Saturday, August 22, 2009

Nostalgia Bulan Puasa Di Desa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.

Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.

Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.

Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.

Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.

Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.

Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.

Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih-muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.

Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, terawih (atau tarawih) - mengikut Kamus Dewan - dan makan moreh.

Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.

Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.

Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik beradik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.

Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.

68 comments:

Roti Planta said...

Dato',
Meriam buluh merupakan satu 'budaya' orang Melayu beratus tahun terutama semasa bulan Ramadhan. Disebabkan beberapa kemalangan maka kerajaan mengharamkan permainan tsb.

Pengharaman tersebut sepatutnya ditarik balik dengan memberikan panduan (DIY) bagaimana membuat meriam yang selamat. Penarikan pengharaman meriam buluh akan memberi kebaikan berikut:
1. Menghidupkan semula budaya Melayu dimana sejarah mengatakan Tun Perak menghalang Siam menyerang Melaka menggunakan meriam buluh. Mercun adalah budaya Hari Raya Cina yang dimainkan di HariRaya Melayu
2. Suasana meriah yang menjimatkan berbanding mercun dimana boleh bermain sehingga sahur dengan bermodalkan tidak lebih RM10 (harga minyak tanah)
3. Pelbagai lapisan usia akan bersama-sama bermain meriam buluh berbanding hanya golongan kanak-kanak bermain mercun
4. Permainan ini adalah selamat jika diberi panduan yang betul untuk membinanya
5. Mewujudkan budaya kreatif dan bersaing diantara kampung dimana biasanya berlawan kampung mana lebih meriah

Selaku pemain meriah buluh era 70an maka saya amat berharap pengharaman meriam buluh ditarik balik... kalau kena mohon permit pun tak apa. Saya yakin masih ramai yang mempunyai kenangan manis/pahit berkenaan meriam buluh.

Bye /Roti Planta

Hambali ® said...

begitulah nostalgia puasa dulu-dulu .... zaman saya selaku anak merdeka ada sedikit berubah.

tapi bab main mercun, meriam tanah dan bunga api tu memang tak boleh lekang.

kami main mercun/meriam sampai kena ligan polis. habis bercempera / berteraboq lari masuk bendang bila nampak siren polis masuk kampung.

suma tu kenangan. taktaula generasi la ni ada lagi ka dak kenangan

Anonymous said...

DAKJ,

Makanya Dato' perbezaan pendapat dalam konteks isu keagamaan bukanlah perkara baru dalam negara ini? Huh..begitu rupanya...

Persoalannya kenapa? Apakah itu sikap bangsa atau agama mereka? Apapun dalam isu tarikh berpuasa dan hari raya hanya menampakkan sikap gemar menegakkan benang yang basah? Maksudnya kalau sudah ada teknologi gunakan sajalah.

Dan kalau ada kalangan tok guru yang enggan menambah ilmu keduniaan, janganlah menghalang atau mengelirukan para pengikut mereka seolah-olah mereka itu menyimpang yakni tidak selari dengan cuma cara tok guru. Jika ini dibiarkan makanya selamanya ummah menjadi golongan pengguna dan bukan golongan khalifah yang memandu manusia!!

Apa tidaknya, puak yang jumud adalah selamanya ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi. Mereka mengulangi panduan dalam kitab suci secara verbatim atau kalau ada usaha sekalipun ia hanya setakat copy & paste tanpa berusaha untuk menambah kreativiti atau inovasi.

Satu puak lagi mungkin sedar tentang peri perlunya ummah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan kemajuan akal manusia. Puak ini bukan saja setakat mampu copy & paste panduan yang terdapat dalam buku dan kitab tetapi dikembangkan dan diaplikasikan agar kekal relevan dengan keperluan manusia sepanjang zaman.

Selamat bersahur kepada Dato' dan pelayar sekalian.

Apolitikal

ORANGUTAN PENANG said...

MEMANG SYOK ZAMAN DULU LAWAN MERIAM
ANTARA KAMPUNG.

SE INGAT SAYA TAKDA PUN YANG CEDERA KA APA.BENGANG TELINGA SAJA.LAGI
BENGANG LAGI SYOK!

SAYA KENA TACKLE MASA MAIN RUGBY DENGAN FIJIAN DAN BOLA KRIKET TANG
DADA DENGAN FAST BOWLER MAT SALEH,
3 JUMAAT PUN DOK RASA SAKIT.

BIAQ PI LAH DEPA HARAM MERIAM SEMUA..TU YANG BUAT LAGI SYOK..ADA
ADVENTURE!

THOSE WERE THE DAYS MY FRIEND

gedek! said...

Air Serbat?

Anonymous said...

Datuk,

Saya tersenyum kambing bila membaca coretan sdr roti planta. Kenangan lalu mengusik jiwa. Ha..ha..

Lumrah kanak-kanak. Benda yang dilarang itulah yang suka nak dibuatnya. Zaman saya dulu ada juga main meriam buluh. Berlawan siapa punya meriam yang keluar bunyi paling kuat. Seronok main meriam buluh ni bukan apa. Sebab benda tu dilarang. Ada thrill. Meriah malam puasa bila dikejar Pak Aji, dileter Mak Aji yang tak puas hati sebab bunyi kuat yang mengegar jantung. Ada juga yang kena cekup dek polis. Tapi polis hantar balik rumah dan buat aduan pada ibubapa saja. Kena rotan sedas dua dgn mak ayah ... tutup la kes. Haha ...

Nostalgia....

Tapi Datuk, zaman dulu orang main meriam buluh, main mercun takdak la sampai putus jari, putus tangan. Heran jugak kan?


-sinbad-

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri,

Sebab-sebab boleh main meriam buluh tanpa kecederaan teruk dan putus tangan main mercun:-

1. Takluki ketakutan (conquer the fear);

2. Miliki teknologi dan kepakaran. Buluh mesti tebal. Atas dan bawah diikat kuat agar kalau meletup tidak berkecai. Diselit celah batang pokok agar tidak berterbangan;

3. Campuran carbide (karbida?) dengan air mesti betul;

4. Kayu pencucuh biar panjang;

5. Sembunyikan meriam bila dengar polis datang atau cepat-cepat lari masuk belukar atau sawah padi;

6. Meriam boleh juga dibuat dalam tanah (tapi bunyi tak sedap) atau guna tin Milo besar;

7. Sekarang mercun masih haram tapi tauke-tauke import berkontena-kontena dan lepas kastam;

8. Masa Raya Cina lagi hebat main mercun dan bunga api. Polis buat-buat macam tak nampak dan tak dengar; dan

8. Bila musim raya dan ada si dangkal putus jari atau buta, Pak Menteri pun sibuklah buat arahan dan polis pun serbulah budak-budak Melayu jual mercun di tepi jalan.

Terima kasih.

SyawaL said...

Salam.

Bunyi letupan yang kuat memang menggegarkan dan memengitkan telinga. Zaman saya dah moden sikit, buat meriam dari gelung paip. Meriam tadi ditimbus dengan guni pasir utk keselamatan. Bunyinya usah dikenang...bergegar satu kampung...

Roti Planta said...

Dato',
Baru teringat, kalau pakai carbide, buluh kena diikat kuat dengat tiub basikal yang dah rosak, kalau tak ada tiub yang rosak maka tiub basikal atuk yang jadi mangsa (ini baru salah dan dihukum rotan)

Saya juga pernah main meriam tin (milo). Semasa nak cucuh, semua duduk dekat keliling tin (baru anak lelaki -berani). Bila meletup (terbang tinggi), semua lari tutup kepala, pukkk atas kepala, semua ketawa hehehe.

Tak mati pun, putus tangan pun, rumah tak terbakar pun (tidak seperti mercun -ada rumah terbakar), duit tak habis banyak pun, semua gembira...

