Wednesday, November 14, 2018

Fahami Dulu Etika Kewartawanan Sebelum Buat Laporan Polis


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Laporan polis cara sekat kebebasan dan takutkan wartawan
IZINKAN saya membuat penjelasan sekali lagi untuk memperbetulkan keadaan dan memperluaskan kefahaman mengenai blog kita ini.

Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai reaksi luar biasa terhadap apa yang saya tulis dan siarkan di sini.

Penjelasan berikut diharap membantu semua pihak membuat keputusan dan mengambil pendirian agar kita boleh memanfaatkan sepenuhnya kebebasan media yang diamalkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan:

1. Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

2. Saya hanya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan diterbitkan di dalam blog ini sahaja.

3. Saya tidak bertanggungjawab terhadap kandungan blog ini yang diulang siar di tempat-tempat lain sama ada secara penuh atau diolah semula. Saya dapati banyak berita dan ulasan yang memetik blog ini sama ada kurang tepat, terkeluar daripada konteks atau disensasikan. Saya  mohon kepada rakan-rakan wartawan yang memetik blog ini agar melakukannya dengan tepat, berhemah dan tidak mensensasikannya.

4. Sesiapa sahaja yang membaca blog ini bebas memetik dan menyiarkannya semula di tempat-tempat lain. Hal ini saya nyatakan dalam mukadimah sejak saya memulakan penulisan blog pada tahun 2006 yang berbunyi:

“Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding. Thank you.”

[Terima kasih kerana memberi tindak balas kepada Weblog (blog) ini. Kita berhasrat mengekalkan tahap kewibawaan dan kebertanggungjawaban yang tinggi di kalangan peserta kita. Atas semangat kerakanan sfera blog, semua pihak yang berminat dialu-alukan menyiarkan semula atau memetik bahan-bahan yang disiarkan di sini DENGAN SYARAT diberi kredit kepada akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com bagi mengelakkan salah faham. Terima kasih.]

5. Saya memohon kepada sesiapa sahaja yang ingin memetik tulisan saya di sini agar menyatakan secara jelas bahawa mereka memetik daripada blog saya.

6. Seelok-eloknya mereka berilah pautan supaya audiens mereka boleh membaca blog saya jika mereka mahu.

7. Maaf cakap kalau saya katakan terlalu banyak wartawan dan saluran berita yang memetik blog ini mensensasikan tulisan saya atau membuat kesimpulan yang tidak tepat.

8. Ini menyebabkan pihak yang membaca petikan laporan saya itu membuat kesimpulan tidak tepat terhadap kandungan sebenar tulisan saya.

9. Saya mohon kepada saluran-saluran berita, sekiranya boleh, tolonglah siarkan tulisan saya sepenuhnya agar tidak menimbulkan kekeliruan. Terima kasih kepada yang sudah melakukannya.

10. Terima kasih kepada pembaca yang berbahas secara bertamadun dan bijaksana. Blog ini mengamalkan hak menjawab (right of reply) sepenuhnya. Sesiapa saja yang bersetuju atau tidak bersetuju berhak menjawab secara berhemah dalam ruangan komen.

11. Hatta kepada yang tidak demokratik dan tidak mengiktiraf kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan pun saya cadangkan supaya mereka baca blog ini dan apabila membuat laporan polis rujuklah kepada tulisan asal saya. Saya akan menjawab kepada polis berasaskan apa yang disiarkan di dalam blog ini saja.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

22 comments:

malaysia dilanggar todak said...

Johari Abdol tu yang samdol.Main celapak saja.Sikit-sikit nak buat repot polis.PKR bukan mengamalkan demokrasi,jauh sekali berlaku adil.Keadilan kononnya.Auta saja.Perjuangan palsu.Kamu sendiri yang liwat demokrasi.

dt rahman pekan said...

right on bro. keep on blogging.

of course there wil b readers who r hell bent in finding fault in whatever we opine.

4 as long as we r sincere in what we do, they can continue 2 'fly kite'.

i concur wth what Voltaire (1778) said 'i disapprove of what u say, but i wil defend 2 d death yr right 2 say it' - what more if it is d truth no matter how bitter it tastes.

salam.

Jojo said...

