Tuesday, February 12, 2019

Majlis Tindakan Ekonomi Vs Prestasi Menteri


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kalau PM selalu dengan rakyat jelata, menteri pun tentulah boleh
LANGKAH Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi mempunyai matlamat tersurat dan tersirat.
Yang tersurat adalah Dr Mahathir memerlukan sebuah badan khas bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal-hal penting dan segera mengenai ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat jelata.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Yang tersirat adalah Perdana Menteri secara langsung mengakui bahawa jentera yang sedia ada, khususnya Kabinet, tidak memadai bagi menangani isu-isu yang disebutkan itu.
Kita tidak perlulah berpura-pura kerana hendak menjaga hati sesiapa atau mana-mana pihak.
Realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata.
Serentak dengan itu, ekonomi dan kewangan negara terus dicabar oleh legasi kerosakan yang ditinggalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kini ditambah pula oleh suasana ekonomi antarabangsa yang semakin meruncing akibat perang dagang China-Amerika.
Mengikut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan semalam, majlis yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri itu mempunyai empat tujuan utama.
Pertama, merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Kedua, memastikan pertumbuhan yang mampan dan lestari. Ketiga, menjamin pengagihan kekayaan yang saksama dan keempat, meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

“Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” kata kenyataan JPM itu.
Reaksi Rakyat Jelata
Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmatan awam.
Saya rasa ramai orang tahu bahawa Perdana Menteri sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet.
Boleh kata setiap kali beliau bersemuka dengan orang ramai dan wartawan beliau ditanya berkenaan ketidakcekapan menteri, menteri yang amat jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik berswafoto (selfie) dengan pegawai-pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui dan menteri yang tidak bercakap benar mengenai hal-hal peribadi.
Saya melihat dengan mata kepala sendiri menteri yang disambut macam raja oleh pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka.
Kalau setakat hendak disambut dan makan bersama pegawai kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar bandar atau ke rancangan Felda.
Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda, Felcra atau kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun kecil, nelayan dan peniaga.
Kurangkanlah atau berhenti berswafoto dengan kakitangan sendiri dan membuat tampalan Facebook, Twitter atau Instagram yang remeh-temeh.
Kalau boleh atau kalau berani, tolong kawal anak bini supaya tidak hebahkan gambar dan cerita kemewahan melancong ke pergunungan Alps, menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo.
Tolong beringat bahawa media sosial yang membantu kemenangan PH akan menjatuhkan PH kalau menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buat kerja tidak senonoh, tidak cekap dan tidak mesra rakyat.
Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan Perdana Menteri menyelesai dan membersihkan semua “najis” yang dibuat oleh menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri.
Baliklah selalu ke kawasan atau ke negeri dan kurangkanlah sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidaklah dituduh malas atau curi tulang.
Ingatlah, dengan adanya media sosial rakyat jelata menjadi "pemberita".
Berikut adalah senarai anggota Majlis Tindakan Ekonomi:
Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi)
Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Baru Bian – Menteri Kerja Raya
Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
Tan Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
Datuk Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

Menurut kenyataan JPM, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta manakala Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat.

Dari kaca mata rakyat jelata, ujian sama ada kerajaan PH lulus atau gagal mudah sahaja – keselamatan, kos sara hidup dan pekerjaan.

Maaf cakaplah kalau saya kata, tak guna kita bercakap mengenai hal-hal yang tinggi melangit kalau perkara-perkara asas seperti harga dan bekalan makanan, pengangguran, pengangkutan, pelajaran, kesihatan dan perumahan rakyat jelata tidak ditangani dengan lebih baik daripada ketika kerajaan dahulu.

Rakyat jelata sudah merasa perubahan kerajaan. Mereka akan mengubah kerajaan jika harapan mereka tidak dipenuhi.

Wallahuaklam.

48 comments:

Marhaem semenyih said...

Antara PH dan BN, di mata rakyat, ia adalah berkenaan pihak mana yg lebih baik untuk membantu rakyat dan negara.

Tiada lagi masa untuk sentimen siapa yg lebih buruk sebab kes sudah pun masuk mahkamah atau sprm.

Masa untuk bekerja demi rakyat dan negara dan bukan demi ego, pangkat dan keluarga.

Rakyat telah menunjukkan siapa yg lebih berkuasa.

Kepada pegawai kerajaan yg sengaja sabotaj usaha kerajaan dgn alasan polisi dan proses kerajaan lama, elok lah berfikiran dan bekerja secara professional demi negara dan rakyat kerana tanpa rakyat dan pihak swasta yg membayar cukai, gaji dan benefit yg mereka terima selama ini tidak lagi mungkin akan mereka nikmati seperti yg terjadi di Greece, venuzuela dan negara ketiga.

Waalahualam.

mamat said...

salam pak kadir

tepat.. rakyat mmg sangat puas lepas jatuhkan rejim klepet.. misi ini sudah selesai.

tahap jangkaan orang terhadap menteri ni tinggi.. lebih2 lagi mereka ini kononnya juara isu rakyat... pastinya segala undang2 dan dasar adalah untuk rakyat.

tapi nampaknya sangat meleset.. rasanya ini semua lakonan menteri2 sebelum ada kuasa.. realitinya hampeh.

ada yang buat undang2 dengan lagak gaya seorang diktator... "I dont care.. kalau pun hilang undi"

kalau "malaysia dulu" ada menteri begini.. pastinya akan, ada yang berguling dijalan..

fokus kerajaan sewajibnya fokus memperbaiki ekonomi, hutang & kos hidup... ini yang utama. rakyat xperlu subsidi.. cukup hidup tidak tertekan..

janji nak stabilkan harga minyak pun tak mampu buat.. malaysia baru hanya fantasi

kah kah kah

AkuMelayu said...


Alamak... Datuk terlupa kah nak mention “Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak” dalam article kali ini?...
Mungkin Datuk merasa malu sebab gelaran itu tulen, tidak seperti fake education credentials of PH leaders

E AH said...

