Bacul Kalau Pas Boikot Batu Talam
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]
[UPDATE, 16 Januari] --- PAS mengotakan keputusannya untuk memboikot pilihan raya kecil Batu Talam apabila ia tidak mengemukakan calon pada hari penamaan calon hari ini.
Tetapi harapan Barisan Nasional memang tanpa bertanding tidak tercapai apabila calonnya, Abdul Aziz Mat Kiram, 47 ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang.
Abdul Aziz adalah Setiausaha Umno Bahagian Raub manakala Ng seorang peniaga muda yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-22 Isnin ini. Hari mengundi ialah 28 Januari.
Menurut Bernama, Ng tiba lebih dulu di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Raub pada 9 pagi tadi dengan diiringi tiga penyokong manakala Abdul Aziz ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 10,000 penyokong BN.
Pencalonan Ng dicadangkan oleh Lee Tong Heng dan disokong Wan Siew Chang manakala pencadang Abdul Aziz ialah Mustafa Kamal Abdul Hamid dan disokong Mohd Razali Hamzah.
[POSTING ASAL]
MEMERANJATKAN dan luar biasa. Pas memulaukan pilihan raya kecil Batu Talam?
Memeranjatkan, luar biasa dan tidak bertanggungjawab. Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot pilihan kecil Batu Talam?
Bacul. Kalau Pas dan PKR tidak mengubah pendirian mereka untuk memulaukan pilihan kecil Batu Talam.
Laporan akhbar mengatakan Pas dan PKR memulaukan pilihan raya kecil di negeri Pahang itu kerana:
1. Terdapat pertikaian mengenai senarai pemilih kawasan berkenaan, termasuk undi pos dan ketidaktelusan serta pilih kasih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
2. Langkah SPR menyemak senarai pemilih tanpa penyertaan parti-parti politik;
3. Pas dan PKR mempertikaikan kesaksamaan SPR khasnya dan proses pilihan raya amnya;
dan
4. Kesangsian Pas dan PKR diperkukuhkan oleh kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang menggesa agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi mengawasi pindaan undang-undang dan peraturan pilihan raya.
Abdul Rashid berkata undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ada sekarang sudah berusia 50 tahun dan tidak lagi sesuai kerana tidak memberi ruangan kepada SPR menjamin kesaksamaan kepada semua pihak dan di masa yang sama keadaan masyarakat sudah berubah.
Andainya tuduhan dan andaian di atas benar sekalipun, tindakan Pas dan PKR memboikot proses demokrasi akar umbi ini adalah memeranjatkan, luar biasa dan bacul.
Ia bukan sahaja akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional tetapi lebih daripada itu merampas hak asasi pemilih kawasan itu. Sekali gus mereka menghampakan 2,653 pengundi yang memihak kepada mereka pada pilihan raya umum 2004.
Jika Pas, PKR dan parti-parti pembangkang lain terus dengan rancangan boikot mereka maka jelaslah mereka tidak menghormati hak asasi pemilih dan mereka keliru mengenai prinsip dan tanggungjawab.
Pengundi tidak bersalah. Mereka tidak ada masalah dengan Pas atau PKR. Masalah adalah antara Pas, PKR dan SPR. Pas dan PKR mendakwa mereka tidak percaya kepada SPR.
Tetapi dengan memboikot pilihan raya kecil ini, mereka menghukum pengundi yang tidak bersalah. Samalah dengan orang mengantuk yang membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.
Tidak salah bagi Pas, PKR, DAP dan sesiapa pun mempertikaikan ketelusan, kerahsiaan dan kesaksamaan sistem pilihan raya. Tetapi menghampakan pengundi dengan memboikot pilihan raya bukanlah cara yang bijaksana apatah lagi kerana selama berpuluh-puluh tahun lamanya Pas menerima dan memanfaatkan sistem itu.
Kalau Pas kini mempertikaikan sistem itu maka ia samalah dengan mempertikaikan kemenangannya sendiri di Kelantan dan di semua kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara kerana sistem itu jugalah yang memberikannya kemenangan tersebut.
Atau adakah tindakan boikot ini sekadar sandiwara dan alasan dangkal Pas dan PKR kerana mereka takut kalah di tangan BN di saat-saat parti pemerintah itu dikatakan menghadapi tentangan hebat daripada rakyat jelata?
Lebih memalukan jika tindakan bacul itu berpunca daripada ketidakmampuan parti-parti pembangkang, khasnya Pas dan PKR, untuk berpakat bagi mencabar BN.
[Update ---- Parti PAS dan Keadilan malam ini mengumumkan untuk memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang ditetapkan 28 Januari ini.
Ketika mengumumkan demikian, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata keputusan itu diambil kerana mendakwa wujud kepincangan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) -- Dipetik daripada Malaysiakini.]
Thursday, January 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
69 comments:
Dato' dan sekaliannya,
Saya secara peribadi merasakan pakatan pembangkang terutamanya PKR + PAS wajar tidak memboikot pilihanraya kecil ini....
Andai mereka percaya pada demokrasi dan andai mereka percaya pada prinsip perjuangan mereka.. Maka janganlah memberi laluan 'percuma' kepada UMNO / BN.....
PKR + PAS mempunya 'tanggungjawab sosial' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk 'menguji' kuasa UMNO / BN mengikut 'trend' semasa. Satu Malaysia mengharapkan akan ada 'signal' tertentu diberikan kepada pihak kerajaan dan kepemimpinannya melalui pilihanraya kecil ini.......
'SIGNAL' itu rasanya tidak perlu diulas dan kita yakin bahawa sama ada UMNO menang atau tewas.... akan hadirnya 'SIGNAL' tersebut....
Dato dan Bloggers,
Dari pengamatan saya, pembangkang di Malaysia ni macam enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Suka menyalahkan orang lain dan tidak berkecenderungan untuk menilik diri sendiri.
BN bukannya kuat sangat walau ada SPR atau jentera kerajaan di belakangnya, tapi setiap kali BN memberikan 'bola tanggung' bukan BN pula dok nak libas tak tentu hala.
Dah terlalu banyak isu yang boleh digunakan untuk membenamkan BN tapi bak kata orang tua-tua 'akai' dok letak kat kepala lutut. sebab tu la pembangkang dok berputih mata sejak dari rambut hitam sampai rambut jadi putih kelabu.
Saya boleh menerima siapa sahaja sebagai pemerintah asal sahaja ia memberi manafaat kepada negara saya. Tapi setakat ini yang saya lihat baik Hadi, Nuar, 'Lim and the gang' mereka ibarat kumpulan budak-budak nakal di ladang mangga Pak Abu.
Tindakan memboikot di Batu Talam salah satu contoh darinya.
Hemm...entahlah...harap-harap hari mengundi nanti hujan turun dengan lebatnya, kita pakat rebus ubi kayu ramai-ramai lepas tu makan dengan kelapa parut. Jadi tak dak lah ralat sangat kalu dak keluar mengundi pun.
Terima kasih.
As we debated about the merit of voting for the opposition in the previous thread, the opposition once again without fail shows its 'over intelligence'. SIGH...we are back to square one.
I will be delighted if any of the proponents of the opposition can explain to us the rational of this 'over intelligence'. So that we can once again consider them to be viable to run the country.
Datuk,
Ramai orang Umno yang menangis teresak-esak kerana PAS dan Keadilan nak pulaukan pilihanraya kecil di Batu Talam. Pagi tadi saya dengar beberapa ahli Umno merungut.
Kata mereka: "Habis lah kita! Kalau tak adalaan, maknanya kita tak ada kerja. Macam mana nak cari duit? Kalau ada pilihanraya, kita dan tentu dapat duit. Mesti ada yang nak tampal poster atau panjat tiang nak pasang bendera!"
Itulah antara kelohan mereka. Dan saya tak pun merasa hairan. Memang dalam pilihanraya, banyak wang akan digunakan. Yang dikhuatiri ialah apabila wang itu diguna untuk membeli undi!
Macam ni sekarang?
Dato'dan pembaca sekalian.. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya tertarik dengan tajuk ni.. dah lama pun tak menulis sepatah dua.
Pada saya, wajar atau tidak terpulang kepada parti yang bertanding. Mungkin ada percaturan yang sedang dan telah dibuat menyebabkan mereka (parti2 alternatif) menolak pilihanraya kecil Batu Talam.
Dato', kita tak boleh pertikai atau kata BACUL pada parti2 tersebut sebabnya hak mereka untuk turut @ tidak dalam pilihanraya tu nanti.
Sekiranya perbuatan itu BACUL, ia sama juga dengan perbuatan untuk tidak keluar mengundi atau membuat undi rosak.
Kata Dato': Tetapi menghampakan pengundi dengan memboikot pilihan raya bukanlah cara yang bijaksana apatah lagi kerana selama berpuluh-puluh tahun lamanya Pas menerima dan memanfaatkan sistem itu.
Pada hemat saya, parti pembangkang TERPAKSA menerima dan TERPAKSA memanfaatkan sistem yang sedia ada. Sehinggalah terdapat perkara-perkara (penyelewangan) yang amat serius dalam pengurusan pilihanraya yang menyebabkan mereka (pembangkang) tewas sebelum pilihanraya bermula.
Tidak kira siapapun yang memerintah.. rakyat hanya mahukan hak2 rakyat dilaksanakan. Sebagai seorang muslim, saya nak lihat kita laksanakan hukum Islam dan bukan undang2 Lord Reid. Saya nak Malaysia ni stabil, aman dan damai juga maju ke hadapan.
Bukan sekadar memberi 'signal' sahaja kepada BN, tetapi kalau perlu tukar kerajaan, kita tukar. Parti politik ni ibarat kenderaan. Pemimpin parti ibarat pemandu. Kita ni penumpang. Kalau kenderaan selalu rosak, sapa yang susah? kalau pemandu bawak macam orang gila, sapa yang naya? Sapa nak naik kereta yang selalu rosak dan pemandu yang bawak macam orang gila? Sila angkat tangan!!
Dalam sembahyang pun, bila imam terlupa atau tertinggal rukun dalam sembahyang, kita makmum kena tegur tok imam, bila ditegur tak 'makan saman' jugak, kita mufarakah! Mufarakah ni kita pisahkan sembahyang kita dengan tok imam tu tadi. Buat apa nak ikut, nanti amalan tak diterima sebab kita tau tok imam tu dah buat salah, bila ditegur dia 'balun' jugak.
Jadi, sama jugak la dengan pemerintahan negara. Saya rasa signal dah cukup banyak. Kita makmum ni dah tegur banyak kali. Tak makan saman jugak...
APA PERLU KITA BUAT?
marn05
salam,
saya rasa yg lebih bacul adalah pihak kerajaan apabila menggerakkan seluruh jentera kerajaan, pihak media dll untuk menentang pembangkang. jadi, tindakan pembangkang adalah lebih bijak, quid pro quo.
sesuatu yang memalukan.
