Wednesday, March 29, 2006

Cut Down on the Debate

A Kadir Jasin

DALAM bahasa Malaysia: Kurangkan debat. Demikian, menurut akhbar The Star (29 Mac), gesaan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, kepada Ahli Parlimen.

Debat apa yang hendak dikurangkan itu? Oh, mengenai perbalahan antara Malaysia dan Singapura bersabit pembinaan jambatan baru menyeberangi Selat Tebrau.

Mamanda Menteri kata MP bertanggungjawab suarakan kebimbangan rakyat, tapi dia kata tiada siapa pun patut membuat ulasan yang boleh menimbulkan salah faham dengan tidak mengetahui kesemua fakta.

Saya petik The Star sebab akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu tidak melaporkan “angle” ini. Utusan Malaysia cakap fasal pembinaan jambatan itu akan diteruskan dan Berita Harian mengenai kedaulatan negara tidak akan dikorbankan dalam rundingan dengan Singapura.

Baguslah Mamanda Menteri akui hak MP bercakap bagi pihak rakyat. Memang pun itulah kewajipan mereka sebagai wakil rakyat.

Berapi Sebelum Jadi Menteri

MASA dia MP dan belum jadi Menteri, dia pun banyak juga cakap. Tapi sekarang kuranglah sikit.

Sebab itulah bila dia ajak saya makan di Putrajaya tak lama dulu, saya tanya dia ada lagi kah bara dalam dada. “Fire in the belly”, kata orang putih.

Itulah yang kita tengok dengan MP-MP kita. Masa MP, bukan main berapi. Tapi bila naik jadi Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri, padamlah api. Saya ingat Syed Hamid masa dia jadi Ketua Umno Bukit Bintang – berapi dan berasap. Maklumlah anak Singa Umno!

Kalau isu penting sampai menjejas kedaulatan negara, fasal apa kita nak sekat-sekat? Kalau mereka tak ada fakta, tak ada maklumat, bagilah mereka fakta dan bagilah maklumat. Suruh mereka baca banyak-banyak sikit. Suruh mereka layari Internet. Suruh mereka baca doktrin pertahanan Singapura.

Baguslah kalau Syed Hamid kata kedaulatan negara tidak akan dikorbankan dalam rundingan dengan Singapura. Itulah yang kita nak dengar. Terima kasih. Kerbau dipegang pengikat hidungnya, manusia dipegang cakapnya!

Jangan Jual Maruah Negara

KITA tak mahu kerana mahukan jambatan bersiar-siar, kerana ancaman menteri Singapura dan kerana para mamanda Menteri kita seronok main golf dengan rakan sejawatan mereka di Singapura kita kena jual pasir dan buka ruang udara kita kepada Singapura.

Ya lah, dulu pun kita jual pasir kepada Singapura. Betul. Tapi masa itu kita miskin, pasir kita pun banyak dan kita tak sangka Singapura guna pasir kita untuk tambak laut Selat Tebrau.

Kita marah bila Singapura tambak laut Selat Tebrau. Kita lawan. Tak fasal-fasal kita hilang Pulau Batu Putih.

Lagipun, takkanlah di zaman K-ekonomi ini pun kita nak hidup dengan jual pasir juga? Kita juallah benda-benda yang lebih tinggi nilainya. Lekeh sangat kalau masih jual pasir pada abad ke-21 ini.

Betullah Singapura Tahu Rahsia Kita

TAPI apa nak buat, dia ada pesawat perisik dan amaran awal (Airborne Early Warning) dan dia boleh kongsi maklumat Tentera Amerika yang ada satelit pengintip (spy satellite) tinggi di angkasa.

Kita baru dok cakap nak beli pesawat AEW. Tu pun belum tentu jadi. Singapura ada lebih 275 kapal terbang dan helikopter bermacam jenis. Tak cukup di bumi sendiri, mereka simpan kapal terbang tentera mereka di Amerika Syarikat, Perancis dan Brunei.

Cakap yang mudah sajalah. Singapura tahu rahsia kita fasal dia ada pesawat AEW dan dia ada kemudahan satelit. Macamlah pencuri guna teropong intip rumah kita. Mereka tahu satu hal, tapi mereka bebas terbang keluar masuk ruang udara kita hal lain.

Mana satu yang lebih teruk, pencuri teropong rumah kita atau kita benarkan mereka masuk rumah kita? Saya tak tuduh siapa pencuri. Ini hanya contoh perbandingan.

Kalau hendak juga, kita tukar sama rata. Pesawat Tentera Udara Singapura masuk ruang udara kita dan pesawat TUDM masuk ruang udara Singapura. Singapura belajar jungle bombing (mengebom hutan) kita belajar urban bombing (mengebom pekan)!

Itu pun belum tahu kita dapat faedah lebih atau sama rata fasal Tentera Udara Singapura lebih besar dan canggih. Baca laman web Singapore Defence Ministry atau Singapore Defence Forces (SDF) untuk mengetahui kekuatan dan kelengkapan bala tentera republik itu.

Kekuatan SDF bukan rahsia malah sengaja dihebahkan sebagai propaganda psikologi dan deterrence (penghalang) kepada sesiapa juga yang cuba mengancam negara pulau itu.

Awas Musuh Dalam Selimut

AHLI Parlimen dan semua pihak yang cintakan negara wajib mengetahui hal-hal sebegini dan terus bersuara, berdebat dan berbahas dengan lantang demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara daripada dicerobohi dan dinodai dari dalam dan luar negara.

Ingatlah, musuh ada di mana-mana, tapi yang paling berbahaya adalah musuh dalam selimut.

Monday, March 27, 2006

Maaf Tak Dapat Ulas IPCMC

Anonymous bertanya pandangan saya tentang IPCMC dan debat mengenainya. Saya mohon maaf. Saya cuba elak daripada mengulas mengenai buruk baik IPCMC kerana saya terbabit langsung dengannya.

Saya adalah antara anggota Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bertanggungjawab membuat perakuan itu. Saya adalah pihak yang berkepentingan.

Memadailah kalau kita ingatkan semula siapa yang menganggotai Suruhanjaya itu. Antaranya dua bekas Ketua Hakim Negara, seorang bekas Ketua Polis Negara, seorang hakim mahkamah tinggi, tiga peguam dan beberapa aktivis sosial.

Terpulanglah kepada budi bicara Perdana Menteri kerana beliaulah yang mengilhamkan Suruhanjaya itu dan beliaulah yang mengumumkan kepada negara, kalau tak silap Januari lalu, yang Kerajaan akan menubuhkan IPCMC.

Dan terpulanglah kepada rakyat jelata membuat keputusan siapa mereka hendak sokong. Mereka boleh sokong keputusan Perdana Menteri atau mereka boleh sokong pihak-pihak yang menentang keputusan Perdana Menteri.

Untuk mendapatkan butir lengkap mengenai IPCMC dan banyak lagi perakuan mengenai polis dan hal-hal berkaitan dengannya, sila rujuk kepada laporan Suruhanjaya yang berupa dokumen awam. Saya puji Perdana Menteri kerana tidak merahsiakan laporan itu.

Terima Kasih -- a kadir jasin.
Kalau Beradat Anak Tak Mati

A Kadir Jasin

BEBERAPA buah fikiran untuk memulakan minggu yang baru. Tetapi sebelum itu, terima kasih kepada pelawat Weblog ini dan terima kasih tidak terhingga kepada yang memberi ulasan.

Terima kasih kepada amaruq kerana menghebahkan laman ini dengan menyambungkannya dengan ruang siber yang lebih luas dan terima kasih kepada ziniac rapsees kerana mengingatkan kita kepada sebuah pepatah Melayu yang sangat dalam ertinya iaitu “biar mati anak, jangan mati adat”.

Dalam pengertiannya yang sebenar, ia bukan bermaksud membiarkan anak kita mati kerana kita lebih mengutamakan adat. Ia bererti kita sanggup menghukum anak kita sendiri, termasuk hukuman mati, jika dia melanggar adat. Adat, dalam pengertian yang lebih luas adalah aturan dan peraturan, hukum dan undang-undang.

Amanat Sheikh Abdullah Fahim

Saya juga teringat kepada satu amanat Sheikh Haji Abdullah Fahim, ulama besar Tanah Semenanjung yang pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Abdullah Fahim berkata, “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”

Pemuda Umno Terus Menyepi

Beberapa tahun lalu, apabila saya mengulas mengenai pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn di dalam kolum “Other Thots” yang pada waktu itu disiarkan di dalam akhbar “New Sunday Times”, Datuk Seri Hishammuddin Hussein begitu amarah.
Pada hemat beliau, tulisan saya tidak memberi penghormatan sepatutnya kepada bapanya.

Setelah memastikan daripada pelbagai sumber bahawa tulisan itu adalah cetusan idea saya sendiri dan bukan diapi-apikan oleh sesiapa – umpamanya Perdana Menteri – maka akan mamanda menteri itu pun mengutus jawapan yang agak panjang lebar kepada saya.

Saya menyiarkan sepenuhnya jawapan beliau mempertahankan bapanya. Dalam profesion kewartawanan kita memanggilnya hak menjawab atau right of reply.

Jadi apabila, pada 25 Disember lalu, akhbar yang sama (New Sunday Times) menyiarkan sebuah rencana mengherdik Pemuda Umno kerana menyarankan pelaksanaan semula falsafah dan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB), saya mengharap dan menanti-nanti jawapan Hishammuddin.

Akhbar milik Umno itu menyifatkan saranan Pemuda Umno tersebut sebagai kenyataan yang paling tidak membantu bagi tahun 2005 – the most unhelpful argument of the year.



Dipendekkan cerita, sampai hari ini pun tidak ada reaksi daripada Hishammuddin atau Pemuda Umno terhadap kritikan New Sunday Times itu. Kalau Hishammuddin begitu tegas mempertahankan bapanya, mengapakah dia membisu mengenai kritikan terhadap Pemuda Umno?

Apakah Pemuda Umno dan DEB kurang penting daripada bapanya? Apakah maruah individu lebih penting daripada maruah parti?

Apakah New Sunday Times dahulu tidak ditakuti, tetapi New Sunday Times sekarang ditakuti – sehingga ahli politik Umno tidak berani lagi menyanggahnya?

Atau apakah New Sunday Times dulu berpengaruh, maka perlu dijawab tetapi New Sunday Times sekarang tidak lagi berpengaruh, maka tidak perlu dijawab?

Atau apakah ada pertemuan-pertemuan belakang tabir yang tidak kita ketahui?

Pesara Politik Yang Baik

Pesara politik yang baik, mengikut andaian sebuah kolum dalam New Sunday Times (26 Mac) ialah seorang yang tidak campur tangan dalam perkembangan semasa.

Maka penulis kolum itu menyebutkan bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Tun Ling Leong Sik sebagai contoh.

Akhbar itu melaporkan, “Dr Ling has been an exemplary political retiree, keeping his peace and volunteering his assistance when asked, never interfering but still providing his views and his inputs privately.”



Thus, depending on what we mean by interfering, Tun Dr Mahathir Mohamad could be considered a meddlesome political retiree because he keeps expressing his views.

But as has been pointed out by many discussants in this Weblog, some quoting the Quran, it is the responsibility of every one of us to guide each other for the common good.

Saya tidak akan memanjangkan hal ini. Tetapi oleh sebab peranan Dr Ling dengan Universiti Tunku Abdul Rahman dikaitkan, saya hanya berharap selain menjadi pesara politik mithali beliau juga akan menjadi orang tua politik yang berwibawa dengan berusaha keras menambah pengambilan penuntut bukan Cina universiti itu.

Despite receiving considerable financial and material support from the Government and donations from non-Chinese businessmen and organisations, the enrollment of non-Chinese at UTAR is minuscule.

We cannot go on making assumptions. We cannot assume that Malays, Indians, Kadazans and Ibans are not interested to join UTAR because it’s MCA-owned or that the Chinese do not like to join the civil service and the police force because they’re Malay-dominated.

Adi Putra vs Chan Yaoban

Cerita budak pintar Adi Putra menjadi wadah banyak akhbar. Maka banyaklah pendapat yang dikemukakan. Namun ini bukan kali pertama dan pasti bukan kali terakhir kita mendengar cerita sebegini.

Tapi malangnya, selepas beberapa minggu atau bulan hilanglah minat terhadap cerita sensasi sebegini. Maka kita pun kembali menyanjung Siti dan Mawi. Aduhai, mudahnya hidup kita!



Apa yang terjadi kepada kanak-kanak yang dilahirkan pintar begini membayangkan ketidaksediaan kita untuk menjana keistimewaan. Akhirnya cerita suka berakhir dengan cerita duka.

Tapi lain halnya dengan Chan Yaoban yang dilahirkan di Malaysia tetapi dibawa keluarga berpindah ke New Zealand.



