Monday, February 19, 2007

Tahun Khinzir, Nein Schwein dan Tiada Subsidi Buku

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang mengandungi unsur-unsur lucah, perkauman, hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

MENGIKUT almanak Cina, tahun baru yang bermula semalam – 18 Februari – adalah tahun babi. Sesiapa yang dilahirkan pada tahun 1911, 1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983 dan 1995 adalah berbintang babi.

Maka tahun ini adalah tahun saya – tahun babi. Secara kebetulan pula, babi adalah sebahagian daripada proses pembesaran saya. Saya dilahirkan dengan babi sebagai rakan kongsi persekitaran saya. Bukan babi hutan tetapi babi ternakan.

Kampung saya di pinggir Sungai Pendang, cabang kepada Sungai Kedah, berjiran dengan penempatan orang Cina. Mereka menternak babi sambil berniaga runcit, bersawah, mendayung tongkang, bertukang kayu dan menjalankan judi haram.

Seperti orang Melayu yang membiarkan kerbau, lembu dan kambing mereka berkeliaran ketika musim tidak bersawah, orang Cina membiarkan babi mereka lepas bebas.

Kalau kerbau, lembu dan kambing orang Melayu keluar masuk perkampungan orang Cina, maka babi orang Cina keluar masuk kampung orang Melayu.

Malah nenek saya (moga-moga Tuhan cucuri rahmat ke atas rohnya) begitu intim dengan jiran Cinanya, khasnya yang fasih berbahasa Siam, dia membenarkan mereka menuai keladi yang tumbuh meliar di dalam kawasan kampungnya yang luas itu untuk makanan babi mereka. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi, tepung, garam dan ikan asin.

Oleh sebab banyak orang Cina kampung saya berkahwin orang keturunan Siam, maka bahasa Siam digunakan dengan luas. Nenek saya adalah antara ramai orang Melayu di utara negeri Kedah yang segenerasi dengannya yang bertutur bahasa Siam. Sehingga ke akhir hayatnya, bahasa Siam menjadi bahasa pertuturan utamanya.

Kerana dilahirkan dalam suasana itu, saya tidak berasa janggal masuk ke rumah kawan Cina saya untuk minum “air menet” (lemonade) pada hari-hari perayaan walaupun ada kepala ‘suckling pig” (anak babi yang masih menyusu) yang disembelih untuk menjamu roh datuk nenek mereka.

Hari ini, banyak orang Melayu (Islam) di Malaysia yang bukan sahaja tidak boleh tengok babi atau dagingnya, malah menyebut nama babi pun seolah-olah jijik. Maka mereka tukar babi menjadi khinzir. Tetapi itu tidaklah pula menghalang orang Melayu (Islam) daripada bertindak membabi buta atau menderita penyakit gila babi.

Minda Melayu/Islam Malaysia mudah diselesakan kerana apa yang jijik atau kurang baik dalam bahasa Melayu menjadi tidak jijik apabila dialih bahasa kepada bahasa Arab. Maka babi yang jijik menjadi ok apabila dibahasa-Arabkan menjadi khinzir.

Bagi saya menjadi Islam di Malaysia ini sangat mudah. Islam kita disyaratkan oleh undang-undang. Kita lahir Islam dan diwajibkan mati dalam Islam. Ke mana pun kita pergi ada masjid, ada surau dan ada kedai makanan halal. Kita tidak perlu risau tentang haram dan halal. Semuanya ditentukan dan dinyatakan untuk makluman kita.

Tidak seperti cucu saya bernama Omar yang berusia tiga tahun yang pergi ke sebuah kindergarten di Zurich, Switzerland yang terpaksa mengingatkan pengasuhnya pada setiap waktu makan “nein schwein” – tidak mahu atau tidak makan daging khinzir.

Kesimpulannya, Omar Steinmann pada usia tiga tahun lebih sedar (conscious) tentang keIslamannya berbanding kebanyakan kita di Malaysia yang tidak perlu bimbang kita akan dihidangkan dengan daging schwein atau khinzir.

Umno dan Pas akan bergabung?

Itulah maklumat melalui SMS yang saya terima daripada seorang bekas ahli Exco Kerajaan Kedah dari parti Umno.

Dia berkata: “Umno-Pas merger on the way. Only Hadi disagrees so far. This is what I heard.” (Penggabungan antara Umno dan Pas akan berlaku. Hanya Hadi tidak setuju setakat ini. Inilah apa yang saya dengar.”

Saya membalas: “Rasa-rasanya tak masuk akal.” Dia membalas balik: “Politik memang tak masuk akal.”

Tidak masuk akal mengapa Umno mahu bergabung dengan Pas di saat-saat parti nombor satu negara itu diuar-uarkan sebagai berada dalam kedudukan paling kuat dalam sejarahnya.

Begitu juga dengan Pas. Mengapa harus ia memikirkan penggabungan dengan Umno di saat-saat ia menganggap Umno dan Barisan Nasional berada dalam kedudukan paling lemah.

Atau apakah Pas berasa gementar bahawa Umno dan BN akan “membeli” undi rakyat Kelantan dengan peruntukan besar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan?

Kerajaan BN memberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM6,651 bilion, bertambah sebanyak RM2.97 bilion kepada Kelantan, lebih besar daripada pertambahan yang diberikan kepada Terengganu. Tidak mustahil pengundi Kelantan gelap mata mendengar janji yang begitu manis daripada Putrajaya.

Batal skim buku untuk jimatkan RM100 juta?

Blogger-politikus Ruhanie Ahmad (Gerbang Ruhanie) menulis: “Saya terkebil-kebil setelah membaca laporan berkenaan. Saya tanya diri saya sendiri: apa dah jadi ni? Kerajaan boleh batalkan skim buku teks yang meliputi seluruh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara mulai 2008, semata-mata kerana tak mau menanggung kos tambahan yang melebihi $100 juta?Apa hal ni? Hari tu kata boleh, hari ni kata tak boleh? Ingat ini iklan biskut ke? Sekejap ada, sekejap tak ada? Ini masalah rakyat. Ini masalah kesejahteraan dan keselesaan rakyat.”

