Sunday, March 01, 2009

Khalid Ibrahim: Saya Lebih Bagus

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

“.....looking back, I can say I’m better than the previous MB.” (Menoleh ke belakang, saya boleh mengatakan saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu).

Demikian kata Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta menyimpulkan setahun sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor.

Soalan itu dikemukakan oleh blogger Rocky’s Bru (Ahirudin Atan). Apabila saya berkata saya akan memetik jawapannya, Abdul Khalid berkata, teruskan.

Dalam pertemuan sulung dengan kira-kira 20 orang blogger dan pengendali media baru di kediaman rasminya di Shah Alam petang tadi, beliau menerangkan pelbagai aspek pentadbiran Kerajaan PR Selangor.

Mengenai perkembangan terakhir penyiasatan rasuah/pecah amanah terhadapnya, Abdul Khalid mendakwa dia tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) atau mana-mana anak syarikatnya menghantar lembu korban ke kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak.

Dia juga mendakwa mendapat persetujuan Pegawai Kewangan Negeri bagi menggunakan kereta Lexus Rx milik peribadinya sebagai “kereta rasmi” dengan kerajaan membayar kos minyak dan penjagaan.

Tanpa provokasi daripada sesiapa, Abdul Khalid berkata kereta Proton (Perdana) “is not comfortable” (tidak selesa).

Ditanya jika bersedia beliau serius membuat kenyataan itu, Abdul Khalid berkata, ya dan menambah yang dia ada kereta Proton.

Lagipun, katanya semua tuntutan berkaitan kereta itu perlu mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri.

Antara perkara/isu lain yang disentuh oleh Abdul Khalid termasuk:

1. Blog dan media baru yang lain memainkan peranan penting memberi maklum balas yang tidak ada dalam media massa arus perdana;

2. Pakatan Rakyat tidak mendapat pendedahan adil dari media massa arus perdana;

3. Pengurusan imej dan persepsi Kerajaan PR terpaksa berdepan dengan kempen media arus perdana;

4. Kerja pentadbiran mudah dilaksanakan tetapi hal ehwal politik lebih sukar ditangani;

5. Rangka kerja yang berpaksikan konsep merakyatkan ekonomi telah diwujudkan dan sedang dilaksanakan;

6. Yakin pentadbiran negeri akan menjadi lebih baik dalam masa tiga tahun akan datang ini (sebelum Pilihan Raya Umum diadakan);

7. Bertanding dalam pilihan raya kecil membebankan PKR dan PR (ketawa). Kebetulan dia baru pulang dari menemui Orang Asli di Bukit Lanjan di mana dia berjanji mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada mereka;

8. Mempertahankan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama Pelaburan Terus Asing (FDI) yang bernilai RM11 bilion tahun lalu;

9. Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online; dan

10. Cadangan mengambil alih operasi penapisan dan penyaluran air Negeri Selangor daripada operator swasta.

Selain Ahirudin, blogger lain yang hadir termasuk Harris Ibrahim (People’s Parliament), Patrick Teoh (Niamah), Noraina Samad (3540 Jalan Sudin), Yunus Said (Antaratv), Khoo Kay Peng (Straight Talk), Arewethereyet and Loyar Buruk.

Mengiringi Abdul Khalid adalah, Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, Tricia Yeoh, Pegawai Penyelidik dan Arfa Aziz, Setiausaha Akhbar.

Dialog itu berlangsung selama lebih dua jam.

78 comments:

kluangman said...

Khalid akan terus bagus selagi ia menjadi boneka rakyat dan bukannya boneka kepada mana mana parti dan individu.

Anonymous said...

Dato'

Saya hanya mahu memberi komen yang amat ringkas: Sesiapa pun MB selepas Khir Toyo boleh mendabik dada dengan menyatakan “... saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu". Being lebih baik dari Khir Toyo tidak bermakna seseorang MB itu baik. Tunggu dan lihat.

Melati

Water Lily said...

Yang berbahagia Dato' AKJ,

Sebagai seorang OKU dan penggangur apatah lagi elaun kebajikan (EPC) telah dipotong, saya cuma tertarik dengan perkara no 9

"Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online; "

Sila ke posting saya bertarikh Feb 13,2009

http://waterlilysicksadcity.blogspot.com/2009/02/carutan-serba-ringkas-saya.html

Blog Dato' dibaca oleh banyak orang berbanding dengan blog saya.

Kepada pembuat dasar, silalah beri perhatian akan masalah kami sebagai OKU. Mungkin Dato'juga boleh menulis mengenainya.

Terima kasih.

ctangang said...

Dia lebih bagus, apa dia Datuk.

Saya rasa tiada apa pun, projek tak da, duit tak da, lembu korban pun tak da. Ingat hendak pindah ke Kota Bharu lebih baik kot.

Anonymous said...

takde sape tanya pasal Aly ke? peminat nih.. waduhh
-azienmat-

Anonymous said...

Bravo Dato' Khalid Ibrahim.
I really like your optimism. Keep up the good work will ya!

ikhlas dari,
elara93

Republican Reds said...

Congratulations Tan Sri Khalid,yes it's true that without a single doubt that indeed he is better than the previous MB,who is a write off,so to compare yourself with the past MB is a mediocre comparison,instead he should strive to make him the best MB in the whole of Malaysian history.Anyway,so far I think he is doing a good job,so,to Khalid Ibrahim keep up the good work,then for sure the rakyat will vote for PKR and Pakatan Rakyat,I certainly will.

Brunt Council said...

No humility at all. Dump him next round.

What happen to his list of promises? Blame BN Government for non deliverable?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

KATA-KATA YANG MENYEDAPKAN TELINGA.

SOKONG KOMEN WATER LILY..

KEHIDUPAN DAH SEMAKIN TENAT !

ROSHATIKA said...

Salam Dato',

"Tanpa provokasi daripada sesiapa, Abdul Khalid berkata kereta Proton (Perdana) “is not comfortable” (tidak selesa)".

Kalau beliau nak selesa, baliklah ke bidang korporat, tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

Lagipun kenyataan tersebut menghina ramai lagi rakyat Selangor yang berhujan dan berpanas dengan `kapcai'.

T. Kasih

AngelCat said...

Kenyataan itu benar.

Saya harap diatas kepimpingan Khalid, negeri Selangor Darul Ehsan akan terus maju, aman dan makmur.

samurai melayu said...
This comment has been removed by the author.
sawit futures trader said...

Salam Dato',

Untuk pagi ini, ringkas sahaja.

Tiga perkara paling saya ingat tentang Khir Toyo semasa jadi MB:

1.Beliau ketengahkan cadangan untuk membolehkan penjualan rumah kos rendah kepada rakyat asing. Masa itu belum pun sebulan selepas PRU11.
2.Kaedah pemutihan kilang-kilang haram. Kalau tidak silap, program ini merangkumi tanah status rezab melayu yang agak luas.
3.Anugerah penyapu. Tidak perlu diulas kerana rasanya ramai yang dah tahu.

Jika prestasi Khir Toyo sebagai MB dijadikan benchmark, memang tidak sukar untuk Khalid Ibrahim menjadi lebih baik.

sang kancil said...

Khalid can do better, but anyone who is clean and uncorrupt (hah, UMNO, you can only find cows and cars! UMNO losers!) is much better anyway than Khir Toyol.

syauqi_x said...

slm pak kadir...

saya setuju dengan melati...

khalid ibrahim tak boleh lagi mendabik dada dengan mengatakan dia lebih baik dari khir toyo...

kalau diletak tunggul kayu juga, pasti ia boleh men 'claim' yang ia juga jauh lebih baik dari khir toyo...

maksud saya, kalau pun mahu membuat perbandingan, buatlah dengan orang yang lebih baik...

tapi kalau baru setahun di kerusi panas MB, saya rasa belum boleh dikatakan apa-apa lagi tentang prestasi khalid ibrahim...

alang-alang pak kadir bercakap ttg khalid ibrahim, bolehkah saya bertanya pendapat pak kadir tentang masalah air di selangor?

