Wednesday, August 05, 2009

Pas Vs DAP Pusingan 2: Siapa Akan Mengalah?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 6 Ogos]KETUA Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir, dilaporkan berkata Pas akan melancarkan kempen seluruh negeri bagi mendesak kerajaan negeri melucutkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan daripada Ronnie Lim. Nampaknya arahan tutup mulut oleh Abdul Khalid telah dilangar.

[MUTAKHIR] – Abdul Khalid dilaporkan menolak tuntutan Pas agar menggugurkan Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Tempatan. Sebaliknya dia memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu itu sehingga penyelesaian dicapai.

[Posting Asal]

ADA dua isu pokok dalam desakan Pas Selangor kepada kerajaan campuran Pakatan Rakyat negeri itu agar melucutkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan daripada wakil DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, dan mengharamkan jualan bir di kawasan majoriti Muslim.

Pertama, bukti campur tangan Liu dalam kegiatan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kedua perniagaan arak dalam kawasan majoriti orang Islam.

Cerita campur tangan Liu dalam operasi agensi-agensi penguatkuasaan terhadap kegiatan perjudian, hiburan dan arak bukanlah rahsia.

Malah, seperti yang diadukan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hassan Ali, Liu mengarahkan unit penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan 70 tin bir yang dirampas daripada sebuah kedai runcit di Seksyen 8 dan memohon maaf kepada pekedai terbabit.

Sebagai tindak balas, Pas mahu kerajaan negeri memasukkan bir dalam senarai arak yang diharamkan penjualannya di semua kawasan majoriti orang Islam.

Dua isu pokok yang saya maksudkan itu adalah pertama, meminum arak adalah hak orang bukan Islam dan perniagaan arak adalah antara kegiatan ekonomi eksklusif orang bukan Islam.

Jadi adalah mustahil bagi Liu dan DAP tidak mempertahan penjualan arak. Inilah punca konflik antara Pas dan DAP. Masing-masing mempunyai ideologi dan alasan yang berbeza.

Seperti pernah saya katakan iaitu lama sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan untuk memberi sedikit bantuan kepada kaum majoriti Bumiputera, orang bukan Islam sudah pun memonopoli ekonomi dan diperuntukkan beberapa sektor eksklusif seperti judi, arak dan ternakan babi. Ini belum diambil kira monopoli gula dan francais tertentu.

Sektor eksklusif ini pastinyalah tidak akan dilesenkan kepada orang Islam atau disertai mereka kerana kegiatan-kegiatan ini adalah haram.

Tepati oleh kerana judi, arak dan hiburan berupa kegiatan yang digemari ramai maka daripada lesen yang diberikan itu muncullah syarikat judi raksasa seperti Genting (Mendiang Lim Goh Tong), Sports Toto (Vincent Tan), Tanjung PLC (Ananda Krishnan) dan Empat Nombor Ekor.

Syarikat-syarikat ini pula memberi francais kepada puluhan ribu agen di seluruh negara yang semuanya bukan Islam. Begitu jugalah halnya dengan perniagaan arak dan ternakan babi.

Hatta apabila kerajaan memperkenalkan kegiatan ekonomi yang menepati syariah seperti perbankan Islam, takaful dan makanan halal pun, majoriti pelanggannya adalah orang bukan Islam kerana mereka menguasai bidang ekonomi.

Jadi, manakala saya bersimpati dengan Dr Hassan, saya kurang yakin Menteri Besar PR Selangor yang mewakili PKR, Abdul Khalid Ibrahim, berani bertindak melucutkan jawatan Liu dan mengehadkan penjualan arak walaupun kerajaan negeri berhak ke atas pelesenan premis arak, judi, hiburan dan riadah.

Harus diakui bahawa Pas adalah rakan terkecil dalam kerajaan PR Selangor dengan hanya lapan kerusi Adun berbanding PKR 15 dan DAP 13.

Lagipun bilangan wakil rakyat beragama Islam dalam kerajaan PR Selangor adalah lebih kecil daripada bukan Islam – 17 Islam lwn 19 bukan Islam.

Namun Abdul Khalid dan DAP mungkin tidak akan menghampakan Pas memandangkan pada masa lampau Pas begitu komited mempertahankan rakan pakatannya seperti dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong Keat Ping (PKR) dan kes kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas Adun DAP Een Yong Hian Wah.

Dalam pusingan pertama, Pas mengalah apabila ia bertolak-ansur dalam kes rumah sembelihan babi di Kedah atas tekanan wakil tunggal DAP, Lee Guan Aik walaupun majoriti Adun PR Kedah adalah Melayu dan Muslim.

142 comments:

Antus said...

PAS jugak yang kena mengalah...sbb baru2 ni pon masa wat demo hanya org PAS je yang berdemo...org DAP absent sebab mabuk bir....hahahaha..

Mr. Mahid said...

Assalamulaikum Dato'

1. Saya berani mengatakan bahawa PAS akan sentiasa diperlekeh dan diperkudakan pada masa yang sama oleh dua rakan baiknya - DAP dan PKR.

2. Itulah nasib PAS sebenarnya.

3. Dan lebih menghairankan, PAS seperti terkena jampi dengan kerap membuta tuli menolong dan menjunjung rakan DAP dan PKR di dalam setiap isu dan permasalahan yang melanda dua parti berkenaan.

4. Apa yang PAS terima?

5. Sedarlah PAS. Keluarlah dari berkongsi selimut apabila mimpi sudah tidak sama lagi...

Pro Raja Nong Chik's said...

Yang saya risaukan, dlm pemimpin kita sibuk berpolitik dan cuba jatuh-menjatuh, cuba bersatu sana-sini, tanggungjawab utama iaitu menyelami masalah rakyat diabai. Bukan sengaja, takut terlalai.

Mujur ketua bahagian saya merangkap timbalan pengerusi perhubungan negeri terus bersama penduduk bawahan, tunjuk muka pada rakyat, sambil melembutkan hati mereka supaya menukar undi balik pd BN pd pilihanraya depan.

Jadi jgn marah ia kawan promo sikit. Sekadar mengingat yg mungkin makin ramai rakyat tak puas hati dgn PR, tapi tak bermakna mereka akan sokong BN kalau tak buat kerja.

http://prorajanongchik.blogspot.com/2009/08/setinggan-dan-raja-nong-chik.html

Open Minded Guy said...

salam,

babak terbaru ni sekadar wayang PAS nak menghadapi PRK ;p

CikguZ said...

Tahniah, posting dato' yang sangat menarik. Tapi, mau ke PAS mempertahankan prinsip ni hingga ke titisan darahnya yg terakhir? Atau kluk klek aje kot? Atau sandiwara lagi? Sama-samalah tunggu dan lihat!

Shah said...

Dear DAKJ,
Isu perniagaan arak dan judi ini sudah lama diperbincang, didebat dan dijadikan isu politik, sejak zaman Tunku Abd Rahman lagi. Pendekatan PAS seperti yang disarankan oleh Hassan Ali adalah juga pendekatan lama yang telah berkali-kali dibuat. Persoalannya, adakah dengan mengharamkan penjualan bir atau penjualan nombor akan membasmi masaalah minuman keras dan perjudian di kalangan masyarakat Islam? Pada pandangan saya, yang terpenting ialah prinsip amar makruf ,nahi munkar itu perlu di'internalise' atau ditanam dalam sanubari diri tiap-tiap individu Islam.Kaedahnya ialah dengan memperteguh iman masing-masing supaya ia menjadi penghalang bagi kita dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah.Seorang Muslim yang komited terhadap ugamanya, tebal imannya dan sedar yang benar dan yang batil sudah tentu tidak akan membeli bir atau stout atau wiski walaupun di depan rumahnya terletak kedai menjual arak yang besar atau tidak membeli nombor walaupun ada kedai TOTO di sebelah rumahnya. Sebaliknya jika orang itu mempunyai iman yang tipis ataupun dia Islam pada nama sahaja, dia akan tetap mencari benda haram itu di tempat-tempat lain walaupun jauh.Saya yakin ada orang-orang Islam di Kelantan yang pergi ke Selatan Thailand untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ugama kita, termasuk membeli minuman keras.
Betul, Nabi Mohammad pernah bersabda, ' jika kamu nampak perkara-perkara yang munkar, hendaklah kamu cegah jika kamu ada kuasa,atau kamu cegah secara lisan jika tidak mampu ataupun kamu tegur dalam hati jika itupun kamu tidak mampu'. Dalam kes negara kita, kecuali bagi beberapa daerah, kawasan-kawasan lain tidak ada yang penduduknya terdiri dari 100% orang Islam. Jika semua atau 99% daripada penduduk di kawasan itu terdiri daripada Muslim, maka tidak ada masaalah untuk tidak membenarkan penjualan arak atau nombor ekor.Itupun tidak menjamin tidak akan ada orang Islam minum dan main nombor. Tetapi bagi kawasan-kawasan lain kebiasaan orang-orang bukan Islam minum dan berjudi bolehlah dibiarkan. Ini tidak pula bermakna minuman keras dan perjudian itu baik untuk masyarakat. Pihak yang memegang kuasa dan NGO serta civil societies yang lain perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha dan program bagi membasmi perkara ini secacar yang berhikmah dan berkesan. Beberapa dekad dahulu di Amerika Syarikat Kerajaannya telah cuba menghapuskan amalan minuman keras ini melalui kuatkuasa undang-undang iaitu dengan menggubal 'Prohibition Act'nya, tetapi cara ini gagal dan akta tersebut dimansukhkan. Berikutan dengan itu kaedah menghapuskan masaalah ini lebih bertumpu kepada kempen-kempen kesihatan, hukuman keras terhadap pemandu mabuk, kaunseling dan sebagainya.
Walaupun niat Hassan Ali dan PAS Selangor itu baik dan menepati suruhan ugama, tetapi dalam keadaan masyarakat kita yang kompleks ,ada cara dan kaedah yang lebih afdal dan mempunyai kesan yang berkekalan.

Anonymous said...

PAS dan DAP kedua-dua akan menang. Pernah dengar tak win-win situation? Tetapi ada pemenang mesti ada yang kalah. Yang kalah itu ialah BN. Bukankah kebanyakkan ulasan saudara bersentimen perkauman! Ibaratkan bapak ketam menyuruh anak berjalan lurus! Bapak ketam tua! Kah! Kah! Kah! Oleh .. Anak Bangsa Malaysia

Anonymous said...

Salam Dato',
Tiada isu siapa patut mengalah. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Setiap rakyat di negara ini mempunyai hak, rakyat hanya ingin melihat kebaikan dan perkara sebegini perlu diperjelasan secara terbuka, PAS mahupun DAP berserta mereka yang berkepentingan bolih menyelesaikan perkara ini tetapi bukan dengan apa yang di cadangkan bahawa satu pehak mesti mengalah kerana itu konsep dalam BN/UMNO.
Apa kah cara satu pehak mesti mengalah adalah yang terbaik dalam mencari penyelesaian? Kompromi elit yang di amalkan olih BN/UMNO telah membuktikan banyak kepincangan dan sekira nya PAKATAN juga mengamalkan perkara yang sama, maka tidak hairan lah sekiranya mereka akan berkubur tidak lama lagi!!!!!
As an observer without any external influence, our politicians must change and it is about political will and national interest and the people is paramount.Without any of that, this country will go nowhere, either BN/UMNO rule or PAKATAN rule, it makes nothing-zilch!!!
Enjoy your day while you can, as maybe tiada esok bagi mu MALAYSIA ...oops 1Malaysia. Tengok movie Hindustan lagi bagus Dato'!!! salam dan selamat menyambut bulan Ramadhan dan bersedia untuk menjalani amalan Ramadhan dengan penuh keinsafan.dh9753.

tok_gajah said...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

Akhirnya melayu/Islam akan dijajah oleh kaum kafir ini.

ab said...

Salam dato,

PUJIAN saya untuk YB Dato Hassan.

Ini baru betul..kalau salah katakan salah,kalau betul katakan betul..tanpa takut,tanpa malu,tanpa segan.


Shah alam ni ada Datuk Bandar ke tidak?...habis tu apa tugas datuk bandar didalam perkara ini?..adakah untuk jadi peneman majlis dan tunjuk jalan MB dan sultan sahaja??. Atau untuk gambar kat TV dan akhbar serta majalah sahaja?.

Yang ahli politik sekoq ni kenapa
dan dilantik siapa jadi hakim,juri,
tukang tangkap,tukang dakwa, tukang hukum,kerani,penguat kuasa sekali..bukankah ini salah guna kuasa atau besar kepala?....mana ahli jawatan kuasa previlege dewan negeri selangur ? atau diam saja sebab kawan baik ajak mabuk free selalu..

Kalau dikampung saya dulu dia ini dah digunikan dan dah diselamkan kelaut/ sungai untuk jadi hantu air atau peneman ikan, atau makanan buaya!!.


Saya dah dapat agak keputusan MB selangor......


Abu Bakar Ab Rahman

jabsp said...

Masyarakat Malaysia tidak akan habis dengan isue.Dan yang paling membahayakan bila isue isue ini melibatkan pertentangan agama dan budaya.
Domokrasi Malaysia berlandaskan demokrasi yang dibawa dari negara barat,sedikit England ,sedikit USA,dirojakkan menjadi demokrasi Malaysia,demokrasi dunia ketiga.
Perbezaan besar demokrasi dunia ketiga dengan demokrasi barat ialah peranan pemimpin yang diangkat dalam sistem demokrasi masing masing dan peranan mereka yang mengangkat pemimpin ini.
Dibarat isue peribadi adalah tanggong jawap masing masing.Paling tidak,bagi mengatasi isue peranan peguam akan digunakan.Tetapi didunia ketiga termasuk Malaysia,isue peribadi mesti dijadikan isue pemimpin.Jika ini tidak dilakukan,akan hanyutlah pemimpin itu sebagai pemimpin.
Jesteru itu setiap pemimpin akan menjadi hero bagi kumpulan masing masing.Selagi sikap dan peranan ini berterusan,percayalah Malaysia kan berterusan dengan isue.
Malaysia bernasib baik kerana Pakatan Rakyat mengumpulkan PAS berteraskan Melayu-Islam,PKR berteraskan kepelbagaian dan DAP berteraskan Cina.Selagi tiga parti ini masih tidur sebantal walau mimpi tidak sama,bangunnya mereka dari tidur akan bekerja untuk kerja yang sama.Sebagai rakan berkerja yang sama,mereka akan memastikan rakan mereka mendapat perlindungan dari segala bahaya bagi memastikan semua kerja yang dirancangkan tetap akan dituai hasilnya.
Perpisahan PAS dari pakatan akan mengundang mala petaka yang pasti datang.Tiada lagi benteng pemisah antara permasaalah Melayu dan Cina,Melayu dan India.Hasilnya,apa yang totok UMNO akan lakukan tepok dada buka isinya.Takut memikirkannya,13 Mei kali kedua kerana cubaan kearahannya dapat dilihat dengan nyata olih kumpulan PRO ISA .

pengundi hantu said...

Blogger

itulah namanya politik. boleh berubah ikut keadaan semasa dan kepentingan masing masing.

yang penting dapat tarik pengundi dan pegang kuasa.

ideologi dan janji kepada pengundi di ketepikan dulu.

Yang mereka nampak hanyalah kesalahan musuh masing masing manakala keperluan dan masalah asas rakyat dibuat seperti bola.

Itulah manusia yang bernama ahli politik PR dan BN yang kita undi dan kita bayar gaji.

Najib Milatu said...

Siapa yang akan mengalah? Siapa yang akan kalah?

Mengalah dan kalah boleh jadi dua perkara yang jauh berbeza. Mengalah boleh jadi mengambil satu langkah ke belakang bagi membolehkan pengaturan strategi baru sebelum berlari semula ke hadapan.

Kalah membawa makna tewas dan tidak lagi bersaing.

Dari sudut politik di mana kemenangan dikira melalui undi majoriti, memang sukar bagi PAS mencapai kemenangan dalam dua perkara yang dipaparkan.

Namun apabila dipandang dari sudut perjuangan, PAS sudah selangkah kehadapan berbanding UMNO yang sebelum ini tidak pernah mengutarakan sebarang bantahan terhadap penjualan arak di mana-mana kawasan sekalipun.

sang kancil said...

pada pendapat saya, rentetan kemelut yang di hadapi pakatan pembangkang adalah merupakan ujian samada mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN atau tidak. Jika menjelang PRU13 mereka dapat mengatasi kemelut politik dan pentadbiran mereka , maka saya kira mereka akan lulus ujian kelayakan namun jika tidak maka sebaliknya akan berlaku. itu saja

int said...

"Ini belum diambil kira monopoli gula dan francais tertentu."

This is a very unfair statement. Robert Kuok is just one man. It seems that you are saying because one chinaman has all the money that all the chinamen should be happy. This is flawed logic.

One Malay went to space, that doesn't make all Malays kosmonauts.

Anonymous said...

Salam Datok KJ

Apa yg saya faham, bahawa Dato' Hassan Ali bukan bermaksud nak minta DS Khalid lucutkan, cuma minta alihkan ke potfolio lain. Harap2 ianya berlaku, lagipun banyak desas desus menyebut Ronie Liu ni suka mempertahankan aktiviti kurang baik. Saya sokong saja apa yg baik, sebab PR Selangor boleh jadi role model. Kalau PR berjaya di Selangor bermakna ia akan berjangkit ke negeri2 lain.

Di Kedah lain pula isunya. Kedai makan yg menawarkan 'open karoke' bersepah. Dari Semeling hingga pekan Bedong dah ada 7 tempat. Buka pintu dapur atau pintu utama pastinya bunyi bedengung sampai jam 3 pagi. Mlm Jumaat saja yg tutup, lain2 malam 'on'. Tak kiralah israk mikraj, Maulud Nabi dan bulan Ramadhan. Saya pun bukan jenis org baik sangat, tapi sifat malu dan hormat hari2 tertentu tu masih ada.

MAD BALING

Anak Perelih said...

