Wednesday, January 24, 2007

Rocky Vs NSTP Di Mahkamah Tinggi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

[UPDATE, 25 Januari] Berikut adalah perkembangan terakhir kes Rocky Lwn NSTP di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

1. Tiada injunksi (sekatan) seperti yang diminta oleh New Straits Times Press (M) Berhad dan empat pekerjanya dikeluarkan oleh Mahkamah. In short there is no injunction so far against Rocky.

2. Mahkamah akan bersidang lagi pada 22 Februari bagi menimbangkan permohonan Rocky agar Mahkamah menolak (strike off) saman NSTP terhadapnya.

3. Pada hari Isnin ini – 29 Januari – pihak-pihak yang bersengketa akan berjumpa dalam kamar hakim bagi mendengar “penjelasan” Rocky mengenai ulasan-ulasan di dalam blognya yang dibuat selepas pengemukaan saman oleh NSTP pada 11 Januari lalu.

Kira-kira 20 orang rakan, umumnya para blogger, mengiringi Rocky ke mahkamah. Ramai wartawan media massa arus perdana, ajensi berita dan wakil media massa asing membuat liputan perbicaraan itu.

Empat pekerja NSTP yang menjadi plaintif dalam saman sivil itu tidak hadir di mahkamah. Kehadiran mereka tidak diperlukan pada peringkat ini.

[POSTING ASAL]

AHIRUDIN Attan, pengendali blog Rocky’s Bru akan berdepan dengan pengadilan esok – 25 Januari – bagi mempertahankan diri daripada saman sivil New Straits Times Press (M) Bhd dan empat orang pekerjanya.

Ahirudin atau lebih mesra dengan panggilan Rocky akan menghadiri perbicaraan saman dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Bangunan Wisma Denmark kira-kira jam 10 pagi.

Melalui saman dalam kamar (hakim) itu, NSTP bersama Dato Kalimullah bin Masheerul Hassan, Dato’ Hishamuddin bin Aun, Dato’ Syed Faisal Albar bin Syed A. R. Albar dan Brendan John a/l John Pereira meminta mahkamah memerintahkan Rocky “mengeluarkan artikel-artikel memfitnah yang diterbitkan di weblog (blog) Rocky’s Bru.”

Dalam samannya, NSTP dan empat plaintif itu menyenaraikan 48 rencana (post) yang disiarkan antara 8.6.2006 hingga 27.10.2006 yang umumnya menyentuh piawaian, amalan kewartawanan dan profesionalisme NSTP, khas empat plaintif individu itu.

Saman itu juga menyebut mengenai “ganti rugi sekiranya Mahkamah yang Mulia ini atau Yang Arif Hakim selepas ini berpendapat bahawa defendan telah mengalami sebarang kerosakan disebabkan oleh sebarang perintah yang dibuat selaras dengan permohonan plaintif-plaintif di dalam ini.”

Selaras dengan keremajaan usia kegiatan blog – yang dikatakan bermula pada awal tahun 1990’an -- Rocky akan diwakili oleh seorang peguam muda bernama Edmund Bon yang berusia 33 tahun dari firma guaman Chooi & Company.

NSTP diwakili oleh firma guaman gergasi tempatan Shearn Delamore & Co.

Nota kaki: NSTP sudah pun mendapat injunksi terhadap blogger Jeff Ooi, pengendali blog Screenshots melalui saman dalam kamar satu pihak (ex-parte). Mereka cuba mendapatkan injunksi yang serupa terhadap Rocky tetapi gagal.

Sementara itu usaha menubuhkan sebuah tabung dan membuka akaun bank untuk mempertahan kebebasan bersuara blogger terus diusakan. Empat pemegang amanah telah dikenalpasti dan tiga daripada mereka mengadakan pertemuan dengan blogger Rocky, Jeff Ooi, Nuraina Samad dan Sheih semalam.

21 comments:

ishkan said...

Saya rasa NSTP marah sangat sebab Jeff dan Rocky uncover NSTP plagiarism episode more than anything else. Gone were their credibility. Apa ada pada jounalist jika sudah hilang credibility. Excellent job by the two, line by line comparison. International exposure.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lat said...

percepatkan akaun blogger.Tak sabar nak hantar cek.Lawan sampai liang lahat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abdullah anak Adam said...

