Thursday, March 27, 2008

Pemilihan Umno 2008 Diteruskan

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 28 Mac]MAJLIS Tertinggi Umno yang bersidang semalam memutuskan yang pilihan raya parti peringkat pusat akan diadakan pada perhimpunan agung tahunan antara 19 dan 20 Disember ini.

Pemilihan peringkat cawangan akan berlangsung antara 17 Julai dan 24 Ogos manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November.

Sementara itu, ibarat tertimpa ludah sendiri, presiden parti Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa mesyuarat itu menyokong pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggunu yang sebelum ini dianggapnya sebagai “bertentangan dengan Perlembagaan.”

Anehnya, Bernama pula melaporkan yang setiausaha agung Umno yang baru, Teuku Adnan Teuku Mansor sebagai memberi amaran kepada Ahmad Said yang dia akan dipecat jika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Pening, putar-belit (spin) tetap putar-belit walaupun sedikit!

[Posting Asal]

URA-URA menangguhkan pemilihan Umno Ogos ini sehingga tahun hadapan kononnya atas desakan ketua-ketua bahagian dan perhubungan negeri cukup menarik.

Pertama ia menunjukkan yang sindrom menidakkan (denial syndrome) masih menular dalam jiwa sesetengah para pembesar Umno walaupun pengundi telah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka pada 8 Mac lalu.

Kedua ia menunjukkan betapa mudahnya pihak-pihak tertentu dalam Umno memperkotak-katikkan pendapat umum demi menjaga kepentingan peribadi mereka.

Ketiga kepentingan segelintir peneraju mengatasi kepentingan jutaan ahli Umno.

Dan keempat mereka tidak teragak-agak memperolok-olokkan sentimen ahli akar umbi parti.

Semua ini adalah perbuatan dan tindak tanduk yang sangat berbahaya kepada kelangsungan – survival -- Umno.

Alhamdulillah, tidak semua pembesar Umno hilang akal dan tenggelam punca.

Laporan SMS akhbar The Star pagi ini memetik Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, sebagai berkata Jawatankuasa Pengurusan Umno sebulat suara bersetuju pemilihan parti tidak ditangguhkan.

Soalnya apakah jaminan yang keputusan itu tidak akan dipertikai dan dibatalkan oleh pihak-pihak yang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Pengurusan?

Ini mendalamkan lagi misteri dakwaan bahawa ketua-ketua bahagian dan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri mahu pemilihan ditangguhkan.

Nampaknya pihak-pihak yang menghebahkan ura-ura itu mahu menguji sentimen ahli dan pembesar parti. Daripada reaksi awal, nyata cadangan itu berpotensi memecahbelahkan lagi Umno.

Ketua Penerangan Umno Mohamad Muhd Taib berkata ketua-ketua bahagian dan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri Umno mahu pemilihan parti ditangguhkan.

Tetapi beberapa ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri menafikannya. Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan, misalnya, menolak ura-ura itu.

Ini menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan ada pihak yang tidak demokratik dan takutkan cabaran cuba menggunakan nama ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri untuk menangguhkan pemilihan parti.

Apa pun yang hendak dilakukan oleh para pembesar Umno yang berasa mereka masih berkuasa dan masih dikehendaki, mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ahli parti tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.

Mereka telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada 8 Mac lalu dengan menghukum Umno di bawah kepemimpinan sekarang!

Jika para pembesar Umno masih enggan atau tidak berkeupayaan menghadapi realiti, usaha merawat parti – meminjam slogan Barisan Nasional “merawat Kelantan” -- dan memujuk hati orang Melayu akan tertangguh.

Lagi lama tertangguh lagi sukar merawat Umno yang sedang gering dan hati orang Melayu yang luka.

Jika pemilihan ditangguhkan ia sudah tentu memburukkan lagi kemarahan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokong Umno, terhadap pembesar-pembesar parti.

Ini berkemungkinan menyebabkan ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah pada 8 Mac lalu tidak kembali lagi ke pangkuan parti.

Apatah lagi dalam keadaan di mana pada pandangan mereka kerajaan pembangkang tidak mengecewakan aspirasi mereka apabila mereka dengan segala berat hati dan dukacita memangkah Pas, PKR dan DAP.

Malangnya bagi Umno, itulah tanggapan orang Melayu kini. Malah mereka terkejut bahawa kerajaan-kerajaan negeri pembangkang dapat ditubuhkan dengan begitu pantas dan tanpa krisis besar berbanding kerajaan-kerajaan negeri Umno sendiri.

Krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu yang melagakan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dengan pihak Istana memburukkan imej kepemimpinan Umno.

Serentak itu ia menyerlahkan lagi sikap hipokrit media massa arus perdana yang menjadi tulang belakang propaganda pemerintah. Padahnya kerana taasub mereka jatuh tersungkur dan misai mencecah debu apabila cuba menggembar-gemburkan masalah pelantikan MB Perak dan menuduh pembangkang, khasnya Lim Kit Siang, biadab terhadap Raja.

Ini terjadi apabila Umno sendiri ternyata lebih teruk ketika menangani krisis di Perlis dan Terengganu dan menunjukkan sikap yang lebih buruk terhadap Raja daripada DAP.

Walaupun media massa arus perdana tidak menuduh Umno “kurang ajar”, “biadab” atau “derhaka” namun rakyat jelata tidaklah terlalu bodoh untuk membuat kesimpulan mengenai tindak tanduk pembesar-pembesar tertentu.

Menangani perhubungan yang unik dan sensitif dengan Istana adalah tugas dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946.

Sama ada dalam suasana aman atau konfrontasi, Umno dan pemimpinnya sebelum ini tidak pernah menunjukkan derhaka, biadab dan kurang ajar kepada Raja.

Penolakan Shahidan Kassim di Perlis dan Idris Jusoh di Terengganu walaupun membawa surat tauliah daripada Perdana Menteri adalah bukti kegagalan kepemimpinan tertinggi Umno meneruskan tradisi berbaik-baik dengan Raja berperlembagaan.

Apatah lagi Presiden Umno sendiri begitu beria-ia mempertahankan dua watak berkenaan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelantikan Mat Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Pada perhimpunan dan pemilihan Ogos ini, Umno memerlukan pemikiran dan kepemimpinan yang lebih secocok dengan suasana baru yang ditonjolkan oleh keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu. Umno memerlukan perubahan di semua peringkat untuk merawat kegeringannya.

73 comments:

fendy_ahmad said...

Pembahas sekalian dan Datuk AKJ yang dihormati,

Pemilihan WAJIB diteruskan, jangan diikutkan syor yang datangnya daripada seorang yang sewajarnya telah 'mati riwayat politiknya' berbelas tahun dahulu. Orang yang imej dan moralnya yang pernah melemahkan UMNO itu SEPATUTNYA tidak membuat idea-idea yang sebenarnya seperti mahu MENTALKINKAN UMNO tidak lama lagi !

Tetapi rakan-rakan pelayar sekaliannya,

Andai pemilihan diteruskan, saya khuatir juga ianya menjadi seperti 'tiada pemilihan' kerana majoriti KETUA-KETUA BAHAGIAN dikhuatiri akan cuba 'menutup' suara cawangan-cawangan kerana si KETUA-KETUA BAHAGIAN ini banyaknya ingin 'menjaga diri' sendiri.

www.fendy1982.blogspot.com

Mat Taik said...

Datuk,

saya cadangkan :

1. Kesemua bakal calon yang hendak bertanding mengistiharkan harta kepada BPR.

2. Bakal calon hendaklah di scan dan di endorsed keikhlasan mereka oleh satu jawatankuasa yang dianggotai oleh veteran UMNO yang di ketahui bersih dan berjiwa UMNO.

3. Semua post mestilah di pertandingkan bila masa yang ditetapkan telah tiba. Tiada lagi post yang tidak boleh dipertandingkan atau dilantik.

4. Pendapat kesemua ahli akar umbi di ambil kira agar UMNO sentiasa relevan dan update dengan persekitaran terkini.

yang lain lain saya serahkan kepada bloggers untuk menyambungkan nya. sila lah....

Anonymous said...

Datuk,

Sekiranya UMNO ingin mengembalikan zaman kegemilangannya, kebanyakan pembesar UMNO perlu dibersarakan. Budaya politik wang, cantas-mencantas, bodek membodek sudah tidak releven lagi sekarang ini.

Ahli UMNO akar umbi perlu membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan bermula dari Cawangan lagi. Sekiranya kepimpinan Cawangan mampu menolak semua virus yang tidak baik dalam UMNO, barulah akan lahir kepimpinan Bahagian yang berwibawa.
Sedangkan semasa PRU yang lalu ahli UMNO peringkat akar umbi telah menggunakan kebijaksanaan mereka, maka pemilihan UMNO tahun ini keputusan yang sama juga perlu dilakukan.

Maka ditangan kepimpinan Bahagian terutamanya kalangan G7 akan terbentuknya Ahli Majlis Tertinggi(AMT) yang mampu membawa UMNO kelandasan yang betul. Hanya AMT yang benar-benar berwibawa mampu untuk menguruskan UMNO dengan lebih baik.

Namun begitu sekiranya di kalangan pimpinan Bahagian masih mengharapkan imbuhan sebagai balasan sokongan mereka bila berhadapan dengan pemilihan AMT, maka UMNO akan terus berada diambang kegelapan.

Maka bulan akan menerangi alam maya, dengan itu mudahlah ahli PKR menuju ke bulan dengan roket yang telah tersedia.


Kamalkamal

takutpuchong said...

assalamualaikum,

saya berpendapat adalah lebih baik umno (baru) ini dikafankan dan disemadikan saja kalau pucuk pimpinan sedia ada dikekalkan. apalah ertinya fakta sejarah yg menyebut umno (lama) sebagai parti yang mewakili kaum melayu yang berjuang untuk kepentingan dan manfaat bangsa melayu apabila umno (baru) kini lebih sinonim dgn peluang cari makan, dapat kuasa politik untuk kepentingan peribadi dan disalah-gunakan(juga sgt berkait rapat dengan wang).
kalau umno (baru) ingin kembali jadi relevan, perubahan drastik perlu hingga ke peringkat akar umbi.
saya terharu dgn kisah seorang mak cik di hulu langat yg bersusah-payah menjalankan kempen ke sana-sini untuk membantu barisan nasional menang pru12. ramai yg kenal mak cik tersebut dan mak cik tersebut juga kenal ramai pemimpin peringkat bahagian/cawangan. apabila disuruh oleh anak2 minta projek, mak cik berkata "aku berjuang untuk parti, bangsa dan negara. malu nak minta." ini yg kita perlukan.
bukannya seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

goblok88 said...

