satu dunia.

Tapi kalau bukan semua tempat dah tak guna telaga dan sungai. Banyak lagi kawasan pedalaman dan miskin, khasnya di Sarawak dan Sabah, yang belum ada air paip, elektrik dan tandas moden. Mereka masih guna perigi, sungai, pelita minyak tanah dan tandas berpindah dalam semak.

Harap-harap Model Ekonomi Baru tidak melupa dan meminggirkan mereka!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).