Thursday, January 28, 2010

Saya Mahu Terus Jadi Orang Melayu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MAAF cakap, saya bangga jadi orang Melayu. Walaupun kadangkala saya malu dengan sikap, tabiat dan pencapaian sesetengah orang Melayu apatah lagi apabila orang Melayu dikaitkan dengan rasuah dan kemalasan, namun saya tetap bangga jadi orang Melayu di Malaysia.

Saya yakin orang Cina pun bangga jadi orang Cina dan orang India pun bangga jadi orang India. Tidak mengapalah kalau ramai generasi muda India dan Cina meminjam nama orang putih walaupun mereka bukan Kristian dan tidak boleh berbahas Inggeris dengan baik. Dalam suasana tiru meniru cara Malaysia ini, orang muda Melayu pun terikut-ikut guna nama Inggeris.

Justeru itu saya tetap akan mempertahankan identiti Melayu dalam Kad Pengenalan dan dokumen-dokumen rasmi lain. Lagipun, identiti Melayu itu mengesahkan saya sebagai seorang Muslim, Bumiputera dan tidak makan daging babi atau minum arak.

(Baru-baru ini saya makan di sebuah restoran canggih di Bangsar. Saya minta spageti dengan kepah. Tapi ada chardonnay. Jadi saya tanya, chardornnay betul atau ala Malaysia. Dia kata betul. Jadi haramlah. Tapi spageti dengan kepah boleh dimasak tanpa arak. Ajaibnya di Malaysia ni, benda haram pun boleh jadi halal dengan menukar bahan. Maka bacon yang asalnya daripada daging babi, tapi di Malaysia dihalalkan dengan menggunakan daging lembu atau ayam Belanda.)

Oleh sebab itu saya tidak setuju sama sekali dengan cadangan kerajaan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Bernama memetik Pelan Hala Tuju (PHT) Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak hari ini sebagai berkata:

“Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.”

Am I Malaysian just because I am proud being a Malay. Adakah cinta saya kepada Malaysia hambar dan kosong kerana saya mahu kekal sebagai seorang Melayu dan mahu identiti Melayu saya itu direkodkan?

Saya tidak peduli kalau orang Cina, India, Iban, Kadazan yang semua yang lain tidak mahu menyatakan afiliasi kaum mereka dalam Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil Mati, Sijil Nikah, geran tanah dan segala macam lagi dokumen rasmi Kerajaan 1Malaysia. Itu hak mereka.

Mana tahu orang Cina dan India Malaysia tidak lagi bangga dengan asal usul etnik mereka dan mahu jadi bangsa 1Malaysia.

Saya mahu identiti Melayu saya diketahui dan diakui kerana saya adalah anak peribumi Tanah Melayu, satu bangsa dari Kepulauan Melayu (the Malay Archipelago) dan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.

Takdirnya saya mati di tepi jalan dan sesiapa pun menemui jasad saya yang kaku itu mereka akan tahu saya seorang penganut Islam apabila mereka melihat bangsa saya tercatat sebagai Melayu.

Sesungguhnya saya cukup sedih dan gusar apabila satu demi satu, sedikit demi sedikit apa sahaja yang mengaitkan orang Melayu dengan bangsa, negara dan hak asasinya semakin hari semakin dihakis.

Membuang pengenalan bangsa dalam borang dan dokumen rasmi seperti dicadangkan itu adalah satu lagi contoh ke arah penghapusan identiti Melayu sebagai bangsa induk, bangsa peribumi dan bangsa majoriti di bumi Malaysia ini.

Adakah semata-mata kerana orang bukan Bumiputera “rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram” terhadap Dasar Ekonomi Baru maka saya, sebagai orang Melayu, tidak lagi berhak menyatakan identiti bangsa saya?

Kalau orang bukan Bumiputera rasa kehilangan hak, diskriminasi dan rasa geram kerana mereka beranggapan DEB tidak menguntungkan mereka, apakah semua orang Melayu dan Bumiputera puas hati dengan dasar itu?

Adalah satu kesilapan yang sangat besar menganggap Melayu dan Bumiputera tidak tahu bahawa yang lebih ramai menjadi kaya raya dan senang lenang akibat DEB adalah orang bukan Bumiputera.

Jadi, tolonglah jangan kacau saya kalau saya bangga jadi Melayu dan mahu kebangsaan saya direkodkan secara rasmi. Terima kasih.

Untuk makluman lanjut mengenai PHT yang diumumkan oleh menteri perdana itu, sila baca rencana berikut dari Bernama yang saya siarkan sepenuhnya tanpa suntingan:

Era Baru Bagi 1Malaysia Dengan Transformasi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Negara akan membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ini akan mendorong kepada bentuk ekonomi moden yang pesat, masyarakat yang bersatupadu dan kerajaan berwibawa bagi menangani isu-isu seperti penghijrahan keluar tenaga pakar, modal dan penyertaan positif dari semua kaum, menurut Pelan Hala Tuju GTP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Misi perpaduan kita bukan sekadar demi keharmonian dan hubungan baik semata-mata sebaliknya apa yang penting ialah pembinaan sebuah negara Malaysia yang produktif dan berdaya saing serta pencapaian Wawasan 2020.

"Meskipun perjalanan kita menuju Wawasan 2020 mungkin sukar, kita yakin faedahnya lebih besar memandangkan kepelbagaian budaya yang terhasil dan kelebihan persaingan yang lebih banyak yang diwujudkan oleh pendekatan ini," katanya dalam laporan pelan itu.

Pelan itu menekankan pentingnya menggalakkan integrasi menerusi inklusif dalam mengurus polariti antara asimilasi dan pemisahan dalam masyarat pelbagai etnik di Malaysia.

"Sebagai negara, banyak isu yang dihadapi dan dikenalpasti oleh rakyat sebagai penting adalah polariti seperti antara kaya dan miskin, muda dan tua dan merentas agama, bangsa dan wilayah," katanya.

Penyampaian enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP akan mengurangkan ketidaksamaan dan mengurangkan perasaan tidak puas hati yang kadangkala dicetuskan dalam terma perkauman, katanya.

Enam NKRA adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pendidikan, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

Pelan itu menyebut pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB) telah mendorong kepada 'beberapa hasil yang tidak diingini', antaranya rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram yang dirasai oleh bukan Bumiputera, yang disebabkan oleh sikap sesetengah pegawai di agensi-agensi tertentu.

Terdapat juga jurang pendapatan di kalangan masyarakat Bumiputera, menyebabkan rasa tidak puas hati semakin meningkat di kalangan segmen tertentu dalam masyarakat.

Faktor-faktor ini telah mendorong banyak rakyat Malaysia, terutamanya golongan profesional untuk bekerja dan tinggal di luar negeri serta penghijrahan bakat semakin bertambah serius.

Ditambah dengan penubuhan Ekuinas, dana equiti swasta untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, dan sektor kewangan dan 27 sekter kecil telah diliberalisasikan, lebih banyak inisiatif sedang dirangka sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini.

Kerajaan juga akan menaiktaraf kualiti sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan kepada semua pelajar dengan peruntukan kepada bahasa ibunda komuniti masing-masing menjadi antara langkah menangani sektor pendidikan dan perpaduan negara di bawah 1Malaysia.

Inisiatif lain termasuk mewujudkan sekolah asrama 1Malaysia dengan pelajar pelbagai kaum dan pemberian biasiswa kebangssan mengikut merit untuk pengajian di universiti antarabangsa.

Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Ia juga dicadangkan supaya lebih ramai orang Cina dan India digalak menyertai perkhidmatan awam manakala pegawai Bumiputera yang berasal dari Sabah dan Sarawak akan dinaiktaraf.

113 comments:

ab said...

Salam dato,

NOOOOOOOOO!!!!!

PM BOLIH TUKAR DIA PUNYA MYKAD, ANAK BINI DAN KAUN KERABAT DIA PUNYA MYKAD TULIS BUKAN MELAYU..............


TAPI bukan saya dan anak bini dan keluarga saya punya mykad dan lain-lain dokumen BERKENAAN bangsa kami.


HAPRAK PUNYA CADANGAN!!!!




Abu Bakar Ab Rahman

Buyong said...

Semakin hari kesabaran kita terasa semakin dicabar.

Hanya kerana satu slogan bodoh, semua hak kaum majoriti nak dihakiskan.

Berbaloikah Najib hanya untuk satu dua undi?


I AM PROUD MALAY TOO!!

Sedarkah najib mereka menggunakan slogan bodoh tu mengambil peluang memijak kepala bumiputra.

abe MIE 'TERJAH' said...

Yahudi lagi hebat datuk. Tembak orang boleh, fitnah orang boleh...

Melayu setakat memberi kemaafan dan sanggup berkongsi tanah dengan bangsa asing, apa hebatnya.

Melayu sekarang sanggup menghina melayu lain atas alasan Negara Kebajikan.

http://pkrpasdap.blogspot.com

tabuan said...

akm dato...

Saya fikir ini satu cadangan yang baik dari menteri perdana, membuang status "Bangsa" dalam segala borang kerajaan, buang juga status bangsa dalam IC. Ini menjurus kepada 1Malaysia, menuju ke arah bangsa Malaysia.

Cuma saya nak tambah sikit cadangan kepada Menteri perdana supaya hati-hati kaum yang di angkut inggeris tidak terluka.

Saya mencadangkan supaya baju melayu, jangan di letak nama baju Melayu sebalik nya di letak nama baju "1Malaysia"

Keretapi tanah melayu (KTMB) nama nya harus di tukar.

Bazar melayu, kampung Melayu,raja-raja Melayu, segala peralatan yang beridentiti kan Melayu seperti keris haruslah di hapuskan.

Dan yang paling mustahak ialah membubarkan Parti Melayu (UMNO) tukarkan kepada parti 1Malaysia.

Maaf bercakap dato,kita perlu mengasihani kaum pendatang,hati mereka sangat terluka, kita di hukum berdosa sekiranya kita melukakan hati mereka.Maka sangat lah elok apa yang di rancang dan di cadang oleh menteri Perdana.

Quantum Metal Consultant said...

Jadi, tolonglah jangan kacau saya kalau saya bangga jadi Melayu dan mahu kebangsaan saya direkodkan secara rasmi. Terima kasih.
............................

Dalam ketika bangga menjadi orang Melayu dan mahu terus kekal jadi bangsa Melayu di bumi sendiri, kenapa 'penegasan' bertukar kepada 'rayuan'.

Sepanjang saya ikuti "Mahathir' walaupun dicop mamak, dia menegakkan bangsa Melayu dengan penegasan tanpa meminggirkan bangsa lain.

IamMalay said...

Melayu malu jadi melayu.. Sibuk jaga hati org lain.. Orang lain tak sibuk pun jaga hati Melayu.. Melayu sesama Melayu pun tak mahu bantu membantu.. jual ajelah tanah melayu dan terjun laut lagi bagus.. buat koloni baru kat dalam laut..

langit biru said...

Saya juga bangga ditakdirkan berbangsa Melayu di Malaysia.

Dalam kad pengenalan saya ditulis Bangsa Melayu, Agama Islam.
Saya bangga.

TAPI dalam MyKad 6 orang anak saya, tak ada ditulis AGAMA ISLAM.
AMAT TIDAK BANGGA.

Apapun, langkah amat sumbang Najib 1Malaysia inisemata-mata untuk meyakinkan orang bukan Melayu di MAlaysia yang dia PM untuk semua Kaum, bukan sahaja kaum Melayu.

Apa ni NAJIB???
Awat laa hang jadi macam ni???

66lyn99 said...

salam dato

entry TERBAIK & TEPAT pada masanya dato. apa yg dato tulis mewakili perasaan yg terbuku dihati saya serta saudara-mara saya, sahabat-handai saya serta majoriti bangsa melayu islam di tanah air.

SYABAS & terima kasih dato!

AntiHipokrit said...

Salam Dato'

Tak tau nak cakap apa lagi. Saya hanya boleh menyalahkan orang UMNO yang memilih pemimpin yang hanya sayangkan bangsa lain lebih daripada bangsa sendiri.1Malaysia merupakan penipuan terbesar kepada bangsa Melayu. Bagi saya Najib dan Anwar sama sahaja.

InsyaAllah saya akan migrate ke UK Dato' sebab adalah lebih baik saya tinggal di negara orang sebagai pendatang drpd tinggal di negara sendiri tetapi 'pendatang' dah diangkat menjadi pribumi. Pribumi menangis di bumi sendiri.

Anonymous said...

Saudara,
Adakah munasaba kalau borang permintaan perkerjaan mengandungi petak "Kaum" (or "race")? supaya pihal majikan dapat "tapis" (filter) kaum tertentu tanpa mengira keupayaan?

Untuk pengetahuan Saudara, di negara2 tertentu (AS, Australia dll), ini boleh dijadikan asas kes "racist" yang merupakan kesalahan dalam undang2 mereka.

Bagaimana pula dengan Telekom, TNB dll ada petak untuk "Kaum"?
Apakah "Kaum" penting untuk mendapat perkhidmatan daripada Syarikat2 tersebut?
Ataupun, ini merupakan "data" yg boleh ditapis (filter) untuk tujuan tertentu?

Salam
J

warongkopi56 said...

Salam Datuk,
1Malaysia sebenarnya tidak akan kemana pun. Kita akan hanya mendengarnya selagi Perdana Menteri Najib ini masih dikerusi tersebut.

Pada saya 1Malaysia ini lebih kepada jual bangsa melayu dan haknya dari menyatupadukan bangsa.

Lihat apa yang berlaku sekarang, masjid dicemar, dibakar begitu juga dengan gereja dan tokong tokong lain. Dimana nampak 1Malaysia itu berupaya menyatukan kaum kaum diMalaysia ini?

Kalau bangsa lain rasa disisih oleh DEB,takan salah orang orang berbangsa melayu? Yang salah pengubal dan pelaksananya. Adakah majoriti orang melayu yang menikmati polisi DEB atau orang orang yang tertentu saja.

Kebanyakan orang melayu masih makan gaji jadi kuli dan yang kerja diswasta pula masih terpaksa tersenggih oleh boss cina walaupun diperlakukan sebagai hamba dengan menggunakan kaki sebagai penunjuk. Tapi demi survival terpaksa telan.

