Wednesday, January 17, 2007

Najib, Ng Chee Pang dan Demokrasi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

SEBUAH coretan. A trivia. Satu kebetulan. A coincidence. Mungkin ada makna. Mungkin tiada.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak pada 16 Januari mengiringi calon Barisan Nasional, Abdul Aziz Kiram, 47, ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN batu Talam di Raub.

Bernama melaporkan 10,000 penyokong BN turut berarak bersama Najib dan Addul Aziz. Sepuluh ribu manusia di sebuah pekan kecil tentulah hebat dan luar biasa.

Untuk apa? Untuk memberi sokongan moral kepada seorang calon yang berkemungkinan besar menang tanpa bertanding kerana Pas memulaukan pilihan raya itu.

Tetapi kemenangan percuma tidak berlaku kerana ada seorang muda bernama Ng Chee Pang mahu mengikut jejak bapanya sebagai pengamal tulen demokrasi. Dia mengumukakan pencalonan sebagai calon bebas dengan diiringi tiga orang penyokong.

Mengikut laporan media massa, Ng baru berusia 21 tahun dan akan menyambut ulang tahun ke-22 kelahirannya Isnin ini (22 Januari). Hari jadi yang ke-22 pada 22 haribulan satu kebetulan yang menarik. Selamat hari jadi orang muda Ng!

Kepada kebanyakan orang, usia muda Ng tentu menarik perhatian. Kepada yang dicabarnya, usia mudanya akan dijadikan bahan ketawa dan celaan.

Tetapi kepada Mohd Najib – seandainya dia tidak lupa sejarah – usai muda Ng pasti memberi pengertian yang lebih mendalam. Pada usia semuda itu jugalah Mohd Najib diarak ke pusat pencalonan di Pekan pada tahun 1976 dan menang tanpa bertanding. Ketika itu dia berusia 23 tahun.

Kalau Mohd Najib nasih ingat saat itu, dia mungkin boleh bersimpati dengan orang muda Malaysia bernama Ng Chee Pang itu.

Pada zaman di mana idealisme sudah mati atau dianggap tidak relevan lagi dan ketika golongan muda dikatakan tiada lagi bersemangat juang, kemunculan seorang muda seperti Ng sesungguhnya menyegarkan --- refreshing.

Apa pun keputusan pengundian pada 28 Januari nanti, penyertaan Ng sebagai calon bebas mengisi kekosongan akibat pemulauan oleh Pas dan memberi pilihan kepada pemilih Batu Talam.

Setidak-tidaknya sesuatu yang menyerupai --- resembling ---demokrasi masih wujud di kerusi pedalaman Pahang itu.

Kalau Mohd Najib hari meneruskan tradisi kepemimpinan bapanya Abdul Razak Hussain, maka orang muda Ng juga melakukan yang serupa. Dia menjejaki laluan bapanya, Ng Kwi Liang, 55, yang bertanding enam pilihan raya umum sejak 1982 tanpa menang.

Ng mungkin tidak menang. Tetapi penyertaan beliau memberi kemenangan kepada demokrasi. Setidak-tidaknya sesuatu yang menyerupai demokrasi masih wujud di Batu Talam.

34 comments:

elhakim said...

pada aku demokrasi separuh-separuh memang masih wujud di malaysia.

Yang separuh lagi itu adalah diktator.

Paling tidak pun tahap demokrasi di Malaysia adalah pada anak tangga ker 91 dari 150 buah negara

sila lihat sendiri democracy-audit-ranking oleh badan2 bebas sedunia.

http://www.worldaudit.org/democracy.htm

91/150 adalah suatu nilai angka yang corot. Jika di universiti, angka tersebut telahpun menandakan gagal bagi seseorang pelajar.

Aku kira, dunia telahpun tahu hal ini kerana sesetengah mereka telahpun rujuk dalam majalah popular dunia iaitu Economics.

he..he..he..

apa-apa pun
"HAIL TO DICTATORSHIP OF PARTY YANG MEMERINTAH"

he.he.he.

