Wednesday, October 18, 2006

Mubarak berusaha Sebulan menemukan PM dan Dr M

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

[UPDATE, Petang 22 Oktober]

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahatjir Mohamad sedang mengadakan pertemuan di Seri Perdana.

Kita tunggu keputusannya. Sambil itu kita berdoa sesuatu yang baik akan tercetus daripada pertemuan Ramadan ini.

[Posting Asal]

SUATU sumber Mubarak telah memaklumkan kepada saya pada 17 Oktober mengenai usaha mereka mempertemukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada hari yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu wartawan di Langkawi bahawa beliau bersedia menemui Abdullah untuk “memberitahu beliau segala kegusaran saya dan selepas itu terserahlah kepada Perdana Menteri.”

Bekas Perdana Menteri berkata pertemuan itu akan diadakan sebelum Hari Raya puasa (yang dijangka jatuh pada 24 Oktober).
Daripada penjelasan sumber Mubarak dan perbualan dengan beberapa pihak yang mengetahui, saya mendapati butir-butir dan gambaran berikut:-

1. Usaha mempertemukan Abdullah dan Dr Mahathir bermula kira-kira sebulan lalu;

2. Ahli Mubarak yang terbabit adalah Tan Sri Zaleha Ismail (bekas Menteri), Datuk Abu Zahar Ujang (bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah merangkap pemangku pengerusi Mubarak) dan Datuk Othman Abdul (bekas Ahli Parlimen Pendang);

3. Turut terbabit pada peringkat awal dan pada peringkat-peringkat tertentu rundingan adalah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalid Abdullah (bekas Exco Kedah dan bekas Pengerusi Utusan Melayu) dan Datuk Mokhzani Mahathir;

4. Pada mulanya, dua cadangan Mubarak yang dipersetujui oleh Radzi adalah, pertama menjemput Dr Mahathir berucap kepada Majlis Tertinggi dan kedua menjemput Dr Mahathir berucap kepada Menteri-Menteri Umno/Melayu;

5. Dr Mahathir bersetuju dengan kedua-dua cadangan itu dan menambah satu lagi iaitu beliau berjumpa Perdana Menteri dengan syarat disertai oleh seorang saksi yang diyakini;

6. Radzi memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri. Beliau bersetuju bertemu Dr Mahathir tetapi tidak bersetuju ada saksi;

7. Mubarak menemui Dr Mahathir pada 2 Oktober untuk memaklumkan pendirian Perdana Menteri. Dr Mahathir keberatan bertemu Perdana Menteri tanpa saksi. Tetapi setelah lebih satu jam “dipujuk” oleh perwakilan Mubarak, Dr Mahathir bersetuju dengan pertemuan empat mata “demi orang Melayu dan Umno”;

8. Dr Mahathir memberitahu Mubarak yang beliau bersedia pada bila-bila masa dan di mana saja untuk berjumpa Perdana Menteri dan meminta Mubarak mengaturkannya;

9. Pada hari yang sama Mubarak menemui Perdana Menteri untuk memaklumkan persetujuan Dr Mahathir. Perdana Menteri nampak gembira;

10. Mubarak diberi tahu oleh Radzi bahawa Perdana Menteri akan mengatur sendiri pertemuan dengan Dr Mahathir;

11. Mubarak juga dimaklumkan yang sebelum beliau bertolak ke Makkah untuk menunaikan Umrah, Perdana Menteri menghubungi Mokhzani dan meminta beliau mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir selepas 16 Oktober.

12. Mubarak yakin dan masih menaruh harapan pertemuan itu diadakan sebelum bulan puasa berakhir.

Syabas kepada Mubarak dan saya menyertai mereka berdoa agar pertemuan itu nanti membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

40 comments:

kluangman said...

Dato'

Jika pertemuan ini berlaku,Tuhan dan sejarah tetap menjadi saksi.

Atas kebaikan, marilah kita berdoa.

lela manja said...

Datuk,

Jadi atau tidak pertemuan dua pemimpin ini, yang penting ialah kesediaan Pak Lah untuk mengubah sikap beliau yang terlalu bergantung kepada pendapat ahli keluarga dan spinners yang nampaknya lebih banyak menjahanamkan masa depan beliau daripada membantu.

Jadi atau tidak pertemuan dua pemimpin ini, yang penting ialah kesediaan Pak Lah untuk melaksanakan apa yang baik demi bangsa, agama dan negara.

Jadi atau tidak pertemuan dua pemimpin ini, yang penting ialah kesedaran Pak Lah terhadap kesilapannya selama ini.

Jadi atau tidak pertemuan dua pemimpin ini, yang penting ialah kesediaan Pak Lah untuk bangkit daripada lenanya yang terlalu panjang sejak "mendapat mandat besar daripada rakyat".

Tidak ada faedahnya bertemu kalau Pak Lah sekadar mahu mengucapkan selamat aidilfitri sambil menghulur salam memohon maaf dan membiarkan sahaja ucapan Tun M masuk ke telinga kanannya lalu keluar ke telinga kiri. Kemudian hal berkenaan tamat di pertemuan itu tanpa sebarang perubahan di pihak beliau.