Datuk

Selain kos sara hidup, peluang pekerjaan & soal keselamatan, rakyat juga masih menunggu pembahagian ekonomi negara secara saksama.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi terbukti gagal memangkinkan ekonomi sehingga memerlukan Majlis Tindakan Ekonomi untuk berfikir baginya. Dan Tun masih perlukan Menteri sebegini. Jelas sekarang ianya bukan sangat untuk bantu rakyat sebaliknya bantu matlamat peribadi.

Matlamat peribadi tidak boleh at the expense of rakyat. Atau rakyat akan menuntutnya kembali di kotak undi!

Illegitimate? said...

Datuk,

Najib was asked about his academic qualifications just after he left the Court of Appeal, Putrajaya on Monday.

DAP Keranji state assemblyman Chong Zhemin claimed that Najib never completed his studies at the University of Nottingham in the 1970s.

Chong told Najib to publish the transcripts of his examinations and a copy of his degree to refute the allegation.

This is certainly what the PH eagles should pursue Najib and don't let go until he produces copy of his degree. Let him feel the weight of his own missteps.
Is his degree legitimate as Najib claimed or just another claim full of lies, bombast and air? Already his campaign of boosku is losing lots of steam.

Any party can hire some private investigators in UK to go after the truth.
Hope the white lady from SR can do that?

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Harga telur

Bagi sayalah, harga barang dekat Malaysia taklah mahal mana. Maaflah, tapi saya suka bagi contoh telur. Contohnya, harga sebiji telur mentah di negara menantu Dato’ ialah 50 sen Swiss Franc iaitu bersamaan RM2.10 sebiji, dibeli di Migros atau Coop. Telur kita cuma paling mahal pun 40 sen sebiji. Telur kita lebih murah 400% tapi rasa sama je. Telur jugak……..

Masalah sebenarnya duit kita jatuh teruk sangat. Dulu Tun Mahathir kata, bila Najib jatuh, matawang Malaysia naik. Tapi sekarang Najib dah jatuh gedebuk tapi duit tak naik-naik. Bila kita beli barang luar, harganya jadi mahallah. Ini masalah PH yang janji sebelum PRU tinggi menggunung tapi hampas. Saya tak kisah sangat sebab my main mission is to get rid of Najib je. Cuma saya kesian tengok orang lain yg mengharapkan keajaiban dari Tun Mahathir yg kata nak tukar ekonomi Malaysia dari tikus kpd harimau.

Nak tunggu Dato’ bersuara, Dato’ Kadir pun dah jadi tikus selepas masuk politik. Macamnilah. Pertama, jika Tun betul-betul sayangkan Malaysia, kena buat rombakan kabinet dan pastikan adil iaitu orang yg berkelayakan sahaja jadi pemimpin. Ini basic degree pun orang pertikaikan. Itu pun jika Tun masih singa berbisa dan tak jadi penakut macam Dato’ Kadir juga. Hehehe…..

Kedua, stabilkan harga ringgit macam Tun buat 1998 dulu. Tak boleh ke. Ketiga, tax dan bunga melampau kpd peniaga dihapuskan dan kalau nak lebih baik lagi, tax digantikan dgn system kewangan Islam yg zero interst. Bila tax melampau, bunga berganda-ganda lagi, macam mana peniaga nak turunkan harga. Yang kena tempiasnya, penggunalah.
Bayak lagi cadangan saya tapi dah panjang sangat pula. Nanti kita sambung. Sekian TQ.

zainal abidin awang kechik said...

Allah sejahterakan tok ... seisi keluarga

Unknown said...

ini saya sokong pendapat saudara Kadir jasin

zainal abidin awang kechik said...

SALAM..
Jika kita Di Amanah jangan ada pengabaian tanggungjawab.. masalah YBM .. dah kena penyakit sama dengan YBM BN... sombong dan bongkak.. JADI YBM.. senang sangat
Ikut CAKAP KSU .. TKSU..
Selasai masalah..
jangan banyak cakap

Selamat berjuang tok

DollahJunior said...

The rakyat are still waiting and wondering on the findings and recommendations by the CEP to be made public.

Yet, the Government has to form the NEAC and the rakyat will have to wait for another couple of months before the NEAC could come to its own findings. We are tired of waiting.

Anyway, having said about the NEAC, my intuition says that the Bumiputera Agenda will remain unchanged. Crutches will continue to be given

Muhammad said...

You are wright about the minister performance. Keep on writing about them

Poon Kok said...

The government is in denial but the indications are clear. The country is sliding down the drain, no thanks to the incompetent and toxic ministers. If Tun Mahathir doesn't replace the biawak hidup among them, they will bring everyone down.

Thankfully I have the resources to protect myself. I've made the right decision to migrate and am now in Calgary, Canada. No matter what happens, I will be safe. But I'm sad that most Malaysians don't have the same opportunities. They will suffer, unfortunately :(

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua)
Terima kasih banyak Kadiag oi, hang telah luah apa yg aku rasa lama tebuku dlm hati, sempena tetubuhnya
Majlih Tindakkan Ekonomi ni.
Hang nulih apa yg ‘tersurat’ dan ‘tersirat’ dgn penubuhan majlih rasa cukup baguih dah, orang laa ni kata
“Dah terang, lagi nak besuloh”, tapi malang, puak2 ni munkin antaranya buat muka selamba, buat2 tak paham
atau buat ‘spin’ macam la kita ni bodo2 sangat.
Aku kopipeh no :
“ Yang tersirat adalah Perdana Menteri secara langsung mengakui bahawa jentera yang sedia ada, khususnya Kabinet,
tidak memadai bagi menangani isu-isu....”
“ Realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya
menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata. “
“ Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan Perdana Menteri menyelesai dan membersihkan semua “najis” yang dibuat oleh menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri...
Dari kaca mata rakyat jelata, ujian sama ada kerajaan PH lulus atau gagal mudah sahaja –
keselamatan, kos sara hidup dan pekerjaan. “
Dan yg tidak belaku jujog pasai ‘kelulusan’ ‘akademik’ depa secara ‘omission’ atau ‘commission’
semuga Allah s.w.t. bagi depa kekuatan untok undog diri. Amiin.
Hanyasanya Kadiag kalu aku bulih tegog sikit, awat dok ambik muka2 tu jugak...? Tak salah aku ramai
depa ni dari kelaih cukong.
Macam mana pon... masa sangat suntok, depa dlm basa gomen kena “hit the road running”.
Maghap no.
Aku

Mawar Princess said...

