Tuesday, March 17, 2009

Hasrat Mohd Ali Tersekat, Khairy Terselamat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak, 18 Mac] – RAMAI pembahas membangkitkan kedudukan Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka, Khairy Jamaluddin sebagai calon Ketua Pemuda dan peranan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya telah mengulas sedikit dalam ruangan komen dan ingin memperluas dan menyiarkan dalam posting utama.

Pada pandangan peribadi saya, berikut adalah beberapa fakta sejarah dan perkembangan semasa yang mungkin boleh memberi panduan kepada kita semua.

1. Abdul Rahim Tamby Chik meletakkan jawatan KM Melaka apabila terbabit dengan "tuduhan" salah laku seks walaupun Peguam Negara pada waktu itu, Mohtar Abdullah, dalam pendedahan awamnya pada Oktober 1994 mengatakan, pendakwaan ke atas Rahim Tamby Chik tidak boleh dibuat kerana 'insufficient evidence' (kekurangan bukti);

2. Muhammad Muhd Taib meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan semua jawatan dalam politik setelah terbabit dengan kes "penyeludupan" wang di Australia. Dia dibebaskan setelah berjaya meyakinkan Mahkamah Australia yang dia tidak faham bahasa Inggeris;

3. Isa Abdul Samad meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno atas tuduhan politik wang pada pemilihan Umno lalu dan digantung keahlian;

4. Banyak lagi contoh dan kes MB, KM, Menteri dan Timbalan Menteri yang meletakkan jawatan setelah disabitkan kesalahan jenayah, melanggar disiplin parti atau isu peribadi yang memalukan;

5. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia boleh (dan perlu) menjalankan penyiasatan dan pendakwaan serentak ke atas calon dan wakil calon yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin;

6. Tindakan serentak penting kerana rasuah adalah kesalahan negara bukan kesalahan Umno sahaja. Justeru itu, parti-parti politik lain juga perlu diawasi oleh SPRM;

7. Lembaga Disiplin Umno juga wajib membuat pendirian mengenai mana-mana calon MT yang didakwa terlibat dengan rasuah politik wang oleh SPRM. Adakah tertuduh SPRM seperti Norza Zakaria masih layak bertanding?;

8. Ali Rustam mungkin kekal KM Melaka sekarang. Tetapi apakah Umno akan membelakangkan sentimen akar umbi yang mahu parti dibersihkan daripada gejala rasuah?

[Posting Asal]

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah yang terjadi kepada dua calon utama pertandingan Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

Mereka didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno.

Mereka yang dibabitkan kesalahan adalah:

1. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Kerana kesalahan itu dia diharamkan bertanding jawatan berkenaan.

2. Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda. Dia diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding.

Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.

Dengan penyingkiran Mohd Ali, pertandingan jawatan Timbalan Presiden adalah antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Muhd Taib.

Dalam sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan hasil penyiasatan membabitkan 29 orang ahli parti.

Sepuluh digantung keahlian selama tiga tahun bermula 12 Mac dan diberikan surat amaran.

Keputusan penyiasatan terhadap Mohd Ali tidak memeranjatkan kerana buat sekian lama wujud pelbagai tuduhan dan spekulasi mengenai pembabitannya dalam kegiatan yang melanggar disiplin dan peraturan parti, termasuk mengamalkan politik wang.

Yang pasti memeranjatkan umum adalah perbezaan antara hukuman berat yang dijatuhkan ke atas Mohd Ali dengan hanya amaran yang dikenakan ke atas Khairy.

Khairy serta merta mengisytiharkan dirinya tidak bersalah tetapi senada dengan itu berkata dia menghormati keputusan lembaga itu.

Soalnya, bagaimanakah di suatu pihak dia berkata dia tidak bersalah sedangkan di pihak yang lain dia berkata dia menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang mendapatinya bersalah?

Malaysiakini dalam laporannya memetik Khairy sebagai berkata:
"Yang penting adalah saya hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding. Saya masih akan bertanding.”

Menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi itu berkata ada percubaan (agenda) untuk menyekat beliau daripada bertanding.

Turut didapati bersalah mengamalkan rasuah politik wang adalah wakil Mohd Ali yang juga Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun. Saadun digantung daripada parti selama tiga tahun.

Khairy juga didapati bertanggungjawab ke atas salah laku wakil. Tetapi kesalahan wakil Khairy, menurut Tengku Ahmad Raithauddeen, adalah lebih ringan daripada Saadun.

Maka ada tupai yang jatuh “gedebuk” ke tanah yang keras dan ada yang jatuh atas rumput yang lembut. Namun jatuh tetap jatuh dan terpalit lumpur tetap terpalit juga.

Soalnya apakah hanya dua ekor tupai yang terjatuh ke bumi? Apakah yang sudah atau sedang terjadi dengan ratusan aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin? Apakah politik wang yang diheboh-hebohkan itu melibatkan dua orang calon ini sahaja?

Kalau begitu eloklah. Kalau tidak, apa yang terjadi kepada ikan-ikan besar yang lain?

98 comments:

kluangman said...

Ketika UMNO perlu berubah dan dilihat berubah dalam memenangi semula hati ahli dan rakyat nyata ia tidak berganjak malah berundur setapak ke belakang.

Isa Samad didapati salah dalam politik wang, hilang jawatan parti dan kerajaan dan digantung keahlian...

Ali Rustam didapati salah dalam politik wang,dihalang bertanding tetapi setakat ini kekal jawatan dalam parti dan kerajaan, tidak digantung keahlian dan mungkin tiada apa apa tindakan badan pencegah rasuah.

KJ dapat diskaun, sekadar amaran walaupun langgar lampu merah - patutlah ramai rakyat terkorban.

Dengan episod ini, pemimpin2 UMNO sudah diiktiraf kembali suci dari gejala politik wang !!!!

Tetapi jangan lupa, rasuah mampu berlaku dan diulang berlaku oleh orang yang sama 'sesaat' sebelum pengundian.

gohead ke gostan tu...

Politikanjing(PA) said...

Datuk,

1. Apa yang Datu ceritakan itu berkenaan dengan calon-calon yang diharamkan bertanding.

2. Bagaimana pula dengan perwakilan. Logiknya bila ada calon yang diharamkan, maka tentunya ada juga perwakilan yang haram.

3. Berikut adalah jenis-jenis perwakilan mengikut kamus saya:

a. "Perwakilan Halal" - Iaitu perwakilan yang bersih. Tidak terima rasuah walaupun skupang.

b. "Perwakilan Haram" - Iaitu perwakilan yang menerima rasuah dan menyokong calon yang memberi rasuah.

c. "Perwakilan Haram Jadah" - Iaitu perwakilan yang menerima rasuah dari calon A, tetapi tidak menyokong calon A. Disebaliknya menyokong calon-calon lain.

4. Dr. Mahathir pun tak pandai nak beri definasi seperti mana yang saya beri nih.

http://politikanjing.blogspot.com

Indigo said...

Scribe,

Timbang Tangan Ajaib
(buku lima atau tapak tangan)

Heran: why can't we build Putra Jaya in a day like Roma.

Pening: Kalau politik wang begini rupanya kenapa sebok-sebok SPRM mahu masuk campur hal urus-tadbir dan aktiviti UMNO? Salah tapi tak salah...mungkin Lembaga Disiplin UMNO perlu kerja lebih kuat, gigih dan berani.

Ajaib: terima kasih buat Tengku Ahmad Rithaudeen. Tak sangka terjadi begini teruja dan sedih kita pada saat yang sama.


Scribe,

Trauma: ikan paus berbagai spesis pun pernah bunuh diri beramai-ramai. wallahu-'alam bisawab.

...dan tepung tak berselerak harapnya nanti.

Terima Kasih Walauapapun
dan alhamdulillah

syauqi_x said...

Salam Pak Kadir,

Nampaknya dari tulisan pak kadir kali ini, ternyata pak kadir masih sayangkan UMNO, dan tidak mahu melihat UMNO terus tenggelam dalam lautan rasuah yang semakin bermaharajalela dan sebati dalam tubuh UMNO...

Baguslah kalau begitu, biar parti apa yang kita sokong, kalau ada yang salah harus dibetulkan...

Bak kata orang melayu dulu-dulu, Sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan, sayangkan anak ditangan-tangankan!

Tak begitu pak kadir?

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya ternanti-nanti apa komen Dato' terhadap tajuk panas yang menglibatkan kes politik wang (RASUAH) ahli UMNO dalam blog Dato' ini.

Sudah dijangka hukuman berbeza-beza walaupun kesalahan sama dilakukan.

Dato' tak sebut pun tentang bekas menteri besar Negeri sembilan yang melakukan kesalahan yang sama tapi hukuman berat telah dikenakan pada beliau.

Apa beza kesalahan Dato Norza yang didakwa di mahkamah sedangkan KJ and Dato Ali terlepas?

- Anthony Russel -

nizamhameed said...

Dato,

salam,
saya ada satu soalan saja. Kenapa SPRM tak ambil tindakan ke atas mereka ini, tidakkah mereka juga terlibat dengan rasuah. tolong dato komen.

sekian

Umno 1946 said...

Dato,

Khairy TERSELAMAT ? salah tu Dato - sepatutnya "HASRAT MOHD ALI TERPAKSA DI SEKAT, KHAIRY DI SELAMATKAN"

Setelah Khairy di selamatkan, maka UMNO sah akan di kamat kan, kalau perwakilan masih buta dengan warna duit.

Manakala ALi Rustam, terpaksa di korbankan. Percaya lah lagi dengan Abdullah yang tiada pendirian dan setiakawan.

Inilah dia Abdullah Ahamad Badawi - PM Malaysia dan Presiden Umno yang mewarwarkan untuk membersihkan rasuah dengan MACC.

Ali lupa bahawa dia hanya "pawn" di atas chess board manakala Khairy adalah menantu di dalam keluarga ABdullah.

Orang tua kata " buat baik berpada pada, buat rasuah jangan sekali"

Kepada penasihat ALI, lain kali tanyalah dengan Isa Samad dulu.

Kepada Khairy dan penyokongnya,
All the best before your father in law take his long rest.

Inilah UMNO Hadhari.

Nik said...

Dato'

"Those who see wrong where there is none, and do not see wrong where there is, follow false doctrines on the downward course.

But those who see wrong where there is wrong, and see no wrong where there is none, follow true doctrines on the upward course."

Verses 338-339 The Dhammapada

....and in the case of UMNO, we will never know.

sniper said...

Dato KJ,

The loser here is Ali Rustam but the biggest loser is UMNO grassroot members.

KJ ? he's a sore winner in this case.

Well done Dollah and your express MACC vision.

