Friday, October 30, 2009

Pergolakan PKR Beri Kesan Besar

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA mulakan komentari ini dengan menyatakan kesediaan saya menerima kritikan dan kutukan daripada mana-mana pihak jua kerana saya sedar perkara yang hendak saya ulas ini menyentuh sebuah parti Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat.

Saya membaca daripada Malaysiakini, blog-blog dan media massa arus perdana berita mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh PKR. Saya telah menulis sedikit mengenai peranan Senator Zaid Ibrahim dalam kemelut itu dalam tampalan 21 Oktober.

Oleh kerana PKR adalah peneraju PR dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling ramai di kalangan parti-parti PR -- 31 orang berbanding DAP 28n dan Pas 23 -- serta peranannya sebagai orang tengah PR, saya tidak boleh berdiam diri seolah-olah apa yang sedang berlaku tidak penting.

Jika apa yang berlaku terhadap Pas penting kepada politik nasional maka peristiwa yang sedang terjadi dalam PKR lebih penting kepada politik nasional.

Walaupun saya telah beberapa kali membuat analisis yang mempersoalkan kelangsungan (survival) jangka panjang PKR, saya tidak pula menjangka yang parti itu akan menghadapi ujian seteruk sekarang dalam jangka masa begitu singkat.

Saya telah menyebut mengenai betapa sukarnya membentuk dan mengekalkan sebuah parti pelbagai kaum seperti PKR berpandukan sejarah yang menyaksikan kematian atau perubahan komposisi keahlian parti-parti pelbagai kaum seperti Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia, DAP, Gerakan dan Pekemas.

Parti-parti ini sama ada mati, bergabung atau berubah struktur menjadi parti yang didominasi oleh satu kaum seperti yang terjadi kepada DAP dan Gerakan yang kini didominasi oleh kaum Cina.

Saya simpati dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menganggap kenyataan beliau yang dipetik oleh Malaysiakini sebagai paling rasional dan mencerminkan keadaan sebenar dalam PKR.

Dr Wan Azizah, menurut laporan Malaysiakini, mengaku bahawa partinya sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

"Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya...," katanya pada 29 Oktober.

Beberapa hari lalu, dua pembesar parti itu -- Naib Presiden Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Wanita Sabah Christina Liew – meletakkan jawatan manakala pada 29 Oktober, Ahli Dewan Undangannya bagi kerusi Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, keluar parti.

Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata dia menyedari bahawa tidak semua ahli berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan dan menyedari betapa sukarnya membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk daripada cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tetapi Badrul Hisham dilaporkan berkata antara sebab dia keluar PKR adalah tuduhan liwat yang membabitkan ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim. Bercakap dalam satu sidang akhbar, Badrul Hisham berkata dia menjadi lebih syak terhadap Anwar yang dipercayainya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan menjelaskan hal itu kepada ahli parti.

Saya dari awal lagi mensyaki yang komponen Melayu adalah yang terdahulu akan bergolak. Ini terbukti benar bermula dengan penarikan diri dua Adun PKR Perak daripada parti itu awal tahun ini yang menyebabkan tumbangnya Kerajaan PR Perak.

Saya tidak berani membuat ramalan mengapa ia terjadi tetapi adalah pengetahuan umum yang ramai ahli Melayu PKR berasa suara dan peranan mereka semakin tidak diutamakan.

Ini tidak memeranjatkan kerana suara yang lantang dalam PKR khasnya dan PR amnya adalah suara komponen India dan Cina yang petah dan rajin bercakap serta pandai memperalatkan media massa.

Satu perkara lagi ialah kepelbagaian latar belakang ahli dan pembesar PKR dari segi kaum, agama, ideologi dan sebab musabab mereka menyertai parti itu. Ramai daripada mereka adalah pelarian daripada parti-parti Barisan Nasional atau parti-parti PR yang lain.

Sebarang masalah yang melanda PKR akan memberi kesan langsung kepada PR kerana tidak dinafikan yang PKR masih memainkan peranan sebagai pemangkin dan pendamai.

Nampaknya politik tanah air kita hampir-hampir serupa dengan hubungan antara kuman dengan manusia. Apabila badan lemah mudahlah kuman menjangkiti. Atas premis itu, nampaknya hampir semua parti utama BN dan PR sedang mengalami jangkitan wabak yang teruk.

Ini pastinya tidak baik bagi negara dan negeri yang mereka perintah memandangkan suasana ekonomi sekarang memerlukan kepemimpinan nasional dan negeri yang mantap dan fokus.

48 comments:

BelokKiriKanan said...

Tuan,
Bagi saya, elok juga berlakunya perpecahan dalaman komponen PR. Sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai halatuju dan kekuatan parti-parti tersebut.

Dalam mana saya tidak sukakan BN yang mempunyai ketirisan dalam menguruskan harta negara (seperti yang dilaporkan dalam laporan audit negara dan The Star baru-baru ini), saya juga tidak nampak PR boleh menjadi alternatif yang lebih baik atau pun sekurang-kurangnya setaraf BN untuk memerintah negara.

Ketika PR diberi peluang untuk memerintah beberapa negeri, mereka tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan. Kerja mereka hanyalah meyelongkar fail-fail lama untuk mendedahlan kebobrokan BN sehinggakan terlupa dengan pembangunan negeri. Cara berfikir mereka masih lagi seolah-olah mereka di pihak pembangkang.

Cuma saya nampak, situasi di Pulau Pinang lebih baik berbanding kawan-kawan mereka di negeri lain, dan sya yakin DAP akan terus berkuasa di sana untuk beberapa penggal lagi.

zol dabat said...

nampaknya bukan umno saja yg ada problem
parti anwar yg `maksom` pon boleh ada jugak

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

datuk... pkr takder jatidiri dan identiti. dasarnya hanya diilham oleh seseorang saja melalui mimpi dan impian dia. kita tak pasti adakah dia lillahitaala atau kerana kepentingan dunia. maka berkat doa orang alim dan Allah masih sayangkan kita orng islam di malaysia ni.. maka sekarang Allah tunjukkan lah hakikat yang sebenarnya. mana boleh bercampur daging haram macam babi dalam gulai kawah orang islam...kalau nak buat bubur asyura lagi lah.... macam tulah pakatan rakyat ni...bercampur secara sebati semua daging2 tu dalam satu bekas... dan dimasak dan dihidang untuk kita makan ?????? BN tak bercampur sebab mereka dalam bekas MCA, MIC, Gerakkan dll....itu yang saya faham lah. maaf kalau tak kena.

