Friday, January 19, 2007

Blogger Lwn NSTP: Terima Kasih Atas Simpati

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

SEPERTI banyak di kalangan blogger, pembahas dan pelawat sudah maklum, dua sahabat kita iaitu Ahirudin Atan (Rocky’s Bru) dan Jeff Ooi (Screenshots) telah disaman oleh New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja atasannya.

Banyak blogger, pembahas dan pelawat, sama ada melalui komen mereka di pelbagai blog atau melalui panggilan telefon dan sms, telah menyatakan simpati dan sokongan kepada Ahirudin dan Jeff. Ada yang menawarkan bantuan kewangan dan kepakaran.

Saya telah berhubung dengan Rocky dan Jeff beberapa kali mengenai hal ini. Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, penubuhan sebuah tabung bagi melindungi blogger, bermula dengan Rocky dan Jeff, sedang diusahakan.

Secara langsung, tabung ini menyumbang kepada usaha mempertahankan kebebasan bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan negara kita.

Kita telah dan sedang mengenal pasti beberapa orang tokoh di dalam dan luar dunia kewartawanan untuk dijemput menjadi pemegang amanah tabung ini.

Seperti umum sedia maklum, there’s no money in blogging. In fact bloggers spend their own money and spare their own time to manage their blogs for the benefit of visitors and debaters. They do not have the money and the expertise to fight corporations like the NSTP.

On behalf of Rocky and Jeff, I thank all of you for your goodwill and support. Thank you. Terima kasih.

62 comments:

Anonymous said...

Good! When we can start? We also can start to sell merchandise such as Car stickers "Bloggers United".

Anonymous said...

Datuk & Friends,

Re:The motion to form a committee to protect/help fellow BLOGGERS.

I definitely AGREE !

Where can I transfer the RM as my contribution to the BLOGGERS FUND?

Pls provide info. Thanks.

shar101 said...

Datuk,

These two bloggers will have their day in court, courtesy of NST.

Between the two, I would say that Rocky has remain a 'pure' blogger in which he runs his blog on his own steam without generating any income from his writings and/or get paid by advertising and/or have any affiliation to any political party.

A true journalist in every sense of the word.

Anonymous said...

Just let me how I can contribute to their defence.

A.Subramaniam

Anonymous said...

Ya, nanti Dato edarkan info bagaimana kami semua boleh membantu.

'Bersatu teguh, bercerai roboh'

Anonymous said...

Penganggurpaksa,

Appreciate your concern and high spirit to uphold the justice but better safe your RM for your family and hutang to banks.

Anonymous said...

Kali makin lama makin melampau. hisham ikut sahaja bagai kerbau di cucuk hidung. brendam berterima kasih kerana kononnya dia dapat pembelaan. yang seorang lagi MD NSTP tu ... oh dia tak tahu apa-apapun. he is too green. dia ingat ni part of the nation building process yang dia kena buat dan ikut sahaja.

enrike said...

Asalamualaikum Dato',

Saya harap penubuhan badan atau yayasan tersebut dapat disegerakan supaya pihak2 yang bersimpati terhadap nasib blogger2 tersebut dapat membantu.

Selepas penubuhan badan tersebut. Saya berharap satu akaun bank dapat dibuka dan nombor akaun bank tersebut dapat dipaparkan dilaman Dato', rocky bru , screenshot dan kickdefella supaya sumbangan kewangan boleh diberikan dengan segera.

Selain itu counter jumlah kutipan juga mestilah dipaparkan untuk kebaikan bersama.

Sekian Terimakasih,
consultan2k

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,

Saya juga tidak keberatan menyumbang demi mempertahankan hak saya untuk bersuara.

Satu demi satu sudah mereka rampas. Merekalah orang kuat Malaysia hari ini. Pembesar nombor satu Malaysia mungkin memerlukan mereka sehingga sanggup menelefon meminta ehsan diberi 'headlines' berita keesokan harinya demi dilihat popular tetapi kita tidak serendah dan semurah begitu.

Mungkin kita miskin, mungkin kita tidak bergaya hebat tapi kita manusia berprinsip.

Hari ini, Malaysia kita ini hanya untuk anak menantu dan kawan-kawan. Malanglah kita yang tidak ada hubungan darah apatah lagi untuk diterima sebagai kawan.

Kadang-kadang taik kucing lebih wangi dari janji yang ditaburkan.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Salam Datuk..

Limau bukan sebarang limau,
Limau bernama si limau kapas;
Harimau bukan sebarang harimau,
Harimau ini tangkap tak lepas.

datuk semboyan sudah berbunyi

Mr. Smith said...