Anonymous said...

wouldn't the 10,000 be better off going to Johore Baru to help elevate the suffering of the flood victims? I guess not. When there's money to be made during by-elections, nothing else matters.

cucuparit

Anonymous said...

Kalau pun budak SPM tu kalah dia tak rugi apa-apa tapi kalau yang tua tu kalah apa macam?If both of them were to seat for the IQ test i'm sure the old one will kiok earlier.Best of luck my boy.

Kawan said...

Dato,

Tepat sekali kata2 Dato! Ng tak mungkin menang dalam pilihanraya kecil di Batu Talam. Mungkin dia sendiripun tidak mimpi akan menang. Malah, mungkin hilang deposit pulak.

Saya percaya Ng akan dicalonkan jika Pas dan Keadilan Rakyat bertanding. Ng cuma mahu membuktikan bahawa dia mungkin kerdil dari kedudukan, tetapi berjiwa besar dalam politik. Calon BN pula bukan baru dalam dunia politik, dan kini bernasib baik untuk menjadi calon dan mungkin juga menjadi YB tempatan.

Tapi seperti pilihanraya2 kecil yang lalu, BN dan bala jenteranya akan turun beramai-ramai untuk berkempen. Tapi kempen apa ya? Kempen beli Ng supaya jangan buang masa dan tarik diri? Kempen menabur budi?

Apapun, ketiadaan Pas dan Keadilan Rakyat menjadikan medan tempor di Batu Talam sejuk dan tidak menarik. DPM Najib dah turun mengetuai rombongan BN; PM mungkin tak perlu turun. Akhbar akan memuatkan bagaimana BN terus cemerlang, gemilang, terbilang dan...

NG? Ng cuma mampu pergi rumah ke rumah secara senyap tanpa sorakan, tanpa media, tanpa arakan. Mungkin ada media yang menunjuk sedikit minat dan cuba memperbesarkan kebolehan Ng. Tetapi ini dilakukan kerana media yakin BN akan menang, dan Ng tidak akan menjadi lawan yang kuat. Oleh yang demikian, mungkin media kata: "ala...bagilah dia publisiti sikit! Tak kan rugi kita.."

Dato tak ke Batu Talam ke?

Anonymous said...

it's interesting to be able to hear the real motivation of contesting in this by-election from this young man. anyone know? thanks

Muhammad Abdullah said...

The independent has given the Batu Talam voters a democratic choice despite PAS boycott.

That aside, I suggest you write in both Bahasa Melayu and English to enable better understanding of your articles.

jentayu said...

sdra Ng semestinya berjiwa besar dlm politik bila berani tampil ke hadapan mencalonkan diri! umur tidak menjadi penghalang. yang penting semangat juang, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk BANGSA MALAYSIA! syabas utk Ng!

namun, pengaruh ketuanan melayu dan songkok di kepala abd aziz bersama pasangannya yang bertudung itu boleh menjadi 'lubricant' untuk meraih undi majoriti untuk beliau.

jentayu: kecewa dengan sikap pembesar negara dan rakyat yang melaung2kan semangat bangsa Melayu, bukan BANGSA MALAYSIA.

InMine said...

Amat menarik;

Jumlah pengundi berdaftar di Batu talam adalah seramai 10,525 dan penyokong BN yang berarak mengiringi calun BN adalah 10,000.

Menang besar BN nampaknya.

Harat said...

Bagi BN agaknya pilihan kecil seperti pilihan raya kecil Batu Talam hanyalah sebuah pesta.Mereka sudah yakin akan menang besar.Akan tetapi, mereka datang beramai-ramai ke situ dan mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar, terutamanya untuk menyenangkan hati penyokong-penyokong mereka dan diri mereka sendiri.

Bagaimanapun, selepas pesta, agaknya tak apa-apa perubahan yang signifikan berlaku. Rakyat di kawasan itu majoritinya akan terus hidup susah sebagaimansa sebelumnya. Sementara pemimpin-pemimpin besar UMNO/BN yang pulang ke ibu negara boleh meneruskan aktiviti "mengumpulkan kekayaan" seperti biasa juga.

