Monday, February 25, 2008

Is It A Rousing Start?

A Kadir Jasin

[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

JUST a brief comment to start with.

According to Bernama, the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi, led the Barisan Nasional (BN) to a rousing start on the nomination day, Feb. 24.

That rousing start, according to Bernama was the coalition winning seven parliamentary and two state seats when nominations closed.

What Bernama didn’t do was to compare that with the 2004 nomination day when the BN won 17 parliamentary seats and 12 state assembly seats.

And in almost all constituencies the BN is facing straight fights with one of the three opposition parties namely Pas, the DAP and PKR.

So the opposition pact may not be “syok-syok sahaja” (just for fun) as the Prime Minister choose to describe it.

In fact the BN must view the opposition pact – brokered by PKR – as being more serious than just “syok-syok sahaja.” I think oppositions are serious.

And where I was in Pahang yesterday for the nomination, the BN people that I spoke to were worried.

[UPDATE, 25 Feb.]

DALAM posting pada 3 Februari lalu, saya mengakhiri hujah saya dengan bertanya soalan berikut:

Apakah BN mampu meyakinkan pengundi bahawa kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan setelah janji kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan PRU 2004 semakin dicurigai?

Hari ini Perdana Menteri melancarkan Manifesto Barisan Nasional yang menurut laporan Bernama bertemakan “Selamat, Aman dan Makmur.”

37 comments:

Hanief said...

Pelbagai teknik motivasi digunakan untuk menstabilkan semangat para calon sempena dengan PRU Ke-12 ini.

Walaupun parti pembangkang tidak mempunyai stesen TV, namun saya percaya stesen TV kerajaan yang ada tidak berlaku adil terhadap para pembangkang dan ini sekaligus mengurangkan tekanan ke atas pari memerintah.

Jikalau BN berani, berilah lesen untuk stesen TV parti-parti pembangkang disiarkan.

multidimid said...

Yes a newly coined Barisan Rakyat is now the official coalition of the Opposition front. The winds of change are blowing in the opposition favor.
And one of the fiercest electoral contests is in Kelantan, which has been controlled by PAS since 1990, making it the only one of Malaysia's 13 states not run by the National Front. Several hundred opposition members chanted 'Allahu Akbar', or 'God is great', as PAS' spiritual leader, Mr Nik Aziz Nik Mat, filed his nomination. For
MORE PICS & Video – Malaysian 2008 Elections; 222 Parliamentary & 505 State Seats; BN won 9 seats Uncontested; PAS won 1 with Rival Disqualified; The darlings on Nomination Day - Nurul Izzah Anwar & Roselinda Abdul Jamil at
Go H E R E
plus Kepala Patas (Abdullah & PAS Subri Mohd Arshad) & Rembau (Khairy & PKR Badrul Hisham); Batu Seat (Tian Chua & Lim Si Pin), Marang (Pas Hadi) Pictures

PRESENT POINT POWER

my sweetlady said...

I think oppositions are serious

And I think the voters are damn serious too, Datuk.

Many of my friends who've never voted before will be doing it for the first time this general election.

And their votes will be for the underdogs.

dasuki_tmc said...

nak kata tak bacul perkara tersebut orang dah tahu.
nak kata memang bacul nanti mereka marah, kata kita tak betul. mana satu yang betul dan mana satu yang tak betul?
inilah perangai yang ada pada pemimpin yang mengaku adil dan bertimbang rasa kepada rakyat?
sepanjang masa dan setiap saat rtm,tv3,tv9, utusan, berita harian,metro dan seumpamanya yang melakukan perkara yang biadab dan kurang bermoral dari segi penyampaian maklumat kepada rakyat marhaen yang tidak dapat dari saluran blog/internet.
tapi tak apa, setiap maklumat yang tidak benar yang disampaikan kepada rakyat, merekalah yang berdosa besar dan dilaknat oleh Allah dan semua makhluk di muka bumi.
pemimpin yang bertanggungjawab akan menyampaikan maklumat yang benar untuk pemgetahuan semua lapisan masyarakat.
saya ahmad dasuki, demi Allah saya tak redha dengna pemimpin yang mempunyai sifat yang merosakkan minda dan pemikiran anak cucu dan kaum keluarga saya hingga hari khiamat.lebih-lebih lagi jika merosakkan aqidah iman umat islam di malaysia ini.
wassalam.

syafiq said...

Pak Lah and his lying habit..never mind

Mr. Smith said...