Kerana takut kalah, pelbagai alasan diberi.
Saya amat berharap,
PAS tidak terikut ikut dengan PKR.
PKR tiada apa apa untuk PAS selain PKR hanya mempergunakan PAS.
PAS seharusnya yakin dengan pengundi PAS mereka daripada penasihat PKR.
Dato,
Tidak perlu emosional dalam mempertikaikan keputusan pembangkang.
Langkah ini adalah untuk menyedarkan SPR dan kerajaan khususnya supaya SPR lebih telus dan benar-benar berkecuali.
Tiada hak asasi mana-mana pihak yang dirampas jika dibandingkan dengan penarikan tersebut.
Tetapi hak asasi rakyat betul-betul dirampas jika hantu-hantu pun boleh mengundi dan tiada kawalan terhadap pemberian sogokan.(Politik wang).
Pengundi akan lebih rasa tertipu jika kemenangan calon tertentu adalah disebabkan bantuan tangan-tangan hantu.
Pembangkang benar kerana memulaukan pilihanraya kecil ini.Dengan cara ini SPR perlu membersihkan dulu rumahtangga mereka yang tidak terurus,bias,tidak menyakinkan.
Jika tidak mampu, rombak sistem yang sedia atau rakyat semakin meragui kejujuran SPR, maka mereka perlu untuk membawa masuk pemerhati bebas dari luar @ UNation dalam menentukan pilihanraya ini dijalankan diatas padang yang sama rata.
Tidak perlu membanggakan majoriti 2 per 3, jika majoriti tersebut didapati dengan cara yang kurang telus apabila SPR sendiri dipertikaikan kredibilitinya.
Sebelum pilihanraya umum langkah tersebut perlu diambil perhatian serius
1)mengecat jari untuk mengelakkan hantu2 mengundi berpuluh-puluh kali.
2)menjemput election observer dari luar disetiap tempat pembuangan undi, untuk menyakinkan pilihanraya benar-benar adil
3)Senarai pemilihan dikaji semula oleh setiap wakil yang bertanding dan sisahkan tidak menyelewng.
4) membenarkan parti politik yang bertanding mendapat kesaksamaan liputan media-massa tidak kira dari pembangkang.Kalau Bacul punberilah ruang 1/3 untuk pembangkang berkempen.
Jika tidak,kerajaan sokongan 2 per 3 akan terus meneruskan dasar tidak mesra rakyat selepas pilihanraya akan datang.. Percayala
Y.Bhg Dato;
Tidak timbul persoalan bacul, malah tindakkan tersebut adalah satu tindakkan yg amat berani dan bertanggungjawab kpd pengungi-pengundi bukan hanya pengundi di Batu Talam malah seluruh Negara yg selama ini mereka dimanipulasi dalam proses pilihanraya.
Saya bukan mengata sebarangan. Penglibatan saya didalam beberapa pilihanraya secara aktif mengerakkan jentera BN banyak mengajar saya tentang apa yg berlaku didlm proses pilihanraya. Walaupun saya merasakan 'unfair' atas apa yg dilakukan oleh pihak SPR namun diatas kesedaran untuk bangsa saya terpaksa merelakannya. Namun kesedaran itu pudar apabila melihat gelagat pemimpin yg berkuasa kini yg hanya mempergunakan BN khususnya UMNO sebagai alat membolot kekayaan diri & kroni melalui rasuah & penyelewengan yg menyusahkan rakyat jelata maka tibalah masanya dihentikan kepercayaan selama ini yg dilemparkan sebagai propaganda semata-mata.
Pembetulan perlu dibuat..dan masanya ialah sekarang. Berlengah bererti memberikan lebih masa untuk Pembesar-Pembesar UMNO yg semakin rakus membolot kekayaan melalui rasuah dan penyelewengan.
Saya bersetuju ianya satu tindakkan yg luar biasa namun ianya satu tindakkan yg tepat pada waktunya dan perlu dilakukan apabila setelah beberapa kali pihak oposisi membuat aduan dan bantahan kepincangan pilihanraya namun pihak SPR tidak menampakkan membuat apa-apa tindakkan untuk mengatasi kelemahan tersebut.
Apa gunanya untuk meneruskan permainan bola (istilah yg digunakan oleh PM Malaysia) jika pihak lawan telah menggunakan kekasaran demi kekasaran dan dlm waktu yg sama pengadil asyik memberikan amaran serta melayangkan kad kuning diihak oposisi.
Jika permainan politik ini bermain diatas padang yg dipenuhi penonton maka sudah lama pengadil yg berat sebelah ini dihujani dgn botol-botol dan batu-batu jalan..
Capt Haris Jamaludin
Dato'
Pada pendapat saya tindakan PAS dan PKR adalah satu langkah yang kurang bijak kerana menarik diri dari pelihanraya ini, tetapi bijak jika dari segi jangka panjangnya.Setelah berbagai cara telah digunakan mereka untuk mendapat keadilan di dalam pelihanraya maka tibalah masanya mereka menbuat satu pergorbanan sebagai anak jantan demi masa depan..
Percayalah dgn menarik diri ini akan membuka minda masyarakat dunia tentang pilihanraya Malaysia yg sebenarnya.Selama ini PAS hanya menkritik SPR saja tetapi PAS masih juga tidak mengambil sebarang tindakan.Ini seolah olah PAS hanya berani bercakap saja untuk berpolitik saja.Sebab itulah SPR tidak mengendahkan sebarang kritikan PAS.SPR menjadi bangga dan besar kepala.BN pula bangga mendapat kemenangan didalm pilihanraya.
Tetapi dunia tidak sedar bahawa pilihanraya di Malaysia tidak berlansung di padang tetapi berlansung di cerun bukit. Pihak BN berada diatas manakala PAS, PKR an D
BANGKOK, May 12 (Xinhua) -- Details of massive fraud of Thailand's April 2 general elections are now emerging as the Chairman of Election Commission (EC) has flown to Sydney for a "break", leaving the TRT leader Thaksin Shinawatra alone facing the possible five-year ban from politics.
Thailand's Prime Minister Thaksin Shinawatra greets his supporters at Thai Rak Thai party headquarters in Bangkok May 9.
The embattled EC on Thursday came under intense pressure after an investigative panel implicated a major electoral fraud by the Thai Rak Thai Party that could see the party dissolved and its leader Thaksin Shinawatra banned from politics for five years.
The EC, in hot water since the Constitution Court nullified the April 2 snap election earlier this week, now must respond swiftly to the investigative panel's .
The offense is punishable by the party's dissolution. Article 69 of Thai Constitution also bans executives of the dissolved party from forming a new party or holding office in another party for five years.
The panel's report, containing damning details, bank transaction evidence as well as compelling testimony from witnesses, was submitted to EC chairman Vasana Puemlarp on Monday. Vasana left for Sydney, Australia Thursday night, saying he wanted to visit his son who is studying there. He is scheduled to return on next Tuesday.
The report contains explicit details about how Thai Rak Thai leaders allegedly approached the heads of the small parties and devised a scam to change official information on party membership registration in order to allow unqualified candidates to run as Thai Rak Thai "competitors" in the April 2 election. The report details various occasions when money was paid to the parties' leaders and the candidates.
Thaksin declined to comment on what has been labelled "TRT gate".
In Reality The Malaysia SPR is much worst than their Thailand EC counterpart.
tindakan memboikot ini mungkin takut kepada kekalahan pada p'raya nt....tapi takkan sudah kalah sebelum bertarung....mungkin pkr dan pas tidak banyak mempunyai isu utk dijadikan modal buat masa ini...dan tiada 'scape goat' yg boleh dijadikan mangsa pada p'raya ini..
Para penyokong BN boleh menuduh PAS bacul, takut kalah dan sebagainya.
Akan tetapi, dari segi perkiraan untung rugi, adalah lebih berfaedah jika PAS tidak bertanding di kawasan yang ia tidak ada harapan menang.
Jika PAS bertanding, ia mungkin dianggap berani dan bertanggung jawab. Akan tetapi, apakah faedahnya?
Saya tidak fikir tindakan PAS memboikot pilihan kecil itu akan mendatangkan masalah kepada penyokong mereka.
Jika mereka memang mahu menyokong PAS, apa yang perlu mereka lakukan ialah tidak keluar mengundi. Tidak timbul soal berani atau bacul dalam soal ini. Tidak keluar mengundi pun adalah hak mereka!
Alaa datok lu pon bacul laa jugak sebab asyik dok sokong UMNO kurap tuu cakap org jaa pandai yg ekoq dia palit sama tak sedaq...udah laa kalau UMNo tuu UMNO jugak laa...
Mengundur bukan bermakna mengalah
menarik diri bukan bermakna lemah
jika menarik diri dikatakan merampas hak asasi pengundi..........bagaimana dengan pengundi hantu yang merampas hak sebenar pengundi?????
bagaimana pula kelemahan SPR tidak dikatakan merampas hak asasi pengundi????
apa strategi perlu dilakukan sekiranya bertahun lamanya diasak kesudut yang tak termampu untuk bernafas????
bagaimana mempergunakan secara total agensi kerajaan tidak dikatakan bacul apabila berdepan dengan lawan yang ceritanya hanya keluar1x setiap 2 minggu?????
BACUL?DAYUS?DUNGU?BIOL?COWARD @ apa saja....
Momentum permasalahan dan ketidak prihatinan kerajaan separuh 'naik' dibawah payong kerajaan bawah langit Hadharah SDN BHD.harus disimpan sehingga PUM.
Bukan saja pembangkang yang menunggu PUM, malah silent majoriti UMNO begitu juga pelakon didalamnya menunggu saat sedemikian dlm setahun dua ini.Mereka sudah muak dengan kerajaan yang suka buat kejutan demi kejutan dalam pengendalian sektor korporat..
Kejutan yang terkejut:
1.Pantai Holding
2.ECM Libra
3.SJER
4.Gerbang PErdana
5.Agusta
6.Proton
7.Jambatan ke2
8.Khazanah
9.Sime Darby
10.Golden Hope
11.Guthrie
12.Scomi
13.Utusan
14.mcm2
-
100.petrol
Baru 2 thn selepas PUM macam2 isu,
Tak dpt dibygkan jika tambah lagi sepenggal...
Salam buat Dato Akj dan semua perayap,
Adakah PAS dan PKR akan memboikot PRU akan datang? Tentulah tidak. Masakan mereka akan menyerahkan negeri Kelantan dan kawasan-kawasan yang mereka menangi kepada UMNO begitu mudah.
Apabila pembangkang mengistihar untuk memboikot PRK, tidaklah timbul soal bacul atau tidak bertanggungjawab. Pada firasat saya, ia adalah satu percaturan atau strategi politik pembangkang semata-mata. Pembangkang sebenarnya tidak mahu BT dijadikan oleh UMNO sebagai medan bagi menguji kekuatan dirinya dan penerimaan orang-orang Melayu terhadap UMNO itu sendiri. Bagi pembangkang adalah lebih baik UMNO secara terus-menerus sehingga PRU akan datang teraba-raba mencari petunjuk-petunjuk yang jelas sokongan rakyat terhadapnya. Pada masa yang sama pembangkang nampaknya cuba menyimpan terlebih dahulu isu-isu yang akan digunakan untuk menyerang UMNO. Biarlah semua senjata itu digunakan pada masa yang sesuai.