Kerana dari segi persepsi rakyat, nampaknya kerajaan persekutuan bersungguh-sungguh betul membuat apa saja supaya khalid ibrahim tidak dapat menjadi hero 'air murah'...

Kenapa ya pak kadir?...

Terima Kasih...

Anonymous said...

Datuk,

Apa Melati cakap tu betul. Kalau dulu Khir Toyo dapat markah "F", sekarang Khalid Ibrahim dapat markah "E". Walaupun Khalid boleh mengaku yang dia lebih bagus dari Khir Toyo, tapi dikacamata rakyat, mereka kedua-duanya FAIL!

Tengok sahajalah pada dasar kerajaan negeri Selangor terhadap pembangunan tanah di lereng bukit. Masa trajedi Bukit Antarabangsa berlaku, Khalid buat kenyataan nak haramkan pembangunan di lereng bukit... tapi tak sempat tanah kubur hilang merah, kerajaan Selangor dah halalkan semula pembangunan tanah di lereng bukit.

Sama lebih kurang sajalah dgn Khir Toyo tu.

Nasihat saya pada Khalid Ibrahim...
Tan Sri tak payah lah nak rasa bongkak diri. Beri tumpuan dan tekunlah buat kerja. Bantu rakyat. Biar rakyat yang nilai samada Tan Sri lebih bagus atau lebih buruk dari Khir Toyo ni. Orang yang ikhlas bekerja hanya mohon usahanya dapat restu dan rahmat dari Tuhan, bukan nak menunjuk-nunjuk yang dia lebih bagus dari orang lain.

-sinbad-

NGINAP SRENGENGE said...

Dato',

YAB Khalid dah kaya dan dah biasa dengan fulus juta-juta.Khir Toyo baru nampak duit bila diberi kuasa.Baru nak mula cari dan milik fulus.Upah cabut gigi dulu bukan banyak mana .Jadi gayat la sikit.Cakap dan gaya pun tentu lain sikit.
Macam orang baru kawin juga.Fahamlah dato'.

Anonymous said...

Terlalu awal untuk menimbang prestasi MB ini yang sibuk dengan mencari pasal dengan regim lama.

Tak guna nak cari pasal bila nasi sudah jadi bubur.

MB ini perlu membawa pembangunan negeri Selangor ke suatu tahap yang baru, menyelesaikan 'traffic jam', hapuskan geng samun, dan banyak lagi, bukan cerita pasal kereta sahaja.

A GOOD MAN DOES NOTHING.

Benrauf said...

Salam!
Pak Khalid was right! My proton's power window lepas beli sudah tiga kali tukar dalam masa setahun. Very not comfortable.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Tan Sri Khalid berkata dia "Rasa" dia lebih baik daripada MB yang dahulu. Nampaknya dia sendiri tidak yakin dengan prestasi beliau dan hanya membuat kenyataan berdasarkan persepsi beliau sendiri [masuk bakul angkat sendiri].

Saya tidak berpendapat begitu. Sebagai penduduk di negeri Selangor, saya melihat bahawa terlalu banyak politiking berbanding dengan kerja. Beliau dan Kerajaan beliau lebih banyak bercakap daripada membangunkan negeri Selangor. Banyak sangat kenyataan berentuk "perhubungan awam" sahaja tetapi tidak ada hasil yang benar-benar memberi impak kepada ekonomi negeri.

Menghina proton adalah satu perbuatan lupa diri dan saya menyokong kenyataan Roshatika bahawa kenyataan Tan Sri Khalid menghina penduduk Selanor yang memakai kapcai serta memandu Proton. [sedangkan Proton adalah antara pelabur terbesar di Selangor].

MB apa kah itu yang tidak mahu berkongsi kesusahan dengan rakyat?

Elok sangat cadangan Roshatika supaya Tan Sri Khalid kembali ke dunia korporat sekiranya ingin kelesesaan dan tidak ingin merasa bagaimana rakyat merasa "kurang selesa dengan naik Proton".

Saya pun ada Proton dan kereta jenama lain juga dan saya sentiasa bangga dengan kereta nasional saya.

Anonymous said...

Real disappointment " Saya Lebih Bagus" tak kan lah itu isu yang menjadi tarikan Dato' untuk menulis artikel ini?
Alahai Dato' AKJ.....so you angguk sahaja like a myrmidon and a sycophant? I don't know but typical Melayu kat depan orang suka berlakun, Why don't you tell MB Khalid off there and then rather than spinning this way?
Or tell us what did you tell MB Khalid when he mentioned or some commentators called it bragging during that 2 hours session?
Were you chicken or kambing gurun?
Rocky Bru and AKJ...same topic...wise man thinks alike ehmmm Dato' may be it is your tipping point for whatever. dh9753.

sangkakala said...

Salam,

Saya ingin percaya Khalid Ibrahim lebih bagus daripada MB yang terdahulu (maksudnya Khir Toyo). Saya harap beliau akan berjaya membuktikannya.

Razali Razman said...

Salam Dato'

Setuju dengan pendapat pengulas di sini bahawa sangat mudah untuk berkata 'saya lebih bagus' kalau perbandingannya dibuat dengan Khir Toyo.

1. Khir Toyo ialah benchmark yang terlalu rendah.

2. Biar rakyat yang menilai, tak perlu kata saya lebih bagus

3. Satu tahun masih terlalu singkat untuk menjadi ukuran

4. Pada pendapat saya, servis kereta Lexus tu bukan rasuah. Perkara kecil sahaja. Tapi, kalau nak pakai kereta sendiri, servislah sendiri, untuk mengelakkan sebarang keraguan.

Walau apa pun, di antara pemimpin negeri PR, saya masih lebih suka Nizar Jamaluddin berbanding Khalid Ibrahim, walaupun tempoh pentadbirannya amat singkat.

OKJ said...

Salam DAKJ

Masaalah pemimpin Melayu yang paling ketara ialah riak atau bongkak. Contohnya macam MB dulu, katanya kekalahan di Selangor adalah disebabkan isu nasional. Hai Dato’ Seri, sebenarnya isunya adalah Dato’ terlalu bongkak sampai bagi penyapu kat seorang pengarah (bukannya tukang sapu) dalam majlis rasmi pulak tu. Dato’ Seri, sebagai seorang Dr walaupun Dato’ merawat beribu nyawa gigi, adakah ia dihargai? Tapi bila dicabut tersilap gigi, ianya akan diingati dan diulangi selalu. Itu ‘RULE NO 1’ sebagai seorang Dr.
Berbalik kepada MB Baru, benda yang sama dah terjadi. Baru setahun jagung, dah riak kat orang melayu, Bukan satu tapi macam-macam pulak tu. 1st statement dah nak buat kandang babi terbesar walaupun orang melayu tak suka, Keluarkan satement yang bongkak mengatakan aku lebih baik dari orang lain. Isu yang paling sakit hati ialah isu YB Eli nak ditegakkan juga. Tugas MB adalah memastikan Selangor terus cemerlang bukannya nak membalas dendam, korek sana korek sini.(Tengok pun menyampah) Pakai Lexus boleh Tan Sri, tapi untuk kegunaan peribadi (terasa anggun di dalam hati, macam dalam iklan tu) bukannya untuk kegunaan rasmi atau dalam erti kata lain bukannya untuk menunjuk nunjuk. INGAT, next election tak tahu lagi maa….

antubiul said...

. Mempertahankan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama Pelaburan Terus Asing (FDI) yang bernilai RM11 bilion tahun lalu'

Khlaid dan geng geng PR masih in a 'denial mood' to acknowledge what 'BN' has done and BN has doen a good job. 'Lumbu punya SUSU itu Sapi nama dapat'. Here lumbu is BN while Sapi is the 'better MB' Khalid and PR's .

yobolton said...

Jangan Angkat bakul sendiri.Tunjukkan kebagusan anda dengan kerja yg dilakukan. Dan serah penilaian prestasi anda kepada orang lain yang boleh menilai bukan diri sendiri.

Pak Sako said...

Salam sejahtera, saudara Kadir.

Komen pendek sahaja buat masa ini: tajuk rencana saudara ada kesilapan ejaan.