Sejak akhir2 ini saya tengok akhbar yang nyawa2 ikan Utusan Malaysia dok hentam Datuk dengan isu raja.

Isu ini jika tidak dibendung akan menyebabkan huru-hara. Lebih2 lagi kpd pembaca2 yg hanya bergantung harap pada berita drp Utusan.

Sepatutnya sebagai akhbar yg nyawa2 ikan mereka kena lebih adil dlm menulis berita. Tambah2 jika lebih ramai hendak boikot Utusan.

Mungkin boleh Datuk tulis jawapan balas kepada mereka.

First action said...

Datuk,
Glad to read all factories illegally processing plastic waste will be shut by local councils nationwide, said Zuraida Kamaruddin.

The housing and local government minister said her ministry is sending out circulars to that effect to all local councils.

Now let's see how effective she is in executing and implementing this directive, or will her circulars end up in the dustbin?

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Sangat2 mustahak kita hargai kebebaihsan besora yg kita nigmati laa ni, kita haruih pedo dia, timang dia,
mensyukog ... dan menjaga dia dgn jujog semuga Allah S.W.T. menambah rohmat Dia.
Kerja2 menebag maglumat adalah kerja yg mulia dan kerja2 para nabi yg khusus untuk sampaikan wahyu
seperti dlm suroh al Anbia’, di sambong olih para sohabat dan tobi’in2 dan para ‘alim.
Dari suroh Saba’ ayat 28 ( dari tafsirq.com dan terjemah dan sikit suntingan secara kasag ) :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad) melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.”
Malaya baru saja lalui zaman gelap dimana sebagian besag media telah diguna untok mengeliru dan menipu rakyat.
Dihujong ayat ni ada satu ‘ingatan’ yg sunggoh menggerunkan :
“....وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ” ~ wa lakin aktsa ronnas la yaglamun ~ akan tetapi kebanyakkan manusia tak maglum/tak tau...
Lantaran para penting kebebaihsan yg kita dapat ni, aku ulang, kita jaga, kita pedo kita timang..,.
Aku

What Badar ? said...

Datuk,
we read about the Badar squad operating with impunity in Kedah.
This is a vigilante group and has no business acting outside the forces of law and order. This is a big NO NO!
PDRM arrest them immediately and make sure this illegal force is disbanded.

Ujang said...

Sekarang Era report cut edit and paste. Ini bukan lagi era wartawan sanggup bersengkang mata mencari bahan macam Arwah Pak Kajai.

Ini era reporter atau blogger ramai follower yg buat kerja hujung jari. Janji berita sensasi.

safiai saad said...

Is The truth,what more divine truth related to freedom of expression, regardless of the media used.
What is the ultimate motive of freedom of speech and expression?

I would expect to see the truth by looking at the statement.
I am just sharing my idea with you sdr Kadir.

Since The new Government take over,it is quite refreshing in a way as far as truth is concerned

Plastic waste is poison said...


Datuk,

is $$$ at the risk of the rakyat's health more important?
Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin said following reports that Malaysia was slowly becoming a recycling hub for foreign trash in the wake of China’s ban on the import of plastic waste, four ministries had set down to discuss the direction to take on the issue of plastics.

“We found that the business potential for plastic imports is RM30 billion in Malaysia.

China has banned the hazardous waste and Malaysia must swallow them up?

China is smarter than Zuraida, it takes only the 'safer' waste and lets non-developed countries like Malaysia take over the rest.
I deliberately say 'non-developed' countries like Malaysia, because that is what Zuraida wants us to believe.

Grow up Zuraida. You want another Rare Earth scandal? Lynas is fast becoming another one also, and we support Fukiah to insist that the waste from processing at Lynas be sent back to Australia.

wansee c said...

See no evil, hear no evil and speak no evil.

Extol and salute you for making such a steadfast stand to uphold the great value of 'berani kerana benar'. And, for that reason, God's grace shines upon you via some unexplained or divine intervention to protect and exempt you from any harm which may ensue due to some unreasonable accusations. So, stay firm, never back down and maintain your struggle against the overwhelming odds.

