A Kadir Jasin
KES penghinaan Rasullullah SAW oleh New Straits Times melalui kartun Wiley Miller telah selesai. Demikian diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Maka sangat tepatlah kalau kita mula membuat analisis terperinci mengenainya. Sebelum itu kita tidak bebas berbuat demikian kerana ia mungkin mempengaruhi tindakan terhadap akhbar itu.
Hanya dengan mengkaji dan menganalisis kita akan dapat memahami dan mengukur keadaan dan kedudukan sebenar. Moga-moga apa yang kita pelajari nanti akan menjadi teladan dan sempadan.
Hakikat bahawa tiada hukuman dikenakan ke atas NST oleh Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan, bukan bermakna akhbar itu tidak bersalah.
Ia bersalah. Kalau tidak, masakan ia memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat. “We apologise. Unreservedly” kata akhbar itu dalam laporan muka depan pada 24 Februari.
Kalau bersalah, mengapa tidak dihukum? Kerana ia sudah meminta maaf. Demikian penjelasan Abdullah. Jadi minta maaf saja sudah cukup untuk menghapuskan dosa dan menyelesaikan masalah.
Tetapi kalau “unreservedly” mengapa masih berhujah memberi alasan, mempertikai dan mengherdik pihak itu dan ini? Bukankah “unreserved” bererti total (sepenuhnya), absolute (mutlak), complete (selengkapnya), entire (keseluruhannya), full (penuh), unlimited (tak terhad) dan wholehearted (sepenuh hati)?
Apa halnya dengan Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily? Bukankah mereka juga memohon maaf? Ya, mereka memohon maaf. Kalau mereka memohon maaf, mengapa mereka dihukum?
Mungkin kerana mohon maaf mereka tidak meyakinkan – tidak sehebat atau eloquent seperti penghujahan NST. Atau mungkin juga kerana mereka akhbar kecil dan tiada kaitan politik yang kuat.
Saya tidak berani mengatakan ini double-standard kerana saya tidak tahu tentang keadaan sebenar. Hanyalah pegawai-pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang membuat penyiasatan boleh memberikan penjelasan.
Yang jelas ialah manakala NST tidak dikenakan apa-apa hukuman, Sarawak Tribune ditarik permit penerbitannya serta-merta manakala Guang Ming Daily digantung permitnya selama dua minggu.
Adakah ini kerana NST adalah akhbar Kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad mempunyai hubungan rapat dengan kepemimpinan Umno dan Kerajaan?
Bagi pihak-pihak yang mengutuk penyiaran kartun Miller itu, soal ia bukan daripada siri yang diterbitkan oleh akhbar Denmark Jyllands-Posten, September lalu bukan satu alasan. Pokok pangkalnya kartun dalam NST itu mempersendakan Rasulullah SAW.
Maksudnya begini – awak tunggu dan saya akan lukiskan karikatur Nabi Muhammad SAW. Saya yang melukis ini tiba-tiba menjadi orang yang paling ditakuti. Maksudnya sesiapa yang melukis karikatur Nabi Muhammad SAW akan jadi hero.
Apa yang kartunis Miller buat yang kemudiannya disiarkan oleh NST ialah mempersendakan kemarahan umat Islam terhadap kartun di dalam akhbar Denmark itu.
Kepemimpinan baru NSTP yang dikepalai oleh Datuk Kalimullah Hassan mengambil alih sebaik saja Tan Sri Abdullah Ahmad @ Dollah Kok Lanas dipecat daripada jawatan Ketua Pengarang Kumpulan (KPK) pada hari-hari awal Pentadbiran Abdullah.
Kalau kita mempercayai cakap Kalimullah, Perdana Menteri menaruh harapan yang tinggi terhadap beliau. Kalimullah, seperti umum sudah tahu adalah bekas wartawan akhbar Straits Times Singapura di Malaysia.
Dalam sebuah rencana bertajuk “Untouchable we’re not but we stand firm” yang disiarkan oleh NST pada 27 April 2005, Kalimullah menulis: “He (Abdullah) had one piece of advice – make the NST a credible and professional newspaper.” (Dia (Abdullah) mempunyai satu nasihat – jadikan NST sebuah akhbar yang berwibawa dan profesional).