Panglima Perang Cyber said...

saya ada menulis isu ini. juga amat berbesar hati jika dapat komen oleh blogger hebat seperti tuan.

blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com

terima kasih

andakmaon said...

Dato'
Pakatan Rakyat sebenarnya masih tercari-cari identiti mereka sendiri. Ini disebabkan tertubuhnya pakatan itu sebenarnya secara tak diduga dan mencapai kejayaan di luar dugaan pula dalam PRU 12 yang lalu.
PKR yang menerajui PR pula mempunyai masalah kepimpinan yang serious disebabkan sentimen peribadi yang berkisar di kalangan tiga watak utamanya iaitu Anwar ,Dr Wan Azizah dan Azmin.
Ahli PKR yang telus meyokong parti itu kononya demi untuk keadilan sejagat akan menjadi bosan dan akan mempertikaikan arah haluan parti. Namun , mereka sebenarnya akan terus hampa dan kecewa kerana parti itu tidak seperti yang mereka harapkan . Itulah yang terjadi kepada Dr Jeferry dan mungkin selepas ini Dr Chua Jui Meng pula.

mad said...

saya melihat krisis dalaman pkr lebih kepada proses pemulihan. ini penting sebelum pr menjadi pemerintah selepas pru13 nanti. mana2 kudis yg bernanah perlu diubat atau dibuang sama sekali. ini berbeza dgn umno/bn dimana pemimpin yg didapati rasuah atau dilihat mengamalkan rasuah masih dilihat berlegar2 di 'corridors of power' sejak sekian lama. tak hairanlah laporan audit negara baru2 ini mendedahkan ketirisan yg besar perbelanjaan kerajaan. ini berlaku tahun demi tahun tanpa ada sebarang langkah kukuh utk mengatasinya.

jab sp said...

Dato'
Bagi mereka yang melihat pergolakan dalam PKR dengan mata yang tertutup akan berpendapat perletakan jawatan dalam PKR merupakan satu krisis yang maha besar.
Tetapi bagi melihat dengan hati yang terbuka dan sedikit sebanyak mengikuti perkembangan politik Malaysia merasakan ia sesuatu yang positif.
Politik Sabah dimana berlakunya apa yang dikatakan kemelut terbaharu PKR telah ditangani dengan rentak orang Sabah.Politik Sabah/Serawak masih lagi berkisar pada puak dan kelumpuk.Masih lagi berkisar pada siapa punya wang.Disini perinsip hanya satu mainan untuk peribadi .Lebih baik mereka ini letak jawatan sekarang daripada melakukannya pada saat genting terutama memjelabg pilihanraya.
Kenyataan kenyataan yang dibuat menunjukan perletakan berlaku akibat perebutan jawatan bukan berkaitan dengan kebajikan rakyat.
Sekurang kurang perletakan jawatan ini mengurangkan sedikit beban semasa dan akan datang yang mungkin akan dipikul olih PKR.Strategi seterusnya bolih dirangka bagi memperkukuhkan PKR.
Keluarnya ADUN Pelabuhan Kelang yang sambut gembira olih UMNO(Khir Toyo mengalukankan ADUN ini kedalam UMNO)juga menunjukan PKR begitu mengutamakan kebajikan pengundi.PKR sanggup kehilangan kerusi daripada menghadapi kehilangan kepercayaan rakyat.

Qaseh bonda said...

Pergolakan PKR beri kesan besar pada halatuju UMNO...

Sekurang2nya parti yang setahun jagung berjaya menyingkirkan kuman2 yang bakal menyebarkan penyakit yang serius sepertimana kuman2 yang dah merebak dalam UMNO...tak daya nak diubati lagi...seperti barah yang semakin parah...

Budaya menegur yang di amalkan oleh Pakatan Rakyat perlu diterima pakai oleh cerdik pandai...biar kosong kerusi...rakyat memerhati...tengoklah jugak orang macamana yang kena singkir...
Bergolak bukan makna berpecah...

Apa jadi kalau segala kepincangan dibiarkan begitu saja...tak berani tegur takut merajuk?? nak tunggu KPI setahun sekali???

Lihat macamana ketua menteri Sarawak memerintah...siapa berani tegur dan siapa berani jatuhkannya..rakyat semakin miskin..mundur sana sini sedang dia berdiri megah berkurun2..baru sekarang kecoh nak membangunkan Sarawak...tu pun sebab UMNO hilang kerusi...jika tidak?? wal hasil balik asal..

Jangan memimpin sampai kematu sana sini...sampai dah jadi puaka siapa pun tak berani usik...
Usah dirisaukan pada pergolakan PKR maupun PAS...

Risaukan lah pada UMNO yang di ambang keruntuhan yang nyata...
Kemana gerangan pembela ugama...
membiarkan Islam dihina dengan nyata..ust. jamil hei dan dr. mashitoh dok buat apa sanggup membiarkan upacara seru menyeru dijalankan...bukankah hina Islam jadinya dok seru nenek moyang...
Bila mana mashitoh pun cium tangan PM..ooo patutlah...yes sir i keep my mouth shut...

Canselor yang diutuskan untuk menjaga IPT pun sibuk berpolitik...ada yang sibuk nak urus PERMATA...sedangkan permata2 yang dah sedia ada...dah siap siaga untuk meneruskan perjuangan dan wadah dibiarkan bertaburan macam tak bernilai...

Cuba pi jengah kolej yang usang dan berkeladak...apalah salahnya didunia serba moden ni..ditambahbaik peruntukan yang ada...bagilah budak2 tu selesa berbilik hawa dingin pula setelah berhempas pulas di sekolah yang serba kekurangan...