Secara jujur saya sudah mula berasa amat bosan dan jelak dengan menteri menteri pakatan harapan.. Kaki bodek kaki selfie dan mula tunjuk lagak, ditambah pula menipu rakyat dengan segala ijazah diploma palsu..bila kantoi mula beri alasan bodoh spt 'bukan tanggungjawab mereka utk betulkan apa2 yg tidak tepat di public domain'.begitu takde maruah Dan tiada integriti. Ingat rakyat ni Bodoh Ke? Kami yang undi kamu Dan kami juga akan tentukan kejatuhan kamu jika kami rakyat diperbodoh bodohkan.. Apa yg kami lihat skarg pakatan harapan tiada beza dgn barisan nasional yg kebanyakan pemimpinnya kaki penipu kaki perompak.. Sikit masa lg klu diberi masa lebih Lama ph pun bakal merompak juga duit rakyat..Apa menteri Buat? Harga brang masih tinggi, menteri pendidikan hampas Ke laut tanpa apa apa pembaharuan dibuat kecuali perkara yg bodoh2 ..hampa

Mawar Princess said...

Secara jujur saya sudah mula berasa amat bosan dan jelak dengan menteri menteri pakatan harapan.. Kaki bodek kaki selfie dan mula tunjuk lagak, ditambah pula menipu rakyat dengan segala ijazah diploma palsu..bila kantoi mula beri alasan bodoh spt 'bukan tanggungjawab mereka utk betulkan apa2 yg tidak tepat di public domain'.begitu takde maruah Dan tiada integriti. Ingat rakyat ni Bodoh Ke? Kami yang undi kamu Dan kami juga akan tentukan kejatuhan kamu jika kami rakyat diperbodoh bodohkan.. Apa yg kami lihat skarg pakatan harapan tiada beza dgn barisan nasional yg kebanyakan pemimpinnya kaki penipu kaki perompak.. Sikit masa lg klu diberi masa lebih Lama ph pun bakal merompak juga duit rakyat..Apa menteri Buat? Harga brang masih tinggi, menteri pendidikan hampas Ke laut tanpa apa apa pembaharuan dibuat kecuali perkara yg bodoh2 ..hampa

Get rid of deadwood said...

Datuk,
there are so many grandpas and grandmas in the list.
Surely there are more younger,dynamic and effective people that can be called to "national service"?
It's true the current cabinet has several novices, but some of them are performing very well, some so so, and some really blur blur.
Change the blur blur ones lah! Replace them with people like Mustapha who joined Bersatu from UMNO.
Munir Majid on the list, for goodness sake from which hibernating hole he sprung up?
He spent so much of MAS funds on artworks to adorn his MAS office during his days there while MAS was being "destroyed" by poor management. These are the deadwood to avoid at all costs.
Tun Dr Mahathir, do you hear us, the rakyat?

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Orang hendak bandingkan Pakatan Harapan dan BN.

Baguslah tu. Nasib baik Pakatan Menang, sekarang ini rakyat boleh bandingkan mana yang baik, PH atau BN atau sama aja.

Kalau orang makan satu kedai makan saja, macamana nak bandingkan yang mana sedap? Atau sama aje , atau dua-dua tak sedap.

Kalau hendak bandingkan dari segi amanah atau integriti, setakat ini, dah lapan bulan tak ada lagi cerita bebillion atau berjuta ringgit lesap atau cerita PM yang baru beli kapal mewah. Yang ada cerita sijil palsu berapa orang menteri.

Untuk Amanah, Pakatan saya bagi “B”, BN saya bagi “F”, sebab satu dunia heboh pasal 1MDB.

Kalau hendak bandingkan hal “Periuk Nasi” atau orang putih kata “Bread and Butter” ,

Sekarang ini, kalau pergi Giant, Tesco dan Jaya Jusco, boleh tengok dalam resit, tak ada GST.

Tapi harga barang masih lagi tinggi atau pendapatan masih rendah.

Perkara ini yang dijadikan tumpuan dalam Majlis tindakan Ekonomi.

Saya sokong usaha ini dan setuju dengan DAKJ , tumpuan diberikan untuk 3 perkara penting iaitu “keselamatan, kos sara hidup dan perkerjaan”.

Saya harap Majlis Tindakan Ekonomi ini, ahli-ahlinya saya tengok berpengalaman dan berkebolehan, sedikit sebanyak dapat baiki keadaan sekarang. Perkara ini bukan senang dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak berapa baik.

WanSEE C said...

Looks like the PH predicament has finally shown sign of bottoming out. The EAC set-up comprises of top-notch big names in economics at least brings a ray of hope to the rebuilding of nation after some 9 months of sluggish performance. The specially picked 16 members should straight away pull together and pull their socks up to get into the main aims and objectives without any further ado. The people have become tremendously impatient and agitated to get to the fruition of it. Come hell and high water, we will impart our unwavering support if the whole notion is genuine.

To those lame-duck ministers whose performances have ever been well below par, should vacant their posts freely in order to make way for more competent leaders. Let's shoo these seat-warmers out of their complacent nesting box for good. A catchphrase from Obama sounds, 'if you can't be useful, don't be useless', applies perfectly to the context.

Jojo said...

Datuk,

1. LGE, Azmin, Baru Bian, Darell liking semua ni tak akan membantu pun Tun M. Kenapalah ambil mereka ? Terutama LGE, saya rasa dia ni menteri kewangan paling teruk. Ada duit lebih sikit nak bagi kat sekolah swasta elit cina. Ada duit lebih sikit nak bagi "tongkat" kat cina dengan skim tanpa cagaran BSN khas untuk cina saja. Ini akan menjauhkan melayu/bumiputera daripada PH. Tindakan bodoh !

2. Kena buat rombakan kabinet. Saya baru tau kita ada menteri2 tak berapa cerdik. Tipu sijil kelayakan dan sebagainya. Tun M kena buat temuduga setiap seorang menteri/timbalan menteri. Pada saya yang tak ada visi dan misi tu dah boleh ganti dengan yang lebih berkaliber. Sebenarnya jika diselidik ada saja orang2 PH yang lebih berkelayakan.

