Thursday, August 27, 2009

Politik Semasa: Macam-Macam Ada

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA mula saya tidak bercadang menulis mengenai politik buat beberapa waktu. Tetapi beberapa perkembangan terbaru dalam arena politik negara perlu dikupas dan difahami segera.

Saya sengaja tidak menulis rencana khas mengenai pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pasir 25 Ogos lalu atas sebab kerana prinsip, iaitu Barisan Nasional pulaukan PRK Penanti yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat tetapi bertanding di Permatang Pasir menentang Pas.

BN tidak bertanding di Penanti atas alasan tidak mahu masuk perangkap PKR bila Adunnya bagi kerusi itu “dipaksa” meletakkan jawatan. Di Permatang Pasir kerusi kosong kerana Adun Pas meninggal dunia.

Keputusannya Pas menang. Permatang Pasir adalah kubu tunggal Pas di Pulau Pinang dan Adun Permatang Pasir adalah wakil tunggal Pas dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Barisan Nasional yang diwakili oleh Umno sebenarnya boleh memberi cabaran kuat kepada Pas. Semangat orang Umno bertambah pulih selepas PRK Manek Urai di Kelantan apabila calon Umno hampir-hampir mengalahkan calon Pas.

Tetapi Umno seolah-olah memilih untuk menembak kaki sendiri – dipadankan daripada ungkapan Inggeris shooting one’s own feet – apabila memilih calon yang tidak bercakap benar. Saya tidak mahu kata dia cakap bohong.

Kalau BN, khasnya Umno, tidak mahu mengulangi kejadian yang mengaibkan ini, kaedah dan mekanisme penapisannya calon wajiblah lebih berkesan. Jangan sekadar cakap sahaja.

Itu pun 5,067 pengundi masih memangkah BN dan peratusan undi yang memihak kepada BN naik sedikit daripada 33.61 dalam pilihan raya umum lalu kepada 34.51peratus pada 25 Ogos. Maksudnya ada ramai pengundi yang mahu menyokong BN kalau mereka yakin BN, khasnya Umno, telah benar-benar berubah.

Kemudian kes penarikan diri Adun PKR Lunas di Kedah, Mohd Radzhi Salleh, daripada parti itu atas alasan hilang keyakinan kepada kepemimpinan.

Dia dilucutkan jawatan Exco oleh Menteri Besar Pas, Azizan Abdul Razak dan oleh sebab PKR tidak lagi ada Adun Melayu maka kerusi Exco Radzhi diberikan kepada Adun PKR Kulim, Lim Soon Nee. Kesemua empat Adun PKR yang masih tinggal di negara majoriti Melayu ini adalah Cina dan India.

Yang terbaru adalah penyingkiran Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA daripada parti itu atas alasan DVD skandal seksnya mengotorkan imej parti.

Yang peliknya Dr Chua, bekas Menteri Kesihatan itu, baru saja menang pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan cerita DVD seks beliau bukan cerita baru. Hakikatnya Dr Chua adalah duri dalam daging kepada Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Terpintas di fikiran saya, adakah Dr Chua akan mengikut jejak musuhnya, Chua Jui Ming menyertai PKR dan memesatkan proses “memBNkan” PKR?

Di masa yang sama teringat saya kepada krisis MCA tahun 1985-1986 yang memaksa Tun Abdul Ghafar Baba (Allahyarham) dilantik menjadi ketua sementara parti itu.

Sementara itu, tuduh-menuduh, saman-menyaman dan adu-mengadu antara Ong dan Tiong King Sing, pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, terus rancak dan memalukan.

Dalam pada itu, dakwaan penyelewengan berbilion ringgit projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) belum menampakkan sebarang kesudahan walaupun banyak laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC).

Di Selangor juga, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Ali mungkin akan terkena satu lagi tamparan jika cadangannya menggunakan pegawai masjid bagi menangkap orang Islam yang meminum atau menjual arak di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 tidak mendapat perkenan Istana.

Saya rasa lebih elok jika kuasa itu diamanahkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam, polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kalau hendak bawa juga pegawai masjid bawalah mereka sebagai saksi dan pendakwah untuk menasihati Muslim dan Muslimat yang minum atau jual arak itu agar bertaubat.

Inilah Malaysia, ibarat kata sebuah iklan Astro, macam-macam ada.

87 comments:

baniADAM said...

Dato',

Politik kat Malaysia ni dah sampai tahap memualkan...PRU dah lama berlalu sepatutnya sama2lah membawa negara ke arah kebaikan...tapi sampai skrg pun asyik berpolitik..bila nak habis pun tak tau lah...hinggakan anak2 kita pun lebih kenal org2 politik skrg dari wira2 tanah air terdahulu....

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Dah jadi rojak dah Tok! Malangnya, rojak itu hanya sedap dipandang tapi bila masuk ke mulut, boleh muntah terbelahak dibuatnya -- ntah apa-apa ntah rasanya!

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

BN has too many warlords. Good thing they get rid of Chua, fed up of news about him already. BN should also get rid of Samy Vellu (not MIC), Murugiah of PPP, the entire Gerakan party, and every liability in the BN components.

Look at PR. In DAP, only Kit Siang calls the shot, its Nik Aziz in PAS, Anwar in PKR, and also Anwar for PR. Those who went against them are already removed, such as Ezam. So simple. That's why nowadays Nasha keeps quite. That's how they become effective.

Windtalker

Al-Yathar said...

Saya nak komen tentang isu arak di Selangor saja. Saya kira tidak perlulah kerajaan Selangor menghimpunkan bala tentera yang terdiri daripada pegawai masjid itu untuk memerangi orang yang minum arak dan menjual arak. Itu sudah keterlaluan dan seolah-olah kita tidak tahu memilih keutamaan. Memadailah isu arak itu ditangani secara biasa oleh pegawai penguatkuasa yang sedia ada.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Agama cukup sempurna dan cukup lengkap dah, Dato'. Yang kureng dan tidak ada daya dalam banyak hal adalah adalah penganutnya.

Peraturan agama dah cukup tegas dan mampu menimbulkan keinsafan. Yang kurang mampu dan terus terkial-kial untuk memahami dan mempraktikkannya adalah pengikutnya.

Agama adalah alat penyatuan ummah. Cumanya manusia yang ada naluri menggunakannya untuk menimbulkan keretakan dan kerenggangan ikatan sesama umat.

Setiap ummah di tuntut untuk mencegah gejala mungkar. Cumanya apakah semua individu ummah layak diberikan tugas sedemikian hanya dengan berbekalkan sedikit latihan, amali dan ilmu pengetahuan?

Jika H1N1 dijadikan konotasi, apakah tugas mencegah penularan selesema babi dapat dijayakan kalau seandainya tugasan seumpama itu, selama ini, diberikan kepada mana-mana individu yang kurang terlatih, bukan pakar dan tidak komited dengan kerja yang diamanahkan? Jawapan adalah tidak.

Kesimpulannya: Seorang yang belajar sesuatu bidang ilmu (katakan ilmu D)dan dalam masa yang sama menjadi pemimpin politik, itu bukanlah bermakna beliau adalah super pakar atau terlalu arif dalam bidang berkenaan sampaikan semua yang keluar daripada mulut beliau adalah umpama arahan atau ketetapan yang wajib dipatuhi.

Kalau tidak, makanya "sing is Kingkong" adalah setaraf dewa keadilan yang perlu DAP, Pas dan PKR taati tanpa bantahan. Adakah itu yang berlaku? Tidak!!!

Habis kalau isu "singh is Kingkong", tidak menjadikan penyokong PR jumud dan fanatik meskipun dari segi ukuran dan pengalaman sepatutnya Karpal Singh dianggap layak mendapatkan layanan sedemikian; kenapa pulak dalam konteks agama, Melayu PR boleh bersikap jumud dan fanatik? Apa bezan antara Karpal dan dunia kepeguamannya dan parti agama dengan dunia keagamaannya?

Antihipokrit

mamai said...

lupakan la hasrat umno nak berubah..umno umpama orang tua dah nyanyuk serba serbi tak kena....

sedikit meningkat dah mula gah hakikat orang bertambah menyampah.

sekali air bah sekali pantai berubah..tapi umno tetap tak akan berubah. kemana pun mereka pergi loncat sana loncat sini mereka membawa budaya yang sama

Browse & Buy said...

Susah betul orang UMNO ni nak faham kan? Tak baca blog kot dia orang ni..hehe

TEHrasaCOKE said...

Memang 'MACAM-MACAM ADO' datuk.

Yang takdak cuma...
1.MALU
2.AKAI

Roti Planta said...

Dato',

Ada satu bangsa di Malaysia yang tidak tahu dek untung. Mereka menggunakan NGO's untuk mengkritik undang-undang Syariah di Malaysia tetapi bila kita nak haramkan mercun atau haramkan judi, mereka berkata 'jangan sentuh budaya kami'. Mereka sibuk kritik agama Islam tetapi melenting bila disentuh budaya mereka. Paling pelik bila ada Melayu tumpang sekaki mengkritik hukum hakam agama sendiri.

Ini tujuannya Exco Selangor nak kelaskan Beer bukan Arak. Habis masyarakat Islam keliru. Lepas ini pula mereka akan kata 'Bacon' bukan Babi.

Bye/Roti Planta

nur mohd nidzam said...

Dato Hassan Ali adalah seorang yang berjuang untuk agama dan prinsip beliau. Walaupun terkena sejuta tamparan pun beliau jauh lebih baik dari mana mana pemimpin UMNO Selangor sebelum ini kerana lebih 50 tahun UMNO memerintah Selangor tapi tidak sekalipun pemimpin mereka berjuang untuk menghentikan penglibatan orang islam dalam memproses,menjual,atau minum arak
Hasil dari polisi UMNOlah yang kita nampak hari ini orang islam terlibat dalam industri arak.Kl,ipoh,kt,penang,melaka semua sama malah negeri lahirnya UMNO dan kubu kuat mereka JB ada kompleks jual arak tanpa cukai dan anak anak muda melayu islam boleh jual,beli,minum dengan senang.Ini saya belum tulis pasal judi lagi!
Jadi kita janganlah nak persalahkan DAP atau sultan selangor kerana tidak memperkenankan idea Dato Hassan kerana kalau orang UMNO nak sudah lama dilaksanakan.
Kepada Dato Kadir saya nak kata kalau nak buat propoganda pun berpadalah sikit dato.

LIN LIANI said...

Malaysia memang macam-macam ada. Ada Melayu, Cina, India, Kandazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai suku kaum. Namun yang peliknya, kenapa masih tidak dapat bersatu-padu sehingga perlu laungkan 1Malaysia?

Malaysia bukan sahaja macam-macam ada, tetapi macam-macam hal pelik pun ada. Pungutan pingat sukan Olimpik tidak pernah masuk ranking 10, tapi jumlah kematian H1N1 dapat nombor 9? Wanita Melayu sepatutnya dihukum sebat kerana minum arak, tapi entah apa sebab tak jadi pulak? Pelik lagi ajaib.

Terbaru, CEO syarikat penerbangan, Mas secara tiba-tiba dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Selepas ini CEO AirAsia pula jadi Menteri. Tak mustahil kerana Malaysia memang pelik.

nur mohd nidzam said...

When the syariah court gives out its verdict and sentence why does the No 1 man in UMNO and prime minister interfere.
Banyak prasarana Mahkamah Syariah tidak pernah diambil kesah oleh UMNO sehingga lah ianya terdedah dengan kes Kartika Sari ini. Jikalau UMNO ambil kesah berkenaan mahkamah syariah, nescaya Kartika tidak perlu dihantar ke Penjara Karjang untuk disebat. UMNO ini di depan mengaku berjuang Islam, tapi hakikatnya mereka lidah brecabang, telunjuk lurus kelengkeng berkait. Mahakamah Syariah mereka abaikan selama ini dan tidak kesah langsung kecuali yang perlu sahaja. Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

ab said...