Awal bulan ini, pada usia 21 tahun, Chan menjadi penuntut termuda University of Melbourne, Australia menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik dan statistik.

Saturday, March 25, 2006

CAN WE NOT BEING VULGAR?

A Kadir Jasin

IT's sad and it's unforunate that, despite reasonably good education, good pendidikan akhlak and continuing efforts by the Government to inculcate "budi bahasa", many Malaysians continue to be unable to be civilised and courteous.

Thus, despite my repeated appeals to participants of this Weblog not to be abusive and vulgar, some continue with their maki-hamun, vulgarities and indecorum. One such participant goes by the pseudonym "survivoritas".

It's fine that he or she should call me names. I am used to being damned and maligned. I use my real name and I even post my mugshot. You know who I am. How can you then accused me of hiding behind my byline? I am standing by my byline, unless, of course, you don't know what a byline is.

It's utterly unfair and ungentleman for the likes of "survivoritas" to throw stones and hide the hands. What transparency and accountability are we talking about? Only a lowly kembiri would do such a thing. So dear "survivoritas", please take your venom and your vulgarities elsewhere!

And to those who have contributed positively to this little endeavour, I thank all of you very much. Please no maki-hamun. You can criticise the Prime Minister and call upon him to resign. That's your democratic right. But please so without malice and, if possible, with finesse.

Have a good weekend.

Wednesday, March 22, 2006

PM JANJI AGIHAN ADIL

A Kadir Jasin

TERIMA kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana membuat satu lagi janji yang sekali gus memperbetulkan satu persepsi yang keliru.

Laporan Utusan Malaysia dan The Star pada 16 Mac yang memetik kenyataan akhbar Jabatan Perdana Menteri mencetuskan persepsi bahawa keseluruhan penjimatan subsidi hasil daripada kenaikan besar harga minyak petrol pada 28 Februari lalu akan dibelanjakan keseluruhannya di Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, penjimatan yang dianggarkan RM4.4 bilion itu akan digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Mengulas berita itu dalam rencana bertajuk “Untuk Siapa Tabung Pengangkutan”, saya menulis di dalam Weblog ini mengatakan, antara lain, bahawa keputusan itu tidaklah adil.

Ia tidak adil kerana kenaikan harga minyak petrol, diesel dan gas cecair petroleum membebankan rakyat di seluruh negara tetapi hasilnya akan dibelanjakan di Kuala Lumpur sahaja.

Pada 18 Mac, Utusan Malaysia dalam berita muka depan bertajuk “Dana RM4.4b diagih adil untuk semua negeri – PM”, memetik Abdullah sebagai berkata:

“Pengagihan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam akan dibuat secara adil kepada semua negeri berdasarkan keutamaan masing-masing bagi menambak baik sistem pengangkutan awam.”


Sumber: Utusan Malaysia

Sangat eloklah kalau begitu. Tak siapa pun mempertikai rancangan kerajaan itu. Yang dipertikai ialah kenyataan awal JPM yang memberi gambaran hanya Kuala Lumpur akan mendapat faedah.

Mungkin elok di masa akan datang bagi para penasihat dan “minders” Perdana Menteri berfikir panjang dan mendalam sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan akhbar atau memulakan sesuatu “spin”.

Sudah cukup lama Kuala Lumpur jadi anak emas. Baru-baru ini pun dapat habuan lagi apabila seorang lagi Ahli Parlimennya dilantik menjadi menteri.

Takut Nak Petik Laporan NST

ADA seorang bekas wartawan New Straits Times (NST) menghantar SMS kepada saya bertanya apakah saya tidak membaca akhbar lama saya itu lagi.

Dia bertanya demikian kerana saya tidak lagi memetik NST dalam kolum “Other Thots” saya dalam majalah Malaysian Business.

Saya terus berlanggan dan membaca akhbar itu di rumah dan pejabat. Tetapi saya agak jarang memetiknya kerana gusar akan dituduh orang tidak baik (bad people) oleh “encik-encik tajir” yang mengepalainya dewasa ini.

Permisi, guna bahasa kontemporari Indonesia sedikit. Encik-encik tajir ini sudah pun menuduh saya melancarkan vendetta (permusuhan turun temurun) terhadap mereka kerana bertanya, melalui SMS, tentang kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad (SAW) pada 20 Februari lalu.

Baru-baru ini saya terpaksa menghantar SMS kepada seorang wartawan kanan akhbar itu untuk mendapatkan pengesahan bahawa NST tidak menyiarkan berita dan/atau gambar pembukaan sesi baru Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 Mac lalu.

Dia menjawab “Tak dak”. Saya terpaksa bertanya kerana seorang pembaca weblog ini – Desmond -- mengulas mengenai ketiadaan berita itu di dalam NST.

Pengangkutan Bukan Masalah KL Saja

KITA tidak menafikan yang pengangkutan awam Kuala Lumpur memerlukan penaikan taraf dan integrasi. Tetapi membelanjakan penjimatan subsidi hanya di Kuala Lumpur tentulah tidak adil dan tidak membayangkan penggubalan dasar dan pelaksanaan projek yang mantap.

Ini akan memburukkan lagi penentangan pengguna terhadap kenaikan mendadak harga bahan bakar (30 sen seliter atau 18.52 peratus) dan tambah meyakinkan mereka bahawa kenaikan itu tidak dirancang dengan sempurna.

Media massa arus perdana menguar-uarkan penjimatan RM4.4 bilion. Saya tidak akan mempersoalkan dari mana mereka mendapat angka itu dan sama ada ini tujuan sebenar harga minyak dinaikkan.

Lagipun, jika kita percaya hujah-hujah lain yang dikemukakan oleh para mamanda Menteri dan tukang canang mereka seperti mengurangkan penggunaan minyak, maka penjimatan yang diuar-uarkan itu mungkin tidak sampai RM4.4 bilion.

Bila penggunaan minyak berkurangan kerana harga tinggi, maka kurang jugalah nisbah subsidi yang dijimatkan. Apatah lagi kenaikan besar harga minyak pada 28 Februari itu berlaku pada ketika harga minyak mentah dunia semakin menurun.

Semakin rendah harga minyak mentah di pasaran dunia, semakin rendah jugalah penjimatan subsidi. Apabila harga dinaikkan pada 28 Februari, harga minyak mentah di pasaran New York (NYMEX) ialah A$61 setong. Pada 20 Mac ia jatuh kepada AS$60.42.


Sumber:Energy Economics Newsletter

Sebenarnya kos pengangkutan kita, mengikut ukuran Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita pariti kuasa membeli (purchasing power parity) mungkin lebih tinggi daripada di banyak negara jiran.

Ini adalah kerana banyak jenis cukai dan kadar (rates) yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan, sama ada untuk kegunaan peribadi atau awam, seperti cukai import, cukai eksais, cukai jualan, cukai jalan, yuran pemeriksaan kenderaan dan tol lebuh raya.

Saya baru pulang dari menjelajah Selatan Thailand untuk menemui bekas-bekas pemimpin dan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang bermastautin di sana di bawah Perjanjian Damai tiga hala (PKM, Malaysia dan Thailand) tahun 1989.

Saya mendapati sistem jalan rayanya baik – tak jauh bezanya daripada lebuh raya tol kita – tetapi tidak ada tol. Yang sedikit membimbangkan ialah banyaknya sekatan jalan raya yang didirikan oleh Tentera Thai di wilayah-wilayah majoriti Islam sejak berlaku kekacauan pada bulan Oktober 2004.

Yang Tersurat dan Tersirat

KITA harap dasar harga runcit minyak sekarang adalah terancang dan bukan sekadar cara mudah untuk “mengelokkan” (dressing up) belanjawan supaya nampak seimbang.

Bukan apa, kita takut kalau-kalau mantera mengenai belanjawan seimbang (balanced budget) menggalakkan sesetengah pemikir dan pelaksana dasar ekonomi, belanjawan dan mata wang mengambil jalan mudah mengimbangkan belanjawan dengan melaksanakan dasar-dasar jangka pendek dan spontan yang boleh merangsang inflasi dan melembapkan produktiviti.

Hakikat bahawa majoriti rakyat jelata tidak faham atau tidak peduli mengenai isu-isu ekonomi, khasnya ekonomi mikro, tidak menghalalkan pemesongan dasar atau pemutar-belitan hakikat.

Justeru itu, setiap ikrar janji yang dibuat oleh pemimpin politik negara, khasnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan diputarkan menjadi halwa rambut yang manis dan berwarna-warni oleh media massa arus perdana seharus tidak merugikan rakyat terbanyak.

Hanya melalui pertumbuhan ekonomi, peningkatan produktiviti yang menyeluruh dan pengagihan kekayaan negara secara meluas sahaja, beban kenaikan harga seperti yang berlaku pada 28 Februari itu boleh diatasi secara berkesan.

Speed Up Implementation, Says PM

I would not dare join skeptics in casting doubt on the Prime Minister’s instruction to ministries to make sure that the implementation of the 9th Malaysian Plan commences on March 31 (Berita Harian, March 21).

All that I can say is, the planning for the Plan actually started years ago with the mid-term review of the 8th Plan, followed by the inauguration of the second National Economic Consultative Council (Mapen 2) in 1999. The report of Mapen 2 was submitted to the Government in 2001.

The 9th Plan is intended to come into force this year. We are now about to complete the third month of the year and the plan is still at the deliberation stage in the Parliament.

As for the recent Government statement that it did not want to dip into Petronas’ coffers, I think it is mere interpretation. According to one estimate, Petronas contributed RM110 billion to the financing of the 8th Malaysian Plan. For the current plan period, Petronas should be in a better position to contribute much more as crude oil prices are higher.

In The News For The Wrong Reason

THE reinstated Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Effendi Norwawi, hasn’t said much since his return to the Cabinet recently.

But that does not stop him from being in the news. His actress wife Tiara Jacquelina had successfully staged Puteri Gunung Ledang at the national theatre, Istana Budaya, some weeks ago.

Today, Effendi is again in the news – being accused by his former wife Zariah Hashim (previously known as Faridah Effendi) in the Kuala Lumpur Syariah High Court of failing to fulfill their divorce agreement.


Source : The Star

At stakes are properties in Sarawak and the UK, and stocks and shares worth millions of ringgit. Wealth and opulence of our high officials is being blown open by acrimonious divorces.

With some Ministers and important political figures now married to celebrities or are in the process of divorcing one, we can count on filling our idle movements with these sideshows.

And Why Shouldn’t Yahya Speak Out?

AS Malaysians we have every right to speak out in defence of our country. Defending this country is not the right and privilege of Ministers like Datuk Seri Syed Hamid Albar only.

The Foreign Minister chided Datuk Yahya Abdul Jalil, the main contractor for the new bridge to Singapore, for his Sunday interview in the Mingguan Malaysia.


Source: The Star

Yahya had, among other things, said he prayed that the Government would not to succumb to Singapore’s demand for the opening of the Johor airspace for its air force jets and for the sale of sand to the republic.

This is our country. So why shouldn’t we pray for it? We believe in God. So why can’t we pray for His guidance?

We have every right to defend our country and our honour. If Syed Hamid – the son of the Lion of Umno, late Tan Sri Syed Jaafar Albar -- cannot accept the rakyat’s view, he should cease being their wakil.

While on the one hand the Prime Minister had asked the people to tell him what he ought to know and not what was good to hear, his ministers continue to be intolerant of feedbacks.

Thursday, March 16, 2006



UNTUK SIAPA TABUNG PENGANGKUTAN?

A Kadir Jasin

TAPI apa halnya dengan penduduk negeri-negeri lain, penduduk luar bandar, penduduk Sabah dan Sarawak?

Itulah yang menjadi pertanyaan apabila membaca berita muka satu Utusan Malaysia (UM) hari ini (16 Mar) yang memetik kenyataan Jabatan Perdana Menteri mengenai penubuhan tabung Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam.

Apakah wang RM4.4 bilion hasil daripada kenaikan harga minyak pada 28 Februari lalu itu akan dibelanjakan di Kuala Lumpur dan sekitarnya sahaja?

Menurut UM, tabung itu akan digunakan untuk mengintegrasikan dan memperluaskan sistem bas, LRT, monorel dan komuter yang buat masa ini hanya ada di Kuala Lumpur dan sekitarnya sahaja.

Kalau betullah laporan UM itu, jelaslah majoriti rakyat yang dibebankan dengan harga minyak petrol, diesel dan gas cecair petroleum (LPG) yang lebih tinggi itu tidak akan mendapat apa-apa pulangan, kecuali jikalau mereka berkunjung ke Kuala Lumpur atau sekitarnya.

Di mana Faedah Luar Bandar?