Dengan membuat kesilapan besar yang menimbulkan kemarahan umum dan akhirnya terpaksa meminta maaf secara terbuka, apakah Kalimullah dan konco-konconya telah gagal melaksanakan amanat Perdana Menteri?
Ada lagi contoh-contoh lain yang mempertikaikan “credibility” NST di bawah kepemimpinan Kalimullah. Misalnya apabila NST mendahului Perdana Menteri sendiri dengan mengumumkan Tan Sri Nasimuddin sebagai “The Winner” (pemenang) di dalam perlumbaan membeli saham DRB-Hicom tidak lama dulu.
Ini berpunca daripada keyakinan Kalimullah dan konco-konconya yang mereka mempunyai “inside information” (maklumat dalaman) hasil daripada hubungan intim mereka dengan kelompok-kelompok kuasa di dalam dan luar Kerajaan.
Kembali kepada isu penyiaran kartun yang mempersendakan nama Rasulullah SAW. Apakah NST akan dituduh tidak berwibawa dan kepemimpinannya tidak profesional kalau tidak menyiarkan kartun itu?
Dan profesionalkah cara NST mempertahankan penggunaan kartun itu dengan menyalahkan orang lain?
Walaupun ia memohon maaf tanpa syarat, ia masih mempertikaikan bantahan umum terhadap penggunaan kartun itu dan menuduh pelbagai pihak berkomplot terhadapnya.
Justeru itu, kita perlu bertanya apakah mohon maaf NST semalam menepati pengertian “unreserved apology” – minta maaf yang tidak bersyarat, yang luhur dan yang tidak berbelah bagi?
Atau mohon maaf ini berupa strategi saat akhir bagi menyelamatkan NST dan para pengarangnya daripada bahana seperti yang menimpa Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily?
Jelas, mohon maaf pada saat-saat akhir sebelum Kementerian Keselamatan Dalam Negeri membuat laporan dan perakuan kepada Perdana Menteri, telah menyelesaikan dilema banyak pihak, tidak kurang dilema Perdana Menteri sendiri sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Kalau NST gagal atau enggan memohon maaf tentulah Perdana Menteri akan mengalami dilema yang hebat kerana dia terpaksa memikirkan tindakan yang sewajarnya terhadap akhbar itu.
Bagi pengarang profesional, jatuh bangun adalah perkara biasa. Ada yang dipecat. Ada yang ditekan agar berhenti. Ada yang berhenti secara sukarela kerana tidak lagi dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Dan banyak juga yang ditahan dan dipenjarakan.
Kita ingat nama-nama seperti Samad Ismail, Said Zahari, Samani Mohd Amin, Ahmad Sebi, Zainuddin Maidin dan Johan Jaaffar.
Tetapi sekarang. bukan semua pengarang adalah pengarang profesional. Mereka ada kepentingan lain seperti perniagaan dan/atau politik.
Hendak tidak hendak, kita terpaksa menyebut Kalimullah sebagai simbol kepada pengarang era baru ini. Ketika dilantik KPK NSTP pada tahun 2004, beliau sudah pun memegang saham yang banyak di dalam bank pelaburan ECM Libra Berhad dan menjadi pengerusinya.
Ketika menjadi KPK NSTP, beliau dilantik pula menjadi pengerusi syarikat pembuatan barangan kayu, Ekowood Berhad.
Justeru itu, apa yang menjadi percaturan dan pertaruhan adalah besar bagi personaliti seperti Kalimullah. Kalau beliau dipersalahkan dalam kes penggunaan kartun ini, imej beliau akan tercemar. Ini mungkin menjejaskan kedudukan beliau sebagai tokoh korporat yang rapat dengan tampuk pemerintahan.
Apatah lagi salah seorang rakan kongsi Kalimullah adalah Timbalan Ketua Pemuda Umno merangkap menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
Kalimullah mungkin tidak terlibat secara langsung dengan penyiaran kartun yang menghina itu. Tetapi beliau adalah Timbalan Pengerusi NSTP merangkap Penasihat Jabatan Pengarang. Pengarang NST dan ketua-ketua unit utama akhbar itu adalah orang pilihan dan orang kepercayaan beliau.
