A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan perkauman tidak akan disiarkan.]
UPDATE, 30 MAC
TENGKU Razaleigh Hamzah berucap. Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar dan kemudian mengulas.
Dua veteran politik tanah air yang pernah bermusuh hari ini berkongsi pentas di Universiti Malaya. Tengku Razaleigh memberi ceramah bertajuk “Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Merentas Sempatan Etnik” anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu.
Bekas Menteri Kewangan itu, antara lain, berhujah: “Memang bukan tugas kerajaan untuk berniaga. Tanggung jawab kerajaan, antara lain, adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, misalnya dengan mewujudkan keadaan yang boleh menarik pelabur asing untuk melabur di negara ini.
“Tetapi kerajaan yang dipilih oleh rakyat juga mempunyai tanggungjawab moral dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara dan maruah atau jati diri bangsa. Ini bererti bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bumi atau kawasan ekonomi kita ini tidak dijadikan milik ekonomi kuasa-kuasa asing sehingga kita nanti akan menjadi tawanan kuasa-kuasa ekonomi dan politik luar, dan rakyat yang memilih kerajaan itu seolah-olah menumpang di kawasan ekonomi milik asing di tanah air mereka sendiri.
“Saya kebetulan terbaca sebuah artikel yang tersiar di dalam sebuah akhbar di Bangkok sewaktu saya berada di sana baru-baru ini. Tajuknya ialah “From Money Politics to Moral Politics’. Menurut artikel itu, negara Thai sedang pulih daripada kerosakan politik wang atau rasuah politik pentadbiran Thaksin. Penulisnya berkata “While Thailand recovers from the excesses of the previous administration, our people need to be shown that modesty, honesty, hard work and moderation are the keys to a harmonious society”.
“Tun Razak cuba mewujudkan masyarakatnya yang harmonious itu, baik dari segi kemakmuran ekonominya, lebih-lebih lagi dari segi keharmonian etnik yang cuba dibina melalui dasar pelajaran, dasar pembangunan ekonomi dan dasar kebudayaan kebangsaan seperti yang telah kita jelaskan sebelum ini. Tetapi jika ‘kemajuan ekonomi’ atau pelaburan asing digalakkan oleh politik wang seperti yang berlaku di Thailand itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab moral politik untuk mencegah perkembangannya sebelum keharmonian masyarakat dan keselamatan negara ini tergugat.
“Kita tidak perlu takut kepada pelabur asing asal sahaja pelabur asing itu tidak dibiarkan menakluki kawasan kita seperti yang dilakukan oleh Israel yang menakluki kawasan Tebing Barat dan kawasan-kawasan lain Palestin melalui pencerobohan tentera. Pelaburan asing jangan dibiarkan berkembang menjadi penceroboh atau perampas ekonomi di negara ini.
“Yang kita khuatir ialah politik wang dan amalan rasuah yang datang dari dalam diri bangsa kita sendiri – bangsa kita yang berkuasa menentukan nasib bangsa dan negara menurut kehendak mereka (pihak yang memimpin) (dan) tidak menurut kehendak rakyat, sehingga anak cucu kita nanti tidak mempunyai apa-apa harta lagi untuk meneruskan kehidupan mereka di tanah air sendiri.”
Kebetulan Dr Mahathir juga bercakap panjang lebar mengenai bahawa memberi hak keluar-masuk tanpa pasport dan menjual hartanah kepada orang asing di dua kawasan khas di Johor dalam dialognya dengan ahli Umno dan penduduk Kulai Besar kelmarin (29 Mac).
ATAS nama globalisasi, perdagangan bebas, persaingan sihat dan survival, Singapura akan terus “mensabotaj” ekonomi Malaysia.
Ranting zaitun yang pemerintah kita hulurkan dengan begitu mesra kepada negara satu parti itu tidak bermakna; ibarat bertepuk sebelah tangan.
Beberapa hari sebelum kita menjadi tuan rumah Perlumbaan F1 di Sepang, Reuters melaporkan bahawa Jumaat ini Singapura akan mengumumkan bidanya untuk menjadi tuan rumah F1.
Apa akan terjadi kepada F1 Sepang?
Kalau kita masih ingat tindak tanduk Singapura ketika krisis matawang 1997, kita tidak boleh terlalu yakin dengan masa depan F1 Sepang.
Kini mereka bersaing dengan membuka kasino mereka sendiri dan mereka mungkin setuju projek kereta api laju YTL kerana mereka maju memajukan tanah Keretapi Tanah Melayu di bumi mereka.
Tatapi meraka tidak mahu berunding mengenai perjanjian air kerana perjanjian sekarang menguntungkan mereka. Mereka mendapat bekalan air murah daripada kita.
Adakah Ini balasan sebuah negara jiran yang kononnya sangat akrab dengan kita setelah pemerintah kita menjajikan kunci emas kepada mereka di bumi Johor dengan mewujudkan SJER?
Di mana maruah dan kebijaksanaan kita?
51 comments:
Sejak bila negara kita punyai maruah dan integriti dalam hubungan blateral dengan Singapura?
Datuk,
Saya tak mengerti kenapa pemimpin2 dan pegawai2 tinggi kita yang sering dilabel 'bijak pandai', yang belajar tinggi2 tidak nampak tipu helah singapura.
Setelah direnung habis2 kita tidak dapat lari dari membuat kesimpulan bahawa keputusan2 yang dibuat dan persetujuan2 yang dicapai hanyalah untuk kepentingan dan keuntungan peribadi yang terlibat sahaja, walau pun ia merugikan negara.
