Wednesday, October 28, 2009

Hukum Bush Dan "Anjing-Anjing Perangnya"

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]




PAGI tadi saya di pembukaan Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang (criminalising war) oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Ramai yang menitiskan air mata melihat persembahan kanak-kanak Iraq mengenai penderitaan perang di negara mereka angkara “penjenayah perang” George W Bush, Tony Blair dan “dogs of war” mereka.

Sebuah sajak yang dideklamasikan dengan penuh melankoli oleh seorang kanak-kanak Malaysia, Ismail Ibrahim bin Yahaya, lapan tahun, menambahkan kesayuan. Puisi bahasa Inggeris yang dideklamasikannya berbunyi:




[MY ONLY WISH

ALL your armies,
All your fighters,
All your tanks,
And all your soldiers,
Against a boy,
Holding a stone,
Standing there, all alone,
In his eyes, I see the sun,
In his smile, I see the moon,
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth, has begun.]

Ismail Ibrahim bin Yahaya mendeklamasikan sajak.
Gambar oleh CV Wong.

Saya terjemah ke bahasa Melayu

SEGALA bala tenteramu
Segala pesawat pejuangmu
Segala kereta kebalmu
Dan Segala soldadumu
Berdepan seorang kanak-kanak
Yang menggenggam seketul batu
Bersendirian dia berdiri di situ
Dalam sinar matanya
Kulihat sinar mantari
Dalam senyumnya
Kulihat sinar rembulan
Dan aku pun bertanya
Sekadar bertanya
Siapa yang lemah melarat?
Dan siapa yang kuat hebat?
Siapa yang benar?
Dan siapa yang hambar?
Dan aku berharap
Sekadar berharap
Yang kebenaran
Kini berada di hadapan.

Dalam sesi perbahasan pagi ini, seorang warga emas British yang menetap di Malaysia sejak tahun 2001, menyarankan agar Bush, Blair dan “dogs of war” mereka diisytiharkan persona non grata (orang yang tidak dikehendaki) di Malaysia. Saranannya mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Jemputlah ke persidangan dan pameran ini bagi menyatakan penolakan kita kepada peperangan dan menggesa kerajaan kita memulakan gerakan menjadikan “war of aggression” sebagai jenayah.

30 comments:

Anonymous said...

Dato',

Cadangan Dato' agar Bush dan anjing-anjing perangnya dihukum memang baik. Tapi persoalannya ialah dalam kalangan manusia atau negara, siapakah yang berupaya menghukum mereka? Syaitan-syaitan itu akan hanya dapat dikalahkan kalau semua masyarakat yang dintakan kebenaraan dan keadilan, khususnya umat Islam, bersatu. Masalahnya pula ialah umat Islam sendiri sukar untuk bersatu.

-- BALANGLAMA

Anonymous said...

hukum mahathir dan ajing-anjing penyalaknyer terlebih dahulu

kuman seberang laut nampak, bangkai gajah didepan mata tak bau langsung

jibam

pakbelalang said...

Inilah akibatnya jika orang Islam tidak bersatu. Ianya mungkin akan berlaku dinegara kita kalau kita bertelagah sama sendiri dan tidak ambil berat tentang perpaduan ummah.

Kita patut insaf dan rapatkan saf bersama-sama menjaga maruah kita sebagai orang Islam.

UMNO dan PAS mesti bersatu. Berusahalah untuk mempertahan dan memertabatkan agama Islam.

ab said...

Salam Dato,


1.Tiada orang yang a waras suka pembunuhan.

2.TETAPI tiada orang yang waras
tidak mahu membuat,membeli,jual, meyimpan senjata, bom dan segala macam peralatan dan teknologi membunuh orang, terutama jika ada keuntungan diri,keluarga,geng dsb.

3.Yang #1 itu sangatlah ramai.

4.Yang #2 itu sedikit, tapi licik
mempergunakan yang #1..

5. Yang ini saya tidak fikir berjaya sebab tok-tok hakim mereka pun macam 2X5 dari tribe #2juga ...UN,USA,UK,Rusia,China,Jepun,EU,NATO,Australia dll..