Datuk
saya setuju dengan apa yang diperkatakan ketiga-tiga,harap apa perubahan yang manfaat untuk semua bila pemilihan nanti.
Pembaikan berterusan(continuous inprovement) amat perlu dalam parti UMNO
Hormati semua pihak tanpa mengira darjat agar diri kita dihormati.

bendera merah said...

Takbir ...your thought are the same with us..lagi lama mau tangguh...jawabnyer isi borang ahli lain la...kami.

moga PEKEMBAR dilindungi allah selalu...amin

ahmad zaini said...

Datuk,pada pendapat saya if UMNO is a book then we are reading the last chapter.
Ahmad zaini Ali-Kemaman.

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Tak payah nak bersidang. Suruh saja Zaid Ibrahim pergi Mahkamah Tinggi dan failkan 'bubar' saja Umno tu.

2. Lagipun Umno sudah dilihat tidak mempunyai nilai-nilai Melayu lagi. Yang masih ada nilai-nilai Melayu cuma tinggal Raja-raja Melayu, PAS dan baju Melayu saja lagi.

3. Buangkan saja nama Umno itu. Jika tak mahu nak join parti PAS atau PKR, sila tubuh parti baru...PKJ(Parti Kerajaan Jujur). Lantik saya jadi Setiausaha Agong parti. Insyallah dalam setahun saja umat Melayu boleh bersatu semula.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Mika Angel-0 said...

The Scribe,

Merawat UMNO
(apa sakit saya, tuan doktor)

Kenapa terjadi 'impasse' dalam hal perlantikan Menteri Besar di Perlis dan di Trengganu bilamana pekara memilih Menteri Besar Johor selepas PRU11 tidak bertukar menjadi 'fiasco' saperti sekarang?

Apa pun, untuk saya setuju dengan pendapat anda:

Krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu yang melagakan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dengan pihak Istana memburukkan imej kepemimpinan Umno;

semestinya misteri siapa minda(-minda) yang membiarkan pekara ini berlaku kita bongkar dan jawab dahulu. Barulah 'diagnosis' yang betul dapat kita buat dan 'presciption' tepat berserta rawatan munajarab dilakukan, dengan izin Dia Yang Maha Agong. Jangan sembrono, keloloh dan terburu-buru tetapi jangan sekali-kali ditangguh-tangguhkan.

'Less haste, more speed'.
Pekara perit perlantikan YAB Menteri Besar sudah benyai dan berlalu saperti membuka pekung di dada; janganlah pula dalam hal dan perihal pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO berlaku yang lebih parah dan amat memalukan. Na'uzubillah min zhalik.


YBhg Datuk Abdul Kadir Jasin,

Bukankah adakalanya juga sesuatu yang serupa itu tidak semestinya sama. Pun begitu, semestinyalah saya mendahulukan buah fikiran bernas mereka yang lebih arif saperti YABhg Tun Dr Mahathir serta negarawan-cendikiawan dan anda yang menyintai tanah air kita ini.

Saya yakin lebih ramai ahli UMNO yang matang pemikiran mereka dan terdidik-kemas tingkahlaku mereka dari segelintir mereka yang dikatakan 'emotional' maupun bobrok pertimbangan mereka semasa kita menghadapi dan menangani dengan cerdik dan hemah apa-apa pekara-pekara yang sangat sukar dan getir, baik di waktu-waktu tenang mahupun di sa'at-sa'at yang cemas dan mencabar supaya nanti kita semua selamat sampai ke makam kesejahteraan yang kita semua idam-idamkan, akhirnya. Amiin ya Rabbal-'Alamiin.

Pak Lang Rembau said...

YBhg Datuk,
Media arus perdana masih lagi khayal dengan keangkuhannya. Dengan ahli UMNO pun mereka main silap mata. Cerita tangguh pemilihan dibesar-besarkan manakala komen tak setuju hanya siar 'single column'. Bila PM akui BN kalah di internet, maka berebut-rebutlah 'hulubalang'UMNO buka blog seperti kata KM Melaka di RTM semalam. Mereka dan pembesar-pembesar media arus perdana masih tak faham bahawa masalah yang mereka hadapi ialah 'credibility'. Walaupun beribu blog UMNO tapi tak 'credible' pi mai pi mai tang tu jugak. Blog-blog UMNO tu nak tulis apa hah?

sembang-sembang said...

Bolehkah Dato', sekiranya Raja-Raja Melayu memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Raja-Raja untuk membincangkan dan mengambil tindakan melucutkan jawatan Perdana Menteri sekarang?

A KADIR JASIN said...

Sdr Sembang-Sembang,

Saya rasa kedudukan Perdana Menteri lebih baik ditentukan di arena politik oleh rakyat jelata.

Kalau ada keperluan yang mendesak, mana-mana Ahli Dewan Rakyat boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM.

Begitu juga asul undi percaya kepada PM boleh dibentangkan di Parlimen.

Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berperlembagaan, bukan Raja-Raja berkuasa mutlak.

Raja-Raja tidak dipilih oleh rakyat. Tetapi kerana taat setia rakyat, mereka menjadi berdaulat.

Lagipun kerana kita yang pilih kerajaan, jadi eloklah kita yang buang kerajaan kalau ada benda yang betul-betul tak kena.

Terima kasih.

sembang-sembang said...

Saya mempunyai pendapat yang sama dengan Dato'.
Kalau tak ada angin manakan pokok bergoyang.
Terima kasih, Dato'.

A KADIR JASIN said...

Sdr Rudy Bluehikari,

Saya pun dengar begitu. Tapi tidak ada pengesahan rasmi.

Benda yang serius macam ini elak dikeluarkan kenyataan akhbar.

Kalau media massa arus perdana tak mau siar, laman berita web dan blog akan siar.

Terima kasih.

buyong said...

Dato,
1. Sungguh kurang asam Mat Tyson memandai-mandai dan berbohong terang-terangan kepada seluruh rakyat Malaya kununnya semua Ketua Bahagian Umno minta pemilihan di tangguhkan.
Orang macam ini layak disula.

2. Sungguh kurang asam Pak Dollah memandai-mandai dan berbohong dalam surat kabar kununnya dia mendapat sokongan ahli umno. Pak Bedollah sudah acap kali ditangkap berbohong di surat kabar dan TV. Jadi tak menghairankan sangat. Layak sekali disula.

3. Pak Idris mungkin hilang pertimbangan akibat tekanan dari Pak bedollah n the gang. Dah hilang waras sampai Agung pun dia cuba bodohkan. Saya ramalkan dia akan menyesal tak sudah akibat perbuatan dia ni dan menyimpan dendam dengan dollah yang memerangkap dia yang lurus bendul.

4. Sejak Pak Dollah jadi PM, satu budaya baru yang nyata cuba diterapkan. Keputusan2 kerajaan dibuat sesuka hati, hanya dollah n the gang saja yang boleh tentukan. Golongan menengah dan bawah dan rakyat jelata mesti ikut saja. Kalau ada soalan dari rakyat, jawap saja ikut sedap mulut, atau tipu saja rakyat. Kita biasa tengok dalam filem hindi...rupa2nya ada betul2 di depan mata.

Anonymous said...

Dato' dan sekelian yg hadir,

Hanya yang takut dengan bayang2 sendiri sahaja takut untuk berdepan dengan kenyataan.

Semakin hari UMNO semakin tenat dan dengan para pemimpinnya yang sediada amat sukar bagi jelata menerima UMNO kembali. Apa bezanya jika pemilihan dibuat masih muka sama selamba di persada?

UMNO buruk kerana sifat pemimpinnya yang hanya jujur kepada khalayak mereka sahaja. Yang lantang berkata-kata maka binasalah nama.

Kita jelata sudah merajuk dan amat sukar untuk dirujuk. Hati kita sudah jauh melihat kalangan UMNO yang semakin memberuk.

Sedih sungguh bila kita lihat UMNO yang dulunya gemilang untuk Melayu kini dah tembelang dan semakin layu dengan temberang-temberang pemimpin terbilang yang palsu.

Selamat tinggal bungaku
Aku bermohon pergi dahulu....

Layan lagu SM Salim la hendak aku..

dabozz

nasru said...

paklah kata jangan lawan.najib kata jangan lawan jugak.hishamuddin tak leh lawan sebab dah lebih limit pemuda.sapa ganti anak pak hussein ni? ramai kata kj. relevan kah dia ? pak lah tak sedar lagi ke yang kj tu bencana besar bagi dia.

kuli nak lawan paklah.apa salahnya?baru best.kita tengok macam mana kewibawaan paklah dalam umno pulak.dulu mahathir pun kena lawan ku li jugak.kalau nak ekonomi negara duduk dalam jagaan orang bijak pandai, rasanya kuli layak.dia orang ekonomi.mastermind pulak tu.paklah apa ada.bankrap negara ada la.baru je kuli cakap nak rebut jawatan presiden umno mulalah org bising.mat taib kata tangguh.mb ns kata lawan.muhyiddin pun kata lawan.rais pun sokong.tapi yang bestnya, ramai dh pandai menjawab.dulu senyap je.bos kat ya,maka ya lah jawapannya.best ni.cerita ni nampaknya berpanjangan.kalau tangguh 2009, lagi panjang ceritanya.lagi orang menyampah.paklah dah lelah.khairy pun dah nak lari.

penangboyumno said...

Dalam NST online:
"Meanwhile, while the supreme council commenced, Tengku Razaleigh Hamzah held a meeting of his won with 100 Umno members at his palatial home here off Jalan Tun Razak. Among those who attended were former Information Minister Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr Ibrahim Saad and Datuk Malek Hanafiah.