Untuk pengetahuan saudara... masalah penjualan arak di 7-11 seksyen 8 shah alam itu telah berlarutan banyak tahun sejak ianya dibuka. Penduduk membantah kepada MBSA tetapi tiada tindakan semasa Selangor dibawah BN/UMNO... sedangkan seksyen 8 adalah 90% penduduknya adalah Islam. Seksyen 8 juga berlakunya kes surau ditutup oleh Khir Toyo... yang merupakan salah satu sebab UMNO kalah di Shah Alam.

Apabila PR memerintah Selangor.. barulah ada tindakan oleh MBSA... Apa yang menjadi isu adalah takrifan beer sebagai arak... Rhonnie Liu mentakrifnya sebagai bukan arak kerana kurang kandungan alkohol dan ini adalah kebodohan/ignorant Rhonnie Liu...

Oleh itu PAS mengeluarkan kenyataan tersebut adalah untuk memberitahu beer termasuk sebagai arak dan garis panduan yang diguna pakai oleh MBSA... selain meminta Rhonnie Liu beralih portfolio... kerana mencampuri urusan MBSA itu... so apa masalahnya??? masalahnya hanya ujud semasa Selangor dibawah BN/UMNO

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS sekarang hadapi dilema sebagaimana UMNO hadapai pada satu ketika dahulu.

Sudah tiba masanya PAS perlu meminta maaf pada UMNO dan kembali kepada perjuangan asal orang Melayu zaman Dato' ONN bin Jaafar

Kalau PAS masih berjuang dengan Chin Peng, sudah tentu akan ditembak kerana komunis mana hendak dengar cakap orang apatahlagi boleh bertolenrasi.

wishediwaswrong said...

Berasaskan kepada peristiwa yang lepas-lepas, saya jangkakan pihak yang akan mengalah ialah PAS apabila Tok Guru akan memberi alasan-alasan yang membolehkan Dr. Hassan Ali menarik balik kenyataannya tanpa jatuh air muka.

Ini samalah dengan sikap mengalah UMNO apabila menghadapi rakan-rakan mereka dalam BN seperti kes seorang kanan UMNO Pulau Pinang yang diambil tindakan oleh partinya sendiri atas desakan se buah parti komponen BN bukan Melayu.

Memang orang Melayu amat toleren.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

'BEGINILAH NASIB KU(BANGSA) YANG MALANG' APATAH LAGI KINI TERGULUNG DALAM TIGA 'MAZHAB'... UMNO, PAS DAN PKR.

'TERKENANG KENANG' KAMI AKAN SENIKATA DALAM LAGU 'CINTA NUSANTARA' NYANYIAN SHEQAL.
..'BERINDUK BAK AYAM RUMPUN BAK SERAI'..TAK KEDENGARAN LAGI BERKUMANDANG DIRADIO ERA BARU.

APAKAH 'TIADA MAAF BAGI MU' MENJADI DENDANGAN AHLI2 'MAZHAB' TERSEBUT HINGGA SANGGUP BERPECAH BELAH DARI KEMBALI BERSATU?...DAN ADA PULA YANG SANGGUP BERALAH DEMI KEPENTINGAN 'MAZHAB' MASING2.

'JANGAN TUNGGU LAMA2 NANTI(KUASA) DIAMBIL ORANG' DAN KALI INI MUNGKIN UNTUK SELAMA2NYA.

DAN KETIKA ITU SUDAH TERLAMBAT DAN TANAH MELAYU INI AKAN TERKENAL DENGAN SEBUTAN 'MALAI-SIE' BUKAN LAGI MALAYSIA.

BANGSA MELAYU AKAN ME-LAYU BUAT SELAMANYA.

INSAFLAH WAHAI ANAK BANGSAKU!

ALFATIHAH, AMIN.
PS. 'JANGAN DISESAL KEMANA AKU (MELAYU) PERGI (JAHANAM)'..

zainal mohd jais said...

DRAMA TERBARU PKR

Di Manik Urai, isu Hadi Awang vs Nik Aziz berjaya dimanipulasi dengan baik. PAS menang walaupun majoriti kecil.
Di Bukit Gantang, isu Nizar yang turun dari kerusi MB dimanipulasi dengan hebat. PAS menang. Isu Karpal Singh bantai Anwar, juga menjadi advantage.
Di Penanti, isu Timbalan Ketua Menteri PKR yang tidak perform dieksploit dengan berkesan, mereka menang selesa, apatahlagi BN tidak bertanding.
Di Permatang Pauh, isu sodomi Anwar dieksploit dengan bijaksana, sehingga akhirnya ia menjadi advantage kepada Anwar, dan dia menang selesa.

Sama ada insiden yang sebenar, atau krisis yang direka, nampaknya pengarah dan pelakon yang dimiliki oleh PR sedang topform. Mereka betul-betul mampu memanfaatkan semuanya menjadi faktor yang memihak kepada PR.

Sekarang kita berhadapan dengan pilihanraya kecil Permatang Pasir. Plot drama baru sudah bermula. Satu Teoh Beng Hock. Satu lagi Ronnie Liu. Satu kejadian kematian, satu isu pemecatan. Dua nama itu bukan sekadar satu watak, tapi satu tajuk kepada filem baru mereka. BN tidak boleh membiarkan diri mereka menjadi penonton dan terus dimainkan dengan plot mendebarkan lakonan itu, kemudian tertewas.

Untuk menumpaskan lawan, kita perlu sentiasa berada di depan, bukan di sisi, apa lagi di belakang mereka. Kita juga bukan sahaja perlu up-to-date dengan strategi sendiri, tapi juga up-to-date tentang strategi lawan. Ini adalah satu fakta yang bukan rahsia, tetapi bukan mudah dalam mempraktikkannya.

Muhammad Azli Shukri said...

saya memikirkan barangkali kehendak PAS akan dipenuhi, hal ini adalah kerana hati PAS boleh bertukar sekelip mata. mungkin hari ini PAS boleh memaki UMNO, tetapi belum tentu esok. Jika DAP terus menerus berdegil, tidak mustahil PAS akan berpecah.

apanama said...

Besar kemungkinan Anwar Ibrahim akan melucutkan jawatan MB Tan Sri Khalid jika Ronnie Liu di-lucutkan jawatan Exco.
Desakan terbuka Pas nampak seperti ada-nya retakan dalam kerajaan PR Selangor, tetapi ianya mungkin juga lakonan yang di-atur dan di-catur demi menagih sokongan rakyat Melayu/Islam yang telah mula kembali kepada Umno/BN di beberapa negeri di-bawah PR.

pakbelalang said...

Tipah tertipu lagi !!

Tipah Oh Tipah !!

Aku dah kata kau jangan kahwin, tapi kau nak kahwin juga.

Nah apa dah jadi?

Itu lah dibaratkan antara PAS dengan DAP/PKR.

Jadi kesimpulannya kita lihat dan tunggu berapa kali Tipah akan kena tipu lagi !!

Kuasa ditangan suami !!

Gagak di Rimba said...

Salam,

Kalau DAP dan PAS bijak berpolitik, mereka mungkin boleh mencari jalan supaya menang-menang, dan tidak ada sesiapa yang mengalah.

Tapi yang saya pelik, mereka ni berkelahi tak habis-habis. Kalau begini, bagaimana kita boleh yakin mereka mampu mengambil alih pemerinthan negara.

Anonymous said...

Salam dato.
Media2 arus perdana tv dan akhbar sudah memulakan balik isu berkaitan sentimen perkauman di front line akhbar mrk.Adakah ini utk mengalihkan pandangan rakyat pada isu besar lain sebenarnya?Atau ia menggambarkan akan ada rompakan harta rakyat bakal dilakukan oleh org atasan secara senyap2.Rakyat diHulukan pencapaian diuTamakkan.

Terima kasih PAS Selangor kerana tindakan yang bijak.

rakyat tak bodoh.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Semuanya akan berjalan baik jika kita mengetahui apa yang kita hendak dan mengatur langkah kearah tersebut.Masalahnya kita tidak jelas dengan apa yang kita kehendaki dan dengan itu berubah-ubah hingga kelambut bukan sahaja dengan orang lain tetapi dalam kalangan parti sendiri.

Nabi kita memeberi'tips' bagaimana untuk mengurus diri, keluarga ,dan parti iaitu dengan terlebih dahulu mewujudkan panduan apa yang kita kehendaki. Dalam Islam Nabi kita memberi jaminan umat Islam tidak akan sesat selagi mereka berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah Nabi.

Dalam hal perbalahan antara PAS dan DAP Selangor janganlah kita menghabiskan banyak masa membincangkannya kerana ia tidak memberi banyak kesan kepada kehidupan seharian kita.Yang kita perlu pertingkatkan adalah mengetahui hak kita dalam perlembagaan dan bersatu untuk mempertahankannya.Pada masa dahulu kita menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan sehinggakan kita mengatakan tiada apa yang kita perlu bimbangkan kerana kita mempunyai kerajaan Melayu.

Dalam isu penjualan minuman keras tahu tidak kita sebelum sesuatu gedung perniagaan di beri lesen untuk berniaga minuman keras pihak Majlis Bandaran akan terlebih dahulu mengeluarkan notis samada sesiapa mempunyai bantahan. Saya percaya ramai diantara kita tidak mengambil kisah pun kerana isu itu tidak kena batang hidung kita sendiri.Jadi mulai dari sekarang kita amalkanlah gaya hidup secara berjemaah dan mengambil tahu apa yang berlaku dikeliling kita. Ingatlah kita sekarang hidup dalam suasana 1 Malaysia. Kerajaan yang wujud bukanlah khusus untuk sesuatu kaum sahaja .Ianya perlu berlaku adil kepada semua. Kita perlu mengambil berat keperluan kita dan tidak berharap kepada orang lain.Ingat pepatah Inggeris "Crying baby will get the milk". Jangan diam sahaja dan mengharapkan keperluan kita datang menggolek.Kita perlu berusaha mendapat hak kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya

Dato' Zainal Maarof said...

Engkau ni Kadir...

Asyik nak banding berapa bilangan Muslim dan berapa bilangan bukan Muslim.

Kerja batu api.

Apa salahnya memberi peluang dan menerima mereka SEMUA adalah RAKYAT MALAYSIA?

Bagi kamu Kadir dan rakan-rakan yang sewaktu dengan kamu di UMNO, kalau tidak dapat pecahkan pembangkang dengan retorik kaum, guna peluru agama pula.

Bertaubatlah saudara. Hidup kita di bumi ini cuma seketika, tak lama lagi kita dihakimi Allah SWT.

mack said...

AKUM. Kalau cakap judi dan minuman arak ini saya minta renung balik bukan orang bukan islam sahaja yang buat perniagaan ini. Mari kita lihat siapakah yang pernah menjadi rakan kongsi perniagaan ini sama ada ia masih hidup atau yang sudah mati tentu kita masih ingat nama2 besar mereka dalam perniagaan yang berasaskan arak dan judi. Saya bukan menyokong apa yang kerajaan pakatan rakyat nak buat tapi kita perlu ingat selagi orang islam masih bercampur aduk perniagaan yang disebutkan selagi itulah rahmat ALLAH tidak akan sampai. Takan tak tahu apa perniagaan SPORT TOTO tapi bila dia bagi derma anjuran nya pemimipin negara yang beragam islam pun turut serta itu pun kita tak nampak ke. Perniagaan minuman keras dan judi ini diluluskan oleh pihak kerajaan pusat cuba kita fikirkan? dan setiap cukai dan royalti nya kemana? marilah buka minda dan fikiran jangan selitkan politik jumud dalam minda untuk menghalalkan cara. Kembalalah kepada jalan ALLAH dan insaflah jika mencari kekayaan dengan jalan yang salah pasti bala akan menimpa kepada kita semua. Dalam bab perniagaan babi pun suatu masa dulu utusan malaysia pernah menyiarkan artikel berita nya bahwa pembesar suatu negeri juga terlibat dengan perniagaan ini tapi tak tahu lah entah betul entah tidak masih dalam kemusyikilan lagi mungkin itu hanya dakwaan akhbar tersebut maklum lah pada masa itu ada kerisis kerjaan dengan raja2. Yang penting mari kembali kepada jalan yang telah ALLAH tunjukan. Sempena malam nisfu syaaban ini mari cucikankan diri dengan 3T tasbih. tahjud. takwa. Kepada ALLAH dan RASUL NYA. WSLM JUMPA LAGI DARI INSAN YANG KERDIL

Anonymous said...

The crux of the matter is not who wins but the question whether the kedai runcit has broken any law.

If the selling of beer (cans) is within the legality context, there is no reason why the goods should be confiscated in the name of religion. There is no written law kedai runcit within Muslim community is forbidden to sell can beer.

To ensure the livehood of business people are not affected, Muslims or non-Muslims, it is crucial the common law is uphold to ensure nobody's rights are violated.

I am a small business owner trying to feed my family and it scares the daylights out of me when I hear so-called non-halal goods can be confiscated just like that, without regards to the law of the country. Beer today, how I know what next?

Old Pek

lezz said...

Dalam keadaan ini, kompromi adalah cara yang paling sesuai. Sekiranya penjualan arak di hentikan, adakah ini adil kepada orang bukan Islam? Kriteria 'kawasan melayu majoriti" tidak sesuai kerana beribu-ribu penduduk bukan Islam juga menetap disitu. Disebabkan kadar kelahiran yang berbeza, seluruh negara akan menjadi 'kawasan melayu majoriti' pada masa depan. Pada masa itu pasti PAS akan meminta penjualan arak di seluruh negara dihentikan.

Cadangan yang paling rasional adalah tanda papan di setiap kedai mengingati orang Islam supaya tidak beli arak. Senang! Dan IC wajib ditunjukkan sebelum pembelian arak sebagai bukti bukan islam. Bukankah itu lebih logik?

OKJ said...

Salam DAKJ

Sebenarnya Cuma satu jalan saja PAS dapat keluar dari kemungkaran DAP dan PKR iaitu keluar dari Pakatan Rakyat. Dari mula mula berkawan dulu, PAS telah dipermain-mainkan dan diperbudak-budakkan oleh dua parti tersebut untuk pecahkan undi Melayu. To’ Guru-To’ Guru PAS terpaksa bertungkus lumus mengeluarkan berbagai fatwa yg merapu untuk menyelamatkan kemungkaran yg dilakukan oleh kawan-kawan pakatannya. Sehingga terpaksa mencaci sesama Islam dan mufti sendiri.

Selagi lama PAS di dalam Pakatan Rakyat, lebih banyak dosa-dosa yg ditulis oleh malaikat di bahu kiri tu. Bukan saja kesalahan Parti tetapi juga terpaksa bertanggung jawab ke atas semua ahli yg sentiasa menyokong parti walaupun terang-terang salah. Mungkin boleh dinyatakan sedikit contoh.

Pemimpin peliwat disanjung, sex bebas, bergambar bogel dan penzina diberi taraf yg tinggi. Anak haram hendak diberikan bantuan. Ayat-ayat suci dipermainkan. Percambahan rumah urut, rumah maksiat dan jual arak yg berleluasa. Kongsi gelap bermaharaja-lela. Negeri yg kaya raya macam dah nak gulung tikar.

Diperkuda-kudakan untuk perarakan ISA yg mulanya dicanang untuk semua kaum, rupa-rupanya kena tipu bulat bulat tapi masih tak mengaku. Berguling atas jalan untuk pertahankan parti boneka sampai sanggup sembah derhaka. Perkenalkan tafakkur gunakan lilin yg telah mula diikuti oleh segelintir penyokong. Bercakap menipu untuk menang pilihanraya dimana dah tak kenal mana yg halal dan mana yg haram.

Mengajar penyokong penyokong mencaci sesama umat Islam tapi memberi pujian kepada kafir laknatullah. Penyokong memberi contoh kononnya negara Singapore adalah contoh dimana mereka tak tahu apa yg sebenarnya terjadi kepada Melayu di Singapore. Berapa ramaikah anak Melayu Singapore dapat masuk universiti? Berapa ramaikah professional Melayu di Singapore dan dimanakah Melayu Singapore rata ratanya mampu tinggal? Mengajar penyokong lebih kepada fantasi dari realiti dan tidak berpijak di bumi yg nyata.

Begitulah serba sedikit contoh yg boleh diambil ikhtibar. Renung renungkanlah wahai pemimpin PAS. Sekian TQ.

Anonymous said...

Datuk,

Hal penjualan arak secara terbuka di kedai-kedai serbaneka 24-jam ini janganlah dilihat dari sudut halal haram agama Islam sahaja.

Kita kenalah juga lihat dari sudut peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial dikalangan rakyat.

Rakan saya seorang polis ada mengatakan bahawa banyak kes jenayah yang terjadi sekarang ini dilakukan oleh penjenayah-penjenayah yang "kepala tengah mereng" atau khayal dengan arak dan dadah. Mereka sanggup membunuh mangsa walaupun wang/harta rompakan hanya bernilai ratus-ratusan ringgit sahaja.

Tidak semua orang bukan Islam itu bersetuju dengan penjualan arak secara terbuka ini. Ramai rakan-rakan saya yang bukan beragama Islam bersetuju jika arak tidak dijual secara terbuka kerana mereka sedar ia adalah satu faktor peningkatan kadar jenayah yang tinggi sekarang ini.

Sesetengah tempat di Britain, polis mengharamkan penjualan arak pada masa-masa tertentu terutama ketika hendak berlangsung perlawanan bolasepak kerana bimbang berlaku keganasan dikalangan hooligan bolasepak. Tidak timbul langsung persoalan halal haram agama tetapi lebih kepada keselamatan awam.

Saya menyokong penuh saranan Hassan Ali ini dan berharap beliau lebih berani untuk menggesa pengharaman penjualan arak ini diseluruh tempat tidak kira kawasan majoriti Islam ataupun tidak.

Ronnie Liu bagi saya tidak pedulikan langsung musibah yang datang dari arak ini. Yang penting bagi beliau mungkin bisnes, bisnes, bisnes, untung, untung, untung.


