Tuesday, September 25, 2007

Tun Terus Bersama Kita

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SELEPAS berbuka puasa tadi, seorang pensyarah muda Universiti Malaya membuat panggilan telefon kepada saya. Suaranya cemas dan tersekat-sekat. Dia kesebakan.

Antara berani dan takut, dia meminta pengesahan tentang khabar angin yang kencang bertiup mengenai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dia tidak keseorangan termakan khabar buruk yang dibawa angin itu. Saya juga menerima panggilan daripada wartawan TV3, akhbar The Star dan beberapa orang rakan blogger.

Khabar angin itu tidak benar. Alhamdulillah, Tun terus bersama kita dan mencatatkan kemajuan di dalam parameter rawatannya setelah menjalani pembedahan kedua dua malam lalu.

Saya baru pulang dari Institut Jantung Negara di mana beliau dirawat. Dari mulut anak lelakinya, Datuk Mokhzani dan Datuk Mukhriz, Tun dalam keadaan stabil dan sedarkan diri. Kalau dia tidak sedarkan diri, itu disengajakan untuk memudahkan rawatan.

Ketika saya di sana, turut mengunjungi keluarga Tun adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zul Hasnan Rafique, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaaffar dan bekas Pengarang Kumpulan NST, blogger Datuk Ahmad A Talib aka Pahit Manis.

Kita terus berdoa agar orang tua kita bernama Mahathir bin Mohamad pulih dan sihat seperti sedia kala. Itulah harapan dan doa kita.

31 comments:

Anonymous said...

1.42 am. Just back from a house call. On my way driving home ,my mind seems to focus on TUN condition at IJN.

He is very determined , very focussed, believer, and strong man physically and mentally. Allah will bless him and us, he will pull through this Insyallah.

Ameen.

drmuzi

Jamil Ali said...

Sepuluh jari kami tadahkan bagi mendoakan supaya Tun Dr. Mahathir kembali sihat sediakala hendaknya. Kepadamu kami memohon ya allah..

Ameen..

lelamanja said...

Dato,

Belum pernah sehari saya tidak mendoakan yang terbaik buat Tun.
Belum pernah sehari saya tidak mendoakan beliau segera sembuh.
Belum pernah sehari saya tidak mendoakan beliau kembali menjalani kehidupan biasa.
Dan kita semua tahu kekuatan serta iltizam seorang pemimpin bernama Mahathir bin Mohamad.
Jika kita benar menyayanginya, marilah kita meneruskan perjuangannya.
Sesungguhnya Allah SWT Lebih Mengetahui.

abghalim said...

Aku terbaca dalam NST muka 3 disudut kiri yang amat kerdil.

TUN
Kami bersama-sama berdoa untuk mu
Mudah-mudahan berkat ramadhan
Doakan padamu ketika Sahur
Doakan padamu ketika solat
Doakan padamu ketika berbuka
Daakan padamu sesudah terawih dan witir
Doakan padamu setiap sedutan dan hembusan nafas kami ini

Semoga Allah memberkatimu selalu..amiin

langit biru said...

Saya juga termakan khabar angin! Alhamdulillah, semoga Tun cepat sembuh

Anonymous said...

---Lagu Kempen Rasa Sayang Malaysia---
Maaf, ini diluar subject.
Saya nak hantar email, tetapi tidak ada ditulis kat website.
Ada persoalan kecil yang ingin saya share dengan Tuan, ialah pasal kempen Rasa Sayang Malaysia.
Persoalannya adalah lagu yang digunakan adalah lagu daripada Maluku, Indonesia.
Banyak diskusi dan blog di Indonesia memulai memasalahkannya.
Mungkin Tuan boleh mengangkat masalah ini, jika relevan dengan blog Tuan.
Terima kasih
Vito
Indonesia

fendy_ahmad said...

Tun Dr Mahathir yang selamanya sebati di dalam jiwa saya sebagai ' My Dato' Seri, FOREVER ! '

Dr M, doa saya tak pernah lekang padamu..

Apa jua ketentuan Ilahi, semangat serta ideologimu akan terus sebati dan akan saya turunkan pada generasi mendatang....