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf Dato’, tumpang tanya sikit? Kenapa komen saya yang lalu tak disiarkan? Keras sangat ke atau mungkin salah ejaan? Saya rasa OK je dan itulah realitinya. Tapi tak apalah because you are the boss. Insyaallah saya akan lebih berhati hati lagi.

Pengumuman petang tadi Dato’ nampak macam tak terkejut. Saya terkejut. Susahlah macam ni. Harapkan pagar pagar makan padi.

Kepada YB Khairi, anda masih muda. Tak payahlah bertanding dulu, nanti sebab nila setitik rosak susu sebelangga. Bagilah orang yang lebih tua walaupun jawatan orang muda. Belajarlah rajin-rajin sampai dapat PHD dulu. Takkan lari gunung dikejar. Tapi makin lama makin banyak harimau muda akan muncul. Hehehe…….Aaaummmm!!!. TQ.

family man said...

Dato,

I guess this is the reason why Mahathir didn't allowed his children to be active in UMNO while he's in charge.

Unlike Dollah, LIM Kit Siang, Karpal Singh, Anwar

He's afraid that he'll have to face the same situation sooner or later in his party

Party or family first ?

Orang Melayu said...

Salam Dato,

Ali Rustam lupa bahawa bidalan Melayu ada mengatakan :

Di telan mati emak,
Di luah mati anak.

"Takda pun di sebut di ludah mati pengikut"

Suruh lah penasihat Ali Rustam refer pada pemberita TV yang arif dengan bidalan.


Khairy cuma TERtikam sekali aje.
Ali pulak di tikam dari belakang dengan tombak oleh tuannya.

Ini lah nasib "pawn"

Orang Melayu said...

Kepada perwakilan dan orang Umno,

sedar lah bahawa anda bukan siapa dan tiada apa apa sebenarnya.

Hanya pengundi sahaja yang jika anda berbuat baik, di balas baik.
Buat jahat, tak dapat undi.

Orang di atas anda belum tentu akan membela dan menghargai anda.

Ahli Umno said...

Dato Kadir,

Isu Khairy "terselamat".

Ia patut didebatkan oleh perwakilan semasa Persidangan Agung Umno dan Pemuda.

Saya kesian kat T.A,Rithaudin.

Pakcik said...

Assalamualaikum Dato'
pada saya rasuah tetap rasuah - tak kira sikit atau banyak.mungkin hukuman berbeza (berat atau ringan), tapi salah tetap salah.

sikit sikit lama lama menjadi bukit - mungkin hari ni rasuah sikit, kalau dibiarkan,lama lama?

Madam Curi said...

Dear Datuk AKJ,

I'm glad that they are still honourable people like YM Tengku Ahmad Rithauddeen for taking a tough stand on Ali Rustam. As for KJ, he is getting away based on technical grounds. Morally he is guilty and if UMNO wants to rebrand and cleanse itself then he should not contest. If he gets elected then he would be a liability in the next election.

ahli cawangan said...

Pembahas,

Umno kan Abdullah yang punya,
Jadi sukahati Khairy lah dia nak buat apa.

KIta kat bawah nak bertekak pun bukan Umno boleh berubah. Perwakilan ramai yang dah kena beli.

Kita dapat air sirap dengan karipap aje.

Republican Reds said...

Saya rasa tidak adil Khairy hanya diberikan amaran sedangkan Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding walaupun mereka melakukan kesalahan sama.Bagi saya jika seseorang calon mempunyai masalah politik wang dan didapati bersalah,maka tidak kira tahap kesalahan tersebut,mereka sepatutnya diambil tindakan.Malah,bagi Ali Rustam,beliau sepatutnya meletakan jawatannya sebagai ketua menteri Melaka dan tak payahlah masuk ke dunia politik lagi,seperti Tan Sri Isa Samad,perbuatan tersebut hanya akan memalukan parti,negara dan rakyat negera tersebut.Saya juga bersetuju dengan Dato,bagaimana dengan ikan lain,tetapi tahniah diucapkan kepada lembaga disiplin UMNO dan tengku Rithauden kerana menjalankan tugas yang baik.Teruskan usaha memerangi rasuah di Mana-manapun supaya Malaysia akan terus maju ke depan dari segi ekonomi,sosial,politik dan lain-lain.

Abafahim said...

mungkin menarik juga kalau datok bandingkan hukuman si ali dan kj dengan ts isa..

Raison D'etre said...

Macam kata Isa Samd Datuk AKJ: Bila dia sangkut maksudnya Umno dah bersih :)

Macam tu lah jugak seadannya dalam hal ni kut.

Khir Toyo pun bersih jugak nampaknya.

Umno, Umno...

Kita tunggu je nanti apa nak jadi.

Salam

Cucu Tok Selampit said...

Salam Datuk AKJ,

Saya amat berharap dan berdoa TSMY dan DMM berjaya memperolehi kemenangan bagi jawatan Timbalan Presidan UMNO dan Ketua Pemuda. Sekiranya tidak UMNO bakal diwakili oleh penjenayah rasuah yang telah dibuktikan. Amat malang bagi UMNO ketika mereka bakal menghadapi 3 pilihanraya di 2 Bukit dan 1 Batang.

Wassalam.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Inilah untungnya kalau jadi menantu PM. Mungkin juga kalau DS Ali menantu PM beliau juga akan hanya diberi amaran.

Roti Planta said...

Dato',
Tindakan pembersihan kali ini satu tindakan yang positif oleh Umno. Kalau layan orang cakap, semua tak kena. Ambil tindakan, tak kena. Tak ambil tindakan pun tak kena.

Kita perlu ingat kalau nak basuh kotoran di kolar baju, bukan boleh sekali berus sahaja. Kena berus berulang-ulang. Kalau terus taruk 'clorox' pun tak bagus, nanti baju rosak. Jadi harap Lembaga Disiplin terus memberus sampai habis hilang daki. Bila dah hilang daki maka baju akan putih berseri. Masa tu baru semua orang nak pakai (sekarang hanya pengotor sahaja nak pakai baju kotor).

Bye/Roti Planta

shahimah said...

Beria-ria Pak Lah berceramah pasal membenteras rasuah last-last menantu sendiri buat hal. Patutlah sampai sekarang tak terbenteras sebab tut-tut kene batang hidung sendiri.

Pemimpin kita ni memalukan bangsa dan agama. Rancangan agama banyak berkumandang kat TV menyeru kaum Muslim untuk bertaubat tapi pemimpin sendiri macam dah lupa agama dan tak takut dengan hukuman Allah lagi dah.

Ini baru tupai jatuh ke tanah, besok kat akhirat, jatuh jauh kedalam neraka.

Awey Kelate said...

Malaysians see this as an opera, just to beautify the rotten and damaged reputation of UMNO. They will see as if cleansing process is insufficient and selective. The event today just shows tip of the iceberg.
The whole UMNO needs to be bleached

Aziz Tapa said...

dato.

setuju degan komen dato.itu lah UMNO party saya dan bapa saya.UMNO tidak akan dapat membenteras politik wang yang bermula dengan ganas pada tahun 1987 samasa Tun Mahathir melawan Tengku Razaligh.

Salagi UMNO tidak merubah system pemilehan yang ada sekarang,salagi itu lah politik wang akan berterusan.Saya setuju dengan cadangan Tengku Razaligh baru2 ini yang mahu cara pemilehan Pemimpin UMNO di tukar.Pemilehan di buat terus cara mengundi yang melibatkan semua 3 juta ahli UMNO.

Satu lagi caranya ia lah kita meniru cara PAP di Singapura memileh pemimpin mereka ia itu cara cadre system.Hanya pemimpin yang berkebolehan dan di uji kebolehannya di pileh.Salama 40 tahun Lee K Yew memboktikan yang ia berjaya memileh pemimpin yang baik dan berseh.Kenapa kita tidak boleh tiru tauladan yang baik.

Saya tidak yakin yang Najib ada "bola"untok melekukan ini.Ini bermaana UMNO akan hancur dalam masa terdekat.

Selmat Bersidang.

Zeman said...

Saya rasa Pak Lah sebagai presiden tidak bertindak dengan bijak menangani politik wang. Dia ada segala jentera perisikan polis, tentera, jasa, dan segala mak-nenek. Dia tau benda ni berlaku. Tapi dia tak mahu menasihatkan orang-orang yang terang-terang buat benda tak elok ni. Sebaliknya dia lepas tangan.

Ini serupa menghukum anak yang nakal di khalayak ramai. Panggil orang kampung semua, "Hoi! Mari sini tengok aku nak sebat anak aku, hari ni dia tak pergi sekolah!". Macam ni kah nak menangani anak kita sendiri? Sepatutnya kita bagi nasihat, tegur supaya dia berhenti buat perkara tak elok, jangan aibkan dia.

Jangan basuh kain kotor di khalayak ramai. Ali Rustam bukannya tak ada penyokong, ramai yang sokong dia jugak. Takkan presiden tak fikir langsung yang mereka ni akan buat sesuatu yang boleh merosakkan parti? Apa akan jadi pada mereka ni? Lepas ni orang akan buat perbandingan, eh, kenapa menantu kena warning aje? Bukankah buat benda sama jugak?

Saya rasa sedih dapat presiden UMNO yang tak pandai memimpin, yang buat kerja hanya nak puaskan hati sesetengah pihak yang minoriti aje. Bila lah UMNO nak dapat kembali pemimpin seperti Tun Mahathir?

Anonymous said...

Dato'

I am so sick of UMNO and its toothless UMNO Disciplinary Board. When the Chairman brought down the gavel, he made a huge mockery out of the whole UMNO cleansing exercise. I feel very nauseous just by reading Dollah's precious son-in-law's narcissistic comments. He must be feeling very secure indeed with his lot in life right now for I could not glimpse even an ounce of shame or remorse from his comments.

So, now we know.

This exercise is just a puppet skit. Just that there's nothing funny or humourous about it. This exercise will haunt UMNO till the next general election.

Melati

Anonymous said...

Datuk,

Saya rasa elok juga kalau KJ tu bertanding. Baru kita boleh nampak berapa banyak anai-anai dalam Pemuda UMNO tu. Kalau dia menang, maknanya UMNO ni dah reput nak tunggu mati. Tidak ada harapan nak diselamatkan lagi. Kita pula kenalah pandai-pandai bawa diri dan berdikari. Kerana politik orang Melayu akan ada dibawah kaki hipokrasi yang tidak ada kuasa nak tolong kita lagi.


Datuk,

Apakah tindakan pada Ali Rustam dan KJ ini adalah tindakan "counter-strike" terhadap pertemuan Pak Lah - Anwar minggu lepas?


-sinbad-

ctangang said...

Datuk,

Saya berharap, ini baru set pertama.

