Monday, February 18, 2019

Najib’s Trial: Justice Delayed Is Justice Denied


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

Najib prays. But the people have prayers too.
WE are often told that justice delayed is justice denied and justice is not only for the victims but equally for the accused.

In the case of the Public Prosecutor vs (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, a delayed justice affects the people as much as the accused.

[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

Malaysia has become the laughing stock of the world. The 1MDB case has been variously described as the biggest heist in history.

Thus far justice remains undone. Instead what we see is the opposite - the injustice to the country and its people.

Whereas the public has suffered the consequences of the alleged misdeeds of the accused, the man himself continues to lead the life of comfort and privilege.

Unlike other alleged offenders from the previous administration, Najib was not kept in the MACC’s lock-up and was exempted from wearing the commission’s orange-coloured attire.

Instead he was treated like a VIP. Compared to the crime he was accused of committing, he was let loose on minimum bails.

What is a bail of RM1 million or RM2 million to a man who is being accused of stealing billions in public funds?

On whatever grounds that his trial is delayed, the fact remains that justice remains undone.

For Najib, justice is denied because it delays his chances of proving with reasonable doubt that he is not guilty of all the crimes he is charged with.

For Najib’s supporters, justice is denied because it delays the fullfilment of their hopes and prayers that their beloved “Bossku” would soon be vindicated.

For Najib’s detractors, justice is denied because it delays their hopes and prayers of wanting to see him dispatched to Sungai Buloh for a long time.

We can only hope and pray that the learned judges, the public prosecutors and the defence counsels have as much concern for the interest of the public as they do for Najib.

Najib is not an ordinary chicken thief. Nor is he a poor uneducated man who stole a loaf of bread from a supermarket to feed his hungry children.

Najib is not a good-for-nothing “kamjat” from the backstreet of Georgetown, Penang or a ganja-induced mat rempit.

He is an aristocrat who was born with a silver spoon.  He is an educated man. He said he has a degree from an English university.

At 23 he became a member of Parliament uncontested. At 29 he became the youngest Menteri Besar in history. His passage to the top was facilitated because he is Tun Abdul Razak’s son.

He doesn’t need to bother about making money. As he once told us in the early days of the 1MDB scandal that his wealth was the product of legacy.

If you are old you know that his grandfather on his mother’s side, the late Tan Sri Mohd Noah Omar, was a fabulously wealthy man.

Together with the late Tan Sri Lim Goh Tong he pioneered the Genting Highlands Casino.

If you are young and are promoting his “Malu Apa Bossku” roadshow, you better make an afford to know who this capo dei capi is.

I am both lucky and unlucky to have known him since 1977 when I exclusively interviewed him for the Business Times newspaper on occasion of the 1st anniversary of his election as the MP for Pekan, Pahang.

As for his new found fame as “bossku”, only a thief would say to his boss who is caught stealing “malu apa bossku” (what is there to be ashamed of my boss).

The Magna Carta say, “To no one will we sell, to no one will we refuse or delay, right or justice."

Wallahuaklam.

Tuesday, February 12, 2019

Majlis Tindakan Ekonomi Vs Prestasi Menteri


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kalau PM selalu dengan rakyat jelata, menteri pun tentulah boleh
LANGKAH Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi mempunyai matlamat tersurat dan tersirat.
Yang tersurat adalah Dr Mahathir memerlukan sebuah badan khas bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal-hal penting dan segera mengenai ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat jelata.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Yang tersirat adalah Perdana Menteri secara langsung mengakui bahawa jentera yang sedia ada, khususnya Kabinet, tidak memadai bagi menangani isu-isu yang disebutkan itu.
Kita tidak perlulah berpura-pura kerana hendak menjaga hati sesiapa atau mana-mana pihak.
Realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata.
Serentak dengan itu, ekonomi dan kewangan negara terus dicabar oleh legasi kerosakan yang ditinggalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kini ditambah pula oleh suasana ekonomi antarabangsa yang semakin meruncing akibat perang dagang China-Amerika.
Mengikut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan semalam, majlis yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri itu mempunyai empat tujuan utama.
Pertama, merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Kedua, memastikan pertumbuhan yang mampan dan lestari. Ketiga, menjamin pengagihan kekayaan yang saksama dan keempat, meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

“Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” kata kenyataan JPM itu.
Reaksi Rakyat Jelata
Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmatan awam.
Saya rasa ramai orang tahu bahawa Perdana Menteri sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet.
Boleh kata setiap kali beliau bersemuka dengan orang ramai dan wartawan beliau ditanya berkenaan ketidakcekapan menteri, menteri yang amat jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik berswafoto (selfie) dengan pegawai-pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui dan menteri yang tidak bercakap benar mengenai hal-hal peribadi.
Saya melihat dengan mata kepala sendiri menteri yang disambut macam raja oleh pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka.
Kalau setakat hendak disambut dan makan bersama pegawai kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar bandar atau ke rancangan Felda.
Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda, Felcra atau kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun kecil, nelayan dan peniaga.
Kurangkanlah atau berhenti berswafoto dengan kakitangan sendiri dan membuat tampalan Facebook, Twitter atau Instagram yang remeh-temeh.
Kalau boleh atau kalau berani, tolong kawal anak bini supaya tidak hebahkan gambar dan cerita kemewahan melancong ke pergunungan Alps, menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo.
Tolong beringat bahawa media sosial yang membantu kemenangan PH akan menjatuhkan PH kalau menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buat kerja tidak senonoh, tidak cekap dan tidak mesra rakyat.
Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan Perdana Menteri menyelesai dan membersihkan semua “najis” yang dibuat oleh menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri.
Baliklah selalu ke kawasan atau ke negeri dan kurangkanlah sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidaklah dituduh malas atau curi tulang.
Ingatlah, dengan adanya media sosial rakyat jelata menjadi "pemberita".
Berikut adalah senarai anggota Majlis Tindakan Ekonomi:
Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi)
Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Baru Bian – Menteri Kerja Raya
Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
Tan Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
Datuk Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

Menurut kenyataan JPM, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta manakala Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat.

Dari kaca mata rakyat jelata, ujian sama ada kerajaan PH lulus atau gagal mudah sahaja – keselamatan, kos sara hidup dan pekerjaan.

Maaf cakaplah kalau saya kata, tak guna kita bercakap mengenai hal-hal yang tinggi melangit kalau perkara-perkara asas seperti harga dan bekalan makanan, pengangguran, pengangkutan, pelajaran, kesihatan dan perumahan rakyat jelata tidak ditangani dengan lebih baik daripada ketika kerajaan dahulu.

Rakyat jelata sudah merasa perubahan kerajaan. Mereka akan mengubah kerajaan jika harapan mereka tidak dipenuhi.

Wallahuaklam.

Monday, February 04, 2019

Dok Tak Dok Abdul Hadi Batal Saman


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kata "menang" tapi pasal apa tarik balik?
SEKARANG musim kemarau di bahagian utara Semenanjung. Kering dan panas tapi sejuk waktu malam.

Tapi macam kata orang Kedah, “dok tak dok hujan turun”.  Maksudnya tanpa disangka hujan turun.

Demikianlah kehebohan terbaru mengenai Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, “dok tak dok” tarik balik kes saman malunya terhadap Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Abdul Hadi saman Clare Brown kerana dalam ulasan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” di mana, antara lain, disebutkan bahawa bekas Perdana Menteri itu cuba "memikat" Pas dengan sogokan RM90 juta.

Masa Pas Abdul Hadi mengemukakan saman sivil itu, saya sudah berasa ada sesuatu yang tidak betul dan tidak masuk akal.

Maksudnya, macam mana sebuah parti yang mendakwa menegakkan Islam dan bercita-cita mendirikan “Daulah Islamiah” (Negara Islam) sanggup pergi ke negara kafir dan guna undang-undang yang tidak islamik untuk menebus maruah beliau yang tercemar?

Masa Abdul Hadi kemukakan saman itu, banyak orang kata mereka akan lebih percaya Pas tidak terima rasuah itu kalau beliau bersumpah di masjid dengan nama Allah dan Al Quran.

Tetapi Abdul Hadi dan para penasihat beliau memilih untuk menebus maruah dan nama baik parti mereka di mahkamah sebuah negara bukan Islam – negara kafir.

Mereka begitu yakin sehingga sanggup membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membayar upah peguam dan belanja mahkamah.

Percaya dengan tindakan ketua nombor satu mereka maka ahli dan penyokong Pas dengan murah hati menderma, dikatakan sampai RM2.1 juta, untuk membiayai saman di negara kafir itu.

Banyak duit: dikatakan RM2.1 juta berjaya dipungut
 Sekarang tiba-tiba Abdul Hadi batalkan saman itu dan kononnya akan diselesaikan di luar mahkamah.

Perintah persetujuan mahkamah London bertarikh 1 Februari berkata bahawa  yang menuntut (Honourable Abdul Hadi MP) dan defendan (Claire RewCastle Brown) bersetuju Abdul Hadi memberhentikan tuntutan, defendan (Claire Brown) memberhentikan tuntutan balas dan tidak ada perintah mengenai kos.

Maksudnya Abdul Hadi batal saman ke atas Claire Brown dan Claire Brown batal saman balas ke atas Abdul Hadi. Tidak ada perintah mengenai kos atau ganti rugi.

