Friday, January 26, 2007

Another Luxury Jet For The Pembesar?

A Kadir Jasin

[No anonymous comments will be posted. Please use your real indentity or a suitable pseudonym. Please avoid seditious and defamatory statements.]

[UPDATE, Jan 29]THE Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, confirmed that an Airbus A319 Corporate Jet is being made available to the country’s VVIPs, including the King.

But according to The Star newspaper’s short message service (SMS), the PM said the Government did not buy the plane but instead leased it.

Whether the Government is buying the jet or is leasing it, the cost of leasing and operating it will still have to be shouldered by the taxpayers.

It is understood that the US$50-million plus aircraft is bought by Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), a wholly-owned subsidiary of Khazanah Nasional Berhad. PMB has a leasing arm. It owns all the aircraft operated by Malaysia Airlines Berhad (Mas).

[ORIGINAL POSTING]

DO we, the taxpayers and voters, need to lavish our pembesar (VIPs) with another private jet?

Over the years we had already financed the purchase of four such aircraft – a Boeing Business Jet, a Bombardier Global Express, a Dassault Falcon 900B and a Fokker F-28.

They are still flying and we are paying for their maintenance and operation by the VIP No2 Squadron of Royal Malaysian Air Force (RMAF) in Subang.


Have we, the taxpayers and voters, decided to purchase another luxury jet for them? I don’t know about you, but I can’t recall making such a decision.


So I am surprised when I was told that our government – one that we voted in with massive mandate in 2004 and to whom we pay all kinds of taxes, fees and duties – had bought yet another luxury jet.


This latest toy that we have to pay and maintain is an Airbus A319 Corporate Jet which, according to industry sources, can cost anywhere between US$40 and US$45 million without fixtures. Converting it to VIP configuration can cost another US$10 million.


According to a website dedicated to the sale of Airbus aircraft, “our” luxury jet made its maiden flight out of Airbus Industrie's Hamburg, Germany plant on Nov 29, 2006 and is now being outfitted by interior specialist Jet Aviation in Basel, Switzerland.


Taking the lower figure, the corporate jet will punch a US$50-million hole in our pocket. That’s a big hole. It’s equivalent to about RM175 million, which can build a lot of classrooms, hospital wards and not to mention mosques and rural roads for the rakyat. Or help rehabilitate Johor flood victims.


But alas our pembesar, having told us to change our lifestyle to cope with rising fuel prices, electricity rates, water tariffs and local government charges, are not about to change theirs.

Footnote: If this entry is inaccurate in any way, our democratically elected government or its agents are welcomed to respond. I undertake to publish their response in full.

79 comments:

Malaysian in Middle East said...

Dato,

Mintak maaf saya bertanya (mungkin saya tak faham 'procedure' belanjawan negara), tidakkah keputusan pembelian jet tu perlu dibahaskan dulu di mesyuarat kabinet atau parlimen atau mana2 forum?

Macam mana negara nak tentukan belajawan di uruskan dengan berhemah jika mana2 pembesar termasuk PM boleh 'tiba-tiba' membeli itu dan ini sesuka hati dia?

Cuba kita jumlahkan 'belanjawan' yang tak behemat ini satu-persatu. Jumlahnya saya yakin boleh menampung beban rakyat jelata yang semakin hilang punca.

cuit-cuit said...

Ybhg. Dato,

Kecewa, benar-benar kecewa.

Inilah yg diwar-warkan sebagai sebuah Kerajaan yg berjimat cermat, clean and thrustworthy.

Kepercayaan rakyat dgn memberikan kemenangan yg begitu besar telah membuatkan pembesar-pembesar menjadi besar kepala.

Rakyat disuruh berjimat cermat dalam waktu yg sama pembesar-pembesar berbelanja boros dan lebih malang dgn menggunakan wang rakyat.

lat said...

syarikat mana pula jadi broker?Brapa million RM RM RM pula komisen depa dapat?ingatan untuk broker luar- pastikan komisen dapat dulu kalu tidak kena C4 macam atantunya.2008 tol plus pula naik.depa nak beli apa pula tu?poket rakyat koyak rabak depa bukan main syok belasah kita.satu undi BN untuk satu kenaikan barang.Kalau tak percaya pangkahlah depa next GE. Jangan terpedaya lagi.ingat anak cucu kita. Jangan pula kerna beras sekampit, gula sekilo, kain pelikat sehelai kita pelingkup bangsa.nanya punya kes.

kluangman said...

Kita ucapkan tahniah dan syabas kerana kerajaan sekarang amat berani menderhaka kepada rakyatnya sendiri. Jika ini berlaku di Thailand, maka ramai pembesar negara dan gundek2 mereka lari meninggalkan negara..

Rakyat Malaysia memang sudah lama 'bacul' dalam membuat keputusan, dan kita lihat sekali lagi sikap ini di Batu Talam nanti.

Apapun jika dikaitkan dengan banjir terbesar di Johor, negeri kelahiran UMNO... Adakah itu petanda awal UMNO akan hanyut dan tenggelam dalam pilihanraya akan datang..Seperti juga banjir di Johor yang tidak pernah di sangka sangka, maka mungkin begitulah juga nasib UMNO dan BN

Sitamaya said...

Dato’,
Tepat perspektif Dato’ tu. Dana membeli jet mewah bermilion-milion itu – jika disalurkan kepada pembinaan sekolah, kolej vokesional, parit yang baru untuk orang kampung, kemudahan broadband untuk orang-orang ulu, jalan raya yang selamat, biasiswa untuk anak-anak pintar, R&D yang intensif, saya yakin wawasan 2020 bukan setakat wawasan lagi.
Pelaburan keatas infrastruktur, modal insan tidak pernah membawa kekecewaan kepada pembangunan. Tetapi perbelanjaan kepada kemewahan, lazimnya sementara, tidak memberi pulangan dalam jangka masa panjang dan yang memeritkan, ia diperas (secara licik) dari poket rakyat. Beban ini adalah besar kepada rakyat miskin dibandingkan dengan yang berada.
Kita tak kata pemimpin tidak memerlukan jet mewah, tapi biar berpada dan bertempat. Yang penting bukan kemewahan, tetapi jet yang membawa pemimpin kita kepada destinasi dalam waktu yang pantas dan tepat supaya mereka dapat menyempurnakan misi negara dengan cepat, selesa dan selamat. Kita perlu memudahkan pemimpin kita berunding atau berjuang dalam arena antarabangsa untuk kepentingan negara. Maka duit rakyat, dalam konteks ini adalah berbaloi kerana mereka menikmati pulangan dalam bentuk polisi yang membawa kesejahteraan kepada mereka.
Kedua, bukan kita kata agenda jet mewah tak penting, tetapi biar prioriti belanjawan negara kita betul. Malaysia bukan Saudi Arabia yang memiliki dana melimpah-limpah. Kita berdepan dengan situasi belanjawan yang terbatas kerana tuntutan pembangunan yang tinggi dan pelbagai.
Masih banyak ruang dan jurang pembangunan yang meminta-minta pembaikan; seperti pembangunan yang tidak seimbang; industri vs pertanian, jurang ekonomi inter dan intra etnik, perbezaan pembangunan antara wilayah, daya saing eksport yang menurun dan pelbagai masalah mendesak yang lain. Belum disebut kemunduran orang Melayu...
Nyata pelaburan ke atas jet mewah tidak akan memberi penyelesaian kepada masalah yang mendesak ini.
Bukan setakat pembaziran yang dibimbangkan, tetapi kita sangsi kemampuan pemimpin memacu pembangunan dalam laluan dan wawasan yang diamanatkan oleh rakyat.
Salam mesra Dato'.

shar101 said...

Dato,

Despite your footnote request on rebuttal by the powers that be, there's something 'fishy' about this plane story.

A commentator at Screenshots mentioned that this story was 'planted' to instigate a reaction, presumably from blogs.

It would be prudent for all of us to be extra careful at the current time.

cre8tif said...

salam dato,

after the great deal of song and dance in DAVOS by the beloved PM of Islam Hadhari and selling it to the whole world, such jaw-dropping purchase would hopefully not become a centre-stage of the global news front - it is already em brassing for the PM to be rebuked by the Turkish daily for defending the existence of the gift of the yacht by a businessman.