Lepas ini MACC akan masuk bilik mereka menanya khabar.

Harap harap tanya lah khabar dengan baik baik.

Sekiranya sah baru lah dibawa ketempat yang lebih baik.

Harap harap begitulah jalan ceritanya selepas ini.

Terima kasih.

kembara putih said...

Sekali lagi UMNO cuba memperbodohkan rakyat. Kenapa mereka yang bersalah hanya dilarang bertanding @ digantung keahlian selama beberapa tahun sahaja? Kenapa undang2 rasuah di Malaysia bersifat terpilih? Kalau rakyat biasa sudah tentu dikenakan penjara untuk beberapa tahun. Beruntung sungguh ahli2 UMNO ni.

sap said...

org2 pak lah dh down..bile plak turn org2 najib/mahathir..
hehe

EHBEEWA,bst.trg. said...

Satu Renungan tentang UMNO.....

1.Orang lama masih berfikir UMNO sekarang patut bergerak sama seperti masa GEMILANGNYA dulu ie zaman sebelum era Mahathir.
2.JARANG sangat pemimpin yang DIPAKSA PILIH hari ini FAHAM SAMPAI KETULANG HITAM perjuangan UMNO masa itu.
3.Oleh itu pemimpin lama dalam UMNO hari ini terpaksa berjuang dengan apa cara sekali pun, moga-moga akan kekal dalam barisan atas pentas pimpinan UMNO.
4.SEMUA ni berlaku SEBAB NAMPAK PITIH..buktinya BANYAK SANGAT PROGRAM YANG DIBUAT OLEH BAPAK-BAPAK KETUA PERINGKAT NEGERI ATAU NEGARA YANG MENJADI BUAH MULUT RAKYAT JELATA. KEPUTUSAN PRU 2008 menjadi bukti tidak sukanya pengundi kepada kerajaan pimpinan UMNO.

Pandangan,
1.MESTI ada PARTI lain yang PATUT ganti UMNO.
2.Presiden yang akan ganti Pak Lah pun tak mungkin berjaya pulih UMNO sebab BARAH telah sampai SELURUH cawangan/bahagian.
3. UMNO tu nama sahaja tapi bila sampai piliharaya namanya BN!Sebab tu ada orang kata apa ada pada nama? Orang tua dulu memang tukar nama anak mereka jika selalu kena sakit.Saya rasa dato pun arif tentang tukar nama ni kan?
4.Sekarang adalah masa untuk FIKIR HAL MALAYSIA,khususnya tentang anak-anak cucu kita yang nak hidup dalam negaranya ni pada zaman mendatang.Sekurang-kurangnya mereka sempat merasai apa kita dapat rasa hari ini, walaupun kita harap kepada zaman yang lebih gemilang/terbilang...kenapa dok fikir sangat-sangat hal Mohd Ali,Khairi,atau mana-mana pemimpin politik lain SEBAB mereka tu PELAKON-PELAKON MASA KINI yang cari habuan saja.InshaAllah jika mereka baik & ikhlas mereka akan dapat ganjaran dunia dan akhirat.
5.Pimpinan sepatutnya mengisi pengikut-pengikut dengan ....BINA DIRI, BINA MINDA dan BINA ROH bukannya BINA HARTA. WSLM

Anak Perak said...

Datuk,

Apakah kriteria yang digunakan bagi menentukan yang sesuatu kesalahan itu ringan itu berat. Mungkinkah dari segi wang yang disogok atau sebagainya. Tetapi dari segi logik, rasuah tetap rasuah tanpa mengira jumlah atau kaedah rasuah tersebut dilakukan.

UMNO sebagai sebuah parti politik tidak boleh disalahkan. Yang salah ialah para pemimpin dan ahli yang tamak dan mahu naik melalui cara yang songsang.

Kenapa rasuah politik begitu menjadi-jadi sejak 20 tahun lalu. Pada saya kalau serius nak hapuskan rasuah dalam UMNO kenalah juga siasat punca wang rasuah tersebut.

Tidak mungkinkah ada pihak-pihak dalam atau luar yang menggunakan wang sebagai senjata membunuh UMNO dan menghancurkan orang-orang Melayu (tidak dinafikan sebahagian besar orang-orang Melayu ahli dan penyokong UMNO).

Kalau sayangkan parti dan penyokong-penyokong, UMNO hendaklah betindak lebih tegas dan berani. Kenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah-pesalah politik wang. Mungkin antara hukumannya termasuklah dipecat dari parti atau digantung seumur hidup tanpa peluang merayu.

Sejarah membuktikan ada tamaddun dunia dan bangsa yang hancur kerana rasuah.

Faizal said...

Inilah rupa-rupanya pemimpin besar yang mengamalkan 'pengkinziran' (merujuk kepada tulisan Datuk tentang rasuah sebelum ini)..Tidak hairanlah kepala babi jadi mainan di Negeri Yang Bersejarah ini

Tapi seperti biasa kelihatan tidak menampakkan diri bersalah..
Masih lagi senyum-senyum di depan kamera..

Lembaga disiplin, SPRM,dan semua agensi membanteras rasuah, teruskan kerja anda dengan cemerlang..jangan biarkan amalan 'pengkhinziran' ini menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia..

Di mana maruah dan integriti sebagai muslim dan melayu..

Bawak-bawak laa bertaubat..tak lama mana hidup kita di dunia ni

DukeOfUMNO said...

Dato'...

At least UMNO sekarang dah sedar dan berani berubah sikap setelah lama lena dibuai mimpi indah ketika zaman Tun bertungkus lumus memperkasakan UMNO...

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
KEMUNGKINAN 'INITIALS' NAMA SESEORANG ADA KENA MENGENA DENGAN PEMBAWANYA:-

AAB- ATAS ADA BATU
AR - AHLI RASUAH
KJ - KORAP JANTAN
KT - KUNTA TEMPE
MMT- MEMANGNYA MAT TIPU

SESUDAH LAT TALILAT TAMPLOM..SIAPA YANG KENA? AR-ALI RUSTAM..KECIAN
KJ DIBERI AMARAN KERNA LEMBAGA DISIPLIN TIDAK MELIHAT NYA SEBAGAI KORAP JANTAN TETAPI KURANG JUJUR..TERSELAMAT
KT PULA BEBAS DARI TUDUHAN RASUAH..TERSELAMAT DEK MUKA TEMPE NYA.

MAT TEMBERANG..KALAU DAH MAKAMAH 'KANGAROO' DIA BOLEH TIPU..DENGAN LEMBAGA DISIPLIN..TEMBERANG JE DAH

SIVAKUMAR MENGELUH TEPUK DAHI,
AYOYO KADEWALLEK

HE HE HE

D'Rimba said...

ALLAH MAHA BESAR DAN JAUH LEBIH TERJAMIN KITA MEMPERCAYAI KETENTUANNYA SELURUH JIWA RAGA. HANYA ALLAH DAN SYARIATNYA SAHAJA TERJAMIN ADIL LAGI SAKSAMA. OLEH ITU LEBIH BAIK KITA KEMBALI KEPADA ACUAN ISLAM ITU SENDIRI TAK PAYAHLA NAK SIBUK2 BANYAK SANGAT CIDUK ACUAN BARAT SANA SINI.

Anonymous said...

Salam Dato,

Pelik gak tindakan Jawatankuasa Displin UMNO nie terhadap Dato Ali Rustam.. Kalau ada bukti, kenapa tidak didakwa sahaja?

Tidak seperti tindakan yang dikenakan terhadap Dato Morza Zakaria. Beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan politik wang setelah ada aduan.

Apakah ada "double standard" dalam tindakan Jawatankuasa Disiplin UMNO, yang mana "ikan kecil" diambil tindakan keras, dan "ikan besar" hanya diberi amaran dan dinasihatkan supaya tidak bertanding?

Tepat sekali seperti yang diramalkan mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad, didalam blognya chedet.cc mengenai gejala rasuah dalam UMNO :
"Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah."

Anak Bayan.

Anonymous said...

Dato,

Saya hanya inginkan pandangan dato, orang yang didapati terlibat dalam rasuah boleh tak terus menjadi ketua menteri Melaka?

Ali
Seremban

gigikutercabut said...

demokrasi terpilih cara begini amatlah tidak adil ... kedua-dua ali rustam dan khairy didalam bersalah dibawah perkara yang sama, tapi kenapa hukumannya double standard ... kalau khairy kena amaran, ali rustam pun sepatutnya sama juga ... hal-hal begini hanya mencemarkan nama baik lembaga displin UMNO ... malahan rakyat Malaysia secara am akan membuat kesimpulan bahawa UMNO memang rosak dah tak boleh betul dah

Veteran UMNO said...

Dato,

ALI TERKORBAN & KHAIRY DISELAMATKAN

Isu pilih bulu bukan sahaja berlaku di dalam Umno bahkan juga parti parti lain baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara demi survival para pemimpin atasan

Pilih bulu juga telah berlaku didalam UMNO sejak zaman Arwah Tengku Abdul Rahman lagi.

Dalam Umno Cuma Dato Onn sahaja yang nampaknya benar benar gentleman dan tidak menyalahguna
kuasa. Di saran letak letak jawatan beberapa kali - menteri besar, presiden Umno, beliau akur. Bila di minta kembali demi orang Melayu, beliau juga akur.

pembahas samada lupa atau tidak tahu sejarah.

Cuma yang bezakan Umno dengan parti lain adalah Umno telah hampir kepada akhir zaman.

Jika para pemimpin Umno atau calon nya terus tidak faham erti gentleman demi survival peribadi dan masih terus memilih bulu, maka bulu lah yang anda dapat.

Buat lah usul "pilih bulu" dalam perdebatan PAU yang akan datang.

orang kampung said...

Kepada pemimpin Umno,

Jika bulu yang anda pilih,
maka bulu lah juga yang anda dapat.

Cuma bulu biri biri sahaja yang berharga, manakala kambingnya boleh di korbankan.

Hidup UMNO

Anonymous said...

1) Bagi saya, sebelum menghukum seseorang bersalah dalam rasuah, perlukan bukti yang nyata dan jelas.

2) Bagaimana mungkin kita menghukum, kemudian kita menyatakan yang bersalah itu sebenarnya tidak benar-benar bersalah dan kita menyalahkan agen-agen mereka. Ah! keliru sungguh!

3) Memang benar, kesalahan rasuah adalah terpencil dan terlalu sukar untuk dikesan. Tetapi aktiviti rasuah dalam UMNO sebenarnya boleh diminimumkan dengan merombak kuota pencalonan dan membuka pemilihan kepada seluruh ahli. Senangkan!