Jika kita bercakap tentang demokrasi, demokrasi di Malaysia ialah demokrasi lima setahun sekali, kecuali jika ada WR yang mati seperti di Batu Talam!

Anonymous said...

jentayu!
Hoi!
Baru lima puluh tahun
dah nak lupa bangsa yang lama
Bangsa malaysia itu apa?
Aku Rakyat Malaysia
Orang Malayu
bangsa malaysia, cis!
biar hilang dulu
bau fried bacon di nordin ghaut
dan kegelapan di little India

Di mana dia demokrasi idola kamu, elhakim??? Jangan jual kacang putih punya www.xxx.org, babe.
U ada baca jenaka temberang counterpunch? Daily Mirror?

Joker lah najib said...

kalau gitu..tak payah undi lagi dah...hampir seluruh kampung dah berarak ngan BN

Ahli Umno 1982 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ahli Umno 1982 said...

Datuk dan para blogger semua,

Saya mohon berbeza pendapat dengan para blogger tentang jumlah 10,000 pararak yang mengiringi calon BN dan TPM di Batu Talam.

Saya rasa perarakan besar itu bukan hanya buat menyokong calon BN, tapi sebagai show-of-force menyokong Najib yang dewasa ini mengalami berbagai kemelut daripada konspirasi budak-budak PM, penangkapan penasihat nombor satunya atas tuduhan subahat membunuh, tindak tanduk orang rumahnya dan macam-macam lagi.

Saya rasa yang ramai datang berarak itu penyokong Najib dari Pahang dan seluruh negara. Sebagai orang lama politik bawahan Umno saya tahu najib cukup popular di kalangan pemimpinan bawahan Umno membawa kepada Bahgian dan Perhubungan Negeri.

Malangnya Najib dibeban oleh terlaklu banyak masalah peribadi bermula dengan rumah tangganya. Saya memang bias kerana saya kenal baik dengan isteri pertamanya sejak awal tahun 80'an. Dia seorang puteri di raja yang sangat low-profile dan tidak masuk campur hal politik suaminya.

Kalau kita dijemput makan di kediaman rasmi mereka, dia (sang isteri) hanya keluar mempersilakan kita makan dan lepas itu dia kembali melayan anak-anaknya like a good morther should. Now she is an ordinary executive working with Mas.

Najib memerlukan kemenangan besar di Batu Talam. Tapi itu tidak terjadi apabila Pas yang saya percaya atas hasutan Keadilan telah memboikot pilihan raya kecil itu.

Saya berharap Najib terselamat daripada segala mala bencana kerana dalam Umno dan Kerajaan hari ini suka tidak suka dialah harapan terbaik bagi Malaysia.

Tapi setelah melihat kemusnahan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sebagai TPM saya rasa Najib akan terus main selamat dan play the second fiddle kepada PM dan budak-budaknya yang ambitious dan berkuasa.

Selepas Najib dan Muhyiddin Yassin saya nampak masa depan Umno mendung dan muram kalau pembaharuan tidak dilakukan ke atas parti mulai sekarang. Tapi ia mustahil terjadi dalam suasana dan era sekarang.

5band said...

Sebagai ahli Umno yang berjiran kawasan dgn Batu Talam walaupun berlainan negeri, saya bangga melihat semangat ahli2 Umno berarak memberi semangat utk calon BN. Kebanyakan ahli Umno yg datang tu orang2 kecil yang sanggup membelanjakan duit minyak sendiri dan tak mengharapkan apa2 kecuali percaya kepada semangat Umno.

Penarik Beca said...

URGENT!!