6. JANGAN LUPA ...UN ditubuhkan untuk mempertahan yang menang bunuh orang, bukan untuk lain.. THE WINNERS have taken all...mereka tidak akan beri balik laa...kalau bolih ambil lagi,dan lagi,dan lagi..


7. TETAPI TIDAK SALAH untuk menyuarakan perasaan #1... termasuk
Persidangan dan Pameran jenayahkan Perang (criminalising war).



Abu Bakar Ab Rahman

alrawa said...

Sungguh ironis. Bukankah Tun Mahathir telah setuju dengan permintaan Bush Senior untuk menyerang Irag pada tahun 1991?

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Herbert Spencer ada guna ungkapan 'Survival of the fittest'(sapa kuat dia kudrat kot)untuk menunjukan persamaan teori ekonomi dia dengan teori evolusi Charles Darwin berkenaan 'Natural Selection'(hukum alam kot).

Pasai percaya sangat kot kat teori teori ni,barat pun apa lagi,untuk terus bertahan,depa pun paranoid, jadi akan terus hentam semua dgn apa cara pun untuk terus hidup dengan senang.

Dah jadi hukum alam,sapa kuat dia kudrat.

Di sini pun kita boleh nampak macam mana BN akan guna apa saja kuasa yang ada untuk terus perintah.

Begitu juga PAS yang kata DAP la ni baguih pada hal dulu Tok Guru pernah kata depa setan untuk dapat undi cina.

Selagi sapa saja buat jahat berkuasa,selagi tu lah pepatah 'seperti anjing menyalak bukit'boleh di guna pakai.

'BIAQ PI LA DEPA BUAT KAT KITA,AKHIRAT TUHAN BALAS'-arwah mak saya.

Nordin said...

Minta maaf Datuk.Kata-kata Datuk kali ini bukan sahaja lucu bahkan meloyakan.

Bagaimana pada suatu ketika Tun Mahathir beriya-iya mahu duduk bersama-sama Bush (tak kiralah bagaimana caranya) dan Datuk sebagai apple polisher memberi gambaran yang baik di atas tindakan Tun ketika itu.Tak timbul pun istilah penjenayah perang dan anjing-anjing perang.

Apabila Bush sudah berundur, maka baru Tun Mahathir menyalak mengatakan Bush macam-macam. Macamlah tangan Tun Mahathir itu bersih dari "jenayah" semasa perintahannya.Tun, you've missed the boat!Dan Datuk seperti dijangkakan MENGENGGEH.

Maaf atas bahasa yang keras.

Dato' Yahya said...

Terima kasih & setinggi - tinggi penghargaan kami sekeluarga pada dato'. Anakanda Ismail Ibrahim amat suka dengan gambarnya & sedang hafal bahasa ibunda yang diterjemahkan oleh dato. Salam, Yahya bin A. Jalil

NGINAP SRENGENGE said...

Dato',

Benar kata anonymous Jiban.Mengapa nampak kuman di seberang laut,bangkai gajah depan mata tak nampak.

Tengok apa kita buat di belakang kita.Sama dahsyatnya juga.Sekarang pun kita dok macam perangai dulu juga.Tengok apa berlaku di DUN Perak hari ni.

Orang yang pandai berkokok , ekornya bergelumang dengan tahi.

Sudahlah chedet,taubatlah dulu.

Dato' Yahya said...

Terima kasih & setinggi - tinggi penghargaan kami sekeluarga pada dato'. Anakanda Ismail Ibrahim amat suka dengan gambarnya & sedang hafal bahasa ibundanya yang diterjemahkan oleh dato. Salam, Yahya bin A. Jalil

lleekh said...

Very good of you to support these moves. But you know that nothing is going to happen. So this is "tinggal batok" type of activity. However there are some things that can be done datuk..what about the 1000 + cases of custodial deaths in our police lock-ups and other detention centers? If you are indignant and horrified about situations like this then you should be taking to the streets and petitioning our government. Imagine what our own people would be doing to our enemies in times of war when we are killing displaced and unfortunate people in times of peace! We know Mahathir is trying to feel important and stay alive but all of us should get our priority right! That includes you, sir.

pak mat tempe said...