With RM200 million, there can be so many schools/business/family that it can help them to get back on their feet and most likely to improve the irrigation and water channeling in the southern states.

It is also not so much about paying for one but how much more to pay to MAINTAIN this mechanical bird in the sky.

Faizal said...

YBhg Dato',

Saya terlalu kecewa dgn keadaan negara hari ini. Saya tambah kecewa dgn sikap 'pembesar' UMNO dewasa ini. Antara mereka yg mampu berbuat sesuatu, siapalah agaknya yg mahu menurut kebenaran?

This is how i see it....kerana terlalu kecewa; biarlah mereka 'pembesar' negara bergaya pula dengan pesawat baru mereka.

Asal JANGAN,

Negara tergadai!

1.Gagalkan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas!
2.Gagalkan Cadangan "Free Access Zone'!

Terbanglah setinggi boleh dgn pesawat termoden. Bila jatuh.....

Saya terlalu bimbang apabila memandang ke hadapan. Apa kita ada masa yg boleh diluangkan untuk berehat daripada penat bekerja, berfikir untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan akibat segala keputusan pandir 'Pembesar' hari ini?

Pembesar pelapis atau bakal Pembesar Agung perlu insaf, untuk memimpin hari esok perlu bermula dgn hari ini.

YBhg Dato',

Harap dapat beri buah fikiran terhadap dua perkara;
1. FTA US-Malaysia
2. Free Access Zone di Johor

Harap kita sama-sama dapat beri buah fikiran.

Salam hormat,
Faizal
PJ, Selangor

budak gong manak said...

Salam buat Dato dan pembaca sekelian.

Izinkan saya melontarkan 1 soalan

Ditakdirkan KITA menjadi pembesar adakah kita membeli jet baru jika keperluan itu mendesak yakni kapal terbang yang sedia ada tidak memcukupi atau kurang laju yang boleh mengakibatkan kelambatan/ketidak hadiran kita dalam majlis rasmi ATAU kita memberi subsidi kepada rakyat kerana rakyat sekarang dibebani dengan masalah kenaikan harga barang keperluan?

Anonymous said...

AJK... "Footnote: If this entry is inaccurate in any way, our democratically elected government or its agents are welcomed to respond. I undertake to publish their response in full."

Nice lob into their court (pun not intended), Sir!

All other open Malaysian bloggers (open as in blogging openly under own names, NOT open as in inviting institutional vindictiveness and bullying) should take this elegant lead of yours.

mekyam

drmuzi said...

Dato Seri Abdullah Haji Ahmad want to inspire the world with the spirit of Islam Hadhari that even in his homeland seems to lose steam.

Perhaps a brand new executive jet may little bit elevated his beating profile.

here we have Air Force 2 hehe

kedidi said...

Dato' dan Bloggers,

Pembelian jet tu patut dilihat sebagai langkah Pak Lah dan para pembesarnya terbang ke sana ke mari mencari peluang-peluang 'me-nega' untuk negara. Kalau banyak peluang 'me-nega' maka lebih banyak lah peluang nak dapat komisyen.

Dapatlah para pembesar melawat mangsa banjir di selatan, utara, timur dan barat negara. Sebelum ni depa dak dapat pi cepat sebab tak dak jet.

Dapatlah depa pulang segera dari percutian depa yang jauh di pergunungan dingin sekiranya rakyat tiba-tiba ditimpa bencana.

Dapatlah depa mempercepatkan lagi langkah depa yang ketua besaq nombor satu depa sendiri dah mengaku agak perlahan.

Moga-moga Malaysia kita ni tak hancur lebur 'dikerjakan' oleh depa.

Kalau hancur lebur depa senang lari sebab ada jet, kita???

Terimakasih.

langit biru said...

Dato'

Apa nak di kato!!!

Teringat saya kepada seorang rakan lama saya bertugas sebagai doktor di hospital kerajaan. Beliau menceritakan pengalaman paling menyedihkan dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, di mana 5 bayi yang baru dilahirkan meninggal dalam masa 1 hari kerana masalah kelahiran dan tiada "ventilator" atau mesin bantuan pernafasan di ICU bayi (kesemua mesin yang ada digunakan). Tambahnya lagi, mesin ventilator tu masing-masing dah berumur 20thn!! Saya bertanya berapa harga sebuah ventilator? Sama harga sebuah kancil! Kalau Mercedes/Volvo/BMW berumur 20thn pun boleh diragui ketahanannya,apatah lagi mesin ventilator tu!!

Cukup sedih dan kecewa.

Sinatra_Z said...

Datuk,
Saya dibesarkan di dalam rumah yang sangat setia dengan UMNO. Saya dibesarkan dengan ingatan dari ayah tentang jasa UMNO kepada kita dan sebagainya. Saya juga masih setia dan tidak ingin mengundi pembangkang, akan tetapi datuk nampaknya pembesar kita dah lupa tentang masaalah kita orang biasa ni. Masaalah tentang kenaikan harga minyak, tol, tariff eletrik, air dan sebagainya.

Jadi datuk, sebagai orang yang setia kepada UMNO, yang makin tertekan apabila mendengar cerita cerita begini. Saya yakin ramai yang macam saya ingin bertanya kepada datuk sekarang yang juga merupakan ahli UMNO.

Datuk apa perlu kita buat sekarang untuk mengingatkan pembesar-pembesar kita? Takkan sampai kena undi selain dacing kot?

Red84 said...

Datuk,


Alang-Alang Seluk Pekasam

Porr-dah!!
Buat ini, buat itu
konon!

Bagi duit tah hilang ke mana
Nak tolong orang susah konon

Ni, yap-pur ch'ng
aku tanya hang sat

makmal komputer apa jadi
hospital apa jadi
kapal lumut apa jadi
submarin apa jadi
proton apa jadi
SJER apa jadi
halal toyyiban,
halal hub apa jadi?

Porr-dah, datuk kelana
mati tupai berangganlah
nanti.

A fool and his blog will soon part.

ishkan said...

Our PM is a 'happy PM'. He has reach a peak of a carear. You know he has been through a lot to get to where he is now. A very powerful man who report to no one. He is the ultimate CEO. With no board of directors to oversee him. He doesn't have to solve any problems, a lot of his people will do it for him. He should be able to enjoy the fruit of his labor. He has arrived. A beutiful jet will be just nice for him

Unlike TDM who think a PM job just a way for him to transform society. TDM has to read a lot. Has to travel a lot. Has to work a lot. Has to take responsibility. Has to shoulder blame and give out punishment. A failure of society will be considered his own. He was not a very nice main. Too serious and and not too friendly. Maybe even too fierce sometime.

We Malaysian should appreciate a nicer man. Shouldn't we?

Harat said...

Saya salah seorang yang menganggap bahawa pembelian jet baru oleh kerajaan pada masa ini bukanlah satu keperluan, dan kerana itu agaknya bukanlah tindakan yang wajar.

Saya tidak tahulah jika kerajaan menganggap bahawa kita sekarang berada dalam "zaman mewah', dan kerana itu kerajaan boleh sahaja berbelanja boros seperti itu.

Namun, saya yakin kebanyakan rakyat akan sependapat dengan saya bahawa tindakan kerajaan berbelanja boros itu sebagai tidak wajar; bukan sahaja kerana wang negara lebih perlu digunakan untuk tujuan pembangunan, tetapi kerana kehidupan majoriti rakyat sekarang sedang terhimpit oleh kenaikan harga minyak, tol, air dan perbelanjaan hidup pada keseluruhannya.

Hanya yang saya kurang pasti adakah tindakan kerajaan yang tidak wajar itu boleh mencetuskan "kesedaran politik" di kalangan rakyat bahawa sekarang sudah sampai masanya sokongan kepada kerajaan patut dikurangkan, kalaupun tidak ditarik balik?

Saya memang mengharapkan "kesedaran politik" yang demikian akan timbul di kalangan majoriti rakyat kita. Akan tetapi, jika "kesedaran politik" yang demikian tidak timbul, sukarlah kita mengharapkan bahawa kerajaan akan pernah merasa "bersalah", walaupun kerajaan berbelanja boros pada masa yang salah dan pada tempat yang salah.

Anonymous said...

