Monday, May 19, 2008

Tun Dr M Keluar Umno

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak dan Disemasakan]

BEKAS Perdana Menteri dan Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengumumkan penarikan diri dari Umno.

Katanya beliau akan kembali menganggotai parti itu semula hanya apabila Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno.

Berikut petikan daripada portal berita bebas Malaysiakini:

"Former Umno president Dr Mahathir Mohamad today announced that he was quitting Umno with immediate effect and urged other members to emulate him.

"He said he was quitting the party, which he led for almost 22 years until handing over the reins to Abdullah Ahmad Badawi in 2003, as a sign of no confidence in his successor's leadership.

""I will only come back to the party when there is a change in leadership," the ex-premier told a crowd at a forum in his home state of Kedah this morning.

"He also called on all Umno ministers, deputy ministers and all levels of party leaders to join him in leaving the party.

"However he asked these members not to join any other party.

""Wait till Abdullah to quit as the prime minister and party president and then we can return to Umno," he said."

Portal berita The Star Online pula melaporkan:

"Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad announced Monday at 12.35pm that he is quitting Umno."

Dr Mahathir membuat kejutan itu ketika berucap kepada ahli dan pemimpin Umno dan orang ramai di Alor Star pagi ini.

Soalnya apakah ini langkah yang wajar atau beliau mengetahui sesuatu yang membuatkan beliau mengambil tindakan yang sangat radikal itu.

Ini adalah kali kedua Dr Mahathir "keluar Umno." Pada tahun 1969 beliau dipacat daripada parti itu kerana mengkritik Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ketika itu Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Pandangan saya:-

1. Adalah hak mutlak Dr Mahathir menarik diri daripada menjadi ahli Umno;

2. Seperti saya menghormati keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, saya menghormati keputusan beliau keluar daripada Umno;

3. Dr Mahathir tidak mahu lagi tercemar dengan Umno yang pada pandangannya sudah tidak demokratik dan tidak ada keberanian lagi;

4. Pasti akan ada ahli yang mengikut jejak beliau dengan keluar parti atau sekurang-kurangnya dengan tidak lagi bergiat cergas;

5. Saya tidak terkejut kalau pembesar Umno yang berjawatan dalam parti dan/atau kerajaan tidak akan mengikut jejak Dr Mahathir;

6. Saya pasti ada di kalangan mereka akan kekal dalam parti dan kerajaan untuk memperjuangkan perubahan, termasuk mengubah kepemimpinan parti dan kerajaan, dari dalam. Saya hormati iltizam mereka;

7. Kalau mereka keluar Umno, parti itu akan menjadi lebih parah dan Kerajaan Barisan Nasional akan tergugat atau tumbang terus;

8. Kalau Dr Mahathir menarik diri daripada Umno kerana kecewa, tidak mustahil banyak lagi ahli Umno yang berperasaan serupa. Justeru itu, jika kekecewaan ini tidak ditangani, lebih banyak akan keluar Umno atau tidak bergerak cergas lagi;

9. Tidak mustahil ada sesuatu yang beliau ketahui yang menyebabkan beliau mengambil tindakan yang sangat radikal ini; dan

10. Saya tidak menjangka Dr Mahathir akan berhenti bersuara atau pendapat beliau tidak lagi diminta. Bezanya mulai sekarang beliau bebas daripada beban dan tekanan Umno apabila menyatakan pendapatnya.

[UPDATE, May 20]

(Malaysiakini) -- Abdullah Ahmad Badawi held an emergency 35-minute meeting today with Umno MPs in Parliament to discuss the latest crisis that hit the party - the shock resignation of former premier (sic) Dr Mahathir Mohamad.

The Umno president did not speak to reporters after the meeting but Pontian member of Parliament Ahmad Mazlan said that Abdullah had discussed about Mahathir's sudden resignation from the party for the first five minutes only.

Abdullah, who is also prime minister, dedicated the rest of the meeting to other matters involving the party and the revival of the Umno Parliamentarians Group.

Ahmad, also the Barisan Backbenchers Club information chief, said that there were no calls made by the parliamentarians for Abdullah to step down. He added that the MPs had expressed their support for Abdullah.

Meanwhile, The Star Online reports -- KUALA LUMPUR: Umno Youth executive council member Datuk Mukhriz Mahathir said he is not resigning from Umno, but reiterated his call for Datuk Seri Abdullah Badawi to step down as prime minister and party president.

The Jerlun MP, who is expected to contest for the post of Umno Youth chief in December, had previously called for Abdullah to step down after the March 8 polls that saw the Barisan Nasional coalition losing its two-thirds majority in Parliament.

158 comments:

Anonymous said...

terlalu radikal.bagaimanapun saya ikut.ini saja mungkin jalan yg ada utk menyelamatkan orang Melayu.buat saya sekurang kurangnya hilang sikit sakit kepala melihat dan mendengar perlakuan dolah dan sekutunya yg mencerut bangsa.tak payah lagi nak cakap pasal Umno.
datuk, berlelehan aitmata saya ketika mengetuk keyboard ini.

Allah, kau juga maha mengetahui!.

salam.
corrigenda.

Letting the time pass me by said...

Sungguh sedih & amat menyedihkan. Tak sangka sungguh, Tun Mahathir yang begitu setia kepada UMNO pun keluar dari UMNO...

Saya rasa Tun Mahathir memang mengambil langkah yang wajar... Kalau orang dah tahu nak menghormati dan mengenang jasa serta memberi penghargaan sewajarnya, mengapa perlu tunggu.

Saya pun tak paham kenapa kita orang melayu yang kononnya kaya budi bahasa, adab sopan dan penuh tatasusila pun tak tahu nak mengenang budi atau menghormati tokoh negarawan yang berjasa dalam UMNO nie...

terry said...

he's not alone!

Batagor Bumbu said...

saya pun akan keluar megikuti Tun..
walaupn agak radikal

eddy said...

Dato', I am not surprised of Tun Mahathir's decision to quit UMNO today, in fact I am very happy he quit UMNO because it pains me that since he retired as UMNO President, this Dollah and the UMNO that he leads berperangai nothing short of KurangAjar dan langsung tidak mengenang budi terhadap Tun. Segala kritikan dan nasihat Tun di tolak dengan Sinis dan banyak usaha untuk mengenepi, memalukan dan mengenakan Tun which I think culminated in the Abdullah led cabinet instructing the AG to investigate Tun Mahathir and others after advise from the Lingam tape commission which by the way YB Gwo Burne made a press statement recently and said that that the tape viewed was not complete and he does not think that Dr Mahathir should be even investigated.

Takpalah kalau Kepimpinan UMNO sekarang gagal untuk nampak apa yang Tun Mahathir nampak jika Dollah masih menerajui UMNO, maka UMNO sekarang really deserve their doomed fate in the next PR13.

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Alhamdulillah, sudah jelas dan beginilah pejuangan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Tun Mahathir, semata-mata seorang yang amat berkepentingan sendiri dan KERAS KEPALA, dan akan mengikut apajua citarasa peribadinya semata untuk memuaskan nafsu peribadi beliau.

Allah Yang Maha Adil dan Lagi Mnegathui.

Belaiu semeangnya akan mengalami apa yang telah dialami oleh Allahyarham Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein, meninggalkan kita semua dengan tidak menjadi ahli UMNO.

Ini bukanlah perkara amat merisaukan.....tiada beliau dalam UMNO adalh amat baik bagi negara ini, saya di antara orang yang mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Wallahua'lam,

Rakan20G

kucau said...

ermmm. saya rasa TDM tahu sesuatu yg orang lain tidak tahu lalu mengambil tindakan drastik ini. Jika Paklah tidak letak jawatan maka hanya Tun Razak sahaja yang meninggal didalam UMNO.

Whats the end game for UMNO and the Malays?

Zainal A. Kasim said...

Datuk AKJ,

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad bukan sebarang orang. Keupayaan beliau mempertahankan Kerajaan pimpinan beliau selama 22 tahun bukan kebetulan. Penuh dengan strategi serta kekuatan beliau untuk mempertahankan segala tindakan-tindakan beliau.

Beliau hanya bertindak setelah menilai dari segala segi.

Sehubungan dengan ini, saya rasa Perdana Menteri, Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli UMNO tidak boleh melihat tindakan Tun Dr. M sebagai tindakan orang pencen semata-mata. Sekiranya sikap "tidak apa" atau "tidak kisah" berterusan di kalangan kepimpinan UMNO, tragedi 8 March 2008 akan semakin parah.

Pemimpin Melayu perlu tegas, kuat semangat dan tidak bacul serta pondan dalam membuat keputusan.

http://c-bok.blogspot.com

Jeeivan said...

Quitting UMNO is his right but what Dr.M is trying to do is very dangerous for Malaysia and Malaysians especially the Bangsa Malaysia idea mooted by the very person himself. Being a past PM it is very unbecoming of him to say no-Malays are taking away or not afraid of Malays to demand things from Malays.
One could easily see he is motivated to misguide Malays into going against non-Malays and starting racial unrest. If his intention is to avoid the Lingam's case from being heard, or to bring down Pak Lah than this is clearly wrong path he is taking. For that Dr.M must be condemned. In fact he is trying to divide Malays for personal agenda. I hope Malays are not misled by him any changes in leadership, be it in a democratic UMNO way.

Mighty_Jacksparrow said...

Salam, Datuk.

Sekian lama kita bersama Tun, wajar kita katakan bahawa Tun bukan jenis manusia yang berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Mungkin pada pandangan kita sebagai rakyat biasa khususnya, tindakan Tun keluar dari parti adalah amat mengejutkan sehingga tidak mustahil ada di antara kita yang memerhatikan kelakuan ini seolah berpaling tadah daripada parti.

Namun adalah terlalu awal untuk berspekulasi, dan bagi saya sendiri saya memilih untuk percaya bahawa Tun ada sesuatu yang beliau tahu tapi belum kita semua ketahui. Beliau bukan jenis yang membabi buta walaupun seringkali idea beliau disindir pada peringkat introduction, namun sepertimana yang kita sendiri perhatikan jarang sekali idea beliau gagal sama sekali walaupun pada skala besar dan mempunyai elemen yang sentiasa mengejutkan.

Tentu ada udang di sebalik batu. Dan keluarnya Tun dari UMNO, parti yang beliau sendiri juangkan mati-matian selama ini menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam di dalam hati rakyat seterusnya mencetuskan keresahan dan kebimbangan di dalam benak beberapa individu tertentu.

Sekian saja buat kali ini, Datuk.

fendy_ahmad said...

Salam,

Keputusan ini amat drastik dan mengejutkan.

Tetapi cinta Tun Pada UMNO masih jelas apabila beliau berkata sesiapa yang keluar dari UMNIO 'buat masa ini' jangan menyertai pembangkang sebaliknya masuk semula UMNO apabila kepimpinannya 'pulih dengan perubahan.'

Walau pada mulanya saya seakan kecewa tetapi bila difikirkan kemudian, saya menyokong tindakan TUN !

Demi UMNO dan demi kelangsungan yang berkualiti untuk UMNO !

LAHPIN said...

Dato'

Ahli UMNO perlu bertenang dalam kegawatan ini.Sekasih manapun kita kepada Tun namun kasih kita kepada parti perlu merentasi kasih kita kepada individu1.Kita perlu menghormati keputusan Tun.Tidak ada masalah yang tak dapat dirungkai. Pokoknya jangan tertekan dan emotional mengadapi dalam situasi bagini.Sungguhpun Tun menjemput pengikutnya meninggalkan UMNO buat seketika namun janganlah jadikan UMNO sebagai korban percintaan.

Ahli UMNO 451 said...

Saya juga pada hari ini mengumumkan keluar dari UMNO dan mengikuti jejak langkah Pemimpin yang aku sayangi.

Saya menyeru kepada semua marilah kita ikut TDM untuk mengajar Pak Lah.

Hidup TDM!!!, Hidup Melayu

Mohd said...

Seperti kata Tun Mahathir di JB pada hari Sabtu yg lepas, "pemimpin datang dan pergi tetapi parti UMNO tetap kekal". Dan pada hari yang bersejarah ini Tun telah membuat kejutan dengan mengumumkan pengunduran beliau daripada parti keramat org Melayu ini iaitu UMNO. Saya akui yang Tun sudah merasa amat kecewa dengan keadaan parti kita sekarang ini yg dipenuhi ramai pemimpin-pemimpin yang takut untuk menyatakan kebenaran dan memperbetulkan kesalahan yg dilakukan oleh pucuk pimpinan parti. Mungkinkah ini merupakan jalan terakhir Tun bagi menyelamatkan parti dan rakyat daripada Pak Lah? Atau ini merupakan perintis kepada ahli-ahli UMNO untuk membuat tentangan terhadap Pak Lah secara terang-terangan? Saya penuh yakin sesuatu yang besar pasti akan terjadi selepas ini dengan izin Allah s.w.t. Walaupun saya merasa sedih dgn air mata yg berjujuran di pipi atas keluarnya Tun daripada UMNO, perjuangan untuk menyingkirkan Pak Lah akan tetap saya teruskan bersama rakan-rakan yang lain sebagai satu usaha untuk membawa Tun kembali kepada parti keramat org Melayu ini kembali. Semoga Tun dipanjangkan umur untuk melihat kejadian ini berlaku.

Dhahran Sea said...

Salam Dato' AKJ (& reply to Anon/Rakan20G),
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa selagi mereka tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka"... satu peringatan... AAB sudah empat tahun "mencari Al-Ghazali & Al-Shafi'ie... bukan harta berkarun2..." & "sales of south johor to singapore, lock stock & barrel"... pikir lah sendiri, dan kalau nak "bersyukur", its your right. Satu petanda kes wang ehsan T'ganu disonglap... talk like munafik, sound like munafik, act like munafik... terpulang pada masing2 nak buat conclusion? Semoga Malaysia selamat melalui cabaran semasa, inshaallah. Amin.

Anonymous said...

Dato AKJ,

Tak diduga sama sekali. Namun, mesti dia ada muslihat tertentu! Kalau di luar Umno, pasti dia akan lebih kritis.

KAWAN

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Saya percaya Dr. Mahathir sudah nampak UMNO akan kecundang. Lebih-lebih lagi jika BN kecundang kepada PR di Parlimen pada bila-bila masa dari sekarang.

2. Oleh itu sebelum UMNO dimalukan leh parti lawan maka lebih baik beliau keluar dulu dari UMNO.

3. Jadi kalau UMNO/BN tumbang kelak, beliau boleh merasa lega kerana bukan lagi ahli UMNO.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

p/s: Nampaknya rakyat Malaysia kini terus terlupa dan tak kisah lagi dengan isu beras dan lain isu penting..kerana asyik fokus isu politik dari masa ke semasa? Adakah ini satu kebetulan atau telah dirancang?

ie lads said...

The Malaysian politics is getting absolutely fantastic nowdays..This is what I want to see...some stardom from the great....and guess what the opposition will greet this expectation with 'encore'...

We will see the opposition or so called 'Labour Party' have the oppotunity to rule...

What happened to the Malays? Are they dying or what?

Athlone

The Truth said...

Satu kejutan tapi Tun adalah seorang yg berpandangan jauh..Tun seorang yg ikhlas. Sungguh menyedihkan Pm Abdullah Badawi seperti kacang lupakan kulit..sikapnya selama ini baik tutur kata atau diamnya menjadi barah kepada negara kita Malaysia.Inilah yg telah menyebabkan Tun mengambil tindakan yg sungguh drastik.Kebenaran pasti akan tersingkap akhirnya dan pada masa itu PM Abdullah akan tercatat dalam sejarah Malaysia sebagaimana yg dinyata dalam blog Tun sebagai pengkhianat kpd agama,bangsa dan negara.

Anonymous said...

tok,

saya lpas nie pun nak kluar UMNO

bye semuaaa...



sudin

Abdrahim said...

Datuk,

Kalau Tun Mahathir itu bukan bekas Perdana Menteri, dah lama dah kena pecat dari UMNO.

Mengenangkan jasa-jasanya beliau dibiarkan sahaja menghentam kepimpinan UMNO sekarang. Ibarat seperti bapa meleteri sianak.

Tetapi bila tengok Tun bukan setakat berleter, tetapi menghentam kepimpinan parti untuk tujuan menjatuhkan, tentunya kepimpinan UMNO perlu melakukan sesuatu.

Adat berorganisasi, mesti ada peraturan dan disiplin yang perlu dihormati. Kalau terpaksa tindakan diambil, jasa dan budi terpaksa diketepikan.

Salah tetapi salah. Organisasi perlu dijaga. Yang rosak perlu dibaiki.

Untuk itu, mungkin Tun telah menghidu yang beliau akan dipecat dari UMNO.

Sebelum ianya berlaku lebih baik sendiri tarik diri.....


abd rahim kassim

syed syahrul zarizi said...

Dato

Ini merupakan kemuncak kepada rasa muak Tun terhadap kepimpinan sekarang. Tentu ada sebab-sebab yang tersurat dan tersirat yang perlu kita pelajari. Saya yakin ramai menteri yang berkuasa tidak akan turut serta, itu tentu kita semua boleh agak. Sudah resam bangsa kita sendiri.

Cuma saya berharap Tun terus bersuara. Ahli UMNO atau bukan - kita tetap ada hak. kita rakyat Malaysia.

Syed
Sireh Dan Cengkeh

bashir said...

Umno akan kehilangan pemimpin yang sayang akan bangsanya.

Satu kerugian yang amat besar.sekarang terpulang kepada ahli umno yang lain untuk memberi isyarat yang sama akan ketidakpuasan terhadap kepimpinan yang sedia ada.

Pelik ! kenapa selepas berpuluh puluh tahun kita masih mengharap pemimpin yang sudah cukup berumur ini unutuk melakukan serangan ke atas kepimpinan Umno sekarang.

sudah buta dan pekak kah askar askar Umno yang lain...

Anonymous said...

Salam untuk Dato dan pembaca,

Ini satu berita yang amat mengejutkan. ia diluar pemikiran saya yang Tun akan keluar UMNO. Ini satu keputusan yang saya rasa sukar dibuat tapi perlu dibuat. Tun seorang pejuang yang kental. Rasa kecewa ini amat mendalam yang dilakukan oleh pemimpin UMNO yang cuba menjatuhkan maruah Tun dari mula beliau meletak jawatan PM.

Bermula dari pembatalan 'double tracking' atas alasan tidak mahu rakyat dibebankan dengan hutang, pembatalan jambatan bengkok kerana tuntutan pasir dan ruang udara oleh Singapura, isu penjualan saham kepada syarikat asing menjatuhkan maruah negara konon mendapat kepercayaan negara lain dsb. Ini semua atas nasihat oleh orang yang tidak membesar dan belajar dalam negara. Semangat kekitaannya tidak ada. Semangat 'sentimentle value' terlalu nipis. Tidak kenal negarawan atau tidak tahu erti negarawan.
Jika pemimpin kenal atau tahu negarawan, maka negarawan itu akan diminta pendapatnya, ditagih nasihatnya kerana negarawan itu masih hidup.

Isu ini memerlukan ahli UMNO memilih untuk menyelamatkan seorang buang semua atau buang seorang selamatkan semua.

Semoga Tuhan restui tindakan Tun.
Selamat berjuang.

Salam
zainalsd.

Syukur Alham dullilah said...

Akhirnya, Mahatir merasai kesan penderhakaannya kepada Allayarham Tunku Abdul Rahman.

Jiwa Mahatir tidak tenteram, perasan bersalah menghantuinya.

Malangnya. hari-hari akhirnya akan dilalui dengan penuh kedukaan. Segala "pencapaiannya" mejadi penghinaan.

Inilah kuasa Tuhan! Alahu Akbar!

Anonymous said...