Jadi langkah memohon maaf adalah pilihan terbaik bagi NST, Kalimullah, konco-konco beliau dan pihak-pihak luar yang berkuasa ke atas NSTP.
Walaupun Perdana Menteri telah mengampunkan NST, namun dalam kenyataannya kepada akhbar di Kepala Batas beliau mengatakan bahawa langkah akhbar itu menyiarkan kartun berkenaan sebagai sesuatu yang “tidak elok.”
Berbalik kepada hujah yang terdahulu, kenyataan Perdana Menteri yang menganggap penyiaran kartun itu sebagai “tidak elok”, mengukuhkan kesimpulan bahawa Kalimullah dan anak buahnya telah gagal mempertingkatkan kewibawaan dan tahap profesionalisme NST seperti yang diamanatkan oleh Abdullah.
Walaupun tidak seorang daripada mereka dihukum, kenyataan Perdana Menteri jelas menunjukkan ada unsur-unsur kegagalan yang serius yang dilakukan oleh sidang pengarang NST. Hanya cara beliau berhujah lembut.
Oleh sebab akhbar itu adalah antara organ separuh rasmi yang paling lantang mempromosikan falsafah ketelusan, kebertanggungjawaban dan kebebasan akhbar, maka adalah wajar kita mengharapkan peletakan jawatan pihak-pihak yang terbabit secara langsung dengan penyiaran kartun itu.
Atau setidak-tidaknya mereka dipindahkan ke jabatan lain di mana mereka tidak lagi menjadi ancaman kepada kewibawaan akhbar itu dan kepada ketenteraman awam.
NST, dalam hujah muka depannya pada 24 Februari banyak merujuk kepada keagungan sejarahnya dan kepada kepelbagaian kaum kakitangannya. Sebagai bekas pekerja NSTP yang berkhidmat dengannya selama 24 tahun (1976-2000), saya sangat bersetuju dengan kenyataan itu.
Tetapi apakah pihak-pihak yang kini lantang bercakap tentang keagungan sejarah NST serta kepelbagaian kaum dan agama kakitangannya benar-benar faham atau menghayati kepentingannya? Atau ia sekadar kenyataan yang dijulang tinggi semata-mata untuk mempertahankan diri?
Kita terpaksa mengemukakan pertanyaan ini kerana di saat-saat mereka bercakap tentang sejarah dan kepelbagaian kaum, semakin ramai pengarang dan wartawan kanan, khasnya Melayu, meninggalkan NSTP.
Berpuluh orang akan meninggalkan kumpulan itu dalam masa beberapa minggu ini setelah permohonan skim persaraan sukarela (VSS) mereka dipersetujui.
Dengan pemergian mereka, adakah mampu akhbar NST dan Kumpulan NSTP terus mempertahankan kegemilangan sejarah, kepelbagaian kaum dan agama, kepelbagaian aliran pemikiran dan kreativiti?
Atau NST dan Kumpulan NSTP menjadi Frankenstein ciptaan orang tertentu yang berkuasa ke atasnya?
Hanya masa akan menentukannya.
(A Kadir Jasin adalah Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP).
Saturday, February 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
7 comments:
clear cut double standard....kalau srawak tribune kena tutp apa pulak keramat NST kebai sangat...teruskan bercakap datuk..kena ada org macam datuk utk cakap benda2 macam..harap dia org...terbang melayang melayu
people come and go in new straits times though not very often.
some resign, some voluntarily go with financial incentives, some not with anything.
quit harping on whether they are malays, indians or chinese as the staffers are all malaysians. this race thing should be behind us by now.
imho, the newspaper is far better now than when you were in charge. and heck, you were friends with the then prime minister too - evidenced by the number of page one photos featuring him and reports quoting him. let's not forget you were in cahoots with anwar ibrahim too.
and you know, mempersendakan orang islam is not an offence like mempersendakan the Holy Prophet.
see you around in devi's corner or rajoo's.
Datuk, salam,
Saya tidak bersetuju tindakan dikenakan kepada Sarawak Tribune, Guang Ming Daily dan juga (seperti didesak beberapa kalangan) New Straits Times.
Permohonan maaf --- atau tepat, penjelasan (clarification) --- sudah memadai untuk mengelakkan tekanan emosi berlebihan daripada pembaca.