Salam dato,

Saya katakan scenario politik malaysia sekarang macam dibadai puting beliung....yang saya tak pasti ialah adakah kesemua parti politik dan ahli-ahli politik di tepi,di ekor,di dalam atau pun di tengah hurricane itu (bulleye).....

PUTING BELIUNG KALI ini akan jadi
asas negara 50 tahun akan datang..entah elok, entah tak elok tidak siapa yang ketahui..

Tapi macam kearah sudan atau lagi teruk zimbabwe nampaknya ni...

CIVIL WAR tak bolih dikatakan lansung tak bolih berlaku,melihat kepada perkembangan sejak 2004.

Kalau ditukar semua authorities nanti, ramai geng lama akan mati kebulur, mati terkejut,muflis, bercerai-berai dan lain-lain.... yang baru pulak tunggang terbalik beberapa tahun sampai nak pandai....itu pun kalau pandai, tetapi kesemuanya dibuat dari acuan lama juga..tak bolih dipercayai langsung.

UMNO tak ada harapan lagi dah ni....PM kena tipu,DPM kena tipu..
TAK INGAT DAH BERAPAI KALI KALAH PILIHARAYA KECIL SEJAK PM jadi bos
PRK dan DPM baru ni dah mula belajar seronok jadi kaptan pasukan kalah...

RAKYAT DAH BOSAN SANGAT DAH NI...kalau asyik dok sogok muka tak senonoh setiap hari, tentu orang jadi benci.

SAMPAIKAN KEPADA PM lain kali kalau nak cari calun,elok minta tok imam surau atau mesjid cadang nama...

KAT SINI ORANG KATA HALFPAST SIX...

TETAPI SEE YOU AT FIVE(ingat lagi tak?)nampak ketara..see all at 6,7,8 or even 10tidak mustahil ???

Kalau ringgit lebih rendah dari korona papua new ginea
1RM= 1.44+ korona sekarang... APA KE HAE ni...?

Sing dolar sama 2.47rm sekarang....!.


PM kata ekonomi bagus, zeti kata ekonomi bagus....ye ke ni?.


Abu Bakar Ab Rahman

Shah Firdaus said...

salam...

Dato' tiada sebarang ulasan ka berkenaan kemelut politik yang sedang berlaku di Terengganu membabitkan team Ahmad Said dan team Idris Jusoh di mana terdapat laporan mengatakan team Idris Jusoh sedang menimbang untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR bagi bergabung dengan PAS untuk menyingkirkan Ahmad Said..

ini kerana mereka masih tidak berpuas hati dengan cara Ahmad Said mentadbir negeri Terengganu...

TooLBoX said...

Datuk

Selamat meneruskan ibadah puasa. Semoga datuk sekeluarga memperoleh kesejahteraan dunia dan akhirat bersempena bulan yang mulia ini, begitu juga hendaknya untuk ibu dan arwah bapa datuk juga insya-Allah.

Saya minta pandangan (tulisan) datuk tentang perlantikan Duta baru ke USA dan juga yang terbaru CEO MAS (yang mengalami kerugian) menjadi menteri. Nampaknya fenomena memilih calun yang sesuai (di dalam BN) tidak diguna-pakai secara resional disemua peringkat. Kenapa boleh jadi begitu?

Datuk tidak perlu siarkan komen saya ini. Saya dahulukan ucapan terima kasih untuk kesudian datuk menulis nanti. Wallahu a'lam..

pakbelalang said...

Setelah membaca kenyataan akhbar dari pihak MCA saya rasa keputusan yang di buat oleh parti itu memecat Dr Chua adalah tepat sekali.

Di bawah adalah kenyataan akhbar dari akhbar NST:

"What the respondent had done in failing to uphold the image and reputation of the party has not only "haunted" and hurt the party and the government, but is going to continue to "haunt" and hurt the government in the future, especially in every forthcoming by-election and general election, unless some drastic action is taken by the party," the report explained.

The board also noted the parallel of former Parliamentary speaker Datuk D. P. Vijandran who had to succumb to public opinion and leave the political arena after he was linked to videotaped sexual activities.

"In short, it is safe to conclude that, for the general Malaysian public, a public figure in Malaysia is expected to behave like a public figure," the report said.

"He cannot be a public figure and enjoy the luxuries of a private person at the same time, and when he is caught, he will not be allowed to defend and excuse himself by saying that it is my private life," it added.

The report also highlighted that Dr Chua had himself stated, after the video surfaced, that he decided to resign from all posts because of moral problems and did not want to burden the party and the government.

One of the disciplinary board members, who declined to be named, reiterated the main reason for the explusion was that Dr Chua would be a liability to the MCA."

Satu keputusan yang bijak seperti mana Tun M membuat keputusan terhadap Anwar. Jalan ceritanya adalah sama.

saji said...

Salam Dato'


1. Percayalah, macam2 cerita
politik lain akan berlaku
sebelum habis Ramadanini Dato'.

2. Yang tidak ada dalam politik
semasa Dato' ialah, pemimpin
politik kita letak jawatan
apabila melakukan kesilapan
seperti salah pilih calon PRK
PP,dilapur menerima dan memberi
rasuah.

3. Jika kita anggap pilihan raya
di negara Islam sebagai
perayaan hukum al-Wakalah atau
Wakil-mewakil, dalam erti kata
setiap rukun dan syarat sah
hukum tersebut dipatuhi seperti
hukum Islam lain, calon UBN
PRK PP dianggap tidak
mematuhi rukun dan syarat
sah hukum tersebut sebagai
pihak Penerima Wakil kerana
tidak memiliki sifat AMANAH
bagi pihak yang meWAKILkan
perkara/barang yang lazim
diWAKILkan kepadanya sebagai
WAKIL rakyat DUN.


3. Pengalaman menunjukan bahawa
jika kuasa menangkap orang
Islam yang minum dan menjual
arak dsb diberikan kepada
Jabatan Agama Islam, Polis dan
PBT, akan ada tangan2 dibelakang
yang berusaha untuk
menghalangnya, sedangkan negara
sekualar amat menekankan soal
penguatkuasaan luaran
sedemikian, berbanding dengan
penguakuasaan dalaman iaitu
akedah dan akhlak.

4. Sekarang Dato' dan pemimpin
UMNO boleh kata sokongan
UMNO/BN di PRK PP meningkat.
Bagaimana jika sekali lagi
PRK di kawasan PAS juga,
sokongan menurun pulak?
Maksud saya, tidakkah ulasan
Dato' sedemikianlah yang
melekakan orang UMNO/BN?

5. Percayalah, selagi kontrak
pembinaan konvensional
atau maksud Islamya jual
beli/transaksi barangan
yang tidak wujud ketika akad
yang Melayunya Tempahan atau
Inggerisnya Price-in-advance
melibatkan bentuk Design and
Build Contract terus digunakan
bagi pelaksanaan projek
penswastaan seperti PKFZ,
masalah yang sama iaitu kos
meningkat/ VO tambahan tinggi,
gejala rasuah akan terus
berlaku jika kerajaan tidak
mengindahkan pandangan mazhab
Hanbali, Maliki dan Shafiee'
yang tidak mengharuskan
penggunaan kontrak al-Istisnaa'
sebagai kontrak pembinaan dan
kewangan dalam apa jua
bentuknya.

Anonymous said...

PKR, DAP or any other political party that is affiliated or somehow have the tendency to be with PAKATAN grouping must be stupid to bring in Chua Soi Lek, so Dato' stop fooling around as only UMNO will defend such a character as seen in their candidate in Permatang Pasir.
Sebenar nya dalam BN/UMNO macam macam ada!!! Alahai Melayu kuku!!! tuduh orang pengkhianat tetapi terlupa diri sendiri cakap tak serupa bikin. So it is better that UMNO come out from hiding an openly declare their support for Chua Soi Lek or invited him to be the coordinator for 1Malaysia.
Tontoni lah dan baca lah MSM...macam-macam ada!!! ada Muhidin, Zahid, hishamuddin dan Rais Yatim... all equip with lazy brain. Selamat beribadat di bulan Ramadan. Semoga Dato' sehat and less tension after a 7-0 defeat a record breaking feat by the current UMNO leadership. Tahniah kerana berjaya mempertahankan kekalahan. Dato', masih ramai orang Melayu yang melihat UMNO benci tetapi rindu tetapi awat depa yang berkuasa tu ngok sangat......JuwitakuSayang88.

OKJ said...

Salam DAKJ

Politik di bulan puasa

Saya pun malas nak bercakap tentang politik sangat bulan puasa ni. Ramadhan Cuma setahun sekali. Tahun depan tak tahu lagi kita masih berkesempatan ke tidak. Sama samalah kita memperbanyakkan ibadat, bertadarrus, bersedekah dan berprasangka baik terutama pada sesama Islam.

Saya baru je menghadiri meeting dengan menteri dan ketua pengarah. Dari apa yg dibincangkan, saya boleh rasai persepsi yg begitu negative terhadap kerajaan sekarang. Walaupun perkara yg benar dibentangkan, masih lagi banyak kata-kata sumbang dan nista dilemparkan. Malahan kata-kata majlis fatwa kebangsaan yg anggotanya terdiri dari tokoh-tokoh bijak pandai yg terbaik di negara ini juga dipertikaikan.

Yang musykilnya, surat layang yg begitu tolol sekali boleh dijadikan bukti. Teori-teori yg bangang pun boleh diutarakan dan diperdebatkan. Pemimpin Islam lebih mempercayai kata-kata kafir dari sesama Islam sendiri. Akuan bersumpah dari cakap dengar juga diperbesarkan dan dijadikan modal jahat. Surat takziah dihantar kepada simati seperti ada sesuatu yg pelik berlaku sedangkan penyisatan belum dimulakan lagi. Tak salah atau tak pelik kafir menghina agama Islam dituturkan oleh orang Islam sendiri. Pendakwah Islam telah di kutuk dan dikeji habis habisan oleh kafir laknaatullah didiamkan saja.

Apa yg dapat disimpulkan adalah, ramai lagi yg tak tahu apa yg tak tahu tapi buat buat tahu. Dan satu lagi, ramai juga yg meminta nasihat dari orang yg sama-sama tak tahu. Inilah jadinya. Sekian TQ.

Anonymous said...

datuk

1. TPM kata beliau kecewa 'kunun' penduduk permatang pasir tak mau kepada perubahan.

2. apa ni?? cakap apa TPM ni?? dia pun masih lagi duduk dalam sindrom penafian

3. Tahu tak dia yang sebenarnya rakyat kecewa sebab UMNO itu yang tak mau berubah!!

4. tapi baguslah... lagi lama macam tu, lagi cepat arwah UMNO ni

Tn Hj

wishediwaswrong said...

Dato'

Memang politik semasa macam-macam ada.

Sepatutnya dalam kerajaan demokrasi berparlimen pemisahan kuasa juga bererti cabang eksekutif tidak campur tangan dalam hal kehakiman. Tetapi kita hairan mengapa PM beria-ia sangat hendakkan Kartika Sari Dewi Sukarno megemukakan rayuan atas hukuman sebat yang dikenakan oleh mahkamah syariah Kuantan ke atasnya?

Saya juga, secara peribadi, memang merasai publisiti yang diberi kepada kes ini telah memadai untuk mengaibkan Kartika tanpa disebat pun. Tetapi bagi ketua cabang eksekutif mendesak beliau mengemukakan rayuan, padahal Kartika sendiri rela menjalani hukuman tersebut, adalah satu perkara yang lain.

Sekiranya Kartika mengemukan rayuan, tidakkah pihak kehakiman merasa tertekan kerana rayuan tersebut dibuat atas desakan PM sendiri yang, di samping itu juga, di antara orang yang terpengaruh negeri tersebut.