4) Tetapi mengapa tidak dilakukan? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Sungguh aneh dan melucukan apabila ahli-ahli politik ini sanggup mengambil jalan yang penuh kontroversi dan membuang masa ini. Adakah persepsi umum melihat ini sebagai tindakan pembersihan rasuah politik yang betul-betul "genuine"?

-Arif-

Raja Lawak said...

Dato Kadir Jasin,

Zaman sudah berubah, rakyat dan pengundi juga sudah berubah.

Umno pula bila nak berubah ?

Kata orang OTAK PARA PERWAKILAN UMNO kalau di jual di hospital transplant, paling mahal harganya.

Sebabnya : otak mereka jarang di gunakan.

pemerhati said...

Salam Dato,

budaya dalam UMNO sekarang :

1. Ahli biasa di perbodohkan

2. Para perwakilan yang di beli oleh calon memang bodoh

3. Calon pemimpin - suka memperbodohkan perwakilan yang memang bodoh.

4. Umno dah jadi parti bodoh

Kalau itupun orang UMNO tak nampak juga, jawabnya anda yang tahu

OKJ said...

Salam DAKJ

Bila dibaca banyak komen, memang sepatutnya tak terkejut sebab dasar Pak Lah dari mula sampai nak pencen suka buat orang terkejut je. Kawan baik dia kat Melaka pun dia terkejutkannya. Tapi menantu dia dia buat-buat terkejut dan bagi warning je.

Bagi saya bila kita ada kuasa, jangan sekali-kali memalukan orang lain.Sepatutnya panggil masuk bilik dan bagi kata dua. Ni ketua menteri, menteri, ketua pengarah, pengarah, naib canselor diberinya penyapu dan front page. Memanglah pembangkang suka tengok tapi kena fikir panjanglah sikit. Patutlah kalah teruk masa PR12 dulu. Kalau berterusan tak tahulah PR13 nanti.

Sekali lagi, To YB Khairi, Please don’t compete in next week competition. Jagalah maruah parti orang melayu sikit. To Pak Lah, tolonglah umum tarikh bersara yang tepat. PLEASE. TQ.

A KADIR JASIN said...

Kepada pembahas-pembahas yang membangkitkan isu kedudukan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka.

Berikut adalah fakta sejarah.

1. Abdul Rahim Tamby Chik terpaksa meletakkan jawatan KM Melaka apabila terbabit dengan "tuduhan" salah laku seks walaupun Peguam Negara pada waktu itu Mohtar Abdullah's dalam pendedahan awamnya pada Oktober 1994 mengatakan, pendakwaan ke atas Rahim Tamby Chik tidak boleh dibuat kerana 'insufficient evidence' (kekurangan bukti).

2. Muhammad Muhd Taib meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan semua jawatan dalam politik setelah terbabit dengan kes "penyeludupan" wang di Australia.

3. Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan apabila didapati bersalah atas tuduhan politik wang pada pemilihan Umno lalu dan digantung keahlian.

4. Banyak lagi contoh dan kes MB, KM dan Menteri yang meletakkan jawatan setelah disabitkan kesalahan jenayah atau melanggar disiplin parti.

Terima kasih.

rakyat biasa said...

ali rustam didapati bersalah, tapi dia tak buat, SU politik dia yang buat. kairy, bersalah tapi tindakan tak serius, sebab dia dengan yang bersalah tu tak kamcing ke apa. ali rustam bersalah, tapi masih KM Melaka. politik wang tu bukan rasuah ke? maknanya, yang diambil tindakan oleh majlis disiplin UMNO kira ok laa dari yang bakal kena dengan SPRM. macam mana bezakan kes politik wang dengan rasuah, supaya dapat dibezakan yang SPRM dengan Badan Disiplin punya siasatan?

saya tak faham dato, boleh tolong jelaskan..

alrawa said...

Dear Datuk,
Menarik sekali keputusan Lembaga Disiplin Umno. Ahli2 lembaga memang sesuai mengantikan tempat Hakim2 yang terdapat diMahkamah2 Malaysia.
Kenapa begitu?
LDU telah menghukum 'empunya' wakil2 yang tidak betul tindakan mereka.
Saya heran kerana satu kes yang masih berjalan dimahkamah dimana wakil2 nya dibicarakan manakala 'empunya' bebas berterbangan.

Anonymous said...

Datok,
yang perlu dilihat bukan DS Ali atau Khairy,mereke hanya beberapa kerat pemimpin atas UMNO, tapi yang lebih perit bagi saya adalah berapa ramai perwakilan yang telah makan/mengambil wang/rasuah politik dalm kes ini ?.saya fikir umno perlu siasat dan bawa mereke ke lembaga disiplin.kita hanya nampak seorang dua sahaja yang terlibat ,tapi sebenarnya perwakilan/akar umbi umno telah dimakan anai-anai/ulat/reput DSB.apa nak jadi dengan umno kerana kekuatan umno ini terletak kepada ahli akar umbi.alamatnya tak lama hayat umno kalau isu sebenar cuba disembunyikan.
sekian.
zmy

TRY_CREATE said...

1. Perkembangan sedikit melegakan kerana para pejuang politik indah khabar daripada rupa telah dapat dikenalpasti. Ini perubahan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2. Perkhabaran ini, adalah bunga-bunga kemajuan untuk melahirkan modal insan yang berintegriti.

3. Kepada yang terlibat, janganlah hendak menegak benang yang sudah basah jika betul kita melakukan, usah buat hura-hara demi kelangsungan pembangunan masa sekarang dan untuk generasi akan datang untuk mendapatkan keperluan politik mereka yang lebih berintegriti.

4. Berkata benar dan sanggup mengakui kesalahan sendiri daripada mencari kesalahan orang lain, adalah lebih mulia di mata masyarakat dan pencipta kita.

Syeikh Akram said...

Dato'.

1) Politik Wang dengan Rasuah lain yer?
2) Mana satu HALAL, mana satu HARAM?
3) Mana satu yang considered as so-called "Breaching UMNO Ethics" only? Kira nya as Government servant/MP/etc still bermoral la ye?
4) Bestnya jadi ahli UMNO!!!

Anonymous said...

penambah baikan terhadap sistem kehakiman dan Suruhanjaya pencegah rasuah (SPRM)umpama pemikat burung yg menyediakan sangkar sebelum turun menahan burung tersebut.

2.Tapi sayang sangkar yang di sediakan untuk burung lain akhirnya burung lain yang masuk.

3.Nasib baik burung kesayangan
tidak masuk...


Ahli baru...

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

begitulah hendaknya, letak jawatan atau lepaskan jawatan......be gentleman, esok lusa kalau umno wujud lagi bolehlah make come back atau RECYCLE!!!!

cuma kinzir-kinzir ini agak halal dibawah logo halal oleh SPeRM

HAMBA ALLAH

kamarul said...

Salam Dato',

Hari ini ramai yang membenci UMNO dan kalau kita lihat di setiap ruangan di dalam internet, UMNO sudah tidak digemari dan bermacam-macam komen negatif terhadap PARTI ini.

Pendapat saya, inilah masanya DSN harus diberi peluang selepas PAK LAH tidak berjaya dalam misinya untuk perbetulkan UMNO sehinggakan PRU12 menerima tamparan yang hebat.

Sebenarnya UMNO perlu perubahan yang drastik dan perlu melakukan walaupun tidak disenangi oleh kebanyakan ahli-ahli yang sehingga kini saya rasa langung tiada kesedaran untuk berjuang bersama-sama membawa UMNO ke landasan yang betul. Umum tahu banyak yang ada agenda tertentu untuk kepentingan diri sendiri sehinggakan matlamat yang asal perjuangan UMNO sudah pudar dalam hati sanubari mereka.

Saya masih sayangkan UMNO, walaupun berkecil hati melihat ramai ahli-ahli UMNO dan juga pemimpin yang begitu alpha untuk mengejar cita-cita mereka sehinggakan tiada batasan dan akhirnya menyebabkan UMNO semakin hari tidak relevan lagi di persada politik tanahair kita ini.

DSN perlu bergerak cepat dan perlu melakukan pemulihan UMNO secara drastik demi untuk menyelamatkan UMNO.

Saya menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO termasuk diri saya sendiri, balik ke pangkal jalan demi survival bangsa Melayu di negara ini dan juga untuk rakyat Malaysia amnya.Marilah kita sama-sama membantu DSN dan timbalan UMNO insyalaah TSM, untuk kita perkuatkan Parti UMNO dan boleh diterima oleh rakyat semula.

Memang kita akui, bukan kerja yang mudah untuk perbetulkan UMNO tetapi kita perlu bagi ruang untuk DSN kerana selepas ini beliau yang menjadi No 1 not No 2.Saya yakin kebolehannya kerana kesabaran yang beliau hadapi sepanjang 3 tahun kebelakangan ini walaupun diasak bertubi-tubi oleh DSAI. Selagi bukti kukuh yang boleh mensabitkan beliau dengan perempuan 'Monggolia' tidak dapat dikemukan oleh DSAI, maka saya lihat inilah permainan politik yang sungguh licik dari orang yang bernama DSAI untuk mengagalkan DSN menjadi Perdana Menteri dimana cita-cita DSAI akan hilang buat selama-lamanya.

Dan kepada perwakilan ke Perhimpunan Agung minggu depan, pilihlah calon yang betul-betul ada kualiti sebagai pemimpin dan bukan kerana wang ringgit.Fikirkan nasib bangsa, agama dan negara ini.

"DULU,KINI dan SELAMANYA".

Buyong said...

Tahap piawaian kualiti pemimpin dalam umno sudah di 'compromise'kan.

Tahap piawaian kualiti yang di 'compromise'kan contohnya pada satu kilang tepung adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh membawa hukuman mati.

oleh itu, hasilan pemimpin dari umno boleh dikira sudah tercemar.

Macam susu tepung di Cina yang dicemari melamin.

Pembesar2 Umno sebenarnya masih belum belajar terutama kepalanya Paklah yang nampak sungguh bebal untuk menerima ilham.

Saya adalah penyokong umno yang akan terus boikot mengundi.....

Nasirudin Anjud said...

Salam Dato' AKJ,

First time mengomen.

Menarik isu ni seolah-olah Dato' mengulas mengenai keadilan berdasarkan darjat atau double standard.

Tapi itulah keputusannya Dato', memang takkan dapat memuaskan hati semua orang.

Bagaimanapun mengenai cerita ikan besar ni, saya teringat cerita seorang kenalan saya ketika beliau bertemu seorang yang berpengaruh (yb) untuk membuat lobi projek .

Katanya kepada yb,

Dato', saya ini cuma seekor ikan yang kecil dalam sebuah kolam yang kecil. Dato' pula adalah seekor ikan yang besar dalam kolam yang besar.

