Tuesday, March 04, 2008

Blog Sebagai Ruang Demokratik Massa

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEORANG aktivis Umno di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang lama saya kenal menyatakan kehampaannya kepada saya kerana “laman-laman berita Internet dan blog-blog berat sebelah.”

Katanya laman-laman berita Internet dan blog-blog lebih memihak kepada pembangkang dan tidak adil kepada Barisan Nasional dan Umno.

Saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana melayari laman-laman berita Internet dan blog-blog. Saya sendiri agak terperanjat mendapati banyak penggiat Umno yang segenerasi dengan saya yang melayari laman-laman berita Internet dan blog-blog.

Jadi tidaklah tepat anggapan bahawa semua pembesar dan aktivis Umno generasi saya yang buta IT atau hanya generasi muda yang celik IT.

Saya tidak berhasrat bercakap bagi pihak laman-laman berita Internet dan blog-blog lain. Saya hanya boleh bercakap mengenai blog ini.

Tetapi sebelum itu saya ingin menyebut bahawa aktivis Umno itu terdiam apabila saya merujuk kepada liputan media massa arus perdana – akhbar, televisyen dan radio.

Saya bertanya kepada beliau, apakah media massa arus perdana yang dimiliki atau dilesenkan oleh pemerintah adil dan tidak berat sebelah?

Blog ini bukanlah blog berita atau kempen. Ia lebih berupa laman untuk menganalisis isu semasa, peristiwa dan perwatakan – isu-isu seperti politik, ekonomi dan jenayah.

Contohnya mengenai kenaikan kadar jenayah dan kenaikan harga barang-barang pengguna.

Peristiwa-peristiwa seperti tunjuk perasaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), kempen pilihan raya bersih (Bersih) dan pemancaran koridor-koridor mega ekonomi oleh pemerintah.

Dan hal-hal yang berkaitan dengan perwatakan seperti perwatakan Perdana Menteri dan pembesar-pembesar politik lain termasuk soal kemunculan mendadak Khairy Jamaluddin sebagai aktivis Umno dan broker kuasa.

Adalah di luar kawalan saya jika ramai daripada yang mengulas dan berbahas adalah mereka yang mempunyai isu atau sungutan terhadap pemerintah, pembesar dan parti-parti politik pemerintah.

Ini adalah ciri blog. Ia adalah ruang demokratik untuk sesiapa sahaja yang mahu membaca dan bersuara.

Saya tidak boleh menyekat orang yang tidak sependapat dengan pemerintah daripada membaca blog ini dan membuat ulasan.

Begitu juga saya tidak pernah menyekat orang yang pro-pemerintah daripada membaca dan membuat ulasan mempertahankan dan menyokong pemerintah.

Malah, banyak juga pembahas blog ini yang membuat kritikan dan serangan peribadi terhadap saya yang saya siarkan. Ini adalah antara antara ciri blog. Semua orang bebas bersuara asalkan tidak melampaui batasan.

Akhir sekali, saya maklumkan kepada aktivis Umno itu bahawa blog ini adalah daya usaha peribadi saya seorang diri. Saya yang membiayainya, saya yang menulisnya, saya yang menyuntingnya dan saya yang menjadi “moderator”nya. Tiada orang atau pihak lain yang terbabit.

Lagi pun, kalau benar seperti kata seorang pembesar pemerintah iaitu para blogger hanya “syok sendiri” tidaklah ada apa-apa yang hendak dirisaukan. Biarlah blogger syok sendiri.

Terima kasih.

58 comments:

anakbuah said...

Dato',

"Tetapi sebelum itu saya ingin menyebut bahawa aktivis Umno itu terdiam apabila saya merujuk kepada liputan media massa arus perdana – akhbar, televisyen dan radio.

Saya bertanya kepada beliau, apakah media massa arus perdana yang dimiliki atau dilesenkan oleh pemerintah adil dan tidak berat sebelah?"

# Kita dah pun komen tentang ini dlm posting2 Dato' yg lepas. Saya masih ingat lagi komen Sdr puyut. Mcm ni la Dato', saya tidak dpt bayangkan kalau nasib saya sama dgn mereka2 dan org2 kampung yg tidak dapat akses email atau internet dlm masa sekarang ni. Kalau la saya berada dalam negara sekarang, agaknya setiap kali saya baca akhbar, tekak saya akan mula loya....saya 'on' pula radio/tv, saya akan loya teruk dan akhirnya terus muntah sampai lendir hijau!!!

# Ambil kata anak tadika saya bila leka menonton: "Babah, safety violation! Don't watch too much TV"...especially NOW kot?!

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya melayari blog setiap hari. Ada blog yang anti pemerintah dan tidak kurang juga blog yang anti pembangkang. Namun saya tidaklah membabi buta menyokong mana-mana pihak. Kita ada akal - maka gunakanlah akal itu.

Blog wujud kerana adanya orang yang "syok sendiri" macam kita. Nak tulis pasal cinta, kita ni dah tua. Jadi kita tulis lah pasal hal ehwal semasa yang menyentuh kepentingan kita dan keluarga kita. Perkara-perkara yang kita prihatin.

Soal takut kepada blog tidak harus wujud. Kerana semua pihak mempunyai peluang yang sama untuk berbahas di dalam mana-mana blog.

Saya setuju dengan pendapat Datuk terhadap kewujudan blog sebagai wadah demokrasi alam maya.

Selamat mengundi.

Salam Datuk.

fendy_ahmad said...

Salam Buat Datuk AKJ yang saya sungguh kagumi lagi hormati, juga sejahtera buat pelayar sekaliannya,

Saya memulakan weblog saya pada akhir 2006 setelah tertarik dengan weblog Datuk Scribe ini, maka saya mula bersemangat dan teruja untuk mempunyai sekaligus mengendalikan weblog milik saya sendiri.

Seandainya ada pihak-pihak tertentu yang menganggap penulis blog adalah golongan syok sendiri maka itulah yang selayaknya, saya terima seadanya. Adalah emnjadi hak kita semua penulis blog untuk mencoretkan apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran, juga berlandaskan analitikal peribadi masing-masing.

Kepada yang bestari mesti sedar dan siaga bahawa terdapat pelbagai kategori penulis blog dan tidaks emua blog mampu 'mencuri perhatian' para pelayar Internet. Andai ada blog yang mempunyai pengikutnya masing-masing, maka tidak sesuailah rasanya hendak dipanggil penulis blog itus ebagai 'syok sendiri.'

Jangan nanti dikatakan, pihak yang mendakwa itu sebenarnya 'takut dengan bayang-bayang sendiri...'

www.fendy1982.blogspot.com

Roti Planta said...

Dato'

Malam tadi seperti malam-malam sebelum ini saya hampir termuntah apabila menonton TV saluran nasional. Pada rancangan TV7 sebelum berita Jam 8, calon BN/UMNO bagi Parlimen Tumpat apabila ditermuramah beliau berkata; (lebih kurang gini)

"Saya dan peraih undi BN berkempen dari rumah ke rumah dengan membawa dan menerangkan Manifesto BN dan Manifesto BN Kelantan berlainan dengan peraih undi PAS yang memberi duit , beras dan gula apabila berkempen dari rumah ke rumah"

Ha haha hahaah, betapa munafiknya bakal wakil rakyat yang ingin diangkat oleh BN Tumpat sebagai MP.

Mana lagi akan ku dapat calon yang mempunyai kreabiliti? Adakah ciri-ciri wakil rakyat adalah mereka yang munafik (berbohong), hipokrik, kaya (untuk tabur duit), membuat propaganda, menutup mulut lawan dan lebih teruk lagi mesti beristeri cantik!! (seperti kata Radzi Sheik Ahmad).

Saya berpesan kepada diri saya dan semua orang Islam untuk membaca kitab bagi mendapat panduan untuk memilih pemimpin yang baik.


TQ/ roti planta

ibn_nukman said...

betul tu dato'.

mardhiah said...

Betul tu Datuk,

Saya ambil blog sebagai ruang untuk "syok sendiri dan syok dengan kawan-kawan, dan terapi minda". Blog sebagai gaya hidup anak-anak urban. Suka-suka dan berkenal-kenalan, untuk membunuh kesunyian, itu saja. Kami bukan mau rampas kuasa. Yang mereka mau susah hati tak tentu pasal itu kenapa ye?

Pakcik FA said...

Dato'

Sejak pengumuman tarikh pilihanraya, saya dah 'puasa'kan mata dan telinga saya daripada menonton berita.Saya rasa para editor dan penerbit TV sekarang ni benar-benar merendahkan pemikiran saya dan kawan-kawan saya melalui iklan promosi "Mengundilah untuk Malaysia". Saya tak dapat bayangkan bagaimana kalau parti pemerintah menang PRU kali ini.Kalau sekrg pun dah tinggi melangit mencanang kejayaan yg baru memerintah 4 tahun sedangkan sepatutnya biarlah masa dan waktu yang menceritakan bagaimana kejayaan seseorang itu.

Pengundi Parlimen P115

kristal said...

dato kj,

saya baca berita di MSM. saya baca tulisan di blog. tidak semua berita di MSM atau tulisan di blog benar. terpulang kepada kita untuk menilai atau menerima berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan.

cuma bezanya antara MSM dan blog ialah penggunaan ayat dan bahasanya. kebanyakkan komen di blog terlalu melampau ayat dan bahasanya serta terlalu taksub dalam penyataannya. adakah patut kita panggil orang lain bodoh kalau kita tidak bersetuju dengannya?

dato kj,

masyarakat kita masih belum begitu bersedia untuk berdebat atau berhujah secara sihat dan berhemah. kita masih terlalu taksub dan emosi dalam perbincangan dan perdebatan sehingga fakta dan hakikat tidak dihiraukan.

dato kj,

kali ini saya akan undi calon dari dua parti yang berlainan untuk dun dan parlimen kerana faktor calon yang tidak saya senangi.

Mahathir said...

Apa yang berlaku sekarang, media perdana tidak memberi ruang yang adil untuk pihak pembangkang mengutarakan isu. Tidak aneh untuk mereka bertempur di alam maya.

Kadang-kadang saya terfikir, (dari sudut yang lain)macam mana pembangkang nak buat iklan di tv, radio arus perdana kalau apa yang mereka buat selama ini lebih ketara mengutuk orang dan tidak membawa kemajuan yang realistik di tempat mereka berkuasa.