Saya tidak pernah merasa bahawa Singapura akan menghormati kita sepenuhnya...
Apa yg saya rasakan ialah, mereka akan sentiasa dihantui perasaan 'TERCABAR' dan 'TIDAK PUAS HATI' dengan apa yang dicapai Malaysia terutamanya sepanjang tempoh pemerintahan TDM yang secara jelas membuktikan bahawa Malaysia boleh bersaing dengan Singapura dalam pelbagai aspek walaupun tanpa kerjasama 'bijak pandai' daripada Singapura....
Saya hanya berharap agar pihak Kerajaan kita tidaklah mudah lena dibuai mimpi indah dengan merasa bangga bahawa kononnya 'hubungan dua hala' pada masa kini adalah amat positif dan menuju ke arah 'win-win situation.' Kononnyalah....
Di mana maruah dan kebijaksanaan kita?
Trillion ringgit question Datuk !!
Mungkin Al - Ghazalli saja tahu jawapannya.
alwaysomewhere
Datuk,
Bagaimana hubungan kita dengan Thailand, Filipina dan Indonesia. Adakah semuanya 'rosy' belaka?
Kenapa Singapura akhir2 ini di 'single out' sebagai musuh utama negara?
Semenjak bila kita ada 'upperhand' dalam sebarang bentuk rundingan dengan Singapura?
Setahu saya Malaysia dengan mudah diperkotak katek oleh Singapura sejak 'azali' lagi.
Dunia la ni memang macam tu tok. Apa nak heran, pembesar2 kita pun ada yang dok dengki dan sabotaj sesama sendiri. Ni nak kira 'kiasu' singapura.
Pada saya la tok, kita toksah nak kisahkan sangat pasai singapura tu. Ramai tau perihal suasana malaysia-singapura penuh kontroversi. baik batu putihnya, ayaq, jambatan bengkok (baru punya kes), tanah keretapi tanah melayu dan yang sewaktu dengannya lagi.
Depa tu bangsa phobia. Mana taknya, ada rumors cakap orang melayu singapura tak diberi bawak kapai terbang pejuang sebab takut nanti sabotaj singapura. Ada akai ka lagu tu?
Kalau betui la kan, memang depa sakit tok. Anak sendiri pun depa tinggi syak-wasangka, apatah lagi jiran-tetangga.
Masalahnya kita skang ni, pembesar kita yang buta hati tok. Rakyat pun sama buta hati (maap cakap) sebab pilih orang buta hati. Apa singapura buat, pembesar kita kata apa? "Cobaan!". Dah tergadai maruah, diperkotak-katikkan, diperbodohkan pun masih boleh gelak-tawa, senda-gurau macam tak dak apa yang berlaku. Salah kita la tok.
Jangan salahkan cikgu kalau anak-anak kita jadi jahat, tak dak akhlak.
What say you?
marn
Maruah dan kebijaksaan bukan dalam datangan kita, jika hubungan kita dengan Singapura menjadi kayuukurnya. Singapura sebuah negara bebas, boleh dan berani menentukan halatuju atau naik turun maruahnya. Apapun yang kita lakukan hari ini menjurus kepada kesejahteraan Singapura, seperti yang tersebut dalam senikata lagu kebangsaannya Majulah Singapura. Negara Ku? Akhir-akhir ini negara ku menjadi negara taraf kedua dalam saingan dengan kota singa yang terus maju! Kita boleh belajar dari pemimpin mereka kalau kita mahu. Pelajarannya mudah sahaja - AKU MAHU MAJU DAN TAK SIAPAPUN BOLEH MENGHALANGNYA! Kita terlalu mahu menjaga hati jiran, tetapi jiran sedikitpun tidak mengendahkan perasaan, malah sering pula menyakitkan hati. Kita hanya akan sedar bahawa kita dipermainkan atau dipergunakan apabila semuanya sudah terlambat!
A'kum datuk,
Pada pandangan saya kita tidak perlu merasa gusar dengan tindakan singapura kerana mereka bersaing secara sihat. Lagipun dalam bidang sukan permotoran ini saya merasakan kita telah pun ada headstart serta pengalaman yang tidak boleh dipandang rendah oleh mana-mana pihak. Berkat pandangan jauh TDM kita telah berjaya memberi penjenamaan global untuk petronas dan juga dalam bidang R&D sukan permotoran seperti F1 dan A1. Cuma kita tidak boleh alpa dengan kejayaan tersebut dan seterusnya memberikan tumpuan untuk meneruskan serta menambahbaik apa yang kita telah mulakan.
Datuk,
What would you do if you are the leader of Singapore? What would you do if you are at the other end in the case of the water agreement? Would you be so kind to let the other party to increase the price unconditionally?
I am not siding Singapore, but we have to be smart when entering into deals with Singapore or any other country for that matter. Mistakes done in the past are very difficult to correct. What more then the agreement is so tightly written in their favour? They don't put in there for nothing. It's just that when it was done, our side was not so careful.
But my take is that do not let this water agreement get into the way of development which is good for us.
Is the bullet train bad for Malaysia? If it is bad, then don't even talk about it. If it is good, why do we go against it? Just for the sake of anti Singapore?
Aku bukan budak jabi wrote,
Kebijaksanaan kita ada pada penasihat2 di tingkat empat JPM.Pak Lah pun bijakkk,bijaaakkk bijakkk...
Barisan kabinet terdiri dari kanak-kanak Nespray.
Singaporeans think of themselves almost to the exclusion of others, which is a good way to get ahead but not necessarily the best way to stay ahead.