Dengan kata-kata pujian (among other things) seperti ini beliau berjaya dapatkan projek yang diidamkan.

Sekian, tumpang lalu Dato'.

Anonymous said...

Dato,

Ada banyak soalan yang bermain di fikiran saya ekoran dari kes UMNO ini.

1. Adakah kes ahli-ahli UMNO ini akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau menurut logik akal saya Lembaga Disiplin UMNO (LDU) mempunyai BUKTI KUKUH AHLI-AHLI UMNO INI MELAKUKAN POLITIK WANG @ RASUAH. Apakah tindakan susulan LDU selain dari hukuan gantung/amaran? Adakah bukti2 ini akan dihantar ke SPRM untuk disiasat dan diambil tindakan.

2. Kes terbaru ini sungguh menarik sebab kita lihat yang dijatuhkan hukuman oleh LDU terdiri dari pelbagai darjat/lapisan manusia: dari Ketua Menteri, Ahli Parlimen,setiausaha politik dan sebagainya. Bagaimana agaknya saiz jaring SPRM dalam kes ni seterusnya.

3. Tapi satu soalan lain yang berlegar di kepala saya: Boleh ke SPRM mengambil tindakan??? atau Politik wang@rasuah ala UMNO bukan Rasuah?? he..he.. hee...


BERANI Kerana BENAR
makngah

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
...
4. Banyak lagi contoh dan kes MB, KM dan Menteri yang meletakkan jawatan setelah disabitkan kesalahan jenayah atau melanggar disiplin parti.
SHORT OF TELLING NAJIB THAT HE ERRED IN HIS STATEMENT ON ALI RUSTAM POSITION AS KM..OR THE CALL HAS TO BE MADE BY THE HONOURABLE 'AAB'??.

DENGARNYA RAMAI PEMIMPIN2 UMNO MELAKA BEROMBONGAN SAMBUT PAK 'AAB' KAT LAPANGAN TERBANG NAK MEMIKAT HATINYA.

APA KATA SAMBIL MENUNGGU, KALIAN SEMUA BERJOGET IKUT RENTAK LAGU 'MEMIKAT HATI' OLEH R.AZMI.

&& PAKAI BAJU KANCINGLAH SUASA &&
&& PAKAI MARI BABA LAH MELAKA &&
&& BIAR SAYA ROSAKLAH BINASA &&
&& KERNA KJ TDAK MENGAPA &&

.. SAMBUT, JANGAN TAK SAMBUT..EEYAH
.. RENTAK, JANGAN TAK RENTAK..AMBOI

DAN ALI RUSTAM BOLEHLAH 'HUMMING' LAGU 'BEGINILAH NASIB DIRIKU YANG MALANG' SAMBIL MENGHARAPKAN BELAS EHSAN DARI PAK IMAM HADHARI.

ALFATIHAH, AMIN.

dragon said...

Dato....Its looks like an eyewash untuk kepentingan seseorang. Bagaimana dengan orang Jawa itu.

anak parit said...

Salam Dato',

Transformasi dari BPR kepada SPRM pada fizikalnya adalah dua badan yang berlainan "kuasanya" dan sepatutnya kemampuannya juga akan bertambah, sepatutnya SPRM lebih pro-aktif bila LDU telah umumkan keputusan penyiasatan dan Jabatan Peguam Negara telah siapkan pendakwaan.
Hukuman digantung keahlian dan dipenjarakan adalah ibarat langit dan bumi.Seperti kes Isa Samad, sepatutnya SPRM bukalah fail semula, dakwa dan jika bersalah, sumbat kepenjara (kalau di CHINA-dah hukum tembak), kalau setakat gantung keahlian, sama seperti "tak jadi kudis" kerana petualang /sampah/pemakan bangkai rasuah ini akan terus kaya raya dengan hasil rasuah mereka.
Saya kurang pasti samada DSNTAR mampu bersihkan UMNO dari bangkai perasuah kerana DSNTAR masih belum tunjukkan sesuatu yang mampu merealisasikan "AZAMNYA" bila dia menjadi Presiden nanti.
Hukuman yang berlainan untuk individu yang terbabit juga menjadi semakin "PELIK tapi BENAR", antara TSMAR dan KJ berbeza hukuman....

Entah lah UMNO....flip-flop..semakin menjadi bahan lawak...
UMNO wajar tukar nama kepada PARTI SEMBERONO...bukan UMNO

Anak_Parit

langit biru said...

Saya fikir persepsi umum atau persepsi rakyat kpd UMNO tetap tidak berubah bahkan semakin kuat keyakinannya bahawa UMNO ADALAH PARTI ELIT YANG MENGAMALKAN RASUAH!!!

Sebagai seorang yang pernah duk dalam parti di peringkat akar umbi, hakikat sebenarnya kita tahu siapa yang "main duit" bila ada pemilihan.

Pi lah tanya 191 Ketua Bhg, 191 Tim. Ketua Bhg, 191 Ketua Pemuda, 191 Ketua Wanita, siapa yang langsung tak main duit, tak pakai duit? Hakikat sebenarnya majoriti pemimpin UMNO main duit, cuma kena PANDAI-PANDAI LAH jangan tertangkap,dan jangan masuk perangkap lawan. Maka saya meminjam kata-kata Dato'AKJ "SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT".

Bukan tu saja, semua ahli berebut-rebut melobi orang atas HANYA nak jadi perwakilan nasional. Kerana apa? Kerana nak pi "menjala ikan besar dan banyak-banyak". Maka tak heranlah, balik dari persidangan ada yang beli kereta secara tunai, beli tanah secara tunai, beli rumah secara tunai, semua secara tunai tak da interest!!!! Semua ni semua orang UMNO tahu, dan ramai rakyat yang celik tahu.

Inilah hakikat PARTI UMNO. Parti yang mengamalkan "PERMAINAN POLITIK" berdasarkan kekuatan akal didokong oleh kuasa wang dan kuasa politik. Ini bermakna, sesiapa yang ada 2 kuasa ini, iaitu KUASA WANG dan KUASA POLITIK, maka beliau besar kemungkinan akan menang dan berjaya.

Maka, dalam permainan politik pemilihan pemimpin dalam UMNO, faktor kredibiliti, karismatik, tahap pendidikan akedemik dan agama, pengalaman yang luas, cendikiawan dan profesional tidak lagi penting atau menjadi faktor penentu atau faktor utama.

Penentu adalah KUASA WANG DAN KUASA POLITIK.

Dengan yang demikian ini, saya fikir PArti UMNO bukan lagi relevan kerana mengamalkan rasuah yang pernah saya jelaskan telah menjadi sebahagian daripada sistem UMNO.

Di saat-saat akhir, apakah DUIT TIDAK DITABURKAN? Jawapannya, lagi-lagilah duit ditaburkan. Bukankah Isa Samad dikenakan hukuman atas kesalahan pada saat-saat akhir?

Pendek kata, kalau Muhyidin mahu menang, WAJIB bagi beliau menabur di saat saat akhir, kerana ini sudah jadi "adat resam" UMNO atau "Sistem UMNO" mesti main duit.

Dengan yang demikian, saya ulang UMNO bukan lagi parti untuk Umat Melayu yang relevan.

DAN seperti yang saya pernah jelaskan, mustahil pemimpin-pemimpin UMNO, dari pemimpin tertinggi, majlis tertinggi, hatta lembaga disiplin umno MAMPU membersihkan pemilihan parti dari rasuah.

YANG Boleh membersihkan adalah ahli UMNO.

Seruan saya, KEMBALIKAN hak memilih pemimpin kepada ahli UMNO, bukan melalui 2500 orang perwakilan!!!!!

ab said...

Salam dato'


Dah salah tu tosah dok pusing laa..terima saja.

Kalau orang bersalah kita suka benar,kalau kita didapati bersalah kita kata kita tak bersalah,tak bolih begini...

Tahniah kepada LDU.


Kalau AAB dan DN, `ampunkan' seorang, mereka kena ampunkan kesemuanya dan beritahu semua ahli UMNO bahawa rasuah adalah OK dalam UMNO.

Hakikatnya, pemimpin yang terlibat dengan rasuah adalah LEBIH RENDAH MERTABATNYA dari ahli biasa....

BERUNDUR SAHAJA LAH dari semua jawatan DEMI MASA DEPAN ORANG MELAYU.....


Abu Bakar Ab Rahman

sujini said...

Salam Pak Kadir,

Semasa Lembaga Displin UMNO membuat persidangan akhbar @ 17hb MAc2009, DS Najib pula membuka 'National Integrity Agenda Conference'. Ucapannya dalam Conference tersebut diantara lain ada kaitan dengan keputusan LDU.

Izinkan saya membuat rumusan daripada kacamata seorang homemakaer saja:-

1. Peluang TS Muhyiddin untuk memenangi jawatan Tim.Presiden UMNO sekarang amat cerah.

2. DS Ali Rustam terpaksa pilih salah satu, hilang peluang bertanding atau hilang jawatan MB Melaka.

3. Sekiranya DS Ali Rustam mengemukakan rayuan, maka episodnya akan bersambong lagi....

4. Bagi kes mereka yang terlepas ini, kita tonton sajalah sampai end credits.

5. Walau bagaimana pun satu drama TV bersiri yang baru akan menemui penonton apabila Pengarahnya , DS Najib mengumumkan tarikh tayangannya pada sedikit masa lagi. Kalau beliau terima "peluru" munkin plot akan bertukar....

Ini adalah setakat rumusan. Hanya Allah swt yang menentukan segalanya.

abikhsan said...

Apasal Lembaga Disiplin UMNO tak ulas kes Norza dan Azalina...?? Kenapa ada kes yang disiasat oleh Lembaga Disiplin dan ada kes yang disiasat oleh SPRM. Makin kusut tindak tanduk dan puak yang akan memerintah Malaysia ni...

Setuju dengan wording KJ DISELAMATKAN....

Shah said...

Salam DAKJ,
Dari segi logiknya, bila Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden atas sebab rasuah ( itulah maksud sebenar politik wang yang diperlembutkan definisinya kepada melanggar disiplin dan etika parti) maka semua perwakilan UMNO yang terlibat dengan sogokan daripada Ali Rustam melalui agen-agennya itu juga sepatutnya tidak dibenarkan mengundi dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti. Ini adalah kerana definisi rasuah merangkumi kedua-dua pemberi dan penerima sogokan.

panching utara said...

Salam Dato,

saya nak comment pasal perasuah2 yang tidak kurang handalnya dari Paya Besar...

Saya terkejut...dah lama saya tinggal politik Paya Besar...tup2 hari ni keluar nama yang sgt saya kenali.