Bagi kontraktor pembinaan pula, masih kena beli barangan hardware dengan pemborong cina. Berapa sangat pemborong harware melayu dinegara ini yang boleh bersaing untuk menstabilkan harga barangan hardware.

Siapa yang terlebih didiskriminasikan? Anak anak melayu yang lahir disebelah barat semenanjung mendapat kelulusan baik tidak diterima kono kuota sudah lebih, tetapi anak anak melayu lahir dipantai timur semenanjung cukup makan saja sudah ok dan yang sedih selepas enam tujuh bulan jadi drop out kerana tak boleh bawa atau pergi berkahwin.Kan sia sia saja menutup rezeki orang lain.

Saya berharap jangan terlalu terbawa bawa ingin menang PRU 13 sehingga bangsa melayu tinggal hanya nama.Perdana Menteri harus sedar dia merasa kerusinya pun sebab orang melayu yang menyokong dan sebagai konvensyen sahaja komponen komponen BN terima dia.

ikhlas dari saya.

Nordin said...

Kali ini saya rasa senang sekali dengan pandangan Dato'.

Begitulah apabila pimpinan Melayu dengan wewenang melakukan salah guna kuasa dan melakukan ketidakadilan,bukan hanya kelakuannya dibenci bahkan kelibat dan jatidirinya dipertikaikan.

Lantaran kokokannya begitu hebat dengan perjuangan bangsa dan negara kononnya,maka dengan kelakuan sedemikian,bangsanya pun terkesan dan menjadi momokan.

casper c said...

Bagus pendirian Pak Kadir, memupuk semangat "Melayu" tetapi harus dinyatakan bahawa lazimnya terdahulu, ungkapan "Melayu" jarang digunakan sama sekali.

Lazimnya seseorang Melayu lebih mengenal dirnya dgn tempat lahir ie kampung, mukim, bandar ataupun negeri.

Pak Kadir kalo senang, bacalah the Sun, article berjodol "No Stopping Ghazali" - Zainon Ahmad.

Soal DEB, harus dikatakan tiada sesiapa pun yg mencabar asas dasar tetapi ramai yg boleh lihat sendiri betapa kaya pembesar UMNO akibat songlap duit dgn adanya DEB - itu permasalahan akibat DEB yg perlu digubal.

Dalam hal pengenalan bangsa pada IC, borang dll, apa pula bezanya kalau ada/tiada ? Bukannya boleh makan, so jangan pula dijadikan inti perbalahan sampaikan rumah org terbakar.

Peasn saya, jangan bodoh bebal kerana ada anasir jahat dikalangan Melayu telah pun mula tunjuk taring.

Sendiri renung dan fikir hal ehwal semasa.

abdullahngah said...

Bangga bermakna "megah" merasa "megah" dan "besar hati". bermakna berasa besar hati.

"bangga" ialah "sombong" dan "angkuh" ia bukan sifat seorang muslim sebenar.Oleh itu janganlah berbangga apa sahaja.

sifat yang sewajarnya dimiliki oleh orang Melayu muslim ialah bersyukur kerana dilahirkan Melayu dan Islam.

Ada banyak Melayu bukan Islam. Demikian juga Arab. banyak Arab krsitian. Arab Yahudi.

Islam itu "akidah", melayu itu "bangsa".

Kalau rosak akidah mereka tetap berbangsa Melayu juga. Tapi hanya bukan Islam sahaja.

Akidah boleh rosak, tapi Melayu tidak rosak bangsanya jika makan babi dan minum arak sekalipun.Melayu jugalah miskipun nama orang putih.

Mereka tetap Melayu dan berbangga jadi Melayu bukan budaya Islam, kerana Islam tidak sama dengan orang bukan Islam.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang meyerupai suatu kaum, dia dikira kaum tersebut.

Saya percaya orang Melayu kekal berbangsa melayu tetapi mereka dikira kaum kafir, kerana ikut cara kafir.

Mengapa tidak? mereka berpakaian tetapi telanjang, mereka berekonomi, tetapi ekonomi riba, mereka bersosial, tetapi sosialnya adalah bersosial serupa dengan orang kafir.

Oleh itu janganlah berbangga menjadi melayu, kerana sifat megah itu tidak boleh ubah diri kita ikut ajaran islam.sifat bangga merbahayakan diri sendiri.

Islam ajar kita bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur jadi islam dan mati dalam islam. Dan jangan sekali kali mati dalam kekafiran.

Islam bukan bangsa dan bangsa juga bukan islam. Lebih baik jangan berbangga jadi Melayu sebaliknya bersyukurlah jadi melayu yang patuh dengan ajaran islam tidak minum arak, tidak makan babi dan tidak makan riba dan tidak makan rasuah.

Apalah sangat berbangga menjadi melayu, jika tidak solat, jika tidak puasa,jika tidak zakat.

Anonymous said...

Datuk, izinkan saya berkongsi perasaan dan pandangan yang sama dengan Datuk berhubung cadangan yang menusuk jantung itu.
-- Balanglama

Habib RAK said...

AKJ, This is most pathetic article from you. Sedih la. You are a muslim because you are a malay! If you mati katak, your race is not displayed on your IC. Only your religion is displayed. Race and other particulars are inside the chip. And, when you go to restaurant, you give your ic to the waiter before you order is it? So that they will know you are a Malay or not. What happen today AKJ? You knocked your head ka?

el-Barokhas said...

We Melayu try very hard to disprove the Melayu saying "tidakkan Melayu hilang di dunia".

First it was Tanah Melayu which became Malaysia. Then the jawi script, which was used even during the colonial times, was condemned to the archives. Even UMNO found it degrading to use it's Melayu name. Bahasa Melayu became Bahasa Kebangsaan. And, now, this!

The defacement of Melayu identity is almost complete.

Eljay said...

Kerajaan nampaknya cari masalah lagi dengan orang MELAYU dalam menghadapi PRU13 akan datang. Apakah Perdana Menteri kita atau tukang-tukang pikir untuk PM itu lebih western dari western?

Inilah masanya NGO2 MELAYU cepat2 bangun dan menentang sekeras-kerasnya dalam perkara ini.

Jangan nak jaga jaga hati bangsa lain, identiti bangsa sendiri digadai dan dibunuh.

Kemana perginya slogan UMNO berjuang untuk BANGSA, AGAMA dan NEGARA???????

Anonymous said...

Datuk,

Bukan saja pemerintahan yang dibimbing Melayu gagal atau bimbang mempertahan hak, edentiti dan jatidiri Melayu, malah mereka juga takut dan gusar mempertahan hak Islam dan sensitiviti orang Islam.

Bila gereja dibom api, pemerintah kata ia jenayah lantas mencari gerembolan yang melakukannya, seolah-olah pasti orang Islam.

Akan tatapi bila Masjid dibaling kepada babi (kerbau pendek), ia hanya provokasi seakan-akan orang Islam sendiri yang buat kerja jelik itu.

Orang Islam bagaimana jahil dan jahat pun dia tidak sentuh babi apakan lagi membalingnya ka dalam kawasan Masjid.

Saya sedih Malaysia yang dulu aman damai di bawah kepimpinan yang adil tatapi cergas sekarang tampak sangat takut kepada orang Tionhua dan India daripada takut kapada Melayu, Bumiputera dan Islam.

Mastautin Malaysia

Unknown said...

eljay,

umno berjuang utk BANGSA, agama dan negara? nape letak agama no 2? melayu tu lebih besar dr islam kah? pada sia mulia islam selamatlah melayu itu. kerana akhlak islam itulah yg membentuk peribadi dan jati diri melayu.

pakcik,

memg bagus juga ada islam atau melayu kat ic kita. tp apabagusnya kalau sekadar islam dan melayu atas kad? apakah kita semua mencerminkan hidup sebagai islam sebagaimana cop ISLAM atas ic kita? kdg melayu atas ic tapi cara hidup mcm melayu kah?

boleh pakcik terangkan bagaimanakah seorang melayu itu pada tahun 2010 ini? samakah dgn melayu 20 tahun lepas atau 50 tahun lepas? yg pasti melayu hari ini memang tak sama langsung dgn melayu 200 tahun lepas.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya merasakan cadangan kerajaan untuk menghapuskan penyataan bangsa dalam borang kerajaan merupakan satu langkah yang mundur kebelakang.Tindakan kerajaan ini adalah amat jelas merugikan bangsa majoriti yang merupakan penduduk asal negara ini iaitu bangsa Melayu.

Tidak dinafikan kebanyakan orang Melayu amat naif atas kesan penghapusan sedikit demi sedikit identiti yang dikaitkan dengan bangsa mereka iaitu Melayu. Lantaran itu mereka hanya bergantung harap kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin besar mereka terutama Perdana Menteri untuk bertindak bijaksana di dalam melindungi dan mempertahankan hak-hak mereka yang tidak sepatutnya dipertikaikan.

Amatlah malang bagi orang Melayu sehingga untuk memanggil diri mereka sebagai Melayu pun dinafikan. Apakah orang Melayu harus sentiasa berkorban demi memenangi hati kaum minoriti sehingga membakar diri yang akhirnya akan menghilangkan kewarasan budi.

Adalah menjadi suatu yang harus dan mengikut hukum alam apabila kaum minoriti menyerap dan dan mengasimilasikan diri kedalam budaya dan cara hidup kaum majoriti dan bukan sebaliknya.

Mengasimilasikan kaum minoriti kedalam cara hidup kaum majoriti sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan bagi menghasilkan negara satu bangsa atau dengan kata lain 1 Malaysia. Tidak ada satu pun negara bangsa di dunia ini yang bertindak sebaliknya.
Langkah kerajaan yang menghilangkan identiti bangsa majoriti adalah satu langkah songsang dan menungkah arus yang akhirnya akan menemui jalan buntu.

Rakyat Marhaen.

al-Din-amin said...

Orang kita memang suka cari kerja (splitting hairs) bukan buat kerja. Hari-hari ada juga perkara-perkara canggih kononnya untuk menunjukan buat kerja. Sebab otak yang kosong tidak boleh berfikir panjang dan menganalisa implikasinya maka timbulnya kejadian tikus membaiki labu. Bak kata tin kosong itulah yang kuat bunyinya.

Jika diomong-omongkan konsep 1Malaysia inilah jadinya. Kenalah dipadankan dengan isi, pendekatan baru, berpolitiking serta rebranding, kalau tidak ia berupa kelonsong sahaja.

Pemimpin yang goncang akan membuat apa saja untuk menguatkan kedudukannya - menjual hak sendiri untuk menyedapkan hati orang, menunjuk-nunjuk keperhatinan dsb.Padahal banyak lagi hal-hal kepentingan negara patut di selesaikan. Beras tak cukup, perkampungan terbiar kurang kemudahan jalan (jalan di kampung saya masih lateritik!), kesihatan dan lain-lain aspek, orang-orang asli merana bebuluran kerana bahan makanan dan pendapatan di hutan berkurangan, pencemaran persekitaran dsb.

Pemimpin-pemimpin sudah lama berkampung di bandar lali dengan kemewahan (RM10 juta senang-senang dikirim keluar negara, yang ada dalam poket entah berapa banyak lagi, untuk isteri dan anak entah berapa banyak lagi) jadi lupa mereka yang tinggal di pendalaman -terutamanya di Sarawak dan Sabah berapa daif kehidupan disana.

Akuilah bahawa Allah telah menganugrahkan negara ini dengan berbilang bangsa. Dengan itu kita kaya dengan budaya, sejarah, agama dan kebolehan yang berbeza yang dapat dimenafaati. Cara isi borang untuk menyatukan masyarakat majmuk adalah satu pendekatan yang cetek.

Anonymous said...

Salam dato'

izinkan saya menulis sebaris dua komen.

terasa darah di dada meluap-luap.

kepada yang menyokong ditiadakan bangsa dalam dokumen pengenalan ni, apa masalah anda? apa masalahnya diadakan ruangan bangsa tu? kita ni kan negara yang masyarakatnya majmuk, tentulah akan ada pelbagai bangsa. ini bukan soal racist atau soal agama. kalau bangsa tu tidak penting tidaklah tuhan menjadikan manusia itu terdiri daripada pelbagai bangsa.

saya percaya bukanlah maksud dato' berkata bangga tu untuk bermegah-megah, tetapi orang melayu ni bahasanya memang begitu, suka berkias. orang yang tidak pedulikan bangsanya memang takkan faham benda ni. saya kira apa yang ingin dato' sampaikan adalah, apa masalahnya ada ruangan bangsa? kenapa perlu ditiadakan seperti ingin menyembunyikan sesuatu? bangsa ni seperti namalah, kalau orang tanya kita apa nama awak, kita hendaklah menjawabnya tanpa segan silu. begitu juga dengan bangsa, kalau ditanya, janganlah segan nak beritahu, jangan disembunyi-sembunyikan. kenapa? terasa bukan orang malaysia ke kalau ruangan bangsa tu bukan melayu?

inilah masalahnya dato', orang melayu apologist dan orang melayu yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri untuk kepentingan diri mahupun kerana berasa dia adalah orang yang lebih baik dari kalangan bangsanya sendiri.

bangsa lain berpecah dalam politik tapi kepentingan bangsa sentiasa dipertahan, pecah tu adalah strategi mereka untuk bangsa mereka. tapi orang melayu ni, berpecah dalam politik sampai kepentingan bangsa digadaikan.

saya bukan komen ni atas dasar menyokong mana-mana parti apatah lagi atas dasar membenci bangsa lain, tapi atas dasar kepentingan bangsa melayu. dan jangan kata saya mengetepikan ajaran islam kalau saya kata begini kerana bukankah islam mengajar kita untuk menjaga keluarga kita terlebih dahulu dan bukankah keluarga kita tu adalah bangsa kita?

dato', saya pernah cadangkan hak keistimewaan melayu ni ditukar kepada kompromi melayu supaya kita jelas siapa sebenarnya yang mendapat keistimewaan dan siapa yang hilang keistimewaan dan supaya kompromi kita ni jangan ditekan-tekan dan diinjak-injak lagi. bukanlah saya bertujuan menindas mana-mana bangsa kalau saya berkata begini kerana selama ini pun tiada sesiapa yang tertindas di bumi bertuah ini sehingga sesiapa pun boleh menikmati kekayaan dan kemakmuran di bumi malaysia ini. saya harap ds najib lebih tegas dalam perkara melibatkan kepentingan bangsa melayu selagi ia tidak menindas bangsa lain. sudahlah parti melayu yang memerintah diterajui golongan yang gila harta, parti yang berangan nak memerintah pula lebih gilakan kuasa. jangan sampai menang sorak tapi kampung tergadai suuuuudahlah.

kesimpulannya dato', saya tak nampak ada keperluan mengenai perkara ini sebaliknya adalah merupakan kehendak kumpulan tertentu untuk agenda sendiri.

wallahhualam.