Sekolah Cina kawasan rumah saya pun siap berhawa dingin...
Tak cukup peruntukan.. minta!.tak cukup minta lagi...berjuang untuk pembangunan...kenapa mesti takut..Itulah yang sepatutnya kerja orang2 yang menerima watikah utusan masing2...

Tak kan nak suruh pensyarah pulak jumpa PM...orang kalau dah dapat prof..depa tak hadap dah nak kejar gelaran datuk ke tan sri ke...sendiri boleh sedar yang orang ilmuwan tu lebih mulia di sisi Tuhanmu...kalau Prof. Rampal pun kata yang dia sudah bersedia kalau tuhan ambil nyawa dia...sebab dia dah buat segala2nya didunia...

Mai kita tanya prof2 melayu yang beragama Islam pula...tuan2 dan puan2 bagaimana???Dah sedia dah nak jumpa Tuhan??

Pada JPA yang jadi kuasa melantik penjawat Awam...jangan biarkan penjawat tu berada di satu2 tempat sampai berbelas2 tahun...rajin2lah buat pemantauan...bagi mengelak barah rasuah yang semakin membara macam api dalam sekam...maklumlah bila dah terlalu lama di satu2 tempat...macam tak buat dosa...sesungguhnya puak2 tu lah yang merosakkan nama jabatan masing2...JPA pun dok lena apa cerita..

Itulah pergolakan sebenar yang terjadi dalam kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO yang diberi kepercayaan oleh rakyat menjaga kepentingan orang melayu...

editorsemasa.net said...

Sukar untuk saya menerima ahli politik Malaysia hari ini sebagai kelompok manusia yang mahu, mampu atau sedia berpegang kepada prinsip dan nilai murni. Samada mereka dari BN atau dari PKR semua sama saja. Masing-masing merasa diri mereka bagus. Padahal haprak dan half past six belaka.

Kenalkan laman saya http://www.semasa.net

Man Ysf said...

Dato,
Bila ghonimah di depan mata...


ghonimah: harta rampasan perang

abe MIE 'TERJAH' said...

Jika tidak ada ADUN lompat dalam PKR ke BN atau menjadi calon bebas, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak akan melantik parti yang mendapat majoriti untuk menerajui Selangor. Justeru, BN akan mendapat mandat dan melantik MB serta EXCO walaupun tidak boleh menggubal dasar kerana gagal mendapat undi 3/4 majoriti. Dengan itu, Selangor mengikut jejak negeri Perak dan MB, Khalid Ibrahim akan membubarkan ADUN sedangkan mereka sudah tidak mempunyai kuasa berbuat sedemikian.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Dato',

Memang sudah dijangka bahawa Dr.Jeffery Kittingan tidak akan kekal lama dalam PKR. Dia ni di ibaratkan Ibrahim Ali di Semenanjung.

Badrul Hisham pula seorang yang sakit otak. Kenyataan akhbarnya telah membuktikan beliau seorangyang rendah moral.

Dato' juga maklum bahawa bukan mudah utk DSAI memuaskan semua orang terutama sekali ahli-ahli yang sentiasa mengambil kesempatan tertentu. Tak lupa juga dengan peranan 'Trojan Horse' dalam PKR

Saya fikir tibalah masanya untuk DSAI melakukan pembersihan dalam PKR. Rakyat sedang menunggu dan akan faham tindakkan DSAI selepas ini.

Drp;Rakyat

ab said...

Salam Dato,


Saya fikir PKR kena ubah dari party of anger to party of peace.

Kalau malaysia dijajah mat salleh atau mat lemon lagi, pasti PKR akan di sanjung majoriti, kalau tak semua rakyat, terutamanya melayu.


Abu Bakar Ab Rahman

a.z said...

It looks like even the opposition is working in tandem with the government in providing distraction and diversion from addressing the current economic doldrum and the pending round of hike in fuel, electricity and goods prices next year.

Isn't it obvious? Nobody is talking much about the impact of proposed market pricing of petrol prices next year. If petrol is no longer subsidized so will fuel to generate electricty of which Petronas is absorbing much of its cost.

TNB also reported that there have been few cases of gas curtailment leading them to use more coal power (which cost isn't borned by Petronas).

One politician jumps ship is a big deal (front page), but the livelihood of millions of wage earners and business proprietor isn't worth a mention or debated.

That's 1 Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat diutamakan for you.

dheepan said...

kenapa parti berbilang kaum dilihat tidak berjaya? Jawapannya kerana hegemoni Barisan Nasional yang meneruskan dasar pecah dan perintah British. Mudah sahaja.

Parti berbilang kaum boleh berjaya. Contoh paling baik: PAP di Singapura. (And the last time i checked that small island is now leaps and bounds ahead of Malaysia).

pakbelalang said...

Those who have sharp analytical mind in assessing the current political development within PKR will easily make a conclusion that PKR will "bungkus" sooner than later. They simply cannot sustain their political strength. I don't think the Malays will continue to support PKR. I won't be surprised the next chief of PKR will be an Indian. You are right Dato' the Malays are always not comfortable with a multi-racial party like DAP, Gerakan or PKR.

The Malays have no choice but to fall back on either PAS or UMNO. Only a few frustrated elite Malays yang tak sedar diri will stick to PKR but not the ordinary Malays.

Pak Mat Tempe said...

Salam hormat Dato'

Saya lebih suka jika sistem dua parti ujud dinegara ini supaya rakyat ada pilihan terutamanya ada check and balance dlm pemerentahan.

Tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes melompat dan merajuk apabila tidak puas hati yang melemahkan PR terutama PKR.

PRU13 nampaknya agak suram bagi PR.
Tetapi walaubagaimana pun generasi muda yang akan menjadi majoriti pengundi yang jadi penentu dan susah diramal kecenderungan pemikirann mereka.

saji said...

Salam Dato'

Unity in diversity bunyinya memang sedap, tetapi sebenarnya sukar. Lainlah rojak mee atau buah-buhan.

Anonymous said...

Someone says that PAP is a multi racial party that works well? PAP is a Chinese dominated party. Period.