Let us not assume that the 2 bloggers are going to lose the civil suit. There is also a possibility that NST suit may be thrown out for a variety of reasons.
There is also a possibility that the judge hearing the inter parte application on Jan 25 may not grant NST the injunction sought.
Kali will have to show malice, financial gain etc by the bloggers.
NST will be stupid to proceed with the suit.
In any case what defamation did NST suffer? NST is not a person.

Anonymous said...

saya sokong apa-apa program atau product dari kumpulan nst di boikot.

Anonymous said...

Dato'

Reporters are being threatened, kidnapped, shot, killed and sued. You people are soldiers!

Sue them back -on several issues. They are more vulnerable than us!

Anonymous said...

Datuk,

Tun Zaidin yg dulu jadi pengerusi jawatankuasa polis yang mana Datuk juga jadi ahlinya ialah bekas wartawan Malay Mail. Ini betul2 lama dulu. Maybe dia boleh jadi pemegang amanah tabung ni..

Anonymous said...

Salam buat Dato,pembaca dan insan teraniaya

Sebatang pena adalah lebih tajam dari pedang,Berani kerana benar,takut kerana salah.

Bila kita menulis sesuatu berita panas baik di media baik media cetak atau elektronik semestinya kita ingat akan kedua-dua prinsip tersebut hatta pembawa berita harus diteliti kefasikan atau keimanan supaya kita tidak menanggung implikasi yang akan timbul bila tersebarnya berita tersebut.

Mengkritik dengan niat menegur saudara seagama adalah wajar tapi apakah kita ikhlas dalam mengkritik adalah juga satu persoalan yang patut diambil berat.Apakah jika kita diberi peluang menjadi dikedudukan yang dikritik,adakah kita dapat mentadbir urus dengan lebih baik atau kita lebih teruk daripada mereka yang sedia ada menjawat kedudukan tersebut?

Apakah tindakan kita memboikat akhbar kumpulan NSTP adalah satu tindakan yang waras atau tepat atau mungkinkah kita akan dianggap bacul sebagaimana pakatan pembangkang dianggap oleh sesetengah golongan kerana memboikot Pilihanraya kecil Batu Talam? Tidak dengan memboikot akhbar NSTP kebebesan bersuara di negara akan tersekat?

Saya seorang beranggapan jika kita semua yakin bahawa kita lebih baik dari peneraju kumpulan NSTP yang sedia ada,kita sepatut membelinya secara perseorangan atau sekiranya kita tidak mampu,kita menubuhkan satu koperasi dan dengan dana yang dikumpulkan, kita seharusnya membeli kumpulan NSTP kerana NSTP adalah syarikat koperat yang boleh bertukar hakmilik lainlah SPR jika ianya sebuah syarikat,dah lama tiada istilah boikot pilihanraya di negara kita.Betulkan saya jika sekiranya Kumpulan NSTP itu juga agensi kerajaan.

Kepada insan teranaiya,berdoa dan bersabarlah. Kebenaran akan terserlah dan sesungguhnya setiap ujian itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Pencipta.Ianya mengandungi pengajaran tersurat dan tersirat bagi mereka yang memahami.

Selamat Berhijrah Kepada Penghidupan Yang Lebih Diredhai.

Anonymous said...

Dear Dato'

Sometimes I can't sleep thinking about my country. I can't pack my bags and leave. I will always love it here. I don't want to go anywhere else.

The PM is a disaster. This government that I elected is a threat to the rakyat.

When the floods hit Melaka and Johor and washed away my friends' Christmas and New Year, I started to count my savings. Tonight I'm counting my savings again.

For the sake of internet freedom, I don't mind eating roti canai for lunch everyday. I want to contribute to the fund.

Anonymous said...

Datuk,

Re: Dear Freelance,

Thanks for your concern of my situation.

I still have my small contribution that I would rather spend on something right!

I see a sign that they are losing out to the BLOGGERS!

“I see someone in need, therefore I help”

Anonymous said...

Datuk

Rocky, Jeff and your goodself have my personal support.

Vernon

Anonymous said...

Count me in! Would not want to miss the train.

Anonymous said...

Saya mengalu-alukan usaha Datuk untuk sebuah tabung bagi melindungi blogger, bermula dengan Rocky dan Jeff.

You have my support & Insya Allah akan memberi sumbangan setakat yang saya mampu.

Bloggers United. No fear!

Anonymous said...

Count us in! We must SHOW that Golliaths' cannot win always against The Davids'!! Inform the 'internet community' when n where to chip in ASAP!!!
United we/Ressistance can n will take down the arragont Empires anytime!
May the FORCE be with us.

Unknown said...