-sinbad-

Anonymous said...

salam dan sejahtera,

apapun isunya kali ini. saya pasti pakatan rakyat bukanlah pilihan saya pada pru 13 nanti. banyak isu yang menjelikkan saya sebagai rakyat kebanyakan.

satu lagi isu semasa selain daripada banyak isu-isu sebelum ini adalah kes kampung buah pala. isunya adalah penempatan setinggan. apa yang susah sangat nak diuruskan? dah berapa banyak kes setinggan kat malaysia ni yang boleh jadi reference untuk selesaikan kes ni, apa yang susah sangat? kerajaan negeri jangan lah buat ruling yang bukan-bukan yang akan jadi precedent kepada kes-kes selepas ini yang akan menyusahkan kerajaan.

kesimpulannya, kerajaan pakatan rakyat ni tak boleh diharap, populis. tapi saya tak kata kerajaan barisan nasional tu bagus, masih tak banyak berubah. rakyat pun saya harap bersikap rasional. jangan tamak dan minta yang bukan-bukan. rakyat adalah cermin kepada kerajaan dan politik negara. pemimpin datang dari kalangan rakyat, kalau rakyat baik, baiklah pemimpin begitulah sebaliknya. renung-renungkanlah keadaannya di Malaysia ni.

sekian.

-bukan ahli politik-

noor said...

Rasa malu jadi ahli PAS. Kalau berterusan maka esok akan Islam akan di sepak dan Melayu di teranjang sampai masuk ke lubok. Suatu hari Selangor akan menjadi Singapura, melayu di sisih dan di pinggir hinggakan jadi kaum minority. Dah terlambat Melayu nak kemana, ke negeri Cina, India dll

jue said...

Dear Dato'

Believe me on this DAP & PAS is just like oil and water. They cannot mix!.

Regards,
Ju

Anak Perak said...

Datuk,

Dari apa yang saya faham alasan Ronnie Liu ialah beer tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana "alcohol contents" yang rendah dibandingkan dengan whisky atau brandy. Atas alasan ini saya rasa Pas akan mengalah. Maklumlah setakat yang saya tahu tidak ada orang Pas yang minum beer atau whisky. Hanya orang-orang yang pernah minum sahaja yang boleh membuat perbandingan.

Sebenarnya beer juga boleh memabukkan. Kepada orang yang pertama kali minum setin beer sudah membuatkan seseorang itu tonggang langgang. Di Australia dan Britain ramai yang mabuk beer dibandingkan dengan wine atau minuman berachol lain.

Saya rasa Pas akan mengalah. Meminum arak adalah salah satu hak asasi manusia. Ianya sama dengan hak-hak untuk berarak dan berdemonstrsi. Tidak mungkin Pas menerima hak-hak berdemonstrasi dan dikala yang sama menentang minuman arak.

Mungkin alasan Pas ialah di zaman Nabi Muhammad dulu pun orang-orang bukan islam dibenarkan meminum arak. Kini sudah pula kedengaran sokongan supaya kutipan zakat digunakan untuk projek-projek bukan islam sepertimana yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor , mengambil contoh di zaman Nabi.

Sepatutnya kerana mengadakan undang-undang supaya minuman beralkohol samada rendah atau tinggi hanya boleh dijual dikedai-kedai "liquor" sepertimana di Amerika Syarikat (AS). Malahan rokok dan curut juga hanya dijual dikedai-kedai "tobacco" dan "liquor". Secara amnya di AS pembeli untuk kedua-kedua bahan tersebut hendaklah berumur lebih dari 18 tahun. Mereka juga dikehendaki menunjukkan Kad Pengenalan untuk membuktikan yang mereka berumur lebih dari 18 tahun.

Tetapi di Malaysia rokok dan minuman keras dijual merata tempat. Kalau kerajaan meminda undang-undang sekarang sudah tentu peniaga-peniga yang memonopoli perniagan ini akan melolong menuduh kerajaan tidak adil. Pas juga tentu menentang berdasarkan hak asasi dan kesetiakawann PR. Lagi pula islam UMNO bukannya islam tulin.

Sebenarnya sudah naik lemas menyaksikan sandiwara PR.

Anonymous said...

Salam Datuk.....
Saya dimaklumkan oleh guru saya bahawa...peminum arak akan menjadi kayu api didalam neraka. Abadi dirinya disitu. Jauhi arak...

guringan

Bekas Tentera said...

Datuk,

Sekarang sudah ada orang Melayu yang menuduh orang Melayu yang mempunyai pandangan yang berlainan dengan Pas, DAP dan PKR sebagai perkauman. Malahan media-media utama juga dituduh perkauman (Media Melayu tentunya). Tapi bagaimana dengan media-media utama bukan Melayu?.

Melayu sebenarnya mudah lupa. Hingga ada yang menyamakan demonstrasi pembangkang termasuk anti ISA bru-baru ini dengan demonstrasi orang-orang Melayu pimpinan Dato Onn Jaafar yang menentang Malayan Union tahun 1946. Bacalah buku sejarah.

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Saudara apanama

Kalau mengikut pattern apa yang telah dilakukan sebelum ini, apa yang Saudara tulis sememangnya masuk akal. Saya pun memikirkan perkara yang sama sebelum ini.

Melati

Belacak said...

Bravo Dato'

Seketika nanti Mursyidul Am PR, Sdr Lim Kit Siang akan ke Selangor dan isu ini akan reda.....

Anonymous said...

Salam Dato' Kadir,
Kepada Dato'Zainal Maarof;
Dato'Kadir hanya bersikap berwaspada...negara inilah satu-satunya bumi di mana bangsa melayu memegang tampuk kuasa (itupun politik sahaja).

Kalau terlepas, sampai kiamat kita merempat...

-AWANGJPJ

Anonymous said...

Atok Kadir yg di hormati,

Citer lah sikit pasal minyak kat perairan kelantan tok kadir.

Telah di sahkan ada 3 pelantar minyak dalam perairan kelantan.

kenapa lah kerajaan pusat tak menghormati pejanjian royalti dgn kerajaan kelantan sedangkan negeri2 seperti terengganu, sabah dan sarawak hormati pulak....

I DON'T GET IT!..apelah atuk ni...(sorry lah atuk speaking sikit)

cucu atok kadir ipoh

Anonymous said...

That's the way to go Tan Sri Khalid. Teach these Pas fanatics a lesson. Like AKJ said, Pas is in monority in DUN. If they don't like they can go. PKR and DAP can rule Selangor without Pas. I bet Umno will not accept Pas as partner. Never mind if we have a minority government. The Chinese and Indians are solid behind Dato' Seri Anwar and you.

Yam Seng

TooLBoX said...

Datuk AKJ

Pada pandangan saya mengalah (tolerans) PAS kepada sekutu Pakatan Rakyat tidaklah seteruk mengalahnya DSMNAR bagi pihak UMNO kepada sekutu-sekutu yang tak menang PRU dalam BN.

Walau bagaimanapun Ronnie Liu (dengan berbagai tindakan yang dia lakukan) memang tidak layak menjadi exco.

borhan said...

Inilah perbezaan besar antara Kerajaan BN dan Kerajaan PR.Dalam Kerajaan PR ia kelihatan terbuka. Isunya diketahui umum. Sebalik dalam Kerajaan BN semuanya dirahsiakan. Beritanya digelapkan.Diluar kelihatan semuanya baik.Contohnya lihatlah apa yang berlaku di Terengganu dan di Perlis. Sampai kini pun masih haru lagi.Boleh ke Dato tulis sedikit cerita berkenaan dengan pergolakan kerajaan BN (UMNO ?) di dua buah negeri ini pengetahuan kita semua.

Anak Perak said...

Datuk,

Kepada Cucu Atok Kadir Ipoh,

Bila kerajaan Pusat tandatagani perjanjian royalti (minyak?)dengan Kelantan? Sila beritahu. Mungkin saya tersalah pandang atau tersalah baca.

Setahu saya pelantar minyak "Joint Development Authority (JDA)" terletak di dalam kawasan perairan yang dipertikaikan antara Thailand dengan Malaysia. Apa yang jelas ianya terletak di dalam perairan "Exclusive Economic Zone-EEZ" di Teluk Siam dan bukan dalam perairan pantai.

Difahamkan hasil yang diperolehi dari kawasan perairan EEZ (minyak dan gas)adalah hak kerajaan pusat dan bukan kerajaan negeri. Sila beritahu kalau saya silap.

Berhubung dengan cabaran Yam Seng (another word for bottom up) supaya Pas meninggalkan PR saya nak tanya apa pandangan Pas. Afterall PR Selangor can survive without Pas. As Yam Seng nicely put it, Chinese and Indians solidly behind Anwar Ibrahim and Khalid Ibrahim.

Ketika saya kecil-kecil Pas dikenali sebagai Partai Islam Setanah Melayu (PMIP). Rasa-rasanya ia lebih nasionalis dari UMNO. Isu-isu yang diperjuangkan sebahgian besarnya ialah isu-isu Melayu. Saya sendiri seringkali mengikuti kempen-kempen Pas dalam pilihnraya tahun-tahun 60an.

wadi said...

Shah,
brilliant comment. I wish there are more of you in PKR, DAP & Pas. For those out there, read and understand the difficulties of trying to make things right whilst being fair to others. we are still on the learning curve, trying to meet each other's interest. unfortunately for BN/media and their supporters, instead of helping to solve the problem for the benefit of our future generations , they laugh and manipulate the situation...sigh.

Anonymous said...

Salam dato' Moderator,

Isu arak di Shah Alam adalah isu yang membabitkan kawalan terhadap tingkah laku manusia. Satu pihak (Pas) mahukan kawalan yang lebih ketat sedangkan satu pihak lagi (DAP)tidak bersetuju kawalan penjualan arak di ketatkan lebih daripada yang ada sekarang ini.

Perbezaan pendapat dalam soal kawalan terhadap tingkah laku manusia antara Pas dan DAP tidak akan berakhir dengan berakhirnya isu arak ini. Ini kerana banyak lagi tingkah laku manusia, bukan saja terhadap arak, yang mana pada pandangan mata Pas (konservatif) perlu di perketatkan lagi. Ini bertentangan dengan DAP. Bagi pandangan mata DAP (sekular total) kawalan terhadap tingkah laku mereka kalau boleh mahu dilonggarkan lagi.


Perbezaan antara DAP dan Pas menjadi rumit kerana dalam isu tertentu DAP menggunakan naluri sebagai kayu ukur sedangkan Pas menggunakan agama sebagai kayu ukur mereka. Kini, DAP melihat kawalan tingkah laku yang bakal di perjuangkan oleh Pas, walaupun hanya melibatkan masyarakat Islam tetapi ia secara tidak langsung menjejaskan kebebasan tingkah laku mereka (DAP) lantara mereka banyak berurusan dengan Pas.

Setip satu mesti ada jalan penyudahnya. Oleh itu kesudahan bagi episod yang melibatkan pertembungan dari segi pendekatan antara Pas dan DAP dalam konteks kawalan terhadap tingkah laku ahli mereka adalah seperti berikut:

1. DAP mengalah yakni akan mengikut standard kawalan tingkah laku yang ditetapkan oleh Pas apabila mereka (DAP) berurusan dengan ahli Pas tetapi mengguna pakai standard mereka sendiri apabila berurusan dengan ahli DAP.

2. DAP akan berkeras dan tidak akan bersetuju untuk mengikut standard tingkah laku yang dimahukan oleh Pas, meskipun mereka berurusan dengan ahli Pas. Dalam kata lain status quo adalah kekal.

3. DAP akan melancarkan serang balas dari sudut psiklogi iaitu meminta lebih banyak kelonggaran bukan saja dalam isu arak tetapi lain-lain isu.

4. Kalaupun dalam isu arak Pas bergerak ke kiri sementara DAP bergerak ke kanan dan kalau sekiranya Pas dan DAP bergerak pada kadar sedia ada makanya sudah tentu jarak antara mereka akan melebar dengan begitu pantas! Ini tidak baik untuk Pas dan DAP. Oleh itu DAP dan Pas boleh berkompromi iaitu kedua-dua mereka kenalah memperlahankan gerakan menuju sasaran masing-masing.

5. Pas dan DAP akan bertemu di ekor dengan ekor. Ini dapat dijayakan kalau DAP berundur sedikit ke kiri iaitu kurangkan sedikit kebebasan tingkah laku apabila berurusan dengan Pas; sementara Pas berundur sedikit ke kanan yakni tidak terlalu mengongkong tingkah laku DAP dalam berurusan dengan ahli Pas.

6. Pas dan DAP bertemu pada satu titik positif. Iaitu Pas akan melupakan hasrat untuk berundur ke kiri (iaitu mengetatkan kawalan tingkah laku ahlinya) sebaliknya bergerak ke kanan menuju ke arah dengan DAP (ke arah mengurangkan kawalan terhadap tingkah laku ahli).

7. Pas dan DAP bertemu pada satu titik negatif. Iaitu DAP perlu bergerak kekiri ke arah Pas. Ini bermakna DAP akan turut mengetatkan kawalan tingkah laku yakni bersedia untuk mengurangkan tahap kebebasan yang sedia ada.

8. Ulama politik dalam Pas atau PKR akan menggunakan sentuhan magis (sentuhan politik) sebagaimana yang telah mereka gunakan bagi menyelesaikan kemelut tingkah laku seperti rasuah, penyelewengan, moral, seks dsbnya) yang dihadapi oleh beberapa ahli mereka tidak lama dulu.

Kesimpulannya: Isu arak yang membabitkan pertembungan antara Pas dan DAP adalah duri dalam daging Pakatan Rakyat. Apa jua kemungkinan dari yang lapan itu, tetap ada pihak yang terpaksa berkompromi cumanya ia mungkin DAP sahaja atau Pas sahaja atau kedua-duanya sekali.

Anak Bapak -- api dalam sekam.

eddy said...

Salam Dato'. No matter how hard they try, PAS and DAP will never find a middle political road, DAP is an extremly secular party which does not recognise the predominance of Islam and by extension the Malays who are 99% Muslims and by extension the Raja-Raja Melayu who are the guardians of Islam in Malaysia. On the other hand PAS is a Islam centric party with its own objective of ruling Malaysia according to Islamic principals and tenets and accepts the Raja-Raja Melayu as Islam's guardian in Malaysia.

I think PAS is just wasting its precious time and voting power in the loose Pakatan Coalition. PAS is only dominant in Kelantan and Kedah but makes no headway whatsoever in Penang and Selangor where the DAP is highly influential and very dominant. PAS is thoroughly taken for a ride in Selangor, where it could not make its voice heard over the Elizabeth Wong pics scandal and now the Ronnie Liu affair. I believe DAP who sees themselves as the dominant partner in Selangor despite the MB being from PKR, would not move an inch to have Ronnie removed and shuffled to another Exco post, just look at the way how DAP brushed PAS aside when they even mentioned the word Hudud and unity Government. Unfortunately, in this instance PKR as usual would support DAP and leave Hassan Ali and PAS Selangor high and dry. The Muslim voters in Shah Alam in particular and Selangor in General will be anxious to see PAS in Selangor have their voice heard as well in this very sensitive subject of alcohol sale in Muslim dominated areas.

However, PAS in Selangor and PAS nationally would be better of and be more influential politically on their own without having to join either BN or Pakatan. Example; With 8 ADUN seats in Selangor, PAS can easily threathen DAP and PKR that if their demands are not met they could opt out of the Pakatan loose coalition and then, not join, but support BN, and BN with PAS support will have 28 seats making a hung DUN. Therefore a pressured MB Khalid will be forced to dissolve the DUN and call for fresh statewide election where this time BN supported by PAS would have a fair chance to retake Selangor as the Khalid/DAP led Government is leading Selangor to nowhere with their highlights limited to how they badly they handled temple demolitions in Ampang, Elizabeth Wongs pics and the sudden mushrooming of illegal massage parlours and cybercafe acting as illegal gambling dens.

The million ringgit question is why does PAS do not want to use this ace and why PAS would suffer humiliation after humiliation at the hands of their own so called friends, the DAP and PKR? Even if Pakatan unlikely wins the next GE, PAS who suffer humiliation gladly will never be seriously regarded by DAP and PKR seeing how easy PAS can be bullied and controlled there is no way that a junior partner such as PAS can impose even some of their political objectives on Pakatan. I do not believe the Pakatan propoganda on win-win situation as in politics like in business there is no win -win situation only the winner takes all.

Actually PAS best chance to reach at least a majority of their political objective is by supporting the BN led by UMNO. The longer PAS delays the inevitable, the faster their political and religious credibility will be severely eroded in the face of more humiliations by DAP and PKR.

wadi said...

Yam Seng,

I'm sorry to say that you are an idiot. Yes, PAS,PKR & DAP is a marriage of convenience but with a common objective of bringing down BN who is destroying the country. Your arrogance will cause PR to loose in the next election. Do you think with the indians and chinese votes you can gain control?? We need each other. You should be thinking of trying to solve the problem - start by trying to understand both sides of the argument. Being emotional will lead to our downfall...think!!

saji said...

Salam Dato',

Atas alasan PAS sendiri sering mendakwa Malaysia negara sekular dan ia diamalkan oleh MPSA, parti itu bukan sahaja akan mengalah, malah terpaksa mengalah.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Dr Hassan Ali itu sekadar menjaga hati ahli PAS Selangor khasnya, kerana isu berkenaan dekat dihati orang PAS.

Yang penting, isu jualan bir di kawasan majoriti Melayu ini telah beliau perjuangkan sebagai exco agama dan orang Islam ditahap yang beliau mampu.

saji said...

Sdr. jabsb

Saya cadangkan sdr baca buku Dasar Awam Di Malaysia, kerana ada dijelaskan bagaimana isu-isu tempatan yang diketengahkan oleh masyarakat diangkat oleh ahli politik pemerintah yang akhirnya menjadi dasar awam negara kita.

saji said...

Salam Sdr Gagak di Rimba,

Biasalah parti yang berlaian idologi berkelahi.

Yang penting,ia positif dari sudut inovasi produk baru, iaitu bagaimana mungkin ideologi yang berlainan itu dijadikan sebagai 'cabaran' oleh pencipta untuk menghasilkan produk baru yang inovatif.

Di mana, dalam konteks perbincangan ini, 'cabaran' yang dimaksudkan ialah, bagaimana si pencipta terbabit menggunakan pengetahuan penciptaannya untuk mengatasi isu-isu tempatan yang luar biasa sifatnya seperti isu jualan bir di kawasan majoriti Muslim, isu ali-baba projek, ternakan babi komersil, Kg Buah Pala, lompat parti dan ISA.