At first the S'pore Malay leaders joined the party 'cos they thought they would have a better voice or say but apparently after that, they were discarded. Now, the Malay PAP MPs are not really selected by their community but the government. Malays do not have any real voice in S'pore.

If the Malays in PR stay on, they are going to be used too....but at the end of the day, they would be treated the same way.....they would be asked to leave or exiled when power is in the hands of non Malays. These Malay components would be told that they have extended their 'welcome'....

Skye

Anonymous said...

Tuk,

It's me again. Mr Anonymous(2). I wrote in Bahasa Melayu few comments in response to your piece "Lakonan PAS". I have accepted that you wouldn't publish my comment. It's okay. Let this monologue continue...

Now PKR turns. But it is actually a PR issue. I'm writing this as an independent or "atas pagar" voter. My disclaimer is I'm not a BN supporter and I don't enjoy seing PR coalition diminishing. I'm rather Mr Anonymous (2) (for the time being) and atas pagar voter.

PKR or PR for that matter always harp on UMNO/BN negativity. On their part, they never explain their alternative policy clearly. And sadly, we as voter never question and grill them. As if whatever comes out from their "mouth" is always better than UMNO/BN. Or some people are more forgiving by saying PR can never be worse than UMNO/BN. But the true fact is PR never had a good policy to replace current policy. There is no coherent among them to articulate a future policy. Take example shadow cabinet. NATO, No Action Talk Only. They can only gang up and reach agreement to topple UMNO/BN in election. I suspect they cannot agree on portfolio and its distribution among them. How would we expect them to govern the country. We cannot let them do experiment at the expense of our nation.

Next, look at the opposition leader in Parliment, Saudara Bro Anwar. I gave him grade D as opposition leader. There was no alternative budget and he only made noise on deficit and FDI. Can he articulates macro economic clearly ?. I doubt it. Tun Mahathir is much better despite his medical background.

Then, this business of "semuanya telah selesai setelah perjumpaan diadakan antara pemimpim-pemimpin PR". It is obvious sweeping under the carpet. Why they afraid of telling rakyat their consensus policy to tackle such issue. Because they never can agree on these things. I have many examples but rather not to mention here.

There is under-current that many quite Malay are not happy with "kelantangan and kecabulan" some statements made by other races. And add insult to that is when some Malay leader in PKR are echoing that "kelantangan dan kecabulan". Some even ashame to claim that they are Malay who had benefited from current affirmative policy. Compromised made by Malay is not replicate with gratitude but instead condemned and equate as "apartheid policy". This is really hurt us, Malay. As if all this while they were "pura-pura" despite them controlling the country economy.

In short, as euphoria of the last general election went away, reality has sunk in. UMNO has slowly embraced changed but sadly PKR is starting to change to the worst.

Remember the only constant is change.

Salam
Mr Anonymous(2)

dan kajang said...

Assamualaikum Dato',

1. Saya pernah menyatakan dalam blog Dato' ini bahawa sebenarnya semua parti2 politik sama ada parti komponen BN atau PR sekarang ini berada dalam keadaan maha kalam kabut. Yang bezanya ialah masalah dalaman komponen BN agak ketara sebab mereka parti Kerajaan.Jadi ramai pihak termasuk media,parti pembangkang dan juga pihak negara jiran kita cuba mesensasikan lagi masalah yang dihadapi. Tapi pada hakikatnya semua parti di Malaysia menghadapi masalah dalaman yang sama serius.

2. Dari segi Umno saya nampak ia dah mula tunjuk ketenangan.Tiada pergolakan yang besar. Kita harap begitulah keadaannya sehingga PRU13 nanti.

3. Mengenai PKR, nampaknya sampah (masalah) yang mereka cuba simpan selama ini di bawah karpet dah mula membesar dan akan meletup bila2 masa. Sebabnya parti yang ditubuhkan atas kepentingan peribadi pemimpinnya dan juga atas semangat hasrat dengki serta sifat hendak balas dendam tentu tidak akan kekal lama perjuangannya. Ia juga tidak diberkathi Allah. Perjuangan mereka juga agak songsang. Sekarang apabila mereka mula nampak agak cerah masa depan parti dan pemimpinnya maka mulalah sifat sabotaj di antara pemimpin menular. Ini pernah berlaku kepada Umno dulu. Sekarang ini dah menular ke PKR pula.

3. Saya tidak berani meramal. Tapi saya agak yakin bahawa selepas "ketiadaan" Penasihat Umum PKR, parti itu juga akan terkubur. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

so..kpd melayu yg frust dgn pkr & umno, PAS adalah pilihan yg tepat!

BUKAN melayu

Rammers said...

Saya percaya Dato',Pergolakan dalam PKR adalah satu strategi politik. Mereka ingin benar nampak seperti lemah walhal hakikatnye mereka masih kuat dan masih mendapat sokongan kuat rakyat. Selagi belum ada prk baru bagi menguji kekuatan mereka kita tak bolih kata PKR atau PR sedang lemah.
BN kena berani samada untuk mematikan politikal power PR atau dimatikan pihak lawan. Marilah kita lihat siapa yang kena....

rammers..hantem saja....

Tok MA said...

Datuk,

Sejarah Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan berulang?. Ketika penubuhannya dulu ramai Melayu menjadi pemimpin kanan termasuk Presidennya Syed Hussein Al Atas. Tapi akhirnya berpecah selepas 13 Mei 69. Orang-orang Melayu keluar dari Gerakan dan parti itu jadi parti Cina.

PAP (Petir) parti berbilang kaum? Memang betul diperingkat awal penubuhannya. Mungkin ramai yang masih ingat nama-nama seperti Rahim Ishak,Othman Wok, Samad Ismail (Tan Sri)dan lain-lain yang duduk sebaris dengan Lee Kuan Yew. Akhirnya Melayu-Melayu ini hilang tanpa kesan. Malahan ada yang kena persona non grata.

Agak hairan kenapa nama Syed Hussain Ali tidak kedengaran langsung akhir-akhir ini.

artakus said...

Datuk

Kebanyakan pengundi tidak mengundi UMNO/BN bukan kerana pembangkang itu bagus, tetapi kerana UMNO/BN itu sudah terlalu korup.