Berdasarkan senario semasa, saya percaya UMNO amat berharap dapat bertanding dalam mana-mana PRK bagi menilai isu, keberkesanan jentera parti menangkis serangan lawan dan mengenalpasti musuh dalam selimut (musuh Pak Lah). Sebaliknya pihak pembangkang cuba mengelak daripada pertembungan tersebut. Ironinya dato, pada penilaian saya UMNO berada dalam keadaan lemah tetapi pembangkang lebih lemah daripada UMNO.
Sekiranya pembangkang mengotakan janji memboikot PRK dan UMNO pula menang tanpa bertanding, juak-juak di dalam UMNO akan menyumpah seranah parti-parti pembangkang. Dato, juak-juak inilah yang paling hampa bukannya pengundi-pengundi. Mereka hilang wang panas, terlepas "projek-projek segera" yang mendatangkan keuntungan besar. Mulut melopong, mata putih! Bagus juga jika UMNO dapat membawa wang tersebut bagi membantu mangsa banjir.
.........tetapi dato, adakah boikot pembangkang ini merupakan satu gimik? Adakah bertanding atau tidak juga memerlukan gimik seperti gimik-gimik di dalam Akademi Fantasia? Bersorak, menangis, menjerit, berpelukan dan menangis semula! Entahlah, tunggu dan lihat........
Terima kasih. Jumpa lagi jika diizinkan.
Datuk & Bloggers sekalian,
Yang menyedihkan dan amat menjengkelkan hati saya yang memang dah dipanggil naik turun mahkamah kerana tak mampu nak membayar hutang ini...
Betapa berlagaknya sikap para pegawai2 kerajaan sekarang! Mereka sudah makin nampak naik kepala.....makin melampau dan menjadi2!
Lihat sahaja betapa angkuh, sombong dan bongkaknya:
a) Yang Dipertua MPS kerana tidak mahu berjumpa dengan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin bertemu dengannya...tentang isu lesen/kad...
b) Pengerusi SPR yang bercakap macam lebih berkuasa dari rakyat..tiada profesionalime langsung...sedangkan mereka bekerja untuk rakyat!
c) MB N9 yang betapa yakin dan taksubnya menyatakan AHLI DAP DUN BAHAU keluar dari DAP kerana sukakan Kerajaan dan menjemput beliau memasuki BN...
d) Pak Lah dan statistik yang tak kemananya! (Bila nak menjawab soalan2 TDM tahun lepas??? Dok pakat diam je!)
Apa mereka ingat mereka ini akan berkuasa selamanya kah?
Saya dah makin risau akan situasi sekarang dan akan lebih risau jika parti pembangkang pun pakat tak mahu berjuang....
Risau Risau Risau!
Saya mungkin satu undi dari berjuta. Tapi saya yakin ramai orang yang macam saya, yang kurang berminat dalam politik, tetapi sekarang terpaksa 'get involved' kerana tidar gemar dengan keadaan negara sekarang. Pada pendapat saya negara kita sudah hilang daya saing, hilang semangat bekerja dan menjual maruah kepada Singapura.
Politik UMNO sekarang sungguh mengecewakan. Tiada langsung semangat berjuang untuk negara. Politik PAS sungguh mengecewakan. Terlalu banyak 'intrigue'. Terlalu banyak 'stretegi. Sampai pening kepala untuk memikirkan.
Malangnya nasib saya dan rakan rakan seangkatan. Bagi kami tidak nampak lagi jalan keluar dalam kemelut ini. Kami berharap dan berdoa semoga ada jalan keluar bagi kami.
jangan terpedaya & terperangkap dengan strategi SPR & kerajaan.
renungkan:
1. kenapa kenyataan SPR ini dibuat semasa pilihanraya kecil BT.
2. kenapa pengerusi SPR tidak buat statement sebelum BT & tiba2 muncul statement ini dalam keadaan kerajaan yg mula goyah.
3.BA perlu lihat strategi ini.Jangan terpedaya.
4.lawan sebagai jantan malaya memperjuangkan nasib bangsa & tanahair sebelum semua harta kerajaan tergadai.
5.inilah masa yang paling sesuai mengukur kekuatan BA.
6.nampak gaya pancing SPR mengena.
Saya berpendapat pembangkang boikot Batu Talam sebab mereka tahu tak boleh menang berlawan dengan BN Paklah. Duit mesti terbang melayang-layang punya. Mana mereka nak terlawan.
Kalau di bawah TDM dulu walaupun mereka kutuk macam-macam tapi bila ada pilihanraya kecil tak pernah boikot sebab mereka tahu ada peluang masih terbuka. Tetapi tidak untuk zaman Hadhari.
Apa yang malang adalah pembangkang tidak mengutarakan isu yang sebenar sebagai punca mereka boikot tetapi memainkan isu lain menuduh SPR macam-macam.
Sepatutnya pembangkang memberitahu perilaku sebenar kerajaan hari ini, tentang kecenderungan menyalahguna kuasa dan rasuah.
Ironi sungguh apabila mereka begitu lantang dengan TDM yang pada hakikatnya sentiasa bersikap adil kepada mereka tetapi senyap dan bersikap mengelirukan apabila berdepan dengan Paklah.
BN tak boleh pakai, pembangkang tak boleh harap. Apa lagi yang ada untuk pengundi?
Geli hati saya bila ada pendapat mengatakan bacul PAS kerana hendak memboikot pilihanraya kecil Batu Talam.
Satelah berkali2 'menyertai' pilihanraya diMalaysia, saya rasa ada baiknya cara terbaru PAS ini.
Ini kerana saya tidak mahu ditahun melawat Malaysia,pelancong akan dapat tahu akan kebodohan pengundi2 Malaysia(calon yang korup dan telah terbukti menunjuk 'tangan' lucah pun boleh mendapat undi majoriti).
Dato dan Bloggers,
28 Januari semakin menghampiri. Perasan ke tuan-tuan, Pak Lah dah mula menabur 'gula-gula'. Kenaikan gaji kakitangan awam, bantuan banjir diberi dan ditambah-tambah lagi, bayaran untuk perkhidmatan tertentu dimansuh dan mungkin dalam sehari dua ini makin banyak lagi. Mungkin secara kebetulan tetapi kebetulan tidak berlaku berulang-ulang kali.
Rasuah zaman ini ditampil secara lebih bijak dan berhemah. Malu dan busuknya rasuah bisa sahaja ditolak ke tepi walau lain yang dilaung lain pula yang dilaksanakan.
Anak-anak ku generasi masa depan, bagaimanakah nasib kamu jika pembesar hari ini membenihkan penggantinya yang tidak lain tidak tumpah seperti mereka hari ini.
Aduhai...
1. Memang tak sepatutnya PAS masuk pilihan raya kecil Batu Talam sebab bukannya dia boleh menang.
2. PAS tidak menyifatkan bertanding di Batu Talam sesuatu yang glamour dan penarikan diri hanya diisytiharkan oleh seorang ahli yang tidak dikenali. Mengapa Hadi mengelak untuk berhadapan dengan press? Mengapa dia suruh orang yang tidak dikenali memberikan statement? Pernahkah mana-mana parti politik di mana-mana menyuruh ahlinya yang tidak dikenali untuk membuat pengumuman rasmi parti?
3. Tetapi PAS berjaya juga menunjuk pandai berpolitik (?) dengan menyalahkan SPR yang Pengerusinya mengaku tidak telus, tidak adil dan tidak saksama.
Salam,
pilihanraya bukan medan uji kekuatan parti politik, tapi ruang untuk melihat sejauh mana demokrasi di urus oleh SPR.
Datuk dan pembahas sekelian terutama ishkan, sebenarnya sentiasa ada jalan keluar untuk kemelut ini.
Di Sarawak perkara ini telah berjaya mengapa ia tidak akan berjaya di Semenanjung Malaysia.
Mengapa perlu mengundi BN dan Pembangkang sahaja kenapa tidak undi calon bebas yang berkaliber dan memaksa tokoh-tokoh utama di luar sana untuk bertanding dalam piliahan raya umum.
Mengapa kita tidak jadikan budaya mengundi calon-calong bebas yang berkaliber untuk menjadi suara rakyat di Parlimen dan DUN.
Mengapa kita tidak mengikut tsunami Shahrir Samad yang bertanding sebagai calon bebas dan menang sebelum kembali ke pangkuan UMNO.
Maknanya sentiasa ada jalan untuk menjadikan Malaysia hebat sepeti dulu, mungkin kita boleh paksa DR. M untuk menerajui calon-calon bebas sekiranya UMNO tidak mahu mereka lagi.
Kita undi ramai-ramai calon bebas yang berkaliber dan pastinya mereka akan menjadi kumpulan pendesak di dalam Parlimen dan DUN.
Mari kita gerakan fenomena baru ini seperti mana fenomena pada pilihanraya DUN Sarawak, dua calon bebas menang beb.
Assalamualaikum wbt.
Dato' sedap nye mulut kata pembangkang bacul.
saya nak tanya kalau Dato tak bacul, Dato ajelah yang bertanding. Tak guna menyalahkan orang lain kalau diri sendiri yang bacul.
Berilah peluang untuk pemimpin pembangkang mengatur strategi. Kalau tak nak bekerjasama susahlah nak menang. Sekurang-kurangnya hormati mereka sebagai pemimpin. Tolonglah beri sokongan pada pemimpin. Ikut dulu. kalau tak mau ikut next time pilih orang lain.
Bagi yang kecewa (kononnya tak kisah siapa yang memerintah)relax beb. tak lama lagi ada PRU. kat situ ko pangkah lah pembangkang.
barulah kera jaan BN akan tersungkur. Saborrr.
ingat dalam perjuangan mesti ada pengorbanan.
Dalam membuat keputusan politik( utk tidak melibatkan diri dlm pilihanraya kecil) saya rasa PAS dan PKR telah membuat pertimbangan yg mereka fikirkan wajar dan kita harus menghormati keputusan mereka.
saya rasa yg rugi dalam tindakan ini bukan PAS atau PKR. Yang rugi adalah masyarakat setempat kerana tiada janji manis baru boleh mereka dengar. Tiada projek mi segera yg boleh mereka nikmati. Dan yg rugi juga adalah UMNO dan BN DUN itu kerana tiada peruntukkan besar yg akan mereka terima utk berbelanja 'kempen'.
Yang untung ialah secara tak langsung rakyat yg membayar cukai kerana wang mereka tidak di divert ke Batu Talam utk di belanja oleh jentera BN macam guna duit mak bapak mereka sendiri.