Satu lagi pistol mancis, main tembak2. Peluru mancis dinyalakan dan dilancar dengan getah (macam lastik). Seronok main malam - bercahaya dan senang nak elak peluru. Dimainkan secara dua kumpulan seperti cerita 'Combat' yang amat popular pada waktu itu. Permainan ini dihentikan awal pada Selasa malam (kalau tak salah) kerana nak tengok 'Combat' pada Jam 8.30pm. Herannya tak ada pun yang kena mata cuma kadang kadang melompat bila lekat kat kain hehe

Bye/Roti Planta

Roti Planta said...

Dato,

Bolehke Dato usahakan kita buat pameran dan demonstrasi budaya permainan Melayu dulu2 yang dah tidak dimainkan seperti Meriam Buluh, Pistol Mancis dsb. Apa yang mereka buat sekarang hanya permainan ringan2 seperti congkak, kundi2 dsb.

Permit Polis jangan lupa, nanti Raya dalam lokap heheh

Bye/Roti Planta

Roti Planta said...

Dato',
Nak nostaglia lagi?...

Mercun tarik atau mercun tali diikat pada selipar semasa orang sembanhyang terawih di masjid / surau. Bila mereka mula melangkah... Booomm hehe. Lagi melompat, lagi melatah, lagi seronoh ketawa hehe.

Tempat kedua 'trap' ini dipasang adalah di lidi basikal, bila mula kayuh... Booomm heheh. Paling seronoh kalau kena orang yang sama!

pak mat tempe said...

Dato'

Meriam tanah lagi sedap bunyinya seakan meriam betul tambahan lagi kalau digali dalam dan besar boleh buboh lebih carbide. Tak tahan orang tua kita yang marah2 sebab bunyinya memang kuat mengalahkan bunyi meriam istana. Tambahan lagi dibakar waktu nak buka boleh mengelirukan orang berbuka kerana dikampung saya banyak bergantung bunyi meriam istana untuk berbuka.

Yang heran nya masa kita tidak ada kemalangan putus jari atau buta mata. Mungkin tidak ada ilmu asas yang cukup dari apek safety bagi budak sekarang ni.

Bunyi meriam ni tak akan ada lagi kerana undang2 tak membenarkan dan carbide pun susah nak dapat. Jadi nostalgia je lah.

Selamat Berpuasa Dato'

OKJ said...

Salam DAKJ

Selamat berpuasa kepada Dato’, bloggers dan pembahas blog. Semoga mendapat rahmat yg melimpah ruah sepanjang Ramadhan tahun ni. Perbanyakkan membaca Quran dan bersedekah sepanjang Ramadan. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafi. 0-0 ye.

Dikampung, saya suka dengar bunyi daun bergesel bila ditiup angin. Memang nyaman dan menyegarkan terutama sebelah petang. Dulu, saya guna karbait untuk lampu karbait dan kadang kadang cara ‘short cut’ untuk tangkap ketam. Trick lama.Sekian TQ.

mekyam said...

salam ramadan buat tok scribe dan keluarga!

saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan salam ramadan kpd pengunjung blog ini.

dan kajang said...

Asamualaikum Dato'.

1. Dato' bawa cerita berpuasa di Pendang. Mungkin ada kelainan sedikit dengan tempat saya di Pekan Alor Star.Walau pun pekan tapi cara kami menyambut puasa tidaklah beza sangat dengan cara di kampung2 lain di Kedah.

2. Dulu pun masa saya kecil, kami pun terpaksa beli ais batu masa nak berbuka.Cuma tempat orang yang menjual ais batu tu tidaklah jauh sangat dengan rumah saya.Jadi soal ais jadi kecil sebab cair tidak timbul.Lagi pun budak yang jual ais tu pun sepupu saya yang cari duit lebih untuk raya nanti.Jadi kadang2 dia sendiri hantar ais tu kat rumah kami.

3. Di tempat saya, di Jalan Pegawai Alor Star ada juga mesjid Akar Peluru yang berdekatan.Disitu juga kami palu gendang selepas pukul 12 malam untuk kejut rakyat sekeliling bangun sahur. Tapi yang agak unik lagi ialah ada seorang hamba Allah yang secara sukarela berbasikal sekitar Jalan Pegawai dan mengetuk gendang raya untuk bangunkan kami setiap malam mulai jam 2.00 pagi.Seingat saya dia tidak pernah gagal menjalankan tugas sukarelanya itu.

4. Cuma sejak akhir2nya beliau terpaksa meminta rakannya bawanya dengan beca bagi menjalankan tugasnya itu hinggalah kami tidak lagi dikejutkan dengan cara itu.Mungkin selepas itu dia telah kembali kerahmatullah.Alfatihah.

5. Apa yang menarik ialah apabila hari raya tiba beliau akan kami sumbangkan duit dan kuih raya sebagai tanda terima kasih kami.

6. Dimalam bulan puasa boleh dikatakan setiap hari ada "more" di Mesjid kami. Begitulah meriah dan nostalgianya berpuasa ditempat saya satu ketika dulu. Sekarang ini saya tidak fikir ia semeriah dulu.

Cikgu Zack said...

Selamat berpuasa.Apabila membaca coretan Dato' pengalaman berpuasa di kampung,terdetik untuk berkongsi.Keadaan semua sama.Cuma teringat irama paluan gendang raya ajak orang bangun sahur.Irama menjadi nyanyian kanak-kanak;
" nak bangun,bangun!
tak nak bangun sudah!
Tak bangun anak haram jadah>(maaf)
Apa maksud disebaliknya,"Satu pegangan tentang petapa amalan berpuasa itu di kalangan masyrakat amat diberatkan."
Kegemaran waktu berbuka,nasi ulam(orang Baling sebut nasi kerabu).
Didoakan Dato' sihat wal'afiat

el-Barokhas said...

Dalam tahun-tahun lima piluhan, kami menanti-nanti sangat moreh malam 27 tiap-tiap Ramadan yang dikhaskan kepada se orang India Malabari bernama Bapoo yang mempunyai restoran di pekan kecil kami di Kedah.

Keistimewaan moreh ini ialah hidangan nasi daging masakan ala Bokhari yang disajikan bersama air sirap biji selasih. Bukan sahaja masakannya enak, saiz ketulan dagingnya juga besar.

Suasana di masjid kami pada malam 27 Ramadan seolah-olah malam pesta.

Hampir seluruh penduduk kampung-kampung berdekatan tidak melepaskan peluang ini untuk membanjiri masjid di tepi sungai itu.

fuaad_alattas said...

Terima kasih datuk kerana berkongsi pengalaman ini.saya amat terharu bila terkenang peristiwa lama...

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

BAGI KAMI YANG DIBESARKAN DIKUATES HOSPITAL TIDAK PERNAH LE MERASA BERPUASA ATAU BERAYA ALA KAMPUNG TETAPI BERMAIN MERCUN DAN MERIAM BULOH TIDAK PERNAH KETINGGALAN DAN DIKAWASAN KUARTES ITU KALAU KEDENGARAN DENTUMAN YANG PALING KUAT BIASANYA DATANG DARI MULUT MERIAM KUMPULAN KAMI. RAMAI JUGA AHLI2 KUMPULAN LAIN MENEMPAH MERIAM BULOH BUATAN KAMI...KAMI JUAL MURAH ... 50 SEN SAJA.

DAPAT JUGA BELI KASUT BATA 'BADMINTON MASTERS' DARI HASIL JUALAN UNTUK BERAYA DAN KESEKOLAH.

LAGU 'TERKENANG MASA DULU' NYANYIAN R.AZMI MASIH LAGI KAMI DENDANGKAN BILA BER K-O-KE BERSAMA KAWAN2 LAMA DIRUMAH.

KAMI UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA DAK SEKELUARGA DAN JUGA KEPADA PELAYAR DAN PEMBAHAS DIBLOG THE SCRIBE.

ALFATIHAH, AMIN

saji said...

Salam Dato'

Saya mula berpuasa sebelum mengaji di Sekolah Agama Negeri Johor. Jadi, untuk niatnya, saya dan adek beradek saya selepas setiap sahor diajar berniat puasa serentak oleh baba saya berbunyi: "Niati sun poso iki tahun fardu kerno Allah Ta'ala, la how la wala quwata illa billahi aliyul azim">

TEHrasaCOKE said...