Saya tidak bersetuju akhbar wajar tunduk (atau ditundukkan) oleh tekanan masyarakat atau pembaca. Apatah lagi, yang disebut pembaca itu tekanan daripada kelompok-kelompok politik tertentu yang sarat kepentingan.
Sesuatu isu bergantung pada konteksnya. Begitu juga penerbitan kembali (reproduction) beberapa karikatur (daripada 12) yang asalnya dari Jyllands-Posten.
Dalam kes ini, bukan sahaja akhbar-akhbar dan stesen-stesen televisyen kita (Malaysia) yang menyiarkan kembali karikatur tersebut tetapi juga banyak media lain, termasuk di negara-negara Arab dan termasuk dua mingguan (weekly) pro-Islam di Algeria.
Menurut laporan berita Al-Jazeera (13 Feb 2006), seperti dikutip oleh Harakahadaily.net (saya terbitkan kembali di blog saya), karikatur Denmark itu diterbitkan kembali di sisi satu artikel yang mengecam penerbitan asal di Jyllands-Posten.
Tetapi mahkamah Algeria tetap juga mengenakan tindakan kepada mereka!
Untuk rujukan teman-teman pembaca di blog Datuk ini, saya turunkan kembali teks lengkap berita Al-Jazeera terbabit:
ALGIERS, Feb 13 - Algeria and Yemen have arrested journalists working for newspapers that have reprinted cartoons of the Prophet Muhammad that led to protests around the world.
On Sunday, Algeria closed two newspapers and arrested their editors for printing the images of the cartoons of the Prophet.
Kahel Bousaad and Berkane Bouderbala, respectively editors of the pro-Islamist weeklies, Errisala and Iqraa, were detained last week and will appear before an investigating judge in Algiers on Monday, staff of the two Arabic newspapers said.
A member of Iqraa's staff said: "The cartoons published in our weekly were [deliberately] fogged. They were accompanied by an article denouncing them."
The authorities were not immediately available for comment.
The Algerian authorities have condemned the cartoons and urged the Danish government to punish those behind their publication.
Reprinting in Yemen
Yemen detained three journalists on Sunday and is seeking a fourth after closing three publications that printed the cartoons. Al-Hurriya, Yemen Observer and al-Rai al-Aam were shut and their case sent to prosecutors.
The officials said those detained are Mohammad al-Asaadi, the editor-in-chief of the English-language Yemen Observer, Akram Sabra, the managing editor of al-Hurriya weekly newspaper and reporter Yehiya al-Abed of Hurriya.
The prosecution has issued a warrant for Kamal al-Aalafi, the editor-in-chief of al-Rai al-Aam.
The Yemeni journalists' association called for the release of the journalists and for the annulment of the closure decrees "because these measures were not ordered by a court".
"Reprinting the drawings was in the framework of responding to what the Danish newspaper published and informing the public about the offence to the Prophet," the message said.
This is not the first time the cartoons have appeared in the Arab press.
In October, the Egyptian Newspaper Al Fagr printed and condemned the cartoons, and last month two Jordanian newspapers published the images.
Jordan arrested Hashem al-Khalidi, editor-in-chief of a weekly tabloid called Al-Mehwar and Jihad Momani, the former editor-in-chief of Shihane newspaper.
Datuk,
Dalam konteks yang sedikit berbeza, saya senang dengan jawapan/ulasan yang diberikan oleh Anil Sahin (sengaja saya berikan penekanan, bold)seperti petikan berita di bawah (teks lengkap):
German theater chain yanks controversial 'Wolves'
Friday February 24, 2006 3:17 AM ET
German multiplex giant CinemaxX has pulled the Turkish action blockbuster "Valley of the Wolves: Iraq" from theaters after accusations that the film, which stars Billy Zane and Gary Busey, is anti-Semitic and anti-American.
CinemaxX, Germany's largest exhibition chain, dropped "Valley of the Wolves" from its lineup this week, deciding not to renew its rental contract with German distributor Maxximum.
The move follows a targeted media campaign by German politicians who claim the movie is "hateful and dangerous" because it depicts U.S. troops in Iraq committing multiple atrocities and because one of its bad guys, played by Busey, is a Jewish-American doctor dealing in stolen organs.