Apa halnya dengan pengangkutan awam di bandar-bandar lain dan di kawasan-kawasan luar bandar? Apa halnya dengan Sarawak dan Sabah di mana masih banyak rakyat jelata yang tidak ada jalan raya atau masih bersampan dan berakit?

Bercakap tentang Bumiputera yang berupa penduduk majoriti negara kita ini, sebarang dasar yang berbentuk Kuala Lumpur-centric atau urban-centric tidak akan menguntungkan mereka kerana majoriti daripada mereka tinggal di luar bandar – di Pekan, Kepala Batas, Pagoh, Kanowit dan Kinabatangan.

Kalau sebahagian jumlah ini dibelanjakan di luar bandar, bukan sahaja Bumiputera akan mendapat faedah, malah lebih banyak kontraktor Bumiputera berpeluang mendapat kontrak.

Dengan itu, berlakulah pengagihan kekayaan dan peluang ekonomi yang lebih baik yang berupa falsafah pokok Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Kalau inilah gambaran mengenai apa yang akan datang, kita bimbang Rancangan Malaysia Kesembilan mungkin tidak menjanjikan keadilan kepada rakyat terbanyak.

Cukuplah kita membangunkan Kuala Lumpur dengan projek-projek meganya. Kuala Lumpur sudah cukup sesak. Sudah menjurus ke arah urban ghetto. Eloklah beri keutamaan kepada kawasan luar bandar dan negeri-negeri miskin macam Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis (lihat carta di bawah).

( Sumber: Dewan Masyarakat )

To Gag or Not To Gag

NO gag order on MPs, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (The Star, March 14). The MPs, he said, were free to debate all issues, including hot topics.

And what can be hotter than the 18.52 per cent fuel price increase!

But, in the first place, does it require the Prime Minister’s go-ahead for MPs to exercise their legitimate democratic right to speak up on behalf of their constituents?

There have been conflicting signals in recent past. In a number of instances and over some issues, the Barisan Nasional MPs were limited in their ability to debate openly.

They were even more restricted when it came to voting on critical bills like the recent amendments to the Federal Territory Islamic Family Law. Now the PM is sending another signal – debate openly.

I have always thought that people formed political parties to fight for common good. They fielded candidates in elections to win seats in the Parliament and State Legislative Assemblies.

In those chambers, the MPs and State Assemblymen and women would speak freely in defence of the people they represent – the voters and the rakyat in general.

But more often than not in our Parliament and State Legislative Assemblies, they tend to represent the party they belong to and speak in defence of the party and its leaders.

When they are not doing that, they’re either in the canteen having teh tarik or making monkey of the august chambers.

Oh, how I miss the debate involving Tun Dr Mahathir Mohamad, the late Tan Sri Ja’afar Albar aka The Lion of Umno and the late C.V. Devan Nair in the Malaysian Parliament in the late 1970s!

Listen To The King

No wonder we now need the Yang di-Pertuan Agong and Sultans to remind our elected representatives of their duties to the people and about the country’s sagging global rating, like the King did when opening the new session of Parliament on March 13.

Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail said serious attention must be given to reports that Malaysia’s global competitiveness was declining.

He said he was concerned about such reports. One issue highlighted in the reports, the King said, was the decline in the public service delivery system and its effects on the country’s competitiveness.

(Ironically, a major pro-government English newspaper decided to give the story a miss. It said not a word about the King opening the new Parliament session – not even a caption story.)

Source: The Star

Death of Idealism and Fire in the Belly

Not all our MPs and State Assemblymen and women hailed from the circus. Many are highly qualified men and women who excelled in their previous occupations. Some entered politics with a lot of idealism and fire in their bellies.

But once in the Parliament and the Dewan Undangan Negeri (DUN), many lost their idealism and the fire in their bellies died. Some degenerated to become circus clowns.

Yet, when by chance, I met and spoke to them, I found, to my surprise, that they are intelligent and serious. That sets me thinking. There must be something about the Parliament and the DUN that makes these good men and women lose their intelligence and idealism.

Could it be mortal fear of the Whips? Could it be their dreams of becoming Ministers, Menteris Besar and Exco Members? Or could it be the prospects of bidding for prized contracts?

So I don’t know if the green light given by the Prime Minister would rekindle their idealism and relit the fire in their bellies. We’ll have to wait and see.


WITHOUT FEAR OR FAVOUR?

IT is a sad day for journalism and for freedom of the Press when journalists and media personalities hide behind anonymity when attacking others.

This is the case with literally every one of them who wrote to this blog to condem me for my role in the New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

Perhaps there's no point pleading with them for fairness. I am often accused of misusing and perverting press freedom. At least I put my miserable name on what I write and I take full responsibility for it. This was the reason for my decision to leave the NSTP in 2000. I took responsibiliy, period.

To show just how vicious and dubious some Malaysian journalists and media personalities have become, I'll continue to publish their diatribe and denunciation against me, at least for the time being.

Thank you.

Wednesday, March 15, 2006

COMMENT By dignity2u

Dear DatukI have been asked to revise my comments.... Dear Datuk,

I have been asked to revise my comments. This is the new version:

I was one of those who had criticized Tun Dr Mahathir. At that time, I begged people to tell him to shut up. Now, I beg people to tell him to keep speaking up.

When I was a student, I remember how excited I was to meet DS Anwar Ibrahim. At that time, I treated him like a hero. Now, sadly I talk of him no more.

In Tun Dr Mahathir’s government, there were officers who hid things from the Ministers or manipulated information that was relayed to the Ministers. What is more shocking is Ministers who hid things or manipulated information to deceive the PM.

In a TV interview, Tun Dr Mahathir showed documents to prove that a certain “responsible” Minister acted to confuse or deceive. This deception and betrayal continued into PM Abdullah Badawi’s government.

PM Abdullah Badawi is not sending the right message to his people. He must give us the unmistakable message that he is the CEO who is in control.

People speculate that his apparent lack of strength is caused by his family ties. If there is dirt in his backyard, he has to clean it. Hopefully the dirt is not in his house too.

His moral duty and obligation is first and foremost to this country and its people.

Where my family is concerned, this country comes first and the family comes second. We have proven ourselves - we sacrificed one of us, our own flesh and blood, so that conscience and morality is not sacrificed. It is painful but after it is done we can walk tall with dignity.

And, when death comes, there will be no remorse - only peace.

A Kadir Jasin Replies

Dear dignity2u,

I would like to make a qualification to your opening statement. You said: “I have been asked to revise my comments. This is the new version.”

I would like to make it clear that I don’t know who you are and the instruction to revise your earlier comment, therefore, did not come from me.

All comments to this weblog are published unedited as the security features do not allow editing or interference with whatever materials sent to me.

My ONLY choice is either to PUBLISH or REJECT them. Thus, once again, I appeal to participants to be thoughtful and to respect decorum.

However, for the benefit of the larger audience, I am taking the liberty of publishing your comment in the main blog.

Thank You.

Monday, March 13, 2006

Wartawan Kanan Tinggalkan NSTP

A Kadir Jasin

HAMPIR 60 orang wartawan kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, termasuk beberapa pengarang kanan, meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Mereka berbuat demikian di bawah skim VSS (voluntary separation scheme) yang terbaru yang ditawarkan oleh kumpulan akhbar itu. Kesemuanya 216 kakitangan daripada pelbagai jabatan meletakkan jawatan.

Antara wartawan kanan yang meletakkan jawatan adalah Mohd Zian Johari, pengarang eksekutif Berita Minggu (BM), Mohd Fadzil Abdullah, ketua penyunting BM, Zam Zam Omar, pengarang keluaran khas Berita Harian (BH), Ali Mansor Aman, penolong pengarang Harian Metro (HM) dan Metro Ahad (MA) dan Mustafa Albakri Baharom, pengarang rencana HM.

Kesemuanya 20 orang wartawan yang bekerja dengan akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang meletakkan jawatan adalah Melayu kecuali seorang Kadazan.

Antara wartawan kanan akhbar-akhbar berbahasa Inggeris yang meletakkan jawatan adalah Ahirudin Attan, pengarang eksekutif Malay Mail (MM) dan Sunday Mail (SM), Nuraina Abdul Samad, timbalan ketua pengarang berita New Straits Times (NST), Muharyani Othman, pengarang berita NST, Aishah Ali, pengarang bersekutu SM dan Saleha Ali, pengarang Sunday Magazine.

Turut berhenti adalah Lazarus Karunakaran Rokk, pengarang sukan NST, Dazman Manan, pengarang isu-isu wanita dan fesyen NST, Leonard Pasqual, penolong ketua penyunting NST, Anthony Mariadas, pengarang sukan MM, Zulkifli Othman, pengarang berita NST dan Zainal Alam Kadir, pengarang hiburan MM.

Daripada kira-kira 40 orang wartawan yang meletakkan jawatan daripada akhbar-akhbar berbahasa Inggeris, separuh daripadanya adalah Melayu.

Ini adalah peletakan jawatan beramai-ramai yang membabitkan paling banyak wartawan, khasnya Melayu. Ada antara mereka yang telah berkhidmat dengan kumpulan itu selama lebih 30 tahun.

Peletakan jawatan kali ini turut membabitkan 39 orang daripada jabatan iklan, pemasaran dan pengedaran dan 35 daripada jabatan percetakan.

Sementara itu prestasi saham NSTP di Bursa Malaysia terus merosot. Harga tutup minggu lalu ialah RM2.19 berbanding paras tertinggi RM7 pada tahun 2002 dan RM6 pada tahun 2004.

Pendukung utama NSTP sekarang adalah Datuk Kalimullah Masheerul Hassan sebagai Timbalan Pengerusi merangkap Penasihat Jabatan Pengarang, Datuk Hishamuddin Aun, Ketua Pengarang Kumpulan (GEIC) dan Brendan Pereira, Pengarang Kumpulan NST Sdn Bhd.

The Police Here and There

In Thailand, the police spokesman wanted the Prime Minister, Thaksin Shinawatra to, resign amidst mounting protest against his administration.

In Malaysia, the head of police wanted the people to stop protesting against the 30-sen (18.52 per cent) petrol, diesel and LPG price increase.

“I Know You’re Angry”

Now that the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Bahawi knows that the people are angry with the Government for raising the price of fuel heftily, what is he going to do about it?

He said he would soon announce measures to lessen the burden of those adversely affected.

A lot of people were also angry over the videotaping of a woman in the Pataling Jaya police lock-up. The PM formed an independent committee to investigate the incident.

He also promised to form the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) as recommended by the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police. That’s the last we heard of it.

Admitting that the people are angry is one thing. Announcing measures to overcome their hardship (if and when it happens) is another. The real test, however, is whether the measures promised will be fulfilled.

To Subsidise Or Not To Subsidise

Deputy Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, was upset that there were people who linked the RM4.4-billion-a-year savings from the fuel price increase to the financial needs of the national airlines Mas.

Maybe Najib was not aware of the coincidence -- that on the day the fuel price increase took effect (Feb. 28), Mas Managing Director Idris Jala was widely reported that the national airlines needed RM4 billion in working capital and he hoped the Government would provide half of it. Both news items were on front page of The Star.

Why 30 sen and in one go? It would have been less burdensome if is done in, say, three installments of 10 sen. Each installment will save the Government RM1.47 billion.

Fuel prices have been on the way up, but never at this rate. So the anger of the people and the inflationary effects are obvious.

This is another facet to the knowledge-based economy (K-economy) that the Government is promoting. The people will challenge its decision based on the knowledge and information at their disposal.

Sunday, March 12, 2006

Dear Sdr Asri,

Thank you for your comments. I had not posted your first comment becuase I feel (deeply and sincerely) that while you complemented the Sultan of Selangor for his concenrn for his subjects, in particular the recent Shah Alam flood vinctims, you made a rather uncomplimentary remark about your Sultan.

Although you did not indentify the Sultan or mention the name of the state to which you belong, I feel that it is not wise and proper for me to publish your remark. I am sorry. My only hope is, my comment on this subject and the responses I received from readers like you would be read by our leaders, the Palaces included.

I would also like to inform readers that I will be unable to post comments which contain "links, website addresses and weblogs" that deal with businesses like making quick money and so on, as these may contravene laws and regulations.

Let use use this Weblog as a site for friendly exchanges and for intellecutal discourses.

Thank you.

Jangan Asyik Sangat Dengan FTA

A Kadir Jasin

DUA perkembangan penting dalam dunia global dan globalisasi yang sangat hebat diuar-uarkan sekarang berlaku di Washington DC, ibu negara Amerika Syarikat, yang secara langsung dan tidak langsung membabitkan negara kita.

Pertama, permulaan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement -- FTA) di antara Malaysia dan Amerika dan kedua, pembatalan kontrak menyelenggaraan pelabuhan Amerika oleh sebuah syarikat yang beribu pejabat di Dubai.