"Labih" itu nama kod (code name) rokok berperisa opium yang dijual di Yemen. Setahu saya, saudara Khalid Ibrahim belum menjejaki lagi negara itu. Barangkali saudara memaksudkan "Lebih", dan bukannya "Labih".

Sekian.

P.S.

Anonymous said...

Salam DKJ,

Itulah permainan org politik suka membandingkan kehebatan sesama sendiri.Kita rakyat hanya dapat menentukan prestasi dalam masa 5 tahun akan datang, itupun kita panjang umur....

Mansham Klang

Shah said...

Dear DAKJ,
Khalid has to learn to be humble and modest. There is nothing to be gained by bringing along the aura and 'imperiousness' (if there is such a word) of a chief executive of the corporate world.Using his private car for official duties may be OK. Using public money for petrol and maintennace for the car may also be OK but he must make sure that the amount used MUST be equal or less than the amount used for a government car which is normally provided for an MB.In addition he should get the ExCO approval. Whether he is a better MB than Khir Toyo , only people will be the judge. People will measure him against their expectations when they decided to let PR govern Selangor in PR12. So in the meantime, Khalid should focus on the "walk" , not the "talk".

Shah said...

Dear DAKJ,
Khalid has to learn to be humble and modest. There is nothing to be gained by bringing along the aura and 'imperiousness' (if there is such a word) of a chief executive of the corporate world.Using his private car for official duties may be OK. Using public money for petrol and maintennace for the car may also be OK but he must make sure that the amount used MUST be equal or less than the amount used for a government car which is normally provided for an MB.In addition he should get the ExCO approval. Whether he is a better MB than Khir Toyo , only people will be the judge. People will measure him against their expectations when they decided to let PR govern Selangor in PR12. So in the meantime, Khalid should focus on the "walk" , not the "talk".

Anonymous said...

Greeting Datuk AKJ,

As an ex-coworker of Khalid Ibrahim in the PNB, I do not have to be there to know that you and the rest of the bloggers were talking to the original conceited, self-centered and mostly incoherent Khalid Ibrahim. I hope you Datuk, whom I know also knows Khalid well from the PNB and Guthrie days, had not been taken for a ride by him. I know you were not only from your report but as always you tended to be courtious but probing.

But I know deep inside your heart you and I know who he was and still is. If he can’t do better than a country dentist Khir Toyo what good is he as a former PNB and Guthrie CEO. Even in age he is older than Khir. But alas Khalid’s record in PNB and Guthrie was nothing to shout about and he was a complete failure in Guthrie that the company had to be taken back with massive problems.

In PNB he could claim credit because for some strange reasons the late Tun Ismail Ali liked and tolerated him. Some say because he knew how to butter the friendless and lonely loner. The real people who made what PNB what it is today are the late Tun Hussein, Tun Dr Mahathir, Tun Ismail and Tan Sri Mohd Desa Pachi. Desa left because he could not stand the kniving Khalid.

Khalid was a failure at Guthrie the company be bought (was it paid for Dato’?) and run. Because the bad running of Guthrie that PNB was forced to accept the mega merger with Sime and Golden Hope orchestrated by the 4th Floor boys, CIMB, Fox Communications and a certain Chinese Tan Sri speculator.

For the sake of Selangor and those young people who worshipped Anwar, Khalid and Elizabeth Wong, I pray that Khalid does better or his megalomania will destroy Selangor like he nearly destroyed Guthrie.

It is people like you by your questioning and writing can control this runaway train called Khalid Ibrahim because you know who he is. The tiger will not change its stripes. But Khalid is not a tiger. He is a fox.

Ex-PNB

Anonymous said...

Salam Dato',

Sebenarnya ada banyak yang hendak saya katakan sebagai seorang reformis yang menaruh harapan menggunung kepada Kerajaan Pakatan khususnya di Selangor ini.

Malangnya apabila terbaca yang YAB Khalid Ibrahim menganggap dirinya lebih baik daripada MB lalu sebagai tanda kejayaan, ia terus mengesahkan kepada saya kekecewaan ramai terhadap kepimpinan beliau dan juga prestasi kerajaan negeri Selangor hari ini.

Kerajaan yang ada hari ini masih lagi belum menampakkan hala tuju mereka samada yang diperlukan rakyat mahu pun sepertimana yang dibentangkan di dalam manifesto PRU12 lalu.

Apa yang rancak mereka lakukan 12 bulan pertama berkuasa hanyalah rentak tari politik.

Kami mohon kepada MB Selangor sudah-sudahlah bermain politik bukan sahaja terhadap BN dan juga kepincangan kerajaan dan MB lalu tetapi juga sesama mereka di dalam PKR dan Pakatan. (Jangan ingat orang kuat Pakatan Selangor tidak bercakap mengenai perkara ini).

Cukuplah juga dakwaan peranan negatif media terhadap kerajaan hari ini. Isteri saya seorang kakitangan kerajaan yang tegar BN amat menentang Khir Toyo ekoran berita negatif mengenai pentadbiran beliau yang tidak henti-henti dicanangkan oleh Karam Singh Walia dan TV3. Apakah tidak mungkin peranan media ini juga membantu Pakatan meneraju Selangor hari ini?

Selangor hari ini lebih teruk dari lalu angkara permainan politik kerajaan yang tiada kesudahannya.

Mendabik dada mengatakan dirinya lebih baik dari yang lain tidak lain daripada satu lagi permainan politik YAB Tan Sri Khalid.

Cukuplah. Kami sudah jemu dengan senario ini.

-Ijok Warna Ku-

mannmusa said...

teruskan Tan Sri...teruskan...biarkan lah mereka dengan kerenah mereka. Jika mereka berjaya kumpulan segalan yang ada di antara langit dan bumi ini untuk memusnahkan Tan Sri sekalaipun jika tanpa izin ALLAH mereka tidak akan beroleh kejayaan.... Tanpa izin Nya usaha mereka tidak kemana. InsyaAllah. Bertawakkal lah....

penyapujagat said...

Mengingati Dawnraid 1979, agak hairan bagaimana Khalid digambarkan sebagai perencana dawnraid itu yang mampu memberi malu pada Thatcher.

Jawatan Khalid pada waktu itu hanyalah Pengurus Pelaboran di PNB. Bermakna dia lebih kecil dari Ismail Mohamad Ali, bos PNB.

Jika ditanya beberapa bekas pengurus atau CEO anak Syarikat di Selangor pasti kita tidak akan lupa bagaimana PNB mengambil alih syarikat-syarikat yang diasaskan dan dibina di Selangor.

Kebanyakan syarikat itu terpaksa dilepaskan pada harga yang ciput.Misi ini banyak dilaksanakan oleh Khalid dengan jayanya.

"Saya Lebih Bagus" tidak lebih sebagai satu nostalgia Khalid dan menutup kelemahan.

Menutup kelemahan sama seperti tidak mengakui kelemahan dan enggan menerima teguran.

amir said...

Saya makan satu kilo babi.

Tapi saya lagi bagus dari jiran sebelah rumah saya, pasal dia makan 2 kilo babi.

Yay!

Anonymous said...

Salam,

Depan kedai saya, jarak sekadar 400m, bukan sekadar lereng bukit, satu BUKIT, hari hari tanah diBOM, satu hari 3kali bangunan kami gegar! Separuh Bukit ini dan hilang...

Lebih baguih kut celah mana?

Sejak 12bulan, kawasan perniagaan kami lenggang! Kalau lembu tiduk kat tengah jalan dari 10pagi sampai 5ptg pun bolih nyenyak... Kawasan perniagaan kami begitu sempot, tercunggap!!

Hah jangan ambil alasan recession.
Kalau lebih hebat, dan sebagai bekas Korparat, seharusnya cetuskan keadaan ekonomi 100% lebih hebat dari masa KT dulu! Nih, turun ke -100% pulak!

Jangan perbodohkan kami!

PENIAGA

Anonymous said...