3. Mula2 sekali tukar menteri pengguna dengan menteri cina. Kenapa ? Kartel yang kawal harga barang2 ini cina jadi senang nak berurusan. Keduanya menteri kewangan kena tukar. Tak semestinya cina. Ketiga menteri ekonomi ni apadia tugas dia ? Sepatutnya jadi satu saja menteri kewangan. Jika orang2 tanam getah, padi, kelapa sawit, dll berduit dan gembira maka akan ada tempias kepada peniaga2 dsbnya.

4. Kenapa perbicaraan najib ditangguh ? Ini bukan kes curi duit tabung masjid. Ini curi duit negara yang satu dunia tahu dan dikenali sebagai "the biggest heist of the century". Nak tangguh2 apa lagi setannn.... (maaf saya memang kecewa sangat!).

Shane Zane said...

Economic 'Think Tank' & politicians can't stop the 'monopolisation of money'...but Banksters do and the rest will have no clue about whats happening around them !!

Will you listen Dr M? said...

Datuk,

lofty ideals with lofty heads, but can the EAC really grapple with our everyday problems? Lots of teeth, unfortunately no bite because the teeth are all false.

Another round of committees, meetings, recommendations.
When will the EAC get down to putting plans into action?

Extract of some comments:
" Are there reps from manufacturers, transport players, retailers, pasar borong selayang, housing developers? Anyone representing cameron farmers and fishing industry? Anyone from food import sector? Can rafidah or public tan sri even tell harga satu kilo udang sederhana, ikan tenggiri, bawang putih? Itu munir majid tau kaa kos sedia anak masuk sekolah? "

Syed Akbar Ali has lots of ideas, why wasn't he coopted into the EAC? He's got all the background and extensive experience to contribute positively.
Why hasn't Tun Dr M selected him yet?
Tun Dr M, are you listening to us?


Zed-85 said...

Saudara OKJ,

Macaminilah,

Katalah saudara OKJ ambil alih, syarikat jual telor. Pengurus dulu tak amanah, boros, dan hutang keliling pinggang. Telor OKJ pun ramai orang kata banyak yang dah busuk.

Adakah serta merta orang nak beli telor saudara OKJ.?

Orang mesti yakin dulu telor OKJ yang dijual itu bagus. Kalau ada untung pun, duit itu kena bayar hutang.

Gaji pekerja tak dapat naik kerana duit untung kena bayar hutang.

Sebab itulah matawang tak naik lagi kerana nilai matawang terapong mengikut sentimen pasaran. Orang masih tak yakin lagi dengan duit Malaysia. Bila orang atau pasaran tak yakin, matawang tak naik.

Kalau orang tak yakin, hendak pulihkan semula susah dan makan masa.

Sekarang nisbah matawang US: Malaysia adalah US1.0 :RM4.08. Masa sebelum Najib tahun 2009 US1.0:RM3.5.

Masa Najib yang turun merudum, bukan masa Tun M.

Kedua, berkenaan dengan cukai.

Kalau tak ada cukai, mana datang duit nak bayar gaji orang kerajaan?

Kerajaan kelantan pun tak cukup duit terpaksa Lim Guan Eng hantar duit. Duit itu dari mana kalau tak dari cukai.

Saudara OKJ, kalau tak silap saya, OKJ maknanya Orang kampong je......

Perkara ekonomi ini mungkin amat berat untuk OKJ untuk paham, cubalah tanya budak-budak sekolah, mungkin booleh bagi pencerahan sedikit.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Pemikir ekonomi kita Rafizi tidak ada dalam senarai anggota MTE. Kalau Rafizi tak ada dalam MTE mungkin MTE tidak holistik. Al maklumlah ..sudara kita ini ada banyak idea.

Seperti Albert Einstein, Rafizi juga ada formula yang masyur yang beliau pernah berkali-kali hebahkan ..formula untuk dapatkan harga petrol RM1.50 seliter ..lantas ianye menjadi sebahagian janji-janji PH dalam PRU14.

Apa dah jadi dengan formula tu. Kalau formula Einstien E=mc .. formula Rafizi RM1.50 = dengan apa? .. apa pun pada saya janji tetap janji ..tak tunai janji tak perlu bagi alasan.

rahman jpc said...

HAIRAN JUGA NAMA TUN DAIM TAK ADA.

DLM GOLF, ADA TERMINOLOGY 'FOLLOW UP N FOLLOW THRU'.

D PERINGKAT MICRO (PERLAKSANAAN), JIKA MENTERI N PENJAWAT AWAM TIDAK SINKRON N SEPAKAT UTK FOLLOW THRU, MAKA IA NYA TIDAK AKAN BERKESAN.

MsiaBaruLiving said...

Salam Dato.

Actually, it worries me to see more promises from PH government in the last 9 months. For example, LGE said : the economy will improve after 3 years; there is significant increase in FDI last 6 months; Malaysia will soon become “Asia Tiger” again, and etc. It gives people the impression that the Malaysia’s economy is improving and setting high expectations that lives of people will be better.

We have seen palm oil prices collapsed from above RM4,000 to RM2,000. What has the minister Teresa Kok done to improve the lives of the poor Malays? More than one million poor families are drastically affected and the Malaysia government’s export revenue and income are significantly reduced!

The substantially oversupply of houses in the country is a major concern. The property market and construction industry almost come to a standstill if nothing is done to address this issue. There are so many sectors depending on property market such as banks, importers, suppliers, professionals, semi skill workers, property agents etc.
With so many mega projects such as High Speed rails, ECRL etc postponed and cancelled and no introduction of other projects, how do we expect the economy to grow, people get to be employed and investment to increased? What’s Economic minister’s masterplan to address this issue?

Imagine a company CEO and its directors everyday spend time attending seminars and exhibitions and lunches, taking selfies to showing-off their high living and uploading them to their Facebook, arguing about recent issues and rumors on social media. Would the company improve its sales and expand its business ? How about long term sustainability? The answer is a clear NO. Precisely, that is what I think the PH’s top brass or ministers are doing! Just look at the recent news, how many of PH ministers have already gone “jalan-jalan” in Semenyih even before the Nomination Day! If they are of the service to the Rakyat, they should be staying at office overtime working out masterplan on how to improve the lives of the people.