Dato,

sitamaya said "Dato’,
Tepat perspektif Dato’ tu. Dana membeli jet mewah bermilion-milion itu – jika disalurkan kepada pembinaan sekolah, kolej vokesional, parit yang baru untuk orang kampung, kemudahan broadband untuk orang-orang ulu, jalan raya yang selamat, biasiswa untuk anak-anak pintar, R&D yang intensif, saya yakin wawasan 2020 bukan setakat wawasan lagi."

Very agree. Tambah lagi, tingkatkan lagi pembiayaan penyelidikan di universiti-universiti tempatan di samping memertabatkan percambahan ilmu baru di kalangan rakyat Malaysia.

Cikgu Sekolah Tinggi

A KADIR JASIN said...

Saudara dan saudari pembahas yang saya hormati,

Banyak di antara anda yang bertanya pandangan saya mengenai banyak perkara yang tidak terjawab oleh saya.

Jawapan kepada soalan-soalan yang saudara dan saudari bangkitkan sebenarnya perlu dijawab oleh wakil-wakil yang kita pilih pada pilihan raya umum yang lalu.

Saya bukan wakil kerajaan atau jurucakap mana-mana pembesar.

Dalam banyak hal saya pun dalam kegelapan dan kegusaran seperti saudara dan saudari juga.

I don't have the answer and I am equally miffed by the goings-on in this beloved country of ours.

Tapi saya ingin mengulas sedikit tentang Umno kerana banyak orang tahu saya ahli Umno.

Some said it was a shame that I decided to become a card-carrying member of the party. They questioned my position as a journalist because I am a party member.

Saya hanya ahli biasa di sebuah cawangan kecil di sebuah kawasan pilihan raya yang dikuasai oleh Pas di negeri Kedah. Tak ada jawatan dan tak berminat berjawatan. Ahli biasa saja.

Umno, seperti juga parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan lain, wujud kerana ada orang menyokongnya. Umno kuat kerana penyokong ramai dan berjaya kerana daripada kalangan ahli yang ramai itu ada orang yang ikhlas yang berkemampuan dan bersedia memimpin.

Kalau daripada begitu banyak ahli Umno tiada lagi orang yang ikhlas dan berkemampuan yang sedia memimpin atau diterima untuk memimpin, maka Umno mungkin akan menderita nasib yang sama seperti yang berlaku kepada parti-parti nasionalis yang lain di India, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan banyak negara lagi.

Terima kasih.

kawan said...

Syabas! Pembesar negara kita boleh ke sana ke mari memajukan agenda negara dengan jet baru yang besar lagi mahal! Saya percaya satu hari nanti jet baru ini akan dipamir di Langkawi di pamiran LIMA. Nah, apabila itu berlaku, bolehlah kita rakyat kecil dapat naik dan duduk dalam jet itu dan merasa nikmat kerusi empuknya.

Pengorbaban seorang pemimpun tu besar Datuk, lebih besar dari pengorbanan orang macam kita, yang cuma hanya tahu menulis dan kadang-kadang mengkritik. Saya percaya jet berkenaan dibeli atas nasihat mereka yang mengelilingi Pembesar kita. Dan saya rasa kita patut berterima kasih banyak2 kepada Pembesar negara kerana tidak membeli sebuah lagi jet untuk spare. Tapi bagaimana dengan helikopter Datuk? Tak kah Pembesar juga harus membeli sebuah helikopter yang sesuai dengan statusnya? Saya pernah dengar kisah seorang pemimpin yang menaikki helikopter di Johor untuk meninjau pembinaan CIQ. Alkisah, pemimpin besar tersebut ditemani juga pihak pengurusan tinggi syarikat yang membina gerbang berkenaan. Namun, tinjauan berkenaan tidak berhasil kerana pemimpin kita terlena diawan dan tidak dapat melihat kerja2 pembinaan dari udara. Oleh yang demikian, maka besar jugalah kemungkinan bahawa sebuah helikopter yang sesuai akan dibeli supaya pemimpin kita dapat menjalankan tugas dengan sempura dan dedikasi.

Tentang perbelanjaan dan pengurusan dana negara, saya cuma nak komen satu sahaja. Kalau tak silap saya, kedua-dua menteri kewangan negara kita pernah dianugerahkan gelaran menteri kewangan yang paling berkaliber di rantau ini! Kebanyakan akhbar utama melaporkan berita ini di dada depan akhbar mereka!

Membeli sebuah jet berharga AS$50 juta mungkin hadiah kecil untuk pembesar negara Datuk!

walaweh said...

Datuk,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk khususnya dan semua pengundi UMNO am nya kerana telah memilih sebuah kerajaan yang datuk sendiri sedia maklum untuk memimpin negara Malaysia yang aku duduki ini.

sememangnya saya tiada kuasa sekarang dan hanya berterima kasih saja. ini kerajaan yang datuk dan 90% rakyat malaysia telah pilih, so, berharap datuk dan 90% yang lain pergilah mengadap mereka, merayu kepada mereka, memujuk mereka,memohon kepada mereka atas segala kesusahah, kepayahan, kesengsaraan, ketidakadilan mereka.....sepertimana yang datuk muatkan dalam blog dato........sesungguhnya inilah DOSA datuk dan 90% yang lain keatas saya dan mereka yang tidak mengundi UMNO.

Sekali lagi saya ucapkan TERIMA KASIH DATUK

A KADIR JASIN said...

Saudara “commuter”,

Komen Saudara menarik. Tetapi saya tidak dapat menyiarkannya kerana tidak elok kita menggelar pembesar kita DYMM.

Mereka mungkin berasa diri mereka macam raja, tetapi kita tidak patut menyindir mereka dengan gelaran itu kerana ini boleh dilihat sebagai mempersendakan raja-raja kita.

Kalau tidak salah saya, perbandingan yang saudara buat dengan Raja Swaziland itu tercetus daripada berita berikut:

"New Luxury Jet for the King as Famine Stalks Swaziland
Inter Press Service - August 8, 2002
James Hall

MBABANE, Aug 8 (IPS) - The timing could not have been worse. The week that UN agencies at work in the kingdom called for 19 million U.S. dollars in emergency food relief from international donor source to prevent hundreds of thousands of Swazis from starving, government announced it is purchasing a 50-million-U.S.-dollar luxury jet for King Mswati."

Tentang kediaman dan pejabat Perdana Menteri British pula, Saudara berkata ia hanyalah sebuah rumah teres. Berikut maklumat dari Wikipedia: 10 Downing Street is the residence and office of the Prime Minister of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, situated on Downing Street in the City of Westminster, central London. It is actually the official residence of the First Lord of the Treasury, but in modern times this post has always been held simultaneously with the office of Prime Minister.

Mengenai pesawat VIP Kerajaan British pula, berikut adalah maklumat daripada Wikipedia “Having replaced the former Queen's Flight in 1995, 32 (The Royal) Squadron uses the BAe 125 CC.3, Agusta A109 and BAe 146 CC.2 in the VIP transport role, based at RAF Northolt in west London. More routine air transport tasks are carried out by the Tristars and VC10s based at RAF Brize Norton, both used to transport passengers and cargo, and for air-to-air refueling.”

Saya tidak pasti sama ada Tony Blair diberikan private jet atau tidak, tetapi adalah kebiasaan pemimpin politik British naik kapal terbang komersial, kereta api dan bas.

Tentang Sri Perdana pula, laporan terakhir dari Parlimen mengatakan pengubahsuaian dan baik pulihnya sejak Dr Mahathir keluar pada tahun 2003 telah menelan belanja lebih RM12 juta.

Untuk makluman “Kawan” pula, kita memang ada helikopter VIP untuk para pembesar kita daripada jenis Sea King/Sikorsky S-61 dan Black Hawk. Tak tahulah kalau itu pun tak memadai lagi.

Walaweh pula berkata: "sesungguhnya inilah DOSA datuk dan 90% yang lain keatas saya dan mereka yang tidak mengundi UMNO."

Kalau mengundi Umno (BN) dosa saya kepada saudara, saya pohon ampun.

Kepada Saudara dan saudari para pembahas yang lain, terima kasih atas sumbangan berharga anda semua. Tuhan berkati dan lindungi.

Terima kasih.

Mr. Smith said...