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.Bhg. Datuk,

Dibesarkan pada zaman Y.Bhg.Tun, merasai nikmat semasanya tetapi tidak pernah lupa akan KURNIAAN ALLAH s.wt kepada kita seorang pemimpin yang boleh berada di mana-mana dalam gayanya yang penuh bersahaja.
Apabila mendengar cerita mengenai keadaan Tun maka.....hanya kepadaNYA jualah kita berharap. Dipihak kita, kita tetap yakin dengan orang tua yang bernama Mahathir, mendambakan masalah jantungnya hanya kepada tangan-tangan beurat Melayu sudah cukup sebagai KPI untuk meletakkan bahawa beliau adalah YANG TERISTIMEWA.

Moga pada bulan yang mulia ini Allah s.w.t akan mempercepatkan Y.Bhg Tun sembuh agar dapatlah hendaknya beliau beraya bersama keluarganya yang tercinta , Amin.

Abdul Manan said...

Kalau kamu pergi,
Dan pergi mu itu kehendak Allah,
Maka... Pergilah.

Tapi, Kalau kehendakku,
Jangan pergi dulu, Tun.

Aku tentu akan kehilangan dengan ketiada'an mu.

Moga Allah panjangkan umurnya.

lan's said...

Semoga allah memberikan kekuatan kepada Tun.

Moga-moga sihat cepat, dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa...

Selamat Cepat Sembuh dari Saya dan Keluarga..

da real deal said...

Dato'

Kita sentiasa berdoakan Ayahanda kita itu. Malah sembahyang hajat pun kita anjurkan di surau kampong2 kita. Tetapi agak sedih dan hiba apabila kita membaca anak perempuannya mengadakan sembahyang antara agama ini untuk beliau.

Perkara ini mungkin di mata sosial adalah baik tetapi dalam agama Islam tidak boleh terima kerana although other religions are tolerated in this country, Gods other than Allah cannot be recognized and acknowledged.

Kami faham jika agama lain juga mahu doakan Tun tetapi mereka boleh dipersilakan berbuat demikian di dalam gereja atau kuil masing2, dan bukan cara begini.

I know you are close to Tun's family and perhaps because of that feel compelled to issue a response in the woman's defence, but I urge you to look at it from the Muslim point of view.

Those kampong folks who are not Muslim extremists but pray everynight for Tun are taken aback by the news of this multifaith prayers organized by his daughter apparently on the request of heads of the various religous bodies(perhaps they all dreamt the same dream one night and called her all at once the next day).

There is only one God, Allah, and Muhammad is his messenger. Let us pray to Allah and not make a circus out of Tun's illness. May Allah curse the heretics but save our dear Tun Dr Mahathir.

morkymoqq said...

Salams Datuk,
sesungguhnya khabar2 angin yang tersebar mengatakan Tun meninggalkan kita sedikitpun tidak pernah mematahkan prinsip saya untuk terus mendokong perjuangan Tun. Ada dan tiada adalah kerja Tuhan, sebagai manusia marilah kita terus berdoa agar TDM terus sihat dan dpt berbakti kepada negara hingga hembusan nafasnya yg terakhir. TDM amat sukar dicari ganti, pada saat ketika ini, ketika TDM berjuang untuk terus hidup... barulah kita dapat merasai betapa besar ertinya perjuangan beliau kepada nusa, bangsa dan negara. Semoga TDM terus berjuang utk kesihatannya. Doa kami iringi perjuangannya. Amin

A KADIR JASIN said...

Sdr The Real Deal, among other things, said:

"I know you are close to Tun's family and perhaps because of that feel compelled to issue a response in the woman's defence, but I urge you to look at it from the Muslim point of view."

Let me make it very very clear that I said absolutely nothing about that event, not here not anywhere.

To others, thank you for continuing to pray for Tun.

Thank you.

da real deal said...

Dear Datuk,

Point taken. I was merely pre-empting. Forgive me and thank you for allowing me to air the grievance on behalf of many.

We shall continue to pray for him because, "Perjuangannya masih belum selesai".

ahiruDin aTTan said...

Scribe, sama2 kita doakan the best for Tun. Please permit me to respond to Sdr de real deal mengenai multi-faith doa selamat yang diadakan di Blog House recently.

Bro drd,

Malaysia is a multi-religious country. In any housing estate, there are mosques, temples and churches. Sometimes the church is just a few metres away from the mosque or the temple. By allowing a temple to be built just next door from where I live does not mean that I believe in what the my Hindu neighbour believe in. And the Christian who lives across the same row as the surau at my place certainly does not pray other than to his God.

But as Malaysians and as neighbours we respect one another's faith. It is a key to harmonious co-existence, to goodwill, to greater understanding.