Fortunately and unfortunately, by setting up an Economic Action Council, the PH government is setting the Rakyat’s expectations even higher. If end of the day, the people’s lives are still the same, I worry it will be all “London Bridge is crashing down”!

How to untangle this? said...

Datuk,
Da Ma Cai a gambling outfit financed the trip of the senior cops including IGP to Turkey for online gambling workshop? With wives ?

What do you think the rakyat will call this junket? Heigh ho!
Why wasn't this announced earlier if there was nothing to hide?
The Turkey trip that went off course to shopping centres, jockey club, makan places and other places of tourist interests, besides the working sites.

Muhydeen the HM approved trip, he said he was unaware of the number of persons and the "business" class status they took. Was he also unaware that Da Ma Cai financed the whole "show"?

Deliciously put by the orang putih :valuable insights that have been gained will hopefully soon be disseminated throughout the police force and figures on online gambling (a huge drain on the country) might plummet, thereby off-setting the cost of this admittedly very expensive trip.

Hope the Home Minister will shed further light for the rakyat?

Zuraida says? said...

Datuk,
in The Star today:
“Malaysia has become the world's rubbish bin” – this was a powerful statement made by Greenpeace Malaysia in 2018, when it was reported that the country had taken in 754,000 tonnes of plastic waste from over 19 countries that year.

This reeked of bad news, especially for Jenjarom, a town located in the Kuala Langat District, that is now smothered in 17,000 tonnes (17mil kg) of waste, according to the BBC.

What has been described as illegal plastic recycling factories began cropping up in 2018, all hoping to make a quick profit from the burgeoning plastic recycling industry, worth over RM3bil.

The were soon 33 illegal factories in Kuala Langat, the district Jenjarom is located in. Some sprang up near dense palm oil plantations, whereas others were closer to town, the British broadcaster reported on its portal.

Many residents around the area suffered the direct consequences of the waste dumping, with their health and well-being being affected every day.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/environment/2019/02/13/bbc-reports-17mil-kg-of-rubbish-in-jenjarom/#O5flhOiKpPo6jBFO.99

Well well Zuraida, what's your next move? Health of the rakyat triumphs over the billion dollar revenue?

Thief said...

Datuk
SEMENYIH:
Datuk Seri Najib Tun Razak said he is a thief of the people’s hearts.

In response to Eonomic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali’s remarks that he is a “pencuriku” and not “bossku”, Najib said he has stolen the people’s hearts.

“I am a thief of people’s hearts,” he said at Tesco Semenyih on Wednesday night (Feb 13).

Will these same people follow him to Sungai Buloh when the time comes?
Since he has stolen their hearts they would not mind giving their lives to him too?
Ah well, soak in their adulation for now.

And, ooops, where is his degree?

Abdul Wahab said...

Salam dato'

Boleh tak minta buat dua perkara kepada VIP VIP ni.

1) Minta jangan tunjuk gambar merek dalam apa jua event yang mereka hadiri. Kalau nak buat sangat kain rentang event, memadailah dengan mengumumkan itu event apa. tak perlu di rasmi oleh siapa.

2) Boleh tak hapuskan meja VIP. VIP nak duduk dengan siapa pun duduklah. Tak ada ada hinanya ular menyusur akar. VIP belajarlah untuk mengambil makan sendiri dan beratur seperti orang lain. Tak kan kebulur VIP kalau tak makan.

Abit Pusher said...

Harap dato dpt nasihatkan juga bekas PM 4 dan PM 7 utk nasihatkan 3 org anaknya dan cucunya jugak supaya x tunjuk kemewahan bercuti sana sini dalam media sosial. Huhu

Busuk hati said...

Setuju dengan komen beliau. Nampak busuk hati sikit tapi tak mengapa.

All hands to the wheel said...

Datuk,
there has been blowback on the recent absorption of the 7 ex UMNO members into Bersatu.
PH must walk cautiously and go all out in Seminyeh to win the by-election.
The campaigners must go down to the ground now, individual visits to the houses, and again individual visits before the official announcement of the election date.
All hands to the oars and wheel, don't wait until the last minute for a big show like in the Camerons, and see what happened there.
Every boy, girl, man and woman capable of walking go there now.

buah kerdas said...

PM TDM sedang menjalankan tugasnya yang amat rumit dan kritikal dan beliau tentulah menghadapi banyak dilema; kira-kira kerjanya bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Kerajaan PH yang dipimpin TDM kini adalah satu gabungan yang agak rapuh berbanding dengan keajaan BN zaman beliau sebagai PM ke-4 dahulu. Ancaman lompat parti dan bergabung dengan UMNO-PAS memang wujud dan nyata sehingga kerajaan PH boleh berkubur begitu sahaja. Atau, cuba bayangkan sesuatu yang unthinkable masa ini iaitu tiba-tiba DAP keluar dari PH secara en bloc dan menjadi entiti bebas; ketika itu UMNO-PAS menjadi dominan. Segala macam akta yang menekan kebebasan rakyat yang masih belum dimansuh atau dipinda boleh sahaja mereka gunakan sehingga kita masuk semula ke era BN 1.1. Penyokong UMNO ingin sangat ini berlaku.