Jeeivan,

Nowadays, fighting for Malay rights is sinful and a taboo!Fighting for the rights of Hindraf is heroic and noble. All under Abdullah, the president of UMNO! And you people will like it because he's weak. But he's not going to be there for long!

Today's UMNO does nothing to the Malays. It's timely for me to quit UMNO as well.

I'll join PAS for an Islamic country!

HJG

ILMU KESIHATAN said...

syabas Tun,,,
KERANA BERANI BUAT KEPUTUSAN..
saya dah keluar Umno sebelum piliharaya lagi....
RAMAI ORANG MELAYU DAH KELUAR UMNO SEBELUM PILIHRAYA LAGI..
NAK LIHAT PAK LAH HANDLE PERKARA NIE...

raja2u said...

Raja2U
YBhg Dato'nampaknya kita sampaikeperingkat apa sahaja boleh jadi. Disamping apa yang sedang berlaku ini mungkinkah TDM merasakan masalah atau sebaliknya implikasi atas tuntutan Pulau batu Putih yang akan diketahui keputusannya tidak lama lagi.
Saya yakin tiada akan berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Jadi TDM sudah keluar dari UMNO atas pilehan sendiri kita dan doakan beliau sentiasa dalam kesejahteraan .Kita lihat pula samada pelawaan beliau bagi yang lain-lain termasuk menteri dan timbalan menteri mengikut beliau. Ini tentu suatu keputusan yang sukar dan Dato' telah memberi mereka jalan keluar iaitu dengan mengatakan tidak mengapa mereka terus berada dalam UMNO dengan niat meneruskan usaha memperbaiki parti dari dalam (kalau benar parti bermasalah).
Soal besarnya dengan bertukar tangan pemerintahan 4 buah negeri memberi banyak masalah kepada ahli UMNO yang bergantong kepada UMNO untuk sara hidup. Ini pula atas tindakan ahli-ahli UMNO sendiri akan terlepas pula kuasa pemerintahan diperingkat pusat ketangan orang lain.Bila ini berlaku maka lengkaplah perubahan yang diidam-idamkan sesetengah pihak dengan tidak payah menunggu 4 tahun lagi kerana sebahagian dari anggota UMNO sendiri tiada lagi daya tahan untuk mempertahankan diri.
Sebagai seorang Islam kita perlu ingat mengingati. Semasa dalam UMNO tiada salahnya mengkeritik pemimpin yang kebetulan ketua Kerajaan. Bila keluar kita kena berhati-hati kerana takut kelak dituduh berusaha menjatuhkan Kerajaan yang sah.Jadi kita perlu berhati-hati apa yang kita tutur. Saya berdoa Allah terus melindungi kita dengan menetapkan hati kita supaya tidak melakukan sesuatu yang membawa sesalan yang tidak berkesudahan.

Raja Abdul Rahman Dain,
Petaling Jaya.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya "angkat topi" terhadap tindakan TDM keluar parti UMNO. Pada saya, itu adalah salah satu ciri-ciri "gentleman act" terutama selepas TDM mengecam Pak Lah sebagai seorang melayu yang tidak "gentle". Kekecewaan TDM terhadap Pak Lah begitu memuncak sehingga beliau memilih "strategy" ini.


Mungkin selepas ini, kita akan mendengar kenyataan-kenyataan dari pembesar-pembesar UMNO bahawa tindakan TDM itu tidak akan membawa "big psychological blow" terhadap UMNO ataupun terhadap ahli-ahlinya yang lain. Samada betul atau tidak akan wujudnya "blow' itu, semuanya terletak pada ahli-ahli UMNO sendiri untuk "demonstrate"kan perasaan mereka.


Ketika "tsunami PRU12" baru-baru ini, "demonstration" kekecewaan rakyat datangnya bukan sahaja daripada ahli-ahli UMNO yang tidak mengundi BN, tetapi juga daripada sebahagian rakyat lain yang bukan ahli UMNO. Pengaruh TDM menyelinap masuk juga ke dalam hati-hati rakyat yang bukan ahli UMNO untuk tidak mengundi BN.


Yang menariknya sekarang ini, tindakan TDM itu hanya boleh memberi "blow" jika ahli-ahli UMNO turut bersama-sama mengikuti langkah TDM tersebut. Rakyat yang bukan ahli UMNO tidak boleh berbuat apa-apa untuk mewujudkan "blow" dimaksudkan tadi.


Seperti kata Datuk, mungkin ada yang akan terus "stay" di dalam parti untuk menjalankan peranan mereka "sebelah dalam", itu tidak dapat dinafikan. Mereka mungkin ada "kuasa" untuk memainkan "sesuatu peranan". Tetapi Datuk, peranan apa yang boleh mereka mainkan jika syndrome "takut" masih tersemat di dalam hati?


Sekarang, TDM telah menunjukkan bahawa kenyataan "if you cannot beat them, join them" tidak boleh dipakai di dalam konteks UMNO hari ini. You can only beat them when you leave them.


Di zaman globalisasi ini, pengguna-pengguna (consumers) adalah Raja. Mereka mempunyai kuasa untuk memilih samada membeli atau tidak segala barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual-penjual. Jika pengguna-pengguna berpendapat bahawa barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak memenuhi kehendak atau citarasa mereka, mereka tidak akan membeli atau mereka akan memilih untuk membeli barangan dan perkhidmatan lain yang mereka rasa dapat memuaskan hati mereka.


Di dalam konteks UMNO sekarang ini, perkara di atas adalah sama sahaja. Ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi adalah Raja. Mereka mempunyai kuasa untuk memilih. Jika kehendak dan citarasa mereka tidak dapat dipenuhi oleh pembesar-pembesar UMNO, maka tepuk dada tanyalah selera...


Azman Mohd Isa
Shah Alam

MyMode Network said...

Saya amat tidak bersetuju dengan rakan20G...Tun bukan sebarang orang yang berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Saya dapat rasakan apa yang tersirat di sebalik "aksi" Tun itu. Memang betul kata Dato' AKJ, mungkin Tun tahu sesuatu yang kita tak tau...

noor faiza said...

Salam Dato,

Saya memnghormati keputusan Tun. Walau bagaimanapun saya berharap agar tiada pemimpin UMNO sekarang yang condemn Tun berikutan perkara ini.

Sebaliknya tampillah memujuk Tun. Ingatlah pada jasanya. Janganlah ego dan sombong lagi. Belajarlah meendah diri.

Pada Pak Lah, pilihan ditangan anda. Anda adalah perosak parti. Anda menyimpang terlalu jauh.
Sanggapkah anda pergi berjumpa Tun sekarang memujuknya kembali?

P/S - Dato, analisa Dato sepanjang beberapa berapa Tahun ini banyak kebenarannya. Impressive!

alfakir1 said...

Salam Datuk

Ini adalah kejutan pertama yg di buat oleh TDM

Implikasi tetap ada drpd keputusan ini kerana terdapat penyokong2 TDM di dalam parliament.

Apakah tindakan setreus nya yang akan di buat oleh penyokong2 TMD di parliament?

Sama2 lah kita tunggu akan perkembangan 2 atau 3 hari ini.

Memang banyak risiko nya bila sesuatu tindakan yang datang nya dari mantan PM.

Kita boleh katakan "retak tunggu belah" di dalam Umno yang akan memberi kedudukan selesa bagi PR.

Bukan senang hendak membuat seauatu keputusan, kerana kena ambil kira "risks & rewards" sama ada ia nya memehak kepada kita atau parti.

Pada pandangan saya yg bodoh ini, tindakan TDM ini akan memberi implaksi yg buruk untok Umno dan tanda2 kuasa Umno memerintah akan berakhir.

Sebelum ini berlaku, ada lagi 1 atau 2 kejutan yang akan berlaku satu dua minggu ini tanpa di duga oleh Umno dan juga rakyat.

AAB nampak relax sahja, barangkali dia telah mendapat sokongan yang kita tidak tahu menahu.

Kita tidak boleh memperkecilkan keupayaan AAB untok mengatur strategi nya drpd di jatuhkan mana2 pehak.

Dengan itu, kita jangan mudah memperlekeh lekehkan kebolehan sesaorang.

Sayugia di ingatkan, sepandai2 manusia, mereka tidak akan terlepas drpd membuat kesilapan2 yang kecil atau pun yang besar.
Mealinkan mereka2 yang takut dan beriman kepada Allah.

Wallahu 'alam

Ritna said...

Datuk,

Munkinkah ini satu strategic Tun untuk lihat berapa ramai lagi pembesar ameno yg akan ikuti jejak langkah beliau, samada mereka2 itu betul2 ada "balls" ?...atau hanya jadi ball cariers sahaja...?

bising di dalam sahaja nak buat itu, nak buat ini perubahan, tapi tidak "walk the talk"

ini satu penapisan parti yg agak extreme, tapi saya percaya ia nya agak berkesan...
tunggu & lihat..

kristal said...

ramai pemimpin umno kononnya terkejut dengan hasrat dr mahathir keluar umno. baru cakap belum hantar lagi. esok dia boleh tukar. macam masa dia nak berhenti jadi pm dulu. selepas umum semua orang kecoh dia kata dalam tempoh setahun untuk peralihan.

sebenarnya dia nak test saja. sama ada ramai orang nak ikut ke atau ramai orang suka (macam tun musa dan shahrir). rasanya orang yang ada jawatan tak akan ikut sebab sayang jawatan. lagi pun tujuan ramai orang jadi ahli umno kan nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian lepas tu jadi adun atau ahli parlimen. sebab nak berjuang dalam umno kena ada jawatan sebab ahli biasa tak boleh berjuang.

sebenarnya kalau adun atau ahli parlimen umno boleh keluar umno dan jadi adun atau ahli parlimen bebas. tapi tak akan ada siapa yang berani buat keputusan keluar parti. alasannya nak berjuang dari dalam. kalau ada pun mungkin dua tiga kerat.

berbagai tafsiran atau kesimpulan boleh dibuat ekoran daripada episod ini. kita tunggu dan lihat saja apa kesudahannya atau tiada kesudahannya.

ainas said...

tanpa dr.m saya pun tak mahu duduk dlm umno lagi. bukan saya taksub pada beliau tapi sebagai bekas pemimpin selama 22 tahun, mengharungi pelbagai cabaran memakmurkan rakyat dan negara dan disayangi oleh seluruh rakyat malaysia berbilang bangsa tidak dapat tidak tindakan nya mempengaruhi saya juga. saya sokong tun

Anonymous said...

i agree with his move. why should we stay if we have no faith in the party anymore? umno berjuang untuk banga melayu. but not anymore. ahli umno berkedudukan berjuang hanya untuk kekayaan mereka. sebagai orang melayu, saya sedih bahawa kita tidak bersatu lagi. ini kerana kononnya orang yang berjuang atas nama melayu hanya pentingkan diri sendiri

al ahmadi,KW

morkymoqq said...

Salam Dato AKJ,

Tindakan TDM kali ini begitu drastik dan mengejutkan.Namun pada hemat saya,adalah menjadi kebiasaan bagi TDM untuk melakukan sesuatu yang mengejutkan dalam usaha beliau mencapai sesuatu.

Saya amat berharap tindakan drastik beliau kali ini merupakan satu tindakan "calculated risk" agar apa jua yang dicitakan oleh beliau akan tercapai; walaupun tidak sepenuhnya tetapi biarlah mesej itu jelas sehingga ke pucuk pimpinan UMNO.

Saya amat risau sekiranya tindakan beliau ini hanya dianggap sebagai 'tindakan menagih simpati seorang bekas pimpinan UMNO' oleh pembesar2 UMNO yang setia dibelakang PM malah mungkin ada yang lebih berani mengandaikan TDM sudah dihujung waktu dalam perjuangannya.

Namun begitu, di satu sudut perkiraan TDM ini mungkin akan memberi kemenangan moral kepada DSAI dalam usahanya menjatuhkan kerajaan BN sekarang yang sudah menjadi kucar kacir sekaligus mendapat majoriti mudah utk mendirikan kerajaan PR di bawah pimpinannya dalam waktu terdekat. Maka bekas mentornya, TDM wajar diberi ucapan terima kasih.

Di satu sudut pula, kelibat ahli2 UMNO yang selama ini bergantung harap kepada UMNO sebagai wadah perjuangan akan keliru dan sedih dengan tindakan TDM ini. Mereka pasti dalam dilemma samada perlu mengambil tindakan yang sama atau sebaliknya. Jgnlah hendaknya kerana pertembungan kepimpinan ini (TDM vs PM) rakyat yang tidak bersalah juga akan terkena tempelaknya.

Yang pasti tindakan TDM ini akan mengundang 1001 persoalan. Adakah Datuk Mukhriz akan mengikut jejak langkah ayahnya? Bagaimana reaksi Tengku Razaleigh dalam perkembangan terkini ini? Adakah pendakwaan terhadap TDM berkenaan kes lantikan hakim akan dipercepatkan memandangkan TDM bukan lagi 'liabiliti' dalam UMNO? Siapakah yang akan mendapat "ketawa terakhir"(the last laugh)?

Senario politik Malaysia terutamanya UMNO memang tidak pernah lari dari kontroversi setiap 10 tahun bermula 1988. Satu pattern yang amat menarik.

sikapitan said...

Salam,

Semoga kita sama-sama melihat tindakan ini dan menggunakan akal fikiran.

Adakah cinta pada parti itu cinta pada nama parti, atau pada isi kandungnya? Jika isinya sudah berubah, adakah masih dikira sebagai parti yang sama?

wasalam

http://undergrounduate.blogspot.com

Red84 said...

The Scribe,

Passing The Baton

Alhamdulillah. Sekarang Dr Mahathir ada banyak masa untuk mempersediakan dirinya untuk ke Mahkamah.

Perlutah kita perhati-hatikan
MP Jerlun. Apakah halatuju anda, YB? Rasa-rasanya anda sudah bersedia untuk bersuara dengan lebuh lantang tentang kepimpinan Presiden UMNO sekarang yang menyebabkan mantan Presiden UMNO keluar parti? (You are not afraid of losing your franchise, are you? Me - I will be sacked from the party)

"Get organised"

Husin Lempoyang said...

Husin harap janganlah Dr Mahathri itu dibiarkan sorang! sorang! macam mana peristiwa Dol Said tewas dalam Perang Naning ke II.

Red84 said...

The Scribe,

Berapa ramai rasanya MP-MP dari UMNO dan BN yang akan duduk sekaki dengan YB Ibrahim Ali -yakni Yang Berhormat BEBAAAAAAS!!!!

(orang yang dah kena nasi kangkang nak faham macamana dan orang yang kena sihir samalah tu, Che Dollah oi)

idiopathic idiot said...

husin kata...
Husin harap janganlah Dr Mahathri itu dibiarkan sorang! sorang! macam mana peristiwa Dol Said tewas dalam Perang Naning ke II..saya setuju sin,setuju!!

saya pulak kata..
selagi PakLah tak mintak maaf kat Tun...
selagi Nazri Aziz tak mintak maaf kat Tun...
selagi menteri2 caboi tak mintak maaf kat Tun..
selagi Khairy ada peluang 'idup' dalam UMNO...
selagi khairy ada kaki2 tgn2 dalam UMNO..
selagi tu lah UMNO bukan pilihan...

THANX memanda2 sekalian!!THANX!!dah puas ati?..

Tun tegur baik2..hangpa kata macam2..Tun dah tua la,Tun gila kuasa la,Tun dah nyanyuk la..macam2..

tak respect langsung..hangpa tlupa ka Tun jaga kita 22 taun?..hangpa tak reti beradap ka dengan orang tua?..hangpa tak reti ka berterima kasih..dah besaq sangat ka?..lagu ni nak kami respect?sori to say la...hangpa biadap(maaf,takdak kata lain yg lebih seswai),lupa diri,kata macam2 ,pelekeh Tun..

la ni..hangpa ambik ubat..rakyat meluat hangpa..Raja menyampah hangpa..melayu dah tolak hangpa..Tun tolak hangpa..

la ni..kita wait n see..PakLah nak turun ka UMNO jadi tak relevan..kita tunggu..

kepada orang2 melayu yang masih sayangkan UMNO,dah terang lagi bersuluh kita tau sapa sayang UMNO sapa tunggang UMNO.pilihan di tangan anda..ingat,UMNO boleh jadi sgt kuat seperti zaman Tun atau sgt lemah seperti zaman..(u know kan )

saya? TAKNAK UMNO..selagi Tun tak dihormati..selagi UMNO dipergunakan..Tun pemimpin saya..Terima kasih Tun!!Terima Kasih Tun!!

Ya Allah,semoga dipanjangkan usia Tun dan diberkati segala amalan baik tun.aminnnn..

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,

Saya percaya TDM lebih menyayangi rakyat Malaysia lebih dari parti UMNOnya sendiri. Jadi selepas ini apa yang kami perlu lakukan TUN? Ialah sementara menunggu PRU13, parti baru atau masuk parti lain? Saya suka jika parti yang nak dicadangkan biarlah parti Melayu yang berlandaskan Islam. Yang tak sekongkol dengan DAP ataupun PKR. Boleh..

Salam

DAH Ikhwan said...

Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO sungguh mengejutkan sebab sebelum ini tiada tanda yang beliau akan berbuat demikian.Nampaknya Tun sungguh kecewa dengan keputusan kerajaan baru2 ini tentang kes Suruhanjaya tape VK Lingam.

Apakah ini hanya tanda keciwa sahaja atau prelude kepada tindakan yang akan diambil oleh pengikut2 dan mereka yang besimpati dengan beliau dalam UMNO. Kalau pergolakan terhad kepada UMNO sahaja, tidaklah begitu berbahaya, mungkin(whichever way) ianya boleh menyelesai masalah dalaman UMNO sekarang.Jika sebaliknya ia menimbulkan persepsi perpecahan yang berlarutan,ini merbahaya dan boleh menimbulkan pergolakan dalam Barisan Nasional pula.

Haraplah UMNO selamat.Kedudukan UMNO kini tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan.Untuk artikel berkaitan sila lihat weblog DAH Ikhwan.

Sekian, Wassalam.

DAH Ikhwan
http://dahalmi.wordpress.com
DAH Ikhwan

Oldstock said...

Salam Datuk AKJ,

Pertamanya, Tun keluar dari parti yg dia sendiri tubuhkan pada tahun 1988, bukan UMNO yg lahir pada 1946.

Keduanya, dia kata dia akan masuk balik parti itu kalau Abdullah disingkirkan. Adakah Tun yakin sesiapa yg mengambilalih pucuk pimpinan parti akan menerima Tun semula?

Sejarah telah menunjukkan yg semua bekas pemimpin parti hilang pengaruh setelah tidak lagi memegang kuasa, samada keluar secara sukarela (Dato Onn Jaafar) ataupun disingkirkan secara halus (Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn). Tapi sekiranya Tun Dr. Mahathir rasa yg beliau masih mampu berbuat sesuatu, saya syorkan beliau bersama-sama penyokongnya wujudkan satu parti baru. Semuga usaha ini dapat membawa kesan yg positif utk rakyat Malaysia.

XCremator said...

Saya lahir pada zaman TDM dan saya sayang Malaysia seadanya.

Saya juga akan bertindak keluar UMNO berkuatkuasa serta merta.

Hidup TDM

ram said...

Nik Aziz sendiri mengaku kalau Tun Mahathir masuk PAS, PAS akan tumpang tuah Tun kerana bagi Nik Aziz Tun adalah pemimpin berfikiran tajam dan pemimpin hebat. Orang PAS tahu menilai Tun tetapi orang UMNO tidak pernah nak pakai akal.

Anonymous said...

Saya akan ikut Tun kerana apa yg Tun katakan selama ini semuanya benar. Kenapa kita takut kepada kebenaran?
Saya keluar dari UMNO!