Dato,

Dalam satu tahun kita dah boleh buat anak. Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat macam orang mandul. Taada apa-apa. Ashik, hu ha sana hu ha sini. Setiap hari berpoya-poya dengan isu politik. Sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Pemimpin yang bagus tidak perlu memburukan orang lain untuk menunjukan yang dia lebih baik. Islam pun tak galakan kita memburukan orang lain. Buat kerja dan biarkan prestasi kita dinilai oleh BOS kita. Siapa BOS kita? Rakyat macam saya ni. Jadi kalau nak terus bekerja, BOS mesti puas hati dengan prestasi anda.

Sebenarnya YAB Khalid Ibrahim mempunyai konsep pentadbiran yang bercelaru dan salah. Kalau beliau boleh guna kereta persendirian untuk jadikan kereta rasmi, apa akan jadi 1 juta kaki tangan kerajaan buat perkara yang sama?

Lu, Fikir-fikir lah sendiri, kata Nabil.

Meluat berpolitik.

Nik said...

Dato'

As Nik Aziz would have said " Itu Pandangan Peribadi Dia".

I suggest it is too early to claim success or failure by any party...Maybe under these trying times, normal scale of achievement may not apply.we should have asked the current Selangor MB under what measure he consider himself as a better person...

In any case, I believe the current measure the rakyat is using is more on integrity than anything else...for without integrity there is little meaning on all else..

Certainly it is not good publicity for him to answer outright.. for Malays tend to value humility above pronouncements....

Anonymous said...

Hi semua pembaca,
Dari beberapa comment yang saya baca, saya rasa kebanyakan rakyat Selangor yang dapat ganjaran atau benefits just being kroni's meyokong UMNO / BN government. Golongan ini lah yang tidak akan maju, malas and sentiasa menantikan bantuan atua subsidi. bAGI SESIAPA pun yang menjadi MB Selangor, maka terdap lembah emas disana, jadi mati matian semua nak jadi MB. sO Tan Sri, keep up you have the coporate experience to lead the state, say what they like. Toyo is just only a dentist, knows nothing about managing a country or state, not managing a dentist klinik with one or two nurse. Tan Sri Khalid, you have done a good job, forget about Pronton cars, get focus with the current economy in the state and country, use your experience to show them the way .
WOwwwwwwwwwwwww good
Aaron Khoo

pitisku said...

"Khalid Ibrahim: Saya Lebih Bagus"

bagus dlm bercakap buat apa..

point2 yg bagus tuk rakyar marhaen ambil perhatian..bab politik tolak tepi...

"Rangka kerja yang berpaksikan konsep merakyatkan ekonomi telah diwujudkan dan sedang dilaksanakan;"

apa dia tu tak faham apa merakyatkan ekonomi ? buat contoh

"Mempertahankan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama Pelaburan Terus Asing (FDI) yang bernilai RM11 bilion tahun lalu;"

pertahan mcm nama tu?


"Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online;"

pemantauan macam mana..apa websitenya?

......

MohdHafizKamal said...

Tidak perlu mengaku 'lebih bagus' tumpukan utk mentadbir Selangor supaya 'lebih bagus' dari pentadbiran sebelumnya.....supaya yg dpt nikmat adalah rakyat.

A KADIR JASIN said...

Sdra Pitisku,

Sila lawati laman web Kerajaan Selangor -- www.selangor.gov.my.

Terima kasih.

Ahmad A Talib said...

Sdra Scribe,

Seperkara yg saya nak sebut - Khalid Ibrahim seolah-oleh tahu pengaruh bloggers dan mengambil langkah untuk bersua muka dgn mereka. Ini satu langklah baik. Menteri Penerangan D Shabery Cheek juga berbuat demikian..bagus, bagus...teruskan! Samada Khalid lebih baik dari KT, ama-samalah kita nilai nanti..

PAHIT MANIS

manletih said...

Dato',

MB Selangor tak suka pelaburan bilion ringgit proton di Selangor tu. Johor bersedia menyediakan tapak kilang untuk proton. Pindah dari Selangor ke Johor.

"Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online;"

Yeah right! Yang beribu dah kerja di Proton dan kilang2 yang bergantung kepada proton pun nak dibuangnya. Patut MB sokong produk proton. Podah. Proton aku lagi bagus dari Honda aku.

Btw. Bravo. PR worship UMNO cronies now. Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim. 1. Make money from BN policy. 2. Power hungry 3. lompat katak, 4. Get appointed PR defectOH leader, a better MB Selangor.

"WOwwwwwwwwwwwww good
Aaron Khoo"

*manletih*

amore said...

salam...
baru bertarung dalam berbagai kesulitan selama 10 bulan sudah dibuat perbandingan.....semuanya nak dan cara mudah nak cepat...itulah ajaran pemimpin dulu selama 50 tahun lebih kpd rakyat....10 bulan dengan 50 tahun lebih....apa ni dato....

Anonymous said...

Dato AKJ,

Dalam hal lebih bagus A daripada B?
1. Tak perlu nilai diri sendiri, biar orang lain yang nilai


2. Rakyat akan nilai seseorang itu melalui PR

3. Mesin pencuci lebih baik daripada penyapu

4. Gigi tulen lebih baik daripada giri palsu

5. Berfikir lebih baik daripada mengalamun

6. Berhutang lebih baik daripada mencuri

7. Menunggu masa lebih baik daripada rampas kuasa.


Uton51

Anonymous said...

Dato' AKJ

Memang tidak mudah menjadi MB sebuah negeri yang diperintah oleh PR. Selain cabaran pengurusan, kerajaan pusat di bawah BN meletakkan berbagai kekangan. Contoh: isu air dan pelancongan. Bagaimanapun, pengalaman sebagai peneraju korporat akan membolehkan KI mendepani cabaran dengan baik. Saya ucapkan selamat pada beliau. Hanya mungin perbandingan beliau dengan KT adalah terlalu awal bagi membolehkan pengamatan yang adil.

Tiga Kupang

clean said...

MB PR dah interview, MB BN bila nak interview? ada chance nak interview ke?

Kalau boleh start dgn Najib. Bawak la RPK sekali... mesti 'meletup' punya..kata org muda skrg..

At least Khalid dah layan bloggers wlupon dah setahun..

Kan depa (BN) cakap apa..
blogger tu manatang apa ntah!


p/s: ada org kat sini caci maki..pas tu baca alfatihah...pelik tol..

SelangorMaju said...

"Proton tak comfortable", kata Khalid Ibrahim. Elok lah. Kalau rakyat marhaen kata Rumah PPR tak selesa, agaknya YAB Tan Sri Khalid boleh bagi banglo sorang satu kot?

Just wondering lah. Orang atas boleh cakap nak itu ini. Tapi, kita ni dok macam niii jugakkk. Sama sajalah 10 kali pun tukar kerajaan.

Lagi satu, tak payah la mengaku lebih baik dari Khir Toyo. Nampak pun sama saja 2 X 5.

Bangsa Maju said...

Hidup PKR

Semoga di bawah PR nie, Selangor lebih maju

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZIKAN,
CLEAN said,
p/s: ada org kat sini caci maki..pas tu baca alfatihah...pelik tol..

KAMI MOHON MAAF JIKA 'MAKANAN' ROH KAMI DIFAHAM DAN DIKATAKAN SEBAGAI BACAAN SAHAJA.

SEMEMANG NYA PELIK.. SEPERTI KITA KATAKAN 'MAKAN' ANGIN..FAHAMKAN?.

MOHON AMPUN DAN MAAF DAK KERNA KAMI MENYIMPANG..

ALFATIHAH, AMIN.

penyapujagat said...

DKJ,

Saya hampir nak termuntah sebenarnya bila mendengar MB Selangor berikan masa untuk berjumpa blogger. Setelah setahun. Sebelum ini, saya amat yakin tidak ada usaha untuk menghormati blogger olehnya. Sebelum ini juga Khalid menolak mentah cadangan supaya diperkasakan unit maya dalam pentadbirannya. Malangnya apa yang berlaku ialah kecamuk yang amat.

Orang koperat tidak melihat daya intelek penulisan dan nilai sastera serta bahasa itu penting. Bagi mereka angka, nombor lebih utama.