-saya bukan politician-

http://budakjawa.wordpress.com/

Abdullah Sani said...

Dato.

Saya mahu jadi terus orang Melayu.Teringat saya sajak Tongkat Waran siapa itu Melayu.

Jikalau saya hendak buat sajak baru mengenai orang Melayu maka saya mulanya bagini.

Tahun 1511 Melayu kena tipu dengan Portugis.

1943 Melayu kena tipu dengan Jepun.

1957 Melayu kena tipu dengan Inggeris.

1966 MELAYU KENA TIPU DENGAN LEE KUAN YEW.

2008 MELAYU PAS DAN PKR kena tipu dengan DAP,Saudara PAP.

Dari Merdeka Melayu hari2 kena Tipu dengan UMNO.

Sampai bila Melayu Nak Kena Tipu.


Nasib Kau Lah Lunchai.

leekh said...

Yes be orang Melayu and be proud. Maybe there is something you can do to make sure that you are really Melayu. Have you heard of the genome project? Go to this site: http://www.dnaancestryproject.com/
find out and be sure that you are really genetically Malay. What happens if you suddenly learn later that you were actually born a Chinese? Dato should also realize, that actually I am a part of you and you are a part of me and everybody else. Your teacher forget to mention that your cells are constantly dying and being replaced. All the components of your body is the same as all other human beings, animals and plants. Mostly carbon dioxide, oxygen, nitrogen. You eat, we eat. You excrete we excrete. You inhale, we exhale and you exhale and we inhale. And the funny thing is Dato if you are standing near some animal that you think is dirty, you should remember that as you breath in the animal is breathing out. Parts of the animal, alright at the atomic level if you like, is becoming part of you and vice versa. For a person who has lived for so long like you it is conceivable that you you would have shared the same atomic particles of substances with all living beings and things all the way back to the time of the dinosaurs. In effect Dato at various times parts of you were parts of all other living things. So if you like parts of you were parts of all kinds of animals including those who are not clean and parts of you were also most likely parts of all human beings who lived from before till now. There was once when I was standing next to you, in fact talking to you. Were we at the moment the same? But really really Dato it does not matter whether you ARE Malay because as long as you BELIEVE that you are Malay..then you are Malay. So stay a Malay. Malays are the chosen people like the Jews, the Tamils, the Arabs, the Chinese and many many others. Or do you BELIEVE that the Malays are the ONLY chosen people on earth?

Anonymous said...

Dato' Salam,

Kerana Umno kucar-kacir dan lemah, berbagai pihak ambil kesempatan. Ini termasuklah aktivis agama bukan Islam seperti Roman Catholic. Kerana hendak pertahan posisinya sebagai parti induk BN, Umno terpaksa menyerah kepada tuntutan puak minoriti ini sehingga membelakangkan orang Melayu.

Makanya jadilah Malaysia negara Dunia Ketiga yang begitu nampak toleransi dan menyerah kepada tuntutan dan peras ugut minoriti.

Saya terbaca berita ini yang tentunya menarik minat Dato' kerana Dato' kerap ke Switzerland kerana ada anak dan cusu di sana.

Di negara Kristian yang liberal, demokratik (?) dan kaya itupun umat Islam tetap ditekan dan dikawal kebebasannya. Kaum minorit tetap kaum minoriti dan mereka wajib akut kepada majoroti.

Muslim athlete fails to overturn headscarf ban

A Swiss Muslim basketball player has failed in her bid to have a court overturn a headscarf ban when she plays in league games.

A local court in the canton of Lucerne said in a ruling published on Wednesday that the ban didn’t breach the player's rights.

Sura Al-Shawk, a 19-year-old Swiss citizen of Iraqi origin who plays for STV Luzern, sought permission from the Swiss basketball association to wear a scarf. ProBasket said in August she couldn’t because it could increase the risk of injury and the sport had to be religiously neutral.

ProBasket said it followed the rules of Fiba, basketball's world governing body.

Al-Shawk can appeal to the cantonal court within ten days. She couldn't be reached for comment.

swissinfo.ch and agencies

Travelling Muslim

Anonymous said...

izinkan saya sekali lagi dato' marah bebenor rasanya setiap kali baca komen orang yang mempertikaikan kenapa kita nak kekalkan ruangan bangsa.

habib rak,

aku ingat kepala hang yang dok terhantuk kot. dah tentulah ruangan bangsa ni bukan untuk digunakan dalam keadaan mati katak atau di restoran, dato' pun tak sebut benda tu.

Dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa di mana masing-masing mempunyai nilai dan norma yang sangat berbeza yang ikatannya sangat berkait rapat dengan bangsa, sudah tentulah ruangan bangsa ini sangat berguna dalam menggubal sesuatu polisi mahupun pelan tindakan. kalau takde ruangan bangsa ni, mana kita tahu bangsa melayu ni merupakan golongan yang paling ramai dalam kategori miskin. kalau dok kira guna telinga dengaq orang teriak paling kuat itulah golongan yang paling ramai dalam kategori miskin, tu yang jadi pembahagian kekayaan negara oleh kerajaan tidak seimbang. sebab orang melayu ni memang tak suka teriak. ini satu contoh sajalah. banyak lagi benda lain yang memerlukan penggunaan maklumat bangsa ni.

selain daripada itu, apa benda yang menunjukkan orang melayu ni belongs to malaysia? dari segi ekonomi? tidak. dari segi kebudayaan pun dah bercampur baur dengan kebudayaan negara lain. dari segi bahasa, nama je bahasa kebangsaan (itupun dah tukar jadi bahasa malaysia) kalau pi bandar tu mau sesat makcik pakcik dari kampung kalau cakap bahasa melayu lagi-lagi kalau masuk hotel ka, shopping kompleks ka.

kalau dah semua yang berkait dengan melayu ni hatta sejarahnya dan pejuang bangsanya tak sesuai, tak berdaya saing, tak boleh diguna pakai dan nak diubah, lagu mana kita ni? nak jadi macam orang melayu di singapore ke? apa guna merdeka kalau orang lain yang menjadi tuan? nilai dan bahasa lain yang menjadi keutamaan. jangan kata ini semua salah orang melayu tak berdaya saing, korup, pemalas dsb. sebabnya, kita ni terlampau pemurah, semua benda ni diwakafkan kepada bangsa lain.

hang renunglah dulu benda ni. fikirlah apa masalahnya dengan ruangan bangsa ni. byk dah kita gadaikan atas dasar perpaduan. tp kalau org taknak berpadu dan menerima nilai kita serta menolak mentah2 apa saja yang berkait dengan kita, di mana kedudukan kita? nak merempat ke mana lagi? inilah tanah air ku, tanah tumpah darahku. di mna bumi dipijak, di situ langit dijunjung. bukan dimana bumi dipijak, langit lain yang dok dijunjung.

sekian dululah.

tak kuasa nak layan org mcm ni lama2, buat naik darah ja. aku mintak maaf kalau terkasar bahasa. aku tak berniat nak sakitkan hati sesiapa. tapi hati aku memang sakit dan pedih pasal sesuatu yang berkaitan dengan bangsa aku dipersoalkan. tapi takpalah, siapalah aku, orang yang berbangsa melayu. mungkin sudah tiada tempat untuk aku disini dan perasaan aku tidaklah penting untuk dijaga. aku mohon undur diri.

salam

-aku bukan politician-

alunbm said...

Dato'
Saya juga seperti dato,bangga dengan sifat kemelayuaan dan bahasa melayu yang dituturkan hari2 tak macam sesetengah melayu yang dah berjaya dalam hidup sudah rasa malu untuk cakap melayu,pada mereka rasa tak dak"class"!!! cakap melayu ni hanya orang kampung,macam kat dalam TV tu kasihan orang kampung tak paham sepatah haram apa yang orang besaq tu cakap,rupa melayu tapi lidah orang putih...

Dato' Disebabkan konsep"1Malaysia"ni segala macam ide yang tak ketahuan cuba ditonjolkan untuk menampakkan lagi 1Malaysia nya.Entahlah hantam sajalah labuuu....

Pak Malau said...

Dato,

Sama seperti Dato saya juga berbangga sebagai Melayu.
Biarlah selepas ini mereka nak melabelkan kita sebagai rasis atau ketinggalan zaman!!

MUBA said...

Datuk,
Saya nak tanya J. Betulkah di US tidak ada langsung borang-borang kerajaan yang memerlukan maklumat mengenai latarbelakang sesuatu kaum. Kalau tidak kenapa wujud istilah-istilah seperti white,black/afro american,hispanic, american indians, American chinese, Arabs, Korean american, japanese american dan sebagainya. Apakah kerana suka-suka sahaja.

Tok Ma said...

Datuk,

Saya juga bangga kerana keterunan Melayu. Ketika lahir Melayu, mati pun mahu tetap Melayu. Anak-anak juga masih Melayu meskipun ramai yang menjadi Melayu diaspora. Tetapi hati, jiwa dan perasaan tetap Melayu.

OKJ said...

LAGAK sesetengah orang melayu yg rasa dirinya bagus, bila bercakap je, perjuangan bangsa dah ketinggalan zaman. Lepastu kata nak buang DEBlah, bersaing secara terbukalah, tiada monopoli kalimah Allah dan ianya dah ketinggalan zamanlah. Hatta, Quota Melayu yg banyak menolong anak melayu pun dikatakan hanya untuk UMNOPUTRA je.

TAPI bila nak dibuang perkatan bangsa pada borang je, dah kecoh. Baru nak buang satu kolum je, dah menggelabah dan tak tentu arah. Inilah orang yg tak sedar diri. Bila bercakap main bantai je, berlagak pandai, semua UMNO salah, YB PAS dan PKR kelahi sama sendiri pun salah UMNO juga, sampai mentol rumah meletup pun mungkin disalahkan UMNO juge. BODOH. Inilah orang yg lebih percayakan bomoh siam dari pakar perunding forensik bangsa sendiri, yg lebih percayakan kafir baca Quran dari mufti dan ulama bangsa sendiri.

Agak-agaknya kalau orang melayu yg jati dirinya Melayu dan agamanya Islam, susah ke nak bezakan namanya dengan yg lain. Kecualilah Melayu yg rasa terhina pada nama melayu tu sendiri dan diletakkan nama orang putih ke dan sebagainya. Bak kata raja lawak ‘Lu pikir sendiri la’. Sekian TQ.

Semerah Padi said...

Dato',

Sudah ada seruan untuk pemilihan semula Pemuda UMNO:-

http://parpukari.blogspot.com/2010/01/akhirnya-exco-pemuda-umno.html

Baiklah langsungkan terus dengan pemilihan semula Presiden Parti UMNO. UMNO ini parti politik yang berjuang untuk orang Melayu.

Najib semakin hari mengikis hak-hak orang Melayu. Jadi Najib ini tidak wajar berada dalam parti orang Melayu, apalagi menjadi presidennya.

Apa bangsa Najib ni?

Anonymous said...

Tengok lambang 1Malaysia, bulan kena 'potong', bintang kena 'potong',tinggal separuh je. Jalur tak cukup 14. Lepas ni entah apa lagi la yang nak di'potong'.

-Peace

Anonymous said...

Salam Hormay Dato',

Percayalah, sebilangan besar orang Melayu mempunyai pendirian dan pegangan yg sama seperti dinyatakan olih Dato'.Setakat hari ini kita merasakan kerajaan pimpinan Dato' Najib telah banyak mengorbankan kepentingan dan hak orang Melayu demi untuk menawan hati orang lain.Beliau nampaknya terlalu mengalah dan telampau banyak memberi kepada yg lain.Tindakan beliau memohon maaf kepada kaum Cina di atas, kononnya, keterlanjoran Ketua Umno Bukit Bendera memperlihatkan dengan jelas tenteng keperibadian beliau yg sebenar yg mudah mengalah tidak bertempat,yg mana bagi sesetengah pihak ditafsirkan sebagai penakut.

Jika PM Najib akan melaksanakan PHT dan GTP seperti yg telah diumumkan itu semata mata kerana ingin menjayakan gagasan 1 Malaysia maka kemungkinan besar beliau akan tersingkir dari Putera Jaya dan UMNO akan terkubor pada PRU akan datang ini.

Memangnya cantik dan hebat apa yg terkandung dalam PHT dan GTP tapi hanya diatas kertas.Dari segi perlaksanaan dan keberkesanannya ianya tidak kemana.Dengan mutu kepimpinan yg diperlihatkan hari ini -tidak tegas,terlampau berhati-hati dan lambat bertindak ,mutlamat itu akan jauh tersasar.Nampak nya masalah yg kritikal yg dihadapi sekarang seperti kes kalimah Allah,kes rasuah ,kes jenayah dan pendatang haram pun tidak dapat ditangani dengan baik.Begitu juga dengan masalah dalam MCA.Satu ketika dulu PM Najib nampak beria-ia benar mahu selsai sebelum 25 Disember.Sekarang apa dah jadi?Bukankah lemah namanya itu?

Demi masa depan negara,bangsa dan Agama saya merayu agar PM Najib fikir dan renong habis-habis dan kaji semula sebelum menerukan rancangan PHT dan GTP itu.

Askar Tua

Kaizer said...

Agak sedih orang melayu adalah satu bangsa dalam sejarah dunia yang tidak mahu mengenal diri sebagai bangsa melayu.

Ini lah keadaan bangsa kita di negeri yang dulu terkenal mahsyur sebagan Perseketuan Tanah Melayu.
Mungkin masih terus bermimpi lagi.

Kaizer

al-Din-amin said...

- gerak gempur
- sekolah bistari (for KL?)
- propsed RM640M for sports complex in London
- 3rd bridge?
- 1 malaysia
- 1 world
- my father and felda
- saudi's top award
- Blair in Sabah
- no racial designation
- nitty gritty NKRA (we have performed well!)
- altantuya
- (said to be) coward
- queen and I
- Isa Bkt Pelanduk
- lost 2 engines and new fighter planes
- ...