Salam

Datuk Marina yang dihormati

Saya harap Datuk segera in contact with Datuk Kadiaq dan Datuk Ron untuk tubuhkan segera tabung tu. Bila tabung tu dah ditubuhkan dan cadangan-cadangan lain yang Datuk kemukakan dapat digerakkan, trustee tabung tu, bagi pihak semua bloggers lain yang bersetuju menyokong usaha ini, mesti buat sidang akhbar, panggil semua press dalam dan luar negara.

Pokoknya, mesti hingaq cukup-cukup! Kalau tak hingaq, sapa anak dengaq?!!

- bakaq

cc. Datuk Kadiaq
Datuk Ron

Anonymous said...

saya sokong boikot nstp.lawan sampai kali resign.

Anonymous said...

Dato'

Dear Penganggurpaksa,

I share the same feeling with you, we sense that this might be the begining of decay in current government- I read NST as Government.
Therefore, to help ourselve in our tight financial situation is to start contributing in this fight. May God bless us and help us as trustee of His creations.-our family , commmunity and country.

Salute you.

Anonymous said...

Dear Dato'
Banyak sangat lalang di negara yang tercinta ini. Ingin saya bertanya, adakah Dato' dan Bro Rocky benar-benar bebas di NST dulu atau sekadar menjadi alat kpd TDM. Adakah kita mahu Malaysia dipimpin semula oleh CEO yang mementingkan syarikat besar? Siapakah punca masalah Tol dan IPP yang berat sebelah. Adakah apabila kita hilang jawatan baru kita ingat kepada fungsi dan tanggungjawab sebenar jawatan yang pernah dipegang. Pada saya, Dato' dan kebanyakkan sahabat bloggers Dato' hanyalah "anggur masam" yang tersentak apabila kehilangan jawatan dan kuasa. NST sekarang atau yang dipimpin oleh Dato' dulu sama sahaja...alat kepada parti pemerentah, bezanya Dato' ada lebih "class" dari Kali.Walaubagaimanapun saya simpati kpd Bro Rocky kerana blognya tidak memberi keuntungan bukan seperti blog Sdr Jeff yang penuh dengan iklan-iklan.

Anonymous said...

I have started by switching from my daily NST to TheStar today.Also do inform how we as reader could contribute further.

Alternative views should not be jeopardized and forced to be manipulated. Have my support.

Anonymous said...

Mydeen and SiPM supports this legal fund, just as we support freedom of speech and the rights of the aggrieved to sue for defamation and to let the courts decide if its fair comment.

What we dont support is spin which potrays this as persecution by the government or spin which assumes blindly that the allegations are both true or fair comment.

Read our statement at the Siber Party of Malaysia (M) archives.

Anonymous said...

This is an opportunity to do something before the general election. I think this is a good rallying point, to prove that we are more than talk. Dato AKJ, please make it happen.

Anonymous said...

Count Me In!-- maybank2u, paypal, e-gold? Just name it.!!

Anonymous said...

Dear Kadir Jasin,

Your article is biased in favour of Jeff Ooi and Ahiruddin Attan. I do think the NSTP has right to sue as there are limits to freedom of speech. There is no such thing as absolute freedom and certainly libel is not freedom of speech.

Anonymous said...

Datuk,

Sumbangan saya yang tak seberapa akan menyusul sebaik sahaja Tabung diwujudkan. Cukuplah Hang Nadim ditibai selepas todak ditewaskan... Jangan jiwa merdeka digembala pula.

Anonymous said...

saya sokong sepenuhnya datuk.....

kita kena lawan puak yg sombong nie...

Anonymous said...

Ada hikmah disebalik kisah saman ini. Seumpama "Turn the problem into opportunity"
1) Cuba anda perhatikan ini adalah peluang untuk mendedahkan segala kegiatan dan rancangan mereka. Dedahkan dalam mahkamah dan secara rasmi.. sure lagi terconteng arang dan lumpur kat muka mereka dan kawan-kawan mereka.
2) Peluang publisiti. Mintak jasa baik Aljazeera buat cover-up.. Sure satu dunia teropong kat Malaysia. Malaysia Boleh!

Anonymous said...

Long time ago, I wrote this:

Thinking Allowed,
Thinking Aloud;
that’s what we hear out lout.
“You read it here, first”
you always says,
that’s what we bloggers out proud.
From Putrajaya to Jalan Riong
included but not limited.
Wake up Malaysia!
Can you handle the freedom of speech?
Wake up Malaysian!
Realise your rights to KNOW..
before it’s gone.. for good.
ISA we fear not!
MSC they promised not!
Fellow bloggers – United!
we move in packs..
Not one less.