Datuk Kadir,
This present batch of UMNO leaders are totally devoid of any sense of morality , decency and responsibility.
They are a ravenous and hedonistic lot.
Now, why would a morally upright man like you belong to a party led by people with such credentials.
Why not get out of this cesspool.

Berita dari gunung said...

Kita juga menguruskan bujet kecil hasil pendapatan dari pekerjaan. Kita selalu berkira-kira, supaya poket tidak selalu bocor. Kita selalu susun senarai ikut prioriti. Kita juga tahu ada belanja jenis kecil macam beli selipar bila yg lama dah haus sangat. Ada masa-masa kita belanja yang kesannya bertahun-tahun kedepan; beli rumah, beli kereta, pelajaran anak-anak dsb.

Kebanyakan dari kita, memang waras dalam berbelanja. Harap, kewarasan itu juga ada, ketika kerajaan berbelanja. Secara umum rakyat tumpang gembira bila sekolah, hospital dan jalan luar bandar dibina. Secara jujur saya dapat berterimakasih kerana sekolah, hospital dan jalan dapat dinikmati hasilnya oleh ramai.

Tentang Jet mewah pula, sukar saya nak komen sangat, sebab saya tak pernah rasa naik. Mungkin diperlukan sangat-sangat. Mungkin yang lama dah tak bagus. Mungkin trip ke luar negara sekarang ini berlipatganda kerapnya.

Dalam benak kecil saya, sekadar mengharap, Jet Mewah dibeli secara sedar dan waras.

Ordinary Superhero said...

Syabas Dato'.

If responsible blogging is what they want, you just smacked them on their face.

Sinbad said...

Dato,

Tidak lama dahulu, saya ada terbaca di blog ini, seseorang mengandaikan negara kita umpama kisah Nujum Pak Belalang.

Saya rasa kita masih boleh ingat lagi dialog lakonan Aziz Satar dan S.Shamsuddin ini.

Satu untuk kau
Satu untuk aku
Dua untuk kau
Dua untuk aku ...

Dato...

Sekarang di Malaysia ini, dialog nya sudah berubah menjadi ...

Satu plantation company untuk kau..
Satu merchant bank untuk aku ...
Satu sub-marine untuk kau ...
Satu jet untuk aku ...
Satu percent toll naik untuk kau ..
Satu percent minyak naik untuk aku.
Satu percent air naik untuk kau ..
Satu percent elektrik naik untuk aku ...

The list go on Dato ...

wave said...

Mr kadir jasin. I don't mean not to believe on the issue posted here, but me and my friend just curious to ask where do you get all of this information? does it leaked from the government source or how??

mon said...

Ybhg. Dato,

Terbaca dalam rocky's bru

.....please don't forget to credit the original poster for the photo of said aircraft because if you click the link given to you earlier, you'd realize that it's copyrighted... surely, you don't need another one, do you?....

bagaimana dengan gambar dlm blog Dato ini?

Muhammad Abdullah said...

mr.smith, you wrote:

"This present batch of UMNO leaders are totally devoid of any sense of morality , decency and responsibility."

That's not true. I advice you not to reproduce PAS propaganda on a discussion space as its does not help discussion.

mr.smith, you wrote:

"They are a ravenous and hedonistic lot."

In every party, be it BN, PAS, PKR or DAP we do have hedonistic people. Also, there is nothing wrong in hedonism and human beings are created by God to enjoy life.

mr.smith, you wrote:

"Now, why would a morally upright man like you belong to a party led by people with such credentials."

You are now making a personal attack on UMNO members. This is not ethical at all. PAS made too many personal attacks during the last 2004 elections, and that's why they lost Trengganu!

kittykat46 said...

Hi Brother,
For the benefit of those worried that AAB luxury jet is a piece of misinformation or "fitnah".

I happen to be an aircraft enthusiast.

D-AIDR, the airframe registration shown in the photographs belongs to a real aircraft - A-319-115CJ model build by Airbus, completed December 2006. Registered to the MALAYSIAN GOVERNMENT.

This cannot be covered up by OSA or any other Malaysian law. Any legitimately registered aircraft in the world can be traced through the ICAO database - equivalent to your car's registration number.

aWeK said...

Hmm...

Lamanyeeeeeeeeeeeeeeeee next pilihanraya...

syed syahrul zarizi said...

Dato

A Blogger & being responsible. You are leading by example

lmd said...

Dato'

Izinkan saya satu permintaan. Saya percaya blog Dato' ini dilayari oleh para pegawai Jabatan Perdana Menteri dan juga Menteri-Menteri yang lain. Nota di bawah adalah untuk mereka:

YAB Perdana Menteri dan YB Menteri-Menteri Malaysia,

1 Benarkah kerajaan sekali lagi telah membelanjakan USD50 juta (RM200 juta?) untuk jet PM yang baru. Benarkah ini menjadikan 5 jet untuk kegunaan PM dan pembesar negara?

2 Berapakan jumlah kesemua penyelenggaraan jet-jet ini? Wajarkah kerajaan Malaysia begitu mewah ketika banyak lagi perbelanjaan untuk kepentingan rakyat terpaksa dilewatkan?

3 Tiap-tiap malam sepanjang dua minggu ini saya menziarahi bapa saaudara di IJN. Setiap malam juga pada jam 9.30 malam KL di hujani dentuman bunga api dari Tasik Titiwangsa. Setiap malam juga bapa saudara saya tersentak dari rehatnya pada dentuman pertama dan seterusnya sehingga bunga api tamat 15 minit kemudian. Saya boleh bayangkan kerumitan yang sama dialami beribu pesakit lain di empat hospital berhampiran.

Saya difahamkan bunga api ini akan disajikan setiap malam sepanjang 2007 hingga 31 Dec. Benarkah belanjanya RM50 juta? Wajarkah kerajaan berbelanja begitu besar dan mengajak rakyat berpesta setiap hari? Berapa ramaikah pelancung akan membatalkan lawatan ke KL jika bunga api ini dihentikan? Berapa juta ringgitkah pulangan dari 50 juta yang di belanjakan ini? Adakah Dato' Bandar dan Menteri Pelancungan akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pulangan ini mencapai sasarannya?

4 YAB Perdana Menteri dan Dato'-Dato' Menteri, silalah luangkan sedikit masa menyusur di jalan-jalan di KL. Rakyat tidak berasa sedih atau malu jika KL kurang lampu gemerlapan atau kurang bunga api. Yang rakyat KL seperti saya amat harapkan adalah:

- Keselamatan diri dan harta benda yang lebih terjamin dengan tidak payah membayar sendiri kos 'polis prebet' untuk mengawal kawasan rumah dan sekolah. Kami mahukan lebih ramai polis patrol di jalanraya dan berjalan di kawasan awam seperti yang Dato' Musa Hassan janjikan. Malangnya saya hanya sempat nampak ianya berlaku hanya 1-2 minggu selepas pengumuman. Lepas itu sehingga kini kesemua pondok-pondok pollis di Bangsar hanya menyakitkan mata.

- Keselamatan diri di jalanraya dengan penguatkuasaan lalulintas yang lebih efektif, termasuk pengurangan lumba haram dan peragut. Janganlah DBKL asyik berbelanja dengan projek-projek pengindahanan. Indahkan KL dengan hemah tinggi kerajaan dan warganya!

- Rakyat KL tidak perlu DBKL menukar permukaan siar kaki(side walk) di Bangsar setiap 2 tahun. Tetapi yang di perlukan adalah keperihatinan DBKL memastikan keperluan pejalan kaki di utamakan demi keselamatan, bukannya kepentingan peniaga sahaja. Lihat apa yang telah di lakukan kepada ruang pejalan kaki di sepanjang Jalan Ara bagi menampung restoran-restoran di One Bangsar!

- Rakyat tak perlukan ucapan Hari Wilayah di 'light box' di tiang-tiang lampu jika itu bererti kurang duit DBKL untuk mengutip sampah.

- Rakyat tak tersinggung jika Bangsar tak semeriah Phuket waktu malam kerana masih ramai orang Islam dan bukan Islam pembayar cukai di Kuala Lumpur yang tidak mahu KL menuju kearah kebebasan di Amsterdam.

Are we not guided by concsience at all?

budak gong manak said...