Is this the stuff we have?

casper c said...

Jam hampir pukul 3 pagi tetapi tak mengapa memandangkan saya tidak payah masuk kerja hari Jumaat, saya tetap mendebat pandangan para anon-anon yg menulis dgn tujuan jahat.

Sebelum apa-apa, walaupun sudah ditegur tuanpunya blog, masih ramai sekali yg tetapkan "anon" semasa buat posting. Bagi saya, kelakuan ini serupa dgn memakai kasut masuk rumah org lain - itu biadap namanya.

Tetapi tidak mengapalah, mungkin ada agenda tersirat dikalangan anon-anon tertentu membuat kerja jahat mereka dgn tulisan bertujuan menghasut minda para pengunjung blog Pak Kadir.

Ada anon yg memberi pendapat mengenai kes bangkai babi hutan yg dilontar kedalam perkarangan masjid, saya merasakan perlu saya meleteh sedikit dgn pendapat saya sendiri.

Saya pasti 200% setan-setan yg melakukan pembuatan keji ini TIDAK akan ditangkap polis, langsung TIDAK dapat dikesan polid kerana mereka yg bertanggung jawab lebih menonjol watak mereka dgn ahli-ahli UMNO yg berarak di Shah Alam kemarin dgn membawa kepala lembu sebagai panji, lantang menyorak bantah pembinaan kuil tetapi hasrat sebenar hanya bertujuan utk buat kacau bilau di Selangor - baik punya Muslim !

Perlu diterangkan, perarakan yg dianjurkan kemarin adalah kerja jahat ahli bahagian UMNO serta pencacai UMNO dalam PAS utk memecah-belah serta mengacau pentadbiran MB Khalid.

Pukul rata dari permulaan, ini semua dianjurkan kerana janji Najib Rasak utk menggulingkan kerajaan negeri Selangor utk dirampas balik UMNO sebelum bulan dua ini, maknanya tinggal beberapa hari saja lagi utk kutu-kutu UMNO melaksanakan kerja jahat ini.

Balik kpd kejadian di masjid dipinggir KL - perlu kita teliti setan-setan yg tidak dikenali ini telah mengorbankan bangkai babi hutan dan tepat andaian saudara anon(entah pukul berapa) bahawa Melayu yg peka dgn ajaran Islam langsung tidak akan memegang bangkai seekor babi - maka babi hutan dipakai, no !

Kalau tak silap saya, babi hutan boleh dimakan kerana ianya halal, tapi janganlah makan pasal casper yg berkata tetapi sendiri tanyalah dgn yg berilmu ya.

Saya menulis bukan kerana suka sangat dgn tulisan saya tetapi bagi manfaat membetulkan tikah laku dan tulisan para anon-anon yg saya melihatkan ada niat jahat. Jangan pula terikut, termakan racun dan terpesong sama sekali akibat kata-kata mereka ini. Ambil contoh saudara yg tidak asing lagi - kluangman - penyokong kuat Dr.M yg kerap melaungkan segala kerjaya Dr.M. Kini, saya pula yg nak bercerita tentang Raja Ular Putar Alam Dr.Mahathir yg kian lantang bersuara.

Pada saya Raja Ualar kian bersorak kerana takut UMNO tumbang - itu saja. Sama seperti pembesar UMNO yg lain, mereka kini takut kehilangan kuasa kerana UMNO telah hilang Selangor, Kedah, P.Pinang dan Perak(berjaya rampas balik seketika dgn perlindungan Sultan Perak).

Juga, aneh saya rasakan kluangman langsung tak puja betapa hebatnya keluarga Mahthir ini berjaya melabur duit puluh juta ringgit dalam syarikat San Miguel Corp, syarikat teruggul di bursa Filipina. Akibat pelaburan ini, anak Mahathir, Mirzan berjaya dilantik sebagai pengarah (director) kpd Lembaga Pengarah San Miguel Corp.

Pada saya, hebat wang curi puluh mahupun ratus juta dilarikan dari M'sia dan terus dilaburkan ke negara asing. Utk pengetahuan umum, San Miguel adalah nama tiri Saint Michael, satu-satunya org alim ternama dalam mitos yg berasaskan pengajaran Kristian.

Tinjauan saya melihatkan yg pembesar UMNO mulai takut jikalau UMNO tumbang - ramai yg akan dipenjarakan dan laungan dari UMNO - bukannya masalah *Melayu dipinggir, Islam digadai tetapi masalah UMNO yg rakus menonjol yg kian susah hendak dilindungi.

* Itu saja, tak payah lah menulis cerita bukan-bukan dikalangan anon-anon yg besar kemungkinan para ahli UMNO yg paling banyak songlap dana rakyat.

Disini saja tamat tulisan, tugas saya selesai buat pagi ini. Seperti biasa salam saya ucapkan.

pakbelalang said...

Saya mahu kad pengenalan saya kekal sehingga akhir hayat saya seperti contoh berikut:

Nama: Pak Belalang (contoh)

Tarikh Beranak:oo/oo/1950

Alamat :Parit Ponorogoh, Muar,
Johor (contoh)

Warga Negara: Malaysia
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Keterunan: Jawa/Bugis
Jantina: Lelaki

Segala bentuk perubahan yang hendak dibuat tanpa disebut butir-butir tersebut diatas "mungkin" boleh dianggap melanggar perlembagaan negara.

Kedua: Kalau saya mati tanpa dikenal sebagai orang Islam dan dikebumikan dengan cara agama lain, selurah umat Islam dinegara ini akan menanggong beban dosa.

Unknown said...

kah..kah...hancus melayu(sbb dalam dokumen dah tak da melayu) hancus pas,hancus umno, hancus keadilan.
ekonmoi melayu dah lama hancus,
pelajaran hancus, politik hancus..
kah...kah...apa yg aku boleh..

Anonymous said...

NAJIB LANCAR PELAN HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN – beriya hairan

Najib Razak, hari ini melancarkan kerangka penting dalam usaha mentransformasikan kerajaan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan dasar pentadbiran beliau iaitu "satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu adalah langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.

KEPALA BANA APA MAKNA TRANSORMASI … kah kah kah..

MAK CIK FELDA TAL FAHAM LAA…. kah kah kah..

MAT REMPIT FAHAM INI FILEM TRANSFORMER… kah kah kah..

MACAM MANA HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN JADI: GTP PULAK…. kah kah kah..

KENAPA TAK JADI HTTK …ATAU HOTTAK KAU… kah kah kah..

CAKAP NAK MURTABAK KAN ROTI BAHASA MELAYU… kah kah kah..


TRASNFORMASI? MELAYU KAH PERKATAAN INI? DATO'...PLS KOMEN..

man remos

Anonymous said...

dato..

are you a muslim first or melayu first?

bijan

Anonymous said...

MELAYU BERPECAH : MAHATHIR SALAHKAN PAS ,PKR – malaysianinsider

Mahathir Mohamad menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.

Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.


MENIPU LAGI… kah kah kah..

PARTI YANG MULA MULA LAWAN BRITISH BUKAN GEROMBOLAN…kah kah kah..

JANGAN LAH MENIPU…kah kah kah..

DULU BOLEH LAAA… ZAMAN TAK ADA INTERNET… kah kah kah..

SEKARANG SEMUA DAH TERBARAI… kah kah kah…

nota:

parti melayu yang pertama ditubuh ialah KMM – KESATUAN MELAYU MUDA
di tubuh di kuala lumpur pada tahun 1938 oleh IBRAHIM YACOB
slogan KMM ialah PANJI MELAYU RAYA
KMM ialah gerakan anti imperialis anti british gerombolan asal hanya ditubuh pada tahun 1946 gerombolan yang ada pada hari ini ditubuh pada 1988 jangan lah nak menipu!

man remos

Anonymous said...

ADA ORANG CAKAP..

Yahudi lagi hebat datuk.

Tembak orang boleh, fitnah orang boleh...

THEN KENAPA NAJIB LANTIK APCO SEBAGAI FRIMA PR DIA?

Go check at http://www.apcoworldwide.com/

bijan

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Nampaknya, kad pengenalan saya tidak sama dengan kad pengenalan langit biru. Dalam kad pengenalan saya, tiada pun tertulis "Melayu", tetapi "WARGANEGARA" adalah.

Tidak salah berbangga menjadi Melayu; tetapi WAJIBLAH menjadi Melayu yang BERTAQWA.

Anonymous said...

Dato'

Nampaknya DS Najib boleh dimahkotakan sebagai "Bapa Slogannering"

GTM ke..GTK ke...KMP ke.... 1Malaysia Ke....Semuanya tiada makna jika semuanya tidak berubah dan berjalan sebagai "Business as Usual"...



Joe Black

Shah said...

Dear DAKJ,
On this issue I agree with you. Menghapuskan kumpulan ethnik seseorang dalam MyKad dan beberapa borang lain itu tidak semestinya akan menjamin Pengujudan 1 Bangsa Malaysia. Saya pernah tinggal di USA selama hampir dua tahun. Di sana pun rakyatnya perlu menyatakan kumpulan ethnik mereka dalam dokumen-dokumen tertentu, umpamanya (a) Caucasian (b) Hispanic (c) Asian (d) African. Tetapi ini tidak pula menghakis taat setia dan patriotisma mereka kepada negara mereka.They have this 'unity in diversity'.Mereka bangga menjadi rakyat Amerika, sama-sama berjuang di medan perang semasa Peperangan Dunia Pertama dan Kedua. Tetapi mereka juga bangga dengan mitos, tradisi , adat dan kebiasaan kumpulan ethnik masing-masing.

affendi hussain said...

Salam semua,

Tok Najib ni memang pelik..

Bangsa nak buang..

Melayu nak buang..

Islam dah lama buang DLM IC..

TETAPI..

Sekolah vernakular KEKAL!!(sila klik)

“What is the point of changing if it leads to disputes. The change is supposed to unite people, not invoking tension and civil politics within society,” Najib said.

So, now you want the Malays to be changed to favour the people who refused for themselves to be changed ???
Twisted tongue & twisted mind it seems..I really cannot understand you Mr. PM.. You are so apologetic to them..Are you so blind to see that so many Melayu are disputing you now?

Analoginya seolah-olah kaum pendatang boleh bangga 'pakai baju' tradisi, melayu dipaksa 'bogel' macam binatang tanpa maruah di tanah sendiri?

Org mcm Habib RAK & seumpamanya tu saya tau memang tak kisah, mereka memang dah biasa 'berbogel di khalayak ramai' atas dasar liberisasi untuk hiburan murahan kpd kaum2 pendatang tu..

Pusing2 dgn hujah depa..buat apa nama islam kalau perangai tak mcm islam.. awat tak pi cakap kat org cina/india yg kristian/buddha/hindu..buat apa nama kristian/buddha/hindu kalau perangai tak mcm kristian/buddha/hindu? Overcompensating a.k.a INFERIORITY COMPLEX SYMPTOM?

Hmm..tunggu kami di peti undi saja lah En. PM.. cakap banyak pun tak guna dah kan..undi PAS & PKR pun 2x5 haprak jugak..saya nak undi parti mahasiswa yg cuba dihalang masa penamaan calon kt Permatang Pauh dulu lah..

ANTI HIPOKRIT & INFERIORITY COMPLEX TAHAP MAKSIMA!

(".)

zaidonn said...

Dato'
Setahu saya dalam dunia ini ada satu sahaja bangsa yang mengaku mereka adalah bangsa terpilih iaitu Yahudi. Tapi tadi saya terbaca seorang tukang komen Leekh ke nama dia tadi, dalam blog Dato' mengatakan "Malays are the chosen people like the Jews, the Tamils, the Arabs, the Chinese and many many others. Or do you BELIEVE that the Malays are the ONLY chosen people on earth?"

Setahu saya Orang Melayu bukan bangsa yang suka meninggi diri. Tidak ada seorang pun orang Melayu yang merasakan bangsa Melayu itu adalah bangsa terpilih. Ini satu tuduhan yang paling biadap, tuduhan yang cuba menyamakan Melayu dengan Yahudi.

Melayu yang berpegang pada agama Islam tidak percaya pada wujudnya bangsa terpilih kerana Islam berpegang kepada janji ALLAH yang semua manusia itu sama yang membezakannya hanyalah amalan sahaja.

Melayu bukan bangsa terpilih, cina pun bukan.

Tetapi memandangkan kita tinggal di dalam Malaysia yang mana asalnya adalah Tanah Melayu, orang -orang bukan Melayu terpaksalah menerima hakikat ini dan sampai bila-bila pun sejarah tidak akan berubah, sejarah akan tetap menyatakan Malaysia adalah Tanah Melayu dan orang-orang cina dan india telah dibawa masuk sebagai hamba oleh British ke Tanah Melayu.

Tetapi mereka tidak pernah dipanggil hamba oleh Orang Melayu. Selama ini dari awal orang cina dan india tiba di Tanah Melayu hingga kini mereka diterima seadanya.

Sayang kini madu dibalas tuba. Ramai pula Melayu yang semakin merasa kecil. Malu kerana bergelar Bumiputra. Itu semua Melayu yang tiada nilai Dato' cicirkan sahaja mereka.

Saya sendiri akan terus mengekalkan bangsa saya sebagai Melayu- Saya BANGGA saya seorang MELAYU. dan betul cakap Dato' tidak ada sesiapa boleh meragut hak itu dari saya walaupun orang itu adalah Perdana Mentari Datuk Seri Najib sekalipun.

Saya menghormati pendirian kerajaan 1Malaysia, tetapi mengambil keputusan tanpa mengira pendapat akar umbi adalah satu perkiraan yang silap. Ruang membetulkannya masih ada.

Setiap hari seperti yang Dato' katakan hak-hak Melayu kian terhakis.

Saya pernah pertikaikan ini dalam blog saya sendiri. Betapa Orang Melayu setiap hari dan masa memberi itu dan ini mengikut permintaan orang cina dan india di dalam Malaysia. Tapi pernahkah kita terfikir yang orang cina dan india tidak pernah memberi apa-apa pada bangsa Melayu. Melayu sekadar menerima apa yang sememangnya hak Melayu di dalam negara ini. Sedari azali itu adalah hak kita yang kita berikan pada mereka untuk dikongsi.