Di ketika kedua-dua cabang kerajaan ini, yaitu kehakiman dan eksekutif, sedang mengalami krisis kepercayaan (crisis of confidence), tindakan PM dalam kes ini boleh memberi satu signal yang salah.

Di samping itu, kecelaruan di dalam soal samada se saorang pesalah yang tidak menerima hukuman penjara boleh disebat serta pihak mana yang boleh melaksanakan sebatan itu juga memberi gambaran se olah-olah undang-undang kita dirangka dengan cara lintang-pukang.

pakbelalang said...

1. Yes, macam-macam ada dalam politik semasa.

2. Akhirnya, the Malays are being trapped by their own doing. What a pity !!

3. Time to reflect which direction the Malays are leading to.

4. At the moment I see the Malays are very confused lot.

5. It will continue to be so until doomsday !!

6. Sorry, I am rather very pessimistic looking at the current political scenario. Very frightening, indeed!!

7. The Malays are in limbo. Terombang ambing tanpa haluan yang nyata.

8. My prediction is that the Malays will soon "gigit jari je lah !!

9, Bersedialah for the worst!!

ORANGUTAN PENANG said...

TOK KADIAQ,

TAHUN 77 DARJAH 6,KAWAN BAIK SAYA ANAK CINA KATA KAT SAYA.."HANG UNTUNG
JADI MELAYU,BOLEH MASUK ASRAMA PENUH,
LEPAS TU KALU OK BOLEH PI LUAQ NEGERI,SEMUA FREE,GOMEN TANGGUNG"

MASA TU SAYA NAIK KESIAN KAT DIA.SUSAH JADI CINA!

TAPI TU DULU, LA NI SUSAH JADI MELAYU PASAI MACAM MACAM ADA!

SUSAH JADI MELAYU PASAI MANA SATU
NAK PANGKAH DI MATANG PASIAQ?YANG SATU REKOD TAK BOLEH PAKAI!YANG SATU MERITOKRASI TAK SEDAQ DIRI!

SUSAH JADI MELAYU PASAI MACAM ADUN
PKR LUNAS, KAWAN BANGSA LAIN SATU PARTI DOK TEKAN..YANG SATU BANGSA PULAK DOK KATA DIA PENGKHIANAT BANGSA..PENIN,PENIN!

SUSAH JADI MELAYU KALAU JADI AHLI POLITIK PERANGAI MACAM SOI LEK!KALU MELAYU JANGAN KATA NAK MENANG TIMBALAN PRESIDEN,DAH MESTI NAIK MAHKAMAH SYARIAH!

SUSAH JADI MELAYU KALU ADA KES BERBILION RINGGIT MACAM PKFZ!TOWKEY
TAK NAMPAK MUKA,TIMBALAN TOWKEY MELAYU PULAK NAK KENA JAWAB DEPAN PAC!

SUSAH JADI MELAYU KALU YANG JENIH
KAKI MINUM!BOLEH SATU DUNIA MUKA
KELUAQ CNN,BBC,BOLEH KENA SEBAT!DEPA INGAT MELAYU KAKI MINUM
NI BODO KA?HOTEL BANYAK,KARAOKE LAGI BEST ADA GRO,TAK PAYAH PI SEVEN ELEVEN!

MACAM MACAM ADA!YANG PASTI MAKIN HARI MAKIN SUSAH JADI MELAYU!DEPA LUPA, "RUN AMOK" PUN ASAI BAHASA MELAYU!

SELAMAT BERPUASA!NI KELEBIHAN JADI MELAYU!

pakbelalang said...

Dato',
Izinkan saya melanjutkan perkara yang di bawa oleh Toobox dan ingin juga dapatkan pandangan dari Dato'.

1. Saya rasa Idris Jala telah berjaya menguruskan MAS dengan baik walaupun dalam keadaan faktor luaran yang tidak menentu dalam industri penerbangan antarabangsa. Soalannya adakah wajar Idris Jala di jadikan Menteri hanya untuk membantu Dr Koh uruskan sistem KPI. Pengalaman Idris Jala dalam sektor swasta memang diakui mempunyai kredibiliti yang cemerlang.Sepatutnya pengalaman beliau harus diteruskan untuk mengurus MAS supaya lebeh berjaya lagi pada masa hadapan. Atau mungkin ada "skandal" yang menyebabkan Idris terpaksa dikeluarkan dari MAS.

2. Siapakah pemganti Idris Jala? Adakah pengantinya mempunyai track record yang cemerlang untuk meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh Idris Jala. Siapa agaknya? Adakah Omar Ong?

3. Perlantikan JJ sebagai Duta ke US banyak orang mempersoalkannya termasuk saya.

4, Adakah JJ sebenarnya layak memegang jawatan tersebut? Najib tidak pernah memberi ulasan tentang rasionalnya melantik JJ. Kenapa Najib mendiamkan diri?
Mengapa tidak dilantik career diplomat yang berpengalaman dalam bidang diplomasi antarabangsa?

I hope Najib is not making an error of judgment in his decision.

Anonymous said...

Dato'dan para pengulas,Assalamualaikum.

Ramalan saya begini.

1. Umno akan jadi macam LDP, Jepun, Congress Party, India dan Kuomintang, Taiwan. Kalah kemudian naik balik tapi tak sekuat asalnya.

2. Pas akan ganti peranan Umno dan berpakat dengan DAP dan PKR tetapi akhirny ditolak orang Melayu kerana korbankan Islam dan hak Melayu. Sudah ada tanda sekarang. Islam di Kelantan lain dengan Islam di Selangor, Penang dan sebentar lalu di Perak;

3. PKR akan hilang sokongan Melayu akhirnya jadi parti Cina-India. Cina akhirnya balik kepada DAP dan MCA. PKR jadi parti serpihan India macam PPP;

4. DAP akan perintah Pulau Pinang 30 tahun lagi macam Gerakan perintah PP. MCA dan MIC mungkin sokong DAP di PP dan jadilah PP Straits Settlement balik;

5. Dalam masa itu Law&Order akan terus dicabar menjadikan tugas Polis tambah mencabar dan kawalan jenayah akan terbengkalai;

6. Peranan Raja-Raja Melayu tambah penting untuk jaga keistimewaan orang Melayu dan Islam serta jamin hak semua kaum dengan bantuan Polis dan Tentera yang mengarak panji-panji di raja
(Royal Status).

7. Dalam situasi yang serba tidak tentu ini, penjanaan ekonomi dan pelaburan negara akan menjadi kucar kacir. Pelaburan asing akan terbantut dan modal tempatan akan mengalir keluar kerana dasar liberalisasi dan pasaran terbuka.

Ex-Banker

Ajeem said...

Salam Datuk,

Majoriti pensyarah di uum mengatakan politik malaysia semakin menarik..benarkah semakin menarik?mungkin pada masa kini terlalu banyak isu atau kes politik yang berlaku saban hari sehingga menenggelamkan isu sosial dan pembangunan. bagi saya secara peribadi ia memang baik sebagai suatu anjakan paradigma namun dari sudut yang lain ia memberi gambaran negatif terhadap imej negara.



Sekadar berkongsi peluang, layari: http://taipmenjanaduit.blogspot.com/2009/08/jurutaip-sepenuh-masa-atau-part-time.html

Anonymous said...

Nak respons kepada Shah Firdaus, tok,

Sdr Shah, sila baca berita ini --

KUALA LUMPUR, Aug 27 – Former Terengganu menteri besar Datuk Idris Jusoh said there was no truth in the claim that nine Terengganu Umno assemblymen, including Datuk Rosol Wahid, will be joining Parti Keadilan Rakyat (PKR).

The Jerteh assemblyman, who is also Mara chairman, said he did not see any indications from the assemblymen, especially Rosol, who was seated beside him in the state assembly that they had such plans.

“In fact, at the opening of the state assembly sitting , they had all worn the colour of Barisan Nasional and that was not planned. This indicates they still strongly support BN,” he told reporters after launching Merdeka Day programme organised by Mara, here today.

Yesterday, Rosol had denied a report by a news portal that he and eight other Umno assemblymen in the state were planning to leave the party to join PKR.

Ini mamai Anwer Ebrahim Al-Turki lagi Tok. Ulang Tahun Operasai Rampas Kuasa Kantoi 16 September 2008 dah nak mai, jadi Anwer pun mamai.

Kamjat Tanjong

affendi hussain said...

Demam pilihanraya ke12 kat Malaysia ni memang tak reti kebah2 sejak tahun lepas..

mcm H1N1 jugak..boleh mutasi ubah strain..jangkit sana-sini..susah nak kawal pasal sikap & tindakan masing2..tarak vaksin & tarak ubah khusus..parah!

memang cerita panjang..panjang sgt sampai tak reti fokus keutamaan sepatutnya..

tarak cerita lain ka Malaysia ni..?
cerita wanita minum beer asyik keluaq CNN je hari2..

p/s: salam Ramadhan 1430 dari perantauan..selamat merdeka jugak..

(",)

Anonymous said...

What Dato say about this.

Section 177 of the Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (the enactment under which Kartika is sentenced). Under this section, a person who forces or allows his wife to prostitute herself with the intention of earning an income from such prostitution is liable to be fined RM4,000 or imprisonment for 2 years or both and caning of not more than 6 lashes.

So, there we have it. RM5,000 fine or imprisonment of 3 years and 6 lashes for consuming alcohol. And RM4,000 fine or imprisonment of 2 years and 6 lashes for forcing one's wife to be a prostitute!

Maybe somebody can explain to me about this Syariah laws, like to lear more about their justice system, thanks.

Mike

Anonymous said...

Datuk,

Memang betul. Politik Malaysia ni macam-macam ada. Dah macam zoo!


-sinbad-

zeqzeq said...

lepas meting dengan AJK masjid, boleh lihat berdaya atau tidak penguatkuasaan itu, bila gagal tukar lain..

itu positifnya dan negatifnya. yang baik sokong walaupun sedikit...

tetapi alangkah elok wujudkan sebuah zon/bandar tanpa /bebas dari alkohol,judi, kuda dan kelab malam..aman rasanya. pihak berkuasa pun lebih berminat bertugas agaknya..

MERBOK TIMES said...

Dato'
Pegawai-pegawai mesjid yang berada di mesjid kerapkali terdiri mereka-mereka yang telah pencen dan bertaubat tunggu mati.
Mereka-mereka ini semasa muda remaja dulu pun playboy dan romeo gantang juga.

Anonymous said...

Salam Dato,

Apabila kuasa yang ada pada UMNO hilang akibat kekalahan 5 negeri pada pilihanraya yang lalu maka macam macam perkara boleh berlaku di negara kita ini. MCA dan MIC tidak ada 'respect' langsung pada UMNO. Dalam masa DS Najib hendak 'put the house in order' bermacam -macam insiden berlaku.

Pada pendapat saya PM perlu undur belakang beberapa langkah dan kaji situasi and ambil pendapat ahli-ahli UMNO yang berpengalaman. Tapi nampaknya beliau masih lagi terlalu takut untuk mengmbil tindakan drastik untuk memulihkan UMNO. Kebanyakkan langkah yang diambil terlalu kosmetik dan lambat untuk dilaksanakan. Bak kata mat salleh sometimes you have to bite the bullet and go for it. Ianya mungkin pahit untuk diterima tapi kenyataan sekarang menunjukkan jika PR13 diadakan sekarang BN akan ditelanjangkan segala-galanya dan kerajaan baru akan tertubuh.

Apa pendapat Dato?


Pak Nujum

abdullahngah said...

Apabila selesai membaca tulisan bertajuk: politik semasa:macam macam ada teringat saya ayat 29 Allah surah AL MUTAFFIFIIN yang bermaksud:

"sesungguhnya orang orang yang derhaka mereka selalu tertawakan orang orang beriman"

Orang orang yang derhaka memang tidak gemar dengan usaha yang dilakukan oleh Datuk Dr Hassan Ali.