According to an aide, Tengku Razaleigh has indicated that he will give a Press conference once he is briefed on what transpired in the supreme council meeting."

Komen:
Saya kurang berkenan sebab 3 nama yang bersama Ku Li tu pun 2 kali 5.
Baru ni dalam TV sewaktu Dato' Mukhriz di Seberang Jaya pun saya nampak muka yang saya tak berkenan. En. Ibrahim yang di Pulau Pinang lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Daging' tengah bersembunyi di belakang gambar Pak Lah.
Yang sedihnya, depa ni saja yang tinggal, perwira UMNO. Sebab apa jadi perwira? Sebab Pak Lah buang depa ni atau depa rasa terpanggil untuk kembali mengukuhkan UMNO atau kedua-duanya sekali?
Apalah punya 'mangkaq' UMNO ni.

teja said...

Salaam Dato',

It is high time the upper echelon of UMNO heeds the akar umbi.

I am afraid if they won't and wud not kick Abdullah out of the UMNO & BN Presidency and the PM-ship ASAP, if what they have bravely sacrified (5 states and WPKL) to give Abdullah a STRONG MESSAGE at PRU 12 is still NOT being heeded by Abdullah and the MT, and they continue to hijack as if UMNO is the Badawi, Khairy and HP6s Sdn Bhd, UMNO members WILL LEAVE the party in drove and FOR GOOD. Becoz UMNO (the MT) wud no longer be relevant to protect the Malay's rights, as it (the MT) only protects a Presiden (and his SIL baggage) who has shown himself as a pengkhianat to the Malays and the pribumi rights.

There wl no longer be an UMNO nor a BN at PRU 13 if they continue w this Sokong Dollah charade.

I believe all the akar umbi are waiting anxiously for what came out from the UMNO's MT meeting this afternoon. If we get the same "Kami Sokong Pak Lah" statement again, I am afraid the whole MT's (as well as UMNO - unfortunately) days are numbered!

Wasalaam.

/teja

www.tunteja01.blogspot.com

zool said...

Saya juga berpendapat bahawa ianya mesti diteruskan....

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Nampaknya ramai pemimpin muda UMNO menolak cadangan penangguhan pemilihan UMNO Ogos ni. Ayuh bangkitlah semua usah gentar.

InsyALLAH, tuhan akan memberi petunjuk kepada kita semua.

Anonymous said...

datuk,

TEAM A (tg.razaleigh+muhyiddin+mukhriz)

TEAM B
(pak lah+najiB+kj)

sekadar menceritakan apa yang terpentas dlm pandangan saya...

yg benar,
sang kumatkamit

fakir said...

Kebanyakan Pemimpin2 BN sekarang ini kurang ilmu, bongkak, tak bermoral dan lain2 lagi. Yang terpikir dalam otak mereka hanyalah, kemegahan, kedudukan dan harta rakyat.

Sepatutnya, PM & DPM mesti temuduga dahulu sebagai ADUN. Rekord2, ilmu pengetahuan, terutama sekali asas agama Islam dan moral mereka ada critereia yang sangat penting untok menjadi ADUN. Tetapi, kita juga dapati, PM & DPM credibility dan integrity tidak ada.

Contohnya, cuba kita compare pemimpin2 BN dengan Tok Guru Nik Aziz, jauh langit dengan bumi.

Nampaknya UMNO akan tinggal nama sahaja akan datang. Kita selalu mendengar "Melayu tidak akan hilang di dunia", mereka utamakan bangsa daripada agama. Sungguh menyedihkan.

Barangkali, mereka kurang atau tak berminat membaca sejarah Islam. Tidak ada gunanya kita hidup mewah, manakala rakyat hidup dalam kemiskinan.

Mudah mudahan mereka akan insaf dan balik kepangkal jalan.

pemerhati said...

Salam Dato'
Dato' apa habaq?

saya petik dari Malaysiakini.
sesiapa yang belum baca, boleh baca... cuma fikirkan dan nilaikan.
Satu lagi, kalau tak silap saya dalam The Star hari ni, ada respons dari Ahmad Faruqi (dia ada present paper di UKM semalam, harap saya tak silap) bagus untuk ditatapi.


MB T'ganu: Umno mahu Ahmad
Mar 27, 08 7:12pm
kemaskini 10:15pm
Krisis pelantikan menteri besar Terengganu selesai hari ini apabila calon lantikan istana, Datuk Ahmad Said, mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Tiada seorang pun (ahli MT) yang bantah," kata seorang anggota majlis itu Datuk Abdul Rahman Bakar kepada Malaysiakini, sejurus sebelum presiden Umno mengumumkannya.

Susulan itu, kata ketua bahagian Marang itu, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh menerima pelantikan Ahmad.

Wakil rakyat Kijal itu menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Ahad lalu tetapi gagal mengangkat sumpah, seperti jadual asal, apabila istiadat itu dipulaukan oleh 23 lagi wakil BN.

Kumpulan 22 wakil rakyat BN itu mahu mengekalkan Idris, antaranya, dengan alasan beliau mendapat dukungan majoriti dan sokongan Perdana Menteri.

Idris, sebagai ketua perhubungan Umno negeri, hadir bersama Abdul Rahman dan ketua Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Majlis Tertinggi dianggotai 52 orang pemimpin Umno.

Dalam sidang medianya tadi, Abdullah berkata keutamaan Umno negeri itu adalah untuk melantik barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri secepat mungkin.

Abdullah juga menafikan keputusan MT menerima Ahmad sebagai "memalukan" beliau dan parti.

Keputusan MPPR akan diterima oleh Idris dan 22 penyokongnya itu, tambah Abdullah.

Mesyuarat itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno mulai pukul 3 petang, berlangsung lebih empat jam. Ia diadakan kali kedua selepas tamat pilihanraya umum 8 Mac.

Abdullah juga mengumumkan Ahmad sebagai menteri besar dalam sidang medianya tadi.

Idris, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan 22 wakil rakyat yang menyokongnya, gagal dikesan.

Kumpulan lebih 10 wartawan berada di luar bilik pertemuan itu di tingkat 38 bangunan ibu pejabat Umno menunggu selama tiga jam sehingga pukul 10 malam.

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah dilaporkan sedang menyiasat penyelewengan seorang ahli politik Terengganu yang membabitkan tiga projek di Kijal dan Chukai, kedua-duanya di Kemaman.

Polis negeri pula menyatakan sebanyak 26 aduan diterima sepanjang krisis pelantikan menteri besar tetapi hanya empat kertas siasatan dibuka, antaranya kain rentang bertulisan "Kami nak Idris, natang".

MODERATOR said...

Kami mahu Yang Di Pertuan Agung Sultan Mizan, Natang!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Kami rakyat jelata akan terus taat setia mempertahankan Baginda Sultan, Raja-Raja Melayu! Kami akan tetap bersatu padu dibelakang ke-RAJA-an.

Pantang Bangsa Melayu Derhaka kepada Raja!

Membujur kau lalu, Melintang kau Patah!

*KERAJAAN = RAJA!

Gonzales said...

Datuk,

Denial syndrome yang masih berleluasa di kalangan pemimpin sungguh merimaskan. Mereka masih tidak mahu menerima realiti keadaan sekarang, atau mereka sekadar berkata demikian untuk menyedapkan hati mereka; tetapi kepada rakyat jelata yang celik, ianya menampakkan kelemahan sifat-sifat pemimpin tersebut - sepeti sifat tidak peka, sifat tidak mahu ambil peduli, sifat takut menghadapi reality dan sifat takut rosak periuk nasi.

Adakah begini sifat-sifat pemimpin yang kita inginkan?

Sikap pemimpin bawahan, spt ketua kampung, ketua bahagian perlu juga dibetulkan kerana mereka inilah yang akan memilih pemimpin atasan. Maksudnya sifat denial syndrome ini perlu dihakis dari bawah. Ibarat piramid, strukturnya berdiri teguh disebabkan base yang kuat. Jika base piramid retak dan berlobang, maka dengan sikit pukulan akan runtuhlah piramid tersebut.

Sebenarnya rakyat berasa bimbang dengan tahap kejantanan pemimpin kita. Sifat yang lemah boleh mengakibatkan negara dibuli politically dan economically, yang mana akan mengakibatkan kerugian kepada kita semua.

Pemimpin mesti kuat, tetap pendirian, kotakan apa yang dikata, berani katakan yang benar, adil, mengutamakan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi.

Akhirnya, di manakah dapat ku cari Al-Ghazali, Al-Shafie....

rocky(ori) said...

UMNO being Melayu has done a lot of harm by insulting our Agung.They didn't even bother to publicly apologise. They should be punish,of not they will do it again.

Loyalty is to King and Country!! remember that UMNO.It is not to UMNO, PM or BN.

Daulat Tuanku!!!

Anonymous said...

Datok,

Presiden Umno hari ini benar2 mencabar kesabaran ahli parti. Nak kata dia ada masalah pendengaran, dia tak pekak. Nak kata dia tak nampak, dia tak pulak buta. Jadi kesimpulan saya dah jadi mudah - rupa-rupanya dia ni buta hati! Maafalah Datok kalau bahasa saya ni kasar sedikit. Saya minta maaf.

Tapi saya sangat2 meluat melihat gelagak presiden parti ni. Sebagai ketua perhubungan negeri Pulau Pinang, saya masih tertanya-tanya bila dia nak balik negeri dan berjumpa dengan penyokongnya di sana. Tak kan tak nak balik pulak. Apa salahnya balik ke negeri yang dikuasai oleh DAP-PKR? Sekurang-kurangnya boleh bagi semangat kepada saki-baki penyokong Umno di pulau tu.

Malu nak balik ke?