At the same time, do ignore the ignorance who definitely lacks factual facts of the issue. I think, it is now the most appropriate time to nip the bud, once and for all. Do consider to reveal the whole truth just to put an end to all the misinterpretation and misunderstanding. Well, the truth can be somewhat bitter and maybe hard to stomach but that is the only way out to clear the air and clarify the troubled trouble.

I strongly embrace nothing but open secrets. Nothing to hide is the precise phrase to be applied here. I suppose.

Zalman A said...

Datuk,

With apologies for going off-topic:

"The youth may no longer support Pakatan Harapan (PH) if the ruling coalition does not uphold the promises made in GE14, PKR’s Youth Wing congress was told today.

PKR Federal Territories Youth representative Muhammad Fikri Khalid urged youth leaders within the party as well as its top leadership to take action and not take the matter lightly.

“The new leadership has to weigh this matter in order for Malaysia to move forward, because we are worried that the support we got from the youth in GE14 will wane when they realise that many manifesto pledges have not been fulfilled."

This is a fair prediction.

Very few governments can survive not keeping promises on the basis "we did not expect to win".

PH are lucky, because their immediate predecessors were extreme crooks.

That reason cannot last forever.

It's high time that PH now puts REAL PLANS IN PLACE.

For the youth, for the B40, and so on.

Otherwise PRU15 may deliver a very nasty surprise.

Thank you.


Ronin said...

Mohon Datuk bg ulasan mcm mn najib blh menolak arahan duduk dlm kotak tertuduh dan mahkamah berdiam ttg perkara ini. Bkn kah peraturan wajib okt kena duduk klm kotak tersebut. Klu peraturan mahkamah, knp tiada perintah menghina mahkamah dibuat? Blh kah perkara ini dibuat rujukan kes?

msh said...

salam Dato.

Johari ikut perintah.
Ada kuasa besar dibelakang Johari.

Sabar sajalah Dato.

JLow bankrupt? said...

Datuk
Jho Low drops claim to New York's Park Lane Hotel in US forfeiture lawsuit
This is reported in the news today.

Methinks JLow is thumbing US and the rest of the world, first by asserting his ownership over the properties in question, and then withdrawing his claims to the sales.

Strongly recommend that our Malaysian Govt authorities put a lien on the payment as the funds to purchase them were illegally taken from 1MDB, and thus any monies realised from the sales must be returned to Malaysia.

Finally, most important, JLow is running out of funds to upkeep his lifestyle, security guards, etc. he would have got an agreement with the US DOJ for him to receive a certain amount, and surrendering the rest to the US DOJ.
There's no other avenue for him to get money, banking accounts are frozen and any online transactions would be tracked.
Squeeze JLOw and he will accept any accommodation.
That's why he approached Daim earlier.

Jail Najib !! said...

Datuk,
fully agree that Najib be ordered to wear the orange jump suit for his appearances in court.
Why treat him differently when he now throws tantrums by refusing to enter the dock? The authorities, MACC, PDRM, court and AGC have accorded him proper respect, and he is now showing us his finger? PUNISH him accordingly.
The judge must cite him for contempt of court and jail him. Lingam the lawyer notorious for his "correct, correct, correct" was jailed 6 months for contempt of court.
In Najib's case since it was deliberate so he should be given more for 6 months jail.
NO more favours for him. Silly man.

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Maaf komen yang tak berkaitan untuk post ini. Saya hanya ingin meluahkan perasaan kurang senang terhadap pm in waiting dan sekumpulan pengikutnya yang memanipulasi prk untuk mengangkat dsai ke parlimen.

Sebagai rakyat yang mengundi untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan yang korup dan tidak amanah, amalan sebegini adalah perkara terakhir yang saya ingin saksikan. Amalan di mana undang-undang hilang kedaulatan dan menjadi alat untuk mencapai hasrat individu tertentu.

Terkini, pemilihan dalaman pkr turut menyaksikan gelagat ahli pkr yang seakan-akan kemaruk kuasa. Penuh muslihat dan tipu daya. Untuk perhatian, ini adalah pemilihan dalam parti yang memerintah kerajaan pada hari ini. Oleh itu, perjalanannya perlu diberi perhatian kerana menggambarkan pimpinan semasa kerajaan.