Utk makluman bloggers....
YB Manan (ex- setpol DS Najib, MP P.Besar), YB Sohaimi Jusoh ex-Pengurus Pasar MPK, ADUN Lepar@YB Luckyball), YB Cikgu Zaili (Cikgu, ADUN Panching) & YB Suhaimi MD Shah (ADUN Sg Lembing@YB Insyallah).

TiCO said...

YBhg Dato` Kadir

Apakah pandangan kita sewaktu kita melihat wajah YM Tengku Ahmad Rithaudin semasa ditanya pemberita tentang penggantungan beberapa ahli UMNO pada malam Rabu lepas di RTM.

Saya lihat wajahnya begitu skeptikal apabila menjawab soalan-soalan daripada wartawan. Mungkin beliau sendiri begitu tertekan sewaktu membuat keputusan.

Walau apa pun keputusan sudah dibuat. Beliau menengaskan bahawa keputusan dibuat berdasarkan etika parti. Apa maksud etika. Yang saya faham, etika itu bermaksud sesuatu yang biasa dibuat umum untuk menunjukkan kecantikan, kesopanan dan kesantunan dan sesuai dalam sesuatu keadaan. Ianya bukan satu peraturan atau satu undang-undang.

Soalnya, apakah UMNO tidak mempunyai peraturan bertulis dalam menangani rasuah politik. Keadilan tidak boleh ditegakkan melalui etika. OLeh itu memang benarlah kata Dato` bahawa ada tupai yang jatuh terjelepuk dan ada tupai yang terjatuh di atas rumput empuk. Mana boleh begini. Malulah.

MANA BOLEHHH. INI TIDAK ADIL. (sambil menepuk meja)

Abdul Wahab dan Abdul Wahid dijual oleh Sadiq Sigaraga selepas mengucapkan perkataan ini dalam Filem Tiga Abdul.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya andaikan siasatan terhadap 29 ahli UMNO bermakna 29 aduan telah diselesaikan.

Bagaimana pula baki 871 aduan yang lain.

Memang janggal apabila SPRM terlebih dahulu pada minggu yang lepas membuat pengumuman bahawa semua aduan berkenaan rasuah dalam UMNO sebagai tiada kes.

Bagus memang bagus apabila yang pesalah rasuah didakwa dan dihukum. Namun ini tidak cukup dalam mengubah persepsi rakyat bahawa "reform" telah mula berlaku di dalam UMNO.

p/s saya masih menunggu artikel Dato' berkenaan bajet mini atau setidak-tidaknya perkembangan ekonomi semasa dalam negara.

Pembacaan saya terhadap artikel Matthias Chang, bekas penasihat ekonomi TDM agak merimaskan.

http://www.futurefastforward.com/component/content/article/882

http://www.futurefastforward.com/malaysia-updates/1076-by-matthias-chang

abdullahngah said...

Semasa Datuk Seri Ali Rustam bertanding naib presiden dahulu, dia sang kacil. manakala Tan Sri Isa Samad tupai. Maka sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Kini Datuk Seri Ali Rustam jadi tupai, manakala Tan Sri Mohamad Mohd taib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sang kacil dan sampailah waktu dan ketikanya kedua dua tokoh yang bertading jawatan timbalan presiden ujung bulan ini dia akan jadi tupai pula.

Beliau didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno.Tetapi sang kacil walaupun bersalah dan diberi amaran serta boleh bertanding. Mengapa jadi begitu. pelik juga.

pelik lagi Datuk Seri Ali Rustam hanya tidak boleh bertanding manakala tiga orang egennya digantung selama tiga tahun. Barangkali dia adalah jerung Umno agennya bilis yang sudah pasti sedeh dan kecewa.

Mungkin juga beliau merupakan orang yang banyak jasa kepada Umno Malaysia apabila ditimbang maka berat jasanya tidak sama dengan jasa agennya maka politik wang yang diamalnya dia hanya tidak boleh bertanding sahaja. Jawatan ketua menteri tetap kekal.

nampaknya politik wang dalam Umno tidak salah jika dilakukan oleh jerung yang salahnya dilakukan oleh bilis. Mereka inilah yang menjadi mangsa. manakala jerung tetap selamat.

Ramai orang Umno di seluruh Malaysia datu gelaran datuk Melaka. Semua orang tahu. Tidak boleh dinafikan lagi. Mungkin atas sebab itulah mereka dianggap sebagai orang umno yang sangat berjasa dan tidak boleh diperlakukan sama seperti orang lain sepertimana dinyatakan oleh Datuk bahawa:

1. Abdul Rahim Tamby Chik meletakkan jawatan KM Melaka apabila terbabit dengan "tuduhan" salah laku seks walaupun Peguam Negara pada waktu itu, Mohtar Abdullah, dalam pendedahan awamnya pada Oktober 1994 mengatakan, pendakwaan ke atas Rahim Tamby Chik tidak boleh dibuat kerana 'insufficient evidence' (kekurangan bukti);

2. Muhammad Muhd Taib meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan semua jawatan dalam politik setelah terbabit dengan kes "penyeludupan" wang di Australia. Dia dibebaskan setelah berjaya meyakinkan Mahkamah Australia yang dia tidak faham bahasa Inggeris;

3. Isa Abdul Samad meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno atas tuduhan politik wang pada pemilihan Umno lalu dan digantung keahlian;

4. Banyak lagi contoh dan kes MB, KM, Menteri dan Timbalan Menteri yang meletakkan jawatan setelah disabitkan kesalahan jenayah, melanggar disiplin parti atau isu peribadi yang memalukan;

5. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia boleh (dan perlu) menjalankan penyiasatan dan pendakwaan serentak ke atas calon dan wakil calon yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin;

6. Tindakan serentak penting kerana rasuah adalah kesalahan negara bukan kesalahan Umno sahaja. Justeru itu, parti-parti politik lain juga perlu diawasi oleh SPRM;

7. Lembaga Disiplin Umno juga wajib membuat pendirian mengenai mana-mana calon MT yang didakwa terlibat dengan rasuah politik wang oleh SPRM. Adakah tertuduh SPRM seperti Norza Zakaria masih layak bertanding?;

8. Ali Rustam mungkin kekal KM Melaka sekarang. Tetapi apakah Umno akan membelakangkan sentimen akar umbi yang mahu parti dibersihkan daripada gejala rasuah?

Ramai penyokong Datuk Seri Ali Rustam kecewa dan sedih lantas membuat rayuan supaya dipertimbangkan semula keputusan yang dibuat oleh Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, melalui sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Dalam sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan hasil penyiasatan membabitkan 29 orang ahli parti.Sepuluh digantung keahlian selama tiga tahun bermula 12 Mac dan diberikan surat amaran dari 900 aduan?


nampaknya politik wang yang berlaku dalam Umno tidak salah jika dilakukan peringkat pertama yang salahnya jika dilakukan berulangkali.

oleh itu samapi kiamat politik wang dalam Umno tidak dapat dihapuskan.

Alfateh said...

6. Tindakan serentak penting kerana rasuah adalah kesalahan negara bukan kesalahan Umno sahaja. Justeru itu, parti-parti politik lain juga perlu diawasi oleh SPRM;

Takdelah tanda-tanda reformasi dalam UMNO kalau setakat bertindak begini.

Komen berjela-jela dalam berita hanya kami lihat propoganda semata. Semoga dibalasi dipilihanraya akan datang.

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

nizamhameed said...

salam,

ini komen yang melucukkan saya dari MB Pahang yang saya kutip dari malaysiakini berhubung Rasuah politik di Pahang:-

Adnan juga berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang menyedihkan bagi Umno Pahang namun beliau bertegas, bahawa pada dasarnya, mereka yang didapati terbabit itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.


bagaimana seorang pemimpin dengan senang hati menyatakan mereka yang terlibat tidak bersalah dan melakukan jenayah.....

pemimpin beginikah yang ingin dilantik UMNO???

matangsaga said...

Dato Ali Rustam pada pemilihan lepas memang baut semua benda ni, sama macam isa samad. Cuma Isa kena tangkap lepas menang itupun pasal mulut dia laju sangat. Tak tau diam.Dah menang berucap megah pulak tu.terlepas cakap pulak tu. Mana orang tak sakit hati. Ali buat senyap-senyap saja. Muhyiddin dan Mad Taib memang clean pemilihan lepas. Takkan tak ingat sepanduk di rumah mad taib "Saya tidak akan mengkhianati Bangsa saya".

Hakikat sebenarnya, kebanyakan calon yang bertanding untuk jawatan MT melakukan rasuah wang untuk undi, lebih-lebih lagi mereka yang berkedudukan dalam kerajaan. Yang pasti beberapa orang tidak terlibat seperti tok pa dan syed hamid yang terkenal kedekut di kalangan perwakilan umno.Kebanyakan perwakilan terima wang sogokan dan ramai pula yang meminta dan mengugut calon untuk wang.Yang paling kuat tepuk dalam dewan bila ada jurucakap mengecam politik wang , mereka itulah paling kuat terlibat dengan politik wang.Pada Pemilihan lepas mengikut kajiselidik yang dijalankan oleh pihak tertentu, ada perwakilan berjaya membawa pulang lebih RM 40,000 selepas pemilihan.Siapa yang nak melaporkan perilaku buruk ini. Jika perwakilan buat laporan dia kena serahkan wang yang diterimanya sebagai bukti, siapa nak buat Dato', letting go this amount of cash; boleh beli kereta sebijik. Amaun sogokan pula mengikut hiraki jawatan perwakilan, tentulah ketua bahagian paling lumayan. Kadang-kadang Ketua Bahagian terima untuk semua perwakilannya. kadang-kadang distributed fairly, tapi kerap kali masuk poket dia sajalah.Nak buat macam mana. Ahli-ahli yang datang sebagai pemerhati kena jaga, nak makan-makan dihotel Ketua bahagian kena tanggung. Nak bayar bilik lagi, nak bayar bas lagi, nak bagi duit poket lagi.Semuanya nak pakai duit.

Saya tak harap Dato post komen saya, cuma nak meluahkan rasa meluat terhadap sikap hipokrit kebanyakan perwakilan dan calon pemilihan UMNO.

OKJ said...

Salam DAKJ

Life goes on. Apakata kita tutup buku politik wang sekejap walaupun harapkan pagar pagar makan padi. Buang yang keroh ambil yang jernih. Mungkin ini adalah pengajaran bagi pemimpin tertinggi UMNO dimana ada yang boleh didedahkan dan ada yang menyebabkan termuntah bila didedahkan. Aurat tu tetap perlu dijaga.Ramai yang suka tengok tapi badan sendiri merana.