Reaksi saya kepada kemusykilan bekas Ahli Parlimen Umno itu lebih kurang begini: Adakah cadangan ini ada kaitan dengan pengurangan peruntukan pembangunan RMK9 yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran? [Sila rujuk kepada blog sebelum ini.]

Peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran dikurangkan daripada RM24.2 bilion di bawah RMK8 kepada RM17 bilion di bawah RMK9 atau daripada 14.2 peratus kepada 8.5 peratus.

Mungkin kerana peruntukan yang banyak berkurangan ini, Kementerian Pelajaran terpaksa menjimatkan perbelanjaan walaupun dengan membatalkan subsidi kepada golongan miskin.

35 comments:

A Voice said...

To describe my initial reaction to rumour of a merger between UMNO and PAS, I would quote the quite often repeated line in the British Sitcom, "Thats the thin end of a wedge".

That line is often used in the sitcom to describe a situation that is not suppose to happen, despite the logic and rationale of doing it, for its implication to the current stakeholders.

When you ponder that PAS originated from UMNO, perhaps there is a basis for such. It won't be easy.

For the sake of Malay unity, it is a worthy effort. What would be the unifying factor? Where woudl it take the Malay struggle to? Does it lead to better affair of the Malays? Does it lead to a unity in the Malay and Muslim purpose? Many questions to be asked.

There is decades of bad blood between the two side. How would Hadi be licking his own spillled spit for judging all UMNO as kafir? How would UMNO straw back all those accusation it leveled on PAS?

My one and only wish is that they start to learn to have a common agreement on fundamental and critical issue affecting teh Mlay community.

For all likelihood, it is another typical pre-election hype to accuse each other of not wanting to unite.

Anonymous said...

Dato' tulis;
"Tidak mustahil pengundi Kelantan gelap mata mendengar janji yang begitu manis daripada Putrajaya."

Dulu pun pernah jugak ditabur pelbagai janji antaranya untuk dibina Universiti di Kelantan tetapi dialihkan ke sebelah utara, universiti (UMK) sekarang nie pun masih dibuai mimpi lagi...

Janji semasa PRK di Kelantan tempoh hari dijanji jugak nak bagi duit bagi yang dok diperantauan balik menggundi dengan hanya tunjukkan tiket bas...sampai sekarang tak ada apa2...habuk ada la..

Kita tunggu dan lihat ya dato orang-orang Kelantan punya 'taste' gelap mata dengan duit RM50 dan sehelai kain pelikat atau tidak..

alrawa said...

Sawadeekap,
Memang banyak hal berkaitan babi menjijikkan, hatta untuk mengambarkan orang yang tak tahu malu(bekas pemimpin?)pun kita akan berkata,"muka hang ditempek kulit babi ka?"
Berkenaan peruntukkan untuk skim pinjaman buku teks dikurangkan, saya rasa ada kaitan dengan FORMULA 1 yang akan datang. Mungkin ramai pelajar akan dihantar ke Sepang dengan tiket subsidi atau pun free.
Pelajar2 pasti gumbira dapat melihat kereta2 laju hasil keperihatinan pemimpin2 kita.

Anonymous said...

Dato',

(To all Chinese readers, "Gong Xi Fa Cai")

Tahun Babi akan buat pertama kalinya memperlihatkan kita betapa Pentadbiran DSAAB akan terus-terusan bertindak dan membuat keputusan membabi buta. Perkara ini tidak dapat sesiapapun dari kalangan rakyat untuk berbuat apa-apa. ini adalah kerana memanglah benar, kekuasaan beliau begitu luarbiasa hnggakan semua Pembesar UMNO terpaksa menjadi 'Pak Angguk'.

Walaupun kita melihat idea untuk menggabungkan UMNO dan PAS sebagai 'tidak masuk akal', ramai berpendapat mungkin ini jalan terbaik bagi membangkitkan semula semangat Berjuang untuk rakyat dan perjuangan asal Alif, Ba, Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair) yang sepatutnya ada dalam diri setiap Pembesar UMNO. Oleh kerana semangat tersebut telah mati, dimatikan oleh kekuasaan yang amat besar, mungkin pemimpin-pemimpin PAS dapat mengembalikan nawaitu penubuhan UMNO.

Walau apapun, saya terus bimbang dengan masa depan negara ini.

If asked, where do i think this country is heading?

I'd say,

I wish i can say that we're heading somewhere; or at least to say we're heading nowhere. but, the problem is...i think we're heading the wrong way!!

Assalamualaikum, Pak Lah.

Lots of love,
Muhammad

KJ Lim said...

I'm touched with your Tahun Khinzir's post. I wish others in Malaysia like Sir you, with this kind of attitude. Then, our society will much, much MUHIBAH.

Anonymous said...

Askum Dato’

Saya ni bukanlah seorang graduan ekonomi.. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan pakar-pakar ekonomi yang memang ternyata hebatnya. Sebagai seorang anak kampung dan kurang ilmu ekonomi, saya ada sedikit kemusykilan. Harap Dato’ boleh membantu.

Saya ada membaca bahawa kedudukan ekonomi semasa Malaysia terus kukuh. Bermula dengan kenaikan nilai ringgit sejak awal tahun ini, negara menyaksikan pula bursa sahamnya melepasi paras tertinggi 1,200 mata dalam 10 tahun sejak tahun 1997, selain itu mencatat rekod tertinggi dari segi jumlah pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik pada tahun lalu. Angka pencapaian ekonomi negara turut meningkat sehingga mencecah RM1 trilion.

Tapi dalam masa yang sama Kerajaan membatalkan skim buku teks yang meliputi seluruh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara mulai 2008. Kononnya tak mau menanggung kos tambahan yang melebihi RM100 juta?

Pasti ada penerangan yang jelas yang tidak saya temui kenapa hal seperti ini boleh berlaku? Harap Dato’ dapat membantu sekiranya ada penerangan yang telah diberikan oleh pihak kementerian pelajaran. Saya yakin dengan kerajaan BN yang sedia ada dan sudah pasti apa yang mereka laksanakan sudah pasti kepentingan rakyat dan negara menjadi keutamaan. Bukankan begitu?

Anonymous said...