Salam Perjuangan Ukt Kebenaran.
Naib Ketua Pemuda Caw.

hantu_siang said...

su-kj,

sudah lama saya memerhatikan posting saudara di mana-mana blog. saya kira posting saudara cuma memalukan diri sendiri dengan pemikiran dan pendapat yang cetek dan tidak bijak. saya kira saudara jauh lebih muda dari usia sebenar!

ting tong guy said...

Dear Dato' AKJ,

Tun is a person who never fails to amuze me either in his thoughts or actions.

Still remember the the 97 crisis where he defied even the people who unashamedly refer themselves as the authority of finance, and we all know the rest of the story is a history of a nation's glory that every Malaysian should be proud of. A legacy that should be passed on to our future generations to come!!!!

With Allah's permission, Tun will prevail again this time. Allah will always be with the truth and innocent, not the pretender.

ting tong guy said...

Dear Dato' AKJ,

Tun is a person who never fails to amuze me either in his thoughts or actions.

Still remember the the 97 crisis where he defied even the people who unashamedly refer themselves as the authority of finance, and we all know the rest of the story is a history of a nation's glory that every Malaysian should be proud of. A legacy that should be passed on to our future generations to come!!!!

With Allah's permission, Tun will prevail again this time. Allah will always be with the truth and innocent, not the pretender.

badan dan nyawa said...

Datuk Kadiaq,

Pada fikiran saya selepas ini Tun Mahathir akan mengkritik dengan lebih pedas dan teruk lagi kepimpinan abdullah badawi kerana dia sudah bebas dari pagar UMNO. saya pikir, dia akan mengkritik bukan sahaja abdullah tetapi semua pembesar-pembesar UMNO yang lain dan tidak perlu risau akan musibah yang bakal menimpanya!

Anonymous said...

UMNO is fast losing its supports from the Malays. I was at a wedding just now. I saw many teary eyes when the news of Tun quitting UMNO came about.

With Tun quitting UMNO, UMNO has become even more irrelevant for many Malays. Malays are leaving UMNO and I'm really amazed how the UMNO leaders do not even realize it or, worse yet, fail to do anything about it. Di mana janji anda untuk berjuang demi agama, bangsa and negara? Jangan lah nak tunggu sampai UMNO jadi parti kosong baru nak menjerit titah perjuangan.

Tolong lah. Dah tak ada dah orang Melayu yang sokong Pak Lah. Sokongan sedikit sebanyak yang ada sekarang pun sebab orang Melayu masih sayangkan UMNO. Sekarang, kalau Tun M pun dah keluar UMNO, ada lagi kah orang Melayu yang sokong UMNO? Sangat sedikit jumlah nya. Percaya lah.

Aduhai pemimpin-pemimpin UMNO,
hebat sangat kah Pak Lah tu sampai anda sanggup mengorbankan UMNO?


-Azlan Shah, Ahli UMNO Merbok-

AnakMudaParlimenBatu said...

Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

ben said...

Adalah wajar bagi Tun Mahathir keluar UMNO, kerana sebagai bekas perdana menteri yang disegani dan terkenal di mata dunia, UMNO/Pak Lah harus menerima pendapat-pendapat bernasnya walau pun tak kesemuanya.

tok dam said...

saya berada dalam majlis tersebut.

tindakan Tun ini biar pun nampak spontan tetapi pada anggapan saya merupakan satu tindakan terancang Tun untuk menyelamatkan kita dari kerakusan kuasa pak lah and the gang..

Beliau sedar yg momentum mendesak pak lah meletakkan jawatan perlu diteruskan dan digiatkan lagi..kalau tunggu lama nanti jadi sejuk dan hambar..

kepada kawan2 saya rasa tak perlulah kita bersedih atau bergembira sangat dengan tindakan Tun ini..beliau bukanlah beremosi tetapi sekadar bersrategi dan saya dapat rasakan yg srategi Tun ini seperti biasa bukanlah hanya srategi yg biasa2! ia akan memberi kesan dan tidakbalas yg baik untuk kita semua.

Mat Kepit said...

Saya ahli UMNO caw Cheras Baru istyhar keluar dari UMNO mengikut jejak langkah Tun M.

SarfaMS said...

Y.Bhg. Datuk.,

Saya akan terus dan menyokong YAB.hg Tun dan akan keluar parti sepertimana yg pemimpin ulung dunia ketiga itu lakukan.. perlu diingat, beliau bukan org biasa2, setiap kata dan perbuatan beliau adalah drpd pemikiran beliau.. mungkin ada yg beliau fikir tak kena pd umno pimpinan Abdullah Ahmad Badawi..

-Sarfa, bukan keseorangan.

man botak @ botak chin said...

Sdr. A Kadir Jasin,

AAB & Co. have not shown any form of smart, strategic thinking. Ad hoc solutions have been dished here, there, everywhere. One commission after another has been announced. All these are nothing more than publicity stunts to pacify the voters. Proponents are, of course, happy with such so-called "drastic" actions by AAB & Co.
Dr. M's decision to quit UMNO is surprising but not totally unexpected. It may or may not caused the desired impact vis-a-vis the dissolution of UMNO in the 1980s. I personally think that the dissolution of UMNO then was a strategic move to clense the party of "unwanted" characters. Fortunately, BN was strong then and MCA could hold the fort in the interim.
The scenario now is quite different. BN is not as cohesive and stong as it used to be. A weakened UMNO could potentially drive other members to leave BN. This would then pave way for PR to sweep the carpet of power right from under BN's feet!

SarfaMS said...

Y.Bhg. Datuk.,

Saya akan terus dan menyokong YAB.hg Tun dan akan keluar parti sepertimana yg pemimpin ulung dunia ketiga itu lakukan.. perlu diingat, beliau bukan org biasa2, setiap kata dan perbuatan beliau adalah drpd pemikiran beliau.. mungkin ada yg beliau fikir tak kena pd umno pimpinan Abdullah Ahmad Badawi..

-Sarfa, bukan keseorangan.

Anonymous said...

Dato' AKJ, saya mohon laluan. Terima kasih..

Saya SANGAT KECEWA dengan KEPIMPINAN UMNO. Mereka seumpama "kacang lupakan kulit", "Habis manis sepah dibuang" dan "mudah lupa"

Saya menghormati pendirian Tun Dr Mahathir. Hidup Mahathir. Saya tetap menyokong Dr Mahathir. Semoga ALLAH merahmati dan menyayangi Tun Dr Mahathir.

Mereka tetap tidak boleh "DELETE" jasa Tun Dr Mahathir. Kami akan kenang sampai mati.

PM/Pak Lah adalah PM paling teruk dalam sejarah MALAYSIA.

Sekian

Mahkota

nijetty said...

Dato'
Kesan domino akan berlaku, terutama di Sabah. Tun yang membawa UMNO ke Sabah. Jangkaan beliau bahawa Anwar akan menjadi PM mungkin terkabul. Anwar tentu sangat gembira ketika ini.

Anonymous said...

Pak Lah, Tun Mahathir dan semua pemimpin UMNO peringkat nasional sekelian.

Tak usahlah nak gaduh lebih-lebih pasai UMNO ini. Pikirlah hal rakyat. Harta Roti naik, harga beras naik, tepung naik, keseluruhan harga barangan sudah naik. Rakyat ini sudah sesak nafas, kos hidup meningkat, pendapatan bersih menyusut, simpanan tak ada. Yang engkau semua asyik nak gaduh ni bila nak selesai masalah rakyat. Kau orang gaduh tak apalah gaji dan pencen tetap ada cukup banyak. Sebelum ini pun kau orang rembat duit rakyat sudah banyak. Tolonglah. Hentikanlah. Tolonglah rakyat sekelian. Kami pun sudah muak dengan cerita gaduh-gaduh politik ini terutama UMNO ini. Lama sangat gaduh nanti rakyat kebulur pulak.

Rosli Dhoby

Anonymous said...

Dato AKJ dan pelayar2 yg dihormati sekalian.

Dikala kerisauan kita tentang kemungkinan ahli2 Parlimen dari Sabah melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat; adakah tindakan keluar UMNO oleh Tun Dr.Mahathir ini memberi "green light" pada YB2 berkenaan untuk meneruskan hasrat mereka?

Ataupun, adakah tindakan beliau ini berupa satu "counter-offer" pada YB2 berkenaan agar jgn lompat parti lagi kerana beliau akan memberi "tekanan terakhir" kpd Pak Lah untuk berundur.

Tekanan terakhir yg saya maksudkan ini berupa penarikan diri secara berperingkat-peringkat ahli2 UMNO andai Pak Lah kekal sbg Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Pada ketika ini, ahli-ahli UMNO yg tidak ada kepentingan seperti veteran2 UMNO seperti Sanusi Junid, dan ahli2 non-partisan bolehlah meninggalkan UMNO serta merta.

Peringkat seterusnya dibahagian cawangan2 UMNO. Setelah selesai tanggungjawab melantik ketua2 UMNO yg menentang Pak Lah memegang jawatan, mereka juga boleh meletak jawatan dan menarik diri dari UMNO.

Di peringkat bahagian pula, setelah selesai melantik pemimpin2 bahagian yg baru dan membuat pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO , mereka yg tidak dipilih ke PAU, bolehlah meletak jawatan dan menarik diri dari UMNO.

Dan ... di peringkat terakhir iaitu semasa PAU. Gambaran dan signal yg jelas hendaklah diberi kepada Pak Lah. Andai beliau tidak berundur, ketua2 bahagian yg juga ahli2 parlimen akan menarik diri dari UMNO. Saya percaya ahli Parlimen Jerlun dan Gua Musang tidak ada masalah berbuat demikian. Ini perlu dilakukan, agar perwakilan2 UMNO di PAU tersebut mendapat gambaran bahawa tidak ada gunanya memilih Pak Lah sbg Presiden UMNO kerana jika beliau menang pun, beliau tidak mampu menjadi Perdana Menteri kerana tidak cukup sokongan di Parlimen.


Bagi diri saya pula ... secara rohnya, saya sudah keluar UMNO sejak 3, 4 tahun lalu. Secara "officially" nya saja belum lagi. Insya Allah, selesai sahaja tanggungjawab saya memilih Ketua Bahagian yg menentang PakLah di mesyuarat agung UMNO bahagian saya nanti, surat penarikkan diri saya sbg ahli UMNO akan saya kemukakan.

Saya menyeru pada setiap ahli UMNO agar tidak membuat keputusan melulu tetapi menilai dahulu kedudukan mereka didalam UMNO sebelum menarik diri dari parti keramat ini.

-sinbad-

Anonymous said...

dear datuk akj,

Dear Tun Mahatir still has the power and charm to surprise many.

Whilst I respect the decision and risks being undertaken by Tun, problems with such a move can be summarized as follow:-

1. Tun is no longer young; it is sad to see that he has to undertake this move to unseat the incumbent PM. The fact remains that it was not a move that was echoed by other pembesar-pembesar UMNO but it was by him?

2. Reform UMNO from within is more important because it is the willingness therein that will change the fate of the party.

3. More importantly, if it was first initiated by others other than him.

4. I wish that he has more gameplan to undertake. His poor state of health previously is his biggest Achilles' Heel.

5. Someone should take on the mantle of change. Tun has already led the country for 22 years and now with this move to shake UMNO to senses.

6. More important issue is the post Tun leadership crisis? Will Tun respond again in the negative if another leadership crisis emerge in the future (God forbids) ?

cre8tif

abe MIE said...

MAHATHIR BUAT 'FILEM' TERBAHARU

Kenapa Tun Dr. Mahathir (TDM) keluar UMNO dengan tergesa-gesa? dan kenapa TDM tidak berminat hendak menyertai PAS, PKR atau DAP? atau TDM menubuhkan parti bebas?

TDM lebih berminat mahu menubuhkan 'parti diri bebas' iaitu bebas daripada kutukan, kritikan, pembicaraan ataupun dia sebenarnya mempunyai skandal lain yang menyebabkan dia keluar UMNO untuk 'sementara waktu'?

Ada 6 sebab kenana TDM berbuat sedemikian.

1. TDM adalah PAKAR PELAKON DAN PAKAR PENGARAH POLITIK. TDM seorang genuis dan bijak serta benar-benar berbakat berlakon terutamanya dalam telemovie 'POLITIK AIR MATA' atau 'POLITIK BELASAH ORANG'.

Dulu sebelum Pak Lah jadi PM, dia selalu menangis sebab sudah mahu letak jawatan semasa persidangan UMNO. Orang suruh dia tarik, tapi dia tarik balik dan jadi PM serta Presiden UMNO.

Masa jadi PM, 22 tahun lamanya, dia pernah membunuh musuh politiknya, antaranya TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH, GHAFAR BABA, dan ANWAR IBRAHIM.

Kita sebagai rakyat Malaysia berjuta-juta nyawa hanya mampu mwnunjukkaan kemarahan sahaja. Tapi apabila TDM seorang marah, tidak semena-mena kita beranggapan dia mewakili jutaan nyawa? BIARLAH si luncai (TDM) dengan labu-labunya.

2. SURUH PAK LAH TARIK BALIK ATAU TIDAK MENERUSKAN 'PEMBERSIHAN' penyalahgunaan kuasa, politik wang dan penindasan ke atas TDM.

TDM dikenali sebagai BAPA MUKHRIZ yang sah, digelar bapa pembangunan Malaysia, dipanggil Bapa kezaliman, dituduh Bapa Penipuan, Bapa Politik Lawyar Buruk, Bapa ketidakadilan, Bapa Bangsa Mamat dan bapa UMNO. Tetapi dia seorang bapa yang suka minum todi dan arak sehingga mabuk. memukul mama- layak digelar 'papajahat'. Jadi apa gunanya gelaran bapa diberikan hanya sekadar untuk dirinya sahaja.

Andaikata TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH dan GHAFAR BABA menewaskan TDM, sudah tentu masalah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berjaya diatasi ataupun dikurangkan ke tahap minimum.

3. TDM HENDAK MENGUJI POPULARITI. Macam artis, sekejap timbul sekejap sembunyi. Bila ada masalah, dia menghilangkan diri dan timbul pula beberapa tahun kemudian sebagai hero berpengalaman. Misalnya, kejadian tidak baik berlaku kepada Ning Baizura, Mamat Exist, Jamal Abdillah, Amy Search, Saleem iklim dan ramai lagi. Artis berkenaan berdiam diri tetapi dalam jangkamasa tertentu mereka kembali ke arena hiburan kita.

Kalau tidak percaya lihat lah sekarang bagaimana orang UMNO memujuknya supaya kembali ke UMNO.

4. TDM adalah MELAYU MUDAH LUPA. Dia lupa dengan kata-katanya 'parti diutamakan berbanding individu dan perjuangan parti mengatasi perjuangan individu.

Dia pernah menggelarkan orang Melayu sebagai bangsa PEMALAS. Tidak pula menggelarkan India sebagai pembelit dan penipu, dan Cina sebagai pengecut dan penipu!!! Dia juga tidak pernah membela nasib pekerja kerajaan bawahan selama menerajui Malaysia.

5. TDM SEORANG PENDENDAM dan akan melakukan apa sahaja untuk dirinya. Pada pilihanraya lepas (2008), TDM bukan main mengutuk Pak Lah dan apabila dia berjaya- dia kutuk lagi Pak Lah. TDM mahukan semua orang 'ikut' telunjuk bawah ketiaknya. Dia mahu Pak Lah letak jawatan dan gantikan dengan Najib, itu semua mainan politiknya untuk menjaga kepentingan kronisnya sahaja.

6. TDM MEMANG PERLU LETAK JAWATAN dan buat apa ditangiskan. Dia perlu berehat dan berdiam diri. Sepatutnya dah lama TDM berbuat sedemikian. Ramai orang dalam UMNO sudahpun berbuat sedemikian, meletak jawatan kerana tidak bersefahaman dengan pucuk pimpinan dan tidak mematuhi kehendak perlembagaan parti. TDM dah berbuat apa yang perlu dia lakukan.

Yang abe MIE hairan, apabila TDM meletak jawatan, kenapa parti pembangkang beria-ria sangat? Kan mereka sudah lama mahukan TDM berbuat sedemikian.

Kena ingat, TDM bukannya Nabi atau Rasulullah atau Jesus atau Gautama Buddha atau dewa Krtisnan yang mana mereka semua ini adalah penyelamat agama dan bangsa masing-masing. TDM adalah pemimpin negara seperti PM yang terdahulunya. Kita mengenali mereka kerana sumbangan dan jasa-jasa serta pengorbanan mereka.

Abe Mie rasakan, kiranya TDM dari dahulu lagi berdiam diri dan menyerahkan kepimpinan negara pada Pak Lah dan orang lain, sudah tentu BN tidak perlu menerima 'se-kalah' ini.

Dia boleh menikmati masa pencen dengan tenang atau menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan sebagainya tanpa diganggu oleh orang politik dan diserang kiri-kanan.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ujang said...

Salam Datuk AKJ;
Saya berpendapat ini bukanlah satu tindakan yang tersepit jauh sekali sebagai menggambarkan kekecewaan bagi insan yang bernama Mahathir ini, malah penuh dengan makna yang tersirat dan juga sebagai satu strategi yang mana setiap dari kalangan kita perlu renungkan!
Di kala TDM bagaikan senentiasa dihimpit dari pelbagai sudut semasa di dalam UMNO, saya yakin beliau mampu menyatakan pendapat, kritikan bahkan juga mungkin tindakan-tindakan yang lebih drastik dan saya amat mempercayai bukan sahaja kalangan UMNO sedia ada akan merasa bahangnya, juga situasi ini ada kemungkinan akan membantutkan usaha DSAI dalam perang saraf beliau untuk melobi kalangan wakil-wakil BN kononnya!
Sebagaimana kegagalan DSAI untuk membersihkan UMNO dari dalam kononnya, TDM telah mengambil satu langkah atur yang amat bijak.
Ianya mungkin dikatakan sebagai memecahkan perpaduan Melayu, tapi untuk jangkapanjang (InsyaAllah, mungkin sebelum PRU13), UMNO akan kembali menjadi satu parti Melayu yang dominan serta mampu menyatukan semula perpecahan yang sedia ada!

Salam Datuk AKJ;

tak MUdah lupe said...

inilah agaknyer pertunjuk hasil dari doa2 mereka yg teraniaya di bawah era TDM dahulu...

rakyat MALAYSIA tak akan mudah lupa
angkara siapa dan apakah yang telah dilakukan oleh org yg digelar
maha ZALIM...wallahuaklam....

wasalam

Bung Karno said...

Datuk AKJ

Pengunduran Tun Mahathir sebagai ahli UMNO bukan bertujuan untuk menubuhkan parti baru. Ia juga tidak bererti ramai yang akan meninggalkan UMNO.

Tun M berhenti jadi ahli UMNO kerana UMNO kini diketuai oleh seorang Presiden yang tidak dihormati oleh lawan dan kawan. Presiden UMNO hari ini tidak ada wawasan dan tidak ada agenda untuk menjadikan UMNO sebagai parti yang unggul seperti sebelum PU12. Presiden UMNO hari ini adalah seorang yang populist dan 'self-centered' dan mudah diumpan dan diremehkan oleh pembangkang dan lawan parti.

Lebih dari itu, Presiden UMNO hari ini tidak mengendahkan pandangan akar umbi dan gagal menyuntik semangat dan membina kekuatan ahli parti dan rakan-rakan komponen BN untuk menghadapi pembangkang yang semakin berani dan lantang. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tidak ada ketegasan dalam menghadapi cabaran dan lambat, tidak konsisten dan 'ad-hoc' dalam membuat sesuatu keputusan.