Salam...

Sari sebelum posa dah meriah... sana-sini orang pakat semelih lembu.

Aruah bapa saya memastikan saban tahun sup dagin dan dagin goreng menjadi lauk sewaktu pagi pertama sog.

lepas tu petang menjelang 1 syawal lagi sekali pekena lauk dagin.

Buah melaka nak cari yg best macam mak gelintey pun tak jumpa dah. (psst... bini pun tak pandai buat)

Agaq-agaq dlam cawan kecik pun dah pupus.

betapa kenangan lalu sukar dilupakan.

Mercun? Meriam kabat? malas nak ceritalah...

Selamat berpuasa...

Renegade said...

Assalamualaikum DAKJ,
Cerita Dato' sungguh menarik untuk di imaginasikan oleh saya walaupun tidak sezaman dengan Dato'..masa kecil selepas berbuka, keluarlah saya dan rakan sepermainan berkongsi mercun dan bunga api..sekali sekala bertarawih di masjid..yang menariknya ada moreh...bagi saya anak kecil tentulah moreh dinanti2kan.berkongsi dengan orang dewasa.. sayang pengalaman bermain meriam buluh tidak pernah dirasai ( kwsan Lembah Jaya, Ampang)

Anonymous said...

Dato,
Selain terawih dan morei, ada juga majlis bacaan quran. Diantara pembaca yang tersohor pada masa itu kalau tak silap saya ialah Che Mah buluh perindu dan Ustaz Hj. Abdul Rahman Kuala.
Daripada majlis-majlis bacaan Quran seperti inilah timbul idea kepada PM Malaysia yang pertama untuk menganjurkan Musabaqah Bacaan Al Quran.

PakChak

basri bin omar said...

Datok!

Selamat Berpuasa! satu coretan Kenangan Mengusik Jiwa....kami(saya dan Dato Halim Hamid--abg penakan,Anak Pak Mid Pendang)juga pernah juai ais ketui guna sekam dan habuk kayu nak cari duit rayalah!!

basripgb

mzk2257 said...

Asm, kalau pada zaman saya, meriam buluh atau tanah tka seberapa, kamai di daerah Sabak Bernam menggunakan meriam batang pokok kelapa untuk mengegarkan bukan setakat satu kampung tapi satu daerah. Nak buat meriam ni memerlukan gotong royong hampir seluruh tenaga muda sesuatu surau yang biasanya memerlukan 7 orang untuk membena satu meriam bersaiz 30-40 kaki. Satu surau buat sekurang-kurang nya 10 batang. maka bergegak gempitalah malam pertama hari raya. Bak suasana kampung di langar tentra nazi saja gamaknya. Ke esokkan harinya orang lain bangun awal betakbir, pemuda - pemuda Sabak Berman ini berdengkor mengantuk. Apa pun sampai la ni saya tak lupa nostalegi meriam batang kelapa ni.

Photographer RAZAK RAMLI said...

Nostalgia dulu...
Kalau hendak berbuka dengan lauk yang sedap sikit kena berbuka di masjid.
Lauk ayam dan daging sebulan sekali pun susah.

Anonymous said...

Ya, kenangan dulu hanya tinggal kenangan, dewasa ini golongan remaja belia tidak merasai nikmat itu lagi. Hanya mereka tahu makanan tersedia, tidak kira dimasak oleh keluarga atau makan diluar..Itu yang bisa berlaku.
Anak Merdeka

abdullahngah said...

Puasa orang Umno hanya puasa dahaga dan lapar sahaja. Lebih baik tak puasa. Jika puasa juga sia saia sahaja.

Kalau minum arak selama 40 hari solat tidak diterima. Demikian juga puasa.

Wanita yang tak tutup aurat juga tidak diterima solatnya.

Kalau solat tidak diterima sudah tentu segala amalan yang lain juga turut tidak diterima.Demikian puasa.

Mungkin ada ulama' umno yang kata tidak. termasuk bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Jadi ingatlah, Islam bukan kita yang buat boleh.Kalau kita buat boleh guna fikiran/hawa nafsu.

ab said...

Salam dato,

ALAHAI DATO'...kenapa laa masa berubah begitu cepat??, betul-betul nostalgia saya dibuat tulisan dato ni....!!.

Nak nambah sikit..seminggu sebelum raya ayah dah tunjuk siapa punya ayam kat dalam reban!!.. ini kamu punya,ini adik kamu punya,ini sepupu kamu punya...petang tu tungguh kat radio transister plastik untuk dengar pengumuman pemegang mohor raja-raja...kalau silap marah betui emak dan ayah! apa tidaknya mana ada peti ais nak simpan daging!!! tak bolih repeat sembelih dua kali,kalau tak jadi puasa besuknya, tentu malam tu dah balun habis daging ayam/lembu!!! itu yang buat emak dan ayah marah sebab bajet daging ni dalam setahun cuma malam menyambut puasa dan hari puasa pertama,hari raya aidil fitri dan raya aidil adha sahaja...

Bab meriam ni kat kampung raya berteknologi tinggi sikit dari yang lain...APA TIDAK NYA ,MERIAM DIBUAT DARI TIANG BESI TELEPON!!!
saya tak pasti siapa punya angkara
curi dan ubahsuai batang besi itu..tapi itulah meriam kesukaan kami,adakalanya ada yang terbakar rambut,misai dsb sebab check bunyi carbide menggelegak ikut depan meriam!!!kalau tak dengar kena tungging meriam tu buang air dan carbide, letak yang baru..LETAK TELIGA LAA kalau silap ada kawan cucuh kat lubang pangkal,tak meletup tetapi ada `rushing-heat' sambar rambut dan misai....

SATU LAGI lawan pukul kokkok kayu nangka kat surau lawan siapa bunyi kuat dan sedap dipuji jemaah...

WAKTU SUBUH kami selalu BERTEMBUNG APEK TANAM TAHI ORANG KAT TEPI SUNGAI...dia kumpul dalam tong getah hitam yang tebal dari jamban-jamban, dibawa dalam kereta sorong besar besi bertayar kereta lama dan tanam benda itu kat kebun getah tepi sungai, dan cuci tong-tong tu dalam sungai... eeeeiiii!!!

KADANG KADANG benda tu jatuh kat lorong kesungai untuk orang beruduq... yang berkaki ayam tu bolih cuci,yang berselipar kadang-kadang tak perasan....bau sampai keatas surau lee!!!

MOREH NI buat ikut giliran rumah...dari terawih malam pertama sampai sehari sebelum raya...list rumah yang menyediakan moreh dan menu dibuat sebulan sebelum ramadhan lagi...very well organised by tok ketua kampung dan jemaah serta penduduk!..tak ada gaduh macam sekarang...

Abu Bakar Ab Rahman

TEHrasaCOKE said...

Dalam bulan posa ni la jugak kita mendengar beberapa frasa yang takdak dibulan lain...

- Sog/sahur
- bukak posa
- pecah posa
- posa yang yuk
- periuk ( conto: adik mat sabu baru dapat 3 periuk / baru posa 3 hari)
- terawih
- moreh
- tadarrus
- meriam buluh/tanah/besi/katak
- mercun/bunga api
- duit raya

ada lagi ka yg tertinggal? Lain negeri lain budaya.

Namun ketupat, lemang, rendang, kuih bahulu dah tak eksklusif lagi... boleh dapat hari-hari...

siakap said...

Datuk,
teringat balik masa kecik-kecik pada bulan posa. Saya dan gang selain jual ais batu disimpang jalan, kami juga ambil upah cucu pinggan moreh di surau. Mdal jual ais 5 kupang sorang dan uah cuci pinggan pula 2 ringgit semalam. Main meriam dalam hutan nipah bila polis datang terjun sungai, polis geleng kepala saja. Tahun sudah balik kampong raya dengan anak cucu, saya buat meriam buluh. Beli karbait sekilo di Pekan China, main-main punya main terlupa umur dan 60 tahun, esok tak pi sembahyang raya, lelah dan cucu pula deman kerana ketakutan. tahun ni kalu balik nanti buat meriam tin milo saja. main tetap main umur jangan tanya.
Selamat Berpuasa Datuk and datins.

pakbelalang said...