Dato' AKJ,
Pada pandangan saya kita tak perlu mempedulikan lagi Singapura dan sepatutnya memulangkan paku buah keras seperti yang telah dilakukan oleh negara jiran kita Indonesia dan Thailand.
Indonesia melalui Presiden Susilo Bambang telah mengharamkan penjualan pasir kepada Singapura kerana Singapura telah menggunakan pasir tersebut bagi meluaskan wilayah mereka sehingga hampir dengan sempadan Indonesia.
Indonesia juga menuduh Singapura sengaja tidak menandatangani perjanjian ekstradisi yang menyebabkan wang berbilion dolar yang telah dibawa keluar oleh jutawan-jutawan Indonesia semasa krisis kewangan 1997-98 tidak dapat dibawa kembali ke Indonesia.
Thailand pula menuduh Singapura mengintip tindakan ketenteraannya dengan membeli Shin Satelite (ShinSat) daripada bekas PM Thaksin melalui Temasek Holding dan mendesak Singapura mengembalikan semula aset negaranya tersebut.
Malaysia sepatutnya mengambil langkah yang sama dimana projek kereta api laju KL-Singapura diubah kepada KL-Johor Bahru sahaja. Maksud saya perkhidmatan kereta api laju tersebut mestilah berakhir di Johor Bahru bagi melindungi pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Tetapi Sdr Roshatika, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia baru sahaja "menyetujui" cadangan Perlis Plantations Berhad (PPB) milik empayar Robert Kuok memindahkan permestautinannya dari Malaysia ke Singapura?
Kita hilang kawalan ke atas Pantai Holdings kepada Singapura tetapi pembesar kita berkata tiada syarikat Malaysia yang jatuk ke tangan asing.
Akhirnya duit rakyat yang diamanahkan kepada Khazanah Nasional terpaksa digunakan untuk menebus Pantai Holdings dengan premium.
Kita sudah dipukau oleh Singapura kerana pembesar kita terlalu asyik bermain golf, tepuk menepuk belakang dan makan serta minum dengan OBB Singapura.
Terima kasih
S'pore an island state needs to exploit all possibilities to survive.LKY knew right from the beginning that he must lead with an iron grip and be puritanical.S'pore leaders, past, present & futuire will ensure that Malaysia shall be at least 2 steps back but to treat Malaysian leaders as if they are at par.Malaysian leaders both political and in Govt services are not conscious of the fact that the S'poreans, whoever they're, have dual roles to play in their routine dealings with Malaysians, the overt and the covert. The survival interests of their nation is always uppermost. Malaysians on the other hand always with the apathetic and laissez-faire attitude. Personal weaknesses and inclinations of certain well known Malaysian leaders are known to S'pore and in all probabilties are directly or otherwise making use of such knowledge to their advantage.
Malaysia is a rich hinterland to S'pore and they would not want to spoil the advantages they're enjoying now. Our presnt leaders are too naive, plain stupid, corrupted or already caught in their trap. The SJER is a clear testimony that we're already log, stock and barrel in their hands.
If TDM were to be at the helm this debacle would not have happened as LKY always found him a tough adversary. It is indeed a very sad development and I pray to the Almighty that there most someone among the top in Govt who could visualize the terrible trouble Malaysia is already in. For the moment the marhaen of Malaysian society is not aware of the danger of the current so called developments plan - otherwise BN wll be facing a tough GE.
Orang yang tak corrupt sentiasa buat apa saja demi kepentingan negara dan rakyatnya. Orang yang corrupt sentiasa buat apa saja demi diri dan kroni at the expense of negaranya.
Bukan lah depa bersih sangat, itu saya tak percaya tapi jauh lebih bersih daripada kita.
Clean up, itu saja. Nampaknya, cleaning up akan menjadi tugas rakyat la kot?
Your piece is heavily biased against the Republic.
It does not make political or economic sense for Singapore to sabotage our economy.
Are you implying that this country is so weak and vulnerable that this small dot can sabotage our economy? What a preposterous assumption?
Any ASEAN member's success is dependent on and linked to the success of its neighbours.
We progress together. One weak member will also destablize the others.
Only a strong Malaysia and Indonesia will keep Singapore safe. And Singapore knows that.
The water agreement between Malaysia and Singapore is no different from the several agreements between our TOLL concessionaires and the government.
Unfair, maybe, but whose fault were those?
Why didn't we think far before signing the agreements?
If our governmentthinks it is not right to default on the agreements with the toll concessionaires, likewise it is unfair to default on the water aggreeemt, however one sided it may seem.
Come on sir, it was between a willing seller and a willing buyer.
Singapore smart
Malaysia not smart
I want to be with smart
but they don't want me
I m stuck with stupid
"One man alone can be pretty dumb sometimes, but for real bona fide stupidity, there ain't nothin' can beat teamwork. " -Edward Abbey
Yeah, teamwork of our beloved PM & his ministers - Hoooraayy!!!
Apa nak di kto lagi Datuk ! Ramai sangat pemimpin kita kena beli oleh Simgapore melalui proksi nya. Pada akhir2 ini pemimpin2 melayu terutama nya mengambil sikap berdiam diri terhadap isu2 yang membabitkan S'pura. Diam mungkin diarah diam oleh bos, atau diam kerna didiamkan oleh proksi dengan kepentingan kebendaan. Kalau dulu pemimpin2 yang sama melenting apabila berhadapan dengan S'pura.
Saya kira negara kita telah pun dijajah oleh singapura soon after the change of regime in Malaysia!
