Sunday, June 05, 2022

 

Cakap Pasal GST Tapi Cukai Sendiri Tak Bayar

 

1. Mohd Najib Abdul Razak kata, hasil (revenue) kerajaan pusat akan naik dengan banyak jika GST dilaksanakan semula.

 

2. Kata dia lagi, dengan hasil yang lebih banyak itu, hidup rakyat jelata akan lebih senang apabila kerajaan membelanjakan duit itu.

 

3. Setuju. Tapi daripada manakah datang hasil GST yang lebih banyak itu? Daripada mana lagi kalau bukan daripada pengguna yang membeli barang-barang dan perkhidmatan.

 

4. Siapakah mereka? Mereka termasuklah berpuluh-puluh juta rakyat jelata B40 di bandar, kampung dan Rancangan Felda. Ertinya mereka mendapat faedah daripada duit mereka sendiri. Mereka bayar GST tetapi bukan semua duit itu akan balik kepada mereka. Kalau dapat balik sebahagian kecil pun sudah boleh dikira bertuah.

 

5. Duit GST itu akan jadi sebahagian daripada Akaun Disatukan (Consolidated Account) yang digunakan untuk bayar gaji, elaun, pencen dan macam-macam lagi imbuhan kepada 1.6 kakitangan awam -  bermula dengan Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan Menteri. Selebihnya digunakan untuk penyelenggaraan dan bayar balik hutang.

 

6. Yang Najib tidak bagi tahu adalah untuk pembangunan, macam bina sekolah dan hospital, kerajaan terpaksa berhutang. Dalam zaman dia sendiri, banyak duit yang dipinjam kononnya untuk pembangunan telah disonglap melalui rasuah dan pecah amanah. Paling besar adalah pencurian duit 1MDB.

 

7. Betul kadar GST tidak banyak berbeza daripada SST tapi liputan GST adalah lebih luas dan menyeluruh jadi beban ke atas pengguna dan rakyat jelata lebih berat.

 

8. Lagi pun siapa Najib hendak bercakap tentang cukai sedangkan cukai sendiri dia dan anak-anak dia tak bayar. Bukan seribu dua tapi RM1.7 bilion.

 

Sekian.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).