The PM said on Channel News Asia that he hopes to secure something better than 2/3 majority!
Now he is talking about as though he has new names in mind for the ministerial posts.
There are many like him who take the voters for granted. Past victories do not mean this one will go the same way.
This is the first time in eight general elections have I seen such animosity against BN and distrust towards the PM among the Indians and the Chinese.
It's even more marked and vicious among the Indians.
The Malay ground (except PAS supporters) is always very difficult to gauge. Money can work wonders with them.
If there is a slight swing from this group, Pak Lah may the one who will not be assured of his position.

Anak Perelih said...

selamat menyambut ulangtahun ke 2 blog anda.... pada hari penamaan calon....

bagaimanapun, semasa memilih layout blog, saya tidak mengetahui blog ini mempunyai layout sama seperti layout yang saya pilih untuk blog saya...
blogging dari perlis... darul "bin Kassim"
anakperelihblog.blogspot.com

bersuara said...

Di Kelantan tu yang 'disqualify' tu membuktikan bahawa Pak Lah ni merepek banyak. Dia kata depa nanti 'check' semua calon. Yang calon tu bankrup macamana depa boleh tak tahu?
Tu belum lagi check CTOS.
Kayveas kata ramai menteri ada dalam CTOS.
Sekarang ni Dato, kalau nak cari kerja, ada majikan yang check dengan CTOS. Kalau clear baru boleh kerja.
Sebab takut depa buat pasai.
Kalau tengok permulaan macam ni, saya nampak nasib rakyat Malaysia tak akan berubah.
Walau bagaimanapun ada calon-calon yang baik. Baik-baiklah Undi yang baik-baik.

terry said...

Datuk,

sikap pentingkan diri wakil rakyat BN jelas terserlah bila wakil adun Kijang kelantan tidak menolak pencalonan daripada BN Kelantan sedangkan beliau sedar bahawa beliau tidak layak bertanding.

Timbul kemusykilan niat sebenar jika beliau jadi YB, mungkin wang rakyat digunakan untuk membayar hutang beliau. saya ucapkan syabas kepada Jabatan Insolvensi kerana membuat sistem online bersama SPR untuk screening semua calon pilihanraya kali ini.

hisham said...

An open letter to Shah Alam voter!

Kepada pengundi-pengundi di Shah Alam yang telah berdaftar dan mempunyai hak untuk mengundi, berfikirlah dengan waras sebelum mengundi. Saya tidak mempunyai hak untuk mengundi tahun ini kerana saya berada di Bali pada Jan/Feb, Pak Lah telah mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya dan saya tidak mempunyai kesempatan untuk mendaftarkan diri (Saya akui itu adalah kesilapan saya pada tahun lepas). Saya mendapat tahu bahawa Anwar Ibrahim layak bertanding pada April 2008 dan pilihan raya ini di percepatkan agar beliau tidak dapat bertanding di pilihan raya tahun ini. Jadi hanya inilah yang mampu saya sumbang dan mahu melihat perubahan di bandar Shah Alam.Di bawah ini adalah sebab-sebabanda harus tau kenapa anda perlu melakukan perubahan dan mengundi dengan bijak :

1. Tanah Hutan Simpanan Bukit Cerakah telah di tukar status kepada tanah perumahan sebanyak 30% oleh Khir Toyo padahal tanah hutan simpanan ini harus di kekalkan untuk masa hadapan kita juga dan pemuliharaan sekitar dan saya lihat banyak rumah yang di bina tidak di duduki lagi kerana harga yang mahal dan tidak mampu di miliki oleh penduduk Shah Alam. Kenapa tidak mahu membina rumah kos murah di kawasan industri/kilang yang mana masih ramai yang menyewa rumah di sana dan juga di Kuala Selangor yang mana masih banyak lagi penduduk kampung yang tinggal di rumah yang di perbuat oleh kayu dari membina rumah mewah di Shah Alam yang tidak mampu di miliki oleh penduduknya yang berpendapatan rendah?