Apa yang hendak mereka ketengahkan?

Betul tak?

Ultraman Taro said...

Dato'

suruh lah depa bukak blog sendiri ( free )and lepas tu tengok berapa banyak hits yang depa dapat.

Ambilkira sekali MSM dan segala jentera BN yang sedang digerakkan.

Lepas tu jumlahkan semua kos tersebut dan bandingkan dengan kos menjalankan blog.

Lepas tu buat analisa kenapa jentera BN "syok sendiri".

Tu pun depa tak boleh pikiak ka ?

sheppard said...

Salam kepada semua,

"Syok sendiri". Saya telah ke langkawi baru-baru ini untuk bertemu dengan rakan lama. Kebetulan bertemu dengan seorang rakan dari German yang datang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Kami berbual panjang dan saya bertanya pendapat mereka mengenai Malaysia. Mereka ketawa, kerana kata mereka, Malaysia suka membuat sesuatu dan syok sendiri.Seperti yang terpanjang di dunia, angkasawan tumpang dan lain-lain lagi.

Bagi mereka Malaysia masih tidak menyelesaikan perkara-perkara asas lagi dan ia tidak sepadan dengan apa yang dikecoh-kecohkan.. SYOK SENDIRI. Malu.

Blow d' whistle said...

betul tu Tok

biarlah kita syok sendiri kan!

diorang nak risau apa? kita bukannya ada impak pun kan!!!

TAHU TAK PER!

su-kj said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Wah Datuk..sekarang Datuk kena pandai jaga-jaga diri kerana orang ramai sudah panggil Datuk....'KJ'?

2. Datuk tolong maklumkan kepada aktivis umno yang dimaksudkan itu jika nak tahu blog yang tak berat sebelah sila rujuk blog saya...http://www.penyokong-kj.blogspot.com

3. Walaupun kita dikatakan syok sendiri tetapi pada pendapat saya idea dan buah fikiran yang dimiliki oleh blogger itu adakalanya lebih baik dan bernas daripada sesetengah Menteri, Tim Menteri dan Wakil Rakyat yang ada pada hari ini.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

ingin tahu said...

Dato,

Atas dasar blog sebagai ruang demokrasi massa dan pengalaman Dato sebagai bekas Ketua Editor MSM, saya ingin bertanya apakah akan ada kaitan kelak antara terlepasnya tahanan JI di Singapura dengan Keputusan PRU 12 yang akan datang.

Setahu saya bukan senang untuk terlepas dari kawalan pihak keselamatan di Singapura waimah atas jenayah yang sekecil mana pun pun.

Mungkin soalan saya agak "jauh" tetapi saya agak mushkil dalam hal ini.

zeme said...

Salam Dato',

Dari sudut pandangan dan pemikiran positif zaman kini, saya melihat internet dan blog² satu bentuk medium perantaraan berkesan sebagai medan berdiskusi yang lebih dihalusi, ruang penerangan yang pantas dan demokrasi. Kalau tidak masakan PM kita sendiri menwujudkan laman www.warkahuntukpm.com.my kalau kita tidak melihat ia sebagai bentuk yang positif kehadapan?

A KADIR JASIN said...

Sdr Ingin Tahu, antara lain, menulis: "saya ingin bertanya apakah akan ada kaitan kelak antara terlepasnya tahanan JI di Singapura dengan Keputusan PRU 12 yang akan datang."

Saya tidak nampak bagaimana terlepasnya tahanan Jemaah Islamiah dari genggaman tangan besi Singapura ada kaitan dengan atau bakal mempengaruhi pilihan raya kita.

Bagi saya, ia membuktikan yang kehebatan Singapura yang begitu dikagumi oleh sesetengah pembesar dan rakyat Malaysia bukanlah mutakhir. Singapura juga negara manusia.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah benarkah tahanan JI itu bolos atau "diserahkan" kepada pihak ketiga seperti CIA dan Mosaad misalnya?

Saya rasa CIA dan Mosaad pun ingin "berbual-bual" dengan ramai tahanan ISA Malaysia yang dituduh ada kaitan dengan keganasan dan penyeludupan kelengkapan nuklear.

Terima kasih.

Roti Planta said...

Dato, adakah,.....

Kita berharap media bercakap benar?,
Kita menganggap blogger bercakap benar?
tetapi
Kita telah tahu mahkamah pun sekarang sudah tidak bercakap benar!

Jadi kebenaran adalah bagaimana kita menerima apa yang diperkatakan.

Bagi saya yang pasti, PakLah 'sudah tidak bercakap benar'

/roti planta

tipulagi said...

MSM adalah tempat untuk kerajaan sekarang membuat iklan, meraih undi, berkempen keseluruh pelusuk tanah-air tanpa perlu turun padang. Tidak ada ruang langsung untuk parti selain BN berkempen atau mengiklankan parti mereka di MSM.

Tidak sama di alam maya (internet) ini. Semua orang bebas berkempen, menulis, bercerita, berbahas. Tiada sekatan untuk mana-mana parti pun memberi pendapat dan berkempen. Jadi kalu rasa terlalu ramai pembangkang di alam internet ini yang membuka blog. Ada macam2 kemungkinan
1. Orang BN ramai buta IT berbanding pembangkang.
2. Orang BN yang membangkang menjadikan internet sebagai platform untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana mereka terpaksa menjadi YES TUAn dialam nyata.
3. Orang BN hanya pandai disogok oleh MSM saja, tidak pandai mencari alternatif untuk mengembangkan minda seperti ayam daging.

sembang-sembang said...

Sudah menjadi kebiasaan terdapat sekurang-kurangnya 2 versi cerita untuk setiap kejadian.
Versi cerita mana yang betul adalah tertakluk kepada sudut mana yang di lihat.
Jadi kalau hanya ada satu sahaja versi cerita, maka hukum alam telah dicemari.
Setiap kali hukum alam dicemari ianya akan mengundang bencana.
Kewujudan penyokong dan pembangkang di dalam sistem demokrasi adalah dianggap perlu dan 'healthy'.
Kalau semua sokong sahaja, itu bukan demokrasi namanya.
Kalau media 'main stream' sokong, jadi yang tak 'main stream' perlu bangkang atau tentang. Itu baru demokrasi.
Kalau ada yang tak faham, terutama yang dianggap veteran politik, dia mungkin kena sambung belajar lagi kut?

toksidang said...

Datuk kata --> ""saya ingin menyebut bahawa aktivis Umno itu terdiam apabila saya merujuk kepada liputan media massa arus perdana – akhbar, televisyen dan radio."" ....

Mujur datuk memberitahu perkara tersbut kpd aktivitis tersebut...ini menunjukkan kebanyakkan orang melayu UMNO hanya menjadi pak turut sahaja... tanpa berusaha untuk membuka minda dengan alasan orang2 lain seperti kata "tipulagi" --> Orang BN hanya pandai disogok oleh MSM saja, tidak pandai mencari alternatif untuk mengembangkan minda seperti ""AYAM DAGING"". ;-)

cre8tif said...

salam dato,

why BN should fear about blogs ?

after all, seperti kata menteri Zam-zam ala-ka-zam, internet itu dipakai untuk membeli-belah and membuat tempahan ticket kapal-terbang ;-) ...

biarlah-pengunjung blog sama penulis blog sekali *syok*syok* sendiri

bondi rescue said...

Datuk..
media massa Malaysia berkaitan kerajaan sememag berat sebelah, lagi2 di kala ni banyak utk parti kerajaan, untuk berkempen... kenapa UMno takut untuk benarkan open media...kerana sememang nya banyak sangat anasir durjana yg telah dilakukan....

bagaimana pula pengalaman datuk semasa dengan Nst yang memang ajent kerajaan...

ad said...

saya setuju dgn Dato',

bagi saya, para blogger melihat apa yg pembesar dan aktivis tidak nampak, atau berpura2 tidak nampak,atau nampak tapi melindungi sesuatu tu agar orang lain tidak nampak.Kami(para blogger) membuat analisis berdasarkan sentimen yg nyata wujud.

walaupun saya bukan pro pembangkang,tapi saya rasa banyak idea/fakta yang rasional yg boleh kita terima pakai.Maka, melalui blog sahajalah kami mampu mengutarakan apa yang difikirkan. mahu percaya atau tidak,mahu analisis atau tidak, terpulang pada pembaca.

zahari said...

kita dalam krisis identiti yang cukup meruncing. saya risau akan masa depan negara jika AAB masih menjadi perdana menteri lima tahun akan datang... kerana pengaruh budak mentah (Khairy) amat menakutkan.

undi tetap rahsia, tetapi biarlah tahun ini saya mengundi untuk membersihkan UMNO dari luar, kerana UMNO sudah tidak mampu auto troubleshoot dari dalam.

Undilah untuk Malaysia dan Undilah untuk masa depan negara... bukan untuk individu!

rakyat said...

SALAM DATO KJ..
cuba kita semua kira berapa banyak kos yg BN gunakan sebagai kempen mereka di tv dan surat khabar?
dari mana kah sumber modal yang mereka perolehi?

adakah semua tv dan akhbar dah diperalatkan?

fikirkanlah wahai rakyat malaysia..

saya sesekali tidak akan halalkan sampai bila2 jika mereka gunakan hasil cukai dari rakyat sebagai kempen mereka..

itulah yang sepatutnya rakyat malaysia bincangkan secara serius!

Anonymous said...

Dato'

ASKM semua. Saya nak jawab soalan Rakyat.

1. RTM milik kerajaan tak payah bayar. Pedulikan kalau RTM dibiaya dengan duit cukai rakyat. Rakyat tak tahu. Boleh ditipu.

2. TV3 dan swasta milik Media Prima hak Umno. Tak payah bayar. Duit datang dari pengiklan.

3. Astro kena bagi free sebab Ananda Krishnan takut hilang lesen dan hilang francais judi.

Pesara Angkasapuri '02

mamat said...

