Tuesday, January 19, 2010

DAP Perkenal "Middle Malaysia" Untuk PR

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]


PARTI Tindakan Demokratik (DAP), tanpa riuh-rendah dan sorak-sorai, telah memperkenalkan konsep Middle Malaysia. (Minta maaf sukar diterjemahkan secara literal ke bahasa Melayu.)

Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, memperkenalkan konsep itu di Konvensyen Kebangsaan Ke-15 parti itu di Ipoh pada 17 Januari.

Menurut laporan Malaysiakini, Guan Eng memberitahu perwakilan bahawa Malaysia sekarang “at war with itself" (sedang berperang dengan dirinya sendiri) dan memerlukan jalan tengah yang mencakupi semua, sama rata dan menamatkan diskriminasi.

Penonjolan konsep baru ini mungkin tidak diketahui umum kerana media massa arus perdana tidak menyiarkan pengumumannya secara meluas.

Daripada nada ucapan Guan Eng seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, nyata DAP berhasrat menjadikan Middle Malaysia sebagai laluan tengah yang akan membawa Pakatan Rakyat ke destinasi mutakhirnya iaitu Putrajaya.

"Kita mesti mengisi ruang tengah pengundi yang pelbagai tetapi bersatu, moderat dan berpatutan, konsisten dan relevan buat rakyat biasa Malaysia. Kita mesti menjadi Middle Malaysia.

"Middle Malaysia adalah milik setiap rakyat Malaysia. Tidak seperti Malaysia (daripada kaca mata) Umno, dalam Middle Malaysia kita lebih mengutamakan perwatakan daripada warna kulit kita,” tegas Guan Eng.

Gagasan DAP atau PR?

Soalnya, adakah gagasan Middle Malaysia DAP ini berupa gagasan Pakatan Rakyat atau ia percubaan DAP mengambil alih pemanduan pakatan tiga parti itu?

Umum sedia maklum bahawa DAP adalah parti tua yang berpegang kuat kepada prinsip dan bergerak bersendirian sehinggalah dipujuk menyertai PKR dan Pas dalam pakatan pilihan raya pada tahun 2008.

Hasil pakatan itu, DAP mencapai kemenangan besar untuk menjadi parti pembangkang kedua terbesar di Parlimen selepas PKR dan buat kali pertama sejak penubuhannya pada tahun 1967, berjaya memerintah sebuah negeri iaitu Pulau Pinang.

Namun kepemimpinan DAP sentiasa sedar bahawa apa pun berlaku kepada Pakatan Rakyat, ia tidak boleh sama sekali menjejas keupayaan DAP berdikari dan terus menjalankan peranan sebagai parti majoriti Cina.

Dalam konteks itu, Middle Malaysia boleh dilihat sebagai penjenamaan dan penjelmaan semula Malaysian Malaysia yang sudah berusia 33 tahun.

Malaysiakini mengulas: "DAP juga mendapati dirinya menjadi sasaran pihak-pihak yang menuduhnya sebagai parti cauvinis Cina yang matlamatnya adalah menghakis hak istimewa orang Melayu dan menggugat Islam sebagai agama kebangsaan."

Ia menambah, sebelum ini DAP mempelopori konsep Malaysian Malaysia yang menekankan persamaan buat semua tetapi ditolak oleh majoriti orang Melayu.

Jadi, adakah Middle Malaysia berupa jawapan DAP kepada penolakan orang Melayu terhadap Malaysian Malaysia dan percubaannya meredakan perbezaan ideologi dan dasar yang luas di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya dengan Pas?

(DAP memperjuangkan negara sekular manakala Pas memperjuangkan Negara Islam. Dasar DAP lebih hampir kepada PKR yang memperjuangkan persamaan.)

Usaha Selamatkan PR

Dalam konteks semasa, Guan Eng mungkin memperkenalkan Middle Malaysia sebagai usaha menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada perpecahan akibat perbezaan pendapat yang luas mengenai penggunaan kalimah Allah oleh Roman Katolik?

Walaupun DAP memperjuangkan sekularisme iaitu memisahkan agama daripada pentadbiran, tetapi dalam isu penggunaan kalimah Allah, ia memihak kepada tuntutan Roman Katolik.

Malah supremo (ketua agung) DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa kepada Guan Eng, menggesa dan mencabar pemimpin Sarawak dan Sabah agar menjadi pemangkin perbahasan mengenai isu ini. (Kalimah Allah bebas digunakan untuk aplikasi lisan dan tulisan bahasa Melayu di Sarawak dan Sabah).

(Semalam Malaysian Insider memetik Menteri Barisan Nasional dari Umno, Mohd Nazri Abdul Aziz “mengumumkan” kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam bukan sahaja di Sarawak dan Sabah, malah di Pulau Pinang dan Wilayah-Wilayah Persekutuan.)

Soalnya, jika slogan ciptaan DAP ini diterima sebagai “teriakan perang” PR, bolehkah disimpulkan yang DAP kini muncul sebagai penentu dan pembicara ideologi (ideologue) Pakatan Rakyat?

Kemungkinan DAP muncul sebagai penentu dan pembicara ideologi PR tidak boleh ditolak bulat-bulat kerana Pas dan PKR mengalami perbezaan pendapat dalaman yang ketara dan mendalam mengenai penggunaan kalimah Allah oleh lain daripada orang Islam.

Nampaknya, DAP mula menyedari bahawa apa yang diucapkannya mengenai sekularisme dan langkah mayatnya dulu jika mahu menubuhkan Negara Islam sukar dilaksanakan.

Malah, dalam usahanya mengekalkan sokongan orang Islam Pulau Pinang, Guan Eng dengan bangganya memberitahu konvensyen di Ipoh itu yang kerajaan negeri pimpinan DAP telah menambah dua kali ganda peruntukan bagi kegiatan Islam dalam Belanjawan 2010 kepada RM24.3 juta berbanding 2008.

Kalau dulu DAP bercakap mengenai idealisme dan perjuangan, kini ia bercakap mengenai kemenangan. Atas landasan ini, DAP sekarang mengakui pentingnya undi Melayu.

Malaysiakini memetik Guan Eng sebagai berkata DAP tidak akan memang bersendirian dan memberi situasi di Negeri Sembilan sebagai contoh.

Katanya, walaupun DAP menang hampir kesemua kerusi majoriti bukan Melayu iaitu sebanyak 10 di ngeri itu, ia masih belum boleh merampas Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya umum 2008, PKR menang empat dan Pas satu di negeri itu.

Adakah Guan Eng mengambil Negeri Sembilan sebagai contoh semata-mata atau negeri itu kini menjadi sasaran kedua DAP selepas Pulau Pinang?

DAP Mahu PR Terima Middle Malaysia

Dan dengan yakin, Guan Eng berkata: "It goes without saying that we would expect our coalition partners to understand our platforms and build and expand our common grounds."

(Adalah tidak perlu disebutkan yang kita mahu rakan kongsi kita memahami platform kita dan membina serta memperluaskan aspek-aspek persamaan.)

Soalnya adakah DAP sebagai parti majoriti Cina mampu menjual konsep Middle Malaysia ini kepada Pas yang mendakwa dirinya parti Islam dan didukung oleh orang Melayu?

Sebenarnya, parti komponen PR yang lebih layak mempelopori konsep Middle Malaysia adalah PKR yang berupa parti pelbagai kaum dan komponen terbesar PR.

Buat waktu ini adalah sukar untuk membuat sebarang kesimpulan sahih mengenai konsep Middle Malaysia selain mengaitkannya dengan kemunculan Guan Eng sebagai jurucakap baru dan utama bagi Parti Tindakan Demokratik.

90 comments:

mekyam said...

salam tok scribe,

like most msians, i'm up to my gills with political slogans. however, i have to say that this new "Middle Malaysia" (MM) rah is a rather brilliant response to jeeb's "1Malaysia" (1M).

even if (as you said) linguistically MM is difficult to translate into malay, conceptually that hint of the word "tengah" (middle) lends to the term the idea of "golongan rakyat malaysia yg bersikap tidak keterlaluan, tidak berat sebelah atau berdismriminasi - yakni golongan yang sederhana dan boleh dibawa berkira".

it cleverly suggests that most msians ARE like that because everyone likes to think that 1) they are NOT unreasonable, and 2) they belong to the middle sane majority as opposed to being one of the contentive loonies who make up the fringes. :D

so while 1M comes across as merely asking people to aspire to unity, MM is addressing those who are intimated as already united by the common trait of being reasonable.

1M, while inspiring, is actually saying we are not united, so let us work towards unity. MM otoh is saying the majority of us already have a common ground - we all just want to get along. so let's work from there. clever!

this is not saying that PR leaders probably intend to follow through with the new slogan, to once and for all stop politicking and start administering. probably about just as much, or as little, as the BN leaders and their 1M cry. i'm just saying this MM cry is one slick comeback to jeeb's 1M. :D

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

"Middle..." banyak tersebut dalam mitos, termasuk oleh JRR Tolkien. Pramoedya pun sebut ada mitos "Middle..." dalam budaya Jawa. Oleh sebab Guan Eng yang sebut, mitos "Middle..." Cina mungkin lebih relevan untuk dirujuk bagi maksud tersiratnya. Yang tersurat memanglah DAP mahu kuasa di Malaysia. Tapi yang tersiratnya, DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai kiblat bagi Cina dari seluruh dunia. Dalam hal ini, yang tersirat kelihatan lebih mudah (cepat) dicapai berbanding dengan yang tersurat.

Tentang peruntukan itu, hanya Islam dalam PAS yang mungkin boleh dikelirukan bahawa sokongan kerajaan kepada Islam diukur berasaskan jumlah RM semata-mata.

pakbelalang said...

It looks like DAP is more focus than PKR and PAS. Both PKR and PAS do not seem to be knowing where their direction is.

Now it is clear that DAP is quietly doing their homework for their long term political strategy. As for PKR and PAS, I think it is very obvious that they are just passengers and the real driver is DAP in the Pakatan outfit.

Best of luck with the new Middle Malaysia concept. Whatever it is, I am still with ONE MALAYSIA concept !!!

Anonymous said...

datuk cakap..

"Walaupun DAP memperjuangkan sekularisme iaitu memisahkan agama daripada pentadbiran, tetapi dalam isu penggunaan kalimah Allah, ia memihak kepada tuntutan Roman Katolik."


kenapa datuk selalu buat analisis tehadap pihak lawan? Kenapa tidak buat analisis untuk parti sendiri, BN?

Apa kata MCA, Gerakan dan MIC?

Tidakkah mereka setuju kepada tuntutan roman katolik?

1jack

abdullahngah said...

Kebanyakan orang Islam termasuk orang PAS yang sudah mula terpesona dengan slogan "ikut cara Umar Abdul Aziz"

Orang kafir pernah berkata, "kami juga beriman" dan "ahli maksiat juga pernah berkata kami juga buat kebajikan" serta "Allah mencipta kami".

Yang malangnya ada setengah bijak pandai Melayu Islam, termasuk yang punya pendidikan Islam sangat percaya dengan orang kafir yang berkata "kami juga beriman".

seperkara lagi yang sangat mendukacita saya mereka boleh yakin dengan kata kata, "Allah cipta kami".

Atas sebab itulah mereka redha Kalimah "Allah" digunapakai oleh kristian.

Kamu boleh guna kalimah Allah tetapi jangan menyeleweng atau salah guna tanpa menyedari kristian dan dakyahnya yang sudah terlali jauh untuk memurtadkan orang Melayu di negara ini.

Itulah syarat yang dikenakan kepada orang kristian yang seolah olah tidak kenal "apakah itu Kafir".

Mungkin atas sebab terlalu ingin untuk memerintah negara mereka tergamak yakin dengan orang kafir yang sudah dicaop oleh Allah sebagai musuhNya.

Saya ingin sebut sekali lagi boleh dikatakan hampir semua kepimpinan PAS percaya dengan kata kata ketua menteri Pulau Pinang bahawa dia akan ikut cara pemerintahn Umar Abdul Aziz.

zainal abidin awang kechik said...

SALAM TOK

manpukah zambry pertahankan KERAJAAN NEGARI PERAK..

kita lihat .THE BN POWER.
mari kita tunggu bila tarikh permilihan NYA

salam untuk BONDA tok tercinta

alrawa said...

Rakyat telah terlalu lama diperintah olih Umno/BN yang mana pemerintahan itu telah dipenuhi dengan kebongkakan,kesombongan,pembaziran serta pilih kasih.
Saya berharap agar Pas,PKR dan juga DAP dapat menilai sebarang idea yang bernas dimana dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama. Tak kira parti mana yang mencetuskan idea tersebut.
Bagaimana pun rakyat terbanyak akan menentukan hala tuju negara dimasa akan datang dan rakyat terbanyak telah menzahirkan ketidaksenangan mereka terhadap BN pada PRU ke12 yang lalu.

kluangman said...

Apa sahaja yang dinamakan oleh DAP seperti Middle Malaysia atau 1Malaysia oleh Najib, ia sebenarnya seperti gula gula getah, enak dikunyah tetapi tidak mampu ditelan.

Lebih lebih lagi dalam keadaan negara di ambang kecah dan kecoh, adalah sukar menghasilkan sesuatu yang ideal dengan aman kerana prasangka kuat yang ada di semua pihak.

Ketika Mahathir meninggalkan legasi terbaik untuk Paklah, ia seharusnya diteruskan dengan sesuatu yang mengukuhkan dan bukannya cuba menunjuk pandai dengan merungkai untuk membina semula, akhirnya seperti tikus membaiki labu hinggalah ke hari ini.

Rakyat ingin menasihati parti parti tersebut bahawa slogan slogan mereka bukanlah tangkal azimat yang boleh menyelamatkan Malaysia jika 'cakap tak serupa bikin'. Rakyat ingin melihat 'tindakan' dan bukannya laungan slogan dan drama slogan yang dipamerkan media sekadar untuk terus 'memuji diri sendiri'.

Apa juga slogan, akhirnya setiap parti akan kembali kepada 'perkauman' untuk survival mereka. Tidak salah untuk kembali kepada kaum masing2 kerana itu yang kita mula dan asaskan sejak dulu. Tetapi dalam masa yang sama kembalilah kepada roh Perlembagaan dengan menghayati dan menghormatinya.

abe MIE 'TERJAH' said...

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP,"

Kata Ibrahim Ali

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk AKJ, Salam,

Setuju dengan Sdr Berassiam. Middle Kingdom Tolkein hanya khayalan. Tetapi MIddle Kingdom China adalah fakta sejarah, realiti. Tindak mustahil minda Sdr Guan Eng mengembara ke Tanah Besar China untuk menghayati keagungan The Middle Kingdom dan mendapat inspirasi untuk mencipta Middle Malaysia dalam acuan itu.

I know Sdr Guan Eng as studious, courteous chap even to opponents. We used to cross swords on ideological issues in our younger fire in the belly days, at the time when DAP was super cauvinistic, meaning Chinese, and people like me were accused of being revisionists or even anti-Chinese though we were as Chinese as Guang Eng and his DAP cohoots.

But I wonder if a leopard can ever shed its spots?

The Middle Malaysia may be another political ruse by the DAP to entice the middle Chinese and middle Malays and anything else in between the polical extremities. I think Pas will fall into this trap and PKR will cluelessly accept it. Remember, PKR being a cult-based party is devoid of ideology. DAP on the other hand is still deep in ideological struggle.

"Son of Yellow River"

Dr. Arshad Arif Din said...

Dato':

Idea "Middle Malaysia" oleh DAP cukup mantap sekiranya intipatinya dikaji betul-betul.

Cuba Dato' baca Resolusi ringkas DAP yang bertemakan "Middle Malaysia" di sini.