Tun M berhenti kerana malu untuk menjadi ahli parti yang diketuai oleh pemimpin yang lemah dan tidak peka kehendak ahli dan rakan BN. Bagaimanapun beliau tidak akan menyertai parti politik lain kerana akan kembali ke UMNO setelah pertukaran penjawat Presiden.

Seperti biasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Parti akan memandang ringan
perkembangan ini. Begitu juga dengan para ahli Majlis Tertinggi, tentunya akan menyatakan sokongan tak terhingga kepada Presiden parti.

Memang kita berharap tidak ada pemimpin-pemimpin tertinggi seperti DS Najib, TS Muhyidin dan Tengku Razali Hamzah tidak meninggalkan parti kerana mereka adalah harapan untuk membawa perubahan pucuk pimpinan dalam pemilihan Disember ini. Sekiranya tanpa mereka adakah kita mengharapkan DS Ali Rustam, Datuk Nazri Aziz atau TS Mohamad Taib menentang DS AAB sebagai Presiden?

Ketua-ketua Bahagian dan bakal-bakal perwakilan ke persidangan Disember ini juga harus terus
kekal dalam parti supaya dapat menetukan hak memilih Presiden. Tebalkan muka untuk terus berada dalam parti sehingga tempoh penetuan ini.

Sambil itu, biarlah Tun M mengkritik DS AAB sebagai pengkritik bebas, tetapi bukan untuk membantu pembangkang. Hanya kemungkinan Tun M menjadi penasihat kepada AP bebas, Datuk Ibrahim Ali, yang akan menubuhkan parti baru.

Posted by Bung Karno PM

mekyam said...

Salam Tok AKJ,

Ini mungkin tiada kaitan langsung dengan tajuk masukan ini, tetapi ini perkhabaran yang keluar dari Emirat Arab Bersatu.

Pada minggu lepas, khabarnya, PM yg berada di Dubai (pergi senyap2) telah bertemu dengan Anwar Ibrahim yang difahamkan sedang berada di Mumbai (2 jam penerbangan ke Dubai).

Anonymous said...

Abe Mie,

Yang singkirkan Ghafar Baba drp jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri ialah Anwar Ibrahim.

Kalau anda berasa jelak dgn tindakan penyingkiran Ghafar Baba ini, anda seharusnya berasa jelak dgn Anwar Ibrahim dan bukannya Dr.Mahathir.

Tun Dr Mahathir adalah seorang negarawan. Beliau berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Bukannya untuk wang ringgit atau menghimpun harta bertimbun. Hanya orang yg menilai perjuangan Tun dari sudut kenegaraan sahaja yg akan faham tindakan2 Tun dan kenapa beliau mengkritik kepimpinan Pak Lah dengan begitu hebat sekali.

Kedudukan Tun sbg Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia banyak mengundang fitnah dan tohmahan terutama dari parti2 pembangkang. Ini senang difahami kerana parti2 pembangkang ini akan senantiasa mencari jalan untuk melemah dan menjatuhkan kepimpinan parti pemerintah.

Tun dituduh sebagai pengamal rasuah, anti Islam, mahazalim, mahafiraun dan bermacam-macam tuduhan liar semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Tun. Malang sekali ramai orang termasuk Abe Mie yg terpedaya dengan mainan politik ini lalu membenci Tun dengan hebat sekali. Tak kiralah fakta2 yg digunapakai untuk menghentam Tun itu semua tak betul atau main hentam kormo, janji apa2 saja yg datang dari Tun, mestilah sesuatu yg jahat, zalim dan perlu ditentang.

Hentikanlah politik kebencian tu Abe Mie. Politik membenci orang ini hanya menggambarkan kedunguan dan kedangkalan seseorang itu drp memberi fakta yg tepat dan bernas. Marilah berhujah berdasarkan fakta dan bukannya tuduhan2 lintang pukang yg berkiblatkan kebencian.

Nik Aziz sendiri nak jemput Dr Mahathir masuk PAS. Katanya Dr. Mahathir ni orang bijak, pemimpin hebat dan terkenal seluruh dunia. Apalah reaksi orang2 PAS yg dulu mengelar Dr.Mahathir ni sbg penyamun, mahazalim dan anti-Islam?

Harap2 skrg mereka boleh faham apa itu mainan politik dan Nik Aziz pun pandai main politik bukan Anwar Ibrahim saja.


-sinbad-

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr/i semua,

Sebagai seorang yg hampir menjadi ahli UMNO satu masa dahulu (skrg non-partisan), saya LANGSUNG tidak terkejut dgn tindakan TDM ini! Beliau yg merosakkkan UMNO, beliaulah yg kena perbaiki sendiri! Kita tahu sejarah beliau dr dahulu lagi - rebel UMNO!

Mungkin ada yg lupa makan nasi semalam dek rasa hebatnya pengumuman TDM - bukan sebab beras mahal! Mungkin pagi ini ramai yg keluar "mengulor kerja" berborak di kedai mamak, dgn bergelas2 teh tarik dan berbatang2 rokok, berborak tentang tindakan "desperate" vateran dan mantan PM untuk menyelamatkan UMNO. Kita terlalu banyak masa dibuang utk berpolitik drpd survival anak-anak/keluarga, survival rakyat dan survival negara. Betul kata Sdr Rosli Dhoby, org Melayu kita terlalu gila dgn politik - melekakan dan "addictive"! Agaknya, bagi politikus , tidak apa rakyat kebulur, janji "masyuk" (tak kisahlah samada duit, kuasa ataupun populariti!).

Signal sudah banyak diterima tapi kapten masih langsung tak perduli (atau buat2 tidak panik atau lelap tidur). Bahtera kapal layar UMNO yg dipenuhi keris dah hampir karam ke dasar lautan kelekaan! Yang terapung sekarang cuma bendera keris hijau UMNO! (Itu pun akan turut "lemas" mengikut tiang layar ke dasar tidak lama lagi!)

Anakbuah Biduanda

berasiam said...

Akar umbi Umno telahpun menjauhkan diri dari Umno secara senyap sejak pihak pucuk pimpinan parti tidak menunjukkan minat mereka untuk mendengar suara ahli bawahan. Tsunami politik terhadap Umno/BN pada PRU-12 membuktikan perkara itu, protes senyap di kalangan ahli parti khususnya dan para pengundi umumnya mengakibatkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Kedegilan pucuk pimpinan untuk terus mengetepikan kritikan akar umbi selepas PRU-12 tambah menjauhkan mereka dari parti. Oleh yang demikian, langkah Tun Dr. Mahathir mengumumkan dirinya keluar dari Umno boleh dilihat sebagai kemuncak protes akar umbi yang sejak kebelakangan ini tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan parti. Susulan itu, protes yang selama ini berlaku secara senyap kemungkinan akan menjadi lebih terbuka dan terang-terangan khususnya di kalangan akar umbi Umno.
Dengan kata lain, tindakan Tun Dr. Mahathir boleh menyuntikkan keberanian yang sangat diharapkan pada peringkat akar umbi Umno supaya mengambil tindakan yang setara drastiknya dengan beliau.

Ramai juga yang khuatir mengenai kedudukan kuasa di Parlimen sekiranya Ahli Dewan Rakyat Umno menyahut seruan Tun Dr. Mahathir dengan menarik sokongan secara beramai-ramai hingga mengurangkan manjoriti BN yang membolehkan Pak Lah menjadi PM sekarang. Kita harus ingat dan memahami tentang apa yang berlaku di Perak khususnya, dan di Perlis serta Terengganu juga Selangor selepas PRU-12. Pada peringkat Persekutuan, YDP Agong masih mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang patut menjadi PM di kalangan Ahli Dewan Rakyat. Mungkin atas sebab itulah juga, singh yang tak pakai serban itu bertalu-talu menyalak mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, termasuk YDP Agong baru-baru ini. singh yang tak pakai serban itu memahami bahawa Tun Dr. Mahathir tidak pernah menghakis kuasa Raja-raja Melayu sebagaimana sangkaan banyak orang Melayu sendiri.

Orang Jerlun said...

Dato'
Saya fikir ini adalah usaha Tun untuk mendesak Pak Lah berhenti. Kesilapan Tun yang paling besar kepada negara ialah melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Pak Lah merupakan PM yang paling lemah dalam sejarah negara kita tercinta ini... the worst... worst... worst ever Prime Minister in our history.

Sekiranya pilihanraya diadakan sekali lagi dan Pak Lah masih lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, saya tidak akan keluar mengundi. Kalau mengundipun sekiranya ada calon PAS sahaja.

Anonymous said...

Dato', Dr Matahir keluar Umno, Melayu mati.

Abdullah Badawi junjong Khairi, Melayu mati.

Anwar Ibrahim pakat dengan hindraf, Melayu mati.

Abdullah Badawi junjong Kamal dan kali, Melayu mati.

Kuasa Melayu dah tak ada. Hindraf, peguam2 India dah ambil semua.

Lepas ini mahkamah pun tukar corak dan warna. Melayu dah tak ada guna.

Nak cakap apa lagi Datuk, inilah bala Dr mahathir salah pilih pengganti.

Tanah Melayu, tapi milik siapa? Melayu ni ada lagi ka?

Melayu Melaya

Anonymous said...

Salam Dato'KJ,

Saya turut terkejut dengan berita ini, alam juga turut terkejut dengan berita ini. Tidak semena-mena gegaran gempa telah dirasai buat pertama kalinya di kawasan-kawasan baru di Lembah Kelang. Apakah petunjuk dariNYA?

Itulah suara akar umbi yang sebenar. Berpegang kepada Rule No 1 - 'the Boss Is Always Right....'. Rule No 2 - 'If you don't agree with the boss go back to rule No 1'. Tak ke mana juga akhirnya dengan rule ini. Akhirnya TDM bertindak mer'resign'kan dirinya dari menjadi ahli. Beliau 'merasakan' tiada apa-apa kepentingan lagi dalam dirinya mahupun untuk berkhidmat pada parti. Ia ibarat akar umbi yang telah penat bersuara tapi tiada tindakan. Nasihat tidak dipedulikan.

Tapi percayalah, hanya dengan tindakannya ini saya percaya segala percaturan untuk menghadapi pemilihan akan datang pasti tergugat. Mereka yang berkedudukan pasti hendak kan 'power' mereka kekal. Satu kedudukan yang menjaminkan kekayaan. Jadi tak berani nak resign dan ambil pot dengan TDM. Memang kami akar umbi tengok gerak kerja nak menjadi calon pun dah meluat kerana tiadanya unsur untuk bersatu (unity) walaupun keadaan dah meruncing. Macam dulu-dulu juga. Itulah demokrasi cara kita orang Melayu. Berpuak-puak.

Akar umbi yang tiada apa-apa, hanya semata-mata untuk perjuangan mungkin akan turut serta TDM. Sekiranya ada parti yang selari dengan Kongres Kemuafakatan Melayu, mungkin ramai yang ingin berjuang dengan dasar politik tersebut. Why not, sekiranya dasarnya ikhlas dan jujur untuk bangsa? Yang sakit tu, kena start baliklah, tapi siapa yang rasa nak berjuang inilah masanya nak rasa pahit maung. UMNO sepatutnya bekerjasama dengan Kongres Kemuafakatan melayu dengan hebat. Serta merta pada hari ketiganya dah selesai konvensyen tersebut.Kesimpulan konvensyan mereka hebat demi melayu semata-mata. Tapi UMNO macam 'sayur' tak tahu nak capitalise dengan konvensyen itu.

Berdegar-degar dengan ahli yang ramai 3.2 juta, berapakah yang sebenarnya setuju dengan pucuk pimpinan parti sekarang? Yang setuju hanya beberapa kerat sahaja.
1. Berjawatan 2. Ketua bahagian dan gang 4 peringkat 3. Ketua Cawangan dan gang 4 peringkat 4. Ahli-ahli yang hidup dengan projek UMNO 5. Ahli yang jadi pelobi pemilihan 6. Ahli yang jadi runner 7. Ahli yang jadi broker. Buat statistik dan bentangkan pecahan mereka-mereka ini!!!!

TDM is a free man today accompanied with his blog. Say what you want to say, we will follow and analyse.

Satu dunia sedang menanti cabaran kepimpinan Pak Lah seterusnya. Pressure is getting great. Good luck Pak Lah, don't stress your self to pay your unsettled debt of the PRU12 lost by staying in power.


miniclubman

mie said...

Salam Datuk.

Pada pandangan saya, TDM ialah seorang yang berfikiran jauh kehadapan. Beliau memikirkan sesuatu yang tidak dapat dijangkakan oleh kita semua.

Kita dapat lihat semasa pemerintahan beliau menjadi perdana menteri, beliau melakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada semua pihak. Walaupun dalam masa yang sama pihak pembangkang kuat mengkritik beliau.

InsyaALLAH (",)

Dr. Mustapha Addin said...

Ingin saya buat pembetulan pada kenyataan Dato'; barangkali Dato' sudah lupa, bahawa, keahlian Dr. Mahathir dalam UMNO lupus bukan dua kali, tapi tiga kali:

1. 1969, apabila beliau memberontak menentang Tunku Abdul Rahman.

2. 1988, apabila UMNO Lama (UMNO asal) diharamkan dan dibubarkan (maka Dr. Mahathir tidak lagi dengan UMNO Lama; justeru, itu beliau menubuhkan dan menjadi ahli pertama UMNO Baru).

3. 2008, apabila beliau keluar dari UMNO sekarang ini (UMNO Baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir sendiri.

Sekian.

Saya Yang Diatas said...

Yang aneh sekali, komen-komen forum atau blog-blog sosiopolitikal masa kini mencerminkan rasa bangga, patuh dan memuja Dr. Mahathir seolah-olah beliau seorang yang paling bijak dari pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain, dan kepercayaan bahawa beliau hanya dan cuma bertindak mempertahankan orang Melayu.

Sebagai seorang ilmiawan, saya amat hampa dan kecewa kerana pemikiran rakyat Melayu terlalu simplistik dan mudah memuja, tiada daya kritikal untuk menjangka, memikir dan mengupas motif tindakan Dr. Mahathir. Mereka mudah percaya bahawa Dr. Mahathir bertindak untuk mempertahankan orang Melayu bulat-bulat.

Ketiadaan daya pemikiran yang sofistikated atau mendalam di kalangan orang Melayu, tidak kira desa atau bandar, amat berbahaya sekiranya mereka mudah terpengaruh oleh "personality cult" seorang ahli politik dan terikut-ikut hasutan.

LEKLOOK said...

Orang yang sayangkan UMNO tidak akan meninggalkan parti walau seburuk mana parti itu.

Mereka akan berjuang dari dalam memperbaiki parti, bukan keluar parti.

Ada pemimpin parti masih setia dengan UMNO walaupun ketika zaman TDM dia dilayak dalam lumpur.

Adakah UMNO hanya jadi batu loncatan untuk TDM berkuasa selama 22 tahun?

Fikir-fikirkan la...

Pijan71 said...

Assalamualaikum DAKJ,

Saya mengalu2kan keputusan TDM ini. Tak semestinya kita berparti baru dapat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Yang lebih penting nawaitu kita. Semoga TDM terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangannya.

pmasjid said...

Saya amat sedih di atas perkembangan kini. Sepatutnya kita patut memberi penghormatan kepada TDM sebagaimana contoh Mantan PM Singapura Lee Kuan Yew dapat layanan daripada pemimpin mereka sekarang. Mereka tidak lupa diri!
Kalau nak dibandingkan jasa yang telah dihasilkan oleh TDM dalam penggal pertama pimpinannya, amat berbeza, jika dibandingkan DSAAB.
Saya harap Datuk dapat mengimbas kembali kejayaan yang telah dicapai oleh TDM untuk amnya rakyat Malaysia dan khas kepada UMNO dan B Melayu.
Sepatut nya kita sebagai orang Melayu, yang penuh dengan adab budi pekerti yang tinggi, kenangkanlah jasa2 yang telah ditaburkan nya untuk kita rakyat Malaysia.
TDM jasa mu tetap dikenang!!!

A KADIR JASIN said...

Sdr Saya Yang Diatas (sic)..di atas bukan "diatas", antara lain, menulis:

"Sebagai seorang ilmiawan, saya amat hampa dan kecewa kerana pemikiran rakyat Melayu terlalu simplistik dan mudah memuja, tiada daya kritikal untuk menjangka, memikir dan mengupas motif tindakan Dr. Mahathir. Mereka mudah percaya bahawa Dr. Mahathir bertindak untuk mempertahankan orang Melayu bulat-bulat."

Bagi pihak diri saya dan semua pembahas blog ini yang anda anggap berfikiran simplistik kerana menyokong Tun Dr Mahathir, saya jemput saudara berartikulasi secara "sophisticated" demi manfaat bersama.

Boleh jadi sebagai "ilmiawan" saudara boleh mengajar kami orang yang berfikiran remeh ini.

Hujah tiga perenggan saudara membuatkan kami lapar dan dahagakan artikulasi kelas dunia.

Sila berbahas dengan kami para pembahas totok ini.

Terima kasih.

r.ahmad said...

Datuk,
Saya rasa ada sesuatu yang tidak diketahui oleh kita pada pertemuan antara Tun dan Najib.

Mungkin apa yang dibincangkan amat mengecewakan Tun dan oleh sebab itu Tun merasakan tiada guna lagi bersama UMNO kerana tidak ada seorang pun yang memahami dasar perjuangan UMNO seperti yang diperjuangkan oleh Tun.

Bayangkanlah jika timbalan presiden pun berjuang dgn cara yang salah..macamana lagi Tun nak menolong UMNO..

Allah maha mengetahui..Semoga Tun sentiasa diberkati Allah terutama kesihatannya dan perjuangannya.

Anonymous said...

Hello Sdra yang di atas,

Kalau hang pandai sangat, hang bagilah komen yang bernas. Cuba hang bagi kami contoh pemikiran hang yang canggih atau sophisticated tu. Setakat nak habaq yang komen yang keluar di sini terlalu "simplistik" sapa-sapa pun boleh bikin. Aku takut hang ni jenis yang cakap tak serupa bikin! Atau hang jenis "ilmiawan" yang datang dari kayangan dan tak tahu apa itu karangan! hehe. Jangan marah beb, nanti kena jual!

KAWAN

Anonymous said...

Tindakan Tun Dr. Mahathir membuka mata saya yang ingat sudah celik sepenuhnya.Selama ini saya menyokong kuat UMNO walaupun dalam keadaan orang telah menolak UMNO.Sekrg tanpa Tun. Dr. Mahathir, termenung saya dibuatnya. Mana lebih penting, pemimpin,parti atau nasib melayu? Saya rasa aturan ini patut ditukar
kepada nasib melayu, parti dan pemimpin.Tun Dr. Mahathir jelas menunjukkan nasib melayu lebih penting dari pemimpin dan parti.

Kanta

Juara said...

Keluar parti bukan perkara yang sukar dilakukan. Langkah itu tidak memerlukan keberanian yang tinggi. Persoalan yang lebih penting lagi apakah kesan daripada langkah mudah Tun ini? Langkah mudah ini sudah pasti akan memanggil keberanian yang tinggi daripada semua ahli UMNO. Mengambil langkah mudah untuk keluar parti atau terus berani berada di dalam UMNO dan mengubahnya secara demokrasi hujung tahun ini? Keluar parti, perubahan akan lebih sukar dalam UMNO kerana mereka yang inginkan perubahan tidak lagi ada platform. Jika UMNO tidak berubah dari dalam, ia akan jadi tidak releven lagi. Jadi apa yang Tun buat ialah melemahkan lagi pergerakan untuk memperkukuhkan UMNO lantas mengkuburkannya sama sekali. Seruan saya, hormati keputusan Tun tetapi jika mereka dalam UMNO masih sayangkan UMNO dan mahu ia berubah, jangan keluar parti tapi ubah parti. Jika UMNO terkubur, kuranglah lagi satu parti yang memperjuangkan Melayu. Tinggal hanya PAS dan PKR (to some extend)dan secara keseluruhannya ini akan hanya merugikan Melayu, akhirnya.