Maka mulai sekarang apa yang berlaku  di antara Abdul Hadi dengan Claire Brown mengenai dakwaan rasuah RM90 juta itu bukan lagi pengadilan mahkamah tetapi perundingan antara peguam.

Sekiranya dan apabila penyelesaian dicapai, ia bukanlah penyelesaian mahkamah tapi sekadar hasil rundingan di antara peguam Abdul Hadi dengan Claire Brown.

Utusan Kata Pas Menang

Soalannya, apa sudah jadi dengan tajuk berita Utusan Melayu (akhbar Umno) pada 1 Mei tahun lepas yang berbunyi: “Pas menang saman fitnah Sawarak Report”? (Baca DI SINI).

Pas tidak menang. Hanya Utusan buat laporan putar belit bagi membantu Pas dalam pilihan raya umum 9 Mei. Ketika itu mahkamah sekadar memutuskan yang ada kes untuk dibicarakan dan Claire Brown kena bayar kos mahkamah setakat itu.

New Straits Times yang waktu itu di bawah petunjuk “wahyu” Putrajaya – dikatakan melalui Habibul Rahman Kadir - pula melaporkan yang Abdul Hadi mempunyai harapan baik untuk menang kes itu dengan tajuk berita: “Hadi has good chance of winning defamation suit against Rewcastle-Brown”.

Soalnya macam mana Pas nak menang kalau kes belum pun dibicarakan lagi?

Sekarang dengan menarik keluar kes itu daripada mahkamah dan menyelesaikannya di luar, jelaslah bahawa tajuk berita Utusan itu tidak benar sama sekali.

Kalau benar Pas menang, pasal apa nak bawa keluar dan selesaikan di luar?

Bukankah lebih baik menunggu penghakiman mahkamah daripada berunding secara sulit di kalangan peguam?

Kesimpulannya Pas tidak menang apa-apa pun setakat ini kecuali dibenarkan untuk meneruskan saman sivilnya terhadap Claire Brown.

Itu pun perbicaraan tidak boleh dijalankan kerana Claire telah mengemukakan saman balas (counter suit) ke atas Abdul Hadi dan Pas.
  
Persoalannya lagi, apa sudah terjadi atau akan jadi dengan dakwaan rasuah RM90 juta serta duit derma RM2.1 juta daripada ahli dan penyokong Pas itu?

Apakah duit ini sudah habis dibelanjakan maka Abdul Hadi terpaksa memberihentikan tindakannya atau beliau takut keputusan mahkamah tidak akan memihak kepadanya?

Mahkamah telah pun memutuskan perbicaraan penuh selama 11 hari dimulakan pada 1 April ini.

Nampaknya Abdul Hadi lebih rela kalah bersorak daripada menghadapi kemungkinan kalah perbicaraan.

Sebelum PRU 2018 keperluan mempertahankan imej Pas adalah amat penting. Tetapi sekarang PRU sudah berlalu, Umno/Barisan Nasional kalah dan Pas tidak menang. Jadi maruah dan air muka tidak sepenting dulu lagi.

Sebaliknya risiko fakta sebenar mengenai derma RM90 juta itu terdedah semakin tinggi kerana Umno/BN tidak lagu berkuasa justeru itu tidak lagi boleh membantu Pas menyembunyikan hal sebenar.

Kalau bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak sendiri sedang menghadapi begitu banyak tuduhan rasuah di mahkamah, bagaimanakah beliau boleh membantu Pas sekiranya memang ada derma RM90 juta daripada Umno kepada Pas?

Mohd Najib tentulah akan menafikannya sebab beliau tidak mahu kes rasuah ke atasnya ditambah. Yang ada ini pun sudah lebih daripada cukup.

Ada kemungkinan Abdul Hadi membatalkan saman itu kerana hendak mengelak hujah-hujah sensasi dalam saman balas (counter suit) Claire Brown mematahkan hujah beliau.

Sesiapa saja yang berpeluang membaca hujah dalam saman balas Claire Brown pasti mendapati hujah dan fakta yang beliau kemukakan amat merugikan Pas.

Ditakdirkan memang Abdul Hadi tidak tahu menahu mengenai derma RM90 yang didakwa itu, tetapi hujah dan fakta terperinci dalam saman balas Claire Brown amat merosakkan bagi Pas.

Yang paling merugikan Pas adalah butir-butir bagaimana para pemimpin atasan Pas menggunakan duit itu untuk bermewah-mewah.

Clare Brown mendedahkan bagaimana mereka membeli rumah dan kenderaan mahal di saat-saat ahli dan penyokong Pas diseru, atas nama perjuangan, untuk menderma kepada tabung saman tersebut.

Akhir kalam, pencerahan dan penyelesaian mutakhir kepada isu derma RM90 juta ini hanya boleh dicapai jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia membuka fail siasatan jika mereka belum berbuat demikian.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).