Sebab itu, usaha Dr Hassan Ali mencegah penjualan arak secara bebas dan terbuka mendatang tentangan.

Bukan sahaja mendapat tentangan, malah ada yang tertawakan. Tidak cukup dengan itu mereka sanggup menyindir.

Namun yang disebut macam macam ada itu suatu realiti tidak dapat dinafikan.

Adanya orang mengaku Islam, menpertikaikan hukum sebat pada peminum arak.

Adanya orang yang tidak gemar dengan hukum Islam, malah sanggup mempersenda persendakan.

Lainlah kalau mereka mengaku mereka kafir, kerana kafir memang musuh Allah SWT dan sama sekali tidak izin Islam dilaksanakan sampai kiamat.

Tengok gayanya orang orang itu tidak ubah macam yang dimaksudkan ayat 29 tadi.

Mereka adalah terdiri daripada orang orang yang derhaka yang juga disebut oleh Allah akan berkata.

sepertimana ayat 32 surah AL MUTAFIFIIN yang bermaksud: " Dan apabila mereka melihat orang orang yang beriman, mereka berkata: sesungguhnya orang orang itu adalah golongan yang sesat"

inilah yang dikatakan macam macam ada. Ada orang kata orang beriman sesat. Ada orang mengaku dia islam sedangkan akidahnya sudah rosak.

Ada orang mengatakan orang orang itu zalim, sedangkan dirinya sendiri yang zalim.

Ada pula yang menggatakan rasuah itu sedekah dan derma. Ada yang mengatakan riba itu,ambil sedikit tidak mengapa.

Yang malangnya ada juga ulama' yang utamakan wang berbanding bidang tugas jujur dan ikhlas.

Tidak hairan ulama masuk neraka dahulu berbanding dengan orang awam
dan orang awam masuk syurga dahulu berbanding dengan ulama.

Mr. Mahid said...

Assalamualaikum Dato'...

1. Homework.

2. That is what was missing in the recently-concluded Permatang Pasir by-election. Barisan Nasional (UMNO) failed to do his homework thoroughly enough on its candidate, Rohaizat Othman.

3. One cannot help but wonder how UMNO could have chosen a candidate who is flawed!

4. And I believe that had UMNO done thorough homework on its candidate, Rohaizat would not have been chosen.

5. One, again, cannot help but wonder why UMNO, despite the utmost challenge in PAS' stronghold, was not careful in choosing its candidate.

6. That lackadaisical attitude translates into another loss for BN (UMNO).

7. That loss, however, was not a surprise at all. Permatang Pasir has been under PAS and the constituency is under the Permatang Pauh parliamentary seat, a fortress and playground of Anwar Ibrahim.

8. From the results yesterday, with a majority of 4551 votes, the people are still putting their trust on PAS specifically and PR generally. I guess the aura of Anwar Ibrahim is still very much felt.

9. However, BN is not losing all. It managed to reduce the majority, though very few, from around 5000 in the 2008 general election to around 4500 in this by-election.

10. But then again, should UMNO have been more careful in selecting its candidate, I believe that the majority could have been much slimmer.

11. Do you homework, UMNO!

mine said...

salamz dato'

kenapa susah manusia melayu ni nak muhaSABAH diri..
kenapa mereka sentiasa nak munaSERAWAK je..
sebenarnya mereka MUNAFIK..
itu la sebenarnya sifat sifat munafik..
moga Allah memberi hidayah inayah serta rahmatnya kepada pemimpin melayu, sebab org yg dipimpin tak berHAK bersuara dan cuma diELEH kan oleh pemimpin agung yang MAKSUM ni..

langit biru said...

Salam ramadhan Dato' dan saudara/i.

Saya terpanggil untuk ulas sikit soal arak atau khamar. Syabas diucapkan kpd Hassan Ali kerana berani berkata benar dan berani menjalankan Nahi Mungkar walaupun kuasa yang ada amat terbatas. Sayugia kita perlu ingat, ayat "Amar Maaruf Nahi Mungkar" adalah untuk pemimpin yang berkuasa, bukan rakyat jelata yang tidak berkuasa.

Soal khamar, terdapat 4 ayat yang turun berperingkat-peringkat, kerana Arab jahilliah masa itu, khamar merupakan minuman "wajib" harian mereka, maka peringatan dakwah kepada mereka juga secara perlahan-lahan dan berperingkat bagi mereka bersedia untuk menerimanya. Ayat ke 4, barulah ayat yang benar-benar mengharamkan khamar.

Ayat mula-mula tentang khamar ayat 219 Surah Al-Baqarah: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya""

(Ibnu Kathir mantafsirkan "manfaat" di sini adalah keuntungan besar daripada penjualan khamar, dan untung besar menag judi)

Apabila ayat ini dibaca kpd Saidina Umar Al-Khattab beliau berkata "Ya Allah jelaskan kepada kami mengenai khamar ini penjelasan yang memuaskan".

Maka turun ayat 43 Surah An-Nissa, ""Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan".

Ketika ayat ini dibaca kepada Umar, beliau tetap berkata, ""Ya Allah jelaskan kepada kami mengenai khamar ini penjelasan yang memuaskan".

Maka turunlah 2 ayat iaitu ayat 90,91 Surah Al-Maidah.

(90) Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

(91) "Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

Kedua ayat ini sekaligus mengharamkan khamar.

Haram kerana minum arak adalah perbuatan syaitan, Sunnah Syaitan kerana dengan arak itu menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara uamat Islam.

dinturtle said...

Salam Dato'

Berkaitan arak dan kartika... yang amat saya hairankan, kenapa selepas 1+tahun dari tarikh kartika di'tangkap', TIDAK ADA lagi kes seumpama bukan saja di Pahang, malah mana2 negeri pun di Malaysia ? Lagi bagus, sebelum Kartika, takkan BELUM PERNAH ada kes seumpamanya dimana orang Islam ditangkap minum arak, didakwa di mahkamah syariah dan dihukum sebat ?

Pegawai Agama sibuk kes khalwat je ke ? Nak kata tak cukup staf, takkan dalam setahun, 250 hari bekerja tak boleh ambil 1 hari je, 1HARI JE, untuk menangkap orang Islam yang minum arak ? Tak susah mana pun, tak payah tunggu maklumat, tak payah nak sekodeng, tak payah bayar komisen...pergi je mana2 kelab eksklusif, kelab dangdut, karaoke, disko2..gerenti dapat.

Macamana pula dengan cerita2 artis togok arak, siap ngan gambar lagi..?

Pegawai agama kerja dia tangkap khalwat je ke ??? Yang ni hari2 keluar paper. Kalau pergi tempat2 yang dinyatakan, boleh 2 dalam satu lagi - khalwat dan arak. ehh silap, mereka peluk2 depan orang ramai bukan berdua saja ditempat sunyi.

Kes kartika, cepat2lah sebat. Diri sendiri dah redho. Kecoh pun sekejap je, lepas tu orang pun lupa. Banyak cerita menarik yang bakal datang.

Zainuddin Haji Sulaiman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Sebelum saya meneruskan komen saya, saya ingin memberi pandangan bahawa tidak salah Datuk menulis tentang politik, asalkan ianya berkecuali tidak memihak kepada mana-mana parti.

Soal pegangan yang di dalam hati kita, tidak dapat kita sembunyikan kerana itu adalah keyakinan kita.

Saya pun ada pegangan saya sendiri.

Berdasarkan tajuk yang Datuk tulis iaitu bermacam-macam perkara berlaku di dalam senario politik di negara kita dewasa ini, saya sangat bersetuju.

Cuma saya ingin menambahkan di sini bahawa apa-apa peristiwa dan kejadian yang berlaku di dunia selepas Zaman Keemasan Rasulullah S.A.W. adalah perkara yang berulang-ulang. Cumakan apa yang diulangkan oleh Allah S.W.T. itu hanya boleh dirasai atau dicapai oleh mereka yang beriman dan halus perasaannya.

Datuk,

Saya yang sebenarnya tidak begitu mengerti untuk mengulas kali ini, cumakan sekadar untuk berkongsi atau cuba-cuba menelah apakah sebenarnya yang sedang menimpa politik semasa di negara tercinta kita, bumi bertuah Malaysia.

Kalau diajukan soalan ini kepada setiap orang rakyat Malaysia, semua tidak akan mengatakan mahu kepada ketidakstabilan politik Malaysia baik anda China, Melayu atau pun anda India.

Dan saya rasa pihak pemimpin lagilah tidak mahu kepada ketidakstabilan politik kerana tanggungjawab mereka adalah jauh melebihi dari tanggungjawab kita setiap rakyat.

Cumakan saya mengambil kesempatan di sini untuk menganjurkan supaya kita semua rakyat Malaysia berkasih-sayanglah sesama kita menghadapi ketidaktentuan politik negara kita ini.

Dan akhir kata, baik pemimpin atasan atau pemimpin pertengahan ataupun pemimpin bawahan sekalipun, janganlah sama sekali teragak-agak untuk menanmkan sifat sabar di dalam menghadapi kemelut politik yang sudah lama belum mahu berhenti-henti bahkan bertimpa-timpa habis satu akan diganti dengan yang lain pula, begitulah seterusnya.

Maaflah kalau anda semua mengatakan saya membebel, itu bukan niat saya tetapi saya cuma untuk menyatakan betapa rakyat Malaysia di peringkat bawahan yang sebenarnya prihatin tentang isu-isu politik di dalam negara kita, cumakan tidak semua berpeluang untuk menyatakan pendapat, pandangan, kritikan membina di dalam media alternatif, blog ini apatah lagi di dalam media cetak ataupun elektronik, itu lagilah memerlukan kemahiran menulis.

Itu sahajalah pandangan saya yang cuma sekadar ingin berkongsi dengan Datuk AKJ, dan pelawat-pelawat blog yang lain.

Terima kasih dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat menyambut Ramadhan kepada penganut Islam.

1Malaysia
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.

langit biru said...

Umar Al-Khattab apabila dibacakan kpd nya ayat 90-91 Suarah Al-Maidah ini segera berkata " Kami akan berhenti, kami akan berhenti" (HR Ahmad, At-Tarmizi, Abu Daud, Nasa'i)

Terkenang kisah lalu ketikamana jadi pegawai kerajaan, seterusnya jadi aktivis UMNO, semakin ramai kenalan berpangkat tinggi/pembesar UMNO, semakin saya kenal UMNO. Satu hari di majlis makan malam di hotel 5 bintang, saya didatangi pelayan bertanyakan saya, "Tuan mahu Carlsberg?". Jawab saya, "tak perlu, agama saya larang minum ini." Tanya dia lagi, "Tapi kawan-kawan Tuan semua minum, sikit saja, untuk bersosial". Kata saya, "Tak pa lah, saya pun boleh bersosial jugak kalau minum air lain".

Bagi mereka yang berkawan rapat dengan pembesar UMNO, cuba bawalah kpd saya seorang pembesar tertinggi UMNO yang tak pernah menjilat khamar? Selepas pukul bola golf, minuman apa yang depa dok minum?

Maka saya tidak hairanlah dalam kes Kartika ini mereka dengan jelas MENGHINA MAHKAMAH SYARIAH (ciptaan mereka sendiri) dengan mempertikaikan hukum tersebut, dan tak pula dianggap salah kerana pertikaikan keputusan mahkamah.

Alhamdulillah, saya sudah sedar, apa yang diperjuangkan oleh ORANG UMNO. Yang dikejar, KEDUDUKAN,PANGKAT, DAN KUASA dan berselindung dengan momokan slogan keramat UMNO "PERJUANGAN UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA". Semuanya nikmat KEDUNIAAN semata-mata.