Saya kagum dengan keperibadian dan prinsip Datuk dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak asasi kedua-dua insan yang telah disaman oleh gergasi korporasi. Walhal Datuk sendiri pernah menerajui akhbar yang menyaman tersebut. Pertanyaan saya apakah konsekwensi kes ini (jika pihak "plaintiff" berkeras juga) terhadap semua pemegang saham dalam NTSP yakni Media Prima Berhad sekiranya kes tersebut menjejaskan urusniaga saham dalam bursa Kuala Lumpur (KLSE)?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A KADIR JASIN said...

Ishkan, Mydeen, para pembahas dan pelawat sekalian,

Isu ciplak (plagiarism)adalah antara posting yang menyebabkan Srd Rocky disaman.

Terima Kasih.

fathi said...

Saya sokong. Untuk tabung ini, saya sumbang RM500 (dulu).

Tak de slogan baru, saya guna slogan lama "Lawan Tetap Lawan!"

Malayu Hadhari said...

Datuk,

What Goes Around Comes Around
(Remember this, Datuk?)

Kalau nak bunuh pembawa khabar (messenger) kerana membawa berita buruk, itu masalah NST. Mungkin itu interpretasi kebebasan akhbar yang dilaung-laungkan oleh pendukung NSTP --- the freedom to kill the messenger.
Tapi yang lebih penting dan afdal adalah menangani isu yang tercetus. Dalam konteks ini penyiaran karton yang mempersendakan Nabi Muhamad SAW dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
NST kerap merujuk tindakannya kepada dasar dan falsafah Perdana Menteri. Tetapi NST nampaknya lupa kepada amanat beliau. Perdana Menteri pernah dilaporkan oleh media massa sebagai berkata: “Beri tahu saya apa yang saya perlu dengar dan bukan apa yang saya suka dengar.”
Banyak Ketua Pengarang dilucutkan jawatan atau mengundurkan diri secara sukarela apabila akhbar mereka melakukan kesilapan besar atau apabila mereka berasa mereka tidak dapat lagi menjalankan tugas dengan berkesan.
Kita tunggu dan lihat jika amalan yang teruji dan terpuji ini masih menjadi pegangan kepemimpinan baru NST dan NSTP.

(From your first posting, Datuk)

Diamonds are forever. I love blue diamonds. Terima kasih, Datuk Laksamana

A KADIR JASIN said...

Saudara dan saudari pembahas dan pelawat yang saya hormati,

Memandangkan tajuk yang kita bincangkan sekarang membabitkan kes mahkamah, maka wajarlah saya mengingatkan saudara dan saudari agar berhati-hati dan berwaspada.

Kita tidak mahu ulasan kita menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terbabit, apatah lagi melanggar peraturan mahkamah.

Kita boleh menyokong atau tidak menyokong pihak-pihak yang terbabit, tetapi kita tidak boleh membuat kenyataan atau mengemukan hujah yang berkaitan dengan kes di hadapan hakim (sub judice -- before the court.)

Justeru itu, saya tidak akan menyiarkan komen-komen yang pada pendapat saya mengandungi unsur-unsur sub judice. Saya harap saudara dan saudari faham.

Terima kasih.

master said...

Betul2. Takkan kita selambe je nak ugut mahkamah. Buat keputusan dan conclusion before the court mmg salah lg pulak boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.

Tapi yang saye respect tu, Anwar Ibrahim selamba dia je tegur hakim depan2 same ngan lawyer dia sekali. Augustine Paul pon dah naik pangkat dah, thanx to Anwar Ibrahim.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A Voice said...

Adakah comment PM yang dilaporkan oleh The Star dan NST boleh dianggap subjudice?