Saya lebih suka kalau Pak Lah mengizinkan kehadiran saksi di dalam pertemuan itu. Bagaimanapun di peringkat ini harapan saya untuk melihat hal itu berlaku tentulah mustahil kerana keputusan untuk bertemu tanpa saksi sudah pun dibuat. Apakah Pak Lah bimbang kalau-kalau saksi beliau akan terpengaruh dengan pandangan dan hujah Tun M maka disebabkan itu beliau enggan membenarkan kehadiran saksi?

Apa-apa pun sebagai warga Malaysia dan seorang Islam, saya mendoakan yang terbaik buat bangsa, agama dan negara saya.

Harat said...

Jika Pak Lah dan Tun M terus bersengketa, yang akan menerima padah buruknya ialah UMNO dan mungkin juga orang Melayu. Jadi mungkin baik juga mereka bertemu dan "berdamai".

MDNOR said...

Dato' yang dihormati,

Melihat dari senario pengaturcaraan perjumpaan ini, mengundang rasa 'menyampah' saya dengan Perdana Menteri Malaysia yang semakin hari semakin hilang serinya ini. Kenapalah liat sangat dan susah sangat nak berjumpa. Apa yang nak di risaukan? Atau mungkin memang ada yang nak dirisaukan sebenarnya. Beliau kelihatan masih 'Control Handsome', aura ketakburan terpancar seolah-olah berulangkali meyakinkan diri "I am the Prime Minister".

Maafkan saya Dato. Pada hemat saya, beliau dah hilang pedoman sejati. Hanya ada pedoman plastik saja yang masih tinggal dalam kocek dia. Itupun kadangkala terlupa nak bawak bersama macam kunci kereta. Pedoman Tun dah lekat dalam hati sanubari-jadi takkan tertinggal punya.

Rasanya, perjumpaan Tun dengan Allahyarham TAR dulu pun tak serumit dan beraneka ragam macam ini. Penuh rela hati dan rendah diri!!

MDNOR said...

Dato' yang dihormati,

Melihat dari senario pengaturcaraan perjumpaan ini, mengundang rasa 'menyampah' saya dengan Perdana Menteri Malaysia yang semakin hari semakin hilang serinya ini. Kenapalah liat sangat dan susah sangat nak berjumpa. Apa yang nak di risaukan? Atau mungkin memang ada yang nak dirisaukan sebenarnya. Beliau kelihatan masih 'Control Handsome', aura ketakburan terpancar seolah-olah berulangkali meyakinkan diri "I am the Prime Minister".

Maafkan saya Dato. Pada hemat saya, beliau dah hilang pedoman sejati. Hanya ada pedoman plastik saja yang masih tinggal dalam kocek dia. Itupun kadangkala terlupa nak bawak bersama macam kunci kereta. Pedoman Tun dah lekat dalam hati sanubari-jadi takkan tertinggal punya.

Rasanya, perjumpaan Tun dengan Allahyarham TAR dulu pun tak serumit dan beraneka ragam macam ini. Penuh rela hati dan rendah diri!!

airbatucampur said...

Kepada kedua pihak, berpeganglah kepada surah ini :

HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,
TAATILAH ALLAH DAN TAATILAH
RASULNYA DAN ULIL AMRI DIANTARA KAMU.

KEMUDIAN JIKA KAMU BERLAINAN
PENDAPAT TENTANG SESUATU, MAKA KEMBALIKANLAH KEPADA ALLAH (AL-QURAN) DAN RASULNYA (SUNNAHNYA),

JIKA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN. YANG DEMIKIAN
ITU LEBIH UTAMA (BAGIMU) DAN LEBIH BAIK AKIBATNYA.
(MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 59)

Amin Ahmad said...

Mubarak menemui Dr Mahathir pada 2 Oktober untuk memaklumkan pendirian Perdana Menteri. Dr Mahathir keberatan bertemu Perdana Menteri tanpa saksi. Tetapi setelah lebih satu jam “dipujuk” oleh perwakilan Mubarak, Dr Mahathir bersetuju dengan pertemuan empat mata “demi orang Melayu dan Umno”;

Saya lebih gembira dengan perenggan akhir Dato' untuk agama, bangsa dan negara sambil akan meletakkan tanda tanya pada agenda orang Melayu dengan persoalan Melayu yang mana dari segi nisbahnya..

Saya bukan tidak sayang bangsa, tapi kerana sayang bangsa saya mengharapkan bangsa ini dapat menjadi pembawa obor agama yang menyalakan iman dalam hati manusia. Agama Islam tidak perlukan Melayu, tetapi Melayu perlukan Islam..dengan faham yang benar.

lubok melayu said...

Alhamdulillah. Memang Umno lembab sedikit untuk bertindak mencari aman antara PM dan Dr M, tapi lembab pun lembablah, sekurang-kurangnya kita dapat berharap di bulan baik ni yang permusuhan yang tidak menguntungkan antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir ini akan berakhir. Kita berterimakasih dengan Dr M kerana mengambil initiatif ini. Kita harap Perdana Menteri kita tidak ambil yang jernih, buang yang keruh dan tidak terlalu menghiraukan pujukan anak menantu dan kawan-kawan anak menantu serta anasir-anasir luar lagi jahat yang memang tak mahu beliau dan Dr M berbaik-baik lagi.
Amin.