Saya lihat Umno kini diterajui oleh seorang Presiden yg amat lemah dan seorang yg hilang punca! Dan beliau dibantu oleh Najib, anak bekas panglima Melayu terbiland. Tapi, sayanyanya Najib tidak sehebat mana. Namun, Najib pandai membodek presidennya dan mengharapkan ehsan ketuanya untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Saya doakan Ku Li dapat cukup pencalonan supaya dapat menentang Pak Lah dan merawat Umno. Hari ini rata-rata orang menyamakan imej Najib sama dengan Pak Lah - lembik, tak ada pendirian, suka duduk di atas pagar, dan tak mampu melawan cakap bininya. Jika Najib ganti Pak Lah, Umno tak kan dapat melawan arus.

Pak Lah bermimpi disiang hari jika mahu menawan semula Kedah, P Pinang, Perak, Selangor dan WP. Kawan2 lama Pak Lah memberitahu Pak Lah sekarang takut nak keluar berjumpa ahli Umno. Dia tak kan mampu nak menjawab seribu soalan dari ahli parti. Oleh yg demikian, beliau cuma berana bergerak dari Sri Perdana ke pejabatnya di Putrajaya. Datok tak dengar cerita bagaimana Pak Lah kena 'boo' (ejek) oleh orang ramai semasa perlumbaan F1 di Sepang minggu lepas? Ini kisah benar Datok!

Oklah Datok, cukuplah dulu setakat ni.

ps - media arus perdana kini melatih wartawan mereka supaya jangan menyoal Pak Lah dengan soalan2 yang susah dijawab. Inilah penyekat kebebasan akhbar yang sebenarnya. Bukan undang2 saje...

KAWAN

truthmind said...

Salam..

Tahniah kepada Datuk kerana tulisan Datuk yang sungguh bernas dan berani.

UMNO sudah menjadi satu penyakit kanser. Penyakit kanser seperti yang kita ketahui tiada ubat dan hanya menunggu kematian. Tetapi bagi saya, kanser ini adalah disebabkan kepimpinan UMNO terutamanya presidennya yang menyebabkan kanser ini terjadi. Beliau sebagai Presiden dan juga pembesar UMNO yang lain harus sedar tentang perkara ini.

Jangan jadi seperti cerita dongeng yang diceritakan oleh Dr. ASri tempoh hari iaitu cerita tentang seorang raja bertelanjang masih lagi dikatakan memakai baju yang cantik oleh pembesar-pembesarnya yang kaki ampu.

Bagi saya, Tok Mat, MB N9 menyatakan pendiriannya secara lebih gentleman. Saya juga ada mendengar ucapannya semasa kempen pilihanraya. Beliau cukup gentleman dalam ucapannya dengan mengaku bahawa beliau ada juga membuat salah dan silap semasa mentadbir negeri. Katanya lebih kurang begini "Saya bukanlah nabi. Saya pun ada buat silap. Kadang-kadang longkang yang tersumbat lambat saya betulkan, jalan yang berlubang lambat saya tampal. Tapi dari masa ke semasa, saya akan cuba sebaik mungkin untuk percepatkan proses tersebut". Bagi saya sebagai rakyat, Tok Mat cukup humble untuk mengaku perkara seperti ini dan dia tidak menegakkan benang yang basah.

Jadi marilah sama-sama kita fikirkan dan menjalankan peranan masing-masing sama ada melalui apa sahaja medium dan cara yang ada yang mengikut undang-undang bagi mennyembuhkan atau mematikan penyakit kanser ini.

Salam.

Anonymous said...

Sdra Fendy, Saya rasa sekarang ini ramai Ketua2 UMNO Bahagian telah menyalurkan suara ahli akar umbi melalui penyertaan ketua2 bahagian ke forum2 yg membicarakan permasalahan kepimpinan tertinggi parti. Ini dapat dilihat melalui komen2 mereka yang dibuat secara lebih terbuka. Saya juga melihat pengesahan kehadiran mereka dalam forum yg dianjurkan oleh pengendali laman web www.mykmu.net pada 1hb April di Singgahsana Hotel. Yabhg Tun M akan memberi ucaptama dan ahli panel terdir dari MP Jerlun, Dato' Fuad Zarkasi( Ketua Penerangan UMNO Johor ) dan Dato' Seri Dr Khir(Mantan MB Selangor), penyertaan mereka ini di buat sebagai tanda protes kepada Pembesar Parti.

-mantan juga-

Limanov said...

Dato',

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah isu pelantikan MB Terengganu.

Khabarnya tempoh hari ada beberapa orang yang ingin meletak jawatan sekiranya ADUN Kijal menjadi MB Terengganu.

Jadi ke tidak?

penangboyumno said...

In NST online
"Veteran Umno leader urges drastic changes in party to remain relevant
By : Audrey Dermawan
GEORGE TOWN, Thurs:

Umno should initiate drastic changes to ensure it continues to remain relevant to the people, a veteran party leader said. Bukit Gelugor Umno division chief Senator Datuk Omar Faudzar said results of the 12th general election clearly showed that voters in several states were unhappy with some of the existing leaders in the government and wanted a change."

Saya amat berbangga dengan orang Penang sorang ni. Harap yang ada akal dan fikiran di Penang akan turut serta dengan Omar ni. Harap ketua bahagian yang lain faham bahawa dengan menyokong atau membuat kenyataan seperti di atas mereka mengikut arus. Sekiranya membantah dan menyokong Pak Lah sepenuh hati, menentang arus.
Tolong dengarlah hasrat rakyat sama ada depa orang UMNO atau tak. Sebab UMNO hanya akan relevan apabila ianya mendengar rintihan majoriti umat Melayu.

goby said...

Harap2 semasa pemilihan Disember nanti tak ada perwakilan yg hanyut disumbat wang....
Cukup2lah politik wang didalam UMNO...Kalau masih bertuankan wang UMNO akan terkubur dan hanya tinggal kenangan...

langit biru said...

Pemilihan UMNO berdasarkan "Demokrasi Berpiramid" - G7 yang menentukan, kononnya G7 adalah pemilih yang benar-benar terpilih diberi kuasa memilih pemimpin.

Bagi saya, kalau zaman dulu pengundian dilakukan oleh "golongan terpilih" seperti ini adalah relevan, tapi di zaman sekarang tak lagi relevan!

Dulu cuma ada 5 universiti awam sahaja, laa ni dah berbelas-belas. Universiti swasta, kolej universiti, dll tumbuh seperti cendawan melahirkan lebih ramai generasi berpendidikan menara gading. Generasi baru ini lah penentu hala tuju negara, penentu pilihanraya dengan generasi muda paling ramai keluar mengundi.

Pemikiran UMNO masih lagi di takuk yang lama, tak berkembang, masih lagi dengan budaya "membuli, menakut-nakutkan" bagi siapa yang digelar "Menentang Arus".

Politik wang mampu membeli G7 dengan berapa harga sekalipun. Jadi kalau pemilihan parti diselubingi politik wang, maka lahirlah pemimpin yang berteraskan keduniaan dan rasuah. Jadi lah pemimpin yang tak tahu perjuangkan agama, bangsa dan negara tetapi amat arif untuk diri dan keluarga.

Kalau Pak Lah out, sapa nak naik? Najib? Dengan persepsi umum atau kepercayaan umum begitu kuat mengaitkan dengan beliau dengan wanita Mongolia, apakah beliau benar-benar layak jadi pemipin Wahid Malaysia?

Saidina `Uthman Ibn Affan, Khalifah ke 4 Khulafa Ar-Rashidin menyatakan "Jubah Khalifah" adalah anugerah Allah s.w.t sebagai amanah maha besar untuk menegakkan dan mempertahankan sebuah negara Islam. Apakah Najib layak disarungkan "Jubah Khalifah" ini?

Dalam politik, persepsi umum kepercayaan umum tidak memerlukan bukti kukuh, kerana politik yang berasaskan pemikiran liberal dan barat lebih condong kpd ideologi Machiavelli matlamat menghalalkan cara. hakikat dalam politik kita hari ini, SEMUANYA HALAL!!!

Marilah kita semua kembali kepada Pemikiran Politik Islam.

zakariazaidi

sonotme said...

Assalamualaikum Dato dan pembahas2


Dah lama saya tak jenguk laman Dato ni..Saya sibuk ke hulu ke hilir...Al maklum lah...kerja gomen...

Tapi saya masih mendengar, membaca, melihat senario politik negara. Huh, dasyat! tak pernah begini kucar kacir sepnjg sy hidup kat bumi bertuah ni. Lihat je la kat Terengganu..lantikan MB betul2 menguji kerajaan pimpinan AAB skrg ni...

Istana vs AAB...Hebat....

Tp akhirnya Istana menang...(tu pun after AAB agreed on the new MB yg dilantik by the istana ...but as usual lah...AAB took quite a while to decide on important matter like this..)mcm kat Perlis gak la...

So bad la dapat PM a bit lembab ni..Kerajaan pimpinan AAB perlu lakukan sesuatu untuk baiki performance diorg...4 years be4 the coming 13th PRU bukan lama mana pun..Takut2 riwayat kerajaan BN bungkus sblum tu...

(Hmm...kesian btul la org Melayu!)

P/S:
Harap2 Tengku Razaleigh dapat byk dan cUkup pencalonan untuk tentang AAB dlm pemilihan UMNO nanti...Mesti menarik!

Prof serba Tau said...

Dato

Apa pendapat Dato jika saya katakan akan berlaku pelbagai perkara yang pelik pelik antara
1Apr hingga 16 Dis terutama keatas mereka yang ingin bertanding melawan camp AAB....

Kepada bakal calon yang berhasrat dan bersih, sila lah berhati hati.

saka said...

Dollah's statement lepas meeting MT Umno pada 28 Mac:

Menjawab satu soalan pemberita :

‘‘Sekiranya mereka mendapat sokongan dan mahu mencabar (bertanding jawatan presiden), sudah pasti saya harus menghadapinya dan saya tidak akan lari,’’

Immediately lepas tu :

Ok, no more question. Saya sibuk. ( dan nak lari dari soalan kamu )
- part yang ini tak keluar dalam paper MSM tapi keluar di "hujung" waktu berita jam 8 dalam stesen TV MSM.

Ini lah dia perangai PM Malaysia dan MSM Malaysia.

noni said...

Datuk,
Lambat atau cepat pemilihan UMNO, adakah akan membawa apa-apa perubahan yg besar seperti yang diharapkan oleh rakyat marhaen?