Kontrak kepada syarikat Dubai yang bernama Dubai Ports (DP) World itu dibatalkan setelah mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk Pentadbiran George W Bush.

Perdagangan bebas, globalisasi dan padang permainan yang rata (level playing field) yang menjadi mantera kepada Washington dan yang makin disanjung di negara kita sendiri tiba-tiba senyap sepi, tidak bermakna malah dianggap bahaya apabila kepentingan Amerika terancam.

Menggunakan alasan keselamatan (security), Jawatankuasa Peruntukan Wang Negara (Appropriations Committee) Kongres yang dikuasai oleh Parti Republikan, mengundi 62 lawan dua menyekat kontrak firma Dubai itu.

Kalau DP World berpangkalan di Israel atau dimiliki oleh pelabur Yahudi, reaksi pemerintah Amerika dan dewan perundangannya pasti berbeza.

Tetapi disebabkan DP World sebuah syarikat Arab dan dimiliki pula oleh sebuah negara Islam iaitu Emiriah Arab Bersatu, ia serta-merta menjadi ancaman kepada keselamatan Amerika walaupun kontrak yang dimenanginya itu sudah beroperasi sekian lama.

Awasi Hipokrasi Amerika

Sikap hipokrit dan pembohongan Amerika sangat jelas. DP World disekat daripada meneruskan pengurusan enam buah pelabuhan Amerika yang dulunya dikendalikan oleh syarikat Inggeris, Peninsular and Oriental Steam Navigation Company atau lebih terkenal sebagai P&O. DP World terbabit hanya apabila ia membeli P&O.

Beberapa bulan sebelum itu, Kongres Amerika juga menyekat percubaan China National Offshore Oil Company (CNOOC) untuk mengambil alih syarikat minyaknya, Unocal Corporation dengan bayaran US$18.5 bilion (kira-kira RM68.64 bilion) -- juga atas alasan keselamatan negara.

Jadi siapa kata ekonomi Amerika bebas? Siapa kata Kerajaan Amerika tidak campur tangan dalam urusan perniagaan? Siapa kata ekonomi Amerika bebas subsidi. Tahun lalu, subsidi pertanian sahaja berjumlah US$21.4 bilion (RM79.18 bilion) dan berbilion lagi diberi kepada sektor pembuatan dengan bertopengkan penyelidikan.

Industri petroliam Amerika adalah industri yang paling banyak mendapat subsidi dan pelepasan cukai. Sebab itulah harga minyak di Amerika antara yang termurah di dunia mengikut ukuran Pendapatan Negara Kasar (GNP) per kapita pariti kuasa membeli (GNP per capita purchasing power parity (PPP)).

Kita Gembira Jual Aset Negara

Tetapi di manakah Parlimen Malaysia pada ketika aset-aset negara, termasuk projek-projek penswastaan seperti Fomema dan Pantai Medivest, dijual kawalannya kepada Parkway Holdings Singapura?

Hanya selepas dikejutkan oleh media massa, khasnya TV3, barulah Ahli Parlimen kita, termasuk beberapa orang mamanda Menteri Umno, terjaga dan dalam nada lantang bertanya, macam mana kami tak tahu?

Jual-beli korporat di Malaysia memerlukan kelulusan bermacam-macam pihak --- Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Itu pun ada lagi mamak-mamak Menteri kata mereka tak tahu.

Tak tahu atau tak ambil tahu? Tak diberitahu atau sengaja tak mahu tahu? Atau sekadar buat bising ketika Perhimpunan Agung Tahunan Umno saja?

Sekarang khabarnya usaha sedang dibuat untuk beli balik Fomema dan Pantai Medivest. Harap-harap tak betullah khabar-khabar angin yang mengatakan ada pihak yang berkaitan dengan Kerajaan Malaysia atau individu-individu tertentu yang akrab dengan Kerajaan menawarkan RM400 juta untuk membeli Fomema saja.

Kalau ini benar, kita tak tahu apa muslihat mereka. Yang kita tahu, Parkway hanya membayar RM312 juta untuk membeli Pantai Holdings Berhad, termasuk tujuh buah hospital, Fomema, Pantai Medivest dan aset-aset lain.

Dalam dunia korporat macam-macam boleh berlaku kerana pada akhir-akhirnya akan ada pihak yang mengaut keuntungan serta-merta. Kalau duit individu itu hal lain. Yang kita takut duit pembayar cukai atau duit GLC digunakan untuk membayar harga yang tinggi. Jadi mintalah Ahli Parlimen kita tengok hal ini dengan teliti. Jangan tertidur lagi.

Makan besarlah Parkway kalau ada pihak di Malaysia mahu beli balik Fomema dengan harga RM400 juta. Yang ini pun saya dah ulas dan buat tekaan dalam kolum “Other Thots” di dalam majalah Malaysian Business.

Kata Manis Amerika Beracun

Berbalik kepada rundingan FTA dengan Amerika, kita harap Menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz yang mengetuai pasukan Malaysia di Washington mengambil tindak-tanduk Amerika terhadap DP World dan CNOOC sebagai amaran dan panduan.

Kalau Rafidah dan para perunding Malaysia termakan janji-janji dan kata-kata manis Amerika, jahanamlah kita. Kita akan menjadi negara jajahan perdagangan Amerika.

Mereka akan guna apa saja pujuk rayu, tipu helah dan ancaman halus untuk mendapat yang terbaik daripada kita, termasuk memuji Islam Hadhari dan sebagainya. Ini taktik mereka.

Sampai hari ini pun kita masih samar-samar mengenai buruk baik perjanjian yang sama, yang Perdana Menteri kita meterai dengan Perdana Menteri Jepun Disember lalu. Yang kita baca dalam surat khabar, banyak syarikat kereta Jepun kini berpusu-pusu ambil kesempatan daripada perjanjian itu. Kita tak tahu banyak mana buah durian, pisang dan manggis kita Jepun dah import!

Kalau pisang berbuah dua kali tak apa. Sekurang-kurangnya banyak pisang kita boleh makan. Yang takut jadi si luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya.

Yang jelas, sudah ada syarikat Amerika menggunakan taktik peras ugut untuk memaksa kita membuka pasaran barangan dan perkhidmatan kita kepada mereka.

Akhbar Malay Mail baru-baru ini melaporkan bagaimana syarikat pembuat motosikal Amerika, Harley Davidson mengancam menarik diri dari Malaysia atas alasan cukai import yang kita kenakan terlalu tinggi.

Syarikat itu atau pihak-pihak yang mewakilinya di Malaysia sangka semua kita jahil. Mereka ingat kita tak tahu yang Harley Davidson terselamat daripada menjadi muflis kerana Presiden Reagan mengenakan cukai import yang tinggi ke atas motosikal import, khasnya motosikal Jepun, pada tahun 1980an.

Hari ini, semata-mata kerana ia sudah kuat dan menjadi jenama global, Harley Davidson mahu semua negara membuka pintu kepadanya. Sebenarnya inilah sikap universal syarikat dan pelabur Amerika. Mereka mahu padang permainan yang rata di negara orang lain, tapi mereka mengenakan pelbagai halangan di negara mereka sendiri.

Itu pun ada lagi orang kita yang anggap Amerika macam Tuhan. Jiwa mereka terus terjajah.

Thursday, March 09, 2006

Rakyat dan Kakitangan Awan Sama Penting

SEORANG penulis tak bernama (anonymous) berhujah menyokong kenaikan cukai pintu (assessment rate) dan mempertahankan mamanda Menrteri Besar Selagor Darul Ehsan merangkap Selengor Maju, Dato’ Seri Dr (gigi) Mohamad Khir Bin TOYO.

Dia menulis dengan tajuk “Cukai pintu – kenaikan dan perkhidmatan PBT (pihak berkuasa tempatan) harus seiring.”

Inilah yang saya tak seronok sikit. Semua pembaca Weblog ini, tahu siapa yang tulis blog ini. Jadi mereka boleh setuju dan boleh tak setuju. Boleh puji dan boleh caci.

No problem with that. I have always been a writer. I am used to being called names. A former Prime Minister, when he was The Man, once called me stupid for publishing a headline in the New Straits Times, which he considered favourable to the opposition parties.

Ketika saya menulis kolum “Other Thots” di dalam akhbar New Sunday Times, seorang pembaca yang memperkenalkan diri sebagai “I, the joker, the great tea drinker”, hampir setiap minggu mengutus surat, mengkritik tulisan saya.

Gelaran yang sering diberikannya ialah “toady” atau, dalam bahasa yang mudah, kaki ampu. Banyak suratnya saya siarkan di dalam kolum saya atau di dalam New Straits Times.

Tapi bila ada yang jawab tapi tak bagi nama atau guna nama samaran, nama pena, nama e-mel dan macam-macam nama lagi yang menyembunyikan identiti sebenar, rasa macam tak seronok.

Bukan apa, takut orang kata baling batu sembunyi tangan. Yalah banyak orang tak berani dedah identiti sebenar dengan alasan mereka makan gaji. Kalau kita lebih utamakan cari makan, tak payahlah susah-susah nak komen itu dan ini. Kita duduk diam-diam saja.

Kalau tak silap saya, anonymous yang menyokong kenaikan cukai pintu dan mempertahankan Khir TOYO, sama ada seorang kakitangan kerajaan, khususnya PBT, atau seorang daripada pegawai peribadi mamanda menteri sendiri.

Bekas anak buah saya pun banyak yang kerja dengan mamanda-mamanda menteri, menteri besar dan ketua menteri. Jadi apa yang dulu saya ajar mereka, sekarang mereka boleh guna belasah saya. No Problem.

Hakikat bahawa semua PBT di negeri Selangor menaikkan cukai pintu 10 peratus, tidak menjadikannya betul. Saya menyebut Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) kerana saya duduk dalam kawasan pentadbirannya. Kalau saya duduk di Kajang atau Banting atau di negeri-negeri lain pun saya akan protes juga.

Hakikatnya bukan saya seorang sahaja yang protes. Banyak lagi yang berasa kenaikan 10 peratus itu berlebihan, tidak mencerminkan keadaan sebenar inflasi dan tidak setimpal dengan mutu perkhidmatan.

Maaflah kalau saya kata hanya orang yang berasa bersalah – orang yang makan cabai -- atau yang mempunyai “persecuted mentality” saja akan buat tafsiran bahawa saya menentang kenaikan cukai pintu MPPJ kerana saya tak sukakan mamanda Khir TOYO.

(Saya mengeja nama bapa mamanda Khir dengan huruf besar kerana dalam tulisan yang dahulu saya tersilap taip jadi “Toya” dan ada pembaca membuat andaian saya begitu benci terhadap mamanda Khir sehingga mempersendakan bapanya. Tak benar, namun saya mohon maaf.)

I have no reason to be for or against Khir. I hardly know the man. I am referring to him in his capacity as the Menteri Besar of Selangor and one who presided over the proclamation of Selangor as a developed state.

Mamanda Khir tentu tidak perlu diperingatkan bahawa, dalam bahasa Arab, Selangor Darul Ehsan bermakna Negeri Selangor yang berkebajikan, berperikemanusiaan.

Soal saya kenal mamanda Khir atau tidak bukan isunya. Tak pun penting kalau mamanda Khir tak kenal saya. Yang kita persoalkan ialah peranan mamanda Khir sebagai ketua politik Selangor.

Kalau mamanda Khir dan akan buahnya tak mahu dikritik, dipertikai dan dipersoalkan, janganlah jadi orang politik. Tak siapa paksa mereka. Kalau nak hidup senang, buat banyak duit dan orang tak banyak kompelin, jadilah doktor gigi.

Tapi kalau tak salah saya, mamanda Khir sangat gembira apabila pada suatu pagi Ahad, di majlis hari keluarga sebuah kementerian, dia dibagi tahu yang dia akan dilantik jadi Menteri Besar Selangor.

Maaf cakaplah, waktu itu tak banyak orang kenal mamanda Khir Tiba-tiba saja nama dia naik. Khabarnya banyak orang dalam Umno tak setuju. Ibu Pejabat Umno pun pening kepala sebab tak kenal siapa dia. Orang Umno Selangor mahu Exco Kanan Datuk Ahmad Mokhtar Dahalan.

Tapi khabar ceritanya, Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah “diyakinkan” oleh pihak-pihak tertentu bahawa ada baiknya dia melantik seorang muda, walaupun tak terkenal, sebagai MB Selangor.

Ada dua sebab. Nombor satu, boleh dikatakan semua MB Selangor berhenti dalam kontroversi. Maka eloklah kalau orang muda yang belum tercemar dilantik MB.

Nombor dua, pengundi muda menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 1999. Bagi memujuk mereka dan bagi membuktikan yang BN menghargai orang muda, elok jika seorang muda dilantik Menteri Besar. Maka terlantiklah mamanda Khir sebagai MB Selangor.