Babi: Jelas sekali! Kebanyakan rakyat Melayu Islam di Malaysia memandang jijik dgn kehadiran babi dipersekitaran mereka. Anak2 yang membawa bekalan makanan yang ada daging babi ke sekolah dicemuh. Nasib yang sama menimpa sang anjing. Sangat tidak adil. Melayu Islam perasan hanya merekalah yang paling baik Islamnya jika dibandingkan dengan penganut Islam lain yang ada didunia. Sungguh cetek pengalaman.

Buku teks: Bila kerajaan menarik semula peruntukan buku teks sekolah, jelas menunjukkan kerajaan memandang remeh tentang kebajikan pelajaran warga pelapis negara. Kesal. Pembesar yang telah membuat janji harus pertahankan janji yang telah dibuat. Pemimpin harus bertanggungjawab dan dipertangungjawabkan. Di UK, kebajikan pelajaran sekolah diberi secara percuma, bukan sahaja untuk warga mereka sendiri malahan untuk warga asing! Mulia sungguh hati mereka.

spycatcher03 said...

I love your preambles, it represent many of malay kampong practicing peaceful co-existance with other races i.e chinese and Indians.My kampong in Kelantan is no exception. The only difference is that the kampong chinese in Kelantan are more sensitive to muslim. They are fully aware of the halal & haram and give high respect for that.
Pas-Umno merger? my only reaction is 'politic is an art of possibles' if the ultras/extremists in Pas are dead and gone, leaving the level-headed leaders, this is not impossible! During the era of Asri, it happened!
Datuk, I think after being a seasoned journalist, Im sure you are fully understand the mentality of voters in Kelantan.
You give them money, they'll spend,
you give them sarong, they'll wear
you give them sugar, they'll stir
you give them rice they'll cook,
But come election they'll vote for Pas.
To me it is wise for UMNO to plan the development in Kelantan after and when they are able to rule . Then UMNO will constantly be returned in Kelantan! To achieve that stage , lot of transformations kelantan must undergo. The vital one is how to unite UMNO! The situation in Kelantan is 'touch and go'. The only edge enjoyed by Pas is the disunity that exist within UMNO Kelantan. What more the infamous leader is now at the helm of Umno KElantan and is being rejected by the voters ! They can't forget his debcle in the PPRPT scam resulting in a senior civil servant beng victimised! Furthermore Datuk, there is not a single Umno division in Kelantan is free of internal squabble! You can check this Datuk.This is due to the connotation "chas keting" being widely practised in UMNO Kelantan. If a Ketua Bahg feels that his no 2 or 3 or appointed AJK ,a threat to him, then this process of 'chas 'keting' will be invoked ! 'chas keing' literally means bentis kaki dari belakang! No amount of revamp or reengineering can salvage Umno Kelantan.
Skim Pinjaman buku, is a classic example of our leaders who do not walk the talk. If you have spoken, athough there is no peruntukan, you create one from existing funds allocated to you. Don't dispair the public with high hope. They will translate their dispair during GE.
Salam Datuk.

Berita dari gunung said...

Asal-asal dulu memang buku teks percuma tak ada. Lama lepas merdeka baru ada. Zaman masa tak ada buku teks percuma keciciran dikalangan orang Melayu memang benda biasa.

Kalau kerajaan kita rasa buku teks percuma tak perlu lagi, apa nak kata. Tapi sayang, tak ramai pemimpin kita sekarang ini, berasal dari keluarga susah untuk memahami keadaan ini.

Tak ramai pemimpin sedar bagaimana kenaikan harga petrol mencengkam hidup. Tak ramai pemimpin sedar kehidupan dewasa ini adalah mencabar. Orang senang faham tentang orang senang, manakala orang susah faham derita orang susah.

Dari dulu lagi hidup manusia tetap dengan kasta dan darjat. Kalau belum tua mana sudah pandu Mercedes sendiri, mana nak tahu nilai Proton Saga!!

Melayu Lama said...

Greetings Datuk and a Happy Chinese New Year to all who celebrate it,

Talk of babi/khinzir aside, if you go to the KLIA website http://www.klia.com.my/index.php?ch=62&pg=136&ac=3736
you will find that our Hadhari PM's brother operates a Bar (obviously selling booze otherwise it wouldn't be called a bar now would it?) at the mezannine level of the satellite building at KLIA called Cheers Bar. The bar was listed in the KLIA website as being operated by Dewina Host Sdn. Bhd. Further check into the Bursa Malaysia website shows, in Dewina Berhad's annual report that Dewina Host is indeed a subsidiary of Dewina Berhad, a company owned and run by Ibrahim Ahmad Badawi the brother of Mr. Hadhari himself: Abdullah Ahmad Badawi.
So, what is Islam Hadhari all about? Perhaps Pak Lah, as PM and Chief Promoter of Islam Hadhari should ask his own brother why he's selling booze at the airport. Does this business activity in any way reflect a more civilized Islam? or does his family members only care about making money regardless of the Islamic principles they bend?

Anonymous said...

Manggishitam menulis "Babi: Jelas sekali! Kebanyakan rakyat Melayu Islam di Malaysia memandang jijik dgn kehadiran babi dipersekitaran mereka. Anak2 yang membawa bekalan makanan yang ada daging babi ke sekolah dicemuh. Nasib yang sama menimpa sang anjing. Sangat tidak adil. Melayu Islam perasan hanya merekalah yang paling baik Islamnya jika dibandingkan dengan penganut Islam lain yang ada didunia. Sungguh cetek pengalaman".

Dato'

Dato' hanya menulis perihal pengalaman Dato'bersama persekitaran babi. Namun, tulisan manggishitam di atas membuat saya amat-amat teruja!

Perlu ditegaskan bahawa Islam meletakkan garis pemisah yang amat jelas antara HALAL DAN HARAM.

Yang HARAM tetap HARAM walaupun sesetengah logik akal manusia menghalalkannya.

Maka,sebenarnya tidak timbul soal siapa lebih baik Islamnya. Bagaimana seseorang mengamalkan Islam, terserah kepada masing-masing.