Salam buat Dato dan pembaca sekelian.
Izinkan saya Dato untuk menulis buat kali kedua dalam ruang ini.

Pertama saya ingin tegaskan saya bukanlah penganalis politik cuma budak kampung dari Pasir Puteh,Kelantan.

Tahniah kepada kerajaan BN KERANA BERJAYA MMEPERTAHANKAN KERUSI DUN BATU TALAM DENGAN MAJORITI YANG LEBIH BESAR atau dengan lain perkataan pengundi-pengundi di Batu Talam majoritinya memilih BN atau lebih TEPAT lagi membenarkan DS AAB untuk meneruskan dasar-dasarnya untuk memerintah negara. Apa-apa kritikan atau teguran dari penulis blog atau akhbar nyamuk termasuklah isu pembelian JET,PEGANG BAHU di zaman ISLAM HADHARI,COBRA SULTAN, TOL,KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN dan macam-macam lagi gagal mengubah pilihan pengundi Batu Talam.

Majoriti dari kita di sini inginkan sedikit perubahan dasar dan berharap pengundi-pengundi di Batu Talam menghantar mesej itu kepada kerajaan tapi apakan daya....Majoriti dari kita hanya berani melontarkan pandangan dari jauh tanpa mendekati pengundi Batu Talam yang entah mungkin tiada ekses pun internet atau kalau ada pun tersangatlah kurangnya.

"Dulu KAPAL LAYAR,sekarang DACING"- Tok Batin di DUN BT.

Piliharaya akan datang APA????

Jadi apakah tindakan kita seterusnya?

ron97 said...

Mungkin ini jawapan dari kerajaan nanti,
Kerajaan telah berjimat sebenarnya dan telah berbelanja berhemah. Dengan penurunan harga minyak ke paras 55 dollar setong, dengan harga minyak masih dikekalkan akan membolehkan subsidi kerajaan dapat dikurangkan. Kerajaan telah menjalankan satu proses berbelanja yang berhemah dan perlu dicontohi oleh rakyat.

**/
Semasa melawat jpm, di bawah parking JPM, saya melihat kenderaan mewah baru seperti Maybach, BMW7 dan S600 limo baru di parking. Dengarnya telah dibeli semasa ASEAN yang lepas.
hmm,
masa tdm dulu, dia tak kasi beli kenderaan dari barat ni, dia suh pakai perdana limo saja. promosi kereta malaysia. Maklumat ini perlukan pengesahan.

A KADIR JASIN said...

Sdra Budak Gong Manak, para pembahas dan pelawat dihormati. Tahniah kepada BK kerana menang besar di Batu Talam semalam.

Perbanding berikiut mungkin membantu analisis keputusan pilihan raya kecil DUN yang diboikot oleh pembangkang itu.


PK 2006 (PU2004)

Undi BN 6,276 (5,414)
Lawan 419 (2,653)
Majoriti 5,857 (2,761)
Jumlah
Undi 7,080 (8,322)
Peratus
Mengundi 67.32 (76.59)
Undi
Rosak 385 (238)
Bilangan
Pemilih 10,511 (10,887)

Kesimpulan ringkas

1. Undi BN bertambah;
2. Majoriti BN bertambah;
3. Bilangan keluar mengundi merosot 1,242 orang;
4. Peratus mengundi merosot 9.2 peratus;
5. Undi rosak meningkat; dan
6. Calon bebas hilang wang pertaruhan.

ishkan said...

We are sadly, to borrow an American expression, a monday morning quarterback.

Tak kira berapa banyak kita berbahas, berapa banyak kita menunjukkan kepincangan, berapa banyak kita menghabiskan masa di laman blog, perjuangan yang sebenar terletak di luar sana.

Saya anggarkan golongan seperti kita yang kononnya educated dan professional, kononnya dapat memahami sejarah dunia dan akibat pengulangan sejarah, yang kononnya tahu freedom of expression, tahu human rights, bilangan kita tidak lebih dari satu peratus dari jumlah kesemua undi.

Maaf kerana terlalu pessimistic, inilah yang saya rasakan sekarang. Semoga ada yang dapat menerangkan kepada kita bahawa tabiat orang melayu yang "tidak suka kecoh kecoh sehingga terlambat dan kemudian hilang pertimbangan lalu mengamuk" itu sudah tidak ada lagi. Kerana jika ia masih ada kita tidak akan dapat membuat perubahan sehingga terlambat.

langit biru said...

muhammad abdullah said:

".....there is nothing wrong in hedonism and human beings are created by God to enjoy life".

Apakah muhammad abdullah mengamalkan budaya hedonism? Bagi saya yang kurang arif ini, hedonism boleh ditakrifkan sebagai "The belief that getting pleasure is the most important aim in life." Dan bagi mencapai dan mengecapi kenikmatan hidup ini pengamal hedonism boleh mengenepikan soal halal haram, yang penting matlamat tercapai. Atau mungkin muhammad abdullah ada definisi hedonism lain yang saya tak tahu? Apajua definasipun, apakah budaya hedonism ini selaras dengan Islam atau dengan kata lain halal dari pandangan Islam?

muhammad abdullah wrote: "human beings are created by God to enjoy life".

Buat pertama kali saya membaca seorang muslim menulis begini!!!Apakah matlamat manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t untuk hidup bergembira? Kalau boleh muhammad abdullah sertakan ayat quran atau hadis sebagai bukti kenyataan saudara di atas.

muhammad abdullah wrote:

"You are now making a personal attack on UMNO members. This is not ethical at all".

Jadi, bagaimanakah cara paling beretika untuk membuat kritikan kepada UMNO atau ahli UMNO? Saya tidak fikir Mr.smith membuat personnel attack kpd ahli UMNO, tetapi teguran terbuka secara umum, secara lebih tepat para pemimpin/pendukung UMNO secara umum. Saya pernah menulis di sini sebuah hadis sahih "Jihad yang paling utama adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim". Kalau pemimpin tidak amanah, menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, mengaut kekayaan dari penyalahgunaan kuasa, apakah itu tidak zalim?

.....sangat berminat mendapat maklumbalas dari saudara muhammad abdullah!

Sinbad said...

Dato,

Batu Talam telah membuktikan bahawa strategi memboikot undi dan memberi undi rosak itu TIDAK CUKUP untuk kita menegur pembesar-pembesar negara. Kita seharusnya mesti lebih berani bersikap radikal dengan memberi undi negatif pada BN.

Sesungguhnya golongan yang dibuai mimpi itu terlalu ramai untuk kita sedarkan.

Anak Malaysia said...

Dato

Tahniah dan terima kasih kerana mengutarakan kes pembelian k/terbang ini kepada rakyat jelata. Macam biasa, perkara macam ini tidak mendapat sambutan di media perdana.

Saya percaya dan yakin, sebagai 'responsible blogger', Dato telah pun menyelidiki fakta dan sumber cerita ini dengan jelas.

Saya cuba, kalau Dato mengizinkan, untuk melihat rasional pembelian ini dari dua sudut kerana adalah tidak adil (pada pendapat saya) untuk 'argue' dari satu sudut sahaja. Kita akan dikata pilih kasih atau berat sebelah.

Antara rasional kerajaan membeli k/terbang baru ini yang dapat saya fikirkan adalah;

1. Bajet pembelian ini telah pun diluluskan oleh parlimen dan kabinet yang terdiri dari kedua-dua wakil kerajaan dan pembangkang. Justeru, soal perbelanjaan tidak berhemah tidak timbul kerana ianya adalah keputusan dan tanggungjawab bersama (shared responsibility).

2. Mungkin juga ianya adalah ehsan daripada individu atau badan koprat atas dasar tanggungjawab sosial mereka yang sah (saya tidak melabelkan kerajaan kita sebagai rasuah).

3. Penting demi imej dan maruah negara kerana bak kata orang, 'first impression' amat penting. Bayangkan reaksi pemimpin dan rakyat negara lain jika melihat pemimpin M'sia datang dengan k/terbang ala 'Air Force 1'.

4. Mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Justeru, mesyuarat boleh dilakukan dalam perjalanan tanpa membuang banyak masa. Lagipun lebih 'private'.

5. Terlalu menyusahkan menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan biasa seperti MAS dan AirAsia.

Rakyat pula saya rasa lebih 'terkilan' dan menghadapi kesukaran memahami mengapa dan bagaimana keadaan ini berlaku.