Sudah menjadi tradisi mereka terlalu taat sehingga menjadi penakut untuk menegakkan kebenaran. Termasuk akhbar rasmi mereka. Tak berani menegur sesama sendiri bila ada kesilapan. Tabiat begini sebenarnya menghancurkan diri mereka sendiri. Dan jika diteruskan lagi maka akan tamatlah empayer mereka yg sudah 50 tahun.

Kenapa setelah mengalami kekalahan baru menyedari kesusahan dan beban rakyat? Dimana mereka sebelum ini..menaikkan harga sesuka hati dgn alasan kita masih "ter" rendah berbanding negara jiran. Alasan yg sama setiap kali? Apakah mereka tidak mengkaji pendapatan perkapita rakyat? Atau sekadar mengkaji pendapatan mereka yg memiliki rumah berbilion ringgit dan kini telahpun ditinggalkan?

Faktor-faktor begini menjadikan kami mual dgn kepimpinan yg ada sekarang. Tidaklah begitu menyesal utk memberi pengajaran dgn kekalahan.

Jawapannya...tidak sama sekali. Kalau agung pun mereka berani menentang apatah lagi rakyat macam kami? Kesimpulannya adalah terlalu pelik jika mereka sudi nak berubah "bagai kucing bertanduk".

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Saya merasa sungguh malu dengan kerana mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Pak Lah dan sungguh jijik dengan putar belit (spin off) media arus perdana sekarang ini.

Saya fikir, apakah dosa rakyat Malaysia sehingga Tuhan menurunkan seorang pemimpin yang sungguh memalukan dan tidak berkarisma langsung seperti Pak Lah.

Semoga Pak Lah akan sedar bahawa pipinya tidak mancung tapi hidungnya tersorong-sorong.

Sekian, Terima kasih

coolbuddy

Kaki Kepala Batas said...

The Scribe,

Dengan Izin.

Ketua Kempen Presiden UMNO
(mahal upah kerja mencabar)

Kalau masih mahu jadi Presiden UMNO Abdullah mesti tukar

i. perangainya,

ii. ubah pendekatannya,

iii. baiki kepicangan yang ada.


Sekarang ini di akar umbi, Abdullah dilihat sebagai seorang

i. PENIPU-PEMBOHONG-PENGECUT

ii. LEMAH DAYA MENYELESAI MASALAH

iii. SINGKAT-LEMAH PEMIKIRAN



Walaupun kerja serupa ibu mengandung kerja untuk mengempen calon presiden UMNO ini tidak semudah dahulunya. Apa yang perlu difikiran untuk memudahkan kempen Abdullah ialah membawa restu YABhg Tun Dr Mahathir, satu-satunya.

Ini pun kalau berlaku masih tidak menjamin kejayaan Abdullah.

Lebih mudah kerja buang ahli-ahli MT yang lain sudah menjadi 'liability' dan rombak kabinet. Barulah boleh dikatakan 'merawat UMNO'.


Nota:

mesti pertimbangkan guna ISA dan BPR...costs and effect, pros and cons...pete dah kena, sekarang kena bantai si-kadir jasin kepala bloggers melayu - mustahak)

cc. YB Menteri Dalam Negeri...???


(berapa upah kerja?
ganjaran?
kempen kem lain?)

(sidenote:
Persoalan yang lebih menghambat ialah Malaysia berada dalam dunia persekelilingan apa sekarang dan akan datang dan bagaimana kita mahu melangkah ke hadapan dengan selamat? Itu kerjanya pemimpin dan soalan untuk dia bukan kempen manager)

kucau said...

Assalamualaikum Dato`,


Minta maaf jika komen ini menyimpang dari topic ini. Saya rasa saya tidak pernah komen didalam ruangan blog dato ini, tetapi perkembangan2 yg berlaku ini amatlah menggusarkan saya. Ingin saya tegaskan disini, saya bukanlah ahli umno dan bukan ahli mane2 parti politik. Tetapi saya amat percaya bahawa UMNO perlu kuat , tulus dan bersih dalam memperjuangkan nasib melayu. Dan saya juga percaya bahawa UMNOlah yg paling relevan sebagai "moderation party".Politik perkauman akan terus relevan sehinggan darah melayu , cina dan india masih mengalir dalam warna kulit yg berlainan.

Saya terus terang amatlah bimbang jika kita terus menyerang UMNO itu sendiri ketika mereka lemah. Saya paham bahawa Presiden UMNO yg lemah ini haruslah berundur atau diundurkan. Saya khuatir jika kita terlalu menyerang UMNO dlm usaha untuk mengundurkan Paklah maka kita akan menang sorak kampung tergadai.

Saya tidak kisah jika Pas memerintah Negara kerana darah mereka adalah darah yg sama mengalir di celah2 daging melayu ini. Tetapi usaha Keadilan yg taksub kepada Anwar untuk membawa "si gila kuasa" ini ke puncuk pimpinan amatlah menakutkan. Apabila parti berbilang kaum ini berkuasa , dlm usaha utk memenangkan hati rakyat ( cina dan india ) maka akan banyak lagi hak Melayu akan jatuh. Itu belum lagi isu jika Anwar mati tiba2 ketika berkuasa. Mungkin kita bolh lihat perdana menteri dari kaum lain. Maka "invisible mission" pihak dari kaum lain akan berjaya. Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa "UMNO 11" , perjanjian Pangkor dsb adalah disebabkan "lust for power" Melayu itu sendiri sehinggakan hak Melayu itu tergadai atau hampir tergadai.

Saya melihat blog dato adalah blog MELAYU yg berpengaruh. Saya berpendapat Dato paham akan kegusaran di hati saya . Saya tidak tahu Dato menyokong kepada siapa. Yg saya pasti dato seorang yg dibesarkan di sawah padi amatlah paham akan isi hati yg saya cuba luahkan ini. Saya dengan ini berharap agar dato mengalihkan "canon" dato kepada pihak yg sebenarnya. Jadilah "canon" yg mempertahankan melayu itu ketika kita lemah. saya masih percaya "canon" melayu ini masih lemah di dunia cyber ini dan dato boleh menjadi yg pertama.

dr.yusri [at] gmail.com

Twinkle said...

Datuk,

Walaupun saya berada di Sarawak, saya mengikuti isu ini dengan penuh minat. Pemilihan MB di Terengganu merupakan tamparan besar kepada PM. Saya berharap tamparan ini cukup untuk menyedarkan Pak Lah dari mimpinya.

Saya terfikir, jika Pak Lah step down dari mnjadi PM, adakah rakyat Malaysia gembira? Hmmmm.... yang pasti... saya akan tersenyum dan gembira.

Saya berharap, dalam masa pemerintahan baru ini, harga barang turunlaahhhh... RM50 macam takde harga dah sekarang nih....

Itupun tak cukup nak cover harga my daughter punya formula yang berharga RM54.50. Dulu RM46.70, lepas tu makin naikkk la pulak!

ingin tahu said...

Dato Kadir,

Sebagai bekas ketua editor MSM, saya ingin bertanya beberapa perkara.

1. Kepada Kem AAB, Apr hingga Dis dilihat sebagai "borrowed time" atau "buying time" ?

2. Dalam cuba mendapat balik sokongan rakyat, mungkin pentas antarabangsa akan digunakan. Dan antara "sandiwara yang akan disensasikan" dengan "pihak yang boleh dibawa berlakun" adalah :

i) Pulau Batu Putih - yang akan di ketahui jawapannya tak lama lagi.

ii ) air

3) dalam cuba untuk manupulate isu domestik pula mungkin :

i) Membuka pekung kem Ku Li

ii) sentimen perkauman (sensitif)


Dato, apakah akan ada lagi isu lain yang akan disensasikan oleh Kem AAB untuk mendapat sokongan.

Saya harap Dato dapat berkongsi pendapat, sebab ahli Umno dan rakyat yang sejati wajib tahu dan sentiasa "one step ahed" dan "alert" dengan strategi kem AAB.

Semoga ia dapat memberi kesedaran dan kemakmuran ke atas negara kita.

Salam.

Pak Sutan Jenain said...

Dato KJ,

Ramai pemimpin Umno yang sudah lupa bahwa Umno ditubuhkan didalam Istana di Negeri Johor atas perkenan Sultan Johor ketika itu.

kena masuk semula kelas sejarah depa ni semua.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ yang dihormati,

Andai kata Datuk dicalonkan untuk membarisi AMT UMNO di pemilihan akan datang ini, adakah Datuk menerimanya?

Apa komen Datuk?

Azman Mohd Isa
Shah Alam

tbsbidayuh said...

Pak Lah Senyum saja pagi ni. Dia suka saja buat tidak tahu akan desakan rakyat.

UMNO perlu penstrukturan semula dan Pak Lah tidak layak menjadi Presiden UMNO dan BN.

http://tbsbidayuh.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk,
Masuk calon, jadi another real blogger yang benar benar tahu kehendak rakyat dalam MT UMNO. I'm sure you will have many supporters, but I afraid you will have problem distributing $$$ to gain support. Harap harap UMNO boleh berubah! Try la Datuk!!

Blogger Boleh

A KADIR JASIN said...

Kalau tak silap saya, Sdr Azman Md Isa dan Sdr Blogger Boleh mencadangkan agar saya bertanding jawatan MT Umno.

Kalau cadangan Sdr serius, saya ucap terima kasih. Kalau Sdr berjenaka, saya ketawa besar.

Bukan semua kita boleh jadi ahli politik atau perlu jadi ahli politik untuk mengubah keadaan dan membawa kebaikan.

Biarlah saya kekal jadi wartawan cabuk atau, seperti kata seorang bekas menteri yang sudah ditolak oleh pengundi, "bekas pengarang yang kecewa" atau "blogger yang syok sendiri."

Sekurang-kurangnya kita membantu proses pembentukan pendapat yang membawa kepada keputusan PRU ke-12 yang begitu rupa.

Tugas kita belum selesai. Saya yakin wartawan media alternatif dan blogger akan memainkan peranan penting dalam pemilihan Umno dan pemilihan parti lain.