Kesejahteraan rakyat akan meningkat hanya apabila ekonomi negara berkembang pesat. Dekad awal era TDM sebagai PM ke -4 dahulu menyaksikan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 8% setahun. Pertumbuhan itu sebahagian besarnya dipacu oleh pembangunan infrasruktur selain daripada kenaikan harga petroleum dunia. Malaysia menjadi sebagai surga pelaburan ketika itu. Apabila pembangunan infrastruktur mula mencapai tahap tepunya dan diterukkan lagi dengan kejatuhan harga petroleum dunia maka kadar pertumbuhan ekonomi negara turut merosot. Ekonomi Malaysia masih lagi bergantung besar kepada eksport komoditi kerana usaha untuk menjadikan kita negara industri masih belum berjaya apatah lagi untuk menjadikan Malaysia negara pengeksport teknologi tinggi seperti Jepun dan Korea. TDM telah cuba dengan mewujudkan PROTON tetapi kita gagal. Itu bukan salah TDM tetapi kelemahan kita rakyat Malaysia yang gagal menjadikan PROTON jenama pilihan pengguna. Takkan salah TDM jika ECU atau power window PROTON mudah rosak berbanding kereta Honda atau Toyota. Takkan nak salahkan TDM bila Proton Service Center mengambil masa hingga 4 bulan untuk baiki kereta yang Proton yang kemek selepas pelanggaran kerana tak ada alat ganti. Jika memang Melayu yang dominan dalam PROTON dahulu itu bermakna kelemahan Melayu juga, satu kenyataan yang pahit tetapi amat benar. Nah sekarang, apabila eksport kita kurang berbanding import maka nilai matawang RM pasti akan merosot. Nilai RM yang merosot menyebabkan kuasa belinya merosot, iaitu harga barang meningkat.

Negara yang makmur biasanya mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran seperti Sweden, Switzerland, Finland, Germany, Jepun, Korea dan Singapura. Turut penting ialah dasar pembangunan ekonomi negara tersebut yang tepat menyediakan negara mereka untuk terus relevan pada masa kehadapan. Dalam ekonomi global yang dinamik dan boleh juga volatile tidak ada tempat untuk leka dan selesa dengan keadaan semasa. Misalnya kelebihan Malaysia dalam infrastruktur berbanding Vietnam, Kemboja dan Indonesia telah mula terhakis apabila negara-negara tadi menaiktaraf infrasruktur mereka sehingga FDI memilih mereka berbanding Malaysia ketika ini. Jadi, dasar labour intensive industry sudah tidak begitu relevan sekarang ini malah turut menjadi beban kepada negara kerana itu juga sebab kebanjiran pekerja asing. Soalnya, bolehkah kita menjadikan negara ini pengeksport teknologi tinggi? Walaupaun Malaysia dilihat sebagai pengeksport cip elektronik tetapi itu milik syarikat asing. Bolehkah kita, khususnya orang Melayu menjadi pengeksport produk opto-elektronik atau oleo-chemicals? Negara maju menbicipa produk berasaskan teknologi nano; adakah kita sudah merasa puas dengan menipta lagu "Awan Nano"?

Sungai Pulai reserves said...

Datuk
we are still waiting to know the fate of the Pulau Kukup reserves. Has it been transferred back to State land?

Is there another big scandal in the works ?
Sungai Pulai Forest Reserve, gazetted in 1962. It is a mammoth 8,334ha mangrove complex, almost twice the land mass of Putrajaya.

Sungai Pulai is also incorporated into the List of Wetlands of International Importance in 2003 under the Ramsar Convention.

According to the Ramsar Convention's site, Sungai Pulai is the largest riverine mangrove system in Johor and “one of best examples” of a lowland tropical river basin, supporting rich biodiversity dependent on mangrove.

This Pulai Forest Reserve, we want Putrajaya/Johore State Govt to confirm immediately to the rakyat that it belongs to the State and not in the process of being taken over.

Hakimi Abdul Jabar said...

As a lifetime member of PPBM/Bersatu, a PH coalition component and Bar Council Constitutional Law committee member, I LOUDLY AND PUBLICLY ASK :
Why can police officers under IGP Fuzi find elements of criminal offences under ACT 574 (Penal Code) committed by the disgraced former Malaysia PM during the supervisorial tenure of the then IGP, Khalid Abu Bakar? Offences which were committed :
1) between Dec 24 and 29, 2014, CBT charge, accused in his capacity as prime minister and finance minister, as well as adviser to SRC International, is accused of transferring RM27 million from the company into his private bank account at AmIslamic Bank Bhd in Kuala Lumpur,
2) between Dec 24 and 29, 2014, accused of transferring RM5 million from SRC International into his bank account during the same period, accused of transferring another RM10 million from the company into his account.
3) Feb 10 and March 2, 2015, accused of transferring another RM10 million from the company into his account.

It is common public knowledge that the IGP at that material time was Khalid Abu Bakar (17 May 2013-4 September 2017).

Pursuant to section 21(h) of Act 574, Khalid was a public servant whose STATUTORY DUTY included the prevention of offences, giving information of offences, bringing offenders to justice etc. WHICH HE CLEARLY FAILED TO DO! BUT WHY IS THE QUESTION?

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/07/04/najib-charged-with-multi-billion-ringgit-cbt-abuse-of-power/

I've read and reread Lim Kit SIang's perturbing blogpost :
https://blog.limkitsiang.com/2018/03/11/igp-fuzi-had-done-in-six-months-what-his-predecessor-khalid-abu-bakar-dared-not-do-in-five-years-as-igp-exonerating-jho-low-in-the-1mdb-scandal/

Kelapa Matag said...

Salam DAKJ.
Nampaknya semua nak salahkan menteri2, tapi menteri2 tu siapa yang lantik? Orang yg lantik menteri2 tu tak pula kena kritik. Harap DAKJ dan pembaca semua jgn lupa, orang yg lantik menteri2 ni semua adalah org yg sama yg pilih Pak Lah dan najib!

Zed-85 said...

Saudara buah kerdas

komen saudara,

“Walaupaun Malaysia dilihat sebagai pengeksport cip elektronik tetapi itu milik syarikat asing. Bolehkah kita, khususnya orang Melayu menjadi pengeksport produk opto-elektronik atau oleo-chemicals? Negara maju menbicipa produk berasaskan teknologi nano; adakah kita sudah merasa puas dengan menipta lagu "Awan Nano"?  “

Komen saya,

Berkenaan dengan nanotechnology,

Ada berapa syarikat di Malaysia seperti Intel dan AMD di Penang, dulu ada Motorola di Selangor. Memang syarikat-syarikat ini mengeluarkan cip elektronik atau microprocessor tetapi sebenarnya di Malaysia hanya membuat “packaging”.

Saya pernah bekerja di antara syarikat di atas.