Antara persoalan yang mungkin timbul di fikiran mereka adalah;

1. Apa 'multiplier effect' perbelanjaan RM 200 juta ini kepada keadaan ekonomi negara yang makin meruncing kini?

2. Saya setuju dengan pendapat Dato bahawa masih banyak sekolah yang daif, jalan raya yang tidak berturap, rumah yang tiada bekalan air dan lektrik yang perlukan perhatian segera.

3. Mungkin RM 200 juta ini boleh digunakan untuk menambah peruntukan sedia ada bagi program menangani masalah dadah, AIDS, mat rempit, gangsterisme di sekolah, pengangguran graduan, peniaga Bumiputra, masalah ragut, ibu tunggal dll?

4. Wajarkah berbelanja RM 200 juta ini di kala lebih 100 000 rakyat hilang harta benda, rumah kediaman, tanaman, ternakan, kedai dan perniagaan mereka akibat banjir yang sedang melanda?

5. Berapa ramaikah rakyat yang akan betul-betul mendapat manfaat secara langsung daripada perbelanjaan RM 200 juta ini?

6. Saya turut bersetuju dengan pendapat Ron 97 bila beliau mengatakan banyak kereta mewah jenama asing digunakapakai oleh kerajaan. Harga seunit tidak kurang RM 150 000. Lebih elok jika kerajaan 'lead by example' dengan menggunapakai kereta buatan M'sia. Dengan itu, wang yang dibelanjakan akan kembali semula ke dalam M'sia dan mewujudkan 'multiplier effect'.

Saya rasa, kerajaan 'owe the people' penjelasan yang tulus, ikhlas dan telus tanpa dolak dalik atau berdiam diri (dengan harapan isu seperti ini akan lenyap dengan sendiri).

Rakyat mahukan ketelusan, seperti yang dilaung-laungkan oleh DS AAB tahun 2004 dahulu. Bila telus, tiadalah fitnah, tohmahan dan salah sangka. Rakyat berhak tahu kerana merekalah yang meletakkan kerajaan di tempat mereka sekarang. Wang yang kerajaan belanjakan juga adalah wang rakyat.

Terima kasih.

Anak Malaysia

Faizal said...

Sdr Imd,

Saya bersetuju 100% dengan pandangan saudara!!

alrawa said...

Bagi saya pembelian kapal terbang tersebut yang dianggap suatu pembaziran,adalah perkara biasa bagi pembesar negara ini dari dulu hingga sekarang.
Apa bezanya pembinaan Helang diLangkawi dan pembelian pesawat tersebut?
Bezanya, semasa Helang dibina, Datuk Kadir masih diNSTP.

Anonymous said...

Antibelit04


Salam.
Datuk...saya sekian kalinya kecewa dgn cara paklah menjawab soal pembelian pesawat tersebut,

Pertamanya...paklah boleh berkata belian tersebut bukan duit kami (kerajaan?). sebaliknya Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Saya hairan...bagaimana seorang PM yg kononnya mempunyai ramai penasihat boleh berkata begitu?

PMB merupakan syarikat milik Khazanah yg mana ianya di bawah milik MOF. Bukankah MOF tersebut ketuanya adalah paklah sendiri? Sudahlah dibeli dgn duit kerajaan (GLC) kemudian di sewa pulak..jadi berapa kali duit kerajaan telah digunakan?.

Keduanya paklah mengatakan ianya juga digunakan oleh sultan2. Nampaknya..paklah nak menyelamatkan diri dgn menarik nama raja bersama. Sedangkan kita tahu berapa kerap paklah pegi keluar negara terutamanya ke australia..berbanding sultan2.

Ketiga...paklah kata pesawat itu boleh disewa?. Saya geleng kepala kerana sebagai pesawat yg membawa PM seharusnya ianya mempunyai aspek kawalan keselamatan yg sulit dan bukan boleh dinaiki orang tertentu....

Jadi saya pun hairan bagimana seorang PM boleh menjawab sebegitu rupa?!!!

ps: Batu talam menang sebab rakyat Pahang ingin pastikan Najib tak kalah...kalau tidak..senanglah Najib kena pancung!!

A KADIR JASIN said...

Saudara Antibelit04,

Tolong jangan guna pengenalan anonymous kemudian nama samaran saudara di bawahnya.

Sila sign-in sebagai Antibelit04 menggunakan window "Other". Setidak-tidaknya, sign nama di bawah komen.

Ini kali terakhir saya tampalkan komen anda dalam format sekarang.

Terima Kasih.

antibelit04 said...

Salam. minta maaf datuk....kawan secara tidak sedar melanggari adat bertandang dan berbicara di laman datuk. Saya mohon maaf.

ps: Nak tanya ..apa tujuan anonymous tu masih di gunakan? sekadar bertanya.

Melayu Lama said...

Greetings Datuk,

In response to the comment made by Saudari/Saudari Wave

"where do you get all of this information? does it leaked from the government source or how??",

This kind of information is readily available on the information super highway. Just visit one of these links (among many out there) for information pertaining to our Hadhari government's new jet:

www.airfleets.net/listing/
a319-19.htm

or

www.airliners.net/search/
photo.search?aircraftsearch=Airbus
+A319-115X+CJ

It is not so much a question of "leaked information" but rather how unintelligent our government is at replying to queries pertaining to the aircraft purchase.

ed azmi said...

salam Datuk..
bukan salah berbelanja tetapi biarlah bertepatan dgn keadaan .. dah berbagai pesawat VVIP yg ada.. itupun hanya satu atau dua yg terpakai..yg tak kena,organisasi militari lah yg dipertangung jawap untuk mengendali pesawat2 VVIP ini sedangkan keperluan mereka sendiri [ATM seluruhnya] ketinggalan dan tidak diusahakan untuk diperolehi.

iwanz said...

dato yang saya hormati,
saya juga penting bagi negara. saya juga bumiputera.saya juga beli kereta nasional. saya juga berkeluarga. saya juga berniaga.saya juga bayar zakat.

cuma yang saya kesal, kenapa kapal terbang takde TOL.?

shar101 said...

kittykat46,

Thanks for the info.

Checked at planespotters.net which confirmed the existence of the plane i.e. cn/2949 delivered 12/06, test reg. D-AVXC changed to D-AIDR, callsign "ANGKASA".

However, at airframes.org, if you click on 'RMF', it will show the flag of Mexico!

Furthermore, both websites show 'RMAF' as the operator which begs the question of how PMB got into the picture now.

Will the plane be re-registered for civil use and if so, will it not be a security nightmare for 'diplomatic' flights when 'you know who' is on board?

Any inputs appreciated.

penganggurpaksa said...

Dear Datuk,

Cuma ingin melahirkan perasaan JELAK dan JENGKEL terhadap kerajaan dan pembesar negara dimasa ini!!!

Dahulu kita diberi KENDURI oleh TDM. Kita dapat juga menikmati sedikit sebanyak proses pembangunan. Kita tidak banyak membantah kerana kita dapat juga merasa walaupun secubit nasi dari kenduri itu.

Sekarang kenduri dah tiada!

Yang berkenduri hanya mereka yang diatas dan kita yang dibawah ini dibiarkan hanyut dibawa arus banjir dan terpaksa membayar kos2 yang mengarut ini untuk mereka! Nak masuk KL pun akan kena bayar kalau bawa kereta sorang2 diwaktu prime time! Apa isu disebalik kejadian. Kota London pun "traffic jam" melampau juga...tapi pengangkutan awam melebihi tahap mencukupi!

Ke mana pergi graduate lulusan LUAR NEGARA yang dihantar oleh kerajaan untuk memperbaiki kemudahan2 asas negara?

Ditindas?

Setakat jadi Customer Service Exec diBank2 besar Malaysia sahaja kah?

Kalau nak harap lulusan OXFORD sahaja dan terpaksa berkahwin dengan anak2 VVIPiss Malaysia baru boleh diberi kuasa untuk mengatur strategi negara...tak lama lagi semua kita jadi BURUH KONTRAK diluar negara lah nampaknya!!

Yang si AAB tu dok sebok nak pi LUARA NEGARA untuk apa? Menjual NEGARA atau menjual NAMA?