Saya gelisah kerana UMNO masih lambat dalam memformulasikan satu Resolusi yang ringkas dan padat mengenai wawasan dan strategi yang menyusur ke arah satu masa depan yang realistik buat Malaysia.

DAP sudah berjaya membina satu rangka ('framework') yang sesuai berdasarkan "Middle Malaysia" (rujuk link yang telah saya sertakan di atas). Alangkah baiknya kalau UMNO yang terdahulu dalam mengemukakan resolusi-resolusi "Middle Malaysia" yang di atas!

Apa respon dan tindakbalas UMNO kepada resolusi-resolusi DAP ini? 1Malaysia masih berada pada tahap retorik yang kabur. Saya menggesa pemimpin UMNO memperhalusi 1Malaysia agar ia lebih bermakna kepada rakyat biasa. Sekiranya dibiar begini saya bimbang kerelevanan UMNO akan semakin terhakis. Ini harus dielak.

langit biru said...

Dato' AKJ,

Middle Malaysia (MM) vs One Malaysia.

Bezanya "Middle" vs "One".

Kerajaan Islam Hadhari, berpaksikan tema "Islam Hadhari", dikahwinkan dengan slogannya, ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’.( Nak sebut pun susah, lama-lama "Terhilang".)

Kerajaan One Malaysia berpaksikan tema "One Malaysia" dikahwinkan dengan slogannya, "Juara Rakyat".

Tema dan Slogan kerajaan UMNOBarisanNasional memang "hebat-hebat". Semuanya fokus kepada "produk akhir" yang bagus-bagus, paling ke depan, juara, no 1.

Akan tetapi, RAkyat sudah mula sedar, slogan-slogan dan tema UMNOBArisanNasional itu cuma retorik politik semata-mata. Malangnya slogan tema retorik ini tidak fokus kepada jalan menuju "produk akhir". Jalan menuju paling ke depan, jalan menuju juara, jalan menuju no 1.

DAP nampaknya menunjukkan jalan menuju paling ke depan, jalan menuju juara, jalan menuju no 1. Pemandu,pembawa,pencetus, penentu "produk akhir" adalah rakyat. Dan diantara rakyat yang menjadi penentu adalah "Pengundi Atas Pagar (PAP)".

PAP bukan ahli politik,bukan ahli partisan, bukan pemain politik, bukan pemain partisan.

PAP adalah golongan yang unik, memerhati politik dan permainan politik berdasarkan keadaan semasa, mempunyai pendirian yang tersendiri, boleh "swing" kepada kepada mana-mana parti politik melalui undi rahsia.

Dan DAP "mendalami dan menyertai" pemikiran,emosi, dan langkah tingkahlaku PAP, supaya sama-sama berjalan menuju mencapai "produk akhir", paling ke depan, juara, no 1.

PAP itulah "Middle MalaysiaN...ruang tengah pengundi yang pelbagai tetapi bersatu, moderat dan berpatutan, konsisten dan relevan buat rakyat biasa Malaysia"....menjadi Middle Malaysia.

Tentu sekali konsep "Middle Malaysia" pada asasnya, memenuhi citarasa PAP berbanding konsep "One Malaysia" berdasarkan suasana keadaan politik semasa!

al-Deen-amin said...

DAP is digging deep into historiography for political direction for China was referred to the Middle Kingdom. Not surprising since DAP is Chinese driven.

Nazri claims that he is a samurai. Samurai konto that is. He has degraded the word and culture and hence the Japanese. A samurai is ever ready to commit the time-honored harakiri. Time and again he has proven himself a failure. The least he could do is to quit UMNO.

PR13 may present a different scenario for NSembilan. It may end up as part of the Middle Kingdom. Who wants an ignorant MB (as he claimed) who does not know the regulation or simply ignore such to transmit RM10 million to UK? He has become filthy rich and the rakyat wants to know how and from where?

ab said...

Salam dato,

Politicians in malaysia are in the deepest delusion and living in surrealistic world of their own...
the boundry of sanity is edging to the extreme limit..... macam orang mimpi celik! ...

Kata mat salleh, if you have dream while sleeping...you are dreamer.

Ifu you are dreaming while awake...you are psychotic!...

Semuanya surfeit kata mat saleh, haru biru,tak ketahuan,lintang pukang kata orang kat kampung!..


SUDAH LAAA LGE.... 2010 is a new season for peoples.


SEASON FOR EXPENSIVE LIVING in malaysia dan mula dah .... minyak,beras,gula etc.

Orang dah menyampah dengan politik dan politician...


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Sdr abullahngah

Tidakkah yang memurtadkan dan bakal memurtadkan orang Melayu kita atau menjadikannya Majusi dan Nasrani ialah kedua ibu-bapa yang melahirkannya?

Saji

Anonymous said...

Salam Datuk

Malaysia sekarang “at war with itself" itu kata-kata Lim Guang Eng.Mungkin ada benarnya.Kalau dilihat konteks hubungan kerajaan memerintah dengan kakitangannya yang menjalankan dan menterjemahkan dasar-dasar pemerintah sepatutnya dalam keadaan harmoni.Barulah segala dasar kerajaan akan dapat dijalankan dengan lancar tanpa segala kerenah birokrasi dan amalan rasuah.

Sejak akhir-akhir ini pendekatan PM Najib dengan kakitangan kerajaan adalah sebaliknya, kakitangan awam dapat menerima penjelasan kerajaan atas alasan kegawatan ekonomi dgn menafikan pemberian bonus tetapi pemotongan elaun cola secara tiba-tiba tanpa makluman kepada kakitangan awam telah dirasakan sebagai satu pengkhianatan dan langkah tikam belakang oleh PM Najib terhadap kakitangannya sendiri.

Rata-rata kakitangan awam belum menyedari situasi ini kerana pekeliling mengenainya iaitu penghapusan elaun cola dibuat secara senyap dan tanpa hebahan. Pm Najib tanpa sedar telah memberi “silver bullet” kepada parti pembangkang. Tidak mungkin PM Najib naif politik, kerajaan Pak Lah yang menaikkan gaji kakitangan awam pun akhirnya terpaksa akur apabila tidak mendapat sokongan jitu kakitangan awam bersabit beberapa dasarnya yang dipertikaikan.

Apakah PM Najib merasakan dengan menidakkan hak-hak kakitangan awam adalah sebagai resepi ubat pahit untuk memberi pengajaran kepada mereka yang tidak menyokong kerajaan yang lalu.Kalau itu persepsi PM Najib, maka beliau telah membuat satu diagnosis yang silap.Anak cucu kakitangan awam majoritinya rakyat marhaen iaitu umat Melayu, terkilannya kakitangan awam bermakna terhirislah majoriti rakyat yang kebanyakan terdiri dari cucu cicit,ayah dan bonda kakitangan tersebut.

Umum mengetahui, majoriti rakyat marhaen lebih mempercayai kata-kata kakitangan awam berkaitan pemerintah dan dasar-dasarnya berbanding ucapan-ucapan muluk pemimpin-pemimpin politik.Adakah pendekatan PM Najib terhadap kakitangan awam sekarang ini adalah “at war with itself".Jika benar maka Lim Guang Eng tidaklah silap.

Rakyat Marhaen.

langit biru said...

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang apa yang diperkatakan oleh AbdullahNgah.

Sebelum saya menulis lanjut, soalan saya kepada semua pembaca Muslim dan pendukung Islam, baik dari UMNO mahupun dari PAS:

Apakah DAP,MCA,MIC,GERAKAN,PPP,Makkal Sakti dan mana-mana parti politik di Malaysia yang ahlinya bukan Islam tergolong dalam KAFIR HARBI ATAU KAFIR ZIMMI?

Saya fikir, banyak kesalahfahaman yang membawa kepada bencana lahirnya dari para pengkaji Politik Islam dari generasi muda, yang agak terburu-buru mengambil ketetapan dan keputusan mengenai permasalahan politik negara Islam. Mereka mengeluarkan fatwa tanpa meneliti dengan lebih jauh, membahas dan bermesyuarat dengan ulama-ulama yang lebih berumur usianya dan lebih matang pemikirannya.

Bencana seperti pemuda-pemuda agresif berani meletupkan diri sendiri membunuh sesama saudara Muslim yang lain hanya kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan iklim politik semasa dengan Sunnah Rasulullah saw dan Sunnatul Quran.

Saya fikir beberapa ayat Al-Quran yang menjadi rujukan para pengkaji ini perlu dibahas,diteliti sebaik mungkin oleh para ulama dan dijelaskan kepada rakyat khususnya Muslim.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut: Ayat 1 , 8,9,13 Surah Mumtahinah(60), Ayat 28 Al-Imran(3), Ayat 138,139, 144 An-Nisa(4), Ayat 22 Al-Mujadilah(58).

60:1 "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian).

60:9 Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

60:13 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa.

3:28 Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pelindung dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).

4:138 Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih
4:139 (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.

4:144 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi pelindung dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?

58:22 Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya

60:8 Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Saya amat mengalu-alukan cendikiawan Islam, para ulama dan pendukung Islam memberi jawaban dan tafsiran tepat ayat-ayat di atas.

Juga tafsiran Kafir Zimmi dan Kafir Harbi.

Fiona said...

Middle? Dalam bahasa Melayunya berada ditengah-tengah. Sekiranya mengambil maksud tengah ini, seolah-olah DAP tidak ada pendirian tetap. Contohnya dalam isu kalimah Allah- dua kumpulan akan wujud iaitu satu kumpulan yang setuju da satu kumpulan lagi tidak bersetuju? Dimanakah pendirian DAP dalam hal ini? Kalau dilihat betul-betul, Ini boleh menimbulkan keadaan yang kelam-kabut. Ini baru isu kalimah Allah. Bagaimana pula dengan isu mewujudkan negara Islam oleh PAS? Mampukah PAS membentuk kerajaan Islam mengikut konsep “middle Malaysia” ini?

OKJ said...

Salam DAKJ

Mabuk bercintalah katakan

Saya rasa mereka perlu berterus terang saja. Kata je undi orang melayu sangat diperlukan untuk memerintah tanah orang melayu ni. Senang cerita. Tak payahlah nak berbelit-belit. Lagipun pengikut parti Islam liberal fahaman khawarij dah tak kesah pun. Tak perlulah buat-buat slogan baru.

Pak lebai yg perasan alim ni, bila sedang mabuk bercinta, semua benda jadi manis dan cantik. Kalau dulu berkawan dengan kafir pun dah salah, sekarang kafir baca surah Aura pun Ok je, malah kalimah Allah untuk dikongsi-kongsi pun tak apa. Ialah tengah mabuk bercintalah katakan. Dulu kononnya sebok nak tegakkan negara Islam dan hukum hudud, sekarang penzina dengan anak luar nikah dah didepan mata dan satu Malaysia pun dah jadi saksi, nak tegur pun kecut telur sampai tak terkata apa, siap ada negeri yg nak sponsor pulak. Ialah, sedang mabuk bercintalah katakan. Kentut pun jadi wangi.

Bila pemimpinnya kencing disana sini, pengikutnya pun kencing berlari-lari. Mulalah cari ayat dan surah mana nak diguna pakai untuk bolehkan berkawan dengan kafir laknatullah. Jangan pula nanti kafir pun diketegori ada yg boleh masuk syurga. Ialah tengah mabuk bercintalah katakan. Kentut pun jadi wangi.

Tapi satu je kena ingat sebab Pak lebai perasan alim ni tak berapa setia. Ialah, habis madu dicampaknya ke longkang. Bini tua tak mati lagi dah bermadu dua. Kalau dah nak tu, To ketua bagi ke tak anak daranya, mereka peduli apa. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Sorry to divert Dato,

I had just watch a debate on the use of the word "Allah" on Al-jazeera TV network. It is rather disgusting to observe Khalid and Marina were giggling when Yusri was trying to express his opinion. Shame on them to giggle when such a serious issue being debated worldwide as if they were trying to ridicule Yusri.

http://www.youtube.com/watch?v=zDac5GXjLMo

affendi hussain said...

Theoretical as it sound..its just the tip of iceberg..

Another typical product coming from politicians..mcm Wawasan 2020, 1 Malaysia etc.

The main chunck still lies within its implementation of the said theory..its called - the REALITY part of it..so how to mitigate/ ERP etc. in case thing do not go right in the MIDDLE of its implementation? Things are getting more & more complex in the 21st. century..Wow, everything seem so easy from the prespective of these dinosourous politicians' simplistic mind..i expect something different.

Risk management assessment anyone?

Definitely this is something i would not prefer to blindly swallow like some over optimistic people here would do..
Well, that's how things work in my world..

Convince me pls... do it in my world language..facts & figures.

("/)

Anonymous said...

Malaysian Malaysia......Middle Malaysia.......Malaysian Penang.....Malaysian Selangor.....Malaysian Perak....Malaysian NS..........GREATER SINGAPORE...



Mat Sabun

saji said...

Salam DAKJ dan rakan pembalas lain yang saya hormati

Sekali lagi saya terpanggil untuk menggunakan konsep dan ciri pengurusan dan organisasi moden (K&CPOM)untuk membincangkan tajuk poting Dato' ini seperti berikuit:

1. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, apa yang cuba diperjelaskan oleh pencetus mengenai apa yang dipanggil sebagai Malaysian Malaysia (DAP),Negara Islam (PAS), Islam Hadhari (UMNO)dan MIDDLE MALAYSIA (DAP) setakat ini, ia masih di peringkat apa yang dipanggil ASPEK KEMANUSIAAN K&CPOM tersebut melibatkan apa yang dipanggil CIRI gagasan,konsep, dasar,prinsip idea, pemikiran, teori dan pendekatan2 yang sebenarnya hanya mampu difahami sendiri oleh pihak pencetusnya sendiri dan mungkin segelintir para pendokongnya masing2, yang mana, secara kebetulan, ia dikaitkan atau menjelaskan cara GOLONGAN KEMANUSIAAN (dianggap termasuk GOLONGAN ULAMAK) di negara ini mencetus dan menjelaskan sesuatu CIRI gagasan, konsep............ tersebut yang ingin diperjuangkannya masing2 yang, lazimnya, dikaitkan dengan caranya menyelesaikan isu besar dan mendesak masyarakatnya.

2. Untuk maksud ia mudah difahami oleh pihak lain yang menjadi sasarannya iaitu rakyat, atau bagi menjelaskan mengapa ada pihak yang sukar memahaminya atau menganggapnya tidak lebih retorika, walaupun sudah banyak kali ia dijelaskan seperti Islam Hadhari, khasnya, ia, menurut K&CPOM, perlu disuntik dengan apa yang dipanggil sebagai CIRI ASPEK TEKNIKAL melibatkan ciri struktur organisasi(carta organisasi, pembahigan tugas, saiz dsb, peralatan dan kemudahan, sistem dan tata cara secara menyeluruh dan sepadu.

3. Mungkin ada yang bertanya mengapa CIRI-CIRI ASPEK TEKNIKAL tersebut tidak disuntiknya atau jika disuntik ia tidak menyeluruh dan sepadu?

Jawapan saya ada beberapa kemungkinan berikut:

Jika ia disuntik secara menyeluruh dan sepadu, mereka sama ada akan nampak jelas CIRI gagasan, konsep........... tersebut tidak boleh dipraktikan atau khayalan atau bercanggah dengan nilai perjuangannya sendiri masing2, mahupun menghadapi masalah pelaksanaan.

abdullahngah said...

Kafir zimmi dan kafir harbi boleh ditentukan apabila negara itu adalah sebuah negara islam dan undang undangnya ialah syariat Allah.

Kalau negara itu negara orang Islam yang undang undangnya ialah undang undang "kafir" hatta negara Arab sekalipun ia tidak boleh kategorikan kafir itu kafir zimmi dan kafir harbi.