Abas said...

Salam Dato':-

Tun Dr. Mahathir pernah berkata:- "..Pemimpin datang pemimpin pergi tapi UMNO mesti dipelihara.Manusia akan mati dan begitu juga dengan UMNO. Tapi ianya jangan cepat dimatikan...'

Sebenarnya TDM telah mula menggerakkan usahanya mematikan UMNO apabila berucap di forum pembangkang untuk menghentan UMNO. Dan kaset ucapannya ini telah diekplotasikan sepenuhnya oleh pembangkang dalam PRU ke 12 lalu.

Kehebatan TDM kerana ia menjadi pemimpin atas tikit UMNO. Biarpun 22 tahun menjadi PM dan Presiden UMNO dan UMNO pernah diharamkan dan serta kalah teruk tahun 1999 namun tiada siapa yang menuntut TDM letak jawatan.

Oleh itu lebih baik TDM berada di luar UMNO dan dan Pak Lah jangan letak jawatan...dan mohon TDM halalkan yuran ahli UMNO yang beliau telah bayar sebagai ahli seumur hidup....UMNO lebih penting dari TDM.

Red84 said...

The Scribe,

Subhanallah!
(am i reading it right?)

Dengan Izin.

Perbuatan Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama.

“Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional dan arahan saya kepada mereka ialah terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya.

“Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO.

Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang hanya mahu kembali ke dalam UMNO selepas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kenyataan seperti itu sebenarnya tidak menguntungkan parti, sebaliknya ia membuka ruang kepada parti lawan yang sering mengintai peluang untuk memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Hishammuddin sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa cadangan supaya Abdullah meletak jawatan akan hanya menguntungkan pihak lawan dan sama sekali tidak akan membawa manfaat kepada UMNO.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita semua sedang berusaha bersungguh-sungguh membina semula parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli-ahli serta mengembalikan keyakinan serta sokongan rakyat kepada UMNO,’’ katanya.

Beliau juga berkata, parti-parti komponen BN memerlukan kepimpinan UMNO.

“Jangan sesekali kita mengecewakan mereka,’’ katanya.


Nota:

A stock that the investors will say that the analysts said: "From buy to hold to sell - dump it quick! It's a Sham!"

YB Sembrong, I think that you should consider seriously just being just a Pemuda ahli seumur hidup.

Dr. Mustapha Addin said...

Salam Dato',

Terima kasih kerana membalas komen saya dan menjelaskan kesilapan tipografi saya (tepat bahawa apa yang saya maksudkan adalah "di atas", dan bukan "diatas" yang bentuknya mirip katakerja, seperti "diatasi").

Saya juga ingin meminta maaf kepada Dato' dan para pengulas blog Dato' sekiranya komen saya dianggap merujuk khususnya kepada blog Dato'(ulasan saya jelas merujuk kepada reaksi majoriti para pembaca blog sosiopolitikal Melayu pada amnya).

Sekiranya ulasan-ulasan dari blog Che Det, Rocky's Bru, dan yang lain-lain termasuk blog Dato' sendiri dirujuk, dapat kita perhatikan bahawa sokongan diberi kepada langkah Dr. Mahathir dengan kualifikasi seperti berikut (secara bernas): "Tun tahu apa yang patut dilakukan untuk meneguhkan hak orang Melayu" atau "Kami sayang Tun dan bangga kerana Tun tampil mengambil tindakan untuk membela kita orang Melayu", dan sebagainya.

Apa yang saya dapati menarik adalah sokongan terhadap langkah Dr. Mahathir tanpa memikir dengan menyeluruh motif-motif yang mungkin.

Bentuk reaksi atau ulasan adalah emosional, dan cuma mengikut apa yang ketara (atau yang tersirat) seperti mana yang disaran oleh pemberi kenyataan (iaitu Dr. Mahathir). Motif tersurat serta 'precedent' yang membawa kepada langkah ini diambil dari konteks yang lebih luas diabai (misalnya konteks perkembangan suruhanjaya mengkaji rakaman suara V.K. Lingam, konteks kepentingan peribadi, dsb.).Ini yang saya soalkan dalam komen saya. Adakah ianya mungkin "smokescreen" untuk melindungi perkara lain? Ini antara kemungkinan-kemungkinan yang tidak wajar ditolak.

Rakyat kita mudah terangsang dengan retorik yang berapi-api tapi tidak mengandingkan rangsangan ini dengan memikir dengan lanjut motif dan kemunasabahan sesuatu perkara.

Bahayanya adalah retorik yang tidak bertanggungjawab boleh mengapi-apikan perasaan curiga dan syak antara rakyat kita tanpa adanya asas. Integriti seorang pemimpin yang dihormati turut boleh disoal kerana dahulunya beliau mengesyorkan konsep 'Bangsa Malaysia', misalnya, tapi rentak joget beliau kini menyangkal pendirian lepas. Malah, retorik beliau baru-baru ini boleh menjejaskan hasil usaha mencapai perpaduan atau kestabilan negara yang diperjuangkan sehingga kini.

Benar bahawa sekiranya ada sesuatu yang tidak betul, wajib kita kemukakan tanpa gentar (bak kata pepatah "berani kerana benar"). Namun, retorik harus kena dengan isu yang sebenarnya (contohnya membangkitkan isu kelemahan pemimpin ("lack of political will") untuk menjalankan proses pembangunan yang mantap, korupsi di kalangan pemimpin besar, dsb.). Mana pula asasnya untuk mengatakan perkara seperti 'orang bukan Melayu sudah mula memijak atas kepala orang Melayu'? Adakah ianya berbukti? Apa motif atau di mana tanggungjawab seorang pemimipin yang disegani dalam mengungkit perasaan yang berupaya menimbulkan pemecah-belahan tanpa sebab kukuh?

Maka, untuk menjawab soalan Dato' secara ringkas, inilah dia antara perkara-perkara yang saya bangkitkan apabila saya merujuk kepada kebolehan berfikir secara meluas atau 'sofistikated', sekiranya istilah yang lebih merangkum ini diizinkan. Juga, respons yang tenang dan bijak adalah diharapkan dari rakyat, dan bukannya reaksi "knee-jerk" terhadap kenyataan-kenyataan atau hasutan-hasutan orang politik. Sudah 50 tahun sejak kita merdeka; mari kita tangani apa-apa yang timbul dengan arif dan tenteram sekiranya rasional.

Sekian.

Anonymous said...

Dato,


Saya nak tambah komen Dato terhadap tulisan "orang diatas". Menggunakan nama samaran " orang diatas' sudah jelas menunjukan bagaimana pemikiran beliau. Pada mulanya saya nak berdebat tetapi bila saya lihat perkataan yang digunakan beliau "orang ilmiah dan orang diatas " saya rasa buang masa.

Setinggi mana saya belajar, arwah ayah saya yang tidak sekolah tinggi yang mengajar saya erti hidup yang amat mendalam dan lebih dari orang ilmiah yang pernah mengajar saya.

Kanta

Dr. Mustapha Addin said...

Dato',

Saya baru membaca kembali hujah ketiga dalam posting saya yang diterbitkan di bawah nama 'saya yang diatas': ingin saya meminta maaf kerana memang adalah agak kasar dan kurang tepat untuk mentakrifkan semua orang-orang kita sebagai kurang daya pemikiran sofistikated. Saya kesali cara saya mengungkap hujah saya ini dan tidak memandang rendah terhadap sesiapa atau bermaksud menyinggung perasaan sesiapa, termasuk Dato' sendiri. Malah saya menghargai ciri analitika blog Dato' dan perbincangan luas yang dianjur blog Dato', serta untuk peluang dan ruang yang Dato' berikan kepada saya untuk meluahkan pendapatan.

Abas said...

Salam Dato':-

Tun Dr. Mahathir pernah berkata:- "..Pemimpin datang pemimpin pergi tapi UMNO mesti dipelihara.Manusia akan mati dan begitu juga dengan UMNO. Tapi ianya jangan cepat dimatikan...'

Sebenarnya TDM telah mula menggerakkan usahanya mematikan UMNO apabila berucap di forum pembangkang untuk menghentan UMNO. Dan kaset ucapannya ini telah diekplotasikan sepenuhnya oleh pembangkang dalam PRU ke 12 lalu.

Kehebatan TDM kerana ia menjadi pemimpin atas tikit UMNO. Biarpun 22 tahun menjadi PM dan Presiden UMNO dan UMNO pernah diharamkan dan serta kalah teruk tahun 1999 namun tiada siapa yang menuntut TDM letak jawatan.

Oleh itu lebih baik TDM berada di luar UMNO dan dan Pak Lah jangan letak jawatan...dan mohon TDM halalkan yuran ahli UMNO yang beliau telah bayar sebagai ahli seumur hidup....UMNO lebih penting dari TDM.

Cak Kun Cak said...

YB Dato'

Kenapakah oada pandangan Dato tiada pemimpin-pemimpin UMNO yang boleh di lihat sebagai 'berani'?

Kenapakah setelah 62 tahun di beri kuasa UMNO masih tiada pemimpin yang 'berani' untuk kepentingan rakyat?

Tidakkah pemimpin-pemimpin ini malu apabila seorang pemimpin yang telah bersara dan berusia 83 tahun lebih 'berani' daripada mereka?

Tindakan and kritikan Tun Mahathir mungkin kontroversial. Pak Lah mungkin patut di beri peluang, namun dia MESTI menjawab persoalan-persoalan yang telah di timbulkan oleh Tun seperti urusan ECM Libra dan Avenue Assets, pemilikan M Trans, duit ehsan kepada Terengganu dan kenapa UMNO merosot begitu teruk dalam pilihanraya yang lepas.

Selagi Pak Lah dan kerajaan pimpinannya tidak menjawab persoalan-persoalan ini, saya merasakan fakta amat jelas memihak kepada Tun Mahathir. Beliau tidak pernah bersalah dalam mengkritik tindakan kerajaan tetapi Pak Lah bersalah dengan tidak menjawab persoalan dan gagal mengekalkan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN.

Ini lah realitinya. Rakyat tetap nampak apa yang cuba di lakukan - tetapi

Anonymous said...

ELEH... Setakat tak jadi ahli mana-mana parti politik bukanlah satu dosa besag.

Kalau dah menjadi ahli sekalipun, lepas tu kita cabut atau 'Tuang ayag 12' kata orang Kedah pun bukanlah satu malapetaka kepada sesiapa.

Lainla kalau kita terkeluar dari 'AKIDAH AGAMA' kita yang suci baru la buleh kita urut dada dan celapak pi pebetoi yg mana patut.

Dalam kes Tun, sebagai orang yang berpandangan jauh, bijak... dia tau apa yg dia buat.

Hanya Allah yang tahu 'ending'nya.

etong adik ekeng
PAIYA MAT INSUN
PENDANG.

Fikir Tajam said...

Salam Datuk AKJ,

Saya Fikir Tajam bersama isteri menarik diri daripada keahlian UMNO berkuatkuasa hari ini juga.

Sebenarnya 'soul' UMNO di kalangan ahli-ahli UMNO telah lama terpadam semenjak Abdullah memporakperandakan nasib bangsa Melayu dan Malaysia amnya.

Saya menyokong penuh tindakan YB Tun Dr Mahathir yg sememangnya dilihat seorang strategis lagi bijaklaksana. YB Tun bukan sahaja mempunyai minda kelas pertama dan pemikiran beliau melangkaui zaman malah cukup BERHATI MULIA dan PEMAAF. Lihatlah bagaimana S46 berupaya dikembalikan ke pangkuan UMNO. Team B UMNO turut dilantik menjadi anggota kabinet malah hingga ke tahap PM. Bukankah Abdullah, Kadir Sheikh Fadzir dan Dr Rais Yatim dulunya merupakan hardcore Team B UMNO? Tetapi lihatlah betapa tingginya HATI BUDI YB Tun hingga menerima mereka kembali. Kesucian hati YB Tun boleh dirasakan oleh Rakyat terbanyak tidak terbatas pada ahli UMNO sahaja.

Begitu juga antara kejayaan besar YB Tun ialah apabila di zaman pemerintahan beliau PKM (Parti Komunis Malaya) telah berjaya ditumpaskan di meja rundingan! Inilah contoh pemimpin dan negarawan yg HEBAT, HUMBLE malah cepat sekali memaafkan kawan dan lawan biarpun mereka pernah menikam beliau.

Jangan lupa bagaimana Pairin Kitingan yg pernah menikam belakang BN dulu di saat PU sudah tertonyoh pun diterima semula oleh beliau kembali kepada BN.

Inilah insan yg BERJIWA BESAR! Bukan seperti Abdullah, Musa Hitam, Anwar, Muhammad anak Muhammad, Rafidah, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Ali Rustam, Khaled Nordin dll MP/ADUN yg BERJIWA HAMBA!

arefiz27 said...

saya mendapat berita ini kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, kebetulan saya ada di kampung, ibu saya adalah org pertama yang saya bagitau..

reaksinya, beliau ketika itu berada di dapur, terus terperosok di satu sudut dan menangis..

begitu sekali sayangnya seorang rakyat biasa kepada tun dr mahathir...

saya pasti perasaan ini dikongsi oleh ribuan ahli yang lain..

arefiz27 said...

pelik bila ada yang kata pemikiran org melayu terlampau simplistik..terlalu memuja tun..

jika penggantinya mampu di puja..kami akan memuja juga..tetapi bukan setakat melayu yang menolaknya, kaum cina dan india juga menolak beliau..

ada juga yang menyatakan bhw tindakan tun keluar parti ibarat tindakan menikam dari belakang..

ingatlah saudara, parti ini jugalah yang coba mengheretnya ke penjara..

Anonymous said...

YBhg dato',
Tun melepaskan keahlian dalam Umno dan akan memberi impak terhadap Umno di masa hadapan dibawah DSAAB. Musa hitam dengan kata-kata kesat iaitu TDM sebagai duri dalam daging...satu kata-kata yang tidak dapat diterima oleh saya. Mungkin duri itu adalah DSAAB dan kuncu-kuncunya termasuk Musa sekali...tapi bukan TDM.TDM yang banyak berjasa pada negara dan bangsa nya....Saya harap ramai lagi yang akan keluar Umno ini....biar tinggal mereka yang pentingkan harta benda dan kepentingan individu dalam Umno supaya kita sedar siapa sebenarnya orang Umno yang berjuang untuk rakyat atau DSAAB......agar mereka ini kita buang jauh pada PRU akan datang. Saya sendiri sudah keluar Umno dan akan bersama TDM. Insya Allah kita akan bina parti yang lebih baik dari sekarang.
Helang79

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya dah lama dah keluar UMNO, semasa saya memangkah calon bukan UMNO dalam PRU12 lalu.. walaupon tak hantar surat keluar keahlian... UMNO will never get my vote if Pak Lah is still there.

Salam;
Altis

A KADIR JASIN said...

Sdr Helang79,

Yang mana lebih teruk, duri dalam daging atau jarum beracum?

Kalau Tun Dr Mahathir duri dalam daging, orang yang bagi nasihat hambar kepada kepemimpinan atasan Umno sekarang adalah jarum beracun.

Tidak ramai ahli Umno akan keluar kerana mengikut Tun Dr M, tetapi ramai sudah ditolak keluar oleh pembesar yang celupar seperti Tun dari Johor itu.

Terima kasih.

Halimsaleh said...

Pembaca Blog yang budiman,
Hari semalam sudah mencatatkan sejarah, berulang nya peristiwa yang hampir sama ke atas semua mantan mantan PM.
PM Abdullah, teruskan usaha anda melobi untuk mendapatkan kembali [ makin jauh nampaknya] sokongan ahli anda.
Untuk rakan pembangkang sekelian, sudah tidak jauh lagi usaha kita mengayuh sampan. Hari ini kita sudah hampir pada barisan paling hadapan. Cekalkan hati, tumpukan pada niat yang baik, kita mampu mencapainya.
Hari ini kita membangkang esok lusa kita dibangkang ..ayuh!!

Anonymous said...

Dato'

Ini satu konfesi. Saya ahli Umno. Dalam waktu itu, saya lihat Tengku Razaleigh keluar. Saya lihat Anwar keluar. Dan sekarang Dr Mahathir pula keluar.

Kalau saya ditaqdirkan keluar daripada Umno, saya keluar bukan kerna diajak oleh sesiapa. Saya tidak ikut Ku Li yang amat saya sanjung pada dekad 70'an dan 80'an. Dia arkitek ekonomi Melayu. Saya tidak keluar bila dia keluar.

Saya kagumi Anwar sebagai aktivis belia dan pelajar. Tapi dalam Umno dia hambar. Dia kecewakan idealisme saya. Bila dia disingkir, saya separuh gembira dan bersukur.

Kini Tun Dr Mahathir yang sangat saya kagumi dan sayangi keluar, pun saya tidak akan mengikuri beliau. Saya akan kekal berdiri di sini "fighting my battle" untuk merobah kepemimpinan parti saya Umno yang hambar.

Seandainya saya keluar Umno, saya keluar bukan kerna ditarik oleh Tum Mahathir, tetapi ditolak oleh para pendokong UMno yang hamdar seperti Abdullah, Mohd Taib Australi, ALi Rustam, Shahrir Samah, Zahid Hamidi....

Realis Umno

Lo said...

Datuk

Mungkin ini saja jalan untuk menyelamatkan UMNO dan BN.

Lo

kuanderas said...

Nampaknya ini adalah tindakan Tun Dr.M yang paling drastik, setelah siri-siri jelajah, pertemuan dengan akar umbi, kenyataan kepada media, penghasilan blog dan sebagainya masih gagal menurunkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO & Perdana Menteri. Saya ingin menyimpulkan beberapa perkara :-

1.Pak Lah tidak risau terhadap nasib UMNO & Barisan Nasional
Diwaktu beliau sepatutnya bekerja keras memulihkan sokongan rakyat, apa yang berlaku beliau asyik dengan perkara seperti Perasmian Batik, Opening remarks sana sini. Boleh diumpamakan sebagai Nero, Maharaja Rom yang bermain biola ketika Kota Rom sedang terbakar.

2.Pak Lah tidak tahu dengan apa yang berlaku:
Saya terfikir juga apakah cadangan penasihat-penasihat beliau ini diterima bulat-bulat. Seperti idea pemberian ex-gratia dan sebagainya. Ketumpulan pemikiran serta sikap membisu ini menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN. Liabiliti ini lah yang menekan serta menambahkan kegeraman Tun Dr M kepada beliau dan bukannya UMNO.

3.Tun Dr.M pasti mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau begitu in rush:
Ini mengingatkan saya kepada 2 pemimpin negara iaitu Tun Dr.Ismail & Tun Abdul Razak yang memimpin negara dengan mengetahui tarikh pemergian mereka. Bagaimanapun saya berharap Tun dipanjangkan usia kerana bangsa dan negara teramat memerlukan beliau ketika ini.

4.Pemilihan UMNO ini sebagai DO or DIE:
Tun telah memberi kunci kepada ahli-ahli UMNO, ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua Bahagian untuk mengembalikan beliau kepada UMNO adalah dengan menyokong pasukan yang menentang Pak Lah.

Tun Perlu menamakan calon Presiden & Timbalan Presiden pilihan beliau secara terbuka walaupun beliau bukan lagi ahli UMNO.

Calon-calon ini perlu berkempen secara aggresif yang amat, kerana kekalahan bererti jalan berliku menunggu parti & tiada lagi sokongan akar umbi.