Dato'

Semua manusia yang waras tidak suka akan kekejaman dilakukan oleh manusia keatas manusia lain. Tetapi pembunuhan dan peperangan berlaku juga sejak dari nabi adam lagi. Dimana kah silapnya. Silapnya kerana manusia tidak beriman kepada tuhannya, membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah, dan mereka tidak takut kepada hari pembalasan

Saya berpendapat dalam kes Iraq ini pemimpinnya yang sangat tidak bertanggonjawab dan perlu disalahkan akan segala malapetaka yang menimpa rakyatnya . Cuba sorot kebelakang sejarah Iraq dimana dahulu sekutu Rusia lepas tu berkawan baik dengan USA yang membekalkan senjata serba canggih tujuannya untuk menyerang Iran. Selepas Iran dilemahkan tapi tak dapat dikalahkan berjuta rakyat islam kedua pehak mati sia2 atas kerakusan Saddam Hussin. Saddam diperangkap dlm kes menyerang Kuwait dimana USA berjanji tidak masuk campur tetapi setelah penaklukan Itaq keatas kuwait,USA dan sahabatnya menjadikan alasan untuk menyerang Iraq.

Kita memang tidak suka dan marah akan perbuatan tentera sekutu menyerang negara islam dengan kezaliman2 yang dilakukannya. Tetapi apa yang boleh kita lakukan kerana mereka ini kuat dan mempunyai teknologi yang tinggi.

Seluruh dunia tahu misi USA dan sekutunya adalah atas desakan Israel yang sentiasa ingin melemahkan negara Islam dan menakloki nya seterusnya menakluki dunia, kerana itu adalah matlamat fahaman Zionist. Gerakan Zionist bermula dari deklerasi Balfour
(1917) dimana sebagai titik tolak perhubungan baik antara Yahudi dengan Kristian(Barat). Chaim weizmann dan David Ban Gurion adalah dua tokoh Zionist yang berjaya bekerjasama dengan British untuk menjajah dunia islam. Kebijaksanaan mereka juga telah berjaya mendapatkan sokongan kuat USA di era President Truman. Tidak mengherankan dengan kejahatan Zionist ini mereka menyerang Mesir 1956 dengan bantuan British dan Peranchis dan seterusnya pada 1967 dan 1973 mereka berjaya meluaskan taklokan nya keatas tanah arab termasuk Jerusalem. Kezaliman tersebut berlanjutan hingga lah ke hari ini. Apakah daya kita untuk melawan kita bukan hidup dizaman Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya menyatukan umat islam dan mengambil semula Jerusalem dari tentera salib

Kesimpulannya selagi orang negara barat dan USA bersahabat dengan Zionist selagi itu lah umat islam/negara arab khususnya tidak akan aman melainkan pemimpin2 arab/islam bersatu dan bijak dalam hubungan dan lobi antarabangsa, tidak mementingkan diri sendiri, tahu menggunakan kekayaan negara anugerah tuhan dan menggunakan kekayaan itu kejalan Allah, membantu umat islam yang miskin dan tidak berkiblat ke USA. Tuhan akan membantu umat islam jika perjuangan tersebut atas jalan Allah.

Apa yang menyedihkan adalah sebaliknya berlaku dimana mereka berperang sesama islam dan berbunuhan, apalagi musuh islam (Zionist)senag bagi mereka melaksanakan matlamatnya.

Sebab itulah kunci segala nya adalah ilmu,perpaduan dan keimanan. Jika ini ditinggalkan tidak hairan musuh kita akan memijak2 kita seperti terjadi di Iraq.

Wassalam

Samuel Goh Kim Eng said...

IN SEARCH OF PEACE TO REPLACE WARS

Let us all pray for wars to quickly cease
So that mankind can still possibly exist
Let peace increase while wars must decrease
In the pursuit of peace let us all persist

(C) Samuel Goh Kim Eng - 271009
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Wed. 28th Oct. 2009.

INDIGO said...

Scribe,

SETUJU SETUJU SETUJU!
(bagi menyatakan penolakan kita kepada peperangan dan menggesa kerajaan kita memulakan gerakan menjadikan “war of aggression” sebagai jenayah)


who wrote the poem...
all is fair in love and war
love compassion trust - war no more!

have a great time, Scribe.

pakbelalang said...