Mungkin ada ulamak yang mengatakan boleh, kerana mereka adalah perwaris nabi konon.terutama sekali ulamak Islam "lebralisme" yang tafsir Quran dengan menggunakan "hawa nafsu" dan "imegenasi".

donosepataharam said...

Dear AKJ

The only thing 'middle' I could think of that best describes PR is the 'middle finger'. Period

Dr. Arshad Arif Din said...

Majoriti pengulas di sini tidak faham apa erti "Middle Malaysia" yang dikemukakan oleh DAP sebagai salah satu tunjang aspirasi bersama Pakatan Rakyat.

"Middle Malaysia" merujuk secara konkrit dan jelas kepada rakyat Malaysia yang bukanekstrem. Ia merujuk kepada golongan moderat, sederhana, tengah yang mahukan satu Malaysia yang makmur, stabil; satu Malaysia yang merupakan milik mereka, bukan milik golongan elit dan golongan yang terbabit dalam rasuah besar.

Golongan inilah yang secara realistik boleh dipujuk untuk menyokong pihak politik yang baru, lebih progresif, dan benar-benar boleh mengetengahkan hak dan kebajikan golongan rakyat yang besar ini.

Misalnya, mereka ini terdiri daripada golongan "middle class" Melayu yang menetap di Bangi atau Shah Alam. Sila rujuk rencana nukilan Wan Hamidi Hamid yang menerangkan konsep "Middle Malaysia" di sini.

"Middle Malaysia" merupakan satu sasaran strategi yang "spot-on" atau tepat oleh DAP bagi pihak Pakatan Rakyat secara keseluruhan yang selaras dengan perjanjian "Muafakat Rakyat" yang telah dirangka dan diterima oleh PKR, DAP dan PAS dalam konvensyen Pakatan Rakyat tahap negara bulan Disember lalu.

Ini bukan satu helah untuk mengepalai Pakatan Rakyat seperti yang didakwa oleh Dato' Kadir Jasin. Itu satu analisa yang salah dan mungkin berniat nakal, untuk menakutkan rakyat atau untuk mengeruhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Dr. Arshad Arif Din said...

Maklumat tambahan:

Akhbar Harakah melaporkan sokongan pemimpin besar PAS seperti Nizar Jamaluddin dan PKR seperti Saifuddin Nasution terhadap "Middle Malaysia" yang diketengahkan oleh DAP.

Saya sertakan di bawah beberapa petikan dari laporan tersebut:

“Guan Eng was stressing the need for Pakatan to stay rooted to its core principles of justice, fair and equitable distribution of the country’s wealth and resources to the rakyat rather than adopting sundry policies just to please ultra quarters on the basis that the end justifies the means. That is not Pakatan,” PAS leader and deposed Perak mentri besar Nizar Jamaluddin told Harakahdaily.

“We are a coalition that stands for moderation, not extremism. We insist on building an inclusive society for all based on the principles of mutual understanding, respect and trust between the various ethnic and religious groups,” Nizar added.

“We certainly welcome the strategy mapped out by Guan Eng and DAP,“ PKR secretary-general Saifuddin Nasution told Harakahdaily.

He suggested the direction that Pakatan must take if it is to win over Putrajaya and this is the middle path - where there is space and equality for all racial and religious groups. PKR agrees with this and believes it is also what the majority of Malaysians want and aspire to. But sadly, it has not been practiced by the BN government despite five decades of rule.”

Anonymous said...

Salam Dato'.

Org Cina mudah dalam memilih parti untuk di sokong.Kalau MCA dan Gerakan rosak prinsip,salah halatuju...mereka sokong DAP.Orang Melayu jika UMNO keluar dari landasan perjuangan jauh manapun....tetap setia pada UMNO.Mungkin percaya pada kata² manis pemimpin parti.Tanpa telus pada hati mengatakan tiada perubahan besar yg dilakukan sebenarnya.Saya yakin saya akan ikut cara org Cina.Saya akan undi PAS kerana UMNO masih begitu..sekurang²nya kalau PAS menang...org MELAYU masih di Parlimen.Mengikut perkiraan saya,dimana UMNO meletak calon...PAS pun letak calon.So kalau PAS menang semua pun...itu masih calon Melayu.Malas nak fikir yg selebihnya.Pemimpin UMNO ni nampaknya lebih sibuk nak pertahankan jawatan utk maintain asset,bukan bangsa sendiri.

Terima kasih, Malik Klang

Anonymous said...

Tergelak saya dengan semua sektor ahli
politicos negara kita memuntahkan
slogan demi slogan bagaikan satu paradim untuk membentuk rakyat masa depan . Adakah tujuan social engineering ini akan memberi satu sukses yang diharapkan olih penaja?

Kalau ada umur panjang kita akan dapat
lihat kecemerlangan atau kegagalan yang akan di rasai rakyat.

Namun demikian ,merely wishful thinking , bagaikan yang yang diwiridkan
olih tun dollah hadari - rakyat terbilang whatever= nampaknya tak menjadi.

Sekarang dap pula keluarkan fatwa -yang saya anggap nak mengcinakan
malaysia . Tetapi ini telah didahulukan [preempted ] olih media
prima yang menawarkan drama bersiri
cina dari pagi hingga malam untuk
mengcinakan kita semua.

Seterunya , pandangan saya adalah
tertera seperti berikut...

I start my rambling today with the introduction of a new term – chingkify

You chingkify a country when you introduce all things chinese -chinese language.
chinese dramas as in tv2,tv8,tv7 and tv3

The dap wants to `chingkify` all malaysians and the country.

According to wiki, middle kingdom is a chingky term to reflect the chingkiness
of the country china. Now the chinamen from dap wants all malaysia chingkified!

Lo and behold the wiki on middle kingdom

China is called Zhōngguó (also Romanized as Chung-kuo or Jhongguo) in Mandarin Chinese. The first character zhōng (中) means “central” or “middle,” while guó (国/國) means “kingdom” or “nation”. The term can be literally translated into English as “Middle Kingdom” or “Central Kingdom.”[1]
The concept of “zhōngguó” – The smallest circle in the middle is the “Tianzi”; surrounding it are two layers of officials. The outmost ring belongs to the vassal states. Outside that is “beyond civilization”, where the Yi, Man, Rong and Di resides.

The name “zhōngguó” first appeared in the Classic of History as the name for “the centre of civilization” or “Tianxia”, depending on the interpretation.[2]. The general concept of the term “zhōngguó” originates from the belief that the Zhou Dynasty is the “centre of civilization” or “centre of the world”, much like the “Middle Earth” concept of Europeans, while the ethnic groups in the four cardinals are called Eastern Yi, Southern Man, Western Rong and Northern Di respectively. However, there are different uses of the name “zhōngguó” in every period. It could refer to the guó (capital) of the Emperor, to distinguish from the guó of his vassals, as in Western Zhou; or it could refer to states in Central China, to distinguish from states in outer regions. It is also used, in later dynasties, by states who see themselves as the “legitimate” successors of previous dynasties, as in the case of the Southern Song Dynasty. Finally, it is used to mean the sovereignty in the traditional area “zhōngyuán (中原)” or “zhōnghuá (中華)”, which both have the same origins, such as in the case of the Republic of China
(“Zhōnghuá Mínguó (中华民国/中華民國)”) and the People’s Republic of China (“Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó (中华人民共和国/中華人民共和國)”).

So do not be lulled with the movie stuff from the middle kingdom of Tolkin.


notoktok

saji said...

Sdr Dr Arshad Arif Din

Kalau sdr baca tulisan saya sebelum ini dan di atas mengenai konsep dan ciri dan pengurusan organisasi moden (K&CPOM), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, penjelasan sdr mengenai Middle Malaysia tersebut walaupun sdr anggap sudah jelas tetapi, dari sudut K&CPOM, ia masih berleggar dalam ruang lingkup ciri aspek kemanusiaan K&CPOM, dalam erti kata ia hanya menjelaskan bagaimana pemimpin organisasi politik tempatan yang kebetulan golongan kemanusiaan menggunakan ciri aspek kemansiaan yang dinamakan interaksi dan komunikasi, dorongan kepimpinan dan kepengikutan,dorongan, resolusi konflik, pengetahuan dan kemahiran, sistem nilai dan fahamann ahli (organisasi)untuk menjelaskan gagasan, dasar, konsep, strategi politiknya dsb yang cuba diperjuangkannya, namun tanpa suntikan ciri aspek teknikal K&CPOM membabitkan persoalan struktur organisasi (carta organisasi, pembahagian tugas, saiz dsb)peralatan dan kemudahan, sistem dan tatacara yang amat diperlukan untuk maksud kefahaman dan pelaksanaannya.

pakbelalang said...

Dear Dato' AKJ,

What is Middle Malaysia?
What is Malaysian Malaysia?
What is ONE MALAYSIA?
What is "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?
Whatis Islam Hadhari?
What is Berseh, Cekap, Amanah?
What is Gemilang, cemerlang dan terbilang?
What? What? What?

It is all RUBBISH !!

Do we realise that the mother of all slogans is still the RUKUNEGARA.We need just that, period.

Why don't we just stick to it and move forward and together make our country safe and prosper.

The Rukunegara is a national slogan or philosophy which had been painfully crafted after the May 13.

If you were to reflect, why do we really need all kinds political slogans which at the end of the day will only confuse the rakyat?Gross stupidity!!!

The rakyat have already declared the following national philosophy as the one and only that stands which is very clear and concise.


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

langit biru said...

Dato' AKJ,

Bolehkah kita percaya Tema, Slogan, Manifesto, Resolusi, Consensus parti politik Malaysia?

Kita sudah dihidangkan dengan pelbagai nama diatas yang hebat-hebat, garapan penulisan dengan bahasa yang hebat-hebat, matlamat yang hebat-hebat, semuanya hebat-hebat PENDEK KATA DI ATAS KERTAS tiada yang tidak hebat melainkan semuanya hebat-hebat.

Apajua pelbagai nama pun, kalau jentera dan pemainnya sama, maka perkara yang hebat-hebat itu hanyalah seperti menanam tebu dibibir sahaja.

Dan contoh yang paling ideal adalah Tema, Slogan, Manifesto, Resolusi, Consensus dari UmnoBArisanNasional.

HASILNYA???

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
affendi hussain said...

Dato'

Saya tengok puak2 Melayu terlebih liberal ni lazimnya akan telan je bulat2 apa yg org bukan Melayu cakap & cadangkan seolah2 dah terlalu sempurna dan diluar kemampuan pemikiran dungu mereka untuk fikirkan..hidup hanya untuk "pleasing" org lain semata-mata.."apologetic".

Saya nampak kedua-dua pemimpin besar UMNO & PAS 2x5 je dlm hal ini..

Sebenarnya kalau dikaji secara psikologi majoriti pemimpin melayu ini menderita sindrom "inferiority complex"..ditambah dengan sindrom "koro" yg pernah disebut Dato' AKJ.

"An inferiority complex, in the fields of psychology and psychoanalysis, is a feeling that one is inferior to others in some way. Such feelings can arise from an imagined or actual inferiority in the afflicted person. It is often subconscious, and is thought to drive afflicted individuals to overcompensate, resulting either in spectacular achievement or extreme schizotypal behavior, or both. Unlike a normal feeling of inferiority, which can act as an incentive for achievement, an inferiority complex is an advanced state of discouragement, often resulting in a retreat from difficulties.
- from www.wikipedia.org

Kita bakal melihat tragedi cerita jenaka melayu lama, watak Pak Pandir dgn pakej kebodohannya pada tahap maksima bakal berulang jika gejala pandir-pandir & ketaksuban kepandiran ini tidak dibendung segera..

Maka bakal berlakulah episod..

"Ayam menang, kampung tergadai"

Syabas 1M & MM! 2x5. Why not just mention the truth, the obvious.. its 3M in Malaysia & that is our default standard since our independent..we only love to talk about equality and all those utopia theory but never work towards it in reality. Instead we're fighting to stay different.. what equal malaysian? Gila kah? cakap lain buat lain?

Hello kawan2..negara ini nama apa? Malaysia? Cinasia? Indiasia? Orgaslisia? Teras asal tamadun negara ini apa? Melayu? Cina? India? Semua kena pakai org punya sampai hilang jatidiri? Mahu jadi Pak Pandir dunia? Lebih hebat dari Raja Lawak..itu dah mcm Dewa Lawak Dunia..
Teruk sangatkah & dungukah kah sampai nak main terima saja acuan orang lain?

Use you logic & sense.. not just dollar & cents..before proceeding to the higher level of the Utopian dream, try resolving the basic 1-Sekolah system & Bahasa Kebangsaan first..where's the masterplan? How can those chemistry take place if we still fail to overcome the basic activation energy? Pls enlighthened me from this hogwash.

P/s: Entahlah Dato'..rasa kecewa sgt, letih, tensen.. agaknya nak kena tunggu Imam Mahadi lah kot gamaknya..

("/)

Anonymous said...

Datuk,

11 bulan Pakatan Rakyat perintah Perak, ramai usahawan Melayu yang supply barang ke pejabat-pejabat kerajaan negeri; hilang kontrak, hilang punca rezeki.

Semuanya sebab tak boleh nak lawan harga dengan pembekal bukan Melayu. Ditambah dengan polisi kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan persaingan terbuka dan harga paling rendah.

Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR semua kena musibat. Bab cari duit, bab cari makan, DAP main rembat tak peduli MIDDLE, left, centre or right.

Melayu UMNO pi la jumpa MB nak mengadu nasib. MB kata, kita tak boleh lagi nak harap tongkat. Kita kena bersaing cara terbuka. Salah kalau asyik-asyik fikir pasal kaum ni. Berdosa. Assobiyah.

Mari pulak Melayu PAS. Pun nak mengadu nasib jugak. MB kata, sabar , sabarrr.... sabarrrrrrr.... Kalau kita sabar, insya Allah, Tuhan akan tolong.

Masalahnya Datuk. Asyik sabar saja tapi tak buat apa-apa, lama-lama jadi macam cerita Bukit Kepong la. Tok Penghulu dok asyik nak sabar, balai polis hangus terbakar.

MIDDLE MALAYSIA?

Kalau dah tuhan nya duit dan tabiatnya ultra kiasu, tak payah nak temberang la.

Pak Lebai mabuk asmara boleh la kena tipu.


-sinbad-

saji said...

Salam Dato'

Bagi saya, apa yang dijelaskan oleh PM, DSN mengenai gagasan 1Malaysia beliau itu, dan apa yang beliau telah terjemahkan kepada realiti pelaksanannya itu, ia sebenarnya gsgasan Middle Malaysia KM,LGE DAP.

Malah, dari sudut inovasi/penciptaan produk baru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, Middle Malaysia merupakan satu cubaan oleh parti DAP/PR untuk melakukan apa yang dipanggil reverse enginerring/kejuruteraan songsang terhadap gagasan 1Malaysia DSN, dalam erti kata menjelaskan lagi maksud gagasan 1 Malaysia untuk ianya mudah difahami dan diterima oleh rakyat di negara ini.

saji said...

Adr affebdi hussain

Sdr tanya, "Teruk sangatkah & dungukah kah sampai nak main terima saja acuan orang lain?"

1. Kalau kita banyak terima idea/ sistem2 daripada tamadun Inggeris -Barat dulu, apa masalahnya kita terima idea/sistem daripada tamadun Cina pulak?

2. Tamadun mana yang lebih tua? Cina atau Inggeris-Barat?

3. Tidakkah Nabi kita sendiri dulu menyarankan kita umat Islam pergi belajar ke negeri Cina?

langit biru said...

Dr Arshad Arif Din said,

"Majoriti pengulas di sini tidak faham apa erti "Middle Malaysia" yang dikemukakan oleh DAP sebagai salah satu tunjang aspirasi bersama Pakatan Rakyat".