Juraimi Zainal said...

Geng2 UMNO ni yang saya perhatikan ckp/tulis jer lebih2 menyokong Tun Dr Mahathir...

Tengoklah berapa kerat jer yg ikut beliau......

alfakir1 said...

Manusia selalu nya tak akan mengikut dan dengar kata2 kita jikalau kita tak ada kuasa lagi. Biar pun ia nya mantan PM.

Ini adalah satu kenyataan. Bagi menteri2 dan ahli2 Umno di Parliment, kedudukan, pangkat dan kemewahan adalah lebih utama dari segala2 nya. Biar pun mantan PM begitu rapat dengan mereka sebelum ini.

Memang mereka berhak untok membuat apa saja keputusan yang di fikirkan baik untok mereka.

The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of convenience and comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.

Mohd Affendi said...

Salam Dato AKJ,

Byk org yg berpolitik skrg sekadar jd juara temberang..tiada apa yg cemerlang, jasa kpd rakyat secara statistik tiada yg boleh terbilang..yg gemilang hanya kuat mencanang projek koridor2 yg tiba2 hilang

A new breed of no-substance politician.

Org boleh panggil TDM dgn apa2 gelaran..mahafiraun, mahazalim, mahaapa2 lah..

tetapi bila fikir balik kat siapa dia buat zalim, firaun & apa jualah?? Jahat2 pun kat musuh politik dia saja..Dia main politik tak ada dia mainkan kesengsaraan rakyat pun..? cabar rakyat? anggap rakyat bodoh?

..yg hangpa konon rakyat biasa yg konon 'mulia' tak main 'najis politik' tu apa yg hangpa lorat sgt? Hangpa tak cukup makan ka zaman TDM dulu? masa org perit krisis ekonomi 1998 hangpa ada tgk ka mcm mana sengsara rakyat negara yg amik IMF? kita haram tak rasa pun...

1)siapa yg naik drastik harga bahanapi yg ada impak lansung kpd mikroekonomi yakni 'perut rakyat'?

2)siapa yg biarkan kunci pintu kpd petualang utk membuka seluas-luasnya misi melelong negara?

3)siapa yg biarkan negara dikemudi petualang rakus yg beri nasihat kepalang ajar penjahanam ekonomi?

4) siapa yg lemah tadbir negara dgn berkesan sehingga menyusahkan rakyat?

itulah dia sebenarnya mahafiraun rakyat! :"Public Enemy".

Definitely TDM doesn't fall in this category.. He is just a worst "Political Enemy" for some people..not the rakyat!

Byk yg dah jd buta mata dan benak minda bila mabuk sgt dgn politik..

bijak konon..minda kelas pluto..ntahlah!

ie lads said...

Innalillah Wa innallillahiraji'un...

Wahai melayu!! Tuhan sudah beri petunjuk supaya sedar...

Wahai Melayu!! Mengapa masih lagi mahu sombong, bongkak dan lupa...

Pepatah 'takkan melayu hilang didunia' sudah tidak berguna lagi..

Bangsa yang hanya memakan bangsa sendiri...

Maka makin hilang sudah melayu Malaysia..


Athlone

Anonymous said...

Juraimi Zainal,
Apa you ingat kalau takda orang-orang kaya UMNO yang ikut Tun, UMNO boleh selamat selagi Badawi ada? Emak aku yang pengundi UMNO tegar pun dah serik nak undi UMNO. inikan pula anak-anaknya!

HGJ

ZaiDi SuhaiMi GilonG said...

Salam,

Rupa - rupanya ini hanya perkara biasa kerana sejarah membuktikan sebelum ini pun ex-PMs dan Pengasas juga keluar Umno. Perkara biasa. Demokrasi masih boleh digunapakai dan dinaiktarafkan lagi kepada sistem yang lebih canggih daripada sebelumnya.

Salam.

Ian said...

Salam Dato'
Sbg org lama dalam jornalism, harap Dato boleh buat perbandingan antara penarikan diri dr UMNO oleh TDM semasa Pak Lah jadi PM dgn penarikan diri Tun Hussein Onn semasa TDM jadi PM. Barangkali isu, situasi & masalah di ketika itu tentunya berbeza dgn sekarang.
Terima kasih.

Anonymous said...

BR jangan lepas peluang...jalan telah dibuka makin luas.semoga malaysia tercinta kembali BERSIH

budakjolobu

jojo51 said...

Saya berharap ahli-ahli UMNO dan pemimpin akar umbi kekal dalam UMNO supaya agenda untuk menggantikan Pak Lah di AGM pada hujung tahun ini dapat menjadi kenyataan. Jika mereka keluar yang untungnya ialah Pak Lah dan kaki kuat ampunya seperti Nazri, Bahrum Johari, Mat Taib, Shabery, KJ dll.

Kita sokong Tun keluar dari parti dan kita beri peluang kepadanya untuk berjuang dari luar. Beliau masih ramai penyokong diperingkat akar umbi. Jangan kisahkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang menyatakan pendirian menyokong Pak Lah. Hakikatnya mereka mempunyai 1 undi sahaja dan juga 1 suara sahaja. Namun,suara dan undi dari jutaan ahli UMNO adalah lebih penting bila tiba masanya iaitu semasa mesyuarat agung tahunan peringkat Cawangan dan Bahagian.

Masih ingat tak sebelum PRU12. Seolah-olah ketika itu semua menyokong Pak Lah. Apa jadi kemudiannya. Suara dan undi ahli dan pemimpin akar umbi lebih berkuasa dari suara-suara kaki ampu. Keadaan yang sama juga wujud sekarang walaupun kelihaan seolah-olah UMNO menyokong Pak Lah. Beliau masih tidak sedar. Pak Lah seronok bila mendengar semua Ahli Parlimen UMNO berada dibelakangnya. Wbp, hati orang siapa tahu.

Apabila tiba masanya, the silent majority akan menampakkan kuasa mereka.

Wan shamsudin said...

Saudara AKJ;

Saya yakin Tun Mahathir(TDM)telah fikir masak masak sebelum membuat keputusan untuk keluar UMNO. Kita mesti hurmat keputusannya. Ramai yang membuat komen itu dan ini, tapi TDM bukan lah buat keputusan melulu. TDM tentu telah fikir akan kesan, baik dan buruk bila membuat keputusan tersebut. Ramai hanya pandai membuat komen dan kritik saja, tapi tak berani mengambil tindakan.Saya bangga akan keputusan TDM itu.
Tengoklah, sampai ada manusia mengatakan TDM seperti duri dalam daging? Siapa duri dan siapa daging? Bagi pandangan saya kita rakyat adalah daging, dan pemimpin pemimpin UMNO adalah duri, dan bukan TDM.Dengan ikhlas, Saudara AKJ fikir lah.Sekarang saja bila kalah dalam PRU 12, barulah PEMIMPIN kita menasihati agar semua wakil wakil rakyat mesti bersikap jujur dan mesti bekerja dengan baik untuk rakyat. Dari Tahun 2004 hingga PRU 12 apa mereka telah buat? Mungkin tidur agaknya.Wakil wakil rakyat yang kita ada telah lupa akan tanggung jawap mereka.
Setengah pemimpin pemimpin yang kita hurmati pula tidak menghurmati keputusan Raja Raja. Lihatlah perlantikan MB Perlis dan Trengganu. Ini menunjukan kebodohan dan kelemahan pemimpin UMNO sendiri. Kalau nak di huraikan, banyak lagi Saudara AKJ. Saya yakin ini yang membuat TDM dengan tegas mengambil tindakan keluar UMNO.Bagi pemimpin pemimpin UMNO yang mengutuk TDM dan masih senang lenang dengan jawatan mereka itu, hanya Allah SWT saja yang Mengetahui niat baik mereka itu.

MMcrossings said...

Dato'

Saya ada menulis dalam blog TDM tempoh hari mengenai keperluan untuk suatu tindakan drastik.

Pandangan saya ialah masa. masa semakin suntuk dan kita tidak boleh tunggu dan lihat.

Saya pun tidak pasti apa bentuk tindakan drastik yang diperlukan itu. Hanya Tun yang tahu dan mengapa. Tun memang tidak asing dengan tindakan drastik - kita sudah lihat dan saksikan 'results' diatas tindakan beliau.

Atas sebab kesuntukan masa lah TDM bertindak drastik.
Pak Lah dan Anwar sedang melakukan kira-kira dan mengatur strategi. Tindakan TDM akan mengubah dan meletak tanda tanya kepada strategi mereka.

Kita sudah tidak mahu Pak Lah menentukan hala tuju masyarakat kita. Cukup. Masa dia sudah selesai.

Mukhriz baru saja umumkan pendirian beliau. Mukhriz harus lebih lantang selepas ini. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Saya kira Tun juga akan lebih lantang.

Masa sudah sampai untuk akar umbi bersuara.

samurai melayu said...

Salam Dak,

I now realised my last posting had enroached into the 'Forbidden City' and I thanked you and Ayahanda Tun for not releasing it.

Your humble response to 'Saya yang diatas aka dr. mustapha addin' is well placed. Perhaps datuk may allow me to suggest further to the dr.'Ilmiah'( MD or PhD?).
Shud I address you sir, Dr. Mustapha or Datuk/prof/tuan/sdr Mustapha Addin PhD?

My guru pondok once told us that adalah dijadikan makhluk Allah swt
dalam perlbagai bentuk dan rupa, ada yang nyata dan ada yang ghaib, ada yang cerdik pandai ada yang kurang cerdik, yang berilmu pengetahuan ( tidak serupa dengan Ilmu Addin), ada yang buas dan ada yang jinak dan bermacam2 lagi istilah yang boleh difikirkan selagi dalil akal manusia boleh terokai.

Saudara,

I recollect, once we had a Melayu whom I believe did not even know what campus means then, but was gifted with ‘ilmu zat’ and together with his perpiration, managed to invent a remote controlled automobile. He has not look back ,since.

Saudara Dr &/or PhD,

Perhaps, your cup of tea cud be found in recognised intellectual forums/seminars which a person of your intellectual stature cud release the donkey within.

Thanks to the Almighty, there are people like The Scribe Blogger who welcome people of our 'totok'(pinjam cakap Dak) intelligence to participate in his forum. Since we cud not be a recognised intellectual, the least we cud do is pretend to be one.

Bersyukurlah keatas anugerah Allah swt dan hormati kemampuan sesama kita.

Alfatihah, Amin.

buyong said...

Dato',

Tengok ulsan di TV, nampak sangat pembesar2 umno ni macam burung kakak tua.

Langsung dah tak pakai otak bila bercakap.

ahli_umno_sp said...

Datuk Kadiq...cakap banyak pun tak guna mari kita pakat-pakat ikut tun Keluaq Umno....

Abdrahim said...

DaDatuk,

Tun Musa Hitam kata, keluarnya Tun Mahathir dari UMNO, umpama "duri yang sudah keluar dari daging".

Dengan maksud lain, UMNO telah bebas dari gangguan yang menyakitkan.

Kalau UMNO ini mahu diibaratkan seperti tubuh manusia, perumpamaan yang diberikan oleh Tun Musa itu hanya sesuai untuk tubuh yang sehat sahaja.

Bagi tubuh yang sihat, luka bagi tusukan duri boleh baik dalam masa satu dua hari.

Tetapi UMNO masa ini, ibarat tubuh yang sedang sakit. Lebih buruk lagi penyakit itu penyakit kencing manis.

Walaupun duri telah dikeluarkan tetapi bekas luka itu boleh menyebabkan "gangrene" yang boleh membawa maut.

Biasanya doktor akan menasihatkan pesakit, supaya bahagian yang luka itu dipotong. Kalau dibiarkan ianya akan membawa maut.

Jadi UMNO kalau mahu selamat, tidak cukup dengan mengeluarkan "duri yang didalam daging" itu sahaja. Bahagian yang luka itu juga harus dipotong supaya jangan sampai jadi "gangrene".


abd rahim kassim

Red84 said...

The Scribe,

I C U N Up All II
(two can play the game)

It is a race against time this assault of Mukhriz son of Mahathir on Abdullah. Let just say it that way, Scribe.

Will it be neck and neck photo finish, Tun Dr M?

And the scribe smiled...will an intellectual doctor comprehend?

Anonymous said...

Dato',


Komen saya terhadap tulisan
Dr. Mustapha Addin.

Saya memahami apa yang saudara utarakan tentang luahan sokongan secara emosional.Apabila kita bercakap tentang TDM, byk topik yang boleh dibangkitkan dan dikupas sepertimana yang telah disebutkan oleh saudara. Walaubagaimanapun, topik yang menjadi minat kebanyakkan penyokong TDM adalah nasib bangsa melayu dan rakyat malaysia (isu utama). Isu kehakiman dan macam-macam lagi dah jadi isu kecil kerana ia tidak begitu mengancam masa depan orang melayu. Andaian saudara bahawa apa yang dilakukan oleh Tun adalah bermotifkan peribadi tidak boleh dijadikan isu utama. Jika semua isu dijadikan isu utama dan diteliti, apa pun tak selesai.Tambah pening bukan tambah faham.Saya rasa 22 tahun sejarah pemerintahan TDM sudah cukup untuk menyokong bahawa motif utama bagi TDM adalah isu orang melayu dan bukan isu peribadi TDM. Saya tidak banyak membaca tetapi ada satu dua buku tentang TDM. Apabila orang tuduh dia nyanyuk dulu, saya pergi mendengar ucapan TDM untuk mengesahkan tuduhan tersebut.Saya tidak taksub kepada TDM. Saya sentiasa cuba memahami pemikiran beliau untuk saya membuat penilaian yang lebih mendalam dan belajar. Saya rasa saudara juga tidak dapat menafikan bahawa TDM mempunyai "critical thinking" yang bagus.Jika bloggers begitu kuat menyokong TDM, saya rasa tidak menjadi masalah "personality cult" kerana orang yang disokong tiada kuasa. Hanya ada "leadership personality". Yang tidak elok adalah "personality cult with position". Menyokong jawatan seseorang walaupun mungkin orang itu tidak ada "leadership personality". Saya juga tidak bimbang luahan emosi kerana orang melayu mempunyai kematangan. Hanya "knee jerk" bukan "flying kick". Perkara yang saya bimbang ialah apabila saya perlu menjelaskan mengapa ada luahan sokongan yang kuat kepada TDM kepada orang berilmiah seperti saudara.


Kanta

ringgit said...

Tun keluar UMNO: Langkah penyucian DOSA2 lalu di DLM umno....


Elok lah Pklah letak jawatan..sebelum dia berundur dengan cara paling MEMALUKAN dan HINA..sekali gus menjadi PM pertama turn tahta yg memalu akibat kemarahan ahli2 UMNO termasuk yg veteran...

Yang menarik Tun M dan DSAI bukan lagi ahli UMNO...yg asal ahli UMNO yang memegang jawatang tertinggi parti...

Adakah ini semua pembalasan SI PITUNG????

Maka, teori Ahli Parlimen (MP) UMNO akan melompat parti ada kebenaran ...selepas beberapa MP mengikuti jejak Tun.. seperti ramalan Tun Daim yg menyebut 5 negeri di tumbang kpd pembangkang..yg akhirnya menjadi benar!!!

Mungkin inilah caranya Tun M mahu menyucikan dosanya dan memohon maaf secara tersirat terhadap DSAI
dengan `memberi' MP-MP umno beralih kpd parti DSAI sekali gus melayakkan DSAI menjadi PM... `Pengorbanan' Tun M keluar Umno dan menggalakan MP umnno keluar..pastinya akan bersekutu dngn DSAI...

Jadi kalau Tun M tolong DSAI jadi PM...takkan DSAI tak boleh maaf kan tun (Tun pun hidup tak lama jd sempat la dia minta maaf kat DSAI, sedangkan nabi maafkan umat)atas kesalahan lalu - kesalahan itu pun berpunca hasutan `kiri dan kanan pemimpin umno' yg tak senang dgn DSAI ketika era lalu.

Ini mungkin teori baru agaknya,...Ini disebabkan DSAI merupakan anak didik Tun M yang diasuh, didik, sejak pemuda sebelum diangkat menjadi TPM...
Sudah tentu Tun M bole angkat sekali lagi DSAI menjadi PM yang baru pada Ogos nantiii!!!!!!!

(Nyanyi ikut rentak lagu keramat UMNO)

Bersatu kita bersatu...
Keluar UMNO beramai-ramai..
Tinggalkan PakLah demi rumpun MELAYU...

Bersatu kita bersatu...
Tinggalkan parti beramai-ramai
Ikut jejak Tun...runtuhlah PakLah..



MALAYSIA KOPI TIAM: Hutang emas di bawa belayar...hutang UMNO parti yg bayar!!!

Anonymous said...

Dr Mustapha,

Ha! macam tulah! Hang buleh pun tuleh dengan baik. Ngapa tak buat dari awal lagi. Kami mungkin tak sehebat hang. Jadi bila hang bagi pandangan yang baik, kami bulehlah fikir dan mencari manfaar dari apa yang hang katakan. Kami pun buleh menilai yang mana intan yang mana kaca, yang berlian dan yg mana permata! Syabas dan selalu-selalulah menuleh dan bagi komen!

KAWAN

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Di bawah ini petikan kata-kata Datuk Mukhriz Mahathir.

"Dengan ini saya mendesak sekeras-kerasnya agar Datuk seri Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera".

"Beliau memberikan tempoh sebelum mesyuarat UMNO Cawangan bermula Julai depan untuk DSAB meletakkan jawatan dan jika sekiranya tidak berlaku beliau tidak teragak-agak mengubah pendiriannya yang terus kekal dalam UMNO".

Rumusannya...beginilah corak pemimpin pelapis yang tidak mempunyai kebijaksanaan dan kewibawaan menghadapi sesuatu permasalahan.... amat SOMBONG dan BONGKAK sekali cara menyampaikan pandangan beliau dengan mengugut seseorang yang jauh lebih tua dan berpengalaman, dan lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang telah dipilih oleh rakyat jelata melalui sistem demokrasi yang kita semua telah menerimanya.

Kalaulah Tun Mahathir sendiri mengeluarkan kata-kata sebegitu, walupun saya tidak bersetuju, saya masih boleh menerimanya, tetapi kesombongan dan sikap bongkak Datuk Mukhriz yang langsung tidak sedar di mana tahap kredibiliti dirinya sendiri, telah membuat saya sekeluarga termasuklah anak kecil saya menggeleng-geleng kepala melihat dan mendengar kata-kata beliau.

Cara beliau yang kononnya nampak macam berani, tetapi ianya lebih menunjukkan kedangkalan dan kecetekan tahap pemikiran beliau......sungguh sayang dan malangnya Tun mempunyai waris sebegini yang tidak mempunyai kebijaksanaan dan kualiti kepimpinan yang rakyat harapkan.

Kalaulah Datuk Mukhriz mempunyai maruah dan harga diri, beliau tidak perlu tunggu sampai bulan Julai depan, sepatutnya beliau letak jawatan sekarang dan dengan segera ikut jejak ayahnya sendiri.

Perlu ditekankan di sini bahawa jawatan YB yang dimenangi sekarang adalah atas ehsan Presiden parti yang beliau telah mendesak untuk berhenti dengan egera......sungguh tidak malu dan tidak berprinsip manusia jenis begini.

Ikhlas dari,
Rakan20G

Anonymous said...

abe MIE said...

MAHATHIR BUAT 'FILEM' TERBAHARU.

Nampaknya abe MIE sedang mengalami kecelaruan minda. Komen kelam-kabut. Tambah tak lebih buang tak kurang.



jamilisa
Shah Alam

Anonymous said...

