Wednesday, November 28, 2018

Polis Kena Berlaku Adil dan Profesional


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Banyak bukti bergambar untuk bantu polis
SYARIKAT usaha sama Cina (Malaysia) dengan orang Filipina keturunan Sepanyol yang diwakili oleh dua orang peguam tempatan mengupah 50 orang Melayu untuk “mengawal” kuil Hindu.

Tidak masuk akal tetapi benar. Orang Melayu itu dikatakan dari kumpulan yang menamakan diri mereka Kucing Merah. Mereka dilaporkan diupah RM150 hingga RM300 seorang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu sidang media di Putrajaya siang tadi berkata, siasatan polis mendapati peguam kepada One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki berkenaan untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Mahyuddin berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan bagi membantu siasatan polis.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut (Hindu) sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya.

Dalam kejadian ganas tersebut, 23 kenderaan dibakar dan cermin sebuah pusat beli-belah dipecahkan.

Akibat rusuhan tersebut seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, diserang perusuh dan keadaan beliau dilaporkan kritikal.

One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan.

Yang anehnya sehingga hari ini tidak seorang pun perusuh keturunan India ditahan dan penyerang Muhammad Adib dikenal pasti.

Minta maaf banyak-banyak kalau saya kata, susah sikitlah nak faham macam mana begitu ramai anggota polis dengan peralatan canggih dan diuar-uarkan sebagai terbaik di dunia tak nampak seorang pun daripada begitu ramai orang India yang berada di tempat kejadian melakukan apa-apa kesalahan.

Takkanlah bila begitu banyak kenderaan bermotor dibakar masih gelap lagi?

Guna Lampu Picit

Zaman saya kanak-kanak dan remaja pada tahun 1950-an dan 60-an polis bawa senjata api, cota dan lampu suluh (torchlight) enam bateri.

Masa itu belum ada elektrik dan kereta pun tak banyak untuk dibakar. Kalau ada yang dibakar, itu perbuatan pengganas komunis.

Jadi, kalau betullah polis abad ke-21 ini tak nampak perusuh kerana gelap, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mohon peruntukan luar jangkaan daripada Kementerian Kewangan untuk beli lampu picit buat anggota PDRM.

Kalau tak silap saya, polis bawa kamera dan perakam video apabila membuat liputan perhimpunan umum dan tunjuk perasaan.

Jadi dengan segala kelengkapan canggih dan pengalaman yang luas mengawal tunjuk perasaan dan rusuhan maka saya hairan sangatlah apabila ada orang bagi tahu saya bahawa polis tak nampak penyerang Muhammad Adib.

Sementara itu, mengikut cerita Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, yang pergi ke Institut Jantung Negara petang tadi untuk melawat Muhammad Adib, keadaan beliau tenat.

Dr Mahathir yang pernah menjadi doktor kata, peralatan perubatan moden membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

 
Dr Mahathir lawat mangsa keganasan di IJN
Tetapi kata beliau, jika dengan takdir mangsa meninggal dunia, ia adalah kes bunuh dan penjenayah yang melakukannya wajib dikenakan hukuman berat. Jadi polis tolonglah cari penjenayah itu.

Saya setujulah dengan pendapat banyak pihak, termasuk anggota kerajaan Pakatan Harapan sendiri, yang menggesa agar kita jangan tergesa-gesa sangat memansuhkan hukuman mati untuk jenayah berat.

Menteri Berhati-hati

Menteri tolonglah berhati-hati dan dengar nasihat Perdana Menteri

Mula-mula P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan integrasi nasional.

Tindak-tanduk beliau dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman rasanya tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Perdana Menteri sudah menasihati beliau. Tapi Perdana Menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun ada orang tak sedar. Jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah “gung-ho” dan selesa sangat dengan kedudukan beliau.

Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.

Tolonglah jangan malukan Raja kita dan Perdana Menteri kita. Kalau YB tak puas hati boleh komen dalam blog ini.

Kemudian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Beliau pun baru saja “dikuliahkan” oleh Perdana Menteri. Saya juga bercakap dengannya melalui telefon.