Denise said...

Takpa la datuk, saksi tak saksi.. orang nak berjumpa ni, jumpa aja la... harapan kita yang baik-baik aja la...

orang kampong said...

Datuk'
Pertemuan Tun Dr Mahathir- Dato' Seri Abdullah merupakan pertemuan yang dinanti nantikan. Namun harapan ramai jauh melebihi dari harapan untuk melihat dua negarawan ini bertemu muka.

Pertemuan tidak akan membawa apa apa makna sekiranya selepas pertemuan berkenaan, kepimpinan dalam kerajaan masih berada di paras lama. Tidak dapat tidak,umum memperakui pandangan dan kritikan Tun Dr Mahathir bukan pandangan atau kritikan biasa. Sebagai mantan Perdana Menteri yang jelas tidak lagi mengejar kedudukan, jawatan atau kuasa politik tentulah amat meyakinkan bahawa TEGURAN Tun adalah semata mata untuk kepentingan negara. Justeru, pertemuan antara Tun - PM akan memberi makna yang besar sekiranya disusuli dengan tindakan serta pembetulan.

Barisan kepimpinan negara tak hilang kewibawaan hanya dengan mengakui kelemahan tetapi hilang penghormatan dan tidak mustahil hilang sokongan rakyat jika nampak kurang berkemampuan dari segi akal percaturan khususnya dalam hal ehwal antarabangsa,dasar luar dan tidak konsisten dalam melaksanakan sesuatu keputusan.

Oleh sebab pertentangan Tun Dr Mahathir- Dato' Seri Abdullah bukan lagi satu rahsia, adalah baik sekiranya pertemuan serta perbincangan antara dua negarawan ini juga dilakukan secara terbuka. Beri peluang kepada rakyat mengikuti perbincangan dan persetujuan kedua dua negarawan ini secara langsung. Penyelesaian melalui pertemuan dua negarawan ini membantu rakyat dibawah pimpinan kerajaan mengorak langkah membina halatuju dan masa depan negara menjadi benar benar cemerlang,benar benar gemilang. Siaran secara langsung mungkin merupakan permulaan bersejarah kepimpinan Dato' Seri Abdullah memperkenalkan perbincangan politik matang yang amat menarik agi dihormati sebagaimana yang diamalkan dibarat. Harapan kita, KETERBUKAAN bukanlah satu mantera sahaja.
InsyaALLAH.

Ahmad Masrizal said...

Assalamualaikum Datuk,
Melihat wajah Pak Lah dlm berita utama malam tadi , saya dapat mengatakan bahawa beliau betul-betul gembira dgn perjumpaan dgn Tun yang akan diadakan nanti. Kita wajar bersyukur kerana polemik ini sudah masuk ke tahap yang lebih positif. harapnya, kita rakyat yang terbanyak ini ialah agar perjumpaan itu membawa impak yang positif...sebab tiada gunaya berjumpa jikalau, tiada sebarang tindakan yang sepatutnya selepas itu.

langit biru said...

Alhamdulillahirabbila'lamin...semoga diberi petunjuk dan hidayah Allah s.w.t kepada kedua-duanya. Amin.

Sebenarnya,setiap permasalahan itu ada penyelesaiannya. Dan sebenarnya, dalam sesuatu perkara, kita sentiasa ada sekurang-kurangnya dua pilihan.

DrM juga ada 2 pilihan atau lebih.
AAB juga ada 2 pilihan atau lebih

Pilihan yang tepat adalah bersandarkan kekuatan akal pemikiran mengatasi perasaan dan hawa nafsu.

Dato'
Kalau kita tengok bolasepak, penonton/pemerhati/pengkritik/pengulas tu kerap kali dilihat lebih bijak dan hebat dari pemain. Wal hal, mereka itu sebenarnya tidak sehebat pemain tersebut bahkan nak tendang bola pun tak reti--kalau tak dah boleh sarung jersi kebangsaan! Hakikatnya,pemain tersebut telah cuba sedayaupaya, segala kudrat dan kebolehan untuk memberi yang terbaik. Dia lebih arif tentang pihak lawan, keadaan padang, dan apa saja berkaitan bola.

AAB pun begitu juga. Dia lebih mengetahui kerjanya,urusannya,segala permasalahannya,orang-orangnya,dan apa saja berkaitan pentadbirannya. Saya juga yakin, beliau telah membuat apa yang terbaik....tetapi seperti pemain bola tadi, setiap manusia ada kelemahannya, kemampuan manusia adalah terbatas.

Seperti pohon kelapa yang terbungkah sebahagian akar rerambutnya, maka condang ia. Pak Tani ada dua pilihan, samada membongkah terus akar-akarnya dan diganti dengan benih baru, atau menongkah menahan batang pokok yang condong tersebut. Dan banyak kita ketemui, pokok kelapa yang condong dipangkalnya menegak menghala LANGIT BIRU dihujungnya.