If fact, I would suggest we setup a blogger union too.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,
Sebagai rakan seperjuangan satu masa dulu, saya pernah menasihatkan CEO NSTP(melalui seorang kawan di HR NSTP)supaya berhati2 menjalankan tugas sebagai CEO diNSTP.Jangan sekali kali2 termasuk perangkap orang yang bermain politik kalau kita tidak ada pendedahan dan pengalaman berpolitik. Sebagai CEO dia jaga sajalah the finance/business aspect of the company and work with editorial only in this aspect.That area alone is more than enough to give him lots of headache.
Tambah lagi CEO sekarang ni bukan pulalah orang yang matang lagi dalam managing media business ni.Dia masuk NSTP pun belum sampai sepuluh tahun.
He is still a young man with good potential....if only he had focused on his strength and the training and experience as an auditor and finance person.
Kalu pun nak sangat masuk campur urusan editorial tu,kenalah dapatkan pengalaman dulu...he has not enough flying hours.I feel sad for him as a friend...tapi apa nak buat nasi dah jadi bubur Tuan Syed(Datuk!).
If i may suggest Datuk Kadir, set up a "cyber" blogger assoiation to drawup guidelines for bloggers,how to blog what to focus....add value to their blogs, and protect themselves.For those interested, also do a training program cam kita used to do the editorial PET prog kat NSTP dulu.Correct me if i am wrong, having a blog and writing for the newspapers requires different approach tak. Tak semua boleh jadi good blogger cam you Rocky,Jeff, Nuraina, Kickdefella....etc. The committee can also come up with course of action for bloggers and the association to protect each other.Also the assoc.has to be financially strong. I am sure banyak yang akan start blogging as a result of what is happening.If we do it professionally more people will depend on the blog to know wat is happening in the country...political,entertainment ,education,finance.Macam newspaper jugak ..ada various section.I read very little of NST now.
Salam to you and family from DUK

shar101 said...

The battle in the court is forthcoming but the 'proxy' wars have begun.

The following names have been identified as being affiliated to machai.net over at Kickdefella:-

1)Mat Merah
2)Dek Mat
3)Mydeen Aboo Backer
(Above three are from Siber party).
4)Juslo aka halfblind
5)Warrior2

You may not be able to represent Rocky in court and fight for him but you can certainly engage with the blokes mentioned above in the blogosphere.

Happy hunting and stay safe always.

Anonymous said...

frangipanix,

Mydeen thinks you said it well in your poem, "Wake up Malaysia! Can you handle the freedom of speech?".

Can Malaysia handle freedom of speech ?

And considering your leanings, what do you think of SiPM's Politburo members being banned from commenting and being classified as spam by one of the founders of the Bloggers United campaign ?

Anonymous said...

Freedom of Speech

My blog is my blog
What I want to say on it
or
do with it
my blog
it my problem.

So you want to sue me?
Well let us go to the courts!

Power PLAY? Whose?
You think I live just in
a cyber world by
just my virtual i-d.
Are you crazy?

Let us go to the courts!

But what is a blog and
what is a blogger?
The Singapura Case and US case.

A lie is a lie is a lie
Truth prevails.

While reading makes a man
Writing perfects him
And every act
and every deed
and intention
will be questioned!!!!!!!!

Amma yatasaa'aluun
An-ni-naba'il-'azeem!

Salaam, Datuk

Anonymous said...

With apology Datuk but do allow me this space and thanking you in advance.I had this posted at Malik Imtiaz's blog:

Malik, stay focus. While we understand the need for you to reply to some of the posters here, but don't waste anymore of your time to engage this bunch of people (those from SiPM and muhammad abdullah). And very soon too, few more other names will crop up here as they did at Rocky's, Jeff's, Sheih's, RPK's and Marina's.

We are profiling them. Let us be the ones instead, to engage them, not by replying to their spinning for their masters, but exposing and identifying who they really are.

The sooner we ignore and not allowing them this platform to create chaos and disunity among bloggers, the better prepared we are to face the real issue in hand.

Don't bother to reply us on this, gang of 4 (or should I add on 'th Floor' to it?). Our purpose and function is to sniff you all out.

A KADIR JASIN said...

Saudara dan Saudari rakan blogger, pembahas dan pelawat yang dihormati sekalian,

Saya berterima kasih di atas sokongang dan simpati saudara dan saudari sekalian yang berterusan kepada Sdr Rocky dan Sdr Jeff Ooi.

Secara yang tidak disengajakan, tindakan undang-undang NSTP dan empat pekerja atasanya terhadap Rocky dan Jeff telah menjadi pemangkin kepada perpaduan, komitmen dan kreativiti saudara dan saudari sekalian.