Hakikatnya, Islam tidak pernah berlaku zalim atau berat sebelah kepada mana-mana makhluk di atas mukabumi termasuk babi dan anjing sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Anbiya(Nabi-nabi) Ayat 107. "Dan tidaklah Aku mengutus engkau(Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam"

Apakah Anak2 manggishitam membawa bekalan makanan yang ada daging babi ke sekolah (dan kemudian dicemuh?). Maka dengan itu manggishitam rasa sangat tidak adil? Maka dengan itu mereka yang mencemuh itu disifatkan cetek pengalaman?

Sebagai renungan bersama, pengharaman memakan daging babi terdapat dalam beberapa ayat suci Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, Al-Maidah, Al-An’am dan surah An-Nahl. Larangan-Nya yang berulang-ulang dalam Al-Quran menunjukkan makanan tersebut sangat berbahaya bagi agama dan membawa kemudharatan badan jasmani.

Firman Allah s.w.t. dalam Ayat 173 Surah Al-Baqarah, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah”.

Ayat 3 Surah Al-Ma'idah, “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala”.


Ayat 145 Surah Al-An'am, “Katakanlah: ""Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah”.

Ayat 115 Surah An-Nahl, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah”.

Perhatikan ayat 145 Surah Al-An’am yang menjelaskan kenapa babi itu haram; “karena sesungguhnya semua itu kotor”. Akal kita juga bersetuju apa saja yang kotor boleh memudharatkan kepada jasmani dan rohani. Dalam perubatan, babi adalah “reservoir” bagi cacing pita. Cacing pita menyebabkan penyakit yang amat susah untuk diubati dalam perubatan moden.

Kekotoran babi dapat dilihat dalam sebuah Hadis riwayat Muslim; Buraidah Al-Aslami berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda “ Siapa main dadu(judi) maka seakan-akan mencelupkan tangannya ke dalam daging babi dan darahnya” (HRMuslim)


Berdasarkan petikan di atas, maka sebenarnya tidak hairanlah kalau “Hari ini, banyak orang Melayu (Islam) di Malaysia yang bukan sahaja tidak boleh tengok babi atau dagingnya, malah menyebut nama babi pun seolah-olah jijik”(A Kadir Jasin), kerana sesungguhnya babi itu kotor dan mengotorkan.

Babi itu "dipandang" jijik kerana ia adalah kotor dan mengotorkan. Allah s.w.t yang menyatakan babi itu kotor(Surah Al-An'am di atas), walaupun mata kita nampak ianya bersih. Arak itu kotor walaupun kita nampak ianya bersih. Riba itu kotor walaupun kita nampak ianya duit bersih. Najis itu kotor kerana kita sememangnya nampak ianya kotor dan Islam memandangnya kotor yang boleh membatalkan sembahyang(tiang agama).

Anonymous said...

Kaum Cina seboleh-bolehnya mahu dilahirkan pada Tahun Dragon. Kerana sesetengah berpendapat, mereka yang lahir tahun dragon adalah seorang berkarisma, berkepimpinan tinggi dan berjaya. Tahun babi, seorang yang selalu diberi pertolongan, baik dari kaum keluarga, mahupun sahabat. Siapa yang selalu menolong Dato'?

UMNO + PAS ? Logik akal semasa menyatakan "mustahil", walaupun ada mengatakan tiada yang mustahil dalam politik.

Hubungan UMNO dan PAS ibarat pena dengan kertas puteh. Permulaan penulisan, pena menulis dengan amat baik,cantik tulisannya, seragam. Pertengahan penulisan, tulisan kurang cantik, tiada keseragaman, sekejap condong ke kiri, sekejap condong ke kanan, sekali sekala tegak seperti tulisan doktor! Kerana sudah banyak tenaga dikerahkan, melawan ombak,badai,hujan,ribut,petir, PENA akhirnya terangkat, KERTAS PUTEH tiada lagi tulisan.

Kertas puteh mendakwa dirinya suci bersih, pena didakwa membawa kotoran hitam legam. Antara UMNO dan PAS, masing masing mendakwa dirinya KERTAS PUTEH.

Tidak mustahil kalau kedua pihak mengakui kesilapan dan kelemahan masing-masing dan pergabungan ini atas dasar kebaikan umat Islam dan Agama.

Kak Teh said...

Datuk, semasa kecil dan setaip hujung minggu balik ke yan dari alor star, saya sering merenung keluar tingkap bas dan nampak babi berkeliaran di kampung-kampung. Bila datang hari raya cina memang tak boleh miss pergi ke rumah kawan-kawan untuk beraya bersama. Mereka tahu kitatak makan yangtak halal dan mereka sediakan khas untuk kita orang islam. Pada hari Ahad lalu - ada banyak perayaan di London. Anak saya yang bongsu nak ikut tengok tarian singa di depan V&A museum. Dan kami ikut 'singa tu dalam museum tu. seronok juga. Time masuk zuhur, kami cari tempat-tempat sunyi dalam museum dan tunaikan solat zuhur. memang betul kata Datuk...tak sukar kita nak jadi Islam di negara sendiri. dan bagi kami juga di luar negara- seperti cucu Datuk - juga tidak sukar.

Anonymous said...

It would be great if the Government could answer Nina
s very probing question. If the economy is on fire what is RM100 million for the future of the country, especially when RM200 million is not excessive for an executive jet.
Maybe Islam Hadhari requires that we ask ourselves not what Pak Lah has done for the country but how the country can keep serving Pak Lah....

P.S I have no strong groundign in Islam and even less understanding of high economics (unlike some more gifted 30-year olds) so these questions may turn out to be total pig swirl

Anonymous said...

Datuk,

Kalau saya mempercayai semua teori konspirasi, sudah tentu saya akan menyalahkan kerajaan kerana gangguan bekalan letrik petang tadi. Saya sedang mengarang komen untuk dimuat dalam blog Datuk dan tiba2 komputer saya mati. Semua alat letrik pun mati. Dan semua jiran pun keluar bertanya bila bekalan akan disambung semula, dan apa punca gangguan itu.