Pak Lah ingat dia boleh kawal singapura, tetapi dengan gaya kepimpinan dan ketokohan yang di tunjukkan selama ini, agaknya keadaan itu sudah terbalik . Kita sekarang seolah2 berada dibawah pengaruh Singapura!
Kita semua harus sedar situasi sekarang dan jangan hanya menjaga kepentingan peribadi sahaja, kerana anak cucu kita yang akan merana!
Singapore's greatest asset - stupid neighbours!
HGJ
datuk
singapura berbuat demikian demi survivalnya. terbukti dalam banyak hal, mereka telah outsmart kita.
kita pula, sudah beberapa kali terkena. masalahnya we never learn.
soal integriti tidak timbul bagi singapura kerana bagi mereka economic survival adalah segalanya.
anak malaysia
salam datuk
i feel that the government in their extended welcome of the foreign investors to our country ought to impose a condition that it should create local job pools and that locals be hired.
well and fine if u want to drop the 30% of the required shareholding that benefits a few - but what about local/rakyat's job ? don't tell me that they have to take in cheaper migrant labours as well to substitute local workforce ?
dear truth,
too many assumptions is dangerous
inferiority complex is a precursor for defeat
have a nice and productive day
Salam
Pada saya turning point kita mengalahkan singapore mengunakan kebijaksanaan (bukan kekerasan) ialah pembinaan jambatan bengkok.
TDM memang sengaja mengumpan singpore mengeluarkan surat supaya tidak mengendahkan Mlaysia membina jambatan disebelah Malaysia.
Kenapa turning point?
Sebab bayangkan kesan lalun tersebut kpd sektor perkapalan/perdagangan singapore?. Dgn segala sumber teknologi..anugerah alam semulajadi..Malaysia akan bila2 masa mengalahkan singapore melalui pembinaan jambatan tersebut.
Dan..disinilah tawar menawar boleh dilakukan dgn singapore. Umpamakan jambatan tersebut sabagai buah gundu ditangan kita, ..kita boleh m"memaksa" singpore menyelesaikan isu2 tertangguh ..soal harga air, tanah ktm, EPF dll.
tapi malangnya kita pula yg tolong mempertahankan singpore seolah-olah kita adalah warganegara singapore!!!..kesal..sungguh kesal!!!
We Penang Malays could not give a hoot if WPI takes off or not and if the DEB applies or not.
DEB apa?
Datuk Kadir:
I am going re-publish this article in my www.kuda-pnang.blogspot.com and www.mayaputera.blogspot.com. In return, here is my puisi about what is happning in IDR:
Gelora Jiwa Duka Nan Lara
Para Pejuang Hujung Benua
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Satria Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
pulihkanlah segera
pulihkanlah segera
semangat juang dan daya tempur
para pejuang di hujung benua
yang kini lara diselubung gerhana.
didihkanlah darah mereka
kerana titi gantian tambak nan usang
tersirat manfaat strategik impaknya
dengan hanya seklip mata
hilang bayang dari pandangan.
bakarkanlah jiwa mereka
bila gelanggang yang indah perkasa
kilat kilaunya memanah jiwa
kilat kilaunya menggetar dada
indah kabar dari rupanya
belanda bertandang atas undangan
naga menggila atas undangan
pribumi pula kehilangan nama.
semarakkanlah tekad mereka
demi saudagar di hujung tanjung
kera di hutan disusu-susukan
ayam di kepok mati kelaparan
itik di air mati kehausan
sorak Pak kadok derai berderai
Pandir sasau dan mondar-mandir
makhota warisan jatuh berderai
bumi pusaka lenyap daulatnya.
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
inikah awal inikah mulanya
kepupusan Bangsa bernama Melayu?
inilah awal inikah mulanya
daulat bangsa tekulai layu?
inikah awal inikah mulanya
airmata darah melimpah ruah
bumi dipijak
jadi kota si dagang luar?
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
bila dagang datang bertandang
bila naga mula menendang
pribumi kecundang di luar gelanggang
lembing si Awang pulang ke Dayang.
pulikahlah segera perjuangan bangsa
pulihkanlah segera perjuangan bangsa
para pejuang di hujung benua
mahu pulang ke medan tempur
merampas gelanggang kota si dagang
menebus bumi dan tanah ini
walaupun kami
tenggelam
karam
tersungkur
mati
di laut api!
Ruhanie Ahmad
22 Mac 2007
Dato',
Boleh tolong kupaskan apa faedah (ekonomi) WPI ini pada kita? Saya susah nak paham faedah dia. Faedah politik memang tak ada rasanya, kalau ada tolong huraikan sekali.
Dato',
Gelagat yang ditampilkan oleh Singapura mencerminkan simptom negara tersepit dalam ketidaktentuan.Walau kaya, tapi kerdil.Walau maju, dikelilingi negara bermasalah. Silap langkah, lupus nanti. Air minum pun tak cukup.
Hakikat yang didepani pulau ini sebenarnya menggugat kewujudannya dalam jangka masa panjang. Maka tidak menghairankan jika mereka sering mendahului rakan dan pesaing agar ekonomi kukuh untuk menampung kos kerapuhan kedudukan sekuritinya dirantau ini.Rakan kaya - sudahlah jauh, entah setia entah tidak.
Kita sebagai jiran - nak kata gagah tidak semana. Tapi, mungkin bersaing adalah forte kita. Kita sepatutnya mengambil langkah lebih terkehadapan untuk menyaingi orang sebelah yang sentiasa bermain lumba-lumba ini...
Salam Dato'.