Saudara A Kadir Jasin,
Tak timbul soal bacul kalau berkira soal politik kerana masing-masing ada rencana yang tersendiri,mengapa kisah kepada strategi politik parti sedangkan gelanggang yang disediakan jelas dan nyata bobrok pada sifat dan haprak pada perlaksanaan. Penyokong dan pendokong memahami kehendak parti pillhan mereka. Demokrasi Malaysia sudah lama mati,cuma sikap Melayu yang baik hati tidak berani turun mengangkat hak menjatuhkan sang penguasa yang 'gila'.Ini langkah paling baik dan santun untuk mengajar 'kera'jaan Abdullah Ahmad dan SPR.
There is some truth to what Dato is saying. And, if one wants to challenge the SPR legally, one has to contest adn follow teh necessary procedure.
So this is mere political tactic.
Opposition is quite aware that they can't win here and this is a safe UMNO seat. This act denies Dolah the much needed political indicator and opportunity to gloat over an obvious win.
It creates awareness and pressure on SPR at the domestic and international level. Next time around, SPR will be more conscience of their act. I am not making any accusation of SPR, but stating the possibilities.
Lets not forget of those anti Dolah camp in UMNO. This withdrawal relieves them the discomfort of having to play along to strengthen Dolah.
Who thought of this strategy? PAS is to in-the-box to think of this. It has to be a Keadilan and I wouldn't be surprise, if the ida come from an UMNO man familiar with opposition tactics.
Since I am a believer in the hypothesis that Anwar is in cohort with Khairy and will soon return to UMNO. This position serves Anwar's interest.
As for one comment, complimenting Khairy ... ptuihhh. Get real? Does leadership is dependent on who shoot their mouth and act idiotically? In Khairy's case, he sounds tooo amateurish for using racec cards too early. Must e desperate!
Anyway, lets him talk. Everytime he and FIL talks, they always shoot their own feet.
It is gross stupidity if the opposition parties boycott the by-election. It is a reflection of immaturity. After 50 years of independence we still do not have credible oppossition parties.
Saudara dan saudari pembahas dan pelawat yang dihormati,
Terima kasih tidak terhingga kerana melawat blog kita ini dan menyumbangkan pandangan. That's the principal idea of having this blog.
Saudara boleh bersetuju atau tidak dengan saya dan di antara satu sama lain asalkan dengan sopan, waras dan saksama.
Mungkin istilah "bacul" yang saya gunakan kurang tepat atau keterlaluan. Namun saya khuatir Pas mungkin terperangkap dengan tindakan ini.
Bayangkan jika Pas dan PKR gagal memaksa kerajaan/SPR meminda undang-undang dan peraturan pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang.
Apakah Pas dan PKR akan juga memulaukan pilihan raya umum? Apakah jaminan bahawa kerajaan/SPR akan meminda undang-undang dan peraturan pilihan raya? Apa kata jikalau benar seperti yang dihujahkan oleh saudara dan saudara sendiri bahawa kenyataan Pengerusi SPR itu sekadar taktik sahaja?
Ada yang menyebut mengenai pengalaman boikot di Negeri Thai. Mengapa perlu Pas, PKR dan kita semua mencontohi mereka? Lihat apa yang terjadi dengan demokrasi Thailand sekarang? Tidak memeranjatkan jika idea boikot ini didalangi oleh PKR dan Pas termakan diayah itu.
Calon bebas satu opsyen. Bukan di Sarawak saja calon bebas menang. Di Semenanjung pun calon bebas pernah menang sehingga politik pilihan raya “diinstitusikan” menjadi francais BN, Pas dan DAP.
Politik negara kita sudah menjadi terlalu kepartian sehingga tidak lagi memberi peluang kepada calon persendirian walaupun mereka lebih baik daripada calon parti.
Adalah lebih demokratik dan bijaksana kalau Pas dan PKR berpakat bertanding di Batu Talam tetapi dengan protes atau under protest.
Mereka boleh jadikan pindaan sistem pilihan raya dan kritikan terhadap SPR sebagai MODAL utama mereka.
Membiarkan pengundi, khasnya penyokong mereka, tanpa pilihan yang berwibawa adalah kesilapan besar.
Atau mengapa tidak difikirkan “Sindrom Pendang” yang silih berganti mengundi Pas dan BN? Pendang adalah sebuah kawasan Parlimen di Kedah yang silih berganti memilih Umno dan Pas sejak pilihan raya umum pertama pada tahun 1955.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengundi Pendang beberapa kali mengubah selera. Pada pilihan raya umum 1999 mereka mengundi Pas. Pada pilihan raya kecil 2002 mereka mengundi BN dan mendapat pelbagai projek – sekolah, maktab dan interchange lebuh raya Selatan Utara di Kobah. Pada pilihan raya umum 2004 mereka mengundi Pas dan beberapa bulan lalu interchange di Kobah dibuka.
Namun, segala-galanya belum terlambat. Pas masih boleh mengubah pendiriannya dan meletakkan calon di Batu Talam. Mengakui kesilapan bukan tanda lemah.
Terima Kasih.
1. Satu benda yang Datuk AKJ teroverlook ialah di zaman TDM pembangkang tak pernah boikot walau macam mana pun. Zaman PM Abdullah, pembangkang boikot. Adakah itu bahan kajian yang menarik?
2. Bila Datuk AKJ berbicara dengan bahasa yang disukai, dia dipuji-puji.
Bila dia berkasar, maka amoi pun beremosi, "Dato' sedap nye mulut kata pembangkang bacul. saya nak tanya kalau Dato tak bacul, Dato ajelah yang bertanding. Tak guna menyalahkan orang lain kalau diri sendiri yang bacul".
Sejak bila pula AKJ tak boleh merasa marah bila dia nak marah?
Kadang-kadang kena hentak dan luku-luku ckit. Mungkin itu perkiraan AKJ (Seronok ke pegi birthday Tok Ti yang ke 28?)
Tetapi mengambil Pendang untuk dibandingkan dengan Batu Talam nampak seperti kesesatan.
Malah mengambil Pendang pun tidak tepat sebab sebenarnya Bukit Raya (sekarang Tokai? betul ke?) yang jadi penyebab bertukar-tukar selera.
Kawasan yang Suraya pegang (tak ingat nama Dun Suraya) tidak boleh dijadikan contoh. Tak silap Suraya menang 4 ribu lebih.
Apa pun, saya seronok baca pandangan Zaharin Mat Yasin (sangkelembai).
YBhg Dato,
Benar macam dr butiq dan peroyan2 yang sewaktu dengannya kata;kali ini pembangkang baru pakai otak dan letak di kepala..tidak di kepala lain.
Isu2 yang orang ramai marah adalah isu national,besar bukan kecil macam BT. orang ramai sedang menanti dengan gelora jiwa bergelojak hendak menghentam hitamkan kera-jaan dalam PRU yang dah hampir sangat.
Bukan simpan tenaga tapi menunggu jemaah untuk bersaf2 di PRU nanti,itulah kebijaksanaan namanya.
Di medan kecil BT menentang seluruh bala jentera kera-jaan mesej yang nak disampaikan akan tidak kesampaian mungkin..telan air lior basi je.
Syabas Nuar kerana baru la ni depa nak pakai kepala hang,jika tidak Mat Hassan akan teriak..mengabihkan boreh yo!
Pesan saya, hati rakyat hendaklah ditawan..secawan kopi bagi orang Melayu dah memadai.
Au revoir
Berkenaan dengan pandangan demikian saya melihat ini sebagai kayu ukur untuk menilai sejauhmana ketelusan SPR dan Abdullah Ahmad untuk melakukan reformasi secara menyeluruh terhadap perjalanan demokrasi negara.
Ini bukti bahawa Melayu selamanya tidak akan tertipu lagi dengan kata 'mana titah patik junjung'.Ini bukti kematangan untuk membuat pilihan. 50 tahun merdeka adalah rencam terbaik untuk menilai BN.
Sebenarnya apa yang lebih dibimbangkan ialah kebangkitan demontrasi rakyat sebagaimana era reformasi dahulu.Sudah tentu kita tidak mahu melihat hal demikian terjadi.Cumanya apabila langkah ini tidak langsung diambil perhatian, maka alternatif yang ada adalah dengan melakukan demonstrasi itu sekali lagi.Pada waktu dan saat ini, negara berada dalam kondisi terbaik terdedah kepada anasir luar yang mengancam.
Ya,saya bersetuju,kata 'bacul' terlalu lurus untuk menilai perjalanan sebuah parti politik yang tidak pernah lupa untuk menyahut pangilan demokrasi walaupun menyedari gelanggang yang ada mampu membunuh terus mereka.PAS dan PKR mengajar rakyat Melayu supaya sedar akan hak dan keperluan mereka.
Dato'
untuk makluman dato' dan pembaca sekalian.
Kenyataan Pengerusi SPR mengenai perlunya kuasa yang lebih diberi kepada SPR pertama kali adalah pada Ogos Tahun lepas lagi. Tetapi tidak mendapat perhatian media.
Antara yang dinyatakan adalah kemudahan untuk menyelesaikan pemasalahan kecil yang timbul semasa pilihan raya,
Permit berkempen
dan juga perlantikan Ahli SPR oleh Persidangan Dewan Rakyat.
Sistem sekarang masih adil mengikut undang undang yang ada.
namun apa yang dipohon adalah penambahbaikan yang memastikan bahawa SPR mempunyai kuasa untuk berlaku adil mengikut perkembangan semasa.
Namun semasa perasmian Akademi SPR 8 Jan lepas, di dalam kehangatan pilihan raya kecil. Perkara ini telah ditajuk utamakan oleh media arus perdana.
Dear A Kadir Jasin,
Your article makes a very good observation that boycotting the elections is useless as this only proves the political opposition has no viable ideology and lacks good leadership.
The claim by PAS and PKR that the SPR is biased is untrue especially since U.S. President George W Bush himself called Malaysia as a model Islamic Democracy.
nampaknya hujah datuk masih lagi berperangai spt UMNO..
berjuang berdasarkan harta benda....
jika ukuran Pendang jadi contoh...
maaf laa datuk saya katakan datuk sebegitu....
terus terang saya katakan...saya jika satu2 parti tuu berjuang berdasarkan keadilan dan kebenaran dengan alquran dan sunnah jadi ikutan insya'allah parti itu yg saya sokong tak kira dia UMNO kaa @ PAS...
skrg maaflah perkara itu semua bagi saya tak ada pada UMNO...ianya semakin terhakis skrg ini....
Islam entah dimana Melayu kian LAYu..Ekonomi semakin menjadi mee segera...aibb aibb aibb...
sekali sekala saya rasa kita patut ambik tepong letak kat muka baru ada org nak sedaq...tetapi jika bijak pandai mcm datok tak nanpak jugak mcm mana laa org kg kat kawasan Sg Tiang sana.....