"The controversy surrounding this film has really heated up," CinemaxX spokesman Arne Schmidt explained. "We didn't want to add oil to the fire, so we decided to pull the film."
Leading German politicians, including Bavarian Premier Edmund Stoiber and Green Party leader Reinhard Buetikofer, have publicly condemned "Valley of the Wolves" and called on movie theaters to not screen the film.
Stoiber has even demanded that the Turkish government apologize for "Valley of the Wolves," saying that refusing to do so could hurt Turkey's chances of being accepted as a full member of the European Union.
Stoiber's comments come in the midst of another debate concerning political controversy and artistic freedom. Cartoons lampooning the Islamic prophet Mohammed, printed in European newspapers, have sparked angry and often violent protests by Muslim groups across the Middle East.
"It is no coincidence that politicians, particularly on the right, are attacking this movie now, when we are in the middle of the controversy over the Mohammed cartoons," Maxximum chief Anil Sahin said. "This is being used as a political football to score points. I wonder if any of the politicians has actually seen the movie. It's just a fun, silly action flick -- 'Rambo' told from the other side."
Controversy certainly hasn't hurt "Valley of the Wolves." The film is setting boxoffice records in its home country and has proved a crossover success in European territories with a sizable Turkish minority. The film has so far sold about 280,000 tickets in Germany, home to 3 million ethnic Turks.
"Valley of the Wolves" also is doing well in limited release in the U.K., Benelux and Scandinavia. The movie hits French theaters next week.
In Germany, Maxximum is expanding its release from 65 to 86 screens as media coverage of the controversy boosts interest in the film.
"As a business man, I can only thank German politicians for helping to sell my movie," Sahin said. "As a democrat, however, I am disgusted with this attempt to play politics with the basic rights of free speech and expression." -- Reuters/Hollywood Reporter
Mungkin saya dianggap menganut konsep kebebasan media ala Barat oleh sebilangan orang di negara kita; tetapi jika mereka berfikir panjang, jujur dan ilmiah, pastilah kartun NST tersebut TIDAK BOLEH dianggap "menghina Nabi" seperti didakwa oleh beberapa pihak dalam kontroversi minggu lepas.
Ya, saya mudah bersetuju jika ada pihak mengatakan kartun Wiley Miller itu "menyindir umat Islam". Tetapi kartun itu menyindir umat Islam di sisi agamakah (religious side of the issue) atau di sisi politikkah (political side of the issue)?
"The issue" di sini merujuk pada kontroversi Jyllands-Posten yang menyaksikan bantahan meluas dan penuh emosi umat Islam di serata dunia.
Saya menduga ada kepentingan tertentu (atau, disebabkan kedangkalan) atau "hyper-sensitivity" yang menggerakkan bantahan pada kartun Miller di NST minggu lepas.
Salam, faomar@yahoo.com
saya merasakan bahawa tindakan Kerajaan untuk tidak menghukum NST sebagai satu tindakan yang kurang tepat. Walaupun tidak mengantung permit atau sebagainya, namun kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas Ketua Pengarang NST, Branden Pareira. Tindakan NST ini merupakan tindakan tidak bertanggungjawab terhadap sentimen kaum, agama dan keadaan semasa. Saya harap, orang yang terlibat dalam penyiaran kartun ini, LETAKLAH JAWATAN...... anakledang
Kerajaan sepatutnya bertindak terhadap NST yang menyiarkan kartun berkaitan kerana ini akan jadi satu precedence kepada media dimasa hadapan. Mungkin bertindak terhadap akhbar akan mengakibatkan kakitangan bahawa juga menerima padahnya, tetapi ketua pengarangnya patut dihukum kerana sebagai ketua pengarang, itulah tangungjawab mereka. Kalau tangungjawab utama itu tidak dapat dilaksanakan, apakan justifikasi kewujudan mereka di NST.
Media juga akan menjadikan kes ini sebagai justifikasi mereka dimasa-masa akan datang sekiranya perkara berkaitan berlaku lagi dan akhir kerajaan terpaksa mengalah kepada kebesan melampau media yang mana langkah pertamanya dimulakan oleh keranajaan sendiri melalui pembebasan percuma pengarang NST.