Sebagai PM, President UMNO dan NST dan plaitiff2 lain adalah dibawah kausa beliau, AAB boleh dianggap sebagai interested party.

lubok melayu said...

sdr/sdri,

kes rocky bukan sekadar media arus perdana lwn blogger. bukan kes buli yang terjadi di sekolah atau di jalanraya kita.

kes ini dah jadi kes yang amat besar, yang sedang diperhatikan dengan berkerut dahi oleh dunia, yang dengan mudah boleh menjatuhkan imej negara kita pelopor multimedia.

kes kecil takkan keluar al-jazeera dan berita dunia melalui afp, ap, reuters dall.

samada kes ini melibatkan isu plagiarism ataupun kapal layar bukan lagi menjadi perkara pokok. kita tahu sekarang yang blog sdr rocky, sebagai seorang wartawan veteran, diikuti dengan teliti (dengan kerut dahi dan juling mata) kerana kandungannya yang sensasi, kontroversial dan sahih (?).

kes ini sudah di makhamah. biar makhamah tentukan. saya menyorak dari jauh memberi sokongan kepada bloger spt sdr rocky, jeff dan datuk sendiri. di malaysia sekarang, tak ramai orang benar yang berani.

terima kasih.

satu-isteri said...

Datuk,
Mr Maideen nampaknya hafal betul dengan isi kandungan Rocky's Bru. Hebat. Kehulu kehilir di dunia blog Malaysia dia pergi untuk menjatuhkan imeg bloggers macam Datuk dan Rocky. Mungkin peng-komen upahan, Mr Maideen? Berapa dibayar oleh mereka?
Minta Datuk dan pemblog2 lain hati2 dengan anasir2 yang cuba memburukkan nama kita sebagai wartawan siber dan cuba melaga2kan kita dengan usaha2 mereka.
Alhamdullillah, diorang ni tak bijak sangant, jadi senang nampak belang.

lat said...

sebenarnya laman blog ini juga mendapat sambutan hangat di kalangan 4 ABDUL'S NSTP yang menyaman tu.kenapa ye mereka tatapi blog blog ini? jawapannya kerana kredibility bloggers lebih hebat dari depa.cerita menarik, tak ada bodek-bodek, semuanya tulus. hebat, memang hebat blog ini.teruslah membaca.TAPI JANGAN PLAGIAT sudahlahh.

Berita dari gunung said...

Asalnya ketika dilahir, kita semua dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang. Bila kita besar dan dewasa kita tak suka ditelanjangkan.

Banyak juga isu saman di mahkamah berkait dengan rasa marah, geram dan malu hasil dari usaha menelanjangkan orang atau pihak lain.

__earth said...

Assalam Alaykum Sdr Kadir Jasin.

Saya berminat untuk menderma RM 10,000 ke dalam tabung untuk membantu Jeff Ooi and Ahirudin Attan.

I am interested to donate RM 10,000 into this legal defense fund to help Jeff Ooi and Ahirudin Attan.

Wai Fong said...

The Centre for Independent Journalism is working with independent bloggers to set up of an information clearing house
and information exchange centre. The objectives of the
group are;

-.To provide information for bloggers to protect themselves against infringements of Freedom of Expression (FOE) and to keep up-to-date with the latest developments

-.To provide an avenue for bloggers to access information of public
interest which is not available in or sufficiently covered by the mass
media.


The information exchange will be moderated, and will work through an e-group.

The proposed e-group will be based on the following regulations;

1. All posts have to be concerned with the public interest

2. Contributors can ask for an explanation if their post is rejected

3. The CIJ code of ethics will serve as the guidelines for publishing postings

4. Priority will be given to issues that are not given space in the mass
media

5. Opinion will be published at the discretion of the Secretariat

"A council of elders", numbering less than 10 bloggers and comprising
among others, the group owners,will be established either by election or
appointment. CIJ proposes the council members will serve for four years, whereby the
after two years, the post Chairman and Vice Chairman have to be filled
in by new members.

Council members can appoint successors for their respective post whereby
the list of nominees will be publicized. A candidate will be appointed
if he/she receives a majority support from the members.

Membership is by application to the group owners.

CIJ volunteers to be the Secretariat of the e-group.

Yip said...

For more info email waifong@cijmalaysia.org or visit http://tech.groups.yahoo.com/group/mybloggers/

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).