Orang Islam jangan jadi bodoh sombong. Inilah jadinya kepada orang Arab. Rahmat yang dianugerahkan oleh Allah dengan kekayaan hasil buminya disalah gunakan kerana kegelojohan pemerentahnya yang tidak langsung perihatin tentang kesejahteraan ummah. Akhirnya bala menimpa mereka.

Sepatutnya hasil kekayaan yang dinikmati mereka dimanfaatkan untuk meningkatkan ilmu dan memajukan ummah. Ini memang dituntut oleh Allah dalam Quran tapi mereka tidak menghayatinya.

Sekarang ummat Islam dilanda dengan segala musibah dan malapetaka kerana perbuatan dan kebodohan mereka sendiri.

Ummat Islam lalai dalam segala hal dan akhirnya kena buli dengan musuh-musuh Islam.

Banyak pengajaran yang boleh di ambil iktibar tapi ummat Islam belum lagi sedar. Maseh bertelagah sama sendiri seperti juga apa yang berlaku kepada kita ummat Islam disini. Kita maseh lemah, kita maseh daif. Pendek kata, kita pun serupa "bodoh sombong" macam orang Arab juga. Wal hasil balik asal. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan sebagai ummat Islam.

Semuanya MELOPONG (BLANK) !! Kalau suruh berhujah kita "Nombor Satu". Tapi setakat itu sahaja lah. Sedih !!!!!

INDIGO said...

Scribe,

October 20, 2009
Dead Babies in Iraq and Afghanistan are No Joke
Depleted Uranium Weapons
By DAVE LINDORFF

The horrors of the US Agent Orange campaign in Vietnam, about which I wrote on Oct. 15, could ultimately be dwarfed by the horrors of the depleted uranium weapons which the US began using in the 1991 Gulf War (300 tons), and which it used much more extensively, and in more urban, populated areas, in the Iraq War and the now intensifying Afghanistan War.

Depleted uranium, despite it’s rather benign sounding name, is not depleted of radioactivity or toxicity. The term depleted refers to its being depleted of the U-235 isotope needed for fission reactions in nuclear reactors. The nuclear waster material from nuclear power plants, DU as it is known, is essentially composed of the uranium isotope U-238 as well as U-236 (a product of nuclear reactor fission, not found in nature), as well as other trace radioactive elements. It turns out to be an ideal metal for a number of weapons uses, and has been capitalized on by the Pentagon. 1.7 times heavier than lead, and much harder than steel, and with the added property of burning at a super-hot temperature, DU has proven to be an ideal penetrator for warheads that need to pierce thick armor or dense concrete bunkers made of reinforced concrete and steel. Accordingly it has found its way into 30 mm machine gun ammunition, especially that used by the A-10 Warthog ground-attack fighter planes used extensively in Iraq and Afghanistan (as well as Kosovo). It is also the warhead of choice for Abrams tanks and is also reportedly used in GBU-28 and the later GBU-37 bunker buster bombs. DU is also used as ballast in cruise missiles, and thus burns up when they detonate their conventional explosives. Some cruise missiles are also designed to hit hardened targets and reportedly feature DU warheads, as does the AGM-130 air-to-ground missile, which carries a one-ton penetrating warhead.

While the Pentagon has continued to claim, against all scientific evidence, there is no hazard posed by depleted uranium, US troops in Iraq have reportedly been instructed to avoid any sites where these weapons have been used—destroyed Iraqi tanks, exploded bunkers, etc. Suspiciously, international health officials have been prevented from doing medical studies of DU sites...

Salam Sejahtera said...

Dato'

War and Crime - Keynote Address by Tun Dr Mahathir Mohamad at the PGPO War Crimes Conference , 28 Oct 2009


salam takzim

A KADIR JASIN said...

Sdr Lleekh,

If you care to look beyond your anger, you'll realise that the Royal Commission to Enhance the Operations and Management of the PDRM, of which I was a member, had made many discoveries and strong recommendations on DID.Don't blame individuals and volunteers if the people with power do not act. Tq.

abdullahngah said...