It has not only become a rallying point for bloggers, commentators and visitors but has also promoted solidarity, commitment and even creativity.

Namun kita hendaklah sentiasa berhati-hati agar tidak memburukkan lagi keadaan apatah lagi mengancam keupayaan Sdr Rocky dan Jeff melawan tindakan undang-undang NSTP itu.

Mengenai bantuan kewangan untuk rakan-rakan kita itu, saya terus berhubung dengan mereka untuk membincangkan kaedah terbaik dan terpantas. Namun kita tidak boleh tergesa-gesa, apatah lagi bertindak menyalahi undang-undang. Money is an important matter. More so if it involves public donation.

As for calls to boycott the NST and other NSTP newspapers, I think that's best left to individual subscribers and readers.

We have no fight, no quarrel with the ordinary workers of the NSTP -- the repoters, printers, advertising and circulation staff. Nor do we have problem with the minority shareholders of the company. If we boycott the NST and the group's other products, we may unfairly harm the welfare of these people.

(I am sure many NSTP staff are on our side and are even blogging with us!)

Jadi janganlah kita buat macam pengganas Amerika yang meracun dan membakar hutan rimba Vietnam untuk membinasakan Vietcong. Perbuatan kejam mereka meracun orang awam Vietnam sehingga ke hari ini. Jangan kita bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato'

I was puzzled with ZAM's statement about the 'blog':
a blog and its commetaries is the bitter sweet fruit of ONLY ONE PERSON who actually 'reka yang bukan-bukan!'(or something to that effect).

As always I would like to think ZAM made another wonderful SNAFU. (That is why I like him. Good to have friends in RTM, don't you think, Dato'?)

How can you prove otherwise? that it is not the work of one person? Cuts both ways.

On this matter of NSTP being a STRATEGIC KEY asset of the Nation, won't it be easier for a hostile take over goes into effect when the price of NSTP shares goes lower and lower - like in a limbo rock game? Oh, the price of NSTP will tumble.

Why is there no EGM on this matter of 'irresponsible actions' of the Management that may result in the
crumbling of a good image that it still enjoy (0.3% sale figure, remember?) which can and will lead NSTP down the alley leading to its own unenviable and compromised disposition.

Who will stand to gain when NSTP bites the dust??? Is the PM aware of this? Is Maahthir, Anwar, Najib, MT aware of this?

Are WE?

Andin Salleh said...

Dalam posting saya yang nampaknya tidak disiarkan, saya ada menyatakan bahawa saya menyokong tindakan memulaukan NST. Sebenarnya saya tidaklah begitu yakin tindakan itu akan mendatangkan impak yang besar, tetapi sekurang-kurangnya sebagai tindakan simbolis bahawa kita membantah dan tidak menyetujui tindakan NST.

Tetang menubuhkan tabung, saya setuju dan akan turut menyokong.Persoalannya, berapa banyakkah duit yang mampu kita kumpulkan, dan adakah ia merupakan cara yang berkesan?

Mungkin cara lain yang lebih berkesan perlu difikirkan juga untuk kita berlawan dan "berperang"(?) dengan NST.

Anonymous said...

Dato'

KEBEBASAN BERSUARA

Bukan pertama kali kita dengar ungkapan ini, berkali-kali, lagi dan lagi dan lagi...

Namun,teras utama kepada kebebasan bersuara mestilah benar, tiada yang lain melainkan kebenaran semata-mata. Kalau kita menyimpang dari kebenaran, atau dengan kata lain kecenderungan untuk memfitnah, maka di situlah limitasi kebebasan tersebut.

Sebagai renungan bersama, sebuah hadis sahih, Rasulullan s.a.w bersabda "Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim" (HR An-Nasa'i)

Bersuara/menulis di mana-mana sekalipun demi menegakkan kebenaran,menelanjangkan kebatilan adalah satu jihad yang besar. Sesuai dengan firman Allahs.w.t dalam surah Al-Maidah:8 "Hai orang-orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah,menjadi saksi dengan adil".

Dato,
Kalau apa yang ditulis oleh Rocky, Jeff adalah benar, maka disinilah (mahkamah) tempat yang terbaik untuk menelanjangkan kebatilan mereka.

Kepada Rocky, kalau saudara benar, maka yakinlah Allah bersama kamu.

Salam.

Anonymous said...

Yes Dato' this is the kind of sensible, responsible and mature response/commentary we want and that other bloggers and their contributors should take heed of.

It's damn easy to shoot one's mouth without thinking something through. This is the very stuff of gossip and rumour allowable only among close friends. Even then one should ask for the source of the information to verify its credibility.