The multi-faith doa selamat event is similar to that. The Muslims asked for the best for Tun only from Allah. Our prayers were led by the Imam as others sat and waited outside the Blog House. Only when the Muslims have performed their prayers did the others begin their respective "doas".

The event invoked names of God but as Muslims, we believe in one. For you to doubt Marina's faith and sincerity is to claim that you have some sort of divine powers to see what others can't or, worse, what is not there in the first place.

judge of the day said...

Semoga YABhg Tun sentiasa dilimpahi rahmatNya dan sembuhkannya dari segala penyakit.

AbGJaS said...

Salam Dato,
Izinkan saya mencelah, ayat Qur'an yg sekira2 bermaksud 'bagi mu agama kamu, dan bagi ku agama ku' merupakan isyarat toleransi Islam atas kewujudan agama lain, tanpa sedikitpun menjejaskan kemurnian dan kesucian Islam.

Justeru, non-muslim yg ingin mendoakan Tun adalah ke atas mereka sendiri.

Wallahu a'lam.

zukri valenteno said...

Pak Kadiaq,

Kita semua harapkan Pak Tun kita akan pulih seperti sedia kala dan kembali bersama kita.

Hanya ini yang saya ingin katakan...kadangkala niat kita ni betoi tapi perbuatan kita yang selalu merosakkan niat kita. Perbuatan kita tanpa mendapat pandangan atau rujukan daripada cerdik pandai akan menampakkan kejahilan kita.

Seperti kata Sdra kita tadi, Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad adalah PesuruhNya.

Saya bukanlah warak sangat akan tetapi alhamdulillah, telah diizinkanNya bersolat waktu dan sunat di ketiga-tiga mesjid utama Islam -- Mesjidil Haram, Mesjidil Nabawi dan Mesjidil Al-Aqsa di Baitulmakdis. Dan berpeluang menziarahi sebuah saumaah (synagogue) dan gereja yang berdekatan.

Ahlul Kitabun hendaklah menyatakan "doa" mereka dalam cara mereka yang tersendiri dan dalam keadaan dan di tempat mereka sendiri, bukannya di sebuah tempat yang kelihatan amat cacamarba! Ini sudah menyimpang jauh daripada akidah kita. Masyallah.

Semoga ALLAH ampunkan dosa mereka yang tergelincir daripada landasan. Dan diberikanNya petunjuk ke Siratulmustaqim...

Anakbukit, Alor Setar, Kedah

Anonymous said...

Salam da real deal,

NO GOD BUT GOD! Find this phrase's true meaning..you'll see light. The real light!

Selamat berpuasa sepertimana orang-orang sebelum kamu berpuasa!

HJG

kedidi said...

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad,
Aku resah menanti di sini. Menunggu berita gembira semenjak tuan mula menghuni bilik itu. Bukan aku tidak mahu menjenguk tuan di sana tetapi aku khuatir kunjungan aku manusia kecil tidak mengubah apa-apa. Dari jauh aku menitip doa buat tuan yang telah menyuntik semangat juang seorang aku yang dulu asalnya bergelumang lumpur sawah,kerbau dan sungai yang sepi. Tuan, kini aku antara manusia yang berjaya, berjaya dek tercabar oleh semangat mu yang luarbiasa. Aku mahu tuan hidup seribu tahun lagi. Bukan untuk aku tetapi untuk semangat-semangat diri yang semakin longlai dan lesu.

Pulih dan kembali lah senyum.

Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Ketika mendengar khabar angin pagi semlm, menggeletar juga seketika. Alhamdulillah Allah SWT masih melanjutkan usianya. Doa saya sekeluarga agar Tun segera sembuh dan dapat bersama2 dengan keluarga dan semua yang menyayanginya.

SETIAP kejadian adalah atas izin ALLAH jua... berbaik sangka atas apa yang berlaku.. ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui...

Sempena Ramadhan yang mulia ini, semoga kita dikurniakan iman yang lebih teguh di hati...amin.

Selamat meneruskan ibadah puasa. Mohon ampun dan maaf. Redha Allah SWT jua yang dicari.

~ anak desa di kota ~

MODERATOR said...

Dato' kadir yang dikasihi,

Tun Mahathir Mohammed adalah seorang pejuang. Seorang pejuang tidak menyerah dengan mudah...

Beliau menyanyangi anak bangsanya...tetapi berapa ramaikah anak bangsa yang menghargainya.