STRATEGI RADIKAL UNTUK MASALAH KRITIKAL
Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.
Berdepan dengan masalah yang bersifat kritikal kadang-kala mengajar kita untuk berfikir sedalam-dalamnya akan kaedah atau strategi penyelesaian yang sesuai dan terbaik. Kaedah atau strategi ini mungkin kelihatan luar biasa, mengejutkan, tidak bertanggungjawab atau tidak bijak. Mungkin juga, jika dilihat dari posisi yang lain, kaedah atau strategi ini menampakkan ciri-ciri kreatif, matang, pintar atau radikal. Namun begitu, tidak kiralah dari perspektif mana kita lihat tentang satu-satu kaedah atau strategi itu, tidak dapat dinafikan bahawa setiap kaedah atau strategi itu sering kali disertai dengan risiko-risiko atau kesan-kesan sampingan yang negatif. Persoalan utama yang biasanya bermain di fikiran kebanyakan orang adalah sama ada orang itu benar-benar berani atau benar-benar bacul untuk sanggup menghadapi risiko tersebut.
Dalam kes pilihan raya untuk memilih wakil rakyat di sesuatu kawasan, persoalan yang sentiasa menyelebungi pembangkang tidak semestinya berkisar tentang soal menang atau kalah semata-mata, tetapi lebih kepada isu keadilan tentang layanan kepada pihak-pihak yang bertanding. Maka, tidak perlulah kita mempersoalkan kebaculan mana-mana pihak tanpa asas yang kukuh kerana tindakan sebegini samalah seperti perbuatan seorang pendekar UMNO dahulu yang mempertikaikan kejantanan seorang tua. Memanglah benar, strategi yang diambil oleh pembangkang untuk memulaukan satu-satu pilihan raya mempunyai risikonya yang tersendiri. Satu daripadanya ialah tiada jaminan bahawa tuntutan mereka untuk mendapatkan keadilan itu ditunaikan. Harus juga diingat bahawa tiada juga jaminan bahawa tuntutan mereka itu tidak akan dipenuhi. Sesungguhnya, tiada satu perkara pun yang pasti di dunia ini kecuali mati. Adakah pembangkang berani kerana sanggup menghadapi risiko ini atau adakah mereka bacul kerana mereka sanggup berdepan dengan masalah yang baru?
Realitinya di Malaysia ialah pada hari ini, pembangkang tidak mempunyai suara yang kuat di Parlimen untuk memperbetulkan tindak-tanduk kerajaan. Oleh itu, peranan menegur, menasihat dan mengkritik itu terpaksalah dimainkan oleh rakyat. Namun, tidak semua rakyat mempunyai kesedaran untuk melakukan peranan tersebut. Di sinilah, mungkin pembangkang boleh berfungsi untuk memberi kesedaran kepada rakyat, bukan menghasut. Mungkin satu caranya ialah dengan menarik satu hak rakyat iaitu hak mengundi supaya rakyat dapat bangkit untuk menuntut hak mengundi itu dan hak-hak mereka yang lain daripada kerajaan seperti hak untuk mendapatkan kehidupan yang selesa tanpa dibebani secara keterlaluan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, air, tol dan barangan keperluan seharian, hak untuk memperoleh kehidupan yang selamat tanpa ancaman jenayah yang berleluasa, hak untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang benar dan tepat tanpa manipulasi dan penipuan di media massa arus perdana, hak untuk mencari nafkah dengan mudah tanpa persekitaran ekonomi yang tidak menentu, hak untuk menjaga maruah tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa asing dan lain-lain lagi. Mungkin juga, dengan kebangkitan suara rakyat tadi, kerajaan akan dipaksa untuk tunduk kepada tuntutan-tuntutan rakyat dan ini termasuklah layanan adil dalam proses pilihan raya.
Pada hari ini, rakyat mungkin kehilangan hak mengundi yang hanya digunakan sekali dalam empat atau lima tahun, itupun jika menggunakannya, dan juga hak untuk menambah pendapatan seharian daripada pilihan raya sama ada secara halal atau haram, akibat daripada tindakan pemulauan pembangkang ini. Namun, dalam jangka masa panjang, rakyat mungkin memperoleh sesuatu yang lebih berharga lagi pada masa hadapan sekiranya mereka sudah sedar dan bangkit menuntut hak-hak mereka pada hari ini. Nescaya, pada masa hadapan, apabila rakyat menoleh semula kepada peristiwa pada hari ini, mereka mungkin bersetuju bahawa kehilangan satu hak mereka itu pada hari itu adalah sesuatu yang berbaloi.
Sekian, terima kasih.
Saudara Muhammad Abdullah, jangan petik pengiktirafan daripada "war criminal" Bush yang illegally invaded Iraq and now busy bombing Somalia sebagai bukti kukuh kehebatan demokrasi Malaysia. Dia akan sokong sapa saja yang mahu menyembah dia. Kenapa Hamas menang pilihanraya di Palestin (diakui oleh pemerhati antarabangsa diketuai oleh Jimmy Carter) tetapi diboikot oleh Amerika?? Sebab mereka tidak mengiktiraf Israel ....
Cuba buka mata dan lihat betul-betul ....
Segala kemudahan kerajaan telah dan akan digunakan untuk menaikkan imej BN dan memburuk-burukkan pembangkang termasuk TV, suratkhabar (ingat dulu katun besar-besar dalam akhbar yang menghina calun dan pemimpin pembangkang), SPR, Kementerian-kementerian, sekolah, dan banyak lagi. Pembangkang nak bayar untuk iklan TV pun tak boleh. Akhbar harakah yang dulu boleh keluar 2 kali seminggu hanya dibenar 2 kali sebulan. Pemilihan rakyat bergantung rapat dengan maklumat yang mereka terima.Jika channel maklumat ini disekat maka rakyat telah being deprive daripada membuat keputusan yang adil ...
Rasuah kepada pengundi dengan pelbagai cara termasuk projek dan 'hadiah' wang ringgit, kain pelikat dsb... kalau pemilihan sesama mereka pun ada unsur rasuah spt kes Isa Samad (politik wang tu adalah RASUAH)apatah lagi pertandingan melawan pembangkang!!!
Percaya tak mengikut statistik, dalam pilihanraya lepas kebanyakkan kawasan pilihanraya di Terengganu melaporkan peratus pengundi yang sangat tinggi melebihi 85% malah ada yang lebih 90%. Mana ada negara dalam dunia yang mencapai kadar pengundi yang begini tinggi termasuk Malaysia sebelum pilihanraya lepas.
Pembangkang minta keadilan dalam sistem demokrasi dan Pengerusi SPR sendiri mengakui beberapa hari lepas bahawa sistem pilihanraya kita sudah agak lapok dan perlu pembaharuan jika kita ingin pastikan keadilan terbela. Jadi kalau begitu sesuai juga pembangkang boikot bertujuan sending the message bukan saja di Malaysia tetapi dunia tentang ketempangan sistem demokrasi Malaysia.
Dari dulu lagi sistem pilihanraya Malaysia ni berat sebelah tetapi mulai pilihanraya 2004 keadaan bertambah teruk....
Saya bersetuju diboikot dan meminta gabungan pembangkang supaya press ahead dengan perubahan sistem pilihanraya kita kepada yand lebih adil kerana kita nak tendang keluar mereka-mereka yang telah mengkhianati amanah rakyat dan sibok memgemukkan perut masing-masing ...
A'kum dan salam reformasi!!
Persoalan mengapa BA harus memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam seharusnya tidak berbangkit. Asas utama kpd kenyataan saya ini adalah BA yg juga dianggotai Parti KeADILan Rakyat (PKR) mempunyai 1001 pengalaman dan kepakaran dlm menghadapi pertandingan di dlm Pilihan Raya-Pilihan Raya yg telah diadakan di Malaysia khususnya Pilihan Raya sewaktu sebelum pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kesimpulannya adalah jgnlah ada kritikan-kritikan yg tidak menyokong pemboikotan ini. Jika tidak berpuas hati, duduk berbincang dgn Parti-parti komponen BA.
Akum Dato'
Pendapat saya ramai yang inginkan ada pertandingan di Batu Talam bukan sahaja kerana mereka ingin mengaut keuntungan semata-mata ( seperti yang mereka tujukan kepada pihak pihak tertentu)tetapi lebih ramai lagi pemerhati di luar Batu Talam yang ingin melihat ada kah dengan isu isu semasa yang hangat diperkatakan termasuk teguran-teguran TDM sedikit sebanyak akan mengurangkan majoriti BN?
Banyak pihak yang kurang senang dan mempersoalkan kepimpinan yang ada.. Sekadar bersuara dan menyuarakan.. Sama ada ianya benar-benar merupakan suara rakyat, sudah pasti akan diketahui i.e melalui keputusan pilihanraya dan BT. Talam merupakan satu benchmark.
Jangan diperlekehkan pengundi di Bt. Talam.. Pengundi sekarang bertambah bijak. Tidak adil jika dikatakan, pengundi yang ditaburi duit akan memihak kepada sesiapa yang memberi.. Mereka sudah pasti akan memilih parti yang bukan sahaja memberi wang ringgi tetapi parti yang boleh membawa kepada kesejahteraan DUN dan negeri dan seterusnya negara.
Dato' dan kawan-kawan semua
Dah lama Mat Tunjang tak bercerita
Pasai banyak dok berjalan cari kerja
Kontrak kecil tak kira apa
Asal anak bini boleh dibela
Tunggu projek RM-9 tak mai lagi
Janji menteri dah berguni-guni
Kita dok bersedia siapkan diri
Dengar-dengar Ketua Bahagian dah monopili.
Nak tak nak kenalah jadi sub
Kena pula bagi rasuah dan makan suap
Kalau tidak janganlah harap
Masuk angin keluar asap.
Hairan juga Pas dok boikot pilihan raya
Kena hasut dengan Keadilan agaknya?
Anwar Ibrahim dia dah buat iniaya
Pekena Pas yang tak tahu punca.
Tak percaya kat SPR pi lawan la
Yang dok niaya pengundi ni buat apa?
Orang Batu Talam depa tak berdosa
Yang salah guna kuasa dok di Putrajaya.
Jadi macam mana Mat nak sokong Pas?
Kalau dengan Keadilan pun dak kena pulas
Kalau perintah negara habislah orang rampas
Orang dapat isi kita dapat hampas.
Kalau kat Umno kita tak boleh bergantung
Pas pula dah kena kelentong
Kat sapa lagi kita nak sokong
Nampak-nampak kena buang undi kosong.
La ni di Kedah tengah tak tentu hala
Khabarnya orang besar sedang bercinta
Yang jantan katanya sangat berkuasa
Yang perempuan pula seorang ketua.
Rioh rendah satu negeri
Kisah cinta bukan rahsia lagi
Depa dah pi sana dan sini
Dah macam laki dan bini.
Kalau menikah Mat nak kata apa
Jodoh orang sapa nak sangka
Tapi kalau dok syok-syok saja
Kena tangkap basah susah pula.