Semasa, prk dun rantau akan diadakan tidak lama lagi. Saya merasakan perlunya untuk rakyat menghantar signal kepada parti pemerintah sekarang bahawa yang berkuasa dalam sistem demokrasi ini adalah rakyat dan oleh itu perhatian yang sebaiknya hendaklah diberikan kepada menjaga kebajikan rakyat, bukan kebajikan parti, penyokong parti apatah lagi individu atau pemimpin tertentu. Cakap2 dan amalan melantik penyokong parti ke dalam jawatan tertentu untuk membalas jasa adalah perkara yang perlu diperhalusi.

Dengarnya nama rr turut dicadang untuk bertanding dalam prk dun rantau. Saya cukup tidak berkenan dengan rr ini kerana walaupun mempunyai sedikit kepandaian tetapi tidaklah sampai ke tahap bijaksana. Rr ini juga saya perhatikan telah banyak tersilap dan kerap kali berbohong tanpa ada rasa bersalah dan gemar melakukan manipulasi seperti langkah kajang dan pd. Dia ini juga suka mengaitkan dirinya dengan pm in waiting mungkin kerana dia proksi kepada individu tersebut.

Apapun, isunya mudah. Saya tidak berkenan dengan gelagat pkr dan pimpinannya yang kelihatan mengutamakan kepentingan individu berbanding kepentingan rakyat. Saya juga tidak berkenan dengan pemimpin kerajaan seperti lge yang kelihatan mesra peniaga tetapi tidak kepada rakyat. Saya juga tidak gemar kepada ahli parlimen parti pemerintah yang krrap mengungkit kesalahan umno selama 61 tahun pemerintahan sedangkan hanya di bawah pimpinan pak lah dan najib, umno kehilangan arah. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya pada prk dun rantau kali ini, rakyat undilah selain daripada pkr. Undilah bebas, pas atau umno sekalipun. Bukan kita menyokong parti-parti ini, lagipun keputusan prk ini tidak akan mengubah kedusukan kerajaan semasa. Tetapi kita hendak menghantar signal kepada parti pemerintah supaya menjunjung kedaulatan undang-undang, mengutamakan rakyat berbanding kepentingan individu dan pelihara asas kenegaraan serta lebih sensitif dalam isu ratifikasi iecrd, penggunaan selain bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi dan papan tanda dan kedudukan islam sebagai agama rasmi negara.

Saya mohon supaya rakyat di rantau berikan mesej ini kepada kerajaan.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kita sekarang sudah hampir pada tahun 2019, tak lama masuk 2020.

Fikiran kita perlulah ikut Tamadun terkini dan maju kehadapan, bukan lagi tamaddun ke belakang.

Saya setuju dengan Dato', rakyat boleh nilai sendiri tulisan Dato samada ada nilai kebenaran atau sebaliknya.

Setahu saya, dalam alam ini, yang tak boleh buat silap adalah Tuhan, Malaikat dan Nabi.

Makhluk selain dari, tak kira pangkat atau darjat, terdedah kepada buat kesilapan. Dalam perlembagaan, rakyat ada hak bersuara untuk bangkitkan mana-mana perkara yang tak betul. Itu termaktub dalam perlembagaan.

I am groot said...

Bro kj..nak membunuh pakai mata tinta.. Kasi sling dia pakai busur tradisional buatan mongolia.. Apa pasal. .Pasal busur diorang ni diukir terbalik.. Dipakai pun terbalik..tapi dia punya keras busur ni.. Kalau tempeleng kek kepala kuda.. Terkuncitlah lembu tu... Teruskan bro Kj.lu punya tinta.. bisa. .Tapi boleh lebih bisa lagi... Kita takan hidup 100 tahun bro . Kasi tempeleng sampai terkuncit dan penuh kebijakan yg mcm biasa tuuuu.. Salute lu bro.kipikap.. Hehhehe

RD. said...

Saya sangat bersetuju dan sokong saranan Saudara Budak Jawa pada 2:26 PM.

msh said...

Salam sdra Budak Jawa dan sdra RD.

Bnyk logik dlm lontaran sdra Budak Jawa.
Lanjutan dari itu....saya dari dulu sedar betapa ahli keluarga diutamakan dlm PKR.
Demikian juga dlm DAP.