Assalamualaikum Datuk dan Semua,

Jikalau Blog dianggap sebagai sesuatu yang tidak kredibel maka apa sebabya PM kita melancarkan website khusus untuk beliau?. Apa bezanya antara www.warkahuntukpm.com.my dengan The Scribe A Kadir Jasin?.Tidak besar bezanya malah kedua-duanya menggunakan medium internet (medium penyampaian era 21). Soalannya kenapa BN bersungguh-sungguh untuk melancarkan website ini secara tergesa-gesa?. Mampukan ia dibaca oleh PM?. Mampukan ditunaikan segala kelohan, jikalau hanya satu permintaan takpe tetapi jikalau berjuta-juta?. Tidakkah ia akan menghampakan harapan rakyat jika tidak tertunai...entahlah.

Saya setuju bahawa bukan semua blog ada kredibilitinya. Itu bukan isunya. Yang semua kita perlu faham apabila melayari blog ialah keobjektifan dan keupayaan menyaring maklumat yang disiarkan. Itu kamampuan peribadi masing-masing. Makanya orang UMNO ke orang PAS ke perlulah mahir membuat penyaringan. Tak perlu disalahkan kepada Blog kerana blog adalahsaluran media alternatif yang terkini dan paling dekat dengan golongan Y Generation (dengan Izin).

Anita Kedah said...

Assalamualaikum Dato'

Sekali lagi izinkan saya menzahirkan padangan saya Dato'

PERKONGSIAN PERSEDIAAN MEMBUAT PEMILIHAN CALON PRU12

Sebenarnya sebelum saya menyiarkan artikel bertajuk SANTAPAN MINDA PRU12, saya telah merujuk pelbagai laman layar, yang pada masa kini melalui kaedah kemajuan ICT, telah membolehkan kita memuncakkan penelitian pandang, dengar dan rasa keluhan dengan jelas tanpa berjumpa dengan mana-mana peraih undi (jurujual) bagi mendengar celotehan serta omongan-omongan mereka. Ataupun pengaruh-pengaruh rakan dan taulan untuk kita ‘oblidgekan’ sikap sopan santun kita.

Perolehan makluman dan hebahan berita ini adalah disabitkan juga dari timbulnya perasaan muak dalam mendapatkan bahan berita yang seimbang yang asyik sangat disogok oleh sebelah pihak. (Maklumlah mereka menjuallah katakan)

Kemajuan dunia ICT, telah membolehkan kita untuk mendapatkan berita dari sepelusok tempat, tanpa perlu pergi kesana untuk mengiyakan secara saheh, dari penglihatan dan pendengaran akan sesuatu berita tersebut. Ianya juga mencakupi bidang tatapan yang meluas. Sumber perolehan boleh diseimbang dengan pandangan dan pendengaran yang zahir melalui laman-laman layer seperti YOUTUBE dan GOOGLE VIDEO.

Jadi sebagai PENGUNDI, yang saya rasa KITA semua adalah PELANGGAN yang mustahak, maka saya mula menjengah dan meninjau pelbagai sumber laman web dan blog-blog dari pihak bekas Parti yang Memerintah dan Parti-parti lain. Juga kelaman-laman web yang menyiarkan kuliah agama, sampel-sampel persidangan parlimen dan sebagainya untuk dibuat PENELITIAN PEMILIHAN, akan HAK saya untuk menyerahkan KUASA KONTRAK PERKHIDMATAN kepada Jurujual Daerah/Ketua Jurujual/Pertubuhan yang akan memberikan perkhidmatan mereka.

Saya sebagai seorang muslim, telah merujuk kepada laman-laman web youtube dan google video yang menyiarkan klip video yang menzahirkan pandangan-pandangan orang alim ulamak di kedua-dua belah pihak.

Berikut adalah himpunan catatan yang telah saya perolehi dan ingin berkongsi dengan sekian rakan pemerhati.

• Dalam satu laman Youtube; terdapat seorang MUFTI yang liberal pada pandangan saya menjelaskan ciri-ciri kepimpinan yang orang Islam perlu pilih ialah mereka mestilah yang beragama islam dan beriman lagi takwa kepada Allah SWT. Dan jika tiada kedapatan akan ciri tersebut, maka dipilihlah dari mereka yang sehampir rapat dengan keperibadian orang Islam, yakni tidak berbohong, menipu dan sebagainya. Maknanya orang yang bertuntutan agama.
• Dalam laman Youtube juga; saya memperolehi hebahan-hebahan media video yang mempertontonkan bagaimana satu puak yang dianggap alim, tetapi berceramah secara agresif hinggakan mengeluarkan kata-kata kasar, lagi memperapikan kata-kata permusuhan dan mempersendakan rakan sesaudara Islam. Persoalan – Adakah cara begini boleh dikira keperibadian seorang Islam?
• Dalam sebuah laman web jurno dan klip video Youtube juga; saya mendapati Parti MCA, UMNO dan MIC mengeluarkan ungkapan “Anda perlu mengundi parti Kita, untuk Kita mempertahankan dan memperjuangkan nasib bangsa kita”. Persoalan disini – nak berjuang dan mempertahankan dari siapa? Parti UMNO untuk Melayu, Parti MCA untuk Cina, Parti MIC untuk kaum India, nak memperjuangkan nasib kaum mana dahulu? Kalau difikirkan, Parti DAP dan PKR, ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai bangsa, cuma malangnya amat kurang orang Melayu yang menganggotai parti DAP. Manakala parti PAS yang memperjuangkan Islam mengizinkan ahli-ahlinya dari pelbagai bangsa tetapi menganuti perjuangan ISLAM. Oleh itu disini, siapa yang tidur bersama dan bermimpi lain-lain.
• Dalam laman Youtube juga; saya melihat beberapa petikan persidangan diparlimen, bagaimana seorang menteri yang diamanahkan dengan KUASA dari KITA, dengan angkuh mengatakan “Ini adalah kuasa saya sebagai MENTERI, untuk menutupkan 2 buah unit MRSM di Terengganu”. Keputusan itu diteruskan juga, walaupun dirayu untuk dibawak berbincang dengan kerelaan pihak yang lagi satu untuk menuruti sebarang tawaran. Keputusan tersebut pada pandangan saya, telah membelakangi aspirasi RAKYAT yang menginginkan kemajuan yang seimbang tanpa mengira agama, bangsa dan darjat. Dan keputusan menutup 2 buah MRSM itu dilaksanakan dengan mengorbankan harta wang RAKYAT disamping menyusahkan anak-anak kaum melayu. Keputusan itu dibuat oleh MENTERI dari parti UMNO yang mana UMNO bermaksud, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Manakala Cogankata Umno pula Ialah:- BERSATU - BERSETIA – BERKHIDMAT.

Dalam beberapa klip persidangan dewan undangan negeri dan parlimen lagi, saya dapati wakil-wakil rakyat ini, yang kita AMANAH KUASA dan HAK KITA, bersikap tidak professional dalam memperbahaskan hak-hak rakyat. Antaranya seperti, menggunakan dana WANG KERAJAAN dengan sewenang-wenangnya, mutu persembahan media RTM yang tidak berkualiti, bergaduh seperti kebudak-budakkan.
• Dalam laman Youtube juga; kita boleh mengenali keperibadian pemimpin yang ada. Contohnya perwatakkan dan kehidupan seorang ADUN Kelang, perwatakkan social Menteri Kesihatan, ADUN JASIN, malah Perdana Menteri sendiri. Jika dibuat perbedaan dengan Menteri Besar Kelantan yang hidup dengan penuh kesederhanaan, maka terpaparlah kita bagaimana HIDANGAN prospectus Jurujual-Jurujual dari pelbagai Parti ini, kebanyakkannya membawa kecemaran minda.

Mungkin kini tiba pula masa untuk kita perlu adakan dua set pemerintahan perbandingan untuk kita jadikan sebagai CITIZENS BENCH MARK. Bukan lagi cara dimana kita diugut, ditekan atau diperkotak katikkan oleh jurujual-jurujual yang tamakkan HAK KITA. Pada pandangan saya, ada juga kebaikkan untuk kita, agar jurujual-jurujual ini pulak kita jadikan sebagai BENCH INDEX untuk kita pula demand TAHAP yang terbaik buat diri kita semua.

Saya syorkan, tuan-tuan dan puan-puan yang biasa menggunakan hebahan berita ceramah, pandangan rakan dan saudara, serta media perdana yang sediaada, jangan lah cepat membuat penentuan. Gunalah kemudahan kemajuan ICT untuk menjangkau seluas-luasnya maklumat, melihat dan mendengar sejauh-jauhnya perkembangan terkini dalam membuat suatu penentuan terhadap masa depan KITA dan zuriat generasi kita, dimana kita akan serahkan bulat-bulat selama 5 tahun kepada orang yang bakal menjaga HAK kita. Carilah maklumat terperinci tentang wakil dikawasan anda. Setelah menentukan kredibiliti wakil jurujual kawasan anda, tentukan pula kredibiliti ketuanya dan pertubuhan yang mewakilinya lantas dibanding dengan petunjuk lain yang dibuat ukuran penentuan.

Dengan izin saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan para sidang pelayaran laman web untuk betul-betul merenung dengan penuh mendalam dalam menjulat PEMILIHAN KITA bersama.

Pergilah lawat semua laman web, laman media layar, dari pelbagai pihak yang pro bekas pemerintah atau yang menjunjung gagasan alternatif dan marilah kita sama-sama mendewasakan diri lagi MINDA kita, agar kita beroleh barang perkhidmatan yang terbaik untuk kita semua. Kenalilah erti KEMERDEKAAN (MINDA & HATI) yang sebenar, daripada di sogok dengan perasuah-perasuah jurujual-jurujual yang murah ini. Elakkan diri kita dari menjadi pengambil rasuah. Bersihkan masyarakat kita dan marilah kita bina kerajaan yang berhala tuju kepada BERSIH (Perjuangan Rakyat Sebenar).

Sekali lagi selamat mengundi dan salam hormat dari saya. Wassalam Dato’

Rocky's Bru said...

Tok Scribe,
Blog saya pun dituduh senget sebelah. Masalahnya, bila seseorang tu kritikal terhadap Pak Lah, anak menantu Pak Lah, dan kawan2 Pak Lah maka dia dicap berat sebelah.

Kalau blog dok puji diorang aje, beratlah Tok. Baik berat sebelah dari berat beb ...

Terimakasih.

Anonymous said...