Transistors yang sekarang ini sekecil 7 nanometer di buat di US atau di Eropah (tidak dibuat di Malaysia) . Kemudian di hantar di Malaysia untuk dibuat “molding” (kotak hitam yang biasa kita lihat cpu Intel atau AMD) dan wire bonding.

Ini semacam dengan industri kereta Malaysia dulu, enjin yang teknoloji tinggi di buat di Jepun manakala Proton cuma membuat pemasangan bahan yang lain untuk kereta.

Yang menarik berkenaan dengan teknologi ini adalah apabila saiz transistor yang semakin kecil (sekarang 7nm), semakin banyak transistor boleh dimuatkan dalam cip processor.

Semakin banyak transistor, maka semakin laju dan pantas alat yang menggunakan cip ini.

Ini sebabnya komputer dan talipon bimbit semakin lama dan semakin pantas. ( Ini boleh dirujuk kepada “Moores Law”)

Ketika ini bilangan transistor dalam handphone biasa (Qualcomm atau Exynos untuk Samsung) sebanyak berapa billion.

Untuk pendekkan cerita, setakat ini pembuatan teknologi nanometer masih tidak ada di Malaysia.

Saya rasa kalau kita hendak menuju ke era teknologi nanometer, ilmu Sains dan matematik perlu ditingkan di Malaysia.

Khabarnya, Datuk Mazlee mencadangkan aliran sastera dan Sains digabungkan di sekolah menengah.

Ini berkembangan yang cukup baik, cuma takut kalau ada yang merungut matapelajaran Matematik Tambahan dan Fizik susah.

Kita perlu hijrah dan tukar sikap dahulu barulah boleh sampai kepada Nanoteknologi.

Bling bling said...

Datuk,
hit Najib's Seminyeh campaign with pictures of him and Rosmah of loot carried out from his apartment by the police with the tagline:
More than RM50 of groceries from Tesco.
That's the way to hit at Najib. Would be able to nail in the point with pictures of trollies filled with handbags and other stolen items. Would be even better if banners have pictures of him and wife with trollies filled with the bling.

Stop this nonsense! said...

Datuk,
its takes no stretch of imagination to understand why DBKL wants to close the 1km stretch of Jalan Tuanku Abdul Rahman and then have 200+ warongs populate the road.

Beyond stupdity! Clogging up with warongs where shady deals and shady businesses fester and gather. Khalid Samad are you and your officials out of your minds?
Stop this bloody nonsense.

Tun Dr Mahathir, are you listening to the rakyat?

Wise to postpone visit said...

Datuk,

The pending working visit of Saudi Crown Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud (pic) to Malaysia and Indonesia has been postponed one day before he was due to arrive.

Yes, it is best the Crown Prince has delayed his visit, the furor regarding Jamal Khashoggi's murder by Saudi Arabian officials has not died down. Don't invite more trouble, this is the wise thing to do.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Semalam di utube saya, tak semena-mena terlayar gambar berikut:

1. Khalid Samad dengan penuh yakin tol akan di hapuskan .. cara nye senang je .. nanti bila PH merintah mereka akan beli semua jalan bertol dan ..dot dot dot.

2. Mat Sabu kata tentera kita duduk nombor chorot dalam Asia Tenggara .. MAAALU-UU katanye ..sampai masa nye dia nak bawa tentera kita jadi no. SATU?

3. Betapa Salahudin Menteri PH, nanggis bila petani ngadu subsidi nye ilang .. ..pelik nye petani tu relek je ..

Adakah ini tanda-tanda kecil ..KIAMaT nak datang ..maksud saya???

mtone said...

Alahai Dato, tak payah cerita panjang panjang. Sebab utama BN dilingkupkan ialah faktor kebencian. Benci sbb menteri bodoh, sombong lagi buta dan tuli. Dalam masa lbh kurang 9 bulan menteri sekarang dah melebihi jangkaan menyebabkan rakyat lagi benci. Apahal pulak menteri menteri semua melawat semenyih, tak tahu ke Rakyat dah benci dan meluat sampai ada yang kena ejek sbb tak tahu atau sesat jalan. Sekarang dah sah TDM hilang penguasaan dan terpaksa pulak kutip tongkat tongkat lama.
Apa yang kerajaan perlu sekarang ialah buat satu program Leadership dan pilih dan tempatkan ketua betul di tempat betu (STP Ombudsman) kalau tidak akan jadi macam sekarang spt ketam cuba mengajar anaknya berjalan lurus.

Shame on Xavier said...

Datuk,

Xavier Jayakumar transited to a quiet mule?
Putrajaya has expressed its dissatisfaction with the Johor government over part of the Sungai Pulai Forest Reserve being turned into the Forest City Golf Resort.

According to Water, Land and Natural Resources Minister Xavier Jayakumar, however, nothing can be done about the encroachment by the federal government.

"It is already done, so what you want (us) to do..

What do you mean by that Xavier? This is a natural heritage. Go and learn more from the lawyer Surendren what you and Putrajaya can do so that it does not become a second Pulau Kukup issue.
Shame on you Xavier !

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

200 warong Tok? ..memang dalam tahun2 70an dan 80an ada "benteng" kat situ. Dibawah bangunan MARA tu dulu ada "mee sup utara" pada saya paling sedap dan murah, isi nye mantap. Semua tu lenyap semata-mata nak layan nafsu pemaju rakus masa tu.

Kok jadi nak pacak 200 warong ..harap2 ianye jangan jadi macam Petaling street ..dah tak rupa Petaling Street. Yang ada Nepal, Myanmar, Bangla .. botol arak bersepah merata.

Cuba pergi ke Jalan Silang ..Kotaraya ..Puduraya ..saya tak tahu apa DBKL dah buat ..mereka seakan makan gaji buta ..gaji buat tambah rasuah .. gaji bulan2 simpan untuk hari tua? ? ?

anon said...

Samada Najib didapati bersalah atau tidak, rayuan hampir pasti akan dibuat. Keseluruhan proses sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan mungkin ambil masa 2 tahun mungkin lebih. By that time keadaan dah berubah. Para hakim pun mungkin dah orang lain.