Ringkasnya, TIADA CABARAN TIADA INOVATIF.

bumidaku said...

Inilah masalahnya PAS la ni. PAS la ni takut pada pengundi Cina dan India lebih daripada takut pada Allah.

Tak tahulah sampai bila lagu ni.

http://bumidaku.blogspot.com

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

Apa yang difahamkan Shah Alam Selangor adalah satu-satunya bandar yang tiada kedai nombor ekor di Malaysia. 7-eleven banyak.

Jadi, institusi tertinggi dalam hal ehwal agama Islam adalah Sultan Selangor.

Maka, diharapkan Sultan Selangor terus bertegas tidak membenarkan kedai nombor ekor di buka di Shah Alam.

Dalam masa yang ambil pendekatan bahawa 7-eleven boleh beroperasi tetapi penjualan minuman keras tidak dibenarkan sama sekali. 7-eleven boleh jual minuman keras di lain bandar dalam Malaysia.

Perkara yang mudah untuk diuruskan jika semua berfikir bernas bukan emosi.

MBSA berhak batal lesen 7-eleven. MBSA ada kuasa. Jangan baharui lesen kedai mini market yang jual minuman keras.

Soalannya siapa Ronnie Liu ke atas MBSA? MBSA penjawat awam. MBSA ada Datuk Bandar. Datuk Bandar ikut cakap Ronnie Liu atau kerajaan?

Atau semua takut kena gertak saman PKR?

MBSA fikir sendiri lah. Ada Pegawai Undang-undang juga -

Anonymous said...

I dont understand this Pas people. Very fanatic. But also very confusing. They want to ban beer. But they pray with candles at our Chinese funerals. Holding candles same as holding joss sticks like we Chinese do at our shops in the morning.

We Chinese have no religions. We belief i n Dato/ancesters. But Christians people also pray with candles and smoke. So Pas people are also like Chinese and Christian, pray with fire and smoke. So why Pas oppose beer.

I am very confusing about Pas wotking with DAP and PKR but want to ban beer and selling pork.

Yang Seng
Sekinchan Town

Jesse said...

Quote:

Yang Seng -- Sekinchan Town

" I am very confusing about Pas wotking with DAP and PKR but want to ban beer and selling pork."

" ... So Pas people are also like Chinese and Christian, pray with fire and smoke."

Glad to know that you're fully aware of your talent in making confusing statements.

Pray with smoke? Hahaha!!!

dinturtle said...

Salam Dato'

Dengan asas perjuangan yang berbeza umpama langit dan bumi, lambat laun akan bertelagah jua. selepas isu arak ni, akan ada lagi isu2 lain pula.

Saya tak mahu komen siapa yang betul atau salah, tapi cuma ingin memperingatkan Pas, apa jua keputusan, Pas adalah parti kedua terbesar mewakili Melayu dan mengikut laungan perjuangan, anda mengaku memperjuangkan nilai2 Islam.

Jadi pertahankan apa yang hak, jangan memalukan Melayu dan Islam yang kononnya anda wakili. Baik orang Islam maupun yang bukan Islam, semua memerhati dengan penuh minat langkah bagaimana 'Islam' menangani isu ini.

Shah said...

Dear DAKJ,
In response to the comment by Wadi, I am not a member of any political party, yet.

abdullahngah said...

Tan Sri Khilad Ibrahim, MB Selangor dikatakan tidak akan melayan desakan Datuk Dr Hassan Ali.

Begitulah apabila PAS bekerjasama dengan parti yang bukan Islam. Parti keadilan bukan parti Islam. Apa lagi DAP.

Kerjasama PAS dengan parti keadilan dan DAP atan nama pakatan rakyat dibuat atas nama demokrasi, bukan atas nama Islam yang syumul.

Maka begitulah jadinya, mahu tidak mahu mesti mengalah kalau mahu kekal menjadi kerajaan.

Islam syumul melarang keras, tetapi pendekatan yang diambil tidak mengambil kira semua itu.

Macam Palestin yang buat perjanjian dengan Yahudi juga bukan atas nama Islam syumul, walaupun disebut bahawa Rasulullah SAW pernah buat perjanjian dengan kafir Mekkah dan memerintah bersama kafir Madinah.

Kerjasama Rasulullah SAW dengan Yahudi di Madinah semata mata untuk diturunkan hukum dan panduan kepada Umat Islam bahawa Yahudi itu adalah pengkhianat. Rasulullah SAW tergamak dikhianati apalah sangat dengan kerajaan orang Melayu.

Hukum dan panduan sudah sedia ada, maka ambilah apa apa yang diturunkan oleh Allah dan apa yang baik dari Rasulullah SAW dan buanglah apa apa yang buruk dan jangan sekali kali mengikut apa yang dilarang.

Banyak pendapat yang dipakai oleh PAS. pendapat yang lemah turut dipakai dan dikutip untuk membolehkan yang tidak boleh.

Tidak hairan jika orang UMNO pernah berkata kita tidak boleh kata orang kafir sebagai kafir, kerana mereka marah dikatakan kafir pada hal mereka adalah kafir.

Hari ini sudah ada orang PAS yang mengatakan orang China kafirnya tidak sama dengan kafir Yahudi.

Setahu kita kafir tetap kafir, tidak kira sama ada ia yahudi ke atau china ke. Cuma kafir zimmie yang boleh kita bekerjasama, kerana Rasulullah SAW pernah berkata sesiapa yang memusuhi zimmie mereka memusuh aku.

Berbalik kita pada tujuan PAS bekerjsama dengan PKR dan DAP tadi.

Tujuannya ialah untuk tubuh kerajaan melalui pakatan tiga parti supaya kerajaan UMNO/BN tumbang.

Namun pasal penjualan arak yang di lakukan oleh kerajaan pakatan di Selangor tidak jadi masalah, kerana parti keadilan dan DAP bukan parti Islam.

Cuma pasti PAS sahaja yang mendakwa dia parti islam dan mengambil tanggungjawab mencegah kemungkaran.

Rasulullah SAW memerintah, hendaklah mencegah kemungkaran dengan tangan. Kalau tidak boleh dengan tangan dengan lisan. kalau tidak bolehd engan liasan dengan hati.

Dengan tangan tidak mampu dilakukan kerana dari segi demokrasi PAS jumlahnya kecil berbanding dengan DAP dan parti keadilan.

Mahu tidak mahu Datuk Dr Hassan Ali Melakukan melalui "lisan". Ini juga tidak dilayan oleh MB Selangor.

Yang akhir sekali ialah dengan "benci dalam hati" Ini menandakan selemah lemah iman.

Yang membimbangkan kita, hati orang PAS tidak marah dengan tindakan DAP Parti dan keadilan itu.

Kalau tidak marah sudah tentu tiada sedikit pun iman didalam hati masing masing.

Jika tiada iman sudah tentu akan berlakulah apa yang dilarang oleh Allah SWT dengan sewenang wenangnya,

malah PAS mungkin akan menggunakan hujah arak adalah minuman orang kafir tidak ada sebab ia tidak boleh dijual, juga macam perlihara babi.betapa ramainya orang Melayu minum arak dan makan babi.

Allah larang orang Islam makan babi dan minum arak, kerana arak itu punca dan ibu segala kejahatan.

Begitulah hendaknya.

Anonymous said...

Agree with Yam Seng,

PAS can leave PR lah. We don't understand PAS because they speak Kelantanese, and we don't understand their English either. If they refuse to leave PR, they should just concentrate in rural seats like kedah and kelantan, and let PKR take oven urban seats. I still don't know what they are fighting for, except their promise that voting for them and you can go to heaven. PAS, please don't disturb our heaven.

Yam Chau

Puzzled said...

Your comments about the DEB and exclusive rights to non Muslim on gambling, liquor and pig farming seems to imply that gambling, liquor and pig farming is the main economic activities in Malaysia and hence the main source of riches in Malaysia is to participate in these activities.

I am not sure how you can come to this conclusion ? My understanding is liquor and pig farming are not export oriented activities while the only "export" related activities is tourists going to Genting Highlands.

And what proportion of the GDP comes from these 3 "haram" activities ? Last I heard Malaysia's main exports are petroleum, palm oil, electronics, rubber, etc. When has pork and beer made that list ?

I had expected a higher standard of analysis from such an experienced editor such as yourselves.

- Puzzled

Mr.KETAM said...

YANG AKAN KALAH ADALAH UMAT ISLAM kerana KERAJAAN SELANGOR tak akan;
1. PEcat Ronnie Liu
2. HAram kan ARAK/BEER
3. Akan hadkan bilangan PUB dan Rumah Urut

Anonymous said...

Dato Kadir,

Saya kecewa dengan pandangan Dato Kadir yang berat sebelah dimana tidak semua fakta fakta diberikan oleh Dato.

1. Ini bukan mengenai hak mana mana kaum tetapi ini mengenai undang undang. Jualan bir oleh kedai tersebut adalah dibenarkan di bawah undang undang, ini diakui oleh Datuk Bandar SA Mazalan Md Noor. Jelas pihak penguatkuasa telah melampau kuasa (abuse of power) Adakah Dato Kadir berpendapat bahawa pihak majlis tidak payah mengikut undang undang? Degan ini adakah salah Ronni menpertahankan undang undang?

Kalau tak setuju dgn undang2 bolehlah dipinda, ini lah cara negara demokratik, betul tak Dato Kadir?

Dari segi agama pun, di Kota Baru, bir dibenarkan dijual (kalau tak percaya boleh selidik). Kenapa PAS tak haram?

2. Kes ini tidak ada kiatan dengan DEB, tolong Dato Kadir jangan libatkan isu perkauman seperti pihak akhbar Utusan.

Apakah kiatan perniagan arak, judi dan babi dgn DEB? Adakah ekonomi Malaysia berasaskan industri2 ini ke? Komen Dato Kadir bahawa berdasarkan perniagaan haram ini orang cina dapat menguasai ekonomi Malaysia adalah jahil dan lucu. Kalau gitu, buku sekolah adalah salah dimana timah, getah, petroliam dan minyak sawit bukan industri besar di malaysia.

Kamu kata ini monopoli, ya betul dari segi kaum, tetapi kenapa kerajaan BN tidak memberi lebih lesen kepada peniaga lain supaya ada lebih saingan? Kalau Dato berpendapat monopoli tidak adil, boleh pecahkan tapi adakah orang Islam nak masuk perniagaan ini ke? Perniagaan ini adalah haram dlm Islam oleh itu kenapa orang Islam nak libatkan diri?

Mari Berdebat!

sujini said...

Datuk Hj AKadir,

Saya nak ambil cuti sabatikal....

Sebelum itu hanya satu pesanan kepada orang-orang PAS dan pengundi-pengundi PAS/PR, bertaubat nasuha lah.

Terima kasih.

Puyot said...

Tok dan pembahas sekalian,

Jangan dok kira sapa menang sapa kalah. La ni, saya nak tanya, apa 'stand' kalian dalam hal ni? Saya sokong Hassan Ali. Bukan sebab saya sorang Muslim, tetapi saya percaya benda yang memabukkan adalah punca segala kejahatan. Tanggungjawab ni bukan sekadar terletak di bahu PAS Selangor sahaja. Anda-anda yang bergelar Muslim mesti bersama-sama menyokong saranan Hassan Ali. Tolak tepi soal dia dari parti mana!

Mengalah atau tidak, PAS Selangor ternyata lebih bagus daripada Islam Hadhari UMNO BN. Sebab terang2 nampak PAS ni bersungguh walaupun sanggup bergaduh dengan DAP. Menang-kalah belakang kira. Yang penting, mana yang salah, mesti ditentang.

Bab salah dan buruk kelaku pemimpin PAS, kita kena tegur, maki-hamun kalau mampu. Sebab depa tu kononnya pejuang agama melalui politik. Kalau depa perangai huduh, depa patut di'taruk' kaw-kaw. Sebab depa cas depa lebih alim drpd orang UMNO.

Org UMNO ni ramai yang jahil murokkab. Takmau dan anti dgn kuliah-kuliah ilmu agama. Ni fakta. Boleh kira dgn jari berapa kerat yang kaki menadah kitab. Agama pada UMNO ni setakat Yaasin malam jumaat, tahlil, berzanji dan baca quran bila ada kematian ja. Selebihnya? Sendiri mau tau la..

Apa yang penting sekarang ni, semua orang Islam di Selangor kena buat memorandum untuk nyatakan sokongan dengan saranan Hassan Ali tu. ni hak kita sebagai orang Islam.

zainal mohd jais said...

Dato', saya fikir bukan rahsia lagi bahawa Dato' dan Dato'Salleh Majid, malah ramai sahabat blog Dato' ialah orang UMNO, malah sebahagiannya kekasih UMNO.
Tapi saya fikir, beberapa kali komen dato' dan yang terbaru penglibatan Dato' Salleh Majid, terkeluar dari hasrat kita nak memperkukuhkan UMNO.

Bukan maksud saya bahawa sesuatu yang kurang baik itu, disapu ke bawah karpet. Bukan bererti bila kita mendedahkan sesuatu, ia membaiki keadaan. Membaiki keadaan boleh dengan banyak cara lain. Dan dalam kita cuba nak meyakinkan diri sendiri dan orang lain bahawa kita bukan pengikut membuta tuli, bahawa kita ada kredibiliti, kita juga sepatutnya jelas dengan perbezaan 'sayangkan anak tangan-tangankan' dengan 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.

Dato' dan beberapa rakan blog yang sudah biasa bergelumang dalam kancah tertinggi pentadbiran negara, mungkin menganggap banyak perbahasan dan fakta yang digunakan itu biasa. Tanpa sedar, banyak perkara yang tak sepatutnya dibincangkan secara terbuka, atau bersifat eksklusif/maklumat di peringkat kelompok Dato' sahaja, telah menjadi cerita umum, dan lebih buruk lagi memberi 'peluru percuma' kepada pembangkang untuk menembak kita semula.
Saya faham, sebagai tokoh berdarah wartawan, budaya tidak memihak itu adalah ukuran kredibiliti. Tapi sebagai pejuang Melayu, Saya fikir kita patut memberi pertimbangan bahawa perkara yang tidak membantu memperkuatkan Melayu yang sedang 'survie' sekarang ini, perlu dikemudiankan.

Saya percaya kepada kewibawaan Dato' sebagai orang yang sangat bermaklumat dan berilmu, tapi sesekali kita perlu berhenti sejenak dan berfikir.

Anonymous said...

Yang paling hampa mengenai isu ini adalah tabiat rakyat malaysia melihat semua isu dari kaca mata perkauman atau agama tanpa menghirau keadilan.

Siapa yang langgar undang undang, kedai 7/11 atau pihak MBSA? Undang undang menbenarkan jualan bir tetapi siapa yang dimarahi? Patut lah negara ini masih Third World apabila rakyat tidak respect undang undang.

Hampa

Anonymous said...

PAS people, go and visit Indonesia, Qatar, Bahrain, Dubai, Abu Dhabi, Egypt, Jordan, Mororcco, etc. The non- muslim malays, arabs, and africans in these countries have access to pork and alcoholic beverages without problem. These are progressive muslim nations. PAS should open their eyes and free their minds.

Vinse

atanjamilselamat said...

PAS and DAP in Selangor then PKR and DAP in Penang. What do these mean? Nothing. Don't expect them to NOT settle their differences else they'll lose everything.

As for the BN - don't dream to be the next govt. in Penang or Selangor anytime soon but Khir Toyo can dream - provided that UMNO Selangor still wants him which I doubt. Not with all his doing or undoing ...

Man Ysf said...

Dato',
Welcome to new form of politic. Di alaf baru isu2 yang diketengahkan are no longer easy to be solved. Tektik2 spt 'mendiamkan', 'kiv', atau alih isu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana rakyat telah cerdik. Lagipun benda2 yang di'simpan' sudahpun menjadi terlampau banyak dah membarah dari dalam.

Begitu juga dgan prinsip..Prinsip UMNO adalah tidak sama dengan MCA. Hari ini kita lihat MCA (spt DAP) menentang keras pendirian Dr. Hasan Ali, tapi MIC dan Pemuda UMNO pula menyokong Dr. Hasan.

Sebab itu akhirnya saya suka mencadangkan kpd semua political players to tone down their 'penghukuman'. Tak perlu diperlecehkan, disindir, dicerca PAS, UMNO atau DAP. Politik alaf baru memerlukan kita lebih 'fluid'. Jika musuh kita mempunyai pendirian yang sama dengan kita maka kita sokong vice versa. Perleceh, sindir, cerca hanya akan menutup pintu kerjasama sebelum sempat diketuk. Sikap 'fluid' ini sebenarnya biasa kita lihat dlm perniagaan di mana musuh2 ketat boleh bekerjasama atas dasar kepentingan PERIBADI masing2

Apapun apabila fenomena pembangkang membangkang yang dibangkang terus bangkang sbb ianya datang dari pembangkang.. maka akhirnya tiadalah yang lebih rugi melainkan Malaysia dan rakyatnya belaka.

p.s: Utk anak perak. Bekas Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian carigali minyak di perairan Kelantan berkata Kelantan berhak menerima royalti atas sbb2 yang telah beliau jelaskan. Jika kata2 bekas pengerusi (Org UMNO) ini tidak boleh dipercayai siapa lagi yang perlu kita percaya??

Anonymous said...

Wadi 12.59am ,

how to understand PAS side of the argument, when their favourite word is BAN, ban this, ban that, ban SIS, ban semua! They are only a junior partner in PR, so they are the ones who should understand DAP side of the argument.

Yam Chau

pakbelalang said...

Pakatan Rakyat state govermemts are greenhorn administrators. They won't be able to achieve anything concrete to uplift the wellbeing of the rakyat for the next 3 years. They are at a lost how to manage the states. Their only daily activities are on ad hoc basis. Their exco members seem to be groping in the dark. All their actions are superficial and more rhetoric in nature.

This situation will continue to deteriorate and finally the whole administration will collaspse.

It is rather sickening to see that they are more concerned about criticizing the old administration but they are not able to provide alternative practical approach how to plan forward to make life more comfortable for the rakyat.