Sebagai tanda solidariti dan bukan kerana depa tak dak duit, saya mencadangkan penubuhan tabung dengan pemegang-pemegang amanahnya terdiri dari Datuk A Kadir Jasin, Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Marina Mahathir bagi kes di bawah:

Unchartered waters. None of us have passed this way before, so I shall have to tread carefully. I'll need you to tread carefully, too, when you leave your comments.
I have been served the papers. They dropped them on Tuesday evening, around 9.30 pm, at the National Press Club. They are applying for an injunction against Rocky's Bru, this blog. They are suing me for libel.
[They have also served Jeff Ooi of Screenshots the papers].

cc. Rocky (blog), Jeff (email)

ishkan said...

To Ahli Umno 1982,

I am just wondering, if (Big IF) B.Talam should fall. Why should Najib take the fall instead of Abdullah? Shouldn't the number one bear the responsibility.

Anyway, if Najib should fall pun okay jugak. His supporters should turn around and devour the whole UMNO. Just like a good Samurai movie should end :)

Mat Moto said...

DATUK KADIR,

This was posted on Rockybru.Since it was also directed at u, and may have some relevance to your blog post,i've taken the liberty to cut and post it here.Anyway, i find the language beautiful,so there!


Anonymous said...


Saya ingin berkongsi renongan dengan anda berdua dan insan-insan muda sekelian:

AKU PERNAH MUDA

Kalau kausangka aku sudah tua
seperti bunga diserang sang suria
lesu tangkai layu kelopaknya
hilang wangi habis madunya
lemah maya, luruh jasadnya.

Seperti kau, aku pernah muda
megah mekar mawar berbunga
harum semerbak, kekar kuntumnya
lawar memutih manisan rasa
dipuja kasih dipuji rata.

Tua, muda, kanak-kanak, dewasa;
baru, lama, berumur, remaja;
pusingan jam pasir dunia
pandangan mata kaca manusia
bandingan masa, imbangan ketika.
Seperti mengesan anak bulan Ramadhan
pemastian puasa, penentuan purnama
peralihan waktu alam nyata.

Aku tua di sisi kau yang muda
namun muda di sisi insan tua;
bagai teka teki menduga reka akal
menyangka ukur usia mudah saja.

Tetapi - kalau kaca mata dibuka
kaca pasir jadi intan permata
gerhana bulan terang cahaya
empulur hati tiada baya.

Mestikah tua bermakna tidak muda
tidak berguna, tidak berdaya?
Bukankah tua tanda kekal abadi
akal dan jiwa?

Akar tunjang berasal nyawa
berurat berumbi, berbenih mulia;
bak ubi hina tumbuh merata
semakin berisi semakin lama
teguh saraf, kukuh baka
harus juga engkau yang muda.

BON NINI

Sheih said...

Dear Friends,

Lets not just get a lawyer for Rocky and Jeff, Lets get a real hebat punya lawyer from a real hebat punya firm. Lets show that that we know our right and are not kaki busuk punya geng. Lets show we know how to fight fire with fire. If this what they wanted, This is what we going to do. I seconded the motion to form a committee and I hope Datuk A. Kadir Jassin, Datuk Ruhanie dan Dato' Paduka Marina will agreed to the suggestion.
I am willing to quit smoking and used all that money as the starter. I have few scripts that still unsold, if someone willing to buy it, the cash will go to get a good defence for Rocky and Jeff.
That is for starter from me.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri mj,

Posting terbaru semalam, 17 Januari. Mungkin Sdra/Sdri tak refresh dan prog. tersangkut pada takuk lama. Cuba klik butang refresh. Thank you for your interest and continued support. Yersterday's entry was about young Master Ng who is taking on BN at Batu Talam.

A KADIR JASIN said...

Sdra Penarik Beca,

I am in contact with Sdr Rocky and Sdr Jeff Ooi. They had warned me of the impending suit some weeks ago. We'll certainly to all that we can to ensure that justice is not only done but seen to be done.

Thank You.

Malayu Hadhari said...

Datuk,

Ku Terdengar Suara Hang Li Po

Waaah!
Ada puisi!
BON NINI merdu
bahasanya seputih salju
tersangkut di atap bumbung
Masjid di Beijing

Oh! NSTP tak jadi
Utusan masih kemalayuan
Alhamdulillah!