Soal AAB, kita juga punya dua pilihan!! Pilihlah dengan akal fikiran yang waras mengatasi perasaan,emosi dan hawa nafsu.

....kita sentiasa ada dua pilihan...pilihan saya mahu langit sentiasa biru

Ikhlas dari Langit Biru.

selipar said...

Dato'

Satu perkembangan yang positif. Tetapi saya lebih suka untuk melihat apakah yang akan berlaku selepas pertemuan itu nanti. Semua orang dah tau TDM akan membangkitkan semula semua perkara yang selama ini masih belum terjawab.

Senario 1 : PM sekadar menerima semua persoalan itu tetapi tetap dengan pendiriannya berlandaskan ego seorang Perdana Menteri. Sebab semua keputusan yang dibuat selama ini adalah keputusan jemaah menteri. Sekiranya PM mengubah pendiriannya sebagaimana yang dituntut oleh TDM, ini bermakna PM telah membelakangi keputusan jemaah menteri beliau. Adakah PM betul-betul bersedia dan sanggup untuk menghadapi situasi tersebut? Daripada situasi politik yang ada sekarang saya rasa sudah pasti ini tidak akan berlaku. Dan ini bermakna pertemuan ini hanyalah sekadar untuk bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya. Itu aje.

Senario 2 : PM bersetuju dengan semua perkara yang dibangkitkan oleh TDM dan akan bersama-sama jemaah menterinya mengubah semula pendirian dan keputusan yang telah dibuat selama ini. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan yang drastik dengan melaksanakan semula mana-mana projek yang telah dibatalkan. Ini sudah pasti akan memberi impak yang besar dari segi peruntukan ekonomi. Sekali lagi persoalannya adakah para jemaah menteri bersedia dengan keadaan ini? Saya rasa kita sendiri boleh tahu jawapannya.

Bukankah jika ada saksi tu lebih meyakinkan kedua-dua belah pihak. Takdelah nanti keluar statement yang bercanggah antara satu sama lain. Mungkin sebab PM kita tak nak diaibkan oleh TDM sepanjang pertemuan tersebut.

So apakah sebenarnya kesudahan pertemuan ini nanti... tunggu dan lihat.

MATPIT said...

Bangsa2 jugak, agama jangan dipinggirkan pulak. Melayu lebih penting dari Islam ye, sedih. Sepatutnye Islam itu lebih penting dari bangsa sebab itu sahaja yang dapat menahan dari sebarang perbuatan keji dan mungkar.( mesti amal dengan ikhlas tau ).

ishkan said...

entahlah...kalau ikutkan hati saya rasa tak payah jumpa jumpa...let the natural order of things take care of itself...the weak should be elimanated and the strong should prevail...kalau Tun lagi strong then he should get his vision implemented...if pak lah is stronger than he deserved to be the pm...orang melayu should learn to take care of themselves..either with tun,pak lah or anyone else..I really can't accept the fact that nasib orang melayu terlalu bergantung pada segilintir sahaja..

MDNOR said...

Dato'

Saya macam sedikit keliru dgn tanggapan bahawa pertemuan ini digambarkan seperti pertemuan perdamaian antara 2 sahabat yang bermusuh.

Mengikut pembacaan saya, ini bukan isu permusuhan antara 2 sahabat. Dan selesai pertemuan ini 2 pihak akan saling bermaafan dan berpelukan. Tak ada sesiapa yang bermusuh sebenarnya. Dan bukan setakat ucapan 'maafkan saya' atau pelukan mesra dapat menjernihkan suasana dan mengembalikan kegemilangan.

Pertemuan ini adalah harapan orang kebanyakan supaya perdana menteri melapangkan dada mendengar dengan tekun masalah dan kepincangan yang lahir akibat tindakan, corak kepemimpinan beliau. Dan selesai sessi 'taklimat' ini, beliau akan balik ke pejabat, atau pergi berehat di negara sejuk untuk mula memikirkan cara kembali ke pangkal jalan.

Pertemuan ini tidak akan menguntungkan orang melayu jika yang mendengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

ahm said...

dato'
i guess it should be done in most transparent way, suggested to have live telecast over national tv, let all get the direct & right message for them to have their own judgement without any mediator/gatekeeper.

if rtm and tv3 able to have live for mawi putus tunang and siti's wedding respectively, why not for the sake of rakyat and nation,the most historical meeting between AAB & TDM is made for everyone's view.

after all even LKY has sceptism thought over AAB that his letter was cc to press members.

the point is we need some form of witness for not the message would be insuated by certain parties especially kali, khairy and brandon team. trust me.....

Fighter said...

Saya faham kenapa Dr Mahathir keberatan hendak bertemu tanpa saksi.

Ini adalah kerana Abdullah akan mengeluarkan berbagai2 janji kepada Dr Mahathir supaya Mahathir senyap daripada membangkitkan isu2 penting semasa persidangan UMNO mahupun sebelum pilihanraya atau pemilihan parti.