Malangnya ada golongan kurang sedar diri dari kalangan cina dan indi ini semua yang kita ada.

mad said...

alangkah baiknya kalau melayu dulu2 merantau dan menguasai koloni2 lain seperti yg dilakukan inggeris, portugis, peranchis dan lain2 bangsa zaman dulu. tentu bangsa melayu dan bahasanya sudah gah di peringkat antarabangsa sekarang ni. hakikatnya bangsa melayu bangsa yg lemah dan asyik bersengketa sesama sendiri. golongan tua bersengketa perihal pengaruh dan politik manakala golongan muda pulak bersengketa hal perempuan. sekurang2nya bangsa cina ada tamadun yg dibanggakan, tembok great wall pun masih tersergam hingga sekarang. kita apa yg ada?

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya pun bangga jadi orang melayu.Sama spt Nabi yan gbangga jadi org arab spt didalam sebuah hadisnya.Bangga yan gdimaksudkan adalah bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang hidup didunia.Tidak timbul istilah sesuatu bangsa tu lebih baik dari bangsa lain.

Tapi kadangkala saya malu jadi melayu kat Malaysia ni.Sebab UMNO seringkali menjatuhkan imej bangsa melayu ni dengan segala sikap rasuah,penyalahgunaan kuasa dll yang sering menjadi kutukan semua rakyat Malaysia.

Walaupun melayu tak semestinya UMNO tetapi pepatah orang tua tua "seokor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit" digunapakai untuk menerangkan isu ini.

Anonymous said...

Adakah Lina Joy masih melayu? Adakah IC Lina Joy masih bertulis berbangsa melayu?

Sejak kes Lina Joy, ada dibawa apa-apa usul berkanun berkaitan melayu dan islam ke Parlimen untuk didebat dan digubalkan? Isu GST adalah, siap mahu dicepatkan lagi dari cadangan asal.

Pedih, bukan? Tapi itu lah realiti negara Malaysia.

Orang melayu ada dua pilihan,

1.Telan air liur atau
2.Meraung

Jika GTP tidak beraspirasikan politik, tentu sekolah satu aliran telah diumumkan sama.

p/s masih ada lagi ke syarat temuduga mesti boleh berbahasa mandarin - walaupun untuk kerja kerani?

Fed Up

Anonymous said...

Zaid.Onn

Kawan tu berbahasa menyindir.

Fed Up

Anonymous said...

man remos..

With due respect to Dr Mahathir, it was actually the other way around. Umno was the one that split the Malays. And now Umno grumbles that the opposition is splitting the Malays? And, worse still, Umno split the Malays to serve the British interest and as a British ‘running dog’.....

more on malaysia-today

bijan

Basree Rakijan said...

Datuk, ni saya nak ulas topik hari ini dari sudut lain pulak.

Waktu saya kecil semua orang ejek sebab nama saya lain dari yang lain. Bukan saja kawan ejek, mereka ketawakan saya dan kata saya orang dari mana?

Manalah saya boleh fikir masa tu Datuk. Jadi, memang saya tak suka nama tu. Nama saya memang sah nama orang Jawa!

Rupa-rupanya sampai besar pun nama tu orang rasa pelik. Ramai orang gelakkan saya. Bila saya berkerja, majikan pun tak boleh sebut nama saya dengan betul. Ada majikan saya tak tau pun nama saya!

Jadi saya buang semua nama yang berbau Jawa dpd anak2 saya. Yang lelaki nama IKHLAS KHALED NOVEL dan perempuan saya namakan DEBI NINA AIESYA.

Saya ingat ok dah. Sekarang anak2 saya juga ada masalah sebab namakan dia nama berbau orang putih.

Lantaklah Datuk! Apa ada pada nama?

puaka said...

Datuk,

Saya pun terdengar perkara BODOH ni! Apalah bangang sangat nak buat dasar macam ni. Memanglah bangsa Melayu di Malaysia ni sangat subjektif sebab nama bangsa Melayu itu umum. Jawa, bugis, bawean, banjar, pattani pun dipanggil Melayu. Banyak lagi suku kaum yang digabungkan dalam satu nama bangsa - MELAYU. DS Najib dari keturunan Bugis. Kalau tak nak letak Melayu dalam MyKad, dia boleh letak BUGIS kat situ.

Anonymous said...

Dato,

Dunia sekarang sudah kecil serta ubah,
Dulu tiap tiap negara anggap mereka sendiri besar dan gagah.
Sekarang internet yang ini telahpun
laksanakan 1world.
Walau bagaimana pun kebanyakan orang yang berpendidikan serta yang buat busines tahu satu.

Negara China dan India adalah kuasa ekonomi baru dunia yang akan datang.
Lebih lebih lagi negara India yang boleh dikatakan "The Real Sleeping Tiger that has now awoken but is now walking slowly like an elephant towards Greatness".
Pada masa sekarang memang negara China telah pun pesat membangun dan akan terus pesat juga.
Tetapi negara India adalah seperti negara America, sebuah negara demokratik dimana tiap tiap penduduk boleh mengubah nasib mereka secara sendiri tanpa diawasi oleh kerajaan.
Middle class India sekarang sama dengan penduduk negara Amerika.
Manusia semacam ini lah yang akan mempraktik kan dunia baru kita.
Sekian terima kasih.

Walee

alkahfi said...

Sudah sampai masa nya pulangkan kuasa pada Raja.Lagi lama tunggu lagi jahanam orang melayu.

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

SAYA BANGGA MENJADI ANAK MELAYU dan SEMUA anak murid saya di universiti juga saya sentiasa katakan pada mereka, sama ada anda Melayu, Cina ataupun India,BANGGALAH dengan identiti diri dan budaya turun-temurun.

Mana logiknya penghapusan identiti itu boleh dikaitkan dengan perpaduan, produktiviti mahupun toleransi sesama kaum di Malaysia ini?

Anonymous said...

salam semua,

dengan izin datuk...

Tinta Hitam,

saudara boleh merasa malu dan sedih dengan segala sikap rasuah,penyalahgunaan kuasa dll oleh orang Melayu apatah lagi yang beragama Islam yang sering menjadi kutukan semua rakyat Malaysia.

Tapi, janganlah sampai ini dijadikan alasan untuk membiarkan bangsa melayu direndah-rendahkan dan dikaitkan dengan perkara yang tak elok seolah-olah semua orang melayu adalah perasuah dan salah guna kuasa.

untuk makluman saudara, isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain amalan yang salah ni bukan terhad kepada bangsa melayu sahaja. SAYA ULANGI, DENGAR BAIK2. ISU RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN LAIN-LAIN AMALAN YANG SALAH NI BUKAN TERHAD KEPADA BANGSA MELAYU SAHAJA.

semua bangsa di dunia ini tidak terlepas dari melakukan kesalahan seperti itu.

jadi, saya nak tanya apa maksud sebenar komen saudara ni? saya harap saudara dapat jelaskan.

-saya bukan politician-

saji said...

Sdr al-Din amin


Cara isi borang untuk menyatukan masyarakat majmuk adalah satu 'pendekatan' yang cetek.

Bukan 'pendekatan' seperti yang sdr sebut, tetapi 'tata cara' pelaksanaan untuk menterjemah sesuatu dasar awam yang boleh dicuba dan diubah jika timbul masalah.

Faisal Zakaria said...

Saya lahir di Kajang, menetap di Serdang, kemudian pindah ke Bangi dan pindah ke Kajang dan kini kembali di Bangi.

Dan nampaknya akan kekal di Bangi sampai tua. Baca suratkhabar Utusan dan Berita Harian dari kecil (dulu, sekarang tak lagi) makan nasi lemak dari kecil, minum teh o dalam alas piring (saja seronok!), saya bangga dengan baju Melayu saya yang dipakai setiap Jumaat.

Tapi, saya rasa pembuangan ruangan identiti bangsa dalam borang-borang jabatan kerajaan tak akan mengurangkan 1% kemelayuan saya.

I am constantly reminded by the beautiful things around me, semangat kejiranan, senyuman dari orang Melayu lain yang tak saya kenal, dan segala bentuk kelebihan orang Melayu dan juga kekurangan.

saya rasa didalam kitab ulung kita juga ada dipetik, yang kita dijadikan berbilang kaum, berbeza-beza, tapi hakikatnya kita semua sama, tak kira datangnya dari mana. Perspektif kita melihat sahaja yang membezakan antara satu sama lain.

Maybe the time is nigh for us to stop thinking the way we do.

Just my humble two cents from a lowly Malay boy. :)

Salam.

langit biru said...

Yangretibasa kata,

"Nampaknya, kad pengenalan saya tidak sama dengan kad pengenalan langit biru. Dalam kad pengenalan saya, tiada pun tertulis "Melayu", tetapi "WARGANEGARA" adalah.

Tidak salah berbangga menjadi Melayu; tetapi WAJIBLAH menjadi Melayu yang BERTAQWA".

Saya tengok kad pengenalan lagi sekali, betul apa yang saudara katakan. Di penjuru sebelah kanan, bawah gambar tertera WARGANEGARA, ISLAM, LELAKI.

Tiada ditulis KAUM/BANGSA Melayu. Perkataan Melayu, langsung tak ada.

Berbanyak-banyak terima kasih atas ingatan tersebut.

Sememangnya benar, "Tidak salah berbangga menjadi Melayu; tetapi WAJIBLAH menjadi Melayu yang BERTAQWA".

Maksud bangga di sini, terserah kepada individu masing-masing apa dan bagaimana tafsirannya!! Saya fikir, tak begitu perlu dirujuk kepada guru-guru Bahasa Melayu!!

Dan tak kira apa bangsa/kaum sekalipun, TAQWA adalah kunci keredhaan Allah swt kepada makhluknya, tiada pertentangan di sini bagi semua muslimin/muslimat.

49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujurat, ayat 13)

A KADIR JASIN said...

Pembahas Anon (bijan) bertanya saya:

"Are you a muslim first or melayu first?"

Izinkan saya membalas begini:

Jawab

1.Ya, saya dilahirkan Melayu. Itulah identiti utama saya. Bangsa saya – Bangsa Melayu;

2. Kenapa begitu? Sebab semua kita dilahirkan Islam. Itu Fitrahnya. Tetapi bangsa kita berlainan;

3. Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu dia berkata : Telah bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, "Setiap anak dilahirkan atas dasar fitrah (Al-Islam) kemudian kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nashara atau Majusi" [Hadits Shahih dikeluarkan Bukhari no. 1358, 1359, 1385, 4775 dan 6599 dan Muslim juz 8 hal, 52-54 dan lain-lain Imam ahli hadits].

(The Prophet Muhammad (PBUH), said, "No babe is born but upon Fitra (as a Muslim). It is his parents who make him a Jew or a Christian or a Polytheist." (Sahih Muslim, Book 033, Number 6426).

4. Jadi yang membezakan seorang bayi dengan bayi yang lain ketika lahir adalah bangsanya kerana semua bayi dilahirkan Islam.

5. Jadi saya rasa Melayu kepada diri saya itu sangat penting. Lagipun, Allah yang menetapkan setiap bayi dilahirkan Islam juga mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan bangsa.

5. Jadi apalah salahnya saya mencintai bangsa saya?

Terima kasih.

abdullahngah said...

sifat "Bangga" merupakan penghalang orang Melayu jadi takwa. Sebab hari ini tak ramai Melayu jadi takwa.

Allah haramkan arak mereka jadi minuman biasa. Allah haramkan riba mereka beramal dengan sistem riba.

Allah haramkan rasuah mereka jadikan rasuah sebagai amalan hidup harian meraka.

Selagi sifat bangga bertakta didalam jiwa selagi itulah ia menjadi perhalang untuk bertakwa.

Bayangkan sesorang yang megah dan berasa besar hati sedang yang maha besar itu ialah Allah, maka kita kena miliki sifat sifat yang mmulia

Kalau kita masih berbangga maka kita tergolong dalam goloangan orang yang memiliki nafsu "amarah" dan "lawamah" yang mendorong kepada kejahatan dan sangat sukar untuk memiliki nafsu "mutmainah" untuk menuju kearah ketakwaan.

pakbelalang said...

In the final analysis I don't think Najib will dare to change the present system of identifying race and religion. It will be a political suicide for him if ever he is brave enough to do that. Personally, I feel this matter is rather trivial to highlight it into something of a big issue. So, be cool, brothers.

Tak usah kita nak melenteng sangat. Anyway, it is good to express our views on this subject. At the end of the day. it just won't happen at all. I guarantee you !!!

Lets focus on other positive aspects of his transformation agenda and hope that it will create something better for everybody. The govt. and Malaysian intellectuals should make every effort to analyse what is in store that will benefit the rakyat. It is not fair to criticize immediately Najib's agenda when it is just out from the hot oven.Give him a chance to create something new for us. If it fails along the way then it is just too bad for Najib.

Quantum Metal Consultant said...

Casper C, kenapa tersedak sangat bila disebut Dr M...dan pada tajuk ini bukankah secara realitinya pada ketika dia menjadi PM, masalah Melayu merendah diri dan Islam tercabar seperti sekarang amat berkurang kerana bijaknya dia tangani kemelut.

Tidaklah juga bila sebut Dr M bagus di sini bererti dia bagus semua perkara dan bagus dalam semua masa, banyak juga kelemahannya tapi lebih kepada kesilapan atas sifat manusia dan kalau kita nak kupas kekurangan itu sampai besok pagi pun, ada apa yang kita dapat.


Dan apa pula kena mengena isu San Miguel Corp, syarikat teruggul di bursa Filipina. Akibat pelaburan ini, anak Mahathir, Mirzan berjaya dilantik sebagai pengarah (director) kpd Lembaga Pengarah San Miguel Corp.

Ini isu basi yang telah dikupas oleh empunya diri dan lagipun yang dapat ialah anak Mahathir dan ketika bapanya sudah tidak berkuasa - lantak dia lah nak melabur duit dia ke mana sahaja.

Umumnya semua yang berkuasa sekarang ini memang takut untuk kehilangannya baik di kalangan UMNO atau pembangkang, malah DAP makin cemas mengatur strategi untuk mengekalkan dan menambah undi Melayu.