Tiada guna bersatu kalau tolak Islam,kerana segala yang ada dilangit dan bumi ini didalam urusan Allah SWT.

Islam UMNO Islam liberalimse dan sekular yang sangat bercanggah dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Bersatu dalam kemurkaan Allah, lebih baik berpecah, kerana ianya mendapat keredhaan Allah.

Adalah lebih baik tidak sekongkol dengan kumpulan yang dimurkai Allah.

Apa apa pun syaitan sangat kecewa sebab itu banyak orang sedang berusaha meruntuhkan kumpulan yang taat pada Allah.

Hambali ® said...

Orng Islam nak kuat?? Nak bersatu?? Sedangkan baru pasai hukum kumur mulut dan berus gigi di bulan posa pun sampai la ni pun pakat dok lawan pertikai tak habis lagi. Ini kan pula nak bersatu ??

Hmmm entahla.

saji said...

Sdr pak mat tempe


Sdr kata, "Semua manusia yang waras tidak suka akan kekejaman dilakukan oleh manusia keatas manusia lain. Tetapi PEMBUNUHAN dan PEPERANGAN berlaku juga sejak dari nabi adam lagi. Dimana kah silapnya. Silapnya kerana manusia tidak beriman kepada tuhannya, membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah, dan mereka tidak takut kepada hari pembalasan."

Saya kata, Orang Islam, kena percaya bahawa PEMBUNUHAN dan PEPERANGAN seperti yang dibincangkan dalam posting Dato' ini merupakan ciptaan Tuhan. Sama halnya dengan manusia, anak kita, cucu kita, saudara kita, kawan kita dan jiran kita yang dilahirkan cacat itu dan ini.Justeru, tidak timbul soal di mana silapnya atau kita perlu tertanya-tanya mengapa ianya berlaku.

Kalau bukan ciptaan Tuhan, masakan ada hukum peperangan dalam Islam dan bab yang membincangkan jenayah peperangan yang meliputi hukum memerangi orang kafir yang memerangi orang Islam, hukum lelaki Muslim yang sihat dan tegap tubuhnya tetapi enggan pergi perang, hukum harta rampasan perang dan hukum larangan mencerderakan orang tua, kanak-kanak dan wanita.

Yang perlu kita tanya adakah kita menjadikannya sebagai satu iktibar dari semua sudut, selalu berdoa mohon dijauhkan dan menjadikan kita umat yang bersyukur.

Man Ysf said...

Dato'
Baguslah if TDM decides to pursue this fight against war criminals (ex President US dan Kuncu2 that is). Hopefully ia tidak hanya bertaraf pekikan dan lolongan mereka yang tak berkuasa (atau sudah lucut kuasa) semata2..

Saya hanya dok terkenang bahawa kitalah (Malaysia di bawah Dr. M) antara yang menyokong resolusi serangan ke atas Iraq dahulu.. oleh itu atas alasan apakah nilai kita tiba2 berubah utk membencinya pula?? Dahulu adakah nilai ini boleh dijual beli.. apa pula jaminan nilai ini tidak boleh digadai di masa hadapan??

Anonymous said...

Salam Dato'

Ketika ini pemenang Nobel Peace prize, Obama sedang memikirkan samada US akan menambah bilangan askarnya di Afghanistan saperti yang dipohon oleh Gen. Stanley McChrystal. Bilangan yang dipinta bukan sedikit tetapi mencecah puluhan ribu. Buat masa ini US dan sekutunya sudah pun mempunyai hampir 100 000 askar di negara itu. Sekutu paling kuat US iaitu UK pada dasarnya sudah pun bersetuju untuk menghantar lebihkurang 500 lagi askar mereka.

Selain dari itu, US sekarang ini cuba memikat puak Taliban dengan bayaran gaji bulanan kerana dari risikan mereka hanya lebihkurang 30% sahaja yang benar-benar berjihad. Selebihnya adalah kerana desakan hidup atau dipaksa. They should know because they helped the mujaheeds chased the Russians out of the country with their tails between their legs.