YBhg Dato,
memang benar Tun dari Johor tu, geng Pak Lah yang dapat jadi Chairman Sime dan kaya raya pak lah jadikan dia.....memang jarum beracun...yang lebih bisa....demdam tak habis......baru sekarang nampak warnanya....
Salam pada keluarga Dato, nanti ada masa jumpa kat Raju...
Helang79

Haji Mustapha ONg said...

Salam buat Datuk AKJ,

Soal Tun Dr.Mahathir keluar daripada UMNO tidak sepenting daripada pengkritik2 yang telah melepaskan geram mereka terhadap pemilihan Tun untuk berhenti menjadi ahli UMNO nombor 1 mulai 19Mei, 2008.Ramai di antara mereka, sama ada daripada barisan menteri kabinet mahupun Ahli2 Parlimen atas tikit UMNO, telah menghina Tun atas tindakan bebas yang telah diambil oleh Tun sebagai seorang bekas ketua pemimpin yang telah banyak berjasa kepada parti UMNO dan negara. Yang sebenar nya Tun amat kecewa dengan kepimpinan UMNO/BN pada hari ini, yang mungkin tidak dapat merawati penyakit UMNO/BN yang perlu berubah untuk memilih pucuk pimpinan yang baru.

Saya suka menyarankan kenyataan MP Nazri yang kurang biadap dengan kenyataan yang telah memperlekehkan keperibadian Tun secara terbuka. Nazri telah menyatakan bahawa "Tun bukan budak kecil yang tidak berakal untuk mengambil keputusan keluar daripada UMNO".Beliau juga membuat andaian dengan menggunakan istilah "jatuh talak empat ke, lima ke" yang tidak kena pada tempat nya.

Nampak nya Nazri yang pernah berhutang budi dengan Tun semasa pemerintahan Tun sebagai perdana menteri, telah hilang kesopanan dan nilai budayaan tradisi orang-orang Melayu.

Kalau hendak mengampu Pak Lah pun tak payah lah untuk menghina Tun Mahathir dengan cara yang biadap itu. Ramai di antara kita masih lagi menghormati serta mengkasihi Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.

Seorang lagi ketua bahagian JB yang bernama Shahril Samad, juga turut membidas tindakan Tun Mahathir untuk keluar daripada UMNO.Beliau juga mencabar Mukhriz untuk turut mengikut jejak langkah Tun Mahathir dan keluar daripada UMNO dan letak jawatan sebagai MP Jerlun. Kritikan Shahril demikian adalah tidak tanggungjawab dan boleh dipersoalkan motif yang sebenar nya untuk membidas Mukhriz. Sila Shahril beri jawatan agar perkara ini dapat diselesaikan dari segi etika berpolitik.

UMNO telah kehilangan seorang pemimpin UMNO yang masih lagi relevan atas perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. MKT UMNO perlu membuat kajian sebab2 Tun Mahathir telah kecewa dengan kepimpinan UMNO pada hari ini, setelah BN telah kalah teruk dalam PRU ke12 yang lalu. UMNO harus dipertanggungjawabkan atas kekalahan BN selaku sebuah parti yang telah memimpin halatuju perancangan parti BN pada hakikat nya.

Apabila BN menang besar seperti pada tahun 2004, UMNO merebut-rebut untuk meraikan kemenangan, tetapi apabila BN kelah teruk pada tahun Mac 2008, UMNO menyalahkan komponen2 parti yang lain, khususnya MCA, GERAKAN dan MIC.

Saya membidas sokongan yang disuarakan oleh segelintir ahli2 parlimen yang bertindakan untuk menyokong Pak Lah adalah tidak kena pada tempat dan masa nya pada waktu rehat di parlimen.Mungkin dapatkan senarai MP UMNO yang dimegah2kan kumpulan yang dimaksudkan.Maklumat yang saya telah diterima daripada saya, tidak begitu memperangsangkan dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan Apakata Nazri dan Abdul Aziz daripada Muar?

anakbuah said...

Sdr Mohd Affendi,

"..yg hangpa konon rakyat biasa yg konon 'mulia' tak main 'najis politik' tu apa yg hangpa lorat sgt? Hangpa tak cukup makan ka zaman TDM dulu? masa org perit krisis ekonomi 1998 hangpa ada tgk ka mcm mana sengsara rakyat negara yg amik IMF? kita haram tak rasa pun..."

# Maaf Sdr Mohd Affendi, secara ikhlas, saya merasa sendiri perit sengsara semasa krisis ekonomi 1998 akibat syarikat tempat saya mencari makan terpaksa tutup kedai dan terus terang saya katakan, saya memang tidak cukup makan berbulan selepas kehilangan pekerjaan, kebetulan di zaman TDM masa itu. Saya hormat dan memandang tinggi "courage" TDM utk menolak gula-gula IMF - sekiranya tidak mungkin kita tidak dapat berbicara begini dan ramai yg merempat di negara sendiri maupun di luar negara sekarang.

Bagi saya betul tulisan Sdr ringgit..."Mungkin inilah caranya Tun M mahu menyucikan dosanya dan memohon maaf secara tersirat terhadap DSAI
dengan `memberi' MP-MP umno beralih kpd parti DSAI sekali gus melayakkan DSAI menjadi PM... `Pengorbanan' Tun M keluar Umno dan menggalakan MP umnno keluar..pastinya akan bersekutu dngn DSAI..."

"Jadi kalau Tun M tolong DSAI jadi PM...takkan DSAI tak boleh maaf kan tun (Tun pun hidup tak lama jd sempat la dia minta maaf kat DSAI, sedangkan nabi maafkan umat)atas kesalahan lalu - kesalahan itu pun berpunca hasutan `kiri dan kanan pemimpin umno' yg tak senang dgn DSAI ketika era lalu."


Bagi saya, jika TDM yg menguatkan dan mempekasakan UMNO/BN selama 22thn berkuasa, agak malang beliau turut melemahkan dan merosakkan parti/kerajaan dihujung2 kekuasaan beliau sebagai PM. Tambahan lagi dgn kesilapan melantik PakLah mengganti beliau di kala org Melayu-Islam dahagakan kepemimpinan bertaraf dunia seperti karisma beliau.

Kita buat salah , kita sedar, kita minta maaf, kita kena betulkan. "Damage control" TDM agak lewat tapi masih belum terlambat. Seperti kata Sdr etong adik ekeng, TDM bukan terkeluar akidah atau berdosa besar dgn meninggalkan UMNO, sbb UMNO/BN bukan "agama" yg perlu dipertahankan dengan iman dan nyawa!

Anakbuah Biduanda

Wan shamsudin said...

Saudara AKJ yang dihurmati;

Kita berada dalam kejutan pabila TDM keluar UMNO. Bagi setengah golongan,mereka bersyukur pula akan berita ini. Tengoklah Si Anuar Musa, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, yang kalah pada PRU 12.Dia menyalahkan TDM kerana kekalahan BN/UMNO pada PRU 12.Pada PRU 11, Tahun 2004, bila UMNO/BN MENANG BESAR, kenapa tiada pujian dan ucapan terima kasih pada TDM??

Beliau lupa bahawa pada ketika itu rakyat belum membuat penilaian lagi kerana Pak Lah baru mengambil alih pemerintahan dari TDM.Pak Lah mengajak kita bekerja dengannya dan menegurnya. Saya masih ingat lagi bahawa Pak Lah mengadakan seminar tentang integriti untuk semua pegawai atasan kerajaan di Hotel Sunway. Yang menghairankan saya kenapa Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ahli Ahli Parlimen dan Wakil Wakil Rakyat tidak di jemput. Atau adakan seminar khas buat mereka.Adakah seminar integriti ini hanya untuk pegawai pegawai kanan kerajaan? Patutlah ramai pemimpin pemimpin UMNO/BN tak berintegriti.Mereka ini tak pernah buat kesalahan ke? Bertanggung jawab kah pemimpin kita pada rakyat. Ya, mungkin terlalu sedikit. Saudara Anuar Musa, ketika kamu berada dalam kabinet TDM dulu, apa yang telah kamu lakukan? Adakah kamu MAKSUM, tidak pernah melakukan kesalahan dan kamu bekerja dengan penuh integriti.Patutlah pada PRU 12, kamu kalah.Rakyat telah memberi masa 4 tahun untuk wakil wakil rakyat UMNO/BN menunaikan dan membuktikan janji janji mereka.Tapi bila kalah, TDM pula disalahkan. Manusia jenis apa kamu ini? Tak mengenang BUDI.
Tolonglah Saudara Anuar Musa, kita sepatutnya berdoa agar TDM kembali bersama kita memperjuangkan UMNO dan kita sama sama berdoa agar DTM dan Pak Lah dapat selesaikan masaalah mereka dengan baik demi perpaduan BANGSA dan NEGARA.

Indigo said...

The Scribe,

Teropong Ajaib
(kepunyaan do re and me)

tengok! tengok!
lihat!
cepat!
Tengok tu!

Aha!

Apa tu?

Tengok sendirilah - nah!
sebok sebok pulak dia
nampak tak?

Eh eh betullah.

Rupa-rupanya yang arif
si hakim-hakim
mencuri!!!

Curi apa?
(hendak ku tanya si-anak Tun
atau pelawakan saja teropong ku
nampak tak kamu -
guru sama, lain che gu)

zam zam alakazam!

Buah Kelapa dari Desaru said...

Akum Dr. Mustapha Addeen... mungkin ko terpelajar dan kita ni tidak sesangat...
tapi....
pandangan-pandangan ko menarik jugak ler... aku tepaksa setuju....
owang-owang kiter kena pikir guna akal skit, jangan terikut perasaan sajerrr... tul tak Tuan Dato Kadir?

Awang Maya said...

Datuk,


Saya mahu Datuk ulas mengenai cabaran saya terhadap DSAI agar menggesa DWA sebagai Ketua Pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM sekarang, AAB. itu kehendak rakyat sekarang. Awang percaya seluruh pelusuk rakyat sudah bosan dan semakin menyampah dengan kaedah kepimpinannya. Kami tak peduli dan tak nak ambil peduli pasal politiking yang Awang rasa amat memualkan yang sedang berlaku sekarang. Yang Awang dan rakyat mahu sekarang ialah turunkan kembali harga minyak, kerana itulah "HANTU" segala-galanya kepada peningkatan kos hidup yang membebani rakyat ketika ini. Pergi JAHANAM politiking, rakyat mahu kembali hidup seperti keadaan sebelum tahun 2004. UMNO, DAP, PKR..itu semua tak penting..kami orang kampung nak jugak keselesaan. Jangan asyik berpolitik nak memenuhi temolok masing-masing dengan menjadikan kami sebagai kuda tunggangan.

-Awang Maya-

goby said...

Saya terperanjat bila Tun M keluar dr UMNO. Saya telah keluar dr UMNO bila tangan ini memangkah pembangkang pada PRU lepas (walaupun tidak secara official). Selagi AAB masih di"singgahsana' selagi itulah saya bukan ahli UMNO.

mob1900 said...

Quiting UMNO and calling upon members to quit is akin to sabotaging the results of PRU12. Eventhough I support PR I do not condone this way of 'removing' anyone. What happened to Voters' Rights?

What happened to Serve The Rakyat?

This clearly shows Tun M is doing this for his own reasons, even tried pitting fellow malaysians against each other using the race card.

Is he trying to oust a system which could 'harm' him like what he did with our Judiciary?

eddy said...

Dato', harap Pak Lah jangan salah pandang dan kira dirinya berjaya menangkis move Dr Mahathir terkini. The impact on Tun Mahathir's strategic move to quit UMNO temporarily cannot be based on how many Ahli-ahli atau Pembesar-Pembesar UMNO akan ikut keluar secara fizikal dari UMNO sahaja tetapi what is more devastating and cannot be quantified are the UMNO members who has silently and spiritually left UMNO because Pak Lah is still clinging on to the UMNO Presidentship. I think that this is the biggest threat to UMNO's continued existence as the dominant political force in Malaysia and if Pak Lah is still President come PRU13 then these UMNO members will surely NOT vote for UMNO and as a consequence UMNO will be severely weakened even worse than PRU12.

By the way dengan izin, I thought Tun Musa's comment on Tun Mahathir quitting UMNO is a bit off, coming from him it sounds like sour grapes to me maklumlah dia sampai gat Deputy PM sahja masa zaman Tun Mahathir, well maybe I can't blame him for coming out with such venom against Tun bukan selalu dapat peluang pukul curikan.

samurai melayu said...

Sdr DAK,

Izinkan kami berkongsi sejarah dengan kawan2 diblog The Scribe, khas nya kepada seteru2 TDM kerna ramai sudah pandai2 belaka tetapi fikiran nya lembah sedikit mengenal apa itu erti nikmat kesyukuran tetapi lantas meresap dalam kepala otak nya
Maksud biadab.
Kami akur Ayahanda banyak membuat kesilapan dalam percaturan nya mencanai dan membentuk landasan bagi perisian pembangunan fisikal Negara dan pembangunan minda rakyat Malaysia.

Bottom line nya,
Kini bangsa melayu khasnya dan rakyat jelata amnya berani mengangkat muka
dimana sahaja ia berada dimuka bumi yang fana ini!

Kami hidangkan berita ‘Hari ini dalam sejarah’ yang diharapkan dapat menginsafi diri
sebelum kita lemparkan kata2 biadab terhadap Ayahanda Tun yang usianya lebih matang daripada kebanyakan datuk2 dan nenek2 kita.


“AYAHANDA RAKYAT yang kami kagumi
rimbun pelindung untuk semua

Sepertimana yang anakanda pernah nyatakan suatu ketika dahulu pabila Ayahanda Tun diserang dari hampir semua sudut, antaranya,
10,000 ulama dan Ahli PAS yang menunaikan solat sunat hajat memohon agar Mahafiraun ni ditumbangkan dari tahta kerajaan,
Al Gore tetamu negara yang biadab, mengecam dan mengutuk Ayahanda digelarkan Diktator dan melaungkan perusuh jalanan (Reformasi)sebagai m'sian heroes,
Crisis matawang angkara penyangak matawang, George Soros
dan ketika itu juga kena menentukan kejayaan Sukan Commonwealth,

Telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wataala, dengan Zat Sempurna Nya, dilimpahNya kejayaan dan kemenangan terhadap usaha murni Ayahanda.

Manakala, seteru2 ayahanda semuanya menerima musibah terutamanya Al Gore yang tumpas dalam perubutan presidensi Amerika Syarikat!

Biar depa pikiak, siapa ini manusia
namanya MAHATHIR MOHAMAD.

Hanya mereka yang mengenali suratan ILMU Allah yang sanggup berkorban apa saja demi Ugama, bangsa dan negara.

Insyaalah Ayahanda,
kejayaan dan kemenangan akan berpihak kepada Ayahanda dengan Kehendak NYA.

Bantuan yang mampu, kami hamba yang lemah ini hulurkan, hanyalah bahu kanan dan kiri serta kedua belah tangan yang mahu menjulang panji panji bumi bertuah dan menjunjung falsafah perjuangan bangsa mu, Melayu,
SELAGI IANYA BERGELAR, MELAYU!

Ya Allah, kami memohon kehadrat MU, limpahi lah Zat Sempurna juga Zat Kasih dan Sayang Mu keatas Ayahanda Tun sekeluarga dan sekelian umat Muhamad, Rasulullah s.a.w dimana sahaja kami berada”.

Alfatihah, Amin.

Mika Angel-0 said...

The Scribe,

YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad will participate in a dialogue session at the Nihon Keizai Shimbun 14th Annual ‘Future of Asia’ Conference, Grand Prince Akasaka Hotel, Tokyo, Japan, May 22, 2008

YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad will address the Japan Foreign Correspondents' Club on Malaysia's and Asia's role on the international front, from a political, economic and environmental point of view, Tokyo, Japan, May 23, 2008

Nota:

How is YABhg Tun Dr Mahathir's well being?

Wan shamsudin said...

Kepada 'Saya yang diatas';

Dengan 'seri' bahasa yang di tulis saya percaya saudara adalah seorang yang bolih mengaku diri seorang ilmiawan, dan punyai daya fikir yang sofistikated.
Pujian yang diberi kepada TDM adalah kerana mengenangkan jasa beliau pada Negara. Ini tidak semestinya TDM tidak pernah membuat kesalahan. Beliau juga adalah manusia dan bukan MAKSUM.Tapi yang kita bincangkan disini adalah tindakan TDM keluar dari UMNO, atas sebab apa?.Jika niat TDM itu baik demi protes pada Pemimpin yang sedia ada, demi perpaduan bangsa dan rakyat jelata maka itu mesti diberi sanjungan.Adakah SALAH dan BODOH jika kami di desa dan bandar memuji dan menyokong tindakan TDM ini?
Bagi saya yang bodoh ini percaya bahawa kita perlu bersikap rasional dan berfikiran waras didalam membuat sebarang komen.
Teringat akan saya kata kata Imam Al Ghazali 'Lagi banyak saya belajar maka lagi banyak saya ketahui akan kebodohan saya'.Salam.

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Komen Tun Musa Hitam berhubung keputusan Tun Dr Mahathir
keluar dari UMNO sangat menarik untuk diulas.

1. Tun MH berkata 'Duri dalam daging sudah pun terkeluar'.
Sekiranya TDM adalah duri kecil yang sudah terkeluar, namun
masih ada paku besar ditapak kaki yang masih menyakitkan
UMNO. Paku ini berkarat dan kian hari membawa penyakit dan
menambah sakit UMNO.

2. Tun MH berkata lagi ..... minta pemimpin...'pertama, menerima
realiti UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya
oleh rakyat, terutamanya Melayu...'

Benar, UMNO kini dipimpin oleh geng Tun MH tidak kuat, tetapi
malangnya DS Abdullah Ahmad Badawi masih mendabik megah sombong
...'kita masih kuat, kita menang banyak kerusi...'

Tun MH menyambung komen ..... 'kedua... balik kepada
konsep Bersih, Cekap, Amanah yang pada awal 1980an telah
diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata...'

Konsep itu memang telah lama ditinggalkan kerana ramai
pemimpin UMNO yang dah tak amanah, tetapi DS AAB tak akan kembali kepada konsep itu sebab DS AAB kini
mengamalkan konsep

CEMERLANG mengaut harta,
terpesona dan lena atas gilang- GEMILANG harta yg terkumpul, dan yang tak
TERBILANG banyaknya.

Mungkin TDM ada sebab-sebab peribadi mahu DS AAB
letak jawatan tetapi akar umbi UMNO juga tidak bersemangat
berketuakan DS AAB kerana Cemerlang, Gemilang, Terbilang
sebenarnya untuk diri dan keluarga. Keyakinan juga hilang
kerana DS AAB tidak berwibawa sebagai ketua pemerintah.


Posted by Bung Karno

samurai melayu said...

Salam Dak,


Dalam kaca ada api,
Dalam api ada cahaya,
...
Sedang duduk bermenung cuba mengupas dan mencari 'kunci' kepada cahaya yang di maksudkan, kami tertoleh pandangan kepada bingkai yang memaparkan gambar Ayahanda dan Bonda Rakyat yang beserta dengan Puisi kami 'TUTUR PENGHARGAAN BANGSA'
Bermenung bertukar termenung
Apakah Ayahanda Tun yang berjaya mengubah nasib bangsanya dari tunduk ke bumi kepada bangsa yang berani mengangkat muka, tegak berdiri dan tiada lagi ejekan kata hina kini, diejek dan dihina oleh pemimpin bangsa yang telah diangkatkan maruahnya?