Jadi saya tak tahulah kalau Khir telah berubah sejak itu. Yang kita tahu, dia kerap cakap fasal Tuhan dan fasal agama. Khabarnya dia boleh berdoa panjang. Eloklah. Kita disuruh sentiasa berdoa.

Tapi doa saja tak jadi. Sebab itulah Tuhan tak surah kita berdoa saja. Tuhan suruh kita berdoa dan suruh kita cari kejayaan. Ada seorang lagi orang politik Selangor yang pandai berdoa. Dia naik jadi Menteri. Tapi baru-baru ini digugurkan.

Yang kita tahu kemajuan Shah Alam dan sekitarnya cukup pesat. Bukit Cerakah dah dipecah-pecahkan dan dibahagi-bahagiakan. Shah Alam dah jadi bandar raya dan banjir besar dah melanda.

Cukai pintu naik, paras sungai pun naik. Duit keluar pintu depan, air masuk pintu belakang, kerusi meja keluar ikut tingkap. Tapi bila rakyat jelata kompelin sikit, ada orang kata mereka ada agenda terhadap mamanda Khir.

Ke mana pergi duit cukai yang rakyat bayar? Bukan untuk bayar gaji kakitangan kerajaan saja kot? Maaflah kalau saya berperasaan bahawa kerajaan sekarang terlalu memihak kepada kakitangan awam hingga ada kalanya menyisihkan rakyat terbanyak.

Kemudian ada seorang lagi pengulas “anonymous” yang minta saya memperluaskan tajuk perbincangan. Khasnya dia minta saya ulas tentang poligami, fasal dia kata ramai yang perlu belajar daripada saya.

No problem, kita boleh bincang. Tapi tolonglah bagi tahu siapa tuan atau puan, siapa saudara atau saudari. Tak elok buat andaian, sindiran dan tuduhan yang bukan-bukan. Baling batu sembunyi tangan bukan amalan baik.

Kalau amalan begini berterusan, kita mungkin tidak boleh melayan respons yang tidak bernama. Jadi minta sangat-sangatlah, kalau boleh janganlah pakai nama samaran. Terima kasih.

Tuesday, March 07, 2006

Sebelas Sebab Cukai MPPJ Tak Patut

SEBELUM Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr (gigi) Mohd Khir Toyo, mengisytiharkan Selangor negeri maju, saya memberi amaran dalam kolum “Other Thots” (majalah Malaysian Business) bahawa status negeri maju boleh membebankan rakyat.

Antara lain, saya menyebut bagaimana rakyat negara maju dipaksa membayar kadar cukai tempatan yang lebih tinggi.

Belum pun kering air liur dan boleh dikatakan serentak dengan Selangor Darul Ehsan – negeri kebajikan – dilabelkan “Selangor Maju”, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) menaikkan 10 peratus cukai pintu bagi tahun 2006.

Inilah hadiah tahun baru Kerajaan Selangor Maju pimpinan doktor gigi Khir Toya kepada pemilik harta dan penduduk Petaling Jaya. Terima kasih Mamanda Menteri!

Sebagai pembayar cukai pintu MPPJ yang menderita kenaikan cukai dan sekian lama menderita perkhidmatan yang hambar, saya menulis surat protes kepada Presiden MPPJ, Dato’ Tarmizi Putih. Saya bayar cukai pintu separuh tahun tetapi tidak termasuk tambah 10 peratus yang dikenakan.

Saya memberi 11 alasan mengapa saya membantah. Selaras dengan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu “beritahu saya apa yang saya perlu tahu dan bukan apa yang saya suka dengar”, saya pun mengutus satu salinan kepada beliau.

Saya juga menghantar salinan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Besar Selangor dan Persekutuan Pengguna Kebangsaan. Tetapi seperti yang dijangkakan, tak siapa pun memberi jawapan. Memaklumkan pun tidak. Hilang dalam pos agaknya! Ada tak ada pun surat amaran daripada MPPJ – kalau tak bayar baki 10 peratus akan didenda.

Berikut adalah 11 alasan yang saya berikan:-

1. Kenaikan yang dikenakan tidak dibincangkan dengan pemilik-pemilik harta. Malah maklumat mengenainya tidak dihebahkan kepada umum. Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan sekarang yang mengutamakan ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban;


2. Kenaikan yang dilakukan secara sebelah pihak (unilateral) dan sesuka hati (arbitrary) adalah bercanggah dengan dasar di atas;


3. Kenaikan unilateral dan arbitrari ini sedang dipertikai dan ditentang oleh banyak pemilik harta dalam kawasan kuasa MPPJ;


4. Tidak ada bukti yang konkrit untuk menyokong kenaikan ini. Apatah lagi kenaikan pada kadar 10 peratus ini jauh melebihi kadar inflasi yang diisytiharkan oleh Kerajaan (3.5 peratus) dan mengatasi pulangan pelaburan, termasuk dividen Tabung Simpanan Pekerja (EPF) (4.75 peratus bagi tahun 2005);


5. Kenaikan unilateral dan arbitrari yang tinggi ini akan menggalakkan dan memesatkan proses kenaikan harga yang seterusnya akan memburukkan lagi kadar inflasi;


6. Tidak wujud sebarang tanda bahawa kecekapan dan mutu perkhidmatan MPPJ telah meningkat. Sebaliknya wujud banyak tanda-tanda bahawa produktiviti MPPJ dan perkhidmatannya kepada pelanggan telah merosot, khasnya sejak skim kerja lima hari seminggu diperkenalkan;


7. Adalah satu eksploitasi dan penganiayaan memaksa pemilik harta membayar kadar taksiran yang lebih tinggi bagi menampung sebarang kemerosotan hasil (revenue) MPPJ akibat produktivitinya yang menurun;


8. Banyak janji-janji pilihan raya umum 2004 yang membabitkan MPPJ seperti menaikkan taraf jalan, membina terowong di bawah NKVE dan berbagai lagi belum dilaksanakan;


9. MPPJ membenarkan begitu banyak taman perumahan baru dan menaikkan densiti penduduk walaupun mendapat bantahan keras. Logiknya, MPPJ memungut hasil tambahan daripada pemilik-pemilik harta baru ini dan bukan membebankan pemilik harta yang sedia ada;


10. MPPJ patut terlebih dahulu melaksanakan langkah jimat cermat, mengurangkan pembaziran dan membanteras segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan bukan mengambil jalan mudah memeras hasil daripada pemilik harta dan pelanggan; dan


11. Apakah ini permulaan kepada satu siri kenaikan cukai tempatan (local taxation) kerana Selangor kini berupa negeri maju?

Kalau inilah sikap dan pendekatan jabatan-jabatan kerajaan yang ada kuasa memungut cukai, kebajikan rakyat jelata akan terancam.

Apatah lagi wakil politik yang menjadi anggota majlis pentadbir penguasa-penguasa tempatan ini lebih memihak kepada pengurusan daripada kepada rakyat jelata. Mereka sudah jadi pagar yang makan padi.

Saturday, March 04, 2006

Sultan, Banjir dan Negeri Maju


A Kadir Jasin

Sultan summons official,” demikian tajuk berita muka tiga akhbar The Star pada 3 Mac. Kalau dalam bahasa Malaysia, “Sultan perintah pegawai menghadap.”

Pegawai kena panggil kerana Sultan mahu tahu bagaimana banjir besar boleh berlaku di Shah Alam, ibu negeri Selangor Maju, pada 26 Februari lalu dan apakah langkah yang akan diambil bagi mengatasinya.

Yang kena panggil, mengikut The Star, adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ramli Mahmud, dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perparitan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya.

Laporan yang ditulis bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Wong ChunWai (Datuk) dan Loong Meng Yee itu tidak menyebut kehadiran wakil politik dalam delegasi itu.

Agaknya tidak ada wakil politik seperti Adun atau Ecxo yang dijemput. Hakikat bahawa berita itu ditulis sendiri oleh seorang pengarang kanan menjadikannya istimewa.

Tetapi yang lebih istimewa dan penting ialah pembabitan Sultan di dalam apa yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab cawangan eksekutif dan perkhidmatan awam.

Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Campur tangan Sultan memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tak kena atau, setidak-tidaknya kurang memuaskan, dengan cara kerajaan negeri menangani masalah itu.
Paling menarik adalah titah Baginda Sultan agar pegawai negeri tidak terus menyalahkan kuasa alam – Mother Nature – setiap kali berlaku bencana.

Tapi kita dah selalu sangat dengar orang politik dan pegawai negeri menyalahkan alam semula jadi setiap kali terjadi bencana. “Act of God,” (kuasa Tuhan) kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu.

Tak cukup dengan itu, mereka mempersendakan kita pula. Mereka sangka semua kita tak cerdik, jahil dan bodoh. Mereka kata banjir tak ada kena mengena dengan penebangan hutan dan pembukaan tanah.

Tak perlu jadi pakar hidrologi untuk mengetahui bahawa kejadian banjir berkait rapat dengan hutan dan penggunaan tanah. Kalau air hujan jatuh atas daun, kemudian ke bumi, kemudian melalui akar pokok, kemudian belukar dan rumput ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke parit, anak sungai dan sungai.

Tapi kalau ia jatuh ke atas tanah yang bogel, bukit bukau yang ditebang tebas, atas konkrit dan atas jalan raya, pengalirannya (runoff) lebih pantas sehingga parit, anak sungai dan sungai sebak maka berlakulah banjir.

Kalau ada orang politik dan orang suruhan rakyat (civil servant) yang tak pandai atau tak cerdik, janganlah buat kesimpulan rakyat jelata pun tak pandai dan tak cerdik. Tidak semua orang boleh dikotak-katikkan!

Amaran awal bahawa kawasan tertentu di Shah Alam terdedah kepada banjir bukan perkara baru. Ia sudah banyak kali dilanda banjir tetapi tidaklah seteruk Ahad lalu.

Kalau inilah negeri maju seperti yang diuar-uarkan, kita nak tahu maju di dalam acuan siapa? Banjir, bangunan roboh, sungai kotor, sisa toksik dan macam-macam lagi. Apakah ini sifat dan ciri negeri maju?

Sudahlah banyak masalah tak selesai, beban rakyat terus bertambah. Entah atas alasan dan rasional apa, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) menaikkan cukai pintu 10 peratus tahun ini.

Kerajaan kata inflasi rendah – 3.5 peratus saja. Kalau inflasi rendah, apa alasan MPPJ naikkan cukai pintu sampai 10 peratus? Fasal sekarang kerja lima hari seminggu saja? Kalau produktiviti jatuh fasal kurang kerja, janganlah peras keringat rakyat.

Kalau inflasi rendah, kenapa rakyat jelata dan media massa hari-hari bersungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan? Siapa yang cakap benar dan siapa yang dusta?

Kerajaan marah-marah bila peniaga naikkan harga, pemilik bangunan naikkan sewa, pengusaha bas sekolah dan bas pekerja baikkan tambang dan rakyat jelata beli VCD haram yang murah. Jangan sokong cetak rompak, kata kerajaan.

Tapi tiba-tiba kerajaan naikkan harga petrol dan diesel 30 sen seliter kerana nak jimatkan wang. MPPJ naikkan cukai kerana hendak lebih banyak wang. Dan ada ura-ura tarif elektrik pun akan naik. Jadi apa yang tak naik?

Surat khabar New Straits Times terkejut dengan “ferocity” (kehangatan) sentimen pengguna terhadap kenaikan harga minyak. Apa nak terkejut kalau kita sensitif terhadap susah payah rakyat?

Bukan semua rakyat Malaysia ada “lifestyle” yang boleh atur keutamaannya. Takkan para mamanda menteri tak tahu banyak lagi rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Apa gaya hidupnya yang nak kita cakapkan, yang nak kita suruh mereka ubah, kalau nak survive pun susah? Buruk baik subsidi kita boleh debat. Yang tak perlu debat ialah pengurangan atau penarikan balik subsidi menyusahkan rakyat, terutama yang miskin.

Banyak orang protes kenaikan cukai pintu MPPJ. Saya pun protes juga. Saya hantar surat kepada Yang Dipertua MPPJ. Saya bagi alasan protes saya. Saya hantar salinannya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Selangor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persekutuan Persatuan Pengguna dan Ahli Exco Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad Dahlan.

Saya hantar salinan kepada Mokhtar sebab waktu kempen pilihan raya 2004 dia buat macam-macam janji kepada penduduk kawasan MPPJ tapi belum tunai sampai hari ini.

Tapi macam biasa bila kita tulis surat kepada orang politik dan pegawai tinggi kerajaan, bertuah kalau mereka jawab. Kata terima pun tidak.