Orang-orang seperti Khir Toyo dan konco-konconya lah yang menyebabkan pengundi meluat dan memillih untuk mengundi pembangkang.

Sapu duit rakyat secukup rasa kemudian buat-buat tidak bersalah.

Saya tiak pernah lagi dengar pemimpin UMNO (malahan datuk sendiri) yang 'condemn' Khir Toyo. Seolah-olah kejahatan merek direstui.

Rakyat marhaen seperti saya memerhati dalam diam, namn pada pilihanraya, kami akan menunjukkan kuasa..

A KADIR JASIN said...

Sdr Mr Anonymous 2,

Mungkin sebelum ini saya menolak komen Tuan kerana Tuan tidak memberikan sebarang nama kecuali anonymous. Sekarang Tuan menggunakan nama Mr Anonymous 2, maka saya boleh menyiarkan komen Tuan.

Sdr Kardiology,

Saya tidak dapat menyiarkan komen Tuan kerana Sdr Anwar Ibrahim baru mula dibicarakan atas tuduhan liwat.

Adalah fitnah dan contempt of court bagi sesiapa pun membuat andaian mengenai salah atau tidak salah tertuduh.

Ramai yang masih mengantar komen hanya dengan pengenalan anonymous yang tidak akan saya siarkan.

TOLONG beri nama sendiri atau nama pena di pendahuluan atau di akhiran komen.

Terima kasih.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Saya cuma nak sambung sikit komen saya mengenai PKR ini. Mereka ini,khususnya Penasihatnya adalah seperti tukang silap mata disarkis yang memutar piring2 dengan mengunakan sebilah kayu panjang. Apabila sesuatu piring yang diputar itu mula perlahan, dia akan memutarkannya lagi sehingga ligat semula.Lakonan ini amat menarik dan mengasyikkan sesiapa yang melihatnya.

2. Begitu juga DS Anwar dan PKR yang dipimpinya. Apa yang berlaku sekarang dijadikan suatu umpan untuk menarik perhatian penyokong supaya memberi perhatian kepada Partinya. Selepas ini apabila bermula kes dimahkamah maka mereka akan cari pula isu luar bagi menarik perhatian rakyat kepada isu baru yang lain dan tidak tertumpu sangat pada kes yang bakal dihadapi dimahkamah.

3. Kita tidak tahu berapa lama ia mampu memutar piring2 itu. Lambat laung piring itu akan berkecai juga ke lantai.

Anonymous said...

Salam semua.Bercerita pasal politik mmg pening.Boleh buat org kumpul dosa kering jek.
Saya tak nampak kesan besarnya hal ini pd negara atau pr.Pembersihan mesti dilakukan.Sampah-sampah wajib dibuang utk kelangsungan parti yg sihat dan amanah.Sekurang-kurang presiden pkr mahu mengakui hakikat kemelut ini.Mrk tidak angkuh dan syok sendiri mengatakan parti mrk sentiasa kuat. Perkara spt ini boleh dicontohi oleh bn dan ahli2nya.
Sesiapapun yg memerintah adalah pemegang amanah rakyat.Tak kisahlah bn atau pr. Bagi saya senang je, setiapkali bayar cukai atau zakat saya akan niatkan dlm hati, duit ini aku sedekah utk ke jalan yg benar.Jika pemegang amanah negeri/negara seleweng takkan ku halal dunia akhirat.Biarlah mrk dan keluarga mrk mkn duit haram hasil titik peluh saya dan rakyat lain.

p/s: Dato bila nak tulis pasal ekonomi dan bajet 2010.Adakah ianya bermakna makin teruk sbb tu dato tak berani komen.Jadikanlah blog ini blog ilmiah utk pembaca semua.Terima kasih dato.

rakyat tak bodoh.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn pendapat artakus.

rakyat tak bodoh.

zlynad said...

Salaam semua,
mad 11:01 AM "... tak hairanlah laporan audit negara baru2 ini mendedahkan ketirisan yg besar perbelanjaan kerajaan. ini berlaku tahun demi tahun tanpa ada sebarang langkah kukuh utk mengatasinya... "

Apa yang saya perhatikan ... ramai dari pegawai/kakitangan yang makan gaji dengan kerajaan adalah penyokong pembangkang

justifikasi yang selalu digunakan ... aah! orang atas makan besar lagi ...

sedih melihat sikap gergaji dua mata dan talam dua muka

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq.

Titik temu pemimpin PKR ni ialah API KEMARAHAN.Pasai marah sangat depa pun ketepikan perbezaan dan bersatu.

Segala sampah sarap perbezaan depa sapu bawah karpet.Bukat takat sampah,pemimpin yang bawak bangkai pun ada.

Takat sampah takpa lagi,semua parti ada,tapi bangkai mesti berulat dan bau busuk pun keluaq.

BN dan PR semua banyak sampah.Per bezaannya sapa yang lebih banyak bangkai akan kecundang.

Awat la jadi lagu ni.rakyat bila pi pangkah bukan pasai pilih yang terbaik,tapi takut yang terburuk.

Mimpi untuk sistem dua parti tukaq jadi mengigau.

saji said...

Salam Dato'

1. Ada pengkaji sosial mengatakan bahawa, wujudnya kawasan penduduk setinggan di negara ini kerana proses perbandaran yang pantas yang menafikan kehidupan/kebajikan golongan terpinggir. Namun tidak menafikan ada di antara penduduk setinggan itu golongan oportunis/mengambil kesempatan.

2. Saya perpandagan bukan sahaja banyak kelemahan PKR dapat kita dedahkan jika kita cuba analogikan wujud persamaan dalam banyak hal di antara pengwujudan PKR dengan terwujudnya penduduk kawasan setinggan di negara ini, malah bagaimana kelamahan itu di atasi.

3.Bagi saya, sebahagian besar ahli PKR dan barisan pemimpinnya merupakan golongan terpinggir yang lari daripada parti UMNO, MCA dan MIC, khasnya atas beberapa sebab seperti tidak sehaluan dengan dasar dan perjuangan 3 parti tersebut dan tidak sesuai dengan aspirasi politik generasi muda negara. Yang lain, mereka adalah golongan yang simpati dengan dasar dan perjuangan PKR dan golongan oportunis.