Majoriti Melayu pun tidak kesah siapa nak tumbang tetapi kita lebih kesah siapa yang menang itu kelak mampukah menjaga Melayu dan Islam, kita hendak lebih baik dari UMNO dan kalau UMNO masih menang, kita menuntut yang lebih baik dari sekarang.

Tetapi rata rata di sini berpendapat Najib tidak melakukan yang betul dan tepat.
Dalam masa yang sama tidak pula ketara mana mana pemimpin Melayu lain di pihak sana (pembangkang) membuat yang lebih baik.

Kalau DAP dapat membuktikan mereka lebih menjaga hak Melayu dan Islam, apakah Melayu akan menyokong ?

zainal abidin awang kechik said...

tulisan tok yang terhebat 2010
keep going

TAHNIAH

SALAN UNTUK BONDA TERCINTA DI KAMPUNG,

Unknown said...

Salam Dato',
Saya share sentimen Dato' 100%... PM kena realistik la.. takkan tak tahu, dia baru2 ni melawat Saudi & UAE... banyak negara identify ethnicity rakyat nya... bahkan Amerika & UK pun bila isi borang2 rasmi kerajaan memerlukan kita identify ethnicity kita... perpaduan, etc. etc. HAS NOTHING TO DO with whether kita identify diri with specific ethnic group! Simplistic mentality ni agaknya di ilhamkan oleh some penasihat PM yang baru keluar Oxbridge!? Or PM kita dah tak jejak kat bumi? Mengapa ramai professional Malaysian/Melayu blah keluar negeri? Tenguk reality la... dok support Proton, Naza, Perodua saja kita rakyat Malaysia dah hilng 20-30% of kita punya purchasing power... duit habis beli kereta yang mahal tak berpatutan.. dan gomen dapat duit atas alasan nak protect local auto industry... dan duit tu hilang macam tu saja.. etc. etc., kebocoran perbelanjaan kerajaan dengan sebab inefficiency, kroni, rasuah, etc... benefits nya sikit saja sampai kepada rakyat... standard of living kita menurun... kalau ada pilihan, ramai professional yang akan blah dan kerja kat negara yang memberikan pulangan yang lebih lumayan... "berbakti" pada rakyat & negara dah lapuk sebab realiti nya berbakti pada politicians yang rakus... hope PM kita tak bermimpi di siang hari.. the one before him ashik tidor siang malam... kot2 penyakit tu berjangkit...

Anonymous said...

Saya pernah dengar,

'TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA'

Tapi saya belum pernah dengar,

'TAK KAN MELAYU HILANG DI TANAH MELAYU'

Adakah Melayu akan hilang di Tanah Melayu sendiri, dari mana asalnya Malaysia?


-Ahmad Shaharudin-

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya juga tidak bersetuju. Tak bersetuju langsung!

Tetapi saya tak mahu komen atas aspek semangat Melayu atau semangat bangsa kerana sudah ramai orang komen mengenainya.

Saya cuma hendak komen mengenai kenyataan PM sendiri yang antara lain berbunyi, "Inisiatif lain termasuk mewujudkan sekolah asrama 1Malaysia dengan pelajar pelbagai kaum dan pemberian biasiswa kebangssan mengikut merit untuk pengajian di universiti antarabangsa.

"Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan."

Kalau konsepnya hendak buka asrama utk semua bangsa, apa perlu nak risau pasal borang tertulis Melayu ke, Cina ke, atau lain-lain? Bukankah nanti apa-apa bangsa pun akan diterima masuk ke asrama tersebut walaupun borang dengan terang-benderang tertulis bangsa pemohon adalah -- Melayu atau Cina atau India, dsb?

Begitu juga dengan konsep merit -- pasal apa nak risau pasal bangsa jika kelayakan sudah ada? Pedulilah bangsa apa pun yang terpampang di dalam borang-borang permohonan asalkan meritnya ada, pemohon akan berjaya juga dalam permohonan mereka.

It doesn't add up lah Datuk...

Explicitly on paper nanti, kita langsung tak boleh nak dapat 'snapshot figure' tentang peratusan/pecahan mengikut kaum mengenai asrama dan biasiswa dan/atau lain-lain.

Kalau nak jugak, kena tunggu statistic dept buat survey dulu. Dan arahan utk buat survey ini datangnya dari PMO. Kalau tak ada arahan, tak ada lah survey tu nanti.

Apa punya strategi daa? Or is it the fault of the speech writer?

Terima kasih

Azman Mohd Isa

saji said...

Salam Dato'

MAAF cakap, saya bangga jadi orang Melayu. Walaupun kadangkala saya malu dengan sikap, tabiat dan pencapaian sesetengah orang Melayu apatah lagi apabila orang Melayu dikaitkan dengan rasuah dan kemalasan, namun saya tetap bangga jadi orang Melayu di Malaysia.

Saya pun begitu Dato', tetapi bunyinya sedikit lain berikut.

Saya bersyukur jadi orang Melayu, kerana jika saya bukan orang Melayu, saya tidak akan membuang masa dan menyusahkan diri melakukan kajian kes untuk mengatasi masalah SIKAP, TABIAT dan PENCAPAIAN buruk kontraktor Melayu dari sudut kontrak pembinaan Barat dan Islam sekali gus yang dianggap sukar atas beberapa sebab seperti pengkaji perlu faham isu dan kehendak sebenar orang Melayu, sudut kajian saya pilih di atas belum dicuba oleh mana2 pengkaji, pengkaji perlu menguasai ilmu kontrak pembinaan Barat dan Islam, Barat langsung tidak menjelaskan sejarah pembentukan atau asal usul sistem kontrak pembinaannya, kedudkan ilmu kontrak pembinaan Islam masih terpendam dalam 'kitab kuning', tiada kajian tempatan mengenai sejarah kemasukan sistem kontrak pembinaan Barat ke negara ini, tiada kajian mengenai sejarah/ tradisi orang Melayu dan tukang Melayu berkontrak membina bangunan atau sepertinya seawal zaman Kerajaan Islam Melaka dan tanggapan para pengkaji dan politikus kita yang mengatakan masalah SIKAP sesuatu yang sukar untuk diatasi.

Apatah lagi, setelah mengkajinya dan memperolehi hasilnya, saya dapati ia (kajian) bukan sahaja dianggap mampu mengatasi masalah SIKAP dan TABIAT kontraktor Melayu yang cenderung meraih keuntungan mudah dan cepat dengan cara mengali-baba projek kerajaan, malah dianggap mampu mengatasi SIKAP dan TABIAT buruk lain2 pemain dalam industri pembinaan tempatan yang tidak mengenal bangsa, agama dan kedudukan itu membabitkan amalan melakukan rasuah, kronisme, menipu spesifikasi bahan dan binaan, penginayaan sub-kontraktor domestik oleh majikan kontraktor utamanya dan monopoli pembekalan bahan binaan dan jentera di kalangan bukan Melayu.

Unknown said...

ini dah macam ethnic cleansing ni..

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah!!

1. Terima Kasih Datuk

2. Inilah sebenarnya perkara yang telah sekian lama 'tersekat nafas & amat menyiksa jiwa' di sanubari majoriti 'orang-orang kita' (orang pertengahan dan bawahan khususnya)

3. Dek kerana DISURUH menyemai 'semangat Toleransi' & 'Muhibbah' kunun-nya, kita DIPAKSA supaya 'Tolak & Ber-ansur' & jangan mengungkit sejarah silam.

4. Sekali lagi - buat entah ke keberapa juta kali - 'dosa' ini dimulai oleh 'orang kita' juga - Kita yang terhegeh-hegeh

5. Akhir kalam - "kita yang payah, memecah riung - orang bertandang yang beroleh untong - akhirnya kita tak akan dihitong"

Hj Mim

Anonymous said...

Salam,
saya rasa sebelum najib pandai-pandai buat dasar bangang tu, meeting la dulu ngan orang melayu. habih tu, nanti semua hak kita depa ambik pasai kita taktau depa bangsa apa!
mmg haprak punya cadangan!! tapi kata 1 malaysia, hak bumi tetap dijaga?
mmg haprak, awat yang najib takut sgt kat hindu ngan cina, takdak telog jugak macam pak lah!!! mangkuk!
belajarg la ngan mahathir tumpang dia ada lagi, jgn jadi bodoh sombong!!

sakit hati ngan melayu pasai taktau nak bela nasib melayu, tapi macam dato', tetap bangga jadi melayu, islam melayu!

sirasifa

Anonymous said...

SETUJU, MEMANG SLOGAN BODOH AMAT!!!!

sirasifa

Anonymous said...

hari-hari, baca surat khabarg pasai dasar2 najib ni, bagi sakit jiwa saja!!tolong.....

sirasifa

mtgbertam said...

Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga melayu, yang beragama Islam.

Selebihnya, tiada apa kelebihan pun jadi melayu kalau tiada Islamnya dalam diri dan kehidupan.

Lain la kalau ada yang dapat jadi proxy taikun2 melayu. Boleh la tulis puji melangit parti melayu.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....

1. hari ni buang melayu dari dokumen..esok lusa buang islam pulak..

2. DS najib...shame on u!!!...andai betul la hal ini terjadi..maka akan kami kenang datuk seri sebagai pengkhianat melayu berbinkan pahlawan melayu...

3. datuk seri...saya bangga menjadi melayu meski datuk saya keling dari india...saya tidak pernah menyakitkan sesiapa dengan kemelayuan saya..

4. kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan...shame on u datuk seri!...

5. semua yg non-malay cakap kita kena ikut..depa nak tu,kita bg..depa nk ni,kita bg jugak..awal2 depa mntak betis, la ni nk paha pula..kita bagi ja semua..esok lusa anak bini kita pon depa nak..kita pon bagi jugak..kan datuk seri?

6. ds tak akan menyelesaikan masalah dengan cara menghapuskan entiti bangsa di dokumen2 penting..creating a new problem to solve a problem is not a solution...

7. btw..saya dh malas nk cakap...bukan depa ni nk dengar pon..depa naik pangkat,dapat projek,berjaya pon bukan sbab pandai ka, rajin ka, apa ka..sebab pandai kipas ja..pandai jilat ja..pandai putar belit ja...otak takdak..ada ka patut nak buang melayu dr dokumen sbb nk jg hati bangsa lain...yg bg cadangan ni org bodoh piang, pengkhianat dan takdak maruah..yg dok rasa nak setuju pon sama bodoh piang,ada otak letak kat lutut, ada maruah letak kat dlm spenda..padan la hangpa!!!naik keta besaq, tp teloq kecik....

8. bila masa nk pilihan raya depa cakap punyala hebat..serupa depa ni malaikat..takdak cela dia.matahari dengan bulan pon depa janji..masa tu,depa la pahlawan bangsa, pejuang bangsa, etc etc.tapi bila dah dapat, depa pon jadi la jemuan..kena tekan sikit langsung tunduk.kena trigger sikit langsung melatah..haih!..tak guna punya org!!

9. haih!

wassalam

muslim,malaysian,malay..thats me!

H.A.P.R.A.K

abdullahngah said...

sambung sikit lagi,

manusia yang memilki sifat "bangga diri" jika mereka ulamak -ulamak setan bisu dan ulamak jahat.

Kalau mereka jutawan -jutawan kedekut dan kikir.

Kalau mereka itu pemimpin-pemimpin pengkhianat bangsa.

Kalau mereka profesor- profesor mengampu.

kalau mereka guru -guru yang tak amanah.

Kalau mereka bapa bapa yang tidak bertanggungjawab.

Pendek kata sifat bangga lah punca segala gala. Macam juga arak ibu segala maksiat.

maaf.

Donplaypuks® said...

The name of the Malay race is already immortalised in the name of our country, MALAYSIA, as well as in the institutions of the Malay Sultans and Agung! More than that, there is the Nusantara (diaspora) which is synonymous with the Malay Archipelago.

So, unless someone drops a hydrogen bomb and wipes the whole nation and Nusantara out, I can't understand your paranoia over dropping race from IC's, Passports and various Govt forms.

The indians and Chinaese here are not ashamed of their ethnic origins, but accept that for nation building and unity, it is necessary to make these sacrifices so we can all call ourselves MALAYSIANS!!

In instances like these, I think you have been brainwashed too much by Dr.M!!

dpp
We are all of 1 race, the Human Race

Anonymous said...

Salam Datuk AKJ,

Papan tanda pun "dokumen" rasmi juga. Makanya saya cadangkan,

1. Orang Melayu sudah tidak ada sekolah Melayu lagi. Sudah jadi sekolah kenangsaan.

2. Orang Cina jangan lagi guna nama sekolah jenis kebangsaan Cina dan India jangan guna sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Hapuskan identiti kaum.

3. Dalam borang ROS, Umno tidak boleh guna Melayu, MIC tidak boleh guna India dan MCA tidak boleh guna Cina.

4. Umno jadi United ----- National Organisation. MCA jadi Malaysian ------ Association dan MIC jadi Malaysian ------ Congress.

5. Yang tak mau guna bangsa dalam borang rasmi tu Tok sikit sangat. Tapi awat yang Tok Najib dok gelabah?

6. Pelek Tok, Allah depa nak guna tapi nama bangsa kerajaan kata jangan. Apa punya cadangan ni Tok? Tak ada kerja lain ka budak2 tingkat 4 ni Tok?

Pondok Chegar

bARHANUDDIN EMBI said...

Dato;

Are you aMuslim first of Malay first.

Dato Jawab saya Malay first.Sah yang Dato ini memang orang kuat UMNO.Sama juga lah dengan fahaman Ku Klux Kan di Amerika yang mengatakan white first atau Tne nation of Islam .Elija Muhamad yang mengatakan Black first.

Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam dengan seruan yang tegas saperti firman Allah"Aku jadikan kami berbagai bangsa dan puak supaya kami berbaikbaik satu sama lain.

Beza antara fahaman Assabiah yang di perjuangan oleh UMNO dan Islam saperti langit dengan bumi.

May Allah bless you and open your heart Dato sabelum meninggal.


Hidup Pas.

dan kajang said...