Ulasan Dr Arshad tu baik. Baik bilamana membaca apa yang tertera di atas kertas, membaca dalam bilik berhawa dingin yang luas dan besar, baik sebagaimana seorang guru bahasa membaca dan menyemak kertas karangan peperiksaan muridnya.

Realitinya dalam kehidupan bermasyarakat macammana?

....mungkin Dr Arif Arshad mula terpesona dengan garapan penulisan gagasan "Middle Malaysia"!!

.....selamat datang Dr.

langit biru said...

AbdullahNgah said,

“Saya ingin sebut sekali lagi boleh dikatakan hampir semua kepimpinan PAS percaya dengan kata kata ketua menteri Pulau Pinang bahawa dia akan ikut cara pemerintahn Umar Abdul Aziz”.

Apabila AbdullahNgah menyebut sekurang-kurangnya 2 kali kenyataan di atas, maka saya percaya AbdullahNgah telah membuat penilainan dan pemerhatian yang tersendiri. Elok sekali kiranya AbdullahNgah sertakan penjelasan bukti yang lebih meyakinkan, bukan sekadar kenyataan semata-mata.

Saya mengambil pendekatan tidak bersetuju dengan kenyataan AbdullahNgah diatas. Adakah hampir semua kepimpinan PAS terpesona dan terlena hingga lupa peringatan yang begitu banyak dari Al-Quran dan Al-Hadis, lupa sejarah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat, hanya semata-mata Guan Eng kata nak ikut cara Umar Abdul Aziz? Kalau begitulah, tak padanlah dengan usia parti yang lahir dari Biro Agama UMNO lebih 50tahun yang lepas.

Khalifah Umar Abdul Aziz juga seorang pendidik,seorang bapa yang hebat. Puteranya Abdul Malik juga dikenali sebagai seorang pemuda yang bertaqwa, beriman dan penuh bersemangat. Hebat hebat Umar Abdul Aziz, beliau gagal dan tidak boleh mengeluarkan Khilafah dari ruang lingkup pengaruh Bani Umayah.

Pendekatan pemerintahan yang beliau ambil penuh hikmah, berhati-hati dan mengikut tahap-tahap tertentu yang fleksibel. Hinggakan Puteranya menegurnya, “Wahai ayah, mengapa aku melihat engkau selalu lambat dalam menerapkan segala urusan? Demi Allah, aku tidak peduli sekalipun takdir merenggut kita selagi berada di jalan Allah”.

Apa yang dibincangkan kedua beranak ini adalah strategi pemerintahan, strategi menjaga kepercayaan, keyakinan, keamanan dan keharmonian rakyat jelata. Putera Abdul Malik, sesuai dengan sifatnya yang penuh bersemangat, mahukan bapanya melakukan segala perkara perkara kebaikan secara aggresif dan pantas, tanpa mengambilkira sangat akibatnya selagi berada di jalan Allah.

Jawab Umar Abdul Aziz, “Janganlah engkau tergesa-gesa anakku, kerana Allah mencela khamar dalam Al-Quran di dua ayat kemudian mengharamkannya di ayat yang ketiga. Aku khuatir jika aku membebankan kebenaran kepada manusia secara keseluruhan, mereka jesteru menolaknya secara keseluruhan, sehingga hal itu jesteru mendatangkan cubaan”.

Pentahapan pendekatan yang dilakukan oleh Umar, sesuai dengan keadaan pemerintahan dan sosial rakyat semasa. Pentahapan sedemikian cuba diterap oleh kepimpinan PAS, bukan bererti percaya 100% kepada kata-kata LGE. Kepimpinan PAS tidak secetek itu pemikiran dan pengalamanya!

A KADIR JASIN said...

Dear debaters and readers,

IS Middle Malaysia an extension of the Common Policy Framework (CPF) presented by Pakatan Rakyat’s coordinator Zaid Ibrahim on last Oct. 18?

Is it part of the so-called agenda for change and reform that the Pakatan has been talking about?

According to a Malaysiakini report on Oct. 18 last, the CPF would be driven by the alliance's long-touted agenda for change and reform.

The agenda promises to restore the doctrine of separation of powers, checks and balances, public accountability, transparency and weed out abuse of power and exercises in absolute power.

Judging by Zaid’s reaction as reported by Malaysiakini today (Jan. 21), Middle Malaysia is neither.

Commenting on the concept, Zaid said “the surest way to get the concept of 'Middle Malaysia' airborne was to give it the launch pad of a core curriculum in the national education system.

"Essentially, our education system lacks a core curriculum," said Zaid, in remarks to Malaysiakini on the concept articulated by DAP secretary general Lim Guan Eng at the party's convention in Ipoh last weekend.

Since floating this idea, Guan Eng has come in for criticism from friends and foes alike, the mildest of them claiming that the idea is a facile imitation of former US President Richard Nixon's 'Middle America'.

In the late 1960s and early '70s, Nixon claimed 'Middle America' was the repository of all that was salt and sane about the American Dream, and therefore was at odds with the elitist liberal hubs on the west and east coasts of the country.

Malaysiakini’s Terence Netto, wrote:

“In the growing debate on Guan Eng's concept, Zaid Ibrahim has weighed in support of the Penang Chief Minister.

“Zaid said he agreed with Guan Eng that nation-building in Malaysia has to be done all over again.

“He said this was because the divide and rule policies of the Umno-dominated Barisan Nasional had fragmented the Malaysian people into mental cantons and ghettoes.

"Citizenship is all about shared values but Umno's policies are all about ethnic segregation and racial ghettoes," said Zaid.

My question is this:

Will Malaysians of various races and ethnicity be willing to give up their race-based school systems and adopt the National School (Sekolah Kebangsaan) System?

According reports, attendance in National Type schools (read Chinese and Tamil) had risen in recent years with more Chinese and Indian parents sending their children to National Type instead of the National Schools.

This trend towards favouring the National Type schools coincides with the falling influence of the BN and the rising power of the PR.

So, while on the one hand LGM spoke about the importance and prevalence of “middle Malaysians”, on the other, the size and influence of the “extreme Malaysians” are rising.
I am saying extreme and not extremist.

Thank you

Wan Shamsudin said...

Salam Dato;

Tak payahlah kita sibuk memikirkan 'Middle Malaysia'. Semua ini hanya propaganda DAP. Begitulah hidup orang berpolitik, kononnya.

Guan Eng mesti terjemahnya dengan bahasa yang mudah agar semua orang bolih faham.Nampaknya Nizar dan Saifuddin sahaja yang memang faham, sebab itu mereka tunjuk menyokong.

Guan Eng bertuhankan Singapura. Apakah ada Middle Singapore? Tengok jurangnya. Jangan terpedaya. Itu hanya cakap dan janji sahaja.Apakah yang baik di lakukan olih Guan Eng di Pulau Pinang yang bolih membanggakan kita???????? Si Pas dan PKR tu sokong buta, nak tunjuk sokong saja tapi sokong apa???? Mahu contohi Pemimpin Islam, Umar Abdul Aziz, kononnya.Tepuk dada tanya selera!

Saya tidak akan pernah menyokong Pakatan Rakyat kerana saya tahu AGENDA mereka. Hanya agenda orang politik mentah dan 'frustrated' saja.

Si UMNO dan Barisan Nasional pun satu hal. Tadbirlah dengan baik, jujur dan berintegriti.Kini saban hari macam macam cerita tentang rasuah dan bermacam macam lagi.Tengoklah dalam BN, ramai nak jadi HERO dan CHAMPION sehingga ada yang kurang ajar, atau memang benar perangainya kurang ajar.

Dalam kempen pilihanraya, janji seribu janji.Apabila di pilih, maka janji jadi asap dan mereka jadi orang yang tak beramanah pula.

Semua ini membuat Rakyat MUAK, tapi tentunya kita tidak mahu bangsa kita jadi PELARIAN di Negara sendiri?????

Semoga kita tidak menyesal di kemudian hari akan keputusan yang kita akan buat demi perpaduan bangsa dan agama.

langit biru said...

"Will Malaysians of various races and ethnicity be willing to give up their race-based school systems and adopt the National School (Sekolah Kebangsaan) System?"

Hanya Melayu yang sanggup!

Inilah kegagalan UMNOBArisanNasional!

Sebagaimana tulisan saya sebelum ini, tidak seorangpun pemimpin kanan UMNO berani'jentik' sekolah jenis kebangsaan.

Indonesia, nama orang Cina pun dalam bahasa Indonesia, begitu juga di Vietnam, Thailand. Hanya ada sistem sekolah sahaja.

Tu lah cara untuk pupuk perpaduan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Di mana bumi dipijak disitu bumi dijunjung.

saji said...

Sdr langit biru

1. Sdr bertanya, " Bolehkah kita percaya Tema, Slogan, Manifesto, Resolusi, Consensus parti politik Malaysia? "


Kita boleh percaya dengannya jika tema, slogan manifesto, resolusi dan consensus parti politik Malysia itu disetakan, atau disusuli sekurang-kurangnya, dengan usaha2 untuk menterjemahkannya kepada dasar2 awam yang masing2 ingin perjuangkan - ekonomi, pendidikan, sosial, keselamatan dsb. dalam bentuk belanjawan, undang2 dan projek/rancangan di peringkat makro, dan akhiri dengan perbincangan dengan golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan di setiap kementerian yang seadanya bagi maksud, pertama; menyuntik ciri2 aspek teknikal K&CPOM (rujuk tulisan saya sebelum ini) yang sesuai - struktur organisasi(carta organisasi, pembahagian tugas, saiz dsb, peralatan dan kemudahan, sistem dan tata cara sebagai mekanisme penterjemahan dasar awam tersebut di peringkat mikronya,dan kedua, bagi memastikan segala objektif dasar2 awam masing2 sasarkan tersebut tercapai.


2, Sdr berkata, " Kita sudah dihidangkan dengan pelbagai nama diatas yang hebat-hebat, garapan penulisan dengan bahasa yang hebat-hebat, matlamat yang hebat-hebat, semuanya hebat-hebat PENDEK KATA DI ATAS KERTAS tiada yang tidak hebat melainkan semuanya hebat-hebat.

Apajua pelbagai nama pun, kalau jentera dan pemainnya sama, maka perkara yang hebat-hebat itu hanyalah seperti menanam tebu dibibir sahaja."

Berdasarkan hujah saya dari sudut K&CPOM sebelum ini dan di atas, tidak salah bagi parti politik di Malaysia mencetuskan gagasan demi gagasan yang sdr kata bunyinya hebat2 itu, atas alasan, pertama; ia masih di bawah tanggungjawab golongan kemnusiaan seperti sdr (dianggap meliputi golongan ahli agama/ulamak) di bawah K&CPOM, dan kedua; cara dan kemampuannya menggunakan ciri2 aspek kemanusiaan K&CPOM - interaksi dan komunikasi, kepimpinan dan kepengikutan, dorongan, resolusi konflik, pengetahuan dan kemahiran, sistem nilai dan fahaman ahli/masyarakat dalam menjelaskan dan melaksanakan dasar2 awam yang diperjuangkannya masing2.

3. Apa yang saya ingin timbulkan di sebalek hujah saya di atas dan sebelum ini mengenai hal yang sama ialah, parti politik Malaysia atau negara mempunyai dasar2 awam yang cantik2 dan hebat2 yang seteraf dengan di negara maju, tetapi tidak menyedari bahawa, pertama; menghadapi masalah penterjemahan dasar2 awamnya di peringkat mikro di atas, dan kedua; berdasarkan pengalaman di negara2 maju, tidak menyedari pentingnya ciri2 aspek teknikal K&CPOM tersebut diubah atau dibaiki dari semasa ke semasa sebagai caranya mengelak dasar2 awamnya diselewengkan oleh pihak2 berkepentingan.

Sivalingam said...

Dato' Kadir:

You zoom in on the question of "whether Malaysians will go for a single school system".

The answer is simple: it is very possible under two conditions. These two conditions the ruling government has so far refused to highlight publicly and address:

1. Raising the standard of education in the curricula of public schools to be on par with that offered by Chinese/Tamil schools so that the confidence of non-Malays are captured that their children will get good education, rather than education that is of a quality that is reduced to cater to certain groups.

2. That the mother tongues are taught in national schools in a more consistent and serious manner, rather than secara 'sambil berbatuk di tangga' as it is right now. The ruling government is not emphasising the mastery of multiple languages, that is, Malay, English and another mother tongue. Instead, the debate has always been about how Malay must be mastered. This is absolutely correct of course: we all should have a good command of Malay. I do. But the cultural and linguistic needs of the major races in Malaysia cannot be neglected or diremeh-temehkan and must be seriously and wholeheartedly pursued.

If these two conditions are met, I don't see why non-Malays will not enroll their children in Sekolah Kebangsaans in droves.

But the ruling coalition appears, for political reason, not seriously willing to institute these reforms. They only shout and cry that 'we need a single stream education system', without going further to actually make it truly possible.

So I suggest Dato' you raise this matter with people like Mukhriz Mahathir who are all slogan ('we need single stream schools!') but empty of substance (that is, not willing to tackle the core policies that will enable this, in a holistic and multicultural way).

saji said...

Sdr pakbelalang

Whatis Islam Hadhari?

Mengikut kefahaman saya dan apa yang saya pernah tulis kepada bekas PM Pak Lah dulu ialah seperti berikut:

Islam Hadhari merupakan satu usaha murni para pemimpin tertinggi UMNO melaksanakan projek konservasi/pemuliharaan terhadap khazanah/harta warisan umat dan tamadun Islam silam di zaman keemasannya yang meliputi ilmu2 ukhrawi dan duniawi Islam melibatkan kebanyakannya ilmu2 Islam tersebut yang boleh diijtihadkan atas alasan untuk disesuaikan dengan keadaan (dalam bentuk kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dan ajaran Islam), masa dan tempat di Malaysia,khasnya dan di seluruh dunia amnya, di mana penekanannya dari segi struktur nilai/ value structure yang dipegangangnya/mempengaruhinya untuk melakukan projek konservasi tersebut, jika dilihat dari sudut ilmu konservasi bangunan berjarah, ia berkisar kepada struktur nilai yang dinamakan nilai gunaan/ use value iaitu nilai politik, ekonomi, etnik.

Mustapha Ong said...

Salam saudaraku DAKJ,

My take today is DAP has again coined another significant campaign slogan under their political branding of "Middle Malaysia". I was told that they are also coming up with a patriotic song to capture the minds and hearts of the Chinese supporters, who are now loosing faith in MCA and Gerakan leadership.

Translated literally, "Middle" means "Jung" likened to the Middle Kingdom, the center power of the scholastic Chinese. Personally speaking DAP is not the least worried about PKR and PAS in not supporting them. On the contrary, DAP will be more politically worried if the Malays in PKR and PAS decide to cross over to UMNO.

Today, Malaysians who are more politically matured should exercise the rights to choose the next government in the coming 13th GE which is expected to be in 2011 or early 2012.Malaysia needs real opposition to the government in power, not just political cosmetic or salad dressings in order to maintain a "check and balance governance".

BN is loosing its branding and the component parties are all in political limbo as of today. Pretty soon they will be politically OKU if they fail to meet their political KPIs in the quest of public demand.

Having said that, I still love 1Malaysia and Juara Rakyat. Syabas UMNO under the leadership of PM Najib Razak.Good luck to DAP's "Middle Malaysia".

Anonymous said...

MUHYIDDIN BIDAS KERAJAAN PEMBANGKANG TIDAK BAWA KEMAJUAN – melayau

Muhyiddin Yassin membidas kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu kerana gagal memajukan negeri yang ditadbir menyebabkan rakyat tidak menikmati kemajuan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata, hasil lawatannya ke beberapa negeri berkenaan baru-baru ini juga mendapati, mereka masih gagal untuk melaksanakan program pembangunan walaupun telah lama diberi mandat oleh rakyat.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri pembangkang hanya lebih banyak berpolitik dan tidak mempunyai agenda tertentu terutamanya dalam soal membangunkan negeri mereka.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih banyak berusaha untuk membangunkan rakyat dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal politik.