Kenangan yang saya tak boleh lupa di kampong semasa primary school pada bulan puasa ialah apabila dapat "sepatu" BATA baru untuk hari raya. Tiap-tiap malam saya akan cuba pakai dan simpan sebelah bantal sebelum tidur dalam kelambu.Itulah sepatu yang saya dapat setahun sekali selain dari kasut sekolah "badminton master"!


2. Saya main meriam dari batang pinang dan bukan dari buloh. Kualitinya lebeh tahan lagi dan bunyi dentumannya lagi "best". Batang buloh tak tahan, cepat pecah kalau tak di lilit dengan besi dawai.

3. Menjelang malam "tujoh lekor" sebelum buka puasa tugas saya ialah tuang "minyak tanah" kedalam lebeh kurang 30 batang buloh lampu raya yang dipacak di sekeliling halaman rumah dan dinyalakan tiap-tiap petang sebelum maghrib buka puasa. Penat juga nak tuang minyak dan nyalakan api. Malangnya kadang-kadang ada juga lampu raya kena kebas. Maklum saja lah rumah di kampong tak ada pagar dan gate. Terpaksa bapa pergi pekan gantikan yang hilang. Masa tu harga lampu raya saya kurang ingat berapa harganya. Mungkin 20-30 sen satu lampu raya.

4. Dalam bab sembahyang terawikh imam masjid dikampong saya baca surah pendek sahaja kerana imam tak hafal Quran tapi dia baca surah macam "keratapi lajunya", 20 rakaat dah selesai sembahyang dalam masa setengah jam.

5. Semasa saya dikampong saya tidak pernah berbuka puasa bersama bapa saya. Dia buka di masjid sahaja. Ibu saya tiap-tiap hari akan bekalkan juadah buka puasa dihantar ke masjid dan dia akan berbuka bersama jamaah lain dimasjid. Bapa saya akan hanya pulang rumah selepas terawikh.

Itulah suasana dikampong-kampong dari Jalan Muar hingga ke Batu Pahat di banjiri oleh sinaran lampu raya dihalaman setiap rumah pada malam hari. Tapi sekarang amalam pasang lampu raya sudah berkurangan kerana semua rumah di kampong dah mempunyai letrik. Mereka sudah tukar trend pasang "lampu "lap-lip". Mungkin juga perbuatan pasang lampu raya dianggap bertentangan dengan agama.

Begitulah kisahnya dalam zaman 50han di kampong dalam bulan puasa.

pakbelalang said...

Khalid ordered to pay bank RM66m
2009/08/22
KUALA LUMPUR: Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was ordered by the High Court here to pay RM66.67 million to Bank Islam Malaysia for a loan he took to purchase Guthrie shares in 2001 when he was the company’s chief executive officer.


comment:

Oii, Khalid !! Kenapa kau tak bayar utang? Nasib baik kau tak utang dengan Ah Long. Kalau tidak dah kena baham dengan gangster.
Bayar lah utang !! Angan-angan besar tapi haprak utang tak nak bayar. Poodah !

Khalid tak sedar diri. Ini lah yang diibaratkan manusia yang menggigit jari orang yang telah menyuap nasi kemulut dia.

Macam-macam excuse dia beri untuk mengelak dari bayar utang. Masa nak dapat loan senang je dapat bermillion ringgit pasal dia UMNOputra, tapi bila dah tak jadi UMNOputra utang tak nak bayar pulak.

Sekarang dah jadi Menteri Besar !! Apa nak jadi dengan Menteri Besar Selangor. Semuanya "jinx" !!

Anonymous said...

Salam Dato'

20 tahun dari sekarang, apabila kita semua toleh ke belakang bagi mengimbas nostalgia isu politik yang berlegar-legar dalam sehari dua ini, kita pasti akan tersenyum sinis membaca komen Mahfuz (Pas) berhubung tindakan ahli PKR Kedah yang keluar PKR lalu menjadi Adun bebas:

"baguslah kerana ia dapat membersihkan PR daripada elemen itu, ini dan bla, ba."

Komen saya pula:

1. Kalau ada pemimpin PKR keluar dari PR (berlaku di bulan puasa), Pas anggap ia satu bentuk 'pembersihan'. Bagus-bagus, kerana Pas sudah mula melihat isu negatif dalam kerangka yang positif.

2. Apabila pemimpin MCA keluar MCA dan masuk PKR, ia tidak dipandang sebagai satu pembersihan di pihak MCA sebaliknya dianggap menguntungkan PR.

Kesimpulannya: Orang Melayu sudah memasuki fasa tinggi dalam aspek permainan psikologi politik. Ini bermakna setiap isu politik perlu dilihat secara positif meskipun pada hakikatnya ia adalah negatif. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa, seseorang itu adalah cerminan individu yang menjadi rakan dan taulannya sendiri.

Apolitikal

jun said...

salam DAtuk KAdir
Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia dan maaf lahir batin di atas semua kesalahan saya sepenjang menjadi staff Datuk dahulu di BP. Wasalam

Jun

Pak Lang said...

Datuk,

Pengalaman dan nostalgia Datuk di Kedah sama dengan yang saya lalui di Perak khususnya di zaman sebelum merdeka. Jelaslah di zaman sebelum merdeka orang-orang Melayu menjalani kehidupan yang sama meskipun tinggal di negeri-negeri yang berlainan. Sebahagian besarnya tinggal di luar-luar bandar dan hidup dalam keadaan serba kekurangan dan miskin.

Mungkin kerana melalui pengalaman hidup dan sisa-sisa kehidupan yang sama perpaduan dikalangan orang-orang Melayu amat tebal meskipun menganuti fahaman politik yang berlainan.

Satu perkara yang saya masih ingat meskipun samar-samar ialah bebasikal ke rumah jiran-jiran menghantar kueh atau lain-lain juadah untuk berbuka. Kemudiannya kembali ke urmah membawa juadah balasan dari rumah jiran-jiran. Inilah bab yang paling saya seronok meskipun tidak memahami falsafah disebalik tukar menukar makanan dikala itu.

Meriam buluh menjadi pilihan budak-budak kampung saya kerana biaya yang murah dibandingkan dengan mercun. Buluh boleh dicari sendiri cuma "kabat" yang perlu keluarkan duit.

Dizaman sebelum merdeka sekolah Melayu ditutup sepanjang-panjang bulan puasa dan dibuka semula selepas raya. Inilah saad-saat yang pling dinanti-nantikan oleh budak-budak kampung. Boleh tidur dimasjid untuk memukul gendang sahur "syok". Malahan ramai yang balik ke rumah di waktu pagi kemudiannya menghilang hingga waktu berbuka. Kepada budak-budak nakal yang tidak puasa, makanan bukan masalah besar kampung penuh dengan pelbagai jenis buah-buahan dan tanaman. Rambutan, nangka, langsat, cempedak termasuk ubi kayu yang boleh didapati dimana sahaja.Jadi masalah kebuluran tidak timbul meskipun ramai yang tidak berani balik mencari makanan dirumah meskipun tidak puasa.

Dizaman sebelum merdeka juga pejabat-pejabat kerajaan dibuka separuh hari. Kalau tak silap saya kerja sepenuh hari sebagaimana sekarang dimulai oleh Tun Hussein Onn ketika menjadi Perdan Menteri. Hussein Onn mahu buktikan bahawa orang-orang islam mampu menjalankan tugas seharian meskipun dalam keadaan berlapar.

hanezam said...