Namun amat malang jika Khalis tidak mampu memberi data dalam bentuk nombor bila ditanya tentang FDI.

Setelah setahun, kelemahan ini terdedah dan ia juga mendedahkan betapa teruknya PR skill Khalid dalam meraih simpati wartawan/
bloggers. Saya pasti dia lebih banyak bercakap dari semua bloggers yang hadir.

Anonymous said...

Assalamualaikom Dato' kalau MB Khalid settlekan kes babi tu ke Pulau Ketam, saya akan kata dia buat kerja lebih baik dari KT. Selagi kes babi tidak dilaksana dengan bijak, buat di kawasan penduduk2 Melayu, he is no better than KT, worst infact. Kalau nak bela orang2 susah, lebih2 lagi orang melayu, hah, start with that.
ml

hk said...

Dato AKJ,

Khalid Ibrahim menggunakan pendekatan 'nerd' dalam politiknya. Rakyat masih ingat bila mana skandal kutipan Derma 100 hari pemerintahan PR di Selangor. Khalid menyalahkan pegawai khasnya Yahya Sahri. Akhirnya Yahya meletak jawatan dan menjadi pegawai pool dalam kem Anwar.

Dalam kes Lembu dan Lexus pun Khalid menggunakan taktik 'nerd' yang sama. 'saya tak mengarahkan' atau ' ianya telah mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri'. Jadi lembu punya susu, sapi sudah kena !

Taktik 'nerd' dan 'twist and turn' ini akhirnya akan terjawab apabila Khalid dihadapkan ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini untuk menjawab tuduhan salahguna kuasa dan rasuah di Mahkamah.

Power is corrupt, absolute power corrupt absolutely. Even little power have corrup very quickly di Selangor. Syabas Khalid.

muqayyad said...

Salam Dato Kadir,
Minta izin tinggalkan komen Dato'.

Pak Khalid memberi pandangan dan kritikan terhadap kereta proton yg kurang selesa jika hendak dibandingkan dgn kereta toyota miliknya. Apa salahnya? kritikan perlu diterima. Maka pihak proton perlu menilai semula bagaimana kereta proton yg diimport lebih bagus dari yg berada di negara sendiri.

Ada asas Tan sri khalid berkata begitu.

Belajar terima kritikan, terbuka minda baru maju.

muqayyad

Dato Harun Dan said...

Doto KJ.

Saperti saya katakan dahulu.Khalid ingat dia maseh menjadi CEO PNB atau Githrie.


Khalid saorang yang pandai tapi dia tidak cerdik.Orang cerdik tak samestinya pandai.

Dalam politik kita memerlukan orang cerdik dari pandai.Dia nak tunjok dia smart,pakai kereta sendiri dari kenderaan resmi.konon nak save wang.Dia ingat selangor itu negeri Pak dia.Dia ingat pegawai2 Kerajaan sokong dia,dia ingat menyimpan orang musoh2 politiknya merupakan satu kebajikan.He is not political savvy.

Nasehat saya kapada Khalid while still MB Selangor.Make hey while the subshine.Rape the state.Give goverment land kapada kawan2.Buat saperti Mohamad Taib or Khir Toyo did.

Kalau you report kapada polis atau MACC akan kesalahan Khir Toyo,you ingat mereka akan siasat.Jangan buang masa Khalid.

Kita curi,kita rompak,bukan kesalan besar saperti zina atau menduakan Allah.Bila dah tak mjadi MB Selangor bertobat banyak kapada Allah.Kesal akan perbuatan kita dan pergi Umrah tiap tahun.Ini lah yang Khir Toyo have in mind.Sebab itu dia beli apartment di Mekah depan Mesjid Haram supaya senang ia bertaubat tiap2 malam.Semoga Allah ampun dosanya.

TiCo said...

YBhg Dato` Kadir

Tahniah Dato` kerana diundang ke kediaman MB Selangor. Dapat bertemu dengan kawan baru. Dan terima kasih kerana melaporkan perbincagan yang eklusif itu.

Syabas kepada Tan Sri Khalid kerana berani mengistiharkan diri sebagai MB Selangor terbaik setakat ini. Pengistiharan begini tentunya keluar dari mulut dan hati seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya suka orang yang berkeyakinan tinggi.

Namun demikian, senarai terbaik saya utuk jawatan MB Selangor masih pada Dato` Haron Idris. Penilaian ini diberi kerana Jati Jiwanya. Seorang pemimpin Melayu yang mengubah imej orang Melayu Kuala Lumpur daripada imej sebiji melukut kepada sesuatu yang lebih besar.

Nampaknya Tan Sri Khalid sekali lagi memberi ruang kepada pengkritik untuk menyerot imejnya sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau bercakap tentang merakyatkan ekonomi dan pada masa yang sama juga menyanjung kehebatan Lexus.

Ramai yang lari dari UMNO kerana mereka kata UMNO mengamalkan nepo dan kroni. Ramai yang percaya bahawa PKR dapat memberi keadilan kepada rakyat jelata.

Saya masih mencari hala tuju perjuangan PKR. Apakah bentuk fahaman PKR. Sewaktu PRU 12 yang lepas saya nampak ada pemimpin yang bertanding di bawah lambang PKR memakai baju ada gambar Che Guevara. Dan seorang pemimpin dan blogger PKR mengguankan nama CheguB... Che Guevara adalah rakan perjuangan Fidel Castro yang memperjuangkan sosialisme.
Merakyatkan ekonomi juga nampak macam fahaman sosialisme.

Tan Sri Khalid adalah seorang ahli koperat yang terkenal. Sebagai seorang peneraju koperat, fokus utamanya adalah untuk menjana keuntungan. Oleh itu, saya percaya bahawa Tan Sri Khalid sedang berusaha keras menyelaras pemikiran kapitalis kepada pemikiran berfokus kepada kebajikan. Dalam tempoh transisi ini mungkin berlaku ketidaklarasan antara kata dan tindakan.

Belum berlaku dalam sejarah pasca perang dingin, sebuah negara beralih dari kapitalisme kepada sosialisme. Betulkan saya, jika saya salah.

Sekian terima kasih.

ps Untuk peminat Che Guevara atau tujuan hiburan sila dengar lagu Hasta Siempre nyanyian Natalie Cordon. Sedap. Kalau tak faham bahasa Spanyol pun tak apa, muzik itu universal.

Alang Sepang said...

Aslkm Dato,

Orang baik, akan diiktiraf oleh org lain. Kalau diri sendiri mengaku baik bermakna org itu bongkak dan sombong. Kerajaan BN menilai kemajuan dan prestasi bukan setahun, tetapi 5 thn sekurang2nya. Ini baru memerintah setahun lebih dah mengaku baik.

Org bongkak dan sombong saja akan merendah2kan pihak lain. Orang bongkak saja akan mengatakan proton tidak selesa. Orang bongkak dan kumpulan2nya akan pandai berjanji sebelum menang. Bila dah menang janji itu dibelit2kan. Kalau tidak dapat laksana org bongkak ini akan salahkan pihak lain.Memang org bongkak/sombong susah menerima kesalahan sendiri. Selalunya tidak akan mengaku salah. Tambahan pulak Khalid bongkak ini dikelilingi oleh orang/bangsa yg lebih bongkan...maka org2 kanan beliau pun sama2 terikut kebongkaan nya.

Saya setuju dgn kluangman, roshatika dan lain2. Hanya org buta hati dan perasaan saja kata Khalid bravo.... dan mereka ini lah yang akan melemahkan dan membunuh bangsa sendiri.

Anonymous said...

Salam Dato,

Setuju 100% dengan kenyataan MB Selangor tu.

Bekas MB Khir Toyo menganugerah penyapu, manakala MB Khalid menganugerah lembu. Jadi yang memberi lembu adalah jauh lebih baik dari pemberi penyapu.

Anak Bayan.

Anonymous said...

salam

bagi saya,orang politik tetap orang politik.tidak ada beza.Khir toyo bagus.yang tak bagusnya orang yang mengelilingi dia.(kaki pengampu dan rasuah)

untuk Khalid Ibrahim, baru setahun dan jangan mendabik dada dahulu.