I do not know what really they are doing. What is their mission and what is their vision.

I don't find any single achievement that they have done thus far. There is nothing. GROUND ZERO !!

They are just HAPRAK and HP6 !! Make no mistake about it.

wadi said...

Yam Chau,

I Agree with you on the ban...ban... stuff but in order to resolve any conflict BOTH sides must try to understand each other, then only we can solve the problem. PAS's approach is actually due to their ignorance and lack of thought when wanting to do things. That is their weakness.

Anonymous said...

Dato Kadir

I almost fell off my chair after reading your incredible synopsis of the chinese population’s dominance of Malaysia’s economy based on their “exclusive” operation of gambling, liquor and pig rearing.

First, I would argue that DAP is protecting the rights of the chinese people to consume alcohol not because it’s big business – on the contrary DAP would rather see the monopolies be crushed as these businessmen that you listed especially Vincent Tan are cronies of UNMO and it’s through their huge funds that UMNO can bribe so many people.

Second, any school kid will tell you that the Malaysian economy is built firstly based on tin mining, rubber and then oil palm, manufacturing and petroleum whereas the three haram business are just a small sector. Maybe you should go back to school Dato Kadir.

Third, your comment on exclusivity implies that muslims are unfairly excluded from these three businesses…hello… aren’t these haram in Islam? Or is it haram to consume these goods and services but halal to profit from the business? Is that your understanding Dato?

Silly Goose

pakbelalang said...

POLL RESULTS »Is holding a street demonstration the right forum to address issues?

Yes 33%
No 28%
Depends on the issue 39%

comment:

Is this poll representative enough to reflect the feeling of the whole rakyat. What about those who don't read the Star paper.

So I think the result is very misleading and should not be taken as totally correct.

Anonymous said...

int said...
"This is a very unfair statement. Robert Kuok is just one man. It seems that you are saying because one chinaman has all the money that all the chinamen should be happy. This is flawed logic."

This is not about logic. This is about reality, based on facts and evidence. Of course, one Robert Kuok is just one man, but look at the monopoly by CHINESE in almost all major sectors of the economy. Hence, the non-malays need state intervention to level the playing field.

ananda a/l dev

Anonymous said...

Datuk,

Islam tidak mengharamkan arak hanya kerana suka-suka sahaja. Mesti ada sebab tertentu mengapa ia diharamkan.

Arak sepertimana yang kita tahu boleh memabukkan peminumnya. Membuat seseorang itu khayal, hilang kawalan diri, menjadi agresif, pemarah dan kadang kadang meracau tak tentu hala.

Banyak kejadian buruk dan menganggu ketenteraman awam berlaku disebabkan oleh minuman arak. Kemalangan jalanraya akibat pemandu mabuk, pergaduhan, penderaan anak isteri, rusuhan, rogol, keruntuhan rumah tangga, masalah sosial dan banyak lagi.

Bagi kita yang tidak pernah menjadi mangsa perlakuan buruk orang mabuk ini ... kita boleh la kata ianya hanya berkaitan dengan orang bukan Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang Islam.

Tapi, apa halnya jika salah seorang ahli keluarga kita mati kerana dilanggar pemandu mabuk; rakan kita yang bekerja sebagai cashier di stesen minyak tak pasal-pasal kena bunuh kejam oleh perompak yang mabuk.

Ada juga isteri-isteri & anak-anak dari kalangan orang bukan Islam yang teruk didera oleh suami/bapa yang suka mabuk? Beberapa tahun dulu, seorang akauntan yang sedang memandu tidak semena-mena ditembak mati oleh seorang mabuk yang juga cucu bekas Menteri. Apa makna semua ini?


Beberapa tahun lalu, saya terlihat satu berita di televisyen dimana seorang perempuan India ditemuramah. Bila ditanya pendapatnya mengenai satu program wanita MIC membenteras penggunaan "samsu" di estet-estet; beliau menyokong sepenuhnya kerana menurut beliau, suaminya suka mabuk minum samsu hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Suaminya juga suka balik lewat malam dalam keadaan mabuk dan memukul anak-anak mereka.


Datuk,

Arak ini bukan masalah orang Islam sahaja tetapi ianya juga masalah masyarakat. Kita akui orang bukan Islam punya hak untuk minum arak tetapi sekurang-kurangnya kita perlulah had atau ketatkan penjualannya. Janganlah arak ini dijual begitu mudah diserata tempat, 24 jam satu hari! Di sesetengah negara Barat pun tak benarkan perkara ini.

Inilah kesempatan dimana umat Islam bersatu menegakkan daulah Islam. UMNO, PAS dan sesetengah orang Melayu dalam PKR haruslah bersama mengambil kesempatan ini menerangkan dengan jelas mengapa arak itu tidak boleh dibiarkan dijual secara bebas 24 jam satu hari. Ia bukanlah hanya untuk kepentingan Islam semata-mata tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat. Walaupun ada dikalangan orang bukan Islam yang akan membantah, tetapi saya yakin lebih ramai lagi yang memahami mengapa penjualan arak ini harus dihadkan.

Beranilah sikit cakap perkara yang benar. Janganlah terlalu nak jaga hati rakan politik bukan Islam itu hingga tak berani langsung nak berhujah.

Kalau dulu Nga Kor Ming baca nas Quran dan Lim Guan Eng amalkan "amar makruf nahi mungkar", ada orang kita kata itu cukup bagus kerana ia membuktikan yang orang bukan Islam semakin mendekati Islam ... maka sekarang ini Ronnie Liu juga kenalah faham mengapa arak itu perlu dihadkan penjualannya.



-sinbad-

Anonymous said...

Salam Dato'

Manusia ada nafsu (nafsu makan, minum, berhibur, seks dan banyak lagi). Ambil contoh yang paling asas iaitu nafsu makan dan minum. Dengan adanya nafsu (selera) makanya manusia akan makan dan terus makan. Ini bermakna kalau diikutkan nafsunya waima seseorang Muslim sekalipun ia akan terlajak. Ia mungkin mampu menghabiskan seekor ayam atau sesekor kambing dalam sekali hadap dan bagi yang bukan Melayu mungkin berupaya menghabiskan hidangan seekor khinzir misalnya pada sekali makan. Dalam bab minuman pula, kalau seorang Muslim itu mengikutkan nafsunya mungkin ia akan terlajak meminum berbelas cawan kopi manis dalam satu hari; dan bagi yang bukan Melayu, kalau mereka adalah peminum alkohol misalnya dan kalau mengikutkan nafsu semata-mata makanya tidaklah dapat digambarkan jumlah tin bir yang akan ditonggang dalam satu hari. Ini jelas membuktikan yang nafsu manusia bukanlah sempurna.

Oleh itu, makanya, nafsu yang pada asalnya dikurniakan kepada manusia untuk kebaikan (untuk kekal sihat dan bertenaga) tetapi oleh kerana nafsu itu bukanlah perasaan yang sempurna, maka ia juga menjurus kepada keburukan dan dalam konteks makan dan minum ia tidak dapat mengelakkan manusia menjadi terlalu kenyang, pembazir, gemuk, terlalu mabuk dan tidak sihat). Atas sebab itu jugalah manusia memerlukan satu lagi kawalan iaitu pusat "check-and-balance" (CAB) dalaman, khusus untuk mengatasi ketidaksempurnaan nafsu tadi. Pusat kawalan dalaman ini yang membuatkan manusia berasa lapar dan dahaga kalau tidak makan dan minum; tetapi akan berasa kenyang dan hilang dahaga apabila jumlah makanan dan minuman yang diambil telah mencukupi. Tetapi rupa-rupanya, pusat kawalan dalaman ini (pusat CAB) bukanlah kejadian yang sempurna, yakni, amat mudah diatasi oleh desakan hawa nafsu. Atas sebab itulah, meskipun seseorang itu telah berasa kekenyangan ataupun telah mendapat cukup minuman, masih ada yang belum berasa puas, mereka akan terus makan dan makan atau minum dan terus minum; sementara bagi kaki tonggang mereka akan terus tonggang dan tonggang sampai tidak sedar apa-apa. Ini bermakna manusia perlukan satu lagi mekanisma kawalan bagi mengatasi ketidaksempurnaan yang ada pada nafsu dan pusat CAB dalaman kerana kawalan kedua-duanya tidaklah sempurna sifatnya.

Ya, oleh itu manusia dikurniakan satu lagi bentuk kawalan iaitu menerusi daya akal. Dengan menggunakan kekuatan akal maka manusia dapat mengawal ketidaksempurnaan hawa nafsu dan kelemahan pada pusat kawalan dalaman (CAB) itu sendiri. Dengan akallah manusia dipandu untuk hidup sihat dan bertenaga, selamat dan sejahtera. Dengan akallah manusia mencipta sistem peraturan dan perundangan yang dapat mengawal dirinya, masyarakat dan manusia sejagat. Namun, tidak semua manusia menggunakan akal untuk melawan nafsu sendiri bahkan ada antaranya yang mana nafsu buas yang mengawal akalnya. Dan tidak semua peraturan/perundangan yang dikarang oleh manusia akan dipatuhi oleh manusia yang lain kerana dirasakan tidak sesuai dan bla, bla. Nah! ternyata akal manusia juga bukanlah organ yang sempurna iaitu dalam ertikata mampu memandu semua manusia ke arah kebaikan dan kesempurnaan hidup!!

Firemansamrung -- apolitikal

Bersambung....

Anonymous said...

Salam Dato'

Sambungan...

Habis kalau akal manusia bukanlah kejadian yang sempurna, apakah perkara lain yang dianggap lebih sempurna, iaitu dalam ertikata dapat memandu manusia kearah mencapai kesempurnaan diri, masyarakat dan makhluk sejagat? Bagi orang Islam jawapannya sudahpun ada dan pasti. Cumanya kepada yang bukan Islam bagaimana? Oleh itu kalau berdialog dengan orang yang bukan Islam (seperti jeff Ooi dan Ronnie Liu) berhubung dengan kebaikan dan kepentingan peraturan dan perundangan Islam dalam memandu manusia atas jalan yang lurus, tugas yang berat ialah bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa panduan, peraturan dan perundangan yang terkandung dalam kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya panduan yang lengkap (yang tidak boleh terfikir oleh akal manusia), yang mana kalau diaplikasikan oleh Muslim dan bukan Muslim mampu mengatasi kekurangan dan kebobrokan yang bukan saja terkandung dalam bab nafsu bahkan dapat mengatasi keterbatasan dan ketidaksempurnaan akal manusia sejagat!

Meskipun ia satu cabaran yang besar dan berat tetapi ia tidak sepatutnya mematahkan semangat individu Muslim untuk terus menyampaikan perkara yang benar (dakway) kepada individu bukan Muslim dengan berpandukan pendekatan yang disarankan dalam kitab suci Islam, yang tidak dapat dinafikan lagi adalah segalanya bersifat betul dan tepat kandungannya. Sekiranya itu dapat disampaikan, makanya tidaklah akan timbul lagi kritikan tidak berasas dari golongan bukan Islam terhadap orang Islam yang mahu menjalani kehidupan dengan berpandukan ajaran yang telah ditetapkan dalam agama. Lagipun hanya Allah sahaja yg mengetahui sebenarnya.

Firemansamrung -- apolitikal

saji said...

Sdr zainai mohd jais

Era politik menyapu isu2 parti yang tak sepatutnya didengar oleh umum di bawah karpet sudah berlalu. Orang UMNO mungkin tak setuju, tetapi bolehkah mereka tahan melihat orang GERAKAN, MCA dan MIC asyek koyak karpet?

langit biru said...

Assalamualaikum,

Dato'AKJ. Saya seronok baca blog Dato'.

Dato' mahu berjuang dengan mata pena, yang kita boleh katakan lebih tajam dari mata pedang yang berkilau. Berjuang untuk agama,bangsa,negara(slogan paling hebat UMNO:agama,bangsa,negara!!!)

Namun, saya perhatikan Dato' berjuang lebih kepada "mengembalikan kekuasaan UMNO", hatta beberapa perkara yang dikira cukup urgent dan lebih perlu langsung tidak ditulis/ulas oleh Dato' (memanglah, tu Dato' punya sukalah sebab ni blog Dato') seperti PKFZ skandal, kematian Teoh dalam kawalan SPRM dll.

Dato' kelihatan "marah" demo jalanan ISA kerana ganngu keharmonian awam, TAPI Dato' tak nampak marah ISA telah ganggu kehidupan individu satu institusi keluarga yang hilang tempat bergantung. Bapa saudara saya yang terlibat cukup aktif dalam ABIM suatu masa dulu, disumbat ke dalam jel atas alasan ISA dengan anak-anak masih kecil perlu bimbingan seorang bapa, ditinggalkan terkial-kial bertahun tahun dengan si isteri tidak bekerja, dihalalkan oleh orang-orang UMNO atas dasar keselamatan negara, NAMUN tidak pernah satu pertuduhan rasmi secara bertulis atau melalui mahkamah dibuat oleh KDN. Kawannya disumbat ke dalam jel ketika isteri baru saja melahirkan anak, selama 8 tahun, dibenarkan pulang sekejap menziarahi si anak tadi yang pulang kerahmatullah pada harijadi ke 8, tidak pernah dapat merasai kasih sayang dari seorang bapa, apa salah si anak, apa salah si bapa????? APAKAH ini ADIL????? APAKAH ini tidak mengganggu ketenteraman rakyat? ISLAM menuntut KEADILAN, banyak ayat quran menyuruh kita berlaku adil. BUKTIKAN di mahkamah apa salah mereka INI?????

Tapi sayangnya Dato yang diberi kelebihan oleh Allah s.w.t melalui mata pena nya tidak pula untuk berjuang tuntut keadilan bagi mereka yang DITUDUH ANCAM KESELAMATAN NEGARA, bah kan kami yang merasai keperitan selama ini ambil langkah demo sbg protes, lagi dikecam sebagai mengganggu ketenteraman!!!

Dato' juga seorang yang terkenal sebagai wartawan ekonomi juga mengambil sikap tak mahu ulas skandal PKFZ, yang mana saya yakin Dato' banyak tahu maklumat mengenainya-apakah kerana ianya BN, maka Dato' ambil jalan tak nak ulas?

Toeh Beng Hok mati dalam jagaan SPRM pun Dato' tak nak ulas, TAPI Dato' bagi keutamaan gesaan Hassan Ali kpd MB Selangor TUKAR (bukan pecat) kedudukan EXCO Ronnie Liu.

Dan Dato' amat sedia maklum dan amat mengetahui segala tulisan Dato' (dan niat Dato') akan disoalsiasat di alam seterusnya.......

Selamat berjuang dengan mata pena DATO'!

saji said...

Sdr. Puzzled,

1. Tidakkah perniagaan2 haram dan ekslusif yang Dato' sebutkan itu jika dicampurkan jumlah nilainya dari segi kekayaan yang diperolehi oleh taiko2 koporat Cina dan India terbabit itu hingga kini melebihi sasaran DEB 30%?

2. Tidakkah keuntungan besar perniagaan tersebut dijadikan modal oleh taiko2 koporat tersebut untuk membiayai perniagaan2 sektor lain seperti hartanah, insuran dsb?

3. Tidakkah perniagaan haram dan ekslusif itu merupakan jenis perniagaan yang mudah, mudah mendapat pembiaan bank, berrisiko rendah, menguntungkan dan menyeronokan, berbanding dengan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan kepada usahawan orang Melayu di bawah DEB seperti pengankutan, pembinaan dan pertanian?

langit biru said...

Datuk,

ANAK PERAK tanya kepada Cucu Atok Kadir Ipoh,

Bila kerajaan Pusat tandatagani perjanjian royalti (minyak?)dengan Kelantan? Sila beritahu. Mungkin saya tersalah pandang atau tersalah baca.

(Saudara anak perak bukan tersalah pandang, bukan tersalah baca, tapi tak faham undang-undang dalam perlembagaan malaysia hubungan antara kerajaan negeri dan pusat! Nak tahu lebih lanjut, hang pi tanya Tengku Razaleigh yang tandatangan bagi pihak Petronas)

Setahu saya pelantar minyak "Joint Development Authority (JDA)" terletak di dalam kawasan perairan yang dipertikaikan antara Thailand dengan Malaysia. Apa yang jelas ianya terletak di dalam perairan "Exclusive Economic Zone-EEZ" di Teluk Siam dan bukan dalam perairan pantai.

(Ada bukti kuat tak fakta saudara ni??? Telaga Lawit, Jernih dan Bintang berada 68 batu dari Pantai Semerak, Kelantan. ( Semerak adalah sempadan Kelantan-Terengganu). Kalau hang cakap pertikaian antara Kelantan-Terengganu logik lah sikit!!!! Telaga Cakrawala 69 batu dari Tumpat Kelantan, 146 batu dari Songkhla Siam. 69 dgn 146 tu mana lebih jauh??? Apa hang ingat orang PAS ni bodoh sangat ke????

Kalau tak tahu, buat cara tak tahu, jangan nak tunjuk lagak terlebih tahu...atau bodoh sombong, malu besaq nanti!!

OKJ said...

Salam DAKJ

Islam, Imam dan Iman

Semua orang Islam yang beriman tahu Arak adalah ibu kepada segala kejahatan. Yg peliknya ada pulak MB Islam kata itu bukan isu. So, Nampak tak sekarang beza antara orang Islam beriman dengan Imam yang tak beriman.

Hai, kena tipu lagi

Nampak tak sekarang macam mana kafir laknatullah kutuk ustaz-ustaz PAS sendiri yg dulunya bukan main lagi, sampai To’ Guru sendiri cuba membela mereka. Kan dah ada dalam Al Quran yg mengatakan kafir laknatullah tu musuh Allah dan seluruh orang Islam. Baik macam manapun tak akan masuk syurga kecuali beriman kepada Allah. Berapa kali lagi nak kena tipu ni?????????