2. Shah Alam diisytiharkan sebagai bandaraya pada 10 Oktober 2000 dan saya berharap dapat melihat agar banyak perubahan untuk penduduk dari segi ekonomi, kesihatan, keselamatan, fasilti dan lain-lain. Saya memilih dari aspek kesihatan yang paling penting dalam hidup kita kerana kalau kita tidak sihat kita tidak mampu untuk mencari nafkah dan melakukan sebarang pekerjaan. Apa yang saya berharap kerajaan negeri dapat membina Hospital Awam setelah di naikkan taraf sebagai bandar seperti di Petaling Jaya dan Klang. Kita tidak mampu untuk membayar harga perubatan di Hospital Swasta seperti Selangor Medical Centre dan Darul Ehsan Medical Centre. Kenapa harus kita sebagai bandar Shah Alam yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang (syarat-syarat untuk mendapat mengiktirafan bandar dari laman web MBSA) tidak mempunyai Hospital Awam, adakah semua orang Shah Alam kaya? Kenapa susah sangat mahu membina Hospital Awam? Kenapa mudah sekali dibangunkan pusat kesenian di belakang Hotel Grand Bluewave? Adakah kita perlu meminta bantuan dari Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary supaya membina hospital di Shah Alam? Tanyalah diri anda selama 8 tahun Shah Alam menjadi bandaraya adakah taraf kesihatan penduduk semakin baik dengan masalah di belenggu denggi dan lain-lain.

3. Sewaktu saya kecil sehingga sekolah menengah kawasan seksyen 2 Shah Alam mempunyai tapak gerai di pinggir jalan dan peniaga makanan secara kecil-kecilan yang telah lama berniaga. Kawasan gerai itu telah dirobohkan dengan idea MBSA untuk membina bangunan baru yang lebih bersih dan selesa tetapi setelah 8 tahun masih lagi seperti dahulu dan gerai yang di pindahkan di hadapan Wet World adalah amat jelik, kotor dan berbau. Kasihan kepada peniaga-peniaga gerai yang tersepit kerana birokrasi kerajaan dan tidak dapat berniaga dengan selesa dan masih menunggu selama 8 tahun untuk mendapat gerai baru.

4. Masih anda ingatkah litar lumba Shah Alam dahulu yang terkenal dengan Mick Doohan dan lain-lain. Selain itu litar di Batu Tiga itu memberi platform untuk mat rempit berlumba pada hujung minggu. Litar tersebut di musnahkan oleh Khir Toyo dan memberi peluang kepada Lebar Daun untuk membina kawasan perumahan baru. Sekarang anda dapat melihat bandar Anggerik ini dipenuhi oleh Mat Rempit setiap malam dan menjadi sesak dan tidak selamat. Kenapa tidak membina litar trek yang baru untuk mereka berlumba dengan kos yang kecil? Saya amat membenci bila melihat dataran Shah Alam dipenuhi oleh mat rempit dan membuat bising sesuka hati. Mereka menjadi begitu kerana tidak mempunyai tempat berlumba yang sah, aah lupakan ajalah tentang Shah Alam kalau anda merasakan Shah Alam tidak memerlukan perubahan........ kepada pembangkang gunalah issue ini sebaik munkin!

Please copy and paste into the message to your friend!

adam said...

Datuk, cuba lihat ucapan pak lah di pelancaran manifesto bn - teruk betul, tak ada confident langsung. No doubt they are worried

MODERATOR said...

Salam Dato' Kadir,

Dengan izin Tuan Punya Blog.

Kepada para pengunjung Blog yang ingin melihat foto-foto hakmilik peribadi "KEMPEN DIHARI PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN TITIWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN, KL." boleh masuk ke blog saya tanpa sekatan.

Pertembungan diantara BA yg diwakili PAS dan BN diwakili pelh UMNO. Pelbagai aksi foto menarik boleh dilihat diblog ini. Dan pihak kami akan terus 'upload' foto-foto disekitar kempen pilihanraya ke 12, 2008 dari masa ke semasa. Insha'allah.

Bagi Parlimen Titiwangsa, PAS mecalonkan tokoh muslimat yang dikenali ramai iaitu Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali 51. Manakala BN, pula diwakili oleh Dato' Aziz Jamaludin Mohd Tahir 54. Tempat Pencalonan Sekolah MenengaH Aminudin Baki.

Pada hari penamaan calon semalam suasana agak meriah, dan tiada ketegangan berlaku.

Wassalam.

http://theindiestory.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Menyambut ucapan anak perelih, saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas ulangtahun ke-2 Datuk berblogging... ya, pada hari penamaan calon 24 februari 2006.

Bagi saya pembangkang tidak boleh marah kalau kerajaan menggunakan jenteranya 101 peratus untuk kempen pilihan raya sebab kalau pembangkang memerintah negara pasti mereka akan melakukan hal serupa. Tanyalah kepada diri sendiri mana ada keadilan mutlak? Mana ada kebebasan mutlak? Yang ada ialah tanggungjawab - sikap bertanggungjawab dan perasaan bertanggungjawab.