KAH KAH KAH.. KAH KAH KAH..

woit… BILA SEMBAB BERFATWA… SATU MALAYSIA TERBARAI KETAWA… kah kah kah..

woit…NAK BUAT PEMBANGUNAN APA KE JADAH…kah kah kah..

woit…NAIK TANGGA … TERPIJAK TAIK…. kah kah kah…

kah kah kah… BUKA PEJABAT… TAIK JATUH… kah kah kah..

kah kah kah… BUKA LACI… TAIK TERKUMPUL… kah kah kah…

woit….LIMA PULUH TAHUN TAIK KERING GEROMBOLAN BERSEPAH SEPAH…. kah kah kah..

woit…TANAH ORANG KAMPONG KENA REMBAT…. kah kah kah…

woit…DI SELANGOR GERAN TANAH BERTINDEH TINDEH…SATU TANAH SEPULUH TUAN…kah kah kah…

kah kah kah... DI KUALA LUMPUR TANAH OARNG KAMPONG KENA REMBAT...kah kah kah

kah kah kah…DI SELABGOR..GEROMBOLAN SUDAH JUAL GERAN ATAS ANGIN…kah kah kah..

woit… BUKAN SAHAJA KEEWANGAN NEGERI HILANG… FAIL FAIL PUN HILANG… kah kah kah…

woit… MEMANG SAHEH SATU FATWA SEMBAB… GEROMBOLAN TIDAK MEMIKIR SOAL POLITIK….kah kah kah

kah kah kah… GEROMBOLAN ROMPAK SAJA…ASAL CUKUNG BAGI FULUS…. kah kah kah..

woit… HABIS SATU GUNUNG DI BAHAM LIM GO TONG… kah kah kah..

woit… HABIS SATU BUKIT DIBAHAM VINCENT TAN… kah kah kah..

woit… HABIS SATU SENTUL DI BAHAM…FRANCIS YEOH… kah kah kah..

woit... HABIS SATU TAMAN BAGI ANANDA...kah kah kah

woit... SATU PELABUHAN BAGI PADA TIONG...kah kah kah

woit.. HENTIKAN TANAH DI RAMPAS CUKONG…kah kah kah….

woit… LIMA PULUH TAHUN… MANA DIA BANDAR MELAYU….kah kah kah..

woit… LIMA PULUH TAHUN MANA DIA PEKAN MELAYU….kah kah kah..

woit… CAKAP KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah…LIMA PULUH TAHUN IALAH KETUANAN CUKONG…. kah kah kah…

woit... CUKUPLAA... JANGAN JADI BARUA CUKONG...kah kah kah..]

woit... HENTIKAN LAA MENIPU MELAYU...kah kah kah


nota:
tak payah cakaplaaaa
pakatan baru cuba mentabir dua tahun
itu pun banyak kena sabotage
itu pun banyak kena halang

man remos

Anonymous said...

saya lihat kawasan saya di dun ulu kelang malah kebykn negeri diperintah PR semakin bersih serta sgl kerja tertangguh di selesaikan..yg tak siap DEWAN UMNO KG DATO AHMAD RAZALI..ampang!

bijan

yes said...

Assalamualaikum Datuk,

Malaysia ni tak habis habis dengan selogan, pemimpin nya tak sentiasa nak cari publisiti, masyarakat madanilah, 2020 lah, Islam hadari lah, satu Malaysia lah dan akhir akhir ini Middle Malaysialah. Dan pengampu pula jadi burung kaka tua, ulang sahaja apa yang NO 1 kata.

Apa salahnya kita berpegang teguh dengan Rukun Negara. Tak payah tukar selogan selalu sangat

Anonymous said...

Tuk,

To be fair to LGE, we should direct our criticism to what he did and not what he preaches. Take example Penang under him. One example, can he reverses the trend that Malay in Penang can only afford to live in the mainland and mainly their rich Chinese cousin can enjoy nice sea breeze from their expensive high rise condominium or sea front bungalow in Penang's Island. This is a classic example of "economic power". Ex-UMNO leader from Penang like Sdr Anwar Ibrahim has failed this miserably. This is another classic example of "so-called Malay political power". In the end, who benefited it ?. Who has the the economic power ?. Think !

Middle ?. If you are either PR or UMNO-led BN, that is the trend now. Whenever new slogan coined by PR leader, there wil be "berduyun2" statement from other PR leaders and their news portal/bloggers support it. Even 1Msia is good in term of uniting people, PR leaders won't support it. Don't be so naive, this is politic. What middle you are talking about ?. If LGE wants to win heart of Malay voters, let prove in Penang first. But please don't 'buy' Malay voters by increase your State expenses or debt. At the same time hurting majority Malay Muslim voters feeling by supporting high court decision on ALLAH word. The fact that born and live in Malaysia but still find it difficult to understand the Malay and it's Muslim religion in Malaysia.

Maybe what we need is the independent voters or the 3rd force. Just as ever ready to dump either PR or BN.
Think !

Anonymous (2)

saji said...

Sdr sinbad

Sdr berkata, "11 bulan Pakatan Rakyat perintah Perak, ramai usahawan Melayu yang supply barang ke pejabat-pejabat kerajaan negeri; hilang kontrak, hilang punca rezeki.

Semuanya sebab tak boleh nak lawan harga dengan pembekal bukan Melayu. Ditambah dengan polisi kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan persaingan terbuka dan harga paling rendah."

1. Apa reaksi sdr jika muamalat Islam sendiri mengatakan bahawa, persaingan terbuka atau tender terbuka itu bukan sahaja memenuhi takrif hukum/kontrak jual beli Lelong Islam bagi mendapatkan tawaran harga yang paling rendah atau tinggi,bahkan memenuhi aspek rukun, syarat sah penggunaan dan contoh penggunaannya?

2. Bagaimana pula reaksi sdr jika prinsip muamalat Islam mengatakan bahawa,haram menyekat dan monopoli barang dagangan ke pasaran terbuka untuk maksud menentukan/mengawal harga pasaran,sepekulasi harga dan monopoli pasaran seperti monopoli supply barang ke pejabat-pejabat kerajaan negeri di Malaysia oleh supplier bukan Melayu?

saji said...

Sdr keluangman

Sdr berkata, "Ketika Mahathir meninggalkan legasi terbaik untuk Paklah, ia seharusnya diteruskan dengan sesuatu yang mengukuhkan dan bukannya cuba menunjuk pandai dengan merungkai untuk membina semula, akhirnya seperti tikus membaiki labu hinggalah ke hari ini."

Tidakkah Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Paklah itu sesuatu yang mengukuhkan legasi Dr M,berbanding dengan 1Malaysia DS Najib? Kalau YA, siapakah pemimpin besar kita yang menjatuhkan Pak Lah bersama-sama Islam Hadharinya?

mekyam said...

dear tok scribe,

before our malaysia becomes economically irrelevant in the world, two messages need to be heeded fast:

to the politicians:

MORE SLOGGING, LESS SLOGAN!

to all malaysians:

MORE SLOGGING, LESS SLUGGING!

pakbelalang said...

Can we just forget all those slogans and lets be practical. All we need is to move forward and look at the brighter side of things. I think Najib is behaving like a real corporate man trying his very best to find the best strategy to move the country forward to achieve better economic growth and improve the well being of the rakyat. He has the ingrediants to make our country more productive if there are less political distractions.

No leaders can achieve anything at all if the political conditions are in a state of turmoil.

pakbelalang said...

Malaysia gets poor marks for human rights


KUALA LUMPUR: To ensure it stays in control and in power, the Malaysian government has turned its back on promises to protect people’s rights, said Human Rights Watch.

comment:

It is all bullshit report. The security of the country comes first. If some irresponsible people trying to destabilise the country then they deserve to be reprimanded and put into jail without trial. I don't care about the human rights report. Freedom of expression has a limlit. In multi-racial country we cannot have freedom according to western standard. The structure of our society cannot afford to have full freedom because all Malaysians are RACIST. Most of us Malaysians are hypocrite people. We are still thinking on racial line. So the govt. must be firm and strong enough to check Malaysians who are trying to champion their race by instigating and harping on racial sentiment.That is a fact. Make no mistake about it. Human Rights Watch can FLY KITE. The govt. has a job to do to ensure that these racist Malaysians do not go overboard.

Anonymous said...

Dato',
Apapun konsep yang dilaung-laung kan oleh semua parti politik memerlukan pengundi untuk merealisasikannya.
Gimik atau provokasi secara perkauman yang telah lama dipraktikkan dalam BN dan khususnya UMNO tidak mampu menarik sokongan golongan muda yang mahukan perubahan dan kesaksamaan.
Konsep 'middle' yang dilancarkan DAP tidak lebih sekadar retorik untuk menarik sokongan orang Melayu untuk menyertai parti itu walaupun kita tahu bahawa DAP sebuah parti satu perkauman yang mana majoritinya adalah bangsa Cina.
Konsep'middle' yang dilancarkan DAP mungkin memerlukan lebih 10 tahun untuk dilaksanakan bila golongan extremist dalam DAP telah pudar dan tua.
Sokongan yang meningkat pada Pakatan Rakyat pada PRU 12 disebabkan kegagalan BN menyelesaikan dan menjelaskan isu tertunggak semasa era Pak Lah.
Sokongan mungkin akan terus meningkat kepada PR bila PM Najib gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan rakyat. Terlalu banyak 'tanda soal'sewaktu PM Najib memulakan langkah sebagai PM, dan hampir setahun menjadi PM, Najib gagal menyelesaikan isu tertunggak tetapi sebaliknya terus menimbulkan banyak persoalan baru dan masih gagal menjelaskan sebarang isu.
Melancarkan konsep 1 Malaysia bukanlah cara terbaik untuk memadamkan persoalan yang timbul.
Masih ada masa untuk PM Najib merungkai semua permasalahan yang dibuat oleh para menteri kabinetnya dan pimpinan negerinya semua rakyat memberikan KPI untuk PM Najib.
" UMNO bukan juara rakyat, ia menyusahkan rakyat "

Anak Bota/Parit

mtgbertam said...

Tok Kadiaq,

Bagi saya kalau kerajaan atau pemimpin parti tak `tibai' duit rakyat, dah kira baik sgt. Biasanya depa yg dok tibai tu dgn istilah direct nego ka, design & built ka, central contract ka. Genuine businessman yg tak melalui parti politik (khususnya UMNO) jenuh dok ikut procedure. Projek yg kecik2 depa tekan harga sampai rapat. Di belakang, puak2 depa hentam sampai maksima.

So, tak kira pemimpin mana pun, kalau tadbir secara adil, rakyat akan sanjung. Buat apa slogan Islam Hadhari tapi di belakang anak beranak, kroni tibai projek berbelion (kata Tun Ghafar). Biaq LGE mencontohi Singapura, tapi rakyat rasa selesa. Pulau Pinang dulu di bawah Gerakan berpuluh tahun agak2 berpaksikan mana eh sampai tanah2 melayu tergadai di Tg Tokong, Tg Bungah, Telok bahang??

langit biru said...

Saya merasa terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai Puak Khawarij yang agak kerap disebutkan dalam blog Dato’.

Sudah tentu bagi para pengkaji Pemikiran Politik Islam, bila disebut sahaja Puak Khawarij, secara automatik seperti “knee jerk” akan terpampang nama besar Khalifah Islam Ali Abi Talib. Dan kata-kata dalam sejarah pemerintahannya yang paling diingati adalah, “Kata-kata yang benar tapi dimaksudkan batil.”

Ahli Sunnah Wal Jamaah secara umumnya bermaksud kumpulan umat Muhammad saw yang mempercayai, meyakini,mengikuti dan mengamal Sunnah Nabi Muhammad saw (Beriman kepada Rasulullah saw) dan Sunnah Para Sahabat Rasulullah saw (Wal Jamaah) yang mendapat didikan dan bimbingan terus dari Nabi, sedaya upaya.

Nabi saw pernah bersabda Nasrani terbahagi kepada 71 puak, Yahudi 72 Puak, dan Umat Islam 73 puak. Hanya puak yang mengikuti Sunnah Rasulullah saw sahaja yang masuk Syurga. Puak Khawarij adalah puak yang terkeluar dari kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimana kumpulan ini muncul? Kumpulan ini muncul antara sebabnya adalah pentafsiran ayat Al-Quran dibuat berdasarkan hawa nafsu, bagi menguasai kuasa pemerintahan dan politik. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat 57 Surah Al-An’am, yang bermaksud, “Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah”.

Secara ringkas, Ali telah mengangkat beberapa para sahabat untuk menetapkan hukum berkaitan dengan agama yang diredhai Allah , Agama Islam. Kumpulan Khawarij ini menggunakan ayat di atas sebagai hujah bahawasanya Ali tidak berhak menetapkan hukum Allah dengan melantik para sahabat kerana “Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah”.

Kemuncaknya, mereka menuduh Ali sebagai kafir bahkan menghunus pedang menghalalkan darah Ali.

Apa yang jelas, Ali membenarkan kewujudan golongan yang berbeza dengannya dalam bidang politik dan jalannya. Apabila Ali mendengar kata-kata Puak Khawarij, Ali membantahnya dengan kata-kata yang menjadi contoh besar dalam sejarah, “Kata-kata yang benar tapi dimaksudkan batil.”

Di dalam konteks negara kita, sudah tentu kita merujuk kepada sejarah UMNO dan serpihan UMNO iaitu PAS.

Apakah UMNO itu “Ali” dan PAS itu “Khawarij”?

Ayat 57, Surah Al-An’am, yang bermaksud, “Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah”, akan tetap kekal relevan hingga ke kiamat.

looes74 said...

Kadir Jasin,
Again you have opened the debate that are as old as the founding of the country. You have asked if the non malays are willing to scarifice their vernacular schools in favour of national schools

Kadir Jasin,
Can Malaysia government be so bold of following Singapore's polciy? Using English a neutral language, as a medium of instruction?
I think you know the answers for better

Kadir Jasin,
Middle Malaysia represents the centrist path where it favours the silent majority. It's the Silent Majority that have been silently supporting BN all this while while UMNO has been fiddling with extremists whenever they see fit.
We have never forgotten how Mahathir has once upon a time ban lion dance. Mahathir said it's not in line with Malaysian culture.

Anonymous said...

Tuan saji,

Hukum feqah tak boleh beku dan kaku. Kena disesuaikan dengan keadaan dan persekitaran. Niat hati itu yang penting. Kerana dari niat hati itulah nanti Allah akan tentukan halal haram perbuatan kita itu. Kadang2 orang ni depan kita saja dia nampak alim tapi belakang kita dia jadi musibat. Begitu juga dengan satu2 program atau dasar. Nampak diluar saja OK tapi isi hancur.

Rukun berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib. Tapi kalau doktor bagi nasihat jangan puasa sebab boleh memudharatkan kesihatan, maka gugurlah kewajiban berpuasa itu tetapi timbul pula kewajiban berfidyah.

Sesetengah binatang haram hukumnya kita makan. Tapi kalau ditakdirkan kita tersesat dalam hutan dan bekalan makanan semua sudah habis; apakah memakan binatang itu hukumnya masih haram?

Itu gambaran mudah.

Ini gambaran yang lebih kritikal.