Pencen pencenlah pulak

Hai To’ Guru. Makin lama makin merapu cakapnya. Selsema Babi ni terjadi secara pandemic iaitu tersebar seluruh benua bukan kat Malaysia je. Kalau dipusing kenyataan mengatakan selsema babi jadi wabak di Malaysia disebabkan kemungkaran oleh pembangkang seperti berbogel, sex bebas, terkangkang, meliwat, anak haram, berzina dan fatwa yg merapu, nak marah pulak kan. Dahlah tu To’ Guru. Pencen pencenlah dan bagilah ke orang lain pulak. Sekian TQ.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

Wadi said..
Yam Seng,
I'm sorry to say that you are an idiot...
LOL...FROM ONE 'DONKEY' TALKING THRU THE ARSE.. CALLING ANOTHER A 'MUTTAL' (IDIOT)

KAH..KAH..KAH..CAN'T STOP LAUGHING!

ALFATIHAH, AMIN.

Anak Perak said...

Saudara Langit Biru,

Isunya bukan hubungan antara kerajaan pusat dengan negeri tetapi isu perjanjian royalti seperti mana yang dibangkitkan oleh Cucu Atok Kadir Ipoh. Itu saja. Period.

Bukankah tempat-empat yang saudara maksudkan jelas menunjukkan ianya di dalam kawasan EEZ.

Tak perlulah nak gunakan perkataan kotor dan biadap terhadap orang lain semata-mata kerana mempunyai pedapat yang berlainan dengan saudara.

Saya sekadar bertanya. Apakah salah bertanya kalau ada benda-benda yang kita tidak tahu. Pernahkah saya mangatakan Cucu Atop Kadir Ipoh tu bodoh?.

Cara saudara menjawab jelas menunjukkan kemarahan dan kebencian terhadap sesiapa sahaja yang dirasai mempunyai pendapat yang berlainan dengan saudara. Cukup "crude" dan sombong.

Sayang nilai-nilai bangsa Melayu seumpama ini sudah mula terhakis.

saji said...

Sdr Firemensamrung----apolitikal

Sdr terlepas pandang manusia Muslim dan non-Muslim yang dirasuk syaitan untuk melakukan nafsu amarah atau nafsu paling jahat didunia ini melibatkan manusia Muslim dan non-Muslim dari segi ciri-cirinya dan bagaimana mengatasinya. Untuk ini saya cadangkan sdr baca buku kecil Panduan Menyelesai Masalah (cara Islam).

saji said...

Salam Dato'

Berdasarkan pembacaan dan pengamatan saya, ada 2 versi penjelasan konsep 1Malaysia seperti berikut:

A) Versi PM, DSN dan editor2
akhbar kerajaan:

Kuarangkan hak istimewa orang
Melayu di bawah Perlembagaan
dan DEB untuk diagihkan kepada
bukan Melayu seperti yang
dituntut.

B) Versi penulis/intelek nasionalis
Melayu:

Pertahankan semua hak istimewa
orang Melayu di bawah
Perlembagaan dan DEB.

pakbelalang said...

Allah menjanjikan kita dapat minum arak apabila di syurga nanti. Nikmatilah minimun arak di syurga yang sungguh lazat dan tidak memabukkan. Itulah janji Allah kepada orang yang beriman!!

Di dunia Allah haramkan tapi di syurga minumlah arak seberapa banyak yang terlarat.

Sila betulkan jika statement saya ini salah.

pakbelalang said...

Penang Umno Gears Up For By-election - Zahid

BUKIT MERTAJAM, Aug 6 (Bernama) -- Penang Umno has reactivated its election machinery in preparation for the Permatang Pasir state by-election.

comment:

This is a real text for Najib's leadership whether his policies are acceptable by the rakyat. This is the time to measure his KPI. If he fails to garner increase majority then life will be miserable for him and Barisan Nasional. The long term prospect to win the hearts and minds of the rakyat will be not that rosy.

Roger said...

Ybhg Datuk,
Ini kes tak susah nak disettle-kan.Sekarang ni, beer yang 70 tin tu di mana? Analogy yang paling dekat yang terfikir dek saya ketika ini ialah untuk mengibaratkan negeri Selangor tu sebagai sebuah kapal.Nakhodanya beragama Islam, mandor kapalpun beragama Islam. Ownership ke atas kapal itu pulak dituntut perbagai-bagai pihak bukan Islam. Ikut gayanya, Nakhoda kata boleh bawak arak dalam kapal, mandor kata tak boleh.Tuanpunya kapal pula berkeras untuk angkut juga minuman keras tu. Nak pendekkan cerita, dari mana mulanya chain of command kapal ni.Biarlah Nakhoda tanggung dosa dan hidup dengan suara hati yang akan mengganggu tidurnya selepas ini.Bak kata orang bijak, after all the ship is more than the crew. Lagipun, beer tu pun tak lama lagi akan luput shelf-lifenya dan nak dipulangkan pun tak berbaloi dah.For a state government worth its salt, the captain should be accountable and show some balls.Wasalam

matdeboq said...

Salam Sejahtera Dato',

Laa ni nak tunggu tenghok sapa yang akan jatuh dari KATIL..!!

Punca jatuh Katil pun ada pelbagai sebab. Di antaranya ..,kena Kuiuh, pasai tidok kat tepi.

Atau pun Tilam ka, Katil ka, dah
kureng selesa. Kaki katil dah Reput pasai..tak endah di segi 'penyelaragaan-maintainance'..


Rumah depa bina kat Perak ..hari tu pun dah roboh..!!


Rumah kat Tanjung pun riuh-ghendah, pasai pi bagi bagi si-india mabok todi sewa...bergeghak jugak dindin rumah..


Oghang kata 'time' ni lah Tok Najib and the Gang... mau pemasuk 'Jarum'..!!

Tak kegha-lah 'Jarum Mami ka atau Jarum Mamu'...Syarat nya mau pekemaih cantik punya..


Minta ma'af Dato'...bukan nya apa...saja seronok dok peghaati .Baik punya Sandiwara dok ada laa ni..!!


Sekian. Wasalam..R-Awm,Bt2-1/2 TPG.

Anonymous said...

Datuk dan pemnahas YM,

a. Kalau dikira siapa yang kerap saya pangkah, saya penyokong Umno/BN.

b. Tapi pada PRU ke 12 lepas kerana meluat dengan kerajaan anak menantu AAB, saya pangkah Pas pada peringkat DUN dan bagi undi rosak pada peringkat Parlimen yang diwakili BN(Mca) dan DAP.

c. Sejak itu Umno mula sedar diri sikit. Saya belum yakin sampai hari ini.

d. Tapi dalam masa yang sama, Pas lagi teruk. Merderhaka dan berguling di jalan raya pertahan kerajaan DAP-PKR di Perak, tunjuk perasaan buat kacau jadi alat DAP-PKR dan ambil bahagian dalam upacara agama lain dengan cara yang mencabar akidah dan amalan Islam.

e. Tapi saya sokong Pas Selangor ajar Ronnie Lim dan hadkan lagi penjualan arak. Jangan cakap pasal dulu Umno tak buat. Sekarang tunjuk yang Pas serius nak buat.

f. Saya sokong Pas keluar kerajaan PKR-DAP Selangor kalau Menteri Besar Islam berdegil pasal arak, judi dan hiburan melampau yang dilindungi Ronnie Liu.

g.Yang mana lebih baik, 8 DUN Pas pakat dengan DAP-PKR yang majoriti DUNnya bukan Islam atau dengan Umno yang semua DUNnya Islam. Orang Islam itu bersaudara.

h. Dari 8 Mac 2008 lagi saya undi Pas kerana Pas bukan kerana PR. Jam itu belum ada pun nama PR. Jadi kalau Pas terus dengan DAP dan PKR, saya fikir balik sokongan kepada Pas.

Islam Melayu
Bangi

Ultraman Malaysia Alaf Baru said...

Dah mulalah. Ada yang dah merepek pasal "Islam sesaudara", orang yang bukan Islam tu bukan saudara.

Dah mulalah fanatisma keagamaan.

Ingat!

Tuhan ciptakan semua MANUSIA sebagai saudara sesama-sama. Bukan orang Islam jer saudara atau orang Kristian atau Hindu jer saudara ikut agama.

Kenapa nak fanatik cam ni?

Musnahlah Malaysia kalau cam ni!

Anonymous said...

Salam Dato',

Isu 1 - Takrifan arak

Saya dimaklumkan bahawa dlm undang2 PBT, yang ditakrifkan sebagai arak ialah minuman yang mengandungi lebih dari 7% alkohol. Saya pun belum pergi periksa lagi tapi katanya yang dirampas itu kandungannya kurang dari 7%. Itu yang Ronnie Liu arah dipulangkan semula. Kalau benar apa yang diperkatakan, maknanya perlu ada pindaan undang-undang PBT tentang takrifan arak itu sendiri.

Isu 2 - Campurtangan

Satu berita yg saya baca mengatakan bahawa Ahli Majlis yg mengarahkan penguatkuasa utk membuat rampasan. Berita yang kita semua tahu Ronnie Liu pulak mengarahkan supaya yang dirampas dikembalikan. Persoalannya adakah watak-watak ini bertindak dlm bidang kuasa mereka. Hal ini perlu diteliti.

Isu 3 - Penguatkuasaan

Sekiranya undang-undang membenarkan kedai runcit menjual arak tanpa lesen khas, maka wajarlah mereka dibenarkan menjualnya sehinggalah ada pindaan. Soal kawasan majoriti Islam atau tidak sebenarnya tak timbul kerana semua pihak, sama ada yg berugama atau tidak, mengakui kemudaratan arak. Yang perlu adalah penguatkuasaan. Yang jelasnya arak tidak boleh dijual kepada Muslim dan yang di bawah umur. Maka sekiranya pekedai menjual kepada golongan ini, maka wajar tindakan diambil terhadap mereka ini.

Saya pernah berbaris di belakang remaja Melayu di sebuah pasaraya di Subang Jaya. Budak2 ini membeli bir. Saya tidak lihat juruwang meminta KP dari mereka. Bila saya tanya, kata juruwang, 'Susah, nanti orang marah.' Dari sini jelas, tauke-tauke pasaraya tidak menjadikan pemeriksaan identiti sebagai sebahagian dari SOP mereka sedangkan ini juga selain keperluan undang-undang dan pelesenan, ia juga adalah tanggungjawab sosial.

Seorang sahabat pernah bercerita mengenai remaja yang bermotor yang berhenti di warung pisang goreng. Dalam raga motorsikal mereka, bergolek-golek tin bir. Satu kombinasi yang pastinya membahayakan : pisang goreng + bir + memandu.

Isu 4 - Gejala Sosial

Minum arak di bawah umur adalah masalah besar di negara-negara lain seperti Australia dan UK. Imbas kembali, liputan akhbar apabila anak Tony Blair yang pada ketika itu masih lagi di bawah umur dilaporkan mabuk. Bandingkan dengan sikap akhbar di negara kita. Agaknya kalau akhbar berani melaporkan, suratkhabar hujung minggu pastinya penuh dengan gambar-gambar anak pembesar kita.

Harapnya isu ini dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas berdasarkan kepentingan 1Malaysia.

- Mak Kecik -

saji said...

Sdr pakbelalang,

Kena tegaskan, bir di syurga tak sama kiknya, nikmatnya dan kesannya dengan yang terdapat di dunia seadanya ciptaan manusia

Geng Root Bir A&W said...

Bila org PAS dah x bising pasai arak ni maksudnya depa setuju lah dgn Ronnie Liu tu...bir adalah bkn arak dan bole diminum oleh org Islam Pas.....hahaha mangkuk hayun punya fatwa...kalu dh samseng tu mmg samseng gak...

Kudin said...

di negara barat yang memang tidak islam, arak adalah barang kawalan. penjualan arak dihadkan di tempat tertentu. pembeli arak pula mesti menunjukan 'kad pengenalan' bukti cukup umur.

so kalau DAP dan PKR tak mahu terima peraturan ala kelantan, terimalah peraturan dari negara barat ini.

saji said...

Sdr Shah

Jika kita terima hakikat bahawa, negara kita, Malaysia sebagai negara Islam sekular, dalam erti kata sama kedudukan dengan negara2 Barat yang sekular (kalaupun tak serupa), keperluan mematuhi komponan ajaran Islam yang dinamakan IMAN atau AKEDAH atau TAUHID sebagai cara untuk menghalang umat Islam melakukan perkara2 mungkar iaitu yang ditegah dalam ajaran Islam seperti minum arak, terlibat dengan judi, kurafat, monopoli, spekulasi, zina, mengambi keuntungan berlebihan, dsb menjadi tidak berkesan dan relevant lagi.

Begitu juga dengan komponen ajaran Islam yang dinamakan AKHLAK yang sering ditekankan oleh golongan ulamak.

Jika sistem2 Barat yang kita guna pakai itu kita anggap sebagai ajaran Barat yang dipanggil SYARIAT Barat yang meliputi bidang muamalat dan jenayah, dan kemudian kita anggap ia mampu menghalang perkara2 mungkar tersebut dan menganggapnya juga sebagai pinjaman daripada komponen ajaran Islam yang dinamakan SYARIAH yang meliputi bidang muamalat dan jenayah, kita sebenarnya tidak menekankan tuntutan dakwah dalam komponen ajaran SYARIAH Islam.

cucu perelih said...


Anak Perelih said...
Untuk pengetahuan saudara... masalah penjualan arak di 7-11 seksyen 8 shah alam itu telah berlarutan banyak tahun sejak ianya dibuka. Penduduk membantah kepada MBSA tetapi tiada tindakan semasa Selangor dibawah BN/UMNO... sedangkan seksyen 8 adalah 90% penduduknya adalah Islam. Seksyen 8 juga berlakunya kes surau ditutup oleh Khir Toyo... yang merupakan salah satu sebab UMNO kalah di Shah Alam.

Apabila PR memerintah Selangor.. barulah ada tindakan oleh MBSA... Apa yang menjadi isu adalah takrifan beer sebagai arak... Rhonnie Liu mentakrifnya sebagai bukan arak kerana kurang kandungan alkohol dan ini adalah kebodohan/ignorant Rhonnie Liu...

Oleh itu PAS mengeluarkan kenyataan tersebut adalah untuk memberitahu beer termasuk sebagai arak dan garis panduan yang diguna pakai oleh MBSA... selain meminta Rhonnie Liu beralih portfolio... kerana mencampuri urusan MBSA itu... so apa masalahnya??? masalahnya hanya ujud semasa Selangor dibawah BN/UMNO

3:06 PM


so? apa penyelesaiannya? sekarang dah ambil alih kerajaan, ambillah tindakan? takkan nak putar-belit salahkan UMNO jugak?

nampaknya sama saja PKR tak boleh selesai masalah rakyat. rakyat selangor tertipu!!

thinking said...


wadi said...
Yam Seng,

I'm sorry to say that you are an idiot. Yes, PAS,PKR & DAP is a marriage of convenience but with a common objective of bringing down BN who is destroying the country. Your arrogance will cause PR to loose in the next election. Do you think with the indians and chinese votes you can gain control?? We need each other. You should be thinking of trying to solve the problem - start by trying to understand both sides of the argument. Being emotional will lead to our downfall...think!!

12:59 AM


by the same token, why do you want to bring down a stable BN government? what can PR offer to the rakyat whereas they're also involve in public squabbling and backstabbing of each other? they're given the chance by us the rakyat to rule state government, yet they still screw-up. how to rule a federal government?

Anonymous said...

Dear all,
Why PAS & DAP everything must be about pigs or alcohol? Has there no other then these 2 issues? People already land on the moon we still arguing about pigs & alcohol? We follow & do according to the laws available in Malaysia and "social contract" that some politicians like to spout about. Let the other non-muslim enjoy their evil beer & pigs because they will die in hell in the afterlife anyways. So PAS can just let them be, they only have average 70 years of life...let them enjoy it before meeting the Satan. Have pity.

regards,
1Malaysian

anonimus said...

Datuk, 'langit biru' ni mabuk agaknya, ya laa, sedara dia kena tangkap masuk ISA, sapa suruh cari pasal? kononnya atas nama 'perjuangan', kalau zaman hitler dulu ya lah rakyat tertindas, di Malaysia ni tertindas apa namanya? semua hidup senang-lenang, kalau tak puas hati pegilah tukar undi!! kenapa nak menyusahkan orang lain nak buat demonstrasi? memang elok lah kena tangkap ISA, dok dalam tu terus tak payah keluar dah!!

Anonymous said...

Ultraman Malaysia Alaf Baru said...

"Tuhan ciptakan semua MANUSIA sebagai saudara sesama-sama. Bukan orang Islam jer saudara atau orang Kristian atau Hindu jer saudara ikut agama."

Cakap kamu banyak betulnya kalau dilihat dalam konteks politik Melayu pembangkang yang tergila-gilakan sokongan politik dari kalangan bukan Melayu demi kuasa.

Ketika Pas masih 'lone ranger' dan DSAI masih dalam bahtera yang lama itu, tidak pula timbul retorik 'satu suara, satu bangsa dan satu bumi'. Kenapa?

Dalam koteks global adakah pemahaman 'semua manusia itu bersaudara' dihayati di Palestin, di Afghanistan, di Iraq waima di mana-mana?

Niat kamu nampak baik tetapi oleh kerana dibayangi oleh retorik politik Melayu PR maka itu ia nampak tidak ikhlas. janganlah pukul borong slogan sedemikian itu. Sebaliknya dalam perkara tertentu sesiapa saja perlu sedar apakah realiti dunia pada hari ini.

Apolitikal

langit biru said...

kEPADA SEMUA MELAYU ISLAM DAN PEMBAHAS ANAK PERAK

SATU GARAPAN PENULISAN DARI AKAL YANG BERSIH DAN SUCI SBG RENUNGAN.

(MOHON KEIZINAN DATO'AKJ UNTUK DISIARKAN)

Melayu
oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

(COPY & PASTE DARI USMAN AWANG)

pakbelalang said...

Muhyiddin Proud That Najib Says They Are Compatible




From R. Ravichandran

PERTH, Aug 7 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is proud that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has described them as compatible.

He said, what was important was that he understood Najib's principles and vision within a few months.

Muhyiddin said he was not just assisting Najib but also helping to accomplish many things which were suggested by the prime minister.



comment:

Thumbs up for both of them. Yes, they are compatible without doubt.
They have to move forward fast to gain confidence of the rakyat.