Kedudukan nya macam ni: bayangkan bila ytl atau genting bincang dgn singapura...sesama kaum
bayangkan pula bila pegawai2 kerajaan kita jumpa singapura - lain2 kaum - mesti ada batasan kan? lalu jom pergi makan, minum, main golf - keputusan lebih kurang tak apalah, sudah kenyang apa...bah!
Pak Kadiaq,
Singapura and Israel are in a similar situation. They thrive on their luxury of having an incompetent neighbouring governments, period. Perhaps of a different scale but then the end game is the same.
Unlike the Israelis, the Singaporeans do not have to march into our country with their assault rifles, rpg or any hardstuffs, sufficient with an intelligent mind to squander our ever-tolerating government in a so-called neighbourliness "tolak ansur" policy in which the way i see it was simply "depa dok tolak, kita dok ansoq-ansoq pi...".
ALLAH saves Malaysians lah...
zaki tok tom
anakbukit, alor setar, kedah
Sdr Sdri para pembahas dan pelawat yang dihormati,
Pohon ampun dan maaf. Ada pembahas yang seolah-olah berpendapat saya terpengaruh dengan teori persekongkolan – conspiracy theory. Kata mereka Singapura tidak bersekongkol untuk melemahkan atau menguasai Malaysia. Saya mengatakan bahawa melemahkan lawan atau saingan adalah amalan biasa politik antarabangsa.
Saya tidak kecil hati kalau ada pembahas yang menuduh saya menderita ketakutan atau phobia.
Tetapi mari kita fikirkan situasi berikut. Seorang pembesar asing datang ke negara kita secara peribadi – private. Dia tinggal di sebuah hotel, makan dan minum di sebuah restoran dan berdansa di sebuah disko.
Adakah masuk akal kalau agensi perisikan dan keselamatan kita tidak tahu kehadirannya? Tentulah tidak masuk akal melainkan agensi perisikan dan keselamatan kita begitu hambar.
Kita berdoa mereka tahu. Kalau mereka tahu, apakah yang mereka buat? Tentulah mereka membayangi (shadow) pembesar asing itu. Mereka awasi pergerakannya. Dalam bahasa yang mudah, mereka intip.
Itu negara kita yang sebenarnya agak leka dan sambil lewa dalam hal pengintipan (espionage) dan peras ugut politik (political blackmail). Apa halnya dengan negara-negara yang terkenal dengan espionage seperti Israel, Singapura dan Amerika Syarikat?
Mereka tentulah tak lepas peluang bila ada pembesar atau VIP asing datang ke wilayah mereka sama ada secara rasmi atau peribadi.
Kalau kita baca laman web Kedutaan Israel di Singapura, kita boleh tahu semua perjanjian dan berbagai bentuk kerjasama yang wujud antara negara itu dengan Singapura. Yang tak dinyatakan hanyalah kerjasama ketenteraan. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD) dikatakan klon kepada agensi perisikan Israel, Mossad. Hatta agensi perisikan pusat Amerika (CIA) sendiri mengakui keberkesanan dan kekejaman (ruthlessness) Mossad.
Dan bukanlah perkara asing atau tidak diketahui umum bahawa banyak pembesar Malaysia dari kalangan politik, pentadbiran dan korporat kerap membuat kunjungan peribadi ke Singapura untuk beristirahat!
Apakah ISD akan melepaskan peluang mewujudkan dossier (fail sulit) mengenai kegiatan mereka di Singapura? Manalah tahu kegiatan mereka boleh membahayakan keselamatan Singapura!
Bila syarikat Singapura Parkway Holdings membeli dan menguasai Pantai Holdings Berhad, ratusan ribu fail kesihatan yang pastinya mengandungi butir-butir peribadi terdedah kepada perlombongan maklumat oleh agensi-agensi perisikan, keselamatan, penyelidikan dan propaganda Singapura.
Konspirasi, pengintipan dan sabotaj adalah komponen penting percaturan dan permainan politik antarabangsa. Dalam suasana aman, kegiatan konspirasi, pengintipan dan sabotaj akan lebih tertumpu kepada bidang politik dan ekonomi.
Terima kasih.
salaam tok,
seharusnya kami poskan mesej di sini, tetapi oleh kerana dah diposkan di kuda kepang tok ron, kami letak pautannya sahajalah di sini.
terima kasih tok.
Mohon maaf kepada "saya yang bebal" kerana tidak menyiarkan komennya.
Saranan saudara bagi menyelesaikan masalah negara adalah dengan menggantikan penerajunya.
Saudara berkata dengan itu "gerenti" masakah kita dapat diatasi.
Dalam politik tiada apa yang terjamin 100 peratus. Peneraju boleh di"hijack" kalau dia lemah, tidak berhemah atau alpa.
Hatta Tun Dr Mahathir pun ada kalanya terleka dan alpa.
Sekarang dia turut menderita balasan kealpaan dan kelekaannya.
Terima kasih.
Hari ini pukul 4 pagi saya berjalan pulang dari kastam singapura melalui tambak johor kerana passport emergency saya tidak termasuk singapura sebagai destinasinya. Tidak menjadi massaalah kerana ianya bukan salah imigresen sana dan saya memang teringin berjalan atas tambak berkenaan. Di pagi hari dengan bulang mengambang penuh sepatutnya menjadi menarik namun apabila bau busuk dari air selat tebrau serta saya lihat bertapa likatnya air selat maka sedarlah saya bahawa kerajaan kita sekarang telah membuat satu keputusan yang cemerlang, gemilang & terbilang. Namun saya pasti slogan itu pasti bukan ditujukan kepada kita.
Singapore could be confirmed as an F1 venue for the 2008 season as early as next week, according to a daily newspaper in the island republic.