Selepas peristiwa hitam Mei 1969, kerajaan sedar bahawa rata2 golongan Melayu dan Bumiputera tidak mampu untuk bersaing dengan golongan bukan Melayu terutama golongan Cina. Ketidakmampuan ini mungkin disebabkan oleh faktor kekurangan modal, kurang kemahiran, kurang jati diri, inferiority complex dsbg. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan bagi memberi lebih peluang kepada golongan Melayu dan Bumiputera ini bersaing dengan golongan bukan Melayu dan seterusnya merapatkan jurang perbedaan ekonomi antara mereka.

Persoalannya Tuan Saji,

Apakah DEB ini Islamik dan mengikut tuntutan Islam yang sebenarnya?

Jika dibandingkan dengan soalan yang Tuan saji ajukan pada saya, sudah pasti DEB ini juga boleh dipertikaikan keIslamikannya. Dan andai DEB ini tidak Islamik, apa hukumnya kepada orang Melayu yang dapat banyak manfaat daripada perlaksanaannya? Haram? Berdosa?

Sefaham saya, Islam menuntut umatnya bekerja kuat dan menimba ilmu supaya boleh bersaing dengan umat bukan Islam? Jikalau orang Melayu itu bekerja kuat dan menimba ilmu, sudah pasti orang Melayu itu akan berjaya dan tidak memerlukan DEB ini untuk kekal bersaing.

Tapi mengapa orang Melayu masih mahu guna DEB?


Bagi menjawab persoalan Tuan Saji kepada saya mengenai hukum muamalat ini, saya ingin mengulangi ungkapan saya tadi bahawa hukum feqah itu tidak boleh beku dan kaku. Ia hendaklah sentiasa dibenarkan hidup subur dan disesuaikan dengan keadaan dan persekitaran. Hukum feqah yang statik akan hanya menyebabkan satu masyarakat itu menjadi jumud dan tidak progresif.


Saya berpendapat bahawa pada dasarnya adalah tidak dibenarkan didalam Islam jika kita menyekat peluang perniagaan kepada orang bukan Islam tetapi atas alasan DARURAT maka ia dibenarkan.

Kata kuncinya di sini ialah Darurat. Hanya dalam keadaan Darurat dan tanpa sedar/tidak sengaja sahaja yang membenarkan kita melakukan perkara yang pada dasarnya tidak dibenarkan disisi Islam.

Dan alasan Darurat ini hendaklah ditentukan juga dengan iltizam kita untuk keluar dari belenggu darurat tersebut.

Misalannya, andai seseorang itu sudah berjaya dan mampu berdikari, maka salah baginya untuk masih menggunakan dasar seperti DEB ini. Begitu juga dengan seseorang yang malas dan banyak membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah, maka tidak berkat baginya menggunakan DEB ini.

Allahualam. Hanya Allah yang mengetahuinya. Niat yang ikhlas akan memperoleh keberkatan. Niat tak elok walau sekelumit pasir, Allah akan tahu juga walau kita mahir memperdaya sesama manusia.



-sinbad-

Anonymous said...

Tuan Saji,

Di Malaysia sekarang ini, orang Melayu kita terlalu sibuk berpolitik. Saling berbalah sesama sendiri hingga terlupa matlamat dan iltizam kita untuk keluar dari belenggu darurat. Asyik nak salahkan orang lain dan jadi champion agama.

Segolongan orang lain pula asyik tamak nak buat duit. Segala macam cara tak kira halal haram dia guna untuk kaut untung yang bagi kita orang Islam tak sanggup nak buat. Zaman dulu2, orang Melayu mana reti rasuah2 ni. Itu sebab senang kena ratah. Belum masuk gelanggang dah kalah. Bukanlah maksud saya, kita mesti kena rasuah baru boleh berjaya, tetapi kalau lawan kita itu main kotor dan kuat rasuah, susah la kita nak lawan. Itu hakikatnya.

Zaman 60an, 70an dulu. Mereka inilah yang berkuasa. Masa itu takde komplen apa2 pun. Tapi sejak orang Melayu pun dah pandai rasuah, mereka banyak yang tak boleh cari makan. Sekarang baru nak komplen rasuah itulah, rasuah inilah. Hipokrit. Mereka ini pun apa bezanya? Pantang ada peluang. Habis mereka bedal. Inilah yang berlaku di Perak dulu tu.

Di Penang, konon2nya buat open tender. Bagi yang takde pengalaman, open tender ni kira dah sifar rasuah la. Clean habis. Tapi dia orang tak tahu; "orang dalam" tender board committee hanya perlu bisik kepada kontraktor untuk masuk tender pada sekian-sekian harga untuk dapat tender tu. Lagi senang kerja. Sama macam direct nego jugak la...

Jadi kesimpulannya Tuan Saji, saya berpendapat bahawa dasar kerajaan yang membuka lebih peluang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera menjadi pembekal kepada jabatan2 kerajaan ini tidak semestinya salah dan bertentangan dengan Islam.

Yang menentukannya ialah NIAT atau atas dasar apakah ia dilaksanakan.

Apakah ia bertujuan membantu?
Atau menindas orang lain?


-sinbad-

langit biru said...

Dato' AKJ

Mohon laluan untuk komen Saudara Sinbad.

Bila Sinbad sentuh Penang, terasa sangat gatal tangan saya nak taip beberapa patah perkataan.

Bukan tender yang nak saya sentuh, tapi tanah-tanah Melayu Pulau Pinang, yang "dirampas" oleh UMNO dan dijual kepada Taukeh Cina.

UMNO memegang kuasa tanah, ambil alih status tanah pertanian milik Melayu (harga sekitar RM0.50-RM1.50 kaki persegi), tukar kepada status tanah kediaman, jual kepada Taukeh Cina dengan harga RM100-150 kaki persegi. Menipu orang Melayu kononnya atas dasar pembangunan.

Dan TAukeh Cina buat perumahan harga seunit BERMULA RM250K ke atas. DAn dibuat formula hak milik 70:30, iaitu 70% Lot Non-Bumi, 30% Lot Bumi. Semua salesman kaum Cina, bila Melayu nak beli rumah lot bumi dikatakan semua dah habis dijual padahal satu lot pun belum terjual. Bila semua lot non-bumi habis dijual, ini developer cina yang sudah awal-awal berpakat dengan YB-YB UMNO, pergi memohon YB UMNO benarkan jual lot bumi kepada non-bumi. Dan dapatlah YB-YB haprak ini 1-2 lot seorang sebagai hadiah konon!

Dasar Perumahan Negara yang baru diubah zaman Dollah, katanya, hartanah termasuk rumah-rumah yg harga 250K ke atas, boleh dijual kepada rakyat asing. Natijahnya, di Pulau Pinang, terlalu ramai rakyat asing dari China, India, Singapura, Taiwan, Hongkong dan lain-lain.

Beginilah Melayu Pulau Pinang dihalau keluar oleh UMNOBN selama 52 tahun perintah Pulau Pinang.

Dulu, Melayu Islam Pulau Pinang 40% jumlah penduduk. Terkini cuma tinggal 33% sahaja. Ini kerana Melayu Pulau Pinang merempat kenegeri Kedah, membeli rumah-rumah di Kulim, Lunas, dan Utara Perak.

Kalau Saudara Sinbad nak komen pasal Penang, mai lah dok sini, ronda-ronda cuti-cuti di Penang, mana ada rumah Melayu Islam ditempat-tempat strategik.

Usah cakap lah pasal tender-tender, YB-YB UMNO dah lama kaya raya dalam bab ni, mereka paling cekap buat rasuah secara SAH, mustahil boleh dibuktikan dimahkamah. Itulah kecekapan Melayu UMNO, menipu Melayu untuk dapat tanah orang Melayu, jual kepada Cina, dapat lah habuannya.

Usah cakap pasal DEB, yang dok manipulasi DEB tu UMNO yang berkuasa, bukan rakyat jelata yang papa-kedana, bukan PAS yang dok berteriak seperti anjing salak bukit. DEB tu bagus, tapi bayak kelemahan dari segi pelaksanaannya. Yang kaya hasil dari DEB tu 2-3 kerat orang UMNO je!!!

Mai la Penang!

Pak Lang said...

Datuk Kadir dan pembahas sekalian,

Komen Loose74 sepatutnya menjadi pembuka mata kepada orang-orang Melayu.

mtgbertam said...

Saudara Sinbad,

Kalau pengalaman saya di KL, open tender dah kira ok. Mcmana ajk tender cuma boleh bgtau budget, tapi nak lawan harga...atas masing2. So, kalau gomen buat tawaran projek secara open tender (syarat tiada wahyu menteri/KSU) selepas jawatankuasa pemilihan...dah baik sgt. Tahniah Penang !!

Anonymous said...

Sdr Langit biru,

Saya pun meluat tengok pembesar-pembesar UMNO yang rasuah lebih-lebih lagi yang budak-budak "putra" yang lagak "king" macam hebat sangat tu.

Rasa macam nak bagi penendang saja kat pungkoq depa2 ni. haha...

Tapi, tak kan la sebab dendam kesumat kita pada UMNO ni, kita boleh biarkan orang lain pun menyamun macam UMNO.

Kalau di P.Pinang tu, DAP boleh jadi the next Gerakan, dan PAS/PKR jadi the next UMNO. Rakyat jelata mampoih macam tu la jugak. Tak kan itu yang kita nak tengok kot?

Minta tolong la buang sikit fahaman politik kepartian cap batu bata tu. Tak habis2... Sikit2 UMNO. Sikit2 UMNO. Apa? Kalau UMNO rasuah, PAS/PKR pun boleh rasuah jugak ka?

Saya ni masa PRU12 undi PKR sebab meluat dengan sesetengah pembesar UMNO yang lupa diri tu. Lagi 10 orang saya jumpa perangai macam langit biru ni, minta maaf cakap la... PKR hilang la satu undi. haha...


-sinbad-

ic 07

Anonymous said...

sdr mtgbertam,

open tender ni OK tapi tak semestinya perfect. Masih ada ruang dan peluang untuk "abuse".

wahyu turun tak kira tempat. KL ada, Penang ada, Kelantan pun ada juga.


-sinbad-

Anonymous said...

man remos...sila ambil perhatian!

KERAJAAN SELANGOR BERI GERAN TANAH KEPADA 6,000 KELUARGA DI IJOK - malaysiaininsider

Khalid Ibrahim announced today that the state government will launch a major project to help residents of Ijok and Kuala Selangor to obtain land grants.

The Ijok assemblyman said that his office will soon release a schedule for the 6,000 families who start receiving land grants beginning this month.

“At the end of the year, more than 90 per cent of the land grant problems in Kuala Selangor will be resolved.

“Many excuses were given back then. They (Barisan Nasional) had more than 50 years but the problems (land grants) were still not resolved but it took us only 30 months to solve the issue,” he told reporters here.

KAH KAH KAH…

woit.... PADAN MUKA GEROMBOLAN…. kah kah kah..

woit… AKHIRNYA RAKYAT DAPAT TANAH… kah kah kah..

kah kah kah… LIMA PULUH TAHUN TERBENGKALAI… SELESAI DALAM MASA 30BULAN … kah kah kah..

nota:

kenapa gerombolan tidak memberikan geran tanah selama 50 tahun ?

inilah kerja gerombolan. inilah taktik gerombolan. geran ini dijadikan alat untuk pau orang kampong.

tiap kali pilihanraya akan dijanjikan geran tanah.

tak percaya?

tanya mak cik dan pak cik felda.
berapa ramai yang dapat geran. geran digunakan untuk
mengikat peneroka. kalau undi pakatan tak dapat geran.

padan muka. diperak beratus ribu warga yang dapat geran tanah.
di selangor dan kedah pun sama. tsk penting warga undi pakatan
atau tidak. yang penting warga dapat tanah. kalau dapat tanah
mereka bebas merdeka. rakyat yang bebas merdeka pasti tidak
akan mengundi gerombolan!

man jambul

saji said...

Sdr Sinbad

1. Sdr berkata, "Hukum feqah tak boleh beku dan kaku. Kena disesuaikan dengan keadaan dan persekitaran."

Berdasarkan dasar perundangan Islam masalih Mursalah, kena tengok perkara-perkara atau masalah-masalah yang hendak dihukumkan. Maksudnya,sama ada ia mengenai perkara-perkara / masalah -masalah baru yang tiada didapati nasnya yang terang dalam al Quran, Hadis, Ijma' dan qias tentang hukumnya seperti hukum penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan DEB atau sebaliknya seperti hukum mengambil riba. Maksudnya, kalau tiada nas tersebut ia dalam keadaan tidak kaku dan beku atau masih boleh diijtihadkan untuk disesuaikan dengan keadaan, persekitaran masa dan tempat. Kalau ada nasnya tersebut seperti hukum mengambil riba tersebut ia tetap kaku dan beku.

langit biru said...

-sinbad-
"Lagi 10 orang saya jumpa perangai macam langit biru ni, minta maaf cakap la... PKR hilang la satu undi. haha..."

Saya tak ada kena mengena dengan undi saudara. Itu pilihan saudara.

Saya hanya suarakan hak saya sebagai seorang rakyat Malaysia, kepada kerajaan Malaysia pimpinan UMNO.

Saya juga hanya suarakan hak saya sebagai seorang Islam di negara Malaysia, kepada kerajaan Malaysia pimpinan UMNO, yang saya mahu Perlembagaan Negara wajib berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah, dan mengamalkan Undang-Undang Islam.

Saya tak ada dendam kesumat dengan UMNO.

Saudara Sinbad nak undi sapa tak de kena mengena dengan saya.

Saya juga bukan AJK Cawangan, bukan AJK Bahagian, mana-mana parti politik. Juga bukan pak turut membuta-buli mana-mana parti politik. Akan tetapi, saya singgah di "The Scribe A Kadir Jasin" sebagai medan terbaik untuk menyatakan apa-apa mengenai perkembangan politik semasa.

affendi hussain said...

Salam saudara Saji..

Org yg cadang ikut Tamadun China pun mengaji pun tak habis sebab tok nenek depa sendiri datang ke Tanah Melayu sebelum habis belajaq tamadun depa sendiri utk jadi buruh lombong bijih timah..apa yang depa tau? yg datang lebih awal dok sini dah ikut tamadun melayu jadi Baba & Nyonya..Dengan jawapan ikhlas saudara rasa2 mana lebih rasa aman damai kalau puak2 ni ikut tamadun cina depa ka atau ikut tamadun melayu kita?

Saudara, are you thinking of adopting a half baked tamadun china model?
Well, maybe you feel that it's good for you..but what you think good for you does not necessary means or proven to be good for the rest also..

If you agreed with Tamadun China model, then you must also agreed with the concept of Satu Sekolah, Satu Bahasa & Satu Bangsa or even Satu Tulisan, am I right?

Unfortunate that in reality we see these people speak a different incoherent tunes to what they proposed..all these theoretical talk doesn't trigger any chemistry until the barrier of activation energy is overcome..that's why i said its a totally hogwash..just like bragging about super fuel so powerful and effecient being invented yet still failed to turn the engine on for the internal combustion to take place.

Saudara, i'm a real entity, not just cyber entity and live in a real reality & I hope you also do.
Things are totally different in Melayu majority states like Kedah compared over here in Klang Valley..

Wasalam

("/)

saji said...