Namun, saya bukan pakar dalam teori ini. Tetapi, samada sedar atau tidak, ramai orang hari ini menyalahkan kerajaan dalam banyak hal. Banjir yang melanda di beberapa kawasan di Johor pun mereka salahkan kerajaan. Pemain bolasepak negara tidak dapat beradu nasib di kelab besar di UK pun disebabkan oleh kerajaan! Ini kerana Malaysia tidak dalam senarai negara bolasepak yang maju, dan ini tidak membolehkan pemain dari negara ini dari mencuba nasib di peringkat tinggi.

Saya nampak kita hidup dalam suasana yang mirip indah kabar dari rupa. Dalam bahasa inggeris, "what you see is not what you get." Kita mungkin diberitahu oleh akhbar bahawa semuanya baik di negara kita. Pelaburan luar negara meningkat; beratus ribu kerja akan wujud ekoran pelaburan ini; ekonomi semakin kukuh; pasaran saham juga melonjak; matawang ringgit juga berada diparas kuat.

Entahlah Datuk! Saya masih lihat ramai kakitangan kerajaan yang buat kerja sambilan di sebelah malam; ramai pemandu menggunakan jalan alternatif untok mengelak dari membayar tol (itupun kalau ada jalan alternatif); syarikat yang memberi pinjaman membeli kereta secara ansuran mengeloh kerana ramai peminjam tidak membayar mengikut hadual; dan bermacam hal lagi.

Jadi, apabila kerajaan mengumumkan sekim pinjaman buku teks akan dihentikan pada 2008, ramai ibu bapa naik berang dan berpeluh. Mereka kata kerajaan tidak berhati perut. Dan mereka masih cuba memahami bagaimana Kerajaan boleh beli kapalterbang mewah untuk Perdana Menteri sedangkan pinjaman buku teks yang sudah berjalan begitu lama tiba2 dihentikan. Apakah ini hadiah yang dibawa oleh Tahun Babi untuk mereka yang tidak mampu? Apakah Eye of Malaysia yang menghias Tasik Titiwangsa begitu penting dalam hidup harian rakyat negara ini, terutama yang berpendapatan rendah? Kenaikan harga minyak tahun lepas masih dirasai. Yang baiknya, rakyat akur kepada saranan PM supaya kita mengubah cara hidup agar berjimat-cermat. Sayangnya Datuk, kita juga hidup dalam suasana yang penuh dengan kepuraan dan 'double standard.'

Cakap tak serupa bikin rupanya...

marakarma said...

untuk sepakbudakitu ( kickdefella)

awak blog untuk apa
awak bersatu untuk apa
awak takut pada siapa
atau tak takut pada sapa

awak blog untuk mengata ,, mencerca, menghina
menista, mendabik dada,berlagak mulia, merosakkan silaturahim kita

awak blog untuk suka suka…giler

Ari said...

Assalamualaikum.
PAS ngan UMNO..tak ada lebih baiknya antara satu parti tu dengan yang satu lagi.Dua-dua pun sama..bezanya cuma siapa yang lebih berkuasa dan punya keewangan yang lebih kukuh..bab pemimpin menipu..serupa..bergabung atau tak.. sama saja..tak akan mengubah apa-apa..

Anak-anak aku tujuh orang.. tak pernah berhak menerima bantuan buku teks..alasan yang di beri adalah aku cukup kaya dan mampu untuk membeli buku -buku tersebut..ada cikgu yang berkata..kalau dah mampu pakai S class tentu mampu bayar harga buku teks. Tiap-tiap tahun aku sain surat rayuan untuk bantuan buku teks..tiap-tiap tahun ada dapat bantuan buku teks..syarat nya cuma kena buat surat rayuan..buku tu memang ada..kalau anak aku tak pakai..akan disimpan lah dalam stor sekolah..!Sekolah luar bandar.. 100% ada bantuan..! Jadi middle class wage earner pun susah..cukai kena bayar beribu setahun.. ada masa teringin juga nak jadi hard core miskin.. tapi.. sayang pulak nak tinggalkan Merc aku tu..! Tapi nak potong janji yang telah diberi hanya kerana belanjawan dah di bawak lari ke kementerian lain.. memang sah lidah bercabang.. tu yang janji dah diwar-war kan..janji yang tak diwar-warkan secara besar besaran.. tentu lebih senang di mungkiri..!

Anonymous said...

let us borrow a page from the autobigraphy of Mahathir bin Wan Tempahwan!

Mika Angel-0 said...

Setitik Darah Sebelanga Susu

Panas! Panas! Panas!
Soto panas - tempenya, wak
jangan terlupa!
sambal olek pun ada
Weh, soto Muar jadi hidangan.

Panas! Panas! Panas!
Belon mainan meletup-letup!
Basah lokoih mencemar duli
Habis kuyup si-Sultan Mizan.

Siapa dia yang cucuk belon?
Haah! mat penyu ganu kite
Peduli apa, kata mereka
Presiden Abdullah tersenyum simpul

Basah! Basah! Basah!
Darah raayat merah marah mengalir!
Satu titik setia raja
Satu titk setia jebat
satu titk setia nila
hancur rosak sebelanga susu.

Panas! Panas! Panas!
Doyok Mentakab tercari-cari
Se pandai-pandai meriam katak
sangat mujarab meriam besi
Huuh! Cucu Mat Top mencuri nama.

Merana meraung pacai-pacai
pecacai nusabangsa anterodunia
Salam Tahniah, salam Takziah
mulanya gelak dan tawa,
akhirnya tangisan berdarah.

Fikir-fikirkan
wahai fikri dan fakir


I say, PM, let's have Ops Lalang 2 or 3 while Iran burn with subversive elements hired by the US of A.

Unknown said...

Mai boleh kata tiap2 hari. Kalau datang2, tak dak yang baru, hati pun berkata: "Apa ni! Hang tu top 50 blogs" (Dalam hati ja sebut hang. Kalau jumpa, kena panggil elok2 la. Bukan sebab Datuk kaya (duit saya cukup) atau Datuk ni Datuk. Tetapi sebab Datuk lebih tua dari saya. Tanya la Dinsman. saya tak panggil nama dia. saya panggil Abang Din. Dengan Nordin kawan dia pun saya panggil Abang Din. Walaupun cakap hang aku).

Apa pun, lama dah tak mengomen di sini. Tak tau pasai apa. Nak kata Datuk cantas posting saya, jarang sangat kot... Kalau cantas pun, masa nak post tu pun saya dah rasa dah. Tengok2, memang betui...