Saya rasa di ketika ini perang saraf internet memainkan peranannya sebagai faktor utama untuk menjadikan rakyat lebih termaklum. Ini bakal mempengaruhi Pilihanraya kali ini. Masalah kita sebagai manusia sebanyak mana kita berbuat baik, nampak satu keburukan, buruk itulah akan sentiasa diperbesar-besarkan. Anugerah akal sepatutnya dapat mengatasi nafsu buruk seperti ini. Apakan daya kita hanyalah insanNYA yang hina.
Tapi adakalanya sesuatu faktor yang jijik dalam kepimpinan menyebabkan seluruh jentera itu lemah dan tiada sokongan. Kisah menantu no 1 malaysia ini yang telah melalui ' back to the future ' ini hingga menjadi calon dalam masa 5 tahun ini menjadi faktor jijik yang merosakkan keyakinan terhadap BN. Ramai yang telah berkorban selama ini untuk perjuangan akhirnya 'terkorban' tanpa di talkinkan. Sehingga kebaikan yang ada dalam kerajaan pun malas hendak di iktiraf.Pemuda yang bermula dari bawah melalui zaman gempur, memasang poster, dan lain-lain tidak dilalui oleh menantu no 1 ini. How smart is so smart? There are other people who smarter and more experiences than him in another sense.
Walaubagaimanapun blog yang matang adalah blog yang ikhlas tujuannya dan benar kandungannya. Sekiranya fitnah melampau dah jatuh dosa. For nothing je dapat dosa.Blog Datuk ini membuka minda pelayar ke dimensi yang lebih jauh dalam perjuangan mempertahankan negara kita yang tercinta. BN is the best formula for the country. Tapi sekiranya politik perkauman menjadi trend pilihan rakyat akibat kesilapan dalam perjalanan kepimpinan mentadbir, ini amat membahayakan keamanan negara.

mini clubman

noryn said...

Assalamualaikum Datuk,

Apabila ramai yang mengatakan yang bloggers2 ini adalah berat sebelah, terfikir saya sejenak,atas alasan apakah yang dikatakan bloggers2 ini berat sebelah.Apakah yang dikatakan berat sebelah itu datangnya dari komen2 atau kritikan2 kita kepada kerajaan dan Pak Lah pada hari ini?Jika benar tanda aras ini menjadi ukuran untuk mengatakan blogger seorang yang berat sebelah, bagaimana kita hendak menyatakan rasa tidak puas hati kita sebagai rakyat biasa kepada kerajaan?Adakah dengan membuat demonstrasi jalanan atau mengadakan perhimpunan haram bagi menyatakan rasa tidak puas hati kita sebagai rakyat kepada kerajaan?
Internet adalah salah satu medium yang membolehkan kita sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai apa2 jawatan untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.Apabila ramai menyatakan,untuk mengkritik atau komen terhadap kerajaan,perlulah kita menggunakan saluran yang betul bagi menyelesaikan setiap isu. Bloglah tempat yang paling sesuai. Cadangkan kepada saya, saluran apa selain blog untuk kita menyatakan kritikan2 kita. Jika ada, kongsi bersama.
Tetapi tidak semestinya setiap blog itu hanya mengandungi kritikan dan komen kepada kerajaan. Banyak yang boleh diperolehi dari blog itu sendiri.
Saya juga tidak menyatakan semua bloggers itu betul. Ada juga yang menyimpang dan menggunakan kata2 kesat. Malah ada sesetengah fakta boleh dianggap tuduhan lalu menjurus kepada fitnah. Itu saya tidak nafikan. Malah, bagi saya,rakyat Malaysia tidak akan tertipu dengan mudah kepada bloggers yang mempunyai ciri2 ini.
Sejak beberapa hari ini, saya banyak sekali melihat di akhbar2 utama dan stesen2 TV yang banyak digunakan kerajaan sebagai jentera pilihanraya mereka. Adakah mereka juga berat sebelah?Jika benar, tidak ada apa2 perbezaan antara kerajaan dengan bloggers.
Mungkin ramai yang boleh menyifatkan kata2 saya ini menjurus ke arah pro pembangkang. Tidak semestinya seseorang yang mengkritik kerajaan itu adalah datangnya dari pembangkang. Bagaimana pula dengan peranan BBC di dalam Parlimen?Adakah mereka juga dianggap berat sebelah kerana antara idea asal penubuhan BBC untuk juga mengkritik kerajaan jika berlaku sesuatu yang dianggap tidak munasabah oleh keputusan yang dibuat kerajaan mengenai sesuatu isu.
Pengkritik juga perlu di dalam kerajaan. Pengkritik2 ini akan berusaha untuk menegur atau menyedarkan kerajaan( saya tidak tahu pula kalau2 BBC sudah tidak memainkan peranan mereka sekarang). Apabila perlunya pengkritik2 di dalam kerajaan, maka timbullah bloggers yang datangnya dari rakyat biasa. Tidak semestinya mengkritik itu semata2 untuk menjahanamkan sesebuah negara.Kritikan boleh memperbetulkan keadaan.
Akhir sekali, ingin saya bertanya semua :
1.ADAKAH MEREKA LEBIH SUKA KEPADA PROTES JALANAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KRITIKAN MELALUI BLOG?
2.APA SALURAN YANG BETUL YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH RAKYAT BIASA UNTUK MENGKRITIK KERAJAAN SELAIN DARIPADA BLOG?
3.BENARKAH KERAJAAN HARI INI LEBIH TELUS, CEKAP DAN JUJUR TANPA PERLU SEBARANG KRITIKAN?


sekian,
kepada semua warga UNITEN, selamat menduduki peperiksaan akhir pd 24/3nanti.

Red84 said...

The Scribe,

Blog
(blip!)

Apa hal?
Dakwat dah datang?
Siapa dapat tender dakwat spesial?
laa... ini mesti indian workers punya kerja

siapa dapat tender
cadangan divine intervention
di jerlun?

tauk batu dalam sungai
ikan nanti keluaq?
dak! duit yang keluaq

(di jerlun ada sungai?)
kena tanya budak-budak
dekat changloon universiti

Anita Kedah said...

Assalamualaikum Dato'

Izinkan saya berkongsikan santapan minda dalam ruangan yang ada kaitan pada topik ini. Dengan Izin...Dato’

Pengenalan : Saya adalah RAKYAT yang tidak menjadi AHLI kepada mana-mana parti. Walaupun saya pernah memohon untuk menjadi ahli kepada sesuatu parti, entah dimana silapnya…permohonan saya itu senyap hingga kini. Saya telah mengundi buat kali 3 dan ini bakal menjadi kali ke4 dalam hidup saya.

Tidak menjadi RAHSIA, bahawa sebelum ini saya acapkali mengundi bekas parti pemerintah (BN) kerana berhajatkan kepada kemajuan pembangunan. Namun, kini selepas bertahun-tahun menghadapi dunia kemajuan, saya disentak dengan suatu persoalan iaitu, kenapa LAGI KUAT saya menyokong parti terdahulu, lagi banyak kesusahan yang menimpa diri saya.

Setahu saya, hasil mahsul Negara kita seperti minyak, getah, kelapa sawit, jelapang padi yang luas, persisiran laut yang sekeliling lagi luas, hutan balak yang masih banyak, yang entah berapa tinggi nilainya, kemajuan sains dan teknologi yang semakin dipelupori oleh anak bangsa kita, kenapa kenikmatan hidup dewasa kini nampaknya semakin sempit lagi dihimpit. Kemanakah perginya peluang-peluang yang harus diadakan buat kita semua.

Seperkara lagi persoalan saya, kenapa dengan SUMBER PERIBUMI kita yang banyak ini, kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh bekas parti pemerintah terdahulu, semakin meningkat hutangnya kepada kerajaan Persekutuan, manakala keadaan disatu pihak lagi iaitu parti yang memerintah kerajaan negeri kelantan pula hutang negeri semakin rendah? Kemanakah perginyaa hasil mahsul ini?

Saya percaya dewasa kini, kita semua melalui kos sara hidup yang makin meningkat. Perjalanan kesana kesini semakin sesak lagi bertambah kos perbelanjaannya. Lagi kita pangkah bekas parti pemerintah, lagi tinggi yuran pelajaran anak-anak mahupun dari sekolah rendah, menengah ataupun universiti (sudah tu kita perlu pula menyokong kemudahan pinjaman wang pendidikan, agar anak kita boleh berjaya. Bila berjaya, dikatakan pulak sekolah/institiusi pengajian atau pengetua atau guru tersebut adalah yang terulung, walaupun kita ibubapa kanak2 tersebut yang berusaha mengeluarkan perit peluh dan wang untuk menghantar anak kita kepusat tuisyen atau membayar yuran PIBG bagi kemudahan tuisyen). Keselamatan anak kita pula dipersalahkan kepada kita juga sepenuhnya, tanpa mengira perancangan prasarana yang kondusif lagi selamat. Adakah pihak yang mengurus/berkhidmat keatas Negara kita ini tahu bahawa KITA yang memberikan amanah kepada mereka setiap kali PRU, permintaan mereka itu kita tunaikan dengan sepenuhnya (majority 90%+).

Oleh itu izinkan saya Dato’ sekali lagi untuk membentangkan pendapat saya dibawah untuk tatapan semua dimana topik ini adalah amat berkaitan. Dengan Izin…dan terima kasih terdahulu Dato’

SANTAPAN MINDA PRU12 – UNTUK PELANGGAN YANG BERNAMA RAKYAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sidang bloggers sekelian.

Pembubaran Parlimen:

Pembubaran parlimen beerti penamatan semua kuasa ahli dewan undangan negeri dan parlimen, yang bermaksud pentadbiran kerajaan sekarang dipimpin oleh satu kuasa pimpinan penjaga (Caretaker). Oleh demikian, ini bermaksud bahawa tiada bentuk kuasa kerajaan maka dengan itu tiadalah ada ungkapan bagi maksud parti kerajaan atau parti pembangkang. Yang wujud adalah parti-parti yang bertanding. Ada parti-parti yang bergabung dan yang bekerjasama. Kuasa ketika ini sebenarnya terletak kepada Rakyat dan Rakyat perlu sedar akan kehendak mereka.

Dalam situasi PRU12, terdapat berbagai parti yang memancing Undi. Mereka ini adalah ibarat seperti Jurujual (Salesman). Dan di dalam suasana sekarang terdapat beberapa puak yang antaranya di wakili oleh pertubuhan-pertubuhan besar, pertubuhan-pertubuhan sederhana besar yang bergabung mahupun individu-individu persaorangan (contohnya : Barisan Nasional, Parti PAS, PKR, DAP dan calon bebas) yang cuba mempromosi produk mereka. Oleh yang demikian, kita para PENGUNDI adalah PELANGGAN yang mustahak dan penting yang bakal menentukan pemilihannya.