Memperjudikan nyawa ditangan anak bangsa yang "didiknya" bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main...

Hanya mereka yang begitu sayangkan bangsa, agama dan negaranya yang sanggup memperjudikan nyawanya dihujung jarum doktor.

secara logiknya...kalau ada duit dan jadi VVIP baik pergi buat operation di tempat yang paling sophiscated dalam dunia.

Seperti yang Dato sebutkan dulu...Tun memilih jalan KEYAKINANNYA...secara tak langsung menunjukkan bahwa dia percaya kepada takdir Allah swt. Keimanan seorang manusia yang pernah digelar MAHAFIRAUN telah dibuktikan pada hari ini...


Wahai Tun,
Awak pejuang bangsa
Awak pejuang Agama
dan sebenarnya
Awak memang pejuang Agama

Wahai Tun,
Hari ini awak buktikan kepada semua
Perjuangan bukan hanya dengan kata-kata.
Perjuangan dibuktikan dengan cara
Perjuangan dibuktikan walaupun mempertaruh nyawa
Perjuangan tidak akan menyerah dengan begitu sahaja..

Wahai Tun,
Aku ini anak bangsa mu
yang menimakti jasa-jasa mu tanpa terima kasih...
Hari ini aku tahu
mereka yang pernah memanggil dirimu MAHAFIRAUN
sesekali tidak akan dapat berdiri teguh digelanggang pendekar!

Wahai Orang Tua Degil...
sekali engkau melangkah.
Pantang undur!
Pantang menyerah!
engkau bina Tanah Melayu ini dengan semngat sebenar MANUSIA MERDEKA!

Kini...dengan sisa umur mu wahai manusia degil...

engkau buktikan sekali lagi wahai BAPA ku...

Pantang undur! Pantang menyerah!

kami mungkin tidak seberani mu...

haji said...

Tun akan sembuh dan pulih insyaAllah. Semua rakyat Malaysia yang sayangkan Tun, akan terus mendoakan kesehatan beliau. Yakinlah, Tun akan pulih dalam sedikit hari lagi dan akan pulang untuk berhari raya menyambut seruan takbir Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..Alalhu Akbar..Allahu Akbar Walillahilham

anak malaysia said...

song specially dedicated to our Tun Dr. Mahathir. May Allah save our dear Tun Dr Mahathir..and may Allah bless our beloved Malaysia..

Lagenda
by Sheila Majid


Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda

langit biru said...

Assalamualaikum Dato’ AKJ

Izinkan saya memberi sedikit pandangan mengenai “Multifaith Prayer”. Sesungguhnya, saya tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai perkara ini jadi saya menghadkan diri saya untuk bercakap mengenainya.

Namun, saya buat andaian (tiada kena mengena dengan mana-mana individu), sekiranya si polan bin si polan, menjemput orang masjid(Muslims) untuk sembahyang dan berdoa untuk ahli keluarganya yang sakit di RUMAHnya, diikuti paderi-paderi gereja, diikuti sami-sami tok kong, diikuti sami kuil hindu dan sebagainya di RUMAHnya, maka jelas si polan tadi telah menjalankan satu Bida’ah (iaitu perkara yang tak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w), yang boleh menjurus kepada syirik. Ini kerana, semasa Rasulullah s.a.w sakit, tiada dijemput ahli-ahli kitab Yahudi dan Nasara untuk berdoa kepadanya, begitu juga semasa Khulafa Ar-Rasyidin. Bagi Rasulullah s.a.w. , cukuplah Allah s.w.t. sebagai penolongnya, dan bagi sahabat serta Muslims yang beriman, cukuplah Allah s.w.t. dan RasulNya sebagai penolong.

Ayat Al-Quran dari surah Al-Kaafirun(orang-orang kafir) dengan jelas dengan jelas mengistiharkan Muslims tiada kena mengena dengan orang kafir dari segi ibadah dan ketuhanan. Ayat 1-6 surah Al-Kaafirun bermaksud;

109:1 "Katakanlah: ""Hai orang-orang yang kafir,"
109:2 aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
109:3 Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
109:4 Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
109:5 Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
109:6 "Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku""."

Inilah sifat toleransi terbesar Muslim terhadap Non-Muslim tanpa ada niat untuk mengganggu-gugat pegangan dan kepercayaan mereka, baik secara terang-terangan mahupun secara diam(sembunyi), jauh sekali untuk memaksa dan menyerang mereka. Perkara ini ditegaskan lagi melalui ayat 256 surah Al-Baqarah bermaksud;

2:256 "Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.