Quoting a source close to negotiations, the Today tabloid claimed that Lion City would host the race either in April or August next year.
"I can confirm that Singapore is on the calendar next year and it could either be the third race of the season, or towards the end of the season in August," said the source, who spoke on condition of anonymity.
An update on the event could be made next week when the Committee of Supply debate on the budget for the Ministry of Trade and Industry, which oversees Singapore's new tourism initiatives, is held in parliament.
Reports in January suggested that the island republic were in advanced negotiations to host a night race on a street circuit in downtown Singapore.
Malaysia, Bahrain, China and Japan are scheduled to host races on the 2007 F1 calendar, while Abu Dhabi will be added in 2009 and Korea in 2010.
http://216.109.125.130/search/cache?p=F1+singapore&ei=UTF-8&fr=ush-news&x=wrt&u=msn.foxsports.com/motor/story/6524520&w=f1+singapore&d=A_CLqRIeOZdq&icp=1&.intl=us
Datuk
Salaam
[Just having too much time on a rainy day ]:)
What can IDR offer investors?
Our resources
We offer relatively low cost to do business
We are pro business
Investor friendly regulatory environment
Excellent connection within the region
Consistently strong economic outlook
Easy access to regional markets
Growing tourist destination
Cosmopolitan living and working environment
Land of parks and gardens
http://sjer.com.my/
Physical Development Strategies
Bay of Johor BahruSJER area covers 221,634.1 hectares (2,216.3 sq. km) of land area within the southern most part of Johor. The development region encompasses an area about 2 times the size of Singapore and 48 times the size of Putrajaya. SJER covers the entire district of Johor Bahru (including the island within the district), Mukim Jerang Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat, and Kukup Island in Mukim Ayer Masin, all within the district of Pontian.
The Planning Area falls under the jurisdiction of five local planning authorities, namely: Majlis Bandaraya Johor Bahru (Johor Bahru City Council). Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (Johor Bahru Tengah Municipal Council). Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (Pasir Gudang Local Authority). Majlis Perbandaran Kulai (Kulai Municipal Council). Majlis Daerah Pontian (Pontian District Council)
Five Flagship Zones are proposed as key focal points for developments in the SJER. Four of the focal points will be located in the Nusajaya-Johor Bahru-Pasir Gudang corridor also known as the Special Economic Corridor (SEC) The flagship zones listed below are envisaged to both strengthen further existing economic clusters as well as to diversify and develop targeted growth factors
Economic Development Strategies
The two main economic growth sectors in SJER currently are manufacturing and services.
The key sectors in the manufacturing sector that drives the SJER economy are electrical and electronic (E&E), chemical and chemical products (petrochemical, plastics, oleo chemicals) and food processing sub-sectors. They contribute 60% of the total value-added in manufacturing.
These key sectors lead to the emergence of supporting or induced sectors such as retail, wholesale, hotels, restaurants and finance. In manufacturing, the induced sectors include fabricated metal products, non-metallic products and transportation equipment.
Future Growth Senario, 2005-2025
The future scenario for SJER should include:
A well developed, internationally and internally integrated, strong and efficient logistic system giving it a high level of national and international accessibility and internal mobility,
A strong base for vertically and horizontally integrated dynamic manufacturing and service clusters. With well developed external linkages to major regional and global development nodes.
A sizeable foreign residents (about 12-15%) with high skills and income would render viable the various international class social and educational, health, recreational and other facilities that are necessary for an international class ‘life style’ which is vital to attract and retain the inflow of international investment and highly skilled managerial and professional workforce.
http://en.wikipedia.org/wiki/South_Johor_Economic_Region
assalamualaikum Dato'
saya rasa kita telah memperbesarkan isu singapura ini dengan melihat isu ini dari luar. saya rasa kita seharusnya melihat isu ini dari dalam dan apa yang dato katakan sangat relevan dalam konteks persediaan kita untuk berhadapan bukan sahaja dengan singapura tetapi juga dengan 'kuasa-kuasa' lain. Jikalau so called cerdik pandai dan pembesar kita sendiri tidak mapu untuk mempunyai walaupun keyakinan untuk berhadapan dengan singapura maka negara yang kita bina maruahnya ini akan sudah tentu tergadai. Malangnya dalam keadaan sociopolitik semasa ini apa yang dihujahkan oleh pembesar amat jarang sekali (a moderate word) mencerminkan kehemdak dan aspirasi rakyat baik dari sehi hubungan kita dengan luar mahupun persepsi tentang projek mega yang dijalankan. Bukabkah ini menunjukkan tanda-tanda awal sebagai a disfunctional state. Persoalannya kemanakan kita dalam konteks pembangunan dalaman dan juga juga hubungan luar kita. Janganlah kita biarkan si Luncai terjun dengan labunya kerana kita juga yang akan tenggelam nanti bersamanya.
sekian
Sdr Orangpulau, antara lain, berkata:
"Janganlah kita biarkan si Luncai terjun dengan labunya kerana kita juga yang akan tenggelam nanti bersamanya."
Reaksi saya ialah apatah lagi jika Si Luncai sudah dipilih atau dilantik untuk memimpin ummah.
Terima kasih.
Salam.
Datuk dah liohat graf statistik perolehan scomi?. 2001 dan 2002..graftnya mendatar sahaja tetapi bermula tahun 2003 hingga kini grafnya menyaksikan corak 45 darjah!!!..hebat datuk....
ps: Dah terang lagi bersuluh!!!