Dearest Datuk Kadir, Master of cryptic journalistic writing.Hmmm..did I sense a duality of purpose the other day, two birds tragically killed with just one stone… probably just a fragment of my imagination.And my head got clogged trying to read between the lines…(baca dengan nurani yang bersih)

Seronok baca nostalgia mercun dan meriam buluh dari pengulas-pengulas semua. Meriam batang nyog pun ada, tak penah lah pulak tengok he he …mungkin hanya rekaan semata-mata. Nostalgia mercun paling brutal saya adalah mercun bola. Bukan nostalgia sebenarnya sebab sampai la ni pun dok main lagi. Bekalan sedia ada tiap-tiap tahun. Untuk keriangan yang lebih, perlukan lebih kurang sebalang mercun bola satu musim perayaan. Polis tak pernah tangkap pon… kalau time main baby tidog pun akan jaga.. he he.. bergegar satu kampong..

Satu lagi, awatla abdullahngah ni teruk sangat, Dia sorang saja yang "baik" kat dunia ni no...

Anonymous said...

Salam Dato'

Whilst most of the Malays here are still talking with such pride and knowledge about the "nature of eating", the other races, the Chinese especially are already "eating".

We still can't see the wood for the tress.

Melati

Anonymous said...

Ooops! Komen saya tadi adalah untuk article "Politik Semasa: Di antara Kepintaran dan tidak kesiuman.

Sorry ye Dato'.

Melati

Anonymous said...

Apa la Pakbelalang ni, orang cerita pasai nostalga bulan puasa, dia celah pasai politik. Gila politik kut mat arop ni!


Pak Belang

langit biru said...

Posting Dato kali ini ok lah. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara! Yang lepas hanya boleh dikenang dan dinostalgiakan. Yang berfikir, boleh diambil iktibar.

Selepas DAto' hentam Nik Aziz sedemikian, Dato' susuli dengan kisah nostalgia zaman silam.

Masa silam, dato' tak hentam orang dibulan puasa, masa la ni Dato' hentam orang di bulan puasa!!!

Gunakanlah kebijaksanaan berkarya Dato' untuk berdakwah, atau penulisan berkaitan Islam!

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

PAKBELALANG SAID,
Kenangan yang saya tak boleh lupa di kampong semasa primary school pada bulan puasa ialah apabila dapat "sepatu" BATA baru untuk hari raya.

ELEH, AWAK ANAK ORANG KAYA BOLEH LE LAGAK..
SOB!SOB! KAMI DAPAT KASUT SEKOLAH 'FUNG KEONG' JE TAU..NASIB BAIK JADI PENGEDAR MERIAM BULUH GUNA HASIL BELI 'SEPATU' BATA BADMINTON MASTER. KALAU TIDAK SAH KASUT 'FUNG KEONG' MENJADI LAGAK RAYA KAMI..

TERKENANG AKAN KISAH ADIK BONGSU KAMI MENANGIS MERONTA2 HENDAK KAN KASUT BADMINTON MASTER JUGA. TERPAKSA LE AYAH BELIKAN UNTUK MENTENTRAMKAN DIA..TUAH ANAK BONGSU

CUBIT MENCUBIT MEMBAWA BAHAGIA...HE! HE! HE!

ALFATIHAH, AMIN.

abdullahngah said...

Jihad itu pahit dan pahit itulah ubat sebenarnya. Sesiapa yang tidak suka pada pahit mereka sebenarnya enggan membaiki diri sendiri yang cacat.

Jika kita mengaku islam sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW kenalah baiki diri sendiri.

Lebih lebih lagi didalam bulan puasa yang pernah dengan nikmat dan hikmat.

Hidup hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih dari semalam lusa lebih baik dari esok.

Demikianlah orang yang ikut ajaran islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mungkin Islam sekular dan liberal hari ini lebih buruk dari semalam semalam lebih buruk lagi dari esok begitulah seterusnya.

bahas bahas juga. Marilah kita baca kutbah Nabi Mohammad SAW mengenai kelebihan bulan Ramadhan
moga moga puasa kita tidak jadi macam puasa dizaman kanak kanak kelihatan kekal sehingga mati.

Yang bermaksud: Wahai manusia, telah hampir kepada kamu bulan yang besar lagi berkat.

Bulan yang padannyalah terdapat malam yang terlebih baik dari seribu bulan.

Bulan yang Allah jadikan puasa suatu kewajipan dan mendirikan amalan pada waktu malamnya sunat.

Sesiapa yang berbuat kebaikan pada bulan tersebut dengan satu bentuk (sifat) kebaikan, adalah seolah olah dia telah menunaikan suatu kewajipan yang lainya.

Barang siapa yang menunaikan suatu kewajipan pada bulan tersbut adalah seperti orang yang menunaikan tujuh puluh kewajipan yang lain daripadanya.

Bulan ramdhan itu adalah bulan kesabaran. dan kesaabaran itu balasannya syurga. Dia juga merupakan bulan bantuan, bulan yang ditambah risiki orang yang beriman.

Barang siapa yang membukakan orang lain dalam bulan tersebut selepas dia berpuasa adalah keampunan kepada dosa dosanya, serta membebaskan tengkuknya (dirinya) dari api neraka, adalah baginya seumpama balasan pahalanya dengan tidak dikurangkan dari balasannya itu sedikitpun.

Bulan ramadhan itu adalah suatu bulan yang pada permulaaannya rahmat, ditengahnya keampunan dan diakhirnya pembebesan dari api neraka.

Barang siapa yang meringankan tugas hamba dalam bulan itu, Allah akan mengampunkannya dan membebaskannya dari api neraka.

Perbanyakkan dalam bulan ramadhan dengan empat perkara: dua perkara kamu redhakan Tuhan kamu, dan dua perkara lagi kamu pasti memerlukannya.

Ada pun dua perkara yang kamu meredhakan Tuhan kamu ialah; syahadah dan yang kedua kamu memohon ampun daripadanya.

Manakala dua perkara yang kamu memerlaukan ialah: kamu memohon syurga daripada Allah. Kedua kamu memohon perlindungan daripada api neraka.

Barang siapa yang memberi minum orang yang berpuasa nercaya Allah akan memberinya minum daripada kolamku (kolam nabi) yang (orang yang minum itu) tidak merasa dahaga sehingga dia masuk syurga.

Puasa kah atau main mariam buluh?

Anonymous said...

A'kum,

Sorry Tok but i cannot help it to say with all gratitude and humility that PAS has won the permatang pasir with a handsome votes count. Syukur pada tuhan.

cucu tok kadir ipoh
p/s The march to putra jaya is inevitable by the looks of things

Anonymous said...

Salam Dato'

Budaya yang sukar dilupakan di malam-malam terakhir di bulan puasa ialah menghantar talam yang berisi juadah dan makanan ke rumah jiran.

Jiran yang menerima talam berkenaan dalam keadaan 'misteri' akan cuba merungkai misteri tersebut dengan berusaha mencari penghantarnya yang sepatutnya sedang bersembunyi!!!

Kebiasaannya, talam di letakkan di hadapan pintu rumah jiran (lebih thrill kalau rumah jiran yang ada anak dara!) lalu pintu rumah diketuk dan diikuti dengan ucapan salam. Sesudah itu penghantar misteri harus bergegas menyembunyikan diri di bawah rumah atau dalam semak-samun berhampiran.

Apabila pihak tuan rumah (kebiasaannya si anak dara mereka) mendapati adanya talam misteri di hadapan pintu, mereka dituntut agar mencari siapakah penghantar misteri berkenaan. Kalau berjaya menjumpai penghantarnya, pihak penghantar akan dilumurkan dengan bedak ataupun serbuk tepung sebagai bukti misteri talam berkenaan telah dapat diselesaikan. Makanya ia berakhir dengan kelucuan dan hilai ketawa apabila penghantar misteri berjaya dilumurkan dengan serbuk putih dibahagian kepala dan muka!

Dalam konteks politik, perkara yang hampir sama juga berlaku. Parti yang bertanding, masing-masing akan mengetuk pintu hati rakyat sambil membawa hidangan dalam bentuk janji pembangunan ataupun janji akan diberikan jawatan dalam pentadbiran negeri dsbnya. Akhirnya terpulang kepada para pengundi menentukan hidangan mana yang mereka kehendaki dan yang mana akan mereka tolak! Ia juga berakhir dengan hilai ketawa dan sedikit sindiran.