Kepada Tun, kita doakan agar beliau diberi dan dilindungi rahmatNya dan segera baik. Sebagai Muslim, kita yakin segala ketentuan Qada' dan Qadar telah ditetapkan oleh Illahi, tapi kita wajib berusaha sedaya upaya dalam semua perkara.

A KADIR JASIN said...

Sekadar suatu kehairanan..iaitu mengapa pembahas yang berhujah menyokong pemerintah atau mengktrikit saya kerana menegur pemerintah tidak berani menggunakan nama sendiri atau nama samaran ketika menghantar komen?

Blog ini tidak menghalang sesiapa pun daripada menghantar komen menyokong atau mempertahankan pemerintah atau pembesar negara.

Dalam era yang dikatakan bebas dan terbuka ini, menagapa harus ada penyokong pemerintah dan pembela para pembesar masih takut menggunakan identiti sebenar?

Mengenai solat Jumaat, integritinya bergantung kepada jemaah mendengar dan menghayati khutbah.

Terima kasih.

boxxTomoi said...

Semua masjid di negeri Perlis diarah membaca qunut nazilah pada setiap waktu solat sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu bagi memohon kesihatan yang baik untuk TDM.
- Mufti Perlis Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin. (Utusan 26 sept.07)

Sekarang kita menunggu pembesar pada semua pembesar UMNO mengarah semua cawangan UMNO melakukan perkara yang sama.

Ramadhan selalu membuat kita rasa lebih merendah diri ..

Get well soon Tun.

Kaki Kepala Batas said...

The Scribe
Salaam

Countdown to Face-Off!
(Tech Nieuws 1, 2)


America, despite its current affluence, risks regressing in its moral values if the bulk of its population perceive themselves as sliding backwards. Developing countries risk descending into perpetual instability if it does not grow economically - MBM


The only thing that is connected with this article is the question of Strategic Economics&Trade Policy:

Muszaphar is the first choice
By MAZWIN NIK ANIS
Tuesday September 25, 2007
PUTRAJAYA: Dr Sheikh Muszaphar Shukor looks increasingly likely to be the first Malaysian in space.

The 35-year-old Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) medical officer has been named in the primary crew for the Russian Soyuz 15-S mission, which is scheduled for launch from the Baikonur Cosmodrome in Kazakhstan on Oct 10.

His two other crewmembers are Russian cosmonaut Yuri Malechencko and American Peggy Whitson, the first female commander of the International Space Station (ISS)...

Singapore biotech drive loses star UK scientists
Fri Sep 21, 6:34 AM ET
SINGAPORE (Reuters) - Top scientists David and Birgitte Lane are set to leave Singapore to take up new positions at Scotland's University of Dundee, which could complicate the city-state's multi-billion dollar biotechnology ambitions.
Cancer expert Lane and his wife Birgitte, a skin cell expert, would return to Scotland in January to lead the new Division of Molecular Medicine at Dundee's College of Life Sciences, a statement on the university's Web site said.
The Singapore government, which has attracted some of the world's top researchers to its shores in a bid to build up its biomedical industry, downplayed the move....
The policy also came under fire from Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong's own sister, pediatrician Lee Wei Ling, who has called for a review of the country's biomedical strategy, saying research resources were stretched too thin.
Singapore is trying to overhaul its economy by scaling back reliance on traditional manufacturing activity and moving into new areas such as education, casinos and scientific research in the biomedical industry.
Output in Singapore's biomedical sector grew more than 30 percent in 2006 to S$23 billion ($15.3 billion), accounting for a quarter of value-added manufacturing output.
"It would still be some years before Singapore will have a biotechnology industry that is anchored by R&D," said Song Seng Wun, an economist at CIMB-GK Research.
"They were not the first (to leave). They would not be the last," Song told Reuters...

Terima Kasih

dan sepekara:
Unfinished Business: Perjuangan Yang Belum Selesai:
the challengers to the BN have allowed themselves to be shot in the foot, and do you think it is pathetic to use a waziristani roti nan formula and ask the american private contractors to serve as speacialist consultant to anwar ibrahim (well, the monks move blackwater flambe ingredient is pretty risky here)

da real deal said...

Bro AA

Thank you for your comments.