Kebetulan saya menonton rancangan berita di televisyen lalu terpampanglah wajah Pak Lah yang dengan bangganya menegaskan betapa kerajaan bersungguh-sungguh membantu rakyat dengan memberi pelbagai subsidi untuk keselesaan jelata termasuk memberi pendidikan percuma. Mendengarkan itu serta-merta hati saya bertanya Datuk, benarkah apa yang diucapkannya? Tahu kah dia apa yang diucapkannya?
Tanggungjawabkah beliau? Tanggungjawabkah stesen TV yang menyiarkan ucapannya itu?

Saya baru saja menjelaskan lebih seratus ringgit untuk bayaran yuran tambahan persekolahan anak-anak. Bayangkan mereka yang ada tiga empat orang anak yang bersekolah. Yang percuma ialah buku dan yuran sekolah. Yang lain kena bayar juga. Jadi mana percumanya? Untuk makluman, saya tak pernah ambil buku percuma untuk anak sebab saya fikir biarlah kemudahan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tapi dalam suasana sekarang, saya tidak berfikir panjang lagi untuk mengambilnya...dah orang nak bagi juga!

Saya sudah tahu siapa yang hendak dipangkah dalam PRU kali ini.

CT Tanjung Perak

BritishMalayan said...

Pak Lah has his head in the clouds thinking opposition is syok-syok sendiri while his supporters are worried. Shows how out of touch he is. For all we know he's in some parallel universe!

Berita dari gunung said...

Dato,

Ketika UMNO ingin "merawat" Kelantan, satu kerusi DUN sudah terlepas.

Atas semangat ingin mengenengahkan muka-muka baru, UMNO berhadapan dengan sedikit pergolakan di beberapa negeri. Orang Marang tentu hairan apa perlunya Rahman dan Tengku Petra direhatkan.

Orang Perlis masih terpinga kenapa ketika Shahidan mengumumkan senarai calon, Azmi dan Radzi memilih untuk berada di tempat lain. Ketika berpeluang untuk mempamirkan SOLIDARITY depan rakyat, Umno Perlis melepaskannya.

Orang Negeri Sembilan tentunya kehairanan ketika M Nor dipilih untuk gantikan Zakaria. Apa hebatnya.

When there is multiple choices, we some how mark at the wrong answer.

Penerangan yang diketengahkan tentang usaha mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak, masih jauh dari meyakinkan. Kita masih tidak faham dengan termansuhnya yuran sekolah. Menguruskan anak ke sekolah pada awal tahun, masih memerlukan jumlah wang yang sama banyak seperti dulu-dulu.

Koridor pulak pada masa yang sama masih jauh di horizon. Entah yang kita lihat sekarang sekadar pelangi sahaja.

Masih banyak ruang yang lompong. Kepimpinan wajar bertindak dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk satu UNDI yang berharga.

UMNO, Selamat Maju Jaya.

Red84 said...

Take a handful of the blue pill and Che Dolllah will have a rousing start, Datuk.

As for a rousing start, I don't know; but this I will tell you, the news of the YB Pengerang retaining her seat the way she did will arouse in Che Dollah more than just the feeling of envy.

Which this piece of news will keep it on the boil:

High oil prices take a toll on the Gulf's middle class
By Robert F. Worth
Published: February 24, 2008

AMMAN: Even as it enriches Arab rulers, the recent oil-price boom is helping to propel an extraordinary rise in the cost of food and other basic goods that is squeezing this region's middle class and setting off strikes, demonstrations and occasional riots from Morocco to the Gulf.

In Jordan, the soaring price of oil led the government to remove almost all its costly fuel subsidies this month, pushing the price of some fuels up 76 percent overnight. In a devastating domino effect, the cost of basic foods like eggs, potatoes and cucumbers doubled or more.

In Saudi Arabia, where the inflation rate had been virtually zero for a decade, it has reached an official level of 6.5 percent, though unofficial estimates put it much higher. Public protests and boycotts have followed, and 19 prominent clerics posted an unusual statement on the Internet in December warning of a crisis that would cause "theft, cheating, armed robbery and resentment between rich and poor."


(disconcerting news of the Middle-East for me: how is the goverment going to handle the subsidies and have a healthy deficit accounts with oil at over USD120 and inflation in China at 8%) The new MoF must be more than a Mahathir-Daim, The Scribe.

boxxTomoi said...