Babi: Kalau kita tak boleh makan babi, janganlah makan. Dan, adakah kerana kita tak makan babi, kita akan mengamuk bila orang makan babi, jual babi?!

Allah hanya tak bagi kita makan babi. Allah tak pernah suruh kita sekat orang yang boleh makan babi menikmati babi.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina! Happy Piggy Year!!

Babi saya tak tau. Tetapi sebelum hina anjing, tengok dulu perangai dia (yg saya ingat tiga ja, ada lagi... dan, pernahkah Allah dan Rasul-Nya menyuruh kita menghina anjing?!).

1. Umumnya, anjing makan setakat yang diberi oleh tuan dia, dia tak menyelongkar seperti kucing mencari yang extra.

Maknanya, kalau kita buruk lantak, kita lebih teruk dari anjing. Kalau buruk lantak harta rakyat?!

2. Anjing berjaga malam menjaga rumah tuan dia. Tidur siang pun tak lena dan orang tetap tak boleh curi harta tuan dia.

Ada kawan saya dalam Jawatankuasa Dewan Orang Ramai suka tidur dalam mesyuarat. Seorang lagi kawan kata: Macam mana nak jaga Dewan Orang Ramai ni? Asyik tidur je engkau! Saya kata: Kalau jaga negara, habis harta negara orang curi! Tidoq tak habis2!!

3. Anjing setia kepada tuan dia.

Adakah kita setia kepada tuan kita, Yang Mencipta kita? Atau, adakah kita lebih setia kepada "tuan-tuan" yang lain?

Atau, adakah kita setia kepada
‘‘Indeks Keselesaan’’
?

budak lipis said...

Salam buat Dtk,

Ironisnya bantuan buku teks dibatalkan sebab harga getah sekerap dengan BTB sawit tinggi. Org kampung dan peneroka dah banyak yg kaya2 sekarang, cuma tak ramai kaya pelajaran je.Semuanya pasal harga minyak (kenaikkan harga getah sekerap RM1.00 setiap USD15 per barrel, RM100 per tan BTB setiap USD15/barrel).. Harap Dtk komen..

Anonymous said...

PAS dan UMNO bergabung???? MUSTAHILLLLLLLL

Anonymous said...

langitbiru: benar, Islam mengharamkan babi dan anjing tetapi Islam tidak mengajar manusia mencemuh kedua2 makhluk tersebut. jadi kenapa melayu Islam mencemuh mereka dan tuan mereka?

iwanz said...

dato ,
saya tak main saham, jadi saya tak dapat menikmati kesan langsung peningkatan ekonomi kita.

jadi sebegai denda, saya kena bayar tol lebih mahal, kena bayar minyak lebih mahal, kena berbelanja lebih walaupun barang yang dibeli semakin kurang.

kalau begitu siapa boleh ajar saya bermain saham?

marakarma said...

aku melihat semua senarionnya
tentang bloggers yang perasan kekuatannya
bersatu entah menentang apa
berkumpul konon atas perjuangan entah apa bijiknya

pokoknya kerajan dikatakan tak berupaya
imej pm di lanyak lanyaknya
dikumpul semua orang agar marah dan curiga
di jana dan spin apa saja yang ada
agar pm nampak kotor, lemah dan entah apa apa

aku melihat sapa yang untung dengan ini agenda?
apa akhirnya semua yang telah dibina
kearah mana anggur masam ini akan dijualnya
kalau paklah jatuh …semua ini untuk siapa pula?
aku memang tak faham bloggers ini nak kemana

kebetulan pula bloggers ini terdiri dari yang terbuang, pencen dan dah tak diguna
ketika mereka berkuasa dan di puncak kuasa mereka lah penjilat kerajaan yang ada
ketika hilang semua kuasa dan jawatan yang ada
habis semua dinista, di cerca dan di kata
sehingga paklah dan kerjaan macam tak da benda dibuatnya

so kemana kita ?

Linda said...

Laaaaaa.... kata nak memartabatkan bangsa, berilmu lahh itu lahh ini laa.. kenapa skim buku pinjaman teks dimansuhkan pulak?

Pening saya...

Anonymous said...

manggishitam said to langitbiru...

"benar, Islam mengharamkan babi dan anjing tetapi Islam tidak mengajar manusia mencemuh kedua2 makhluk tersebut. jadi kenapa melayu Islam mencemuh mereka dan tuan mereka? "

- ish ish ish , mengapa perlu diserkap jarang sambil mengatakan sesuatu bangsa dan agama terlibat secara keseluruhannya ... di mana-mana taman perumahan di Malaysia, pastinya ada non Muslim membela anjing dan makan babi .. adakah mereka ini semua dicemuh ??? saya berani jawab tidak ...

kalau berlaku pun mengapa tidak dikaitkan secara individu ... mmg agak mudah dan seronok utk dikaitkan kpd bangsa keseluruhan .. justify spt ini kadang-kadang datang dari kelemahan fikiran .

Anonymous said...

Datuk

Tabik hormat saya kepada Datuk kerana membuka minda banyak pihak dengan komen Datuk yang bernas. Posting cerita babi ini cukup membuka minda saya bahawa Malaysia perlukan ramai orang macam Datuk yang berfikiran terbuka, toleran dan tidak menghakimi. Hanya dengan pertembungan pengalaman seperti yang Datuk alami barulah kita dapat memupuk jiwa Malaysia.

Saya cadangkan Datuk ke Sarawak untuk melihat bagaimana pelbagai kaum dapat makan di bawah satu bumbung. Kedai-kedai Cina di Sarawak mempunyai gerai peniaga Melayu yang menjual beranika makanan halal. Ianya sudah menjadi kebiasaan.

Perihal UMNO dan PAS bergabung, bagi saya itu cakap lepas sahaja. Adalah membuang masa kita untuk berbicara tentangnya. It will not happen. Lepas ini apa pula cerita mereka?

Mengenai buku teks, saya rasa kerajaan perlu menjelaskan kenapa tidak boleh berbelanja RM100 juta membantu rakyat yang tidak mampu tetapi pada masa sama membeli jet berharga RM 200 juta. Apa rasionalnya? Apa asas keputusan sebegini dibuat?