Negeri kita dah jadi taman nirwana
Ramai pembesar katanya sedang bercinta
Ada yang berbini ada yang duda
Ada dalam negeri ada di luar negara.
Tak hairanlah ekonomi kucar-kacir
Bala Tsunami, bah dan banjir
Pembesar negara ramai tak hadir
Pasai dok hangau hulu dan hilir.
Wahai Mahazir, Pak Lah dan Khairi
Wahai Najib, Ghani dan Nazri
Wahai pembesar perempuan lelaki
Nasib kami janganlah ditolak tepi.
Wahai Parti Pas dan Keadilan
Dok boikot pilihan raya apa kesudahan?
Rakyat jelata tak dibagi can
Yang seronok orang Barisan.
Dato' & Sekelian peminat,
Bagi saya, PAS & PKN ada prinsip tersendiri baikot PRK Batu Talam. Kerana strateginya untuk PRU 12 nanti. Setiap pilihanraya kecil mudah-mudah je RM500,000 boleh habis. Bagi BN tak apa kerana ada wang rakyat, tapi bagi PAS dan PKN dah tentu 'rakyatnya' yang keluarkan belanja.
Memandangkan pilihanraya Umum tak lama lagi (dijangka Sebelum 28 Mac 2008)money and moral penyokongnya harus disimpan dengan baik untuk berdepan dengan UMNO. Pilihanraya kecil ini tidak akan mengugat kerajaan BN Pahang. Jadi apa perlunya PAS habiskan RM dan tenaga.
Semasa Pengerusi Dato' SPR mengakui SPR berhadapan dengan undang-undang yang lapuk sejak 50 tahun merdeka, telah dimabil kesempatan oleh PAS dan PKN untuk menyerang kerajaan, kerana SPR di bawah kerajaan BUKAN di bawah JK parlimen.
Masej ini bukan untuk pengundi Batu Talam bukan untuk pahang, bukan untuk Malaysia tetapi dunia akan tahun, sejauhmana demokrasi di Malaysia berjalan.
Soal takut kalah pada pembangkang tidak timbul, kerana mereka dah biasa kalah. Tetapi dengan baikot PRK ini, dempokrasi dibawah pimpinan BN ada 'kekalahan'
Soal bacul, sebenarnya bukan PAS atau PKN yang bacul, tetapi Dato' yang bacul kerana tidak dapat membaca masej dan strategi pembangkang menghadapi BN pada PRU 12 nanti. T/Kasih.
Sdr Benta,
Kita tidak akan memanggil atau menyifatkan sesiapa di Batu Talam atau di mana-mana sebagai lembu.
Terima Kasih.
Salams dato',
keputusan PKR dan PAS menidakkan pengundi di Batu Talam adalah keputusan politik semata. Manakan tidak PKR dan PAS tidak mengambil peluang ini untuk menghentam kerajaan jika sekiranya mereka telah berkira untuk hadir menyertai PUM kelak dengan lebih ber'tenaga'. Saya kira jarak masa antara by-election kali ini dengan PUM akan datang yang semakin hampir menjadi congakan penting bagi PAS dan PKR sebelum membuat keputusan ini. Dan apabila EC sendiri merasakan perlu ada perubahan dalam proses pengundian, nah ,ini merupakan 'tonik' yang baik untuk mengelak menghabiskan wang atas by-election yang belum tentu menghasilkan kemenangan.
Jentera politik kerajaan juga pasti merasakan bahangnya. Pelbagai program mungkin telahpun disusun untuk pengundi batu talam bagi menunjukkan pilihan pengundi seharusnya adalah wakil rakyat kerajaan kerana kerajaan menjanjikan pembangunan. maka akan kita lihat dalam setiap coverage media, rancangan dan pelan pembangunan yang bakal dilakukan di batu talam kelak. Inilah trend BN dalam meraih undi rakyat dan saya setuju mengatakan 'sogokan pembangunan' ini merupakan cara kempen yang paling menyenangkan hati rakyat.
Dengan tiada penyertaan PKR dan PAS maka hilanglah peluang menegakkan demokrasi bagi rakyat batu talam khususnya. walaupun amat jelas keputusan by-election lebih berpihak kepada kerajaan namun apabila ada pertandingan 2/3 penjuru akan memberi peluang kepada pengundi yang bijaksana menyampaikan mesej penting. Dan kerajaan juga perlukan sedikit 'tonik' untuk melihat sejauh mana undi popular mereka setelah mendapat mandat besar tahun 2004 lalu. Dan seharusnya by-election ini menjadi benchmark untuk menghadapi PUM akan datang. Saya percaya jika pengundi batu talam keluar mengundi khususnya pengundi 'silence majority', mesej dan impak dapat diberikan kepada kerajaan bahawa mandat besar mereka tidak akan sama jika ambil kira 3 tahun pentadbiran AAB. Mesej yang jelas perlu disampaikan bahawa rakyat banyak menanggung bebanan sepanjang pentadbiran beliau.
Sayangnya, pihak pembangkang tidak mahu mengambil kira elemen kuasa pengundi ini. Bagi mereka yang jelas impian mendirikan sebuah kerajaan dalam PUM akan datang lebih utama dari menjadi pembangkang yang efisien buat masa ini. PAS dan PKR masih tidak dapat menjiwai erti demokrasi rencah Malaysia.
Yang jelas, samada congakan PAS dan PKR menidakkan batu talam akan berjaya meraih undi popular kelak atau pengundi yang keluar akan lebih bijaksana dalam menyampaikan mesej tanpa memikirkan material semata tidak akan terjawab dalam percaturan by-election kali ini.. oh! sayang seribu kali sayang.
DARI PEMERHATI BEBAS BUKIT RAYA.
Dato' dan para pendebat,
Saya bersetuju dan bersimpati dengan Pas tentang ketidakadilan system pilihan raya sekarang seperti yang diakui sendiri oleh Pengerusi SPR dan sikap berat sebelah SPR dan media massa arus perdana.
Tetapi saya tidak setuju dengan langkah memeboikot seperti yang mereka buat dengan pilihan raya kecil Batu Talam.
Berpandukan hujah Datuk dan komen para pembahas, saya rasa langkah-langkah berikut adalah lebih bijak dan bermanfaat kepada Pas dan para pengundi:-
1. Pas jangan terikut-ikut dengan tindak tanduk PKR yang lebih merupaka perjuang peribadi seorang ahli politik. PKR banyak terpengaruh oleh liberalisme Amerika yang hambar;
2. Pas sepatutnya bertanding di Batu Talam tetapi dengan protes (under protest) dan di bawah tekanan (under duress);
3. Pas menggunakan kempen meminda undang-undang pilihan raya yang sudah lapuk itu sebagai wadah utama kempennya di Batu Talam;
4. Pas meminta pengundi yang mahu undang-undang pilihan raya dan komposisi SPR dirombak supaya memangkah calonnya;
5. Pas meminta pengundi yang tidak menyokongnya tetapi menyokong agar undang-undang pilihan raya dipinda supaya tidak keluar mengundi.
6. Pas mengambil sikap jika ia kalah di Batu Talam salah satu puncanya ialah sistem pilihan raya yang tidak adil dan media massa arus perdana yang tidak bebas.
Memulaukan pilihan raya adalah tindakan tidak demokratik yang menguntungkan BN dan menghampakan pengundi yang berhasrat mengundi pembangkang.
Belum terlambat bagi Pas memisahkan dirinya dari belenggu PKR dan kembali meletakkan calon di Batu Talam, walaupun atas tiket bebas tetapi disokong dan dibiayai oleh Pas.
Datuk & Bloggers sekelian,
Heran2...kerana perkataan "BACUL" ada juga yang nak melenting menghentam Datuk Kadir yang cuba membuka pentas untuk kita melahirkan perasaan tak puashati kepada PEMIMPIN MALAYSIA?
Penting sgt kah isu BACUL ini atau pilihan BA memboikot itu sendiri yang lebih diberi keutamaan?
Pak Lah buat tak tahu aje dengan ekonomi rakyat kelas bawahan tak pula nak boikot...tak melenting sangat pun para BA yang cuba menambat hati rakyat....apsal dok DIAM?
Pak Lah buat bodoh dengan pelbagai soalan2 dari TDM tak de pula nak di boikot...tak melenting sangat pun para BA yang cuba menambat hati rakyat....apasal tak tanya kembali dengan soalan yang diubahsuai (walaupun tak suka TDM)..isu rakyat apa?
Apa agenda BA untuk PRU sedangkan yang kecik/ciput pun dah anda boikot?
Cuba juga nak memahami tapi masih tak sampai tahap akal saya ni...mungkin Minda kelas bawahan tak akan faham kut strategi para BA sekalian?
Kalau ikut Islam kita diajar dengan adanya Qada dan Qadar, Rezeki dan takdir. Kalau di "Kun Fayakun" kan oleh Allah selepas berusaha dan bertawakkal. Selepas mencuba sedaya upaya berkempen menawan hati rakyat dan diikuti dengan keikhlasan dan kejujuran berjuang untuk rakyat. InsyaAllah, undian "hantu" pun boleh dilawan dan penipuan pun boleh ditonjolkan.
Tanpa adanya perjuangan tetapi hanya sekadar memboikot, memeluk tubuh, tanpa usaha yang jelas dan menonjol, adakah akan ada pertolongan dari rakyat (dalam kes ini penduduk Batu Talam) dan Allah??
Saya kira banyak juga usul yang boleh diusulkan pada situasi sekarang untuk diketengahkan bagi menawan hati penduduk Batu Talam dan seterusnya rakyat Malaysia umumnya untuk PRU.....kami mahu dengar agenda BA! Pembaharuan yang akan dibawa kalau ditakdirkan kami menyokong anda??
Kalau BA ada agenda untuk PRU...kami ingin juga nak ambil tahu...takkan bila PRU baru nak mencanang...bila pula akal kami yang "daif" ni nak nampak kebaikan dan keburukan disebalik agenda BA?
Ramai juga yang mahu melihat Pak Lah diundurkan sahaja dari menduduki Carta Pilihan Popular yang direka sendiri olehnya......terlampau banyak bola tanggung yang diberi sampai setiap kali SMASH pun dia dok tak mahu kejar bola...dok tido aje...
Kepada yang dok sakan pulun menganjing2kan TAJUK yang diberi oleh Tuan Rumah (cuma nak bagi sedikit idea bagi meringankan bebanan pembahas yang dok mengutuk Tuan Rumah):
1. Tak payah buang masa hantar komen kalau setakat mahu menyumpah seranah Tuan Rumah....baik pi berzikir ke, munajat ke, usrah ke...sembahyang hajat ke...
2. Memang dia punya BLOG ikut sukahati dia la nak tulis apa...kalau tetamu buat cara sebagai tetamu.....kalau tak suka dengan tajuk atau idea Tuan Rumah, tutup je PC..pergi tido atau cakap dengan isteri atau anak anda...atau Kucing CEMONG anda!