Tak boleh bagi komen dari dalam negara kah?

MELAMPAU!!

"YA ALLAH TUNJUKKANLAH KEBENARAN DAN BERIKAN LAH HAK KAMI...SEKIRANYA KETUA PILIHAN KAMI INI ADALAH YANG BENAR, KAU TUNJUKKANLAH KEBENARANNYA SECARA NYATA! SEKIRANYA SALAH PILIHAN KAMI KAU TUNJUKKANLAH KESALAHANNYA SECARA NYATA! YA ALLAH, PIMPINLAH KAMI DARI MELAMPAUI BATAS" AMINNN

soldier of fortune said...

Negara maju,tentera dia sibuk memajukan pertahanan mereka. Tetapi 3rd world Malaysia sibuk memajukan jet VIP.
Patut ramai foreigner ketawa melihat Malaysia. Pemimpinnya berlagak nak ikut pemimpin swaziland yang negaranya miskin tetapi punya jet ketua negara 1st class.

Jika RM200m itu dibelanjakan untuk membeli bot pengawal pantai(coast guard)itu adalh lebih baik utk mengawal pendatang haram,pencerobohan dan lanun. Dalam masa yg sama boleh digunakan utk menyelamatkan mangsa banjir pd thn akan datang.

Tapi kalau Malaysia dah beli itu jet ia perlu hanya untuk VIP yg sepatutnya dan tidak disalahguna oleh anggota keluarga yang lain.Maknanya besan,anak,ipar duai,menantu,sedara mara jangan perasan nak naik luxury jet.Bini boleh....

skali skala said...

Setuju dengan iwanz

patut adakan tol untuk kapal terbang. baru adik, tak gitu encik tony?

Anak Malaysia said...

Dato

Terima kasih kerana 'publish' pendapat saya yang lalu. Setelah mendengar dan membaca jawapan daripada DSAAB berkenaan isu ini (di mana DSAAB mengatakan bukan kerajaan yang membeli k/terbang tersebut menyewa dari PMB).

Komen Antibelit04 tentang perkara ini amat tepat. Siapa yang berkepentingan di dalam PMB dan Khazanah kalau bukan kerajaan? Jikalau kerajaan yang berkepentingan, wang siapa yang dibelanjakan? Saya rasa sudah tentu wang rakyat.

Seperti kata Dato dalam 'update' mengenai isu ini, sama ada kerajaan membeli atau menyewa k/terbang ini, pokok pangkalnya, wang rakyat dibelanjakan.

Persoalan saya, adakah perlu perbelanjaan RM 200 juta ini dengan keadaan negara dan masyarakat sekarang yang berhadapan dengan pelbagai kesempitan hidup akibat malapetaka semulajadi dan kenaikan harga?

saya rasa pelik apabila kerajaan memohon rakyat mengubah cara hidup mereka tetapi kerajaan seolah-olah berbelanja tanpa berhemat.

Terima kasih.

ito said...

Dato AKJ,
Semua naik, minyak nak, air naik, electrik naik, tol naik..jadi semua nie RAKYAT yg tanggung....RAKYAT Diberhentikan kerja...dan sebagainya...pastu tup..tup...sewa jet pulak bernilai RM200 juta...beli cobra lakkkk [yg dinafikan]....apa nak jadi dgn M'sia nie...Nampak gaya PM kite nie tak suka pakai sisa2 org lain..tengok aja rumah kediaman resmi kerajayaan di renovetnya sampai berjuta-juta ringgit...jet ada sewa jet baruuu....
PM kite nie mempunyai cita-rasa yg cukup besar sekali....RAKYAT mati kebuluran....adakah nie Islam Hadari.....

sHa| said...

Kalau takda blogger yang inform pasal hal ni, rasanya ada dak Pak Lah nak mengaku pembelian pesawat mewah ni? Nak harap paper? Jauh panggang dari api...

For PM: Stop playing "bolasepakla..."

ahm said...

this is the attitude of our pembesar, buy first worry later.
I dont see this spending scribbled in the recent budget for RMK9, Out of sudden they bought a corporate jet. Dont know what would they buy next for themselve at the expenses of poor rakyat.. That's what happened when 'kaduk naik junjung'

zainal amri said...

Askum Datuk,

tak payah la datuk minta maaf atas kesilapan fakta sbb datuk adalah seorang blogger yg free untuk tulis apa2, tulisan2 datuk takkan effect apa2 yg terjadi...maruah seorang blogger mana boleh minta maaf kat blog sendiri. walaupun fakta itu benar tetapi ditulis berdasarkan emosi sendiri...saya rasa still mempengaruhi sentimen pembaca lain. sebagai seorang blooger yg intregrity,yg free country...tak payah la mintak maaf sbb blogger akan hilang maruahnya jika dia minta maaf.

Keledek said...

Dato,

In my opinion, it's better to channel or contribute this staggering value of money for student's scholarship. Indeed, the cost for the private jet is equally the same to nearly 150 students who'll be going to pursue their study in NZ!

A cost for a student who pursues their study in NZ is equal to $150,000-$ 1,000,000 for the whole semester. Indeed, i'm a student and I learned economics before. For me, it's better to inject this money to our economy rather than spending it to other trivial matters.

Anonymous said...

Datuk,

As a former RMAF pilot who flew RMAF executive jets for many years, I find this information useful. Of course as RMAF flyers we were always excited and proud about receiving new executive jets to operate on behalf of the Malaysian Government. Thank you for highlighting this issue. It was always an honor to fly our leaders or pembesar as you called them. In my final years of service, I flew Tun Dr Mahathir abroad a lot. It was always a pleasure serving him. He was prompt, he knows a lot about airplanes and he knows a lot about flying and flying conditions.

My question is do we need another corporate jet? We already have Boeing Business Jet, which is almost similar to A319. Maybe it cannot fly as far as A319 but it is a good. For long distant flight we have Bombardier Global Express, which is brand new by aircraft standard. It entered service in 2001 if I am not mistaken.

Now as a military pensioner I look at life differently. We enjoyed flying new jets for the Government. But now as a pensioner I realize that my pension is not much compared to my expenditure as a civilian who have to pay for everything that I consume and use on my pension and limited saving especially when prices of services and goods are rising.

News like this which used to make me happy as a flyer of the RMAF is now making me sad. Do we need a new corporate jet that cost nearly RM200 million when people are becoming poorer because of rising oil prices, electricity tariffs, water rates, assessment rates, highway tolls and many other costs which are within the control of the government?

Since this new jet has civilian registration and not registered under the RMAF. If it is not registered under the RMAF, it cannot be flown and operate by the RMAF pilots and staff. We, the RMAF pilots and cabin crew are cheaper than commercial pilots and cabin crew and we have the expertise to defend and protect our leaders in times of emergency. So I hope this new executive jet will be registered as an RMAF plane to save cost and protect our leaders who use it.

EX RMAF VIP PILOT

A KADIR JASIN said...
This comment has been removed by the author.
A KADIR JASIN said...

Sdr Ijoy,

Do you want me to post your comment or it's just for my information?

I guess whoever wants to link his or her blog to mine is free to do so.

I am grateful and happy if you find this blog useful.

Thank You.

rocky said...

Pak Lah we are not stupid!!! Your excuse is so freaking bad and stupid. Who owns PMB and Khazanah. Spin as much as you want but we are not as stupid as you.

Talk cost saving but spending more money.

I actually don't mind the King use it after all in Negaraku we sing about our King not our PM.

Harry said...

Dato,

No matter what we the rakyat make noise there is little that can stop the PM from spending that amount of money.

The issue here is our democrasy system. "If we do not like the current government we just could not get the other party to win the next election"

I am impressed with the US system. They only have two parties. If they do not like the one in power they vote for the opposition. Yes only one party.

In Malaysia, the system do not allow and give us this option out. We have just too many parties who are not looking straight.

How I wish the system be a bit more practical because for as long at the current system is practise, the Barisan will be enjoying doing what they like best " Spend Rakyat Money".

M Radzi said...