Saya takut pertemuan ini hanya dipersetujui mengambil kira kedudukan Abdullah yang terancam jika Mahathir terus membuka mulutnya.

Perjanjian yang dibuat 2 individu tanpa saksi tidak akan dapat disahkan isi kandungannya sekiranya salah seorang akan membangkitkan isu janji2 baru ini.
Dalam Islam juga perlu ada saksi yang adil dan boleh dipercayai.

Sekiranya saksi tidak dibenarkan, saya sarankan agar Tun Dr Mahathir membawa satu pita rakaman di mana ianya nanti boleh dijadikan bahan bukti sekirannya pertemuan ini membawa lebih banyak ketegangan di masa depan.

Fighter said...

Pertemuan tanpa saksi adalah bahaya kerana sekiranya nanti timbul isu lain, pertemuan ini dan apa yang diperkatakan dan janji2 yang dibuat di dalam pertemuan ini tidak boleh digunakan sebagai bukti.

Demi kebaikan Dr Mahathir sendiri, adalah lebih baik beliau membawa pita rakaman kecil yang dapat merakam segala yang diperkatakan nanti. Sekiranya timbul lagi isu2 lain, pita rakaman ini akan dapat digunakan.

Dalam keadaan genting sebegini, kita tahu Abdullah akan membuat berbagai2 janji sepertimana sebelumnya, hanya supaya beliau selamat dari kritikan teruk Dr. Mahathir, sekurang2 semasa perhimpunan UMNO ini, dah dalam tempoh sehingga pilihanraya dan pemilihan UMNO.

Ini ditakuti hanyalah merupakan usaha menyenyapkan Mahathir untuk seketika sahaja. Apabila semua telah selamat bagi Abdullah nanti, serangan bermati-matian terhadap Mahathir akan bermula.

belangkorn said...

Datuk dan rakan2...

Semoga pertemuan ini akan memartabatkan pemerintahan UMNO terhadap Malaysia yang tercinta ini.

Kepada Pak Lah.....janganlah berpura2 alim tapi bodoh dalam bidang kepemimpinan macam pemimpin2 di negara Islam yang lain apabila mereka dicucuk hidung dengan regim zionis amerika dan israel. Kerana Pak Lah....Malaysia dicucuk hidung oleh regim zionis asia iaitu Singapore.....tak itu pun orang alim tak boleh fikir....alim kejadah apa kalu macam tu.....

Berfikirlah secara lateral agar dapat membaca apa yang Tun harapkan kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru.

kedidi said...

Saya cuak jugak kalau jumpa tanpa saksi nih. Takut-takut media-media yang dok 'ampu' Pak Lah ketika ini akan menangguk di air jernih. Kononnya begitu dan begini. Sedangkan TDM tak ada saluran untuk menafi atau mengiyakan. La ni pun depa dok pusing cerita sesuka hati depa. Tapi tindakan depa tu bagai meludah ke langit. Muka depa juga yang kena air liur tu. Contoh pertemuan antara Pak Lah dengan TDM di Tokyo suatu ketika dahulu. Apa yang depa lapor? Kemudian sahabat kita di TV3 (Dato K) dan dari Bernama (Dato A) buat temubual eksklusif dengan Pak Lah. Akhirnya bukankah ia ibarat tikus yang membaiki labu? Kesian pulak pada Pak Lah.

Jadi untuk pertemuan kali ini saya tak khuatir apa-apa yang buruk akan berlaku kerana Pak Lah dan TDM bukan budak kecik lagi nak bertumbuk-tumbuk atau bertarik rambut...

Saya agak yang akan berlebih-lebih nanti ialah....ahhhh tak perlu saya sebutkan di sini rasanya satu Malaya dah tau.

shh said...

i wish the best for tun and PM.

i wish he would hear.

i wish nobody sleeps in meeting.

Ayub Tulakang said...

Salam utk semua,

Jika kedua-dua Pak Lah dan Dr M ikhlas dan jujur utk bertemu agar dapat memberi menafaat kdp Islam, orang Melayu dan rakyat Malaysia, InsyaALLAH sesuatu yg baik akan muncul dari pertemuan ini.
Tapi jika pertemuan ini utk membuktikan siapa lebih gagah dan berpengaruh, percayalah akan hanya ada lebih keburukkan dan ketidakstabilan politik berlaku.

Hanya mereka berdua yg tahu kejujuran dan keikhlasan masing-masing.
Kita sebagai rakyat hanya boleh berdoaagar ALLAH 'azza wa jalla sentiasa memberi hidayah dan taufiq kepada mereka, ameen.

Ayub Tulakang

morkymoqq said...

Datuk,

Dalam situasi sebegini, kita sudah mampu bernafas lega kerana ini merupakan satu perkembangan yang sihat antara dua pihak yang 'bertelagah'.
Mana mungkin tanpa penglibatan orang tengah (mubarak dan semua yg terlibat) perjumpaan ini dapat diaturkan. Tahniah!

Perlu diingat kedua2 pemimpin ini bukan sahaja mempunyai jadual waktu yg ketat antara mereka, pastinya kedua2nya juga mempunyai 'ego' dan pendirian yang ingin dipertahankan.