Budak 'rascal' Nazri Abdul Aziz yang tak diajarkan hormat kepada orang lebih tua dalam apa jua keadaan , dengan biadab melempar kata sinis 'Dia bukan budak yang tak berakal'
Kami mohon ptolongan sdr. Firdaus PhD, DbP, kirimkan senaskah buku tentang guna istilah bahasa supaya dia ada sedikit peradaban cara guna bahasa melayu
'orang di atas'(Ilmiah) bila nak buka mulut 'makan besar' dia tu.
( ternampak saya kat depo teksi di belakang Gudang Tuak 'Calsberg' Teksi2 berabjad MN 1,2,3,4,…..Teringat kan juga kereta2 Merz kat Rembau KJ 1,2,3,4, eh! samo cam Airforce 1,2,3,4, kat mano nampak yo?

Tun MH yang saya nobatkan Tun Patriot ni, kita kenalah faham guna bahasanya dan tanda penghujung ayatnya. Adakah hujung cakapnya berakhir dgn titik(.)atau comma(,)
Titik kalu, membawa satu maksud
Comma kalu, boleh jadi 2 maksud
Tun Johor ini 'expert' dalam
Baling batu, sorok tangan
Asah parang serampang dua mata
Maka bila beliau katakan
'Duri dalam daging sudah dikeluarkan',kita katakan dia mulut celupar, tapi bagi kami skripnya berbeza.. Pak Lah selalu menyalahkan Dr.M, Depa ngadu kat Musa
Bagaimana kita nak tumpu pada kerja untuk mengatur barisan supaya dapat maju kedepan, kalu Chedet ni asyik suruh saya BERUNDUR?
Dimaksudkan Pak Musa adalah, Pak Lah, la ni hang boleh lah mulakan kerja tanpa gangguan,

Percaya lah, bila pak Musa pulang nanti, pak Lah dok tidoq lagi.
Bila ditanya kenapa masih tak bergerak lagi, depa kan kata kat musa 'amacam aku nak mula bergerak (kedepan), hang dok suruh kami semua balik ke pangkal jalan (BERUNDUR). Bila nak sampai penhujung jalan,kalu kut lagu tu?

Dah tu, Pak Musa 'celupar' pulak dipersalahkan.

To the likes of ‘abe mie’,’tak mudah lupe’ and fellow detractors of TDM,
kalu kalian tak buta dalam terang, kalian pasti nampak siapa yang bikin filem!

Tunggu tonton kisah Ali Baba dan 40 penyamun arahan Anuar Aibrahim

boxxTomoi said...

Yang berpaling tadah AHLI UMNO bukan orang UMNO. Tun bukan AHLI UMNO lagi tapi tetap orang UMNO.

Hidup Melayu! Hidup Tun !

Anonymous said...

YBhg Dato,
Kalau Dato kesempatan jumpa dengan mereka ini, tolong bagitahu jangan biadap pada TDM:
1. Nazri Aziz - biadap sangat!.
2.Sharil - biadap dan tak tahu kerja komen pandai,dia lah orang yang sebut agar tak payah kawal harga...terus harga beras naik...kalau komen orang, dia yang pandai bila jadi menteri nampak kebodohan dia...
3. Rafidah Aziz - jangan ingat orang dah lupa AP queen Malaysia(harap anak dan cucu dia tak makan hasil duit AP), nasib baik kat Kuala Kangsar kalau tempat lain dah bungkus...jangan ingat dia lebih berjasa dari TDM.
4. Hishamudin yang masih berengus tu....
Tolong Dato' maklumkan mereka ini,kata-kata mereka terhadap TDM amat menyakitkan hati orang melayu yang bukan ahli umno yang akan menetukan nasib mereka bila PRU akan datang...
Helang79

Anonymous said...

Mr. Mob

It seems that, for you, anything that comes from Dr.Mahathir, must be something which are wrong, very bad and full of rubbish.

Pak Lah failed to serve the Rakyat. That's why Dr.Mahathir quit from UMNO to show his protest. He again sacrifices himself for the sake of the nation and its people; a mark of a true stateman and a patriot.

Unlike your PR leaders who devilishly supporting Pak Lah eventhough most of Rakyat are sick and tired with his leadership.

What happened to serve the Rakyat?

Why ask that question to Dr.Mahathir? He is no longer an MP or a member of any state assemblies.

You should direct that question to your phony PR leaders.


-sinbad-

ainas said...

mungkin pak lah ada sokongan pucuk pimpinan tapi sudah terang lagi bersuluh akar umbi menolak beliau. Biktinya bukan dari kata-kata ketua bahagian tertentu tapi ketika PRU yang lepas'

mardhiah said...

Yang Berbahagia Datuk

Tun adalah seorang pemikir Islam yang digeruni barat. Agaknya berapa kerat orang Melayu sedar dan boleh menerima kenyataan ini?

Jika pada tahun 1998, kejayaan berpihak pada Tun, moga 2008 ini kejayaan sekali lagi berpihak pada beliau. Saya hanya mampu berdoa sahaja.

Red84 said...

The Scribe,

Kelab Cinta Sayang UMNO

Cinta dan sayang UMNO mereka
walaupun UMNO parti terunggul
pembangkang di Parliamen dan
pembangkang juga disemua negeri.

Presiden zalim, presiden disanggah!

Bayangkan, berani-beranikanlah
UMNO pembangkang, dan tunggal
BN tiada lagi,
MCA telah pergi
MIC juga padam
Gerakan hanya nama
yang rakan lainnya memerintah.

Presiden zalim, presiden disanggah!

Seruling Sukma said...

Pada dasarnya, soalannya begini:

Takkan UMNO saja yang dapat membela nasib kita orang Melayu manakala Pakatan Rakyat langsung tidak mampu, atau dijamin akan mengendahkan kebajikan orang Melayu?

Aduhai, aduhai. Janganlah terbawa-bawa perasaan. Bukalah mata wahai orang Melayu, tabahkan hati dan beranikan diri untuk menerima kenyataan bahawa selain UMNO parti lain juga boleh dan mampu mempertahankan hak dan kebajikan orang Melayu, malah mentadbir Malaysia dengan sebaik-baiknya. Kalau tidak, sudah tentu parti lain bangkrap dan tidak mendapat sokongan. Takkan PAS di Kelantan selama ini telah menjahanamkan orang Melayu ataupun Cina ataupun India... takkan Pakatan Rakyat yang baru mula mentadbir memijak-mijak hak orang Melayu.

Alahai, alahai, saudara saudari sekalian... fikirkanlah!

syed said...

YBhg Datuk',

Saya tahu YBhg Dato' adalah seorang ahli Umno. Bila agaknya YBhg Datuk akan mengumumkan perletakan jawatan seperti yang dilakukan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad?

Apakah Datuk takut?

mekyam said...

Dear Tok AKJ,

I think people shouldn't put too much stock on labels given by Tun Musa Hitam.

Remember his mistaking "dumb muteness" for "elegant silence"? :D

Anonymous said...

Dato',

Saya pernah mengutarakan pendapat tentang sikap bangsa melayu apabila menghadapi masalah mengambil pendekatan 'sick and tired' dan bukan 'sick and tired of being sick and tired'.Apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan apa yang saya maksudkan dengan 'sick and tired'.

Kanta

samurai melayu said...

Salam Dak

Again I encroached into the ‘forbidden’ territory
When emotions take control of your senses
Angry with ‘the Little Rascals’
Perhaps my presentation this time is more appropriate
Your prerogative to print this post @ chedet.com



AYAHANDA RAKYAT yang kami kasihi
The candle that lit UMNO and the nation.
Don’t blow it out
The sons of this blessed country are afraid of the darkness infront!

Dalam kaca ada Api,
Dalam api ada Cahaya,
...
Sedang duduk bermenung cuba mengupas dan mencari 'kunci rahsia’ kepada Api dan Cahaya yang di maksudkan, kami tertoleh pandangan kepada bingkai yang memaparkan gambar Ayahanda dan Bonda Rakyat yang beserta dengan Puisi kami 'TUTUR PENGHARGAAN BANGSA'

Dari duduk bermenung bertukar ke termenung
Apakah Ayahanda Tun yang berjaya mengubah nasib bangsanya dari berjalan tunduk ke bumi kepada bangsa yang berani mengangkat muka, tegak berdiri dan tiada lagi ejekan kata hina, kini diejek dan dihina oleh pemimpin2 bangsa yang telah diangkatkan maruahnya?

Ahli gang 'Little rascal' Nazri Abdul Aziz yang tak diajarkan hormat kepada orang lebih tua dalam apa jua keadaan , dengan biadab melempar kata sinis 'Dia bukan budak yang tak berakal'
Kami mohon kerjasama sdr Datuk (Prof). Firdaus PhD, DbP, kirimkan senaskah buku rujukan tentang peradaban guna bahasa (or to that effect) supaya ‘the Little Rascals’ tahu sedikit peradaban cara guna bahasa melayu 'orang di atas'(Ilmiah) bila nak buka mulut 'makan besar' mereka tu.

Tun Musa Hitam yang kami nobatkan sebagaiTun Patriot ni, kita kenalah faham tutur bahasanya dan bagaimana penghujung ayatnya. (percakapan). Apakah cakapnya berakhir dgn titik(.)atau comma(,)?
Titik kalu, membawa satu maksud
Comma kalu, boleh jadi lebih dari satu maksud
Tun Johor ini 'expert' dalam
Baling batu, sorok tangan
Asah parang serampang dua mata

Maka bila beliau katakan
'Duri dalam daging sudah dikeluarkan',kita katakan dia mulut ‘celupar’, tapi bagi kami skripnya berbeza..Bacaan kami begini rupanya. Pak Lah telah mengadu kat dia
‘Bagaimana kita nak buat kerja untuk mengatur langkah supaya dapat maju kedepan, kalu Chedet ni asyik suruh saya BERUNDUR? Maka bila Pak Musa bercakap ‘celupar’
Dimaksudkan nya adalah, 'Pak Lah, la ni hang boleh lah mulakan kerja tanpa gangguan?'

Percaya lah, bila pak Musa pulang nanti, pak Lah dok 'tidoq' lagi.
Bila ditanya kenapa masih tak bergerak lagi, depa kan kata kat Musa 'amacam aku nak mula bergerak (kedepan), hang dok suruh kami semua balik (BERUNDUR)ke pangkal jalan. Bila nak sampai penhujung jalan,kalu ikut lagu tu?
La ni, Tun Johor pula disalahkan.

Yang hang dan kuncu-konco dok berjalan ikut rentak cha-cha, pasai apa?
Jalan ikut rentak lagu Bujang Lapok kan baguih, said Mr. Mosses Black(mind of a...)

Kata arwah tok guru saya, antara rakan2 seperjuangan hanya Tun Johor ni sahaja boleh duduk makan sepinggan dengan Tun Kedah, yang lain nya hanya takat duduk makan semeja! Betuih ke?

To fellow critics and detractors of AYAHANDA TDM,
kalu kalian tak buta dalam terang, kalian pasti nampak siapa yang main wayang!
TM/TV3 sudah sponsor My Team dan pasukan tertentu Liga bolasepak
Celcom buat juga, tapi ada satu ketika dulu buat kejutan guna ‘Pontianak’ untuk iklan sukan nya??
.
Tunggu bila agak nya dapat tonton edisi baru filem ‘Ali Baba and the 40 thieves’ arahan Anwar Abraham tajaan Bank Rakyat(BR) bersama Pak Lah dan pemimipin2 BN.
Molek lagi kalau rakyat semua dapat menontonnya di banguna Parlimen!

Al Fatihah, Amin

Juraimi Zainal said...

Dato'

Jangan cakap banyak lagi, kalau berani mari kita sama2 keluar UMNO ikut TDM, ni lah yang saya nak cakap pasal pemimpin2 UMNO cakap tak serupa bikin, kata sokonglah, desaklah tapi hancus, sbbnya/alasan:

1) Kita kata sokong TDM tak semestinya keluar parti. Keluar pun tak per, bukan kene buat demo dan tak kene sembur air pun.
2) Berapa kerat jer yg berani, yg lain takut... Takut blacklist...
3) Buat apa nak ikut TDM, dia bukan ada kuasa lagi, dan bukan boleh buat apa2... Loqlaq lah masing2..
4) Kalau melayu keluar sapa yg tinggal... Kan ahli UMNO tu 3.2juta.. ? Keluar 1juta pun masih menang lagi...Kasi lah gertak sikit..
5) Kita mesti hormat keputusan TDM... alahai.

samurai melayu said...

Salam Dak,

Perhaps, The Scribe Club members cud use some lighter moments.
Posted on Chedet.com today.

AYAHANDA yang disanjungi,

Izinkan Anakanda sekelian menghiburkan hati yang duka lara


Alphabet ‘ M ‘ (Mind over Matter)

Mula Mula Melayu Mundur
Makan Minum Main Mata
Mandi Manda Muka Merah
Main Motor Merayau Malam

Mamak(bendahara) Mahathir Mula Murka
Mana Maruah Mana Mukadimah
Mula Merancang Mula Mencanai
Malaysia Maju Majmuk Mewah

Melayu Megah Mula Mungkar
Makan Minum Makin Mahal
Mata Makin Menjadi Malap
Malam Mimpi Mahathir Mohamad

Mana Mungkin Melayu Mundur
Masih Murah Masih Mampu
Mahathir Merajuk, Makmum Menangis
Mari Melayu,!

Kita sambut Hari Jadi ke 62, UMNO Malaysia!

Al fatihah, Amin

Wan shamsudin said...

Saudara AKJ;

Kadangkala saya heran, tentang 'criteria' pemilihan untuk menjadi seorang MENTERI di Negara kita ini.Adakah mereka ini orang yang terlalu pandai,petah bercakap,berani dan bercharisma?

Tengoklah akan komen komen yang dilemparkan kepada TDM olih menteri menteri dan ahli ahli parlimen UMNO. Ada yang mengatakan beliau nyanyok, duri dalam daging, dictatorial,bakar kelambu dan macam macam lagi. Walau bagaimanapun kita harus beri pujian kepada menteri dan ahli ahli parlimen dari Sabah yang membuat komen yang begitu rasional sekali.Sayang sekali, orang seperti mereka ini diketepikan olih Pemimpin kita.

Kita tengok akan kata kata seorang menteri yang baru sangat berada dalam kabinet,seorang senator baru. Beliau mengatakan TDM, pada zamannya mentadbir secara 'dictatorial'. Disini ingin saya pergi kepada satu seminar kempen sebelum PRU 12, yang diadakan di Bangsar. Ketika itu Dato Seri Affendi Nawawi sedang berucap. Ada sesaorang yang menyoalkan beliau samaada TDM seorang yang bolih digelar 'dictatorial'. Beliau menjawab, TIDAK. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa beliau selalu mengemukakan cadangan yang kritis didalam mesyuarat kabinet dan selalunya di terima TDM.Menteri menteri lain dari MCA,MIC dan lain tak pernah pun bising tentang ini.Hanya menteri menteri UMNO saja.Kenapa? Itu perangai orang orang UMNO yang berjawatan.

Menteri menteri UMNO slalunya suka cepat melompat, kenapa apa? Kerana nak tunjuk bahawa mereka ini pandai menangkis dan membuat tindak balas, nak tunjuk bahawa mereka punya sifat'superiority complex', tapi tanpa di sedari menunjukan kebodohan mereka. Orang orang seperti ini tidak bolih kita banggakan.

Kita pergi ke isu perlantikan Menteri Besar Trengganu baru baru ini. Ada yang mengatakan Menteri Besar Trengganu itu akan jatuh seperti nangka busuk dan bermacam hentaman yang dilemparkan, sehingga ada menteri yang ber PHD pun turut hentam juga. Perdana Menteri pun sampai nak tunjuk kuasa, dan hingga menyuruh beliau keluar ketika mengadakan mesyuarat ketua ketua bahagian Trengganu di Putrajaya. Sepatutnya kita mesti bersikap rasional dan menghurmati Sultan Trengganu yang mana adalah Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung kita. Jika mereka bolih 'biadap' dan 'kurang ajar' kepada Baginda, jadi TDM itu apa? Hanya manusia biasa iatu bekas Perdana Menteri.

Saya yakin bahawa ramai menteri menteri yang kita ada hanya lah pelakon pelakon yang di arahkan olih seorang Penulis script dan seorang Pengarah yang ingin menjadi popular. Semoga ini menjadi renongan buat kita semua.

Ismail Jalani said...

Dato',

Dr. Mahathir layak ditahan di ISA kerana ucapannya di Johor Mei 17 yang mengungkitkan perasaan benci antara kaum.

Dengan berat hatinya saya terpaksa setuju, walaupun saya Melayu Muslim. Sukar saya fahami kenapa Dr. Mahathir sanggup atau perlu mengapi-apikan sentimen anti-kaum semata-mata mahu mendapatkan sokongan bagi pihak dirinya sendiri.

Saya malu, Dato', kerana dakwaan-dakwaan seperti ini digunakan untuk mempermainkan orang Melayu.

Sila baca petikan berita berikut yang bertajuk 'Arrest Dr M under ISA' (Malaysiakini, May 23; http://malaysiakini.com/news/83336):

In his address to about 1,000 people in Johor, Mahathir had reportedly cited the Hindu Rights Action Force (Hindraf) group’s list of demands contained in a memorandum and asked if anyone knew the implications of those demands. “What does it say? Malaysia for Malaysians! This is the reality of the present situation. If we do not speak up, if we choose to keep quiet, we will lose our rights and the other races will take over” the Malaysian Insider news portal quoted him as saying. “When that happens, it will be like Singapore. Do you think we will still have control?” said Mahathir in his speech. While stressing that he himself was against the use of the ISA, Param said that “applying the principle of equality before the law” would dictate that the home minister consider invoking the ISA and detain Mahathir for his remarks “before he does further damage”. According to Param, he had written to Mahathir in December 1987 to inquire as to the reasons for the detention of his political opponents under the tough security law during ‘Ops Lalang’ crackdown. In that operation, Mahathir had more than 100 political rivals and social activists detained and three newspapers shut down in the wake of a bitter split within his Umno party and tensions stirred up over the issue of Chinese education. “In December 1987, I wrote to Dr Mahathir when he was prime minister inquiring why he resorted to detention of his political opponents under the ISA. His response in a letter dated December 2, 1987 was: ‘If I have to resort to the ISA it is because I am forced to by the irresponsibility of those who do not appreciate my liberal attitude and seem bent on destabilising this country. My responsibility is towards the vast majority who feel threatened by the race-baiting indulged in by a frustrated minority unable to impose their thinking on this country.’” Recounting this, Param said if those persons were detained under the ISA during ‘Ops Lalang’ because they indulged in ‘race-baiting’ which Mahathir felt threatened the majority of Malaysians, then “the same criteria could now be applied to Mahathir for his speech in Johor”. “No longer able to impose his minority will on the government out of frustration, he appears to have resorted to racial tactics which could destabilise the country,” said Param.

Heical said...

Betapa sakit hati Tun , sebab tu dia keluar .Memang betul pun tindakan dia.Saya setuju.Saya pun nak keluar Umno tapi masalahnya tak pernah jadi ahli UMNO.Tapi saya UNDI BN sebab adanya Tun M.
Hari ini tak tahu nak undi siapa lagi.Janganlah kerana kepentingan diri & kaum kerabat musnahkan UMNO.
Ramai yg muda berkebolehan , bagi peluanglah.

muslimah_262 said...

Salaam,

Tun Dr. M's initiative to create his blogsite that he can share his views and thoughts with us all, is one of the BEST things that's happened in the Malaysian scene these days.

He writes with clarity, professionalism and writes succinctly. So different from most blogs that I view.

One fella from Thailand once said," Can we borrow your Dr.Mahathir for a month, so that we get our country in order?"

Can we clone him?

BY the way, here's one website you should read about:

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/bagaimana-international-republican.html

Happy Merdeka.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).