Dan saya bertaubat nasuha, sekali-kali tidak akan kembali ke pangkuan UMNO. Sudah tiada keikhlasan didalam pemimpin UMNO.

Hari ini, saya lebih suka jauh-jauh kan diri dengan UMNO, dekatkan diri dengan masjid, belajar agama dengan guru-guru. Rakan saya dalam UMNO dulu, tak pernah pijak kaki masjid tu terlalu ramai, ....KONONnya pergi BERJUANG UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA!!!

APA YG DATO' GUSARKAN KALAU UMNO KALAH?

BANGUNNYA BANGSA MELAYU KERANA ISLAM TUNGGAKNYA, JATUHNYA BANGSA MELAYU KERANA UMNO PAKSINYA.

langit biru said...

Minum arak: Dalam Islam HAram, Bukan Islam tak apa.

Sinbad dlam posting lepas pertikaikan peranan peguam Imtiaz Sarwar dalam kes Lina Teoh(masuk Islam dan nak keluar Islam).

Kita perlu faham peranan peguambela. Faktanya, mereka bukan membela membabi buta. Tugas utama mereka adalah menimbulkan keraguan kepada HAkim berkenaan sesuatu kes.

Dalam kes Lina Teoh, seorang rakan Imtiaz Sarwar menjelaskan begini (dalam perspektif atau sudut agama):

"MengKAFIRkan orang yang benar-benar KAFIR adalah WAJIB, MengKAFIRkan orang yang beriman itu yang HARAM."

Inilah yang berlaku dalam kes tersebut, kerana kalau kafir minum arak,zina (macam Soi Lek) ,judi,sembah tok kong,makan babi,tak apa. Dan yang tidak kurang pentingnya KAHWIN demgan orang Islam TAK BOLEH.

langit biru said...

PRK P.Pasir.

UMNO dapat undi 5,067. 2000 dari Melayu, 3000 dari bukan Melayu. Yang kawasan majoriti 70% Melayu.

Apapun, saya seronok baca komen pemimpin UMNO tiap kali kalah dalan PRK tahun ini.....TLG SIMPULKAN .... "KALAH TAPI MENANG". Kamus Melayu mana yang digunapakai oleh UMNO saya tak tahu. ......Ooo, dapat kurangkan majoriti tu dikira menang!!! Ha ha , seronok betoi ulasan ni.

Dah kalah 7-0 pun kira MENANG LAGI KA!!! (P.Pauh,KT,Bkt Gantang, Bkt Selambau,Penanti,Manek Urai, P.Pasir)

Anonymous said...

Pas hanyalah parti tercorot dalam urutan bilangan kerusi dalam Pakatan Rakyat. Anehnya kenapa Pas yang diperkakaskan untuk menangkis semua isu yang membabitkan Pakatan Rakyat? Kenapa tidak PKR atau DAP? Bayangkan, dalam kes membabitkan isu moral Adun PKR, Pas juga yang berhempas pulas mencuci kebarung batik Eli di depan awam. Huh! Sedarkah demo, apa yang berlaku ini?

Pro-Pas

mtgbertam said...

Jadi carca merba kerana BN khususnya UMNO sedang cuba berhabis2an mempertahankan kuasa mereka. Sebenarnya UMNO sudah kehilangan kepercayaan dari rakyat. Kalaulah bukan kerana saki baki media yg tinggal yg dikuasai UMNO spt TV3 & Utusan/BH, dah lama UMNO tinggal nisan.

Org yg dah lama berkuasa, mengaut kekayaan negara, tiba2 berhadapan dengan kuasa baru yg mahu menjatuhkan mereka, akan berbuat apa sahaja.

Yg turut `meloncat' ialah mereka2 yg pernah bernaung untuk endapat habuan dari UMNO, spt menjadi proksi misalnya. Tak begitu datuk?

kluangman said...

Saya tak rasa politik Malaysia macam macam ada.

Yang ada hanya satu atau seragam, politik kotor dan berterusan - umpama mencuci longkang dengan air najis.

saji said...

Mr Mike

What you said about Section 177 in your comment is not Syariah Law but UMNO Syariah Law or as ijtihad by UMNO's ulamak.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

..DAN TIDAK TERKEJUT JIKA KEADAAN POLITIK SEKARANG 'MACAM-MACAM ADA' AKAN MENJADI SATU ANCAMAN KEPADA KEAMANAN NEGARA SATU HARI NANTI..TERPAKSALAH PAK DATUK MENULIS SIRI KEDUA BERTAJUK 'MACAM-MACAM HURU HARA ADA'.

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT MUSLIM. SEMOGA IBADAH KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT..

ALFATIHAH, AMIN.

saji said...

Sdr nur mohd nidzam

Dato' Hassan Ali gunakan pendekatan agama (Islam) untuk menyelesaikan masalah minum arak di kalangan umat Islam di negeri Selangor. Begitu juga pendekatan beliau menyelesaikan isu ternakan babi di Sepang dulu.

Persoalannya nidzam, mengapa agaknya beliau tidak mengguakan pendekatan agama juga untuk menyelesaikan masalah kontraktor pembuangan sampah/sisa pepejal dulu untuk membuktikan bahawa, peneyelesaian masalah ummah sebagai satu ibadah atau dituntut dalam Islam, Islam agama syumul, Islam adalah satu cara hudup dsb?

andakmaon said...

Dato,

Membaca komen dan pendapat dlm blog mengenai situasi politik di dalam negara sekarang sungguh melemaskan. Perancangan puak yg hendak mengambil alih pemerintahan negara nampak macam berjaya . Di mana-mana saja ramai melayu yg tanpa rasa silu menghentam UMNO tanpa batas. UMNO bagi sesetengah orang melayu dah jadi macam hantu .Ada melayu yang telah lupa bahawa selagi ada darah melayu mengalir di tubuh mereka maka selagi itu ada ada jasa UMNO di situ. Nampaknya puak-puak itu telah berjaya memburukkan UMNO pada tahap yg sangat teruk. UMNO telah dapat dipadamkan dari hati sesetengah melayu. Maka jadilah ramai melayu Islam ini kufur nikmat Allah. Saya khuatir sekiranya keadaan ini berterusan dan akhirnya puak-puak ini berjaya ,akan turun pula bencana. Kita banyak membaca sejarah kehancuran pemerintahan kerajaan Islam terdahulu seperti di Andalusia. Mungkin juga kerajaan melayu Islam di Malaysia ini akan hancur juga.

saji said...

Sdr LIN LIANI

Sdr bertanya kenapa rakyat Malaysia masih tidak bersatu -padu hingga memerlukan 1Malaysia.

Jawapan saya, perpaduan rakyat selama ini disebabkan adanya undang-undang keras seperti akta mesin citak, ISA dsb yang menghalang rakyat membincangkan isu-isu sensitif yang meliputi isu kaum, agama, perlembagaan, ketidakadilan sosial, disamping tindakan pemerintah menyapu isu-isu sedemikian yang ditimbulkan oleh kalangan rayat yang tak puas hati dari semasa ke semasa di bawah karpet, yang sejak pemerintahan Pak Lah, telah terkoyak sana sini. Atau, dalam lain perkataan, perpaduan selama ini adalah sesuatu yang tidak ikhlas.

saji said...

Sdr Antihipokrit

Sdr kata, peraturan agama (Islam)dah cukup sempurna, lengkap, tegas dan mampu menimbulkan keinsafan dsb.Yang kurang ...........

Saya kata, peraturan agama yang sempurna adalah yang mencakupi peraturan ajaran komponen akedah, akhlak dan syariah, dimana komponen syariah merupakan 'sistem' yang menggerak dan menguatkuasakan kesemua komponen ajaran Islam tersebut yang meliputi syariah faraid, muamalat, munakahat dan jenayah demi mencapai keradaan Allah SWT.

Saya timbulkan ajaran syariah tersebut sebagai 'sistem' yang menggerak dan meguatkuasakan kesemua komponen ajaran Islam tersebut, kerana jika diambil kes minum arak yang ditimbul sekarang, kerajaan UMNO/BN dilihat hanya menggerakan syariah faraid, muamalat, munakahat, tetapi tidak syariah jenayah.

abikhsan said...

To Langit Biru.. Bukan Lina Teoh la (model, Miss World Malaysia) tapi Lina Joy....

Masa TPN jadi menteri, kagum dengan kredibilitinya... tapi bila jadi TM... mcm hampas pulak... Cakap mcm tin kosong...

Salah satu punca BN kalah di Permatang Pasir ialah sebab bawa KJ berkempen. BN tak tahu lagi ke KJ itu liability pada BN...

Idris Jala jadi Menteri @ Sebator.. Habislah... report kat Koh Su Koon pulak tu...!!! Siapa akan lead MAS...???

Anonymous said...

Saya lebih suka Pas menang di Pematang Pasir supaya Pas boleh bertindak sebagai mata dan telinga rakyat kat Penang tu!

Kalau Pas kalah maka mudahlah PKR dan DAP melaksanakan agenda mereka. Bukannya apa, antara Pas dan PKR, walaupun dengan satu kerusi tetapi keyakinan kepada Pas melebihi PKR.

Kini harapan itu terpikul di atas bahu wakil tunggal Pas untuk membawa suara ummah ke Dewan Negeri. Persoalannya: Setelah hampir dua tahun Pas berada di sisi kerajaan negeri P Pinang, apa yang barunya?

Apolitikal

Anonymous said...

Dato'

Dalam isu arak ini bukan sedikit orang yang faham tentang hukum-hakam yang berkaitan dengannya. Yang penting di sini ialah bagi setiap pihak melaksanakan apa yang telah dijanjikan. Aspek amali!

Untuk apa berdolak dalik tentang teori tetapi isu berkenaan terus berada di takuk lama. Oleh itu dalam isu arak ini, di sebalik cakap-cakap besar mahu laksanakan itu dan ini, akhirnya yang kurang adalah kemahuan merealisasikan apa yang diwar-warkan.

Meskipun parti ini (yang mahukan isu arak ini dihapuskan) tidak berapa dominan dalam PR, tetapi kalaulah kemahuan mengotakan janji berkenaan digenggam dengan erat, sepatutnya isu arak telah dapat melihat cahaya di hujung terowong.

Kalau betullah ada parti meletakkan prioriti isu arak pada tempatnya, tidak perlulah isu ini mengambil masa dua tahun untuk di ketengahkan. Kalaulah isu air yang lebih rumit boleh selesai dengan memetik jari, apalah sangat isu penjualan arak.

Pokok pangkalnya ialah sama ada isu arak penting buat mereka atau tidak. Kalau dirasakan penting, tak perlulah tunggu keluhan demi keluhan dilontarkan dalam blog meminta mereka mengotakan janji, barulah isu ini diberikan perhatian.

Itupun, di sebalik polemik dan keadaan hingar-bingar susulan isu arak, parti yang dilihat lebih bersungguh-sungguh turun padang mempertahankan peniaga arak adalah parti sekular! Sedangkan parti yang mahu isu arak dihapuskan seolah-olah tidak ada gigi taring. Kalau nak kata ada kemajuan sekalipun, status isu arak buat masa ini tidak lebih sekadar menutup mulut pengkritik!

Kenapa ia jadi begini? Sebahagiannya kerana parti yang berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan telah memilih jalan yang berliku-liku. Maksudnya, bagaimana mungkin isu ini berakhir seperti yang dijanjikan kalau parti berkenaan telah memilih untuk berpakat dengan parti ultra kiasu yang semua sudah pasti tidak mahukan isu berkenaan diselesaikan!!!

Antihipokrit

pakbelalang said...

APA ERTI KEMERDEKAAN !

1. Kemerdekaan tidak ada makna kalau fikiran orang Melayu selama 50 tahun Merdeka semakin haprak dan HP6.

2.Melayu dah lupa.

3.Melayu dah bodoh sombong.