Oleh yang demikian, ketika anda menghadiri sebarang ceramah/sidang layar maya, maka Perlulah Anda Beringat, iaitu: TIDAK PATUT adanya gelaran PARTI KERAJAAN/PARTI PEMERINTAH/PARTI PEMBANGKANG. Yang ada hanyalah parti-parti yang ingin menjual PRODUK mereka sahaja dan kita perlu membuat PEMILIHAN YANG TEPAT dan BIJAKSANA.

KRITERIA PEMILIHAN OLEH SESEORANG PELANGGAN

Buat pertama kalinya, Pelanggan perlulah mengetahui apa yang dia ada/mampu untuk dia membuat sebarang pembelian. Disini, pelanggan perlu mengetahui kemampuan dana/kekayaan yang dia ada untuk dia memberikan tawaran kontrak tersebut kepada pemilihan produk yang ingin dibeli. DAN BUKANNYA kemampuan Penjual yang ingin menawarkan PRODUK, sebab mereka hanya mempunyai bidang khidmat, manakala PRODUKNYA adalah BARANGAN HAK KITA semua. Negara KITA kaya dengan pelbagai sumber hasil. Diibarat KITA mempunyai sebidang besar tanah yang dipunyai oleh pelbagai sumber dan dimiliki oleh sekian ramai pemilik yang bernama RAKYAT WARGANEGARA MALAYSIA. Oleh itu janganlah sekali-kali para Jurujual cuba memandai-mandai menyogok kita dengan janji-janji palsu atau sogokan wang ringgit, sebab NEGARA ini adalah milik KITA. Gerannya kini ditangan KITA dan mereka tidak sepatutnya memberi SOGOKKAN dalam apa benda sekalipun. Jurujual yang menyogok akan menyebabkan KITA menjadi WARGANEGARA yang BERASUAH dan TIDAK BERMORAL. Janganlah KITA sebagai pemilik NEGARA ini mengizinkan MARUAH kita menjadi terlalu RENDAH dan KEJI.

Didalam menentukan kriteria pemilihan, saya menggambarkan bahawa kita semua berada dalam suatu kawasan perkampungan yang mendiami beberapa blok kediaman. Terdapat blok-blok kediaman yang mempunyai prasarana yang lengkap dan yang perlu dilengkapi lagi dengan kemudahan dan situasi sekeliling yang sepatutnya menyenangkan KITA sebagai pelanggan. Maka dengan itu, kita perlulah memilih PERKHIDMATAN yang terbaik untuk diri KITA. Malangnya KITA sebagai PELANGGAN di sogok dengan aspirasi dan mimpi indah yang amat pelbagai hinggakan KITA sendiri terpinggir oleh KEHENDAK yang terbaik untuk PILIHAN KITA sendiri. Ini ditambah pula dengan KETIDAK FAHAMAN KEPERLUAN dan KEMAHUAN yang jauh berbeza diantara sesuatu kaum.

Oleh yang demikian, KITA sebagai PELANGGAN yang PENTING LAGI MUSTAHAK, perlulah berfikiran MATANG selepas melangkaui batas 50 tahun kemerdekaan, harus menjuruskan KEPERLUAN dan KEMAHUAN kita kesuatu TAHAP KEPUASAN LAGI MAKMUR agar ianya mencakupi semua bahagian aspek kehidupan kita dan generasi-generasi yang akan datang. Sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, saya fikir, KITA memerlukan perkara-perkara berikut, jika boleh saya syorkan:

• Perkhidmatan Yang Cekap, Bijaksana dan Mesra.
o Perkhidmatan yang berlandaskan kecekapan mengendali, mengusaha dan meningkatkan kualiti dan kuantiti hidup dari SUMBER BUMI KEPUNYAAN KITA.
o Perkhidmatan yang bijaksana keatas SUMBER BUMI KITA pula haruslah diusaha dengan penuh jiwa semangat RAKYAT, tanpa mengira agama, bangsa dan kepartian.
o Perkhidmatan mesra pula haruslah digembeling dengan nilai-nilai murni adat kesopanan KITA, dengan menolak sikap sombong dan bongkak lagi angkuh.
• Perkhidmatan Yang Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Hidup
o KITA umumnya gusar dengan KEPASTIAN MASA DEPAN KITA dan GENERASI KITA. Oleh demikian Jurujual-jurujual yang akan ditawarkan KONTRAK PERKHIDMATAN ini yang akan dipegang konsesinya selama 5 tahun kemudian, perlulah mengadakan PERANCANGAN JITU, dan bukannya JANJI-JANJI MANIS Jurujual sahaja. Mereka seharusnya memperjelaskan kemana arah tuju masa depan kita dengan disemak oleh kualiti indeks (sebagai Bench Mark) untuk KITA semua TELITI. Disini silalah BUKA MINDA, MATA dan HATI tuan-tuan dan puan-puan untuk memperbandingkan yang mana satu asli, diantara yang dibuat, dicakap dan hasil yang dilihat.
o Kita juga perlu memperincikan PEMILIHAN sedalam-dalamnya dengan meneliti keperibadian Jurujual Daerah, Ketua Jurujual dan Pertubuhan yang bakal menyediakan perkhidmatan mereka. Jika Pertubuhan berkemampuan, tapi Jurujual daerah tidak boleh memberi khidmat yang baik, seperti memekakkan telinga, lebih baik kita cari jurujual lain. Dan jika Jurujual Daerah mesra dan baik, tetapi polisi ibupejabat pertubuhan pulak memekakkan/melengahkan tuntutan kita, juga perlu kita tolak.
• Perkhidmatan Yang menjuruskan kepada KEMAKMURAN dan KESEJAHTERAAN.
o Untungnya apabila KITA sebagai PELANGGAN dapat dipersembahkan dengan dua set PERBEDAAN PILIHAN yang boleh kita buat sebagai ukuran. Barulah kita beroleh KEBIJAKSANAAN untuk memikir dan memilih dan bukannya diBUTAKAN oleh aspirasi sehala sahaja selama 50 tahun. Barulah ini memberikan MAKNA MERDEKA, iaitu tidak dijajah minda oleh satu perspektif sehala sahaja.
• Akhir sekali, Perkhidmatan Yang Membawa kepada KEBERKATAN.
o KITA harus menilik kembali SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA, dimana TAMADUN MANUSIA bermula dari PEMBANGUNAN SAHSIAH MINDA yang dicetus oleh fahaman AGAMA. Keseluruhannya bermula dari kawasan ASIA. Oleh itu insan manusia yang dari cerok Asia ini, samaada Cina, India, Arab dan lain-lainya mempunyai pegangan kepercayaan Agama yang kuat. Maka demikian sebagai kaum puak yang berlainan bangsa dan agama, rasanya tidak menjadi masaalah bagi mengaspirasikan impian KEBERKATAN dalam mencari matlamat kehidupan mereka.
o Oleh demikian, kita sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, perlulah mendesak para Jurujual yang ada, agar tidak sekali-kali menokok iklan-iklan pembangunan, mengejar kemajuan dan sebagainya yang mana mereka tidak mempunyai sebarang ikatan keatas GERAN yang ada pada KITA sekarang. Hanya kita yang boleh memilih dan meneliti kualiti-kualiti kebolehan yang terpampang dimata, telinga dan hati kita untuk dibuat PEMILIHAN. Dan model-model yang boleh diunjurkan terdapat diNegeri Kelantan dan Negeri-Negeri Lain seterusnya untuk dibuat perbandingan. SILALAH BUAT PENELITIAN YANG TERBAIK buat sesame kita. Disini, mungkin adanya RAHMAT bila kita boleh membuat perbandingan, ANDAIKATA tiada model yang disediakan, maka pencarian untuk mencari KEPASTIAN adalah dengan pandangan sebelah/sehala sahaja.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan “SELAMAT MENGUNDI”, jadilah PELANGGAN MUSTAHAK, janganlah MASA DEPAN dan MARUAH kita mudah DIPERKOTAK KATIKKAN, lagi DISOGOK dengan JURUJUAL yang KORUP. JANGANLAH KITA KENA JUAL dan JADI PENGAMBIL RASUAH. (BY RIGHT ANYONE WHO OFFER US BRIBES, SHOULD BE KICK IN THEIR BUTT. NO POINT TO REPORT TO THE POLICE FOR NOW… U KNOW WHAT I MEAN. LET THEM KNOW THAT WE REALLY MEAN BUSINESS THIS TIME AROUND)

Sekali lagi selamat mengundi dan salam hormat dari saya. Wassalam dan salam sejahtera buat Dato' dan sekelian sidang maya.

aaalee2000 said...

Semekom Pak Kadir,

Minta maap la kalau marah, dulu masa Pak Kadir kat NST bahu tak senget ka. Saja nak tanya kalau tak mau jawab pon tak pa.

A KADIR JASIN said...

Sdr Bondi Rescue, antara lain, mengulas: "bagaimana pula pengalaman datuk semasa dengan Nst yang memang ajent kerajaan..."

Sdr Aaalee2000, pula berkata: "Minta maap la kalau marah, dulu masa Pak Kadir kat NST bahu tak senget ka. Saja nak tanya kalau tak mau jawab pon tak pa."

Pada mulanya saya tidak berhasrat untuk respons kepada soalan peribadi begini. Tak mahulah besar-besarkan diri, masuk bakul angkagt sendiri.

Tapi sebab banyak yang tanya, eloklah saya jawab sikit.

Ya,berat sebelah. Tapi taklah sampit senget macam nak terbalik.

Kita bagi juga ruang kepada pembangkang. Kita hentam dia, dia hemtan kita balik.
Dia saman kita, kita saman dia.

Ikut kena ikut. Kita makan gahi. Tapi kenalah berpada-pada. Jangan membuta-tuli. NST misalnya tak siar sesetengah iklan kempen BN yang kutuk Anwar pada PRU 1999.

Tu pun bukan main marah budak-budak backroon BN. Mereka kata saya tidak "reliable".

Lepas PRU 1999 bila prestasi BN buruk, saya "kena panggil". Perkara biasalah tu. Lepas tu datang arahan.