Dear Sir,
Setiap parti ada KJ (read as rakus) mereka sendiri ..
Setiap parti ada yang nak buat dinasti sendiri . Ayah,mak,anak,menantu semua nak bertanding. Kalau kita ada peluang menemui orang sebegini ..kick them out (tak kira dari parti mana) ... Lucky me ..saya undi kat Lembah Pantai ... Sharizat my vote for you & to your party (but not to your boss).

anakbuah said...

Dato' dan semua,

Red84 quoting..."Public protests and boycotts have followed, and 19 prominent clerics posted an unusual statement on the Internet in December warning of a crisis that would cause "theft, cheating, armed robbery and resentment between rich and poor.""

# Sedarkah kita, kebimbangan2 ini sudah dan sedang pun berlaku di Malaysia! Jika kita masih bermimpi dan bersyok-syok lagi, bayangkan apa yang akan berlaku kemudian nanti. Betul soalan Dato', kalau "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" masih dicurigai, apalah yang diharapkan oleh rakyat dengan gula-gula terbaru "Selamat, Aman dan Makmur" pula?!! Lihat saja kes 'Sandiwara Diraja' yang masih dipentaskan, kes Altantuya yang masih di'main-main'kan, isu hasil petroleum dan barangan harian yang bakal dan berpotensi meningkat lagi nanti, konspirasi Polis sebagai gangster sebenar dan pelindung kepala gangster serta banyak perkara2 serious lagi - AKAN SELAMAT, AKAN AMAN DAN AKAN MAKMUR KAH MALAYSIA NANTI JIKA INI SEMUA PUN BELUM SELESAI HINGGA KE SAAT INI???

BERINGATLAH! ORANG MELAYU JANGAN LAGI MUDAH LUPA!!!

BUAT DAN LAKUKANLAH TINDAKAN YANG BAIK SERTA POSITIF KALI INI DEMI MASA DEPAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. ANGGAPLAH UNDI BIJAK KALIAN KESEKIAN KALINYA INI ADALAH BENAR-BENAR HIJRAH KITA KE ARAH PERUBAHAN YANG BAIK.

langit biru said...

Apakah kempen berkesan?

Bagi ahli mana-mana parti politik, tidak berkesan. Ahli parti, sokong parti, mungkin ada segelintir yang bawa lari undi.

Bagi mereka yang berilmu,berfikir,membaca...tidak berkesan. Masing-masing dah ada dalam minda siapa yang harus dipilih.

Bagi mereka yang kurang dapat maklumat dan pendedahan, mungkin berkesan....dan mereka ini pula adalah golongan majoriti pengundi.

Bagi mereka di bandar bandar besar, saya fikir tidak kira apa latar belakang, sebahagian besar tidak memerlukan kempen...mereka sudah siap sedia untuk memangkah! Undi di bandar-bandar besar cukup menarik perhatian.

Permatang Pauh,
Berdasarkan pemerhatian saya, BN kalah 4-0!

dahbosan said...

Apa yg berlaku dlm UMNO pada masa ini membahayakan tujuan penubuhan UMNO untuk memajukan bangsa Melayu Islam. Jom pakat pangkah pembangkang untuk memberi mesej kepada pucuk pimpinan - kami mahu pak lah turun dari jawatan PM dan presiden UMNO!!! Pemerhatian saya mendapati ramai golongan yang boleh berfikir dengan baik mempunyai sentimen tinggi untuk mengundi pembangkang.

King Kangkong said...

Dato,

penurunan kerusi tanpa bertanding yang BN dapat pada 2008 berbanding dengan 2004 jelas mengkehendaki tahun 2008 dikempen sebagai :
"Tahun Merawat Parlimen Malaysia "

Pemimpin bepenyakit,rakyat tersepit

Mengundilah dengan bijak demi negara dan keluarga.

Untuk Perubahan said...

Dato, debat punya debat, akhirnya turun ke ini: BN atau pembangkang.

Ini ada seorang calon yang ingin cuba untuk membawa perubahan: Tn. Hj. Che Abdullah bin Mat Nawi.

Banyak ceramahnya di Google Video sini.

penampal poster said...

Dato K,

manifesto BN / Dollah yang asyik membandingkan statistic 2007 dengan 2004 atau 2003.

persoalan saya Dato :

1. nilai statistik 2007 berbeza nilai 2004. Kos pembuatan barang naik berlipat kali ganda akibat kenaikan harga minyak.

Jadi berapakah sebenarnya net value dalam kesemua statistik dalam manifesto BN itu.