Saya kira tidak perlu kita menoleh ke belakang utk mempersoalkan kenapa pertemuan sedemikian rupa perlu mengambil masa yg lama utk diaturkan walhal kedua2 pemimpin mungkin 'i'm a call away' utk dipertemukan. Namun apa yang lebih utama adalah kesan dan hasil dari pertemuan empat mata itu nanti. Adakah kesannya akan lebih drastik ataupun akan mengambil sedikit masa utk dilihat impaknya.

Para analysis ekonomi, pastinya ingin melihat satu keadaan ekonomi yang lebih rancak yang mampu menarik pelabur asing kembali melabur ke dalam negara sekaligus dapat mengimbang perbelanjaan rakyat.

dari perkiraan politik pula, ini merupakan satu tautan kasih yang sedikit meredakan. Dalam menghadapi tekanan politik bukan sahaja dari dalam parti, komponen parti barisan dan juga pembangkang, pertemuan ini merupakan satu usaha yang sgt positif. Pastinya tumpuan rakyat akan lebih beralih kepada impak hasil pertemuan ini dari memikirkan metodologi gunapakai EPU dalam menentukan peratus 18 perkongsian melayu dalam NEP.

Harapan rakyat seluruhnya ingin melihatkan perubahan yang positif selepas ini. Jelas, TDM tidak akan kembali menjadi PM namun sebanyak mungkin pandangan, nasihat dan pendirian seorang yg pernah memimpin negara selama 22 tahun tidak harus dipandang enteng. Saya amat berharap untuk kesekian kalinya PM AAB dan mantan PM dapat duduk semeja berbincang, menerima kritikan dan memperbetulkan kesilapan masing2 dengan dada yang terbuka. Yang pasti pertemuan bersejarah ini perlukan pengorbanan demi orang Melayu dan UMNO.

p/s: terkadang saya termalu melihatkan partai bukan Melayu bulih duduk semeja 'behind closed door' untuk membincangkan permasalahan mereka. Sometimes, UMNO has to put down some hat and learn...

drmuzi2001 said...

mengapa semua mengatakan ini merupakan pertemuan perdamaian atau reconciliation.

TUn sendiri mengatakan beliau akan ke sana mengutarakan segala keluh kesahnya, dan semuany aterpulang kepada Abdullah untuk menerimanya.

apa akan terjadi jika Abdullah hanya dengar dan tidak mengubah apa apa?

adakah TUN akan terus menyepi diri ?

Sudah tentu tidak.

Perjumpaa ini akan menjadi bermakna jika Abdullah meneirma kritikan TUN secar aterbuka danjujur dan berusaha sedaya upaya untuk mmeperbaiki diri.

Perkara termudah yg Abdullah boleh buat atau mulakan adalah dengan menyingkirkan Brendan Pereira, Kalimullah dan Khairi dari media dan isu isu sensitif negara, nescaya Malaysia akan aman damai dan makmur berterusan.

penganggurpaksa said...

Jangan lepas jumpa jadi cerita lain pulak...dah la...lain cerita lain buat....

DoktorPiano said...

It will be nothing more than an exchange of pleasantries, bersalam, bermaafan(?). But then there are no witnesses. Who are we going to believe. Difficult to make nasi from bubur. Have to re-cook with new beras.

DoktorPiano said...

It will be nothing more than an exchange of pleasantries, bersalam, bermaafan(?). But then there are no witnesses. Who are we going to believe.

Anonymous said...

Datuk,

Media arus perdana memutar-belitkan cerita pertemuan ini seolah-olah sempena bulan mulia ini Dr Mahathir akan memohon maaf kepada Perdana Menteri dan begitu juga sebaliknya. Jadi kalau Dr Mahathir masih lagi mengkritik selepas ini, Dr Mahathir akan digambarkan sebagai orang yang tidak menghormati dan mempermainkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Wah hal, cerita sebenarnya, Dr Mahathir bersetuju untuk berjumpa bagi mengemukakan isu-isu yang beliau selama ini hanya berpeluang kemukakan di blog-blog dan majlis-majlis kecilan anjuran NGOs. Beliau sudah tentu tidak akan memohon maaf di atas isu yang bukan isu peribadi beliau. Beliau ingin memohon maaf di atas kritikan beliau tentang penjualan MV Augusta? Crooked bridge? AP? Buat apa?

Hantu Gigi Jarang

A Malaysian Lost said...

Datuk and Rocky,

Allow me to digress. Reading The Star report below makes me feel squirmy. Something is not right.

Can our PM, in all honesty and with his conscience clear, rebuke this recalcitrant Umno politician when he himself has given his children, son-in-law, brothers, former sisters-in-law and favorite friends “favorable” treatment in business and politics?

I beg everybody’s forgiveness for having to say that I am yet to be fully convinced that our PM is not involved in such a practice because where he is, more so as Finance Minister, the line separating propriety and the lack of it is thin indeed.

Furthermore the PM and other senior Government and Umno leaders are individually and collectively responsible for putting Zakaria where he is today.

Pardon me for saying, we continue to be in a state of denial and we lack integrity to rebuild this beloved nation of ours.