Kes pembangunan tanah pula, undang-undang di negara kita ni banyak sangat sampai kadang-kadang konflik satu sama lain malah interpretasi yang terlampau luas.

PBT,Kerajaan Pusat,kerajaan negeri.Masalah yang timbul sekarang, apabila kerajaan negeri dari parti lain dan federl parti lain.selama ini, EIA ditafsirkan sesuka hati oleh kerajaan dahulu dan EIA banyak memberikan kelebihan kepada Syarikat-syarikat.

Untuk Proton..saya pengguna proton persona dan terus terang saya katakan...amat mengecewakan.dasar perlindungan yang selama ini menjadikan Proton membuat kereta sambil lewa yang menyebabkan golongan kelas pertengahan macam saya terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih semasa servis kereta di pusat servis proton..

Adakah ia normal bagi Proton?Tak selesa?Memang benar ia tak selesa walaupun saya terpaksa menggunakannya kerana bersemangat untuk menjadi rakyat malaysia cintakan proton pada mulanya.Mungkin tak selesa pada pandangan khalid dari segi kos servisnya.

Johar

PENGUNDI ATAS PAGAR said...

Dato'

saya berpendapat walaupun baru setahun jagung pemerintahan PR di negeri Selangor dan terdapat beberapa masalah namun terdapat usaha dan perancangan jangka panjang yang dibuat oleh TS Khalid bagi memastikan negeri Selangor dapat menjadi lebih maju dan juga pemerintahan yang lebih telus:-

-antara perancangan tersebut adalah seperti mengambil balik perkhidmatan bekalan air dari pihak swasta yang telah gagal dalam menunaikan tanggungjawab dan melangari pelbagai perjanjian (pihak SYABAS telah melanggari perjanjian dengan membenarkan sebuah syarikat menggunakan paip air yang diimport dari Indonesia sedangkan mengikut terma perjanjian konsesi hanya paip air buatan tempatan yang dibenarkan)

-melarang sebarang bentuk pembangunan di lereng bukit dan

-penubuhan majils zon MPP di seluruh Shah Alam bagi memudahkan penduduk untuk mengadukan masalah

-dll..

saya sebagai seorang pengundi di DUN Kota Anggerik dan Parlimen Shah Alam telah menyaksi pelbagai pembangunan dijalankan selepas P/U 8 MAC

di Seksyen 2 Shah Alam (berhampiran UiTM) terdapat sebuah projek medan selera yang telah bertahun-tahun tidak dibangunkan dan hanya terdapat papan tanda namun sebaik sahaja PR mengambilalih pemerintahan di Selangor projek medan selera tersebut telah digerakkan semula dan kini ianya sudah 98% siap dan dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat

begitu juga dengan lubang-lubang jalan yang terdapat begitu banyak di Shah Alam telah diturap semula bagi memastikan keselesaan pengguna

pembangunan yang rancak di sepanjang Seksyen 7 menyaksikan berpuluh-puluh bangunan baru kediaman dan perniagaan dibina

begitulah antara sedikit usaha yang dapat saya lihat sepanjang pemerintahan PR di Selangor

saya rasa adalah terlalu awal untuk menilai kebolehan TS Khalid dalam menerajui negeri Selangor...tetapi sekurang-kurangnya beliau sedang cuba untuk memberi yang terbaik...

p.s-kereta Toyota Camry adalah lebih baik dari kereta Proton Perdana Executive V6 ....ini kerana saya memiliki kedua-dua kereta tersebut dan berdasarkan pengalaman saya, kos selenggara bagi Toyota Camry adalah lebih murah dan pemanduan yang lebih selesa dan effisien, malah saya bercadang untuk menjual Proton Perdana Executive V6 saya...sekiranya sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya

2002 Proton Perdana Executive V6 For Sale, RM38,000 o.n.o.


PENGUNDI ATAS PAGAR

Limanov said...

Dato,

Kepada MB Khalid, teruskan usaha yang baik itu. Memang lumrah pihak lawan akan terus mencari kesalahan. Kalau ternyata MB Khalid lebih bagus, saya pasti rakyat Selangor akan terus sokong beliau. Kalau makin teruk,saya pasti rakyat Selangor tahu apa nak buat nanti.

Cerita pasal proton ni, saga dan wira saya pernah guna. Nak cerita banyak pun tak guna. Saya dah jual semua.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tico,

Saya bukan baru kenal Khalid. Pertama kali berinteraksi denganya pada tahun 1981 ketika dia dengan PNB.

Sdr Anak Bayan,

Saya sampai hari ini keliru sama ada PKNS boleh buat korban.

Atau seorang Khalifah ambil duit Bai-ul-Mal untuk buat korban.

Setahu saya dan yang saya buat, saya guna duit poket sendiri untuk buak korban.

Bagi mereka yang membandingkan Lexus Khalid dengan Proton mereka, samalah dengan membandingkan beras hancur yang murah harganya dengan beras Basmati import yang mahal.

Orang yang banding Lexus dengan Proton nampak sangatlah tak tahu hal kereta.

Lexus dan Harrier kereta yang sama dan kedua-duanya buatan Toyota.

Tetapi Lexus lebih mahal dan lebih baik daripada Harrier.

Jadi macam mana nak banding dengan Proton. Nak hina Proton dan berpuluh ribu pekerjanya bolehlah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato',

Orang macam Khalid ni bolehlah cakap pasal kereta mewah dan caci kereta Proton. Ini orang bongkak dan orang koperat yang sudah rasa senang dengan duit orang lain bila dia jadi manager PNB dan beli Guthrie tapi saya tak tahu dia bayar ka atau tidak.

Tapi apa hal dengan berjuta rakyat yang hanya mampu proton, perodua dan kapcai. Alhamdulillah sebagai bekas kerani, dulu saya hanya mampu kereta second hand Jepun. Sekarang saya mampu proton yang lebih baik dari kereta secondhand jepun.

Khalid ini saya yakin ada kereta lebih mahal dari Lexus tapi takut nak pakai katut rakyat nampak akan kekayaan dia kerana PNB dan Guthrie.

Kalau PM dan DPM boleh pakai Proton, apa sangat istimewa Khalid ini sampai sanggup caci proton? Inilah parti yang cakap fasal telus, mesra rakyat, rakyatkan ekonomi, adil dan macam-macam mengarut lagi.

Alahai, parti Abang Anwa lah katakan.

Kerani Pencen

Orang Kampung said...

saya ingin menyatakan cerita yang sebenar..

Pernah turun di Sekinchan, Selangor ke Dato? tengok nasib pengundi di sana ?

Kesian diaorang.. kat tempat ni, jangan kata streamyx, telefon pun kena pakai wireless, sebab jauh di tgh bendang..

puak puak ni sedih, nasib makin teruk di bawah PKR. kurang kurang , dulu masa Khir Toyo , ada gak turun ke sana,

kali ni , hampeh..

clean said...

"Bagi mereka yang membandingkan Lexus Khalid dengan Proton mereka, samalah dengan membandingkan beras hancur yang murah harganya dengan beras Basmati import yang mahal."

Sori Datuk..

Apa beza beras dgn kereta?

Kereta ada 'performance' bermakna ia ada komponen2 bergerak yang memerlukan 'warranty' dan 'guarantee'.

Cuba bayangkan seorang doktor O&G yang terpaksa menghantar kereta protonnya ke pusat servis acapkali cermin tingkap kereta proton tersebut sangkut? Bila dihantar dikatakan "benda ini biasa lah". Kalau ada emergency, baby nak 'deliver', macam mana yer..


p/s: Kalau bacaan Alfatihah itu utk ROH, sila amati dan ikuti 'ummul kitab' tersebut dengan baik.

Maksud surah alfatihah:

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Salam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Clean,

Maaf cakaplah, kalau se takat cermin sangkut, semua kereta sangkut. Kereta Jaguar pun sangkut. Kereta Pajero pun Sangku atau naik tak sama. Kereta Honda pun sangkut. Cermin pulas fesyen lama pun sangkut.