It is not easy to reverse the current poor level of confidence but there is always hope to rectify whatever shortcomings or blunders made by Pak Lah's poor performance during his tenure as Prime Minister for the past 6 years.

Keep up the momentum Najib and Mahyuddin. The government is now in the right track and all you need is sincerity and full commitment to make the rakyat feel comfortable in their daily life.

wadi said...

Dear Thinking,

How can you say PR screwed up? What have they done to date, so major that it is a screw up? Glitches here and there is normal.

Dont you think spending billions of dollars of our money, then not making any money not a screw up? (PKFZ)

Whatever screw ups by PR to date does not even match this 1 project!

jp mclemin said...

assalamualaikum dato. saya dah lama kepingin untuk org melayu kita membeli balik lot 10, jw marriott, sentul raya dan sebagainya yg suatu ketika dulu milik melayu(dato sulaiman-taiping consolidated). saya difahamkan sebelum 'lock, stock & barrel' di serahkan kpd YTL, ada usaha dari usahawan2 melayu yg nak selamatkan hartanah milik taiping consolidated itu tetapi PM ketika itu (dr M) menolaknya. Betul atau tidak kami rakyat biasa tak dapat nak tahu hal sebenarnya. dato tolonglah tanya kpd dr M sendiri adakah benar cerita ini.

sebagai org melayu, saya terasa amat sedih kerana lot 10 dulu menjadi satu simbol org melayu blh bersaing dlm perniagaan dan memiliki hartanah di kawasan 3 segi emas. semua itu berkecai apabila YTL mengambil alih. sedih itu berlarutan sehingga ke hari ini.

Impak pembelian itu turus di rasai oleh sebahagian besar usahawan melayu yang saya pernah jumpa dulu hingga sekarang.

Kalau boleh, kita adakan usaha baru untuk memiliki ‘share’ YTL supaya dlm terubat luka lama.

Cikgu Ikhwan said...

Assalamualaikum Datuk KJ,

Sudah nampak kesilapan PAS. Jika hendak menegakkan perjuangan, buat apa besekedudukan dengan DAP yang terang terang anti Islam.

Saya tak pandai berpolitik, hanya seorang pesara guru Inggeris sahaja. Sekarang saya guru online dengan percuma.

Anonymous said...

Ultraman Malaysia Alaf Baru said...

"Tuhan ciptakan semua MANUSIA sebagai saudara sesama-sama. Bukan orang Islam jer saudara atau orang Kristian atau Hindu jer saudara ikut agama."
==================================

rakyat kelantan tu yang 98% melayu dan berugama Islam tu bukan saudara kita ke? rakyat melayu kelantan tu ada orang PAS, ada orang UMNO(baru) dan ada yang atas pagar.

Hari ini Khairy jamaluddin mengajak PAS menyertai pemuda UMNO pertahan Islam. satu saranan berhelah dari niat sebenar.

Kalaulah benar keikhlasan dihati KJ, lupakan penindasan terhadap rakyat kelantan selama ini, kita mula hulurkan tali persaudaraan islam sebenar sekarang.

For start, agih-agihlah pembangunan kepada rakyat kelantan sebagaimana negeri-negeri lain yang UBN perintah. Kedua, geran tahunan tu berilah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain bukan ciput-ciput dan ditangguh serta dilengahkan.

paling akhir, kembalikan royalti hasil minyak yang berjumlah RM 1 billion tu kepada rakyat kelantan.

itu bukti persaudaraan islam. Pedulikan sikap pemimpin PAS, kerana jika mereka tidak bersikap dengan persaudaraan Islam - rakyat kelantan akan menendang mereka dalam PRU 13 sebagaimana UMNO(Baru) ditendang dalam tahun 1990 yang lalu.

Akhirkata, persaudaraan islam itu adalah dengan perbuatan bukan cakap-cakap untuk meraih political mileage je.

bat8

saji said...

Sdr Mari berdeba!

Sdr tanya, apa kaitan perniagaan arak,judi dan babi dengan DEB.

Kalau sdr orang Melayu-Islam, jawapan yang saya anggap sesuai untuk kita debatkan begini bunyinya:

1. Dalam muamalat Islam, ada bab yang membincangkan mengenai hukum bagi wang yang tidak dipastikan halal haramnya atau sememangnya haram, termasuk bagaimana hendak mengurus dan melupuskan wang tersebut yang meliputi wang yang didermakan oleh orang kafir kepada orang Islam untuk membuat masjid, misalnya yang tidak dipastikan halal haramnya.

2.Dalam kes pembinaan masjid, syarak menghendaki wang tersebut diserahkan dahulu kepada pihak berwajib Baitulmal, yang kemudian bertindak menyalurkan kepada pihak masjid terbabit.

Untuk kita kaitkan perniagaan2 haram - arak, judi dan babi di negara ini dengan DEB berdasarkan kes masjid di atas, kita kena cadangkan kepada pihak kerajaan supaya wang dalam bentuk cukai keuntungan/pendapatan daripada perniagaan2 haram tersebut yang berbilion2 ringgit itu diserahkan kepada pihak berwajib Bitulmal, yang kemudian bertindak menyalurkannya kepada golongan2 yang mereka anggap wajar menerimanya dari sudut syarak dan DEB.

Anonymous said...

Dato'

Salah satu cadangan yang disarankan oleh seorang pelayar sebagai satu usaha untuk memastikan arak tidak dijual kepada pengguna Islam ialah dengan pembeli diwajibkan menunjukkan kad pengenalan! Praktikal ke?

Kat negara maju bolehlah kerana peniaga berpegang kepada etika perniagaan yang baik. Kalau kat negara membangun jangan haraplah para peniaga akan mematuhi peraturan yang sedemikian rupa.

Dalam banyak keadaan, para peniaga adalah 'kebal' dari sebarang tindakan penguatkuasaan lantaran ada pemimpin tertentu yang begitu prihatin terhadap 'periuk nasi' mereka (para peniaga) hingga mengatasi kepentingan pengguna.

Tidak keterlaluan dikatakan yang para peniaga di negara membangun adalah kelompok yang tamak dan haloba serta mementingkan diri sendiri. Lagipun kat negara membangun para peniagalah yang berkuasa ke atas pengguna tetapi bukan sebaliknya!

Firemansamrung:
berhemat membeli;
penjual beretika

pakbelalang said...

Wasiat Raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.


Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

comment:

Jangan main-main dengan wasiat Raja-Raja Melayu yang bertulis. Dalam Quran Allah ada berfirman dengan nyata dan jelas bahwa wasiat yang diturunkan dan disaksikan mestilah hendak dikota. Kalau tidak kita akan menanggong bala'nya !!

Betulkan statement ini kalau saya salah.

A KADIR JASIN said...

For the attention of Sdr Balan only,

1. Thank you for the information and sorry for the delay in responding.

2. I have just instructed the people responsible to check on your complaint.

3. They will be reverting to you.

Thank you.

OKJ said...

Salam DAKJ

Alahai !!! Apani PAS !!! Asyik mengalah je demi PR

Hai Belalang ! Belalang ! Apalah nasib PAS sekarang ni. Dah banyak kali kena tipu, dah banyak kali di kuda-kudakan, dah banyak kali di budak-budakkan tapi masih tak sedar diri. Kalau dulu undi PAS masuk syurga, sekarang nampakknya kena tukar kot !!! Yelah dengan nak tegakkan babi, pemimpin peliwat, sex bebas, terkangkang, anak haram, berzina, arak, kalam Allah dipermain mainkan, memusuhi sesama Islam, candlelite vigil, berkawan dengan setan, lebih percaya cakap kafir laknatullah dan sebagainya. Ini baru setahun memerintah. Kalau pun tak malu dengan umat Islam yg lain pun, malu-malulah sikit kat Allah. Satu lagi, janganlah pula kata isu ni konspirasi UMNO sebab nak pecahkan PR. Lepas tu kata kita setuju dengan saranan Imam yg tak beriman tu.

Cukup-cukuplah buat dosa tu. Panggillah Muktamar URGENT dan keluarlah dari Pakatan yg memesongkan iman orang orang Islam. Pulanglah kepangkal jalan dan nescaya saudara-saudara seislam yg telah dicaci dulu akan menyambut dengan tangan terbuka. Tak payahlah malu-malu kucing. Meow…… Buang yg keruh dan ambil yg jernih. Sekian TQ

Anonymous said...

Dato'

Insan yang ada jati diri dan harga diri pasti tidak sanggup menggadaikan maruah dan martabat dirinya, bangsanya atau agamanya semata-mata untuk mengejar kuasa atau habuan keduniaan. Namun, realitinya, ia terus berlaku. Kejayaan tentera penjajah di Iraq, Palestin dan Afghanistan adalah antara bukti terbaik bagaimana manusia sanggup menggadaikan maruah bangsa dan bersekongkol dengan penjajah asalkan penjajah mampu memberikan mereka kedudukan dan kesenangan.

Dalam konteks lokal, perbuatan menggadai maruah dan harga diri telah pernah berlaku iaitu dalam zaman Pak Kaduk; sedang berlaku (susulan March 2008); dan akan terus berlaku (dalam PRU akan datang). Kenapa? Dalam konteks politik, pembangkang yang pada awalnya kuat berpegang kepada prinsip persaingan sihat dan budiman tetapi akibat mengalami kegagalan yang berulang kali, timbullah rasa kecewa, marah dan hilang sabar.

Apabila keinginan untuk menang semakin memuncak, mereka yang kecewa ini sanggup melakukan apa saja termasuk menggadaikan maruah dan harga diri dengan harapan ‘pengorbanan negatif’ mereka itu mampu membawa mereka ke Putrajaya. Nah! Siapa yang tidak bergembira apabila dapat melihat mercu tanda Putajaya (meskipun sekadar dari pinggiran) buat pertama kalinya setelah usaha-usaha terdahulu menemui kegagalan?

Kegembiraan yang terpancar di muka mereka saja sudah cukup memperlihatkan betapa mereka tidak pernah terfikir tetang kerugian yang dialami (maruah yang tercemar dan harga diri yang jatuh merundum) kerana semua itu tenggelam dalam arus kemeriahan dan euforia yang berpanjangan susulan kejayaan yang tidak diduga PRU 12.

Meskipun matlamat tertinggi bersama belum tercapai oleh PR tetapi oleh kerana berasakan matlamat tadi begitu hampir dicapai, makanya kalau diberikan dua pilihan: 1. ‘pulang ke pangkal jalan’ — tidak akan lagi menggadaikan maruah dan harga diri. 2. Meneruskan kaedah tidak bermaruah, apakah pilihan mereka?

Kalau kembali ke pangkal jalan adalah bukan opsyennya, yang mana sebahagiannya mungkin kerana tidak ada pihak ketiga (pihak yang tidak ada kepentingan politik) yang mampu membangkitkan kesedaran terhadap Melayu PR, serta memberi dorongan untuk mereka berbuat demikian itu (balik ke asal), dan kalaulah pilihan yang mereka ambil adalah pilihan kedua, makanya persoalannya, apakah akan ada lebih banyak maruah dan harga diri yang akan dipertaruhkan dan dilacurkan demi mendapatkan lebih banyak sokongan politik bukan Melayu sementelahan yang baru berlalu (PRU12)itu adalah terlalu hampir?

Berdasarkan permainan ‘tarik tali’ dalam PR yang kerap berkesudahan dengan DAP dipihak yang menang dan Pas dan PKR dipihak yang mengalah, dan kalau sekiranya sejarah era Pak Kaduk dijadikan renungan, maka tidaklah mustahil sejarah pahit Pak Kaduk tergadai kampungnya meskipun ayam sabungnya menang, tidak akan berulang lagi!

Firemansamrung

Yangretibase said...

Assalamualaikum pakbelalang,
Berkenaan wasiat Raja Melayu, tolong anda nyatakan Firman Allah itu: Surah apa dan Ayat ke berapa?
Saya dahulukan ucapan terima kasih kepada anda.
Wassalam.

saji said...

Sdr pakbelalang,

1. Bagaimana dengan wasiat orang Melayu terhadap raja-rajanya dalam hal yang sama pulak?

2. Kalau ikut Syariah Islam, hanya satu pertiga daripada kandungan apa2 wasiat boleh terima pakai di mahkamah Syarah.

Maknanya, hanya sekitar 2 daripada 7 wasiat raja2 Melayu tersebut boleh ditermia pakai.


Setuju atau tidak, tidakkah realitinya sekurang2nya 4 daripada wasiat tersebut sudah dihakis oleh golongan atasan Melayu nasionalis /kapitalis yang bersekongkol dengan orang bukan Melayu?

dan kajang said...

As'kum Datuk,

1. PAS sekarang ini nampaknya tidak lagi berjuang demi agama.Tidak seperti diera 90an dulu.Dulu mungkin disebabkan mereka tidak sekuat sekarang.Tapi sejak 1999 apabila mereka sudah berkuasa sedikit dan mula berkuasa di Terangganu dan juga Kelantan mulalah naik tocang dan riak.

2. Namun di Kelantan dan Trengganu dulu,PAS mungkin rasa gah suatu ketika sebab mereka majoriti.Tapi semasa PRU 12 PAS tersungkur di Trengganu kerana terlalu lalai hingga lupa tanggunjawab mereka.

3. Di Kedah pula mungkin akan jadi seperti di Trengganu.PAS Kedah dah mula melentur akibat DAP yang mula menunjuk kuasa mereka walaupun DAP minoriti dalam Kerajaan pimpinan PAS.

4. Di Selangor, PAS merupakan minoriti.Jadi mereka tidak berani nak bersuara lebih.Tengok sahaja apabila mereka cuba menegak syiar Islam dalam isu arak pun mereka terpaksa mengalah.Mungkin takut kehilangan tempat dan kuasa yang tidak seberapa dalam Kerajaan negeri.

5. TG Nik Aziz pula kalau dulu dengan Umno bukan main hebat lagi dia kutuk dan membuat berbagai Fatwa beliau untuk memperlekehkan Umno dalam isu2 agama.Tapi apabila dengan DAP belaiu tidak berani bersuara walau diminta memberi fatwa dalam isu2 yang nyata bertentangan dengan Islam.Lihat sahaja bagaimana dia memutar belit jawapannya apabila dimita memberi pandangan isu penjualan arak di Selangor.Apakah pandangan Islam di Selangor dengan pandangan Islam di Kelantan mengenai soal penjualan arak ini berbeza2?

5. Itulah sebab saya katakan bahawa PAS sekarang bukan lagi memperjuang syiar Islam seperti yang dilaungkan.PAS adalah parti politik seperti juga parti2 lain.Nampaknya sekarang UMNO lebih Islamic dari berbagai segi berbanding dengan PAS.

Anonymous said...

Dato

Syabas diucapkan dengan keperihatinan UMNO selangor dalam isu arak ini.

Kalaulah cara kerajaan selangor menangani isu ini pada pandangan UMNO(baru) selangor tidak kena maka kita minta kerajaan-kerajan negeri yang dikuasai oleh UMNO(baru) : Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, pahang, perlis dan Terengganu, ambil langkah-langkah yang dicanang itu segera. tunjukkan kepada kerajaan selangor cara yang betul. kalau kena haramkan penjualan di kawasan majoriti islam, laksanakan dulu di negeri-negeri tersebut.


Penjualan arak di Jb rasanya sama dengan situasi yang berlaku di Shah Alam. Begitu juga di ipoh.

Kepada pemimpin-pemimpin PAS dinegeri-negeri yang dikuasai oleh UBN, buatlah bantahan yang sama kepada kerajaan-kerajaan negeri hangpa. Kita tengok camne pulak MB-MB UBN bertindak atas isu yang sama.


bat8

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya ambil nota hujah sdra dan berpendirian terbuka.

Terima kasih kerana ambil perhatian komen saya.

Pak Lang said...

Datuk Kadir,

Mula-mula cuba beer. Bila sudah kurang "kick" cari whiskey dan brandy. Sama juga dengan penagih dadah, ramai yang berjinak-jinak dengan ganja. Akhirnya berkesudahan dengan heroin, morphine, ice dan candu.

Golongan penagih dadah yang paling besar ialah Melayu. Mat rempit juga Melayu. Bila makin ramai belia-belia Melayu ketagih alcohol akan bertambahlah Mat Rempit dan perompak serta penyamun Melayu. Lagi pula harga beer dan minuman beralcohol sekarang ini bukannya murah.

Bila makin ramai belia-belia Melayu minum beer, whiskey dan brandy makin majulah business. Sedangkan orang-orang Melayu dan islam semakin layu. Bila sudah layu sejarah lama akan berulang.

Dulu orang-orang Melayu tidak kenal candu. Pengetahuan mereka mengendai candu bermula apabila kaum imigren Cina datang ke Tanah Melayu. Mula-mula cuba suka-suka . Lama-lama ketagih. Akhirnya banyak tanah yang tergadai.

Saya rasa ini yang membimbangkan Dr. Hassan Ali. Masa depan Melayu dan agama islam di negara ini. Saya percaya dia (Dr. Hassan)memahami undang-undang PBT dan hak-hak asasi. Kalau dia (Dr. Hassan) tak cerdik macam mana baleh jadi doktor.

Saya memandang isu beer ini melalui dua aspek iaitu agama dan sosial.

pakbelalang said...

yangretibase,

Assalammualaikum,

Berikut adalah ayat-ayat firman Allah berkaitan dengan wasiat yang terdapat dalam Quran:-

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (180) Al-Baqarah

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (181) Al-Baqarah

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu dia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (182)Al-Baqarah
--------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu (tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa. (106) Al-Maidah

Kemudian jika didapati bahawa kedua saksi itu (sesudah bersumpah) ada melakukan dosa (kerana berdusta atau mengkhianati dalam perkara yang mereka menjadi saksi itu), maka hendaklah dua orang yang lain menggantikan tempat mereka dari waris-waris si mati lebih dekat, yang lebih berhak (menuntut dan memberi keterangan yang sebenarnya), kemudian mereka bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata): Demi sesungguhnya, persaksian kami lebih berhak diterima daripada persaksian kedua saksi itu (yang telah nyata berdusta) dan kami tidak melampaui batas, (kerana jika kami berbuat demikian) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. (107) Al-Maidah

(Hukum-hukum dan peraturan menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya atau untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan mereka). Oleh itu bertakwalah kepada Allah dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya) dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik. (108) Surah Al-Maidah

Comment:
Terpulanglah kepada saudara mentafsirkannya sama ada firman Allah tersebut di-atas boleh dikaitkan dengan wasiat Raja-Raja Melayu. Wallahualam !!
Saya bersikap terbuka.

pakbelalang said...