4. Melayu dah hilang pedoman.

5. Melayu dah terombang ambing dan telah jauh sesat jalan.

6.Fikiran orang Melayu seolah-olah dan jadi tongong tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk untuk bangsanya.

7.Melayu sudah lalai.

8.Apa akhirnya akan jadi kepada bangsa Melayu agaknya?

9. Melayu akan jadi satu bangsa yang MELOPONG DAN TERLOPONG !!

10. Ya, itulah hakikatnya sifat bangsa ku yang bernama MELAYU !!

11. A DISUNITED,FAILED RACE !!!!

12. Sob! Sob!sob!

Pemerhati said...

Saudara AKJ dan rerakan blogger,

Lihat dan renung-renungkan la apa dah jadi kepada "MELAYU" jahil di shah alam smlm..

adakah ini "permainan" UMNO?
di manakah "keadilan" pemerintah?

Dgn adanya sikap "MELAYU" sebegini, mmg patut UMNO dan pemimpin-pemimpinnya di "KUBURKAN"

ISLAM kah mereka-mereka itu?

Saudara AKJ, sekira benar saudara masih mempunyai "pertalian" dgn UMNO dan pemimpin-pemimpinnya, nasihatkan la mereka agar kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.

ps: GERAM dan MARAH saya melihat "melayu-melayu" mengaku ISLAM tapi JAHIL tanpa IMAN berkelakuan begini

Lahpin Jitra said...

Salam Dato',

Pentas politik kita kini umpama pentas tinju.Saya masih ingat bagaimana Joe Frazer jaguh berbadan sasa dengan mudah ditumbangkan oleh pendatang baru George Foreman ketika itu.George Foreman jaguh baru yang hebat yang dan digeruni lawan dengan mudah dijatuhkan oleh jaguh silam yang kian terpinggir ketika itu iaitu Mohammad Ali.Jadi UMNO kena belajar daripada Muhammad Ali bagaimana hendak menjadi juara semula.Muhammad Ali banyak menggunakan kepala otaknya untuk membantu tenaganya bila menentang Joe Foreman.Lagi pun umno dah ada orang kanannya yang namanya seperti jaguh tinju itu.

Ramai penonton di luar pentas politik melihat bahawasanya sukar bagi umno mengketengahkan calon mereka yang punyai integriti untuk bertanding dalam pilihanraya.Umno kini macam buah durian yang cuma gah dengan durinya tetapi lembik isinya disamping dijauhi oeh mereka yang ingin menjaga kesihatan.

Anonymous said...

alamak abikhsan,

Saya dah tersilap la. Memang betul la Lina Joy. Saya dah tersasul tertulis Lina Teoh. Sdr langit tu pun tersilap sebab terikut kesilapan saya.

Harap maaf.

Perihal kes Lina Joy ni. Seingat saya, ketika mula-mula meletup kes tersebut, UMNO teruk dikutuk oleh PAS kerana membenarkan perkara ini berlaku. Saya sendiri mendapat e-mail yang di"forward" dari rakan saya mengenai satu risalah yang mengutuk dan mengancam bunuh peguam Malek Imtiaz ini. Rata-rata pada ketika itu tindakan Malek Imtiaz yang membela Lina Joy ni tidak disenangi oleh ramai umat Islam tidak kira dari UMNO atau PAS.

Tapi sekarang apa sudah jadi?

Punyalah ramai peguam dalam Malaysia ini, kenapa kerajaan negeri Selangor melantik Malek Imtiaz ini sebagai wakilnya dalam kes kematian Teoh Beng Hock. Ramai orang PAS yang masih tidak puas hati dengan Malek Imtiaz ini tapi mereka hanya mampu pendam hati dan tidak mahu buat kecoh. Tapi ada juga yang buat U-turn 180 darjah. Dulu kutuk bukan main tapi sekarang pertahankan setengah nak rak. Semua demi kepentingan politik semata-mata. Islam kemana, agama kemana.


Datuk,

Beberapa bulan yang lepas, terjadi satu lagi kes di Perak dimana seorang wanita beragama Hindu tidak bersetuju dengan tindakan suaminya yang baru menganut Islam untuk membawa anak-anak mereka yang masih kecil masuk Islam. Bantahan wanita ini disertai dengan desakan sesetengah NGO menyebabkan Kabinet terpaksa membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Disini kita dapat lihat apa akan berlaku jika umat Islam itu lemah. UMNO ketagihkan sokongan bukan Melayu manakala PAS pula tidak mahu lukakan hati rakan-rakan bukan Melayu mereka. Akibatnya ...
kita terpaksa korbankan hak dan kedudukan agama.

Sudah sampai ketahap macam ini pun orang Melayu tak habis-habis jadi samdol dok bertekak sesama sendiri.


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Saya ni dah banyak kali pergi minum dan makan-makan di hotel besar atau kelab-kelab ekslusif, tapi tak pernah la pulak ada waiter datang dan terus offer saya minum "carlsberg", siap pujuk-pujuk pulak lagi tu.

"Sikit saja, untuk bersosial"

Ini waiter ke GRO, Datuk?
hehehe...

Cakap hotel 5-star, tapi offer carlsberg jer? Sungguh meragukan.

Pemimpin tertinggi UMNO semua minum arak? Satu lagi statement yang meragukan dan agak keterlaluan.

Lepas main golf mesti mahu minum arak. Gila ke apa... hahaha. Golf tu kan ke sukan. Bukan setakat orang politik saja yang main golf ni ..., orang bisnes, orang profesional, manager Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Muamalat pun ramai yang main golf ni. ADUN PAS kat Kedah tu pun dah pandai main golf oooo .... Jangan tak tau... Tak kan depa pun minum arak kot? Dah tu ada orang cakap ... lepas main golf mesti mau minum arak? hahaha...

Inilah akibat kalau dah hati tu penuh dengan sakit hati dan dendam kesumat. Orang dalam bulan Ramadhan ini kena perbanyakkan amal ibadat, hentikan memfitnah. Tapi dah makin lain pulak jadinya.

Betullah cakap Datuk, macam-macam adaaaaa.....


-sinbad-

minum susu tak minum iblis tonik

Madam Curi said...

Dear Dato' AKJ,
Macam-macam ada tapi konsep
1Malaysia ini tidak kelihatan dalam parti politik BN pun. Macam mana nak warwarkan 1Malaysia jika dalam parti BN sendiri berpecah-pecah...UMNO Terengganu, MCA, MIC...dll. 1Malaysia! Rakyat didahhulukan jika Pemimpin bersatu.

abdullahngah said...

Macam macam ada. Adanya orang yang mengaku Islam tidak faham. Ini bukan salah mereka.

Barangkali salah ulama, kerana tidak sampai mesej dengan betul.

Lebih lebih lagi ramai ulama jadi syiatan bisu. Ada mufti, mufti gila pangkat.

Mengapa saya kata begitu? Adakah patut ada amal akhirat dan amal dunia.

Amalan akhirat ialah sedekah, solah, puasa, derma zakat dan tunai haji.

Dalam bulan puasa ini, amal akhirat adalah memberi makan kepada orang yang berpuasa sama ada dimesjid atau dipusat pendidikan Islam.

itulah fahaman kebanyakan orang yang mengaku islam.

Jadi minum arak, zina, mencuri makan rasuah makan riba, buat jahat bunuh orang, ragut, rompak adalah amalan dunia yang seolah tidak ada kena mengena dengan amalan akhirat.

Siapa yang ajar ilmu seumpama ini pasti ulama dan ulamalah yang bertnggungjawab kerana mengelirukan.

ada juga orang cakap 50-50. 50 dunia 50 akhirat.

Inilah yang membuat orang Islam minum arak zaina makan riba dan makan rasuah, kerana ini tidak ada kena mengena dengan akhirat.

Sedangkan dunia ini adalah jambatan ke akhirat.

beramal dunia inilah untuk bekalan di akhirat nanti.

Orang minum arak orang zina akan dimasuk ke dalam neraka.

Begitu juga orang yang makan rasuah dan makan riba.

Orang yang banyak sedekah dan derma dan memberi makan kepada orang berpuasa akan dimasukkan kedalam syurga.

itulah janji Allah kepada manusia yang hidup atas muka bumi Allah.

Bukan macam haiwan yang tidak akan dihitung amalannya.

Ingatlah wahai orang yang mengaku Islam jangan bercakap lagi seumpama itu, kerana amalan akhirat dan amalan dunia hanya satu sahaja.

Semuanya adalah amalan akhirat yang dilakukan diatas dunia ini, sebab sekian manusia mati dan akan dibalas dengan balasan yang dijanjikan.

dan kajang said...

Asalamaulaikum Dato'.

1. Politik kita semasa bukan bukan sahaja "macam-macam ada" tapi jadi rijak, "maha kalam kabut",tunggang terbalik,keluarga 69 dan golmal (dialog filem "Keluarga 69" arahan P.Ramlee).Mereka berjuang bukan lagi demi kepentingan parti masing2, jauh sekali demi kepentingan bangsa dan agama.Semua nak jaga periok nasi masing2.

2. Kalau kita tengok sekarang,nampaknya tidak ada mana-mana parti yang terselamat.Semua tergugat dengan telatah ahli dan pemimpin masing-masing.Sekarang ini silap cakap sikit dah ugut nak keluar parti dan join parti lawan, baik BN mahupun PR.Kenapa jadi begini?Kalau kita nak kupas dari segi sejarah maka sudah tentu kita akan mula pin point kesalahan orang itu dan orang ini dan ada orang yang akan jagi scape goat.Tidak ada gunanya kita fikir tentang barang yang lepas.

3. Kita mesti terima hakikat bahawa kebanyakan pemimpin yang kita pilih sebenarnya tiada jati diri.Perjuangan yang tidak fokus.Pemimpin2 ini tidak tahu apa yang mereka hendak dan tidak ada vision untuk majukan negara dan bangsa.Kita sebenarnya terlalu selesa dengan cara hidup kita sekarang hingga tidak mahu berfikir apa yang akan berlaku selepas ini.

4. Sudah tiba masanya kita bersatu demi untuk survivor negara.Seperti yang sering dilakukan oleh negara jiran kita.Jika mereka dapati rakyat mereka mula menunjukan perpecahan maka kepimpinan mereka akan mula divert attension rakyat kepada satu masalah atau isu dari luar yang menunjukkan seolah-olah negaranya kini diancam oleh negara jirannya (Malaysia).Justeru ia memerlukan sokongan padu dari seluruh rakyatnya untuk menghadapi ancaman ini.Dengan itu rakyat mereka akan bersatu semula.

5. We should try this approach.

LIN LIANI said...

Saudara Saji,

Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya cukup setuju dengan pandangan saudara bahawa semangat perpaduan rakyat kita tidak ikhlas dan lebih berbentuk luaran sahaja.

Ternyata isu di Shah Alam selepas Solat Jumaat semalam menjelaskan bahawa untuk mencapai erti perpaduan antara rakyat di negara kita masih kabur.

Sebenarnya banyak cara boleh diselesaikan mengenai masalah itu. Tetapi dengan menggunakan kepala lembu itu, apakah penduduk terbabit tidak sedar dan tidak tahu dengan cara sedemikian tidak mungkin akan menyelesaikan masalah malahan akan menimbulkan impikasi lain pula.

Sebagai rakyat yang berfikiran rasional dan matang, seharusnya sebarang tindakan kita pun juga perlu matang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Hargainya perpaduan yang kita semai selama ini.

Bagi rakyat yang cintai keamanan dan 3 hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan, kejadian di Shah Alam sesungguhnya amat malang sekali. Adalah diharapkan kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan isu kuil ini dengan baik.

Negara kita memang unik dan istimewa. Sebab itu macam-macam ada seperti yang dimaksudkan Dato AKJ. Macam-macam perangai manusia ada dan seribu satu berita dan isu boleh berlaku setiap hari.