The Star report:

Friday October 20, 2006
What Zakaria did not good, says Pak Lah
KEPALA BATAS: What Port Klang assemblyman Datuk Zakaria Mat Deros did is not good in the eyes of the public, and action will be taken against him, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“We are from the ruling party and we are holding posts. So, definitely the people are not happy,” he said.
The Prime Minister was commenting on the controversy involving Zakaria, who is alleged to have built a four-storey mansion in Kampung Pandamaran, Port Klang, without getting approval of the Klang Municipal Council (MPK).
“He will be fined,” Abdullah told reporters after presenting Hari Raya aid to 642 poor and orphaned folk in Penaga yesterday.

the legend said...

semoga Dr mahather jumpa pak lah dengan rasa yang ikhlas sebagai abg dan adek...

negeri sebelah2 ja... kedah n penang takkan mau kelahi kot?

Anonymous said...

Cerita ringan.

Along memutuskan untuk menyerah Merc pada Angah. Along ada sebab sendiri kenapa beri pada angah, tidak pada alang, anjang, acik atau yang lain-lain.

Along selepas sekian lama, tidak mahu lagi memandu Merc. Ingin banyak berehat, beribadat, berfikir, membuat refleksi dan merenung.

Angah tidak tunggu lama untuk modify Merc, dengan warna baru, tukar rim, tukar warna kusyen dan lain-lagi. Along hanya tenguk saja.

Along juga dengar ura-ura angah nak tukar nombor plet. Borang telah diisi di JPJ. Along hanya dengar saja.

Dulu Along guna Merc untuk macam-macam tujuan. Antaranya membawa PakMad dan MakCah ke hospital sebulan sekali untuk rawatan. Anak jiran juga menumpang untuk kesekolah. Along lihat sekarang PakMad dan Makcah naik bas kehospital dan anak-anak jiran berjalan kaki kesekolah.

Semalam Along dengar, angah nak jual ke second hand dealer. Along berfikir apa nak buat. Along tahu Merc diberinya percuma, dari abang kepada adik. Along juga telah berpesan untuk angah teruskan khidmat bawa PakMad dan MakCah kehospital dan anak-anak jiran kesekolah.

Along juga mengingatkan tentang penyenggaraan berkala yang mesti dibuat; tukar minyak hitam, tukar filter, tenguk angin, tenguk air dan cuci seminggu sekali. Nampaknya angah tak buat itu semua.

Along tak mahu berdiam diri lagi. Along akan berkata-kata, dan kata-kata along tetap pedih. Along tahu kalau angah tak tahu pakai Merc, along kena serahkan pada adik-adik lain yang lebih sesuai.

Terimaksih.

penganggurpaksa said...

Datuk,

Apa dah jadi dgn pertemuan yang dicanang2kan ni? Tak sabar pulak rasanya nak tengok permainan wayang PM...

Hari Isnin baru nak jumpa ke? berapa lama meeting nie..setakat sejam dua aje ke?

Atau PM nak bagi alasan macam si MAWI yang terlampau sibuk...

Oh! ye tak ye jugak le...mungkin jugalah sekarang PM tengah sibuk cari bahan untuk menjawab persoalan yang akan dikemukakan...

TDM nak jumpa pun susah...macamana pula kisahnya kalau rakyat biasa nak berjumpa?

Padahal ofis seberang jambatan Putrajaya aje...tak nak ada saksi pulak tu...apa yang rahsia sangat tu? Rakyat pun nak tahu juga...

zucherio said...

Dato',
While Tun and Badawi is having their meeting , what do you think Najib would be doing?

zahimi said...

Datuk dan semua,
Mungkin hanya saya seorang yang berpandangan bahawa pertemuan yang dirancangkan ini adalah tidak perlu malah jika diteruskan juga, tidak akan membawa sebarang hasil positif kepada negara dan rakyat.

Mengapakah saya berkata demikian?

Dari perspektif MUBARAK, hubungan dingin antara Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi telah menerbitkan bibit-bibit pepecahan di kalangan orang Melayu. Maka usaha untuk mempertemukan Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi diharapkan dapat menjernihkan kekeruhan melalui kompromi dan saling bermaaf-maafan.

Dari pihak Dr. Mahathir, isu-isu yang dibangkitkan beliau mempunyai merit dan melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Isu dan persoalan yang dilontarkan beliau setakat ini bukan sahaja gagal diberi perhatian dan tindakan sewajarnya oleh kerajaan Abdullah Badawi malah usaha-usaha giat dilakukan untuk menutup mulut beliau agar perkara-perkara yang dibangkitkan beliau tidak sampai kepada rakyat umum. Dalam pertandigan merebut G7 di Kubang Pasu, segala kaedah halal dan haram telah dilakukan dalam usaha mematikan suara beliau. Abdullah Badawi nyata berbohong bila berkata dia tidak mengamalkan kaedah matlamat menghalalkan cara.

Dari pihak Abdullah Badawi pula, beliau secara langsung telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mendengar isu-isu yang akan diutarakan oleh Dr. Mahathir dalam pertemuan mereka. Apakah beliau masih tidak tahu apakah isu-isu tersebut?