Macam ni sajalah. Kalau nak pakai kereta apa pun pakailah.

Lexus ka. Cayanne ka. Metcedes ka. Pakailah.

Tak payahlah peleceh Proton atau mana-mana kereta buatan tempatan atau kereta murah.

Tetapi inilah pembesar kita. Maaf cakaplah, tak kira PR atau BN, banyak yang tak sensitif dan lebih banyak yang tak tahu berfikir.

Ingatlah lebih banyak orang yang hanya mampu Proton dan kereta murah lain daripada yang mampu kereta mewah.

Terima kasih.

abdullahngah said...

“.....looking back, I can say I’m better than the previous MB.” (Menoleh ke belakang, saya boleh mengatakan saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu).

Bagi saya berkata saya lebih bagus suatu yang sangat tidak baik dari segi kaedah peribadi, kerana Allah pernah menyatakan jangan berkata kami sudah beriman, sedangkan kamu belum lagi diuji.

Imam Al Ghazali pernah berkata sesiapa yang mendakwa dirinya “baik” maka bermakna mereka yang mendakwa itu tidak sepertimana yang didakwa.

Hal ini dapat kita sesuaikan dengan ayat Allah yang bermaksud: ”jangan kamu berkata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum di uji.”

Berkata (Tan Sri Khalid Ibrahim) saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu ( Datuk Seri Khir Toyo) tidak harus keluar dari mulutnya.

Perkataan yang patut keluar dari mulut Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjawap soalan blogger Rocky’s Bru (Ahirudin Atan) sepatutnya berbunyi begini: Khir Toyo lebih bijak dari saya kerana gondol Bukit Cahaya Alam dan beri rumah kepada Exco sebuah setiap seorang.

Memang Khir Toyo boleh buat apa sahaja yang dia suka, kerana SPRM duduk dibelakangnya. Laporan media, SPRM terjun tak bertangga menyiasat.

Laporan Polis yang di buat ADUN PKR mengenai tawaran RM 20 juta untuk lompat parti tidak dilayan.Itulah PSRM yang baru. 2X5 juga. Demikian juga kehakiman.

Pendek kata apa yang di buat orang Umno semua betul walaupun salah. Apa yang dbiat oleh PKR walaupun betul tetapi semuanya salah.

Hal ini sama apa yang penrah dilakukan oleh Umno terhadap kerajaan Terengganu yang terajui oleh PAS dahulu. Apa yang buat oleh EXCO PAS semuanya disiasat sampai dalam kelabu.

Tun Salleh Abas dikata salah gunakuasa kerana membawa kereta EXCO ke Kebun Durian. Pada hal kereta EXCO boleh digunakan oleh EXCO kemana sahaja yang disukai. Itulah kerja orang Umno sehingga membuat kerajaan PAS tercalar.

Demikian juga dengan apa yang di alami oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit dengan kereta peribadi yang dikatakan salahgunakuasa. Pada hal seorang menteri boleh guna wang kerajaan untuk baiki kereta peribadi disamping kereta rasmi.

Mantan Menteri besar Terengganu (Datuk Wan Mukhtar Ahmad) ketika menerajui Terengganu mengunakan lima buah kereta tidak dikata salah gunakuasa pun, malah mereka tidak pernah disiasatpun selama menjadi menteri besar.

Dalam sejarah Mantan Menteri Terengganu pernah disiasat oleh BPR . Apa yang berlaku? 7 orang pegawai BPR Terengganu ditukar ke Johor. Itulah bahananya.
Oleh itu jangan bimbang wahai Menteri Besar Selangor.

Pasrahlah, berserahlah kepada Allah, kerana Allah sentiasa bersama orang yang beriman. Kuatkan iman kerana Allah mentadbir kerajaaan langit dan bumi.Kita kena tunjuk peribadi yang terbaik dan jangan gelabah dan latah, kerana gelabah dan latah itu menzahirkan sifat ketidak bijaksanaan seseorang.

Lakukan apa yang betul dan jangan sekali lakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak Allah. Saidina Umar pernah berkata: Musuh lakukan maksiat dan kita juga lakukan maksiat, maka musuh akan menang. Ingat, jangan sekali sekali buat maksiat.


Dan jangan lupa dengan pegawai kerajaan, kerana mereka orang Umno yang mahu tidak mahu pasti banyak melakukan sabotaj sepertimana yang di lakukan terhadap kerajaan Kelantan dan Terengganu dahulu.

Jangan mudah percaya dengan apa yang dilakukan dan dipersetujui sepertimana Mengenai perkembangan terakhir penyiasatan rasuah/pecah amanah yang dikata ada bukti kukuh oleh PSRM, sedangkan kamu kata kamu tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) atau mana-mana anak syarikatnya menghantar lembu korban ke kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak.

Jangan mudah percaya dan berhati hatilah dengan persetujuan Pegawai Kewangan Negeri bagi menggunakan kereta Lexus Rx milik peribadinya sebagai “kereta rasmi” dengan kerajaan membayar kos minyak dan penjagaan.kerana ini mungkin suatu perangkap untuk menjerat.

Hal ini pernah dilakukan oleh pegawai kerajaan negeri Terengganu terhadap mantan menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004) yang tidak ambil elaunnya dikata berbohong, sedangkan elaun yang diperuntuk itu memang tidak diambilnya menurut Ketua Kerani Tingkat 16 Wisma Darul Iman, yang kebetulan kawan akrab saya.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

Saya sampai hari ini keliru sama ada PKNS boleh buat korban.
DAK,
PRIOR TO THE GM'SHIP(ACTING) OF MDM. LOW SIEW MOI, THE MANAGEMENT OF PKNS HAD REFERRED THE MATTER TO JAIS AND WAS ADVISED AS PER YOUR RATIONALE THAT 'KORBAN' IS FOR THE INDIVIDUALS.

SINCE THIS MDM. LOW WANTED TO SHOW TO THE SELANGOR MUSLIMS THAT SHE IS MORE MUSLIM THAN THE MALAYS, SHE UNDERTOOK THE EXERCISE WITHOUT ANY REFERENCE TO THE RELEVANT AUTHORITIES. NOW SHE IS A DATIN PADUKA!

FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI.

ALFATIHAH, AMIN.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

A KADIR JASIN said,

Sdr Clean,

..
Macam ni sajalah. Kalau nak pakai kereta apa pun pakailah.

Lexus ka. Cayanne ka. Metcedes ka. Pakailah.

Tak payahlah peleceh Proton atau mana-mana kereta buatan tempatan atau kereta murah.

Tetapi inilah pembesar kita. Maaf cakaplah, tak kira PR atau BN, banyak yang tak sensitif dan lebih banyak yang tak tahu berfikir.

Ingatlah lebih banyak orang yang hanya mampu Proton dan kereta murah lain daripada yang mampu kereta mewah.

SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT BERSETUJU DENGAN SIKAP DAK YANG PENUH KEINSAFAN (RENDAH DIRI).

INILAH SIKAP YANG MEMBEZAKAN ANTARA INSAN YANG BERILMU PENGETAHUAN DAN MANUSIA YANG HANYA BERPENGETAHUAN.

YANG TERSURAT ADALAH PENGETAHUAN
YANG TERSIRAT ADALAH ILMU.

WASSALAM..

ALFATIHAH, AMIN.

mamat bedong said...

kalau dah tuan rumah lama berak merata-rata taik samapi atas syiling rumah, melekat sampai susah nak tanggal..pasai apa..pasai 50tahun umno berak merata-rata dalam rumah tu..taik sini sana..bayanglah taik 50tahun punya, punyalah keras..mai tuan rumah baru..nak beresihkan rumah..orang tanya..ai..dulu sebelum nak ambik alih rumah kata nak bersihkan rumah..tak bersih-bersihpun..tuan rumah baru jawab..nak buang taik-taik lama dulu baru buleh beresih..apakah keadaan macam ni pun penyokong yang berak merata-rata pun tak faham..hangpa berak taik berterabuq sana-sini haram tak cuci..taik samapi jadi keras..bila orang baru duduk.., dok komplen..awat rumah tak beresih..dia tak sedaq diri pasai dia berak merata dulu-dulu ni lah melambatkan usaha orang baru nak beresihkan rumah..apa taknya..taik umoq 50 tahun..keras kedekiang..tu tak masuk kuman-kuman yg dok ada tinggai dalam rumah tu lagi...aparra penyokong UMNO..kalau bagi komen..habaq la penyokong umno..toksah belagak la orang taih pagaq..ni dia orang dok beresih taik hangpa yg hangpa tinggai kat 50 tahun..jenih tak sedaq diri saja lagu tu..payah...