Saya rasa datuk telah meneliti kenyataan YB Shahrir mengenai jawapan pada persoaalan TDM semasa di Kulai tempoh hari. Antara yang di perkatakan :
Shahrir noted that Kedahan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary had control over much of the logistic hubs in the IDR with his ownership of the Johor Port, Senai airport and 70% of Port of Tanjung Pelepas (PTP).
“Maybe its true that we are weak (Johorean) and since he (Dr Mahathir) is Kedahan, maybe that is why he decided to give the ports to a Kedahan.
Now Datuk , YB JB ni bukan benci TDM saja, now he hate people like you and me .. Kedahan .. sebabnya kita senegeri dengan TDM.
YB ni jadi ahli MT pun sebab dapat undi Kedah juga .. but then again .. undi Kedah murah .. for a few hundred they will dump their fomer boss yang begitu berjasa
alwayssomewhere
Datuk,
I too was at UM and my observation on Dr M and Ku Li is whatever faults and fallout these two leaders may have had in the past, the fact remains that they are/were leaders in their own right. Both stood their ground in making decisions and lived through the successes or failures of their actions/decisions.
It was quite nostalgic for me looking at Dr M and Ku Li. I regard both as true leaders and I miss Malaysia having true/good leaders with the qualities that a leader should have, charismatic, confident and brave.
How did Malaysia ever get into this state, bereft of able and capable leadership...my apologies for using this space for something quite unrelated to your original posting...
Sdr Truth,
Terima kasih kerana mengingatkan kita mengenai asal usul Datuk Shahrir Samad.
Saya sendiri sudah lupa yang beliau ini asal usulnya Pahang.
Bagi saya negeri tidak penting. Yang penting apa dalam kepala anak negeri itu.
Malangnya semakin dewasa kita sebagai negara merdeka (50 tahun), semakian kenegerian dan semakin sempit pemikiran kita.
Saya masih ingat kepada waktu apabila negeri tidak begitu utama dalam perkiraan kita. Yang penting sumbangan.
Malah sebagai (bekas) orang Kedah, saya bangga Almarhum Tan Sri Fatimah, orang Johor, bertanding dan jadi MP di Kedah. Suaminya Tan Sri Abdul Kadir Yusof waktu itu LA Kedah.
Kalau kita makan cakap Shahrir, susahlah usahawan kita, tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban nak cari makan sebab kena cari makan di negeri lahir mereka saja.
Eh, Shahrir berniaga di mana ya?
Datuk
Salaam
Di angin lalu
ku terdengar berita
keAdil masuk barisan
Mengapa, oh mengapa
Apakah ada kebenarannya Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak akan menyetujui kemasukan keAdilan dalam Barisan Nasional?
Kenapa?
Datuk,
persoalannya ialah bukan sahaja kita mempunyai siluncai yang rasa labunya besar untuk diterjun tetapi juga orang keliling dan ummah itu sendiri yang mengiyakan, menyokong dan membenarkan ia terjun. Persoalannya ialh dimanakah cerdik pandai (hulubalang) yang mahu menegur kalaupun tidak melawan atau menentang pembesar (siluncai)di negara kita yang bertuah ini. Ambil sahaja jawapan Shahrir samad di dalam mainstream newspaper (jika benar apa yang saya baca dalam laman web akhbar tersebut) terhadap teguran Tun Mahathir dalam isu Melayu dan projek Iskandar. Hulubalang beginikah yang hendak menegur pembesar dengan idea yang cetek dan dan bersifat peribadi. Singapura akan tetap singapura dan letaknya alan disitulah dan caranya begitulah untuk memastikan survivalnya. Persoalannya ialah bagaimana kita hendak menangani hal ini. Sebagai generasi muda saya melihat hulubalang pembesar dan si Luncai ini bersilih ganti tetapi kita ummah ini juga tidak berubah. Jadi datuk adakah kita rakyat malaysia amnya dan Melyu khas ini terlalu passive sehingga kita masih lagi terbatas perubahanya kepada perubahan yang dibawa oleh individu (si luncai) atupun kita sendiri yang boleh menentukan bentuk pembesar kita? Sebagai satu ummah kita seharusnya berani sekurang-kurangnya untuk berkata secara individu ataupun kolektif bahawa wahai siluncai jangan terjun kerana yang lemas juga aku bukan kamu, bukan begitu yang bagusnya.
salam dari Cairo
Sdr Truth yang dihotmati,
Terima kasih atas ulasan mengenai regu Tun Musa Hitam-DS Abdullah Badawi. Saya mohon maaf tidak dapat menyiarkan komen Tuan. Saya rasa tidak elok kita menanggil atau menggelar sesiapa pun “dumb” (bodoh) atau badut.
Namun saya setuju bahawa tindak tanduk Musa dalam menyokong tindak tanduk Perdana Menteri pada akhir-akhir in agak luar biasa – bizarre. Namun kita harus ingat Musa yang sudah tercicir diberi nafas baru oleh Abdullah.
Pun begitu orang yang mengenali Musa dengan rapat tahu bahawa Musa craves to be known as a liberal. He sees himself as liberal and pragmatist. Sebagai orang liberal, komitmen Musa kepada semua isu pokok, termasuk bangsa dan ekonomi, dipengaruhi oleh liberalismenya.
Saya tidak hairan kalau Musa dilihat mengkhianati sesuatu yang emosional bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia kerana bagi beliau menjadi seorang yang konon berpandangan bebas, luas dan lepas adalah lebih utama.
Malangnya tidak semua orang Melayu, khasnya dalam Umno, dan rakyat Malaysia amnya could see through this “great international liberal.” Kerana seorang liberal kerap mengubah cakapnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, maka dia kerap kali nampak seperti seorang hipokrit.