Dok tak dok, kata orang Kedah, terima surat amaran kalau tak bayar 10 peratus tambahan itu akan kena denda. Yang jawab bagi pihak Presiden MPPJ pegawai bawahan. Tak sebut sikit pun protes kita. Bukan tak bayar. Tak bayar kadar baru. Kadar lama bayar juga.

Cukai pintu naik, bekalan air kotor dan sering terputus, jalan pecah dan berlubang, janji-janji pilihan raya banyak belum ditunaikan. Yang puas bukan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi. Yang puas adalah Puas (Perbadanan Urus Air Selangor Bhd).

Apakah ini imej negeri maju yang hendak ditonjolkan oleh Pentadbiran Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo? Atau apakah ini ciri-ciri tamadun dan peradaban yang hendak ditampilkan apabila pemerintah melabelkan Islam di negara kita sebagai Islam hadhari?

Khabarnya Mohd Khir tahu banyak hal agama, jadi eloklah dia fikir hal ini. Kita jangan guna agama kalau tak ikhlas. Orang Kedah kata boleh jadi “gila isin”. Double gila – gila dan insane. Insane dalam bahasa Inggeris ertinya gila atau tidak siuman.

Dengan kejadian ini semua, tak hairanlah kalau Baginda Sultan Selangor berasa perlu masuk campur. Kita pun tak boleh kata apa-apa.

Masakan Sultan, raja pemerintah negeri Selangor, boleh berdiam diri apabila 4,000 buah rumah tenggelam, lebih seribu penduduk dipindahkan dan puluhan ribu lagi terjejas?

Dalam sistem demokrasi kita, kita berkongsi kuasa di antara Perundangan (Parlimen dan DUN), Eksekutif (Kabinet dan Exco), Kehakiman dan Pentadbiran Awam. Masing-masing ada bidang kuasa dan peranan.

Tapi bila suatu cawangan lemah, cawangan lain, dengan sendirinya, akan menjadi lebih kuat secara perbandingan. Kalau hari ini, ada Raja dan Istana yang nampak cergas dan tegas, ia mungkin boleh dilihat sebagai manifestasi dinamisme pembahagian dan perimbangan kuasa yang disebutkan itu.

Saya telah menulis di dalam kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Business tidak lama dulu mengenai apa yang saya sifatkan sebagai peningkatan “activism” di kalangan sesetengah Sultan dan Istana di dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat.

Baginda Sultan Selangor adalah antara yang terbabit dalam perkembangan itu.

Thursday, March 02, 2006

RESPONS KEPADA KOMEN PEMBACA

A Kadir Jasin

Pembaca membangkitkan banyak isu dan perkara sejak Weblog ini dilancarkan 24 Feb lalu. Saya ingin mengambil kesempatan berkongsi pandangan mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan.

Sebelum itu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi respons kepada Weblog ini, sama ada secara terus atau melalui perbualan dalam laman-laman lain.

Sekali lagi saya memohon agar kita boleh berdebat dengan bijaksana, rasional dan sopan. Saya harap maaf tidak akan mencetak komen-komen yang kesat, personal dan emosional. Kita boleh tidak bersetuju. Kita boleh marah. Tapi janganlah sampai mencarut dan maki hamun.

ANWAR DAN SAYA

Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Pembaca bebas menjatuhkan apa jua hukuman yang dirasakan adil dan tepat (sila rujuk kepada “Perubahan Politik Anwar” dan “Back in His Element” dalam posting Weblog ini).

Saya tidak tahu sama ada ini relevan atau tidak, tetapi hakikatnya saya tidak ada permusuhan peribadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya terus mengunjungi beliau dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah. Tak banyak orang yang berani melawat Anwar. Kawan-kawan dan konco-konco lama dia pun banyak lagi takut jumpa dia.

Apa yang Anwar rasa mengenai saya atau kata tentang saya, itu hak beliau. Dia orang politik, saya orang media. Dia pernah berada di dalam kerajaan dan saya di dalam media arus perdana. Kini dia di luar kerajaan dan saya di luar media arus perdana.

Selama 16 tahun saya menyokong beliau kerana Umno, Presiden Umno dan Perdana Menteri sokong beliau. Dalam tempoh itu, ada ketika saya bersetuju dengannya dan ada ketika saya tidak bersetuju dengannya. Beliau pun begitu.

Apa pun yang berlaku dan apa pun tuduhan saya kepadanya dan tuduhannya kepada saya, saya mengiktiraf Anwar sebagai kawan – as a friend. But friends can become the most strident critics over issues and events.

Sebenarnya, dalam dunia media kita tidak mempunyai kawan yang berkekalan dan musuh yang berpanjangan. Ada waktunya kawan menjadi lawan dan musuh menjadi kawan.

Selagi Anwar dalam arena politik dan saya dalam gelanggang media, tidak dapat tidak kita akan berselisih jalan. Apabila ini terjadi, ada kala kita sependapat dan ada kala kita bercanggah pendapat.

Anwar pernah jadi orang kuat politik dan Kerajaan. Dia pernah jadi “master” saya. Justeru itu, saya yakin dia mengerti maksud saya, sama ada yang tersurat atau tersirat.

BELANJAWAN BUKAN BEBAN
EKSKLUSIF PM

Saya rasa tidak tepat dan tidak adil membuat kesimpulan dan melemparkan tuduhan melulu terhadap Perdana Menteri. Betullah dia Menteri Kewangan, tetapi belanjawan negara dan pengurusan ekonomi bukan tugas dan tanggungjawab Perdana Menteri seorang sahaja.

Ia adalah beban kolektif Kabinet dan Pentadbiran Awam dengan input daripada Parlimen, parti-parti politik dan sektor swasta. Kalau ada kekurangan kepada Perdana Menteri, Kabinet wajib menokok tambat agar kekurangan itu dapat diatasi. Kabinet pula wajib dibantu dan dimaklumkan oleh Pentadbiran Awam.

Parlimen sebagai penyambung suara rakyat lebih daripada wajib mengawasi dan memberi teguran kepada Kerajaan. Rakyat jelata berhak menggesa dan mendesak wakil mereka agar bersuara dan bertindak bagi pihak mereka.

Kabinet secara kolektif adalah “constructive trustee” iaitu pemegang amanah yang bertanggung jawab di atas segala keputusan. Anggota Jemaah Menteri tidak boleh membebaskan diri dengan berkata dia tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan (macam AP) atau tidak hadir apabila keputusan dibuat.

Inilah yang saya tuliskan berkali-kali dan akan terus saya ungkit iaitu wajib ada kepelbagaian suara dalam masyarakat Melayu sebagai masyarakat bangsa induk.

Orang Melayu dan semua rakyat Malaysia wajib berani bersuara. Kalau takut bersuara di negara sendiri, di mana lagi kita berani bersuara?

Wajib wujud pengurusan waktu yang cekap. Kalau member hantar surat, e-mel atau sms, bagilah tahu dah terima walaupun tak mahu jawab. Janganlah dibiarkan tergantung tak bertali.

Wajib ada pemantauan yang rapi dan akhir sekali wajib ada pembahagian kuasa dalam Kabinet. Seorang Menteri tidak boleh memegang terlalu banyak jawatan atau menjalankan terlalu banyak tugas.

Kalau tidak berlakulah macam yang Perdana Menteri kata di Perth, Australia baru-baru ini iaitu rakyat Malaysia seakan-akan kurang fokus. Macam mana nak fokus kalau “vista” luas sangat atau terpukau dengan bintang-bintang yang bergemerlapan?

KITA DAN DR MAHATHIR WAJIB
CAMPUR TANGAN

Adalah tanggungjawab kita semua saling ingat mengingati, ajar mengajar dan bantu-membantu. Inilah sifat dan ciri yang wajib ada dalam mana-mana masyarakat sivil sekalipun. Negara kita bukan negara diktator. Negara kita negara demokrasi. Islam Hadhari memperkukuhkan komitmen kita kepada tamadun dan peradaban.

Bagi kita yang beragama Islam, kita sepatutnya tahu iaitu dalam agama kita tidak ada istilah “sisa-sisa hidup”. Allah Taala tidak memanjangkan usia kita hatta setahun, sebulan, sehari atau sesaat tanpa tujuan dan hikmat. Ia menjadi ingatan kepada yang empunya usia dan teladan kepada orang di sekelilingnya.

Kalau Tuhan memanjangkan usia seorang tua yang sakit tenat barang sehari pun, ia ada tujuan dan hikmatnya. Ia menguji kesabaran, keimanan dan kemanusiaan setiap orang yang bertanggungjawab ke atasnya.

Dan siapakah kita untuk membuat keputusan dan ketetapan sama ada seseorang itu, termasuk Dr Mahathir, beramal dan beribadat atau tidak? Bukankah satu dosa mencurigai amal dan ibadat orang lain?

Saya rasa kita sudah cukup hebat membina Putrajaya dengan segala kemudahannya, termasuk kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta pejabat-pejabat Menteri yang terhias indah.

Jadi tak payahlah kita membuat ubah suai yang menelan belanja belasan atau puluhan juta ringgit. Kalau betullah Dr Mahathir boros dan kita mengkritik beliau kerananya, kita sendiri janganlah boros.

Ini negara kita, bangsa kita, agama kita, masa kita dan lebih utama masa depan anak cucu kita. Kalau kita jahanamkan negara, bangsa dan agama kita, mereka akan susah dan mereka akan kutuk kita.

PENGARANG ADA BANYAK JENIS

Banyak pembaca memberi respons kepada isu penyiaran kartun yang menghina Rasulullah SAW oleh akhbar New Straits Times pada 20 dan 22 Februari.

Akhbar itu telah berdolak-dalik, memberi justifikasi, membelasah pengkritiknya, meminta maaf, membuat justifikasi lagi dan akhirnya diampunkan dan dibebaskan daripada sebarang tindakan.

Ini menghairankan dan menimbulkan kemarahan pembaca kerana Sarawak Tribune dan edisi petang Guang Ming Daily dikenakan hukuman. Pada hari NST diampunkan, akhbar berbahasa Cina di Sarawak, Berita Petang, pula digantung dua minggu.

Kalau kita buat kesimpulan kepada minta maaf dan pengampunan NST, kita boleh berkata bahawa tidak salah mempersendakan Rasulullah SAW dalam bentuk kartun asalkan bukan daripada siri yang disiarkan oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten dan tidak menunjukkan wajah Baginda.

NST pernah melalui krisis sebelum ini. Beberapa orang pengarangnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang lain dipindahkan jawatan dan ada juga yang meletakkan jawatan.

Apabila berlaku Operasi Lalang pada akhir tahun 1987, beberapa buah akhbar, termasuk The Star, digantung penerbitannya kerana didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman. NST terselamat tetapi seorang pengarang kanan kumpulan itu ditahan di bawah ISA.

NST menyiarkan sebuah rencana pengarangnya yang mengkritik operasi berkenaan. Apa yang tidak dihebahkan ialah Pengarang Kumpulan NST waktu itu, P.C. Shivadas ditukarkan jawatan tiga bulan kemudian. Beliau masih berkhidmat dengan NSTP hingga hari ini sebagai ahli lembaga pengarah.

Beberapa orang wartawan kanan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyiaran lidah pengarang itu meletakkan jawatan sebagai protes. Mereka berhijrah ke luar negara dan bekerja dengan penerbitan-penerbitan asing, khasnya di Hong Kong.

Majalah dan akhbar tempat mereka bekerja telah ditutup oleh pemilik mereka dari Amerika. Sejak dua tahun lalu, beberapa orang daripada mereka kembali berkhidmat dengan NST dan memegang jawatan penting.

Saya mengambil alih daripada Shivadas pada bulan April, 1988 dan bersara sebagai Ketua Pengarang Kumpulan pada bulan Jun, 2000 kerana saya berasa saya tidak dapat lagi meneruskan tugas dengan berkesan dalam suasana dan keadaan yang wujud pada waktu itu.

Situasi itu sedikit sebanyak berkaitan dengan peristiwa yang membawa kepada penyingkiran Anwar daripada Umno dan tindakan mahkamah terhadapnya.

Saya tidak tahu pendirian pengarang era ini. Yang saya tahu, dulu kita tidak bercakap mengenai peletakan jawatan atau menawar untuk meletak jawatan seandainya kita tidak serius. Tak tahulah saya kalau sekarang ini cakap-cakap tentang meletak jawatan menjadi mainan mulut.

Tentang pengarang bercerita mengenai keluarga, anak bini, sahabat handai, itu hak mereka. Relevan atau tidak relevan, hanya pembaca yang berhak memutuskannya.

Kalau ada pengarang hendak menyeret anak-pinak mereka untuk meremeh-temehkan satu isu besar seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW atau mencari simpati, saya tak ada apa-apa nak kata. Terpulanglah kepada pembaca dan pelanggan NST membuat kesimpulan dan keputusan.