-WADAH- said...

Salam sejahtera,
Adalah tak adil (sedangkan kita pun selalu cakap "perlu landaskan kepada keadilan") untuk kita mengatakan bahawa kita sebetulnya lebih baik daripada orang lain sedangkan tak semua orang menyokong yang kita lebih baik. Kata kata YAB Tan Sri Khalid itu adalah kata-kata seorang ahli politik, macam salesman jual barang; memanglah mengaku barangnya baik dan berkualiti. Baru setahun YAB, dah nak tunjuk lagak? Jangan jadi macam MB-KM BN yang lain YAB, dulu Khir Toyo bagi penyapu, satu dunia marah. YAB, berhati-hatilah. Perak pun boleh jadi krisis macam sekarang ini, apa tah lagi negeri YAB.

Buat kerja kita; jangan sibuk hal lain!

TayadihMaysia said...

Dato'
Sudah terang lagikan bersuluh. Mana-mana pemimpin yanbg tidak terlibat rasuah akan jadi pemimpin yang bagus...tidak kisahlah di sebelah PR atau BN. Yang menjadi masalahnya, hampir kesemua pemimpin BN rasuah...itulah punca segala masalah.

clean said...

Proton or foreign cars, the choice of cars should not be questioned as it all boils down to the personal choice and preference according to ones needs and means.

As a Muslim it all goes back to our ‘niat’, is it to show off or just plainly to serve the means?

Kalau ditengok kepada barangan dalam dan luar rumah, kebanyakan 'pembesar' memenuhi rumah dengan barangan luar negara;

adakah untuk menunjuk-nunjuk atau memenuhi citarasa seseorang,

jawablah kepada Allah S.W.T. Yang penting, bila membuat sesuatu, kenalah muhasabah diri samada diredhai olehNya atau tidak.

Tidak perlu untuk menjawab atau memuaskan hati semua orang kerana kawan akan biasanya sentiasa setuju dengan kita;

tetapi lawan akan biasanya sentiasa mencari kesalahan kita.

Wallahu’alam.

zulkarnain said...

salam

DAKJ,

Saya terpanggil untuk menyatakan memang benar silap dan salah Tan Sri Khalid yang kurang prihatin atas komen beliau berkaitan Proton (memandangkan ramai rakyat hanya mampu menggunakan Proton)

tetapi di sinilah masalahnya: memang benar proton adalah antara penyumbang peluang pekerjaan yang terbesar di negara ini dalam industri automotif, tetapi rakyat hanya mampu membeli kereta proton atau perodua disebabkan protection yg dikurniakan kepada mereka.
Saya berpendapat lebih ramai rakyat yang akan mendapat faedah sekiranya duti import dan eksais terhadap kereta2 negara lain seperti jepun dan korea dikurangkan atau dilupuskan sama sekali. Haa... sudah pasti quality-and-price-wise ramai yg akan memilih untuk kereta selain proton atau perodua.

Dan dengan itu tidaklah kebanyakan atau hampir semua rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang pinjaman kereta 7 atau 9 tahun yg tinggi. Persaingan sihat bakal membolehkan Proton cuba mengurangkan kos pengeluaran lantas mampu bersaing dgn kereta2 lain.

Sekadar tambahan, selagi masalah pengangkutan awam di Malaysia tidak mampu ditangani dengan berkesan dan efektif, selagi itu pertambahan jumlah penggunaan dan pembelian kereta individu tidak akan berakhir.

Teruskan mencoretkan pandangan Datuk.

salam

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dah berapa minggu ya, SPRM umumkan ada kes yang kuat terhadap Khalid. Kenapa belum dakwa lagi?

Saya ada terlepas berita ke atau yang diatas itu hanya lawak media?

p/s atas sikap tidak mahu berburuk sangka, saya anggap Khalid memilih statement berkenaan Khir Toyo dan Lexus vs Proton itu sebagai dalam konteks defensive terhadap isu semasa dan bukan sebagai sikap tunjuk lagak.

Walau bagaimanapun saya masih tertunggu jika Khalid mahu umumkan berapa kecil belanjawan negeri (atau ukuran produktif yang lain) berbanding semasa Khir Toyo yang dikatakan banyak membazir.

Ini barulah benchmark yang lebih objektif untuk mengetahui siapa lebih baik. Tak gitu?

affendi hussain said...

sawit future trader said:
Tiga perkara paling saya ingat tentang Khir Toyo semasa jadi MB:

1.Beliau ketengahkan cadangan untuk membolehkan penjualan rumah kos rendah kepada rakyat asing.


Kalolah betul.. mungkin sebab faktor asal usul beliau yg baru generasi ke2 dari indon sudah pun dpt jd MB..terima kasih UMNO..

Kepada TS Khalid selaku MB Selangor.. sila arahkan EXCO Kesihatan negeri buat kerja pasal kes-kes denggi dah ada orang mati..

jgn sibuk nak berpolitik saja..baru boleh cakap anda lebih bagus dari DS KToyo..

air free 20m3.. t/kasih..bagus..apa salahnya rakyat nikmat air free berbanding jual 1000gelen RM0.03 kat org luar..

kereta..?

1.A car is just a medium to transfer us from one point to another... get it?

2.Pakai keta apa pun kalo masih tak sampai ke destinasi.. dikira tetap gagal jugak secara objektif teknikal...

3.pasang spoiler tinggi KLCC & ekzos besar serombong kapal pun takkan dpt bawa sesebuah kereta itu terbang ke langit...membazir..

4.lazimnya yg kurang cerdik adalah yg paling kuat membazir, tak kira apa jua kedudukannya...(lebih teruk kalo dia org politik berkuasa)

5. Kisah Proton adalah ibarat bayi yg telah dilahirkan kerana hasil keseronokan org yg buat.. bila dah ada anak kena lah jaga, lindung, bg makan, bela..takkan nak biar anak mati w/pun anak tu menyusahkan org lain..

6. Sebelum ada Proton..org boleh beli kereta mcm Nissan Sunny bawah RM20k,..Honda City & Toyota Vios tanpa cukai eksais di Thailand, Indon & Brunei hanya sekitar RM 45k-50k, jauh lebih rendah dari Proton Waja..

7. Jika nak berhujah lebih2..refer back to point no. 1.. Salah siapa bagi rakyat Malaysia tak mampu beli & tukar kereta setiap 5thn??? Lojik ke harga jual Proton kalo dinisbah dgn pendapatan per kapita rakyat Malaysia? itu belum kira harga petrol lg..

8. Baik takdak drpd ada..Utk keuntungan siapa sebenarnya? Adakah rakyat Malaysia subsidi Proton? Kenapa export quality & feature serta harga jual eksport berbeza dari utk jualan tempatan?
double class?
(",)

Anonymous said...

susahnye nak bagi semua org puas ati... manusia ni pandai kritik je.. serba tak kena.. cuba letak diri kita ditempat og tuh.. baru setahun memrintah, bglah peluang...
mengenai hal lebih bagus.. kita pegang kata2 tuh dan for tan sri, he need to prove it kalu tak, mmg sengaja cr bahan tohmahan ler..
pasal keta, semua org ada preference dia.. let we treat it as his preference.. dia, Allah bagi rezeki lebeh, sure nk yg better. mcm kita gak, misal kata ada duit 30 juta, nak ke pakai moto honda cup mata bulat je? as long as hes not taking people's money, go head then... toksahla politikkan isu kecik mcm ni.. malu weh...
-anne-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).