4. Antara persamaan yang saya maksudkan ialah,pertama, PKR akan menjadi/ namapak kuat jika mereka dalam keadaan terancam atau ada ancaman ada oportuniti baik untuk mereka yang saya anggap sama kedudukannya dengan penduduk setinggan yang menghadapi ancaman roboh, dan kedua, penduduk setinggan merupakan contoh terbaik kelompok penempatan masyarakat Malaysia yang memenuhi ungkapan unity in diversity.

abdullahngah said...

saya pernah berkata orang UMNO tiada integeriti.

Inilah punca perpecahan berlaku dalam PKR.

Tidak hairan tiga orang ADUN lari di Perak.

Dua berjawatan kanan letak jawatan di Sabah dan ADUN pelabuhan klang keluar parti.

Tidak mustahil akan ada yang lari yang letak jawatan dan keluar parti kerana mereka tidak ada integeriti.

Maklumlah orang PKR semua orang pelarian dari UMNO,MIC dan MCA.

PAS cuba tumpang sekaki hendak rasa langit tinggi rendah kerana belum serik ketika berads dalam BN dahulu.

Perjuangan mereka berdasarkan cintarasa dan marah marah pada UMNO, MIC dan MCA.kerana tidak dapat apa yang mereka mahu.

BN banyak kelemahan. PR juga banyak kelemahan. Sama sama lemah.

Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang sangat lemah, kerana para pemimpin tidak ada integeriti.

Kalau kerajaan yang kuat mana mungkin ada penipu besar.

Jalan ceritanya sudah diketahui umum melalui laporan audit negara,yang membabitkan rasuah.

Ini membuat yang rajin bercakap bising seketika.

Ada yang kata jangan biarkan penipu bebas. Itulah yang mampu dicakapkan, sedangkan bertindak tidak.

Tidak dinafikan ada yang bertindak, tapi macam lepas batuk ditangga sahaja. Juga macam ada udang disebalik batu.

Apalah sangat dengan PKR yang jadi tulang belakang pada PR. Ia sama juga macam UMNO yang sudah, sedang dan akan menjadi ancaman pada politik ketuanan Melayu dan Islam.

pakbelalang said...

Idris Calls For Action Against Deviant Practice




BESUT, Oct 31 (Bernama) -- Umno supreme council member Datuk Seri Idris Jusoh on Saturday called for action against the people in several villages in this district who allegedly subscribed to the deviant practice of sleeping with the photographs of the country's opposition political leaders in the belief that they would be divinely rewarded.

Idris, who is the state assemblyman for Jertih, said these villagers had also been indoctrinated by certain irresponsible people into believing that dreaming of meeting the leaders would also bring them such a reward.

"This is a serious matter which should be rectified by Islamic religious elders and intellectuals because it is clearly a deviant practice aimed at retaining political popularity," he told reporters after opening a mega sale carnival in the Besut district, here.

Meanwhile, religious advisor to the prime minister, Datuk Dr Abdullah Md Zin, said glorifying leaders and taking their photographs to bed was the result of ignorance and the deviant practice should be rectified.

He said he hoped that the religious elders of the relevant opposition political parties would rectify the situation by being forthright with their supporters.


comment:

I consider this as non issue. Isu remeh temeh. Carilah isu yang lebeh bijak lagi. Macam dah tak ada modal lain.

Ridiculous !!! No wonder Idris is no more the MB. Dah jadi Pak Pandir !!!

Agaknya dia iri hati pasal gambar dia tak "dipuja" lagi macam zaman "pop yeh, yeh !!

Uton51 said...

Kedua-dua BN dan PR dijangkiti penyakit, cuma barangkali penyakit kronik dan tidak sahaja yang membezakan antara keduanya.

2. Tuhan akan tentukan siapa yang sihat apabila PRU-13 nanti.

3. Saya meramalkan tiada satu kumpulan pun yang bakal mendapat 2/3 pada PRU-13, kita tunggu apa yang akan terjadi......

Anonymous said...

YBhg Dato,
selagi melayu buta dan masih tidak sedarkan diri bahawa perpecahan antara mereka iaitu bn,pas dan pkr selagi itu lah dap akan bermegah dengan malaysian for malaysian regardless mereka ini asalnya pendatang dan berjanji pada Malaysia akan menuruti perjanjian bersama untuk kemerdekaan. Melayu pkr dan pas hanya berminat dan cenderung untuk menjatuhkan bn atas sebab iri hati sebab banyak ahli politik bn kaya dengan korupsi....dan irihati ini asas mereka untuk jatuhkan bn.....tanpa strategik yang khusus bagaimana untuk mengkuatkan kekuatan orang melayu dalam segala bidang.Mereka lebih cenderung untuk menjatuhkan bangsa mereka dan lepas kuasa bangsa mereka......dan bersekongkol dengan dap.....sedih tapi benar itu lah politik orang melayu......saya dan meluat dengan ahli politik pas,pkr dan bn. Sekiranya ada parti baru yang lebih cenderung pada membina semula darjat melayu saya akan jadi ahli tapi sekarang ni...semua parti politik amat menjijikan
sedih melayu memang benar cepat lupa dan mempunyai hasat dengki yang amat tinggi.....
helang 79

NGINAP SRENGENGE said...

Dato'

Pemimpin kalau tak dak pengetahuan tauhid akan mampuih terbenam.Parti apa pun sama.Kalau buat bumi ni depa punya,habeh lingkoplah semuanya.Allah tak akan redho mereka.Semua akan di hisab.Celakalah mereka2 yang haprak....nauzubillah.

Pengikut2 pun sama akan terjun dengan labu2nya.Ikut buta-tuli.

Mana perginya Bersih Cekap dan Amanah,Penerapan Nilai2 islam,Islam Hadhari,dllnya.Habeh mampuih.Dan 1 Malaysia pun akan turut mampuih bila Najib tersungkur nanti.Itulah pentingnya kepahaman tauhid.