Sdr sinbad (sambungan)

1. Salah satu keunikan/kelebihan yang ada pada sistem hukum atau menghukum dalam dasar perundangan Islam (berbanding dengan sistem hukum perundangan Barat)dalam soal meletakkan hukum yang sesuai/setimpal bagi menjelas dan menghukum perbuatan yeng telah dilakuan oleh umat Islam ialah, wujudnya tingkatan/hirarki hukum feqah iaitu wajib, haram, makruh, sunat dan harus serta lawannya masing2 - tidak wajib, tidak haram, tidak makruh dan tidak harus, dari satu aspek, dan dari aspek lain, hakikat bahawa, pertama, setiap hukum Islam bersifat tegahan/ larangan - haram seperti mengambil riba, dadah, rasuah dsb, makruh seperti menghisap rokok, makan ikan kembung kukus tak buang perutnya dan tidak harus seperti melaksanakan projek pembinaan menggunakan kontrak al-Istisnaa/ Tempahan/Price-in-advance itu jika ianya dilanggar (tidak kira) sama ada umat Islam dan bukan Islam akan mendatangkan kemudaratan atau musibah kepada bukan sahaja orang yang melanggarnya, malah orang lain di persekitarannya. Sementara hukum2 fiqah yang bersifat suruhan dan menggalakan - harus seperti melaksanakan kontrak jual beli secara Lelong/Tender dan melaksanakan projek pembinaan menggunakan kontrak pembinaan al-Ijarah/Upahan/Cost Reimbursement dan sunat yang dituntut seperti solat Hari Raya Puasa dan Korban berjemaah jika diamalkan ia bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada orang yang mengamalkannya atau mencegah daripada berlaku kemudaratan kepadanya, malah dijanjikan ganjaran pahala. Ini sdr kena faham.

2. Sdr mungkin tidak tahu hukum melaksanakan jual beli secara lelong/tender yang dijadikan dasar oleh kerajaan negeri2 PR seperti yang sdr timbulkan itu cuma harus hukumnya iaitu dibuat dapat pahala, tidak dibuat tidak mendapat apa2 pun, melainkan penat lelah. Maknanya, bagi umat Islam yang ambil berat tentang mencari pahala dalam melakkukan ibadah umum di atas dan gemar melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan atau memanfaatan kepada diri dan masyarakatnya atau mengelak dirinya dan orang di
persekitaran ditimpa musibah, mereka pastinya cenderung untuk melakukan jual beli secara Lelong/Tender di atas.

saji said...

Sdr sinbad (sambungan)

Sdr kata. "Selepas peristiwa hitam Mei 1969, kerajaan sedar bahawa rata2 golongan Melayu dan Bumiputera tidak mampu untuk bersaing dengan golongan bukan Melayu terutama golongan Cina. Ketidakmampuan ini mungkin disebabkan oleh faktor kekurangan modal, kurang kemahiran, kurang jati diri, inferiority complex dsbg. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan bagi memberi lebih peluang kepada golongan Melayu dan Bumiputera ini bersaing dengan golongan bukan Melayu dan seterusnya merapatkan jurang perbedaan ekonomi antara mereka."

Kemudian sdr bertanya, "

Apakah DEB ini Islamik dan mengikut tuntutan Islam yang sebenarnya?"

1. Bedasarkan kepada sejarah pembentukan DEB dan tujuan di sebalek matlamat DEB yang sdr ingatkan saya di atas, DEB, jika dirujuk kepada dasar perundangan Islam yang dinamakan Masalih Mursalah (rujuk perincangan sebelum ini), ia satu dasar yang diharuskan atau Islamik, atas alasan sejarah, tujuan
dan matlamat di sebalik pembentukannya itu bukan sahaja banyak mendatangkan kebaikan atau munafaat kepada rakyat dan negara, malah ianya terbukti mampu mengelak pristiwa buruk 13 Mei daripada berulang.

2. Yang tidak Islamik ialah mengenai penggunaan sistem dan tata cara pelaksanaannya iaitu dua ciri aspek teknikal dalam konsep dan ciri pengurusan dan organisasi moden (K&CPOM)seperti yang dibincangkan sebelum ini yang, dari sudut dasar awam dan K&CPOM, merupakan 'alat' atau mekanisme yang diperlu disuntik oleh pihak pelaksana dasar iaitu kakitangan kerajaan terbabit bagi menterjemahkan dasar amam negara, DEB kepada matlamat2 atau realiti yang diinginkan oleh pihak pembuat dasar tersebut.

Antara sistem dan tatacara yang dimaksudkan ialah, sistem dan tata cara pelaksanaan tender yang cendurung kepada sistem tender cara tertutup dan rundingan terus yang bercanggah dengan prinsip muamalat Islam yang dibincangkan di atas, dan sistem dan tatacara pelaksanaan kontrak pembinaan yang semenjak DEB dilancarkan terus menerus menggunakan sistem kontrak pembinaan Barat Price-in-advance atau Islamnya al-Istisnaa/Tempahan melibatkan kontrak bentuk Lump Sump, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build yang penggunaannya tidak diharuskan oleh imam mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita Shafie',khasnya.

Anonymous said...

sdr langit biru..

Tak payah nak rujuk kat Penang ajer. Sebenarnya taktik penipuan high class ini berlaku kat semua negeri. Nak tau kenapa?

1. Org melayu nak kerja mudah. Yg penting dapat komisyen yg banyak.
2. Org melayu tak berduit! kerana itu developer kebanyakan cukong.
3. Developer melayu macam taik...Senang cerita kalau projek perumahan terbengkalai kebanyakan melayu.
4. Developer melayu macam taik ada sebab juga, kerana mereka tak banyak kecairan tunai utk buat projek. Harga barang binaan di kontrol cukong. Yang akhir sekali, mereka memang bangang nak menguruskan projek....kata orang tu belajar tak habis cikgu dah mati.

Kenapa melayu jadi begini?

1. Pemimpin yang tak ikhlas nak menolong org melayu.
2. Pemimpin yang mempunyai sikap yang hipokrit.
3. Jutawan2 melayu dan ahli korporat melayu yang tidak berminat untuk menolong bangsa mereka. Falsafahnya mudah ajer...Orang melayu yang berjaya memandang rendah pada orang melayu yang sengkek.

Itulah nasib melayu sampai kiamat! Sejarah telah membuktikan apa yang terjadi pada orang melayu akan berterusan sekiranya mereka sendiri tidak berminat utk mengubah nasib hidup mereka.

Orang melayu simpan duit bawah bantal, cukong tak begitu! Cukong akan menolong nasib2 sahabat2 mereka utk maju.

Hoi! jutawan melayu, pergilah bukak kedai2 dibandar2 besar....Bukak kedai hardware, kedai peralatan elektrik, kedai peralatan sekolah, kedai jahit, kedai kek yg grand, kedai handphone, kedai kasut dan banyak lagi! Dengan dua syarat...terjun harga dan jaga servis! Pasal kau orang dah kaya, untung kena sikitlah!

Masalah kau orang aku tahu! Nak untung sekapal! Kau dah banyak duit! buatlah projek kemasyarakatan utk tolong org melayu.

Daripada kau orang rugi berjuta main saham, lebih baik kau tolong melayu yang betul2 nak berniaga.

Tapi, kena bersedialah kalau ada yg segelentir itu memang kaki kencing. Kalau kena tu...anggaplah sedekah jariah.

Wake up melayu!

bijan

Anonymous said...

Tuan Saji,

Apa yang tuan saji cakapkan tu saya setuju dan sebenarnya bagi saya, ianya tidak banyak beza dengan apa yang saya cuba sampaikan. Dua, tiga perkara yang berbeza pandangan itu biasalah. Adat berbincang dan berkongsi pendapat dan pandangan. Walau beberapa perkara kita berbeda pandangan tetapi saya masih hormati dan puji pendapat tuan saji itu.

Mengenai open tender sistem pula; saya tidak pula lah kata sistem itu tak bagus. Cumanya saya ingin mengingatkan bahawa open tender sistem ini juga ada kekurangan dan boleh disalahguna. Jadi tidak perlulah kerajaan negeri P.Pinang terlalu berdabik dada konon-kononnya mereka sudah tulus bersih dan sifar rasuah kerana berdasarkan pengalaman saya di beberapa negeri lain dulu, open tender sistem ini masih boleh disalah guna malah lagi susah nak buktikan ada berlaku kejadian rasuah dan kebocoran maklumat.


Terima kasih.


-sinbad-

Anonymous said...

kepada sdr langit biru..

syabas dan tahniah!

kepada sinbad..

kalau tak sokong UMNO, jangan undi atau berkecuali je. Yang nie pi sokong PR wat pe? Kalau support PR, maknanya you setuju dengan apa yang PR buat! Jangan jadi manusia yang tiada prinsip macam tuan Ibrahim Ali.

Dia jadi 'Kaldai' UMNO je!. Yang ikut dia ini pun kaldai...orang nak ke depan dia gostan.

Dulu elok kat UMNO lompat Pii PAS...tipu orang Kelante..TG sokong gile!. Tak dapat jawatan kat PAS lompat ke UMNO...kononnya nak buat UMNO lama...

Cuba fikir kalau ada mcm ini dua, tiga orang kat UMNO bolehkah Malaysia survive untuk kurun - 21?.

Orang Melayu perlu ke depan...jangan bawa tiori Nazi atau Tiori Darwin..perkauman. yakin pada allah...dan kalam Allah. Allah tak rasis dan nabi tak rasis kenapa pemimpin Melayu yang beragama Islam jadi Rasis dan mahu kembali ke sistem Fuedal?

sampai bila melayu nak maju kalau ada mcm sikatak ini!

Kita merdeka 1957 dan berjaya membentuk satu negara yang unik...tetapi tahun 1963 Dr. Martin Luther JR di Amerika masih lagi sibuk dengan hak asasi bangsa kulit hitam di Amerika.

Siapa maju dulu?. Pada tahun 2009 Warga Kulit Hitam jadi Presiden Amerika..tak ada pulak orang kulit putih bising!

Orang melayu disini sibuk pasal kepala lembu dan gereja...lepas ini Tokong Hindu...tak lupa juga liwat!

Sampai bila kita nak ubah. Orang melayu pun bingai, orang bukan melayu pun bingai! Negara nak maju mcm mana?. Kalu ada katak mcm diatas, UMNO sekarang macam orang kata "mcm orang yang tenggelam, capai apa saja untuk menyelamat diri dari mati lemas"...orang mcm katak diatas itu mcm mendukung biawak hidup dalam parti...

nanti UMNO pasti kena...Tun M dah tahu sangat perangai dia ini..yang sokong dia al-Sembab..

bijan

alunbm said...

Saya ingin menambah sikit tentang pandangan Tuan Bijan 2:44pm.

Cukong walaupun berbeda pandangan politik tapi masih boleh bersatu tak macam meLAYU berbuih mulut bercakap pasal bersatu tapi jauh panggang dari api.

Pasai apa tak boleh bersatu???

Kita punya sikap NEGATIF yang menguasai diri,sombong,bongkak,angkuh,dengki,khianat yang tak berkesudahan.ISLAM tak mengajar kita jadi begitu!!!

saji said...

Sdr affendi hussain

Terima kasih kerana memberi perhatian komen saya mengenai Middle Malaysia

Sdr berkata,"Org yg cadang ikut Tamadun China pun mengaji pun tak habis sebab tok nenek depa sendiri datang ke Tanah Melayu sebelum habis belajaq tamadun depa sendiri utk jadi buruh lombong bijih timah..apa yang depa tau? yg datang lebih awal dok sini dah ikut tamadun melayu jadi Baba & Nyonya."

Kemudian Sdr bertanya, "Dengan jawapan ikhlas saudara rasa2 mana lebih rasa aman damai kalau puak2 ni ikut tamadun cina depa ka atau ikut tamadun melayu kita?"

1.Mengikut adek ipar saya (anak saya panggil paklang) yang banyak baca di blog Dr M kita, orang Cina di Malaysia ni (istilah sdr puak2 ni)bukan sahaja rasa aman damai duduk di Malaysia, malah mudah berniaga dan mendapat peluang perniagaan, berbanding dengan duduk di Singapura. Saya tanya, kenapa? Dia jawab, di Singapura tak boleh rasuah untuk mendapatkan peluang perniagaan dsb. Di Malaysia, Malaysia Boleh!

Berdasarkan apa yang adek ipar saya kata di atas dan jika kita anggap amalan terima rasuah di kalangan orang Melayu kita sudah menjadi budaya dalam tamadun Melayu kita, tentunya puak2 tu lebih rasa aman damai duduk di Malaysia.

2. Kerana Sdr telah menyentuh tamadun Melayu dan saya pula mengkaji budaya kerja pembinaan orang Melayu sejak Kerajaan Melayu Melaka hingga kini yang merupakan sebahagian daripada tamadun Melayu, bagaimana jika hasil kajian saya mengatakan bahawa, punca orang Melayu kita ketingglan dalam bidang pembinaan berbanding dengan puak2 tu dari sudut budaya dan tamadun ialah, perubahan amalan kontrak pembinaan tempatan yang meminggirkan budaya orang Melayu dan tukang Melayu berkontrak cara Islam menggunakan kontrak pembinaan Upahan/al-Ijarah/cost Reimbursement, kerana ia diganti/diubah kepada kontrak pembinaan Tempahan/al-Istisnaa'/Price-in-advance yang tidak Islamik (rujuk perbincangan saya dengan sdr sinbad di atas)oleh penjajah Inggeris sebelum mereka meninggalkan negara ini!

perampok said...

dato',
Assalammualaikum..

Saya nak komen mengenai 'middle malaysia'..

Saya rasa, saya dah mengikuti isu ini dari mula ianya diperkenalkan. Ada beberapa soalan yang saya ingin lontarkan. Pertama, saya keliru kenapa konsep diperkenalkan oleh DAP dan bukan PR secara keseluruhannya? Bukankah PR itu sepatutnya sebuah pakatan? Saya merasakan seperti tiada perbincangan antara tiga komponen ini mengenai konsep ini.

Kedua, adakah DAP cuba mendominasi PR? Bolehkah semua komponen lain terima DAP sebagai pemimpin PR?

How can mekyam (sorry if I offended you ya), i beg to disagree when you say, we belong to sane majority? I suggest that you be true to yourself on your claim. All this while, we have been striving to be united. If you realize too, in other countries, there is no guarantee, they can live in harmony with all different races and religions. But as Malaysians, we are, we manage to and we are proud to be.

My point is, the concept of MM is the DAP attempt to popularize their party.

thanks!!

Anonymous said...

bijan,
aku x setuju dgn hang. org mcm hang la yg nampakkan melayu lemah. kata2 mcm pemipin melayu rasuah, org melayu suka makan atas angin, jutawan melayu x nak tolong org melayu dll. sebenarnya aku dah naik muak dgn manusia2 mcm kamu ni. kamu menyalahkan kerajaan, mak bapak, cikgu, pemimpin, imam, ulama, batu, kayu dan segala bala kecuali diri kamu sendiri. cuba ty diri sendiri di dapur brp byk barangan keluaran melayu/islam yg kamu beli? brp byk servis org melayu yg kamu guna? aku berani cakap mesti takde kalo ada pun mungkin x smp 10%. sbb apa? sbb melayu mcm kau pentingkan diri. kau nak janji murah. yg penting kau hidup senang. cina sanggup pegi bengkel cina walaupun ada bengkel melayu sebelah rumah dia. tp manusia mcm kau suka menjerit2 mcm org kena rasuk polong. mungkin kau pun bukan melayu kot?

jentayu

langit biru said...

"Jauh perjalanan, luas pandangan". Nak ikut Tamadun China pun boleh, Tamadun Parsi pun boleh, Tamadun Rom pun boleh. Mana-mana Tamadun pun boleh. Cuma kita perlu ikut perkara-perkara yang baik dan positif dalam Tamadun tersebut, yang mampu membawa kita lebih ke depan, lebih bijak, lebih matang dan lebih berwibawa lebih disegani.

Dan yang paling penting syaratnya, tidak menyalahi syariat Islam.

affendi hussain said...

Sdr Saji,

"Dia jawab, di Singapura tak boleh rasuah untuk mendapatkan peluang perniagaan dsb."

- Sdr, perbandingan kena lah buat ikut tempat & konteks..epal dengan epal.