Dan kepada Sdr Orangpulau, harapan orang Melayu dan rakyat Malaysia adalah kepada orang terpelajar seperti saudara.
Saya berandaian Sdr di Mesir belajar. Atau Sdr mungkin seorang saudagar atau diplomat. Si Luncai ada di mana-mana. Dalam sistem demokrasi berpilihan raya, kita yang tersilap memilih mereka.
Terima kasih.
Datuk
cabaran kita semua adalah bagaimana untuk kita berdepan dengan pemimpin yang berfikiran seperti Tun Musa dalam konteks hari ini. Benar seperti yang Datuk katakan bahawa beliau itu terkenal sebagai yang liberal dan pragmatist (yang pada pendapat saya lebih kepada self=proclaimed dan seasonal type-sekali air pasang sekali pantai berubah). Apa yang merisaukan saya adalah pemikiran seperti beliau ini. Terdapat pemimpin muda yang bercakap tentang DEB dan Ketuanan Melayu katanya tetapi tidak faham apakah erti Perjuangan Melayu. Di atas nama globalisasi melayu itu dipinggirkan atas dasar survival katanya, sejauhmana kebenaran itu perlu diperbahaskan. Lihat saja hulubalang muda dalam UMNO yang pernah berkata dalam temubualnya dengan sebuah akhbar mainstream baawa 'saya tidak akan menyokong pandangan Dr. Mahathir kerana dia tidak lagi Perdana Menteri Malaysia". Bagi saya pemikiran seperti ini di campur pula dengan liberal dan pragmatik pemikiran seperti Tun Musa ini, kemana kah arahnya kita (jika kita melihat aras pemikiran pembesar dan hulubalang kerajaan sekarang ini). Sebab itulah kita lihat kebanyakkan hulubalang dan pembesar Melayu ini bercakap dua bahasa satu untuk rakyat jelata dan satu ketika bersama golongan mereka (Kadang-kadang terkeluar juga kepada rakyat jelata gambaran sebenarnya seperti yang berlaku kepada Tun Musa). Orang Melayu sesungguhnya tersepit ketika ini. Walaupun terdapat kelemahan beliau sebagai pemimpin Tun Mahathir sehingga kini menunjukkan consistencynya sebagai seorang yang sentaiasa menongkah arus. I don't think it is an exaggeration to say that the Malay at this particular moments is very much LEADERLESS, what do you think?
Saya diCairo bukan sebagai Diplomat (golongan hulubalang jugak ni)sekadar tetapi sebagai pelajar untuk tiga minggu sahaja insya Allah dua minggu lagi kita boleh bersama menghirup Teh Tarik di Raju PJ.
Sang singa pura-pura sakit perut kelaparan
rusa-rusa ketakutan bertempiaran Sang Kancil lari mencari perlindungan
Haiwan dianugerah kelebihan guna naluri deria rasa
Sang harimau dikalahkan oleh Sang Kancil yang bijaksana
apatah lagi tamak haloba Singapura
yang durjana
seperti Hang Tuah kata, "Tak kan hilang Melayu di dunia..."
KERIS WARISAN
Pada hemat saya Datuk, sejarah silam Kerajaan Siam yang tak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa asing tampak gagah perkasa bertapak dan bertaring semula ala raja bersiong tatkala sandiwara petualang bangsa Thai, Thaksin Shinawatra, dibongkar rahsia oleh rakyat jelata dibawah naungan budi bicara kedaulatan raja yang bijaksana berpaksikan keberanian tentera wira perkasa pejuang bangsa, negara dan agama (Jeneral Islam yang pertama dalam tampuk pemerintahan majoriti Buddha)...
"I don't think it is an exaggeration to say that the Malay at this particular moments is very much LEADERLESS, what do you think?"
-Sdr Orangpulau
Abdullah itu hanya Perdana Menteri.
TunMahathir dan yang lainnya saperti dia masih ada.
Terpulanglah diri kita sendiri yang mahu memilih Pemimpin.
TunMahathir is still an UMNO member (ahli 0000001, I think)
Yang mahu menegur eloklah bukan baghal kurus macam saya. Masih belum nampak yang lain yang boleh tegur dengan berkesan 'pucuk pimpinan' kerajaan sekarang.
Sharir Samad biar dia kena hantuk, terajang, tempeleng. Dalam cerita Cina Hero Kung fu pun ada kalanya kena bantai.
Robert Kuok pindah niaga ke Singapura? Apa pula dengan khazanah melabur duit kita diluar negera bagaikan anak kera disusukan anak sendiri dibiar kelaparan. Sudah menjadi amalan competiting nations merancangkan 'actions' untuk mempertingkat surivability sesebuah negara. malaysia harus mempertingkat kan daya business savvy-ness dengan Singapura. Untuk mengurangkan air mengalir ke sungai kita hanya perlu memperittingkatkan pembangunan di kawasan hilir sungai dgn membotakkan hutan dan menaikkan bangunan2.
IDR will be just like Naypyidaw, moment of truth will come let us see how good our teams is.
Just wonder Datuk, some guys said that we are openning doors to foreigners, and that when we open the door, we let them choose who they like best. If they like the Malay, well and good, if they don't and they like the Chinese, well and good too.But, the planners in IDR who they proposed the foreingner to choose?. The Malay, The Chinese or who.
Another point, I kesian betul dengan orang kita ni, keras tapi lembut, bila lembut jadi keras, tak tau lah, bila lah nak hidup senang sikit. Asek syok sendiri je semenjak 3 tahun ni.
Post a Comment