Kerajaan juga seolah-olah membuka pintu rundingan bahawa, ada ketikanya mempersendakan perkara berkaitan Rasulullah SAW adalah boleh dimaafkan. Ini sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah neara Islam dan Akhbar yang mana orang Islama mempunyai kuasa keatasnya.
Kuasa telah rakyat berikan kepada Pak Lah, kuasa bukan sekadar bahaya apabila disalahgunakan, tapi juga bahaya bila tidak digunakan apabila diperlukan, itulah yang berlaku. Dan ia bukan kali pertama oleh Pak Lah..repeatedly..i repeat..repeatedly.
Salam Datuk.
Bagi saya tindakan kerajaan (atau tiada tindakan) terhadap NST adalah betul. Yang salah ialah tindakan terhadap Sarawak Tribune dan Guangming.Tindakan menggantung NST atau menghukum pengarangnya jika diambil bermakna membenarkan tindakan salah sebelum ini. Saya tidak nampak perbezaan ketara dalam niat dan perbuatan akhbar-akhbar berkenaan.
Kerajaan perlu memperbetulkan tindakan salah terhadap kedua-dua akhbar berkenaan.
Berdasarkan tulisan-tulisan Datuk nampaknya Datuk memang serius agar kerajaan menghukum NST atau pengarangnya. Melihat kedudukan Datuk sebelum ini atau inclination Datuk berkaitan peranan dan hubungan media dengan kerajaan, desakan Datuk memang dijangkakan, malah tidak menghairankan.
Pandangan Datuk sebenarnya berlawanan dengan pandangan Jeff Ooi (Screenshots). Walaupun Jeff Ooi dilihat begitu beriya-iya menimbulkan isu ini tetapi tujuannya berbeza dengan Datuk. Datuk was against the NST sementara Jeff Ooi was against, or just being cynical to, the government. Jeff Ooi berjaya dan Datuk gagal.
Pada saya, dan nampaknya sdr Fathi Aris Omar juga, seluar kerajaan dan seluar ahli-ahli politik yang sengaja campur tangan, telah terlondeh.
Sampai bila media mesti menjadi hamba kepada satu pihak saja dan mesti senantiasa politically (dan kini religiously) correct?
Salam Sahabat (title is only with humans, and in the eyes of Allah, we are all the same... wallahualam)
Issues in Tanah Melayu (that is what I know of as that piece of peninsular) make me smile, giggle, laugh and sometimes give me cramps. Listening to the comments from other bloggers made me feel ambarrased on how we 'Melayu' just think issues are just issues. We have never take matters seriously, and really fight for what we believe in. The worst we could do is not to vote in the next election (that is usually just 'hangat2 tahi ayam' vendata, as Pak Mahathir said, Melayu has only 3 months memory retention: believe me, he is right).
What are we and who are we as 'Melayu' has eluded most of the bijak pandai, finding our roots, missions and direction are a tantamount task. Yea, we were from here and there, supposed to do this and that, but, what does it means??? We have read and heard our history teacher told us about what this man called Hang Tuah said 'Tak Melayu Hilang DiDunia', and were so proud of it. But my question is, 'was that statement as myth as the person who said it???'.
These NST, 30 cents petrol hike, MRR2, or any other issues in Tanah Melayu are just propaganda to keep our minds away from the actual issues.
Believe me, walillahi, the actual issues are, no matter what happened, our government have failed to pull itself out of the economic glut...
Our Government cannot PROTECT its own people's lifestyle...
Our Government cannot MAINTAIN Islam as the religious of the country...
Our Government cannot protect the fate of 'Bangsa Melayu'...
Our Government has failed to increase Melayu's holding in economy to 30%...
Our Government has failed as the government that supposed to PROTECT every aspect of the country...
Our Government of Malaysia TODAY has no clue how not to make the people that they suppose to PROTECT suffer from its own weaknesses.
Of course...reasons and vendata will flood those who critize the government, but walillahhi, for ONCE, I want to SEE, HEAR and GET SOME ACCOUNTABILITIES FROM THOSE WHO CALLED THEMSELVES AS THE SERVANT OF THE PEOPLE!!!
So wake up anda smell some coffee, or the pile of dung at our backyard, and tell these SERVANT OF THE PEOPLE TO SHAPE UP OR GET OUT!!! DONT LIE ANYMORE TO US...
Post a Comment