Maka bermerah-merah
padamlah
dan padantah muka
orang di NSTP
mahu mencari kerbau
mahu korban selewat raya
silap bulan dan hari dan silap niat
sila potong tangan sendiri.

Putus habis tangan-tangan pencuri.

Penarik Beca said...

Dari komen dlm RantingsbyMM:

Sheih said...

Dear Friends,

Lets not just get a lawyer for Rocky and Jeff, Lets get a real hebat punya lawyer from a real hebat punya firm. Lets show that that we know our right and are not kaki busuk punya geng. Lets show we know how to fight fire with fire. If this what they wanted, This is what we going to do. I seconded the motion to form a committee and I hope Datuk A. Kadir Jassin, Datuk Ruhanie dan Dato' Paduka Marina will agreed to the suggestion.
I am willing to quit smoking and used all that money as the starter. I have few scripts that still unsold, if someone willing to buy it, the cash will go to get a good defence for Rocky and Jeff.
That is for starter from me.

January 18, 2007 3:14 PM

- bakaq

Bentong Mali said...

Aku yakin mamat NG C. Phang ni walaupun bertanding atas tiket bebas dia akan tetap mendapat undian lebih drpd seribu undi.
He has nothing to loose maa...
Lagi pun tokey-tokey kat Pahang sana sedia membantunya.
Satu yang pasti DAP akan mengukur keupayaanya dari segi undian yang mereka dpt. dri kaum cina.Aku yakin lebih 95% mengundinya..
Yang pasti pada pilihanraya umum akan datang banyak pengundi2 bandar akan memihak pada pembangkang jika dinilai dari segi ketidakpuas hati pada kerajaan yang mentadbir ekonomi negara.

Sekarang semua mau naik...tapi bisness kebanyakan merudum.
Lu tak caya, Lu tanya la sama itu kedai punya orang.
Biarlah BN dibobrokkan dengan kemenangan Batu Talam seperti kaduk lagaknya dan kepada si KJ yg kununnya syok sendiri nak buat hattrick..

Anonymous said...

Datuk & friends,

Re:The motion to form a committee to protect/help fellow BLOGGERS.

I definitely agree on the above!

Where can I transfer the RM as my contribution to the BLOGGERS FUND?

Pls provide info. Thanks.

Husin Lempoyang said...

Dato Ron berani ke? Dia on the board of Utusan...

Bukankah ini isu cyber law? Kalau domicile blogger.com di USA, boleh kan kita plead teh first amendment untuk FReedom of Expression?

A Voice said...

Dato, Ahli UMNO 1982 dan lain2

To me, this is a great gimmick and I believe it was conceive by Keadilan and perhaps anti Pak Lah UMNO people.

Bagi kawasan Melayu, meletakkan seorang Independent Cina dan novice is pure genius.

He is expected to lose his deposit. ANy votes gained is a vote of protest. If he gets more than 1,500, it is a sign of resentment agst the adminsitration.

THis by election is not about Najib but about ABdullah Badawi.

Dolah shd start to come out and fight his own battle and stop asking and later finger pointing blame on any of the outcome at Najib.

I repeat this by election is about Dolah. Can he be a man to come forward and fight his own battle?

langit biru said...

"Chalsea vs Malaysia B23"-perumpamaan BN vs Ng di Batu Talam!

Mungkin dilema Chalsea menurunkan kesebelasan utama atau barisan pemain simpanan. Dengan pengurus pasukan Najib dan ketua jurulatih Adnan, segala keputusan secara langsung tertimpa kpd mereka, bukan pemilik Chalsea Pak Lah!

Sudah menjadi budaya BN, setiap pilihanraya kecil, orang no.2 yang paling sibuk. Lagi-lagilah kalau negeri terbabit negeri orang no.2. Kalau kalah, mana nak letak muka. Kalau majoriti merosotpun moralnya boleh dianggap kalah! Maka definasi kalah bagi BN adalah kalah yang sememangnya kalah, dan/atau kalah kerana majoriti kemenagan merudum. Maka, Najib dan Adnan menurunkan kesebelasan utama mereka. Mungkinkah termasuk pengadil dan penjaga garisan?