2. Pendapatan kasar rakyat Malaysia yang naik sebanyak RM 400 berbanding dari 2004 ke 2007.
Adakah Dollah tahu berapa pulak peningkatan dalam inflation rate yang sebenar dalam 3 tahun tersebut.

Ini belum lagi diambil kira selepas harga minyak dinaikkan bila BN menang PRU kelak.


3. Apakah statistik itu menunjukkan negara kita berada di tahap yang lebih bagus dari dahulu dan jika dibanding dengan negara negara pesaing Malaysia seperti Asean contohnya adakah Malaysia lebih dihadapan kalau di ambil kira segala wang, masa dan usaha yang di buat ( menggunakan wang cukai korporat, rakyat dan sebagainya )

Gunakan satu indek atatu benchmark universal yang menunjukkan bahawa Malaysia semakin mendekati sebagai
negara yang semakin maju.

4. Usah disebut soal subsidi sebab kerajaan mana sekali pun yang memerintah Malaysia, subsidi tetap akan digunakan bagi memengani hati rakyat.

Saya harap dato K yang arif boleh menerangkan soalan saya demi panduan para pengundi Malaysia.

Hidup Malaysia.

Penyokong pagar said...

Datuk Kadiak,

Jika semua statistik dalam manifesto BN 2008 tu dikeluarkan, saya rasa PM Dollah tak ada apa yang dia boleh ucap kat pengundi atau penyokongnya di PWTC.

What say you datuk.

Indigo said...

The Scribe,

Dengan izin.

Takhta Sulaiman
(kerusi perdana)

Bergegar pagar bagai nak roboh
dengar ketawa gagak hitam dan putih

Antara takut dan marah
khadam dan jinn turut-turutkan juga

Jasad di atas kerusi bagaikan
hidup batu permata cincin ajaibnya

Bergegar tembok bagai terhidu nyawa
lihat senyum si-khidr musa tuhannya.

Pernah kamu lihat menteri berkuasa
perdana yang bengis mengulit senyum?


Terima Kasih

Anak Temasek said...

"Selamat, aman, makmur".

3 short words, a very brief phase, but BN's manifesto do actually bring about large implications.

How safe (selamat) is Malaysia? Well, it is not as if petty crimes and mind-boggling, hideous criminal acts are under much control.

As parents in Malaysia today, can we confidently say that we're comfortable letting our kids play out in the playground or letting them enjoy the wonderful arrays of colours of the weekly pasar malam all by themselves, with minimal supervision, since these places are basically just a stone's throw away from our homes?

Next, my family and I was on our way into the Kuala Terengganu city centre during our long drive from Singapore when we were suddenly halted and ushered towards a road conversion when our car reached near Batu Buruk, on that fateful night when the FRU were busy putting down the threats posed by the street demonstators then.

And looking at the damage done at Batu Buruk that night, how could I then possibly say to my little son straight into his eyes that Malaysia is actually "aman" (peaceful)?

No doubt, looking at the physical growth of Malaysia today, I am proud to witness such developments.

Nonetheless, can we simply claim prosperity (makmur) has reached a decent level of equity? Or is is still the same old picture of, "the richer getting richer, the poor doing none the better"?

Can we boast of prosperity when:
- urban poverty,
- dropping out of mainstream education,
- digital divide between the urban and rural areas,
- economic disparaties between "the have" and "the have nots" at inter and intra-ethnic levels
are still the order of the day in Malaysia today

bersuara said...

Hari tu kata "esok parlimen tak akan dibubarkan..." kemudian dia bubarkan.
La ni dia merepek kata minyak tak akan naik. Tengoklah dalam masa 2 hari ni, harga minyak melambung lagi di pasaran antarabangsa. Sapa nak percaya Pak Lah kata harga minyak nanti tak naik di Malaysia?

freelittlebrain said...

Dato I think you are right, the Pahang BN people were worried. As i was told, MCA's state seats especially Teruntum and Tanah Rata were listed as black areas because the new horses replacing the old creating the dissatisfaction sentiment. Terumtum is strait fight between MCA and PKR but Tanah Rata is three corner fight between MCA, DAP and Bebas. Calon Bebas Mr Ho is the retired Headmaster, local people, good command of 3 languages,many relatives and ex-student voters as compare to the other two. BN were Worries, worries............??

Ahmad Shah said...

Dato'

Saya kira tahun ini kita akan mengundi untuk Malaysia. Tidak semestinya kita undi BN, PKR, PAS atau DAP. Tapi untuk negara.