Saya tak sanggup dan tak bersedia laksanakan arahan itu.Maka pada bulan Mei, 2000 saya pun berhenti.

Dengan saya berhenti, banyak kakitangan NST dan Berita Harian selamat. Sebagai ketua, aaya terima segala tanggungjawab. Saya tak salahkan sesiapa.

Tapi kalau kerana latar belakang saya, saya tak boleh bersuara, maka ramailah orang yang tidak boleh bersuara.

Tun Dr Mahathir tak boleh bersuara. Anwar Ibrahim tak boleh bersuara. Khalid Ibrahim tak boleh bersuara.

Lagi pun Sdr/Sdri kena juga ingat. Ini medium baru. Sdra/Sdri berani bersuara sebab ini medium baru dan boleh guna nama samaran.

Tapi kalau kita betul-betul berani dan sungguh-sungguh, sangat baik sekiranya kita guna identiti kita yang sebenar.

Tapi kalau Sdr/Sdri kakitangan awam, ahli Umno atau pelajar IPT, ada kemungkinan dikenakan tindakan kalau diketahui membuat komen yang tidak menyebelahi pemerintah, apatah lagi mengkritiknya.

Saya pun mengambil risiko juga dengan membuka blog ini dan menyiarkan komen-komen Sdra/Sdri.

Dah ramai yang dulu berkawan sekarang tak berani berkawan lagi. Yang dulu tolong sekarang tak mahu tolong lagi. Yang dulu bagi kontrak sekarang tak bagi kontrak lagi.

Tapi Insya-Allah dan Alhamdulillah saya boleh hidup lagi kerana rezeki ada di mana-mana. Jangan tamak, jangan kedekut dan banyakkan bersedekah.

Terima kasih.

anakbuah said...

Dato' dan semua,

Sdr Mahathir berkata: "....macam mana pembangkang nak buat iklan di tv, radio arus perdana kalau apa yang mereka buat selama ini lebih ketara mengutuk orang dan tidak membawa kemajuan yang realistik di tempat mereka berkuasa."

# Kalaulah ada diantara kita pernah menbaca buku Matthias Chang "Future FastForward", kita akan sedar bahawa MSM adalah alat Zionist paling ampuh/berkesan untuk aktiviti2 'brainwash' dan perang saraf/psychology. Bukankah kita ditengah-tengah peperangan saraf sekarang?

# Dalam satu dokumentari, kerajaan US di era perang dahulu pernah membuat satu experimen biologi ke atas penduduk San Francisco dimana spora biologi telah dilepaskan ke udara mengikut arah angin dan kebanyakan penduduk telah mendapat demam yang pelik. Dalam masa yg sama, media US telah menghebahkan yang Pantai Barat telah diserang dgn senjata biologi! Akibatnya rakyat mula panik dan ada yang membeli makanan dgn byk serta lari ke bukit dan pergunungan sebelum kerajaan menghebahkan pula bahawa berita sebelum ini adalah 'hoax' dan tidak benar. Sampai sekarang tiada yang mengaku menyebarkan 'hoax' dan berita palsu tersebut. Inilah contoh kesan pengaruh MSM yang telah di'experimen' secara terkawal oleh US suatu masa dahulu. Kesannya amat dalam kepada psychology rakyat.

# Kerana itulah saya tidak hairan kalau ada yang loya dan muntah bila melihat akhbar, televisyen dan radio dalam masa election ini kerana MSM telah terbukti berkesan untuk mempengaruhi minda bakal2 pengundi. Dan “laman-laman berita Internet dan blog-blog berat sebelah.” inilah sebenarnya yang menjadi pemgimbang 'dacing keramat' BN buat masa ini.

# Saya melihat kehadapan dimana internet dan blog ini, suatu masa nanti tidak lagi menjadi advantage kepada pembangkang dan pihak yang tidak menyenangi kerajaan. Dengan kemajuan dan enovasi ICT yang berterusan, akan muncul medium baru yang lebih canggih daripada yang ada sekarang ini (far beyond internet forums, blogs, YouTube, MySpace & etc.). MSM tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio lama kelamaan akan sedikit sebanyak ketingalan dan enovasi media sepeti di barat akan memberi impak yang lebih besar terhadap keputusan2 yang dibuat oleh rakyat nanti.

# Tunggulah sehingga semua ini berlaku dan dimasa itu kerajaan tidak akan bersenang-lenang dan kerajaan (maupun rakyat) tidak akan lena seperti sekarang lagi (Dgn capaian internet dan blog sekarang pun sudah ada pihak yang risau dan menggelabah!). Masa itu Dato', percayalah, komuniti kita tak akan 'bersyok-syok sendiri' lagi!

Halimsaleh said...

Saya pun ada laman blog sendiri. Syok sendiri. Untuk tatapan sendiri, anak anak dan ahli keluarga. Kalau ada Pembaca lain, ia adalah bonus ..tambah ilmu. Laman blog saya tidak menyentuh pasal politk, dan kebanyakan laman blog bukan berbentuk politik. Apa yang disusahkan ? Jangan lah label "Blogger" anti kerajaan. Kesimpulannya salah, sebab methodology dan cara membuat kesimpulan adalah tidak benar. Sekadar 2 ke 3 laman blog yang "anti" kerajaan kita tidak boleh merumuskan kesimpulan nya.
Bagi saya, selain blog, email juga satu wardah yang cukup terkesan jika betul penggunaannya. Lihat lah sebelum kemajuan ICT [ sebelum munculnya laman blog yg begitu mudah dibina ..seperti a b c sahaja] email adalah cara mudah mnyebarkan berita dan juga fitnah.
Untuk maju kehadapan, lapangkan otak dan minda. Berfikir memerlukan banyak input dan maklumat, barulah tepat keputusan dan pelan kita.
Selamat mengundi ...

NOBISHA said...

Tok Kadir,

Seperti Dato, saya juga blogger. Seperti Dato, saya juga syok sendiri. Jadi seperti Dato juga, biarlah saya syok sendiri. Sekurang-kurangnya kita syok memberikan pendapat dan membuat analisis. Jadi, tak adalah gatekeeper yang syok tentukan apa yang kita boleh dan tak boleh cakap.

Anyway, saya melihat internet akan memainkan peranan yang lebih besar dalam PRU13 nanti. Blog dan Youtube akan menjadi lebih penting. Sekarang pun, banyak kempen di internet. Sebab itu bendera dan poster tak banyak.

Sesiapa nak jadi calon dalam PRU13, elok mulakan dari sekarang. Set up blog. Set up youtube channel.

Cuma, saya lihat mungkin akan berlaku peralihan dari "e-campaign" kpd "digital campaign" dalam PRU13. Mungkin lima tahun dari sekarang, kita tidak menghadap komputer, tetapi berkomunikasi dari handphone and other hand-held devices.

Kepada yang dok hentam bloggers, cerminkanlah muka dulu. Nanti ketinggalan perahu.

Oh ya, terlanjur bercakap soal pilihanraya, teringat saya kepada Mat Cik di Terengganu yang berkempen sorang2. Tentunya lebih meriah kalau ada yang bantu set up blog untuk dia! :)

freelittlebrain said...

A good rebuttal. It shows the credibility of your blog and it is not a GOBLOG.
Marilah kita semua bloggers syok sendiri..... dulu......... kini.... dan selamanya......

Anonymous said...

Salam,

Dengan izin, tetapi semasa you boss the berita harian dan NSTP, you buat yang sama sahaja utk kaki kaki UMNO. Jadi apa yang menjadi perbezaan? Medan pertumpuran seperti blog belum lagi sedia ada pada masa itu dan UMNO mempunyai monopoli sepenuhnya.

Jadi...dont you think this a situation of the pot calling the kettle black?

Ali Hassan b. Omar
019-4519856
PJ Selangor

Anonymous said...

sesiapa yang minat nak tau apa berlaku di Rembau masuklah:- www.rembau.net.my -
Malangnya tengok sahaja tak boleh komen. Not fair. Macam website PL bapa mertua .Asyik tunjuk yang bagus sahaja.

mini clubman

langit biru said...

Ada pemimpin UMNO tender nombor plat kereta sampai RM50K,70K dan pelbagai KK lagi. Inikah yang dikatakan PEJUANG bangsa?

Bila pilihanraya, baru lah cuba pandai-pandai naik basikal, dan macam-macam "kerja"orang kampung lah. Habis pilihanraya, orang kampung nak jumpa YB macam nak jumpa Menteri....bukan main susah, dah lah tu, banyak sangat "tol"...jumpa SU dia lah, SU kerja lah, special assistant lah, special officer lah macam-macam lagi officer.....Dipendekkan cerita... HIPOKRIT ( tak berani nak tuduh MUNAFIK kerana melibatkan Akidah)

Yg depa dok kalut sangat berebut jadi calun tu sebab nak jadi Mr 20%!. Bawa masuk projek, sudah makan 20%! Jadi, kalau satu penggal pegang dapat bawa 100 "projek pembangunan", maka perutnya buncit kenyang lah jawab nya....sekelip mata jadi jutawan. Depa guna istilah "upah" atau "komisen"...bukannya RASUAH! Kakitangan kerajaan yang tersepit ambil rasuah 50 ringgit, kena tindakan tatatertib, yang depa ambil 50K tak pa!

Dipendekkan cerita, kualiti UMNO hari ini tak sama dengan kualiti UMNO zaman ayah Pak Kadiaq dulu. Dulu ramai PEJUANG, hari ni ramai PETUALANG DAN PENYANGAK BANGSA!

Depa ni kalau nak ajak berdebat mengenai isu negara macam Obama Vs Hillary.....mampuih! Semua pakat tolak-tolak...hang tolak aku , aku tolak hang ke depan...tak berani. Tapi kalu jadi calun , hang pijak aku, aku pijak hang...

Kalau lah YB UMNO ni hebat sangat, pasai apa takut nak buat sidang parlimen secara LIVE?

Hahaha...kalu secara LIVE, saya rasa bukan setakat isu "bocor", "tunnel" "tutup sebelah mata"....macam-macam lagi yang luarbiasa! Kononya banyak ILMU

Kalau Pak Kadiaq kenal mana-mana pemimpin UMNO yang berJIHAD untuk agama,bangsa, dan tanah air minta tolong beritahu...nak juga kenal dan berkenalan hehehe

Puyot said...