3. Paling tidak pun, pi BLOG lain...Blog Siti Nurhaliza ke...buka Blog sendiri ke...dan war-warkan apa yang menyebabkan anda tidak suka tentang perkataan BACUL itu sendiri...tok sah dok buang masa kami, iaitu para pengunjung lain yang terpaksa berperang dgn masa nak buka page comment nie (dah la internet slow)
Cuma kurang faham mentaliti segelintir penduduk BUMI...
It is interesting to see Anwar clearly avoid "touching" you in his reply to a question, which, referred to your grudges.
His reply:
Keputusan memboikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam dibuat secara muafakat antara PAS & KeADILan. Alasan yang dikemukakan adalah kukuh. Sabelum itu pengerusi SPR sendiri telah membuat kenyataan terbuka mendedahkan kelemahan besar sistem p/raya di malaysia.
Kita harus memberikan mesej jelas kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa penipuan dalam p/raya dengan memperalatkan SPR, media, jentera kerajaan sudah sampai ka tahap melampau.
Penyertaan kita dalam sistem tempang dan penuh penipuan akan membantu mengesahkan pemerintahan Umno/BN yang rasuah dan rakus.Saya dukung pendirian PAS & KeADILan yang bijak dan berani. Tugas kita sekarang adalah untuk menjelaskan kapada rakyat.
Ahhh...rasanya yang bacul adalah pihak yang menggunakan kemudahan-kemudahan kerajaan di dalam berkempen untuk bertanding dalam PRK dan tidak lupa jugak pada kuncu-kuncu yang banyak mengampu dan ketagih duit rasuah yang terbayak itu.
Cuba ingat dan perhatikan cerita P.Ramlee berjudul Laksamana Hang Tuah, takkala Hang Tuah berlawan keris dengan Pendekar Taming Sari. Tiba-tiba Keris Pendekar Taming Sari terlucut dari tangan. Cuba ingat balik apa yang Hang Tuah lakukan.
Hang Tuah telah mengambil keris Taming Sari (Hanya keris ini saje yang dapat membunuh Pendekar Taming Sari), dan pada masa itu di tangan Pendekar Taming Sari tidak dilengkapi dengan senjata.
Cuba perhatikan dua tindakan yang berbeza di bawah.
PERTAMA.
Hang Tuah adalah pendekar dan juga pahlawan yang sebenar atau betul-betul JANTAN apabila beliau memberikan kerisnya kepada Pendekar Taming Sari untuk meneruskan pertarungan tersebut. Dan jika dilihat pada situasi tersebut, ia adalah pertarungan yang adil dan saksama.
DUA,
Hang Tuah adalah BACUL dan PENGECUT serta bukan pahlawan yang "real" atau pun bukan betul-betul JANTAN (pondan la tu) JIKA beliau membunuh Pendekar Taming Sari yang tanpa senjata di ketika itu.
Dan jika dilihat pada kedua-dua situasi tersebut, Hang Tuah seorang yang begitu cerdik dengan memilih tindakan yang pertama bagi menunjukkan pertarungan itu adalah pertarungan yang adil dan saksama.
Berbalik kepada artikel Dato' rasanya perkataan BACUL itu jika dirujuk kepada situasi Hang Tuah pada masa itu sesuai untuk UMno je la dan kuncu-kuncu seumpamanya kerana Umno dan kuncu-kuncunya mengambil tindakan nombor DUA, memang 100% tindakan nombor DUA.
Rujukan yang di ambil di atas rasanya begitu, sangat releven untuk DULU, KINI dan SELAMANYA kerana cuba kita imbau kembali setiap perhimpunan UMno...apa!! pernah lihat ketua pemuda UMno Menghunus keris? Dan juga pernah dengar perkataan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia?"
Dato'!!
Mmmmm...mengaku anak cucu cicit Hang Tuah, guan ayat dan perkataan Hang Tuah tetapi sifat, sikap adalah BACUL, PENGECUT dan PONDAN. Siapakah mereka, mereka itu lah UMno.
Cakap Serupa Bikin la, nak lawan, lawan secara adil, macam Hang Tuah yang selalu dipuja itu.
Dan satu lagi, pelik sungguh anda orang muslim ni kan, kebanyakkan dan majoriti pemimpin uMno nie para isterinya tak tutup aurat. Dalam Islam Aurat ini benda yang berat. Anda yang sokong Umno nie menganut Islam apa ya? Islam HAdari ka? anutan baru?
Pada saya Dato,
Kalau PAS atau pembangkang tidak bertanding. Dan BN menang secara automatik. Paklah sepatutnya yg merasa risau. Ini kerana PakLah tidak dapat mengukur perasan rakyat secara telus dan jujur. Ini kerana, langkah-langkah yg di ambil oleh kerajaan sedikit sebanyak mengubah undi kerajaan BN.
Tanpa petunjuk yg tepat, PakLah tidak dapat mengambil tindakan yg 'sepatutnya' sebelum Pilihanraya Umum yg sebenar.
Capt Haris Bin Jamaludin
Dato'
Saya berpendapat lebih baik sekirnya Dato menggunakan blog ini untuk sama-sama mendesak SPR untuk menbuat refomasi, bukannya menyalahkan PAS atau PKR atau sesiapa pun kerna punca masaalah yg kita sama-sama bincang ini ialah SPR.
Dari kebijaksanaan Dato menggunakan bahasa saya percaya sedikit sebanyak akan tercuit juga SPR itu nanti dan pastinya akan ramai lagi penbahas-penbahas yang akan menberi komen.
Dari 55 komen di atas saya berharap SPR dapat menbuat refomasi sebelum PUM nanti.
Dato'
Dalam kesibukan rakyat Malaysia cuba untuk mencari alternatif kepada kerajaan sekarang, ini pula sikap yang ditunjukkan oleh pembangkang terutamanya PAS. Bodohkah mereka ini Dato'? Saya rasa mungkin ya.
Dan teruk sangatkah kepincangan SPR sehinggakan begitu sekali sikap2 pembangkang? Kepada PAS, jangan ikut DAP. Ini agenda politik mereka. Sebaliknya PAS perlu mempunyai pendirian politik yang teguh dan berani. Jangan jadi macam lalang. Kalau ya pun ada kepincangan SPR, biarlah pilihanraya berlalu dahulu, kemudian barulah cari bukti-bukti kepincangan yang wujud.
Dato'. Mengapa perkara semudah ini pun mereka gagal untuk berfikir dengan terang? Mana perginya nilai intelektualiti dalam pemikiran mereka?
All the praise and thanks be to Allah the Most Beneficient and The Most Merciful, my point of views regarding boycotting of by-election in BT:
1. Well done to PAS and PKR, you prove that the opposition had started to act in "unthinkable" and brilliant way.
2. Reading from this blog give me an overview that most of people are becoming aware of the weak and corrupted goverment lead by BN. Bravo to ALL!!!
3. I dont think Dato is unaware of the money politic and corruption exuberantly prominent in the Malaysia politic today. By accusing opposition as BACUL, I think it is one more mistake that you've done.
(reminisce and contemplate yorself before start cursing others!!!)
May Allah bestow His Grace to us ALL. Allahuakbar.
It is still not too late for the voters of Batu Talam to decide their own future.
Choose one of their own as an independent candidate. Use the existing system to compete directly with UMNO/BN. Let it be known to BN that the people do have a choice to make and it does not necessarily have to be 'appointed' by BN or BA political parties.
In boycotting the by-election, BA have automatically forfeited their right for redress on the proceedings and the result.
In essence, BA have also ignored the sovereign right of every Malaysian citizen to fulfil his/her duty as a voter.
Salam sejahtera...
Sekarang ni, jangan la salahkan sapa yang nak join lawan bertanding atau tidak.. Kalau nak tau bacul atau tak, orang BT boleh lantik calon bebas di kalangan anak tempatan (kalau nak sungguh2 buat perubahan la). Tak mesti atas tiket BN, PAS @ PKR kan? Kalau orang UMNO BT ada yang tak suka kat PAKLAH.com, lantiklah di kalangan mereka yang layak untuk jadi calon bebas. Bukan masalah bacul atau tidak. Pasai apa nak kena mesti PAS @ PKR yang lawan BN? Awat?! Kalau tadak PAS @ PKR, tak mau kluaq mengundi? Sapa ajaq pikiaq macam tu? Apa la jumud sangat pikiran tuh? Lantik la calon bebas. Abis cerita. Susah sangat ka nak cari orang yang benar2 layak di BT?
Ni tak, dok salah orang tu takmau melawan...biaq pi kat dia la nak lawan ke tidak. Kalau dah PAS@PKR tak yakin nak menang di BT, orang tempatan takkan tak leh sokong anak tempatan?
Ni la hikmahnya... jangan tunggu orang luaq yang mai nak ubah nasib kita.. kita2 ni la yang kena ubah nasib kita sendiri.
Takkan nak tunggu malaikat turun dari langit kot?
Sapa yang tak paham2 lagi???? Sila angkat tangan!!!
marn05
Selepas penipuan demi penipuan yang dibuat oleh parti SPR, Umno/BN dan desakan pembaikan terhadap demokrasi dan sistem pilihan raya tidak dipedulikan maka cukup wajar PAS menghantar satu mesej keras kepada petualang itu bahawa kita tidak akan bertindak balas terhadap kebiadaban mereka.
Kalau selepas peristiwa PRK Batu Talam tidak juga mengundang perubahan maka PRU juga mesti diboikot oleh PAS dan PKR. Sekarangpun Umno/BN sudah menggelabah maka pemboikotan PRU kelak Umno/BN akan sedar betapa bisanya penangan pembangkang.
Pemboikotan seperti ini tepat dengan desakan ahli ahli parti yang rata rata sudah melahirkan kekecewaan terhadap perjalanan pilihan raya.
Apakah Umno/BN sudah bersedia untuk masuk PRU tanpa pertandingan dan menang kerusi kerusi DUN dan Parlimen tanpa bertanding? Jawapan di tangan mereka.
Kalau tak boleh menang buat apa nak bertanding.. abiskan beras je..
Baik bagi kat mangsa banjir kat Johor beras tuh...
Pengunaan terma "BACUL" amat tepat!
PAS dan Keldaian memang dalam keadaan "tak reti menari, tetapi komen sebab kunun kunun lantai jongkang jungkit".
Mereka hilang kredibiliti sebagai parti sahsiah memperjuangkan apa pun sudut agenda mereka melalui proses demokrasi.
Semoga Kepimpinan UMNO tidak mendabik dada dan besar kepala membuat tafsiran salah dengan kemenangan mudah di Batu Talam ini.
On one hand, Dato', you have a very valid point, which is by boycotting the by-election, these parties are making it unfair for the voters, thus disallowing them the freedom and democracy to vote.
On another hand, if the election itself is rigged by Barisan Nasional, then there is no point to allow an election in the first place.