Saya berpendapat kerajaan BN perlu ditegur kali ini diatas segala keputusan yang merugikan seperti jambatan indah, agusta, DASAR ATOMOTIF NASIONAL, penglibatan KhAiry sebagai tangan ghaib yang memusnahkan pembangunan negara dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini saya akan mengundi pembangkang bukan kerana saya percaya pada pembangkang, tetapi kerana saya mahukan kerajaan BN tersentak dan melakukan muhasabah diri. Agar BN betulkan segala kesilapan mereka dan membuang Khairy dari kerajaan langsung mengharamkan dirinya menjejakkan kaki ke bangunan JPM.

Selamat mengundi untuk Malaysia!

ManFX said...

Untuk Cik CT Tg Perak;
BACA DAN FAHAMKAN.....

Komen itu berbunyi:

“1. PRU adalah waktu pengundi dan parti-parti politik menandatangani kontrak lima tahun. Pengundi beri undi, parti-parti beri janji;

2. Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya;

3. Atas (dasar) kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terhutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat (sic) (kerajaan?);

4. Kerajaan pungut cukai, hasil, tarif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya -- macam belanja lebih MR16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne -- bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang negara;

5. Untuk pembangunan kerajaan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi;

6. Subsidi dan bantuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar;

7. Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawit;

8. Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francais kepada Bernas. Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri.

Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran dunia. Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada kerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi;

9. Jadi yang kita mahu adalah kerajaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negara, bukan kerajaan;

10. Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai.

Tiada pengundi, tiada kerajaan.

Kerajaan yang wajib berterima kasih kepada kita, bukan kita berterima kasih kepada kerajaan.

Selamat memilih orang suruhan kita.

Pegawai JUSA Pencen.”

New Generation said...

Salam Datuk;
Kenapa semua ini berlaku??? Hari ini bila sebut saja kemajuan kita diarah berkiblatkan barat. Tapi kemajuan yang kita ambil hanyalah dari segi HIBURAN SAHAJA. Tapi dari segi intelektual kita dihalang untuk mendapatkannya. Mujur adanya internet maka rakyat hari ini lebih bersikap terbuka. Mengapa apabila rakyat ingin mengambil contoh SIKAP masyarakat barat dari segi kebebasan bersuara di halang??? Sebagai contoh; pilihraya Presiden Amerika.... pemimpinnya berkempen untuk membuktikan kepada rakyatnya mereka adalah calon terbaik, mereka berdebat di merata tempat untuk membuktikan mereka yang terbaik. Rakyat Amerika memilih berdasarkan LATARBELAKANG CALON bukan berdasarkan parti. Maka kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sudah berfikiran dan bersikap begitu. Tidak hanya menjadi pak turut sahaja memilih parti sedangkan calon nya haprak.....Kita memilih calon bekerja untuk kita atau calon bekerja untuk tempolok sendiri. Kebanyakan yang berebut menjadi calon pada hari ini kerana ada udang di sebalik batu, memenuhkan kantong sendiri.... berbanding mengatasi masalah rakyat. Bangkitlah rakyat Malaysia, biar calon takut dengan KUASA yang ada ditangan kita bukan kita yang takut kepada mereka. Kita gunakan sepenuhnya KUASA kita untuk membiarkan mereka BEKERJA UNTUK KITA, bukan kita yang mengikut kata mereka. Jika KUASA yang kita ada digunakan sepenuhnya, maka barulah benar "KUASA DITANGAN RAKYAT"....ya mungkin pembangkang tidak berjaya pada kali ini tapi percayalah dalam masa 2 kali lagi PRU maka kita akan tahu KUASA RAKYAT sebenarnya. Tidak kira sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan... kerana rakyat pada hari ini semakin SEDAR dan TERBUKA dalam menerima maklumat tidak bergantung dengan MAKLUMAT YANG DISUAP sahaja.....
SELAMAT MENGUNDI..

Anonymous said...

YBhg Dato,
Mungkin PRU 12 kali ini akan memberi kejutan pada BN mungkin tidak.Pada saya negara telah hilang seorang pemimpin yang dapat membina Malaysia kearah kejayaan dan kejayaan yang dipandang dan diakui oleh dunia. Imej dan maruah Malaysia tercalar dengan ugutan luar. Kerajaan sekarang yang tidak mempunyai pendirian terhadap wawasan yang telah digariskan oleh pemimpin terdahulu. Pemimpin pula tidak begitu bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Saya tidak menyokong pembangkang tetapi sebagai insan yang tidak ada kuasa saya pasti akan mengundi untuk mengubah pandangan BN terhadap pucuk pimpinan mereka sekarang. Hidup MALAYSIA!
Helang 79

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya kurang setuju dengan "mysweetlady" dengan kenyataannya: "I think oppositions are serious".