OIL PRICE AND CHANGING LIFESTYLE

IT’S okay for Deputy Prime Minister Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak to advise us to change our lifestyle in preparation for the high oil price policy.

But how sure is he that every Malaysian can change his or her lifestyle to cope with rising consumer prices, higher inflation and more moderate growth?

We are not talking about Ministers, top civil servants, the residents of Bukit Tunku and those with palatial official residences in Putrajaya.

These people can be prudent, no doubt. From a 5-litre car they can step down to a 3-litre one. From a family holiday in Las Vegas, USA they can downgrade to Perth, Australia. And there are many more things they can do to save money without risking hunger and indignity.

We are talking about padi farmers, smallholders, vegetable gardeners, low-ranking civil servants, construction workers, lorry drivers, low-ranking pensioners and those on welfare.

Can they rise up to Najib’s challenge and change their lifestyle when, in reality, they don’t have any kind of lifestyle to talk about?
Their is mere survival.

Najib is the son of Tun Abdul Razak, the architect of the NEP – the father of growth with distribution. It was Razak’s pro-poor policy that helped put us on the path of rapid growth and more equitable distribution of wealth. Subsidy, which is now being portrayed as bad, is part and parcel of Razak’s wealth sharing policy.

I am not accusing Najib of not being sensitive to his father’s policy and legacy. What I am saying is, the withdrawal of subsidy and other price support mechanisms could plunge those in the lower income brackets back into poverty.

The irony of oil price subsidy is, while it benefits the rich -- those with fuel guzzlers – more but it has greater impact on the wellbeing of the poor. The rich can stomach the higher gasoline prices and the inflation it is causing but the poor is less capable.

The textbook economists and free-marketers could be telling us that subsidy is untenable and it distorts the economy. But the very same people are benefiting from the low oil price policy in the US, the trillion of Euros being spent on farm subsidy in Europe and the protection of rice market in Japan.

Our politicians are in the habit of comparing us with our neighbours when it suits them. Yes, gas prices may be higher in Thailand. There may not even be a lot of subsidy in that country but its cost of living is also lower. This is partly because it is very successful in agriculture. By the way it is poorer than us.

While the positive effects of diverting the oil subsidy to the public transport sector will take time to be felt, Tuesday’s oil price increases have immediate effect on prices and inflation.

We must also be willing to accept the possibility of the higher oil prices and the promotion of public transport having negative effects on the demand for motor vehicles, including those produced by Proton and Perodua. This can threaten profitability and employment.

In line with its own mantra of transparency and accountability, it is incumbent upon the Government to explain clearly the operation of petroleum subsidy so that people are convinced that they are not being short-changed and that in the long run, they will not fare badly.

Back in His Element
Note: To be read in conjuction with the article
" Respon Kepada Komen Pembaca ".

It would be a safe bet to say that the former Crown Prince of Malaysian politics Datuk Seri Anwar Ibrahim is back, if not in the hot seat of mainstream politics then in his element. A polished politician, what does the future hold for him?

By A Kadir Jasin

IT WAS a perfect day for Datuk Seri Anwar Ibrahim. Thus, it was not surprising that a sense of accomplishment was written all over his face.
‘It was an important verdict,’ he told a handful of well-wishers who had been waiting in the sitting room of his Bukit Damansara home for a chance to see him.

It was the afternoon of Aug 18 and Anwar was relishing his victory in a civil suit that he had brought against writer Datuk Khalid Jafri Bakar Shah for libelling him in a 1998 book 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (50 Reasons Why Anwar Cannot Become Prime Minister).
Hours earlier, the High Court had awarded him RM4.5 million in damages for the suit he had brought against Khalid on June 18, 1998.
Khalid had been found guilty of accusing the former Deputy Prime Minister of sodomy, corruption and adultery.

The book was widely distributed at the 1998 United Malay National Organisation (Umno) annual General Assembly in Kuala Lumpur. It is recalled that many delegates mysteriously found the book in their conference bags.

But it is not about money, says the Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) adviser and de facto head of the Opposition Front – the Barisan Alternatif (BA).

‘I may not get to collect it. Even if I could, I will not use it on myself. It was never my intention to make money out of the case. I was seeking justice. I wanted to redeem my reputation,’ he says.

It was an ominous statement. Khalid, who was diabetic, died on Aug 29. Anwar’s winning suit named Khalid and his wife, Rozihan A Ghani as the defendants. In it, Anwar claimed that the book contained numerous grave and serious allegations against him, and that certain individuals in Umno had conspired to defame him.

The most significant and satisfying aspect of the ruling, Anwar says, was the fact that the court had acknowledged that there was a conspiracy against him.

In his brief judgement, the judge, Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, among other things, said: ‘As to the manner and extent of the distribution of the book at the Umno Assembly, the book was put in the bags of the delegates to the assembly. The defendants and others who conspired with the defendants achieved their purpose. The plaintiff’s political career was ruined as a result of the publication of the book.’

When we sat talking, in the company of his wife and the Keadilan President-cum-Member of Parliament for Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, I asked Anwar what would his next move be. ‘Well, what do you think I should do?’ he shot back in his typical style. The former Deputy Prime Minister is known for his ability to make his audience feel good.

Since being officially introduced to him at a Press conference at the old Prime Minister’s office in Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur, in 1982, I am always reminded of the song ‘Killing Me Softly’ each time I listen to him. Anwar has always had a way with words and with the people he came into contact with.

‘I am advising Keadilan and am putting down on paper my thoughts when I was in prison. I hope to be able to publish them soon. Other than that, I attend the Georgetown University in Washington DC where I am a professor.’

Saying he is back in active politics is an understatement. Anwar is in the thick of it. He is priming himself for politics’ number one post and there’s no time to lose. Soon after the interview, he and his wife sped off to Johor where he spoke at three different functions in Tangkak and Muar.

While Anwar seems somewhat circumspect about his future and might not want to give too much of his strategy away, his supporters are not. Suara Keadilan, the party’s ‘licensed’ fortnightly newspaper in its Aug 17th-31st issue declared: ‘Anwar Mula Langkah Sebagai PM (Anwar Begins His Move as Prime Minister)’.

The label akhbar berlesen (licensed newspaper) is boldly printed on its masthead – a way of telling the readers that it is not an unauthorised publication. In fact, it is openly sold.

The paper went on to report that the former Deputy Prime Minister has re-entered the political arena ‘by using Keadilan as the platform for his campaign to become the Prime Minister.’

Suara Keadilan’s screaming headline could have been construed as a self-proclamation had it not been for an equally strong endorsement by the more established and widely distributed Pan Malaysian Islamic Party (Pas) newspaper, Harakah.

In its Sept 1st-15th issue, Harakah headlined: ‘Mahkamah Bersihkan Anwar – Rakyat Perlu Tolak Umno (Court Clears Anwar – The People Must Reject Umno)’.

In a show of solidarity, Pas franchised its Parit Pecah markaz (centre) to Anwar for the evening. Thousands braved the drizzle to wait for Anwar and his entourage who appeared on the scene past 9pm. It was an evening of Keadilan’s show at one of the biggest Pas centres in Johor.

But the road ahead for Anwar is not as clear-cut as was reported by Suara Keadilan and endorsed by Harakah. As Anwar himself has acknowledged, access to the mainstream media is important but he isn’t counting on it. So, to measure the undercurrents and understand the emerging trends, one has to surf the many political websites that are for and against him.

One of these websites, Malaysia Today, as if not wanting to be outdone by Suara Keadilan and Harakah’s banner headlines, published its own 12-part series (at the time of writing) that looked at Anwar’s future vis-à-vis his old party Umno, featuring, among other possibilities, the so-called Anwar-Khairy collaboration; Khairy being the Umno Youth Deputy Chief Khairy Jamaluddin.

With the mainstream media understandably shying away from reporting his activities, the opposition newspapers and the websites and, occasionally, the foreign press, are the place to catch a glimpse of him.

But with Anwar having exhausted the appeal process for his corruption conviction, when the Federal Court ruled that it could not agree to a judicial review, his return to election politics is less certain. The conviction bars him from participating in an election until 2008, which effectively blocks his immediate return via the electoral process.

‘What if the election is held after that?’ I asked. He laughed at the prospect. The current Parliament term expires in 2008.

‘Do you think they (the government) will delay the general election just to enable me to contest?’ he asks.

But in a recent interview with the French News Agency, AFP, Anwar said he could still become Prime Minister if Keadilan, with the support of other opposition parties, wins the next general election.

He told the AFP that his legal advisers informed him that they (Keadilan and its BA partners) could appoint a temporary Prime Minister until the prohibition against him runs out.

But would Pas and the Democratic Action Party (DAP) go to such an extreme simply to enable Anwar to fulfill his ambition?

The listeners at the Muar Pas markaz thought they should hear him out. If the goodwill shown thus far by Pas and DAP continues, then Anwar stands a good chance of spreading his message.

As much as for their hatred of Umno and the BN as it is for their love of Anwar, Pas and DAP will be willing to play along for as long as they are convinced that the Anwar factor will bring them closer to avenging their 2004 general election defeat.

Having lost badly in the Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-led 2004 general election, Pas and DAP have nothing to lose by collaborating with Anwar. Thus, their touting of Anwar as BA’s Prime Minister- designate has its merit. They did well playing the Anwar card in the 1999 general election. But then, Anwar was in prison. Now he is out.

Is there no other alternative to fulfilling his ambition and burning desire for complete and utter redemption than the BA?

Anwar is coy. He and I have known each other for a long time, but during that period, we have been on opposite ends on many occasions. So, there is no reason why he should be totally open with me about his plans.

But he does, with a shine in his eyes and a smile on his face, reveal to me and, later in his speeches, that there have been Umno leaders, some holding ministerial posts, who have come to see him.

One such meeting that has been widely publicised and continues to be a subject of considerable speculation is the visit he received from Khairy, the Prime Minister’s son-in-law and generally believed to be a key adviser.

Anwar is visibly excited when asked about the meeting that took place at his house only hours after his release from prison on Sept 2 last year, but is unwilling to be drawn into a discussion on the subject, saying it was private and confidential.

But close aides say that that was the only occasion the two met. They say the two spoke about Khairy’s plan to play an active part in Umno Youth.
Whatever transpired at the meeting, Khairy could have benefited from
Anwar’s pointers. Anwar is more than capable of advising Khairy or anybody else for that matter about Umno Youth.

Anwar made his entry into big-time Umno politics via the youth movement. Less than half a year after joining Umno in 1982, Anwar wrested the leadership of the movement from Datuk Suhaimi
Kamaruddin by a slim 10-vote majority in a bitterly fought contest.

In a sense, Anwar and Khairy owe their early prominence to their close relationship with the Prime Minister – Tun Dr Mahathir Mohamad in the case of Anwar and Abdullah in Khairy’s instance. But Khairy is luckier.
Last year, he was elevated to the post of Deputy Umno Youth chief uncontested.

If Anwar is curious about public reaction to Khairy’s unexpected visit to him, then he is wondering about the obvious. The meeting he and Khairy had a year ago continues to be the subject of juicy conversation and wild speculation until today.

According to Anwar’s aides, the former Deputy Prime Minister is grateful to Khairy. He believes that Khairy was instrumental in bringing his plea for ‘better’ medical attention a year ago to the Prime Minister.

‘We approached many people whom we knew were close to the Prime Minister, or who have claimed that they knew him well. Nothing happened. It was only after we sent word to Khairy that we got positive results,’ says a long-time aide.

What actually transpired in the late evening meeting between Anwar and Khairy a year ago?

The aide says: ‘Anwar was immobile. He was in bed. He invited Khairy to sit by his side and I think they spoke about Khairy’s involvement in Umno

Youth. You can say that Anwar gave him a pep talk.’

As for his former boss, Dr Mahathir, Anwar continues to display measured magnanimity, repeating his earlier statement that he holds no grudge towards him.

‘I feel vindicated by the series of court rulings, which culminated in the latest one that acknowledged that there was a conspiracy against me,’ he says, adding that the best thing for him to do is to move on.

‘I benefited greatly from working with him. He was very clear about what he wanted me to do. He gave me latitude and never stopped me in whatever I wanted to do,’ he says of Dr Mahathir.

Asked if he has any kind of contact with Dr Mahathir, Anwar says: ‘I send him my regards through mutual friends sometimes.’ He does not discount a meeting with Dr Mahathir but says that it might not be soon.

What about with the Prime Minister other than the much-publicised Hari Raya visit to Abdullah last year?

Anwar says he did pass on some information to the Prime Minister about the dispute with Indonesia over oil exploration around Ambalat Island in the Sea of Celebes.