Kalau tidak, masakan ada menteri yang secara terbuka menyatakan hasrat memulakan blog di kementerian mereka atau mereka sendiri menjadi blogger.

Kepada Sdr Ingin Tahu, saya rasa semua faktor itu mungkin digunakan. Tapi tidak semuanya akan membantu Presiden Umno dan para penyokong setianya.

Elok diperhatikan kehadiran di mesyuarat cawangan.

Kalau ramai hadir, itu tandanya mereka mahu perubahan, perubahan akan berlaku dan, InsyaAllah, Umno boleh dirawat.

Kalau ramai tidak hadir, itu tandanya boikot terhadap Umno berterusan, perubahan mungkin tidak berlaku dan Umno semakin parah.

Saya bimbang kepemimpinan sekarang belum sedar. Seorang "menteri dara" yang bapanya seorang ulama mengadakan mesyuarat pasca-kabinet.

Dia bukan nak dengar maklum balas pegawai kementerian, jabatan dan agensi mengenai kekalahan Umno dan BN. Sebalik dia bagi perintah dia hendak itu dan ini.

Jadi menteri muda kita ini masih tidak belajar daripada pengalaman. Dia tak sedar yang congak politik sudah berubah.

Dia tidak sedar yang banyak program dan cogan kata kerajaan dipersendakan. Hatta Islam ditertawakan.

Menteri dara ini masih tidak sedar yang pegawai awam bukan "yes sir" lagi. Mereka sudah tengok dan rasa kemelut kedangkalan pemimpin Umno dan BN.

Jadi wartawan pencen, blogger goblok dan para pengulas seperti Saudara dan Saudari sekalian berperanan menyedarkan khalayak bahawa tugas kita belum selesai.

Misalnya, mungkin ramai tidak sedar bahawa masalah ekonomi dan perbankan dunia diramal mencapai tahap krisis dan berterusan sehingga 2010.

Jadi kita memerlukan kerajaan, menteri kawangan dan penasihat ekonomi yang hebat macam zaman Tun Dr Mahathir. Soalnya, apakah ada orang macam itu dalam kerajaan sekarang?

Ini bukan perkara main-main. Jadi kita kena pastikan yang Umno sebagai parti induk pemerintahan mempunyai pemimpin yang berkapasiti menangani masalah tempatan dan global.

Kalau masalah lantik MB pun terhegeh-hegeh, macam mana nak tangani masalah sub-prime, masalah kejatuhan permintaan antarabangsa, masalah NPL yang semakin ketara, masalah kenaikan harga makanan dan peranan Malaysia dalam arena antarabangsa?

Lagipun apa guna jadi Alhi MT kalau setakat nak berteriak "Yes Sir."

Kalau macam tu jadi kanak-kanak kindergarten (daripada bahasa Jerman "kinder" (kanak-kanak) dan "gerten" (garden/taman)dah cukup.

Hari-hari nyanyi lagu Ba Ba Black Sheep.

Terima kasih.

Hang Kasturi said...

The Scribe,
Do you have any comment or analysis about Ku Li and Anwar regarding to next PM speculation?

Gonzales said...

Datuk,

Saya rasa datuk tentu setuju masalah besar yang UMNO perlu tangani ialah masalah sikap - attitude problem. Sikap pekak dan membuta tuli serta "yes man", takut menyuarakan kebenaran serta takut perubahan ; semuanya kerana nak jaga kepentingan peribadi.

Pada pandangan saya, jika mereka ikhlas dalam menjalankan tugas iaitu demi bangsa, agama dan negara maka tidak berlaku masalah seperti sekarang ni. Maka perkara pokok yang perlu setiap pemimpin dan juga setiap rakyat lakukan adalah merealisasikan rukun-rukun Iman. Perlaksanaan setiap rukun iman akan menghindarkan manusia dari melakukan kerosakan.

Sekian

Zainal A. Kasim said...

Keputusan untuk meneruskan pemilihan kepimpinan UMNO sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO adalah satu langkah bijak dan gambaran bahawa UMNO mula menerima "kenyataan".

bersuara said...

kucau ( Dr Yusri ), jangan bimbang tentang serangan ke atas UMNO. Kerana tiada siapa yang mempertikaikan kewujudan UMNO tetapi kami amat sayang kan UMNO dan merasakan ianya perlu perlu dihidupkan semula serta dilihat sekurang-kurangnya membersihkan nama dan maruahnya melalui perubahan keseluruhan kepimpinannya supaya lebih dinamik, memegang teguh kepada sifat-sifat Melayu yang baik dan memegang teguh perintah Agama Islam yang bukan sahaja perlu dianuti tetapi lebih lagi perlu dipraktikkan melalui kehidupan seharian.
Sesiapa yang tidak memenuhi hasrat ini, perlahan-lahan akan dibuang oleh masyarakat terutama ahli UMNO.
Sudah tiba akhirnya serta tamat perjalanannya bagi ahli UMNO yang berzina (jika ada), yang meminum arak (jika ada), yang berjudi (jika ada), yang memakan rasuah (jika ada), yang tidak amanah (jika ada), yang melakukan perkara-perkara bertentangan dengan agama (jika ada) dan sebagainya.
Kerana sifat-sifat buruk ini tidak sekali-kali memenuhi hasrat masyarakat Melayu hari ini. Tidak ada seorang pun di dunia ini dapat berlakon seluruh hidupnya. Tembelangnya akan terkeluar dan waktu itulah dia akan merasa bahang amok orang Melayu.
Untuk melakukan perubahan, risiko perlu di ambil.
Risiko inilah yang diambil oleh orang UMNO hari ini dan orang Melayu.
Bukan kerana gembira melakukannya, tetapi kerana sudah tidak ada cara yang lain lagi. Rintihan ini perlu didengar pemimpin bukan sahaja Pak Lah tetapi oleh semua yang berkenaan sebab akhir sekali, semua yang berdosa akan kena.
Kita bercakap bukan tentang politik antarabangsa. Kita bercakap tentang politik Melayu yang bersulam tuntutan Agama, budaya, adat serta maruah dan tanggung jawab.

Wajasetia said...

Salam Ybhg Datuk dan pembaca sekalian,
Agak "MENARIK"(masih menarik???) untuk kita mengikuti dan meneliti perkembangan kemelut dalaman UMNO sehingga Disember nanti. Perjalanan yang pastinya akan memperlihatkan adakah UMNO masih relevan untuk mewakili orang atau sebaliknya. Saya bersetuju dengan Saudara Fendy Ahmad bahawa ada kemungkinan suara-sara dari cawangan akan di tutup untuk ke udara seperti yang biasa berlaku sebelum ini. Saya amat yakin sekiranya perkara ini terus berlaku ia akan mencerminkan yang UMNO bukan pilihan yang baik untuk mewakili orang melayu, kerana dalam keadaan yang begitu kritikal seperti sekarang ini pun pak-pak wakil di dalam UMNO masih tidak mampu untuk memanjangkan suara dari akar umbi ini ke atas.
Saya juga akan menunggu dengan sabar adakah UMNO akan terus menolak cubaan satu-satunya calon yang sesuai dan berani ketika ini untuk mencabar status quo yang selama ini dipertahankan. SELAMAT BERJAYA KU LI

sembang-sembang said...

Baca ini, komen Tun Dr Mahathir tentang isu semasa:

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21210#

antara lain menulis:

"We know that since the BN regained Terengganu in 2004, all kinds of projects have been developed in Terengganu. This includes The Monsoon Cup, luxury housing for sale to foreigners, Crystal Mosque and theme park, university, etc. Some of these projects are very good but many are totally unnecessary and wasteful.

But what the Terengganu people are saying is that all these mega projects costing billions of Ringgit have been contracted out to people outside Terengganu. Terengganu contractors got practically nothing.

But additionally, they say the contracts all went to one person and they are suspicious that behind this person are members of the first family.The rumours also say that the previous Mentri Besar was responsible for these things happening and of course, they think that he might have benefited financially."

cre8tif said...

Salam Dato,

It has been said many times again and again that the leader of UMNO is synonymous being the leader of the ruling coalition as well as being the leader of the country called Malaysia.

The outcome of the leadership as well as the Supreme Council of UMNO being challenged is not just worry-some for any single race but also for the entire nation.

It is no longer that easy to make sweeping statements that this is a political struggle within one party.

In times of crisis as well as the upcoming hardship that might befallen onto this material world as well as this country; UMNO ought not to be so self-consumed with their own agenda because invariably; non-members and Malaysians whom have no say over their agenda will ironically be affected by incapable leaders.

Capable leaders would of course be able to weather the storm and steer/wade the ship/country of out danger-zone. If a simple crisis over the choice of Menteri Besar could not be handled intelligently; what more of a country with its 28 million inhabitants ?

What is Datuk's opinion on this ?

Anak Malaysia said...

Pakcik Kadir,

Saya minat mengikuti tulisan Pakcik kerana ianya memberi gambaran yang luas dan padat mengenai isu-isu yang dicedok, dan 'approach' Pakcik agak neutral dan sekiranya suatu pandangan diberi, ianya lebih mengikut logik dari emosi. Syabas.

Berikut adalah pandangan saya mengenai situasi UMNO dan para pemimpinnya.

Jelas bahawa UMNO mengalami krisis. Dalam jangkamasa 50 tahun berkuasa dan mentadbir tanpa disoal atau adanya sistem 'check and balance' golongan pembangkang yang kukuh, UMNO, terutamanya sejak 1980s, boleh dicirikan sebagai parti yang sangat korup dan tidak menjaga kebajikan rakyat Malaysia sebaik mungkin. Sahutan mereka mengikut arus perkauman cuma menjadi suatu taktik untuk terus berkuasa.

Maka, bagi UMNO untuk berubah, satu perubahan drastik diperlukan di peringkat atas.

Selagi adanya pemimpin-pemimpin yang kita lihat sekarang, selagi itulah UMNO akan tetap terbelenggu dalam sangkarnya sekarang.