Boleh tak Dato’ bagi cadangan pemimpin yang patut menang minggu depan. Berikut adalah cadangan saya beserta alasannya sekali;-
1.Presiden: Dato’ Seri Najib; Alasan: ayam jantan, tiada yang berani lawan
2.Timbalan presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin;Alasan: ayam sabung; berani tanggung (berani tegur Pak Lah)
3.Ketua pemuda: Dato’ Seri Khir Toyo; Alasan: Ayam serama: kata-katanya bergema-gema (pandai berpidato dalam rancangan hujah)
4.Ayam hutan, ayam pencen, ayam betina, ayam kampong, anak ayam, bapak ayam, ayam-ayam, pikir sendirilah.
5.Tahi ayam: pemimpin reject yang beri pandangan dalam Malaysiakini. Dia tu mewakili siapa? Dahlah Melayu derhaka, talam dua muka. Berlagak pandai pula.Sekian TQ.

antubiul said...

Dia dibebaskan setelah berjaya meyakinkan Mahkamah Australia yang dia tidak faham bahasa Inggeris;

Mat Taib do you understand English'

No Sir.. I dont understand English'

Jadi benarkah Mat Taib tak faham English?

Limanov said...

Dato,

Begitulah kisahnya. Dipendekkan cerita UMNO sudah korup.

manletih said...

Dato',
Pada hemat saya, selagi tidak dihuraikan maksud politik wang dalam UMNO, selagi itulah akan wujud pelbagai persepsi.

Sayugia diingatkan, presiden USA pun memerlukan berbilion ringgit untuk bertanding.

Semua yang bertanding menggunakan wang. Walau membayar harga secawan kopi.

Sebelum memahami maksud politik wang, janganlah disamakan politik wang dengan rasuah.

Pertandingan jawatan dalam UMNO, tapi mengapa bersungguh-sungguh mereka yang bencikan UMNO dan bukan ahli UMNO menuduh itu dan ini? Pemilihan UMNO tidak menentukan kerajaan. Pilihanraya yang menentukan kerajaan.

Terima kasih.

*manletih*

p.s. Moga terjumpa Dato' minggu depan di Kuala Lumpur.

Anonymous said...

Salam Dato',

Malam semalam saya berdiskusi dengan suami berkaitan politik wang.

Tapi dari perbincangan semalam, saya rasa penggunaan perkataan POLITIK WANG telah menyebabkan ramai yang beranggapan politk wang bukan rasuah. Sampai saya menyemak dan membaca kepada suami takrifan suapan@rasuah dari laman web SPRM (http://www.sprm.gov.my). Barule dia OK.

Selain itu, sebagai perbandingan kes Norza serta kes Azalina dengan kes oleh LDU in suami saya memberikan analogi saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan saman Polis trafik. Kalau telah disaman oleh JPJ, tak akan ada saman dr Polis trafik (sbb polis trafik tak ada bukti kesalahan kita) dan sebaliknya. Jadi kalau dah didapati bersalah oleh LDU tak akan ade tindakan susulan dari SPRM. Itu pendapat suami saya.

Saya sangat berharap SPRM tidak 'koro' (saya belajar dari dato' makna koro ni) dan masih lagi sabar menunggu 2 3 hari ni nak lihat tindakan SPRM. Kalau tak ada, maknanya analogi suami saya adalah benar!!!

salam,
Makngah

Anonymous said...

Datok,
mohon laluan sekali lagi,dalam kes LDU/TS Tg Ahmad Ritahudin adalah jelas kerana kenyataan TS TG bahawa DS Ali bersalah kerana melanggar etika umno 10.1,bukan kerana politik wang.dalam konteks ini politik wang bukan jenayah ia hanya kesalahan tata etika sahaja.tetapi tak sama dengan kes2 yang disiasat oleh SPRM melibatkan rasuah yang di kira jenayah.adalah perlu dibezakan antara politik wang dengan rasuah walau pun sama tetapi perspektif dan justifikasi berbeza.kenapa perlu disamakan kes DS ali dengan TS Isa/Khairy /dll sedangkan niat/keadaan/sebab musabab/fakta yang berbeza.saya fikir definisi rasuah pun belum selesai contohnya ,dalam kes rasuah seks di perak si penerima menyatakan sedekah.inilah yang dimaksudkan berbeza perspektif.salah kah ?
sekian
zmy

Hanezam said...

Salam Datuk,

Saya teka Khairy dibenarkan bertanding kerana pengikut-pengikutnya di dalam perwakilan perlu dikesan dan dikenalpasti.

Ali Rustam pula specie yang tidak merbahaya jadi treatment dia lain sikit.

ALIMUDIN UNDE said...

Yang paling kesian ialah NORZA ....silap-silap kena hukum. Tapi kenapa ALI RUSTAM tak di cekup SPRM? Kenapa pula NORZA tak di dakwa di LEMBAGA DISIPLIN? apakah ada garis panduan yang mengatakan bahawa ANTARA LEMBAGA DISIPLIN dan SPRM tidak boleh handle kes bertindih...atau diberi pilihan ANDA MAHU DI DAKWA OLEH SIAPA...SPRM ATAU LEMBAGA DISIPLIN...mungkin macam tu konsensus mereka, manalah kita tahu!

Anak Perak said...

Datuk,

Penyakit politik duit (rasuah?) dalam UMNO sudah amat serius. Kenapa perkara ini berlaku sekarang dibandingkan dengan UMNO sebelum 80an. Saya rasa salah satu sebabnya ialah kerana orang-orang UMNO dari pemimpin besar hingga pemimpin kecil sudah kaya raya. Dulu orang-orang UMNO miskin.

Dari 2500 ahli-ahli perwakilan lebih dari 90 peratus dari luar KL. Siapa yang bayar tambang, hotel dan makan minum. Adakah UMNO pusat bayar. Kalau tidak siapa? . Sementara ahli-ahli perwakilan yang kerja sendiri (biasanya dari kampung-kampung)akan kehilangan mata pencarian sekurang-kurangnya seminggu. Takkanlah mereka mahu pergi kalau tidak ada apa-apa.

Budaya ini telah berakar umbi dan susah sekali nak dibetulkan lagi melainkan diadakan pembersihan cara menyeluruh. Saya tidak pasti samada UMNO mampu membuat pembersihan sebagaimana yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew ketika PAP memenangi pilihanraya bagi kali pertama dan sekali gus mengambil alih tampuk pemerintahan Singapura awal 60an sebelum Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia.

Mungkin juga UMNO perlu menubuhkan majlis pemimpin-pemimpin veteran "Council of Elders" bagi mengkaji semula perlembagaan parti secara menyeluruh. Penekanan hendaklah diberi dalam isu-isu yang berkaitan dengan politik wang.

UMNO perlu dibersihkan. Dari politik wang hingga ahli-ahli yang bermasalah dari atas hingga bawah. Imej UMNO telah terlalu buruk. Jadi kepada pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO eloklah fikir baik-baik kalau masih mahu UMNO kembali ke mercu kegemilangannya.

Puyot said...

Muahahahaha..

Maap la Tok, buka bicara dengan gelaktawa. Memang drama Venezuela pun boleh kalah dengan UMNO bila jadi macam ni.

Boleh rayu2 pulak ka? Kalau 'tekan' ayat-ayat cinta yang 'power', tak mustahil boleh bertanding semula.

Nak dapat tekanan untuk berubah celah mana tok? Perwakilan yang ambik duit, tak kena apa2 tindakan pun. Yang kena, geng yang bagi (ni pun selektif). Patutnya yang bagi dan terima rasuah kita kira bungkuih sekali la. Barulah gerun orag nak main jolok-jolok ni.

Tak bunyi, depa yang main jolok-jolok tu pak-pak menteri dan ajen2nya. Tu termasuk sekali yang bakal jadi menteri, paling busuk pegang apa2 jawatan penting dalam kerajaan. Mana tak hancur negaraku yang tercinta?

Memang tak boleh biaq dah bagi UMNO perintah Malaysia. Makin hancoq saya tengok.

Nik said...

Dato'

Saperti yang dijangka...Najib sedang menghadapi kemelut dalaman UMNO yang bermula dengan tindakan Lembaga Disciplin UMNO...

Lembaga Disciplin patut faham bahawa apa pun tindakan yang diambil terhadap mana mana "Boss" UMNO seminggu sebelum Perhimpunan Agong, sedikit sebanyak akan menyebabkan huru hara yang bolih mengancam kelicinan perjalanan Perhimpunan Agong.

Ada baiknya jika SPRM tidak bertindak langsung kerana jika Flip Flop berlaku lagi apakah anggapan ahli biasa terhadap UMNO dan SPRM?.

Najib juga sedang menghadapi ancaman dari mereka yang menentang perlantikan beliau sebagai PM Malaysia.

Dia juga sedang menghadapi tentangan besar dari musuh musuh UMNO dipilihanraya kawasan tertentu dinegeri negeri Perak, Kedah dan Sarawak.

Dalam keadaan sekarang yang mengelirukan, apa yang bolih merumitkan lagi keadaan adalah jika isteri Najib turut masuk campor dengan komen yang tak menolong suaminya.

Najib, Gooood Luuuck

A KADIR JASIN said...

Sdr Puyot dan para pembahas yang dihormati,

LDU dan SPRM boleh kenal pasti wakil mana yang tabur duit dan kepada siapa mereka tabur.

Kalau tidak semua pun sesetengah daripada penerima utama rasuah itu boleh dikesan dan dikenakan tindakan.

Atau mereka sendiri mengaku kepada LDU/SPRM.

Kalau calon dilucutkan hak bertanding, penerima rasuah perlu dilucutkan hak mengundi.

Terima kasih.

Sejahtera Abadi said...

If there are people who still hopefuls of UMNO, I salute them. We may disagree but UMNO is definitely rotten. Money politics, `rasuah' or whatever terms we conveniently used, the fact is it endemic, dirty and almost impossible to cleanse. Are UMNO members, followers and leaders still in the state of denial?

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dato' kata, "Kalau calon dilucutkan hak bertanding, penerima rasuah perlu dilucutkan hak mengundi."

SAYA SOKONG! SAYA SOKONG!

Man Letih kata, "Pemilihan UMNO tidak menentukan kerajaan. Pilihanraya yang menentukan kerajaan."

Dalam blog ini pun, saya dah jawab dua kali (sukarela) bagi soalan yang sama. Rasa letih dah.

Kalau ikut tradisi, Presiden jadi PM, Timbalan Presiden UMNO jadi TPM dan Ketua Pemuda dapat jadi menteri. Jawatan lain dalam pemilihan nanti, saya tak pasti.

Orang besar UMNO majoritinya jadi orang besar kerajaan. Macam mana pulak boleh tak kena mengena dengan bukan ahli UMNO?