Assalamualikum Dato',

1. Nampak jelas bahawa Kerajaan BN tidak memahami mesej yang ingin disampaikan oleh orang Melayu semasa PRU12.

2. Sepanjang perjalanan pemerintahan Kerajaan BN, khususnya Umno dari tahun 2004 hingga PRU 12, hak orang Melayu telah terhakis sedikit demi sedikit. Orang Melayu sedar bahawa jika sesuatu tindakan tidak diambil bagi menyedarkan pemimpin Melayu maka lambat laung identiti Melayu akan hilang di bumi Melayu ini.

3. Sebab itu semasa PRU 12 kebanyakan pengundi Melayu hanya sekadar mahu beri mesej kepada Kerajaan BN, khususnya Umno,supaya balik ke pangkal jalan bagi perjuangn memartabatkan Melayu. Kebanyakan pengundi Melayu ini pada masa itu bukanlah sayang sangat parti Pembangkang atau mahu BN kalah teruk, tapi hanya sekadar mahu kurangkan mejoriti undi sahaja. Cara itu sahaja yang boleh menyedarkan Pemimpin Melayu. Tapi malangnya apa yang berlaku adalah keputusan PRU 12 yang terbalik kod. Yang berlaku bukannya kurang majoriti undi tapi BN telah kalah teruk.

4. Tapi nak buat macam mana perkara dah pun berlaku.Apa yang kebanyakan orng Melayu harapkan sekarang ialah Kerajaan BN,khususnya Umno hendaklah ambil iktibar dari kejadian itu dengan memperbetulkan perjuangan untuk orang Melayu. Jika mereka ambil iktibar ini, Insyallah orang Melayu akan kembali menyokong BN dan Umno pada PRU 13 nanti.

5. Tapi nampaknya pemimpin Melayu masih tidak ambil iktibar dari mesej PRU 12. Mereka masih mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama dengan memencilkan dan mengecilkan hak orang Melayu. Apa yang sedang dilakukan sekarang dengan menidakkan "bangsa" dalam borang Kerajaan memang nampak kecil. Tapi kesan disanubari orang Melayu adalah amat besar sekali.

6. Tindakan ini seolah-olah seperti menafikan pejuang2 Melayu seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Lt. Adnan, Dato' Onn, Tun Razak, Tun Mahathir dll. yang memperjuangkan bangsa Melayu supaya tidak hilang di bumi Melayu ini. Ini orang Melayu tidak boleh terima.

hang_nadim2 said...

Salam datuk

Bangsa Melayu adalah bangsa yang terbaik di dunia ini. Tetapi bangsa melayu menjadi lemah kerana kepimpinannya.

Sekian Terima Kasih,
Harap Maaf

Anonymous said...

Dato,

Tidak mustahil jika kita tidak berjaga2 menjaga negara nasib malang rakyat Palestine seperti di Gaza dan di penempatan2 lain menimpa kita.

"It takes years to build up trust in a relationship, and only a few seconds to destroy it"

Wassalam untuk semua.

Sayang Bangsa

A KADIR JASIN said...

Sdr seagama saya, barhanuddin Embi, antara lain berkata:

"Beza antara fahaman Assabiah yang di perjuangan oleh UMNO dan Islam saperti langit dengan bumi.

May Allah bless you and open your heart Dato sabelum meninggal."

1. Terima kasih atas ingatan, peringatan dan doa sdr;

2. Kerana saya dilahirkan Melayu di Malaysia, Fitrah (al-Islam) saya terjamin. Ibu bapa saya tidak menjadikan saya kerana ibu bapa saya tidak menjadikan saya Yahudi atau Nashara atau Majusi.

3. Kalau mempertahankan Islam dan bangsa Melayu adalah "assabiah" tak apalah. Kalau itu berdosa, saya terima dosanya. Barang diampunkan Allah dosa saya.

4. Tetapi assabiahkah Umno apabila ia tidak menafikan hak bangsa-bangsa lain malah, dalam konteks perbahasan ini, dituduh terlalu mengikut kehendak orang bukan Melayu?

5. Saya harap penentang Umno (penyokong Pas) boleh berbahas dengan hati terbuka dan rasional.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Najib has to be fair to other races but at the same time he must not sacrifice what is due to the Malays. Their rights must be maintained at all times as stipulated in the Constitution.

He can have whatever transformation or reformation for the country in order to uplift the well-being of the rakyat but he should NOT deviate from the basic principles in the struggle to champion his bangsa.

As long as he is conscious about this basic principle then Najib is going in the right direction.

I am rather disheartening to read some of the comments which are so pessimistic in whatever ideas Najib put forward.

Siapa lagi yang kita boleh harapkan ketika ini untuk membawa kita maju kehadapan? PKR? PAS?Anwar Ibrahim? Nik Aziz? Lim Kit Siang, Karpal Singh?

Anonymous said...

Salam AKJ,
Cuma nak komen sikit.
Dalam kad pengenalan dicetak Melayu tak semestinya orang tu tidak minum arak, makan babi, berjudi dan lain2. Tak hilang pun melayu kalau minum arak atau makan babi, merempit, salahguna dadah, melacur dan lain2 perkara salah dan menjijikkan. Melayu tak semestinya islam, murtad pun kaum si murtad tetap melayu, tidak bertukar kepada yahudi, majusi dll.

Dalam perlembagaan dinyatakan kiranya bangsa Melayu agamanya Islam. <<Ini merupakan benteng yang dibuat supaya melayu kekal dengan agama Islam, mati dikuburkan secara Islam. Oleh itu jika status bangsa dihilangkan dalam borang, saya menyokong AKJ yang tidak setuju dengan perkara tersebut.

Ajaib di Malaysia, judi 'halal' dan judi 'haram'. Arak/Rokok 'halal' dan arak/rokok 'haram'. Pelik, hairan dan mengelirukan. Patut ditukar berlesen atau tidak berlesen, bercukai atau tidak.

-Peace

Hamdan said...

Salam Dato AK,
Tak berapa lama AGAMA dihapuskan dari Kad Pengenalan kita.
Setelah didesak, dimasukkan balik.

Kali ini semuanya nak dihapuskan pula.
Jangan lupa kuasa ada pada rakyat.

Fikir-fikirlah dulu beribu kali.

PRU 13 dah nak mai..

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Orang Melayu aja yang beria-ia nak menghapuskan identiti atau jatidirinya, baik yang tertulis di dalam kertas ataupun yang diamalkan dalam budayanya. Orang Cina dan India terus berbangga dan bertahan dengan segala yang mereka warisi walaupun kononnya mahu menjadi bangsa Malaysia, sokong 1Malaysia dan seumpamanya.

Lihatlah pada ketegasan Cina dan India dalam mempertahankan bahasanya, lisan dan tulisan, khususnya melalui sekolah jenis kebangsaan yang sepatutnya telah dihapuskan sejak tahun 1967. Sedang tulisan jawi telah diarkibkan, tulisan Cina dan India terus diangkat, di papan tanda di negeri tertentu.

Dalam banyak hal, pemerintahlah yang memainkan peranan utama untuk menentukan ciri mana yang mahu dipupuk sebagai identiti negara ini. Janganlah bercakap tentang bangsa Malaysia sedangkan masyarakat Malaysia pun belum berjaya dibentuk perpaduannya. Andaian bahawa YAB PM terlalu bergantung kepada penasihat dan penyedia kertas kerja serta ucapan dapat kita saksikan dengan jelas dalam episod ini.

Kalau betul-betul serius dengan 1Malaysia, beranilah hapuskan sekolah jenis kebangsaan yang bapa dia dah sebut supaya dihapuskan dalam laporan pada 1956 dahulu. Mana hilangnya keberanian menegakkan gagasan Kebudayaan Kebangsaan yang hebat dicanangkan pada tahun 1970-an dahulu yang menggariskan budaya Melayu sebagai teras. Sekarang keluar pulak pelangi dan macam-macam hingga jadi caca marba tanpa identiti.

Pelik bila ayat tentang suku dan bangsa dipetik tetapi menyokong pula tindakan menghilangkan identiti bangsa. Bukankah ashabiyah itu tentang ketaksuban Datuk, kalau taksub kepada pemimpin tertentu dan mengiyakan semua yang diucapkannya pun, ashabiyah juga namanya? Kalau Datuk ashabiyah kepada UMNO, takkan Datuk mengkritik cadangan YAB PM yang merupakan Presiden UMNO. Mungkin juga pengikut bersikap ashabiyah kepada UMNO tetapi pemimpin UMNO hari ini telah hilang sikap ashabiyahnya.

saji said...

Sdr peace

Ajaib di Malaysia, judi 'halal' dan judi 'haram'. Arak/Rokok 'halal' dan arak/rokok 'haram'. Pelik, hairan dan mengelirukan. Patut ditukar berlesen atau tidak berlesen, bercukai atau tidak.

Tidak ada yang ajaib, pelik, menghairankan dan mengelirukan bagi negara yang mengamal dan melaksanakan dasar 1/2 Islam 1/2 sekular atau nak dikatakan dasar Islam bukan nak dikatakan sekular pun bukan!

Maksud saya, tidakkah negara yang tidak ada yang ajaib, pelik, menghairankan dan mengelirukan itu pemerinthnya mengamal dan melaksanakan 1 dasar awam sahaja?

Anonymous said...

Salam Dato'

mmg betul apa yg Pak Belalang (1:59 am)kata 'harap-harap PM kita clear dgn nawaitu dia' tapi yg menjadi masalah ialah tahap kefahaman seseorang tidaklah sama sebab itu kita mempunyai berlainan pendapat/pandangan.Cuma kadang-kadang saya tidak faham bagaimanakah kita boleh berjaya jika yang kita maksudkan untuk air dan minyak boleh bercampur.Walaupun keduanya adalah cecair.
Apa yang dibimbangkan ialah dasar 'populariti' ini adakalanya mungkin menjerat diri sendiri serta menimbulkan masalah 'chain reaction' yang lain.Kita boleh mencorakkan sebarang warna pada ketika ini tetapi hasilnya bukannya seindah pelangi tetapi menjadi warna yang gelap akhirnya.

Pak Chup

anakmelaka said...

salam dato'

Benci dan bosan tgok pemimpin UMNO ni..takde langsung idea nak majukan agama dan ekonomi Islam. Heboh dgn projek yg tidak mendatangkan keuntungan kpd rakyat semua. Hampeh !!

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AKJ,

Saya sokong pendirian Datuk bahwa "kita tidak perlu bertukat status bangsa, iaitu sama-ada Melayu, Cina, India, Benggali, Jawa, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum dinegara ini".
Saya suka mengimbas kembali bahwa "Tuhan menciptakan kami dalam berbagai suku bangsa yang berlainan" seperti dimaktubkan di dalam Al_Koran.

Bagi diri saya, saya juga bangga dilahirkan sebagai seorang keturunan Cina, tetapi atas pencintaan agama Islam dan status perkahwinan, saya turut amat bangga jadi "orang Melayu" mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru itu, saya diterima menjadi seorang ahli UMNO yang berpandukan kepada peruntukan Perlembagaan negara dan UMNO pada tahun tujuhpuluhan. Pendik-kata saya adalah seorang bangsa berjiwa Melayu "tanpa prejudis"

Anonymous said...

Kita patut jadi orang Melayu yang cerdik, berani dan menerima persaingan, globalisasi dan pasaran bebas dengan tangan dan hati yang terbuka.

Kita patut jadi orang Melayu yang hidup berlandaskan pengetahuan agama Islam dan daya intelektual yang tinggi!

Mamat

Al Sunnah said...

Saya orang Melayu muslim.. saya bersyukur dilahirkan dinegara yg dinisbahkan kpd bangsa sptmana org Cina dengan negara Cina dan org India dgn negara India. Saya juga bersyukur majoriti orang Melayu adalah muslim, tak kisahlah amalan ada yang kurang ada yg lebih, itu lumrah penghidupan manusia yang mana ALlah SWT akan memberi ruang untuk hambanya yg beriman berubah dsbnya..sedangkan orang Arab yg faham lebih dari kita bab al Quran pun terkandas pada amalan.. juga harus kita bersyukur kalimah ALlah SWT dipertahankan dalam perlembagaan...

..nak ambil pendekatan liberal, buang bangsa.. maka ubahkanlah sekolah kebangsaan jenis cina, jenis tamil. china town, indian street..kasi tukaq.. jangan berbahasa cina/tamil dipejabat, ditempat perniagaan lebih2 lagi disekeliling yg bukan berbahasa cina @ tamil, syarat2 kolot spt "able to speak chinese @ mandarin would be an advantange" dalam pengiklanan pekerjaan harus diharamkan.. sebelum kita nak berkorbankan semua hak bangsa agama kita, maka seharusnyalah bangsa lain juga berkorban demi "keadilan". kita ambil contoh negara jiran kita Indonesia.. org Cina, org India, hanya berbahasa dalam Indonesia.. hatta dalam urus jual beli, percakapan harian antara mereka.. bolehke yg di Malaysia nak korban tu semua?

tuduhan byk menuduh org melayu, rasis tapi sebenor benornya siapa yg secara realiti rasis?

affendi hussain said...

Salam semua,

Saya cukup tak faham lah kaedah pemikiran golongan 'oompa loompa' ni berkenaan mana dulu... melayu atau islam?

Ini bukan soalan telur atau ayam mana dulu..ini hanya "logic & sense"..

Cakap berdegar-degar mcm juara pejuang Islam konon..celik2 dah islam kot manusia2 ni..hebat! siapa yg terlebih bangga sebenarnya ni?

Walhal fitrah kita manusia bukan mcm anak haiwan..sejam-dua lahir dah boleh berlari..kita keluar2 "fragile"..mengesot, merangkak, bertatih baru boleh berlari..dah refer al-Quran?
Depa ni memang jenis gelojoh..tau nak klimaks je cepat..

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur" (An-Nahl:78)

Hah, dah jelas skrg..? jadi mana dulu?

Melayu ?

atau

Islam?

Takkan sebab beberapa kerat melayu yg tak mengikut syariat islam, seluruh melayu kena di ethnic cleansing?? Melayu bukan etnik..melayu bangsa (race), dibawahnya ada sub-set etnik2..bangsa ni merujuk kepada manusia2 yg hidup di dalam tamadun..bukankah dulu melayu telahpun membina tamadun islam yg hebat? Lupa atau buat2 lupa atau dah kena 'brainwash'?

Jadi buat apa peleceh usaha nenek moyang kita zaman dulu macam takdak yg elok lansung sampai nak bulat2 terima saja acuan orang lain cakap kononnya sgt bagus..yg elok kita kembalikan lah..