Tok dan pembahas sekalian..

Setau saya yang serba jahil ni, asainya blog ni macam e-diari ja. Dah makin lama makin jadi popular. Sampai sesetengah blog tu dah ada follower yang hardcore, softcore dan tiada core.

Sebab apa ada sesetengah blog tu berjaya dan yang selebihnya kurang dan tidak berjaya? Bergantung kepada moderatornya dan hasil karya tulisannya.

Macam tu la jugak dengan blog yang kritis dan dan kritikal terhadap kerajaan. Ni lah masalah dan penyakit pembesar dan aktivis UMNO rata2nya yang saya tengok dari dulu lagi. Ta boleh dibantah2 dan dibangkang2 oleh orang lain termasuklah ahli sendiri. Bila ditegur dan dibantah, bukan main menyinga dan terus label pro pembangkang lah, ajen yahudi la, diupah oleh kuasa luar lah. Sampai kedengaran di telinga saya ni, tok punya blog ni pun dituduh sebagai blog upahan.

Cuba la ambik masa sikit baca dan cernakan apa rintihan, kritikan dan bangkangan dari rakyat marhain macam aku ni. Tak reti ka malas nak baca? Ka memang takmau ambik tau apa jua masalah orang kerdil macam aku ni?

Kalau tak reti bahasa dan tak berapa nak cerdik, toksah jadi pemimpin. Nampak sangat nawaitu jadi pembesar bukannya nak tolong rakyat. Kalu nak kaya, masuk la bidang perniagaan. 9/10 kekayaan mai daripada perniagaan. Bukannya melalui politik.

Bila orang bantah dan kritik, jangan terus tuduh pro pembangkang. Kena la selidik betui ka tidak dan cari jalan nak setel kalau dah benda tu betui.

Tok, bagi topik lain la. Ni dah bincang banyak kali dah ni. Dah tergeliat jari. Tak paham2 jugak, orang kata benak hati. Betuika? Ka 'pick up' lambat?

Jadilah rakyat dan pengundi bijak. Tengok calon dan buat perbandingan. Nak pangkah atau buat undi rosak, tu hak anda semua.

MODERATOR said...

Salam Dato' Kadir yang dikasihi. Semoga dirahmati Allah swt. Sempena musim pilihanraya ini, hamba pohon diberi laluan untuk disiarkan tulisan ini.

Dengan Jasa Baik dan Izin Tuan Punya Blog:

Tok Him Seorang Pejuang! (Tribute to Datuk Paduka Ibrahim Ali)

Apa yang orang tak pernah kata kepada Dato' Paduka Ibrahim Ali?
'Raja Katak', 'Putera Katak', 'Lompat Si Katak Lompat' dan pelbagai cacian, maki hamun, umpat keji dan kata nista dilemparkan kepada Tokoh Pejuang Melayu ini.

Saya telah lama memikirkan untuk menulis satu artikel tentang perjuangan beliau dalam politik, namun kekangan masa membatasi diri. Namun jika punya peluang saya akan menulis juga tentang kehebatan beliau sebagai seorang politikus yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Terlalu sedikit informasi berkenaan beliau di internet.

Baik UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan KEADILAN semua pernah merasa penangan berbisa beliau. Beliau seorang Tokoh Pejuang Melayu Islam yang "CAKAP LEPAS" dalam menyuarakan suara hati melayu. Digeruni serta dihormati oleh KAWAN & LAWAN.

Namun didalam masa yang sama mempunyai hati yang baik, mengenang budi dan menghargai PERSAHABATAN dalam ertikata yang sebenar. Inilah yang pernah dirumuskan dalam satu buku biografi beliau yang pernah saya tekuni di satu masa dahulu. Tajuk buku itu ialah IBRAHIM ALI - Meredah Samudera.

Setelah selesai membaca buku tersebut, sedikit demi sedikit perasaan benci, meluat dan menyampah kepada beliau hilang dengan sendiri.

Selama ini banyak pihak yang menyangka beliau seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian. Malah ada sesetengah pihak yang tanpa berfikir panjang sanggup menuduh beliau dengan melabelkan beliau sebagai Pengamal Politik Lalang tanpa menghargai sumbangan beliau didalam mempertahankan Hak Ketuanan Melayu didalam erikata sebenar (Bukan pakat main2 hunus keris dan cium macam sesetangah puak tu).

Percayalah, sebenarnya keadaan politik semasa yang kebanyakkannya tidak berpihak kepada beliau; membuatkan beliau terpaksa mengambil sesetengah keputusan politik yang kurang popular dan membakar diri.

Prejudis saya luntur dan mula memahami cara, sikap dan visi perjuangan beliau yang sanggup bermati-matian didalam mempertahankan Hak Ketuanan Politik Orang Melayu Islam ditanah air tercinta.

SAYA TIDAK PERNAH MENGENALI DIRI BELIAU SECARA PERIBADI, namun Alhamdulillah; sedikit sebanyak saya mengenali pemikiran politik beliau.
Dihempas badai mentera, dilambung ombak ganas, ditikam belakang...Tok Him terus handal meredah samudera.

Seorang pejuang akan selamanya menjadi pejuang. Tidak pernah berhenti sehingga nafas yang terakhir.

Ku dedikasikan post entry ini buat Dato' Paduka Ibrahim Ali.
Semoga Beliau "Berjaya merampas kembali kawasan PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN; pada pilihanraya kali ini".

Beliau seorang calon bebas tidak berparti (setelah dipecat oleh UMNO) yang bertanding diatas tiket PAS, dengan budi bicara Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau serik dalam permainan "tikam belakang" politik kepartian, menyebabkan beliau sukar untuk join PAS. Atau barangkali mungkin beliau mahu bebas bercakap dan menyuarakan pandangan tanpa takut terbatas sebagai etika dan displin didalam sesebuah Parti Politik. Segalanya berkemungkinan.

Tidak mengapa...sekali Tok Him melangkah...Pantang Undurrr!

Aku Salut kamu wahai pejuang!

Anonymous said...

SPR baru saja mengumumkan penggunaan dakwat hitam tidak akan digunakan pada hari mengundi sabtu 8hb Mac ini.

Membatalkan sesuatu proses dan peraturan pada saat-saat akhir mestilah ada sebab-sebab yang jelas dan munasabah kepada semua pengundi dan rakyat negara ini. Kalau tidak, keikhlasan kerana membatalkan penggunaan dakwat hitam untuk pengundi seperti yang di janjikan akan di pertikaikan dan. Jika alat yang sepatutnya digunakan untuk menghalang penipuan berlaku, ditiadakan atau dibatalkan, maknanyalah mendorongkan supaya penipuan berlaku. Suatu kerajaan yang di menangi melalui penipuan, sudah tentu akan dipenuhi oleh pemimpin yang lemah, yang akhirnya akan memakan diri sendiri dan menjahanamkan Negara yang kita cintai ini.


Dengan rasa rendah diri, izinkan saya merayu, dengan darah, dengan nanah, dengan linangan air mata, biarlah saya mengemis kepada semua yang membaca blog ini, tak kira siapun juga, supaya berfikir masak-masak dan sedalam-dalamnya sebelum
Saudara-saudari, tuan dan puan menurunkan pangkah untuk mengundi pada hari sabtu ini.


Kita hidup dan mati di Negara ini,Amat sayangkan Negara ini.Malaysia inilah tertegaknya rumahtangga kita, tempat tumpah darah nenek moyang zaman berzaman dan tempat kita mencari rezeki yang halal.

Suatu hari kita akan meninggalkan Malaysia yang tercinta ini kepada anak cucu kita.

Maka suatu masa, kita akan mewariskan tanah tumpah darah kita ini kepada mereka.


Kehidupan kita hari ini, sebenarnyalah untuk masa hadapan anak-anak kita.

Jadi adalah tanggungjawab dan tugas kita untuk melakukan perubahan demi kebahagiaan anak-cucu kita kelak.

Melalui kudrad dan kuasa yang ada pada kita,melalui darah, keringat dan air mata,k ita sanggup melakukan apa saja, malah bergadai nyawa dan jasad sekalipun untuk kebahagiaan anak-anak dan keluarga kita ini.Suapaya mempunyai satu tempat yang lebih baik,lebih berbanding dengan kehidupan yang kita alami sekarang.

Sementara kita mempunyai kuasa undi, kita mengundilah untuk kebahagiaan masa depan anak cucu kita.

Undi kita hari ini adalah pertaruhan kepada masa depan anak cucu kita.

Demi warisan mereka, kita harus berubah.

Amat jelas dan terang, kuasa perubahan yang kita inginkan terletak di tangan kita.


Cukuplah sudah dengan kata-kata janji dan slogan-slogan tetapi tidak ada sebarang perubahan.
Cukuplah dengan rayuan dan rintihan kita yang diabaikan selama ini, cukuplah sudah dengan teguran-teguran yang kita telah buat tetapi tidak dipedulikan.




Hari ini, mari kita tentukan siapa yang akan menjadi pemimpin kita.

Saya merayu pada anda kerana Masa depan anak saya, bukan saja terletak pada tangan saya, tetapi juga pada tangan saudara-saudari, tuan dan puan semua.





Marilah kita sama-sama merubah kepimpinan Negara kita ini.

-Makan gaji.

peonbard said...

Dato' KJ,

(KJ bukan yang itu....)

Saya setuju bahawa BN Kelantan mampu dan telahpun menjanjikan lebih banyak habuan, projek dan macam2 lagi kepada pengundi berbanding PAS, PKR dan lain-lain parti. Soalnya, janji sahaja, walau sebesar mana, semanis mana dan segah manapun, tidak akan memberi kesan besar kepada pengundi. Yang memberi kesan (+ve atau -ve) adalah pelaksanaannya. Lebih besar dan lebih banyak janji, lebih buruk risikonya kalau tak ditunaikan dan itulah yang berlaku dan dibuat oleh BN selama ini. Lihat sahaja semasa pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas pada tahun 2005. BN menjanjikan kompleks ala-ala KL Central di Pasir Mas bagi menempatkan stesen keretapi baru, stesen bas dan taxi dan siap dengan hotel sekali. Gambar2nya (artist impresion) terpampang merata cerok di Pasir Mas. Hasilnya sampai sekarang, habuk pun tarakkkkkkkkkkkkkk. Ini yang dinilai oleh pengundi. Ini yang pengundi nampak. Ini yang membantu pengundi membuat keputusan nak pangkah apa dalam PU12. Bukan janji. KJ (yang itu lah...) boleh janji macam2 projek mega dan megah di Kelantan, tapi orang Kelantan bukan bengong seperti yang dia sangka. Malah orang Kelantan tak pernah bengong sejak dulu lagi.