Internet Should Not Be Censored, Says Tun Mahathir




KUALA LUMPUR, Aug 8 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Saturday the Internet should not be censored in any way, and it is wrong to do so although some things need to be disciplined.

comment:

Yes, Internet should not be censored. Rais Yatim should stop the debate and don't waste time, period.
Think positive and move forward to initiate something more productive.

There is no doubt there are a lot of rubbish materials in the internet. But we have no other choice but to accept the reality that internet is a very useful tool as the most effective form of communication globally.

pakbelalang said...

Best Teachers To Teach English From 2012, Says Muhyiddin




KUALA LUMPUR, Aug 8 (Bernama) -- Starting 2012, not only will the English language hours in schools be extended but the best teachers will be teaching the subject, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Saturday.

"Our students will then have experience to communicate with English native teachers and we hope that this will further improve their command of the language," Muhyiddin, who is also Education Minister, said in his speech at the RHB-New Straits Times Spell-it-Right National Challenge competition here.

comment:

Jangan janji kosong, Tan Sri. Cakap tak serupa bikin.

We are seriously monitoring your performance as Minister of Education.

Janganlah jadi macam Hisham. He did literally nothing at all while he was the Minister of Education. He is just fortunate to be a Minister by virtue of his position as Vice President of UMNO.

If I were Najib I would have put him in the cold storage like Jamaludin Jarjis. Maybe, Hisham could take up ambassadorial position in Momgolia.

pakbelalang said...

Negeri Selangor adalah negeri yang sentiasa bawa "sial".

Hampir semua Menteri Besar Negeri Selangor "jinx".

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

SDR. SAJI said,
...
Setuju atau tidak, tidakkah realitinya sekurang2nya 4 daripada wasiat tersebut sudah dihakis oleh golongan atasan Melayu nasionalis /kapitalis yang bersekongkol dengan orang bukan Melayu?

SETUJU PUN TIDAK, TIDAK SETUJU PUN TIDAK... JALAN MENGENAL HAMBA DIRI ADALAH BERLIKU DAN BERANJAU.

YANG TERSURAT PETUNJUK NAFSU (PENGETAHUAN) DAN YANG TERSIRAT PETUNJUK IMAN (ILMU)

KAMI MENDOAKAN AGAR SDR. DIKURNIAKAN ILMU HAMBA DIRI YANG DICARI...INSYAALLAH.

ALFATIHAH, AMIN.

Anonymous said...

wadi said...
Dear Thinking,

How can you say PR screwed up? What have they done to date, so major that it is a screw up? Glitches here and there is normal.

Dont you think spending billions of dollars of our money, then not making any money not a screw up? (PKFZ)


Whatever screw ups by PR to date does not even match this 1 project!


6:59 PM

Anything goes with Pakatan Tipu (PTR)Rakyat. Bloody hell!! the blunder is caused by businessmen and yet PTR still has the audacity to blame it on others. You can create as many mistakes as you want so long it doesn't exceed the PKFZ, if that is what you mean. What shallow mind...

-anonimus-

abdullahngah said...

Manusia lebih bijak dari Allah SWT Dan Rasulullah SAW.

Hujahnya, manusia tidak ikut perintah Allah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW kata lakukan begini masuk neraka. Tapi, ada manusia yang kata tak masuk neraka.

Rasulullah SAW kata tinggal solat dengan sengaja adalah kafir. Tapi ada yang kata, tidak jadi kafir.

Demikian juga dengan arak yang diharamkan oleh Allah SWT.

Tanam anggur dengan tujuan jual pada kilang arak haram. Angkat arak untuk dihidang kepada pelangan haram hukumnya.

Bagaimana pula kerajaan yang beri lesen dan dijual kepada orang bukan Islam.

Adakah kerajaan kebal dengan hukuman seumpama ini.

Sebab itu saya kata manusia lebih bijak dari Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Lainlaj kafir. Mereka engkar, sebab itu mereka jadi kafir. Bagaimana pula dengan orang yang mengaku islam yang juga turut angkar dengan perintah Allah SWT.

Amuriddin Wahid. said...

Dato Kadir.

Saya berpendapat Perbezaan Pendapat PAS dan DAp tidak lah bagitu mengancham sangat jika di bandingkan dengan Utusan Malaysia yang sejak kebelakangan ini membuat banyak kenyataan radikal yang merosakkan apa program yang Najib dan Mahayuddin cuba lakukan untok mengambil hati orang Cina dan India.

Kenyataan Tengku Razali di Melboune mengenai BN dan UMNO amat menarek.Percubaan UMNO untok mengambarkan DAP anti Islam dan Anwar penderhaka akan memakan diri sendiri.

Yang menakukan kan lagi terdapat dikalangan orang Melayu sendiri yang sudah hilang kepercayaan kapada UMNo sabagai Party yang dapat membela nasib mereka.

Demonstrasi jalanan yang dilancarkan baru2 ini perlu di lihat dari sudut lain.KEBANYAKAN MEREKA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM DEMONSTRASI ITU BUKAN FAHAM SANGAT TENTANG ISA,tapi mereka ini memprotes kaatas kejahilan,kezaliman,dan kesengsaraan hidup sekarang ini.Anak2 muda keluar university maseh banyak menganggor,Sara hidup makin hari makin tinggi,harga barang2 mahal.Jurang hidup makin meluas.Kerajaan juga tidak serious untok membentras corrupsi.Khair Toyo maseh tidak di siasat.Wakil raayat PKR menjadi target.

Kegagalan Pemimpin UMNO dan BN ditambah ketara apabila Mechinery Kerajaan maseh confuse dengan Slogan Najib satu Malaysia.Jika kita bertanya kapada Polis,Pegawai Kerajaan,Penguhulu,Tok Imam,guru sekolah,Pegawai Kemas,Ahli JKKK,mereka akan memberi tapsiran yang berbezatentang satu Malaysia.Kebanyakan mereka menjawab tidak tahu.

Orang Cina dan India maseh berasa mereka dianaktirikan di negera sendiri.Orang Melayu Merasa terdapat dua darjat,UMNO mewakili golongan Melayu exclusive dan PAS mewakili golongan Marhain dan tertindas.

Ini lah cabaran kapada Najib.Di tambah pula dengan perangai BINI yang berlagak lebeh dan perlu publisiti tiap hari.

Mahayuddin menudoh Anwar pengkhianat tapi kebanyakan orang Johore tahu apa yang Mahayuddin lakukan untok orang Johore semasa ia menjadi MB.

Salagi Najib tidak berani untok membersehkan Party UMNO dari gejala corrupsi salagi itu lah Orang Melayu tidak dapat menghormati nya.

Anonymous said...

apa pun ... kesian negeri aku


-anak selangor-

Anonymous said...

Anak Perak said,

"Kepada Cucu Atok Kadir Ipoh,

Bila kerajaan Pusat tandatagani perjanjian royalti (minyak?)dengan Kelantan? Sila beritahu. Mungkin saya tersalah pandang atau tersalah baca."

Sila rujuk http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/

Itu blog Ku Li sendiri. Jangan tak tahu. Jangan baca suratkhabar UMNO saja.

Orang Kelantan dah lama dah bercerita pasal ni, dah 2 kali pilihanraya dah, jangan tak tahu.

#fed-up#

pakbelalang said...

POLL RESULTS »Should convenience stores be banned from selling beer?

Yes 16%
No 65%
They should store/keep beer away from other drinks 19%

comment:

I think this poll initiated by Star paper is misleading the public.

It is NOT representative of the peoples' voice.

Whose voice is the star representing? The Malays or the Chinese? What is its readership percentage among the major races?

The star please don't cheat the public and try to influence the poll.

a.z said...

Yang juai tu dibenarkan oleh undang2, yang orang melayu islam pi beli tu buat apa?? Salah mak-bapak la tak ambil kisah pasai anak depa....
Atas kapal terbang Mas, tak kira Melayu islam ke tak islam, kalau mintak alcoholic drinks, the stewardess will oblige, isn't it right Dato Kadir?
Sama la kes Mat Rempit yang jadi peragut, takkan nak salah penjual motosikal!!!

Anonymous said...

assalamualaikum....

1.hujung2 cerita, melayu jugak kena mengalah....

2. ni baru 17 lawan 19...cuba bayangkan apa jadi di pulau mutiara kita?

3. PAS harus mula bikin red line..PAS harus mula naikkan hrga..PAS harus tau mereka masih punya maruah dan PAS harus tau hitam campur putih tetap jadinya hitam...kan PAS kan?

4. kalau khalid takut pecat ronnie, khalid patut bagi jawatan mb kepada ronnie...tu je jalan yg ada....

5. kita bg depa lesen jual arak, jual judi..biar lebih terorganisasi...tapi hujung dia?

6. hujung dia..anak melayu kita jugak yg mabuk!!!

7, hujung dia org2 melayu jugak yg main judi!

8. hujung2 dia...kita jugak yg kalah..tak payah nk mengalah2 lagi....

9. PAS patut mula tunjuk bulu!!..kami sokong kalau bawak kebaikan buat umat islam...banteras semua penjualan judi, arak kepada org islam...yg jual kena tibai...yg beli kena tibai...confirm tarak berani lepas tu....

10. tapi, PAS n khalid serta pak anwar ada berani ka? kalau setakat berani demo, berani saman tu wat malu ja...

berani dak hangpa?

H.A.P.R.A.K

Anonymous said...

assalamualaikum...

1. yg masalah sekarang bukan hanya tauke2 jual arak dan judi sbb jual ke org islam....

2. yg sgt2 bersalah adalah org islam tu sendirik yg beli...

3. yg lebih bersalah tu org2 melayu yg mempunyai kedudukan yg beli arak dan main judi...

4. yg lebih buruk tu adalah org melayu kita yg sanggup pertahanhkan tabiat buruk depa....

5. dan yg paling MEMALUKAN adalah apabila kita tidak mampu buat apa2...malu dan sedih...

6. bukan saja kedai serbaneka harus dilarang menjual arak di kawasan majoriti org melayu...malah, mereka yg tertangkap membeli dan menjual arak dan judi ni harus dihukum...sebaik2nya macamtu la....

7. dan kita jgn buat sekerat2...MAS pun sudah patut stop jual arak...kerajaan harus mula kurangkan lesen kedai judi dan arak...kilang2 arak di malaysia sebaiknya dilarang produksi buat eksport....artis2 kita yg ketahuan minum harus dibanned..etc etc

8. jgn ujung2 cerita..arak tu dah umpama haram yg dihalalkan...pikir2la...cukupla dgn rokok dan dadah...kalau arak pon nk join, matila bangsa kita...

H.A.P.R.A.K

Gawafur said...

Yang benar tetap benar , yang salah tetap kena kata salah....
Tapai rasanya dah boleh agak sapa yang menang

abdullahngah said...

arak diharamkan oleh mana mana agama. Demikian juga agama yang dianuti oleh orang China.

Jadi tidak ada sebab mengapa kita masih memberi lesen untuk menjual arak.

negara Islam atau kerajaan Islam tidak harus mengehadkan penjulan arak, kerana raka itu ibu segala kejahatan.

Mahukah kita digolongan sebagai orang zalim, kerana memberi lesen kepada peniaga China menjual arak.

lihat Quran ayat 86 surah Ali Imran yang bermaksud: Bagaimana Allah akan memberi pertunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah SAW itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi pertunjuk hidayahnya kepada kaum yang zalim."

Sekarang ini nampak jelas bahawa kes atau isu arak masih tidak jalan keluar pada mana mana kerajaan, kerana tidak mendapat pertunjuk hidayah daripada Allah SWT.

Yang kita nampak sekarang ia hanya berupa pandangan seseorang sahaja, hatta ia datang dari ulama sekalipun.

Kadang kadang ulama juga bertindak lebih bijak dari Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam perkara arak ini.

Jika mana mana agama mengharamkan arak macam mana kita yang menjadi pemerintah masih ada jalan memberi lesen mengilang dan penjualan.

Orang kafir boleh minum arak tetapi dengan cara mereka boleh buat sendiri arak bukan diberi lesen untuk membuatnya.

Persoalan sekarang sanggup pemimpin sesebuah kerajaan di negara ini dicop sebagai zalim?

Menurut Quran ayat 87 dan 88,89 yang bermaksud: mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatnya serta sekian orang orang yang beriman.

mereka kekal didalamnya, tidak diringkan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian,

kecualai orang orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbiaki keburukan, maka sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Orang atau kerajaan yang membiarkan rakyat meminum arak mereka adalah kaum yang zalim, kerana membiarkan peminum jadi jahat, jahat pada masyarakat,jahat kepada keluarga jahat pada negara dan jahat pada Allah dan Rasulullah SAW.

affendi hussain said...

Babi, arak dan judi saja perkara material yang HARAM? Apakah semua orang dah faham segala yang haram?

Apa pula halnya dengan RIBA? Dah jelas lagi nyata..dipraktikkan majority merata-rata
(Al-Baqarah: 275-279 ..?)

Orang melayu muslim ni hanya sibuk berdebat..
Pada hal2 haram yang baginya mudarat..
Hal haram yg masyuk dia tetap kusyuk buat..
Ditegur melenting, hujahnya tumpul disembur kelat..
Dilema kejahilan minda yang tertutup rapat..
MLM, forex, pinjaman, pelaburan dan segala yg konon boleh kaya cepat..
Jangan katakan org biasa, yg berketayap, beserban, title haji byk buat & terlibat..

Ilmu itu ukuran hasilnya pada perbuatan dibuat..
Bukan hanya pada serban, tengkolok dan fesyen pakaian disemat..
Kalau kena hukumnya kenapa tak semuanya mendapat..
Yang bodoh dan dibawah terpedaya & terjerat..
Itulah akibat kalau hukum perniagaan tak ikut aqad & syariat..

Subsidi disuap tetapi pegangan ekonomi masih hidup mcm keparat..
Jauh nak mampu tunai RUKUN bernama ZAKAT..
Yang wajib tak dapat, yang sunat & bidaa'h dicanang & ditayang hebat..
Yang tak sebulu dicemuh dikutuk, dgn ekor mata saja dia melihat..
Syok sendiri dan rasa dah cukup bagus sangat..

Yang si kaya korporat hidup pula tak berkat..
Projek dpt sebab kroni & rasuah, bukat sebab kelayakan, kemampuan & keringat..
Patut dah kaya semuanya dah cukup hebat,
tetapi hakikatnya hidup serba cacat...
Bala didunia dah pun dapat..
Itu belum lg akhirat..

Haram sgt ke riba? Cubalah fikir & lihat..
Bayangkan sebelah kandang babi kita jirannya cukup rapat..
Konvensional & islamic operasi pun dalam satu tingkat..
Masak babi sedapur pun orang dah bising marah & meluat..
Tak rasa teruk ke atau rasa dahsyat lg ralat..??


Care to comment wahai para ulamak politik?
Or do you people really fit to be a so-called ULAMAK akhir zaman only sensationalized issues for political purpose?

For a starter..define alcohol... Do they only come from grapes..? What about the "tapai" that we eat..?
Fermentation of yeast with carbohydrate yield ethanol, really? I need a real ULAMAK to answer these!

Hakikatnya..mencegah itu lebih baik dari merawat.. yang boleh cegah itu ilmu & iman.. penguatkuasaan itu lebih kepada merawat..serupa mcm nak kawal H1N1..susah kan?

Saya nak nasihat sikit kat ulamak PAS yang hotai2 dipanggil tok2 guru.. daripada menghentam sesama muslim dalam UMNO dan mengagung pakatan kalian berbaik dgn puak yg dah tentu memusuhi Negara Islam perjuangan kalian sendiri..apa kata perjuangan kalian dihalakan kpd tarbiah puak2 dlm DAP tu bagi masuk Islam..? Bila dah islam insyaallah sifat racist, kiasu dan ekstrem mereka akan luput..lihat mcm contoh saudara kita Dr. Ridhuan Tee..Ini tidak, kalian seolah-olah ikut telunjuk kaki mereka....Ayuh, segerakan perkara yg baik..sesiapa pun takkan meluat dgn kalian lagi..percayalah..

(",)

abikhsan said...

Sebut pasal arak, judi, babi semua akan melatah dan nak jadi hero.... Anak teruna dara tak solat and tak tahu solat mak bapak tak kisah sedangkan sudah ada ayat yang kata "Sembahyang adalah tiang agama dan barangsiapa tidak menunaikan solat meruntuhkan agama.."

Dalam akhbar Utusan Malaysia sebagai contohnya, selak ms 1, 2 akan ada berita besar pasal hina Islam and so on. Bila buka helaian-helaian terakhir penuh iklan pasal Magnum, Toto or Kuda. Iklan ramalan judi pun berlambak... Tak tersentuh ke hati tuan-tuan kerana ia sebahagian menghina Islam kerana iklan dalam bahasa Melayu dan ditujukan kepada orang Melayu yang semestinya beragama Islam....!!! Tak kira subahat ke makan hasil judi... Nampak judi bukan setakat Genting Highland or Kasino aje tuan.... Macam-macam unsur judi ada.... tapi macam dah ada hijab... tak nampak semua tu... Akhbar-akhbar lain sama je cuma Utusan ni nampak lain sikit berita pasal hina Islam... dia punya coverage and statement dia menusuk kalbu...

Sama macam MAS serve arak on board...!!! Nak tengok orang Islam tonggang arak tanpa segan silu, fly lah with MAS...jijik rasanya.. MAS tu milik sipa..???? Milik GLC.... G tu siapa...??? Idris Jala ke...??? Bukan G stand for Government.... To be specific.... Hadhari's Government....

Tiada pulak puak yang nak buat demo agar arak diharamkan kat MAS... Memang betul boleh cakap siapa suruh minta arak atas MAS... Tapi mereka yang ada kuasa has to stop this..... Tak takut ke kena soal 'esok'...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).