Apolitikal

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Zaman itu kehendak orang kita tidak banyak dan pemimpin kita masih ingatkan tanggungjawab memberi kesenangan kepada rakyat. Masa itu kita katakan Kerajaan adalah Kerajaan Melayu , semua jabatan dan harta kerajaan kita katakan kita punya seperti Keretapi Tanah Melayu sebagai keretapi kita , syarikat penerbangan kita ,lapanganterbang kita , hospital kita ,polis kita ,askar kita dan sebagainya.

Saya ingat diantara kerja kemasyarakatan Polis adalah menghebahkan esoknya hari raya ke kampong-kampong yang terletak disepanjang jalan antara Slim River dengan Tanjung Malim.Sebaik sahaja pihak masjid mendapat berita itu mereka akan memukul tabuh.Ini disahut pula dengan pukulan tabuh disurau-surau yang mendengarnya hinggalah kekawasan pendalaman. Meriam yang istimewa pada masa itu dibuat dari paip besi lombong bijeh sebesar 10 inci.Bayangkanlah dentuman dan gegarannya sepanjang malam.Pemuda-pemuda yang dimesjid pula berganti-ganti memukul gendang dengan irama yang mengasyikan bagi menemani orang yang membakar lemang dan masak rendang.Ada masa-masanya lepas sembahyang terawih ada sekumpulan orang dengan membawa lampu gaslin pergi kekubur dan bertahlil.

Keadan berubah terutamanya selepas perlancaran penswastaan jabatan-jabatan kerajaan.Semuanya kena bayar.Perasaan bahawa kita dan kerajaan itu adalah satu tidak wujud lagi. Maka tidak heranlah mengapa dewasa ini sebahagian rakyat tidak lagi menjadikan UMNO khasnya dan BN amnya tepat mereka bergantung.Ini digambarkan dengan kekalahan demi kekalahan yang hadapi BN dalam PRK baru-baru ini. UMNO perlu tunjukkan bahawa mereka masih memperjuangkan bahasa Melayu ,ugama Islam dan pendidikan dan ekonomi orang miskin jika mahukan sokongan mereka.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya

pakbelalang said...

BUKIT MERTAJAM: PAS won the Permatang Pasir by-election on Tuesday with a 4,551-vote majority.

comment:

UMNO gigit jari lagi.Jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi.

Buatlah postmortem lagi! Itulah ceritanya. Kali ni siapa pula jadi scapegoat? Zahid Hamidi?

I think he is accountable for the blunder in picking the wrong candidate as one of the factors that caused the TKO !!

kekure said...

Salam Ramadhan Dato'
Terima kasih kerana berkongsi cerita.Generasi saya sempat juga merasa main meriam buluh.Rindu pula dentumannya di serata kampung :)

Qaseh Bonda said...

Salam Datuk,

Tersentuh hati mengimbau kenangan lalu...pengalaman berharga tersemat di kalbu..semuanya akan kita jadikan pantun seloka bersama anak cucu..

Melihat ramai yang makin ghairah mengejar dunia tanpa rasa gerun pada hukuman Tuhan lalu kita pun bercerita pada anak cucu kisah dulu kala yang tentunya akan menyentuh hati mereka..

Pastinya anak cucu kita itu akan terikat dan terdidik tentang asal usul dan jati diri...semuanya bakal kita tinggalkan di persinggahan yang fana ini...

Walaupun pada hakikatnya cerita kita bak penglipurlara di arus perdana ini namun sendaloka itulah yang mampu menguatkan kekuatan jiwa dan naluri yang kita bina semakin halus umpama kapas...hanya memiliki jiwa2 yang murni saja membuatkan manusia saling sayang menyayang..

Tersenyum pada kisah suka duka kakak2 dan abang2 seangkatan Datuk membuatkan saya begitu terharu pada tulisan Datuk kali ini.

Kisah kakak ipar yang hanya di belikan terumpah(kasut kayu)sudah di kira mahal untuk digunakan di pagi raya..kami ketawa berderai...
Kisah kakak2 yang hari2 memandang kasut raya sambil menari2 tanpa henti sehingga menjelang raya buat kami berguling2 gelak ketawa...

Itu belum lagi kisah abang2 yang nakal tapi Alhamdulillah baik2 belaka..

Membaca tajuk " Nostalgia Bulan Puasa Di Desa" saya terus terbayang
Ais batu bersalut sekam padi..
Syahdu pada Nostlgia lalu...

Terima kasih kerana menenangkan suasana...

pakbelalang said...

1. The march to Putrajaya is just a dream.Make no mistake about it.

2.They just don't have the stamina to reach the finishing line.

3. Even if they reach the finishing line their energy will be drained and exhausted.

4. What they will do after reaching the finishing line is just relax and enjoy the fruits of their success.

5. They will suffer from cultural shock to see how beautiful Putrjaya is.

6. Each of the component parties will start to quarrel which building (ministry) should be under their possesion and be given the title for 999 years !!

7. What about their staunch followers and supporters?

8. They will definitely demand the whole world as promised.

9. But sorry for them they will just manage to gigit jari je lah !!!

10. Only the privilege few like Ah Long and high powered mafia will be given " discreetly" the status of Cinaputra!!

11. There will be a new breed of "Little Napoleon" to run the greenhorn government.

12. So in the final analysis the country will be in deep shit and will difinitely go to "hell" and become a failed state.

A simple difinition to describe the attributes used to characterize a failed state:

1. loss of physical control of its territory
2. erosion of legitimate authority to make collective decisions

3. inability to provide reasonable public services

4. inability to interact with other states as a full member of the international community.

5. a central government so weak or ineffective that it has little practical control over much of its territory

6. non-provision of public services

7. widespread corruption and criminality

Anonymous said...

Lupakan saja main mercun atau meriam. Nikmatnya hanya sementara, yang kekal hanya dosa. Tak tau la ada ke tidak orang mati sakit jantung akibat dek perbuatan anasir2 ni. Tau seronok je, orang lain tak suka tak kisah. Yang main kat surau mengganggu jemaah solat.

Teringat kes tahun lepas@dua tahun lepas. Seorang kena tikam sebab main mercun. Agaknya suspek tu dah tak tahan hari2 kena dengar mercun meletup, nasihat pun main jugak. Akibatnya luar jangkaan.
Tak lupa derita seorang calon SPM yang buta sebelah mata dibaling mercun oleh golongan yang mencari keseronokan ini.
Cukuplah berbuat dosa dengan bermain mercun/meriam buluh. Isikan kemeriahan puasa dengan amal ibadat seperti membaca al quran, berzikir dan solat sunat. Tak perlu keluar modal pun. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
-peace to all

tok janggut said...

Salam Tuk,

Walaupun kita berlainan negeri dan mungkin juga usia tetapi tulisan Tuk kali ini sama seperti yang saya alami di Kelantan.

Bab beli air batu, menuai padi pada waktu malam semuanya saya alami di kampung. Syok kan Tuk dulu-dulu tak macam sekarang, asyik nak bergaduh jer.

Anonymous said...

Salam Dato',

Begitulah adatnya dunia ni; peredaran zaman memaksa beberapa adat dan kebiasaan ditinggalkan hingga menjadi nostalgia kepada yang pernah mengalaminya, menjadi catatan sejarah kepada generasi yang hanya pernah mendengar ceritanya.

Kelmarin telah ada anak Melayu berumur 6 tahun putus tiga jari kerana terkena letupan mercun. Cerita sedih ini bagaikan filem-filem P Ramlee terus berulang tahun demi tahun bagaikan tidak akan ada penguhujungnya. Sementara filem-filem P Ramlee amat mengiburkan, kecederaan akibat bermain mercun akan menjadi testimoni kepada satu Ramadan dan Syawal yang hiba dalam hidup simangsa.