Saya setujulah dengan Perdana Menteri bahawa kita sudah ada banyak sekolah agama – sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz – jadi tak perlulah nak “sekolahagamakan” sekolah kebangsaan.

Kembalikanlah sekolah kebangsaan – rendah dan menengah – kepada tujuan asalnya, iaitu sebagai sekolah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.

Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama.

Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya.

Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka.

Wallahuaklam.

Saturday, November 24, 2018

Najib Tak Pakai Seragam Oren Dipertikai


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Jangan harap perbicaraan Najib akan selesai segera. (Gambar Utusan)
KE MANA pun saya pergi sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja-T oren lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut “dikecualikan” daripada memakai pakaian seragam itu adalah isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Kalau orang biasa yang tanya, saya tak hairan sangat. Ini peguam, pendakwa raya dan menteri kabinet pun tanya.

Ada orang kata, mereka tidak dipakaikan uniform tersebut kerana mereka tidak dikenakan tahanan reman manakala yang lain pula kata, kerana tidak ada bahaya mereka melarikan diri.

Ada yang tanya adakah ini pilih kasih atau ada lagi pihak yang memihak kepada mereka?

Tapi semua kata adalah tidak adil Najib dan Rosmah dikecualikan. Lebih tidak patut kalau alasan sengaja dibuat supaya mereka tidak perlu memperagakan pakaian seragam itu.

Betapa tidak. Beberapa orang kanan Najib seperti (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Rahim, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan (Datuk) Rizal Mansor semuanya “diorenkan”.

Saya kurang pasti kalau Datuk Seri (tengku) Adnan Mansor juga “dibajuorenkan”. Tetapi rasanya tidak. Kalau tidak silap dia pakai baju seakan batik berwarna biru.

Banyak lagi kes SPRM yang menanti Najib dan Rosmah. Jadi kita tunggu dan lihatlah sama ada hasrat orang ramai melihat Najib dan Rosmah memperagakan seragam oren itu akan termakbul.

Hak Bersuara

Kemudian orang pun bertanya mengenai Najib yang terus membuat kenyataan seolah-olah dia masih Perdana Menteri dan keengganannya masuk kandang tertuduh ketika sesi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 16 November lalu.

Berkenaan Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan loya tak payahlah baca komen dia.

Ini cerita orang takut hantu ketika berseorangan pada malam gelap gelita. Lagi takut, lagi kuatlah dia menyanyi atau bercakap sendirian.

Bersabit keengganan dia masuk kandang tertuduh pula, ada orang, termasuk peguam kata, perbuatannya itu menghina mahkamah. Orang putih kata “contempt of court”.

Penyelidikan saya mendapati bahawa di bawah Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947, sabit tuduhan menghina mahkamah  boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga minggu atau denda.

Tapi saya rasa keengganan masuk kandang itu dibuat untuk menguji kesabaran hakim dan mencabar peraturan mahkamah.

Adalah kebiasaan dalam perbicaraan bagi orang kena tuduh dan peguam mereka menggunakan pelbagai tipu helah dan isu teknikal bagi melengahkan perbicaraan dan sekali gus mencetuskan keraguan.

Kita telah tengok bagaimana kaedah ini digunakan secara berleluasa dalam kes-kes berat atau sensasi, khususnya yang membabitkan orang politik dan orang kenamaan lain.

Silap-silap tertuduh sakit perut, sakit jantung, sakit mata dan macam-macam lagi. Kemudian tukar peguam. Lepas itu bantah itu dan ini.

Mahkamah Teliti

Proses mahkamah lazimnya perlahan kerana mahkamah perlu teliti. Ada empat peringkat mahkamah yang perlu dilalui sebelum seseorang itu menjalani hukuman.

Dalam kes Najib ini sudah pasti dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Dengan takdir dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, dia boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kalah di Mahkamah Rayuan merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan. Kalau kalah juga barulah masuk penjara.

Jadi, nasihat saya, kita jangan terlalu sangat menaruh harapan hendak tengok Najib, Rosmah dan sekutu mereka dicampakkan ke dalam penjara dalam masa yang singkat.