People's reputation, livelihood and lives are at stake - jadi kalau orang Malaysia amalkan tabiat "baling batu sembunyi tangan" jahanamlah bangsa dan negara kita.

Of course the young and inexperienced are quick to jump on the bandwagon and put their names to causes which smack of rebellion or reformation or revolt. We need the enthusiasm of the young but take heed of the adage - IF YOUTH BUT KNEW IF AGE COULD BUT DO.

Jadi gabungan tenaga simuda dan kematangan akal situa boleh dijadikan asas kepemimpinan blogshere yang ingin menjadi aliran pemikiran alternatif.

BON NINI

Anonymous said...

Dato’

“KEBEBASAN BERSUARA”

Bukan pertama kali kita mendengar ungkapan ini. Berkali-kali, lagi dan lagi dan lagi….dikaitkan dengan hak asasi individu, kumpulan , hatta parti politik!

Namun, teras paling utama kepada KEBEBASAN adalah KEBENARAN, tiada yang lain melainkan KEBENARAN. Sekiranya kebebasan bersuara/menulis itu menyimpang dari kebenaran, maka di situ lah limitasi kebebasannya.

Perjuangan menegak kebenaran kerana Allah s.w.t adalah suatu jihad yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w “Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (HR An-Nasa’i)

Kalau surat khabar itu menjadi lidah utama kepada pemimpin, maka “kata-kata yang benar” menentang kepincangan dan kebatilan akhbar/pemimpin itu jelas sekali satu jihad yang besar.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah:8 “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi yang adil”

Sebagai orang Islam, kita yakin Allah bersama orang yang benar. Kebatilan akan musnah.

Kepada Rocky dan Jeff, sekiranya apa yang ditulis adalah benar, maka di sini lah (mahkamah) kesempatan yang terbaik untuk menelanjangkan kepincangan dan kebatilan mereka (NSTP). Selamat berjuang!

Sumbangan sebesar zarah untuk sebuah perjuangan kerana Allah amat besar nilainya…..

Anonymous said...

In the heat of excitement in the war between bloggers and nstp, let us not forget the real reason why we hate the current administration.

1) Mismanagement of economy

2) Mismanagement of international relation

3) Unruly and rude UMNO representative

4) 'Invisible hand' in the current administration

5) Widening gap between rich cronies and average citizens

6)Laziness, stupidity and tardiness traits in important personality

if we forget this, then our effort will be wasted.

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,

Izinkan saya untuk mencelah sedikit kenyataan moron07 yang menyifatkan bloggers sebagai 'anggur yang masam'.

Tidak timbul persoalan 'anggur yang masam' kerana kami tidak pernah pun menjadi 'anggur yang manis'.

Dari tulisan bloggers di laman ini, dapat saya simpulkan satu persamaan perasaan yang penuh 'kebimbangan berbaur kengerian' akan apa yang bakal terjadi kepada negara ini jika terajunya tidak diperbetulkan, jika terajunya dibiarkan syok sendiri.

Mengapakah saudara tidak merasa kengerian itu? Adakah saudara sebahagian dari 'anggur yang manis' itu? Berhati-hatilah dengan yang manis kerana setakat ini yang manis-manis itu ternyata pahit-pahit belaka.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam alaykum Kadir Jasin.

Walaupun saya seorang pembaca surat khabar Rocky's Bru yang diterbitkan oleh wartawan bernama Ahirudin bin Attan, saya tidak akan menbantu kedua-dua wartawan, Ooi Chuan Aun (Jeff Ooi) dan Ahirudin bin Attan dengan menderma wang sebanyak RM10.

Ini adalah sebab pada pendapat saya, kedua-dua wartawan (ataupun blogger) tidak mewakili kebebasan bersuara untuk warganegara Malaysia tetapi lagi mementingkan kepentingan sendiri.

Saya sudah pun membuat keputusan dengan rakan-rakan saya yang lain dan kami semua tetap tidak akan menderma RM10 kepada tabung encik. Kami sokong tindakan NSTP menyaman kedua-dua blogger ini.

Anonymous said...

Count me in. Just set up the tabung, and I will contribute. From tomorrow onwards I'll cancell my NST subscription and switch to the Star. I dont care! It's getting too much.

cre8tif said...

kepada saudara S.M. Sabri S.M. Ismail

jika saudara berasa tidak senang untuk menderma kepada tabung tersebut, it is safe to say that saudara should keep that personal/selfish reason for yourself and your brethrens.

in what way they are said to be crusading for their own personal interest when blogging ?

most of all, blogging would require the time and resources to upkeep this *hobby* and we are not paying for the subsription / view.

you are of course allowed to make a comment or to put forward your humble 2cents opinion in their blog which in some way would attract unwanted publicity should it become nasty/defamatory/seditious/etc ...

so may i ask as to why you are accussing fellow bros jeff/rocky of being selfish in their aim when they are not making big money from saying what you are reading from their blog ?

http://www.jeffooi.com/2006/12/forget_2006.php

"In October, due to some politically-influenced reasons, my employer got its contract which fed our strategic team terminated, and the company ceased its Malaysian operations. Four of us lost our jobs and I have to find one which would allow me continue blogging without fear or favour. Most head-hunters who talked to me are reluctant and cautious about placing a no-holds barred blogger as a senior executive for their clients.