Habis kalau tiada melayu lagi, bangsa mana kat malaysia ni yg nak tegakkan Islam.. habaq mai sat..Bangsa XXX?? Bangsa baru? hybrid? Cina & India bukan Islam tu, kah? Middle Malaysia? Sewelnya bunyi..

Nasihat saya, pi check dgn pakar psikiatrik dulu sebelum kronik & terlambat..
Sebab penyakit jatidiri ni memang takdak ubat kalau dah melarat..

wasalam

("/)

mtgbertam said...

Bangsa jepun amat unik. Depa begitu disiplin, cerdik, rajin, berhemah, mesra. Hanya yang tiada ialah Islam.

Melayu yg tak mau amalkan Islam, lebih teruk dari jepun. Sbbnya, nak puji apa pasai melayu ni eh kalau takdak Islamnya??

Anonymous said...

Jangan kerana hendak menang undi bukan Melayu dalam PRU 13 kita sanggup hilangkan bangsa Melayu dalam KP. Belum tahu lagi keikhlasan mereka akan undi BN. Jangan terperdaya dengan kehendakan mereka. Memang itu pun yang mereka mahu dari dahulu, mensamaratakan bangsa.

Jangan jadi bodoh terikut rentak chacha mereka. Najib perlu pandang jauh kedepan bukan setakat PRU13 atau PRU14 sahaja.

Najib sudah mula mengikut jejak Pak Lah. Tolong jangan ulangi perangai Pak Lah. Kerosakkan yang beliau lakukan mengambil bertahun2 untuk dibaiki. Najib, you have to be tough and decisive but considerate.

If you cannot perform like TDM, at least be like your late father.

Hatihitam

affendi hussain said...

Bangsa jepun amat unik. Depa begitu disiplin, cerdik, rajin,...

oppss.. "pause" kat situ sdr mtgbertam..yg baik tak salah kita nak contoh..tp tak yah lah taksub sgt puji lebih2 sgt..

Nasib baik sdr tak taksub kat bangsa Cina mcm sesetengah Melayu "lost soul" diluar sana tu..yg di seberang tambak selatan tu pun harap undang2 ketat saja baru nk displin. Org Jepun tu pun asal pelarian dari China selepas kelentong Qin Shi HuangDi (1st China Emperor) yg mereka boleh cari ubat utk dia dpt hidup selama-lamanya bila dah sapu harta benda utk biaya ekspedisi mereka..tulisan Kanji depa pun sama.

'berhemah' & 'mesra'? mungkin sdr tak tau apa dia Nanking Massacre??
Itu belum lg masuk bab "comfort girls" dan landasan maut Burma..
kalau rajin kenapa perlu dera seksa buruh paksa?
belum cerita berapa byk kepala putus dicantas pedang punya mata..
tok nenek kita pun mungkin ada yg kena kerah jadi beruk panjat pokok kelapa..

Kalau kita ni tolol seperti dikata,
rumah sendiri pasti kita tak mampu bina,
apatah lagi membina & mentadbir empayar..
maka duduk sajalah nenek moyang kita di gua atau hutan belantara..

kalau melayu zaman dulu tak otak geliga,
bijak berniaga, ramah dan mesra..
takkan ada org asing teringin nak datang berniaga..
takkan lah ada hari ni kulit kuning, putih, hitam, hijau, biru merata-rata..
sampai org putih dengki, kemaruk nak takluk & kuasa..
sebab apa?
sebab kitalah empayar Islam di tengah dunia..

Ketahuilah kita..
Yang berat & terhina bukanlah penjajahan bangsa kita..
Portugis & Belanda hanya menguasai Kota Melaka..
Kalau tak dah tentu seni, budaya & agama mereka,
tersergam sana sini seantero malaya..
Perlis, Kedah, Terengganu & Kelantan selepas 1909 baru Inggeris berkuasa..
Itupun hanya letak penasihat saja..
Yang masih teruk dan melaratnya kita..
Hanyalah tak kebah dari penjajahan minda..

Setiap bangsa ada pakej baik buruknya...
kalau nampak segala tentang bangsa sendiri buruk belaka..
orang lain punya semua baik-baik belaka..
itu tandanya mental dah tak senta..
kalau tak diubat melarat boleh masuk hospital gila..

(",)

Anonymous said...

Apasal a Malaysian of ethnic chinese or indian cannot become Prime Minister of Malaysia??? Why?


1Malaysia

Siberangan said...

Dato' Kadir, tajuk yang Dato' utarakan, iaitu "Saya Mahu Terus Jadi Orang Melayu" menarik banyak kawan2 membuat komen.

Saya fikir, ulasan Dato' tu agak umum sikit. Tidak fokus kapada apa yang sabenar yang dikehendaki berkaitan dengan "SAYA MAHU TERUS JADI ORANG MELAYU"?. Yang nak sangat terus jadi sebagai 'orang Melayu'?.

Saya faham, matlamat ditulis dalam bentuk begitu. Ada yang tersirat.

TDM kata "MELAYU DELEMA":

Melayu banyak kerenah,
Melayu mudah lupa,
Melayu kena tindas,
Melayu susah diajar,
Melayu pelajaran rendah,
Melayu kebelakang dalam ekonomi, Melayu kekampungan macam Jeha (nobel Shahnon),
Melayu senang jadi pak turut (senang dicucuk hidung),
Melayu cepat hidung tinggi bila dapat senang,
Melayu, nama ikut Arab,
Melayu cepat syok sendiri,
Melayu, berpolitik tak tentu arah,
Melayu tidak sepakat,
Melayu, pendirian tak kuat,
Melayu, tak pandai putaq belit,
Melayu, yg muda banyak kena dadah,
Melayu, banyak kawin lari,
dan banyak lagi sifat2 Melayu yang nagatif dalam menghadapi hidup dan kehidupanya.

50 tahun merdeka, fasal apa Melayu tak boleh jadi macam Cina atau orang putih?. Dimana punca Melayu jadi macam ni?.

50 tahun merdeka, banyak sangat institusi Kerajaan mulai Perikatan hingga kini Barisan Nasional yang diujudkan untuk membela dan menaikkan taraf orang Melayu, tapi hingga kini Melayu masih macam tuuuu jigak. Tidak berubah. Jika ada pun perubahan, sangaaaat lah sedikit. Mengapa?.

22 tahu TDM jadi PM agong Melayu, macam2 dia buat, macam2 dia kata. Akhirnya beliau angkat bendera putih. Menangis di Perhimpunan Agong UMNO. Bukan TDM dah tak ada tenaga, bukan beliau sangat tua, fikiran beliau masih cerdas. Hingga sekarang pun masih bekerja. Masih bercakap fasal Melayu di forem PERKASA. Tapi, kenapa dia cepat berhenti jadi PM?. Melayu masih juga nagatif, tidak bangun.

Sudah berapa banyak sasterawan Melayu bejuang sejak bertahun2
dulu. Sejak Pak Sako, Osman Awang dan lain2 sampai kini, beralmari-almari buku, puisi yang mereka tulis. Mereka menegor semua pehak, termasuk menegur Melayu supaya berubah. Melayu masih nagatif, tidak juga bangun-bangun.

Sudah berlapis barisan kepimpinan Melayu, bercakap di mana-mana. Berkonggres, berseminer, berkonvensyin, berkursus, bermuktamar nak bangunkan Melayu, Melayu tetaaaap begitu juga.

Jadi, mengapa Dato kita jadi begini?. Apakah dan bagaimanakah caranya untuk mengubah sikap dan perangai Melayu kita ini menjadi bangsa yang gagah, kuat serta dihormati diseluruh dunia?.

affendi hussain said...

Apasal a Malaysian of ethnic chinese or indian cannot become Prime Minister of Malaysia??? Why?


1Malaysia


Why?? Why? Have you think & figure that out all over before asking?
You should throw that question to the CHINESE & INDIAN political leaders..
The key to be a PM here is to win the MAJORITY SEATS in the Parliment by the MAJORITY VOTES..its democracy. Never at all mention in the Federal Constitution that the PM must be a Malay..

To win the MAJORITY VOTES you must 1st know how to win the heart of the MAJORITY VOTERS..the main question: Who are the MAJORITY VOTERS??

So far what have the CHINESE & INDIAN politicians achieved towards that other than:

- insulting the Malay
- belittling the Malay
- playing with the Malay sensitivity
- putting anything Malay things as racist but called the similar of their own as a human right struggle?

So, you can already figure out the answer whether the CHINESE & INDIAN got what it takes to become the PM of MALAYSIAN.

To equate people like Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Theresa Kok, Ong Tee Kiat, Wee Ka Siong, Samy Vellu, Uthayakumar etc. as an "Obama" is totally a mind insult & a big joke..

If it took USA 232yrs to have an 'Obama', with the current trend happening in Malaysia, I'll say it would take 500yrs to see a CHINESE or an INDIAN as a PM to the MALAYSIAN..you people do not look like a Malaysian or sound like a Malaysian or behave like a Malaysian..far away from respecting or want to become a part of the Majority Malaysian.

p/s: I cant believe it, I had to explain this kind of logic & sense question to the people who always see themselves as having a superior neuron processor compared to any malays..you see, this is not even a rocket science to comprehend.. So, I'll just say..long live with your vernacular.. Good Luck!

("/)

hang_nadim2 said...

Salam Datuk,

Setelah membuat penyelidikkan selama 30 tahun lebih mengenai Melayu dan Islam, Alhamdulillah akhirnya saya terjumpa satu formula ataupun pendekatan bagaimana hendak mengubah sikap orang melayu supaya mejadi bangsa yang gagah, kuat serta di hormati seluruh dunia.

Pepatah melayu ada mengatakan tiada masalah yang tidak dapat di atasi, dan tiada penyakit yang tiada ubatnya, melainkan mati. Dan jika Allah tidak izinkan, apa-apa pun tidak dapat di buat. Tetapi allah maha pengasih dan penyayang. Dia maha melihat dan maha mengetahui masalah orang melayu dan orang islam. Cuma pertolongan yang belum sampai lagi. Andai kata pertolongannya sampai tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Atas sebab-sebab keselamatan, saya tidak dapat menyiarkan formula bagaimana hendak membangunkan orang melayu dari segi akidah, akhlak, politik dan ekonomi. Walau bagaimanapun saya nyatakan bahawa ILMU itu adalah hak Allah, terpulang kepada Allah memberi kepada siapa yang di kehendaki.

Untuk keadilan semua, insyallah saya akan memberi formula tersebut selepas pilihan raya yang ke-13 kepada mereka yang meminatinya.

Sekian terima kasih, Harap Maaf
Wassalam, dari Allah kita datang dari Allah juga kita kembali

Anonymous said...

ASSKUM Datuk...

Cerita pasal Melayu,Melayu Sarawak juga yang terpinggir. Walaupun mereka bangga dengan Melayunya samada Melayu Melanau,Melayu Ulu, Melayu Dayak atau Melayu Murut namun hakikatnya Melayu tetap Melayu kerana dunia Melayu sudah wujud sekian lama.

Meskipun Datuk Dunia Melayu di Tanah Semenanjung dilihat sudah ke depan.....namun percakaran pemikiran liberal masih berterusan dan tidak dilihat sebagai satu persimpangan.

Saya sering melayari blog datuk, dan berasa bangga kerana pelayar blog datuk ramai yang sudah matang melontarkan pendapat namun dunia padang masih sempit untuk menyeberang ke Sarawak dan Sabah.

Saya rasa dunia Melayu di Sarawak khususnya amat mengecut dan penakut. Mida mereka perlu dirangsang untuk terus menang dan terbilang....

Bagi saya, dunia Melayu adalah dunia yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang Melayu. Jika orang Arab ada dunia mereka, orang Cina dan India juga ada tamadun mereka sendiri apatahlagi dunia barat yang menikmati lambakan tamadun Arab masa lalu sehinggalah sekarang.

Saya tidak bersetuju datuk sekiranya kita banyak mempersoalkan pemikiran dan pendekatan para pemimpin kita. Saya amat berharap agar gerakan reformasi pemikiran dan budaya kehidupan dunia Melayu lebih kearah membina dunia Melayu disamping tidak mengetepikan nilai-nilai lain asalkan tidak memusnahkan dunia Melayu kita sendiri.

Mungkin pendekatan saya melontarkan pendapat tidak sehebat pelayar lain namun setakat ini saya masih tercari-cari peyatuan sebenar dalam kita beremosi dan dan berilusi. Salam Amarneng.

Nordin said...

Obama is half white and half black similar to Mahathir half Indian and half Malay.America require 234yrs to install Obama as President while Malaysia took only 26 years to put Mahathir as Prime Minister.

Cik A said...

Saya anak melayu.... Biar dimana pun saya berada, saya tetap anak melayu.

Adakah PM kita terlalu terdesak untuk mendapatkan sokongan sehinggakan sanggup mencadangkan idea sebegini?

mae said...

Saya berharap Muhyiddin mulakan langkah dari sekarang sebelum Najib terus mengkakis hak pribumi.

Mael Hashim said...

Macamana nak harap najib tolong Melayu, dia orang Makassar.

kaseh said...

apa cita abrahim ali?
apa cita zulkifli nordin?
apa cita Perkasa?
apa cita GPMS?
gerombolan tak payah cita la...

Col Roseli said...

Agaknya kalau menulis bangsa dan agama diborang-borang Kerajaan, pegawai-pegawai Kerajaan yang hampir semuanya Melayu boleh dengan mudah untuk melakukan diskriminasi. Namun kalau ditulis nama sahaja, diskriminasi boleh juga berlaku. Takkan pegawai-pegawai Kerajaan tidak tahu Ah Chong itu Cina atau Muthusamy itu India.

Dengan itu saya cadangkan kepada PM kita yang bijaksana agar semua borang-borang Kerajaan bukan saja tidak perlu menulis bangsa atau agama tetapi tidak perlu juga menulis nama, kerana takut berlakunya diskriminasi.

Hehehe!!!

hak55 said...

Yes, use numbers instead, like what they do in the military, for example.

This way, nobody, unless one has access to the detailed records, can know whether 12345678 is a Malay, Chinese, Indian or others and would also neither know whether he is male or female nor even his/her age.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).