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Keadaan sekarang banyak berbeza berbanding semasa tun m memerintah dahulu, tahap integrasi ekonomi domestik dan luar yang lebih mendalam, daya tahan dan daya saing masyarakat sekarang yang lebih rendah berbanding di masa lalu kerana telah biasa dengan kehidupan yang senang dan sifat mementingkan diri dalam masyarakat yang sangat tinggi. Ini adalah cabaran yang tun sendiri telah gariskan untuk mencapai wawasan 2020. Kesembilan-sembilan cabaran tersebut adalah berkaitan mewujudkan satu masyarakat yang antara lainnya demokratik, progresif dan mendahulukan kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi. So what is the gap now. Kerajaan kena kenal pasti.

Dari segi dasar dan perancangan betul kerajaan boleh menubuhkan pelbagai jawatankuasa. Namun kerajaan juga perlu mempunyai partner atau rakan kongsi untuk melaksanakan rancangan yang telah diatur terdiri daripada individu, ngo, kelab atau persatuan mahupun syarikat.

Dalam keadaan sekarang, adalah tidak munasabah untuk kerajaan merancang dan melaksanakan sesuatu dasar dan program secara bersendirian. Ianya tidak sustainable kerana keadaan kewangan semasa kerajaan. Malah, ke hadapan, pendekatan seumpama di mana kerajaan melakukan segala-galanya untuk rakyat adalah langkah ke belakang.

Saranan saya, kerajaan kenal pasti rakan kongsi mereka dan bekerjasama secara erat dengan rakan kongsi dalam merancang dan melaksanakan program mereka.

Pada masa ini, saya dapati perkhidmatan awam tidak mempunyai kepimpinan yang setara dengan tun m dari segi wawasan menyebabkan sukar untuk kerajaan menghasilkan perancangan dan program yang baik. Saya bukan memandang rendah tetapi inilah hakikatnya setelah perkhidmatan awam membenarkan diri mereka dicucuk hidung oleh ahli politik.

Keadaan semakin runcing apabila menteri-menteri sedia ada tidak mempunyai kompetensi dan pengalaman yang sewajarnya. Bayangkan, ahli politik ini memekik bilangan perkhidmatan awam yang bloated, terlampau besar, sedangkan pada masa yang sama mereka melantik pegawai-pegawai khas yang berderet bilangannya di pejabat mereka yang tidak fasih dengan sistem dalam perkhidmatan awam serta mekanisme pentadbiran kerajaan. Ini menyebabkan cimmunication breakdown di antara menteri dan penjawat awam kerana menteri dan pegawainya merasakan mereka lebih pintar dan memberi arahan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui latar belalang duduk sesuatu perkara secara menyeluruh.

Pandangan saya mudah sahaja. Tun buatlah temuduga khas untuk jawatan tertentu dalam bidang tertentu bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dalam bidang tertentu. Banyakkan engagement dengan rakyat untuk mendapatkan idea dan saranan yang baik. Para menteri lebihkan membuat kerja, kurangkan acara tari menari, sambutan tahun baru cina di kementerian dan mengeluarkan kenyataan awam yang menimbulkan ketegangan dengan kerajaan negeri. Buat kerja dan tunjukkan kamu buat kerja.

Keseluruhannya prestasi kerajaan semasa sangat teruk sehingga umno yang dah busuk boleh menang prk cameron dan merasakan mereka mempunyai harapan untuk bernafas semula tanpa menginsafi kesilapan mereka.

All the best

buah kerdas said...

Terimakasih Sdr Zed-85 (9:59 PM) atas respon Sdr.

"Untuk pendekkan cerita, setakat ini pembuatan teknologi nanometer masih tidak ada di Malaysia.

Saya rasa kalau kita hendak menuju ke era teknologi nanometer, ilmu Sains dan matematik perlu ditingkan di Malaysia."

Saya setuju bahawa pendidikan matapelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) kita wajib dimajukan jika mahukan rakyat negara ini menjadi antara peneraju S&T peringkat global. Pertama, sudahkah tercapai sasaran nisbah 60:40 pelajar kita mengikut bidang S&T-non S&T? Kedua, apakah tidak perlu disemak kurikulum S&T di sekolah kerana setahu saya pelajar peringkat SPM tidak lagi menjalankan amali sains seprti dahulu. Kemahiran sains tidak akan diperolehi sepenuhnya hanya dengan melihat demonstrasi eksperimen sains yang dijalankan oleh guru sahaja.

Dunia kini sedang menuju ke arah transistor 5 nm dan mungkin selepas itu teknologi SET (single electron transistor) dan QD (quantum dots). Dimana kita umat Melayu?

Di USM telah ada Institute of Nano Optoelectronics Research and Technology (INOR). Molek sangat jika ada penjenguk blog ini yang boleh kongsikan info tentang operasi dan kejayaannya disini. Apakah institut itu telah cukup arsenal instrumentasinya, baik dari aspek penumbuhan nano-structure (spt MBE, EBL, CVD, MOCVD, RF sputtering dsb.) dan aspek penciriannya (HR-microscopy spt FESEM, SPM, TEM dan HR-spectroscopy spt HRXRD, FT-IR, PL, UV-Vis spectrophotometer dsb.)

Die laughing said...

Datuk
PAS is writing themselves out of Malaysian history and politics.
So many lies, fabrications, half-truths one after another after they were caught pants down by SR Claire.
Tun said the latest meet up with him by Hadi and his gang, PAS said they would not back UMNO's candidate in Seminyeh, this was denied by the PAS secretary general, then Hadi sneaked away without answering reporters' questions, then PAS said their commitment to UMNO's election would be reduced
Final nail in their coffin, Tun said there was a written document on PAS' stand.

So what to do?
Now their sec-general said party is protecting Tun from his allies.
(so ludicrous, even reading that one can die laughing).

It all goes to prove that PAS is bad, really BAD! They are shifting goal posts daily.
Probably started after their much respected MB Nik Aziz passed away. Nik Abduh lied through his teeth and is now intent to bring down Hadi and his gang over the RM90million scandal and the recording.
PAS will die from their own members imploding, voluntarily, involuntarily, force or other acts of their own treasonous nature.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).