Kalaulah ditakdirkan Pendakwa Raya menang, saya rasa kita berikan sedikit keistimewaan kepada Najib.

Kita benarkan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang dengan menaiki MRT kerana kebetulan dia memilih membina MRT di antara Sungai Buloh dan Kajang yang kedua-duanya ada penjara.  

Wallahuaklam.

Wednesday, November 14, 2018

Fahami Dulu Etika Kewartawanan Sebelum Buat Laporan Polis


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Laporan polis cara sekat kebebasan dan takutkan wartawan
IZINKAN saya membuat penjelasan sekali lagi untuk memperbetulkan keadaan dan memperluaskan kefahaman mengenai blog kita ini.

Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai reaksi luar biasa terhadap apa yang saya tulis dan siarkan di sini.

Penjelasan berikut diharap membantu semua pihak membuat keputusan dan mengambil pendirian agar kita boleh memanfaatkan sepenuhnya kebebasan media yang diamalkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan:

1. Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

2. Saya hanya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan diterbitkan di dalam blog ini sahaja.

3. Saya tidak bertanggungjawab terhadap kandungan blog ini yang diulang siar di tempat-tempat lain sama ada secara penuh atau diolah semula. Saya dapati banyak berita dan ulasan yang memetik blog ini sama ada kurang tepat, terkeluar daripada konteks atau disensasikan. Saya  mohon kepada rakan-rakan wartawan yang memetik blog ini agar melakukannya dengan tepat, berhemah dan tidak mensensasikannya.

4. Sesiapa sahaja yang membaca blog ini bebas memetik dan menyiarkannya semula di tempat-tempat lain. Hal ini saya nyatakan dalam mukadimah sejak saya memulakan penulisan blog pada tahun 2006 yang berbunyi:

“Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding. Thank you.”

[Terima kasih kerana memberi tindak balas kepada Weblog (blog) ini. Kita berhasrat mengekalkan tahap kewibawaan dan kebertanggungjawaban yang tinggi di kalangan peserta kita. Atas semangat kerakanan sfera blog, semua pihak yang berminat dialu-alukan menyiarkan semula atau memetik bahan-bahan yang disiarkan di sini DENGAN SYARAT diberi kredit kepada akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com bagi mengelakkan salah faham. Terima kasih.]

5. Saya memohon kepada sesiapa sahaja yang ingin memetik tulisan saya di sini agar menyatakan secara jelas bahawa mereka memetik daripada blog saya.

6. Seelok-eloknya mereka berilah pautan supaya audiens mereka boleh membaca blog saya jika mereka mahu.

7. Maaf cakap kalau saya katakan terlalu banyak wartawan dan saluran berita yang memetik blog ini mensensasikan tulisan saya atau membuat kesimpulan yang tidak tepat.

8. Ini menyebabkan pihak yang membaca petikan laporan saya itu membuat kesimpulan tidak tepat terhadap kandungan sebenar tulisan saya.

9. Saya mohon kepada saluran-saluran berita, sekiranya boleh, tolonglah siarkan tulisan saya sepenuhnya agar tidak menimbulkan kekeliruan. Terima kasih kepada yang sudah melakukannya.

10. Terima kasih kepada pembaca yang berbahas secara bertamadun dan bijaksana. Blog ini mengamalkan hak menjawab (right of reply) sepenuhnya. Sesiapa saja yang bersetuju atau tidak bersetuju berhak menjawab secara berhemah dalam ruangan komen.

11. Hatta kepada yang tidak demokratik dan tidak mengiktiraf kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan pun saya cadangkan supaya mereka baca blog ini dan apabila membuat laporan polis rujuklah kepada tulisan asal saya. Saya akan menjawab kepada polis berasaskan apa yang disiarkan di dalam blog ini saja.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Friday, November 09, 2018

Post-Budget Jottings and Scribblings


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

Unaffordable: Property glut is getting worse
IT has been a while the Kedai Kopi Assembly (KKA) has not been convened. Members are busy. Some have even gone on to become ministers and deputy ministers after the May 9 General Elections.