Saya fikir anak-anak masa kini bermain mercun sesama mereka sahaja; tidak sama sewaktu zaman 60an dulu, orang-orang dewasa turut sama bermain mercun dan meriam. Kurangnya penglibatan orang dewasa mentebabkan mereka bereksperimen tanpa bimbingan orang yang lebih berpengalaman.

Zaman 60an dulu, ada juga yang melecur seluruh muka kerana menggunakan pelita membuka bekas menyimpan karbaid (kalsium karbida). Kelembapan udara Malaysia menyebabkan karbaid yang disimpan secara perlahan-lahan bertindakbalas dengan wap air menghasilkan gas oksitilin yang menunggu masa sahaja untuk meletup apabila ada pencucuhan. Saya percaya berlaku juga kecederaan bermain meriam dan mercun cuma tidak menjadi bahan berita seperti sekarang. Kalaulah ada yang pecah muka terkena serpihan meriam buluh di kampung saya dulu, sehabis baik simangsa hanya dirawat menggunakan ubat biru atau ubat kuning (iodin) sahja, istilah rawatan hospital tersangat asing bagi kami. Tentulah musibah seperti tu tak akan jadi bahan berita Utusan Melayu masa itu.

Alhamdulillah, sekarang kita dah lebih maju daripada dahulu. Kampung yang terceruk dan terpinggir macam dulu sudah hampir tiada lagi. Rakyat pun dah semakin cerdik menilai keadaan di sekeliling mereka. Harap-harapnya UMNO dapat menjadi matang sepertimana rakyat yang hendak dipimpinnya; tidaklah nanti asyik kalah aja bila ada pilihanraya kecil. Stail kempen cara dulu dah tak mengena dengan citarasa rakyat sekarang. Sorry, buat detour sikit.

Balik cerita fasal meriam. Masa umur sekita 12 tahun dulu saya buat meriam buluh sendiri (tiga atau empat ruas siap dengan simpaian dawai). Kami berlawan sesama kawan mencucuh meriam. Saya mencucuh meriam dengan meletakkannya di atas bahu ala Taleban menggalas Stinger cuma arahnya saja yang terbalik, siap dengan menyumbatkan objek-objek kecil sebagai peluru. Syok giler!!!

Orang dewasa ada yang membuat meriam daripada batang pinang. Ada yang mencuri batu sempadan (yang sebenarnya paip besi berdiamater sekitar 8 cm) untuk dijadikan meriam. Yang lebih dahsyat ialah meriam tanah. Kepuk diperbuat daripada papan (macam keranda mayat gitu) ditanam dalam tanah sedalam 1.5 m dengan hujung yang terbuka menghala ke dalam parit. Satu kati karbaid (600 g) dimasukkan kedalam bekas berisi air dimasukkan ke dalam kepuk tadi. SEtelah beberapa minit kepuk itu dicucukah dengan api. Hasilnya letupan yang sembab (low frequency) tetapi berkuasa tinggi sehingga menggegarkan seluruh kampung seolah-olah ada tremor gempa berukuran 6 pada skala Ritcher. Itulah hiburan yang serentak menjadi antara tanda-tanda Ramadan dan kedatangan Syawal zaman 60an dulu. Sekarang semua menjadi nostalgia belaka.

Pak HJ JB

Anonymous said...

Bulan puasa tahun ni tak de gula. Menteri buat tak tahu aje. Baru isu gula belum boleh tackle, bagaimana dengan masalah besar lagi?

Kopi Pahit.

andakmaon said...

Dato, Bagi mereka yang membesar di kampong main meriam masa bulan puasa adalah satu kemestian .Yang membesar di bandar boleh dengar sajalah . Melahu , terlopong mulut.

Kalau tak main meriam , budak tu kira macam pondan ( maaf ). Disebabkan nakkan bunyi meriam yang kuat, saya pernah ambil batang besi sebesar dan sepanjang meriam betul dari Kg Ujong Tambak ,Gersik. Yang lucunya meriam besi itu saya pikul dengan menaikki bot penambang merentasi sungai Gersik dan kemudian menaikki Muar Motor Bus ke bandar Maharani Muar. Dari bandar Muar ,meriam besi itu dibawa lagi menaikki Bus Northwest menghala ke Segamat. Meriam besi itu saya 'seludup' dalam bas tanpa pengetahuan konduktor bus. Sampai saja di Kampung Payamas , kawan seasrama dari Segamat hulurkan meriam besi itu dari tingkap bas.
Sengsara membawa meriam besi itu berbalol kerana bunyinya memang cukup kuat membelah malam.

Anonymous said...

"Bulan puasa tahun ni tak de gula. Menteri buat tak tahu aje. Baru isu gula belum boleh tackle, bagaimana dengan masalah besar lagi?

Kopi Pahit.

5:49 PM

----------------------------------------

Masalah gula:

1. Bekalan:

Tidak pernah berkurangan malah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ini secara tidak langsung menunjukkan kadar pengambilan gula per orang adalah kurang lebih meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah perkembangan yang kurang sihat. Mana silapnya?

2. Pengedaran:

Sepatutnya lebih ramai orang yang berpuasa terlibat dalam sektor ini agar keperluan bagi kawasan masing-masing sentiasa dititik beratkan. Kenapalah mengharapkan sepenuhnya ehsan tauke-tauke yang mana matlamat hidup mereka hanyalah mencari keuntungan duniawi semata-mata? Orang yang berpuasa buat apa? Berpolitik siang dan malam?

3. Permintaan

Kenapa permintaan bekalan harus meningkat di bulan puasa? Walhal bulan ini adalah bulan untuk mengawal semua jenis nafsu? Oleh itu salahkan nafsu sendiri yang tidak dapat dikawal tetapi bukannya menyalahkan pihak lain yang tidak dapat memenuhi permintaan nafsu yang mendadak naik!!

cheers

Antihipokrit

nazran said...

salam Datuk..tringat masa beli ais batu ketul..campur habuk kayu..nostalgia..

Yangretibase said...

Assalamualaikum wahai pakbelalang yang angkuh, sombong lagi takabur (saya pohon maaf sekiranya anda bukanlah seorang yang angkuh, sombong dan takabur).

* The march to Putrajaya insya-Allah will materialise.
* I pray to Allah SWT that you at that time are not going to kiss Anwar's buttock.

Wassalam.

baniADAM said...

Dato',

Bunyi tembakan meriam di Alor Setar seperti kata Dato' mengimbau kembali zaman saya di berek polis Jalan Kolam Ayer Alor Setar yang ketika itu ayah saya seorang pegawai polis. Setiap petang saya adik beradik akan duduk kat depan rumah tunggu Pak Aji (nama gelaran) yg dipertanggung jawab menembak meriam dekat bulatan Teluk Wanjah (tempat yg sama dimana Great Indian Royal Circus selalu buat pertunjukan)...selagi Pak Aji kita ni tak keluaq kereta dia selagi tu lah rasanya nak buka posa lambat lagi...tapi bila dia dah keluaq dgn kereta Morris Minor menuju ke tempat tembak tu baru lah rasa lega sikit...lepas tu kita akan nampak bebola api naik ke langit lalu terpadam dgn kepulan asap lalu diikuti dgn dentuman yg kuat "BOOM"...wah kenangan ni boleh buat saya menitis ayaq mata...lepas berbuka kami kekawan seberek akan berkumpul utk ke surau utk tarawikh...tapi banyak yg tak pegi banyak yg dok buat benda lain, main bunga apilah, meriam kabat lah, hai..time budak2 katakan...yg best nya semasa waktu tamat bersahur (syoq) kita akan lihat bebola api bercahaya dlm kegelapan pagi nak kelangit lalu berdentum memecah keheningan pagi...mmmm kenangan2 begini amatlah dirindui...kadang2 cerita macam ni saya akan ceritakan kpd anak2 saya setiap kali tibanya Ramadhan...hebat sungguh zaman dulu...kini saya jauh diperantauan sekali sekali teringat kenangan lampau yg penuh nostalgia...

ps: terima kasih Dato' kerana mengembalikan kenangan ini..

pakbelalang said...