I am glad two of my former colleagues have somewhat settled down with their engagements, and I have since switched mode to activate PLAN B, working as a contract advisor on things I like best, Internet-related services. Besides, I have been testing new grounds on New Media with select international collaborators.

I have also refused to comply with certain new conditions that Malaysian Business imposed on me as a regular contributor. Feeling slighted and, keeping to my principle, I terminated my column on Knowledge Economy which has been running for close to six years. I have switched to writing for SURF, a bi-monthly"

Jeff Ooi has conceited that there is a big price to pay for thinking aloud/allowed. In what way has saudara contributed to the intellectual discourse/criticisms for the betterment of the malaysian society ?

Anonymous said...

Saudara Kadir,

Setakat ini Bloggers United telah mendapat sokongan daripada teman-teman antarabangsa dari Pakistan, India, Nepal dan Sri Lanka.

Sila klik disini: http://blackinkorea.blogspot.com/2007/01/support-for-bloggers-united-so-far.html

Anonymous said...

Datuk,

RE: Dear S.M. Sabri S.M. Ismail

Jika En. dan sahabat2 En. yang lain tidak mahu menderma tidak ada apa2 paksaan dan tiada pun mana2 individu yang meletakkan harga/jumlah yang sepatutnya untuk menderma.

Jika difahamkan prinsip derma atau sedekah. Anda boleh menderma atau besedekah seberapa banyak jumlah yang anda mahu dan tidak pula diminta menyatakan jumlahnya.

Kalau kita lihat situasi dizaman BANJIR ini. Pihak Korporat mahupun individu berlumba2 untuk memberi derma demi kepentingan peribadi atau syarikat itu sendiri. Tiada keikhlasan didalam memberi derma.

Pihak Media selalu memperbesar2kan pihak yang menDERMA ini bagaikan yang menderma itu DEWA KAYANGAN!

Apa yang dapat dilihat disini, FUND atau DANA yang hendak dikutip ini adalah semata2 untuk menolong para BLOGGERS yang didalam kesusahan. Mungkin buat masa ini kesusahan BLOGGERs dari kes saman menyaman, dilain masa mungkin DANA ini juga dapat membantu untuk perkara2 lain untuk kebaikan BLOGGERs.

Harap tidak timbul lagi masalah mahu atau tidak disini. menyumbang atau tidak adalah HAK masing2!

P/s: Datuk, cuma memberi pandangan 10sen saya. Harap Maaf.

Anonymous said...

saya sokong!

Anonymous said...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pergh!!! Pergh!! Pergh!! Hebat!! Dah sampai saman-menyaman nih..

Buat yang kena saman; bersabar dan kaji balik tulisan anda kenapa sampai kena saman. Dan buat yang belum kena saman; Jaga-jaga tulisan anda. Jangan ada yang berbaur fitnah. Cari bukti dan fakta, baru tulis.. Jangan la hentam keromo. Bila kena saman, paling tidak, kita ada bukti dan fakta.. senang nak lawan kat mahkamah. Tak gitu? Buat yang nak memulaukan produk NST, teruskan. Saya setuju. Buat mereka yang ada anak pinak, sedara mara dan handai taulan di NST. Itulah pengorbanan sebuah perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Takut berkorban? Usah bicara tentang perjuangan!!

Buat yang nak menderma; teruskan niat suci anda. Buat yang memperjuangkan KEBEBASAN BERSUARA; jangan sampai gadaikan maruah dan jatidiri. Kita manusia tak boleh bebas sangat. Kang terlajak. Bak kata orang tetua: Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata?

KEBEBASAN bukan satu KEBENARAN. Dalam Islam pun ada undang2nya. Ada had juga batasan. Dalam apa2 jua agama dan kepercayaan pun ada had dan undang2nya. Tidak wujud bebas yang mutlak.

Mari kita bersatu dalam menegakkan yang hak dan menghacurkan kebatilan!!

Moga amalan kita diterima Allah SWT.

marn05

Anonymous said...

Salam...

Mmmmm....apa yang nak dihairankan...suasana di Malaysia dah lama dah macam nie, tiada kebebasan bersuara, kalau ada pun terhad aje..