Tok sah buat apa,semua akan lingkop kalau berteraskan kepala hotak yang tak berotak.

Maaf cakap,kasar sikit.Tapi itulah hakikatnya.

Wassalam.

Anonymous said...

Ya Dato'

Pergolakan PR Beri Kesan Besar...

Adakah ini Bermakna Pergolakan Dalam BN TIDAK BERI KESAN BESAR?.......

Great Journalism Dato' Keep it Up and You will get an UMNO Posting Like Rocky Bru!!



Joe Black

Mandailing Rangkuti said...

Salam Tok Kadiaq.

Dibumi Malaysia orang Melayu mesti berpegang kepada prinsip KEMELAYUAN DAN KEISLAMAM.

luaskanmata said...

Salam semua:

Terbaca saja artikel ini, saya teringatkan gagasan yang pernah diutarakan oleh Ku li pada mulanya, kemudian oleh TG Hj Hadi dan dipersetujui Anwar iaitu kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan =pakatan rakyat +barisan nasional, dan bukannya

Kerajaan perpaduan =PAS +UMNO.

Wasalam.

kluangman said...

Agak seronok membicarakan dan melondehkan mana mana parti khususnya parti politik Melayu yang sedang dilanda krisis sekarang iaitu PKR dan PAS, setelah sekian lama kita londehkan Paklah, Najib dan UMNO.

Semua ini umpama membuka pintu dan tingkap rumah kita seluas luasnya, hatta pintu bilik tidor utama pun didedahkan juga, maka semuanya tersingkap.

Dengan tiga parti Melayu utama sudah disingkap...tunggulah masanya kita akan diganyang dari setiap penjuru oleh kawan kawan lama dan setia kita yang akan bersekongkol musuh tradisi.

Selamat menunggu.

pakbelalang said...

PKR boleh diklasifikasi sebagai "parti klas kasta rendah" dari segi moral.

Parti serpihan yang tidak ada kredibiliti untuk mentadbir negeri mahu pun negara.

Parti PKR boleh diumpamakan parti jalanan yang menjaja "barangan lusuh" berteduh di bawah pokok cherry untuk menarik pelangan yang melopong dan terlopong mendegar dan melihat gelagat persembahan pemimpin parti PKR terutamanya pemimpin "besar" mereka Anwar Ibrahim.

Jebon said...

TUAN...
Masalah yang PKR hadapi ni sudah saya jangkakan semenjak dari penubuhan pakatan tersebut.
Ini kerana tunjang PKR yang didukungi KEADILAN sendiri mempunyai masalah dari mula penubuhanya.
Bagi saya sesebuah parti yang ditubuhkan dengan perasaan dendam dan hasat dengki ni takkan kekal lama..ini perlu lu diingatkan kepada rakyat semua

Raja Abdul Rahman Dain said...

YBhg Dato' dan semua pembahas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa yang berlaku di tanah air kita adalah suatu perkembangan terbaik kerana ia telah membangunkan rakyat dari tidur lena. Kita hendaklah menjadikan diri kita sebagai penentu apa yang kita mahu pihak yang berkuasa lakukan. Kita janganlah terikat dengan sesebuah parti sehingga tidak sanggup menegur walaupun mereka membawa negara kearah kehancuran.

Pilihan raya ke 12 telah membawa perubahan besar kepada kepimpinan negara.Rakyat sekarang sedar bahawa pemimpin yang kita sangka hebat turut dapat dipengaruhi olih seseorang biasa dalam mencorakkan sistem kehakiman negara.Tak heranlah mengapa kita merasa pelik pada masa dahulu mengapa pemimpin Islam kita tidak gemarkan perundangan Islam berbanding dengan undang-undang sivil.

Kita juga sekarang mengetahui kepincangan pengurusan wang negara melalui pendedahan lapuran odit negara. Ini semuanya terlindung dibawah pelbagai akta seperti OSA dan sebagainya sebelum ini.Ini semuanya boleh terjadi (pendedahan )apabila BN hilang majoriti 2/3 dan beberapa Kerajaan Negeri.

Kita janganlah mengambil kesah sangat dengan apa yang berlaku dengan parti-parti politik mahupun BN atau PR.Mereka tahu apa yang mereka mahu. Yang penting kita meluahkan dengan tegas apa yang kita mahu mereka lakukan untuk kebajikan dan kesejahteraan negara dan akan memberi sokongan jitu kepada mereka yang sungguh-sungguh berjuang untuk negara.

Alhamdulillah Kerajaan sekarang sedang berusaha menepati kehendak rakyat. Marilah kita bersama-sama pantau samada ini adalah terbit dari hati yang murni atau semata--mata untuk memikat hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum sahaja.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Dato'

Pakbelalang says.

"The Malays have no choice but to fall back on either PAS or UMNO. Only a few frustrated elite Malays yang tak sedar diri will stick to PKR but not the ordinary Malays."

Analisa "Tajam" PakBelalang Terlalu Simplistic...

Semua nya bergantung pada sama ada UMNO dapat mengubah Image yang telah dicemari olih Korupsi dan Salah Guna Kuasa (Bolehkah Orang Melayu Menerima Melayu Lain yang telah salah guna Kuasa untuk kepentingan diri sendiri? Tak Mungkin)...

Dalam pilihanraya Umum Lepas (dan juga yang akan datang) bergantung pada jika Pengundi akan menolak BN/UMNO oleh sebab yang diatas...Tak Kira siapa pembangkan Melayu ke Cina Ke India Ke ...Ini termasuk Ahli UMNO Sendiri.



Joe Black

Anonymous said...

Dato'

Usia pertengahan adalah usia di mana banyak penyakit datang melanda. Penyakit menjejaskan menta dan fizikal seseorang. Namun, penyakit bukanlah penghalang bagi mana-mana insan untuk meneruskan perjuangan dan berbakti kalau setiap penyakit yang melanda itu disedari dan ditangani sebaik yang mungkin.