Yang menariknya, pemimpin-pemimpin sedia ada tidak akan meletak jawatan kerana banyak perkara yang tidak baik yang telah mereka lakukan. Kalau letak jawatan, mungkin mereka akan disiasat. Malah, pemimpin-pemimpin lepas juga mungkin akan terheret dalam pembongkaran yang mungkin terjadi.

Kerana mahu mengelak kemungkinannya ini berlaku, mereka masih berpaut pada tunggak kuasa.

Malang sekali, ini menjadikan isu pembahruan UMNO dengan sebenar-benarnya sukar atau mustahil.

Kerana, untuk pembahruan yang sebenar untuk berlaku, bermaksud perlu berlakunya satu ledakan besar dalam parti itu dahulu.

Maka, situasi parti ini adalah dalam satu 'quandary'.

Nota positifnya adalah berikut: bahawa parti-parti pembangkang telah diberi peluang atau mandat oleh rakyat untuk belajar berkhidmat untuk rakyat sebagai kerajaan alternatif. Lambat laun, mereka boleh menjadi pembentuk kerajaan yang kukuh dan 'credible'. Satu alternatif kepada Barisan Nasional akan terlahir -- satu alternatif yang mungkin baik untuk negara kita secara keseluruhan -- satu alternatif yang boleh bangkit dan meninggalkan cara pemerintahan yang mengikut bangsa dan merangkul cara pemerintahan yang benar-benar 'multiracial', dan lebih-lebih lagi, pentadbiran yang bersih dan telus, dan bertanggungjawab dan dapat disoal oleh rakyat.

Terima kasih.

Limanov said...

Dato',

Apa sudah jadi kepada 23 orang ADUN BN yang tempoh hari meluap-meluap memberitahu seluruh rakyat Malaysia yang mereka akan meletakkan jawatan sekiranya DS Idris Jusoh tidak terlantik sebagai MB Terengganu?

Dalam politik memang begitu ke dato'? Hari ini cakap lain esok cakap lain.

A KADIR JASIN said...

Sdr Limanov, antara lain, berkata:

"Apa sudah jadi kepada 23 orang ADUN BN yang tempoh hari meluap-meluap memberitahu seluruh rakyat Malaysia yang mereka akan meletakkan jawatan sekiranya DS Idris Jusoh tidak terlantik sebagai MB Terengganu?'

Soalnya kalau kita menuntut mereka mengotakan cakap besar mereka dengan meletak jawatan, apa hal dengan ketua-ketua mereka di Kuala Lumpur dan dalam Majlis Tertinggi Umno yang mengahsut mereka bersikap sedemikian?

Inilah bencana dan bala apabila ketam mengajar anak berjalan lurus.

Inilah juga bencana dan bala apabila Pembesar Umno tidak ada integriti.

Inilah perkara yang wajib dipertimbangkan apabila cawangan-cawangan Umno mula bersidang bilab hadapan.

Di situlah rawatan kepemimpinan Umno yang sakit tenat wajib dimulakan.

Terima kasih.

Masammanis said...

Datuk,

Era 'pembesar-pembesar' telah berakhir.

http://masammanis.wordpress.com

siti said...

assalamualaikum datuk. mungkin saja kejadian sengaja dicetuskan untuk mencipta sebab musabab untuk mereka-mereka mencipta isu berkaitan perlembaggan. Mujur saja tiada majoriti 2/3, jika ada bagaimana? Melihat dari species mereka, nyata agaknya mereka lebih suka tidak beraja. Tidak bangga mempunyai raja. Mereka tidak perlukan raja. Mengapa? Apa mereka sudah cukup punya kuasa dan akan kekal selamanya ? Bukankah raja itu raja mereka? Tidak nampakkah mereka akan hikmahnya mempunyai raja dalam konteks melayu di Malaysia.
Saya juga merasakan tindakan segelintir kaum tertentu, yang cuba merampas hak kaum lain menyebabkan ketegangan pada masyarakat majmuk. Mengapa mereka ingin mengambil yang bukan hak mereka? Sukakah kalau orang lain perlakukan begitu pada mereka??

bersuara said...

saya ingin menambah kepada sembang-sembang, orang Melayu hari ini juga telah menerima bahawa bertudung itu adalah wajib bagi wanita Melayu Islam dan tidak seperti yang dipercayai terdahulu bahawa seseorang perlu benar beramal dengan ugama Islam sebelum memakai tudung kerana jika mengikut teori ini, sampai mati pun tidak akan bertudung.
Jadi bagi orang UMNO salah satu kriteria untuk yang perempuan ialah bertudung termasuk sekiranya dia adalah isteri kepada pembesar UMNO.
Tidak usah berdalih, pakai aje tudung tu. Permaisuri Raja pun bertudung. Kalau tak nak, janganlah ada hasrat untuk memimpin atau menjadi pemimpin.

nombor19@gmail.com said...

Datuk;

Saya adalah seorang jurutera produk MARA yang berjuang untuk melahirkan bangsa melayu yang gemilang. Saya sgt bersyukur kerana dengan bantuan MARA, saya telah menjadi seorang jurutera dan berkhidmat untuk tanahair.

Dengan ilmu yang ada, saya membuat penilaian bahawa kerajaan sekarang terdri daripada pemimpin2 yang bukan mahu berjuang untuk orang melayu, tetapi untuk diri sendiri sahaja. Kerajaan menghapuskan biasiswa utk orang miskin dan menggantikan dengan pinjaman beriba, kerajaan menjanjikan pendidikan percuma namun hanya sekadar omongan. Kerajaan berjanji mnghapuskan kemiskinan tetapi ada org melayu yang merempat di tokong cina meminta sedekah.

Saya bukan ahli UMNO tetapi saya sangat mengambil berat tentang perkembangan orang melayu. Saya sayangkan bangsa melayu yang beragamakan Islam yang suci. Orang kata melayu mudah lupa, melayu perlu diberikan tongkat, tetapi bagi saya bangsa melayu tetap boleh berjaya jika diberi peluang.

Namun kini peluang hanya diberikan kepada mereka yang tidak berhak maka mereka inilah yang membuatkan bangsa melayu menjadi smakin lemah dan tidak bermaya. Pemimpin-pemimpin sperti Zainudin Maidin, Hishamudin, Nazri Aziz tidak mnyumbang kepada kemajuan orang melayu malah hanya memburukkan lagi keadaan.

Kenyataan-kenyataan mereka hanya menyakitkan hati dan tidak bertujuan membantu orang melayu. Najib contohnya hanya pandai memberi 'rasuah' kepada FELDA. Sogokan demi sogokan diberi tetapi orang FELDA tetap terpinggir.

Orang melayu mahukan joran, bukannya ikan untuk hidup...

alfakir1 said...

Assalamu ‘alaikum Datuk

23 ADUN BN tidak mengotakan cakap besar mereka meletakkan jawatan.
Mereka cakap besar sesuka hati mengikut hawa nafsu, itu sangat merbahaya….
Mereka kena bayar “kifarat” kalau tidak mala petaka akan menimpa mereka.

Selalunya, kita tidak perasan yang bala menimpa kita itu dengan sebab celupah mulut kita.
Tengoklah apa sudah jadi pada sekarang, satu demi satu “bala” menimpa BN. Jika kita perhatikan perkembangan sekarang, rasa-rasa tiang BN akan roboh bila2 masa sahaja. Mereka masih berdegil tidak mahu mendengar dan menerima buah fikiran dan permintaan rakyat.

Di takuti, pemilihan President December ini jadi “non-event”

Ini adalah satu mala petaka yang menimpa “xxxhadari” dan pengikut2 nya dengan mempermain-mainkan agama Islam

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ yang dihormati,

Memang tidak dinafikan bahawa peranan proses pembentukan pendapat melalui blogs telah mencipta political tsunami sebegitu rupa. Pasir di pantai berubah dek gelombang yang pertama. ‘They’ never saw it coming.

Persoalannya Datuk, adakah pembentukan pendapat yang sedemikian rupa hendak dibiarkan lenyap dibenteng oleh denial syndrome? Sementara menunggu pemilihan UMNO pada Disember nanti, segala usaha pasti dibuat untuk mencegah gelombang yang kedua. Segala macam benteng dan dinding akan dibina. By now, ‘they’ would expect something is coming.

Bicara-bicara dan pendapat-pendapat yang begitu bebas di blogs mungkin akan menjadi sumber kepada ‘mereka’ menterbalikkan ancaman kepada peluang pula. Sudah tentu pembesar-pembesar UMNO tidak mahu seluar mereka terlucut untuk kali kedua. Jika dahulu mereka menganggap bloggers sebagai syok sendiri, kini tidak lagi. Usaha-usaha juga telah ditingkatkan untuk menceburi media alternatif….sebagai apa pun objektifnya, saya kurang arif.

Saya berpendapat Datuk, jika kita berkeyakinan bahawa keputusan PRU 12 adalah berpunca daripada “pembentukan pendapat” yang telah “bersatu”, sudah tiba masanya untuk “satu pendapat” ini mengembleng tenaga dan pemikiran agar solid strategy(s) dapat dibentuk.

Pertaruhannya besar Datuk – UMNO.

Saya hormat pendirian Datuk untuk terus memainkan peranan Datuk di dalam bidang kepakaran Datuk. Setiap dari kita ada peranan yang perlu dimainkan. Ikut specialty masing-masing. Tetapi Datuk, bukankah itu nanti akan memakan masa, sedangkan masa itulah yang kita tiada?

Nasib anak bangsa yang kita perkatakan di sini. Melalui UMNO lah sandaran harapan. Jika masalah di depan mata tak dapat kita selesaikan, lupakanlah saja Globalisasi punya cabaran.

Saya minta maaf jika saya berbunyi agak kurang sopan.


Azman Mohd Isa

Abu Muhammad al-Merbawiy said...