First of all, you didn't allow the church to be built near your house. It was the authorities and I'm sure if you had a choice, you wouldn't want to purchase a house right in front of a church or a temple just like the Chinese or Indian who would avoid buying a house next to a Mosque. So I guess the major word here is tolerance. Tolerance, like you have described doesn't mean that we believe in each other's God but merely saying "to each his own". But for a Muslim to actually invite these leaders of various faiths to perform their rituals respectively together although not in unison means that one acknowleges the existence of other Gods and that is straightforward heresy.

Socially, it is a noble effort but religiously, it is unacceptable.

Perhaps it is superstition, perhaps it is a coincidence, but one could also read Tun's quick return to the operating table as a sign from God that his wrath has been incurred.

Let us continue to pray for him in our Mosques and Suraus and if members of the other faiths wish, they can do so in their own respective establishments instead of performing this exhibition to win points for Marina in the eyes of non-Muslims at the expense of her father's situation.

This is religion in question. This is not a make-believe tea party in the garden to serve the fancy of a silly girl.

da real deal said...

YBhg Datuk,

Sebagaimana Datuk hairan bagaimana penyokong kerajaan tidak berani mengenalkan diri mereka di sini, begitu juga saya dan kawan-kawan hairan bagaimana rakan-rakan Tun yang membeli ruang semukasurat besar di NST pada Sabtu lepas untuk mengucapkan selamat kepada beliau tidak berani meletakkan nama mereka sebenar, hanya sekadar mengenalkan diri sebagai rakan-rakan keamanan sahaja.

Macam-macam jenis ada nampaknya.

Mohd Affendi said...

Salam sejahtera Dato' AKJ & para komentar yg dihormati,

Semoga Allah rahmati kesihatan Tun DrM di bulan yg di rahmatiNya ini.

Kita masih perlukan cetusan minda berkaliber beliau di ketika ini. Bakti dan sumbangan beliau kekal menjadi kayu pengukur rakyat.

Minda pembesar2 sekarang byk dah berkarat. Jika tak arif dalam sesuatu ilmu lantiklah panel penasihat yg arif dalam bidangnya..bukan kutip nasihat dari minda tepi longkang diuli dan dibentukkan dalam acuan pengurusan negara..

Pemimpin yang baik bukan semestinya pentadbir & pengurus yg baik..ia tidak dtg dalam pakej. Mentadbir & mengurus perlukan ilmu. Perjuangan belum selesai..

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)

Itu fitrah..
Lelaki/perempuan, Yin/Yang, +ve/-ve, tinggi/rendah, kerajaan/pembangkang (semua ada pasangan)... kenapa perlu ada yg melawan fitrah?
Perbezaan pendapat adalah fitrah. Pendapat harus disandarkan hujah & fakta.

Jika tiada perbezaan voltage, arus takkan mengalir.. Jika tiada perbezaan tekanan udara tiadalah angin bertiup...

Jika tiada pembangkangan, maka kita akan jadi.........? (fikir sendiri..bayangkan hidup dalam bilik tertutup tanpa udara bergerak dan suhu tetap 37degC.. berapa lama boleh tahan??)

Jadi jgn biarkan ada pembesar2 yg mula mabuk kuasa dan kemaruk harta menjadi 'samseng' seperti Amerika setelah kejatuhan Soviet Union.

Terlalu banyak duit pembayar cukai dihabiskan untuk poster2 gergasi mempamerkan wajah2 pembesar seolah-olah kita seperti berada di negara ditaktor pulak..

cuma belumlah sampai tahap mereka membina arca2 tugu wajah sendiri lagi.. Pergilah ke negara2 maju tiada pula memampang imej pembesar2 mereka dari pintu masuk negara ke serata-rata ruang yg boleh..

rasanya poster yg diPertuan Agong pun tenggelam dari segi kuantiti berbanding wajah2 mereka..mungkin ada pelancong luar yg tak tahu hal ehwal Malaysia beranggapan kita adalah sebuah republik.


Dato'AKJ.. org yg hanya suka kutuk2 secara berselindung itu seperti yg pernah saya katakan dlm posting di 2 tajuk sebelum ini.

Mereka yg tak bernama akan bekubur tanpa nisan..pedulikan mereka dan tiada org akan ambil peduli pun..mereka ini technically do not exist

Anjing yg berkolar & bernama menyalak dilihat mempertahankan harta tuannya..anjing liar tak bernama menyalak dilihat kotor, gila dan menjadi ancaman kpd keselamatan org awam..

Sekian

Wasallam

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).