Ya, memang sebelum pilihanraya diumumkan ada banyak cakap-cakap untuk perubahan. Namun selepas pengumuman, ianya jadi retorik. Perkara paling serious ialah tidak adanya satu gabungan pembangkang yang jelas untuk menentang BN. Masing-masing mengeluarkan menifesto sendiri dengan perancangan "sendiri-sendiri" untuk kumpulan penyokong mereka sendiri.

Bagaimana hendak membentuk Kerajaan sekiranya perkara paling pokok ini tidak boleh diselesaikan diantara parti-parti ini? Bolehkah mereka memerintah sekiranya diberikan undi nanti?

Jadi Datuk..., apabila sampai masanya untuk kita meletakkan "X" itu nanti, fikirkanlah realiti dan bukan fantasi.

Halimsaleh said...

Dato'
Saya tidak gentar langsung jika BN hilang kuasa. Semua dari ketentuan Allah. Berdoalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Yang menjadi kesalahan kita bila pemimpin kita sendiri mengkhiatnati rakyat [ Tidak kira siapa atau parti mana pun ]. Pemimpin yang diundi majoriti lalai dalam tanggung jawab [ Lihat beberapa kes, yang tidak jadi kes bagaimana?? ]. Yang ada kuasa terus menerus lupa kepada janji Allah. Ingatlah, ALLAH Sentiasa Melihat. Catatan harian kita tidak pernah lekang di catit oleh malaikat dikiri dan kanan bahu kita. Di dunia mungkin terlepas, tetapi Akhirat sudah pasti ada penghitungan. Lebih lebih lagi seorang pemimpin. Berat benar tanggung jawabnya [ BAPA dan Suami juga ketua keluarga yang memimpin].
Jadi ingatlah akan amanah sementara Allah pada hambanya ...
Jika difahami maksud pemimpin dan tanggung jawab [berat sangat tugasnya ], maka ramai lah yang tidak berani memikulnya percayalah ..

kopi hitam said...

tok,

BN perlu kalah untuk menyedarkan Dollah, P'bangkang perlu menang untuk menghapuskan petualang

sy cintakan negara dan kepimpinannya, namun saya bencikan pemimpin yang menggunakan negara untuk kepentingan dirinya

kopi hitam said...

tok,

-bagaimanakah untuk diangkat menjadi pemimpin, sedangkan kita tidak langsung mengerti kesusahan orang2 yang kita pimpin? (disebabkan lahir dan besar kita dalam dunia yang indah, mewah)

-apakah yang ingin kita juangkan jika kita tidak lansung mengerti apatah lagi memahami pun tentang dasar perjuangan yang dilaung-laungkan?

-apakah yang ingin kita ubah, bilamana hidup kita telah senang lenang dan tidak memerlukan apa2 perubahan?

-apakah yang ingin kita bentuk dalam kepimpinan jika kepimpinan kita bukan datang dari kita tapi hanya mengikut telunjuk si perdana?

-saya telah lama kecewa dengan kerajaan yang diterajui Dollah, makanya saya juga tidak mahu kecewa menyokong calon dari suku sakatnya

-saya sokong Mukhriz krn mungkin beliau dapat melakukan perubahan
-saya sokong Izzah atas semangat dan kesungguhan yang beliau tonjolkan
-untuk KJ, saya hanya nak ucapkan 'boleh jalan'

Aziz said...

Datuk,
Saya sudah tidak mempercayai UMNO lagi.
Jengan jelas terbukti pemimpin2 UMNO yang tamak telah merompak hasil negara sewenang2-nya.
Sifat bongkak pemimpin2 UMNO antara kenapa saya memangkah pembangkang kali ini.
Tidak mustahil pada PRU ke 13 saya akan terus memangkah pembangkang dan akan memastikan negara ini jatuh sepenuh-nya kepada pihak pembangkang.
Saya berdoa kepada ALLAH yang maha berkuasa agar menghancurkan pemimpin2 UMNO dan di-akhirat kelak saya akan menuntut hak saya daripada pemimpin2 UMNO yang sekian lama menipu rakyat jelata.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).