Secara ringkasnya peristiwa yang dirancangkan ini memberikan tafsiran berbeza kepada pihak yang berbeza:

MUBARAK - ini adalah pertemuan perdamaian dua pihak yang bertelagah.

Dr. Mahathir - ini adalah platform untuk menyatakan secara rasmi kepada Abdullah Badawi akan segala isu-isu yang telah dibangkitkan oleh beliau.

Abdullah Badawi - ini adalah forum untuk mendengar rungutan dan sungutan Dr. Mahathir.

Jadi apakah hasil positif yang bolah kita harapkan dari pertemuan/platform/forum yang dirancangkan ini?

Akhir sekali, sekiranya saya layak untuk memberi nasihat kepada Dr. Mahathir, inilah nasihat saya:

Mengenali sifat dan sikap Abdullah Badawi yang tidak boleh dipercayai serta ditambah lagi dengan ketiadaan saksi, maka sewajarnyalah Dr. Mahathir mengutarakan isu-isu beliau SECARA BERTULIS, dan gunakanlah 'pertemuan' ini sebagai upacara rasmi menyerahkan nota bantahan kepada Abdullah Badawi. Sebarang perbincangan adalah tidak perlu kerana Abdullah Badawi siang-siang lagi telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mendengar sahaja. Bawalah 2 salinan 'nota bantahan' tersebut:
-satu untuk diserahkan kepada Abdullah Badawi
dan satu lagi untuk dibaca dihadapan beliau.

mis_tey said...

According to rocky’sbru the meeting is today scheduled at 3pm. Let’s hope some good will come out of this meeting.

I pray that Kalimullah & gang will be out of NST and wont get near any of the key Govt institutions…if what bro rocky said is true.

God save our country.

---------------------------------

Sunday, October 22, 2006

PM MEETS DR M 3PM TODAY

KJ and his Fourth Floor apparatus from Putrajaya have been busy planning BIG things for the economy, which will include inter-GLC mergers and acquisitions and putting the "right" people at key institutions like the EPF.

One of the plans is to make Kalimullah Hassan, the former Singapore Straits Times operative and now editorial adviser of the NSTP, the Chairman of the Permodalan Nasional Berhad.

If Dr M had his way at today's meeting with KJ's father-in-law, Kalimullah won't get anywhere near enough to smell the leather on Ahmad Sarji's power seat and the RM50 billion in funds that the PNB manages.

If not, everything else is possible, too. Expect them to quickly try, once again, to also have a new governor for Bank Negara.
posted by rockybru at 10/22/2006 01:18:00 AM

drmuzi said...

Dato , i heard a peice frm Rocky Bru, usually his facts are correct.

About the possible reschuffle at PNB and Bank Negara.

Everything being done to ensure the present BANK NEGARA Governor and present PNB chairman vacant the seat to 4th level boys.especially so Kalimullah at the PNB.

if that is true..i am sure we will definitely goes to the dogs.

The only factor i still beleive in Malaysia finacial structure becoz we have people like Zeti Akhtar Aziz although she was not giving a free hand as she was before during Mahathir era, but i am extremely confident she put Malaysia first above all .

If she is removed, that is bad days for Malaysia.

"Zaman kegelapan Malaysia"

I hope Rocky Bru's got his info wrong this time.

A KADIR JASIN said...

The following is Bernama's early filing of the news of the meeting between the PM and Tun Dr Manhathir:

"October 22, 2006 18:29 PM E-mail this news to a friend Printable version of this news

Abdullah, Dr M Meet At Seri Perdana

PUTRAJAYA, Oct 22 (Bernama) -- The eagerly- awaited meeting between Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad took place at the prime minister's official residence "Seri Perdana" here Sunday.

Details of the meeting which took place merely days before Aidilfitri are not immediately available.

Dr Mahathir, who has been critical of Abdullah's administration, was seen leaving the residence slightly after 5pm in a black luxury car which sped off after exiting a private entryway.

Donning a checkered short-sleeved shirt, he could be seen smiling to journalists from the car's front passenger seat.

It could not be ascertained when exactly he entered the building although it is believed he did so at about 3pm.

A KADIR JASIN said...

Drmuzi said: "I hope Rocky Bru's got his info wrong this time."

I share your hopes and sentiments whole-heartedly. I pray that Rocky is wrong.

Tan Sri Dr Zeti is one of the best Central Bankers Malaysia ever have. She's also one of the finest in the world. She's one person who does not succumb to outside meddling.

As for the PNB, any future chairman should not be anybody less capable than the former chairman, the late Tun Ismail Ali and Tan Sri Ahmad Sarji, who is the current chairman.
Integrity is the essence.

Anything less is a betrayal of the trust of the nation and an act that will jeopardise the future of the Bumiputera.

Thank You.

aku said...

@langit biru: anda terlupa satu perkara, TDM kalau boleh disamakan, bukanlah seorang pengkritik bola yang biasa, beliau adalah veteran jaguh bola yang bersara, mengambil keputusan untuk mengkritik.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).