- Kat Malaysia, bisnes siapa dominasi? Mereka, tetapi pembuat polisi/undang2 milik org melayu, mereka rasuah untuk survival bangsa mereka..socio-economy equilibrium Malaysia masih lg carca marba selagi mana org majoriti masih ditahap skrg tidak selari dgn normal dunia..

- kat Singapore kerajaan bangsa siapa? Ekonomi milik siapa? Maka adakah perlu rasuah lagi jika kepentingan mereka dah pun "sealed & delivered"?

- Rasuah berlaku tak mengira bangsa atau etnik..tak perlulah hanya kecam bangsa sendiri saja..kalau ikut sejarah Tamadun China siapakah yg membuka pintu untuk tentera Mongolia menyerang China? Takkan suka-sukaan kalau tiada habuan bukan? Saya pernah ke China baru2 ni..saya tau rasuah berleluasa diperingkat org kerajaannya jugak..yelah..kalau utk satu kekosongan jawatan kerajaan bepuluh ribu mohon dgn kelayakan hampir sama agak2 apa kelebihan org yg berjaya dpt kalau tak habuan atau nepotisma/kronisma? Tahukah sdr bahawa hotel2 yg kebal dgn kegiatan gelap disana adalah milik & dikuasai oleh polis tentera?

Sdr,
Tamadun itu bukan hanya diukur pada binaan bangunan atau arca2 seni..ia juga berkaitan dgn sikap & mentaliti..terus terang saya katakan dari segi tahap toleransi & kebersihan org Melayu adalah yang terbaik di Malaysia..mungkin saudara belum pernah mengenal atau melihat apa itu tandas awam di China ataupun India..

Kalau org China & India di Malaysia melabel diri mereka dgn ETNIK sebagai han/hui/kek atau tamil/malayalam/sinhala. saya tak kisah.. ini mereka mengaitkan diri mereka dengan BANGSA.. adakah anda faham konsep etnik & bangsa?? Bayangkan mereka ini menikmati keistimewaan seperti kedutaan asing di negara yang bukan negara asal mereka sejak 1957..jika satu generasi masih boleh dimaafkan lagi, ini generasi lanjutan mereka pun masih berkiblatkan negara asing?? adakah anda faham ISU BESAR ini? Jika org melayu kebanyakan diluar sana faham betapa TOLERANSI nya kita selama ini, maka mereka takkan tergamak hidup jadi liberal membabi-buta..takkan nak bagi lagi? Saya tak mau..tak tau lah org lain mcm mana..

p/s: Harap saudara boleh kongsi hasil kajian saudara dgn para komentar disini melalui blog. Tq.

("/)

saji said...

Sdr sinbad

Sdr berkata, "...... saya tidak pula lah kata sistem itu tak bagus. Cumanya saya ingin mengingatkan bahawa open tender sistem ini juga ada kekurangan dan boleh disalahguna. Jadi tidak perlulah kerajaan negeri P.Pinang terlalu berdabik dada konon-kononnya mereka sudah tulus bersih dan sifar rasuah kerana berdasarkan pengalaman saya di beberapa negeri lain dulu, open tender sistem ini masih boleh disalah guna malah lagi susah nak buktikan ada berlaku kejadian rasuah dan kebocoran maklumat."

1. Tender terbuka/open tender bagi pelaksanaan projek, sama ada berdasarkan sistem Barat atau Islam, merupakan TAHAP PERTAMA dalam rangkaian mengatasi masalah penyelewengan dalam industri pembinaan termasuk tindakan merasuah untuk mendapatkan projek/kontrak.

Ia diketahui umum, termasuk sdr dan ahli politik kita. Mungkin kerana sering dipolimikkan oleh media dan di warong2 dan tidak bergitu teknikal.

Apa pun, saya bersetuju dengan sdr, ia boleh disalah guna atau dimanipulasi oleh pihak berkepentingan seperti tindakan pihak yang menjaga tender membocorkan maklumat anggaran tender kepada pihak petender. Bahkan, apa yang saya tahu, ia sudah menjadi amalan. Mengapa keadaan ini berlaku? Mungkin apa yang saya bincangkan berikut dapat membrikan jawapannya.

Biasanya, anggaran tender diberikan kepada pihak petender bagi mengelak pentender menawarkan harga terlalu tinggi daripada yang dianggarkan yang memungkinkan proses tender semula dilakukan. Ini, khasnya, dalam situasi berikut:

i) Tender projek bagi kontraktor kelas kecil, atas alasan tidak pandai membuat anggaran yang baik, kerana tidak mempunayi jurukur bahan/QS,misalnya.

ii) Tender projek bagi kontraktor kelas besar yang menggunakan kontrak pembinaan Lump Sum yang tidak ada senarai/bil kuantiti atau ada senarai kuantiti bagi kontrak pembinaan Bills of Quantities dsb tetapi sebahagianya sahaja berkuantiti atau ketiadaan lukisan pembinaan yang lengkap.

iii) Tempoh masa yang diberikan kepada petender untuk melengkapkan dokumen tender terlalu singkat dari lazimnya.

Bahkan, ada agensi pelaksana kerajaan yang menawarkan tender dengan cara meletakkan harga anggaran projeknya dalam dokumen jadual tender sebagai panduan, di mana petender hanya perlu bersetuju atau jika tidak setuju meletakkan harga tawaranya di
ruang yang disediakan.



2. TAHAP KEDUA dalam rangkaian mengatasi masalah penyelewengan dalam industri pembinaan yang dianggap hanya diketahui oleh pemain2 industri pembinaan atau mungkin tidak diketahui oleh sdr dan ahli politik kita ialah, penggunaan sistem kontrak pembinaan yang disediakan dengan sistem, tatacara/ mekanisme dalaman yang dibuat dengan begitu rupa oleh penciptanya untuk menyukarkan pihak2 berkepentingan melakukan amalan tidak bermoral yang meliputi amalan rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak/total sub-letting,serta pihak melewat2kan kerja pembinaan, menipu spesifikasi bahan dan kerja pembinaan, menipu bayaran kepada subkontraktor domestiknya dsb, di mana ia membabitkan kontrak pembinaan bentuk Direct Labour dan Target Cost (bagi keperluan projek kecil) dan Cost Plus Percentage, Managemant Contraact, Design & Constructioan Managemant dan Project Managemant (bagi projek sederhana, besar dan menga)yang merupakan bentuk2 sistem kontrak Barat di bawah jenis Cost Reimbursement atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Ijarah/Upahan, di mana, secara kebetulan, kontrak pembinaan Cost Reimbursement/al Ijarah/Upahan tersebut diharuskan penggunaannya dalam muamalat Islam yang kita bincangkan sebelum ini.

Maknanya (bagi menyokong keluhan sdr di atas), kerajaan negeri Pulau Pinang dan di negeri2 PR yang lain hanya boleh mendabik dada jika mereka meninggalkan penggunaan bentuk2kontrak pembinaan Price-in-advance Barat (rujuk perbincangan sebelum ini)dan berpindah menggunakan kontrak pembinaan Cost Reimbursement Barat di atas.

Anonymous said...

Tuan bijan,

Ada 2 sebab mengapa saya undi PR ketika PRU12 dahulu.

i. sebab terlalu kecewa dengan kepimpinan Pak Lah dan terlalu meluat dengan KJ. Punyalah saya meluat dengan KJ dan beberapa pembesar UMNO yang lain hingga ke peringkat saya fikir bukan saja undi rosak tapi kena bagi BN undi negatif (dengan mengundi pembangkang) untuk singkir mereka-mereka ini.

ii. permintaan rakan-rakan saya dari PAS yang merayu agar diberi mereka peluang untuk membuktikan kebolehan mereka memerintah.


Tuan bijan,

Politik saya tidaklah terlalu kepartian sangat. Saya punya ramai kawan dalam PAS dan UMNO. Dalam PKR ada tapi tak ramai. Saya bersikap terbuka dalam hal ini. Undi saya boleh swing anytime. Saya berharap kedua-dua parti PAS dan UMNO ini boleh menjadi parti pendesak diantara mereka apabila melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Tapi apa yang berlaku sekarang ini tidak menjadi sebagaimana yang saya harapkan. Tampak seolah-olah kedua-duanya berlumba-lumba untuk mengadai kepentingan orang Melayu dan Islam untuk meraih undi orang bukan Melayu. Ya. Saya amat kecewa dengan PAS dan UMNO. Apalah nasib kita orang Melayu kerana terpaksa membuat pilihan berdasarkan kepada siapa yang paling kurang buruk daripada buruk; dan bukannya kepada siapa yang paling elok dari yang elok.

Jadi saya telah membuat keputusan untuk tidak terlalu mengharapkan kepada kuasa politik orang Melayu untuk kekal hidup dan cari makan di bumi bertuah bernama Malaysia ini. Saya akan terus berusaha gigih, membantu selagi daya kawan-kawan yang ramai tengah teruk berniaga sekarang ini; berjimat supaya dapat selesaikan hutang yang keliling pinggang ini dengan segera. Pendek kata, berdikari dan berbudi.

Saya fikir orang Melayu kena kurangkan berpolitik. Mereka tidak ada pilihan lain lagi selain dari bekerja kuat untuk maju supaya boleh bersaing dengan bangsa-bangsa lain.


-sinbad-

Anonymous said...

wahai jentayu..

hang jangan kecoh macam baguih sangat laa..

aku pon tak suruh hang setuju dengan aku... hang nak setuju ka, tak nak setuju ka..itu hang punya pasai..

bukan nak berlagak, tapi saja nak bagi tau sebab hang dah ungkit..

aku dah banyak bagi 'sedekah jariah' dengan kontraktor dan salesman melayu. Dari penjualan kereta hinggalah order grill rumah tak sampai2..perkara ini berlaku dah hampir 10 tahun. Tapi ini tak mematahkan semangat aku untuk terus menolong orang melayu...cuma kali ini aku lebih berhati2...maklumlah...pengalaman lepas mengajar supaya jangan terlalu percaya dengan janji2 manis orang..

for your info, baru pagi tadi aku call seorang mamat nie (melayu la) untuk welding pagar kat rumah aku, janji pukul enam petang nak jumpa kat rumah aku. Pukul 5.50 petang dia hantar sms cakap nak kena bawak anak dia ke klinik!

sorry la jentayu..orang macam kau nie (maaf cakap la) boleh di ibaratkan sebagai begini:

Dapat gaji bulanan beribu tak nampak dan tak hargai dan tak amati.

Tapi kalau menang hamper RM100, dapat kain batik percuma, dapat makan free... kau akan terlompat2 macam kera.

jadi... pernyataan yang aku yang nampakkan melayu lemah adalah salah.

Sekarang kau boleh jawap sendiri... siapa yang kena rasuk polong? aku, kau atau mamat kat atas nie?

bijan

saji said...

Sdr sinbad (sambungan)

TAHAP KETIGA (terakhir) dalam rangkaian mengatasi masalah peneyelewengan projek ialah penguatkuasaan undang2 penyelewengan dalam industri pembinaan yang meliputi rasuah oleh pihak berwajib yang di negara ini dan ketika ini dipertanggungjawabkan kepada pihak SPRM, Polis dan Peguam Negara.
Seperti TAHAP PERTAMA, ia juga diketahui umum. Di letak sebagai tahap terakhir, kerana peranannya sebagai pertahanan terakhir dalam mengatasi peneyelewengan tersebut, dalam erti kata seandainya TAHAP PERTAMA dan KEDUA di atas tidak berkesan atau berfungsi, seperti yang berlaku di negara ini.

saji said...

Sdr bijan dan jentayu

Dalam komen saya di blog ini dan artikal saya di akhbar, saya lebih menyalahkan sistem atau mengkritik kelemahan sistem berbanding dengan orang. Bahkan mencadangkan penggantian/pembaikan/perubahan sistem seperti sistem kontrak pembinaan yang memerlukan pandangan mata hati.

Saya timbulkan perkara di atas kerana, dari sudut menyelesai masalah cara Islam, hanya orang yang mempunyai dan menggunakan pandangan mata hati yang mampu melihat kelemahan sistem sebagai punca masalah yang ingin diatasinya.

Sebaliknya, orang yang mempunyai dan menggunakan pandangan mata dan akal atau logik akal hanya mampu melihat kelemahan orang lain sebagai punca masalah. Walhal yang dikesan oleh logik akalnya itu bukan punca masalah, tetapi kesan pada masalah yang ingin diatasinya.

Zainol Razali said...

Perampok 1:15 pm

Saya nak jawab soalan awak kenapa 'Middle Malaysia' itu diketengahkan oleh DAP dan bukan oleh PR.

Ini mudah saja.

Setiap parti di Pakatan Rakyat mempunyai kebebasan mengemukakan strategi yang dapat membawa ke depan prinsip-prinsip asas Pakatan Rakyat.

MIsalnya, PAS mengemukakan strategi 'PAS For All'. Masa PAS kemukakan strategi ni, kena kamu tidak soal? Kenapa tak tanya 'Eh, kenapa PAS buat strategi ni bukan Pakatan Rakyat'?

Kenapa bila DAP buat 'Middle Malaysia' kamu soal pulak?

Hah. Ini menunjukkan kamu ini hidup dalam ketakutan yang telah ditiupkan ke dalam kamu oleh puak-puak pro-nasionalis Melayu, seperti UMNO.

Pakatan Rakyat tu mempunyai polisi bebas dan demokratik.

Itulah sebabnya PAS boleh buat 'PAS For All' dan DAP boleh buat 'Middle Malaysia' kerana semua strategi ini selari dan sehala dengan prinsip-prinsip dasar yang telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat apabila mereka di bentuk dan diiktiraf dalam Konvensyen mereka bulan December 2009.

Dari apa yang saya lihat, UMNO-BN sudah takut dengan strategi 'Middle Malaysia' kerana ia mampu mendapat sokongan daripada Melayu sederhana/atas pagar yang mahukan negara yang aman, damai dan bukan ekstrem. Itulah sebabnya Utusan Malaysia melalut habis mengutuk 'Middle Malaysia' (rujuk tulisan Awang Selamat baru-baru ini). Sebab UMNO secara senyap-senyap dah takut.


Inilah hakikatnya.

Sivakumar said...

“Thus We have appointed you a middle nation.”
(Qur’an, Surah Baqarah, 2:143)

Baca rencana ini tentang 'Middle Malaysia' yg dikemukakan oleh DAP sebagai strategi dan wawasan Pakatan Rakyat.

affendi hussain said...

Sivakumar..

Stop being an ignorant and thinking you can manipulate most of the people in this blog..

Please do not insult our intelligence with your partial quote from Al-Quran..

"Thus We have made you [true Muslims - real believers of Islâmic Monotheism, true followers of Prophet Muhammad صلى الله عليه وسلم and his Sunnah (legal ways)], a just (and the best) nation, that you be witnesses over mankind[1] and the Messenger (Muhammad صلى الله عليه وسلم) be a witness over you. And We made the Qiblah (prayer direction towards Jerusalem) which you used to face, only to test those who followed the Messenger (Muhammad صلى الله عليه وسلم) from those who would turn on their heels (i.e. disobey the Messenger). Indeed it was great (heavy) except for those whom Allâh guided. And Allâh would never make your faith (prayers) to be lost (i.e. your prayers offered towards Jerusalem). Truly, Allâh is full of Kindness, the Most Merciful towards mankind." (Al-Baqarah; 2:143)

So..you're trying to equate "middle" with "just"?? So desperate trying to trigger that this MM as something divine as a means of acceptance?

Cheap shot..maybe it works there from where you came from..pls stop living with your default mentality that the majority malays are so naive and stupid..but you can take my words that DAP is already finished...the silent majority Malays already had enough with you people....

Btw, divinely speaking..pls clarify on DAP's not so "middle" & bias stand in the 'Allah' name issue..so stop syok sendiri & just keep on praying for your miracle to happen in next GE13..fat hope!

("/)

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).