So, kalau hanya kerana faktor janji dan janji kosong semata, janganlah BN bermimpi untuk menawan Kelantan dari PAS. Malah kalau terus-terusan BN membuat janji setiap kali ada pilihanraya (PU dan p/raya kecil), ianya hanya sekadar memanjangkan list sahaja dan musibahnya akan memakan diri sendiri. Semakin panjang list janjian, semakin sukar dilaksanakan dan semakin hodohlah nanti report card Dollah dan konco2 BNnya di Kelantan.

Emazull said...

Salam Datuk, saya bersetuju sangat.

"kita punya blog, kita punya sukalah" !

tapi tula, ada yang suka menyerang peribadi. takpe..kita delete je orang tu, kan ?

Puyot said...

Tok dan pembahas sekalian..

Usah sedih dan putus asa kiranya Pak Lah dan kroninya terus berkuasa selepas pilihanraya. Jangan kecewa dengan apa yang bakal berlaku tidak seperti yang dijangka dan diharapkan.

Doaku buat kalian teruskan mengkritik kepincangan dan ketempangan kerajaan kiranya ada.

BN kot mana pun akan tetap perintah Malaya. Majoriti mungkin susut banyak. Tapi nak deny 2/3 majority, rasanya susah sebab abg SPR ada.

Teruskan memblogging walaupun selepas PRU 12 ni.

kopi hitam said...

Salam tok.

Mak saya duk di rumah, takdak komputa
Mak saya hanya tahu tekan butang TV 1,2,3
Sebabtu mak saya pakat2 sokong si perdana
Sebab siang malam asek tgk muka depa

Saya duk di opis, ada intenet dan blog
Kalau hari2 baca paper pun boleh loya tembolok
Sebabtu depa dengki kata kita teruk
Padahal orang macam kita lah yang boleh kenai sapa sedar, sapa dok lentok

-syok snighi skali skala salah apa..

Toilet paper said...

Dato,

BN sebenarnya da mula takut dengan cerita yang terdapat pada blog2 yang ada sekarang..
Bagi saya, penulisan blog adalah berdasarkan kepada pendapat personal penulis itu sendiri..lebih kepada catatan peribadi..
Apa gunanya kerajaan membina Cyberjaya sekiranya batasan penggunaan internet hanya lah bagi tujuan menempah tiket..
RTM dan media tajaan BN nampak sangat cenderung memaparkan berita2 yang lebih berat sebelah..

sekian..

Berita dari gunung said...

Dato,

Apa mereka susah hati sangat dengan BLOG. Sekadar wadah untuk orang menulis dan membaca. Sama macam orang berlonggok di kopitiam, untuk bercakap dan mendengar sambil minum. Sama seperti di Parlimen, ada orang bercakap dan mendengar walaupun ada yang terlentuk.

BLOG adalah medan terbuka. Keterbukaan adalah inti kepimpinan dibawah AAB. Tapi jangan lupa, dalam keterbukaan yang dilaung, politik pun ada pakatan sulit yang tak mampu dibuka dan didedah. Seolah macam orang tidak tahu.

BLOG adalah medan menulis dan membaca dalam kerangka keterbukaan.

Shamsul Yunos said...

aaleee, kira datuk scribe kita ni dah taubat lah....kan
bawa bertengkar pun penat aje...
he knows and everyone knows that he Group Editor in Chief of the NSTP group, much hated then and much hated now by some people, maybe not the same people....
If he says it is a matter of degrees then let him have his say...
I wonder whether a policeman taking RM50 is better than a distict officer taking RM5,000 and he in turn is better than a Director General taking RM500,000

But like I said, kalau dah nampak pandangan dari sebelah yang satu lagi (whether terpaksa or out of self realisation) then it is better than nothing... betul tak?

Anyway selamat mengundi ya... kita cuba baiki apa yang rosak kalau dah tak bulih ganti lah
macam hantar kereta gi workshop for service lah,
kalau ganti lagi murah dari repair atau tak banyak beza harga ganti ajelah
tapi tak sama pula dengan alat ganti kereta dengan ahli politik ni, alat ganti kereta kalau baru dah hampir tentu elok tapi politician ni kalau baru tak tentu elok,
kadang kadang lagi tak senonoh....

dan bahagian kereta ni pun ada juga yang seribu kali hantar repair pun tak buleh elok juga

Sebelum ni datuk scribe pernah unjurannya supaya mengundi calon dan bukan parti...

It is of course more complex than that, it is about balance and gradual change that does not disrupt people's lives and the progress of the nation...

Everyone has to balance between calon and party bila nak mengundi, itu hakikatnya

tapi how everyone actually asses situations is different from everyone else

ada yang taksub calon dan ada pula yang taksub parti bukan ka?

yang pentingnya kita semua mesti bersatu niat mahukan kebaikan dan mengelakkan kemungkaran

jangan dalam hati tu marah pasal tak dapat kontrak, marah pasal kawan kawan lama dah tak nak tolong, kalu macma tu maksudnya dalam hati masih mau corruption,

tak marah bila corruption to benefit ourselves (sama jugalah kalau kita rather pay the copper RM50 than face the music)

If corruption is in our heart and we ourselves dok perasan baik bila sebenarnya berperangai teruk susahlah

I believe God gives us leaders that we deserve...

kalau kita tak honest with ourselves then we get leaders who are not honest with themselves....

semua terletak dalam hati, dari situ dia turun ke keras undi dan akhirnya (orang Islam kata takdirlah) tertulislah ia sebagai kenyataan

Just remember that God gives us leaders that we deserve...

Macam kata Michael Jackson lah, "take a look at yourself and make a change"

It's the change in the man in the mirror that changes the nature of Governments, not fiery talks, not even guns can change the nature of Government

Guns and politics can change the people in office but the nature of a Goverment that is in power is determined by what is in our collective hearts...

dah cukup aku merapu dah ni

Anonymous said...

Dato',
Saya musykil tentang kaedah pilihanraya ni. Harap dato' blh beri nasihat sedikit.
Semalam saya memeriksa status saya sebagai pengundi, didapati terdapat 2 nama saya, pertama di saluran 1 & kedua di saluran 3. Bukan saya seorang shj malah 4 lagi ahli keluarga saya pun begitu juga. Kenapa? Adakah ada unsur penipuan? Adakah akan ada 'pihak lain' yang akan mengundi atas nama saya?
Yang keduanya, setelah berckp dgn BA di tempat saya, telah didaftarkan 40 org yang beralamat di 2/1 (di BBB)- Dato' juga dr situ bukan? Jadi Dato' sedia maklum di Jalan 2/1 cuma ada surau & pondok telefon? Kenapa begitu?
Dimana blh sy buat aduan? Masih sempat lagikah memandangkan pilihanraya semakin dekat?

bujang-AM said...

salam,datuk

buat peonbard,

Kawan saya di Kelantan juga kata begitu.terutama yang datang dari Pasir Mas.

Tapi anda harus ingat,bn bukan kerajaan negeri.dan projek yang dicanangkan itu adalah satu projek yang besar.


Bukan pembanggunan dan projek lain tidak berlaku disana.Ada.Cuma ia dihadkan.

Kerana bukan memungkiri janji,tidak sama sekali.Tapi ia banyak melibatkan 'kerjasama'di luar jangka nanti.sbb ini projek besar.

Sebab itu projek kompleks itu masih dalam perhatian juga tapi bukan terus dipadam lupa.Tidak.

undilah bn.untuk projek mega pula.mesti faham apa itu pembanggunan dan siapa yang memerintah Kelantan kini.

wakil rakyat bukan PEMIMPIN NEGERI nak buat projek mega yang besar-besar.walaupun PAS memang tak boleh buat pun!

bujang-AM said...

salam ,datuk

buat anak buah,puyot dan semua juga...

Internet memang penting skrg.kalau takde,memang tak tahu cerita yang sebenar-benarnya.

Walaupun banyak juga cerita mcm 'betul je' kat internet..


Kalau orang kampung baca.....parah jadinya,riuh sekampung..tapi orang bandar,ada juga kekadang tu!sama jugak..

Bagi saya,tiada yang menariknya.sama saja bagi saya.cuma ada sesetengah orang tu,kelainanya berbeza.yang betul,tak tahu.yang salah dia cari!!!


Wadah dan segala di internet ini saya suka hanya kerana faktor kepantasan saja tapi bukan untuk jadik faktor penentu untuk percaya.


Media massa itu penting.persoalan adil itu letaknya pada pemerintah yang punya .Terutama berita dan surat khabar.Manakala pandangan berat sebelah itu hanya ada pada 'orang politik'saja..

itulah akibatnya.katakanlah kalau pembangkang kita sama mcm pembangkang di negara-negara maju khususnya amerika dan britain,tak kan begini jadinya.


tapi pembangkang di malaysia???nothing...

bujang-AM said...

salam,datuk

usaha SPR nak mematahkan cubaan menipu dalam pilihanraya,dakwat hitam bakal digunakan tapi skrg dibatalkan???


maknanya,apa usaha terkini SPR?

penipuan?....dilupakan

mzaini said...

salam buat Dato',

Ini pertama kali saya melayari blog Dato' setelah dimaklumkan ttg kewujudannya oleh orang kampung.

Saya mengucapkan syabas utk Dato' dengan wujudnya blog ini.

Teruskan usaha yang murni ini. Semoga tanahair kita bebas dari keangkuhan, kesombongan dan salahguna kuasa.

N18 P11 Kedah.(orang kampung)

AyamLaga said...

Dato'... Susah la nak bercakap dgn org yg fanatik membuta tuli nie psal depa nie mmg buta dan tuli dgn ape yg pemimpin skang nie buat... depa dok nampak org jer yg salah... Saya pun macam Dato' jgk... X mo menyebelahi mana pihak tp bila berlaku ketidadilan tu kita kene sama tegur lah... X ada manusia yg perfect selain Para Nabi dan Rasul ALLAH S.W.T.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).