Bila periuk nasi kena sumbat dengan pasir sikit, hiruk pikuk bising, dulu masa kerje dengan depa...asyik "YES BOSS" atau "YES SIR" walaupun apa yang dikarang jauh tergelincir tanpa fakta, entah dari mana sumber, ampu aje nak naik setinggi yang mungkin..

(Dah lama dah benda nie berlaku) Periuk nasi orang melayu semakin hari semakin menyempit dari dulu sampai ke hari nie pun tak ada siapa yang berkokok hebat, nak harap dato hisham masa perhimpunan agung "U" sambil julang tinggi-tinggi keris, yang katungnya bertambah besar adalah orang besar-besar juga. Orang yang kecil-kecil nie jugak yang mengempis.

Periuk nasi orang melayu kebanyakan di Malaysia nie pun perlu diberi bantuan jugak...(Ramai lagi tuh)

APA nak DiHeraNkan...Buat "Yes Boss" je la...

Anonymous said...

Datuk

Pada pendapat saya, Jeff dan Rocky tidak apa perlu ditakutkan jikalau penulisan mereka berasaskan fakta yang benar. terpulang kepada NST untuk membuktikan mereka berniat jahat dan mendapat habuan wang ringgit dengan pendedahan mereka.

saya cuma khuatir, kes saman menyaman ini digunakan untuk mengekang (sedikit sebanyak) kebebasan kita dalam blogging world sehingga kita tidak boleh mengutarakan pendapat atau pandangan.

Kalau mereka kalah pun kes ini di mahkamah, senario media masa kita tetap akan berubah kerana rakyat dan pemimpin sedar bloggers kecil seperti kita boleh membangun dan menjatuhkan.

sama-samalah kita bersatu membantu rakan bloggers kita ni demi kebebasan dunia blogging kita. terima kasih

Anonymous said...

Can NST and its managers sue Rocky in Malaysian court since the articles were published on cyber world with its server situated in California. It is just like when Rocky says something 'bad' when he is in the USA. Can the Malaysian law apply here? Can Malaysian law be applied if the 'sin' commited outside Malaysian soil. Can the Turkey PM be sued here because he 'accused' that our PM is the owner of the Cobra yatch (according to DSA) ? Are we in a circus?

Anonymous said...

NST tak boleh menang. Sebenarnya kes ini akan hanya memberi publisiti yang makin luas kepada pengiat-pengiat siber, terutamanya blog-blog yang mempunyai merit. Hidup bloggers! Boikot NST!

Anonymous said...

Datuk,

Adakah KES SAMAN ini hanya sekadar untuk mengalih perhatian para BLOGGERs dari Pilihanraya Kecil Batu Talam?

Supaya tiada mata yang melihat pembaziran WANG yang akan berlaku di BATU TALAM mereka memfailkan saman2 seperti ini?


Supaya tiada lagi suara2 kecil kita ini yang menyeru kepada yang benar?

Cuma sekadar ingat mengingati....

ahm said...

Salam Sdr Kadir,
I suggest we (Bloggers United) take over NSTP. For only in the NSTP Baru all remadial efforts could be done freely. Thus, we can save everyone, fellow friends and bloggers in NSTP.
Let's for once collect all the money we can and buy them out, to our surprise with the numbers we are, we can afford it... trust me

Anonymous said...

bsm786
D I
(do i hear dinars, Datuk)

ahm,
thank you
you took some words
out of my mouth
but ahm,
my datuk
bantai me
and took all of my words

you know, don't you
about
the billy
goat and the gate story,

how cheap is the stocks
in malaysia?
WHATTTTT!!!!
consider yourself
lucky.

do I hear dinars
again

Anonymous said...

ermm.......
assalamua'laikum wrt....
datuk & tuan tuan sekalian.

saya tak bernilai dikalangan anda semua... saya cuma orang kecil yg menumpang idup di flat kecik di tengah kota.

seperti ternganga melihat tindakan anda kebanyakannya untuk memboikot nstp. tak mengapalah, itu hak anda untuk menegakkan kebenaran yg hakiki.

namun, sekiranya anda semua menang, adakah pihak datuk akan bersedia untuk menyumbangkan sedikit dana yg dikumpul untuk menyara kehidupan keluarga abang saya yang mempunyai 3 anak cacat? dia cuma tukang printing di kilang akhbar itu.di zaman yg hidup perlu berkroni ni, tak mungkin akan mudah dia mendapat kerja jika dibuang selepas ini.

gajah dengan gajah bertarung,pelanduk penyek di tengah tengah

**semoga post ini tidak di delete. terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).