Kini kedua2 Parti ini telah menjadi Kerajaan semasa.
Ertinya....segala kelaku atau amalan mereka wajar berubah kerana Kerajaan PH bukan hak mereka.

Tetapi kelaku buruk ketua2 parti terutama PKR terbawa2 hingga menjengkilkan rakyat.

Tetang 'Pm in waiting'.
Ini satu perkara yg agak pelik dlm negara demokratik dan saya tidak setuju sama sekali.
Saya faham sejarahnya tetapi kelaku org tersebut spt yg umum tahu...agak pelik dan tidak mengambarkan mesej dan kehendak Parti terutama dgn cara Tun M bergerak.

Dlm satu video saya melihat betapa mesra dia dgn Nazri...Hishamuddin. dan Azziz.

Maaf berkata....ini suatu yg sukar buat saya memahami....selain dari mencium tangan kerabat2.
Ini adalah budaya yg didokong oleh ketua2 keparat dari Umno.

Saya mungkin silap kerana berkata begini....tetapi spabila kita menilai seseorg ...kita menilai dari perbuatan....bukan dari cakapan.

Justeru itu....mampukah org ini menjlnkan tugas kelak tanpa gentar atau segan pd kerabat2 dan pd rakan taulan yg bersama2 dia dahulu....demi rakyat dan negara.

Jgn pula besok ada politik dlm politik....kerana secara jujur saya rasa org ini mampu melakukan semua demi anak isteri...rakan taulan BUKAN kerana rakyat.

Harap nya....Ketua2 PH dari komponen lain dpt menilai semula kedudukan beliau agar rakyat yg nenentukan siapa yg lebih layak mengambil tugas dari Tun M kelak.

Saya tidak yakin pd kebolehan dia memimpin negara dgn baik.
Silap haribulan sejarah buruk Bugis berulang.

Sekadar cakap siapa pun boleh.

Bijan betrays said...

Datuk,
NAJIB Razak has finally thrown Low Taek Jho under the bus by echoing investigators’ allegations that the Penang businessman defrauded the Malaysian government and masterminded the scheme to cheat 1Malaysia Development Bhd of billions of dollars.

Najib’s remarks in an interview with Sinar Harian prompted many to say the former prime minister was finally dumping Jho Low, as the fugitive financier is popularly known.

So now it will be JLow's turn to turn the tables on Najib. How true the saying, there is no love lost between thieves.

Jlow is running out of money, he made some deals with the DOJ withdrawing his opposition to the sale of some of his properties. No more american pies.
The former PM sees the tide has turned against him and is now bailing out, fast before a tsunami happens on him. Bijan thy name is betrayal.

If JLow knows which side his bread is buttered, he better start coughing up all the secrets and acknowledge his conspiracy with the former PM to defraud 1MDB and the nation. Better do it fast before the former PM does a number on him, already the moves have started. Contact our AG, Daim, PM, fast and pronto.

Close the magic! said...

Datuk,
The Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) CEO Ashran Ghazi has just announced that he is resigning from the organisation.

He said his last day will be on Dec 12, adding that he is joining a regional consumer intelligence company based in Malaysia, Dattel, as the CEO.

As to a successor, Ashran said “there is no visibility on that”.

MaGIC’s executive director, finance & corporate services, Amiruddin Abdul Shukor, will be the interim CEO.

“I have been delaying the resignation for quite some time, and only tendered resignation when MaGIC was safe in the hands of another ministry,” said Ashran. He tendered his resignation last month.

Read more at https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2018/11/23/ashran-ghazi-magic/#mA74aMGtW2S5LXVu.99

MaGIC is a much-ado-about-nothing useless venture. The Ministry of Entrepreneur Dev
is strongly advised to take immediate action to close this body which has contributed almost zilch even from day one. OPened with great fanfare by former PM, nothing tangible or noteworthy came from this. IT is actually bleeding the country and funds should be channelled to scholarships for well deserving students whether at tertiary or post doc levels.
Since its inception, MaGIC has received about RM50mil in funding yearly – in the last four years, it has been allocated nearly RM197mil.
Its a sorry place where people push pen and twiddle thumbs. What "start ups" are just sorry failures and never get off the ground.
The only magical thing is its name and fast losing its allure.
Close this bleeding place down!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).