Pemimpin UMNO/BN mesti cermin diri. Banyak strategi yang haprak dan HP6 masih lagi di jaja. Dah basi dah !

UMNO mesti segera perbetulkan keadaan.Najib mesti pandang jauh dan jangan buat dasar yang mengelirukan rakyat bawahan.

Dasar baru seperti ONE MALAYSIA harus diperjelaskan kepada orang Melayu. Orang Melayu sudah keliru.

Sokongan Cina sudah tidak boleh pakai lagi. Kita tahu strategi mereka hanya untuk memecah belahkan kekuatan orang Melayu. Strategi "divide and rule" telah di gunakan oleh orang Cina dengan berkesan.

Yang rugi bukan sahaja UMNO tetapi PAS juga. Akhirnya Melayu MELOPONG DAN TERLOPONG !! Percayalah. Melayu akan gigit jari untuk selama-lamanya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan perbuatan Melayu sendiri. Tidak siapa yang akan dapat menolong bangsanya jika bangsanya tidak dapat menolong bangsanya sendiri.

Akhirnya nanti Melayu akan berkata sudah takdir bangsa Melayu tidak bijak akalnya!!

Sudah sampai masanya pemimpin UMNO istiharkan "dharurat" untuk parti UMNO. Selesaikan masaalah dalaman UMNO dengan segera. Selagi ini tidak dilakukan maka UMNO akan tempang dan terombang ambing.

UMNO mesti buat perjumpaan raksasa. Berbalik semula ke pangkal jalan. Berhimpunlah semua Melayu dari semua golongan masyarakat di hadapan Istana Besar Johor untuk lakukan pengistiharan perpaduan umat Melayu di seluruh negara.

Ini lah cadangan saya. Pemimpin-pemimpin UMNO mesti buat ikrar akujanji dihadapan perhimpunan umat Melayu. Perhimpunan ini mesti dilakukan selepas perlembagaan UMNO di rombak semula.

MELAYU SUDAH LALAI !!! TAK SEDAR DIRI !!

al-Balingi said...

Salam Dato,

Selamat berpuasa..barakallahu fika..kekalau ada open house nanti jemput2 le...:)

R.HAREEZ said...

Bila dah main meriam buluh tu jangan lupa gi sembahyang tawarikh....eh silap sembahyang tarawih.

pakbelalang said...

Dato'

There is a typing error in your article.

Sdra R Hareez buat tegoran indirectly.

Tawarikh means sejarah kalau tak silap saya.

Lahpin, Jitra. said...

Salam Dato',

Dato' silap tu bukan tawarikh tapi terawikh.Jangan silap niat tawarikh nanti tak sah sembahyang terawikh.

Pada zaman itu sebelah petangnya saya dan kawan2 menjaja ais ketul yang telah dipotong dari rumah ke rumah.Ais yang tak habis dijual kami bungkus dengan guni dan kambus dalam tanah.Tak cair pun.Dapat duit kami beli air minit cap bendera sebagai minuman berbuka puasa.Kami dikampung saling tukar menukar juadah berbuka puasa sesama jiran sekampung.Itulah hebatnya hubungan sesama jiran ketika itu.Tapi itu semua hanya tinggal kenangan.

Yangretibase said...

Assalamualaikum Lahpin, Jitra,

TERAWIKH pun bukan, tetapi

TARAWIH.

Wassalam.

R.HAREEZ said...

Salam Dato' dan para pembahas yang budiman. Rupa-rupanya yang diutamakan dalam bulan Ramadan ini adalah mengaji dan mengkaji Al-Quran serta mengamalkannya. Ini tidak bermakna pula berpuasa itu tidak wajib.
Sebelum ini saya keliru juga dalam hal ini.

Nasib baiklah malam tadi sebelum sembahyang tarawih ada ustaz datang beri tazkirah tentang perkara ini. Seperti yang kita maklum Al-Quran juga diturunkan pada malam lailatul qadar. Ini menunjukkan betapa pentingnya Al-Quran dalam bulan Ramadan ini.

Harap-harap selepas bermain meriam buluh dan bersembahyang tarawih, marilah sama-sama kita memujuk hati kita untuk mengaji, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

Mudah-mudahan usaha dan amalan kita itu akan berterusan di bulan-bulan lain selepas Ramadan ini insya-Allah.

Anonymous said...

Ya Allah,
dengar cerita hangpa seme x sedar diri ini hanyut dalam arus nostalgia...
andai dapat kuundurkan semula masa yang berlalu...inginku bawa generasi hari ini bersama meniti kenangan indah itu.Detik waktu yang dilalui dulu terasa maung untuk dilalui,ttapi begitu manis dan syahdu untuk di imbau.
masa siang yang panjang diera 80-an(kalu berita kt radio dia aan sebut: pukul 7 waktu semenanjung,pukul 7.30 waktu sabah&sarawak) memang sarat dengan nostalgia ramadhan untuk dikutip dan dihimpunkan menjadi untaian memori.
sebagai anak kampung yang terceruk di sebuah kampung kat ulu pendang,sebagaimana semaknya jalan-jalan masuk ke kampung PS,begitulah saratnya kenangan nostalgia ramadhanku....
jalan kaki 5 batu ke sekolah charok kudong,kutip buah kededuk,kemunting sepanjang jalan sebab bulan posa tengok apa pun sedap..last2 malam x jeling pun..
kutip buah berangan,buah larak untk cicah garam belacan sambil ramai-ramai tengok tanding mengaji(tilawah) kt tv hitam putih lepas terawih.korek lubang bawah pokok untuk main congkak biji getah lepas menyicah.yg best malam2 pertengahan posa sebab bulan terang...sampai tengah malam main pula nusuk(sembunyi)dalam jerami padi kt bendang sebab mak ayah dok mengerat dan mukoi padi malam2.lagipun bulan posa tokwan cakap xdak hantu setan.Balik terus sog & tidog.tengahati gi skolah(sesi petang),mak oii,bau orang orang layur daun pisang nk buat kuih..pehh,memang nostalgia!!
petang2 balik skolah,jalan kaki lg 5 batu,tp punya panjang masa dolu-dolu, buleh dan sampai rumah sebelum tiba waktu berbuka.hantar kuih pada jiran2,kdg2 dapat balasan kuih yng sama gak...kantoi!! Lepas ja berbuka,brlonggok plak bawah pokok kopi tgk org mainmeriam buloh...Best,berlawan dgn kampung2 sebelah...Tapi dulu x risau orang marah @ terkejut sebab xdak yg sakit jantng,darah tinggi & kencing manis...kalu la ni,jika ada yg main meiam buluh,maunya sehari 3 org jadi arwah sebab terkezutt...!
more plak bkn mewah pun,sekadar mihun grg,bubur gandum,bubur kacang,meegi rebus pun ada tapi dia punya nikmat tu,susah nak cakap.habis sekampung turun tarawikh.mggu lepas balik posa katkg,kena turn mak aku buat more...buat satay & nasi lemak ayam bungkus daun pisang untuk imbau keharuman daun pisang.Yg mkn dgn x mkn sama banyak..ish,ish,ish..mewahnya la ni.kalau zaman kita dulu...
Wei...aku rasa nak masuk balik dlm perut mak aku spy dapat ulangi nostagia ramadhan yg dolo-dolu tu..Nk raya ni lagi la nostalgia...
Datuk,
Raya nanti buat nostalgia raya plak no....!!!
by:
shah anak matsabah

Anonymous said...

Datuk,

Dengan izin.

Tahun ni saya tadarus stail baru. Guna internet baca al-quran secara interaktif. Qari mengaji, saya baca terjemahannya. Kalau tak pandai bahasa Melayu, ada terjemahan dalam bahasa Inggeris, Urdu dan 3, 4 lagi bahasa.

Saya promosi pada kawan-kawan di sini kalau senang-senang layarilah website ini;

http://www.quranexplorer.com

Dan kalau tidak keberatan, berilah sedikit sumbangan ikhlas tanda sokongan.

Terima kasih.


-sinbad-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).