Sayangnya rakyat kita sendiri tidak tahu untuk menghargai dan menilai akan keunikan dan keistimewaan yang ada untuk kebaikan masyarakat dan negara.

Siapakah yang patut disalahkan? Kita sendiri atau pemimpin kita?

pakbelalang said...

Kepada pemerhati,

Saya rasa eloklah kita cermin diri sendiri. Mungkin satu jari menuding kat orang lain tapi rupanya kita tak sedar ada lagi 4 jari menuding kat diri sendiri. Fikir-fikirkan lah.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk dan semua,
Salah satu sebab yang menjadikan keelaruan rakyat terutamanya orang melayu /islam sekarang ini ialah kerana KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENCERANGKINKAN ANTARA ISU FUNDIMENTAL AGAMA DENGAN POLITIK. Jika kita cenderung untuk mengatakan IA POLITIK WALHAL IA MENYENTUH PERSOALAN AGAMA...MAKA SAMPAI BILAPUN KITA TIDAK AKAN MENCAPAI PENYATUAN PEMIKITAN. Dalam soal ini, kerugian yg amat besar ialah orang Islam. Soalnya apakah kita akhirnya akan menjadi seperti org melayu di singapura?. Atau kita akan di Israelkan!?Wallauallam.

Anonymous said...

Datuk...,

Saya ni org bawahan je Datuk. Jd sy ingin Datuk sampaikan pada PM kita apakah motif disebalik perlantikan Idris Jala sebagai menteri dan terpaksa manghantar laporan kepada menteri jg. Jika dh nama menteri terus lapor pd PM sudah la. Cukuplah Datuk kami org bwahan ni dah muak sejak zaman PLah punya bnyk penasihat ttpi boleh dpt kemudahan setaraf menteri. Apakah kita nak membazirkan duit rakyat utk membayar gaji mereka. CEO korporat jk dh diberi peluang masuk politik performance akan hancur. Politik harus diasingkan dgn korporat.
Harap Datuk boleh ulas berkenaan penasihat @ menteri terjun ni.


Mazlan

langit biru said...

Mike,

Dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w pernah hukum peminum khamar dengan 40 sebatan.

Zaman Umar Al-Khattab jadi khalifah, beliau pernah hukum peminum khamar 80 sebatan berdasarkan ijtihadnya pada masa tersebut.

Dan perlu ditegaskan bahawa, cara sebatan adalah bukan cara yang dilakukan oleh pegawai penjara sekarang.

Caranya, BAHU dan SIKU tidak boleh diangkat dan sentiasa SIKU melekat dibadan, maknanya momentum sebatan itu cuma menggunakan kekuatan pergelangan tangan dan sendi siku.

Cara sebatan sekarang ini tidak selari dengan cara Islam, dan hukuman 6 sebatan juga bukan hukum Islam yang sebenar.

langit biru said...

Saudara Sinbad,

Saudara nampak begitu arif dengan arak yang berjenama di hotel 5 bintang!!!

.....sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya!!!

langit biru said...

SAUDARA SINBAD, OKJ, PAK BELALANG dll

MINTA SAUDARA SEMUA TOLONG JELASKAN PASAL APA UMNO YANG BERJUANG UNTUK AGAMA TAK MAHU DAN TOLAK HUKUM JENAYAH SYARIAH ISLAM SEBAGAIMANA TERMAKTUB DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS?

langit biru said...

Sinbad,

Saya adalah orang kampung biasa, bila masuk hotel tu, nampak cukup hebat, jadi saya anggap 5 bintang la...maklumlah kerja gomen bukan gaji tinggi pun.

Tapi, saya tahu lah golf tu sukan, budak darjah 3 pun tahu, yang saya maksudkan sesetengah pembesar UMNO lah tu lepas main golf, jangan putar belit pulak!

Saya fikir Dato Kadiaq pun tahu sapa pernah sapa tak pernah!!!


UMNO salah letak calun ka??? sebenaqnya, ada 3 calun akhir, iaitu Ketua Pemudanya dan bekas Ketua Bhg Dato Ahmad Saad. Antara 3 tu Rohaizat terpilih. 2 lagi tu org UMNO lagi takut keno "londeh" lebih teruk....!

Seronoknya dengak bila zahid hamidi habaq Rohaizatlah penyelamat sebenar syarikat tersebut..... zahid, zahid...!

Sian le skit kpd pekebun kecil getah pulau pinang! Kalau diambil dari koperasi pembesar UMNO ok lah sebab depa semua tu kaya-raya!

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Ada yang meramalkan Pakatan Pembangkang akan menguasai Putrajaya! Baguslah kalau sudah ada keyakinan dan bukan hanya berlegar-legar ramalan kosong.

Apapun ramalan berkenaan bukanlah semudah itu berjaya. Lebih-lebih lagi kalau Pakatan Rakyat hanya bersandarkan kepada struktur, kepimpinan dan hierarki Pakatan yang sedia ada.

Hakikatnya, PRU13 adalah tentang masa hadapan. PRU 13 adalah tentang ramalan. Apakah selama ini tidak berlaku ramalan? Apakah ramalan DAP selama ini adalah tepat?

52 tahun telah berlalu tetapi bukankah ramalan Pas dan DAP (mahu menguasai kepimpinan negara sejak negara merdeka) tetap tinggal sebagai ramalan/ Kini Pas dan DAP mendapat rakan baru (PKR) yang membawa bersamanya formula lebih baru (kononnya) dalam bab ramalan!!!...

Apakah ramalan mereka-mereka ini akan menjadi lebih tepat dengan kehadiran ahli baru dan formula yang lebih baru? Lupakah puak ini bahawa ramalan adalah tetap ramalan, yakni tidak kira sebanyak mana nilai retorik yang ditambah bagi menjadikan ramalan sehampir mungkin dengan realiti, ramalan tetap di luar kemampuan manusia!!!

Apa yang dapat dikatakan buat DAP dan Pas yang kini amat teruja dan amat bergantung dengan ramalan si Nujum Baru. Harap-harap mereka akan tersedar dari lamunan.

Antihipokrit

langit biru said...

andakmaon said...

Ada melayu yang telah lupa bahawa selagi ada darah melayu mengalir di tubuh mereka maka selagi itu ada ada jasa UMNO di situ.

....UMNO telah dapat dipadamkan dari hati sesetengah melayu. Maka jadilah ramai melayu Islam ini kufur nikmat Allah.

.....Saya khuatir sekiranya keadaan ini berterusan dan akhirnya puak-puak ini berjaya ,akan turun pula bencana.

ALAhai...... andakmaon!

Kalau pemimpin tolak ayat-ayat Allah, itu lah salah satu punca turunnya bala.....BUKAN TOLAK UMNO!

saji said...

Salam absullahngah

Sdr kata barangkali salah ulamak,...... Tidak. Yang salah ialah pendidikan agama ilmu2 ukhrawi yang tidak didahulukan sebelum menerima ilmu duniawi/moden seperti di zaman kegemilangan Islam dulu. Atau, pengajaran ilmu2 duniawi/moden yang tidak disampaikan seiring dengan ilmu2 agama ukhrawi. Atau, dalam bahasa mudah, berlaku pemisahan diantara pengajaran/ penerimaan ilmu ilmu ukhrawi dengan duniawi.

saji said...

Sdr 2:30

Bagi saya, apa yang PAS Pulau Pinang boleh lakukan setakat kuasa dan ilmu ukhrawi dan duniawai yang mereka ada ialah dengan menjustifikasikan dari sudut Islam segala pandangan/tindakan politik yang diambil oleh bosnya, KM DAP.

Sebagai contoh, pelaksanaan dasar tender terbuka KM DAP dituntut dalam ajaran Islam, kerana ia merupakan hukum /prinsip jual beli lelong Islam yang didasarkan kepada hadis nabi SAW ............

kassim pantalon said...

Apakah ada ajenda luar yang memainkan peranan yang berusaha untuk memecahbelahkan dan memporakperandakan negara kita dengan mengujudkan ketidak stabilan dinegara kita ?Saya tertanya-tanya dan merasa muskhil dengar senario dan situasi politik semasa.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,

Semua mengarut Datuk. Semua Melayu Islam Malaysia ni megarut. Berani hentam sesama sendiri saja.

Tapi bila Cina saman Cina pasal rasuah berjuta ringgit, Melayu diam macamlah PKFZ tu hak Cina. Melayu korup Melayu kutuk. Cina dengan India buat hal Melayu diam. Penakut.

Negeri jahanam juga tak kira Melayu atau Cina buat atau Pas buat, Umno buat, PKR buat, MCA buat, Dap buat atau MIC buat.

Tapi apa pasal hentam Melayu saja? Cakap perpaduan Islam konon. Poorah. Islam taik hidung. Jangan la hina Islam kalau nak sokong Nik Aziz pun atau nak kutuk Umno.

Semua pembahas di sini sama tok. Geng syok sendiri tunjuk pandai Bujang Lapuk. Sekolah dewasa punya standard.

Cucu Wak Sendok

pakbelalang said...

langit biru,

Saya tidak arif untuk menjawab soalan saudara. Saya daif dan lebeh baik saya diam.

Saya lebeh berminat tentang perkara umum terutama sekali berkaitan dengan kedudukan nasib bangsa Melayu.

Tentang bab agama saya mempunyai pandangan peribadi tersendiri. Apa yang saya luahkan adalah pandangan peribadi saya mengikut tahap pemikiran saya.

Roslan said...

Dato,

Kalau nak minum arak, kena la pandai pandai, minum la diam diam, kalau nak kat hotel ker klub pun, pegi la tempat tempat yg mahal skit, macam tempat kunjungan gerombolan UMNO.

Aku pun minum jugak dulu, tapi takde masalah pun. Aku okey jer. Namun begitu aku bukan orang jahat ke apa apa. Aku bukan hina agama orang lain atau berkelakuan zalim.

Melayu yang minum jangan dipandang keji!

Anonymous said...

Datuk,

Kita kena juga ambil tahu, benda-benda yang tak boleh diminum atau dimakan ni. Bukan apa ... takut nanti kalau orang hidang Jack Daniel, kita ingat air sirap, terus kita main togak jer. Kalau orang hidang daging bacon, kita ingat kebab parsi, terus kita rasa nak bedal. Di Malaysia ni, nasib baik la juga sebab ada tanda halal atau non-halal. Kalau di negara luar negeri tu, mana nak ada benda ni semua. Terpaksalah kita yang kena usaha sendiri untuk ambik tahu apa benda yang halal, apa yang non-halal.

Lagi pun, kalau kita tahu serba sedikit pasal benda non-halal ni; bila kita nak buat cerita penipu dalam blog nanti, barulah cerita kita tu nampak "real" sikit dan takde la nampak bodo dan penipu sangat.

haha ...


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Pagi ni saya nak kongsi 4 lawak pendek yang benar-benar terjadi pada saya hasil karya dua orang penipu dan dua orang yang tak reti.

Lawak penipu yang pertama ceritanya macam ini. Seorang kawan saya ni kata Norman dan Yusry KRU tu sepupu dia, tapi bila kami tanya Edry tu pulak macam mana? Dia kata Edry tu takde ikatan apa-apa dengan dia? Macam mana tu Datuk? :)

Lawak penipu yang kedua. Seorang kawan saya ni kata dia main golf hanya guna satu jenis kayu sahaja iaitu kayu iron 6. :)

Lawak orang tak reti no 1 pula, bunyinya macam ini. Kawan saya sorang ni bila diajak pergi tengok bola di Stadium Merdeka, dia tak mahu. Katanya Stadium Merdeka tu jauh. Tapi kalau tengok badminton di Stadium Negara tu katanya bolehlah. (Kawan saya orang Penang baru masuk kerja di KL) :)

Lawak orang tak reti no 2 pula bunyinya macam ini. Cerita bolasepak Itali. Seorang kawan saya ni kata kelab AC Milan tidak pernah menang bila bermain di tempat seteru utamanya iaitu Inter Milan.(AC Milan berkongsi stadium yang sama dengan Inter Milan). :)

Itulah 4 lawak pendek yang saya ingin berkongsi bersama. Tersenyum sendirian saya bila mengingatkan akan perkara ini.