Oleh kerana itu definasinya, maka, bisik-bisik di Utara pun semacam saja. Penyokong2 TDM habaq, nak undurkan PM, "kalahkan" P.Pinang!!(penyokong DSAI boleh menangguk di air keruh). Nanti orang kata, negeri sebesar dua kali ganda Perlis pun tak boleh nak jaga, layak ke dok no.1 lagi!!

Wallahualam.

shar101 said...

Got this little bit of faux pax from "sloone".

Apparently, Ng Yen Yen, MCA's women chief, made disparaging remarks about NCP's 'low' academic qualification i.e. SPM. She suggested that NCP apply for a scholarship under the MCA education program to enter TAR college.

Twelve hours later, NYY was told to retract her statement by her people because NCP's opponent is similarly qualified.

There you go. Level playing field, OK.

5band said...

Assalamualaikum Dato'

Tak sangka yg Dato' ni seorang yang prihatin dan berhati mulia kerana memberi sokongan dan menggerakkan penubuhan tabung utk Jeff dan Ahiruddin.

Nanti saya sumbang duit toll saya dan saya akan lalui jalan tak bertol.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato A Kadir,
Ini bukan soal bacul macul, ini soal prinsip.

Dulu, saya ada menghantar email pada Dato di alamat Malaysian Business pasal isu kepentingan negara, tapi Dato tak jawab ... itu lagi bacul.

alrawa said...

Mana lebih 'BACUL' ya?
1.PAS kerana tidak mahu bertanding di Batu Talam
ATAU
2.NSTP kerana bertindak terhadap Blogger2 'small fry'.

Harat said...

Selain menubuhkan tabung bantuan untuk blogger berkenaan, saya setuju dengan cadangan untuk memulaukan NST. Walaupun tidak dapat dipastikan adakah tindakan ini akan dapat mengurangkan jualan NST dalam jumlah yang banyak, tetapi sekurang-kurangnya ia merupakan "tindakan simbolis" untuk menunjukkan bahawa kita tidak menyetujui dan menentang tindakan NST.

Pro_Democracy said...

Dear Kadir Jasin,

You are a retired NSTP journalist, right? If so, then I am sure you could contest the Batu Talam by-election as an independent.

I am very sad that our brother Chee Pang is very inexperienced - he has a mere SPM qualification and is just 22 years old!

If we are to defeat BN, then we need a professional like you to contest.

I feel very sad that PAS and PKR refused to contest as this deprives the voters of a choice.

So, I make this call to you Dato' Kadir Jasin to go to Batu Talam SPR office and nominate yourself. Don't be shy as we need a good choice for the voters. You have a vast experience.

herakos said...

saya maseh lagi perchaya bahawa demokrasi maseh lagi wujud di malaysia ini kerana...
i) setiap habis 5 tahun pilihanraya maseh berlangsung,
ii) ada juga negeri dberjaya diperintah oleh bukan parti utama'
iii) yang memilehnya maseh lagi rakyat bukannya pihak luar negara;

ikhlas saya berpandangan bahawa pilihan terletak di tangan kita, pemahaman bersifat peribadi mungkin pada kita sesuatu tindakan kerajaan tidak bersifat pro pengundi tapi jangan dinafikan pilihan majoriti.

setahu saya pihak parti minoriti & pilehan juga sepatutnya berupaya menunjukkan kebolehan mereka kerana sebelum ini pernah memerentah hampir 3 negri.

tapi nanti akan adalah pula yg cakap peruntukkan tiada, kemudahan dicatu...

tp nak seribu daya takndak seribu daleh...

zaman kerajaan medina dulu pun rasanya tak ada peruntukkan dari kerajaan pusat juga rasanya...

mungkin kalau ikhlas...

mungkinlah kan?!!!


dari saya org kebanyakan

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).