If there are charges that the EC is as incompetent as everything else in the government, they, The Opposition, should prove it. Give proper, clear and prior reason for the boycott.
So far, they keep saying the EC is corrupt, but have yet to bring up the proof.
However, at the same time, I am required to criticise how certain ministers in the government from Johor can put this by-election first while their constituents on a state level are suffering.
What a bunch of selfish morons.
Greetings Datuk, it's been a while but I must say it is expected that many will react this way when an article like this comes out. It looks like you've taken a beating, in the literary sense, here. Many of the "holier than thou" Pas supporters do not agree with you using the term "bacul" in reference to their beloved "holier than thou" political party.
I must concur with blogger penganggurpaksa's latest comments, this is after all YOUR BLOG. It is your view to air and share. If the "holier than thou" types don't like it, well then go start their own blog and see if non-Pas supporters will even bother to even take a look at it. For me and those like me, we've stopped bothering about replying to these "holier than thou" types. It's like talking to a wall. No amount of reasoning will ever bring them to their senses.
As always, Pas has little, if not no, direction whatsoever. They just follow the lead of someone else. How can they plan to lead more states, or even a nation, if they keep following the lead of another. Today they follow Anwar's lead tommorrow who knows. I find it quite amusing that these "holier than thou" types who once considered Dr.M as the root of all evil are now championing the old man for political gain. Opportunistic and directionless, that's Pas for you.
When some call for abstaining from elections, it was meant for the voters and not the political parties.
Datuk,
If such irregularities exists in the rules and laws of elections then perhaps a contest will put the election system on trial. Unlawful practices, although difficult to prove, may be uncovered eventually in time. It will be a long and tiresome process but one which will bear fruit if such irregularities and unfair practices are revealed.
Chickening-out of the contest is just like saying "hey, we know the laws are unfair and we're going to lose so don't bother contesting!". By doing that, they oppose unfair practices but at the same time acknowledge them as something they can't change. Don't just blame the election commission (EC). Do something about it. Leaving it to the EC is just like Pak Lah delegating to his ministers. I am no fan of Pas but let me say that I'll be the first to applaud them if they actually make a difference in Batu Talam.
They should've taken the first fall to prove a point. If they don't fall, they will gain superiority by knowing that UMNO and the BN can't make it by just buying votes. Let the people of Batu Talam decide. They are not stupid. A mere few hundred ringgit from the BN as election bribes (should that be the practice as some claim) will not deter them from showing their anger towards the ruling, price-increasing and lifestyle adjusting, coalition.
Kaji fakta berikut..
Anda mahu bermain dalam satu perlawanan bola sepak.
1) Pasukan anda tidak boleh memasang/ gantung sepanduk pasukan anda atas alasan stadium itu dijaga oleh pihak lawan walaupun bukan dimiliki sepenuhnya.
2) Segala penjual air dan burger tak nak jual barang mereka pada anda dan peminat pasukan anda walaupun anda offer duit yang berpatutan untuk belinya.
3) Pasukan lawan anda terdiri dari 11 orang pasukan lawan + 3 pengadil = 14 orang berbanding 11 anda.
4) Para pengadil sendiri mengaku bahawa Undang-undang perlawanan bola sepak senang dipengaruhi oleh pihak penjaga stadium dan tidak sesuai lagi pada alaf baru ini.
Apa tindakan anda?
A) Mahu bertanding walaupun anda tahu ia tidak adil.Takut juga digelar pondan, bacul dan sebagainya.
B) Tidak mahu bertanding atas alasan buang masa dan tenaga sahaja dan tidak berpeluang untuk menang.
Fikir-fikirkan...
PANTUN BATU TALAM
PAS dah boikot PRK Batu Talam
Dek bahana SPR yang songsang
Kisah durjana pengadil yang kelam
Memihak kepada kumpulan petualang
Apa perlu masuk bertanding
Dah jelas berlaku konspirasi jahat
SPR dan BN berjalan seiring
Pilihan raya sekadar satu muslihat
Kalau benar UMNO cukup berani
Jgn peralat S'jaya Pilihan Raya
Lawanlah atas kekuatan sendiri
Kalah atau menang ada wibawa
Kalau SPR benar badan bebas
Apa perlu Rashid kecam pembangkang
Itu dah terbukti Rashid bias
Tak layak jadi badan pengimbang
Sejarah hitam SPR dah cukup lama
Cuma PAS bersabar menghadapinya
Kesabaran dah sampai kemuncaknya
Semoga boikot mencelikkan mata
Kita harap SPR akan berubah
Barulah pilihan raya kita dihormati
Laksanakan keadilan untuk semua
Bolehlah nak kata kita demokrasi
PAS parti politik dan dakwah
Tak semestinya masuk pilihan raya
Kalau tak yakin sistem yang ada
Cukup membimbing rakyat beragama
Kalau pembangkang pakat boikot
Gembirakah BN situasi sebegitu
Para pelabur akan semakin takut
Perkembangan ekonomi akan merudum
Kalau PAS bacul adakah UMNO gagah
PAS berjuang atas kudrat sendiri
UMNO bergantung bawah ketiak SPR
Cubalah belajar untuk berdikari
Buktikanlah UMNO benar anak jantan
Bebaskan SPR kendali pilihan raya
Jangan guna rasuah untuk menang
berlawanlah atas padang samarata
Ditakdirkan BA boikot P'raya Umum
Apa nak jadi kepada demokrasi kita
Berfikirlah untuk kepentingan umum
Jgn dok seronok isi kantung saja
Masih sempat pilihan raya dibaiki
Sebelum nasi menjadi bubur
Kalau pembangkang terus tarik diri
Demokrasi kita akan terus berkubur
Dato'
Dalam ruangan yang lepas, ada saya memetik ayat Al-Quran tentang ULIL-AMRI dan Hadis Sahih tentang PEMIMPIN seperti di bawah.
Sabda Rasulullah s.a.w “Wahai Abu Dzar, engkau adalah lemah sedangkan PEMIMPIN itu suatu AMANAH. Di hari Kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan HAK dan menunaikan kewajiban yang ditentukan di dalamnya”.
Perhatikan hadis di atas "mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajiban yang ditentukan didalamnya".
Berdasarkan senario politik tanahair, sekiranya pengundian dijalankan dengan adil dan saksama,maka yang menang itu "mengambilnya" dengan cara yang betul, sebaliknya memenangi dengan pelbagai tipudaya, maka ia mengambilnya dengan cara yang salah.
Zaman para Sahabat, tiada guna duit dalam menentukan pemimpin. Hari ini, amat berlainan sekali. Seluruh jentera kerajaan turun padang dan jutaan duit "bertaburan" sana sini.Semua orang amat sediamaklum akan hal ini, contoh yang paling jelas seperti pemilihan G7 Kubang Pasu--TDM yang banyak berjasapun gagal mendapat undi 7 tertinggi!!!Itu bekas PM, apatah lagi kalau pembangkang!
Tulisan "Melayu Lama" menarik perhatian saya. Cuma saya ingatkan Melayu Lama, mereka yang "tidak sependapat" dengan Dato' di sini, bukan semuanya penyokong/taksub kpd.pembangkang. Saya percaya, penulis di sini hebat-hebat belaka,ada kredibiliti dan wibawa masing-masing termasuk Melayu Lama. Sayugia ditegaskan di sini, Dato' A Kadir Jasin jelas memperlihatkan "nilai tua" pengalamannya, bersikap terbuka dan berlapang dada dalam menganalisa semua tulisan pengunjung blognya samada sealiran mahupun sebaliknya. Itulah namanya musyawarah atau perbincangan yang sihat. Kalau hanya bersetuju dengan Dato' dalam SEMUA hal, mengampu namanya seperti dalam mesyuarat UMNO!
Saya percaya, "Melayu Lama" masih berada di dalam kepompong UMNO (walaupun sudah mengundur diri di peringkat bahagian), tetapi tidak bersedia menerima perbezaan pendapat seperti yang ditulis
"For me and those like me, we've stopped bothering about replying to these "holier than thou" types. It's like talking to a wall. No amount of reasoning will ever bring them to their senses. As always, Pas has little, if not no, direction whatsoever".
Barangkali, hanya yang sealiran dengan Melayu Lama sahaja dikira berfikiran waras!!! Kalau PAS tiada halatuju, UMNO ke arah mana?Apakah semua YB UMNO, dan Pembesar UMNO telah "menunaikan kewajiban yang ditentukan didalamnya" seperti hadis di atas?.
Saya percaya, "Melayu Lama" boleh pergi lebih jauh dalam UMNO kalau beliau lebih toleran dan bersabar!
.....takecare!
{Pengunaan terma "BACUL" amat tepat!
PAS dan Keldaian memang dalam keadaan "tak reti menari, tetapi komen sebab kunun kunun lantai jongkang jungkit".
Mereka hilang kredibiliti sebagai parti sahsiah memperjuangkan apa pun sudut agenda mereka melalui proses demokrasi.
Semoga Kepimpinan UMNO tidak mendabik dada dan besar kepala membuat tafsiran salah dengan kemenangan mudah di Batu Talam ini.}
Pengunaan terma parti sahsiah pula apa maksudnya?
{A KADIR JASIN said...
Sdr Benta,
Kita tidak akan memanggil atau menyifatkan sesiapa di Batu Talam atau di mana-mana sebagai lembu.
Terima Kasih.}
Keldaian ok? (saya bukan dari mereka. Umno pada hujung 70an. tapi ingin bertanya fsl konsistensi dlm soal etik)
spelling error or "trigger happy" with words?
Dear Dato'
What happened?? No new comments at all for the past 4@5 days??
masuk lah politik lawan kerajaan
Asalamualikom Dato'
I am not a good politcal analysis or a person who really observe the political scenario
I recently follow your blog and found a lot of interresting info.
The boycot made by the opposition, i beleive,some kind of signal given by them to the rakyat that our electoral system is not transparent enough to support the democratic right of the people.
Remember the person who admitted this was the SPR chairman himself. He said that the current system is not good enough and out-dated.
The oppositon was taking a very big risk when making such a decision to boycot the by-election. They were, of course, giving up the all the possiblities to win the by-election when made the decision. Despite losing the credibility of the most out-spoken opposition, PAS also faced the question of its own hard-core supporters. But for me, the opposition took a very brave decision and this will be an eye-opener for many of the rakyat at the grass root level as the this was the first in the recent history that such a boycot took place. Frankly speaking, a lot of thing is not right with our electoral system and we need to do some thing about it. I am nobody to shout at Pak Lah's face but Dato' Hadi can. This boycot is one of the way. Of course, it is not an assurance that Pak Lah will look upon this matter quit fast because...emm, well, he is a politican after all.
Dato', please reveal the issue of the death of Mongolian model..
I heard a lot of it from various source state that it is some how related to DPM and Razak Baginda is just a black sheep on this case..
Wasalam Dato
Post a Comment