Gambar asal.

http://www.airliners.net/open.file/1166733/L

lat said...

dato,
d seksyen 7 post code 40000,satu masjid pun tak ada.Syukur, baru2 ni dua surau dibenarkan bersolat jumaat.itu pun bersyarat.jangan nampak 'bulan' dalam ajk.bangang depa no.dah ada elektrik,lagi terang,tak payah cahaya bulan. Surau faham je le besar mana? satu darinya kalu halamannya basah dek hujan sebelah malam atau paginya jumaat jawabnya yang kat luar di bawah sinaran terik matahari basahlah buntut walaupun dibentang tikar.masuk waktu 1.30pm, pun basah. dek selesa berjemaah jangan diharaplah.
saya kira banyak lagi tempat memerlukan ini.banyak pahala kalau disalurkan untuk tujuan murni ini ye.lagi pun dalam 200/300k saja bukan USD50mil.kapal terbang boleh jatuh nanti semua mati terbakar berkecai macam kena C4. kapal kat turki tu boleh karam,nanti makan dek jerung,hancur tulang semua. renungkanlah wahai muslimin & muslimat semua.I hadari (ada had ada hari)laut & udara.undilah dengan bijak. kita kena pikiark la noooo.

Kawan said...

Sdra Zainal Amri,

Apa salahnya kalau blogger minta maaf atas kesilapan fakta? Kalau blogger tak minta maaf, mungkin sdra akan kutuk dan mengata betapa tak bertanggungjawabnya blogger berkenaan.

Kalau sdra berpendapat blogger menulis mengikut emosi, sdra perlu teliti balik apa yang sdra tulis. Blogger macam Datuk Kadir ni tak menulis mengikut emosi. Mungkin Sdra kena tambah bahan bacaan. Agensi berita dunia seperti Reuters memetik Datuk Kadir sebagai sumber berita mengenai pembelian jet terbaru ni. Bukankah itu membuktikan bahawa tulisan blogger seperti Datuk Kadir mendapat perhatian?

Sdra Zainal, saya pasti sdra menulis ikut suka hati dan tanpa memahami apa yang sdra maksudkan. Tambah membaca lagi be!!!

BM mari said...

Dato,

Is there other reasons why the Malaysian goverment decided to lease rather than purchasing outright for the airplane. Can it be other underlying suspicious reasons for doing that.

Can it be the possibility that if the the plane were to be purchased outright, it has to go through the motion of approval from the cabinet as well as from the parliment by the virtue that the entire cost of RM175 million has to be declared upfront .

In contrast to leasing, the initial amount of disbursement and the monthly payment are only small fractions of the total amount, in which pemebesar doesnt have to declare the entire cost upfront, therefore so it doesn't involve approval from the cabinet or the parliment. Only suffice for Pembesar, himself to approve as the montly payment is less than his approval limit.

Can anybody who is familiar with the goverment procurement shade some light in this matter.

afiq said...

It's true that they are using the taxpayers money for the 'accomodation' but I really do think such an expanditure is a tad bit necessary.

1. It can be a melting pot for foreign rich and famous to discuss oppurtunities especially oppurtunities that can be useful to the rakyat (supplying jobs, etc)

2. Kings are supposed to be treated as kings. This will streghthen the country's sovereignty.

3. And that's about it really. Period.

Sinbad said...

Saya tak curi ...
Saya pinjam saja ...

Kita tak beli ...
Kita sewa saja ...

Similar?

5band said...

Ybhg Dato yang saya hormati,

Saya amat tersentuh dgn komen Langit Biru tentang kes kematian lima bayi akibat ketiadaan ventilator. Saya percaya kes-kes sebegini masih wujud hingga ke hari ini, cuma tidak diceritakan oleh akhbar2 dan stesen tv kita.

Jika Dato melawat site saya di youtube, Dato akan dapat melihat video2 lagu2 Melayu yang saya letakkan di site itu. Tujuan saya letak video2 itu sbb saya puas mencari video lagu2 tradisional Melayu dalam laman2 multimedia kerajaan seperti arkib nasional, RTM dsbnya dsbnya... takde.. oleh itu saya cubalah sedikit2 letak video2 yang saya termampu.

The point is Dato... negara kita gemar bercakap seolah-olah kita ni dah maju sangat dalam segala serba serbi, tapi bila nak cari video lagu warisan Melayu... habuk pun takdak...

Maaf, kalau komen saya terkeluar dari tajuk 'pembelian jet untuk VVIP'... pada saya, VVIP dah banyak duit dan kaya raya, mereka boleh guna tambang sendiri untuk melancong ke luar negara. Tidak perlu pakai duit rakyat untuk mereka ke sana sini.

Sekian.

A KADIR JASIN said...

Disket Lama,

Anda tidak terbaca komen saya agaknya. Saya pernah memberi amaran memboikot NST boleh menjejas periuk nasi pekerja NST yang tak bersalah.

Saya kata jangan kerana beberapa ekor nyamuk, kelambu dan rumah kita bakar.

Kawan, terima kasih atas nasihat anda kepada sesama pembahas. Dulu waltu saya menulis untuk NST pun Reuters kerap juga memetik tulisan saya. Hehe...

Sdr Afiq, kita dah beli banyak jet eksekutif untuk para pembesar kita. Sekali sekala kita bayar pula kos menyewa kapal terbang Mas bila PM bawa delegasi besar ke luar negara.

Kalau Agong kita yang lepas-lepas boleh pakai pesawat yang sedia ada, tak kan Agong yang baru tuntut pesawat baru?

Saya yakin Agong kita yang baru tak ada kena mengena dengan jet baru ini.

Ia hanya alasan untuk menghalalkan pembelian/penyewaan pesawat oleh pembesar politik yang ada stail (style).

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Just for info and clerity, Rocky and Rocky's Bru who contribute comments to this blog are two different persons.

Ahirudin Attan aka Rocky blogs with me using call sign Rocky's Bru.

Can I appeal to all of you to consider not calling our pembesar or anybody else for that matter stupid (bodoh)?

I am not comfortable with the use of such words. It does reflect well on our intellect and sense of fair play.

May be they are not very clever. But stupid? Hmmmmm...

Thank you.

Datin_Kak_Pah_Dah_Senyap said...

Ybhg Dato' saya teringat lagu Datin Kak Pah.


Sharifah Aini : Terbang Helang

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

Anonymous said...

Heard that TDM is calling a press conference today??
Khadijah

shar101 said...

This entire issue on the new plane is perplexing, to say the least.

Unless the following formula is applied:
a)RMAF/MINDEF/NTR.
now,
b)PMB/KHAZANAH/MOF/AAB.

We know there's a GE coming up, therefore, there will be a lot of jostling among the politicians to shore up their own private war chests.

Leakages in action?

C-Fu said...

Not clever and stupid?

Same difference.

But papehal pon, kenape something so blatantly wrong dibiar dan tidak ditentang oleh sesiapa? Adakah pasal sudah lame kite jadi pak turut, atau adakah kerana kita sudah lama merdeka, jadi semua sudah lupa untuk bersemangat?

Semangat pegang keris tu lain cite la.

a malaysian reject said...

Hi
It is nice to know that there is some bumiputras out there rebutting about governmental issues. Going against what the government has been doing and questioning esp about tax payment and etc.don't let me started on the inequalities in the education department even. i am still a student afterall. Though its a democratic country it practices equal results and not equal oppurtunity. this frustrates the people esp non bumis like me. saddening but true.

mekyam said...

AJK: "Can I appeal to all of you to consider not calling our pembesar ... stupid (bodoh)?"

Lagipun memanggil mereka "stupid (bodoh)" membuat dosa dan kesalahan mereka terhadap rakyat kelihatan ringan. Pada hal mensia-siakan amanah kita rakyat adalah kesalahan berat dan hina.

Orang yang benar2 bodoh biasanya tidak boleh disalahkan sangat sebab bak kata omputih 'they don't know any better'. Sedangkan pembesar2 belot kita serta penasihat mereka tentu sekali tidak jahil tentang kesalahan mereka, cuma jahat dan 'just don't give a d*mn!'.

abang_bard said...

Dato'

Pembelian yang membazir dan tidak berfaedah. BPR patut menyiasat tatacara pembelian tersebut. Alangkah baiknya wang yang sebanyak itu digunakan untuk mengujudkan peluang pekerjaan. Kita lihat beratus ribu siswazah menganggur tak ada peluang pekerjaan. Kerajaan sekarang tidak nampak masalah rakyat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).