Saya sebagai rakyat Malaysia dan pengundi amat kecewa dengan keputusan kerajaan dalam hal ini.

I am begining to loose faith in the whole system. I pity us Malaysians govern by such people that cannot set their priority right. Really pity.

Terima kasih Datuk.

A KADIR JASIN said...

Banyak pembahas mengulas mengenai isu skim buku teks. Tidak menghairankan jika orang ramai mendapati isu pembatalan skim buku teks untuk semua sebagai membingungkan dan tidak masuk akal.

Pada 5 Februari lalu, Utusan Malaysia memetik Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai berkata di Kepala Batas (kawasan Parlimen PM) bahawa semua pelajar sekolah di negara ini tanpa mengira status dan kedudukan kewangan keluarga mereka akan menikmati Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) secara automatik pada tahun 2008.

Hishammuddin memilih kawasan Parlimen PM dan sebuah majlis Umno untuk mengumumkan berita baik itu.

Hishammuddin berkata melalui pelaksanaan tersebut semua pelajar tidak perlu lagi melalui prosedur ketat termasuk menyertakan butir-butir kewangan keluarga bagi mendapatkan skim berkenaan.

Katanya, kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan dana yang mencukupi bagi meluaskan kemudahan itu kepada semua pelajar tanpa dibelenggu sebarang masalah terutama yang membabitkan soal birokrasi.

``Setakat ini kerajaan sudah memberikan kemudahan SPBT kepada lebih 80 hingga 90 peratus pelajar termasuk anak-anak guru yang menikmatinya secara automatik bermula tahun ini.

``Apa salahnya kalau kita luaskan kemudahan ini kepada baki 10 peratus yang tidak mendapatnya. Apa yang penting kita perlu pastikan tiada pelajar terpinggir daripada menerima kemudahan tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gemilang 2020 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Bernama pula pada 18 Februari melaporkan: “ Akhir tahun lepas, Kementerian Pelajaran mengumumkan skim pinjaman buku teks akan diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2008.

Langkah kementerian tersebut menerima pujian dan sanjungan daripada ramai ibu bapa, terutamanya mereka yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan dibebani dengan perbelanjaan yang besar untuk membeli buku-buku teks.

"Ini menunjukkan kementerian prihatin dengan keperluan ibu bapa," kata kalangan orang ramai.

Tiba-tiba langkah murni itu ditarik balik dengan begitu cepat. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar berkata langkah itu telah dibatalkan kerana beberapa faktor.

Antaranya ialah kementerian terpaksa menanggung kos sebanyak lebih daripada RM100 juta lagi jika langkah itu dijalankan serta, setelah kementerian mendengar rayuan daripada pihak penerbit dan pengedar buku teks.

Noh menjelaskan skim pinjaman buku teks akan kekal pada sistem sekarang di mana hanya pelajar yang pendapatan keluarga tidak lebih daripada RM2,000 sebulan layak untuk skim tersebut.

Apakah kerana RM100 juta niat baik itu terpaksa dibatalkan? Atau apakah ini satu bentuk “protes” oleh pihak kementerian kerana peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran dipotong dengan banyak daripada RM24.2 bilion di bawah RMK8 kepada RM17 bilion di bawah RMK9?

Adakah kerana RM100 juta setahun janji kepada rakyat dibatalkan dengan begitu mudah?

lamandau said...

Dear Datuk KJ (not him!!),
We the internet users are fully aware of this issue. How are we going to spread this to the rural folks because they are the one who deserve such explaination! If in Kelantan, Trengganu and Kedah, opposition periodicals are made available to the rural folks. Many issues which have direct impact on the rural folks have not been dessiminated to them. Is it fair?

Anonymous said...

kepada yg bergelar marakarma, namamu gandingan dua bahasa,
mara bermakna maju ke hadapan,
karma bermakna nasib penentuan

kamu cuba sedaya upaya
memperkecilkan usaha bloggers
yang juga mencuba sedaya upaya
membangkitkan tahap kesedaran
atas segala kepuraan dan kesilapan
masyarakat pimpinan imam handalan.

dalam hati kecilmu
kamu akui beberapa kebenaran
hasil isu bloggers bangkitkan
namun kamu cuba mempertikaikan
tanpa kamu periksa kesahihan siaran
kepalsuan yang umum bincangkan

mana mungkin kamu pertikaikan
memanda imam yang tidor sendirian
tanpa mengira siang ataupun malam
pernah berlaku dimajlis keramaian.

mana mungkin kamu pertikaikan
rakyat merana banjir kesengsaraan
memanda imam berhibur diperantauan
tanpa menghirau rumah yg tenggelam

mana mungkin kamu pertikaikan
tol yang tinggi menjadi beban
sama dgn minyak kenderaan
tak mungkin rakyat boleh bertahan
akan berlaku protes dan bantahan

di mana kamu menyorok Marakarma?
atau kamu sengaja bikin tak faham
sama seperti memanda imam
menabur janji dikota jangan

wahai marakarma
jelas kamu juga juara
datang dari kampong jauh di muara
dimana pemikiran mu kurang tajam
dan pandangan mu juga semakim kelam

negara memerlukan seorang memanda
seperti yang silam
mungkin tidak selengkap imam
tetapi memberi makna kpd perjuangan
dihormati semua luar dan dalam
merobah nasib bangsa dan semua

marakarma, marakarma
pulanglah kamu ketepi muara
dalami dulu ilmu dunia
jangan kamu sokong membabi buta
imam yang tidor tak ikut waktunya.

Anonymous said...

Dato',

Yg ini, khas utk marakarma.

Setelah kau merepek pasal bloggers hentam PM/kerajaan bla bla bla, kau bertanya, kemana kita?

Ni, pakcik nak jawab!

Perjalanan kita dipandu arah Pembesar-pembesar UMNO. Pemandu utamanya pulak, ialah Pak Lah. Kemana hala perjalanan, kita ditentukan mereka.