Lagipun keinginan untuk berubat menjadikan insan yang 'berpenyakit' berpeluang untuk sembuh atau penyakit berkenaan setidak-tidaknya berada dalam keadaan terkawal. Insan yang sedar dirinya berpenyakit dan seterusnya berusaha untuk mendapatkan rawatan akan mnjadikan mereka insan yang lebih baik dan mulia (tidak menipu diri sendiri dan tidak berserah kepada takdir semata-mata).

Mengatakan orang muda tidak dihinggapi penyakit adalah satu tanggapan yang salah. Bahkan ada penyakit yang menyerang secara mengejut dan membawa mudarat kepada golongan ini. Malah keengganan mana-mana pihak untuk menyedari hakikat bahawa golongan muda adalah juga terdedah kepada penyakit dan lebih teruk kalau mereka enggan dirawat sudah tentu meltakkan golongan muda ini tidak lebih produktif berbanding lain-lain kumpulan usia.

Dalam konteks politik, sememangnya PR dari segi usia adalah lebih muda berbanding BN. Tetapi itu bukanlah bermakna PR bebas daripada penyakit dan BN semestinya menghadapi masalah kesihatan. Contohnya, virus seperti H1N1. Virus berkenaan banyak menyebabkan masalah kepada golongan muda tetapi tidak kepada golongan berusia pertengahan.

Makanya untuk mengatakan PR adalah lebih layak memimpin negara kerana mereka adalah bebas 'penyakit' adalah anggapan yang tidak betul. Kenyataan sedemikian memperlihatkan yang PR mula memasuki fasa untuk menafikan itu, ini dsbnya semata-mata untuk menampakkan yang mereka mempunyai kelebihan dalam konteks berkenaan walhal ia adalah tidak benar.

Dalam kata lain PR boleh mengatakan mereka cukup 'sihat' untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara tetapi hakikatnya mereka juga adalah manusia yang tidak bebas daripada melakuan kesalahan dan kesilapan. Kengganan mengakui aspek ini menjadikan PR insan yang hipokrit berbanding dengan lawan mereka iaitu BN.

Kalau dulu PR mengatakan BN berada dalam dunia penafian tetapi sekarang ini keadaan adalah terbalik kot. PR sebaliknya yang sedang diulit sindrom penafian.

Justeru, oleh kerana antara PR dan BN tidak ada bezanya dari segi kerentanan terhadap penyakit, maka terpulanglah kepada rakyat untuk melihat dalam konteks semasa siapakah yang lebih 'sihat dan cergas' untuk terus memimpin dan memajukan negara.

ALPASIKU

affendi hussain said...

Tengoklah gelagat badut2 politaik ni..

Depa ni lah yang terus menerus memberi TEKANAN kepada rakyat..

TEKANAN KERANA SEKARANG MANA ADA PILIHAN..anda nampak pilihan lain atau rasa dah salah buat pilihan?

Kualiti Pembangkang di Malaysia HP6..menonong nak penuh tembolok agenda masing2 saja..pemimpin kerajaan pula macam kiki lala..

Rakyat terus tertekan..tiada lagi pilihan..

Jahanam negara dibuat mereka.. Alang2 nak jahanam..baik tembak saja badut2 politik ni dahulu dari terus menerus mencarca-marba negara..

Lebih baik ada diktator nasionalis yg bijak dari ada sistem demokrasi kandang lembu yang hanya NATO (No Action Talk Only)..skrg baru saya faham kenapa sesetengah tempat sistem ala-komunis amat berkesan berbanding demokrasi jika ahli politik macam budak2 spastik..rakyat Iraq pun lebih aman & selesa semasa Saddam memerintah..

One size do not fit all..especially the "american size" to us asian..

(",)

mack said...

AKUM DATO AKJ=PRU 13 semangkin hampir kepada kita mungkin ia berlaku dalam masa terdekat ini hanya PM sahaja yang tahu tapi kita boleh meramalkan keadaan ini bila serangan berlaku dan ahli2 parti masuk dalam news keluar parti kerana hilang kepercayaan maka sudah tentu dalam masa terdekat ini mungkin PRU 13 akan berlaku ini sudah menjadi tradisi bagi parti memerintah untuk memulakan serangan dari sudut saikoloji supaya gambaran kepada rakyat ialah parti itu parti ini dalam krisis yang amat dahsyat.Berbalik kepada apa yang berlaku dalam PKR bagi saya adalah perkara baik kerana bila berlaku krisis maka pasti dicari jalan penyelesian dan dapat mengukur siapa yang ada komitmen terhadap parti dan juga sebaliknya.PKR pada pendapat saya akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PRU 13 kerana parti ini didokong oleh mereka yang mempunyai idealisma dan karisma yang tinggi oleh pendokong parti sama ada pemimpin dan juga ahli2 nya kesimpulan nya inilah yang dibimbangi oleh UMNO/BN. PKR akan menang dalam majoriti campuran CINA.INDIA.MELAYU dimana majoriti sesuatu kaum itu dalam lingkungan 60% melayu 30% cina dan 7% india lain kaum 3% kerana undi yang berpecah ialah undi melayu mungkin yang akan mengundi BN melayu 70% cina 5% india 2% tetapi undi cina yang akan ke PR 95% india 5% melayu 40% dengan ini sudah cukup untuk menenggelamkan BN dengan sebab inilah krisis ini dibesar-besarkan oleh media arus perdana tak mungkin DATO tak faham kot kerenah media dinegara kita.Tapi PKR tidak mengalami perpecahan sebenar nya ia sengaja diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai keyakinan dan jati diri yang kukuh cuba kita lihat wujud krisis oleh mereka yang tidak mampu memikul amanah rakyat contoh ADUN changkat jering.ADUN behrang. ADUN pelabuhan klang.ADUN lunas itu hakikat nya kerana mereka ini tiada kualiti serta mempunyai kes dengan SPRM apakah mereka2 ini sama dengan menteliti BN kemungkinan ini ada persamaan nya. Saya percaya PKR akan tetap utuh dan ia akan menjadi pesaing yang kuat kepada BN/UMNO sementara DAP pula akan menjadi pesaing kepada MCA/BN manakala MIC akan lenyap dalam PRU 13 ini. sekian pandangan saya DATO AKJ=WSLM

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).