Mana-mana saluran media US sekarang samada elektronik atau bukan elektronik sejak akhir-akhir ini mula menumpukan berita kepada Afghanistan kembali. Rupa-rupanya "Mission Accomplished" Bush belum selesai lagi.

Muslimin-muslimat zaman ini perlu mengambil berat akan isu muslimin-muslimat yang sedang dibunuh dan dicacatkan di Palestin, Iraq, Afghanistan, dll. Walaupun kita merasakan tiada apa pun akan dicapai dari perbincangan ini, kita perlu belajar dari kaum lain terutamanya Yahudi dan Cina. Kedua-dua kaum ini amat pandai membuat 'bising' akan isu-isu yang amat penting bagi mereka. Contohnya, apabila Ahmedinejad menyatakan holocaust tidak berlaku, kaum Yahudi dengan pantas dan pintarnya menubuhkan satu badan yang tugasnya hanya untuk menerangkan bahawa holocaust sememangnya pernah berlaku. Puak Yahudi ini tidak akan membiarkan dunia melupakan holocaust sama sekali.

Pada ketika ini, kedudukan muslimin-muslimat di peringkat dunia paling rendah dari segi pendidikan (bilangan universiti dan professional) dan pertahanan. Dalam keadaan lemah sebegini, paling tidak pun kita mengutip ilmu dan pengetahuan dari penceramah-penceramah yang dijemput ke KL atau mengikuti perkembangannya di blog.

Suka atau tidak, zaman ini kita cuba mendidik dan melatih diri kita menjadi individu yang multitasker sebab kita sudah tidak mampu lagi hanya pandai bercakap tentang kebencian atau sokongan kita kepada PAS/PKR/DAP/UMNO.



Melati

Anonymous said...

UMNO is so desperate for power that any 'trash' discarded by PKR will be collected, eventhough that 'trash' cannot be recycled. No wonder it is full of 'trash'.

minah ronggeng

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Saudara Indigo

Akibat dari penggunaan senjata saperti yang Sdra paparkan, bilangan rakyat Iraq dan Afghanistan yang menghidap kanser sekarang semakin meningkat. Dengan tiadanya sistem healthcare di kedua-dua negara, kita boleh bayangkan sahaja penderitaan mereka untuk generasi ini dan beberapa generasi yang akan datang. Keadaan mereka akan lagi parah dari mangsa-mangsa Chernobyl.

Kita tidak berapa tahu apakah berita terkini yang sedang berlaku di Palestin kerana pemberita-pemberita tidak dibenarkan masuk ke situ. Paling terakhir yang saya beca adalah penggunaan senjata fosforus ke atas muslimin-muslimat di situ.

Melati

INDIGO said...

Scribe,

Kita tidak berapa tahu apakah berita terkini yang sedang berlaku di Palestin kerana pemberita-pemberita tidak dibenarkan masuk ke situ.

KL War Crime Tribunal moga ianya suatu pekara yang terpuji. Amiiin!

Terima Kasih dan juga tiada kita lupa akan Sdr Anonymous Melati.

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Dato' dan rakan-rakan yang lain

Bush dgn anjing-anjingnya mesti diperangi dan dihukum.MAsalah yang timbul hari ini ialah bukan sahaja umat Islam tidak bersatu tetapi negara-negara Islam pun tidak bersatu.Malah yang lebih teruk ialah ada negara Islam bersengkonkol dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain yang bertindak menghalalkan peperangan dan penindasan ke atas manusia.

Malaysia patut fikir balik apakah Malaysia patut meneruskan hubungan diplomatik dengan Amerika.

affendi hussain said...

Resam dunia..ibarat mentimun dan durian..

NATO (No Action Talk Only)

(".)

Fauzan Ibrahim said...

And I wish, I only wish
That the truth has a tongue

yusri said...

Setuju sngat untuk menjadikan perang sebagai satu jenayah. Perang merosakkan dunia, dan lebih-lebih lagi kemanusiaan.Malaysia patut mengambil teladan dengan apa yang berlaku seperti Iraq,Afghanistan dan Pakistan. Islam lemah bukan kerana Islam tetapi umatnya dan umatnya juga yang menghancurkan sesebuah negara.
Bangkitlah dan sedarlah wahai umat Islam dunia.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).