Salam Datuk AKJ dan rakan-rakan,

Buka je komen lihat komen fendy_ahmad yang agak keras juga dengan cadangan rakan mentalqinkan UMNO. Ape salahnya 'pesan' dan 'nasihat' kepada orang yang sakit tenat itu diperuntukkan sunnah rasul junjungan. Jika yang sakit jangan pula tak mengaku sakit. Baca Yaasin pun boleh, mohon hidayah dan istighfar serta penyembuhan agar dapat kembali kepada perjuangan asal.(demi untuk agama - Islam, bangsa dan negara -takkan selama-lamanya demokrasi?!kalau sudah perjuangkan Islam dilancarkan, tubuh negara Islamlah.Takut rakan-rakan kongsi marah? Dakwah dan serulah mereka memahami Islam agar mereka faham bagaimanakah bila Islam mentadbir tak akan sama dengan hawa nafsu mentadbir, walau pun kununnya dengan nama kebangsaan Melayu lah, demokrasi lah, pembangunan lah, dll. Maka itu perkemaskan dasar perjuangan UMNO yang asal)Inilah yang perlu UMNO dan pimpinan atasan dan akar umbi perlu lakukan.

Saya sokong penuh dengan pemilihan pada akhir tahun ini. Berbincanglah dengan para vateran UMNO dan mentor-mentor pejuang agama dan bangsa serta tanah air bewibawa. Jangan lupa bawa sama para alim ulamak (akhirat, jangan bawa kaki bodek juga) agar keputusan perjuangan tidak terbabas lagi dari landasan Islam. (ingat Islam bukan trademark, tapi suatu kesinambungan perjuangan Rasulullah saw yang wajib dimenangkan oleh setiap bernama Muslim di dalam segala sektor kehidupan termasuk berpolitik.)

Fahamilah erti SYURA di dalam agama kita Islam. Patuhilah amalannya; syarat dan rukunnya, insya Allah swt UMNO/BN akan kembali ke landasan perjuangannya yang asal.Sebelum kita cuba melangkah, ingat-ingatlah pesanan para pejuang tanah air, alim ulamak, guru dan ahli politik yang rela hidup susah demi memperkayakan amalan agama Islam, bangsa Melayu beradab dan Negara yang sentiasa diredai Allah swt - baldatun tayyibatun wa Rabbun ghafuur - Negara yang sejahtera kepada warganya, dan Tuhan Maha Pengampun kepada mereka.

Sekian 'wadah TALQIN' kepada para pejuang yang telah turun semangatnya. Ianya ditujukan khusus untuk UMNO dan umum kepada parti-parti lain juga di kalangan rakyat Malaysia termasuklah diri pembicara sendiri.

Terima kasih Datuk dan rakan-rakan yang membaca 'talqin' ringkas hamba.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

singajani blogspot said...

YBhg Datuk,

Dalam keadaan UMNO yang gering ini pun masih ramai pemimpin-pemimpinnya yang takut untuk menerima kenyataan malah budaya menolak fakta makin menular-nular?apakah harapan banngsa dan negara kepada pemimpin-pemimpin ini.Ke manakah perginya sifat tanggungjawab mereka?Where is the loyalty to this country?generasi-generasi anak-anak saya akan menanggung dan merempat akibat budaya yang telah sebati di jiwa sebahagian BESAR pemimpin UMNO ini.Di mana silapnya kita Datuk?Silap saya kerana terus memangkah UMNO dahulu sehingga pemimpinnya menjadi angkuh dan silap datuk kerana sewaktu Datuk berupaya melakukan sesuatu dahulu iaitu sewaktu Datuk berupaya menulis dengan dibaca oleh jutaan rakyat(masa rakyat masih percaya NST lah) datuk gagal membentuk semangat jitu kasihkan negara dan bangsa dan sekarang kita mulai menanggung kesannya.Tapi yang sedihnya datuk mereka ini masih terus berkhayal...saya menjadi melayu yang malu kini teramat malu.

singajani

Mohd Shukran Abd Azizi said...

Askm,

Walaupun pamilihan bakal diteruskan tahun ini, saya masih lagi ragu- ragu yang ia akan memberi nafas baru untuk UMNO selagi masalah akar umbi tidak diselesaikan oleh pemimpin akar umbi UMNO sendiri.

Sudah menjadi open secret bahawa tampuk pimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan hanya diwakili oleh segelintir individu yang direkomen oleh pemimpin berpengaruh di peringkat berkenaan walaupun individu tersebut tidak mempunyai rekod yang baik mahupun hubungan langsung dengan ahli UMNO tempatan yang biasa.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, ada sesetengah mesyuarat agung diperingkat cawangan di adakan tanpa memaklumkan kesemua ahli (hanya memaklumkan konco2 sahaja) atau di atas kertas sahaja tanpa menjemput ahli biasa untuk memilih atau membangkit isu berbengkit untuk menjaga status quo kepimpinan cawangan terbabit.

Perlakuan tersebut telah membuat ahli biasa UMNO merasakan yang mereka seolah- olah dipinggirkan oleh kepimpinan UMNO sendiri.

Di peringkat bahagian pula, rintihan yang biasa didengar adalah perlantikan/ pemilihan jawatan penting kepada individu tertentu yang rapat dengan pemimpin tertentu tanpa mengambil kira kredibilitinya dan meminggirkan ahli lain yang berkelayakan dan telah bekerja keras di peringkat akar umbi (mereka biasanya hanya diberikan jawatan ketua biro atau ahli jawatankuasa sahaja).

Oleh itu demi survival UMNO, adalah diharap sesuatu dapat dilakukan ke atas kesemua pemilihan di peringkat bahagian dan cawangan agar ianya dapat dibuat secara telus dan melibatkan semua ahli agar segala agenda yang bakal dibawa ke peringkat kebangsaan nanti akan mencerminkan sentimen ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya

Anonymous said...

Salam

Pemilihan UMNO bukan sahaja perlu diteruskan malah cara pengundian juga perlu bertukar.Pada pemilihan UMNO yang lalu, apabila Tan Sri Isa Samad menang, macam-macam komen dan spekulasi timbul. Salah satu cadangan adalah pengundian terus oleh ahli-ahli UMNO. Saya menyokong penuh cadangan tersebut kerana saya mahu hak membuat keputusan itu ditangan saya dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan hak itu. Sayangnya cadangan hanya tinggal cadangan. Pada masa itu keadaan mungkin tidak begitu kritikal. Tetapi dalam keadaan situasi semasa, saya rasa hak mengundi dalam UMNO perlu dikembalikan kepada ahli UMNO.Kuasa mengundi ini akan memberi ruang kepada ahli yang merasa tidak puas hati untuk menyatakan pendirian, risikonya mungkin tidak sebesar risiko protes pilihanraya umum. Malah ini akan mendidik pemimpin-pemimpinUMNO untuk berpijak di bumi nyata kerana sokongan kepada mereka akan dibuktikan dengan angka-angka undian dan bukan sekadar cakap-cakap.


Kanta

Term Life Insurance said...

Most of the people like comment in thier own language its a good this but why?
I am from US i cannot understand

ainas said...

Yang berbahagia Dato

Memang tepat sekali orang Johor membawa gelar Johor Darultakzim.

Dalam orang Johor menyokong PM, di masa yang sama berkias-kias pula tentang peralihan kuasa. Kalau tak faham tak tahulah. Saya percaya pemimpin Johor tidak akan mengecewakan rakyat Johor. Kehilangan 7 kerusi DUN dan 1 Parlimen(maaf jika tersilap) telah cukup menyedihkan kami. Kami tak mahu hilang negeri baru nak bertindak. Kalau gigi dah rosak cabut jeah buat apa nak simpan.

ainas said...

Sembah takzim dari saya orang Johor. Syabas Johor. dengan pengakuan menyokong pak lah tetiba secara halus membincangkan pulak tentang peralihan kuasa. Hai! Kalau dia tak faham tak tau lah lagi. Sesiapa yang menyokong Pak Lah ingatlah jangan sokong membawa rebah, menang sorak kampung tergadai namun tak ku mau mengikut si luncai terjun dengan labu-labunya. Untuk pengetahuan anda semua, UMNO tidak berpecah ketika ini. Ia menjadi kuat dan semakin kuat. Kalau tak kuat tak kedengaranlah mereka yang menyuarakan gelodak hati.Yang pecah dan retak hanyalah hati dan perasaan yang terguris dengan ketidakupayaan pemimpin membela nasib mereka. Sudah tiba masanya kini mereka menjadi kuat untuk menggunakan kuasa majoriti untuk membela nasib sendiri. Ingat orang di atas sana. MT boleh bertukar ganti, hilang sokongan akar umbi boleh hilang negeri.

ainas said...

pak lah memang patu step down.

ingat lagi ucapan penggulungan di perhimpunan agung umno tahun lepas.
entah apa-apa entah.satu benda pun dia tak gulung. mungkin itu tanda dia kna gulung tikar

SAM-Saya Anak Melayu said...

Assalamualaikum Datuk,

Salam perantauan dari saya.Sebagai salah seorang ahli UMNO yang boleh dikategorikan sebagai 'hardcore' semenjak mula saya mendaftar, saya akui tiada relevanisme antara ahli dengan pembesar. Orang bawah hanya boleh bersuara tetapi tersangkut atau tersekat atau ditapis apabila sampai ke peringkat Bahagian.Bila ditanya hanya jawaban 'Kena tanya peringkat negeri atau nasional' tanpa justifikasi yang konkrit.

Pilihanraya ke-12 baru2 ini menunjukkan kepercayaan pengundi melayu terhadap UMNO terhakis.

Saya risau 'MELAYU' akan hilang 'ME' dan menjadi 'LAYU'.Ramai yg inginkan Dato' Seri Abdullah (sebagai tanda hormat...pada saya sebagai PM.Panggilan Pak Lah mcm panggil seorang pakcik)meletak jawatan. Cuma bagi saya, ianya bukan masa yang sesuai kerana kemunculan PKR diterajui Dato' Seri Anwar telah muncul dengan kekuatan baru.Dia banyak duit...Dia rapat ngan outsiders...Dia memang pandai berlakon. He can topple Tun dulu...Nikan pulak Datuk Seri Abdullah.

Sebagai org melayu sejati, saya benci orang melayu yang tuding menuding antara satu sama lain....Yang penting, bagaimana nak menipiskan kekuasaan bangsa lain.

Baiklaa..Datuk....saya akan sambung lagik. Insyaallah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).