‘That was because my contacts in Indonesia thought I should help out. They were aware that I was involved in conveying messages between Dr
Mahathir and (former) President Suharto on the issue when I was in the government,’ he explains. So, for all intents and purposes, Anwar is back – not quite in the driving seat but in the rough and tumble of politics that he is so familiar with. He appears to be relishing every moment and every bit of it.


PERUBAHAN POLITIK ANWAR
Nota: Untuk dibaca bersama rencana
" Respons Kepada Komen Pembaca"

SAMBUTAN kepulangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Munich, pada 31 Oktober lalu, mungkin tidak semeriah mana. Berdasarkan laporan media, hanya lebih kurang 500 penyokong menunggu kepulangan beliau di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), manakala 1000 lagi di kediaman beliau di Damansara. Beliau ke Jerman pada 4 September lalu, sejurus selepas dibebaskan dari penjara, untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya.

Sudah tentu anggaran media boleh dan akan dipersoalkan. Media tidak lagi berpihak kepadanya. Ini amat berbeza pada tahun-tahun 1990-an, di mana beliau dianggap sebagai "Putera Mahkota UMNO" dan disebut-sebut sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada waktu itu, media berada di bawah pengaruh dan kawalannya.

Namun pujian haruslah diberi kepada Anwar. Beliau secara peribadi telah berbudi kepada media, daripada editor sehinggalah kepada wartawan biasa. Justeru itu, sungguhpun dari semasa ke semasa berlaku pertentangan antara media dengan beliau akibat cita-cita politiknya, hubungan peribadinya dengan wartawan dan editor kekal erat.

Kepulangan yang "disenyapkan" (tidak diuar-uarkan) mungkin salah satu rancangan yang disengajakan oleh Anwar untuk tidak menarik terlalu banyak perhatian. Kehadiran polis di lapangan terbang, yang kelihatan beberapa hari sebelum ketibaannya pada hari Ahad, juga dalam jumlah yang amat kecil. Langkah ini terbukti berkesan.

Masyarakat umum tidak cemas, UMNO dan kerajaan tidak perlu untuk bertindak secara negatif terhadapnya, dan pada masa yang sama Anwar masih lagi menikmati liputan media secara langsung.

Adakah Anwar mengambil pendekatan "berlembut"? Sebahagian mungkin bersetuju, manakala sebahagian lagi akan menganggap ia merupakan satu langkah taktikal Anwar. Ini kerana sambutan kepulangan yang penuh dengan emosi di tempat awam seperti di KLIA berkemungkinan besar tidak akan membawa kebaikan untuknya. Anwar akan dilihat sebagai tidak bersyukur dan cuba melakukan penentangan.

Apatah lagi, ramai yang masih ingat bagaimana Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, telah membantu beliau mempercepatkan proses memperbaharui paspot antarabangsa.

Orang biasa tidak mungkin menerima layanan birokrasi sebegitu pantas. Namun Anwar bukanlah orang yang biasa. Di sebalik enam tahun dalam penjara dan penyingkiran beliau dari UMNO, Anwar kekal sebagai seorang yang luar biasa. Tidak kira apa perasaan peribadi seseorang terhadap Anwar, "renaissance man" kelahiran Pulau Pinang ini masih merupakan seorang yang berpengaruh dan juga mampu mempengaruhi ramai orang.

Jelas sambutan kepulangannya tidak menyamai atau mengulangi kehebatan demonstrasi reformasi 1998 di Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Namun keadaan ini tidak seharusnya disalah anggap sebagai berakhirnya era dan pengaruh luar biasa Anwar Ibrahim. Ini kerana beliau secara terbuka, dalam kenyataan sidang akhbar kepulangannya, menyatakan akan meneruskan agenda reformasinya dan berkeinginan untuk berjumpa Perdana Menteri. Dengan mengambil risiko mungkin menyentuh sensitiviti pembaca dan membuka luka lama, pada pendapat saya perbincangan mengenai masa depan Anwar adalah perlu atas beberapa sebab.

Pertamanya, jika kita mempercayai media spin, kita seharusnya akan hidup di dalam era yang lebih bebas dan bertimbang rasa. Persekitaran sebegini memberi kelebihan kepada agenda reformasi Anwar. Ini kerana Perdana Menteri sendiri menegaskan, dalam temuramah dengan New Sunday Times sempena ulang tahun pertamanya sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan menghalang kritikan. Malah beliau menganggap kritikan yang membina dan bertanggungjawab adalah baik dan seharusnya digalakkan.

Keduanya, melihat transformasi politik Anwar daripada seorang pemimpin pelajar yang suka memberontak kepada seorang yang sederhana bila mana menganggotai UMNO secara rasmi pada Mac 1982, saya fikir kita akan terus mendengar mengenainya untuk satu jangka masa yang panjang. Pada umur 57 tahun, beliau masih muda dan tidak ada sebab mengapa beliau mahu berundur.

Sama ada sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya, Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berkarisma, atau sebagai salah seorang pemimpin demonstrasi petani, mahupun sebagai Ketua Pemuda UMNO era Mahathir, Anwar telah menetapkan agendanya sendiri. Perubahan politiknya merupakan proses yang berterusan.

Apabila beliau meninggalkan ABIM untuk menyertai UMNO sehinggalah ke hari pilihan raya umum 1982, saya menulis bahawa faktor ‘X’ di dalam politik Melayu-Muslim telah lenyap.

Saya menegaskan tanpa Anwar sebagai penggerak, ABIM tidak mampu meneruskan fungsi sebagai faktor ‘X’ di dalam politik Melayu-Muslim.

Ternyata ini benar, ABIM mengalami kemerosotan besar kerana ahli-ahlinya menggadaikan misi dakwah mereka untuk jawatan di dalam UMNO dan PAS. Sungguhpun begitu, pujian perlu diberikan kepada generasi baru kepimpinan ABIM yang memberi komitmen mereka terhadap agenda pendakwahan Islam tanpa kepentingan politik. Ini berlaku selepas penyingkiran Anwar dari UMNO pada 1998, yang diikuti dengan penangkapan dan hukuman penjara ke atas beliau.

Ketiganya, Anwar mempunyai keupayaan intelektual dan kekuatan kewangan untuk menggerakkan apa sahaja agendanya – sama ada masyarakat madani, reformasi, anti rasuah dan sebagainya.

Beliau telah pun menyatakan sokongan terhadap Abdullah di dalam memerangi gejala rasuah, tanpa mengambil kira fakta sabitan penyalahgunaan kuasanya digantung oleh Mahkamah Persekutuan beberapa hari sebelumnya. Ianya merupakan satu langkah politik yang bijak – satu percaturan yang membolehkannya kelihatan pemaaf, namun pada masa yang sama memberikan tekanan kepada Perdana

Menteri memandangkan indeks persepsi global rasuah Negara merosot dari tangga ke 37 ke 39.

Malah, para pegawai Abdullah, selepas keghairahan yang singkat itu, mula memahami bahawa peperangan terhadap rasuah merupakan satu bidang yang mencabar dan boleh kembali menjadi masalah kepada Pak Lah (backfire).

Anwar telah menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung dengan isu rasuah ini, yang mana merupakan sebahagian daripada integrasi agenda reformasinya. Sehingga rencana ini ditulis, belum jelas bahawa pertemuan yang diingini Anwar akan berlangsung.

Namun kenyataan umum Anwar dalam isu ini merupakan satu langkah taktikal yang cukup bijaksana. Dalam satu keadaan Anwar kelihatan bergandingan dengan Abdullah di dalam menangani rasuah tetapi pada waktu yang sama beliau menggunakan isu ini untuk mendekatkan idea reformasinya kepada kerajaan.

Anwar tidak mungkin mempertimbangkan penyertaan semula ke dalam UMNO dalam masa yang terdekat ini. Beliau bukan sahaja tidak perlu, malah tidak wajar baginya menyertai semula UMNO sebaik dibebaskan.
Beliau tidak boleh dilihat terlalu ghairah untuk kembali walaupun beliau mungkin menyukai idea untuk "mengenakan" sesiapa di dalam UMNO, terutama pengikut dan kroninya, yang menjatuhkan beliau pada 1998.

Namun tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menyertai UMNO pun, beliau telah berjaya menggertak dan menggoncangkan beberapa pihak di dalam UMNO sehingga memaksa mereka mendesak parti supaya menutup terus pintu kepadanya. Episod ini tentulah terhasil akibat kebimbangan sesetengah orang dalam UMNO mengenai kemungkinan Anwar akan memperolehi sokongan padu sekiranya beliau berhasrat kembali ke dalam parti.

Jalan ke Putrajaya masih lagi melalui UMNO. Sekiranya Anwar masih bercita-cita menduduki kompleks Perdana Menteri, sungguhpun beliau dilaporkan berkata tidak mengejar jawatan tersebut, maka beliau harus mempertimbangkan jalan UMNO. Namun adalah tidak bijak untuk beliau memulakan langkah yang sedemikian pada masa ini. Sementara beliau "menyambung jambatan" dengan Perdana Menteri, Anwar tidak boleh mengetepikan para penyokong setianya daripada kalangan pembangkang dan juga Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) begitu sahaja.

Semasa di dalam kerajaan, Anwar, seperti mana pemimpin UMNO yang lain, merupakan seorang yang tegas dan lantang terhadap pihak pembangkang dan NGO-NGO yang anti Kerajaan dan UMNO. Namun mereka menyokong beliau ketika UMNO menyingkirnya. Justeru itu, beliau tidak boleh kelihatan tidak tahu bersyukur. Pembangkang tidak akan mengalami sebarang kerugian. Malah bukanlah masalah kepada mereka untuk menentang Anwar sekiranya beliau meninggalkan mereka.

Landasan terbaik beliau adalah melalui NGO, media asing, think tank antarabangsa dan Kumpulan Lobi. Beliau mempunyai jaringan yang luas dengan organisasi ini melalui tajaan dan naungan aktiviti mereka semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada pemimpin Malaysia – termasuk Dr. Mahathir, di sebalik banyaknya kunjungan antarabangsa beliau – berjaya menghasilkan hubungan dan jaringan antarabangsa sebagaimana Anwar berjaya lakukan.

Dengan kenalan dan rakan kongsinya meneruskan kejayaan dalam dunia korporat semasa ketiadaan beliau, Anwar sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengutip dana bagi kegunaannya, melainkan beliau "mencipta" sekumpulan usahawan dan peneraju korporat yang tidak tahu berterima kasih. Kebanyakan daripada mereka berjaya dalam dunia korporat dalam masa yang singkat dan pada usia yang muda disebabkan naungan beliau.

Malahan, sebahagian tokoh utama kumpulan ini menang dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Imej yang disalurkan oleh CNN dari Munich ketika beliau berada di hospital menunjukkan betapa kumpulan ini masih lagi bersatu dan berhubungan.
Sungguhpun berisiko dituduh berniat jahat, saya mesti juga mengajukan persoalan ini, "Adakah kita sedang melihat kemunculan Anwar sebagai "Mutan X" politik Melayu-Muslim? Boleh atau dapatkah beliau menjadi "broker politik" - yang tidak kelihatan dan tersembunyi - dengan berkesan di dalam politik Melayu-Muslim, yang menjadi mercu tanda ABIM semasa di bawah pimpinannya dahulu?

Jawapannya hampir pasti "Ya". Bezanya mungkin pada kaedahnya. Ia mungkin lebih merupakan perjuangan mengenai hak kebebasan dan bukannya perjuangan politik semata-mata.

Walaupun Dr. Mahathir tidak lagi memegang tampuk kepemimpinan dan Anwar dapat menggunakan sepenuhnya persekitaran politik yang lebih bebas, namun beliau sendiri mempunyai "bebanan" yang menyebabkan usaha melakukan "comeback" dalam politik perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Justeru itu, NGO merupakan pentas terbaiknya. Melalui mereka, beliau boleh membentuk hubungan akrab dengan aktivis sosial, penyokong hak kebebasan sivil dan juga pelajar. Golongan ini tidak mudah menghukum atau membuat penilaian negatif, sebahagiannya kerana mereka terlalu muda untuk mengingati apa yang berlaku sedekad yang lalu. Dengan itu, Anwar boleh mengharap daripada sindrom "mudah lupa" orang Melayu.

Beberapa bulan mendatang mungkin akan lebih menarik untuk negara, sungguhpun media tidak memberikan pendedahan yang banyak kepadanya. Justeru, pembaca perlu melayari internet dan membaca apa yang dikatakan di situ oleh para penulis blog. Anwar mungkin tidak begitu berminat dengan idea hebat Mahathir mengenai Koridor Raya Multimedia (MSC), namun kelihatannya, beliau yang banyak mendapat kelebihan dan keuntungan.

Terjemahan daripada artikel Anwar’s
Political Mutation Malaysian Business,
1-15 Disember 2004