Masaalahnya nak oi...Kalau kita kata, kita tak bergerak kemana-mana pun tak apa. Kalau kita kata, kita sedang bergerak kesatu arah, yang ambil masa panjang dan berliku (walau ada jalan mudah, selamat dan cepat)...pun tak apa. Tapi, problemnya, pemandu arah dan pemandu kenderaan membawa kita ke jalan yang salah!!

Tu pasal ramai orang (bijak betul) dok hentam kerajaan. Bawak jalan salah!! So, kemana kita? Tak tahu le...jalan dah salah, bila driver terjaga, dah tahu tersesat, bolehle berhenti. Tanya sesama kita, mana jalan yang betul, tukar driver...patah balik. Jangan tersesat jauh sgt udah le...penat nak patah balik. Matlamat ke Pekan 2020 dah hampir pasti tak dapat...kot-kot, ramai org (bijak tak berapa betul) mcm saudara cepat sikit sedar dan kejutkan driver dari tertidur dengan segera. Tolonglah....kita dah lambat ni!!

Terima kasih la nak oi...harap cepat sikit membesar...I love u!!!

p/s Jgn cepat sangka buruk kat org. Driver tu nak bawak sampai bila pun tak pe..asal pandu dgn selamat, tak pe le...kau tak kan faham.

A KADIR JASIN said...

Lamandau mengulas:

"We the internet users are fully aware of this issue. How are we going to spread this to the rural folks because they are the one who deserve such explaination! If in Kelantan, Trengganu and Kedah, opposition periodicals are made available to the rural folks. Many issues which have direct impact on the rural folks have not been dessiminated to them. Is it fair?"

Saudara Lamandau betul. Adalah sukar bagi rakyat biasa, khasnya orang Melayu luar bandar, mendapat maklumat alternatif melalui Internet.

Suka atau tidak, mereka terpaksa bergantung kepada saluran maklumat perdana seperti akhbar, televisyen dan radio. Ini disedari oleh pihak berkuasa. Justeru itulah mereka begitu rapi menguasai, mengawal dan memantau MMAP.

Kita hanya mampu menyampaikan maklumat alternatif ini kepada massa jika kita menulis bahasa Melayu dan, sekiranya mampu, mengumpulkannya dalam bentuk buku atau risalah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam.

Datuk tentang pengurangan peruntukan pendidikan...emmm saya rasa tak sesuai dgn konsep kononnya nak membangunkan modal insan. Modal insan pun saya tak setuju sangat sebab insan tu pelupa kalau tak salah maksudnya. Saya lebih sukankan modal insan tu kita kembali tekankan kpd K-economy..rasanya lebih tepat.

Kawan pun nak ketawa pun ada..kenapa soal buku teks itu dibatalkan...apa bezanya dengan memberikan yuran peperiksaan percuma kpd semua murid2 semalaysia?..kalau satu ada sebab dibatalkan..kenapa tidak yg satu lagi?.

Tentang "Ciok"..minggu lepas saya baru terlanggar kat kampung juar, Seri Mananti...malangnya mahkluk tu mati.

Anonymous said...

Salam!!

Datuk..saya semakin tak faham kenapa wartawan2 kita yg membuat temubual/wawancar kadangkala tidak bertanya soalan yg betul dan sesuai dgn tajuknya. Malah wartawan2 kita tidak pun bila bertanya sesuatu isu mencari sedikit fakta untuk dibahaskan dgn jawapan yg pihak kerajaan berikan. Sebagai contoh..tentang FDI...kenapa tak ditanya kan nilai FDI malaysia yg bersumberkan UN/PBB yg menunjukkan penurunan semakin ketara? sbg contoh:

Malasyia FDI stats:

Year FDI Projects Capital Investment US$
2006 122 $1.44 Bn
2005 94 $1.46 Bn
2004 125 $1.72 Bn
2003 186 $3.82 Bn

Vietnam FDI (source dari UN )

2006 194 $9.87 Bn
2005 171 $5.02 Bn
2004 161 $4.50 Bn
2003 132 $8.30 Bn

Bukankah ini menunjukkan penurunan yg drastik selepas era Dr M?.

Begitu juga dgn wawancara musa hitam di UM....kenapa tak didedahkan UMLand tersebut dimiliki sepenuhnya oleh bukan bumiputra..yg melayu hanyalah Tun Musa sahaja?..mana pergi syarikat melayu lain...?? Saya sngsi dgn UM Land ada kaitan dgn singpore...berasaskah kesangsian saya?...sekadar bertanya

Utk makluman datuk...

UM Land

Musa Hitam > Chairman of the Board

Officer Since: 01/26/2006
Age: 72
Anthony Yap > Group Chief Executive Officer

Officer Since: 08/15/2006
Age: 59
Eng Tee Ng > Joint Deputy Chairman of the Board

Officer Since: 10/31/1995
Age: 56
Tong Lim Pee > Director- Finance and Corporate

Officer Since: 04/18/2006
Age: 56
Zuraidah Mohd Yusoff > Secretary

Abdullah Aminah > Assistant General Manager-Group Human Resources and Administration

Chooi Kuen Leong > Assistant General Manager,Corporate, Tax Planning & Risk Management

Man Ying Yap > Senior Manager, Finance

Lui Meng Chia > General Manager, Cost Management and Control

Long Foo Lum > General Manager-Business Development

Anonymous said...

Apa Khabar datuk,

sebagai anak cina,lulu masa kicik wa luluk di satu kampung bersama manyak orang keturunan Arab, itu tempat orang cina, melayu, india dan sikh pun ala...

Tapi manyak syok, kita ala butut-butut muhibbah...

Wa tak tau bila start, apasad melayu cina india sumua tak boleh hilud baik-baik, sumua mau cali galuh...

Lama-lama wa sulah busat balu wa paham itu sumua BN punya keje, picahkan olang lakyat, tak mau lakyat besatu balu BN boleh control dan menculi wang lakyat...

Tahun besok luit buku teks BN tak kasi...
Tahun besok Matematik dan Sains Ujian dalam Inglish...
Tahun besok itu PLUS lagi mou naik halga...
Tahun besok itu minyak pun mou naik...

Wah lau eh latuk, ajar kita olang maciam mana mou hidup leh, wa ingat mou mati pun susah, mou hilup lagi ala susah...
Si liao lah...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).