Kecuali lah Man Letih berpendapat, PRU undi pembangkang makanya hilang hak sebagai rakyat....

Dan ramai yang menyebut tentang kekeliruan teknikal berkaitan politik wang dan rasuah.

Kekeliruan ini hanya dikalangan pendokong parti politik sahaja. Bagi orang kebanyakan, politik wang dan rasuah sama jijiknya kerana kedua-duanya itu adalah perkara yang sama.

DUA-DUANYA DIHARAMKAN ISLAM!

Anak Perak kata, "Dari 2500 ahli-ahli perwakilan lebih dari 90 peratus dari luar KL. Siapa yang bayar tambang, hotel dan makan minum."

Minta maaf lah, saya nak tergelak.

Saya nak komen lebih lanjut. Dah taip panjang dah pun tapi sudahnya saya delete.

Cukuplah saya gelak sorang-sorang.

manletih said...

sawit futures trader,

Kalau ikut logik saudara dan tradisi, pengerusi perhubungan UMNO negeri jadi Menteri
Besar. Kenapa di Perak, selepas PRU, di Perak, Nizar dari PAS jadi MB Perak; Khalid Ibrahim MB Selangor?

Saya masih dengan pendirian berikut.

Pemilihan UMNO tidak menentukan kerajaan. Pilihanraya yang menentukan kerajaan. Fakta ini sering diabai oleh ahli UMNO. Maka jadilah seperti Khir Toyo misalnya sekarang ketua pembangkang.

Terima kasih.

*manletih*

Ainur68 said...

Salam,

Persepsi mengatakan UMNO banyak rasuah. Persepsi mungkin salah. Tapi kalau begini keadaan nya, memang ianya realiti bukan lagi persepsi. Makin lama makin terserlah rasuahnya. Bagaimana UMNO/BN nak survive PRU ke-13?

Yang Dihormati said...

Datuk,

Apakah takrif politik wang yang sebenar? Adakah ia seerti dengan rasuah?

Pada pandangan peribadi saya, rasuah adalah wang suapan untuk mendapatkan sesuatu dengan tidak mengikut saluran yang betul.

Politik wang pula bayaran kepada perwakilan dengan harapan akan mendapat sokongan. Dengan anggapan semua calon-calon bertanding mengamalkan politik wang, tidak semestinya setiap bayaran akan dijanjikan sokongan. Sebagai contoh calon A, B, dan C masing-masing mengamalkan politik wang dengan memberi suapan kepada perwakilan. Semua perwakilan menerima suapan. Tetapi akhirnya pada saat undian hanya satu dari calon akan menang. Maka adakah wang yang diberi tadi itu dikira rasuah sedangkan calon yang memberi kemungkinan tidak menang.

Pada pandangan saya, politik wang ini adalah mirip kepada gula-gula. Seperti kerajaan-kerajaan negeri yang memberi gula-gula kepada rakyat dengan harapan pada musim mengundi yang akan datang memberi sokongan lagi.

Saya berharap, takrif politik wang ini dpt diperhalusi. Apa-apa pun, budaya politik wang ini tidak sihat dan perlu di ambil serius.

Puyot said...

Tok Kadir yang saya hormati serta pembahas sekalian,

Setakat hari ni, tiada lagi tindakan yang diambil ke atas perwakilan yang menerima suapan oleh mana-mana calon yang didapati bersalah dalam permainan jolok-menjolok ni. Patutnya, bila ada yang bagi dan ada yang terima, barulah ada kes. Cukup bahan bukti selepas siasat, jatuh hukuman ke atas kedua-dua belah pihak.

Sekarang ni dalam kes Ali Rustam yang sabit salah rasuah, kita nak tahu siapa dan perwakilan mana yang menerima rasuah tersebut? Kena bagitau orangramai sebabnya Ali Rustam tu KM Melaka. Dia bukannya seorang manusia biasa yang kais pagi makan pagi. Dia orang yang memimpin sebuah negeri. Yang punyai kuasa. Tak mustahil pada saya, kalau dia (Ali Rustam) boleh main jolok-jolok untuk dapat pangkat dalam parti, dia berkemungkinan juga main jolok-jolok menggunakan kuasa yang ada padanya di luar parti. Ni pendapat peribadi saya.

Pada hemat saya, kena lucutkan hak2 mereka yang bermain jolok-jolok ni sama ada yang memberi jolokan dan yang menerima jolokan. Dua-dua pihak bersalah (jika terbukti), jatuhkan hukuman macam yang tok nyatakan.

Nak mengaku? Hehehehe. Saya boleh tumpang gelak la tok. Siapa nak mengaku?

Man Letih, UMNO buat masa sekarang ni adalah parti yang memerintah kerajaan Persekutuan, oleh yang demikan tidak mustahil mereka yang menjawat jawatan tertinggi parti itu boleh dilantik (dan terbukti melalui tradisi dalam UMNO) menjadi menteri berportfolio ataupun tidak. Lainlah kalau UMNO tidak memerintah.

samagreen said...

1) Hatim Zahid Balkhi r.a pernah berkata mengenai salat beliau “Setiap kali aku mendirikan salat, aku sentiasa mengingati bahawa inilah salatku yang terakhir, dan aku tak mungkin berpeluang salat sekali lagi. Aku rukuk dan sujud dalam keadaan penuh serbahina, dan selesaikan salatku dengan serba tenang. Aku mengharapkan Allah SWT akan menerima salatku itu kerana ihsanNya, serta aku takut bahawa salatku itu tertolak jika ia dipandang dari segi kelayakannya.”

2) Kepada perwakilan yang akan bersidang, teman ucapkan selamat bersidang!! Mika anggaplah persidangan kali ni adalah merupakan ‘persidangan yang terakhir’, dan tak mungkin mika ada lagi peluang bersidang selepas tu. Sesungguhnya ‘pemimpim yang berwibawa tu dipilih oleh mereka yang berwibawa’.

Wassalam


p/s: Apabila ditanya sejak bilakah beliau melakukan salat yang sedemikian itu? Hatim r.a menjawab “Aku mengerjakannya sejak 30 tahun yang lalu.” Wallahualam

Anonymous said...

salam datuk,

Bagi saya datuk selagi najib berkuasa di negara itu rasuah tidak akan berhenti di sini..dan ia akan terus menular ke segenap penjuru jabatan kerajaan kini dan selamanya najib hebat kerana apa....?

Najib bukan seorang tokoh pemimpin yang tulin,telus dan bijaksana beliau mendapat kuasa dari hasil keturunan bangasawannya dan kini berkuasa penuh hasil manipulasi kelembapan pak lah dalam mentadbir negara.

Najib hebat dari segi menguasai seseorang yang berkuasai lebih tinggi darinya.wajarlah beliau di anggkat menjadi Raja Malaysia di abad ini...

osman KL

Anonymous said...

assalamualaikum.....

tersebutlah sebuah kisah...ada 2 orang pencuri kena tangkap...

pencurik yg lebey muda tapi kurang ensem kantoi dengan 2 karung emas dan sorg lagi yg lebey tua kantoi dok bawak 4 beg emas...

pendek cerita, naik turun naik turun makamah,hakim kata 'hangpa dua ekoq bsalah, tapi hang yang lebey tua kena masuk jel dan hang pulak yang lebey muda aku bagi warning,...katup kes

lebey kurang lagu tu la saya paham kes pak ali n brader keri...

budak skolah rendah pon kata pelik..

-ali baba-

Anonymous said...

Dato',

TDM dah kata yang Ali Rustam mesti meletakan jawatan sebagai KM Melaka. Tapi Ali Rustam marah dan bidas pembangkang yang menyuruhnya meletakan jawatan.
Apa pula komen Ali Rustam tentang kenyataan TDM ?
Anak Melaka

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Tumpang berhujah dengan Man Letih sekejap.

Sebelum kita masuk isu, harap Man Letih percaya bila saya katakan bahawa saya tidak pernah berparti dan selama ini mengundi mengikut calun dan bukan mengikut parti.

Kalau berkenaan amalan peringkat negeri, bukan setakat Perak, Perlis dan Terengganu pun MBnya bukan Ketua Perhubungan Negeri. Makanya ia bukan benar-benar tradisi.

Saya merujuk, seperti komen saya sebelum ini, khusus kepada PM, TPM dan Menteri yang merupakan ketua Pemuda. Kecuali saya silap, amalan ini tidak berubah dari dulu, maka ianya boleh dikatakan tradisi.

Peristiwa PM bukan ketua BN semasa penubuhan UMNO baru dahulu kita abaikan sahajalah, sekejap sangat.

Berbalik kepada isu pokok, pada saya pengundi tanpa parti amat signifikan jumlahnya dan akan memerhati senario politik dari masa ke semasa. Tanpa kelompok ini saya rasa BN susah nak dapat 2/3 selama ini.

Maklumlah undi hanya 4/5 tahun sekali. Sebelah BN pun diperhati, sebelah PR pun diperhati. Sampai masa PRU kita akan buat pilihan.

Memang kita sedar kita tak ada hak dalam mengundi. Tapi semua ada hak untuk memerhati, buat penilaian dan bila sampai masa, buat keputusan.

PAU disiar di TV pun bukan sekadar untuk tontonan ahli UMNO sahaja, pada pendapat saya lah.

Bagi pengundi tanpa parti, memang disedari hakiki kata-kata kita tidak mempengaruhi secara langsung, cuma sekadar berharap mana yang baik, dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.

Bukankah politik ini kebanyakan masanya adalah berkenaan persepsi pengundi?

Saya juga percaya orang BN sering memerhati PR sebagaimana PR memerhati BN.

Kesimpulannya semua orang akan memandang. Jika pandangan yang dilemparkan itu mahu dikaburkan, secara langsung persepsi tidak telus akan dizahirkan.

Saya (dan saya percaya ramai orang tidak berparti macam saya) tidak marah kepada UMNO. Sekadar persoalkan MAJORITI kepimpinan yang ada sekarang.

Bawal said...

Salam Dato',

Banyak kat sini yang merasa marah, meluat dan geram kepada apa yang berlaku dalam UMNO. Termasuklah diri saya sendiri.

Saya juga marah pada diri saya sendiri kerana membiarkan hal hal ini berlaku, jikalau saya aktif dalam UMNO dan mempunyai rakan-rakan yang aktif yang juga mempunyai prinsip2 bersih. Mungkin hal hal ini tidak berleluasa.

Mungkin saya ingin merenung hal ini dan melihat apa yang saya menyumbang sehingga perkara ini bolih berlaku.

Perkara paling senang ialah menyalahkan orang lain dan yang paling susah (pada saya) ialah apa yang saya lakukan atau tidak lakukan yang bolih sesuatu keadaan terjadi.

Entahlah..

Terima kasih

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).