Some are as easy as ever to meet or exchange WhatsApp messages while others have surrendered to officialdom and are difficult to reach.

[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

For those who we can easily meet, we advise them directly. Nobody has to know. But for those who are hard to meet or to reach, we advise them publicly. Everybody knows.

A former minister of Tun Dr Mahathir Mohamad’s 1st administration (1981-2003) asked me who drafted the 2019 Budget and the budget speech of Finance Minister Lim Guan Eng.

He said he received feedback that Treasury officials were not involved instead and the Budget was the handiwork of the “12th floor boys (and girls)”.

I am not very sure if the 12th floor is where the Finance Minister’s office is situated. I have been there only once.

But when I accompanied Chairman of the Council of Eminent Persons (CEP), Tun Daim Zainuddin, to Affin Hwang Capital investment conference in Kuala Lumpur, on Nov. 8, I heard him saying that the Finance Ministry in particular and the government in general have many clever people.

He then pointed in the direction of Dr Ong Kian Ming, Deputy Minister of International Trade and Industry, who was present. I have not the slightest doubt that Dr Ong is a clever chap.

Back to the angry former minister, he argued that budget is a highly confidential document as it involved taxes and critical policies. As a general rule, even ministers are not involved or are in the know. They are only generally briefed about it.

But he noticed that a deputy minister had gone on television to discuss the budget before it was presented. Maybe it happened by mistake. Thus he wondered who else outside the Treasury were involved.

What this former minister is driving at is that confidentiality is important when planning and drafting the budget, and that the civil servants must be given due respect and recognition.

Crowd Funding

Another example of a possible “leak” is the crowd funding for housing. The budget was delivered on Friday and on Sunday the parties believed to have submitted the proposal revealed themselves to public.

While it is customary for the government to accept proposals from the public, the manner the people-to-people funding was made public exposes the government to allegation of cronyism and nepotism.

Yes Finance Minister can announce this as a policy. But the right way to go about doing this is to request for proposals from as many parties as possible so that the government has many options to choose from.

Of course we want this project to succeed. But this is the first ever such financing scheme in the world and we cannot stop the people from wondering and asking questions.

A Singapore-based fund manager commented: “I read this property crowd funding thing. There is no such thing as get-fixed-quick scheme. Usually these schemes end up badly with poor moms and pops losing money and ultimately government bailout like the sub-prime.

“I hope Malaysian government looks at this carefully and not allow unscrupulous businessmen make money off the unsuspected.”

Well, I am still essentially an atomic person. Although I have gone partially digital, I still visit my bank managers, make phone calls to check my bank balance and issue cheques to pay my credit card bills.

These online banking, crowd funding and cloud storage things still do not convince me.

On that score, I salute the PNB for bringing back the passbook for its unit trust funds. Apparently going digital and paperless did not go down well with the pensioners and the old-timers who incidentally are also its high net worth customers.

On the hot subject of housing, the real issue is affordability. Prices have skyrocketed but incomes have not. Profiteering makes the situation worse.

Daim recalled at the Affin Hwang conference that back in the sixties he sold a three-bedroom link house in Taman Maluri, Kuala Lumpur, for RM40,000. Today the price could be as much as RM500,000.

I will leave the clever people at Bank Negara and the Economic Planning Unit to figure this out. But I think if we solve the problem of low wages and incomes we will solve the housing problem.

Technology helps. There must be better and cheaper ways of building or, shall I say, mass producing affordable homes. I understand that at least one large government-linked property developer is experimenting with the idea of manufactured houses and apartments.

On the political front, many people had expressed their views on the Parti KeAdilan Rakyat’s leadership election. Thank you for the feedback. I think there are other people who are more competent who are already commenting on this subject.

In the meantime the Education Minister, Maszlee Malik continues to bewilder me with his actions – the latest being the appointment of the former PNB chairman, Tan Sri Abdul Wahid Omar, as chairman of the UKM board.

Maybe Maszlee wasn’t aware that Abdul Wahid was removed from PNB or he didn’t agree with the latter’s removal. Or just that Maszlee is too clever for the comprehension of ordinary mortals.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).