-sinbad-

Anonymous said...

Rata-rata kawan2 yang saya temui samada ketika berkurus, bersukan berbengkel dan bebrapa program sosial dgn pegawai dan staf kerajaan persekutuan, negeri dan tokoh koperat yg tak terlibat dgn mana-mana pertubuhan politik khususnya UMNO & BN, senantiasa menanti penuh minat dan teruja untuk melihat kerajaan Persekutuan diambilalih oleh gabungan PR yg diketuai DS Anwar. Tapi bila ditanya kenapa? Kebanyakan mereka tak dapat beri jawapan yg sempurna, namun mereka memberi keyakinan yg berlebihan atas beberapa faktor karisma dan populariti.

Staf2 berkenaan juga rata2 boleh membaca dan peka dgn persekitaran politik dan boleh menuding kumpulan2 yg tidak mahukan perubahan kerajaan. Pilihan tertinggi dlm senarai tersebut ialah ketua2 pengarah agensi penguatkuasaan, kecuali BOMBA dan ATM. Mereka termasuklah Ketua Pengarah SPRM, Ketua Polis Negara, Ketua SPR dan Peguam Negara serta CEO GLC. Itu standard la. Maka untuk mengambil juga bukan senang, maka kerajaan baru perlu bijak mengumpan atau kata org terbanyak 'kautim' dgn SPRM, PDRM dan ATM. Sebabnya barangkali kalian boleh teka. Ramai yg mengandaikan dan saya sendiri mengakui bahawa SPRM, SPR dan PDRM adalah senjata simpanan UMNO/BN. SPRM dan PDRM satu gabungan yg kuat dan boleh goyang kerajaan yg baru hingga tersungkur. SPR pulak dilihat tidak dapat memberi tunjuk sebab mengapa PRK diadakan pada hari pertengahan minggu berkerja. Dipermatang Pasir contohnya, isnin penamaan calun, mengundi hari selasa. SPR pula selambanya minta semua pengundi hadir dan mengharapkan rating pengundian tinggi. Logik ke? kalau dah org kampong yg tidak habis sekolah sudah pandai persoal, maka apa lagi yg cerdik2 ini lagilah amat terasa sangat diperbodohkan oleh agensi ini.

Mereka berpendapat untuk memulihkan UMNO menjadi sebuah parti perjuangan rakyat, maka UMNO perlu bermula kembali dari pembangkang. Ketika itu baru UMNO dapat mengenalpasti siapa intan dan siapa kaca dlm perjuangan. Siapa yg ikhlas demi agama, bangsa dan negara dan siapa pulak demi Ringgit Malaysia.

Selagi UMNO/BN menjadi kerajaan, maka budaya buruk yg semua org Malaysia tahu dan sebati itu tidak akan boleh diusik pun, apatah lagi untuk mencubit buang.


MAD BALING

affendi hussain said...

Salam Ramadhan Dato'..

Makin macam2 persekitaran dunia politik tanahair ni..

Saya tak faham betul dgn Tok Najib ni..apakah skrg dia tgh "blurr"..mcm PM sebelum ni jugak? Tarak "logic & sense"..

Kenapa perlu Idris Jala jadi Menteri..? lapor kpd sorang lg Menteri yg fungsi sama? apa punya hirarki ni..cross matrix? peliknya..apa rasionalnya sampai kena ada 2.. "redundant function"..

Sama jugak macam Menteri Wilayah Persekutuan.. habis buat apa ada Datuk Bandar lagi? makan gaji buta & perabih duit pembayar cukai saja kah..?

Portfolio yg patut ada mcm Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi ditutup terus pulak..

Yang patut ada ditiadakan..
Yang tiada diadakan..
Yang sedia ada diada-adakan..
Itu mcm mengada-ngada sakan..

Lori belum lagi nak jalan..
Tetapi dah isi lebih muatan..
Nampak gaya boleh mati tengah jalan..
1Malaysia alam fantasi dunia khayalan..

Rakyat didahulukan..?
Pencapaian diutamakan..?
Banyak sangat yg bukan2..
Rasa pening boleh naik sawan..

=================================
yang kat shah alam pun satu hal..isu kepala lembu..buat dalam bulan ramadhan..aduh! Kalau nak naik angin pun sabarlah dulu..kita kan berpuasa.. berdiplomasi itu lebih afdhal..

kalau ya pun, ikhtiar lah cara lain dulu..byk lagi masa..boleh bertindak..protes kepala lembu tu pilihan terakhir..

Yang kelakar pulak..puak2 yang dulu anti sakan kat ISA kini boleh cakap pula supaya org yg demo kat shah alam tu patut dikenakan ISA.. pelik sungguh cara mereka berfikir..dulu takmau..skrg mau.. apa sebenarnya mau? harimau atau hari2 mau?

=================================
p/s: isu-isu ni mungkin dah basi bagi ramai orang..maaf saya baru nak update diri perkembangan semasa tanahair..

(",)

saji said...

Sdr LIN LIANI

Sdr tanya siapakah yang patut diSALAHkan dalam isu KEPALA LEMBU di Shah Alam yang sedang hangat sekarang? Kita sendiri atau pemimpin kita?

Untuk mendapatkan jawapannya, saya cadangkan sdr berkunjung ke Taman Selatan, Putrajaya. Kerana di situ sdr bukan sahaja akan dapat melihat dengan mata dan KEPALA sendiri bagaimana kerajaan UMNO/BN menyediakan kawasan tanah simpanan untuk rumah ibadat bukan Islam yang meliputi kaum Hindu, bahkan kawasan tanah perkuburan untuk semua agama bukan Islam dan atis yang termoden, serta dilengkapi dengan kompleks pembakarn mayat dan menyimpan abu mayat yang cahggih.

Berdasarkan penjelasan saya di atas dan dengan alasan Shah Alam dan Putrajaya merupakan bandar terancanag dan menjadi kebangaan pemerintah kita, UMNO/BN dan di kalangan jururancang, tidakkah jawapan kepada 2 persoalan berikut merupakan jawapan yang sdr cari?

A) Tidakkah tanggungjawab pemimpin semasa kita yang memerintah menyediakan tanah2untuk tujuan keagamaan sedemikian bagi semua agama lain atau selain agama Islam, walaupun penduduknya sekadar minoriti?

B) Atas alasan Putrajaya di bina 2 dekad kemudian daripada Shah Alam, tidakkah pemimpin UMNO/BN jenis pemimpin yang hanya akan mengaku salah secara senyap2?

MUBA said...

Datuk,

Akhir-akhir ni blog Datuk ni dah jadi macam kelas agama. Bagus juga. Datuk dapat pahala dan pengunjung-pengunjung juga boleh menambah pengetahun agama.

Tapi yang tidak sedapnya setiap perkara yang dibangkitkan berbaur politik. Tujuannya semata-mata untuk menyindir dan menghukum sesiapa sahaja yang dikira musuh politik khususnya UMNO. Hingga ada yang tidak segan silu dan merasa bersalah menuduh orang-orang UMNO sekadar berlapar oleh kerana puasa mereka tidak diterima. Wah sombongnya! Seolah-olah macam Pope yang boleh mengampunkan dosa-dosa orang kristian katholik.

Malah ada yang mereka-reka cerita dongeng semata-mata untuk merendah-rendahkan musuh politik. Orang-orang UMNO dikatakan meminum beer selepas bermain golf. Saya dah main golf lebih dari suku abad tapi jarang-jarang sekali melihat orang-orang Melayu minum beer selepas golf.

Mungkin cerita-cerita dongeng seumpama ini mudah diterima diceramah-ceramah Pas.

Tapi orang-orang Thai, Indonesia dan Filipina memang gemar minum beer selepas main golf. Malahan mereka berlagak lebih dari orang putih. Seronoknya bila orang putih minum minuman ringan, kawan-kawan kita ni minum beer dan kadang kala black label. Mungkin pembahas yang menuduh orang-orng UMNO minum lepas main golf ni tersilap orang kot. Tambahan pula orang-orang Indon, Filipino dan Thai ini lebih kurang Melayu saja. Mungkin juga pembahas-pembhas jenis ini suka sekali ke Haadyai, Da Nok atau Pekan Siam.

Dua minggu sebelum bulan puasa, saya bersembahyang jumaat di sebuah masjid berhampiran dengan rumah disebuah City di California (saya sebenarnya sudah cukup lama bermastautin di USA). Tema khutbah jumaat ialah penyalahgunaan tafsiran Al Kuraan dan Hadis untuk tujuan politik dan peribadi. Kesimpulannya Imam seorang professor university keturunan Arab mengingatkan bahawa perbuatan seumpama ini dimurkai Allah. Saya tidak mahu menghuraikan isu ini dengan lebih terperinci oleh kerana saya bukannya pakar agama. Berlagak pandai menambakan lagi kekusutan masyrakat islam.

Saya juga baca berita tentang demonstrsi mengenai kuil Hindu di Shah Alam. Ada antara pembahas dengan begitu cepat menuduh UMNO disebalik demonstrasi ini. Puncanya? Mungkin kerana keputusan membina kuil di kawasan majoriti Melayu ini dibuat oleh kerajaan PR Selagor. Episod ini memberi pengajaran kepada Khalid Ibrahim yang nampaknya begitu bongkak dan mempunyai tendensi memerintah secara otokrasi tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Kenapa selepas demonstrasi baru mahu berdialog. Setiap kaum harus ambil iktibar tentang episod ini. Perbuatan dan tindakan yang melampau lambat laun akan menerima balasannya.

Mika Angel-0 said...

Pak Kadir,

Haruan Pekasam: Anonymous Sinbad Mabuk!
(muntah kedarah biru atau metekedarah hijau)

bila sinbad tarik tali pinggangnya
kilat menyambar robek pedepangnya
dan bedentum guruh robak seluarnya

senyuman bisu tersimpul
senyuman bisu tersimpul

sinbad the anonymous cyber sailor
sailing the seven digital seas
merrily merrily he and happy as can be

senyuman bisu tersimpul
senyuman bisu tersimpul

two fibbers and a couple lost in the woods
terserempak gajah badang terkejut
haruan tasik bermain di laut lepas angin

lantaklah korang
aku togak arak dunia
arak syura pun togak

kalau tak percaya tanya
si habib kelasi bahtera nuh

senyum senyum ke morning

cmk said...

Salam Dato AKJ

1. PRK Permatang Pasir - Padah buat BN bila terlalu bangga diri lantaran 'kejayaan' di Manik Urai. Sibuk mengata PAS cerca orang, BN pun 2x5...!

2. Chua Soi Lek & MCA - bukan soal DVD sangat. Ramai lagi dalam MCA buat kerja tu, cuma tiada rakaman atau masih belum kantoi. Ini lebih kepada soal pimpinan tak berapa 'ngam'.

3. Dr. Hasan Ali & Arak - Busuk-busuk Hasan Ali, paling tidak pun dia sanggup kena belasah kawan dan lawan. Yang heran, kenapa UMNO seronok ikut sama belasah, walhal soal nak banteras arak adalah satu perkara baik yang UMNO sendiri malas nak buat sejak 52 tahun dulu?

tinta hitam said...

dato'

rosmah dah mula buat hal lah.. tanya kawan2 kita di mof dan kementerian yang banyak terlibat dengan duit.. tensen la dato', kita baru syok2 nak bina negara nie balik.. datang plak bala si debab ni.

orang gomen

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).